51 pencapaian akademik dan sahsiah pelajar. Maklumat-maklumat daripada ujian sumatif dan formatif digunakan untuk membantu mereka merancang dan melaksanakan program-program yang bermakna seperi kunjung bantu, penyeliaan, dan bimbingan ke semua peringkat sekolah yang memerlukan. Dengan adanya maklumat pentaksiran, semua peringkat pengurusan dapat memberi fokus dalam aspek penambahbaikan berterusan termasuklah perubahan kurikulum, jika diperlukan. Apakah maklumat-maklumat yang diperlukan oleh guru untuk membantu pelajar dalam pembelajaran? 5.5 Kaedah pelaporan Bidang pelaporan pentaksiran seperti pencapaian lepas, pencapaian akademik, kemahiran asas, masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan sahsiah, serta perkembangan psikomotor perlu disampaikan kepada orang-orang yang berkepentingan. Proses pelaporan pentaksiran kepada mereka disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti peratus, gred, lulus-gagal, senarai semak, perjumpaan ibu bapa dan secara di atas talian. a) Peratus Peratus memberi gambaran pencapaian pelajar dalam bentuk nombor, iaitu per seratus bagi setiap jawapan betul yang diperolehi. Umumnya, ini menunjukkan berapa peratus seseorang itu dapat menguasai kandungan pengajaran tertentu. Nilai yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi. Kaedah sebegini lebih mudah ditafsirkan kerana nilainya masih dalam bentuk nombor. Kebanyakkan guru menggunakan keadah ini sewaktu proses pentaksiran pembelajaran terhadap pelajar seperti dalam ujian semester dan tugasan projek. b) Abjad
52 Abjad menjelaskan kategori pencapaian pelajar berdasarkan kadar peratus pencapaian yang dikuasai oleh calon. Sebagai contoh, markah 90%-100% akan diberi gred "A" dan seterusnya. Biasanya terdapat lima kategori yang menjelaskan maksudnya, A, cemerlang, B baik, C, sederhana, D rendah dan F untuk gred gagal. Kebanyakkan institusi pendidikan menggunakan sistem gred ini dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir tahun dan peperiksaan UPSR, dan SPM. Kesimpulannya, markah asal yang diperolehi calon telah ditukarkan kepada gred abjad. c) Lulus-gagal Kaedah ini membahagikan pencapaian pelajar kepada dua kategori sebagai alat ukuran pentaksiran. Kategori tersebut ialah sama ada lulus atau gagal, memuaskan atau tidak memuaskan, menguasai atau tidak mengusai dan sebagainya. Skor mentah atau nilai pencapaian pelajar ditetapkan oleh guru sebagai penentu pencapaian yang harus dikuasai oleh pelajar. Sebagai contoh, markah lulus ditetapkan melepasi 50% dan keatas, jika dibawah 49% dianggap gagal. Terdapat juga keadah pelaporan gred A, B, C, dan D diubah kepada gred lulus, dan gagal dikelompokkan dalam gred F. Kaedah ini biasanya digunakan untuk menilai tahap penguasaan pelajar yang melibatkan kemahiran seperti ujian kecergasan, kemahiran membaca, amali dan ujikaji. d) Senarai semak Senarai semak menunjukkan pencapaian yang sepatutnya dicapai oleh pelajar mengikut kriteria-kriteria, hasil pembelajaran, kemahiran dan sebagainya yang telah ditetapkan sebagai standard pencapaian. Kaedah ini banyak digunakan dalam ujian rujukan kriteria (URK ) seperti ujian diagnosis, kemahiran membaca, dan yang meliputi domain kognitif, psikomotor serta afektif. Semua kriteria dan standard pembelajaran telah ditentukan lebih awal dan diuji mengikut urutan penguasaan pelajar. Hal ini memudahkan guru mentafsir penguasaan
53 pelajar secara terperinci dan boleh merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian mengikut tahap penguasaan pelajar. Laporan kepada ibu bapa dan pelajar menjadi lebih khusus kepada tahap penguasaan dan kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian. e) Pertemuan ibu bapa - guru Setelah laporan pentaksiran disediakan, ibu bapa memerlukan maklumat lanjut dan maklumbalas daripada guru. Majlis atau program pertemuan dengan ibu bapa biasanya diaturkan oleh pihak sekolah, di mana satu hari ditetapkan dengan lain-lain program berkaitan termasuklah laporan disiplin. Pada hari tersebut, ibu bapa dapat melihat dan berbincang lebih lanjut tentang laporan lain seperti disiplin, contoh hasil kerja pelajar, contoh rangsangan jawapan dan ujian profail. Laporan pentaksiran ini banyak memberi ruang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru tentang masalah yang dihadapi dan pencapaian anak mereka. Kerjasama guru dan ibu bapa banyak memberi impak positif dalam perkembangan pembelajaran pelajar. Terdapat juga pihak institusi pendidikan sekarang telah menggunakan keadah di atas talian (Online) untuk menyampaikan makluman pencapaian kemajuan pelajar. Refleksi: Bagaimana pelaporan pentaksiran dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan. 5.6 Rumusan Tajuk ini membincangkan tentang keadah dan tujuan pelaporan dilaksanakan dan pihak yang berkepentingan untuk mendapat maklumbalas berdasarkan datadata pentaksiran yang telah dianalisis. Pelaporan pentaksiran dapat menjelaskan situasi penguasaan pembelajaran dan kemahiran yang telah dicapai oleh pelajar. Manakala pihak berkepentingan pula dapat melakukan pengubahsuaian dan
54 penambaikan program pengajaran sejajar dengan keperluan semasa. Semua maklumat dan data pelaporan pentaksiran perlulah difahami oleh semua pihak, terutama sekali kepada guru. Rujukan Azizi Ahmad & Mohd Isa Awang. ( 2008). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Boon P.Y, Lee L.H, & Lawrence A. A, (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Cronbach, L.J. (19970). Essential of psychological testing (3rd ed). New York : Harper & Row. Gay, L.R (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril. Lee Shok Mee & Moh Soon Sang. ( 1991 ). Pengujian dan penilai dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mehrenss, W.A & Lehmann, I.J (1991). Measurement and evaluation in education and psychology ( 4th ed.). Chicago : Holt, Rinehart and Winston. Modul Pentaksiran,(2015) . Putrajaya; Institut Pendidikan Guru Malaysia. Popham, W.J.(2000). Testing: What every parent should know about school tests. London: Allyn & Bacon. Pumadevi Sivasubramnian, Nurul Shahida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan Muhammad, (2015 ). Statistik Asas. Selangor; Oxford Fajar Sdn Bhd.
55 Ragbir Kaur Joginder Singh, (2007). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk kursus perguruan lepasan ijazah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM) (PENTAKSIRAN PENDIDIKAN) NAMA KELAYAKAN PUAN SALINA BINTI OMAR Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor (April 2007- hingga kini) Kelulusan: Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Sarjana muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) USM (Kesusasteraan Melayu / Bahasa Melayu) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (7 tahun) Guru Bimbingan dan Kaunseling (7 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)
56 NAMA KELAYAKAN CIK HJHJ MARINA BINTI HJ. ABD MAJID Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor (April 2007- hingga kini) Kelulusan: Ijazah Sarjana (Pengurusan Teknologi- Pembangunan Sumber Manusia) UTM Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan dan Pentadbiran PerniagaanSumber Manusia) Saint Louis University, Missouri, USA Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor Pengalaman: Sekolah Mengah (15 tahun) Pensyarah di IPG (10 tahun) HJ HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD Kelulusan: Ijazah Sarjana Pendidikan. (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan) UTM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (kepujian) (Bimbingan dan Kaunseling) UPM Sijil Perguruan, MPTK Pengalaman: Guru Sains Matematik (SK) ( 7 tahun) Guru Bimbingan dan Kaunseling ( 7 Tahun ) Pensyarah di IPG ( 10 tahun ) HJ SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN Kelulusan: Ijazah Sarjana (Bimbingan & Kaunseling) UTM Ijazah Sarjana Muda(Sains Serta Pendidikan ) (Bimbingan & Kaunseling) UTM Sijil Perguruan Asas IPDA Pengalaman: Guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral Kaunselor Sepenuh Masa (SK) (20 tahun) Pensyarah di IPG (5 Tahun) Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK, 7 tahun)
57 NAMA KELAYAKAN SIN LEE ENG Kelulusan: Ijazah Sarjana (Pengurusan Teknologi Maklumat) UTM Ijazah Sarjana Muda (Teknologi Maklumat dan Pendidikan) UKM Diploma Teknologi Maklumat dan Pendidikan MPRM Pengalaman: Guru Sains (SM) (22 tahun) Pensyarah di IPG (10 tahun) HJ ABD. RAZAK BIN KAPRAWI Kelulusan: Ijazah Sarjana (Teknologi Pendidikan) UTM Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan dan Kaunseling) UPM Pengalaman: Pensyarah di IPG (13 tahun) JAYANTHI MALA A/P V.MARIMUTHU Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa IPG Kampus IPTHO, Johor (1991- hingga kini) Kelulusan: Ijazah Sarjana (Masters In English As A Second Language) UM Ijazah Sarjana Muda (B Sc Agribusiness) UPM Diploma Pendidikan (TESL) UM Pengalaman: Guru Bahasa Inggeris (Sek.Men.) (3 tahun) Pensyarah di IPG (24 tahun) Ketua Jabatan Bahasa (2 tahun) PANEL PEMURNI EDUP 2063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAME QUALIFICATION
58 NAME QUALIFICATION HJ ABD. RAZAK BIN KAPRAWI Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor (2004 - hingga kini) Kelulusan : Ijazah Sarjana (Teknologi Pendidikan) UTM Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan dan Kaunseling) UPM Pengalaman: Pensyarah di IPG (13 tahun) JAYANTHI MALA A/P V.MARIMUTHU Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa IPG Kampus IPTHO, Johor (1991- hingga kini) Kelulusan: Ijazah Sarjana (Masters In English As A Second Language) UM Ijazah Sarjana Muda (B Sc Agribusiness) UPM Diploma Pendidikan (TESL) UM Pengalaman: Guru Bahasa Inggeris (Sek.Men.) (3 tahun) Pensyarah di IPG (24 tahun) Ketua Jabatan Bahasa (2 tahun)