The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FLIPBOOK HANG TUAH (NUR SYAZMEEN BINTI SYAMSUL NAZMI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9165306, 2022-07-08 22:20:28

FLIPBOOK HANG TUAH (NUR SYAZMEEN)

FLIPBOOK HANG TUAH (NUR SYAZMEEN BINTI SYAMSUL NAZMI)

HANG TUAH
TOKOH TERBILANG

Nur Syazmeen Binti Syamsul Nazmi 3 AA

Isi Kandungan

01 Biografi Hang Tuah 02 Riwayat Hidup
Hang Tuah

03 Gelaran “Laksamana 04 Taming Sari

05 Hang Tuah diutuskan ke 06 Sumpah
Pahang

Biografi Hang Tuah

Hang Tuah (Jawi: ‫ )ھ ﺗواه‬ialah seorang pahlawan legenda
berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka)
bermula pada 1400-1511.[1] Menurut rekod sejarah, beliau
lahir di Kampung Sungai Duyung, Melaka, kira-kira dalam

tahun 1444

Biografi Hang Tuah

Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang
Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang
handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan

keturunan dayang di istana.
Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya
kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal

dan tiada tolok bandingnya.

Arca Hang Tuah oleh pengarca
Malaysia, Heng Eow Lin, dari

Kulim, Kedah

Riwayat Hidup Hang Tuah

Ketika berusia 10 tahun, Hang Tuah belajar silat kepada
seorang guru bernama Adi Putera yang tinggal di puncak
gunung bersama empat sahabatnya, Hang Kasturi, Hang
Jebat, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Dengan bimbingan dari
Adi Putera , Hang Tuah dan keempat temannya tersebut

mendapatkan pelajaran mulai dari bela diri hingga
meditasi.

Gelaran “Laksamana”

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan
seorang Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri)
daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk.
Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka
lalu menjemput mereka semua ke rumahnya dan
seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di

istana.

Sejak itu Hang Tuah dan
sahabat-sahabatnya amat disayangi

oleh Sultan hinggalah Hang Tuah
mendapat gelar Laksamana.

Taming Sari

Taming Sari ialah nama seorang pendekar Jawa
dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut

dalam Hikayat Hang Tuah.
Menurut hikayat ini, Taming Sari ialah seorang
hulubalang yang paling handal di Majapahit ketika
itu dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara
Majapahit, Patih Gajah Mada, untuk membunuh

Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah Makam Hang Tuah

Keris Taming Sari seperti yang
dilihat ketiga dari kiri, antara
pakaian diraja Perak yang lain,

1907..

Kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya.
Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli

pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera.

Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari.
Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di
hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah
berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu

untuk menikamnya hingga mati.

Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh
raja Majapahit Suraprabhawa kepada Hang

Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi
kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah diutuskan ke Pahang

bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan
Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung
Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali
atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan.
Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang
akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut
menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu.

Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina
dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun,

hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya
Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana
menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah

dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat
karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya

dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut
Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah
Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih

istana.

Tidak ada pendekar atau panglima di
Melaka yang dapat menentang Hang
Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah

menjadi kebal kerana adanya
kerisTaming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan
diri dan berlindung di rumah

Bendahara. Pada masa itu baginda
baru menyesal kerana membunuh
Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah
masanya Bendahara memberitahu

yang Hang Tuah masih hidup.

Hang Tuah kemudiannya telah T
dipanggil pulang dan dititahkan
membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh
hari bertarung, Hang Tuah akhirnya
berjaya merampas semula Taming
Sarinya daripada Hang Jebat dan

membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba
membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang
Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya
tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga
berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat

boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang
tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan
memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran.

Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai
sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini
kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan
bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka
yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana
dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang
membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang
berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia,
Selagi Berpegang Teguh Pada Islam"

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version