ARTIKEL TATABAHASA BAHASA MELAYU
Disediakan dengan: Edisi
Artikel + Cadangan Tahun 6
Aktiviti Guru + Nota
Ringkas Tatabahasa
Cikgu Anis
CEMERLANG
TATABAHASA
BAHASA MELAYU
TAHUN 6
Nur Anis Syahirah binti Zunaidi
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
2022
PRAKATA
Buku “Cemerlang Tatabahasa Bahasa Melayu Edisi Tahun
6” ini adalah memfokuskan 13 tatabahasa yang terkandung
di dalam 3 tema teratas iaitu Kekeluargaan, Kesihatan &
Kebersihan dan Keselamatan dalam Buku Teks Bahasa
Melayu KSSR Tahun 6. Tujuannya adalah untuk membantu
dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 6 mengenai
tatabahasa dengan adanya nota ringkas di dalam buku ini.
Nota 13 tatabahasa ini dirujuk Tatabahasa Dewan. Pada
masa sama, adanya contoh cadangan aktiviti PAK21 kepada
guru Tahun 6 dengan merujuk DSKP Bahasa Melayu KSSR
Tahun 6.
KANDUNGAN
Tema Kandungan Muka Surat
1-5
Kami Bangga, Tuk Akub!
6-10
- Kata Nama Am 11-14
15-20
- Kata Nama Khas
21-26
1 - Kata Ganti Nama
27-32
Kekeluargaan Bercuti di Calet Dusun
33-38
- Penjodoh Bilangan
39-44
Kenangan Terindah 45-48
- Kata Kerja Transitif
Manisnya Pertemuan
- Kata Kerja Tak Transitif
2 Persekitaran Rumahku Sebersih
Kesihatan Taman
dan - Kata Adjektif
Kebersihan
Melintas dengan Selamatnya
- Kata Hubung
Bergembira dengan Waspadanya
3 - Kata Penegas
Keselamatan - Kata Adverba
Waspada di Belantara
- Kata Pangkal Ayat
- Kata Pembenar
Eh, Tanah Runtuh!
- Kata Berimbuhan
TEMA 1 :
KEKELUARGAAN
ARTIKEL 1 : KAMI BANGGA, TUK AKUB 1
Atukku yang dikasihi,
Apa khabar, atukku Tuk Akub?
Cucunda di sini dalam keadaan yang sihat walafiat.
Pembelajaran cucunda juga dalam prestasi yang
menyenangkan. Alhamdulillah, cucunda mendapat markah
yang terbaik di dalam kelas.
Tujuan cucunda menulis surat ini adalah ingin
mengucapkan tahniah kepada atuk. Kejayaan atuk dalam
mendapat anugerah Tokoh Peladang Jaya. Kejayaan atuk
telah mengharumkan nama keluarga kita. Tahniah, atuk!
Sekiranya cucunda ada masa terluang, cucunda akan
pulang ke kampung untuk meraikan majlis penghargaan
atuk.
Cucundamu,
Amsyar
Taman Kelibut Senang
2
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21: Gallery Tour
Senaraikan Kata Nama (KNA, KNK & KGN)
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
SP : 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks;
i. Kata Nama Am
ii. Kata Nama Khas
iii. Kata Ganti Nama
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan kad manila warna berbeza.
(kuning, hijau, ungu, biru) yang terkandung peta
pokok.
3. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk mengenal
pasti Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti
Nama berdasarkan bahan teks.
4. Murid perlu mengisi peta pokok mengikut kategori
sama Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti
Nama.
5. Setelah selesai, setiap kumpulan akan diagihkan stesen
masing-masing (sudut kelas, depan kelas dan lain-lain)
dengan bimbingan guru untuk melakukan aktiviti
gallery tour.
3
6. Setiap kumpulan berada di stesen masing-masing
dan bergerak mengikut arah jam ke stesen yang lain
dalam masa yang ditetapkan.
7. Setelah loceng dibunyikan, kumpulan perlu bergerak
ke stesen lain.
8. Sepanjang keberadaan di stesen kumpulan lain, ahli
kumpulan perlu menyemak jawapan sama ada
betul atau salah dan memberi komen yang
memberangsangkan kepada kumpulan tersebut.
9. Murid dibimbing oleh guru.
4
KATA NAMA AM, KATA NAMA
KHAS DAN KATA GANTI NAMA
Kata Nama Am
= Kata yang merujuk manusia, haiwan, benda,
atau perkara-perkara yang umum.
1. Kata Nama Am Hidup Manusia
= guru, kanak-kanak, nelayan, pekerja
2. Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia
= gajah, jin, malaikat, pokok, bunga
3. Kata Nama Am Tak Hidup
= sekolah, pertubuhan, hospital, fail, pensel,
5
Kata Nama Khas
= Kata yang merujuk manusia, benda, dan
seumpamanya secara khusus.
1. Kata Nama Khas Hidup Manusia
= Fatimah, Raja Abdul Samad
2. Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
= Tompok, Belang, Sang Kancil, Hevea Brasilia
(pokok getah)
3. Kata Nama Khas Tak Hidup
= Jalur Gemilang, Melayu, Proton Saga
Kata Ganti Nama
= Kata yang digunakan untuk menggantikan
nama diri, tanya, dan tunjuk.
1. Kata Ganti Nama Diri
= aku, saya, beta, patik
= anda, saudara, engkau, awak, kamu
= ia, dia, beliau, mereka, -nya
2. Kata Ganti Nama Tunjuk
= sana, sini, situ, ini, itu
ARTIKEL 2 : BERCUTI DI CALET DUSUN 6
Selama dua hari satu malam, Kasyaf sekeluarga menginap
di calet dusun Pak Lutfi. Sederet calet terletak di dalam
dusun buah-buahan itu. Keluarga Kasyaf telah menyewa
dua buah calet. Setelah tiba di sana, umi dan abi
menyediakan sehidang makanan untuk makan malam.
Kakak menghamparkan sebidang tikar mengkuang
untuk duduk di atasnya. Di tepi tikar itu, kakak meletakkan
sebuah meja kayu dan kerusi rehat kayu bagi menikmati
keindahan alam di kawasan tersebut. Kakak juga
meletakkan sejambak Bunga Mawar ke dalam pasu.
Setelah selesai menyediakan tempat, kakak duduk di atas
kerusi rehat kayu sambil minum sebiji kelapa muda dengan
menggunakan sebatang straw besi.
7
Umi membawa beberapa ketul ayam di dalam sebuah
bekas untuk dibakar. Kasyaf menolong umi membakar 20
ekor udang dan dua ekor Ikan Mabong di atas sebuah
pemanggang. Sebuah meja plastik disediakan untuk
meletakkan semua bahan-bahan masakan.
Abi pula mengumpulkan selonggok durian untuk
dikopek. Semasa abi mengopek durian, adik menunjukkan
sekuntum bunga yang diletakkan di tepi telinga. Setelah
dikopek, abi memberi seulas durian kepada adik.
Kakak menolong ibu menghidangkan makanan dan
minuman. Umi memanggil semua untuk menjamu selera di
atas tikar. Setelah selesai makan, kami membasuh tangan
di sebatang sungai berhadapan calet.
Semua masuk ke dalam calet
untuk berehat.
8
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Fun-N-Pick
Bina ayat menggunakan penjodoh
bilangan
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks
SP : 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut
konteks;
iv. Penjodoh Bilangan
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan disediakan 5 keping kad mini penjodoh
bilangan, satu marker berwarna dan kad manila atau
kertas sebak.
3. Setiap ahli kumpulan diberikan peranan untuk
melakukan aktiviti Fun-N-Pick.
4. Setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir. Contoh:
i. Pelajar A : Susun 5 keping kad mini penjodoh bilangan
seperti kipas.
ii. Pelajar B : Memilih kad dan bacakan penjodoh
bilangan yang terpapar.
iii. Pelajar C : Membina ayat menggunakan penjodoh
bilangan yang dibaca dengan membuat
perbincangan antara ahli kumpulan.
9
iv. Pelajar D : Memberi respons dan pujian
kepada jawapan yang diberikan.
v. Pelajar E : Menjaga limit masa.
vi. Pelajar F : Pembentang.
(peranan ahli mengikut kesesuaian jumlah ahli
kumpulan).
5. Sepanjang aktiviti dijalankan, murid dibimbing
oleh guru.
6. Hasil tugasan akan dibentangkan oleh
pembentang bagi setiap kumpulan.
7. Murid lain dan guru akan menyemak jawapan
bersama-sama.
10
PENJODOH BILANGAN
Perkataan yang digunakan berpasangan
dengan kata nama untuk menunjukkan
bilangan.
Sebagai contoh:
segugus bintang, dua bilah gunting,
beberapa potong betik, sekaki payung.
IMBAS DI SINI
(NOTA)
11
ARTIKEL 3 : KENANGAN TERINDAH
Fawwaz teringat akan pengalaman sewaktu mengunjungi
Korea Selatan. Dia dan keluarganya telah menikmati
pelbagai keunikan di negara tersebut.
Fawwaz sekeluarga telah menaiki feri untuk menyaksikan
pertunjukan air pancut dan keindahan Pulau Nami. Pulau
Nami merupakan pulau peranginan yang menjadi tarikan
utama kepada setiap pelancong.
Semasa berada di perkampungan, ibu dan kakak Fawwaz
telah memperagakan pakaian tradisional Korea dengan
memakai hanbok.
Keesekokannya, Fawwaz sekeluarga telah melawati
Menara Seoul yang merupakan mercu tanda ibu kota
Seoul. Semasa berada di sana, mereka merakamkan
kenangan indah di sana dengan mengambil gambar.
Setelah itu, mereka ke restoran halal untuk menjamu
selera. Pelbagai makanan tradisional Korea yang dipesan
dan dicuba. Walaubagaimanapun, Fawwaz tidak
termakan kimchi kerana pedas.
Sebelum pulang, mereka telah
singgah di Pasar Malam
Myeondong. Tidak terbeli oleh
mereka pakaian dan
cenderamata yang sangat banyak
dijual di situ. Namun, mereka tetap
membelikan cenderamata untuk
saudara mara.
12
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Travelling file
Bina ayat menggunakan kata kerja transitif
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks.
SP : 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif mengikut konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan satu fail kertas atau
plastik di hadapannya ada nama tempat di Korea
yang dijadikan sebagai nama kumpulan.
Contoh : Busan, Gwangju, Ulsan, Ansan, Incheon,
Daegu
3. Setiap fail di dalamnya terdapat 5 cebisan kertas
kata kerja transitif dan kertas warna untuk ahli
kumpulan membina ayat.
4. Semasa aktiviti membina ayat dilaksanakan, murid
dibimbing oleh guru.
5. Selepas 10 hingga 15 minit, loceng dibunyikan dan
murid dikehendaki masukkan kembali 5 cebisan
kertas kata kerja transitif dan kertas warna.
13
6. Murid dipaparkan slaid yang menunjukkan fail
setiap kumpulan akan mengembara ke kumpulan
yang lain dan bertukar antara satu sama lain.
Contoh : Busan ke Gwangju , Gwangju ke Busan
7. Setiap kumpulan yang mendapat fail baharu
daripada kumpulan lain dikehendaki membaca
kata kerja transitif dan jawapan yang terdapat
dalam fail berkenaan.
8. Jawapan dan kata kerja transitif yang dibaca
akan disemak bersama-sama murid lain dan guru.
14
KATA KERJA
TRANSITIF
Merupakan kata
kerja yang
menerima objek
sebagai
penyambut.
Tips: Kata kerja Contoh:
yang menerima
awalan meN-, 1. Saya telah menjawab
surat itu.
meN-…-i dan
meN-..-kan 2. Kami membaiki kereta
kesayangan ayah.
3. Aniq menendang bola
ke dalam gol.
4. Auni menaiki bas ke
sekolah.
5. Ibu mencuci pakaian di
dalam tandas.
6. Aleeya mengayuh
basikal dengan berhati-
h ti
ARTIKEL 4 : MANISNYA PERTEMUAN 15
Pak ngah Ad-Din telah berkahwin di luar
negara. Isterinya, Monnie Mardhiah berasal dari
Australia. Mereka telah pulang ke tanah air,
Malaysia pada minggu lepas. Pak ngah
membawa Mak Ngah tinggal di kampung
sekitar Negeri Kedah.
Pak ngah dan mak ngah telah datang menziarahi datuk
dan nenek. Mereka telah bersalam dengan datuk dan
nenek sebelum masuk ke dalam rumah. Pak ngah
memperkenalkan isterinya kepada datuk dan nenek.
Sementara menunggu makanan dihidangkan di ruang
tamu, mak ngah telah berbual-bual dengan nenek.
Pelbagai cerita yang dibualkan bersama bermulanya
perihal keluarga di Australia, perjumpaan dengan pak
ngah dan lain-lain. Mereka duduk beralaskan tikar
mengkuang.
Setelah makanan siap dihidangkan, mereka makan
makanan yang telah berhidang bersama-sama di dapur.
Sepanjang makan bersama, terdapat banyak celoteh
pak ngah yang dikongsikan oleh datuk nenek kepada
isterinya. Apabila kenyang, pak ngah dan mak ngah
16
sangat gembira kerana masakan nenek sungguh sedap.
Mereka berterima kasih kepada datuk dan nenek kerana
telah menghidangkan makanan yang sangat lazat. Mak
ngah menolong nenek membasuh pinggan di sinki.
Kemudian, pak ngah telah membawa isterinya melawat
rumah pak andak yang bersebelahan rumah datuk dan
nenek. Tujuan pak ngah bertandang ke rumah pak andak
adalah untuk memperkenalkan isterinya. Mak ngah
sangat tertarik dengan bunga-bunga yang sungguh
harum dan segar mekar di halaman rumah pak andak.
Sesudah itu, mereka berdua telah bermain permainan
yang diperbuat dengan ranting kayu di tasik seberang
rumah pak andak. Mereka sangat gembira dan tertawa
dengan girangnya sewaktu bermain permainan ranting
kayu tersebut. Mak ngah sangat teruja merasai
pengalaman indah ketika berada di kampung suaminya
yang tidak dapat dicari semasa berada di Australia.
17
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Rotating review
Senaraikan kata kerja tak transitif
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks.
SP : 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dan
kata kerja tak transitif mengikut konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diagihkan satu sampul surat
yang didalamnya ada nombor stesen dan perlu
ke stesen yang telah ditetapkan.
3. Setiap stesen dibekalkan marker berwarna, pen
yang berbeza warna, bahan teks dan kertas
sebak atau kad manila yang telah dilukis peta
pokok bagi kategori kata kerja tak transitif
berpelengkap dan kata kerja tak transitif
berpelengkap tak berpelengkap.
18
4. Setiap kumpulan membincangkan perihal kata kerja
tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif
berpelengkap tak berpelengkap yang terkandung
dalam bahan teks dalam masa yang ditetapkan.
5. Murid dibimbing oleh guru semasa murid mengenal
pasti kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata
kerja tak transitif berpelengkap tak berpelengkap
berdasarkan teks.
6. Loceng dibunyikan apabila masa tamat.
7. Setiap kumpulan memaparkannya di stesen masing-
masing dengan melekat pada dinding.
8. Setiap kumpulan bergerak dari satu kumpulan ke
kumpulan lain untuk membuat penilaian hasil kerja
setiap kumpulan dengan bimbingan guru.
9. Setiap kumpulan boleh membuat komen
memberangsangkan dan semakan jawapan pada
kertas sebak atau kad manila menggunakan pen
yang berbeza warnanya.
19
KATA KERJA TAK
TRANSITIF
Kata kerja tak transitif
terbahagi kepada dua iaitu:
1. Kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap
2. Kata kerja tak
Transitif
berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah
kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau
penyambut.
Contoh ayat:
Semua orang pulang.
Adik saya masih tidur.
Mereka asyik berbual.
Pemuda itu tersenyum.
Padi sedang menguning.
20
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata
kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
sempurnakan maksud ayat.
Unsur pelengkap:
Kata adjektif sebagai pelengkap.
Frasa sendi nama sebagai pelengkap.
Kata nama sebagai pelengkap.
i) Kata adjektif sebagai pelengkap
Lukanya beransur baik.
Badannya menjadi lemah.
ii) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Kereta itu membelok ke kiri.
Keluarga Maisarah berasal dari
Melaka.
iii) Kata nama sebagai pelengkap
Syahmi menjadi guru sandaran.
Mereka ada hadiah yang
istimewa.
Kami tidur berbantalkan lengan.
TEMA 2 :
KESIHATAN DAN
KEBERSIHAN
ARTIKEL 5 : PERSEKITARAN RUMAHKU SEBERSIH 21
TAMAN
Asya berkongsi pengalamannya kepada rakan sekelas 6
Teratai mengenai program kebersihan kediaman yang
diperkenalkan kepada penduduk di kawasan kejiranan
rumah Asya.
Kawasan perumahan saya mengadakan satu program
“Rumahku, Syurgaku dan Tamanku” semenjak bulan April
yang lalu. Setelah program ini dilaksanakan, penduduk
setempat kawasan perumahan saya mula mengambil
berat tentang isu kebersihan dan keceriaan di setiap
kediaman masing-masing.
Mereka ingin melakukan yang terbaik dengan
menjadikan kawasan kediaman mereka menjadi semakin
bersih, kemas dan cantik apabila dipandang. Sebagai
contoh, halaman rumah dihiasi dengan pokok-pokok
bunga, tiadanya air bertakung dalam bekas, peralatan
luar rumah disusun dengan kemas dan teratur.
Tidak ketinggalan juga, anak kecil juga membantu ibu
bapa mereka untuk membersihkan dan menceriakan
kawasan kediaman mereka. Misalnya, daun-daun yang
kekuning-kuningan yang berselerak di kawasan rumah,
dikumpulkan setempat lalu dibuang. Pokok-pokok bunga
yang mekar dan harum serta pokok yang menghijau
dapat membekalkan udara yang bersih dan segar.
Kini, kawasan perumahan saya bertepatan dengan
nama program “Rumahku, Syurgaku dan Tamanku”
kerana sudah sebersih dan seindah taman dan kawasan
yang selesa.
22
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Showdown
Bina ayat menggunakan kata adjektif
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks.
SP : 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif
mengikut konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan satu bakul yang di
dalamnya ada kertas memo, kad mini adjektif
tunggal, kad mini adjektif terbitan, kad mini adjektif
ganda dan kata mini adjektif majmuk.
3. Setiap ahli kumpulan membina ayat menggunakan
setiap kad mini adjektif tunggal, kad mini adjektif
terbitan, kad mini adjektif ganda dan kata mini
adjektif majmuk. (1 kad = 1 ayat)
4. Pada masa yang ditetapkan, semua murid
menunjukkan jawapan secara serentak.
23
5. Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan
rakan dengam bimbingan guru.
6. Setelah masa tamat, semua ahli kumpulan
menampal setiap kertas memo di atas kertas sebak
atau kad manila yang diedarkan oleh guru mengikut
kumpulan masing-masing. (1 kad manila = 1
kumpulan)
7. Kad manila setiap kumpulan dipaparkan di hadapan
kelas untuk membincangkan dalam kelas secara
keseluruhan.
24
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif terdiri daripada empat
bentuk, iaitu:
1. Kata adjektif tunggal
2. Kata adjektif terbitan
3. Kata adjektif ganda
4. Kata adjektif majmuk
Kata adjektif tunggal
Terdiri daripada hanya satu perkataan atau
bentuk kata tunggal disebabkan terhasil
daripada bentuk kata dasar.
Contoh:
Warna kuning digemari oleh Nurin.
Pada malam itu tidurnya nyenyak
benar.
Pada malam ini bulan sungguh
terang.
Cara hidup seniman itu amat
sederhana.
25
Kata adjektif terbitan
Terdiri daripada satu kata dasar
yang menerima imbuhan
(awalan, apitan atau sisipan).
Kata adjektif terbitan (awalan)
Menerima imbuhan awalan ter- dan se-.
Contoh :
Auni murid yang terkecil dalam kelas itu.
Sungai Rejang ialah yang terpanjang di
Malaysia.
Matanya bersinar seindah bintang kejora.
Melur tidak sepandai kakaknya, Mawar.
Kata adjektif terbitan (apitan)
Menerima imbuhan apitan ke-…-an.
Contoh :
Rupanya agak kecinaan.
Sifat kemelayuannya begitu menonjol.
Kata adjektif terbitan (sisipan)
Menerima imbuhan sisipan -em-,-el-,-er-,
dan -in-.
Contoh :
gemuruh, selerak, gerodak,
sinambung
Kata adjektif ganda 26
Terhasil daripada proses mengulang kata
dasar adjektif.
Penggandaan penuh kata adjektif
Menggandakan kata adjektif tunggal.
Contoh:
Rumah di Bandar itu besar-besar
belaka.
Panjang-panjang tali pengikatnya.
Penggandaan separa kata adjektif
Menggandakan kata dasar adjektif
tanpa menggandakan imbuhannya.
Contoh:
Sepandai-pandai penipu itu akhirnya
tertangkap jua.
Majlis besar-besaran itu untuk
meraikan kejayaannya.
Warna payungnya kekuning-
kuningan.
Penggandaan berentak kata adjektif
Pengulangan kata dasar berasaskan
rentak bunyi tertentu.
Contoh:
porak-peranda, kacau-bilau
TEMA 3 :
KESELAMATAN
ARTIKEL 6 : MELINTAS DENGAN SELAMATNYA 27
Aem sekeluarga bercuti di Perak pada minggu lepas. Aem
sekeluarga ke sana menaiki kereta dari rumahnya di Tanah
Merah, Kelantan. Sepanjang perjalanan ke Perak, mereka
ternampak satu papan tanda yang menarik kerana
terdapat gambar gajah pada papan tanda tersebut.
Papan tanda itu menyatakan supaya pemandu berhati-
hati sepanjang perjalanan di atas Gerik. Kawasan Gerik
sering dilintasi gajah tanpa mengira waktu. Aem
mengingatkan ayahnya agar berhati-hati semasa
memandu dan mengikut had laju yang telah ditetapkan.
Tiba-tiba, terdapat sekawan gajah besar di tepi jalan
raya. Aem dan ibunya terkejut dengan kehadiran gajah
liar itu. Pada masa sama, mereka menganggap itu ialah
satu pengalaman baharu kerana dapat melihat gajah liar
dengan lebih dekat.
Ayah berkongsi sedikit pembacaannya mengenai laluan
khas untuk gajah melintas lebuh raya dengan selamat.
Pemandu dilarang memasang lampu apabila
terserempak dengan gajah pada waktu malam. Selain itu,
tindakan membunyikan hon sambil berbuat bising juga
tidak wajar dilakukan.
28
Perbuatan tersebut dapat membuatkan gajah takut dan
menyebabkan gajah bertindak di luar kawalan. Aem
menjadikannya sebagai satu pengalaman baharu dan
input yang berguna dalam dirinya.
Cadangan Aktiviti Pengajaran: 29
PAK-21 : Mix-n-Match
Lengkapkan teks menggunakan kata hubung
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks.
SP : 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut
konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Murid didedahkan dengan kehadiran stesen-stesen di
tepi atau sudut kelas yang terdapat kad kata hubung.
3. Kad-kad kata hubung dilekatkan pada papan putih
mini.
4. Setiap kumpulan diberikan satu kad manila yang telah
ditulis ayat yang mengandungi tempat kosong bagi
kata hubung dan pelekat.
5. Murid melakukan sumbang saran dan bergerak
mencari kepingan kad hubung yang boleh
dipadankan untuk melengkapkan teks di stesen-stesen
kad kata hubung.
30
6. Setiap ahli kumpulan perlu memadankan kad kata
hubung yang sesuai berdasarkan ayat dalam teks
dengan mencabutnya daripada papan putih dan
melekatkannya pada tempat kosong dalam kad
manila.
7. Setiap ahli kumpulan perlu bergerak dari stesen ke
stesen yang lain mengikut masa yang telah
ditetapkan.
8. Loceng dibunyikan sebanyak dua kali
menunjukkan pertukaran ke stesen seterusnya,
9. Murid perlu mencari kad kata hubung sehingga
jumpa untuk melengkapkan teks.
10. Loceng dibuyikan sebanyak tiga kali
menunjukkan masa tamat bagi aktiviti Mix-n-Match.
11. Setiap kumpulan membentangkan hasil di
hadapan kelas untuk membuat semakan secara
keseluruhan bersama murid lain dan guru.
31
KATA HUBUNG
Kata hubung = kata yang menghubungkan
dua ayat atau lebih dan terbahagi kepada
dua jenis :
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
relatif
komplemen
keterangan
Kata hubung gabungan Contoh:
mengubungkan dua
klausa atau lebih yang dan, lalu,
sama tara sifatnya. atau, tetapi,
malahan,
sambil, serta,
kemudian
32
Kata hubung pancangan
menyambung klausa tak setara
atau klausa pancangan pada
klausa utama atau klausa induk.
Terbahagi kepada tiga jenis:
relatif, komplemen dan
keterangan.
Contoh:
Kata hubung pancangan relatif : yang
Kata hubung pancangan komplemen : bahawa,
untuk
Kata hubung pancangan keterangan : kerana,
agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,
andai kata, kedatipun, hingga, jika, semasa,
sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, untuk,
walaupun, sungguhpun, apabila
Bil. Ayat
1. Hambali mendengar radio sambil menggosok baju.
2. Haris ialah seorang murid yang cemerlang di sekolah.
3. Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar.
4. Asiah senyum kerana dia sangat gembira.
5. Saya berharap agar kamu dapat datang.
ARTIKEL 7 : BERGEMBIRA DENGAN WASPADANYA 33
Maryam sekeluarga berkunjung ke Genting Skytropolis
Indoor Theme Park. Maryam sangat suka pergi ke taman
tema untuk bermain permainan. Salah satunya permainan
di situ ialah Jumping Spurs. Setiap pemain dikehendaki
memakai tali pinggang keledar semasa bermain bagi
memastikan keselamatan. Pelitup muka juga perlu dipakai
bagi memenuhi Standard Operating Procedure (SOP)
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Pekerja tinggi lampai memberi nasihat kepada setiap
pemain untuk beratur dan tidak bertolakan antara satu
sama lain. Pekerja itu berkongsi lagi yang terdapat
seorang kanak-kanak hampir terjatuh ketika bertolakan
semasa beratur.
Memang menjadi kewajipan bagi setiap pekerja di situ
untuk sentiasa memberi nasihat kepada pemain supaya
berhati-hati ketika menaiki permainan kerana malang
tidak berbau. Maryam dan ibu terpaksa beratur panjang
untuk menaiki Tea Cups.
Tiba-tiba, Maryam terdengar perbualan seorang pekerja
lelaki berkulit sawo matang dengan pengunjung di situ.
Pengunjung itu merupakan sebuah keluarga yang tidak
34
dapat menaiki permainan Space Cadets disebabkan
ketinggian anaknya tidak mencapai tahap yang
dibenarkan.
Pada masa sama, si isteri pun tidak dapat menaiki
permainan disebabkan mengandung. Hanya si suami
sahaja yang dapat menaiki permainan. Keluarga itu
kelihatan kecewa dan berjalan pantas ke tempat lain.
Maryam berasa kasihan terhadap keluarga tersebut.
Walaubagaimanapun, keselamatan lebih utama
berbanding keseronokan yang diperoleh semasa bermain
permainan.
35
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Round table
Senaraikan kata penegas
dan kata adverba
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks.
SP : 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut
konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan satu bakul yang
mengandungi marker berwarna, bahan teks dan
kertas sebak yang dilukis peta pokok untuk
mengkategorikan kata penegas dan kata adverba
berdasarkan teks.
36
3. Murid menyenaraikan kata penegas dan kata
adverba secara bergilir-gilir di atas kertas sebak
mengikut pusingan jam sambil melakukan aktiviti
perbincangan antara ahli kumpulan.
4. Murid dibimbing oleh guru.
5. Setelah masa tamat, setiap kumpulan akan
memaparkan hasil tugasan jawapan kepada
kumpulan lain.
6. Murid dan guru bersama-sama membuat semakan
dengan meminta ahli kumpulan menanda sama ada
betul atau salah jawapan.
37
KATA PENEGAS
Kata penegas = kata yang memberikan penekanan
pada bahagian tertentu dalam ayat.
Yang menegaskan hanya frasa predikat atau
bahagiannya.
Contoh :
-kah, -tah, -lah
Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat,
iaitu subjek dan predikat.
Contoh :
juga, jua, pun, sahaja, lagi,
memang.
Bil. Ayat
1. Hanya dia sahabat karib saya.
2. Budak-budak memang suka akan permainan itu.
3. Siapakah majikan kamu itu?
4. Orang itulah bapanya.
5. Kami juga ingin ke pekan.
38
KATA ADVERBA
Kata adverba = kata yang
menerangkan kata nama,
kata kerja dan kata adjektif.
Contoh :
Lewat malam, bertiup
kencang, kurang pedas.
Bil. Ayat
1. Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring.
2. Kulit tuan puteri itu putih berseri.
3. Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit kuat.
4. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini.
5. Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.
ARTIKEL 8 : WASPADA DI BELANTARA 39
Alkisah Hang Tuah dan lima bersaudara ke dalam hutan
bersama mahaguru mereka iaitu Kasa Ashbar. Hatta
berada di dalam hutan itu, Kasa Ashbar memberi nasihat
mengenai keberadaan di dalam hutan kepada Hang
Tuah lima bersaudara. Antaranya,
1. Arakian bertuturlah dengan kata-kata yang
baik sepanjang keberadaan di dalam hutan.
Jangan sesekali bercakap besar dan selalu
berhati-hati.
2. Terdapat segelintir tumbuhan sahaja yang
boleh dimakan. Adapun buah yang dimakan
oleh monyet itu boleh dimakan oleh manusia.
3. Jika keadaan lereng bukit yang berbatu licin
disebabkan hujan maka adalah lebih baik
untuk daki laluan tersebut. Walaupun
terpaksa berpaut pada ranting dan akar.
pokok.
Betul, mahaguru. Nasihatku ini ialah
Hamba akan perkara asas
sentiasa
ketika masuk ke
memperingatkan dalam hutan.
ahli lain perihal Maka, perlulan
ini. diambil cakna.
40
Kalakian Hang Tuah lima bersaudara meneruskan
perjalanan bersama mahaguru mereka. Syahadan Kasa
Ashbar masih memberikan beberapa panduan kepada
mereka agar sentiasa waspada di dalam hutan.
1. Sentiasa berjalan dalam kumpulan.
2. Berwaspada terhadap keadaan
sekeliling.
3. Pilih laluan mengikut keupayaan
kumpulan.
4. Membawa orang yang arif tentang
hutan bersama-sama.
Wahai Hang Tuah, panduan Ya, mahaguru. Hamba
yang aku kongsikan ini amat akan turuti panduan
yang telah diberikan
berguna ketika masuk ke untuk kegunaan
dalam hutan. Panduan ini apabila masuk ke
dalam hutan.
dapat memastikan
keselamatan kamu semua.
41
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Team Word-Web
Senaraikan kata pangkal ayat dan kata
pembenar berpandukan teks.
SK : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut
konteks.
SP : 5.1.4 Memahami dan menggunakan pelbagai kata tugas mengikut
konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan kertas sebak, marker
berwarna dan bahan teks.
3. Setiap ahli kumpulan menyenaraikan kata pangkal
ayat dan kata pembenar berpandukan teks yang
telah disediakan.
4. Bahan teks ditampal dan menulis topik “Kata Pangkal
Ayat dan Kata Pembenar” di tengah-tengah kertas
sebak.
42
5. Setiap ahli kumpulan menyenaraikannya dalam bentuk
peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk
menunjukkan sumbangan ahli-ahli kumpulan dalam
membincangkan tugasan.
6. Murid dibimbing oleh guru.
7. Setelah masa tamat, setiap kumpulan membentangkan
hasil perbincangan di hadapan kelas.
8. Hasil jawapan disemak bersama-sama guru.
43
KATA PANGKAL AYAT
Kata pangkal ayat = kata yang
hadir di bahagian hadapan ayat
yang menjadi kesinambungan
ayat dalam wacana.
Contoh :
maka, hatta, alkisah,
sebermula, arakian,
adapun, kalakian,
syahadan
Bil. Ayat
1. Hatta istana itu pun siaplah.
2. Maka panglima itu pun diberi persalinan.
3. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Omar.
4. Arakian bersemayamlah baginda di istana baharu
itu.
5. Sebermula berburulah baginda bersama-sama
hulubalangnya.