1 1.0 ANALISIS PENGENALAN ASAS DRAMA DAN DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Bahagian ini akan menerangkan pengenalan asas drama dan drama dalam pendidikan khususnya di Malaysia. 1.1 PENGENALAN ASAS DRAMA Drama secara umumnya bermaksud sesuatu pergerakan, tindakan atau aksi. Drama berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi peniruan iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Hashim (2005), drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Siti Hajar (2011) dalam bukunya ‘Buku Bahasa Melayu II’ mendefinisikan drama sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4, drama membawa maksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio dan televisyen. Menurut Zakaria (2001), drama merupakan sebuah karya sastera dalam bentuk dialog yang dipentaskan oleh pelakon manakala pementasan drama pula dikenali sebagai pertunjukan teater. Drama merupakan bentuk kisah yang menggambarkan kehidupan dan watak manusia melalui tingkah laku (lakonan) yang dipentaskan. Kisahkisah di dalamnya tidak mempunyai banyak perbezaan daripada kehidupan nyata yang terjadi dalam persekitaran masyarakat. Hal ini disokong oleh Siti Hajar (2011) yang menyatakan drama merupakan karangan yang menggambarkan suatu kehidupan serta watak manusia dalam berperilaku yang dipentaskan dalam beberapa babak. Manakala menurut Harun (2006), drama ialah seni yang menggambarkan alam dan sifat manusia dalam gerakan. Drama bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater. Rajah 1 menunjukkan perbezaan antara drama dan teater. Perbezaan antara drama dan teater dapat dilihat melalui rajah 1 berikut:
2 Rajah 1: Perbezaan Antara Drama dan Teater. CIRI-CIRI DRAMA Drama (Naskah bertulis) Seni individu (hasil pengarang dan dinikmati oleh pembaca secara bersendirian. untuk dibaca tidak memerlukan penggunaan ruang pentas dan ciri lain. Teater (Pementasan) Seni kolektif (gabungan pelbagai unsur seni (seni bina, seni muzik dan sebagainya) untuk ditonton penggunaan ruang pentas dan pelakon (pemain peranan)
3 Dalam pembahagian karya sastera Melayu, drama tergolong sebagai prosa moden. Drama mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan karya sastera yang lain. Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut (Rujuk rajah 2): Rajah 2: Ciri-ciri Drama ELEMEN DRAMA Secara asasnya, terdapat beberapa elemen dalam drama. Hal ini dijelaskan dalam rajah 3 di bawah: Rajah 3: Elemen Dalam Drama Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan. Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi. Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watakwataknya. Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip. Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik. Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
4 Tema/Pemikiran Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub teks. Plot Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Konflik tema/pemikiran plot latar babak adegan bahasa
5 memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut Adenan (2012) cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. Latar Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain. Babak Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak. Adegan Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza. Bahasa Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu, bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat
6 memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama. JENIS-JENIS DRAMA Seperti karya sastera yang lain, drama juga mempunyai pelbagai jenis yang dapat dikenal pasti. Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama. Pertama, tragedi. Jenis drama ini merupakan sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama. Kedua, komedi. Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan. Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi. Ketiga, melodrama. Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton. Kesimpulannya, drama merupakan pertunjukan cerita atau lakonan kehidupan manusia yang dipentaskan. Drama juga adalah sebuah karya sastera yang ditulis dalam bentuk dialog dan digunakan untuk pertunjukan oleh para pelakon. Drama mempunyai beberapa ciri, antaranya drama merupakan prosa moden, karya sastera drama berbentuk prosa atau puisi, drama terdiri daripada dialog, pemikiran dan mesej penulis disampaikan melalui dialog watak-wataknya, konflik dan gaya bahasa.
7 SEJARAH DRAMA Sejarah Drama Dunia Secara Umum Sejarah drama sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu sejarah drama dunia dan sejarah drama di Malaysia. Berbicara mengenai sejarah drama dunia secara umum, drama mula diperkenalkan di Greek pada sekitar 500 S.M. Pada mulanya, drama dipersembahkan untuk memuja dewa dewi Greek, terutama Bacchus (Dewa untuk pertanian dan arak) dan Dionysus (Dewa untuk penanaman anggur). Pada tahun 534 S.M. satu pertandingan drama telah dimenangi oleh Thespis di Athens dan beliau merupakan pemenang pertama yang memenangi pertandingan drama dengan menggunakan topeng muka yang berbeza untuk menunjukkan watak yang berbeza. Pada sekitar 400 Masihi, drama menjadi kurang popular dan sekitar 900-1500 Masihi, drama Medieval muncul. Drama ini tidak menerima pengaruh atau terikut-ikut dengan drama sebelumnya. Sebaliknya, drama ini bertujuan untuk mengajar agama Kristian. Kemudian sekitar tahun 1642, drama Renaisasance mula muncul dan pengasasnya ialah William Shakespeare. Pada abad ke-19 pula, drama moden mula kelihatan dipelopori oleh Oscar Wild. Drama moden pada dasarnya merupakan proses lanjutan dari kejayaan pementasan drama sebelumnya yang bermula sejak zaman Yunani. Perubahan yang nampak terdapat pada hampir seluruh unsur drama pentas. Berbagai watak pelakon di atas pentas diekspresikan dengan konsep pementasan moden yang memiliki kesan-kesan khusus dan teknologi baharu dalam unsur muzik, dekorasi, tata cahaya, dan kesan elektronik. Secara Drama di Malaysia Dalam meniti sejarah kelahiran drama, perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah percubaan mencari bentuk awal tentang maksud drama kerana dalam sejarah perkembangannya drama telah banyak mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sesuai dengan perkembangan masyarakat yang menghidupkannya. Ahli-ahli sejarah drama boleh dikatakan sepakat berpendapat bahawa sejarah drama bermula daripada lahirnya daripada ritual atau upacara keagamaan. Daripada ritual inilah berkembang segala jenis hiburan dan seni drama. Perkembangan drama secara serius hanya bermula pada tahun 1950-an. Pada tahun 1940-an, ada beberapa buah drama yang masih berada di peringkat percubaan dan masih meniru gaya bangsawan. Hanya pada tahun 1951, skrip drama pertama dicetak, iaitu drama “Megat Trawis”. Pada tahun 1960-an baharulah usaha untuk menerbitkan dan mencetak drama dijalankan dengan agak serius. Walau
8 bagaimanapun, penerbitan tersebut terbatas kepada drama pilihan sahaja. Sekarang kedudukan drama setanding dengan genre sastera yang lain; malah, jika dilihat dari sudut perkembangan bentuk dan aliran drama lebih maju ke hadapan. Pada tahun 1970-an dalam bidang penulisan drama, sudah muncul aliran absurdisme, surealisme, dan simbolik. Wayang kulit merupakan drama tradisional Melayu yang pertama. Wayang kulit telah wujud sejak abad ke-13 dan 14. Ia berasal dari Jawa dan mula berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan merupakan drama asli Indonesia yang wujud sejak abad pertama sebelum Masihi lagi. Satu jenis wayang kulit lagi telah dibawa dari Thailand dan dinamakan Wayang Kulit Siam. Kira-kira lima abad yang lalu drama ini mengalami zaman keemasannya di kalangan rakyat jelata (Zakaria, 2001). Menurut beberapa pendapat, baharu hari ini wayang kulit di Malaysia menjadi tempat, iaitu dengan adanya Wayang Gedek dan Wayang Purwa. Kira-kira lima kurun lamanya wayang kulit menjadi drama popular kerana diminati oleh golongan atasan dan rakyat biasa. Semenanjung Tanah Melayu tidak memiliki mana-mana drama lain sehingga kurun ke-18. Menurut Zakaria (2001), sebuah drama baharu yang berkembang kira-kira 200 tahun dahulu di istana Kelantan, iaitu makyung, juga berasal dari selatan Thailand, iaitu Patani. Jika ini benar, teori ini boleh menjelaskan bahawa makyung ialah kepunyaan asli orang Melayu. Buktinya, menurut fakta geopolitik dan etnografi, Patani sejak 400 tahun dahulu terletak di bawah takluk Sultan Kelantan. Bukti yang lain turut menyatakan bahawa inti sari cerita makyung seperti “Anak Raja Gondang” ialah kepunyaan penglipur lara Kelantan. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 kegemilangan makyung mulai merosot. Taraf naungan yang diberikan oleh kerajaan negeri telah dibubarkan, malah pembubaran naungan dan peningkatan nilai komersial dalam kegiatan seni istana menyebabkan makyung terjerumus ke dalam zaman kegelapan. Kemerosotan kegiatan makyung ini menyebabkan ahli-ahlinya keluar dari istana. Hanya pada abad ke-19 Masihi drama Melayu mempunyai bentuk yang memperlihatkan kesempurnaan sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak setempat lagi. Drama ini berkembang hingga ke seluruh negara dan dikenal dengan nama bangsawan, yang juga bukan merupakan hasil seni asli Melayu. Bangsawan merupakan satu bentuk teater Melayu yang popular pada awal abad ke-19. Walau bagaimanapun, sejarah seni drama telah membuktikan bahawa bangsawan bukanlah nama asli kepada bentuk teater ini. Bangsawan dikatakan mempunyai sifat-sifat yang
9 sama dengan bentuk teater Jatra Banggali dari India, wayang Cina, dan juga Zarzuela dari Sepanyol (Zakaria, 2001) Bangsawan di Tanah Melayu telah mencapai zaman kegemilangan selama lebih 35 tahun. Walau bagaimanapun, Perang Dunia Kedua telah menyebabkan kemerosotan dalam persembahan bangsawan, kesan daripada pemerintahan Jepun. Kejatuhan Inggeris di tangan Jepun pada tahun 1941 dan pemerintahan Jepun selama empat tahun (1941 – 1945) di Tanah Melayu telah banyak meninggalkan kesan terhadap perkembangan seni bangsawan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, masih terdapat pertunjukan bangsawan yang diadakan walaupun tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini. Pihak Jepun telah mengadakan sekatan terhadap persembahan bangsawan pada masa itu. Sebarang pertunjukan bangsawan hendaklah terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pemerintah Jepun. Jepun menggunakan bangsawan sebagai alat propaganda mereka. Hanya cerita-cerita yang dikarang oleh mereka, iaitu yang bercorak menyokong Jepun dan antibarat sahaja yang boleh dipersembahkan. Keadaan ini berlarutan hingga ke zaman darurat, iaitu pada tahun 1948 – 1962. Penyerahan kalah pihak Jepun kepada pihak bersekutu pada tahun 1945 telah membebaskan Tanah Melayu dan Singapura daripada peperangan. Namun, kekacauan yang dilakukan oleh pihak pengganas komunis telah menyebabkan pihak British telah mengisytiharkan darurat. Apabila zaman darurat berakhir pada tahun 1962, banyak kumpulan Bangsawan cuba bergiat kembali, tetapi usaha untuk menghidupkannya seperti zaman sebelumnya tidak berkesan kerana pada masa tersebut telah muncul bentuk-bentuk hiburan baharu kesan daripada kemodenan yang dibawa oleh Barat. Pada masa itu telah wujud bentuk-bentuk hiburan yang sesuai dengan keadaan masyarakat yang mula berminat dengan seni filem, drama-drama yang mengungkapkan tema intelektual dan memerlukan penghuraian daripada penonton. Tahun 1960-an menandakan zaman berakhirnya bangsawan sebagai seni drama yang pernah popular dan mendapat tempat pada suatu masa dahulu. Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme orang-orang Melayu hingga ke tahap yang paling tinggi. Cita-cita ke arah kemerdekaan yang telah ditahan sejak sekian lama telah diperhebat lagi di bawah teraju pemimpin-pemimpin Melayu, terutama Dato’ Onn Jafar. Kesedaran terhadap keperluan kuasa kepimpinan Melayu dan hak kebebasan mutlak di tanah air sendiri mendorong orang-orang Melayu ke arah pencarian akar
10 umbi dan maruah bangsa. Pada awal dekad 50-an inilah bermulanya kesedaran pengarang Melayu untuk mencipta drama-drama berdasarkan sejarah tanah air. Kecenderungan ini berterusan sehinggalah drama beraliran realisme mengambil tempat di sekitar tahun 1963. Dengan penciptaan drama yang dipetik daripada sejarah, pengarang-pengarang Melayu seolah-olah menolak cerita yang bercorak fantasi yang sering dipersembahkan dalam bangsawan sejak sekian lama. Paling jelas, pengarang drama juga ingin menjadikan karya mereka sebagai satu wadah pengucapan dan perjuangan bangsa ke arah mencapai cita-cita yang satu, iaitu kemerdekaan tanah air. Hal ini memang selaras dengan hasrat dramatis Melayu untuk mengangkat martabat bangsa dengan menjulang harga diri yang berteraskan semangat nasionalisme. Semangat cinta akan negara, bangsa, dan perjuangan jelas dipaparkan dalam episodepisod drama yang berunsur sejarah. Sejarah-sejarah tempatan yang bertemakan perjuangan menentang penjajahan, kejahatan, dan penindasan menjadi model utama untuk dipentaskan. Drama moden pertama telah dipelopori oleh Shaharom Hussain dengan drama “Lawyer Dahlan” yang ditulis pada tahun 1941 dan kemudian dipentaskan pada tahun berikutnya, iaitu pada zaman penjajahan Jepun. Tidak banyak drama atau bangsawan dipentaskan pada zaman pemerintahan Jepun kerana terlalu banyak sekatan yang dibuat. Zaman keagungan bangsawan berlangsung sekitar tahun 1950-an. Dari sudut penerbitan atau cetakan, drama yang pertama yang dicetak ialah “Megat Terawis”, iaitu pada tahun 1951. Umum sudah mengetahui bahawa konsep moden sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu sudah bermula pada tahun-tahun 20-an dan 30- an, khususnya bagi genre puisi, novel, dan cerpen. Perkembangan genre drama agak lambat jika dibandingkan dengan genre puisi dan cereka. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika konsep moden dalam erti kata sebenar yang beraliran realisme hanya terlihat dengan jelas dalam sejarah perkembangan drama pada tahun-tahun awal dekad 60-an. Dekad 1960-an telah membuka lembaran baharu dalam perkembangan drama Melayu. Pada awal dekad 1960-an, suatu bentuk baharu pementasan drama telah muncul dalam pementasan drama Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai bentuk drama realisme. Pemikiran yang mendasari bentuk drama ini ialah masalah semasa, konflik tentang kerakusan hidup di kota, dan keharmonian hidup di desa. Bentuk pemikiran lain ialah bidang pelajaran, cinta, dan budi orang-orang Melayu. Drama
11 moden ini menjadi popular di kalangan aktivis dan khalayak drama dekad 1960-an. Oleh yang demikian, zaman ini juga dikenali zaman drama masyarakat. Konsep pementasan drama realisme telah dipelopori oleh Kala Dewata. Beliau telah mengetengahkan satu bentuk pementasan drama yang baharu. Kala Dewata dan Usman Awang merupakan dua orang dramatis realisme terkemuka di Malaysia. Perubahan sejarah drama Malaysia berlainan sama sekali selepas muncul Kala Dewata ini. Aliran realisme yang dianutinya telah membuka mata seluruh dramatis tanah air, dan gelombang serta kegemuruhannya merebak ke seluruh negara. Dunia menyaksikan satu sejarah drama yang paling gemilang dalam era ini. Banyak sekali drama yang ditulis dan diusahakan pementasannya. Alasan umum yang dapat diterima aliran ini bersesuaian dengan keadaan Malaysia, baik dari aspek sosialnya, mahupun politiknya. Dekad 1970-an merupakan dekad bagi dramatis Malaysia membuat percubaan dalam usaha mereka meninggalkan bentuk pementasan drama tradisi realisme kepada satu bentuk pementasan drama yang baharu. Bentuk pementasan drama yang baharu ini telah mula meninggalkan bentuk pementasan drama realiti dengan mengemukakan satu bentuk pementasan drama baharu. Bentuk pementasan ini mengetengahkan subjek eksistansialisme warganegara Malaysia. Noordin Hassan merupakan dramatis pertama yang memulakan bentuk pementasan drama baharu ini dengan pementasan “Bukan Lalang Ditiup Angin”. Persembahan teater ini meninggalkan bentuk drama realisme. Beberapa orang dramatis yang muncul dalam bentuk drama baharu ini ialah Noordin Hassan, Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaafar, dan Mana Sikana. Dramatis-dramatis ini merupakan dramatis yang prolifik dalam bentuk pementasan drama baharu. Bentuk drama yang baharu ini dikenali dengan bentuk teater surealisme. Pembaharuan dalam bentuk pementasan drama ini dimulai dengan pementasan drama “Bukan Lalang Ditiup Angin” pada tahun 1970 di Tanjung Malim dan Kuala Lumpur. Pementasan drama ini dilangsungkan oleh kumpulan teater Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan diarahkan oleh Noordin Hassan. Pada peringkat awal, pementasan drama bentuk ini bertujuan membuat perubahan ke atas pementasan drama bentuk realisme. Dekad 1970-an merupakan zaman pementasan drama moden yang berbentuk persembahan drama Malaysia. Bentuk dewasa ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu pertama pementasan berbentuk surrealisme. Konsep drama surealisme
12 menuntut daya imaginasi dan kreativiti seseorang pengarah drama yang tinggi. Drama surrealisme memperlihatkan ciri dan imaginasi dengan memaparkan konsep persembahan yang mengandungi filsafat. Apabila kita memasuki tahun 1980-an, bererti kita memasuki zaman gersang dalam dunia drama. Bukannya tidak ada teks yang dihasilkan, tetapi tidak semeriah dekad sebelumnya; malah tidak ada suatu aliran pun yang identik dengan dekad 80-an itu. Drama surealisme dan absurdime yang berkembang dengan baik pada 1970-an telah disalahtafsirkan oleh penggiat drama kemudiannya. Kesukaran dan keabstrakan telah dijadikan ciri utamanya. Implikasinya penonton tidak memahami pementasannya dan akhirnya mereka melarikan diri. Maka, terjadilah peristiwa pentas lengang. Oleh itu ada kecenderungan di kalangan penulis drama untuk kembali ke aliran realisme dan drama sejarah atau sandiwara dengan beberapa perubahan. Kesimpulannya, perkembangan sejarah drama Malaysia mengalami tiga zaman, iaitu zaman tradisional yang terkenal dengan makyung, boria, main puteri, wayang kulit, dan lain-lain. Kemudian, berlaku perubahan ke zaman transisi – drama bangsawan dan sandiwara yang mewarnai dunia drama Melayu. Bangsawan agak lama bertapak di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1950-an, pementasan drama berakhir dan digantikan dengan sandiwara yang mengambil tempat sekitar 1950-an. Kemudian, muncul pula drama moden yang berbentuk realisme, surealisme; dan absurd yang menggarap persoalan kemiskinan, pendidikan, moral, nilai-nilai sosial, dan sebagainya, sesuai dengan zaman selepas kemerdekaan. Drama bentuk ini berkembang sekitar tahun 1960-an yang dimulai dengan pementasan drama “Atap Genting Atap Rumbia” oleh Kala Dewata. Bentuk pementasan drama akan berubah dari zaman ke zaman mengikut keadaan dan kehendak pengarangnya. Drama tidak akan mati selagi manusia masih memerlukannya sebagai hiburan.
13 1.2 DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Dalam mengajar bahasa Melayu sekolah rendah khususnya, seni drama merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak-kanak belajar mengenal diri dan masyarakat menerusi drama. Hal ini demikian kerana, elemen asas yang terdapat dalam mencerminkan kehidupan individu serta masyarakat. Menerusi aktiviti drama, muridmurid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan lebih efektif. Mereka juga boleh dilatih dalam aspek penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai menerusi aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu, pembelajaran melalui drama akan menjadikan pembelajaran murid-murid lebih bermakna dan berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan. Gambar 1: Contoh Pengaplikasian Drama Dalam Pendidikan Subjek Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati, Sandakan.
14 Drama merupakan salah satu aspek yang merentas kurikulum kerana boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Menurut Adenan (2012), aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti nama yang ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan sebagai medium penyebaran ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing murid menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan berkenaan dengan skrip yang dibaca. Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain yang terdapat dalam skrip drama melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti drama pembaca atau pementasan drama. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang menterjemahkan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama murid dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan sesuatu PdP itu menjadi lebih menarik dan hidup. Pembelajaran kini sudah tidak lagi berasaskan ‘Chalk and Talk’ tetapi haruslah menjurus kepada pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta menyelitkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan merangsang minda murid (Adenan, 2012). Hal ini dapat dicapai melalui drama dan teknik-teknik yang terdapat dalamnya. Sebagai contoh, sekiranya ingin mengajar sajak, guru boleh membuat aktiviti mendeklamasikan sajak dan menambah satu elemen atau teknik dalam drama iaitu Dikon. Dalam pengajaran Dikon, seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi. Secara tidak langsung suasana PdP akan menjadi lebih ceria, menarik dan tidak membosankan. kesimpulannya, jelaslah bahawa drama merupakan medium yang signifikan dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama, murid-murid digalakkan untuk memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Perkara tersebut selaras dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti drama
15 juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan drama itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Murid-murid yang memainkan peranan dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka.
16 2.0 ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN, ASAS LAKONAN DAN LATIHAN FIZIKAL DENGAN BERKESAN Bahagian ini akan menerangkan asas-asas vokal dan pengucapan, asas lakonan dan asas fizikal. 2.1 ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN Asas vokal dan pengucapan terbahagi kepada empat bahagian. (Rujuk rajah 4). Rajah 4: Bahagian Asas Vokal dan Pengucapan. Pernafasan Terdapat empat cara pernafasan yang biasa digunakan antaranya ialah pernafasan dada pada pernafasan dada kita menghirup udara kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung pada kebiasaannya pernafasan ini tidak digunakan oleh pelakon teater kerana ia akan mengganggu gerak lakonan selepas bahu menjadi kaku. Pernafasan melalui rongga perut ini sering digunakan oleh pelakon teater kerana ia kurang mengganggu pergerakan pelakon dan daya tahannya lebih lama untuk melakukan pernafasan ini kita perlu menarik nafas melalui hidung dan pastikan perut mengembung ketika nafas ditarik dan apabila kita melepaskan nafas perut kita akan mengempis. Teknik pernafasan yang ketiga ialah pernafasan lengkap pada pernafasan lengkap kita perlu menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara , sehingga udara yang kita serap sangat banyak .pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian artis panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan lakonan tetapi mengutamakan vokal dan yang terakhir ialah teknik pernafasan diafragma, pernafasan diafragma ialah pengambilan udara di waktu malam. apabila kita mengambil udara ini bahagian tubuh kita iaitu perut,pinggang dan bahagian belakang pinggang turut mengembang tapi tampayong pula untuk mendapatkan suara yang baik kita harus Pernafasan Vokal Pengucapan Variasi vokal
17 melakukan latihan pernafasan. latihan pernafasan bermula dari menghirup udara segar berulang kali melalui rongga hidung dan menghembuskannya sehabis-habisnya di akhir hembusan mestilah diikuti dengan hembusan suara yang kuat seperti contoh hah!! sebanyak 10 kali. Vokal Menurut Ismail (2007) vokal didefinisikan sebagai suara yang dikeluarkan melalui pernafasan yang betul dan getaran kod vokal yang akhirnya menghasilkan tona yang spesifik. Vokal sebenarnya terhasil daripada projeksi suara seseorang seperti yang dikatakan oleh Herfan (2015). Projeksi bermaksud kawalan kepada besar dan kejelasan suara supaya dapat didengari oleh penonton. Apabila bernafas udara dari paru-paru dan melalui kawasan kod vokal. Hasilnya kod vokal akan bergetar dan mencipta bunyi. Pada masa yang sama, tulang dan ruang di kepala dan dada beraksi seperti papan bunyi untuk memperkuatkan dan memperbesarkan bunyi tersebut. Lidah, bibir dan rahang membantu mencipta bunyi konsonan dan vokal/vowel bagi menghasilkan perkataan. Lidah berperanan menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza dan fungsi ini penting dalam menentukan kualiti vokal. Kedudukan lidah boleh dihuraikan menurut dua ukuran, iaitu tinggi rendah dan depan belakang. Lidah boleh diturunkan serendahrendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras dalam menghasilkan bunyi. Dengan ini, bunyi yang terhasil boleh rendah dan boleh tinggi. Menurut Indirawati & Mardian (2006), vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan iaitu bunyi tersebut dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan (Siti Hajar, 2011). Secara ringkas, bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan, maka pita suara merupakan alat yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi vokal. Sekiranya bibir dan lidah berada dalam satu keadaan, rongga yang dilalui oleh udara yang bergetar akan menyebabkan terbitnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal.
18 Pengucapan Untuk dapat berucap dengan baik, kelenturan alat-alat pengucapan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dan dilatih dengan secukupnya. Alat-alat tersebut termasuklah bibir. Bibir sangat berperanan dalam membentuk huruf-huruf hidup dan huruf M-B-P. Latihan dengan membentuk mulut dengan ruang gerak yang maksimum, otot bibir berulang membentuk bunyi A-I-U-E-O. Pada bentuk O, bibir membuat bulatan dan jangan lupa tarik bibir ke arah depan tetap diperhatikan. Ketika menyebut huruf A, bibir seolah-olah pada posisi menguap membentuk lonjong maksimum. Ketika menyebut huruf I, bibir seolah-olah menarik pipi ke bawah sehingga mulut nampak pipih. Lakukan latihan ini berulang-ulang mulai dengan tempoh masa untuk membentuk lambang-lambang bunyi, percepatkan temponya semakin cepat dan cepat lagi. Lakukan latihan dengan menyuarakan gabungan huruf mati dengan huruf di atas, menjadi MA-BA-PA, MI-BI-PI, MU-BU-PU. ME-BE-PE, MO-BO-PO berulang-ulang dari lambat ke sedang dan cepat. Lakukan juga dengan huruf mati yang lain. Lakukan dengan diiringi latihan pernafasan. Seterusnya latihan alat artikulasi rahang. Latihan membantu pembentukan rongga mulut. Tutup dan buka mulut selebar mungkin, berulang-ulang. Doronglah rahang bawah ke muka lalu buka ke bawah lalu tarik ke arah dalam/ leher lalu tutup mulut, rahang rapat, dorong ke muka kembali dan lakukan seterusnya berulang-ulang semakin cepat. Seterusnya, melakukan gerakan rahang bawah ke kanan dan kiri. Selain daripada melatih alat-alat pengucapan, salah satu daripada tanggungjawab pelakon bagi memastikan pengucapannya dalam keadaan yang baik, pelakon perlu memastikan suaranya kedengaran dalam panggung teater. Suara adalah sesuatu yang amat bernilai bagi seseorang pelakon. Bagaimanapun, seseorang pelakon itu harus bercakap dengan lantang tanpa menjerit. Justifikasinya agar penonton dapat memahami perkataan yang disebut oleh pelakon terbabit. Justeru, seseorang pelakon hendaklah menggunakan sepenuhnya kekuatan suara baik dari segi vokal, artikulasi, ritma dan tempo suara. Bagi melontarkan suara, latihan pernafasan yang betul boleh membantu. seorang pelakon yang baik suaranya dapat didengari di seluruh auditorium tanpa menjerit. Kunci utamanya adalah ketenangan dari kerongkong dan rahang agar menghasilkan suara yang bergema. Kelantangan suara harus disertakan dengan pengucapan yang jelas atau di sebut artikulasi. Hal ini kerana, suara adalah aset yang amat bernilai kepada pelakon selain teknik atau stail lakonan.
19 Variasi vokal Menurut Jerry et.al ( 1995 ); variasi vokal saling berkaitan dengan konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk kepada dialog sesebuah pementasan. Kemampuan membezakan suara di dalam barisan tona yang enak mencipta kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau statik. Suara yang dapat berubah mengikut masa berpotensi mencipta variasi vokal berkesan dengan menggunakan tingkatan nada ( pitch ), lingkungan ( range ) , infleksi, kekuatan, kadar atau tempo, berhenti sekejap ( pause ) dan irama. Berikut adalah definisi kepada terma yang dinyatakan oleh Jerry et.al ( 1995 ); a. Tinggi atau rendahnya nada ( Pitch ) dan lingkungan ( Range ) Pitch adalah bagaimana tinggi atau rendah bunyi suara. Manakala range pula adalah ukuran jarak dalam nota antara pitch paling rendah dan paling tinggi. b. Infleksi Infleksi adalah naik dan turunnya pitch pada suara c. Kekuatan ( Intensity ) Kekuatan memasukkan emosi di dalam menggabungkan kualiti percakapan dengan kelakuan. d. Kadar atau Tempo Kelajuan dengan satu percakapan e. Tekanan Suara Tekanan suara merujuk kepada jumlah tekanan, kekuatan atau berat vokal menempatkan sesetengah kata atau perkataan di dalam ayat. f. Pause ( berhenti seketika ) Permulaan penangguhan pada suara atau keraguan dalam percakapan. g. Irama ( rhythm ) Perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan dalam percakapan.
20 2.2 ASAS LAKONAN Teknik-teknik lakonan amat penting untuk diketahui bagi memantapkan lagi gaya lakonan yang ingin dilakukan. Dalam pementasan drama, terdapat dua perkara asas lakonan yang dapat membina dan menjadikan sesuatu pelakon itu kelihatan mantap dan realistik. Rajah 1 menunjukkan perkara asas tersebut: Rajah 5: Asas Lakonan PEMBINAAN EMOSI DAN PSIKOLOGI WATAK Emosi dapat didefinisikan sebagai ungkapan perasaan. Emosi dapat dilahirkan melalui perasaan sedih, marah, benci, bingung, gugup dan sebagainya. Dalam drama, seorang pemain harus dapat mengendalikan dan menguasai emosinya. Hal ini penting untuk memberikan warna bagi tokoh yang dilakonkan dan untuk menunjang watak tokoh tersebut. Emosi juga sangat mempengaruhi tubuh, iaitu tingkah laku, roman muka (ekspresi), pengucapan dialog, pernafasan, niat. Niat di sini timbul setelah emosi itu terjadi, misalnya setelah marah maka timbul niat untuk memukul dan sebagainya. Terdapat tiga cara dalam melahirkan dan membina emosi watak dalam diri seorang pelakon iaitu melalui peniruan, pernafasan dan ekspresi muka. Dalam kaedah peniruan, para pelakon perlu mendalami terlebih dahulu watak yang ingin dilakukan. Kebiasaannya teknik ini berguna kepada pementasan drama yang mengadaptasikan atau membuat lakonan semula terhadap sesuatu cerita yang sememangnya sudah wujud contohnya, Puteri Gunung Ledang. Para pelakon perlu mendalami dan mengenal watak yang ingin dilakukan dan hal ini meliputi tingkah laku, cara hidup, pergaulan, dialek, kebiasaan dan sebagainya. setelah kita mengenali watak tersebut barulah kita dapat meniru watak tersebut. Pembinaan emosi dan psikologi watak Pembinaan luaran watak dalam drama
21 Kedua, melalui pernafasan. Terdapat empat cara pernafasan yang biasa dilakukan iaitu pernafasan dada yang mana dalam cara pernafasan ini, kita menyerap udara kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung. Di kalangan orang-orang teater pernafasan dada biasanya tidak diaplikasikan. Hal ini demikian kerana pernafasan dada mengganggu gerak/acting kita di samping daya tampung atau kapasiti dada untuk udara seorang manusia sangat sedikit. Selain itu, pernafasan perut. Pernafasan jenis ini memerlukan udara yang kita hirup untuk kita masukkan ke dalam perut sehingga perut kita menggelembung, Pernafasan perut digunakan oleh sebahagian dramawan, kerana pernafasan jenis ini tidak banyak mengganggu gerak dan daya tampungnya lebih banyak dibandingkan dada. Di samping itu, pernafasan lengkap. Pada pernafasan lengkap kita menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara, sehingga udara yang kita hirup sangat banyak (maksimum). Pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian artis panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan acting, tetapi mengutamakan vokal. Seterusnya, pernafasan diafragma. Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang apabila kita menyedut udara. Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian. Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut. Cara ketiga untuk membina emosi dan psikologi watak adalah dengan melatih ekspresi muka. Ekspresi wajah atau mimik adalah hasil dari satu atau lebih gerakan atau posisi otot pada wajah. Ekspresi wajah merupakan salah satu bentuk komunikasi non-verbal, dan dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang yang mengamatinya. Ekspresi wajah merupakan salah satu cara penting dalam menyampaikan maklumat sosial dalam kehidupan manusia. Melalui ekspresi muka sudah memadai bagi menunjukkan emosi. Sebagai contoh, muka berkerut menunjukkan emosi keliru bercelaru. Langkah seterusnya dalam membina watak dari segi dalaman adalah dengan memahami watak yang diberikan. Terdapat beberapa cara antaranya membuat esei mengenai watak yang diberikan, melihat suasana sekeliling yang berkaitan watak, membuat kajian tentang kehidupan watak yang diberikan dan sebagainya. hal ini amat penting kerana sekiranya pelakon hanya meniru watak yang diberikan dia akan sekadar berlakon tetapi sekiranya dia memahami dan menzahirkan pemahamannya melalui lakonan yang ditiru maka itu mewujudkan dan menimbulkan elemen seni dalam lakonan.
22
23 PEMBINAAN LUARAN WATAK DALAM DRAMA Berbicara mengenai pembinaan luaran watak dalam drama, hal ini sebenarnya merujuk kepada sifat fizikal seperti rupa watak tersebut, perawakan, bahasa tubuh dan suara (Zakaria, 2001). Rupa merujuk kepada bentuk badan, sifat dan roman muka yang selari dengan watak yang ingin disampaikan. Apabila seorang pelakon berjaya mengubah rupa badan dan mukanya kepada wataknya ia mungkin lupa sekali kepada dirinya dan hanya hidup sebagai wataknya sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan meninggikan lagi mutu lakonannya. Contohnya, jika ingin melakonkan watak jin maka rupa pelakon juga harus mengikut rupa fizikal jin seperti janggut dan mengerikan. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan mood pelakon untuk membina watak dan memainkan watak tersebut. Selain itu dari segi perawakan yang merujuk kepada cara seseorang bergerak, berpaling, berjalan di atas pentas penting untuk meningkatkan luaran watak lakonan tersebut. pelakon harus memastikan segala gerakan sesuai dengan watak yang dilakonkan dan memastikan segala gerakan menarik minat penonton dan mengelakkan penonton daripada terlepas pandang. Pergerakan tersebut juga harus dijaga dengan baik dan berhati-hati. Dalam hal ini, pelakon juga perlu memahami watak yang dilakonkan agar segala perawakan iaitu gerak-geri pelakon tersebut selari dan sesuai dengan watak yang ingin disampaikan. Misalnya, untuk melakonkan watak seorang ayah, maka gerak-geri dan perawakan ayah itu perlu ada seperti cara bercakap yang tegas dan matang, berjalan dengan megah dan sebagainya. Dari segi bahasa tubuh pula, kerlingan mata, kedut kening, kepada mengangguk atau menggeleng perlu dititikberatkan bagi membina watak luaran pelakon. Hal ini merupakan salah satu asas lakonan yang perlu dipelajari oleh pelakon. Contohnya, jika pelakon perlu mengungkap dialog sedih, maka bahasa tubuh perlu selari dengan ayat yang ingin dilafazkan dan bukannya sebaliknya. Hal ini penting bagi menggelakkan kekeliruan tafsiran daripada penonton. Dalam membina luaran watak dalam drama, aspek solekan merupakan antara aspek yang paling penting. Tanpa solekan yang cantik dan mantap, sesuatu watak itu tidak akan hidup meskipun pelakon tersebut menghayati watak secara emosi dan dalaman. Justeru, antara solekan yang penting dalam drama termasuklah Grease Paint (minyak muka), Carmine (inci merah), Liners (pembaris biru atau hitam), bedak dan celak.
24 PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN LAKONAN Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan watak masing-masing mereka akan berada di satu ruangan menunggu yang dipanggil green room. Ruangan ini adalah tempat pelakon berehat sementara menunggu gilirannya masuk ke pentas. Pelakon profesional selalu memperlihatkan mudahnya berlakon hingga ramai yang terlupa bahawa berlakon memerlukan usaha yang kuat. Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon hanya akan kelihatan dengan melalui latihan dan pengalaman berlakon yang bertahun-tahun. Ringkasnya seseorang pelakon memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat responsif terhadap orang lain (Mudah tergerak hati tentang keindahan, penderitaan, kezaliman dan sebagainya). kedua, mempunyai kemampuan imaginasi (khayal cipta) namun tidak terlepas dari kawalan realiti. Teknik-teknik Asas Lakonan Kaedah “The System” oleh Constantin Stanislavski Pengarah tersohor Rusia Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya membina perwatakan. Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah Stanilavski seperti berikut: Pendekatan Prinsip Lakonan Stanislavsky 1. Perkataan Magik “Bagaimana kalau” ( Magic “if”) Stanislavski tidak percaya bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlasikhlasnya terhadap kebenaran-kebenaran (truth) peristiwa dan realiti-realiti peristiwa yang berlaku di atas pentas, tetapi beliau berkata bahawa seseorang aktor itu boleh percaya terhadap kemungkinan-kemungkinan peristiwa. Seseorang pelakon cuma harus mencuba menjawab beberapa soalan seperti “apakah akan aku lakukan kalau aku tak tahan bau busuk taik, apa rasanya bila kita terpijak taik tempat kita kerja, apa reaksi kita bila kita cuci jamban dengar orang kentut, berak atau sedar taik berabur atas lantai” “ bagaimana akan aku hadapi bila kekasih aku sanggup curang dengan aku, apa rasanya bila kekasih curang yer, apa rasanya orang kita sayang buat apapun kita terima aje dia sebab kita terlalu sayang dia, apa rasanya bila cinta terhalang dengan desakan orang tua, apa rasanya bila aku sebagai rakan tengok sendiri penderitaan kawan yang sakit akibat putus cinta”
25 “apa rasanya seorang bila dia mabuk, bila mabuk giler bagaimana dia nak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, apa rasanya bila kita sebagai gangster, bila gangster kita rajin pulak pecah rumah orang dan ugut orang, apa rasa gangster yer bila pukul orang, rogol bini orang, apa caranya nak pengaruh orang join kita jadi gangster” “apa rasanya bila jiran rumah mengata kita dengan kata-kata hina, apa rasanya bila kawan baik sendiri kata kita zina dengan suami dia, apa rasa kita bila jiran terus menyebarkan berita fitnah, apa rasanya bila suami kita curang main perempuan lain, bagaimana kita nak bertindak jaga maruah diri bila jiran asyik mengatakan kita perempuan sundal” “ada perempuan nak jadi superstar tapi ambik jalan tengah bersedudukan dengan lelaki untuk kejar cita-cita: apa rasanya pada diri aku yang ambik jalan yang sama, apa reaksi aku masa tu” “aku ada kawan baik. Kami mesra giler; tapi bila besar semua pentingkan diri, bagaimana sekiranya berlaku pada diri aku, apa yang aku rasa waktu tu’ “apa rasanya bila anak yang aku sayang, cinta, dan kuat agama, tiba-tiba scandal dengan jantan lain dan tukar agama. Sekiranya aku sebagai ibu, apa yang aku rasa yer, apa pula bila kita perempuan sanggup tinggal agama kerana nak ikut jantan lain. Atau sanggup tinggal agama kerana kita yakin agama lain tu lebih benar dari sekarang, bagaimana perasaan kita yang terus ingin pertahankan apa sahaja demi menjaga agama baru kita”. “apa rasanya jadi lumpuh, kalu kita lumpuh kaki bagaimana kita bergerak, apa rasanya jadi anak yang menyusahkan ibu bapa, apa kita rasa kalu bapa kata kita anak sial, apa perasaan kita ketika kita ini diherdik bapa kita ini datangkan malapetaka keluarga, apa rasa bila ibu kita ditindas orang kaya, apa rasanya bila kita berdendam, bagaimana cara kita nak balas dendam dengan bunuh dalam keadaan senyap-senyap tanpa orang syak.” Sematan dijiwai pelakon dengan pelbagai 1000 kali persoalan, pertanyaan, lantas dengan menggunakan kata-kata magik “if” ini akan mengubah matlamat atau tujuan karektor kepada matlamat dan tujuan aktor. Ianya merupakan rangsangan yang kuat ke arah aksi-aksi dalaman (emosi) dan fizikal bagi seseorang aktor. Perkataan if juga
26 membawa pelakon kepada keadaan-keadaan imaginary. Pertanyaan “Apakah yang akan aku lakukan kalau aku ……”(What would I do if I were) bagi seseorang aktor tidak perlu memaksa dirinya untuk percaya beliau adalah manusia tersebut di dalam situasi demikian. Ringkasnya, method “If” adalah saranan dan bukanlah melibatkan atau menegaskan sesuatu terhadap apa yang sedia wujud. Melaluinya, aktor akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk menyelesaikannya secara natural ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran. Penggunaan method “if” ini akhirnya akan merangsang kuat kepada imaginasi, pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal. Ini bermakna aksi-aksi yang logikal yang ditangani dengan tepat akan merangsang emosi dalaman. 2. Situasi sedia ada (Given Circumstances) Situasi sedia ada meliputi plot drama, zamannya, waktu dan tempat berlakunya aksi, kondisi-kondisi kehidupan, interpretasi aktor dan pengarah, settingnya, propsnya, tatacahaya dan kesan bunyi yakni apa saja yang diketemui oleh aktor ketika menghasilkan peranan pada watak yang bakal didukungnya. Dalam hubungan ini, Stanislavsky percaya tingkahl aku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karektor itu di dalam situasi sedia yang tersedia. Sehubungan dengan itu, seseorang aktor haruslah berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga wataknya bersebati dengan beliau yakni menjadi sebahagian daripadanya 3. Imiginasi Method imiginasi perlu dilaksanakan ekoran penulis skrip drama kurang memperjelaskan masa lalu dan masa depan watak-wataknya dan kurang memberi perincian kehidupan masa kini watak-watak tersebut. Method imiginasi ini mampu membantu seseorang aktor melengkapkan biografi wataknya dari awal hingga akhir di dalam mindanya. Ini bermakna melalui latihan method imiginasi, seseorang aktor dapat mengetahui/merasakan bagaimana watak itu dibesarkan, apa yang mempergaruhi tingkah lakunya, apa yang diharapkannya, bagaimana masa depannya sehingga akhirnya memberi lebih substance terhadap kehidupan masa kini watak dan akan memberikan aktor perspektif dan perasaan(feeling) pergerakan di dalam peranannya. Imaginasi yang kaya akan membantu seseorang aktor semasa beliau mentafsirkan baris-baris dialog dan mampu mengisinya dengan makna-makna yang tersirat atau lebih tepat memahami sub teksnya. Apa yang disimpulkan di sini, baris-baris dialog yang dihasilkan oleh penulis tidak bernyawa dan kaku sehinggalah seseorang aktor
27 berupaya menganalisis dan menampilkan keluar maksud yang dikehendaki oleh penulis. Sebagai contohnya, frasa yang mudah seperti, “saya sakit hati”, mempunyai berlainan maksud. Ringkasnya, sekiranya para aktor mempraktikkan latihan daya imaginasinya, mereka akan menemui makna yang menarik di sebalik perkataan yang terucap. Lantas intonasinya juga akan menjadi lebih menarik dan ekspresif. 4. Konsentrasi Tumpuan / Circle Intension Menurut Stanislavsky, beliau yakin bahawa method konsentrasi yang diamalkan oleh para pelakon merupakan kunci untuk mencapai suasana kreatif di atas pentas. Ujar beliau lagi, berdasarkan kepada peraturan sainstifik, seorang aktor harus memberi tumpuan perhatiannya kepada objek-objek pentas seberapa menarik untuk menghindarkan faktor-faktor gangguan di atas pentas. Walau bagaimana pun seseorang aktor itu tidak semestinya melupai penontonnya. Stanislavsky percaya sekiranya aktor itu cuba merasakan dirinya berada bersendirian di atas pentas, yakni tidak nampak sesiapa atau mendengar apa-apa di kalangan penonton, ia adalah bercanggah dengan seni teater (the art of theatre). Baginya penonton juga amat penting di dalam sesuatu persembahan kerana mereka juga terlibat dalam menjadi saksi terhadap cerita yang disampaikan. Jelas beliau perlunya seseorang pelakon tersebut untuk tidak merasa takut, untuk merasa tenang, untuk melupai rasa bimbang dan apa saja yang mengganggu kreativiti pentas bagi mencapai public solitude. Oleh demikian, hal ini tidak mustahil direalisasikan jikalau aktor itu mampu memberi tumpuan maksimum terhadap aksi fizikal dan terhadap ke semua yang mampu diimiginasinya di sekitarnya. Stanislavski percaya pemikiran yang konkrit dan aksi fizikal yang konkrit akan mengekalkan tumpuan aktor. Tumpuan yang benar-benar konsentrasi tertakluk kepada pengendalian aksi fizikal yang terperinci. 2.3 LATIHAN FIZIKAL YANG BERKESAN Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasikan karya drama sama ada dengan dialog atau tidak. Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat (blocking yang baik dan seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak yang mudah difahami (sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati (sesuai dengan tuntutan jiwa/naluri yang ditentukan dalam karya drama). Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas. Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut: a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri
28 b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi. Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan terkurang atau berlebih-lebihan. Gerak yang dimaksudkan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah sebati dalam kehidupan. Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan naskhah. Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip), telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman dan bauan), kulit(meraba sendiri dan benda di sekeliling) dan lidah(merasa dengan menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu). Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada beberapa bahagian : Gerak teaterikal Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja. Gerak non teaterikal Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar. Gerak Halus. Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang berkait rapat dengan ekspresi. Gerak Kasar Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh kita. Gerak kasar terbahagi kepada 4 iaitu : a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk dan sebagainya.
29 b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya membaca surat khabar, menulis, mengambil air, menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan props. c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu ke tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari, bergulung-gulung, melompat dan sebagainya. d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai orang tua, anak kecil, orang mabuk dan sebagainya. LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL Berikut merupakan latihan-latihan yang boleh dijalankan untuk memantapkan aspek fizikal dalam pementasan drama. 1. Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini kita hanya boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian kepala. 2. Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula daripada bawah hingga kepala. 3. Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas. 4. Latihan cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak pasangannya secara berganti. 5. Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih berfokus kepada mata atau berpandangan. 6. Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak, diputar dan kemudian dijatuhkan. 7. Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut ketua kelompok atau kumpulan. 8. Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak. Mata dipejamkan dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua kelompok. Tangan jangan sampai terlepas. 9. Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman: Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai pemerhatian. 10. Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.
30 11. Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti benar-benar berlaku. 3.0 PERBINCANGAN BERKAITAN IMPROVISASI, TEKNIK ASAS BERCERITA, ANALISIS SKRIP DAN PENGURUSAN PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS Bahagian ini akan membincangkan improvisasi, teknik asas bercerita, analisis skrip dan pengurusan persembahan drama pentas. 3.1 IMPROVISASI Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan rangsangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum. Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk. Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur para linguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.
31 Pendekatan Improvisasi a. Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat menggabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan. b. Tidak perlu pentas yang sempurna Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea. c. Menyediakan saranan Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi. d. Tidak perlu penonton Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi di hadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka. e. Aktiviti berkumpulan Guru hendaklah menggalakkan murid-murid bekerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas. f. Bijak melayani permintaan Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan. Peranan Improvisasi a. Meningkatkan daya imaginasi Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencapah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir
32 b. Merangsang kemahiran berbahasa Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan. Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid. c. Mewujudkan suasana menyeronokkan. Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkolaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersuka ria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya. d. Pembelajaran kolaboratif Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif. e. Pengurusan masa Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangka masa yang telah ditetapkan guru.
33 f. Meningkatkan keyakinan diri Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masingmasing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton. Aktiviti Improvisasi a. Improvisasi berdasarkan situasi Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. Teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama. contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda? contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya? b. Improvisasi berdasarkan gambar Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu. c. Improvisasi berdasarkan petikan cerita Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya. d. Improvisasi berdasarkan objek Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh digunakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.
34 e. Improvisasi berdasarkan tokoh/watak Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah. f. Improvisasi berdasarkan bunyi Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini. Jenis-Jenis Improvisasi Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut: a. permainan Bebas ( Free Play ) Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanakkanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu. b. Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation ) Guru sediakan bahan rangsangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian dengan situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain. Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain. Namun begitu perlu diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi. c. Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation ) Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh menyambungkan
35 dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan. d. Main Peranan ( Role Play ) Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanakkanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Di samping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis deskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak. Guru boleh memilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar e. Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanakkanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan. Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut. f. Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation ) Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru. Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.
36 3.2 TEKNIK ASAS BERCERITA Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu teknik mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya. Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa menggunakan teknik bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’ dan membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas. Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya diselesaikan. Tujuan Bercerita Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru perlu mengemukakan soalan–soalan pemahaman dan galakkan murid mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri. Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam
37 proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum. Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar. Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas. Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat mengenal pasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik. Prinsip-Prinsip Teknik Bercerita Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan sebagai tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus mematuhi dan memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru mematuhi prinsip-prinsip ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik bercerita ini dapat berjalan dengan lancar. Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa menjalankan menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Pemilihan cerita ini adalah penting untuk menarik minat murid-murid terhadap tajuk yang ingin diajar pada hari berkenaan. Cerita yang dipilih harus menepati peredaran masa iaitu
38 bersesuai dengan citarasa murid-murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa akan menyebabkan murid-murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan. Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan cerita dan mengenal pasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Hal ini dapat mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa melakukan penceritaan. Sesi bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi penting sahaja. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid-murid terhadap cerita yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting untuk menarik minat muridmurid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik minat murid-murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan inti pati atau isi pelajaran yang ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu berkenaan. Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana murid-murid perlu memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan lancar. Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita yang disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan melakukan cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid. Di samping itu, pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watakwatak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.
39 Langkah-Langkah Menjalankan Teknik Bercerita Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi bercerita, guru memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara yang menarik. Peringkat penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral yang terkandung dalam cerita itu. Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurangkurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk muridmurid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu. Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup. Penutup dilakukan di dalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup bercerita ini. Antaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan,
40 menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar. Implikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru dapat menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Hal ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan dengan sesuatu situasi sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas. Proses penceritaan ini dapat menarik minat murid-murid kerana cerita yang diketengahkan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka iaitu secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu situasi atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Perkaitan akan dapat dilakukan oleh mereka. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan. Misalnya, guru menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa bercerita. Guru bercerita dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya, guru ingin mengajar berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan kad-kad gambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di Malaysia. Kad-kad gambar ini akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih jelas. Apabila wujud contoh konkrit diberikan, maka murid-murid akan lebih mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut. Guru boleh bercerita sambil menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh dijadikan contoh sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses bercerita akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai ini. Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru akan memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi bercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa sesi bercerita dijalankan untuk mengenal pasti segala isi penting yang terdapat di dalam cerita berkenaan. Apabila sema murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya, keadaan
41 kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kawalan kelas ini adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 3.3 ANALISIS SKRIP Terdapat lima aspek yang perlu diambil kira dalam menganalisis sesuatu skrip atau karya. Gambar Rajah 4 menunjukkan aspek yang perlu diambil kira iaitu aspek tema dan pemikiran, watak dan perwatakan, plot dan struktur dramatik, gaya bahasa dan diksi. Rajah 5: Analisis Skrip Aspek yang Dianalisis dalam Penulisan Skrip Tema dan Pemikiran Watak dan Perwatakan Plot Gaya Bahasa Diksi
42 3.3.1 Tema Dan Pemikiran a. Tema Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita (Kalam Hamidi, 2003). Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. b. Pemikiran Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsirkan oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai subteks. 3.3.2 Watak Dan Perwatakan a. Watak Watak utama juga selalunya mendapat perhatian dan pelukisan watak yang lebih daripada pengarang. Hal ini sesuai dengan peranan yang diberikannya. Dalam setiap karya, watak sampingan merupakan watak yang hadir dan membantu dalam proses perkembangan plot. Watak sampingan juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti watak sampingan penting, kurang penting dan tidak penting. Setiap watak ini mempunyai peranan tersendiri dalam membantu jalan cerita. Kebiasaannya, watak sampingan jarang dipertentangkan dengan konflik-konflik yang besar seperti yang dialami watak utama. Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis watak. Jadual 1: Jenis Watak dan Huraian BIL. JENIS-JENIS WATAK HURAIAN 1. Watak Bundar / Bulat Watak yang boleh berubah mengikut keadaan dan persekitaran. 2. Watak Pipih Watak yang mempunyai sifat tertentu, iaitu satu sifat difokuskan sahaja. Tidak berkembang dan tidak berubah. Jika watak baik, hanya gambaran baik sahaja diberikan oleh pengarang hingga ke akhir cerita dan sebaliknya.
43 3. Watak Dinamik Watak yang berkembang dan berubah mengikut jalinan cerita dan perubahan ini diperlihatkan melalui perubahan sikap. 4. Watak Statik Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan dari segi aksi dan pemikirannya walaupun jalinan cerita berkembang. 5. Watak Utama Pelaku yang memainkan peranan utama dan peranannya jelas dalam cerita dari awal hingga akhir dan menjadi tonggak cerita. Selalunya watak protagonis. 6. Watak Sampingan Watak pembantu kepada watak utama dan peranannya mungkin kecil dalam cerita. Peranannya sebagai pelengkap sahaja. 7. Watak Baik / Protagonis Watak yang mempunyai ciri-ciri murni dan kemanusiaan yang positif. Selalunya sebagai watak utama. Watak ini tidak semestinya sebagai hero atau heroin dalam cerita 8. Watak Jahat / Antagonis Watak penentang kepada tindakan-tindakan atau nilai yang dipegang oleh protagonis. Watak ini banyak menimbulkan konflik dan permasalahan serta mencabar watak protagonis. Jadual 1 : Jenis-jenis Watak b. Perwatakan Perwatakan ialah sifat- sifat watak. Perwatakan boleh dinyatakan secara lisan, dan boleh dinyatakan melalui perbuatan. Perwatakan dalam watak menggerakkan cerita mengikut tema dan persoalan. Perwatakan dan watak bergerak seiring bersama plot cerita. 3.3.3 Plot Menurut Kalam Hamidi (2003), plot bermaksud jalinan cerita atau peristiwa dalam sesebuah cereka. Jalinan tersebut berkembang berdasarkan hukum sebab dan akibat. Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin secara kronologi atau tidak secara kronologi. Jika peristiwa dijalin secara kronologi bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan masa. Sementara itu, jika peristiwa tidak dijalin secara kronologi, bermaksud peristiwanya tidak disusun mengikut urutan masa. Biasanya plot sesebuah novel terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot. a. Binaan Plot Binaan plot bermaksud plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting. Kebiasaannya, binaan plot terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi),
44 perkembangan, perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watakwatak lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada bahagian perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian perumitan. Pada peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit. Plot akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada peringkat ini, keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri, dan cemas akibat konflik atau pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan mencapai ke satu tahap, iaitu sampai ke tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak terus ke tahap peleraian, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau terlerai. 1. Permulaan (Eksposisi) Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita. 2. Perkembangan Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain. 3. Perumitan (Konflik) Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita. Permulaan Perkembangan Perumitan atau Konflik Klimaks atau Puncak Cerita Peleraian
45 4. Klimaks (Puncak) Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan. 5. Peleraian Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka. Teknik Plot Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut: 1. Imbas Kembali Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman 2. Imbas Muka Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. 3. Saspens Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. 4. Konflik Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran? 5. Kejutan Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
46 6. Dialog Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema. Gaya Bahasa Menurut Kalam Hamidi (2003), gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis-jenis gaya bahasa bersama istilah-istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh. Jadual 2: Gaya Bahasa Drama BIL. JENIS GAYA BAHASA HURAIANNYA 1. Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada daripada segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak. Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan 2. Simile Merupakan unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Perbandingan jenis ini lebih mudah dikesan, berbanding unsur perbandingan metafora. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bak, dan laksana untuk menunjukkan perbandingan. Contohnya: ...marahnya umpama api yang merah membakar... 3. Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak
47 (tidak boleh dihitung) Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran, samudera hampa, lautan fikiran 4. Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi 5. Sinkof Bermaksud penyingkatan perkataan Contohnya: "Apa dah jadi ni?" 6. Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir 7. Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris “Kerana aku penyair kupenuhi hidupku” 8. Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak Contohnya: pengulangan konsonan “m” dalam baris “Memacu menghimpun kekuatan” 9. Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD Tambah mengimbau sorotan kitab ESA ! epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
48 repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga 10. Perlambangan Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda 11. Inversi merupakan gaya bahasa yang menggunakan pembalikan susunan kata dalam kalimat. Biasanya diterapkan dengan matlamat untuk memberi penekanan pada bahagian awal ayat (bahagian yang penting). Contohnya: Diperangkapnya kami di tengah jalan. Diksi Diksi ialah pemilihan perbendaharaan kata dan gaya ungkapan yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (Kalam Hamidi, 2003). Pengarang harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej. Pemilihan dan penggunaan kata khusus secara puitis yang ditulis secara sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai daripada aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan.
49 3.4 PENGURUSAN PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS Sering kali penilaian terhadap sesebuah pementasan drama akan dirujuk kepada persembahan yang dilihat pada hari pementasan. Bagaimanapun, kegagalan dan kejayaan sesebuah pementasan drama itu tidak boleh diukur semata-mata melalui kelancaran semasa persembahan atau sambutan yang diperoleh daripada penonton sahaja. Sesebuah pementasan sepatutnya diukur daripada proses ketika memulakan persiapan produksi, perjalanan penghasilan produksi, semasa berlangsungnya produksi dan pengakhiran sebuah produksi (Zakaria, 2001). Namun, masyarakat sering memandang sepi peranan yang dimainkan oleh semua tenaga produksi, khasnya tenaga tulang belakang produksi. Kredibiliti hanya akan diberikan kepada pengarah dan pelakon. Pengarah dan pelakon bukanlah tunjang kepada sebuah produksi. Dua kelompok ini umpama tuan rumah dan isi rumah. Sementara elemen yang menyokong keutuhan rumah itu adalah batu-batan dan tiang-tiang kayu. Dalam konteks produksi sesebuah drama, kayu dan batu ini adalah tenaga produksi yang terdiri daripada pengurus pentas sehinggalah kepada petugas-petugas bahagian. Organisasi pengurusan tenaga produksi yang berkualiti akan menghasilkan sebuah produksi yang baik, mantap dan berkesan. Tidak ada produksi yang benarbenar berjaya tanpa sokongan daripada sebuah organisasi yang tersusun. Pengarah adalah tonggak produksi, namun tanpa bantuan ahli kumpulan yang berdedikasi dan memahami visi dan misi pengarah, produksi tersebut tidak akan berjaya. Rata-rata produksi amatur masa kini sering bergerak dalam keadaan yang daif dan tidak tersusun. Dalam produksi amatur, seorang pengarah memegang tanggungjawab yang terlalu banyak mencakupi pelbagai tugasan seperti mencari pelakon, mengurus kebajikan dan lain-lain. Justeru, dalam menjadikan dan menjayakan sesuatu produksi atau pementasan drama, setiap ahli yang menganggotai sesebuah pementasan perlu memahami dan menguasai ilmu serta kemahiran dalam pengurusan persembahan drama pentas. JENIS-JENIS PENTAS DAN PENGGUNAANNYA Terdapat pelbagai jenis pentas yang boleh digunakan untuk mempersembahkan sesuatu drama. Menurut Kavith (2009), secara asasnya terdapat enam jenis pentas (Rujuk rajah 5) Rajah 5 : Jenis-jenis pentas. Prosenium Arena Teras Fleksibel Profil Hujung/ Akhir
50 Pentas Prosenium Rajah 6 :Pentas Prosenium Pentas prosenium adalah pentas yang menggunakan bingkai (proscenium arch) dan tirai dipasangkan pada bingkai pentas tersebut. Bingkai ini bertujuan untuk memisahkan dan mewujudkan ruang antara pentas daripada penonton. Selain itu ia juga digunakan untuk menukar babak atau membuat apa-apa perubahan di atas pentas tanpa pengetahuan penonton. Jarak pentas dan kedudukan penonton juga memberikan kesan kerana ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada penonton yang di sekelilingnya (fourth wall) kerana penonton berada pada kedudukan satu arah sahaja. Kebanyakan pentas yang dibina pada masa kini sama ada di dalam mahupun di luar negara mempunyai ciri yang hampir sama dengan pentas prosenium. Pentas Arena Rajah 7 :Pentas Prosenium Dalam pentas arena penonton akan berasa seperti mereka berlakon di dalam teater tersebut kerana penonton dapat melihat dari semua sudut. Kebiasaannya pentas arena berbentuk bulat, berlian dan segi tiga di mana pelakon akan keluar masuk