The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idazamida16, 2021-11-23 08:30:21

E_BUKU_GARIS_PANDUAN_PRAKTIKUM

E_BUKU_GARIS_PANDUAN_PRAKTIKUM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
AMALAN PROFESIONAL

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
(PDPP)

PRAKTIKUM

[PRKA2045]

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(Berkuat kuasa mulai Ambilan Jun 2020)

ii

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional ini diedarkan untuk
kegunaan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan pelajar Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan
ini adalah sebagai rujukan dalam pelaksanaan Amalan Profesional
bagi Program Pendidikan Guru yang dikendalikan oleh Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

© Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
dipindah kepada bentuk yang lain, sama ada dengan cara elektronik,
gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta
terlebih dahulu.

Garis Panduan Amalan Profesional
Diterbitkan oleh :

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1

63200 Cyberjaya, Malaysia
www.ipgm.moe.gov.my

BERKUAT KUASA MULAI AMBILAN JUN 2020

iii

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Kata Alu-Aluan

KATA ALUAN

Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Buku Garis Panduan Amalan Profesional IPG bagi
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) telah berjaya dihasilkan. Sekalung tahniah
dan syabas saya titipkan kepada ahli panel yang terlibat atas kejayaan menghasilkan buku garis
panduan ini. Bagi pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), sumbangan semua ahli panel
amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Buku Garis Panduan Amalan Profesional dihasilkan untuk memastikan keselarasan pelaksanaan
Amalan Profesional di semua kampus Institut Pendidikan Guru. Pelaksanaan Amalan Profesional
juga merupakan satu bentuk pemuafakatan antara IPG dengan jabatan-jabatan lain di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi dua
komponen iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Praktikum.

Kandungan komponen tersebut mampu memberikan kefahaman yang mendalam kepada
pensyarah penyelia dan guru pembimbing terhadap aspek pelaksanaan Amalan Profesional pada
masa kini. Panel penggubal telah berjaya menjelaskan dengan terperinci beberapa konsep yang
terdapat dalam praktikum bertema. Di samping itu juga,garis panduan ini merupakan manifestasi
terhadap komitmen dan tanggungjawab perlu dikuasai oleh pensyarah penyelia dan guru
pembimbing.

Diharapkan dengan adanya Buku Garis Panduan Amalan Profesional IPG ini akan dapat
membantu pensyarah penyelia dan guru pembimbing dalam mempertingkatkan kualiti penyeliaan
dan bimbingan yang diberikan kepada pelajar selaras dengan pelaksanaan transformasi
praktikum dan pendidikan abad ke-21. Akhir kata, diharapkan agar Buku Garis Panduan Amalan
Profesional IPG ini dapat dijadikan rujukan kepada pensyarah penyelia dan guru pembimbing,
dalam program pendidikan guru ke arah memantapkan lagi sistem pendidikan sesuai dengan
keperluan pembelajaran abad ke-21.

Selamat Maju Jaya.

Dr. Rusmini Binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

iv

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1. AMALAN PROFESIONAL

1.1 Pengenalan
Amalan profesional adalah komponen penting dalam kurikulum perguruan yang berlandaskan
hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, visi dan
misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM). Amalan profesional di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah landasan untuk pelajar
mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta
menghasilkan teori PdP yang tersendiri.

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional ini digubal sebagai panduan dalam
melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Garis Panduan ini mengandungi maklumat berkaitan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan pelaksanaan praktikum. Maklumat berkaitan
struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab semua pihak yang
terlibat, panduan penggunaan borang serta kaedah penilaian juga dinyatakan secara jelas.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah penyelia, guru
pembimbing, pegawai pembimbing/ pendidik dan pengurus sekolah bagi memahami dan
menghayati peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan
Profesional. Di samping itu, garis panduan ini juga dapat membantu pensyarah penyelia dan
guru pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan, penyeliaan dan penilaian pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPG) khasnya Unit Praktikum, pihak
pengurusan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu menggunakan garis
panduan ini bagi membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang
berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan
pelantikan, penempatan, penyeliaan, pemantauan, rentasan dan penyelarasan Amalan
Profesional.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan
Amalan Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna bagi menyempurnakan Program
Pendidikan Guru kendalian IPG selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025.

1

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.2 Matlamat Amalan Profesional

Matlamat amalan profesional adalah untuk membolehkan para pelajar menguasai dan
mengamalkan konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang perlu untuk menjadi
insan guru yang profesional, kompeten dan memiliki sahsiah guru yang unggul. Selain
itu matlamat amalan profesional juga adalah untuk membantu meningkatkan
perkembangan potensi pelajar supaya mereka mempunyai daya tahan diri dalam
menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Matlamat akhir proses pembinaan insan
guru dalam amalan profesional IPG adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan
berjiwa pendidik.

1.3 Objektif Amalan Profesional

1.3.1 Melalui Amalan Profesional pelajar dapat;

1.3.1.1 memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan
mengamal nilai profesional perguruan.
1.3.1.2 membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta,
inovasi dan kreativiti.
1.3.1.3 meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.
1.3.1.4 menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
1.3.1.5 menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP.
1.3.1.6 menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP.
1.3.1.7 mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP, seterusnya
memperkembangkan potensi diri sebagai guru.
1.3.1.8 membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan
dalam semua aspek tugas guru.
1.3.1.9 membina teori tersendiri, ilmu binaan dan seterusnya ilmu
profesional perguruan.

2

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.4 Konsep Amalan Profesional

Amalan Profesional dibahagikan kepada dua komponen. Kumpulan PDPP melibatkan
komponen PBS dan praktikum seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Amalan Profesional

Pengalaman Praktikum
Berasaskan

Sekolah

Rajah 1.1 Komponen Amalan Profesional

Berdasarkan Rajah 1.1, berikut adalah huraian ringkas bagi setiap komponen tersebut.

a) Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberi pemahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui PBS pelajar
dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik
darjah dan tugas sebenar seorang guru.

b) Praktikum

Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di
bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan praktikum memberi tumpuan kepada proses
PdP dengan bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing melalui
perkongsian pintar dan permuafakatan antara sekolah, IPG dan agensi-agensi KPM.

Semasa pelaksanaan Amalan Profesional, keutamaan diberikan kepada penyeliaan
klinikal dan bimbingan. Mekanisme ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian
pintar antara IPG, sekolah dan institusi latihan. Permuafakatan yang mantap dan
berstruktur ini dapat membantu perkembangan profesionalisme pelajar.

3

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.5 Kerangka Proses Amalan Profesional

Amalan Profesional di IPG menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu,
kemahiran dan teori dalam PdP serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Hasil
daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan,
pelajar akan menggunakan kreativiti dan inovasi untuk mengintegrasi teori dan praktis
bagi menghasilkan ilmu binaan yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional
perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Kerangka Proses Pembinaan Insan Guru dalam Amalan Profesional IPG
Berdasarkan Rajah 1.2, menunjukkan bahawa Kerangka Proses Pembinaan Insan
Guru dalam Amalan Profesional IPG merupakan program praktikum yang sistematik,
berasaskan sekolah dan bersifat developmental. Oleh itu melalui proses tersebut
membolehkan pelajar membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional
perguruan untuk menjadi guru permulaan yang kompeten dan berjiwa pendidik.

4

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

Rajah 1.3: Lingkaran Amalan Profesional IPG
Berdasarkan Rajah 1.3, lingkaran bermula dengan pelajar IPG membuat pemerhatian
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), mempelajari teori
pengajaran dan pembelajaran (pengajaran mikro dan makro), melaksanakan amalan
pengajaran melalui praktikum dan seterusnya mempraktikkan kemahiran kepimpinan
dan pengurusan.

5

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.6 Pelaksanaan Amalan Profesional

Amalan Profesional bagi Program Pendidikan Guru dilaksanakan seperti dalam
Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional Bagi Kumpulan PDPP

Program Tempoh Pelaksanaan

Kumpulan PBS Praktikum

Tempoh 2 minggu 10 minggu
Semester *2
Arus Perdana Kredit 1 *3
Bimbingan dan Tempoh
Semester 2 minggu 5
Kaunseling Kredit *2
Tempoh 1 10 minggu
Pendidikan Khas Semester
Kredit 2 minggu *3
Pendidikan Autisme *2
Tempoh 1 5
Semester
Kredit 2 minggu 10 Minggu
*2
1 *3

2 minggu 5
* Sem2
PDPP 10 Minggu
1 Kredit
*3

5

Modul 1 Modul 2

Tempoh 4 minggu
Semester
PAKK TASKA Kredit *Sem. 3 -
Tempoh
PAKK Prasekolah Semester 2 Kredit
Kredit
* Tertakluk kepada pindaan 6 minggu

- *Sem 3

3 Kredit

1.7 Penilaian Amalan Profesional

1.7.1 Penilaian Amalan Profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 : Penilaian Amalan Profesional

Program Kumpulan PBS Praktikum

Arus Perdana 2 minggu 10 minggu
Pendidikan Khas 2 minggu
B&K 2 minggu 10 Minggu
Pendidikan Autisme 2 minggu
Markah 10 Minggu
2 minggu
PDPP 100% markah tugasan 10 Minggu
kerja kursus bidang teras
yang dibuat semasa PBS 100%

Modul 1 Modul 2

PAKK TASKA 4 Minggu Tiada
PAKK Prasekolah
Tiada 6 Minggu
Markah
100% 100%

6

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan(PDPP)

1.8 Syarat Penentuan Keputusan
1.8.1 Penentuan lulus praktikum adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:
1.8.1.1 Pencapaian pelajar dalam Amalan Profesional diputuskan
mengikut gred yang ditetapkan dalam Panduan dan Syarat
Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah.
1.8.1.2 Markah lulus minimum dalam setiap fasa Praktikum ialah 50
peratus (50%) dicapai.
1.8.1.3 Tidak melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan
Amalan Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta
disabitkan kesalahan.
1.8.2 Penentuan gagal praktikum adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:
1.8.2.1 Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan
dalam kategori lulus.
1.8.2.2 Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran
dan bimbingan yang diberikan.
1.8.2.3 Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
sebanyak tiga kali sepanjang tempoh pelaksanaan praktikum
walaupun setelah diberi bimbingan dan amaran bertulis.
1.8.2.4 Melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan Amalan
Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta disabitkan
kesalahan.
1.8.2.5 Rujuk Lampiran 2-7 Carta Alir Mengendalikan Kes Praktikum.

7

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

3. TRANSFORMASI PRAKTIKUM

3.1 Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) menterjemahkan
keberhasilan pendidikan sebagai pembangunan modal insan yang berkualiti sebagai
negara ke arah mencapai taraf negara maju. Amanah ini merupakan tanggung jawab
besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidik khususnya warga IPGM.
Peranan dan komitmen padu diperlukan untuk menyediakan latihan bagi melahirkan
bakal guru yang berkualiti untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti
yang dihasrat oleh PPPM 2013 – 2025.
Fokus transformasi dalam amalan profesional adalah untuk menyusun dan
memantapkan pelaksanaan praktikum sedia ada dengan merujuk pendekatan Nexus
Theory and Practices bagi merapatkan jurang antara teori dengan praktikal, khususnya
ketika pelajar IPG berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah. Melalui transformasi
praktikum, IPG memperkenalkan pemantapan pelaksanaan praktikum secara bertema
di samping meningkatkan kualiti pemerhatian dan penyeliaan klinikal, dan
menambahbaik program pementoran.

3.2 Transformasi Praktikum
Transformasi Praktikum di IPG adalah berlandaskan kepada pendekatan Nexus Theory
and Practices. Pendekatan Nexus Theory and Practices merapatkan jurang antara teori
dengan praktis pelajar, IPG dengan sekolah. Melalui pendekatan ini, pelajar akan dapat
mengimbangi pengetahuan teoritikal dan praktikal dan membolehkan pemindahan
pembelajaran (transfer of learning) iaitu perkara yang telah dipelajari di IPG dapat
diaplikasikan ke dalam situasi sebenar di sekolah secara efektif.
Melalui komuniti profesional, guru pembimbing (sekolah) dan pensyarah penyelia (IPG)
perlu bekerjasama untuk mewujudkan proses kolaboratif antara sekolah dan IPG bagi
memastikan pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sokongan yang
diperlukan. Perkongsian yang teguh antara sekolah dan IPG akan menjadi pemacu
kepada program pendidikan guru melalui Model Enhanced Partnership (Rajah 2.1).

34

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Rajah 2.1: Enhanced Partnership Model
Sumber: Adaptasi National Institute of Education (2009) in Oon-Seng Tan,

Woon-Chia Liu dan Ee-Ling Loo (Ed.), (2007).
3.2.1 Strategi Pelaksanaan Transformasi Praktikum IPG

Strategi pemantapan praktikum melalui transformasi IPG akan dilaksanakan
seperti berikut:
i. melaksanakan praktikum berdasarkan konsep Nexus Theory and

Practice;
ii. melaksanakan program praktikum bertema;
iii. memantapkan penilaian praktikum;
iv. membangunkan sistem pementoran berstruktur berasaskan kompetensi;

dan
v. membangunkan e-Praktikum.
Pemantapan Praktikum dilaksanakan menggunakan kerangka konsep pendekatan
Nexus Theory and Practice seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.2

35

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Rajah 2.2: Pendekatan Nexus Theory and Practice Dalam Pelaksanaan
Praktikum di IPG

3.3 Konsep Praktikum Bertema
Praktikum Bertema berfokus kepada tema-tema tertentu bagi memantapkan penguasaan
dan kemahiran pelajar dalam PdP. Pelaksanaan Praktikum Bertema melibatkan empat
komponen utama iaitu perancangan, pelaksanaan, amalan pedagogi masa kini,
kemahiran insaniah serta refleksi dalam PdP. Setiap komponen mempunyai tema-tema
yang khusus. Tema ini mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan
insan guru yang profesional dan memiliki sahsiah guru yang unggul.
Model Struktur Transformasi Praktikum Bertema seperti di Rajah 2.3 yang dicadangkan
ini menekankan kemampuan pelajar untuk menterjemahkan ilmu yang diperoleh secara
teoritikal di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum
Bertema ini mula diperkenalkan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2017.

36

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Rajah 2.3: Model Struktur Praktikum Bertema IPG
3.4 Objektif Praktikum Bertema

Melalui praktikum bertema, pelajar akan;
i. menyepadukan teori dengan praktik PdP;
ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP berdasarkan tema;
iii. mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai;
iv. merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu
mengikut tema yang telah ditentukan;
v. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP;
vi. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai profesionalisme keguruan;
vii. memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri;
viii. mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses
PdP;
ix. menguasai kemahiran fasilitator; dan
x. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum berdasarkan tema.

37

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

3.5 Komponen Tema Dalam Praktikum Bertema IPG

Praktikum dilaksanakan dalam tempoh sepuluh minggu. Pelaksanaan Praktikum
memberi pendedahan kepada kesemua komponen tema.

Perincian wajaran mengikut komponen ditunjukkan dalam Jadual 3.1

Jadual 3.1: Perincian Wajaran Praktikum Mengikut Komponen

BIL KOMPONEN TEMA
BIDANG TERAS

PERANCANGAN

1. PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

2. KOKURIKULUM

PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI

3. REFLEKSI PERTENGAHAN PRAKTIKUM

3.5.1 Perancangan

Dalam tema perancangan, pelajar perlu menyediakan Rancangan Semester,
Rancangan Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut
format yang ditetapkan oleh IPG sebelum melaksanakan pengajaran. Dalam
penyediaan RPH, pelajar perlu menitikberatkan kepada empat fasa seperti yang
berikut;

i. Pengenalan
ii. Permulaan
iii. Perkembangan pengajaran
iv. Penutup

38

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Dalam perancangan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus
penyeliaan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing dengan pelajar. Tema
adalah seperti yang dicadangkan beserta dengan wajaran dalam Jadual 3.2 .

Jadual 3.2: Senarai Tema Dalam Komponen Perancangan dan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN

PERANCANGAN  PENGENALAN  PENGENALAN
PdP  PERMULAAN
(Penyediaan RPH)  PERKEMBANGAN - Hasil pembelajaran
- Isi pelajaran
PENGAJARAN
 PENUTUP  PERMULAAN
⁻ Set induksi

 PERKEMBANGAN PENGAJARAN
- Strategi pengajaran pembelajaran
- Kesesuaian aktiviti dengan strategi
- Sumber pengajaran pembelajaran
- Unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
- Elemen Merentas Kurikulum

 PENUTUP

3.5.2 Pelaksanaan

Pelajar perlu melaksanakan sesi PdP berdasarkan RPH yang disediakan.
Pelaksanaan PdP akan melibatkan fasa-fasa berikut;

i. Permulaan
ii. Perkembangan pengajaran
iii. Penutup

Dalam pelaksanaan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus
penyeliaan dan bimbingan kepada pelajar. Tema yang dicadangkan beserta
dengan wajaran ditunjukkan dalam Jadual 3.3

39

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Jadual 3.3: Senarai Tema Dalam Komponen Pelaksanaan dan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN

PERMULAAN
⁻ Set Induksi

PERKEMBANGAN PENGAJARAN
- Langkah-langkah pengajaran
- Aktiviti pengajaran
- Perbezaan individu murid
- Kepelbagaian aktiviti

PENUTUP

PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN

 PERMULAAN PENTAKSIRAN
- Memantau pembelajaran murid.
PELAKSANAAN PdP  PERKEMBANGAN - Memberi maklumbalas terhadap respon
 PENUTUP
murid.
- Penilaian pembelajaran
- Menyimpan rekod markah murid.

PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Persekitaran pembelajaran
- Peluang pembelajaran
- Rutin dan peraturan

PENGLIBATAN MURID
PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
APLIKASI KBAT
PENERAPAN NILAI

3.5.3 Amalan Pedagogi Masa Kini

Selain proses pengajaran yang melibatkan perancangan, pelaksanaan dan refleksi,
pelajar juga didedahkan dengan amalan pedagogi masa kini yang boleh meningkatkan
kualiti PdP pelajar. Contoh amalan pedagogi masa kini disenaraikan dalam Jadual 3.4

.

40

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Jadual 3.4: Senarai Tema Dalam Amalan Pedagogi Masa Kini dan Wajarannya

KOMPONEN ASPEK TEMA

Contoh:

AMALAN ⁻ Kompetensi 4C / 6C (Creative, Critical, Collaboration,
PEDAGOGI MASA KINI Communication, Character, Citizenship)

⁻ Pembelajaran Terarah Kendiri
⁻ Pembelajaran Koperatif
⁻ Pembelajaran Inkuiri-Penemuan
⁻ Pembelajaran Penerokaan
⁻ Pembelajaran Kontekstual Terarah
⁻ Pembelajaran Berasaskan Projek
⁻ Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah
⁻ Pembelajaran berasaskan otak (Brain Based Learning)

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing
tentang tema berkaitan amalan pedagogi masa kini yang ingin diberi tumpuan
dalam praktikum. Jadual 3.4 di atas adalah senarai contoh perincian tema-tema
yang boleh dijadikan fokus untuk penyeliaan pelajar.

3.5.4 Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran
komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran
sosial-kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan
maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional, serta
kemahiran kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh graduan untuk
memenuhi tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam
atau luar negara.

Graduan yang memiliki kemahiran tersebut akan lebih berketerampilan serta
mampu berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal
insan kelas pertama yang dapat menyumbang kepada kemajuan organisasi dan
pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, semasa praktikum pelajar boleh
memilih salah satu kemahiran insaniah yang disenaraikan dalam Jadual 3.5
untuk dijadikan fokus penyeliaan.

41

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Jadual 3.5: Senarai Tema Dalam Kemahiran Insaniah dan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA

KEMAHIRAN  Kemahiran Komunikasi
INSANIAH  Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian Masalah
 Kemahiran Sosial – Kerja Berpasukan
 Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat
 Kemahiran Keusahawanan
 Etika dan Moral Profesional
 Kemahiran Kepimpinan

3.5.5 Refleksi

Selepas pelaksanaan PdP, pelajar perlu membuat penulisan refleksi
berdasarkan isu atau masalah kritikal semasa perancangan serta pelaksanaan
PdP. Penulisan refleksi boleh dibuat seperti yang berikut;

i. Refleksi ke atas tindakan;
ii. Refleksi semasa tindakan; dan
iii. Refleksi untuk tindakan

Semasa pasca penyeliaan atau bimbingan, pelajar boleh berbincang dengan
pensyarah atau guru pembimbing untuk menentukan tema yang perlu diberi
perhatian semasa penulisan reflektif. Jadual 3.6 di bawah menunjukkan aspek
tema dalam amalan refleksi dan wajaran setiap tema tersebut.

Jadual 3.6: Senarai Tema Dalam Komponen Refleksi Dengan Wajaran

Komponen Aspek Tema

REFLEKSI ⁻ Catatan refleksi selepas PdP
⁻ Pemikiran reflektif (Penulisan jurnal)
⁻ Pembinaan portfolio

Refleksi Pertengahan Praktikum

42

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

3.5.6 Kokurikulum
Selain daripada pengajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu melibatkan diri
untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian, perancangan
kokurikulum perlu disediakan mengikut tempoh mereka menjalani praktikum.
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau guru pembimbing untuk
memilih tema yang akan difokuskan semasa penyeliaan tersebut. Tema dalam
kokurikulum adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 3.7

Jadual 3.7: Senarai Tema Dalam Komponen Kokurikulum Dengan Wajaran

Ko-Kurikulum Komponen Aspek Tema
Permainan
 PERMULAAN
Olahraga  Perancangan - Set Induksi
Unit Beruniform  Pelaksanaan
 Amalan Pedagogi  PERKEMBANGAN PENGAJARAN
- Aplikasi Kemahiran
Masa Kini - Penguasaan Kemahiran
- Pengelolaan aktiviti
 Kemahiran Insaniah - Penilaian
 Refleksi
 PENUTUP
- Rumusan pengajaran
- Refleksi

 KEJURULATIHAN
 PENGANJURAN

Persatuan

3.6 Penilaian Pelaksanaan Praktikum Bertema IPG

Proses bimbingan dan penyeliaan praktikum melibatkan pensyarah penyelia dan guru
pembimbing bidang teras. Lawatan sosial mengantikan komponen pra penyeliaan yang
dilaksanakan dalam amalan praktikum semasa. Lawatan sosial hanya dilaksanakan
oleh pensyarah penyelia bidang teras. Lawatan sosial dilaksanakan untuk mewujudkan
hubungan (rapport) antara pensyarah penyelia, guru pembimbing, pengurusan sekolah
dan pelajar.
Penilaian praktikum dilaksanakan semasa penyeliaan. Pemantapan penilaian praktikum
melibatkan pertambahan bilangan penilaian bagi bidang teras. Penilaian praktikum bagi
bidang teras dilaksanakan sebanyak tiga kali termasuk sekali penyeliaan bersama
dengan guru pembimbing manakala penilaian untuk bidang kokurikulum dilaksanakan
sekali sepanjang tempoh praktikum.

43

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Untuk mengukuhkan aspek penilaian, proses bimbingan dilaksanakan sepanjang
praktikum melalui bimbingan secara bersemuka (face to face). Bimbingan bersemuka
(face to face) dilaksanakan sebanyak sekali bagi bidang teras dan kokurikulum.
Pelaksanaan bimbingan secara bersemuka memerlukan pensyarah penyelia hadir dan
membimbing pelajar di sekolah.

IPG dikehendaki melaksanakan sesi refleksi pertengahan praktikum ketika pelajar
menjalani praktikum. Pengisian bagi sesi refleksi pertengahan praktikum ini melibatkan
pembentangan pengalaman pelajar ketika mereka menjalani praktikum. Sesi refleksi ini
melibatkan pertemuan antara pelajar, pensyarah penyelia dan pihak pengurusan
praktikum yang diadakan pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pelajar diharapkan
akan dapat berkongsi pengalaman semasa menjalani praktikum dan memberikan
pandangan serta pendapat yang membina. Pelajar juga digalakkan untuk menyatakan
pendapat terhadap penyeliaan dan bimbingan yang telah mereka peroleh.

Pembentangan ini merangkumi refleksi semasa praktikum di mana pelajar
menghubungkait antara teori yang telah dipelajari di IPG dengan pengalaman mengajar
semasa praktikum. Aktiviti ini membolehkan pelajar membuat rumusan antara teori dan
praktik. Pelaksanaan sesi ini menyokong pendekatan Nexus Theory and Practices.
Kaedah dan perincian pembentangan portfolio ini adalah tertakluk kepada IPG.

3.7 Pementoran Berstruktur

Konsep pementoran dalam konteks praktikum IPG merupakan satu proses yang
kompleks dan mengandungi pelbagai dimensi dalam membimbing, mengajar,
mempengaruhi dan memberi sokongan kepada pelajar.

Secara umumnya tugas mentor adalah untuk memimpin, membimbing, dan menasihati
guru yang baharu dan kurang pengalaman untuk menghadapi suatu suasana kerja
berdasarkan perkongsian pengalaman dan maklumat. Sementara itu program
pementoran dalam praktikum di IPG memberi peluang kepada pensyarah yang
berpengalaman untuk membimbing, memberikan sokongan secara personal dan
profesional ke arah perkembangan pelajar melalui refleksi dan kolaboratif.

Pementoran berstruktur memerlukan model pementoran yang terancang dari aspek
strategi perkembangan kompetensi mentor, pemindahan pengetahuan, penilaian, peta
kurikulum praktikum yang khusus, sumber dan bantu yang sesuai. Kerangka
Pementoran Berstruktur Berasaskan Kompetensi dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu input, proses dan hasil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

44

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Rajah 2.4: Kerangka Bimbingan Praktikum
Sumber : Adaptasi daripada Model Bimbingan Praktikum, Syed Ismail Syed Mustapa,

Tesis Doktor Falsafah, UKM, 2014
Berdasarkan Rajah 2.4, pada peringkat input, terdapat lima kompetensi utama yang
perlu dikuasai oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing iaitu;

i. Kemahiran Penyeliaan Klinikal;
ii. Kemahiran Pemerhatian Bertema;
iii. Kemahiran Bimbingan Bertema;
iv. Kemahiran Refleksi; dan
v. Kemahiran Menilai dan Memberi Maklum Balas.

45

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4. PRAKTIKUM

4.1 Konsep

Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib bagi Program
Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk
mempraktikkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan praktikum ini memberi
tumpuan kepada proses PdP dengan bimbingan pensyarah penyelia dan guru
pembimbing/ pegawai pembimbing/ pendidik melalui perkongsian pintar dan
permuafakatan antara agensi KPM dan agensi luar.

4.2 Objektif Praktikum

Pelaksanaan praktikum, membolehkan pelajar;

4.2.1 menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP.
4.2.2 mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan praktikum

bertema serta kemahiran PdP termasuk kemahiran mentaksir dan menilai.
4.2.3 merancang dan melaksanakan PdP secara individu dan berpasangan.
4.2.4 mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pdp.
4.2.5 memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan

mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
4.2.6 memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan

portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.
4.2.7 mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses

pdp.
4.2.8 menguasai kemahiran fasilitator.
4.2.9 menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum

4.3 Kaedah Pelaksanaan Praktikum

4.3.1 Penempatan Pelajar

4.3.1.1 Penempatan pelajar di sekolah kelolaan KPM dilaksanakan secara
permuafakatan antara IPG dan sekolah dengan persetujuan JPN.
Penempatan sekolah yang bukan kelolaan KPM pula perlu mendapat
persetujuan daripada organisasi berkenaan. (Contoh: JPNIN, KEMAS dan
lain-lain). Rujuk Jadual 4.1

46

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.3.1.2 Pelajar PDPP perlu menyempurnakan PBS mengikut struktur program yang
telah ditetapkan. Sila rujuk Jadual 1.1

4.3.1.3 Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur
program. Sila rujuk Jadual 1.2

4.3.1.4 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ditempatkan di Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran manakala pelajar
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan
Khas (SMKPK) atau di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah
Pendengaran dan Masalah Penglihatan..

Jadual 4.1a: Penempatan Praktikum PDPP - Arus Perdana, PAKK, B&K
dan Pendidikan Khas (Sepenuh Masa dan KDC)

Kumpulan Modul Minggu Tempat Subjek

Arus Perdana - 10 SR / SM (tempat Bidang Teras /
bertugas) Bidang
pengkhususan
PAKK TASKA 1 4 TASKA sahaja
PAKK 2 6 Prasekolah
- Bidang Teras
Prasekolah - 10 SR / SM (tempat sahaja
latihan)
Pendidikan Bidang Teras /
Khas 10 SR / SM (tempat Bidang
bertugas) pengkhususan
B&K sahaja
Bidang Teras
sahaja

Jadual 4.1b: Penempatan Praktikum PDPP – Pendidikan Autisme

Minggu Tempat Subjek
Bidang Teras
3 Intervensi Awal/Intensif Bidang Teras
PRAKTIKUM Bidang Teras
Bidang Teras
2 Transisi Aliran PPKI

2 Transisi Aliran PPI

3 Prasekolah

47

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.4 Bilangan Waktu Mengajar

4.4.1 Waktu mengajar bagi pelajar PDPP ialah lapan waktu (minimum) dan 12
waktu seminggu (maksimum).

4.4.2 Bidang yang perlu diajar dan dinilai bagi pelajar PDPP ialah bidang teras
sahaja.

4.4.3 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali pada
setiap peringkat praktikum.

4.4.4 Pelaksanaan Praktikum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) adalah
seperti dalam Panduan Pelaksanaan Praktikum PAKK (Rujuk m.s: 238)

4.4.6 Pelaksanaan bidang teras Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki
melaksanakan aktiviti mengikut ketetapan seperti dalam Panduan
Pelaksanaan Praktikum Bimbingan dan Kaunseling (Rujuk m.s: 330)

4.4.7 Pelaksanaan Praktikum Pendidikan Khas Autisme adalah seperti dalam
panduan pelaksanaan praktikum Autisme (Rujuk m.s: 347)

4.5 PELAKSANAAN PRAKTIKUM PENDIDIKAN KHAS
4.5.1 Panduan Penyeliaan bagi Program Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran menetapkan bahawa pelajar program ini perlu mengajar
sekurang-kurangnya satu kursus bidang teras mengikut ketetapan berikut
dan satu kursus tambahan mana-mana subjek dalam kelas pendidikan khas
(2 waktu) Rujuk Jadual 4.2)

Jadual 4.2 Agihan Penyeliaan dan Mata Pelajaran Pendidikan Khas

TAHAP Kursus Bil. Waktu (seminggu)

Tahap 1 Asas 3M (Bahasa Melayu, 8 waktu hingga 12 waktu (SK)
(SK/SM) Matematik, Bahasa Inggeris) 8 waktu hingga 10 waktu (SM)

Kemahiran Asas Vokasional

Bahasa Melayu

Tahap 2 Matematik 8 waktu hingga 12 waktu (SK)
(SK/SM) 8 waktu hingga 10 waktu (SM)

Kemahiran Asas Vokasional

48

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.5.2 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas
4.5.3 Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
dikehendaki melaksanakan pengajaran penuh di kelas Pendidikan Khas
4.5.4 bagi kursus bidang teras, satu kursus tambahan dan kokurikulum.
Jika subjek kursus tambahan pelajar bersamaan dengan subjek bidang
4.5.5 teras, maka pelajar boleh memilih subjek lain sebagai subjek gantian di
4.5.6 kelas PPKI. Sekiranya kursus tambahan yang diambil tidak terkandung
4.5.7 dalam subjek di kelas PPKI, maka pelajar tersebut perlu mengajar subjek
kursus tambahan di aliran perdana.
Pelajar bidang teras Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
dikehendaki menjalankan ujian diagnostik (Bahasa Melayu dan
Matematik) serta penilaian alternatif yang sesuai (senarai semak dan
analisis dokumen) terlebih dahulu sebelum merancang pengajaran dan
pembelajaran
Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai satu Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) dalam bidang teras terhadap seorang murid yang dipilih sendiri atau
yang disyorkan oleh guru pembimbing.
Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali
dalam sesi praktikum.
Pensyarah bidang teras Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan diberi keutamaan untuk menyelia Bidang Teras, Kursus
Tambahan dan kokurikulum kursus berkenaan. Jika terdapat kekurangan
tenaga penyelia, pihak IPG boleh meminta bantuan dari pensyarah
jabatan lain dengan syarat setelah pensyarah tersebut menjalani kursus
pendedahan penyeliaan praktikum pendidikan khas.

49

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.6 Panduan Penyeliaan
4.6.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.
4.6.2 Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.
4.6.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
4.6.4 Jadual 4.3a hingga 4.3b ialah panduan agihan bilangan penyeliaan
praktikum untuk pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

Jadual 4.3a : Bilangan penyeliaan program PDPP
(Arus Perdana, Pendidikan Khas)

Sekolah Kelolaan KPM dan bukan kelolaan KPM -Perdana/KDC

MINGGU M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10
PB
PENSYARAH Bimbingan Penilaian

PENYELIA Ls + B(Bs) BM P1+K1 RPP Maya Kokurikulum +

TERAS Kokurikulum K2

GURU

PEMBIMBING B(Bs) B(Bs) K1 B(Bs) K2 + B(Bs)
TERAS /

PEMBANTU

* Prapenyeliaan boleh dilaksanakan bersama-sama dengan lawatan sosial.

Petunjuk : B(Bs) Bimbingan Bersemuka P2 Penilaian
Ls Lawatan Sosial Kokurikulum

BM Bimbingan Maya P1 Penyeliaan 1 PB Penyeliaan
K Kolaboratif Bersama
RPP Refleksi Pertengahan
Praktikum

Jadual 4.3b: Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, kolaboratif dan Penyeliaan
Praktikum Arus Perdana, Pendidikan Khas

Kursus IPG/ Lawatan Bimbingan Bimbingan Bilangan Penyeliaan
Sekolah Sosial B(Bs) Maya Bimbingan &
Bidang Teras
Ko-kurikulum IPG 1 ( Bersemuka ) 1 2 Kolaboratif
Bidang Teras Sekolah 1 1P+1PB+1
- 1 1
- - - 4 K
1P+1K
4
1PB+2K

50

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.7 Pelaksanaan Kokurikulum
4.7.1 Semua pelajar wajib melaksanakan aktiviti kokurikulum minimum 1 jam
seminggu.kecuali pelajar Kursus Pendidikan Autisme tiada pelaksanaan
kokurikulum.
4.7.2 Pensyarah Bidang Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan
penyeliaan kokurikulum seperti jadual penyeliaan.
4.7.3 Pelajar perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum
dalam mana-mana komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan,
sukan dan permainan atau unit beruniform di peringkat sekolah.
4.7.4 Pelajar juga perlu menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum yang lengkap
bagi mana-mana komponen pada setiap sesi pelaksanaan kokurikulum
tersebut.

4.8 Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP)
4.8.1 Pelajar wajib melaksanakan RPP dan sebagai prasyarat untuk lulus
praktikum.
4.8.2 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.
4.8.3 Pensyarah bidang teras berperanan sebagai panel penilai dan
bertanggungjawab untuk mengendalikan RPP. Antara tanggungjawabnya
ialah:

 Menilai pembentangan pelajar
 Merekodkan markah RPP.
 Memastikan kehadiran pelajar.
 Memastikan semua pelajar melaksanakan pembentangan RPP.
 Menyerahkan borang penilaian RPP kepada Unit Praktikum.
4.8.4 Peranan Jabatan Akademik ialah :

 Menguruskan penyediaan tempat pembentangan.
 Menguruskan jadual pembentangan pelajar.
 Memastikan keberadaan dan kehadiran pensyarah penyelia.
4.8.5 Proses pelaksanaan RPP.

 Pelaksanaan RPP dijalankan oleh IPG masing-masing.
 Tempoh pelaksanaan RPP dilaksanakan dalam tempoh 2 hari secara

berkumpulan.

51

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

 Tempoh pembentangan RPP ialah selama 30 minit (15 minit
membentang dan 15 minit sesi soal jawab).

 Pensyarah penyelia akan dilantik sebagai panel penilai. Tanggungjawab
panel penilai adalah seperti berikut:
a) Bertanggungjawab membuat penilaian pembentang.
b) Berada sepanjang tempoh penilaian pembentangan.
c) Penilaian dibuat oleh panel penilai dan penyelarasan markah antara
panel perlu dilaksanakan selepas tamat sesi pembentangan.
d) Dokumen yang berkaitan dengan pembentang RPP perlu
diserahkan kepada pensyarah penyelia pelajar berkenaan.
e) Markah akhir RPP disediakan oleh pensyarah penyelia masing-
masing iaitu selewat-lewatnya pada minggu ke-7.

4.9 Syarat Taksiran Prestasi Pelajar dalam Praktikum
4.9.1 Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar berdasarkan kepada
bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.
4.9.2 Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan
pensyarah penyelia dengan menggunakan borang bimbingan.
4.9.3 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi
pelajar menggunakan Borang Penilaian Praktikum. (Borang Penilaian
Praktikum PR2)
4.9.4 Penilaian Praktikum pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada
komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Komponen Penilaian Praktikum Bagi Bidang Teras, Pendidikan Khas

Komponen Penilaian Rujukan Wajaran
1. Perancangan
2. Pelaksanaan Portfolio dan perbincangan dengan 85%
pihak sekolah / dokumen
3. Refleksi 5%
Menyediakan portfolio 10%
4. Kokurikulum Refleksi PdP 100%
Penulisan Jurnal
RPP (portfolio / dokumen)
Kokurikulum
Jumlah

52

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.10 Wajaran Penilaian Praktikum

4.10.1 Penilaian bagi praktikum dibuat berdasarkan mata pelajaran Bidang Teras.
Setiap mata pelajaran mempunyai wajaran yang berbeza.

4.10.2 Wajaran markah praktikum ialah 100%, Rujuk Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Wajaran Penilaian Praktikum

Program Kumpulan Tempoh Bidang Teras Wajaran %
(minggu) Penyeliaan 1 35
Penyeliaan bersama 50
Arus 10 Kokurikulum 10
Perdana / minggu
Pendidikan RPP 5
Penyeliaan 1 10
Khas Penyeliaan Bersama 10
Projek Khas 5
PAKK 4 minggu
TASKA RPP 5
Penyeliaan 2 20
PAKK 6 minggu Penyeliaan 3 20
Prasekolah Penyeliaan Bersama 10
Penyeliaan Sehari 10
PDPP
Projek Khas 5
B&K 10
minggu RPP 5
Penyeliaan 1 40
Pend. 10 Penyeliaan 2 50
Autisme minggu Kokurikulum 5

RPP 5

Penyeliaan 1 20

Penyeliaan 2 15

Penyeliaan 3 15

Penyeliaan 4 20

Penyeliaan Bersama 25

RPP 5

53

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.10.3 Perincian wajaran mengikut tema bagi penyeliaan 1 dan penyeliaan
bersama ditunjukkan dalam Jadual 4.6a hingga 4.6f di bawah.

Jadual 4.6a: Senarai Tema dalam Komponen Perancangan dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN PENYELIAAN PENYELIAAN
 PENGENALAN 1 BERSAMA

- Hasil
pembelajaran

- Isi pelajaran

 PERMULAAN
⁻ Set induksi

PERANCANGAN  Pengenalan  PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
PdP  Permulaan - Strategi 25% 15%
pengajaran
(Penyediaan  Perkembangan pembelajaran
- Kesesuaian aktiviti
RPH) pengajaran dengan strategi
- Sumber
 Penutup pengajaran
pembelajaran
- Unsur Kemahiran
Berfikir Aras
Tinggi
- Elemen Merentas
Kurikulum

 PENUTUP

4.6b: Senarai Tema dalam Komponen Pelaksanaan dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN PENYELIAAN PENYELIAAN
1 BERSAMA
PERMULAAN
⁻ Set Induksi

PELAKSANAAN  Permulaan PERKEMBANGAN 25% 15%
PdP  Perkembangan PENGAJARAN
 Penutup - Langkah-langkah

pengajaran
- Aktiviti pengajaran
- Perbezaan individu

murid
- Kepelbagaian

aktiviti

PENUTUP

PENCAPAIAN HASIL
PEMBELAJARAN

PENTAKSIRAN

54

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

- Memantau
pembelajaran murid.

- Memberi
maklumbalas
terhadap respon
murid.

- Penilaian
pembelajaran

- Menyimpan rekod
markah murid.

PENGURUSAN BILIK
DARJAH
- Persekitaran

pembelajaran
- Peluang

pembelajaran
- Rutin dan peraturan

PENGLIBATAN
MURID
PENGGUNAAN
SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
APLIKASI KBAT
PENERAPAN NILAI

Jadual 4.6c: Senarai Contoh Tema dalam Amalan Pedagogi Masa Kini dan

Wajarannya

KOMPONEN ASPEK TEMA PENYELIAAN PENYELIAAN
Contoh: 1 BERSAMA

AMALAN ⁻ Kompetensi 4C / 6C (Creative, Critical, 10% 20%
PEDAGOGI Collaboration, Communication, Character,
MASA KINI Citizenship)

⁻ Pembelajaran Terarah Kendiri
⁻ Pembelajaran Koperatif
⁻ Pembelajaran Inkuiri-Penemuan
⁻ Pembelajaran Penerokaan
⁻ Pembelajaran Kontekstual Terarah
⁻ Pembelajaran Berasaskan Projek
⁻ Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian

Masalah
⁻ Pembelajaran berasaskan otak (Brain Based

Learning)

55

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Jadual 4.6d: Senarai Tema dalam Kemahiran Insaniah dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PENYELIAAN PENYELIAAN
1 BERSAMA
KEMAHIRAN  Kemahiran Komunikasi
INSANIAH  Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian 10% 20%

Masalah
 Kemahiran Sosial – Kerja Berpasukan
 Pembelajaran Sepanjang Hayat dan

Pengurusan Maklumat
 Kemahiran Keusahawanan
 Etika dan Moral Profesional
 Kemahiran Kepimpinan

Jadual 4.6e: Senarai Tema dalam Komponen Refleksi dengan Wajaran

Komponen Aspek Tema PENYELIAAN PENYELIAAN
1 BERSAMA

⁻ Catatan refleksi selepas PdP 25% 25%
⁻ Pemikiran reflektif (Penulisan jurnal)
Refleksi ⁻ Pembinaan portfolio

Refleksi Pertengahan Praktikum 5% 5%

Jadual 4.6f: Senarai Tema dalam Komponen Kokurikulum dengan Wajaran

Kokurikulum Komponen Aspek Tema PENYELIAAN 1 PENYELIAAN
Permainan BERSAMA
 PERMULAAN
- Set Induksi

Olahraga  Perancangan  PERKEMBANGAN 10% 10%
Unit Beruniform  Pelaksanaan PENGAJARAN
 Amalan - Aplikasi
Kemahiran
Pedagogi Masa - Penguasaan
Kini Kemahiran
- Pengelolaan
 Kemahiran aktiviti
Insaniah - Penilaian

 Refleksi  PENUTUP
- Rumusan
pengajaran
- Refleksi

Persatuan

 KEJURULATIHAN
 PENGANJURAN

56

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.11 Penentuan Cemerlang Praktikum

4.11.1 Markah bidang teras mestilah 90% ke atas
4.11.2 Pelajar yang mendapat markah 90% dan ke atas perlu direntas untuk

pengesahan cemerlang.
4.11.3 Sekiranya subjek yang direntas tidak mencapai tahap cemerlang, markah

subjek tersebut akan diturunkan kepada 89%.
4.11.4 Bagi markah 90% ke atas tetapi tidak dilaporkan untuk rentasan akan

diturunkan pada markah 89%.
4.11.5 Pencalonan dibuat 3 minggu sebelum praktikum berakhir.
4.11.6 Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan.
4.11.7 Penilaian rentasan adalah muktamad.

4.12 Prosedur Rentasan Cemerlang
4.12.3 Pensyarah penyelia perlu melengkapkan borang pencalonan cemerlang

praktikum dan menyerahkan borang pencalonan beserta Borang PR1, PR2
dan Jadual Waktu Pelajar pada minggu ke tujuh.
4.12.4 Unit Praktikum perlu melantik pensyarah perentas yang terdiri daripada
seorang pensyarah bidang teras dan seorang pensyarah bukan bidang
teras.
4.12.5 Perentas melaksanakan rentasan berdasarkan dokumen pencalonan yang
lengkap
4.12.6 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar
segera selepas selesai proses rentasan.

4.13 Kes Gagal Praktikum

4.13.3 Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh JKIAPIPG.
4.13.4 Laporan kes berpotensi gagal perlu dilaporkan oleh pensyarah penyelia

dengan kadar segera untuk tindakan Unit Praktikum.
4.13.5 Melaksanakan rentasan kes gagal (Rujuk Lampiran 2-7).
4.13.6 Pelajar boleh digagalkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

 pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam
kategori lulus.

 pelajar menunjukkan sikap negatif dan tidak mematuhi teguran dan
bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa, walaupun telah diberi
amaran bertulis sebanyak tiga kali atas kesalahan sama sepanjang

57

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

tempoh praktikum.
 tidak memenuhi kehadiran praktikum.
 pelajar tidak menulis rancangan pengajaran harian (rph).
 pelajar tidak menulis jurnal reflektif mingguan.
 melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan

kesalahan.
4.13.7 Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang sekali sahaja

(tertakluk kepada syarat-syarat penganugerahan diploma).
4.13.8 Kes Gagal dan Mengulang

4.13.8.1 Pelajar yang gagal praktikum disebabkan oleh masalah disiplin
dan/atau dilibatkan dengan Akta 174 akan mengulang keseluruhan
praktikum dan hanya layak memperoleh gred maksimum C.

4.13.8.2 Pelajar yang mengulang praktikum dengan sebab-sebab yang
dibenarkan oleh Rektor/Pengarah IPG layak memperoleh gred
seperti status asal. Contoh:
 Sakit
 Kes-kes yang khas
 Bencana alam
 Menyertai Misi Negara

4.14 Prosedur Rentasan Gagal PdP

4.14.3 Melengkapkan borang pencalonan gagal praktikum bersama Laporan Kes
Gagal (Lampiran A).

4.14.4 Unit Praktikum akan melantik dua orang perentas
4.14.5 Perentas akan melaksanakan rentasan berdasarkan Laporan Kes Gagal.
4.14.6 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar

segera selepas selesai proses rentasan.

4.15 Prosedur Rentasan Gagal Disiplin dan Tatatertib
4.15.3 Melaksanakan prosedur kes praktikum bersama-sama Laporan Kes Gagal

(Rujuk Lampiran 2-7).
4.15.4 Melantik perentas untuk mengesahkan kes gagal (KU Praktikum / Ketua

Jabatan/ Ketua Unit / Jabatan HEP)

58

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.16 Penangguhan Praktikum
4.16.3 Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh
JKIAPIPG. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pengarah
IPG.
4.16.4 Pelajar atau guru yang bersalin atau dijangka bersalin dalam tempoh
praktikum, perlu memohon untuk menangguh praktikum.
4.16.5 Penangguhan praktikum tidak boleh melebihi tempoh satu tahun selepas
tamat pengajian atau tertakluk kepada keputusan Senat IPG.
4.16.6 Praktikum yang tertangguh perlu disempurnakan sebelum tamat pengajian.
4.16.7 Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dimohon untuk meneruskan praktikum.
4.16.8 Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah
bimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat
kelulusan Pengarah IPG.

4.17 Ketidakhadiran Praktikum
Perkara atau urusan yang membolehkan ketidakhadiran pelajar hanya dengan
kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari
praktikum dinyatakan seperti yang berikut:

4.17.1 Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.
4.17.2 Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.
4.17.3 Ahli keluarga terdekat (rujuk pada pekeliling perkhidmatan awam)

meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.
4.17.4 Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.
4.17.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh pengarah ipg dengan mengisi

borang seperti dalam Lampiran D.
4.17.6 Kes-kes lain yang tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan yang sedang

berkuat kuasa.
4.17.7 Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti luar sepanjang

tempoh praktikum kecuali dengan kebenaran rektor dan pengarah kampus.

59

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.18 Tindakan bagi Kehadiran Kurang 100%
4.18.1 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran”
adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.7.

Jadual 4.7: Tindakan bagi Kes Kehadiran Praktikum/PBS Kurang daripada 100%

Peratus Kehadiran Tindakan

90% ke atas JKIPIPG/JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu
melengkapkan kehadiran.

70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran.

Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan.

4.18.2 Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa
kebenaran, kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib IPG untuk
diambil tindakan.

4.19 Tugas dan Tanggungjawab Unit Praktikum / Unit Amalan Profesional.

4.19.1 Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh IPGM.
4.19.2 Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum.
4.18.3 Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN.
4.18.4 Bekerjasama dengan pihak sekolah yang bukan di bawah kelolaan KPM,

dalam urusan pelantikan seorang guru terlatih sebagai guru pendamping
(jika ada).
4.19.5 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah
penyelia.
4.19.6 Merancang dan menguruskan maklumat/taklimat pengurusan praktikum
kepada pelajar, pensyarah penyelia dan pihak sekolah.
4.19.7 Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah
penyelia dan guru pembimbing mengikut keperluan.
4.19.8 Memastikan kelancaran pelaksanaan praktikum.
4.19.9 Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod
praktikum.
4.19.10 Melaksanakan sesi refleksi praktikum selepas tamat tempoh praktikum.
4.19.11 Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum.

60

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.19.12 Mengurus dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan
oleh JKIPIPG/JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan
dan Penilaian.

4.19.13 Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes praktikum untuk dibawa ke
JKIPIPG/JKIAPIPG.

4.19.14 Menyediakan laporan tahunan praktikum untuk kegunaan IPGM.
4.19.15 Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan borang tuntutan elaun guru

pembimbing dan pelajar.
4.19.16 Menjalankan pemantauan pelaksanaan praktikum secara rawak (Borang

Pemantauan - Lampiran C).
4.19.17 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan

tempoh praktikum, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan
sewajarnya.
4.19.18 Mengesahkan kehadiran dan keputusan praktikum.

4.20 Tugas dan Tanggungjawab Jabatan Akademik

4.20.1 Menerima maklumat berkaitan daripada Unit Praktikum.
4.20.2 Menguruskan Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP)
4.20.3 Menyusun jadual pelaksanaan RPP
4.20.4 Menguruskan pengisian markah
4.20.5 Memastikan pengllibatan pensyarah yang berkenaan
4.20.6 Memastikan markah telah direkodkan oleh pensyarah penyelia
4.20.7 Memberi kursus bimbingan penyeliaan praktikum kepada pensyarah
penyelia yang bukan bidang yang diselia yang tidak mempunyai
4.20.8 kepakaran dalam bidang berkaitan.
Mengendalikan kes-kes Refleksi Pertengahan Praktikum yang lain
memerlukan perhatian dan tindakan.

4.21 Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah Penyelia

4.21.1 Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada
4.21.2 Pengarah IPG.
Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum/Unit
Amalan Profesional IPG.

61

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.21.3 Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan
praktikum.

4.21.4 Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru
pembimbing secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional.

4.21.5 Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke
semasa kepada Unit Praktikum/Unit Amalan Profesional IPG.

4.21.6 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi
pengajaran, penulisan Jurnal Reflektif Mingguan dan pembinaan portfolio
praktikum menggunakan senarai semak yang ditetapkan (Lampiran 2-3,
2-3a dan 2-3b).

4.21.7 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
4.21.8 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh

praktikum.
4.21.9 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang

memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum/Unit Amalan
Profesional menggunakan borang yang ditetapkan.
4.21.10 Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar dan portfolio
pelajar.
4.21.11 Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal
(Lampiran 2-5, 2-6).
4.21.12 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual
penyeliaan yang telah dicadangkan.
4.21.13 Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan
penilaian kokurikulum (Lampiran 2-4).
4.21.14 Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan
praktikum.
4.21.15 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang
cemerlang.
4.21.16 Melengkapkan borang bimbingan dan menyerahkan salinan asal kepada
pelajar.
4.21.17 Pensyarah Penyelia wajib membuat rumusan prestasi praktikum setiap
pelajar bersama-sama guru pembimbing dengan menggunakan Borang
Penilaian Praktikum (Bagi sekolah kelolaan KPM).
4.21.18 Bagi sekolah-sekolah bukan kelolaan KPM, penilaian sepenuhnya
dilaksanakan oleh pensyarah penyelia.

62

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.21.19 Menyerahkan Borang Penilaian Praktikum yang lengkap dan kemas kini
kepada Unit Praktikum/Unit Amalan Profesional.

4.21.20 Pensyarah bidang teras Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan
bidang teras Pendidikan Khas Masalah Penglihatan diberi keutamaan
untuk menyelia mata pelajaran bidang teras kursus berkenaan.

4.22 Tugas dan Tanggungjawab Pelajar

4.22.1 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum/Unit Amalan
Profesional IPG.

4.22.2 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
4.22.3 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk

mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-
masing semasa praktikum.
4.22.4 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru
dan staf sokongan di sekolah.
4.22.5 Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan
maklumat–maklumat lain kepada pensyarah penyelia dalam minggu
pertama praktikum.
4.22.6 Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG
dan peraturan sekolah.
4.22.7 Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang
tempoh praktikum.
4.22.8 Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan.
4.22.9 Melengkap dan menghantar borang kehadiran praktikum ke Unit
Praktikum pada minggu pertama setiap bulan.
4.22.10 Mendapatkan sukatan pelajaran/Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP)/Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dan huraian sukatan pelajaran.
4.22.11 Membuat rancangan semester (mengikut tempoh praktikum) dan harian
dalam buku persediaan mengajar.
4.22.12 Membuat RPH yang lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh IPG
sebelum melaksanakan pengajaran.
4.22.13 Penulisan RPH selain daripada kursus bahasa perlu ditulis dalam Bahasa
Melayu sama ada tulisan tangan atau bertaip.
4.22.14 Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang
pengajaran.

63

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

4.22.15 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh praktikum. (Lampiran 2-2, Lampiran 2-2a).

4.22.16 Mengamalkan penulisan Jurnal Reflektif Mingguan berdasarkan isu atau
masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan jurnal dilaksanakan
berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu yang difokuskan (Lampiran 2-3 dan 2-3a).

4.22.17 Melibatkan diri dan membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum/Projek
Khas/Program Latihan Sokongan Keluarga. Perancangan
kokurikulum/Projek Khas/ Program Latihan Sokongan Keluarga perlu
disediakan mengikut tempoh praktikum (Lampiran 2-4 dan 2-4a).

4.22.18 Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan
profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia pada
setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan (Lampiran 2-3b).

4.22.19 Melengkapkan Borang Refleksi Amalan Profesional dalam minggu
pertama pelajar kembali ke IPG selepas tamat praktikum.

4.22.20 Menyerahkan Borang Rumusan Kekerapan Bilangan Penyeliaan
Praktikum Kepada Unit Praktikum setelah tamat praktikum (Lampiran 2-
8).

4.23 Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing
4.23.1 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum/Unit

Amalan Profesional IPG.
4.23.2 Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru

pembimbing (Lampiran 2-1)
4.23.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek PdP di

dalam dan luar bilik darjah dalam perkara-perkara yang berikut:
 Jadual waktu
 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) / Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Buku Panduan Guru
 Rancangan Pengajaran Semester, Rancangan Pengajaran Individu

dan Rancangan Pengajaran Harian/ Rancangan Pengajaran Slot.
 Sumber PdP
 Proses PdP
 Pengajaran berpasangan
 Amalan pemulihan dan pengayaan dalam PdP
 Teknik penyoalan

64

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

 Pentaksiran dan penilaian murid/pelajar
 Pengurusan bilik darjah
 Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif mingguan
 Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian) kokurikulum
 Hal-hal lain yang berkaitan
4.23.4 Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian pengajaran guru
pembimbing.
4.23.5 Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani dokumen
Rancangan Pengajaran Harian.
4.23.6 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,
penulisan Jurnal Reflektif Mingguan (Lampiran 2-3 dan 2-3a) dan
pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang
ditetapkan (Lampiran 2-3b).
4.23.7 Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal
dengan menggunakan borang bimbingan.
4.23.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
4.23.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa sepanjang tempoh praktikum.
4.23.10 Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum.
4.23.11 Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (kes berpotensi gagal dan
masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segera.
4.23.12 Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama-sama pensyarah
penyelia dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum.

4.24 Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah

4.24.1 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum/Unit
Amalan Profesional IPG.

4.24.2 Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang
berpengalaman dan membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum.
Bagi sekolah yang bukan di bawah kelolaan KPM, pihak sekolah
dicadangkan melantik seorang guru terlatih sebagai guru pendamping (jika
ada).

4.24.3 Memberi taklimat kepada pelajar tentang:
 sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan
budaya sekolah.

65

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

 tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan,
guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata
pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan.

 latar belakang murid dan masyarakat setempat.
 tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah.
 pengelolaan aktiviti kokurikulum.
 maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
4.24.4 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar pada hari

pertama melapor diri.
4.24.5 Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.
4.24.6 Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang:

 tidak menjalankan tugas dengan memuaskan.
 tidak hadir tanpa sebab.
 terlibat dengan kes-kes disiplin.
 menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan.
4.24.7 Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar.
4.24.8 Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang

Kehadiran Praktikum.
4.24.9 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara

berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang
disediakan.
4.24.10 Mengambil berat hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar.
4.24.11 Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan
praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
4.24.11 Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru penasihat dalam
komponen kokurikulum.
4.24.12 Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi LIMA waktu seminggu.

4.25 Khidmat Profesional

4.25.1 Peringkat IPG

 Khidmat penyeliaan daripada jabatan lain di IPG Kampus boleh
dilaksanakan sekiranya ketidakcukupan tenaga penyelia daripada
jabatan yang menawarkan kursus.

66

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

 Pensyarah Penyelia yang dilantik perlu mempunyai kepakaran bidang
berkenaan.

 Kursus bimbingan penyeliaan praktikum dalam bidang berkenaan perlu
diberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang berkaitan.

4.25.2 Bantu Selia IPG
Khidmat penyeliaan daripada IPG Kampus lain boleh dilaksanakan
sekiranya ada permohonan daripada IPG Kampus yang menawarkan
kursus dengan ketetapan berikut:
 Mendapat kelulusan Pengarah IPGK.
 Proses lantikan pensyarah penyelia perlu diuruskan oleh
IPGK yang membantu.
 Proses lantikan guru pembimbing perlu diuruskan oleh IPGK
asal.
 Taklimat pensyarah dan guru pembimbing perlu diuruskan
oleh IPGK yang membantu.
 Sebarang bayaran tuntutan ditanggung oleh IPGK asal.
 Dokumen praktikum perlu disediakan oleh IPGK yang
membantu.
 Pengendalian secara atas talian adalah di bawah kendalian
IPGK yang membantu sehingga tamat tempoh praktikum dan
diserahkan semula kepada IPGK asal.
 Rentasan cemerlang dibuat oleh IPGK yang membantu.
 Pengurusan kes-kes khas yang melibatkan pelajar akan
dirujuk dan dikendalikan oleh IPGK asal.

4.26 Penilaian Alternatif bagi Praktikum dalam kes-kes khas
 Sebarang perubahan kaedah pentaksiran bagi praktikum perlu mematuhi prinsip
utama pentaksiran, iaitu mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam Maklumat Kursus serta menepati kaedah
pentaksiran yang dibenarkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)

67

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 2-1

GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

1. Pendahuluan

Pementoran ialah satu aktiviti sokongan untuk peningkatan profesional guru-guru.
Pendedahan melalui aktiviti ini membolehkan guru mengukur kemampuan refleksi
secara praktik. Hal ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan
penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing.
Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses pencerapan klinikal
dan penilaian kendiri dalam kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru
pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu untuk membimbing pelajar
mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam konteks sebenar berdasarkan
pengalaman semasa praktikum.

2. Objektif

2.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa Amalan
Profesional.

2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan IPG.

3. Tanggungjawab Mentor

3.1 Rancangan Pembangunan Individu

Bimbingan yang bersesuaian diperlukan daripada guru pembimbing bagi
tujuan pembinaan pengalaman dan meningkatkan ilmu serta kemahiran
pelajar.

3.2 Pementoran dan Maklum Balas

Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan
dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih
konsisten perlu diadakan untuk mengkaji semula Rancangan Pembangunan
Individu. Pencerapan klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian
formatif diambil kira dalam setiap perbincangan.

3.3 Penasihat Strategi Kerjaya

Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan
peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya yang
diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Guru
pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya
persekitaran sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu
pelajar memahami budaya sekolah.

3.4 Pembimbing dalam Bilik Darjah

Mentor berperanan sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan
dan memberi panduan untuk membantu para pelajar. Bimbingan yang
diberikan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik akan
dapat membantu pelajar untuk belajar mengambil alih tugas dan

70

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

tanggungjawab guru dalam bilik darjah. Pementoran akhirnya menggerakkan
pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara
mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran telah berlaku dalam
bilik darjah. Melalui proses bimbingan, mereka akan dipandu ke arah
perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang guru yang
berkesan.

3.5 Pemudahcara dan Pengantara

Guru pembimbing merupakan pembimbing hala tuju dan membantu pelajar

menyusun tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan

tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong

memerlukan perhatian yang aktif daripada kedua-dua pihak. Pelajar perlu

mendapatkan bimbingan, nasihat, bersikap terbuka terhadap sebarang

pandangan dan cadangan guru pembimbing di samping sentiasa bersedia

berkongsi masalah dan maklumat secara profesional.

4. Prinsip Bimbingan

4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.

4.2 Mencelah hanya apabila perlu.

4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian
masalah)

4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan.

4.5 Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.

4.6 Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.

4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.

4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (contoh: amanah, kasih sayang, rajin).

71

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 2-2
PENGAJARAN BERPASANGAN
1. Konsep
Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang PdP,
memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan
dan penyampaian pelajaran semasa amalan profesional.

2. Objektif
Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat:
2.1. mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal berasaskan
ungkapan “ two heads are better than one ”.
2.2. berfikir dan berbincang mengenai teknik PdP, cara-cara meningkatkan
pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas
mereka.
2.3. berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar.
2.4. mengkaji kelemahan PdP dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.
2.5. memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta
menilai.
2.6. meningkatkan kreativiti.

3. Garis Panduan
3.1. Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:
3.1.1. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:
a) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.
b) Kemahiran mengajar.
c) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta
mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang
berlainan.
3.1.2. Proses pembelajaran berlaku melalui:
a) perbincangan
b) pemerhatian dan
c) maklum balas

72

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

3.1.3. Jenis-jenis interaksi:
a) “Tandem” : Dua orang pelajar bersama-sama merancang dan
mengajar sesuatu pelajaran bagi kelas yang sama.
b) “Berpasukan” : Dua orang pelajar bersama-sama merancang
rancangan pengajaran yang sama tetapi mengajar bagi kelas
berasingan.
c) “Individu” : Pelajar berbincang bersama rakan/guru
pembimbing untuk menyediakan rancangan pengajaran tetapi
mengajar secara berasingan.

3.2. Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali
pada setiap fasa praktikum.

3.3. Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan
pihak Unit Praktikum.

4. Perkara-perkara Yang Diberi Perhatian Dalam Pengajaran Berpasangan
4.1. Pensyarah penyelia perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea
perlu diatasi secara profesional.
4.2. Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas pengajaran berpasangan
akan dijalankan.
4.3. Pensyarah penyelia/Guru pembimbing memastikan pengajaran berpasangan
dijalankan.

73

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 2-2a

REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN

Nama Pelajar :………………………………………………………………...
Kursus dan Ambilan :………………………………………………………………...
Nama Pelajar :………………………………………………………………...
Nama Pasangan Praktikum :……………………………………………………………….....
Nama Guru Pembimbing :……………………………………………………………….....

Minggu Tarikh Masa Mata Pelajaran Tandatangan Catatan
1 dan Hari & Kelas (Tahun) Pasangan (Guru Pembimbing)
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Salinan Rekod Pengajaran Berpasangan hendaklah disimpan di dalam Portfolio Praktikum (Kedua-
dua pasangan pelajar)

74

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

LAMPIRAN 2-2b

INSTITUT PENDIDKAN GURU
KAMPUS ________________________

BORANG MAKLUMBALAS PENGAJARAN BERPASANGAN

Panduan:
 Sila fokuskan pemerhatian anda terhadap satu atau dua aspek/kemahiran sahaja dalam

setiap sesi pengajaran berpasangan.
 Sila rujuk aspek-aspek tersebut dalam Borang Bimbingan PR 1

Kekuatan / Kelebihan
Perancangan / Pelaksanaan Sesi Pengajaran Pembelajaran

Kelemahan / Kekurangan
Perancangan / Pelaksanaan Sesi Pengajaran Pembelajaran

Cadangan Mengatasi Kelemahan / Kekurangan
(Hasil perbincangan)

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

75


Click to View FlipBook Version