PERIBAHASA: Ikan di laut asam di darat, bertemu juga
dalam belanga.
MAKNANYA: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan
bertemu jua.
PERIBAHASA: Ikan lagi di laut, lada garam sudah di
sengkalan.
MAKNANYA: Membuat persediaan untuk mengecap
hasil daripada sesuatu yang belum tentu
diperoleh.
PERIBAHASA: Ikan pulang ke lubuk.
MAKNANYA: Telah kembali ke tempat asalnya.
PERIBAHASA: Ikan seekor rosakkan ikan setajau.
MAKNANYA: Yang sedikit merosakkan yang banyak.
PERIBAHASA: Ikan tergantung kucing tunggu.
MAKNANYA: Kesal mengharapkan sesuatu yang diingini
dan yang diingini itu tidak mungkin
diperoleh.
PERIBAHASA: Ikan terkilat, jala tiba.
MAKNANYA: Sesuatu tindakan yang cepat atau pantas.
PERIBAHASA: Ikat boleh diubah, takuk bagaimana
mengubahnya.
MAKNANYA: Perangai yang sukar diubah.
PERIBAHASA: Ikhtiar menjalani, untung menyudahi.
MAKNANYA: Untuk mencapai sesuatu, kita perlulah
berusaha lebih dahulu sebelum
menyerahkannya kepada takdir.
PERIBAHASA: Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata
buta.
MAKNANYA: Orang yang mengikut kehendak nafsu
akan membawa padah kepada dirinya
sendiri.
51
PERIBAHASA: Ilmu dan akal dihalai-balaikan, itulah
tanda orang yang lalai.
MAKNANYA: Jangan lengah dalam menyelidiki ilmu dan
menambah pengetahuan.
PERIBAHASA: Ilmu padi makin berisi makin tunduk.
MAKNANYA: Seseorang yang semakin merendah diri
walaupun dia semakin berpangkat atau
berharta.
PERIBAHASA: Inai tertepung kuku tanggal.
MAKNANYA: Hasil yang tidak dapat diraih kerana
berlaku kemalangan.
PERIBAHASA: Indah khabar daripada rupa.
MAKNANYA: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
dilebih-lebihkan.
PERIBAHASA: Ingat ranting yang akan melenting, dahan
yang akan mencocok, duri yang akan
mengait.
MAKNANYA: Beringat-ingat tentang sesuatu bahaya
atau rintangan semasa melakukan sesuatu
pekerjaan.
PERIBAHASA: Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
MAKNANYA: Berwaspada dan berhati-hati supaya
jangan terpedaya dan habis harta.
PERIBAHASA: Ingat yang di atas, yang di bawah akan
menimpa.
MAKNANYA: Orang yang berkuasa hendaklah
berhati-hati dalam menjalankan
tanggungjawabnya dan tidak
menyusahkan rakyat kerana rakyat
ada kalanya boleh bangkit menentang
kerajaan.
52
PERIBAHASA: Ingin dibuah manggis hutan, masak ranum
tergantung tinggi.
MAKNANYA: Menginginkan sesuatu yang sangat susah
untuk mendapatnya.
PERIBAHASA: Ingin hati melihat pulau, sampan ada
pengayuh tiada.
MAKNANYA: Hendak menjalankan sesuatu pekerjaan
tetapi tidak mempunyai peralatan yang
mencukupi.
PERIBAHASA: Ini hari orang, besok hari kita.
MAKNANYA: Bertimbang rasa terhadap kesusahan yang
dihadapi oleh orang lain kerana kita juga
mungkin boleh mendapat musibah yang
sama pada hari yang lain.
PERIBAHASA: Intan berlian jangan dipijakkan.
MAKNANYA: Untung bahagia jangan dielakkan.
PERIBAHASA: Intan itu jika terbenam di perlimbahan
sekalipun tidak akan hilang cahayanya.
MAKNANYA: (i) Orang yang baik akan ketahuan juga
walaupun hidupnya melarat.
(ii) Kebenaran akan ternyata juga
akhirnya.
PERIBAHASA: Isi dada bekal berjalan.
MAKNANYA: Kalau berilmu, ke mana-mana pergi pun
mudah mencari rezeki.
PERIBAHASA: Isi lemak dapat kat orang, tulang buku
pulang kat kita.
MAKNANYA: Pihak kita yang bersusah payah, orang lain
pula yang senang-lenang.
PERIBAHASA: Itik berenang dalam air, mati kehausan.
MAKNANYA: Hidup menderita walaupun banyak
mempunyai wang atau berpangkat tinggi.
53
PERIBAHASA: Itik diajar berenang.
MAKNANYA: Membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
PERIBAHASA: Itik mendapat air.
MAKNANYA: Memperoleh sesuatu yang sangat
digemarinya.
J
PERIBAHASA: Jadi air mandi.
MAKNANYA: Sudah menjadi kebiasaan.
PERIBAHASA: Jadi alas cakap.
MAKNANYA: Hadiah atas jasa yang disumbangkan.
PERIBAHASA: Jadi bumi langit.
MAKNANYA: Orang yang sangat diharapkan dan
dituruti nasihatnya.
PERIBAHASA: Jadi dinding tasak peti permainan.
MAKNANYA: Orang yang menjadi harapan raja atau
orang besar-besar.
PERIBAHASA: Jadi kuda beban.
MAKNANYA: Orang suruhan.
PERIBAHASA: Jadi penghubung kaki tangan.
MAKNANYA: Orang harapan yang selalu memberikan
pertolongan.
PERIBAHASA: Jadi penghubung mata telinga.
MAKNANYA: Orang harapan yang selalu memberikan
pertolongan.
PERIBAHASA: Jadi teluk olahan air.
MAKNANYA: Perundingan atau pendebatan yang
bertumpu atau berkisar pada satu perkara
sahaja.
54
PERIBAHASA: Jadilah penghubung hujung Iidah.
MAKNANYA: Orang yang menyampaikan pesanan
seseorang dalam sesuatu perundingan.
PERIBAHASA: Jahit sudah kelindan putus.
MAKNANYA: Habis sama sekali.
PERIBAHASA: Jalan di tepi-tepi, benang arang orang
jangan dipijak.
MAKNANYA: Bersopan santun terutama apabila
merantau ke tempat orang.
PERIBAHASA: Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat
orang menggalas.
MAKNANYA: Adat dalam sesebuah negeri telah diubah
oleh orang asing yang tinggal di negeri itu.
PERIBAHASA: JaIan mati lagi dicuba, inikan pula jalan
biasa.
MAKNANYA: Orang yang berani untuk melakukan
sesuatu tanpa mengira bahayanya.
PERIBAHASA: Jalan raya titian batu.
MAKNANYA: Adat yang belum berubah-ubah.
PERIBAHASA: Jalan seperti orang berak di tengah jalan.
MAKNANYA: Sindiran kepada orang yang pemalu.
PERIBAHASA: Jangan bagai orang patah selera, banyak
makan.
MAKNANYA: Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati
terlalu suka.
PERIBAHASA: Jangan berebutkan tembikar pecah.
MAKNANYA: Tidak perlu berkelahi kerana merebutkan
sesuatu yang tidak berguna.
PERIBAHASA: Jangan berkemudi di haluan.
MAKNANYA: Usahlah si suami terlalu mendengar cakap
isteri.
55
PERIBAHASA: Jangan bersandar di batang rengas.
MAKNANYA: Tidak perlu meminta perlindungan
daripada orang jahat walaupun dia orang
besar atau berpangkat.
PERIBAHASA: Jangan bersandar di punggur.
MAKNANYA: Tiada guna meminta perlindungan
daripada orang yang tidak berkuasa lagi.
PERIBAHASA: Jangan biarkan cacing naik ke mata.
MAKNANYA: Usah biarkan sesuatu yang akhirnya akan
menyusahkan kita.
PERIBAHASA: Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh
bersuluh.
MAKNANYA: Orang yang beranggapan bahasa dirinya
bijak selalu akan mendapat kehinaan dan
orang yang bodoh tetapi suka bertanya
akan mendapat kejayaan.
PERIBAHASA: Jangan buat kerbau tanduk panjang.
MAKNANYA: Jangan mencampuri hal orang lain.
PERIBAHASA: Jangan diajar anak harimau makan daging.
MAKNANYA: Anak orang yang berkuasa jangan
digalakkan berbuat zalim.
PERIBAHASA: Jangan diajar orang tua makan dadih.
MAKNANYA: Usah diajar kepada orang yang sudah tahu.
PERIBAHASA: Jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi
teguh, apakah ditakutkan ribut.
MAKNANYA: Orang yang banyak berjasa tidak perlu
takut akan orang lain.
PERIBAHASA: Jikalau tiada dapat dibaiki jangan pula
dipecahkan.
MAKNANYA: Usah merosakkan sesuatu yang tidak kita
ketahui.
56
PERIBAHASA: Jong pecah yu kenyang.
MAKNANYA: Mendapat keuntungan hasil daripada
kemalangan atau kesusahan orang lain.
K
PERIBAHASA: Kacang lupakan kulit.
MAKNANYA: Orang yang tidak menghargai jasa atau
pertolongan orang lain.
PERIBAHASA: Kaduk naik junjung.
MAKNANYA: Orang hina yang berasa dirinya mulia.
PERIBAHASA: Kail sebentuk, umpan seekor, sekali pukul
sehari berhanyut.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu yang tidak sesuai
dengan kesanggupan modal akan berakhir
dengan kekecewaan.
PERIBAHASA: Kain basah kering di pinggang.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak
masuk ke longkang juga.
MAKNANYA: Orang jahat walaupun telah diberikan
kesenangan pasti akan mengulangi
perbuatan jahatnya jika ada kesempatan.
PERIBAHASA: Kain ditangkap maka duduk.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Kain lama dicampak buang, kain baru pula
dicari.
MAKNANYA: (i) Menceraikan isteri yang ada kerana
jemu dan beristeri baru.
(ii) Membuang kawan lama dan mencari
kawan baru.
57
PERIBAHASA: Kain menjadi basahan.
MAKNANYA: Orang kaya yang jatuh miskin.
PERIBAHASA: Kain sehelai berganti-ganti.
MAKNANYA: Perihal suami isteri yang hidup dalam
kemiskinan.
PERIBAHASA: Kain sehelai peminggang habis.
MAKNANYA: Mengalami kerugian sebagai akibat
berlaku kecurian.
PERIBAHASA: Kain tak bertepi.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Kain tak cukup sebelit pinggang.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Kain tersangkut kain tinggal.
MAKNANYA: Tergesa-gesa semasa melarikan diri.
PERIBAHASA: Kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Kaki naik kepala turun.
MAKNANYA: Bekerja siang dan malam tanpa berhenti-
henti.
PERIBAHASA: Kaki pekuk lenggang ke perut.
MAKNANYA: Orang yang buruk dan bodoh.
PERIBAHASA: Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah
terjembakan.
MAKNANYA: Sudah terlanjur melakukan kesalahan.
PERIBAHASA: Kaki tertarung inai padahannya, mulut
terdorong emas padahannya.
MAKNANYA: Perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa
yang telah dilakukan.
58
PERIBAHASA: Kalah jadi abu, menang jadi arang.
MAKNANYA: Kemenangan yang tidak akan
menguntungkan mana-mana pihak.
PERIBAHASA: Kalau ada beremas, hidup; tiada beremas,
mati.
MAKNANYA: Akan senanglah kehidupan bagi orang
yang berpencarian tetap.
PERIBAHASA: Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat
jadikan sempadan.
MAKNANYA: Contohi yang baik dan jauhi yang jahat.
PERIBAHASA: Kalau bersahabat cari sama hebat.
MAKNANYA: Pilihlah kawan-kawan yang sesuai dengan
jiwa raga kita.
PERIBAHASA: Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.
MAKNANYA: Sesuatu yang bukan rezeki kita akan hilang
walaupun telah begitu hampir dengan kita.
PERIBAHASA: Kalau dicampak bunga tak akan dibalas
tahi.
MAKNANYA: Kebaikan biasanya dibalas dengan
kebaikan.
PERIBAHASA: Kalau digali tanah berbingkah, tanah
berderai yang akan bertemu.
MAKNANYA: Perselisihan dalam kalangan keluarga
haruslah diselesaikan dengan jalan yang
baik tanpa perlu menyalahi sesiapa.
PERIBAHASA: Kusut diselesaikan, keruh diperjernih.
MAKNANYA: Persengketaan hendaklah diselesaikan
dengan cara damai.
PERIBAHASA: Kusut hujung dengan pangkal kerana
selalu memulai.
MAKNANYA: Tidak sempurna sesuatu pekerjaan yang
dibuat kerana salah memulakannya.
59
L
PERIBAHASA: Labu dikerbuk tikus.
MAKNANYA: Anak gadis yang telah ternoda.
PERIBAHASA: Ladang yang berpunya.
MAKNANYA: Perempuan yang sudah berkahwin.
PERIBAHASA: Lading tajam sebelah.
MAKNANYA: Suka untuk menerima pemberian tetapi
tidak mahu membalas pemberian atau
tidak mahu memberi.
PERIBAHASA: Lading tak tahu akan majalnya.
MAKNANYA: Tidak insaf akan keadaan dirinya.
PERIBAHASA: Lagak Padang omong Betawi.
MAKNANYA: Cakap sahaja yang tinggi tetapi kosong.
PERIBAHASA: Lagi lebai lagi berjanggut.
MAKNANYA: Orang yang berilmu dan berbudi.
PERIBAHASA: Selagi luak lagi nasi.
MAKNANYA: Semakin kaya semakin banyak sahabatnya.
PERIBAHASA: Lagi terang lagi bersuluh.
MAKNANYA: Menerangkan sesuatu yang sudah nyata.
PERIBAHASA: Lain bengkak lain bernanah.
MAKNANYA: Orang lain yang berbuat salah, orang lain
pula yang menanggung akibatnya.
PERIBAHASA: Lain di mulut lain di hati.
MAKNANYA: Apa-apa yang diperkatakan tidak sama
dengan maksud sebenarnya yang tersemat
di dalam hati.
60
PERIBAHASA: Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain
yang jadi.
MAKNANYA: Yang diperoleh lain daripada yang dihajati.
PERIBAHASA: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.
MAKNANYA: Semua orang ada kegemaran dan kesukaan
masing-masing.
PERIBAHASA: Lain gatal lain digaru.
MAKNANYA: Lain yang disoal lain yang dijawab pula.
PERIBAHASA: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain
mengaduh.
MAKNANYA: Lain yang disindir, lain yang berasa
hati, lain yang berbuat salah, lain yang
mendapat susah.
PERIBAHASA: Lain orang yang makan nangka, lain orang
yang kena getah.
MAKNANYA: Orang lain yang berbuat salah, orang lain
pula yang menanggung akibatnya.
PERIBAHASA: Lain padang lain belalang, lain lubuk lain
ikannya.
MAKNANYA: Adat resam sesebuah negeri itu berlain-
lainan. Setiap negeri tersebut mempunyai
adat resam masing-masing.
PERIBAHASA: Lain sakit lain diubat, lain luka lain
dibebat.
MAKNANYA: Lain yang disoal lain yang dijawab pula.
PERIBAHASA: Lakak kucing di dapur.
MAKNANYA: Menganiaya orang yang rapat dengan kita.
PERIBAHASA: Laki pulang kelaparan, dagang lalu
ditanakkan.
MAKNANYA: Lebih mementingkan urusan yang lain
daripada urusan sendiri.
61
PERIBAHASA: Lunak gusi daripada lidah.
MAKNANYA: Bersikap lemah lembut atau bersikap
merendah diri.
PERIBAHASA: Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan.
MAKNANYA: Seseorang yang kurang berhati-hati akan
mendapat rugi.
PERIBAHASA: Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.
MAKNANYA: Sikap tolong-menolong antara sahabat.
PERIBAHASA: Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki.
MAKNANYA: Perihal orang yang sangat tua dan lemah.
PERIBAHASA: Luruh upih penggam datang, suruh putih
hitam datang.
MAKNANYA: Mendapat lain daripada yang dihajatinya.
PERIBAHASA: Lurus hendak mengena.
MAKNANYA: Mengenakan tipu muslihat untuk mencari
keuntungan diri sendiri.
M
PERIBAHASA: Mabuk bayang-bayang.
MAKNANYA: Cinta yang tidak berbalas.
PERIBAHASA: Mabuk dienggang lalu.
MAKNANYA: Tertarik hati kepada orang yang belum
dikenali.
PERIBAHASA: Mabuk kerana beruk berayun.
MAKNANYA: Tergila-gilakan wanita cantik yang tidak
mungkin diperoleh.
PERIBAHASA: Macam kikir besi.
MAKNANYA: Orang yang kedekut.
62
PERIBAHASA: Macam memegang tali layang-layang.
MAKNANYA: Orang yang berkuasa dalam kehidupan.
PERIBAHASA: Macam orang biduk.
MAKNANYA: Orang yang makan bersama-sama tetapi
bayar masing-masing.
PERIBAHASA: Macam ular kekenyangan.
MAKNANYA: Orang yang boroi dan tidak sempurna
jalannya.
PERIBAHASA: Madu satu tong, jikalau rembes,
rembesnya madu juga.
MAKNANYA: Orang yang berketurunan baik-baik, walau
di mana-mana pun akan menjadi baik.
PERIBAHASA: Mahal dibeli, sukar dicari.
MAKNANYA: Sesuatu yang sukar didapati.
PERIBAHASA: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat
diminta.
MAKNANYA: Sesuatu yang sukar didapati.
PERIBAHASA: Makan hati berulam jantung.
MAKNANYA: Sedih dan merana kerana perbuatan orang
lain.
PERIBAHASA: Makan keringat orang.
MAKNANYA: Menikmati kesenangan dengan memeras
orang lain.
PERIBAHASA: Makan masakan mentah.
MAKNANYA: Orang yang tidak menghiraukan halal
haram sesuatu perbuatan atau makanan.
PERIBAHASA: Makan upas berulam racun.
MAKNANYA: Sentiasa dalam kesusahan.
63
PERIBAHASA: Makanan enggang hendak dimakan oleh
pipit.
MAKNANYA: Meniru kebiasaan orang kaya.
PERIBAHASA: Makin murah makin menawar.
MAKNANYA: Telah mendapat kesenangan, mahukan
kesenangan yang lebih lagi.
PERIBAHASA: Malam berselimut embun, siang
bertudung awan.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Malang Pak Kaduk, ayamnya menang
kampung tergadai.
MAKNANYA: Orang yang bernasib malang kerana
semua yang dimiliki habis binasa.
PERIBAHASA: Malang tak berbau.
MAKNANYA: Kemalangan yang berlaku secara tiba-tiba.
PERIBAHASA: Malang tak boleh ditolak, tuah tak boleh diraih.
MAKNANYA: Nasib buruk tidak dapat dihindari
manakala nasib baik tak dapat dicari-cari.
PERIBAHASA: Malas bergaris, perut perit.
MAKNANYA: Malas bekerja tiada pendapatan.
PERIBAHASA: Malu berkayuh perahu hanyut.
MAKNANYA: Orang yang malas tidak akan maju.
PERIBAHASA: Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
perahu hanyut.
MAKNANYA: Orang yang malas tidak akan maju.
PERIBAHASA: Muka berconteng arang.
MAKNANYA: Mendapat malu.
PERIBAHASA: Muka licin ekor berkudis.
MAKNANYA: Orang yang nampaknya macam banyak
wang tetapi sebenarnya berhutang.
64
PERIBAHASA: Mulut bagai ekor ayam dihembus.
MAKNANYA: Orang yang bercakap tidak berhenti-henti.
PERIBAHASA: Mulut manis jangan percaya, lepas di
tangan jangan diharap.
MAKNANYA: Berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang
suka menipu.
PERIBAHASA: Mulut manis mematahkan tulang.
MAKNANYA: Kata-kata yang lembut dapat
menundukkan hati yang keras.
PERIBAHASA: Mulut satu lidah bertopeng.
MAKNANYA: Orang yang bercakap lain daripada apa-
apa yang terkandung di hatinya.
PERIBAHASA: Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang
bagaimana menyumbatnya?
MAKNANYA: Rahsia yang sudah diketahui akan tersiar
ke mana-mana.
PERIBAHASA: Mulut tempayan bagaimana menjahitnya?
MAKNANYA: Tidak dapat ditutup mulut manusia yang
hendak mengatakan apa-apa sahaja.
PERIBAHASA: Murah di mulut, mahal di timbangan.
MAKNANYA: Orang yang mudah menyebut akan
sesuatu pekerjaan atau janji tetapi hanya
sedikit yang dibuat atau ditunaikannya.
PERIBAHASA: Murai berkicau siang hari.
MAKNANYA: Sesuatu yang sudah terang dan nyata.
PERIBAHASA: Musang berbulu ayam.
MAKNANYA: Orang jahat yang menyamar sebagai orang
baik-baik.
PERIBAHASA: Musang terjun lantai terjungkit.
MAKNANYA: Tanda-tanda yang dapat menjadi keterangan
tentang kejahatan yang dilakukan.
65
PERIBAHASA: Musim beremas kemas, berpadi menjadi.
MAKNANYA: Orang yang berharta dapat mencapai apa-
apa saja yang dikehendaki.
PERIBAHASA: Musuh dalam selimut.
MAKNANYA: Musuh yang tidak diketahui atau musuh
yang hampir dengan diri sendiri seperti
ahli keluarga dan sebagainya.
PERIBAHASA: Musuh jangan dicari, bersua dielakkan.
MAKNANYA: Pergaduhan jangan dimulakan, bergaduh
hanya kalau terpaksa.
N
PERIBAHASA: Nafsu-nafsi, raja di mata, sultan di hati.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu dengan sesuka hati.
PERIBAHASA: Naga ditelan ular lidi.
MAKNANYA: Anak orang bangsawan berkahwin dengan
anak orang kebanyakan.
PERIBAHASA: Naik basuh kaki sahaja.
MAKNANYA: Mengerjakan pekerjaan yang terlalu mudah.
PERIBAHASA: Naik bulan naik matahari.
MAKNANYA: Mendapat dua keuntungan sekali gus.
PERIBAHASA: Naik dari janjang turun dari tangga.
MAKNANYA: Dalam melakukan sesuatu pekerjaan
hendaklah mengikut tertibnya. Daripada
yang kecil kepada yang besar, daripada
yang senang kepada yang susah.
PERIBAHASA: Naik melompat turun terjun.
MAKNANYA: Kejayaan amat lambat atau sukar
diperoleh, namun kejatuhan atau kerugian
mudah terjadi.
66
PERIBAHASA: Naik membilang anak tangga, turun
selangkah jejaklah bumi.
MAKNANYA: Kejayaan amat lambat atau sukar
diperoleh, namun kejatuhan atau kerugian
mudah terjadi.
PERIBAHASA: Naik seperti semut turun seperti ribut.
MAKNANYA: Kejayaan amat lambat atau sukar
diperoleh, namun kejatuhan atau kerugian
mudah terjadi.
PERIBAHASA: Nan berat tak terpikul, nan ringan tak
terjinjing.
MAKNANYA: Sudah terlalu tua untuk melakukan
sesuatu.
PERIBAHASA: Nak jauh tak terjelang, nak dekat tak
tertandangi.
MAKNANYA: Sudah terlalu tua untuk melakukan
sesuatu.
PERIBAHASA: Hendak tahu jahat orang tanyakan
seterunya, hendak tahu baik orang
tanyakan sahabatnya.
MAKNANYA: Kejahatan seseorang diberitahu oleh
musuhnya manakala kebaikan seseorang
pula diberitahu oleh sahabatnya.
PERIBAHASA: Nampak kulit tahulah isinya.
MAKNANYA: Wajah dan gerak-geri seseorang dapat
memberitahu atau menggambarkan
sifatnya.
PERIBAHASA: Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang
dilanyak gajah tidak disusahkan.
MAKNANYA: Orang yang mempertikaikan perbelanjaan
yang kecil, sedangkan perbelanjaan yang
besar tidak dihiraukan.
67
PERIBAHASA: Nasi habis budi bersama.
MAKNANYA: Sahabat yang ketahuan buruk lakunya.
PERIBAHASA: Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.
MAKNANYA: Belanja bersama-sama, namun faedah atau
keuntungan dinikmati seorang.
PERIBAHASA: Nasi sudah menjadi bubur.
MAKNANYA: Perbuatan yang telah terlanjur dan tidak
dapat ditarik kembali.
PERIBAHASA: Nasi tak dingin, pinggan tak retak.
MAKNANYA: Berhemat dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.
PERIBAHASA: Nasi tersenduk tidak termakan.
MAKNANYA: Rezeki atau keuntungan yang telah
diperoleh tetapi tidak dapat dinikmati.
PERIBAHASA: Nasib penyapu banyak jasa turun darjat.
MAKNANYA: Terlalu banyak membuat kebajikan
sehingga merosakkan diri sendiri.
PERIBAHASA: Niat di hati hendak memancing ikan
termenung, sudah terkail ikan setoka.
MAKNANYA: Lain yang dihajat, lain yang dapat.
PERIBAHASA: Niat di hati hendak memancing ikan, tidak
mahu membuang umpan.
MAKNANYA: Hendakkan kekayaan atau keuntungan
dan tidak mahu akan kerugian.
PERIBAHASA: Niat di hati hendak peluk gunung, apakan
daya tangan tak sampai.
MAKNANYA: Ingin membuat sesuatu tetapi tidak
berjaya kerana kurang mempunyai
pengetahuan atau sebagainya.
PERIBAHASA: Nibung bangsai bertarik muda.
MAKNANYA: Orang tua berlagak muda.
68
PERIBAHASA: Nikah Maharaja Bona.
MAKNANYA: Bernikah tanpa mengeluarkan
perbelanjaan.
PERIBAHASA: Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.
MAKNANYA: Mendapat kesusahan kerana orang lain.
PERIBAHASA: Nyamuk mati, gatal tak lepas.
MAKNANYA: Menaruh dendam terhadap orang yang
berbuat jahat, walaupun orang itu telah
dihukum.
PERIBAHASA: Nyawa bergantung di hujung kuku.
MAKNANYA: Dalam keadaan yang terlalu bahaya.
PERIBAHASA: Nyawa bergantung di hujung rambut.
MAKNANYA: Dalam keadaan yang terlalu bahaya.
PERIBAHASA: Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.
MAKNANYA: Walaupun anak-anak daripada ibu bapa
yang sama tetapi tabiat dan nasib mereka
berbeza-beza.
O
PERIBAHASA: Ombak kedengaran pasirnya tidak
kelihatan.
MAKNANYA: Khabar telah didengar namun, buktinya
belum ada.
PERIBAHASA: Ombak yang kecil jangan diabaikan.
MAKNANYA: Perkara yang mendatangkan bahaya
mestilah diawasi walaupun kecil.
PERIBAHASA: Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa.
MAKNANYA: Pemberian dibalas, tahu menerima dan
tahu berterima kasih.
69
PERIBAHASA: Orang berdayung sama pandai, sama bak
kundi atas dulang.
MAKNANYA: Orang yang sama ahli dan sama pandai
dalam segala bidang.
PERIBAHASA: Orang berdendang di pentasnya, orang
beraja di hatinya.
MAKNANYA: Orang semuanya berkuasa di rumah
masing-masing.
PERIBAHASA: Orang buta diberi suluh.
MAKNANYA: Membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
PERIBAHASA: Orang haus diberi air.
MAKNANYA: Memperoleh apa-apa yang dihajati.
PERIBAHASA: Orang karam di laut aku karam di darat.
MAKNANYA: Mendapat kesusahan yang tidak kena pada
tempatnya.
PERIBAHASA: Orang kaya suka dimakan, orang elok
selendang dunia.
MAKNANYA: Hartawan yang suka membantu orang
miskin.
PERIBAHASA: Orang maling berteriak maling.
MAKNANYA: Menyorokkan kejahatan supaya tidak
diketahui orang.
PERIBAHASA: Orang mandi berselam, awak mandi
bertimba.
MAKNANYA: Orang lain mendapat keuntungan besar,
kita sendiri mendapat keuntungan kecil
sahaja.
PERIBAHASA: Orang mengantuk disorongkan bantal.
MAKNANYA: Memperoleh perkara yang dihajati.
PERIBAHASA: Orang muda menanggung rindu, orang
tua menanggung ragam.
70
MAKNANYA: Anak muda biasanya ada yang dirindui,
orang tua terpaksalah mengerti keadaan
itu.
PERIBAHASA: Orang tua diajar makan pisang.
MAKNANYA: Tidak perlu mengajar orang yang sudah
tahu.
PERIBAHASA: Orang tua jangan diparut seperti rotan,
dululah dia merasa garam.
MAKNANYA: Orang yang bijak tidak perlu diajar kerana
dia tahu sendiri akan sesuatu.
PERIBAHASA: Orang yang bertanam pokok nyiur,
kadang-kadang tiada makan buahnya.
MAKNANYA: Orang yang menghimpun harta atau
berbuat sesuatu itu ada kalanya tidak
mendapat faedah daripadanya.
P
PERIBAHASA: Pacat hendak menjadi ular.
MAKNANYA: Orang miskin yang berlagak seperti orang
kaya.
PERIBAHASA: Padang perahu di lautan, padang hati
difikirkan.
MAKNANYA: (i) Hendaklah berfikir masak-masak
sebelum melakukan sesuatu atau
sebelum mengambil sesuatu
keputusan.
(ii) Hati adalah luas kerana mampu
memasukkan fikiran yang banyak di
dalamnya.
PERIBAHASA: Padi dikebat dengan daunnya.
MAKNANYA: Mengusahakan sesuatu dengan modal
yang didapati daripada usaha itu jua.
71
PERIBAHASA: Padi ditanam tumbuh lalang.
MAKNANYA: (i) Perihal nasib yang malang.
(ii) Tidak mendapat sesuatu yang
dicitakan.
PERIBAHASA: Padi masak jagung mengupih.
MAKNANYA: Keuntungan yang berlipat ganda.
PERIBAHASA: Padi segenggam dengan senang hati, lebih
baik daripada padi sebumbung dengan
bersusah hati.
MAKNANYA: Kesenangan hati lebih baik daripada
kekayaan.
PERIBAHASA: Padi setangkai bernas semuanya.
MAKNANYA: Keluarga yang hidupnya untung dan
berbahagia.
PERIBAHASA: Pagar makan padi.
MAKNANYA: Orang yang dipercayai telah mengkhianati.
PERIBAHASA: Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar.
MAKNANYA: Menggunakan waktu dengan sebaik-
baiknya.
PERIBAHASA: Pahit dahulu manis kemudian.
MAKNANYA: Sesuatu itu dibuat dengan perjanjian dan
syarat-syarat yang terang dan tegas supaya
tidak timbul perselisihan dan masalah di
kemudian hari.
PERIBAHASA: Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus
lengkiang terbuka.
MAKNANYA: Mendapat keuntungan tanpa perlu
bersusah payah.
PERIBAHASA: Paku sebatang, kuat bunyi tukulnya
bertalu-talu.
MAKNANYA: Bercakap besar tetapi tiada bukti tentang
kerja yang dilakukan.
72
PERIBAHASA: Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.
MAKNANYA: Kebaikan yang banyak dilakukan telah
tenggelam akibat daripada sesuatu
kejahatan.
PERIBAHASA: Panas setahun hujan sehari, liput tanjung
dengan pulau.
MAKNANYA: Kebaikan yang banyak dilakukan telah
tenggelam akibat daripada sesuatu
kejahatan.
PERIBAHASA: Panas tidak sampai ke petang.
MAKNANYA: Sesuatu yang baik tidak akan kekal
selamanya.
PERIBAHASA: Pandai makan pandai simpan.
MAKNANYA: Orang yang berbuat jahat dan pandai
menyembunyikan kejahatannya.
PERIBAHASA: Pandai makan tak pandai simpan.
MAKNANYA: Orang yang tidak pandai menyimpan
rahsia.
PERIBAHASA: Pandai menyelam di air dangkal.
MAKNANYA: Pandai membawa diri.
PERIBAHASA: Pandai menyipat, tidak pandai menaral.
MAKNANYA: Orang yang tahu menyuruh sahaja tetapi
tidak pandai membuat kerja tersebut.
PERIBAHASA: Pandang anak pandang menantu.
MAKNANYA: Apabila memilih menantu hendaklah
sepadan dengan anaknya.
PERIBAHASA: Pucuk layu ditimpa hujan.
MAKNANYA: Setelah menderita barulah mendapat
kesenangan.
PERIBAHASA: Pucuk leban gading gajah, bekerja segan
makan gagah.
73
MAKNANYA: Perihal orang yang malas bekerja tetapi
kuat makan.
PERIBAHASA: Pukat terlabuh ikan tak dapat.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu pekerjaan tetapi tidak
mendapat sebarang hasil.
PERIBAHASA: Pukul anak sindir menantu.
MAKNANYA: Mengata seseorang tetapi kata tersebut
ditujukannya kepada orang lain.
PERIBAHASA: Pukul anjing tak pandang mata tuannya.
MAKNANYA: Orang yang dalam keadaan terdesak
sehingga hilang takutnya.
PERIBAHASA: Pulai berpangkat naik, manusia
berpangkat turun.
MAKNANYA: Manusia mati biarlah dengan
meninggalkan nama dan perbuatan yang
baik.
PERIBAHASA: Pulang ke kandung.
MAKNANYA: Pulang ke tempat asal.
PERIBAHASA: Pungguk rebah belatuk menumpang mati.
MAKNANYA: Apabila orang tempat seseorang
bergantung padanya mendapat bencana,
orang yang bergantung kepadanya juga
akan mendapat bencana yang sama.
PERIBAHASA: Puntung berasap.
MAKNANYA: Sesuatu yang mustahil.
PERIBAHASA: Puntung sekerat, penyiar rimba.
MAKNANYA: Orang yang banyak anak.
PERIBAHASA: Putih kapas boleh dilihat.
MAKNANYA: Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat
melalui kelakuannya.
74
PERIBAHASA: Putih seperti kapas dibusar.
MAKNANYA: Putih bersih.
PERIBAHASA: Putih tulang dikandung tanah, budi baik
dikenang juga.
MAKNANYA: Budi baik seseorang itu akan tetap
dikenang walaupun dia telah meninggal
dunia.
PERIBAHASA: Putus benang boleh dihubung, putus
arang bercerai lalu.
MAKNANYA: Persahabatan atau perkahwinan yang
sudah putus hingga tidak dapat diperbaik.
PERIBAHASA: Putus tali tempat bergantung, terbau tanah
tempat berpijak.
MAKNANYA: Kehilangan orang yang diharapkan
(menumpang hidup) kerana sudah jauh
berpisah atau sudah meninggal dunia.
PERIBAHASA: Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal
timba.
MAKNANYA: (i) Perempuan yang kematian suami.
(ii) Seseorang yang kehilangan sahabatnya
yang diharap-harapkan.
R
PERIBAHASA: Raih pangkur ke dada.
MAKNANYA: Insaf akan diri sendiri.
PERIBAHASA: Raih pekung ke dada.
MAKNANYA: Sengaja mencari malu atau bencana.
PERIBAHASA: Raja adil raja disembah, raja tak adil raja
disanggah.
MAKNANYA: Raja yang adil disayangi dan raja yang
zalim dibenci.
75
PERIBAHASA: Ramai beragam, rimbun menyelara.
MAKNANYA: Kesukaran tiap-tiap orang tidak sama.
PERIBAHASA: Rambut sama hitam hati lain-lain.
MAKNANYA: Setiap orang mempunyai pendapat
masing-masing.
PERIBAHASA: Rambut sama hitam hati masing-masing.
MAKNANYA: Setiap orang mempunyai pendapat
masing-masing.
PERIBAHASA: Rambut sudah dua macam, lagi juga
banyak ragam.
MAKNANYA: Orang yang sudah tua atau separuh umur
tetapi berlagak seperti orang muda.
PERIBAHASA: Rambut sudah dua macam.
MAKNANYA: Orang yang sudah setengah umur.
PERIBAHASA: Rambut sudah dua warna.
MAKNANYA: Orang yang sudah setengah umur.
PERIBAHASA: Ranap petulang ijuk penebal.
MAKNANYA: Pencarian tambahan selain daripada gaji.
PERIBAHASA: Rantai besi dimakan bubuk.
MAKNANYA: Cerita yang tidak masuk akal.
PERIBAHASA: Rantau jauh diulangi, rantau dekat
dikendanai.
MAKNANYA: Ketua yang mengambil berat tentang
anak buahnya di tempat yang jauh dan di
tempat yang dekat.
PERIBAHASA: Rantau jauh tidak terulangi, rantau dekat
tidak terkendanai.
MAKNANYA: Sudah terlalu tua untuk melakukan sesuatu.
PERIBAHASA: Rasa pedih cuping telinga.
MAKNANYA: Marah kerana mendengar sesuatu.
76
PERIBAHASA: Rasa tak mengapa hidung dikeluari.
MAKNANYA: Orang yang membiarkan dirinya
diperbodohkan orang.
PERIBAHASA: Rasa terluang kelam di hati.
MAKNANYA: Berasa musykil.
PERIBAHASA: Rasam air ke air, rasam minyak ke minyak.
MAKNANYA: Kembali pada golongan masing-masing.
PERIBAHASA: Rebung tak miang bembang pula yang
miang.
MAKNANYA: Orang yang berkenaan hanya berdiam diri,
orang luar pula yang berlebih-lebih ikut
campur.
PERIBAHASA: Rebung tidak jauh dari rumpun.
MAKNANYA: Tabiat anak tidak akan jauh berbeza
daripada tabiat orang tuanya.
PERIBAHASA: Rebus tak empuk.
MAKNANYA: Tidak mudah dikalahkan.
PERIBAHASA: Rendah bilang-bilang disuruhi, tinggi kayu
ara dilangkahi.
MAKNANYA: Berbuat sesuatu hendaklah menurut
peraturan yang lazim.
PERIBAHASA: Rendah di anjung tinggi, kecil di ombak
besar.
MAKNANYA: Kebesaran seseorang itu kerana
dimuliakan dan dibesarkan oleh anak
buahnya.
PERIBAHASA: Rendah gunung tinggi harapan.
MAKNANYA: Harapan yang sangat tinggi.
PERIBAHASA: Rendam sesajak air berpaut sejengkal tali.
MAKNANYA: Seseorang yang hidup dalam serba
kekurangan.
77
PERIBAHASA: Rendam tak basah.
MAKNANYA: Tidak mudah dikalahkan.
PERIBAHASA: Runcing telunjuk memalit sambal lada.
MAKNANYA: Hidup miskin dan melarat.
PERIBAHASA: Rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati.
MAKNANYA: Tabiat seseorang kekal diperkatakan.
PERIBAHASA: Rupa harimau hati tikus.
MAKNANYA: Rupanya hebat tetapi pengecut.
PERIBAHASA: Rusa ditembak, kijang yang kena.
MAKNANYA: Lain yang dihajati, lain pula yang dapat.
S
PERIBAHASA: Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
MAKNANYA: Orang yang sabar itu akan berhasil
usahanya.
PERIBAHASA: Sahaja basahan.
MAKNANYA: Sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu
perbuatan yang tidak baik.
PERIBAHASA: Sakit kepala panjang rambut, patah selera
banyak makan.
MAKNANYA: Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati
terlalu suka.
PERIBAHASA: Sakit menimpa sesal terlambat.
MAKNANYA: Perbuatan yang telah terlanjur dan tidak
dapat ditarik kembali.
PERIBAHASA: Sakit perut baru tahu di liang lantai.
MAKNANYA: Sesudah mendapat kesusahan barulah
ingat akan keperluannya.
78
PERIBAHASA: Sakit sama mengaduh, luka sama
menyiuk.
MAKNANYA: Sama-sama membaharui sesuatu.
PERIBAHASA: Salah bunuh memberi balas, salah cencang
memberi pampas.
MAKNANYA: Kesalahan hendaklah dihukum mengikut
kadarnya.
PERIBAHASA: Salah cotok terkudung paruh, salah telan
belah perut.
MAKNANYA: Kesalahan hendaklah dihukum mengikut
kadarnya.
PERIBAHASA: Salah gelogok hulu malang, pandai
bertenggang hulu baik.
MAKNANYA: Seandainya kurang berhati-hati dalam
melakukan sesuatu pekerjaan akan
membahayakan diri sendiri, namun jika
berkemahiran dan berhati-hati akan
mendapat manfaatnya.
PERIBAHASA: Salah makan memuntahkan, salah tarik
mengembalikan, salah langkah surut
kembali.
MAKNANYA: Jika melakukan kesalahan dalam sesuatu
pekerjaan, hendaklah segera diperbaik
kesalahan itu.
PERIBAHASA: Sama lebur sama binasa.
MAKNANYA: Seia sekata.
PERIBAHASA: Sama menjulur sama menjalar, lain belut
lain ular.
MAKNANYA: Dua orang yang serupa dari segi
perjalanan hidupnya tetapi berlainan
pekertinya.
PERIBAHASA: Sambang penuh jala terletak, laut kering
ikan mengempas.
79
MAKNANYA: Pekerjaan yang berhasil dengan begitu
baik.
PERIBAHASA: Sambil menyelam minum air.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi
dua atau tiga pekerjaan yang lain dapat
disempurnakan serentak.
PERIBAHASA: Sambil menyerodok galas lalu.
MAKNANYA: Walaupun sedang bersenang-senang tetapi
tidak melupakan tujuan sebenar.
PERIBAHASA: Sampah itu di tepi juga.
MAKNANYA: Orang miskin tidak diendahkan orang.
PERIBAHASA: Sampah jangan ditendang sepak.
MAKNANYA: Orang miskin jangan dihina.
PERIBAHASA: Sampai bersalam, pulang berterajang.
MAKNANYA: Memasuki tempat orang dengan nama
yang baik, namun pulang dengan nama
yang buruk.
PERIBAHASA: Sampan ada pengayuh tidak.
MAKNANYA: Ingin membuat sesuatu, tetapi tiada
berdaya.
PERIBAHASA: Santan bergula tak kena-kena, bagai antan
pukul kepala.
MAKNANYA: Sesuatu perkataan yang tersalah tafsirnya
akan menjadi melarat, jika baru tafsirnya
akan menjadi kebajikan.
PERIBAHASA: Santan dibalas dengan tuba.
MAKNANYA: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
PERIBAHASA: Sudah tua dari kakak, sudah cerdik dari
mamak.
MAKNANYA: Sudah berasa dirinya pandai.
80
PERIBAHASA: Sudah tujuh duduk janda, sembilan
beranak tiri, tercecah uban di gigi.
MAKNANYA: Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu
berkahwin lagi.
PERIBAHASA: Sumbing melalui retak melampaui tara.
MAKNANYA: Kesalahan yang amat besar.
PERIBAHASA: Sumbing menitik patah mengimpal.
MAKNANYA: Barang dipinjam jikalau rosak hendaklah
diperbaiki.
PERIBAHASA: Sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum.
MAKNANYA: Perempuan yang tiada maruah diri.
PERIBAHASA: Sumur digali air terbit.
MAKNANYA: Yang diperoleh lebih daripada yang
dikehendaki, hasil yang diperoleh serta-
merta.
PERIBAHASA: Sungguh bersubang tidak berdara.
MAKNANYA: Wanita yang berpakaian elok tetapi buruk
kelakuannya.
PERIBAHASA: Sungguhpun lemak santan, akhirnya basi
juga.
MAKNANYA: Orang muda yang cantik itu akhirnya akan
menempuh tua juga.
PERIBAHASA: Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu
akan masin garam.
MAKNANYA: Pengajaran supaya tahu akan erti
kesusahan dalam kehidupan.
PERIBAHASA: Surat atas batu, tidak akan pupus.
MAKNANYA: Sesuatu yang kekal.
PERIBAHASA: Suruh kerja golok Keling, suruh makan
parang puting.
81
MAKNANYA: Malas bekerja tetapi kuat makan.
PERIBAHASA: Susu di dada tidak dapat dielakkan.
MAKNANYA: Nasib seorang itu tidak dapat diubah.
T
PERIBAHASA: Tahan jerat sorong kepala.
MAKNANYA: Hendak membahayakan seseorang tetapi
diri sendiri yang mendapat kesusahan.
PERIBAHASA: Tahan racik burung tak masuk, burung
biasa makan di tangan.
MAKNANYA: Orang yang biasa bercampur dengan
orang bijak sukar untuk diperlakukan.
PERIBAHASA: Tahu di angin turun naik.
MAKNANYA: Tahu akan alamat tentang sesuatu
peristiwa yang akan terjadi.
PERIBAHASA: Tahu di dalam lubuk.
MAKNANYA: Tahu akan selok-belok sesuatu perkara.
PERIBAHASA: Tajam pisau kerana diasah.
MAKNANYA: Menjadi pandai kerana selalu diajar.
PERIBAHASA: Tak ada gading yang tak retak.
MAKNANYA: Tiada sesuatu yang betul-betul sempurna.
PERIBAHASA: Tak ada gunung yang tinggi tak dapat
didaki, tak ada lurah yang tak dapat
dituruni.
MAKNANYA: Semua kerja dapat diusahakan sekiranya
ada kemahuan yang kental untuk
mengerjakannya.
PERIBAHASA: Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada
kilat pada orang buta.
82
MAKNANYA: Kias dan sindiran tidak ada ertinya
kepada orang yang bodoh yang tidak
memahaminya.
PERIBAHASA: Tak ada itik yang bertengger.
MAKNANYA: Perkara yang mustahil.
PERIBAHASA: Tak ada lalat langau.
MAKNANYA: Tak ada orang.
PERIBAHASA: Tak ada laut yang tak berombak.
MAKNANYA: Semua pekerjaan besar ada bahayanya.
PERIBAHASA: Tak ada padi yang bernas setangkai.
MAKNANYA: Tiada sesuatu apa-apa pun yang sempurna.
PERIBAHASA: Tak ada pendekar yang tak bolos, tak ada
juara yang tak kalah.
MAKNANYA: Betapa pandai pun seseorang ada kalanya
melakukan kesilapan juga.
PERIBAHASA: Tak ada ribut masakan daun bergoyang.
MAKNANYA: Sesuatu itu terjadi kerana ada sebab-
sebabnya yang tertentu.
PERIBAHASA: Tak air hujan ditampung.
MAKNANYA: Segala daya upaya dilakukan untuk
menyampaikan maksud.
PERIBAHASA: Tak akan ada katak beranak ular.
MAKNANYA: (i) Mengenai perkara yang mustahil akan
terjadi kepada seseorang.
(ii) Orang yang pengecut tidak akan
menjadi berani.
PERIBAHASA: Tak akan bongkok sebab menyorok.
MAKNANYA: Tidak akan hina apabila mengerjakan
sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah
jika untuk maksud yang baik.
83
PERIBAHASA: Tak akan dua kali orang tua kehilangan
tongkat.
MAKNANYA: Sebodoh-bodoh orang, takkan mahu
terkena dua kali.
PERIBAHASA: Tak akan kerana seekor ayam tidak
berkokok, hari tak siang.
MAKNANYA: Bukan seorang sahaja yang handal di
sesuatu tempat kerana walaupun dia tidak
ada, kerja tersebut tidak akan tergendala.
PERIBAHASA: Tak akan rintang rusa oleh tanduknya.
MAKNANYA: Orang yang cekap tidak akan terganggu
daripada melakukan pekerjaannya.
PERIBAHASA: Tak akan tertawan buaya menyelam.
MAKNANYA: Orang yang bodoh tidak akan mampu
untuk menandinginya orang yang pandai.
PERIBAHASA: Tak beras antah dikisik.
MAKNANYA: Segala daya upaya dilakukan untuk
menyampaikan maksud.
PERIBAHASA: Tak berasak lenggang dari ketiak.
MAKNANYA: Tidak berubah, masih tetap seperti
dahulu.
PERIBAHASA: Tak berlipat perut.
MAKNANYA: Tidak tahu untuk menyimpan rahsia.
PERIBAHASA: Tunggul itu kalau dipakaikan elok juga.
MAKNANYA: Perempuan yang hodoh kalau dihiasi akan
cantik juga.
PERIBAHASA: Tunggul kayu ditarah pelicin elok juga,
jangankan manusia.
MAKNANYA: Pengajaran yang baik lambat-laun dapat
memperbaiki pekerti seseorang.
84
PERIBAHASA: Tunggul terbakar di tengah huma.
MAKNANYA: Rupa yang hitam.
PERIBAHASA: Turutkan hati yang geram, hilang takut
tinggal berani.
MAKNANYA: Hilang takut kerana terlalu marah.
PERIBAHASA: Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati.
MAKNANYA: Orang yang menuruti kemahuan hawa
nafsu akhirnya akan binasa.
PERIBAHASA: Tutup lubang gali lubang.
MAKNANYA: Meminjam wang untuk membayar hutang.
PERIBAHASA: Tutup lutut terbuka pusat; lepas kaki leher
terjerat.
MAKNANYA: Kesalahan yang terlalu banyak dan tidak
dapat disembunyikan lagi.
U
PERIBAHASA: Ucap habis niat sampai.
MAKNANYA: Hasil yang didapati dengan segera.
PERIBAHASA: Udang hendak mengatai ikan.
MAKNANYA: Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri.
PERIBAHASA: Udang merentak dalam tangguk.
MAKNANYA: Berasa gelisah dan tidak tentu arah.
PERIBAHASA: Udang tak tahu dibongkoknya.
MAKNANYA: Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri.
PERIBAHASA: Ulam mencari sambal.
MAKNANYA: Perempuan yang mencari lelaki.
PERIBAHASA: Ular belingkar di gulungan tikar.
MAKNANYA: Orang jahat yang menyamarkan diri dalam
kumpulan orang baik-baik.
85
PERIBAHASA: Ular bercampur dengan belut tak akan
hilang bisanya.
MAKNANYA: Orang jahat yang bercampur dengan
orang baik akan tetap jahat juga.
PERIBAHASA: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh
jangan pukah.
MAKNANYA: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
PERIBAHASA: Ular bukan, ikan pun bukan.
MAKNANYA: Tidak dapat menentukan baik buruknya.
PERIBAHASA: Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul
jangan patah, tanah dipukul jangan kembang.
MAKNANYA: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
PERIBAHASA: Ular kepala dua.
MAKNANYA: Orang yang munafik.
PERIBAHASA: Ulat dalam batu pun hidup juga.
MAKNANYA: Orang yang rajin untuk berusaha tidak
akan kelaparan.
PERIBAHASA: Ulat lupakan daun.
MAKNANYA: Orang yang tidak menghargai jasa atau
pertolongan orang lain.
PERIBAHASA: Umpan seumpan, kail sebentuk.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu tanpa persediaan yang
mencukupi.
PERIBAHASA: Umur setahun jagung, darah setampuk
pinang.
MAKNANYA: Masih terlalu muda.
PERIBAHASA: Untung ada tuah tiada.
MAKNANYA: (i) Seseorang yang memperoleh kekayaan
atau laba tetapi sekejap sahaja.
86
(ii) Orang yang kaya tetapi tidak bahagia.
(iii) Orang yang murah rezeki tetapi
rezekinya habis begitu sahaja.
PERIBAHASA: Untung melambung malang menimpa.
MAKNANYA: Seseorang yang mengalami kemalangan
dan hilang pengharapan serta beroleh
kesusahan pula.
PERIBAHASA: Untung sabut timbul, untung batu
tenggelam.
MAKNANYA: Manusia terpaksa akur dengan nasibnya.
PERIBAHASA: Untung sepanjang jalan, malang sekejap
mata.
MAKNANYA: Kemalangan datang dengan tiba-tiba
sahaja, kerana itu perlulah berhati-hati.
PERIBAHASA: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat
dijejak.
MAKNANYA: Nasib seseorang yang tidak dapat diubah.
PERIBAHASA: Usahlah teman dimandikan pagi.
MAKNANYA: Mempermain-mainkan seseorang dengan
sanjungan yang berlebih-lebihan.
PERIBAHASA: Usul menunjukkan asal.
MAKNANYA: Kelakuan seseorang itu menunjukkan asal
keturunannya.
PERIBAHASA: Usul-usul, asal-asal, asal jangan
ditinggalkan.
MAKNANYA: Mengerjakan sesuatu hendaklah berhati-
hati.
87
Y
PERIBAHASA: Yang bingung makanan yang cerdik, yang
tidur makanan yang jaga.
MAKNANYA: Orang yang menipu akan memperdaya
orang yang bodoh dan pencuri akan
mencuri di tempat orang yang tidur.
PERIBAHASA: Yang bisu penghalau ayam.
MAKNANYA: Orang yang bodoh atau lemah dapat juga
dipertanggungjawabkan dengan sesuatu
tugas.
PERIBAHASA: Yang bongkok juga dimakan sarung.
MAKNANYA: Orang yang bersalah akan menanggung
dosanya.
PERIBAHASA: Yang bulat datang bergolek, yang pipih
datang melayang.
MAKNANYA: Mendapat keuntungan daripada berbagai-
bagai punca.
PERIBAHASA: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal
di atas.
MAKNANYA: Keuntungan yang diharap-harapkan tidak
dapat, malahan modal atau peralatannya
hilang pula.
PERIBAHASA: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran.
MAKNANYA: Bernasib malang kerana yang dihajati
masih belum diperoleh, tetapi yang sudah
di tangan hilang pula.
PERIBAHASA: Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang
didengar bunyi.
88
MAKNANYA: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna dari segi
rupa, pendengaran dan perasaan.
PERIBAHASA: Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh
pun tenggelam.
MAKNANYA: Orang malas mengawasi orang yang
lebih malas, akhirnya semua usaha tidak
menjadi.
PERIBAHASA: Yang dulu mendapat, yang kemudian
ketinggalan.
MAKNANYA: Orang yang rajin selalu beroleh lebih
keuntungan daripada orang yang malas.
PERIBAHASA: Yang enggang sama enggang juga, yang
pipit sama pipit juga.
MAKNANYA: Manusia bergaul mengikut kedudukan
dan darjat masing-masing.
PERIBAHASA: Yang merah saga, yang kurik kundi, yang
indah bahasa, yang baik budi.
MAKNANYA: Rupa yang elok jika tidak disertakan
dengan budi bahasa akan tetap menjadi
hina dalam kalangan masyarakat.
PERIBAHASA: Yang secupak takkan jadi segantang.
MAKNANYA: Sesuatu yang tidak akan berubah lagi
(berkenaan nasib dan sebagainya).
PERIBAHASA: Yang sehasta tak akan jadi sedepa, yang
sejengkal tak akan jadi sehasta.
MAKNANYA: Ketentuan yang telah ditetapkan dan tidak
dapat diubah lagi.
PERIBAHASA: Yang seorang memeram batu, yang
seorang memeram pisang.
MAKNANYA: Perbezaan pendirian, iaitu yang seorang
boleh menanti dan yang seorang lagi tidak.
89
PERIBAHASA: Yang tajam tumpul, yang bisa tawar.
MAKNANYA: Dengan kelembutan biasanya dapat
menyelesaikan sesuatu perbalahan.
PERIBAHASA: Yang tegak disokong, yang lemah
ditopang.
MAKNANYA: Orang kaya dimuliakan dan dihormati,
sedangkan yang miskin diberi
pertolongan.
PERIBAHASA: Yang tinggi tampak jauh, yang dekat
julung bersua.
MAKNANYA: Dalam sesuatu usaha, pemimpinlah yang
bertanggungjawab untuk menangani
sesuatu.
90
Bibliografi
1. Kajian tentang Unsur-unsur Perkataan Pinjaman
dalam Bahasa Melayu oleh Arai Tidaku, Pengarah
Eksekutif, Persatuan Jepun-Malaysia, Jepun.
2. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
1989,1994.
3. Kamus Baru Bahasa Melayu. Koa Kyokai, Aikoku
Shinbunsha Press, 1941.
4. Kamus Besar Bahasa Indonesia, Departemen
Pendidikan dan Kebudayaan, Balai Pustaka.
1993.
5. Kamus Standard Bahasa Indonesia - Jepun. Dian
Rakyat. Universiti Nasional .1995.
6. Amran Kasimin, Arabic words in the Malay
vocabulary (acritical study of existing Malay
dictionaries), Kuala Lumpur, Universiti Nasional
Malaysia, 1976.
7. Baried, Siti Baroroh, Bahasa Arab dan
Perkembangan Bahasa Indonesia, Denpasar.
Fakultas Sastra,Universiti Udaya. 1982.
8. Beg, Muhammad Abdul Jabbar, Arabic loan-words
in Malay : A comparative Study, Kuala Lumpur,
Universiti Nasional Malaysia, 1982.
91
9. Beg, Muhammad Abdul Jabbar. Persian and
Turkish loan-words in Malay. Kuala Lumpur.
Universiti Nasional Malaysia. 1982.
10. Beg, Muhammad Abdul Jabbar, Indo-Sanskrit
loan-words in Malay, Bangi, Universiti Nasional
Malaysia. 1981.
11. Fatimah Faiman, Unsur-unsur Bahasa Melayu
dalam Bahasa Jawa, Bangi, Pengarang. 1974.
12. Gonda, J. Sanskrit in Indonesia, Nagpur,
International Academy of Indian Culture, 1952.
13. Grijns, C.D. European loan-words of origin in
Bahasa Indonesia and traditional Malay, Leiden.
KITLV. 1983.
14. Jones, Russel, Arabic loan-words in Indonesian,
London, School of Oriental and African Studies,
University of London, 1978.
15. Maxwell, William Edward, A mannual of the
Malay language with an introduction sketch of the
Sanskrit element in Malay, London, Kegan Paul,
French, Trubner. 1902.
16. Mohammad Abdullah, Sh. Pengaruh Bahasa Arab
di dalam teks Sejarah Melayu, Bangi, Universiti
Nasional Malaysia, 1982.
17. Muhammad Said. Hj. Sulaiman, Guguskatan
Parsi, Portugis, Belanda dan Tamil dan juga lagak
Kedah, Johor Baharu, PBMPB di Raja, 1940.
92
18. Poedjosoedarmo, Soepomo, Javanese influence
on Indonesian, Ann Arbor (Michigan), University
Microfilem, 1987.
19. Van Ronkel, Mengenai Pengaruh taklimat Arab
terhadap taklimat Melayu, Jakarta, Bhratara,
1977.
20. O.W Wolters, Studying Srivijaya, JMBRAS, LXII,
ii, 1944, halaman 1-32.
21. Wang Gungwu, The First Three Rulers Of Melaka,
JMBRAS, XLI, 1968, halaman 11-22.
22. Meilink Roelofs, Asian Trade And Eropean
Influence In The Indonesia Archipelago Between
1500 and About 1630, The Hague, 1962, halaman
36-40.
23. Armando Cortesao (ed) The Suma Oriental of
Tome Pires, jilid 11, Hakluyt Society, London
1944, halaman 254-255.
24. R.O Winstedt, History Of Malaya, JMBRAS, XIII,
I, 1935, halaman 42, W.W. Rockhill, Notes On
The Relations, Toung Pao, XVI, 1915, 117. Hal ini
diterangkan dengan jelas dalam fasal 10, Undang-
Undang Laut Melaka Winstedt dan De Jong (eds)
Maritime Laws, halaman 39.
25. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary
Statement On The General Theory Of The
Islamization On The Malay, Indonesian
Archipelago, Kuala Lumpur, 1969, halaman 5-6.
93
26. Khoo Kay Kim, Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul
Rahman, Muhd Yusuf Ibrahim, Amin Hassan dan
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan
Dan Perkembangannya, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1992.
27. Muhd Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 1990
cetakan ke-2.
28. W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti,
1975.
29. Memartabatkan Bahasa dan Budaya Melayu
sebagai Teras Tamadun Negara, Prof. Dr. Awang
Sariyan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia.
30. Abdullah Hassan, (1994). Perancangan Bahasa
di Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
31. Asmah Haji Omar, (2002), Setia dan Santun
Bahasa, Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
32. Asraf (Ed.), (1996), Manifesto Budaya, Pupus
Bahasa Pupuslah Bangsa, Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Malaysia.
33. Awang Sariyan, (2000), Warna dan Suasana
Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
34. Awang Sariyan, (2001), Pendidikan Bahasa
Melayu di Malaysia: Pemenuhan Suatu Idealisme.
94
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Persatuan Linguistik Malaysia.
35. Awang Sariyan, (2002), Ceritera Kejayaan
Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Persatuan Linguistik Malaysia.
36. Awang Sariyan, (2002), Ceritera Bahasa, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
37. Collins, J.T. (1998), Malay, World Language: A
Short History, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
38. Hassan Ahmad, (2002). Imbasan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
39. Nik Safiah Karim, (1992), Beberapa Persoalan
Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
40. (F-M), Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. (F-M)
Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, halaman
592.
41. Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963,
halaman 6.
42. Slametmuljana, Asal Bangsa Dan Bahasa
Nusantara, 1975. passim., halaman 12-18.
43. Asmah Hj. Omar, Susur Galur Bahasa Melayu,
1985, halaman 395.
95
44. Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu,
1965, halaman 5-6.
45. Mees, C.A, Ilmu Perbandingan Bahasa-Bahasa
Austronesia, 1967, halaman 2.
46. Marsden, W. A Grammar of The Malayan
Language, 1812, halaman vi.
47. Safwan Fathy, Kisah dari al-Quran, 1988,
passim., halaman 53-55.
96