The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

_Nota2 EDUP3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0-18-eu, 2023-12-21 05:01:37

_Nota2 EDUP3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

_Nota2 EDUP3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

1 UNIT 1 KONSEP ASAS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 1.1 Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian. 2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan 3. mengenal pasti tujuan pentaksiran dijalankan, 1.2 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai maklumbalas kepada pencapaian pembelajaran murid untuk memperbaiki pengajarannya. Turut dijelaskan juga maksud pengujian, pengukuran dan penilaian seta perbeazaan konsep-konsep tersebut dalam mengenalpasti tujuan pentaksiran dijalankan. 1.3 Kerangka konsep unit ini. Rajah 1 : Perkaitan Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran Pengujian P Pengukuran Penilaian Pentaksiran Pengujian


2 1.4 Pengertian pentaksiran Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Menurut Popham (2000) dalam pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran mustahil berlaku tanpa pentaksiran. Setiap kali soalan dan ditanya dan jawapan diberi, penilaian turut berlaku. Oleh itu guru sentiasa mendapat maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid untuk memperbaiki pengajarannya dan sejauh mana pelajar telah memperoleh ilmu pengetahuan yang diajar. Lazimnya guru mendapat maklumat ini melalui pengujian dan penilaian. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Seringkali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, setengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat dan dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat. Refleksi: Anda berada dalam satu acara pertandingan seni visual di sebuah gelari awam. Cuba anda bayangkan bagaimanakah sekumpulan hakim membuat penilaian sebelum membuat keputusan dalam memilih pemenang? Bagaimanakah mereka membuat pentaksiran tersebut? 1.5 Konsep Pengujian Pengujian adalah suatu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya. Ia bertujuan mendapat


3 maklumat tentang pencapaian murid-murid daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Pengujian juga bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Pemerhatian dan ujian formal digunakan sebagai alat pengukuran dan boleh dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar. Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian mendukung maksud yang sempit dan khusus. Menurut Conbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. 1.6 Konsep Pengukuran Konsep pengukuran adalah suatu proses atau sistem digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Pengukuran merangkumi aspek pengujian, termasuk menggunakan skala ordinal atau skala selang untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid dalam sesebuah kelas atau di antara kelas. Skala Ordinal digunakan menempatkan pangkatan atau kedudukan murid-murid mengikut markah-markah dalam sesuatu ujian. Skala selang mengandungi markah dan gred digunakan untuk menentukan pangkatan, membuat perbandingan di antara murid-murid dalam kelas sama ataupun kelas berlainan dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan murid dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu mulai dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.


4 Pengukuran juga boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian / pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Oleh itu, pengukuran boleh ditakrifkan sebagai pemberian angka-angka kepada objek, atau peristiwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pengukuran dapat dikelaskan kepada empat skala mengikut ciri-cirinya. Skala Ciri-ciri Nominal Mempunyai nilai pengkelasan sahaja. Skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan paling rendah. Misalnya, etnik Melayu mewakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Ordinal Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada daripada yang terendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Umumnya, skala ordinal mampu membezakan kategori dan membezakan nilai pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert seperti berikut: (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju Sela / Selang Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran. Mengandungi unit markah dengan sama berat nilainya. Digunakan bukan sahaja menentukan pangkat tetapi untuk membuat perbandingan di antara pelajar dalam sesebuah kelas. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan persaman dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. Dalam keadaan ini, perbezaan suhu antara 25oC dengan 35o C adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15C dengan 5 OC , iaitu perbezaan 10 darjah. Nisbah Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak. Skala nisbah adalah skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Perbandingan dua nilai boleh diwakili dalam bentuk nisbah 2:1. Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi. Jadual 1.1 : Skala Ukuran


5 Setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza. Skala nisbah memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Skala sela pula dapat memberikan maklumat daripada skala ordinal. Begitu juga, skala ordinal memberi lebih banyak daripda skala norminal. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan memuat turun fail PDF dari laman web berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pd 1.7 Konsep Penilaian Konsep penilaian ialah suatu proses atau sistem meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat dan digunakan untuk membuat keputusan tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, membuat analisis dan keputusan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya. Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang dan mempunyai matlamat sendiri. Ini kerana dengan membuat penilaian, ia akan membolehkan seseorang membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seteruskan membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat yang berbentuk kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A,B,C atau D) bersama penjelasan nilainya ( seperti cemerlang, kepujian, baik,lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya Rin dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara


6 ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran. Pengetahuan? Kemahiran? 1.8 Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Berikut adalah jadual yang membezakan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. Pengujian Pengukuran Penilaian Pengertian Proses menentukan perubahan sesuatu aspek tingkahlaku. Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara murid. Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran. Tujuan Menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Kegunaan Menempatkan muridmurid dalam kumpulan sesuai. Pengelasan, pensijilan dan menempatkan murid dalam jurusan sesuai dan untuk penyelidikan. Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.


7 Masa Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran. Selepas beberapa pelajaran. Sebelum, semasa dan selepas sesuatu atau beberapa pelajaran. Bentuk Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis. Ujian bertulis dengan markah dan gred. Jadual/gred berdasarkan teknik perangkaan Proses Pelaksanaan Persediaan ujian Pentadbiran. Pemeriksaan. Proses pengujian Merekod markah / gred Proses Penganalisis. Proses Interpretasi. Melapor. Jadual 1.2 Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Sumber : Lee Shek Mee & Mok Soon Sang (1998) Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman 1.9 Rumusan Pentaksiran adalah suatu proses mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman pelajar berdasarkan objektif atau matlamat yang telah ditetapkan oleh guru dan pelajar. Sebagai guru, kebolehan menggunakan dan memahami cara-cara pengukuran pendidikan tertentu adalah sebahagian daripada tugas guru. Seseorang guru itu tidak layak dan cekap menjalankan tugasnya tanpa mempunyai pengetahuan asas pengukuran dan penilaian dalam pendidikan.


8 Latihan 1 1. Baca situasi berikut dan nyatakan sama ada situasi itu merupakan aktiviti pengujian, pengukuran atau penilaian. Tuliskan dalam lajur aktiviti. Situasi Aktiviti i. memilih buku teks yang sesuai untuk kelas ii. menentukan aspek kelemahan bahasa iii. menentukan jarak trek larian iv. memilih calon sekolah untuk mewakili pertandingan perbahasan v. memilih calon terbaik untuk anugerah cemerlang kurikulum dan kokkurikulum vi. mengambil keputusan SPM dan STPM untuk pemilihan masuk ke IPT vii. mendapatkan markah bagi semua pelajar dalam kelas untuk laporan kemajuan bulanan 2. Tanpa merujuk kepada bahan pembelajaran, nyatakan dengan ringkas dalam perkataan anda sendiri takrifan tentang i. Pengujian ..................................................................................................... ii. Pengukuran ..................................................................................................... iii. Penilaian ..................................................................................................... 3. Nyatakan tujuan kita mengadakan pengujian, pengukuran dan penilaian. i. ........................................................................................................................ ii. ........................................................................................................................ iii. ........................................................................................................................ iv. ........................................................................................................................ v. ........................................................................................................................


9 UNIT 2 CIRI - CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN 2.1 Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan ciri-ciri utama yang terdapat dalam sesebuah ujian 2. membina ujian dan mengendalikan penujian dan penilaian berasaskan ciri-ciri di atas. 2.2 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sebahagian dari prosedur pentaksiran meliputi segala proses pengujian dan pengukuran dan ujian yang merupakan alat utama dalam proses pentaksiran. Dalam membina ujian yang baik seseorang guru harus memahami beberapa ciri penting yang terkandung dalam sesuatu ujian. Ini kerana ujian yang berkualiti merupakan satu instrumen yang mengukur apa yang sepatutnya diukur pada tahap yang tinggi dan sesuai untuk kumpulan sasaran. Aspek yang hendak diutamkan ialah kesahan dan kebolehpercayaan. 2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini Jadual 2.1 : Ciri-ciri Utama Ujian Ciri-ciri utama ujian Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kemudahtadbiran Kemudahtafsiran


10 2.4 Ciri-ciri Utama Ujian Untuk membina ujian yang baik seseorang guru harus memahami beberapa ciri penting yang terkandung dalam sesuatu ujian. Ciri-ciri utama ujian yang baik ialah seperti jadual dibawah: Ciri-ciri Ujian Yang Baik Bil Ciri-ciri Penerangan 1 Kesahan Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. 2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. 3 Keobjektifan Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksapemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. 4 Kebolehtadbiran Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda. 5 Kebolehtafsiran Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir. Kemudahtafsiran atau juga disebut sebagaikebolehtafsiran ialah suatu kebolehan untuk mentafsir maklumat tentang calon berdasarkanskor, diskriminasi antara calon dan ketepatan tujuan mengadakan ujian.


11 2.4.1 Kesahan Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkara-perkara yang hendak diuji itu. Kesahan ujian adalah berdasarkan tujuan ia diadakan. Terdapat empat jenis kesahan iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan serentak dan kesahan gagasan. a. Kesahan isi Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Adalah penting bagi guru supaya sentiasa menyedari objektif utama ujian dibina. Penggubal ujian hendaklah membuat pilihan yang seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan mencerminkan pengetahuan yang dipelajari secara menyeluruh. Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian adalah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Bagi guru yang kurang pengalaman, guru kanan perlu mengesahkan kesesuaian JPU dan item-item ujian yang disediakan. b. Kesahan Ramalan Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa depan. Contohnya, seorang pelajar memperoleh 8‟A‟ dalam pepriksaan percubaan di sekolah juga memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang sebenar. Dalam kes ini, peperiksaan percubaan di sekolah dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian pelajar tersebut dalam peperiksaan awam. Bagi mendapatkan kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, itemitem yang dibina hendaklah benr-benar menguji perkara berkaitan dengan kebolehan, kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan. Pada amnya, suatu ujian itu dikatakan sah dari segi


12 ramalan jika ianya dapat menelah perubahan-perubahan, atau perlakuan, yang akan datang sebagaimana yang dikehendaki oleh sesuatu kursus, atau sebagainya. Fikirkan: Adakah anda fikir Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) satu contoh ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan? c. Kesahan Serentak Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya jika anda memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan apabila ujian tersebut diulangi, anda masih memperolehi skor yang hamper sama. Oleh itu, ujian tersebut boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak. Cara lain yang boleh digunakan untuk menetukan ciri kesahan serewntak ialah guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek uang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalan ujian tersebut adalah hamper sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan harian berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serengtak yang tinggi. d. Kesahan Gagasan Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau tret mental manusia. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengukur setakat mana calon yang diuji dapat menunjukkan tret mentalnya seperti kecerdasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan penaakulan, sifat keadilan dan sebagauinya. Sifat-sifat ini sebenarnya sukar untuk diuji. Dalam keadaan ini, dapatan perlu bersandar sesuatu teori atau kajian psikologi. Berdasarkan teori, atau kajian, pelbagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut dapat di buat, contoh menelah bahawa sesorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.


13 Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat memggambarkan gagasan yang diperlukan maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contohnya, sekiranya ujian itu dibina untuk mengukur daya kreativiti dalam kalangan pelajar akan dianggap sah jika dapat membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memiliki sifat tersebut. Latihan Pengukuhan 2.1 Bagi menguji kefahaman, jelaskan maksud setiap kesahan ini dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Kesahan Isi Kesahan Ramalan Kesahan Serentak Kesahan Gagasan 2.4.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada ketekalan atau ketepatan dalam skor-skor ujian. Contohnya seorang calon yang mendapat markah sebanyak 80% dalam ujian Matematik akan juga mendapat markah hampir sama banyak jika ujian itu dioberikan selepas beberapa hari atau seminggu selepas itu. Oleh itu, ujian tersebut dikatakan mempunyai ciri kebolehpercayaan. Ujian yang berkebolehpercayaan tinggi menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbir beberapa kali dalam keadaan ujian yang sama. Keadaan ujian yang sama bermaksud tempoh masa ujuan yang sama dan keadaan tempat ujian juga sama. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan sesuatu ujian mudah


14 dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti emosi, tempat ujian, suasana persekitaran, kesihatan dan sebagainya. 2.4.3 Keobjektifan Ciri keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksaan jawapan-jawapan calon. Sekiranya pemeriksaan boleh memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan, maka ujian ini boleh dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi. Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi seseorang pemeriksa. Sebaliknya, ujian subjektif adalah ujian yang mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor pemarkahan berbeza-beza antara seorang pemeriksa dengan seorang pemeriksaan yang lain walaupun diberi skrip jawapan yang sama. Keobjektifan dalam ujian subjektif boleh dicapai dengan menyediakan Skema Pemarkahan (SP) sebagai panduan pemeriksan. Di samping itu, pemeriksa juga harus menghadiri mesyuarat penyelarasan supaya mengurangkan jurang selisih pemarkahan yang terdapat dalam kalangan pemerisa. 2.4.4 Kebolehtadbiran Ciri kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk kepada sejauh manakah kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Ini bermakna ujian-ujian itu harus dapat memenuhi syarat-syarat dan keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadfbiran ujian itu tidak harus menimbulkan kesukaran kepada pelajar. oleh itu, kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip jawapan serta pemarkahan. Kebolehtadbiran sesuatu ujian dapat ditingkatkan dengan cara-cara berikut: • Penyediaan bilangan soalan yang berpatutan mengikut peruntukan masa ujiannya • Penyusunan meja dan kerusi mengikut peraturan


15 • Pengedaran dan pengutipan kertas soalan dan kertas jawapan mengikut suatu sistem yang baik • Arahan tentang perjalanan ujian hendaklah jelas. 2.4.5 Kemudahtafsiran Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya. Masalah kemudahtafsiran dikatakan jarang berlaku dalam ujian yang dibuat boleh guru kerana biasanya guru mengetahui tujuan memberi ujian apa dan siapa yang hendak diuji. Guru berhak untuk membuat interpretasi atau tidak. Walau bagaimanapun ujian ini haruslah dapat memberi maklumat yang sesuai dengan dengan objektif yang dikehendaki. Ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut: • memberi gambaran yang jelas terhadap pencapaian dan kedudukan calon dalam kelas • kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pegajaran dan pembelajaran • pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang • perbandingan antara keputusan ujian-ujian yang berlainan • kesesuaian alat bantu mengajar yang digunakan, dan • kesesuaian aras kesukaran item untuk menguji isi pelajaran Ini bermakna markah-markah yang didapati oleh calon harus mudah ditukarkan dalam bentuk statistic seperti min, sisihan piawai, skor piawai Z dan skor piawai T. Deangan cara demikian, ujian itu dianggap mempunyai kemudahtafsiran yang tinggi. Kesimpulannya ujian yang bermutu tinggi adalah ujian yang mengandungi semua ciri seperti keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran. Untuk membina sesuatu ujian yang bermutu tinggi, guru haruslah memastikan bahawa semua ciri ujian tersebut dipertimbangkan semasa proses penyediaan sesuatu ujian.


16 Langkah-langkah Perancangan dan pelaksanaan Perancangan Ujian Menentukan tujuan ujian kerana dengan adanya tujuan ujian yang dikenal pasti, proses merancang ujian yang berikutnya akan dapat dipermudahkan. Menentukan Isi Kandungan Guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji. Biasanya isi kandungan mengandungi merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik yang telah dipelajari oleh muridnya. Membentuk Jadual Spesifikas Ujian (JSU) Apabila topik-topik dari aras kemahirannya telah ditentukan, guru boleh menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid keseluruhannya. Bentuk jadual penentuan ujian mengandungi dua perkara penting, iaitu topik-topik dan aras kemahiran. Menulis Item / Soalan Berpandukan JSU yang telah dibentuk, guru boleh mula menggubal item/ soalan untuk ujian yang biasanya disediakan dalam bentuk ujian subjektif dan ujian objektif. Meyemak Item / Soalan Setelah item / soalan selesai digubal, guru hendaklah menyemak item / soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan. Guru boleh menyemak item / soalan dari segi bentuk, isi dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan. Di samping itu, guru haruslah memastikan bahawa arahan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami, masa peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan soalan serta item / soalan adalah disusun daripada yang mudah kepada yang sukar. Jadual 2.2 : Langkah-langkah perancangan dan pelaksanaan ujian 2.5 Rumusan Sebuah ujian yang berkualiti perlu mempunayi elemen-elemen kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtafsiran dan kemudahtadbiran yang tinggi. Aspek-aspek yang perlu dipertimbangan oleh guru dalam penyediaan sebuah ujian termasuk ia perlu mengandungi unsur-unsur motivasi dan ujian yang dibangunkan


17 mesti mencabar minda serta menimbulkan celik akal pelajar-pelajar. Dalam aspek releven pula, guru mesti memastikan bahawa item-item yang dikemukakan dalam sesebuah ujuan mesti akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Latihan Pengukuhan 2.2 Jawab soalan-soalan berikut: 1. Nyatakan dua perbezaan kemudahtadbiran dengan kemudahtafsiran. __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ 2. Berikan dua sebab kenapa tafsiran sesuatu ujian harus mempunyai kemudahtafsiran yang tinggi? 1. _____________________________________________________ 2. _____________________________________________________


18 UNIT 3 JENIS PENTAKSIRAN 3.1 Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca unit ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan dan menghuraikan jenis-jenis pentaksiran. 2. membezakan jenis-jenis ujian dalam pentaksiran di sekolah 3. mengenal pasti dan membezakan empat pentaksiran autentik 4. menghuraikan mengenai pentaksiran atas talian. 3.2 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tentang jenis-jenis pentaksiran, jenis-jenis ujian, pentaksiran autentik dan pentaksiran atas talian. Jenis ujian seperti pentaksiran formatif dan sumatif, jenis ujian seperti ujian objektif dan subjektif serta ujian rujukan norma dan ujian rujukan kritesia. Di samping itu, terdapat juga mengenai pentaksiran autentik dan pentaksiran atas talian. 3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini


19 JENIS PENTAKSIRAN Jenis-jenis Ujian Pentaksiran Autentik Pentaksiran Atas Talian - Untuk Pembelajaran - Tentang Pembelajaran - Sebagai Pembelajaran Rajah 3.1 : Jenis Pentaksiran 3.4 Jenis Pentaksiran Pentaksiran merupakan indikator dalam melihat penguasaan pelajar menguasai kemahiran dan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pentaksiran yang dijalankan dalam bentuk ujian yang baik dan berkesan perlu dapat mencabar minda pelajar, meningkatkan motivasi pelajar dan mengesan tahap penguasaan bagi satu-satu kemahiran. Pentaksiran boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. 3.4.1 Pentaksiran Formatif Pentaksiran formatif merupakan penilaian berterusan guru terhadap pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), pentaksiran formatif ialah jenis pentaksiran semasa atau sesuatu tajuk pembelajaran yang ditadbirkan apabila guru-guru menamati satu unit pembelajaran atau satu kemahiran pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran formatif kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran dijalankan semasa waktu pelajaran. Contoh pentaksiran formatif ialah kuiz, soal jawab, latihan bertulis dan pemerhatian. Tujuan utama pentaksiran formatif dilaksanakan oleh guru untuk:


20 1. mengesan kelemahan dan pembelajaran pelajar secara individu sertamerta (cepat) 2. dapat memaklumkan kepada guru dan pelajar mengenai kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. 3. membantu para pelajar lebih sedar mengenai kelemahan dan masalah yang mereka alami dalam proses pembelajaran. 4. membolehkan guru untuk merancang pengajaran yang bersesuaian dengan pengetahuan, kemahiran dan kesediaan pelajar untuk belajar. 5. membantu guru menyedari kelemahan pengajaran mereka yang dapat membantu mereka untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan pencapaian pelajar. 3.4.2 Pentaksiran Sumatif Pentaksiran sumatif merupakan penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran guru bagi menentukan tahap pembelajaran di kalangan pelajar. Terdapat perbezaan antara pentaksiran sumatif dengan formatif iaitu formatif lebih bertumpu kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu topik atau tajuk. Manakala pentaksiran sumatif lebih menjurus kepada pencapaian dan penguasaan pelajar setelah keseluruhansubjek itu diajar. Pentaksiran sumatif meliputi bentuk formal yang melibatkan ujian kertas dan pensil, peperiksaan amali atau bertulis. Contohnya pentaksiran sumatif dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PT3, SPM dan STPM. Tujuan utama pentaksiran sumatif dilaksanakan oleh guru untuk: 1. Menentukan pencapaian pembelajaran pelajar dalam kelas. 2. Membuat perbandingan pencapaian pelajar di antara kelas. 3. Pelajar diberikan gred mengikut pencapaian mereka semasa pentasiran. 4. Keputusan pentasiran dapat digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran pada masa akan datang. 5. Pentaksiran sumatif dapat membantu guru dan pelajar dalam menjuruskan pelajar ke jurusan akademik berdasarkan keputusan pentaksiran.


21 3.4.3 Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif Terdapat perbezaan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa,sasaran, dan tindakan. Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif Pengertian Tujuan Aktiviti Masa Sasaran Tindakan Jadual 3.1 : Perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif 3.5 Jenis Ujian Bincangkan perbezaan antara Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif.


22 Terdapat beberapa jenis ujian yang boleh dilaksanakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Antaranya ialah ujian objektif, ujian subjektif, ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. 3.5.1 Ujian Objektif Dalam pentaksiran, ujian objektif merupakan jenis ujian yang terdiri daripada ujian kertas dan pensil. PelbagaI bentuk ujian objektif yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa membina jenis ujian ini. Jenis ujian ini hanya memerlukan jawapan yang pendek dan ringkas atau memberikan respons terhadap soalan yang diberikan. Ciri utama soalan objektif ialah soalan yang diberikan lebih spesifik . Kelebihan dan kekurangan ujian objektif ialah; Kelebihan : 1. Bilangan item boleh ditadbirkan. 2. Jawab dalam masa yang singkat 3. Mudah untuk guru menanda kertas jawapan pelajar 4. Jawapan adalah tetap dan skema pemarkahan mudah disediakan. Kelemahan : 1. Tiada kebebasan idea kepada pelajar ketika menjawab. 2. Tiada kemahiran dalam penulisan dan pembinaan ayat. 3. Jawapan berunsur KBAT dengan idea sendiri tidak dapat diaplikasikan. 4. Pelajar yang mempunyai daya mengingat fakta mempunyai kelebihan ketika menjawab soalan objektif. 3.5.2 Ujian Subjektif Ujian subjektif merupakan jenis ujian yang memerlukan pelajar menjawab soalan dengan menggunakan perkataan atau esei . Pelajar perlu


23 menjawab soalan subjektif dalam ayat sama ada dalam perenggan atau dalam bentuk esei panjang. Kelebihan : 1. Dapat menguji kefahaman pelajar 2. Membantu dalam menjana idea dan pendapat calon peperiksaan. 3. Boleh aplikasikan unsur KBAT semasa membina soalan subjektif. Kelemahan: 1. Bilangan soalan tidak dapat diberikan banyak. 2. Soalan subjektif memerlukan guru mempunyai kecekapan dalam bidang. 3. Para pemeriksan perlu mahir dan cekap dengan jenis ujian pentaksiran. 3.5.3 Ujian Rujukan Norma Ujian rujukan norma merupakan ujian yang dijalankan bagi mengenal pasti prestasi seseorang dengan seseorang yang lain atau perbandingan antara kumpulan yang sama atau kumpulan yang lain. Ujian ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian relatif kerana perbandingan dijalankan secara relatif. Selalunya di peringkat sekolah ujian rujukan norma bertujuan untuk membandingkan pencapaian prestasi pelajar sama ada dalam kelas yang sama atau di peringkat keseluruhan kelas. Ujian rujukan norma diukur melalui penilaian yang dijalankan pada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Juga dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM. Ujian rujukan norma digubal berdasarkan sukatan pelajaran mengikut mata pelajaran tertentu, dan ujian dijalankan dengan menggunakan alat pengukuran yang sama. Dalam melaksanakan ujian ini, soalan ujian digubal berlandaskan kesukaran ujian yang ditaburkan dari mudah ke susah iaitu 25% mudah, 50% sederhana dan 25% susah.


24 3.5.4 Ujian Rujukan Kriteria Ujian rujukan kriteria adalah berdasarkan tahap prestasi yang ditetapkan untuk dicapai oleh pelajar sebagai pengukur prestasi diri tanpa pengaruh bandingan dengan prestasi individu atau kumpulan lain. Dengan ujian jenis ini, guru boleh menentukan kriteria yang harus dicapai oleh pelajar dalam satu-satu unit pembelajaran. Contohnya, “Pelajar dapat menjawab lapan daripada sepuluh soalan yang diberi.” Sekiranya pelajar telah mencapai kriteria yang ditetapkan, pelajar berkenaan bolehlah meneruskan pembelajaran ke tahap yang seterusnya. Ujian rujukan kriteria amat sesuai bagi menguji kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. 3.6 Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik merupakan jenis pentaksiran selaras dengan perkembangan sistem pendidikan terutama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysa kita yang menyeluruh dalam mentaksir perkembangan para pelajar dengan pelbagai instrumen pentaksiran. Pentaksirian ini dijalankan dari pelbagai aspek seperti pengetahuan pelajar, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, kreativiti pelajar, sumbangan pelajar dalam mencungki kepelbagaian potensi diri. Pentaksiran autentik secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran diri mereka secara menyeluruh dalam pelaksanaan pentaksiran dan merangkumi pembelajaran yang sebenar kehidupan seharian pelajar. Secara tidak langsung pentaksiran dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad dalam bentuk ujian sahaja. Tujuan pentaksiran autentik ialah; 1. Membuka peluang penerokaan kekuatan diri pelajar.


25 2. Memberi peluang pemikiran kritis dan kreatif pelajar semasa pentaksiran ini dijalankan. 3. Merangsang pemikiran pelajar dengan menggunakan pengetahuan dan kehidupan sebenar mereka. 4. Mencungkil bakat, keperibadian, potensi dan kekuatan dalam diri pelajar untuk digemblengkan dalam pentaksiran yang dijalankan. 3.6.1 Portfolio Pentaksiran portfolio merupakan salah satu pentaksiran alternatif dalam membantu melaksnakan pentaksiran kepada para pelajar. Pentaksiran dapat dijalankan dengan pembinaan folio pelajar dalam bentuk koleksi kerja yang telah ditetapkan untuk membantu pentaksiran secara berterusan dapat dijalankan. Pentaksiran ini merupakan jenis pentaksiran yang bersifat multidimensi yang membolehkan guru melaksanakan pentaksiran bukan hanya dalam bidang tertentu sahaja. Namun demikian pentaksiran portfolio mengutamakan proses kerja seseorang pelajar yang dikumpulkan dalam bentuk folio mengikut kreativiti dan berlandaskan soalan pentaksiran yang diberikan oleh guru. Peranan pentaksiran portfolio ialah; 1. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar 2. Pelajar dapar mempelbagaikan kreativiti dan potensi diri semasa membina portfolia. 3. Membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan kepada mereka. 4. Memberikan peluang kepada pelajar dalam penerokaan dan peningkatan proses pembelajaran kendiri. 3.6.2 Prestasi (Performance based) Pentaksiran prestasi ialah bentuk pentaksiran yang mempunyai perbezaa dari bentuk pentaksiran tradisional. Pentaksiran prestasi merupakan


26 pentaksiran yang digunakan untuk menilai proses penglibatan mereka dalam sesuatu tugasan. Dalam pentaksiran ini, bentuknya tidak formal dan membolehkan para pelajar menggunakan daya kreativiti dan kebolehan interaksi dalam kumpulan bagi membantu penyediaan tugasan yang diberikan. Proses pentaksiran prestasi ini dapat mengintegrasikan pelbagai kemahiran seperti membaca dan menulis dan digabungkan juga dengan pelbagai kaedah seperti portfolio, laporan lisan, bercerita, sketsa, boneka dan temuduga, kaedah permainan, simulasi dan lain-lain lagi. Tujuan prestasi pentaksiran ialah : 1. Boleh menguji kebolehan ketika menghadapi ujian. 2. Mendapatkan maklumat secara berterusan. 3. Dapat membantu menilai aktiviti yang dijalankan sepanjang proses. 4. Penglibatan secara aktif sebahagian besar pelajar. 5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara tersusun dan sistematik. 3.6.3 Penilaian Rakan Sebaya Pentaksiran penilaian rakan sebaya merupakan jenis penilaian autentik yang meilbatkan para pelajar menilai rakan-rakan mereka sendiri. Menurut Brown (1999), pentaksiran rakan sebaya sangat membantu dalam keberkesanan pentaksiran formatif dan juga pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini dapat dijalankan apabila aktivti kumpulan dilaksanakan dan markah dalam penglibatan pelajar diambil kira dalam proses pentaksiran. Secara tidak langsung pentaksiran rakan sebaya ini dapat membantu pembentukan motivasi diri pelajar, ketrampilan, sumbangan, kehadiran dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan. Peranan pentaksiran rakan sebaya yang dapat dijalankan ialah; 1. Memberi peluang mereka berinteraksi sesama mereka 2. Meningkatkan nilai keyakinan diri dalam membuat keputusan. 3. Memberikan peranan yang membolehkan mereka terlibat sama dalam aktiviti pentaksiran.


27 3.6.4 Penilaian Kendiri Penilaian kendiri merupakan penilaian yang dijalankan untuk pelajar membuat penilaian terhadap keuatan dan kelemahan dalam diri mereka sendiri. kadang kala guru tidak dapat melaksanakan penilaian seadilnya kepada para pelajar kerana mereka tidak mungkin mengenali diri pelajar itu sebenar-benarnya. Fungsi penilaian kendiri ini ialah membolehkan pelajar secara individu merancang serta mendapat panduan untuk melaksanakan perancangan pembelajaran serta untuk memberikan keyakinan kepada mereka dalam menilai perkembangan diri mereka. Dalam penilaian ini juga, dapat membantu para pelajar untuk bersikap kritis terhadap tugasan yang diberikan kepada mereka. Semasa pelaksanaan penilaian kendiri ini guru perlulah; 1. Memberikan peluang kepada para pelajar menilai kekuatan dan kelemahan diri mereka. 2. Memberi keyakinan akan kepentingan penilaian kendiri ini kepada mereka. 3. Memberikan soalan-soalan yang dapat membantu mereka sepanjang proses penilaian kendiri ini dijalankan. 4. Mengemukakan senarai semak yang dapat membantu para pelajar menilai. 3.7 Pentaksiran Atas Talian Pentaksiran atas talian merupakan kaedah penilaian yang digunakan oleh guru menggunakan kaedah pentaksiran berbantukan komputer. Kaedah ini mudah dilaksanakan dan dapat menarik minat pelajar untuk melaksanakannya. Para guru hanya perlu menyediakan bentuk-bentuk ujian dan disimpan dalam bentuk „softcopy‟ dengan pelbagai soalan. Antara kemudahan penggunaan pentaksiran atas talian ialah; 1. Dapat mengakses bahan pentaksiran dengan mudah. 2. Kepelbagaian bentuk ujian dapat dilaksanakan dalam sesuatu pentaksiran.


28 3. Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan guru. 4. Melaksanakan dan mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke 21. Namun demikian, pelaksanaan pentaksiran atas talian adalah terbatas kerana terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dilalui oleh para pelajar dan guru untuk menjalankan proses ini iaitu; 1. Kemudahan internet sukar diperoleh di kawasan sekolah. 2. Jumlah komputer di sekolah yang tidak dapat menampung penggunaan pelajar. 3. Keterbatasan pengetahuan dan kepakaran guru dalam menggubal soalan pentaksiran atas talian. Sejumlah set soalan perlu disediakan dan ditetapkan oleh guru bagi memastikan setiap pelajar menjawab nombor soalan yang berbeza pada satu-satu masa. 3.8 Rumusan Pelbagai jenis ujian ini telah membantu para guru dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah. Ini juga dapat membantu para guru bagi memastikan ujianujian yang diaplikasikan adalah tepat dengan hasil pembelajaran yang hendak diukur serta diperolehi daripada para pelajara mereka. Rehat seketika dan buat renungan: Pentaksiran autentik merupakan langkah terbaik dalam meningkatkan mutu dan kepelbagaian ujian terhadap para pelajar. Fikirkan. Latihan 1 1. Nyatakan dengan ringkas dalam perkataan anda sendiri takrifan tentang


29 i. Pentaksiran formatif : ............................................................................................................................ ...................................................................................................... ii. Pentaksiran sumatif : ............................................................................................................................ ...................................................................................................... 2. Berikan kekuatan penggunaan ujian subjektif dalam pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. i. ........................................................................................................................ ii. ........................................................................................................................ iii. ........................................................................................................................ iv. ……………………………………………………………………………………….. UNIT 4 ANALISIS ITEM DAN INTERPRESTASI DATA 4.1 Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan pengertian skor mentah dan penggunaannya. 2. Menghitung statistik asas dan interprestasi data 3. Menganalisis item kesukaran dan diskriminasi 4.2 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi statistik asas, serta menganalisis itemitem. Hal ini, merangkumi skor mentah, perwakilan graf, mod, median, min, sisihan piawai, indeks kesukaran dan diskriminasi. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru memahami dengan baik dapatan daripada analisis dan tafsiran


30 pencapaian berdasarkan skor-skor yang dicapai oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.3 Kerangka konsep unit ini 4.4 Pengertian skor mentah dan penggunaannya Skor mentah diperolehi selepas proses menanda selesai dilaksanakan. Skor ini perlu diatur dan diuruskan dengan baik agar guru dapat membuat kesimpulan yang cepat dan tepat. Skor mentah yang masih belum disusun tidak boleh digunakan untuk kegunaan selanjutnya dan seterusnya mentafsir pencapaian pelajar. Skor harus disusun dalam bentuk yang mudah dibaca dan ditafsir dengan mudah. Dengan lain perkataan, taburan skor ialah susunan skor mentah dalam sesuatu set markah. Contoh skor mentah tidak terkumpul: 64 58 55 70 63 57 79 47 40 53 64 67 70 64 53 75 65 55 63 55 Kekerapan pula bilangan dalam sesuatu skor atau skor-skor yang dikumpulkan. Simbol statistiknya ialah f Analisis Item dan Interprestasi Data Stastistik Asas Item Analisis Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi Analisis Distraktor Bank Soalan Skor mentah dan penggunaannya Perwakilan Graf Mod, Median dan Min, Sisihan dan skor piawai Interprestasi data


31 Skor mentah lebih bermakna jika ia disusun daripada skor tertinggi kepada skor terendah dalam sesuatu jadual taburan kekerapan. Taburan kekerapan ialah susunan skor mentah dengan kekerapannya dalam sesuatu jadual, contoh; Skor ( x ) kekerapan ( f ) 75-79 2 70-74 2 65-69 2 60-64 5 55-59 5 50-54 2 45-49 1 40-44 1 ∑ N= 20 Jadual 4.1: Jadual taburan kekerapan * Bilangan kelas skor jeda =8, saiz jeda kelas = 5 Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz jeda yang ditetapkan. Saiz jeda kelas pula boleh ditentukan mengikut rumus berikut: Saiz jeda kelas = Skor tetinggi - Skor terendah Bilangan kelas Dengan rujuk kepada Jadual 4.1, bilangan kelas dicadangkan ialah 8 = 79-40 8 = 4.875 Saiz jeda kelas = 5 ( bundarkan ) Julat , Skor tertinggi - skor terendah


32 Taburan kekerapan himpunan ( c f ) adalah digunakan untuk membina satu graf yang dinamakan sebagai lengkungan kekerapan himpunan atau Ogif. Contoh Taburan kekerapan himpunan berikut digunakan untuk melakarkan Ogif seperti berikut. Skor ( x) f Hasil Tambah Kekerapan c f 50 4 4 4 55 2 4 + 2 6 60 4 6 + 4 10 65 6 10 + 6 16 70 7 16 + 7 23 75 3 23 + 3 26 80 2 26 + 2 28 85 1 28 + 1 29 90 1 29 + 1 30 Jadual 4.2 : Taburan kekerapan himpunan Berdasarkan Jadual 4.2, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang memperoleh markah sama atau kurang daripada suatu markah yang ditentukan. Contohnya, kita boleh katakan bilangan pelajar yang mendapat markah 70 atau kurang daripada 70 ialah seramai 23 orang. Sila lihat lakaran di Rajah 4.1 berikut. Untuk melukis lengkung kekerapan himpunan, data skor-skor ( kurang daripada ) mewakili paksi ufuk ( x) dan kekerapan himpunan mewakili paksi menegak (y).


33 Rajah 4.1 : Lengkungan kekerapan himpunan ( Ogif ) 4.5 Pengiraan Min, Median dan Mod Nilai ketiga-tiga statistik ini boleh memberi gambaran tentang tahap pencapaian pelajar dan boleh dilakukan sebagai perbandingan pencapaian dalam kalangan pelajar walaupun berada di kelas yang berbeza. Kaedah ini lebih dikenali sebagai ukuran kecenderungan memusat. Min in atau purata dikira dengan hasil jumlah skor dibahagikan dengan jumlah bilangan skor atau jumlah kekerapan. Simbol untuk min ialah , Untuk mengira min dari skor-skor tidak terkumpul ialah:- ∑ ∑ Hasil tambah X = Skor N = Bilangan calon Contoh: 67, 67, 70, 70, 78, 66, 78, 79, 80, 80 = ( 67+ 67+ 70 +70+ 66+ 78+ 78+ 79+ 80+ 80)/10 = 735/10 = 73.5 Min juga boleh dikira dengan kaedah berikut: 0 5 10 15 20 25 30 35 0 20 40 60 80 100


34 Skor ( x) Kekerapan ( f ) Jumlah skor ( fx ) 80 2 160 79 1 79 78 2 156 70 2 140 67 2 134 66 1 66 N = 10 ∑ fx 735 ∑ fx /10 = 735/10 = 73.5 Median Median ialah nilai yang terletak di tengah skor-skor yang disusun secara menaik atau menurun. Contoh 1 ; 45, 45, 58, 61, 69, 77, 79 median = 61 Contoh 2 ; 50, 57, 64, 72, 77, 77 Median = (64 + 72 )/2 = 136 /2 = 68 Mod Mod ialah ukuran yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam satu set skor. Mod boleh dicari dengan cara menyusun skor-skor secara menaik. Nilai mod diperolehi daripada skor yang mempunyai kekerapan tertinggi, contoh;- Skor : 67, 69, 71, 71 , 71, 76, 76, 79, 80, 80 Mod = 71 ( skor 71 mempunyai kekerapan 3 yang tertinggi ) Dwi mod berlaku apabila di dalam sesuatu set skor mempunyai dua nilai mod, contoh;- Skor : 59, 67, 67, 69, 71, 74, 74, 77, 79. Dwi mod, / bimod, = 67 dan 74


35 Fungsi Min, Median dan Mod Dalam ukuran kecenderungan memusat, min paling kerap digunakan oleh guru-guru. Faktor ini disebabkan min mengambil kira setiap markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian. Dalam lain perkataan, min mengambilkira semua skor dalam satu-satu tadbiran skor. Min juga digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian antara individu dengan kumpulan atau antara kumpulan. Min juga digunakan untuk mencari nilai sisihan piawai, skor piawai T dan skor piawai Z. Oleh itu, nilai min lebih senstitif daripada mod dan median jika terdapat skor-skor yang ekstrem. Manakala ukuran median dan mod tidak mengambil kira setiap skor dalam sesuatu taburan markah. Walaubagaimana pun, sekira terdapat taburan markah terpencong jauh ( markah pelajar jauh berbeza antara mereka ), ukuran median dapat membantu, contoh:- Kumpulan skor min Median A 10, 30, 45, 55, 60 40 45 B 42, 46, 48, 64, 100 60 48 Jadual 4.3 ; Taburan skor terpencong Nilai min antara dua kumpulan adalah jauh berbeza, maka ukuran min kurang sesuai digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian antara dua kumpulan tersebut. Ukuran median adalah lebih sesuai digunakan kerana nilainya adalah hampir sama. Ukuran mod jarang digunakan kerana nilainya hanya boleh memberi gambaran mengenai sesuatu taburan skor secara kasar sahaja. Pengiraan mod berlaku apabila satu skor dalam taburan skor-skor mempunyai kekerapan yang terlalu tinggi. Melalui nilai min, median dan mod, kita dapat lihat lengkungan taburan pencong dalam dua keadaan, iaitu pencong positif dan pencong negatif. 30murid


36 mod median min Rajah 4.2 : Lengkung Taburan Pencong positif ( mod < median < Min ) Dalam Rajah 4.2, boleh dikatakan ramai pelajar mendapat markah lebih rendah daripada min. Ini menunjukkan pencapaian pelajar kurang baik atau ujian ini adalah sukar atau pelajar lemah. Ubah suai aras item perlu dilakukan. Rajah 4.3 : Lengkung Taburan Pencong Negatif ( Min < Median < Mod) Dalam Rajah 4.3, boleh ditafsirkan bahawa ramai pelajar mendapat markah yang tinggi, iaitu berada di atas nilai min. Pencapaian pelajar adalah baik dan ujian ini dianggap mudah atau pelajar sangat cerdas. Bilangan item aras sukar perlu ditambah. min median mod 0 10 15 20 25 30 murid 0 30 60 80 skor


37 Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai tujuan statistik dalam pendidikan. 4.6 Sisihan piawai dan skor piawai Sisihan piawai adalah ukuran kebolehubahan yang biasa digunakan untuk memberi gambaran yang lengkap terhadap pencapaian pelajar. Analisis dijalankan terhadap markah-markah yang mempunyai nilai min yang sama, tetapi sebarannya yang jauh berbeza. Biasanya ia berkait rapat dengan taburan markah yang berbentuk lengkungan taburan normal. Simbol untuk sisihan piawai ialah Rumus sisihan piawai : = √ ∑( ̅) Tafsiran Nilai Sisihan Piawai Nilai sisihan piawai yang kecil bermaksud skor-skor kurang disebarkan iaitu tidak jauh beza skor murid dalam sesebuah kelas (homogenus); sebaliknya, nilai yang besar membawa erti terdapat jurang perbezaan yang besar antara skor-skor murid (heterogenus). Cuba teliti rajah dibawah.


38 Rajah 4.4 : Lengkung taburan normal A dan B Rajah 4.4, menunjukkan taburan normal A dan B , di mana mempunyai nilai min yang sama, tetapi sebarannya berbeza. Lengkungan taburan normal B mempunyai nilai sisihan piawai lebih besar berbanding lengkungan taburan A. Maka taburan skor calon dalam lengkungan taburan B adalah lebih luas ( berselerak ) berbanding calon dalam lengkungan taburan A. Berdasar lengkungan taburan B, kita boleh rumuskan bahawa pencapaian antara pelajar-pelajar adalah berbeza ( hetrogenus), manakala pencapaian pelajarpelajar dalam lengkungan taburan A adalah hampir sama ( homogenus) Contoh pengiraan sisihan piawai untuk skor tidak terkumpul Markah lima orang calon : 3, 7, 9, 12, 14 min = (3 + 7+ 9 +12 + 14)/5 = 8 ∑( ) = (( 3-8)² + ( 7-8)² + (9-8)² + (12-8)² + (14-8)²)/5 = 25 + 1 + 1 + 16 + 36 = 79 min A B skor murid


39 = √ ∑( ̅) = = = 3.97 Jika skor melibatkan kekerapan, rumus berikut boleh digunakan, √ ∑ ( ∑ ) skor x kekerapan 1 1 1 1 1 2 2 4 4 8 3 4 12 9 36 4 3 12 16 48 N=10 ∑ =29 ∑ =93 √ ∑ ( ∑ ) = √ ( ) = √ = √ 0.943 Kegunaan sisihan piawai Digunakan untuk mentafsir data-data seperti skor-skor yang diperolehi oleh pelajar dalam satu ujian . Maklumat analisis sering digunakan untuk membandingkan pencapaian antara pelajar di peringkat yang sama. Sisihan piawai juga digunakan untuk mengira skor piawai T dan Z. Pengiraan skor piawai Z Untuk mengira skor piawai Z, rumus berikut boleh digunakan, Skor Piawai Z = di mana; x = skor mentah, = min, = sisihan piawai 5 79 15.8


40 Kegunaan dan contoh pengiraan skor piawai Z, Mata pelajaran Matematik Sains Min 50 70 Sisihan piawai 5 10 skor 70 70 Skor piawai Z untuk; Matematik = (70-50 )/5 = +4 Sains = (70 -70 )/5 = 0 Ini bermakna pencapaian calon ini, untuk mata pelajaran Matematik, jauh lebih baik daripada pencapaiannya dalam Sains. Perhatikan skor mentah kedua-dua mata pelajaran, iaitu sama ( 70%) tetapi dapat dibezakan pencapaiannya. Pengiraan skor piawai T Untuk mengira skor piawai T, rumus berikut boleh digunakan, Skor Piawai T = 50 + 10 Z ( Z = nilai skor piawai Z ) Contoh; Mata pelajaran Bahasa Melayu Matematik Skor-Z -0.4 +1.3 Skor piawai T, Bahasa Melayu = 50 + 10 (-0.4) = 50 - 4 = 46 Skor piawai T, Matematik = 50 + 10 (1.3 ) = 50 + 13 = 63


41 Rumusannya, kita boleh katakan pencapaian Bahasa Melayu calon ini adalah lebih baik daripada +- 34% daripada murid-murid lain. Mata pelajaran Matematik pula adalah lebih baik +- 90% daripada murid-murid lain. ( rujuk lengkungan skor piawai dibawah ) Rajah 4.5; Kaitan lengkungan taburan normal dengan skor-skor terbitan Kegunaan skor piawai Skor piawai mempunyai nilai min dan sisihan tetap di bawah lengkungan taburan normal. Skor piawai Z, mempunyai nilai min sifar (0) dan sisihan piawai 1. Skor piawai T pula, mempunyai nilai min 50 dan sisihan piawai 10. Kedua-dua skor piawai ini diguna bersama dengan pangkat peratusan untuk membuat perbandingan dan setarakan markah dalam sesuatu ujian atau ujian-ujian pada masa yang berlainan. Pencapaian antara mata pelajaran juga boleh dibandingkan.


42 4.7 Item Analisis Indeks kesukaran item. Bagi ujian berbentuk objektif seperti betul/salah, isi tempat kosong, padanan, dan aneka pilihan, setiap item dapat diukur tahap kesukarannya. Pengukuran indeks kesukaran bertujuan untuk melihat kebolehan calon menjawab item, samada item tersebut sukar atau senang . Indek ini juga dapat menentukan kualiti item yang dibina. Indeks ini dikira, dengan menggunakan nisbah calon yang menjawab dengan betul item tersebut kepada jumlah jalon yang menjawab item berkenaan. Rumus yang digunakan seperti berikut, p = Bilangan calon menjawab betul item tersebut Jumlah calon yang menjawab Contoh; Dalam satu ujian, terdapat 40 orang calon mengambil ujian dan seramai 25 orang telah menjawab dengan betul bagi item nombor 7. Bagi menguji tahap kesukaran item nombor 7, gunakan rumus di atas seperti berikut; p = 25 = 0.625 40 Nilai P 0 - 0.20 0.21 - 0.40 0.41 - 0.60 0.61- 0.80 0.81-1.00 Skala Terlalu sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah Jadual 4.4; Aras kesukaran dan pengkelasan item Bagi soalan esei pula, nisbah markah purata bagi item tersebut diambil kepada julat markah penuh. Ringkasnya seperti berikut; p = Markah purata item (min) Julat markah penuh Contoh pengiraan; Item nombor 2 ( markah minima 0, maksima 10 ) Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Jumlah Markah 5.5 4.5 7 2.5 5.5 7.5 9 6.5 9.5 4.5 62.0


43 p = ⁄ = = 0.62 Tujuan indeks kesukaran Guru-guru dapat mengenalpasti kawasan kelemahan pelajar apabila mendapati ramai pelajar tidak dapat menjawab item yang diberikan. Oleh yang demikian perlu bagi seorang guru untuk mengajar semula konsep atau kemahiran yang tidak dikuasai oleh pelajar. Justeru itu, guru juga boleh memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan bagi item tertentu. Pengubahsuaian keadah pengajaran guru dan maklumbalas kepada penggubal kurikulum dapat dikaji semula. Indek Diskriminasi Tujuan indek diskriminasi adalah untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar dalam sesuatu ujian. Dalam lain perkataan, item yang baik dapat membezakan/diskriminasi pencapaian antara pelajar berkeupayaan rendah dengan yang berkeupayaan tinggi. Sebelum mengira indeks diskriminasi, calon-calon perlu dibahagikan kepada tiga kumpulan tahap pencapaian iaitu : Pencapaian % Bilangan jawab betul Rendah 27% Sederhana 46% Tinggi 27% Jumlah T = + Jadual 4.5 : Pecahan kelompok pelajar Rumus indeks diskriminasi d = ⌈ ⌉ * ( ) + Contoh, seramai 100 orang pelajar telah menduduki peperiksaan awam. Seramai 27 (27%) orang pelajar dikenalpasti berpencapaian tinggi, didapati 22 orang dapat menjawab soalan dengan betul [ ] dan 27 (27%) orang pelajar berpencapaian rendah, didapati seramai 7 orang mendapat soalan dengan betul [ ]. Dalam contoh ini, jumlah pelajar


44 berpencapaian rendah dan tinggi ialah 54 orang [ ( ) ]. Penyelesaiannya, ⌈ ⌉ * ( ) + = [ ] = = 0.55 Maklumat berkaitan indeks diskriminasi. Jika indeks diskriminasi nilainya 1.00, ini menunjukkan bahawa semua pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul dan kumpulan pelajar berpencapaian rendah tidak dapat menjawab soalan tersebut. Kesimpulannya, nilai indeks ini sangat baik kerana dapat menggambarkan pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab dan pelajar berpencapaian rendah tidak dapat menjawab. Jika nilainya 0, menunjukkan bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang menjawab soalan ini dengan betul adalah sama bilangannya. [ ] Jika nilai menjadi -1.00, menunjukkan semua pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab dengan betul , manakala pelajar berpencapaian tinggi tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul. [ ] Rumus;- ⌈ ⌉ * ( ) + > * + = = -1.00 Ringkasnya, nilai indeks diskriminasi yang hampir kepada 1.00, bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Ujian Rujukan Norma (URN) sebabnya dapat membezakan antara pelajar berpencapaian tinggi daripada pelajar berpencapaian rendah. Keterangan aras diskriminasi seperti berikut; 0.00 - 0.10 tidak baik 0.11 - 0.20 kurang baik 0.21 - 0.30 sederhana baik 0.31 - 0.40 baik 0.41 -1.00 sangat baik


45 Refleksi: Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Sejauhmana guru dapat mengaplikasikan statistik asas dalam membuat penilaian pembelajaran. Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada anda? 4.8 Rumusan Tajuk ini membincangkan tentang analisis item dan statistik asas dalam pendidikan bagi keperluan guru untuk memastikan item dan ujian yang dihasilkan sesuai digunakan. Disamping itu, aras kesukaran dan diskriminasi dapat mengambarkan kebolehan pelajar menjawab terhadap setiap item yang diberikan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana seorang guru dapat mengukur, dan mengira data dan seterusnya mentafsir dapatan tersebut. Dapatan penting dalam mengubahsuai keadah pengajaran guru, menerangkan pencapaian pelajar, megubahsuai kurikulum/sukatan dan menentukan kerjaya masa depan pelajar dengan tepat. LATIHAN 1 Jadual berikut menunjukkan keputusan ujian Bahasa Melayu bagi 30 orang pelajar Tingkatan 3 Amanah. Markah lulus bagi ujian tersebut adalah 50. i) Hitungkan peratus pelajar yang lulus ii) Kirakan min bagi skor di atas Markah Kekerapan 80-89 1 70-79 3 60-69 7 50-59 13 40-49 3 30-39 1 20-29 2


46 iii) Cari sisihan piawai bagi ujian tersebut iv) Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tafsirkan prestasi kumpulan pelajar yang mengambil ujian tersebut LATIHAN 2 Berikut adalah data ujian, dua mata pelajaran yang diperoleh seorang murid, Hamdan dari tingkatan 4 Delima. Mata Pelajaran Sejarah Matematik Skor – Z +2 -1 Min 50 70 Sisihan Piawai 5 10 Berdasarkan data di atas, (i) Kirakan skor mentah untuk Sejarah dan Matematik (ii) Cari nilai Skor- T untuk Sejarah dan Matematik (iii) Dengan menggunakan skor-T, bandingkan pencapaian Hamdan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut


47 UNIT 5 PELAPORAN DATA PENTAKSIRAN 5.1 Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. Menerangkan kaedah-kaedah pelaporan yang sering dilakukan 2. Menjelaskan tujuan dan kepentingan pelaporan kepada penerima 3. Menganalisis proses penambahbaikan dalam pendidikan melalui pentaksiran 5.2 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi bagaimana maklumat , tujuan dan kaedah pelaporan yang sering digunakan dapat disampaikan kepada pihak yang berkaitan. Kaedah-kaedah yang digunakan dapat menerangkan maklumat berkaitan pentaksiran supaya proses penambahbaikan dalam aspek yang dikehendaki dapat dilakukan. Semua maklumat sudah pasti banyak memberi feadah kepada mereka yang berkepentingan. 5.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini Pelaporan Data Pentaksiran Orang berkepentingan untuk data pentaksiran Kaedah Pelaporan Peratus, Gred, Lulus /gagal, Senarai semak,


48 5.4 Tujuan Pelaporan Matlamat utama data pentaksiran adalah untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi manfaat besar kepada guru, pelajar, ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan. Khususnya dalam pendidikan, maklumat berkaitan pentaksiran dapat menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari kemahiran yang baharu. Input kepada guru pula, mampu memberi maklumbalas terhadap keberkesanan pengajaran dan pencapaian pelajar. Manakala pihak ibu bapa, mereka amat memerlukan maklumat pentaksiran bagi melihat perkembangan dan penguasaan kemahiran yang telah dicapai oleh anak mereka. Orang-orang yang berkepentingan inilah yang sering memerlukan dan menggunakan data pelaporan bagi maksud tertentu. Tajuk seterusnya akan membincangkan siapakah yang sepatutnya melibatkan diri dalam pelaporan data pentaksiran. a) Guru Maklumat tentang pencapaian dan penguasaan pelajar dapat membantu dalam pengajarannya. Antara maklumat yang diperolehi seperti pencapaian lepas, pengetahuan asas kemahiran, kemajuan akademik dan pencapaian akhir. Maklumat keseluruhan data pentaksiran dapat membantu guru-guru untuk membuat perancangan, penyusunan dan keputusan berkaitan pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta sesuai dengan tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru juga dapat merancang aktiviti-aktivti pembelajaran seperti latihan ulangkaji, latih-tubi dan praktikal yang sesuai mengikut kawasan kelemahan dan kekuatan pelajar supaya Guru, Ibu bapa, Pengetua, Pelajar, Guru Bimbingan dan Kaunseling PPD / JPN / KPM


49 mereka dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran. b) Pelajar Pelajar merupakan orang yang menerima proses pembelajaran secara langsung. Justeru itu, maklumat dan tujuan pelaporan dapat memberi gambaran dan motivasi terhadap tahap pencapaian , penguasaan dan kebolehannya dalam memajukan diri sendiri. Mereka juga boleh memberi tumpuan untuk membuat ulangkaji terhadap tajuk atau kemahiran yang belum dikuasai. Oleh yang demikian, mereka dapat memilih atau mengubah gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk peningkatan diri. Maka, ukuran pentaksiran digunakan untuk mengukur tahap kejayaan atau kelemahan mereka mengikut bidang mata pelajaran pada setiap semester pengajian. Perbincangan dan maklumbalas yang diperolehi oleh pelajar dapat membantu mereka memperbaiki pencapaian dan meningkatkan motivasinya. c) Ibu bapa Sokongan kuat dalam pembelajaran pelajar datangnya daripada ibu bapa yang berperanan sebagai pendorong, motivator dan pembimbing di luar waktu sekolah. Ibu bapa juga dapat mengadakan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah dan perkembangan pembelajaran anak-anak dengan adanya petunjuk prestasi yang khusus dan tepat. Maklumat-maklumat pentaksiran dapat memberi gambaran tentang halangan atau pencapaian pembelajaran, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anakanak mereka. Perlakuan pembelajaran di rumah juga dapat dilakukan seperti menghantar ke pusat tuisyen atau membimbing sendiri anak mereka mengikut bidang kelemahan yang di alami. d) Guru Bimbingan dan Kaunseling Maklumat-maklumat perkembangan pembelajaran dan sahsiah amat diperlukan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Melalui maklumat


50 pentaksiran, guru bimbingan dan kaunseling dapat membantu pelajar menggunakan pendekatan kaunseling dengan lebih tepat dan mudah. Pendekatan perkembangan, kerjaya, peribadi dan pencegahan dapat membantu perkembangan pelajar dalam dunia pendidikan masa kini melalui proses mengumpul, memproses dan menganlisis data daripada pencapaian pelajar. Program peningkatan sahsiah dan motivasi berfokus dapat dijalankan mengikut kumpulan sasar serta bimbingan berterusan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. Guru bimbingan dan kaunseling juga ada membuat pengujian dan pentaksiran seperti ujian psikometrik, ujian minat kerjaya dan sebagainya untuk membantu perkembangan kendiri serta personaliti pelajar. e) Pengurus sekolah Pengurus sekolah seperti pengetua atau guru besar amat memerlukan maklumat pentaksiran. Hal ini, berkaitan analisis data pentaksiran yang tepat dapat memberi gambaran pencapaian secara keseluruhan untuk organisasi sekolah. Maklumat pencapaian lepas, sahsiah, minat dan motivasi pelajar dapat membantu pengurus sekolah untuk merancang dan melaksana program yang bersesuaian dalam proses penambahbaikan pencapaian sekolah amnya. Justeru itu, laporan prestasi dan pencapaian biasanya dibincangkan di dalam mesyuarat kakitangan sekolah dan ada program susulan secara bersama dilaksanakan. Penglibatan persatuan ibu bapa dan guru ( PIBG ) sentiasa mendokong kejayaan sekolah dengan memberi bantuan kewangan, dan program bagi membantu pelajar yang lemah. Manakala majlis anugerah kecemerlangan bagi mengiktiraf kejayaan pelajar. f) Pejabat Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Pengurusan sekolah terdapat di peringkat daerah, negeri dan pusat. Masing-masing mempunyai bidang tugas yang tertentu. Sudah pasti ada mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian sesuatu perkembangan pendidikan, khususnya


Click to View FlipBook Version