The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 0-18-eu, 2023-12-21 04:56:34

_NOTA BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

_NOTA BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

51 melalui ruang yang berbeza di celah-celah penonton. Pentas ini biasanya di gunakan dalam teater purba, iaitu teater Rome dan Greek namun tidak berkembang sehinggalah pada abad ke-20, dan ia menjadi alternatif kepada bentuk pentas prosenium. George Mason Universiti di Fairfax, Virginia merupakan Arena Stage Archive yang terbesar di dunia dan mempunyai bahan yang berusia hampir 50 tahun dalam sejarah drama. Antaranya bahan yang mencecah hampir 50 tahun ialah koleksi gambar, buku nota produksi, buku skrap, sejarah lisan dan bertulis. Teater arena bersifat ekonomi kerana kos pembuatan pentas ini memerlukan bajet yang rendah berbanding pentas yang lain. Namun, pencahayaan drama adalah lebih sukar berbanding Prosenium kerana pelakon harus berlakon tanpa menghalang mana-mana penonton yang berdekatan. Pentas Teras Rajah 8 :Pentas Prosenium Konsep pentas ini pada peringkat awal digunakan berabad lamanya, dan telah digunakan pada tahun 1953 oleh Festival Shakespeare Stratford Kanada. Pada tahun 1957 pentas teras telah di bina secara kekal. Setelah itu, pentas teras yang lain juga telah di bina di serata dunia. Pentas teras ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan pentas Prosenium tetapi 2/3 bahagian depannya memfokuskan ke arah penonton. Pentas ini mempunyai tiga kedudukan penonton iaitu satu di hadapan dan dua di sisi kiri dan kanan. Pintu masuk adalah melalui belakang pentas. Pentas Fleksibel Dikenali sebagai pentas "Black Box". Pentas ini selalunya besar seperti kotak kosong dan sering dicat hitam di dalam. kedudukan pentas dan tempat duduk tidak tetap. Sebaliknya, masing-masing boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan pelakon atau pengarah.


52 Rajah 9 Pentas Fleksibel Pentas Profil Rajah 10: Pentas Profil Pentas jenis ini biasanya mengubahsuai pentas yang sedia ada kepada bentuk yang lain dan baharu. Penonton ditempatkan di kiri dan kanan pentas. Kavith (2009) memberi ulasan mengenai pentas ini dengan menyatakan “Actors are staged in profile to the audience.” Pentas ini sesuai bagi drama yang memerlukan tempoh masa yang lama dan ruang yang sempit. Sebenarnya, pentas ini hampir sama dengan pentas jenis arena dan bentuk pentas ini dilihat seakan-akan gelanggang bermain bola keranjang Cuma fungsi yang berbeza.


53 Pentas Hujung/Akhir Rajah 11 : Pentas Hujung/Akhir Pentas hujung atau akhir merupakan pentas yang hampir sama dengan pentas teras. Cuma bezanya ialah penonton terletak hanya di hadapan pentas dan tidak seperti pentas teras yang meletakkan penonton di sekeliling pentas. Pentas jenis ini mempunyai belakang atau ‘backstage’ di sebalik dinding yang digunakan sebagai latar drama. GURU DALAM PERANAN Melalui aktiviti pementasan drama teater, guru dapat membimbing murid berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Murid juga dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut. Oleh itu amat bertepatanlah, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti teater, guru dapat menggalakkan murid untuk memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka


54 secara aktif. Menurut Farizah Nazir et al. (2015). Aktiviti teater yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti nama yang ditekankan dalam DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Selanjutnya, melalui pelbagai aktiviti drama guru dapat membantu murid untuk mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Seorang guru yang profesional akan memastikan muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Drama dalam Pendidikan membolehkan guru melatih murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu pelajar mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan teater juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. ORGANISASI PERSEMBAHAN DRAMA Pelaksanaan pementasan drama memerlukan kerjasama semua daripada ahli produksi, kerana ianya merupakan sesuatu yang sangat penting bagi menghasilkan satu pementasan yang membuatkan penonton terhibur yang seterusnya membuatkan mereka meminati teater. Tanpa kerjasama dari semua pihak persembahan teater itu tidak akan berjalan lancar. Oleh itu, organisasi drama adalah sangat penting dan menjadi tulang belakang dalam sesuatu pelaksanaan persembahan drama. Berikut merupakan struktur organisasi pengurusan drama dan peranan pengurus drama. Jadual 3: Jawatan dan Peranan Jawatan Peranan Pengarah Produksi Mengkaji skrip Membuat penyemakan dan penambahbaikan skrip Menentukan konsep pementasan Menyediakan rangka pementasan


55 Menyediakan jadual latihan Membuat uji bakat dan pemilihan pelakon Menentukan tenaga produksi bersama dengan penerbit Menetapkan bentuk set, kostum dan aspek teknikal dengan tenaga produksi Pengurus Produksi Mengurus kewangan Berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya produksi Mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu dipentaskan Mencari/ melantik pengarah, pelaku, pereka bentuk, petugas pentas dan lain-lain yang berkaitan dengan produksi. Menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan Menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi Membuat promosi (jika perlu) Menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi. Membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi. Pengurus Pentas Penghubung antara tenaga produksi dengan pihak pentadbiran Bertanggungjawab melaksanakan apa yang telah dirancang supaya berjalan lancar Pereka Bentuk Latar Mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur pentas Pereka Bentuk Cahaya Menentukan setiap ruang cahaya: warna, adunan, bilangan lampu, intensiti dan keterangan lampu dan sebagainya Penata Rias (Make-up) Menentukan jenis solekan yang sesuai dipakai oleh pelakon Penata Bunyi Mencipta dan menentukan bentuk kesan bunyi yang


56 digunakan dalam persembahan. Pereka Props Menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap pelakon seperti yang dikehendaki oleh pengarah dan watak dalam persembahan Pereka Bentuk Kostum / Busana Mencipta atau menentukan kostum dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi dengan menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan Pengurus Artis / Kebajikan Memastikan bahawa setiap pelakon serta ahli produksi yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah ditetapkan. Petugas lokasi (Runner) Memastikan semua bekalan yang diperlukan lengkap dan ada pada tempat yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi Petugas Pentas / Krew Membantu dalam kerja-kerja produksi persembahan bawah arahan pengurus pentas. UJI BAKAT DAN PENENTUAN WATAK Pengarah dan ahli produksi berperanan dalam membuat uji bakat dan pemilihan pelakon. Langkah pertama dalam membuat uji bakat adalah mengiklankan pementasan drama dalam media sosial dan menetapkan tarikh, masa dan tempat uji bakat akan dijalankan. Semasa uji bakat dijalankan ahli produksi seharusnya menyediakan peranan/situasi dan petikan skrip yang harus dilakonkan oleh penyerta. Asas utama seorang pelakon adalah bakat, latihan dan amalan. Selepas menjalankan uji bakat, pengarah akan memilih pelakon yang sesuai dengan watak yang diinginkan. PEMBACAAN SKRIP Beralih pula kepada Pembacaan Skrip. Dalam konteks berdrama, skrip merupakan salah satu item fundamental yang diperlukan bagi memastikan bahawa sesebuah drama dapat dihasilkan. Menurut Kamus Dewan (2005), istilah skrip dirujuk sebagai cerita yang bertulis atau bertaip. Untuk memastikan bahawa sesebuah drama dapat dilaksanakan, pembinaan skrip perlulah dilakukan. Dalam konteks ini, skrip merupakan panduan utama kepada para pementas drama. Hal ini kerana, dalam skrip terkandung dialog-dialog yang perlu diucapkan atau dilafazkan oleh watak-watak tertentu semasa berdrama. Namun, semasa drama berlangsung, skrip tidak boleh digunakan sama sekali. Lantaran daripada itu, terdapat dua cara pembacaan skrip yang boleh


57 digunakan bagi memantapkan penguasaan seseorang terhadap pembacaan skrip (Siti Hawa, 2009) Cara yang pertama ialah dengan membaca skrip secara mentalis (baca dalam hati). Pembacaan secara mentalis membantu seseorang murid untuk memahami maksud dan informasi yang ada pada bahan bacaan tersebut (Siti Hawa, 2009). Ia juga digunakan bagi memastikan bahawa perkara yang telah dibaca dapat difahami. Pembacaan ini juga bertujuan untuk membantu para pementas drama agar lebih mengetahui dan menguasai beberapa aspek yang penting dalam sesebuah karya. Antara lain aspek tersebut termasuklah watak dan perwatakan dalam sesebuah karya tersebut. Secara tidak langsung dengan penguasaan terhadap aspek ini ia akan membuatkan proses latihan drama berjalan dengan lebih lancar kerana setiap watak tahu peranan dan watak masing-masing. Cara yang kedua pula adalah dengan membaca atau melafazkan skrip ini secara nyaring atau bersuara. Setelah membaca skrip secara mentalis, skrip wajib dibaca secara mekanis. Pembacaan secara mekanis ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti kesesuaian intonasi bagi setiap ayat. Misalnya, jika sesebuah ayat itu mengandungi mesej yang sedih, maka intonasi yang digunakan pun mestilah sedih. Dalam pembacaan secara mekanis ini, antara aspek yang ditekankan ialah kejelasan vokal, cara sesuatu perkataan dibaca dan dilafazkan secara jelas mengikut pemenggalan suku kara yang betul serta penguasaan tanda baca. Ketiga-tiga aspek ini penting bagi memastikan bahawa dialog ucapan yang dilafazkan semasa berdrama betul-betul lengkap dengan kejelasan vokal yang mantap serta intonasi yang signifikan seterusnya mampu memberikan keyakinan kepada penonton. Sebagai kesimpulannya, dalam memastikan bahawa penguasaan terhadap skrip adalah bersifat holistik, latihan pertama yang perlu dilakukan ialah pembacaan secara mentalis seterusnya latihan pembacaan mekanis. Kedua-dua latihan ini adalah penting kerana ia mampu menyiapkan murid dengan keyakinan yang tinggi semasa drama ini dijalankan. Hal ini signifikan kerana, murid pada hakikatnya secara keseluruhan telah dilatih membaca skrip secara mekanis mahupun mentalis. Maka, segala jenis kesalahan yang timbul sama ada dari sudut intonasi ataupun kejelasan vokal suda boleh diatasi oleh murid. Ini jelas menggambarkan betapa pentingnya, latihan pembacaan skrip ini dilaksanakan sebelum berdrama. LATIHAN Latihan-latihan yang terlibat dalam pementasan drama termasuklah latihan pembacaan skrip, latihan babak, latihan penggunaan props dan sebagainya. Latihan ini penting


58 bagi memastikan kelancaran persembahan drama semasa ianya berlangsung. Sebagai seorang pelakon ataupun pemegang watak kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasikan teks lakonan sama ada dengan dialog atau tidak. Ia ditunjukkan dengan gerakan yang terlihat (blocking yang baik dan seimbang), gerakan yang jelas, gerakan yang mempunyai maksud (sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerakan menghayati (sesuai dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam teks lakonan). Gerakan yang jelas merujuk kepada aksi yang berterusan dan terkurang atau berlebih-lebihan. Gerakan yang dimaksudkan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah sebati dalam kehidupan. Gerakan menghayati atau menjiwai bermaksud intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerakan yang sesuai dengan teks. Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan tubuh yang berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hal ini termasuklah pancaindera iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan lidah. Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan PRAPRODUKSI Penubuhan jawatankuasa pengurusan produksi,pentadbiran & produksi kerja kreatif. Penyediaan kertas kerja / kertas cadangan Perlaksanaan mesyuarat produksi Perancangan belanjawan dan kewangan produksi. Perancangan jadual latihan produksi. Pemilihan lokasi, masa, tarikh. Pemilihan aktiviti kesenian & pengisian program. Pengendalian sidang media Perancangan pemasaran, publisiti, pengiklanan, penajaan Penyediaan press kit, kad jemputan, hebahan media,flyers, banner, bunting, poster, door gift, buku program, aturcaraprogram, teks ucapan, pengacara majlis, tiket, PEMENTASAN Semasa pementasan dianjurkan sedang berlangsung, semua tenaga kerja harus memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancangkan.


59 PASCANILAI Setelah pementasan selesai, maka kesemua ahli produksi akan mengemaskini laporan produksi untuk post-mortem, penyimpanan barang dan bergotong-royong membersihkan tempat pementasan.


60 RUJUKAN Adenan Ayob. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Amir Juhari. (2015). Pengajaran Didik Hibur Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang. (2005). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Herfan Amen Hadara. (2015). Drama dan Unsur-unsurnya. Dilayari pada 14 Mac 2017 daripada http://gopengertian.blogspot.my/2015/09/pengertian-drama-jenis-jenisdrama-unsur-unsur-drama.html Indirawati Zahid & Mardian Shah. (1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Mohd Noh. (2007). Lakonan dan Kemahiran Asas Lakonan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jerry, E., Goldfarb, A. & Bradley W. Bishop. (1995). Living Theatre, A History. New York. Mc Graw Hill. Kalam Hamidi. (2003). Pegangan pementasan drama. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Kavith Kanan. (2009). Konsep Drama dan Teater. Dilayari pada 9 Mac 2017 daripada http://gopengertian.blogspot.my/2015/09/pengertian-drama-jenis-jenis-dramaunsur- unsur-drama.html Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Perbezaan Drama Pentas, Radio dan Televisyen. Jurnal Bahasa Melayu. 39(1), 19-26 Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd Siti Hawa Majid (2009). Teknik dan Metode Kajian Drama. Negeri Sembilan: Fajar bakti Sdn Bhd Zakaria Ariffin. (2001). Drama Melayu Moden Esei. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


61 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version