The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ore92atikah, 2021-07-01 11:34:07

BAHAN PROGRAM BAHASA JIWA BANGSA

BAHAN PROGRAM BAHASA JIWA BANGSA

BAHAN
PROGRAM
BAHASA JIWA

BANGSA

2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: AKRONIM

ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri

Cantuman huruf UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
awal perkataan JUSA
IPTAR Jawatan Utama Sektor Awam
ABIM
PERKIM Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
Angkatan Belia Islam
Malaysia
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

UNITAR Universiti Tun Abdul Razak.

antuman huruf dan JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
suku kata perkataan YADIM Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

PERHILITAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: AKRONIM

PULADA Pusat Latihan Darat

Cantuman suku kata PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial
awal TADIKA Taman Didikan Kanak-kanak
perkataan

GAPENA Gabungan Penulis Nasional

Cantuman bahagian gimrama gimnastik berirama
awal jentolak jentera tolak
perkataan pertama purata pukul rata
dengan asbut asap kabut
bukan perkataan
awal yang lain

Cantuman bahagian pawagam Panggung wayang gambar
berdikari berdiri atas kaki sendiri
awal halaju had laju
perkataan pertama jalurah jalan lurah
dengan
bukan perkataan
awal yang lain

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: PERIBAHASA BERTEMA

TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN
(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT
(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KATA PEMERI
(IALAH DAN ADALAH)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: CAKNA IMBUHAN

1. perlaksanaan(x)
pelaksanaan(/)

2. perlantikan(x)
pelantikan(/)

3. perletakan(x)
peletakan(/)

4. perlarian(x)
pelarian(/)

5. pertauliahan(x)
pentauliahan(/)

6. perprosesan(x)
pemprosesan(/)

7. pertaakulan(x)
penaakulan(/)

8. pertarikan(x)
penarikan(/)

9. percurian(x)
pencurian(/)

10. perculikan(x)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KATA PENGUAT

1. amat, sangat, sungguh
A. boleh ditulis dengan 'sekali'

amat cantik sekali
sangat cantik sekali
sungguh cantik sekali

B.boleh ditulis pada awal dan akhir kata adjektif
amat cantik
cantik amat
sangat cantik
cantik amat
sungguh cantik
cantik sungguh

2. ter, paling, sekali
A.tidak boleh ditulis bersama

tercantik
cantik sekali
paling cantik

3. teramat, tersangat-penggunaan yang betul
teramat cantik
tersangat cantik

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KESALAHAN TATABAHASA MELIBATKAN KATA GANDA

1. antara langkah-langkah❌
antara langkah

2. saling hormat-menghormati❌
saling menghormati

3. dalam kalangan murid-murid❌
dalam kalangan murid

4. semua murid-murid❌
semua murid

5. beberapa orang peserta-peserta❌
beberapa orang peserta

6. sangat terang-benderang❌
sangat terang

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: EJAAN YANG BETUL

1. ulang kaji 10. isi padu
2. uji kaji 11. urus setia
3. reka bentuk 12. kerja raya
4. reka cipta 13. bandar raya
5. reka letak 14. pasar raya
6. hak cipta 15. lebuh raya
7. soal siasat 16. semula jadi
8. soal jawab 17. cari gali
9. mata pelajaran 18. tengah hari
19. had laju/halaju
20. atur cara

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:

PERBEZAAN ANTARA BINAAN KATA ADJEKTIF
DENGAN BINAAN KATA KERJA TRANSITIF DALAM AYAT

1.Ali sedar akan kesilapannya itu.(FA)
Ali menyedari kesilapannya itu.(FK)

2. Puan Hamidah marah akan anaknya itu.(FA)
Puan Hamidah memarahi anaknya itu.(FK)

3. Selvam gemar akan buah naga merah.(FA)
Selvam menggemari buah naga merah.(FK)

4. Adriana rindu akan ibunya di kampung.(FA)
Adriana merindui ibunya di kampung.(FK)

5. Lee cinta akan ibu pertiwinya.(FA)
Lee mencintai ibu pertiwinya.(FK)

6. Haznin sayang akan kucing peliharaannya.(FA)
Haznin menyayangi kucing peliharaannya.(FK)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KATA BILANGAN TIDAK TENTU

Kata bilangan tidak tentu tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan dan
kata ganda (kerana sudah menunjukkan maksud jamak)

1. Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.❌

2. Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.❌

3. Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

1. Sekalian orang murid diminta supaya tidak berbuat bising di dalam
pusat sumber.❌

2. Sekalian murid-murid diminta supaya tidak berbuat bising di dalam
pusat sumber.❌

3. Sekalian murid diminta supaya tidak berbuat bising di dalam pusat
sumber.

Kata bilangan tidak tentu 'BEBERAPA' wajib diikuti oleh penjodoh bilangan
apabila digandingkan dengan kata nama konkrit.

1. Beberapa rumah hangus dijilat api dalam kebakaran itu. ❌

2. Beberapa buah/pintu/deretan rumah hangus dijilat api dalam kebakaran
itu.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KEKELIRUAN MELIBATKAN AYAT PERINTAH

Jangan usah menangis.(x)
Jangan menangis(/)
Usah menangis(/)
Dilarang menangis(x)

Jangan usah pijak rumput di kawasan itu.(x)
Jangan pijak rumput di kawasan itu.(/)
Usah pijak rumput di kawasan itu.(x)
Dilarang pijak rumput di kawasan itu.(/)

Jangan usah merokok di kawasan itu.(x)
Jangan merokok di kawasan itu.(/)
Usah merokok di kawasan itu.(x)
Dilarang merokok di kawasan itu.(/)

Jangan usah berlari di siar kaki.(x)
Jangan berlari di siar kaki.(/)
Usah berlari di siar kaki.(x)
Dilarang berlari di siar kaki.(/)

Maka, jelaslah bahawa apabila sesuatu ayat perintah larangan dapat
digandingkan dengan perkataan 'dilarang', ayat tersebut tidak boleh diawali
oleh perkataan 'USAH'.
Dengan ini juga, kita jelas bahawa bukan semua ayat larangan dapat
ditulis dengan perkataan 'JANGAN' ataupun 'USAH'.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING KALI
DIPANDANG ENTENG DALAM PENULISAN KARANGAN

1. selain daripada itu,❌
selain itu,✅
lain daripada itu,✅

2. antara langkah-langkahnya ialah❌
antara langkahnya ialah✅
langkah-langkahnya ialah✅

3. di kalangan murid❌
dalam kalangan murid✅

4. dalam kalangan murid-murid❌
dalam kalangan murid✅

5. pelbagai multibakat❌
pelbagai bakat✅
multibakat✅

6. dengan laju❌
dengan lajunya✅

7. bagi untuk meningkatkan kemudahan❌
bagi meningkatkan kemudahan✅
untuk meningkatkan kemudahan✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING KALI
DIPANDANG ENTENG DALAM PENULISAN KARANGAN

8. lantaran kerana terseliuh kakinya❌
lantaran terseliuh kakinya✅
kerana terseliuh kakinya✅

9. sila jemput makan hidangan ini❌
sila makan hidangan ini✅
jemput makan hidangan ini✅

10.Tolong jangan merokok di kawasan ini❌
jangan merokok di kawasan ini✅
harap jangan merokok di kawasan ini✅

11.Usah jangan mengenangkan peristiwa itu❌
usah mengenangkan peristiwa itu✅
jangan mengenangkan peristiwa itu✅

12.Sila jangan berlari di sini❌
jangan berlari di sini✅
harap jangan berlari di sini✅

13.menyuarakan tentang pendapat❌
menyuarakan pendapat✅

14. dilarang membuat bising❌
dilarang berbuat bising✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL

1. atas talian❌
dalam talian✅

2. di dalam lingkungan❌
dalam lingkungan✅

3. dipermudahkan urusan❌
dipermudah urusan✅

4. pelbagai multimedia❌
multimedia✅

5. semua orang murid❌
semua murid✅

6. setiap orang guru❌
setiap guru✅

7. beberapa langkah-langkah❌
beberapa langkah✅

8. antara usaha-usaha❌
antara usaha✅

9. kos perbelanjaan pembersihan❌
kos/perbelanjaan pembersihan✅

10. oleh kerana❌
oleh sebab✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL

11. memperolehi kejayaan❌
memperoleh kejayaan✅

12. memperkasa bahasa Melayu❌
memperkasakan bahasa Melayu✅

13. mereka baca❌
dibaca oleh mereka✅

14. kami terpaksa lalui❌
terpaksa kami lalui✅

15. disusun oleh kami❌
kami susun✅

16. selekoh merbahaya❌
selekoh berbahaya✅

17. membancuhkan kopi❌
membancuh kopi✅

18. menggoreng ayah❌
menggorengkan ayah✅

19. membuat bising❌
berbuat bising✅

20. ada dengan ibu❌
ada pada ibu✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL

11. memperolehi kejayaan❌
memperoleh kejayaan✅

12. memperkasa bahasa Melayu❌
memperkasakan bahasa Melayu✅

13. mereka baca❌
dibaca oleh mereka✅

14. kami terpaksa lalui❌
terpaksa kami lalui✅

15. disusun oleh kami❌
kami susun✅

16. selekoh merbahaya❌
selekoh berbahaya✅

17. membancuhkan kopi❌
membancuh kopi✅

18. menggoreng ayah❌
menggorengkan ayah✅

19. membuat bising❌
berbuat bising✅

20. ada dengan ibu❌
ada pada ibu✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL

21. akibat daripada amalan merokok❌
akibat/daripada amalan merokok✅

22. salah satu punca❌
satu punca✅

23. berbondong orang❌
berbondong-bondong orang✅

24. lebih tinggi dari adik❌
lebih tinggi daripada adik✅

25. tertinggi sekali❌
tertinggi/tinggi sekali✅

26. paling cantik sekali❌
paling cantik/cantik sekali✅

27. teramat segak sekali❌
teramat segak/segak sekali✅

28. seekor labah❌
seekor labah-labah✅

29. setengah penghuni❌
sesetengah penghuni✅

30. tolong jangan berlari❌
jangan berlari✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL

31. minta jangan merokok❌
jangan merokok✅

32. sila jemput ke rumah saya❌
sila/jemput ke rumah saya✅

33. balik kampung pada hujung minggu❌
balik ke kampung pada hujung minggu✅

34. menyatakan yang ibunya sakit❌
menyatakan bahawa ibunya sakit✅

35. saling bahu-membahu❌
saling membahu/bahu-membahu✅

36. amat terang-benderang❌
amat terang/terang-benderang✅

37. amat cantik-cantik belaka❌
amat cantik/cantik-cantik belaka✅

38. harap minta hantar buku itu❌
harap/minta hantar buku itu✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL
39. harap tolong jaga kebersihan❌
harap/tolong jaga kebersihan✅
40. sila tolong senyap❌
sila/tolong senyap✅
41. alat tulis-alat tulis❌
alat-alat tulis✅
42. jangan memetik bunga❌
jangan petik bunga✅
43. jangan lari di kawasan itu❌
jangan berlari di kawasan itu✅
44. di kalangan guru❌
dalam kalangan guru✅
45. dalam kalangan murid-murid❌
dalam kalangan murid✅
46. hingga ke senja❌
hingga senja✅
47. selain daripada itu❌
selain itu/lain daripada itu✅
48. usah jangan bimbang❌
usah/jangan bimbang✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KESALAHAN BAHASA

1. mendaulatkan bahasa Melayu❌

memartabatkan/memperkasakan
bahasa Melayu✅

2. memecatkan nama daripada senarai
pemain❌
melucutkan nama daripada senarai pemain✅

3. memusnahkan bahasa kebangsaan❌
mencemarkan bahasa kebangsaan✅

4. memotong pokok getah❌
menoreh/menakik pokok getah✅

5. mencedok keuntungan❌
mengaut keuntungan✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KESALAHAN BAHASA

1. memindahkan sistem sedia ada❌
merombak sistem sedia ada✅

2. meninggikan hasil pengeluaran❌
meningkatkan hasil pengeluaran✅

3. mengelar maruah bangsa❌
mencalarkan/menjatuhkan maruah
bangsa✅

4. mengubah bunga plastik❌
menggubah bunga plastik✅

5. mendodoikan lagu itu ❌
mendendangkan lagu itu✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: EJAAN YANG BETUL

1. urus setia 15. siar kaki
2. siap siaga 16. ucap utama
3. kuat kuasa 17. ilmu lintabung
4. muat naik 18. budi pekerti
5. muat turun 19. budi bicara
6. kraf tangan 20. kawal selia
7. kitar semula
8. tayang ulang
9. cetak ulang
10. ulang kaji
11. urus tadbir
12. cetak rompak
13. putu mayang
14. siar raya

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: EJAAN KATA PINJAMAN YANG BETUL

1. sejarawan 13. ekstravaganza
2. landskap 14. entrepot
3. teater 15. profesor
4. serondeng 16. sayembara
5. belasungkawa 17. saksafon
6. individualisme 18. gengsterisme
7. institusi 19. insentif
8. kios 20. intensif
9. platform
10. pantri
11. pastri
12. ekstrem

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM CAKNA BAHASA
CINTAI BAHASA MELAYU

TAJUK: PERKATAAN DENGAN MAKSUD YANG BERBEZA

1. tuntun/tonton 13. susur/sisir

2. tempuh/tempoh 14. khianat/kihanat

3. luruh/lurah 15. tumbuk/tembok

4. buruh/barah 16. takik/tukik

5. seluruh/seloroh 17. tumpang/tempang

6. buru/bara 18. tadahan/teduhan

7. langsir/langsuir 19. seram/suram

8. tinggal/tunggal 20. angkasa/angkara

9. tepuk/tepok

10. tepek/tepak

11. lumpuh/lumpur

12. sumbing/sombong

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: YANG MANAKAH AYAT YANG BETUL?

contoh ayat:

1. Ibu menghiris bawang dengan pisau yang
tajam.✅
2. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan
pisau

yang tajam.✅
3. Ibu menghiris bawang menggunakan pisau yang

tajam.❌

Jelas kelihatan bahawa ayat pertama dan kedua
merupakan ayat yang betul dan ayat ketiga
merupakan ayat yang salah.

Alasannya:
1. ayat tunggal
2. ayat majmuk pancangan keterangan cara
3. ayat yang mempunyai klausa bebas tetapi klausa

tak bebasnya tidak didahului oleh kata hubung

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KEKELIRUAN BERKAITAN KATA SENDI NAMA

di hati❌
pada hati❌
di dalam hati❌
dalam hati✅

taat pada❌
taat tentang❌

taat akan✅
taat kepada✅

terjebak dengan❌
terjebak oleh❌

terjebak kepada❌
terjebak dalam✅

tertarik pada❌
tertarik kepada✅

tertarik oleh✅
tertarik akan✅

berguru dengan❌
berguru kepada❌
berguru pada❌
berguru daripada✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:KESILAPAN PENGGUNAAN IMBUHAN AKHIRAN

1. Jangan guna tandas itu.❌
Jangan gunakan tandas itu.✅

2. Sila tuliskan nama kami dalam borang itu.❌
Sila tulis nama kamu dalam borang itu.✅

3. Para penonton diharap supaya tidak berasak-asak memasuki pekarangan
stadium.❌
Para penonton diharapkan supaya tidak berasak-asak memasuki pekarangan
stadium.✅

4. Para pekerja diarah supaya bekerja dengan mematuhi langkah-langkah
keselamatan.❌
Para pekerja diarahkan supaya bekerja dengan mematuhi langkah-langkah
keselamatan.✅

5. Kami menanti ketibaan Yang di-Pertuan Agong di pekarangan istana.❌
Kami menantikan ketibaan Yang di-Pertuan Agong di pekarangan istana.✅

7. Segala persiapan sambutan hari ulang tahun kelahiran Fiza akan kami uruskan.❌
Segala persiapan sambutan hari ulang tahun kelahiran Fiza akan kami urus.✅

8. Sesiapa yang menceroboh ke kawasan berpagar itu akan didakwa.❌
Sesiapa yang mencerobohi kawasan berpagar itu akan didakwa.✅

10. Sila isi jawaban pada ruangan itu.❌
Sila isikan jawaban pada ruangan itu.✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

Siapa + menyerahi + siapa + apa

1. Encik Ali menyerahi Aiman tugasan itu.
2. Alyssa menyerahi adiknya buku karangan itu.
3. Daniel menyerahi Ganesh fail biru itu.

Siapa +menyerahkan + apa + kepada siapa

1. Encik Ali menyerahkan tugasan itu kepada Aiman.
2. Alyssa menyerahkan buku karangan itu kepada adiknya.
3. Daniel menyerahkan fail biru itu kepada Ganesh.

Siapa + menyerahkan + siapa + kepada siapa

1. Orang ramai menyerahkan peragut itu kepada pihak
polis.

2. Aktivis sosial itu menyerahkan kanak-kanak terbiar itu
kepada rumah anak-anak yatim.

3. Encik Amuthan menyerahkan anaknya kepada isterinya
setelah mereka bercerai.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: CAKNA IMBUHAN

berpagar=dipagar
berpagarkan=memagarkan
bersuamikan=mempersuami

1. Kawasan kebun itu masih belum berpagar.
2. Kawasan kebun itu masih belum dipagar.

1. Kawasan kebun itu berpagarkan kawat berduri.
2. Pak Salleh memagarkan kawat berduri di kawasan

kebun itu.

1. Aini bersuamikan saudagar yang kaya.
2. Aini mempersuami saudagar yang kaya.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KEKELIRUAN KATA KERJA DASAR YANG BERAKHIR DENGAN “K”
DAN BERGABUNG DENGAN IMBUHAN APITAN KATA KERJA

meng + galak + kan
meng + gelak + kan
meng + elak + kan
me + masak + kan
men + sauk + kan

menggalakkan
menggelakkan
mengelakkan
memasakkan
menyaukkan

Rumusnya:

Semua kata dasar yang bermula dengan 'g' akan
mempunyai dua 'g' pada awal apabila bergabung
dengan awalan 'meng'.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KEKELIRUAN KATA KERJA DASAR YANG BERAKHIR DENGAN “K” DAN

BERGABUNG DENGAN IMBUHAN APITAN KATA KERJA

meng + gali -
meng + genyeh
meng + gerit
meng + gonyoh
meng + gosok

Semua kata dasar yang berakhir dengan 'k' akan
mempunyai dua 'k' pada akhirnya apabila bergabung
bergabung dengan akhiran 'kan'.

gosok + kan
masak + kan
galak + kan
gelak + kan
elak + kan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KEKELIRUAN PENGGUNAAN PERKATAAN 'BUAT' DENGAN 'KENA'

DIBERIKAN DALAM HANTARAN INI.

buat- merupakan kata kerja pasif

• Saya akan membuat kerja rumah itu. (aktif)
• Kerja rumah itu akan saya buat. (pasif)

Walaupun begitu, kita sering kali menemukan kesilapan dalam
kalangan pengguna tatkala menggunakan perkataan ini.

• Selamat Hari Raya Adidilfitri saya ucapkan buat muslimin dan
muslimat.❌

• Terima kasih saya ucapkan buat saudara atas kesudian
menyertai bengkel ini.❌

Kedua-dua ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa yakni
perkataan 'buat' itu perlu digantikan dengan 'kepada'.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:

KEKELIRUAN PENGGUNAAN PERKATAAN 'BUAT' DENGAN 'KENA'
DIBERIKAN DALAM HANTARAN INI

kecenderungan pengguna bahasa menggandingkan perkataan 'kena'
dengan 'buat' juga semakin leluasa dalam penulisan.

Kita kena buat pendaftaran secara dalam talian sebelum minggu
hadapan.❌

kena buat = dibuat

Kekeliruan ini timbul kerana pengguna bahasa beranggapan bahawa
perkataan 'kena' sama fungsinya dengan kata bantu ragam seperti

perlu dan harus. Hakikatnya, perkataan ini tidak sama fungsinya
dengan kata bantu ragam.

Kita perlu/harus membuat pendaftaran secara dalam talian sebelum
minggu hadapan.✅

kena + kata kerja = di + kata kerja (kata kerja pasif)

kena + rotan = dirotan
kena + cium = dicium
kena + tendang = ditendang

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: PENGGUNAAN LAIN, DAN LAIN-LAIN,
YANG LAIN-LAIN

A. Contoh Penggunaan 'lain':

1. Hal-hal lain
2 Perkara-perkara lain
3. Sekolah-sekolah lain
4. Guru-guru lain
5. Kemudahan-kemudahan lain

B. Contoh Penggunaan 'dan lain-lain':

Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka pada setiap masa di
kawasan hotel termasuk di kolam renang, lobi hotel, bilik senaman
dan lain-lain.

C. Contoh Penggunaan 'yang lain-lain':

Kuarantin sahaja atau gabungan dengan langkah kesihatan awam
yang lain-lain untuk mengawal COVID‐19

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:KEKELIRUAN PENENTUAN POLA AYAT DASAR DIBERIKAN DALAM
HANTARAN INI.

1. Ali membaca buku itu.
Subjek - Ali (FN)
Predikat - membaca buku itu (FK)
FN+FK

2. Ali suka membaca buku itu.
Subjek - Ali (FN)
Predikat - suka membaca buku itu (FK
Adverba - suka
Pola ayat di atas ialah FN+FK.

Kebanyakan pengguna bahasa beranggapan bahawa pola bagi ayat
dasar di atas ialah FN +FA dengan berdasarkan kehadiran kata
adjektif 'suka' dalam ayat itu.

Jika diteliti dengan perincinya, kita akan mendapati bahawa
kehadiran kata adjektif itu hanya sebagai kata adverba.
Hal ini dapat dibuktikan dengan pengguguran kata adverba tersebut
tanpa menjejaskan ayat asal.

1.Ali suka membaca buku itu.(suka-adverba)✅
1a. Ali membaca buku itu.✅

2. Kami sentiasa menumpukan perhatian terhadap
pelajaran.(sentiasa - adverba)✅

2a. Kami menumpukan perhatian terhadap pelajaran.✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL

gotong royong❌ semak-samun❌
gotong-royong✅ semak samun✅
saudara mara❌ lalu-lintas❌
saudara-mara✅ lalu lintas✅
sanak-saudara❌ lalu lalang❌
sanak saudara✅ lalu-lalang✅
anak pinak❌ sampah-sarap❌
anak-pinak✅ sampah sarap✅
gunung ganang❌ jimat-cermat❌
gunung-ganang✅ jimat cermat✅
bukit-bukau❌ lemah-lembut❌
bukit bukau✅ lemah lembut✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: ANALISIS AYAT

SOALAN :

Kamsiah mengenang kembali peristiwa yang pernah menggores
perasaan itu.

JAWABAN :

Kamsiah mengenang peristiwa yang pernah menggores perasaannya
itu. (/)
Kamsiah mengenang peristiwa yang pernah menggores perasaannya
itu kembali. (X)

ALASAN :

1. kata kerja transitif wajib diikuti oleh objek kata nama

mengenang apa?
mengenang peristiwa yang pernah menggores perasaannya itu

2. Unsur kelewahan dalam ayat

mengenang-mendukung maksud timbul kembali/semula dalam fikiran
Maka itu, kita tidak perlulah menulis kata adverba 'semula' bagi
menerangkan cara kata kerja mengenang itu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
BAHASA ISTANA SIRI 1

1. gering-sakit
2. masyghul-berdukacita/sedih hati
3. beradu-tidur
4. mangkat-meninggal dunia
5. berkenan-bersetuju
5. berangkat-pergi ke sesuatu tempat
6. bersiram-mandi
7. bertitah-berkata/menyuruh
8. dayang-pesuruh perempuan yang sentiasa mendampingi puteri/pernaisuri
9. inang-pesuruh perempuan yang lebih tua daripada dayang yang sentiasa

mendampingi puteri/permaisuri
10. mencemar duli-datang
11. menjunjung duli-memberikan taat setia
12. menjunjung perintah-melaksanakan sesuatu perintah
13. menjunjung kasih-berterima kaaih
14. merafak sembah-menyampaikan sembah
15. ampun-maaf

Sumber:Bahasa Diraja Edisi Baharu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: ISTILAH BAHASA INGGERIS

slow cooker ~ periuk unyai
waiter/waiteress ~ pramusaji
soft launching ~ pelancaran lunak
mock cheque ~ cek contoh, cek cura
coffee table book ~ buku mewah

countdown ~ kira detik
lounge ~ peristirahatan
talkshow ~ bicarawara
theatrette ~ teater mini
roadshow ~ jerayawara
megamall ~ megapura
clearance sale ~ jualan perabis
jumbo sale ~ jualan raksasa
Knock Out (KNK) ~ tewas jatuh
mouth spray ~ penyegar nafas

parking (parkir)
bunting (gegantung)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: ISTILAH BAHASA INGGERIS

post mortem (pascanilai / bedah karya / bedah siasat)
roadshow (jerayawara)
role model (suri teladan)
backdrop (latar pentas)
highlight (imej tumpu)
skrin off (layar mati)
upload (unggah)
to track (melacak)

closed circuit television (CCTV) - televisyen litar tertutup
pendrive (pemacu pena)
hard drive (pemacu keras)
rompi (jaket kalis peluru)
gajet (alat peranti sosial)

soft copy (salinan skrin/salinan lembut)
hard copy (salinan cetak/salinan keras)

marker pen (pena penanda)
banner (kain rentang)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
KESALAHAN LAZIM YANG DITEMUKAN
DALAM PEMAKLUMAN WABAK COVID-19

1. Salah satu langkah...❌
Satu langkah...✅

2. Antara cara-cara...❌
Antara cara...✅

3. dalam menangani wabak...❌
untuk menangani wabak...✅

4. dari kerajaan...❌
daripada kerajaan...✅

5. kolaborasi angkatan tentera...❌
kolaboratif angkatan tentera...✅

6. dinasihatkan agar duduk di rumah...❌
dinasihati agar duduk di rumah...✅

7. boleh membasmi kuman...❌
dapat membasmi kuman...✅

8. menggunakan hand-sanitizer...❌
menggunakan pensanitasi tangan...✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK:
15 KESALAHAN KATA SENDI NAMA YANG LAZIM DISENARAIKAN DI

BAWAH INI.

1. demi untuk❌ demi/untuk✅

2. hingga ke❌ hingga/ke(ikut konteks)✅

3. sejak dari sejak/dari✅

4. bagi untuk❌ bagi/untuk✅

5. dari...kepada❌ dari...ke✅

6. daripada...ke❌ daripada...kepada✅

7. bergantung kepada❌ bergantung pada✅

8. terhadap kehidupan❌ tentang kehidupan✅

9. ke pihak polis❌ kepada pihak polis✅

10. kepada balai polis❌ ke balai polis✅

11. di zaman prasejarah❌ pada zaman prasejarah✅

12. oleh kerana masalah itu❌ oleh sebab masalah itu✅

13. akibat daripada pencemaran❌ akibat/daripada pencemaran✅

14. semenjak daripada itu❌ semenjak itu✅

15. sampai ke petang❌ sampai petang✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: UNSUR KELEWAHAN BAHASA

1. sarapan pagi❌
sarapan✅

2. kemudahan infrastruktur❌
kemudahan/infrastruktur✅

3. kos perbelanjaan❌
kos/perbelanjaan✅

4. ahli saintis❌
ahli sains/saintis✅

5. ahli sejarawan❌
ahli sejarah/sejarawan✅

6. para tetamu❌
para tamu/tetamu✅

7. pelbagai multiaspek❌
pelbagai aspek/multiaspek✅

8. sejak belakangan ini❌
belakangan ini✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA

1. Perkataan yang diawali oleh kata bilangan tak
tentu(jamak) tidak boleh digandakan

semua anak-anak❌
para guru-guru❌

kebanyakan murid-murid❌

semua anak✅
para guru✅

kebanyakan murid✅

2. Perkataan yang diawali kata sendi nama 'antara' tidak
boleh digandakan

antara usaha-usaha❌
antara cadangan-cadangan❌

antara ciri-ciri❌

antara usaha✅
antara cadangan✅

antara ciri✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA

3. Perkataan yang diawali oleh 'saling' tidak boleh
digandakan

saling maaf-memaafi❌
saling hormat-menghormati❌

saling bantu-membantu❌

saling memaafi✅
saling menghormati✅

saling membantu✅

4. Kata ganda adjektif yang diawali oleh kata penguat
tidak boleh digandakan

amat terang-benderang❌
sangat gelap-gelita❌
sangat kacau-bilau❌

terang-benderang✅
gelap-gelita✅
kacau-bilau✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: EJAAN

1. inti sari✅ intisari❌

2. inti pati✅ intipati❌

3. isipadu❌ isi padu✅

4. ping pong❌ pingpong✅

5. tom yam❌ tomyam✅

6. dimsum❌ dim sum✅

7. ujikaji❌ uji kaji✅

8. was-was❌ waswas✅

9. warawara❌ wara-wara✅

10. asal-usul❌ asal usul✅

11. turun temurun❌ turun-temurun✅

12. sedia kala❌ sediakala✅

13. dahulukala❌ dahulu kala✅

14. kadang kala❌ kadangkala✅

15. sekaligus❌ sekali gus✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: EJAAN

teladan✅ tauladan❌
manfaat✅ manafaat❌
sentiasa✅ senantiasa✅
Ramadan✅ Ramadhan❌
silaturahim✅ silaturrahim❌
Syaaban✅ Syaban❌

pelekat✅ pelikat❌
munajat✅ munajhat❌
mahmudah✅ mahmudhah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: EJAAN

kakitangan✅
kraf tangan✅
kakitangan-kakitangan✅
kaki-kakitangan❌
kraf-kraf tangan✅
kraf tangan-kraf tangan❌
setiausaha✅
setia usaha❌
setiausaha-setiausaha✅
urus setia✅

urusetia❌
urussetia❌
urus-urus setia✅
alat tulis✅
alatulis❌
alat tulis-alat tulis❌
alat-alat tulis✅

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA

TAJUK: AYAT SONGSANG
1.Saya membaca buku.✅
2.Membaca buku saya.✅
3.Buku baca saya.❌
4.Buku saya baca.✅
5.Saya baca buku.✅

1.Saya makan nasi.✅
2.Makan nasi saya.✅
3.Nasi makan saya.❌
4.Nasi saya makan.✅
5.Saya makan nasi.✅

1.Saya minum kopi.✅
2.Minum kopi saya.✅
3.Kopi minum saya.❌
4.Kopi saya minum.✅
5.Saya minum kopi.✅
1. ayat aktif transitif
2. ayat songsang penuh
3. ayat pasif yang salah
4. ayat pasif
5. ayat pasif songsang


Click to View FlipBook Version