44
KATA PEMBENAR
Kata pembenar =
kata yang
mengesahkan
sesuatu
pernyataan.
Contoh :
ya, benar,
betul
Bil. Ayat
1. Ya, itulah orangnya.
2. Betul, kamilah penjaga kanak-kanak ini.
3. Benar, dialah yang berkata demikian.
4. Ya, inilah rumah Pak Ashbar.
5. Betul, tanyalah dia.
ARTIKEL 9 : EH, TANAH RUNTUH! 45
HULU LANGAT, 29 April – Sebuah rumah di Jalan
Pangsun, Kampung Lubok Kelubi, di sini terjejas
akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat pada
malam Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
(JBPM) Selangor, berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam
dan bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seramai tujuh orang anggota
berlainan pangkat dari Balai Bomba dan
Penyelamat (BBP) tiba di lokasi kejadian sekitar
jam 9.00 malam.
"Semua enam penghuni iaitu empat orang
dewasa dan dua orang kanak-kanak lelaki
berpindah ke resort berhampiran, pihak bomba
terus melakukan pemantauan di lokasi.
"Setakat ini tiada runtuhan dikesan di lokasi
berkenaan," katanya dalam satu laporan pada
Khamis.
Turut berada di lokasi kejadian tersebut pada
malam Khamis ialah dua orang pegawai polis.
Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/193405/BERITA/Semasa/Rumah
-terjejas-tanah-runtuh-enam-penghuni-dipindahkan
46
Cadangan Aktiviti Pengajaran:
PAK-21 : Spin-N-Think
Bina ayat menggunakan kata berimbuhan
SK : 5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
SP : 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata berimbuhan
mengikut konteks.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan satu kadbod mini yang
mempunyai anak panah untuk dipusing, 5 keping kad
mini kata berimbuhan, marker berwarna dan kad
manila atau kertas sebak.
Contoh:
= membaca kad berimbuhan, membina ayat,
membetulkan, menjaga masa, memuji rakan
47
3. Setiap kumpulan memusingkan anak panah pada
kadbod mini untuk menentukan giliran ahli kumpulan
setiap kali membina ayat menggunakan kata
berimbuhan.
Contoh:
= membaca kad berimbuhan, membina ayat,
membetulkan, menjaga masa, memuji rakan
4. Murid dibimbing oleh guru.
5. Loceng dibunyikan menandakan masa tamat.
6. Setiap kumpulan datang ke hadapan untuk
membentangkan hasil jawapan.
7. Murid dan guru membuat semakan bersama-sama.
48
KATA BERIMBUHAN
Bentuk terbitan iaitu bentuk
yang dihasilkan daripada
proses memperluas kata
dasar melalui pelbagai cara
pembentukan kata seperti
menerima imbuhan.
Bentuk imbuhan terbahagi
kepada :
Awalan
Akhiran
Apitan
Sisipan
Berimbuhan Contoh Perkataan
Awalan berlumpur, melihat, dikawal, peronda
Akhiran saliran, laluan, selamatkan, jauhi
Apitan bertaburan, membersihkan, kejadian,
Sisipan dihubungi
gementar, keredip, kelompok, sinambung
CATATAN
Artikel di dalam buku ini berpandukan
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR
bagi bahagian tatabahasa. Hanya 3
tema teratas difokuskan iaitu
Kekeluargaan, Kesihatan dan
Kebersihan serta Keselamatan.
Buku ini sesuai digunakan untuk murid
Tahun 6 dan guru. Semoga buku ini
dapat membantu murid Tahun 6 dalam
meningkatkan kefahaman mengenai
tatabahasa serta para guru dalam
melaksanakan aktiviti dalam PdPc.