SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA
TAJUK:
“MEMPERKASA” ATAU “MEMPERKASAKAN”?
Bukankah perkasa itu kata adjektif cikgu?
Jawaban:
memperkasa❌
memperkasakan✅
ALASAN:
Perkataan "perkasa" tergolong dalam kata adjektif. Walau
bagaimanapun, jika kata kerja terbitan ini dikaji dengan
telitinya, kita akan mendapati bahawa imbuhan apitan yang
bergabung dengan kata dasar ini ialah "mem...kan" dan
bukannya "memper...kan".
mem+perkasa+kan✅
memper+kasa+kan❌
Oleh hal yang demikian, rumus "memper+adjektif+kan"
tidak dapat digunakan di sini.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
PROGRAM
BAHASA JIWA BANGSA
TAJUK:
KEKELIRUAN ANTARA PERKATAAN “BERNILAI”
DAN “TERNILAI”
Awalan 'ber' mendukung maksud 'mempunyai'.
Maka, "bernilai" bermaksud "mempunyai nilai".
Setem-setem lama itu masih bernilai tinggi di pasaran.
Awalan 'ter' mendukung maksud 'keupayaan' dalam
perkataan "ternilai".
Maka, "ternilai" bermaksud "dapat dinilai" atau "berupaya
untuk dinilai".
Kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai haruslah dibalas
oleh anak-anak.
PERINGATAN:
Awalan "ter" mempunyai tiga lagi maksud yakni;
1. melakukan sesuatu tanpa sengaja
2. menunjukkan maksud kesangatan
3. menunjukkan maksud dalam keadaan sedia