Print 4-Colour Process On Screen
Special Colour M100 Y100 RGB
Pantone 186C R237 G28 B36
Pantone 222C Y100 R255 G242
Pantone 281C C100 M100 Y20 K10 R45 G44 B116
KANDUNGAN
04 Falsafah
05 Visi, Misi dan Motto
06 Matlamat
07 Piagam Pelanggan
09 Canselor
10 Pro-Canselor
11 Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
11 Naib Canselor
13 Ahli Lembaga Pengarah
14 Ahli Lembaga Pengurusan Eksekutif
16 Jawatankuasa yang Ditubuhkan oleh Lembaga
Pengarah UPSI
18 Senat
20 Dekan Fakulti
21 Ketua Jabatan
25 Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997
26 Carta Organisasi Universiti
29 Laporan Naib Canselor
45 Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama
49 Pengajaran dan Pembelajaran
61 Pembangunan Holistik Pelajar
73 Penyelidikan dan Inovasi
93 Tadbir Urus
107 Hubungan Korporat & Antarabangsa
113 Pembangunan Sumber Maklumat dan
Komunikasi
119 Pengurusan Kualiti
131 Pembangunan Fizikal
141 Prestasi Kewangan
03U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
FALSAFAH
Menginsafi Bahawa
Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-
program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengendalikan sebuah
proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban,
sama ada secara ketara ataupun tersirat;
Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi
pendidikan perguruan yang berusia lebih lapan dekad dengan kebitaraan dan
kecemerlangan yang tersendiri;
UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi
seumbangannya bagi tempoh hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi
hakikat yang ia harus terus hidup dalam seni perubahan yang semakin pesat
dalam era ini.
Maka
Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan
sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah
menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya
malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri berikut:
• Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan
pengetahuan, kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan
dan bertatalaku mulia ;
• Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat
celik budaya, celik agama dan celik global.
Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama
sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani
dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan
memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab
kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.
Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas KEIMANAN,
KEILMUAN, KEBUDIDAYAAN, KETAMADUNAN, KEMANUSIAAN,
KEMASYARAKATAN dan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah
ini, Universiti menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang
aktivitinya.
04 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Visi
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan
berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
Misi
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan,
perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan
untuk mencapai wawasan negara.
MotTo
“Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan”
05U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
Matlamat
Untuk mencapai misi di atas, Universiti berazam dan beritlizam :
• Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti
meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama
ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam ilmu;
• Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi
membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu
dalam pelbagai bidang;
• Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk
perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam
dan luar negara;
• Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan,
berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis;
• Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka
menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah
pemupukan semangat patriotis dan nasionalistis untuk membina sebuah
bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
06 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan:
• Melahirkan guna tenaga Negara dalam bidang pendidikan yang berkualiti
tinggi dari aspek akademik, kepimpinan pendidikan dan sahsiah.
• Menawarkan program-program pengajian yang berkualiti menepati
aspirasi masyarakat, negara dan keperluan antarabangsa.
• Memupuk budaya kecemerlangan dalam bidang penyelidikan,
perundingan dan penerbitan.
• Berusaha menjadikan UPSI sebagai pusat rujukan dan pusat sumber yang
terulung dalam bidang pendidikan guru.
• Membina sistem sokongan universiti dan kemudahan yang bersepadu
serta berkualiti dari segi pentadbiran, keselamatan, kewangan, infrastruktur
dan perkhidmatan perpustakaan.
07U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
08 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
CANSELOR
Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim
D.K.S.A, D.K.A
09U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
PRO-CANSELOR
1. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim
PSM,DSA,DPMP,JSM, AMN, DJN, PJK
2. YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad
PSM,SPDK,SPMS,DCSM,DSAP,DMPN,DKSJ,JMN,JSM,BSK
3. YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Zakri bin Abdul Hamid
PSM, SSAP, DIMP, KMN
010 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
PENGERUSI LEMBAGA NAIB CANSELOR
PENGARAH UNIVERSITI
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari DSDK, JSM
bin Mohamed Nor
PSM, SSAP, SIMP, DIMP, SMP
011U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
7 12 3 3
9 1 14
5
8 10
2
PENGERUSI
1 YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor
Platinum Energy Sdn. Bhd.
AHLI
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa 2 7 Prof. Emeritus Dr. Othman bin Lebar
Naib Canselor Wakil Senat
Universiti Pendidikan Sultan Idris 8 YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Noor bin Ismail
Penasihat Korporat
YBhg. Datuk Prof. Dr. Roziah binti Omar 3 Tradewind (M) Bhd
Timbalan Ketua Pengarah (IPTS)
Jabatan Pengajian Tinggi 9 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin
Ahmad Bajunid
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 YBhg. Datuk Azizah binti Arshad
Puan Norsimah binti Abd. Wahab 5
Setiausaha 11 YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
(Tiada dalam gambar)
Bahagian Pinjaman Perumahan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perbendaharaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
YB Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan 6 12 YBhg. Dato’ Haji Ahmad bin Haji Burak
(Tiada dalam gambar) Wakil Alumni
Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
SETIAUSAHA
13 YBhg. Dato’ Rusley bin Taib 14 Encik Mohd Faizi bin Othman
(sehingga 8 Jun 2014) (mulai 9 Jun 2014)
Pendaftar Pendaftar
013U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
ahli mesyuarat pengurusan eksekutif
11 4 3 6 8
10 1 9 2
7
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa 1 6 Encik Mohd Faizi bin Othman
Naib Canselor (mulai 9/6/ 2014)
Pendaftar
YBhg. Profesor Dr. Omar bin Abdull Kareem 2
(sehingga 14 /11/2014) 7 Ir. Haji Damanhuri bin Othman
Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan
Timb. Naib Canselor (Akademik dan dan Harta Benda
Antarabangsa)
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hajah Noraini binti 3 8 Pn. Rusliza binti Yaacob
Idris Ketua Pustakawan
Timb. Naib Canselor 9 Pn. Hajah Khadijah binti Hamdan
(Penyelidikan dan Inovasi) Bendahari
YBhg. ACP (K) Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. 4 10 Pn. Etty Widayu binti Samsungei
Junaidi bin Abu Bakar Pegawai Undang-undang
Timb. Naib Canselor
SETIAUSAHA
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
11 En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman
YBhg. Dato’ Haji Rusley bin Taib 5 Ketua Timbalan Pendaftar
(sehingga 8 /6/ 2014)
Pendaftar
015U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
JAWATANKUASA YANG
DITUBUHKAN OLEH LEMBAGA
PENGARAH UNIVERSITI
Jawatankuasa Audit
Pengerusi
YBhg. Datuk Azizah binti Arshad
Wakil Sektor Swasta
Ahli
YBerusaha Puan Norsimah binti Abd. Wahab
Wakil Kementerian Kewangan
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Noor bin Ismail
Wakil Sektor Swasta
YBhg. Dato’ Ahmad bin Burak
Wakil Alumni
Setiausaha
Puan Noorulazian binti Mohd Razalli
Ketua Bahagian Audit Dalam
Jawatankuasa Tetap Kewangan
Pengerusi
YBerusaha Puan Norsimah binti Abd. Wahab
Wakil Kementerian Kewangan
Ahli
YBhg. Prof. Datuk Dr. Roziah binti Omar
Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid
Wakil Sektor Swasta
YB. Dato’Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan
Wakil Kerajaan Negeri
016 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Setiausaha
Puan Hajah Khadijah binti Hamdan
Bendahari
Jawatankuasa Pembangunan
Pengerusi
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor
Pengerusi Lembaga Pengarah
Ahli
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Noor bin Ismail
Wakil Sektor Swasta
YBhg. Dato’ Haji Ahmad bin Haji Burak
Wakil Alumni
YBhg. Prof. Emeritus Dr. Othman bin Lebar
Wakil Senat
YB. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan
Wakil Kerajaan Negeri
Setiausaha
Ir. Haji Damanhuri bin Othman
Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda
017U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
SENAT
Pengerusi
Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa
Ahli
Prof. Dr. Omar bin Abdull Kareem
(sehingga 14/11/ 2014)
Prof. Dato’ Dr. Noraini binti Idris
ACP (K) Dato’ Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar
Prof. Dato’ Dr. Ahmad @ Abdul Rahim bin Haji Zainuddin
(sehingga 31/1/ 2014)
Prof. Dr. Mohamad Suhaily Yusri bin Che Ngah
Prof. Dr. Mustaffa bin Ahmad
(sehingga 31/5/ 2014)
Prof. Madya Dr. Zulkifley bin Mohamed
Prof. Dr. Noor Shah bin Saad
(sehingga 31/5/ 2014)
Prof. Dr. Amir Hasan bin Dawi
Prof. Madya Dr. Julismah binti Jani
Prof. Madya Dr. Syed Abdul Malik bin Syed Mohamad
Prof. Madya Zaharul Lailiddin bin Saidon
Prof. Madya Dr. Rohaila binti Yusof
Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun
Prof. Dr. Mahzan bin Arshad
Prof. Emeritus Dr. Nagendralingan a/l Ratnavadivel
Prof. Dr. Mohammed Zin bin Nordin
018 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Prof. Dr. Rosly bin Jaafar
Prof. Dr. Rahmattullah Khan bin Abdul Wahab Khan
Prof. Emeritus Dr. Othman bin Lebar
Prof. Dr. Mohamad bin Ibrahim
Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Prof. Dr. Shaharudin bin Abdul Aziz
Prof. Emeritus Dato’ Aminah binti Ayob
Prof. Dr. Ramlee bin Mustapha
Prof. Dr. Hamirdin bin Ithnin
Prof. Dr. Sopia binti Md Yassin
Prof. Madya Dr. Tajul Shuhaizam bin Hj. Said
Dr. Shakinaz binti Desa
Pn. Hajah Khadijah binti Hamdan
Pn. Rusliza binti Yaacob
Tn. Hj. Mohd. Nazri bin Md. Saad
Dr. Khalip bin Musa
Setiausaha
Dato’ Hj. Rusley bin Taib,
Pendaftar UPSI (sehingga 8 /6/2014)
En. Mohd Faizi bin Othman,
Pendaftar UPSI (mulai 9 /6/2014)
019U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
DEKAN FAKULTI
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Prof. Dato’ Dr. Ahmad @ Abdul Rahim bin Haji Zainuddin
(sehingga 31/1/2014)
Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
(mulai 5/2/2014)
Fakulti Sains dan Matematik
Prof. Dr. Mustaffa bin Ahmad (sehingga 31/5/2014)
Prof. Madya Dr. Zulkifley bin Mohamed (mulai 1/6/2014)
Fakulti Sains Kemanusiaan
Prof. Dr. Mohamad Suhaily Yusri bin Che Ngah
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Prof. Madya Dr. Syed Abdul Malik bin Syed Mohamad
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Prof. Dr. Noor Shah bin Saad (sehingga 31/5/2014)
Prof. Dr. Amir Hasan bin Dawi (mulai 1/6/2014)
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Prof. Madya Dr. Julismah binti Jani
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Prof. Madya Zaharul Lailiddin bin Saidon
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Prof. Madya Dr. Rohaila binti Yusuf
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun
Institut Pengajian Siswazah
Prof. Dr. Mahzan bin Arshad
020 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
KETUA JABATAN
PENGARAH
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Prof. Dr. Shahril@Charil bin Hj. Marzuki
(sehingga 31/1/2014)
Prof. Madya Dr. Tajul Shuhaizam bin Said
(mulai 1/2/2014)
Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal
Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Institut Peradaban Melayu
Prof. Dato’ Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar
(sehingga 30/10/2014)
PM Dr. Mohd Rosli bin Saludin
(mulai 1/11/2014)
Pejabat Karang Mengarang
Dr. Nasir bin Nayan
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
Prof. Dr. Sopia binti Md Yassin
Pusat Penasihatan dan Penempatan Kerjaya Graduan (3PKG)
Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah
(sehingga 30/4/2014)
Pusat Transfomasi Pelajar dan Komuniti
Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah
(mulai 1/5/2014)
Makmal Penyeldidikan Pendidikan
Prof. Madya Dr. Nurulhuda binti Abdul Rahman
Pusat Perhubungan Alumni
Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Ali
Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti
Dr. Shakinaz bin Desa
021U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kepenggunaan
Prof. Madya Dr. Che Zulkifli bin Che Omar
Pusat Ko-Kurikulum
Dr. Azali bin Rahmat
Pusat Latihan Mengajar dan Industri
Prof. Madya Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh
Pusat Sukan
Prof. Madya Dr. Mohd Amin bin Md Taff (sehingga 31/3/2014)
Dr. Ruaibah Yazani binti Tengah (mulai 1/4/2014)
Pusat Islam
Dr. Ibrahim bin Hashim
Pusat Kebudayaan
Dr. Ridzuan bin Hussin
Pusat Program Luar
Dr. Khalip bin Musa
Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
Dr. Suriani binti Abdul Hamid (sehingga 31/1/2014)
Dr. Intan Safinas binti Mohd Ariff Albakri (mulai 1/2/2014)
Bahagian Perancangan Korporat
Dr. Husni bin Ibrahim
Bahagian Komunikasi Korporat
Dr. Hajah Zainab binti Othman
Muzium Pendidikan Nasional
Tn. Haji Zawawi bin Itam
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tn. Haji Mohd Nazri bin Md Saad
Pusat Kesihatan
Dr. Norizan binti Md. Yunus
022 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
KETUA BAHAGIAN
Bahagian Sumber Manusia
En. Mohd Faizi bin Othman
Ketua Timbalan Pendaftar (sehingga 8/6/2014)
En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman
Ketua Timbalan Pendaftar (mulai 1/10/2014)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Pn. Azzah binti Abdul Latiff, Ketua Timbalan Pendaftar
Bahagian Govenan
En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman
Ketua Timbalan Pendaftar (sehingga 30/9/ 2014)
En. Shuhir Karmawi bin Abdul Aziz
Timbalan Pendaftar Kanan (mulai 16/10/2014)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
En. Mohd Husyaini bin Hashim
Timbalan Pendaftar (sehingga 30/9/2014)
En. Ismail bin Man
Timbalan Pendaftar
Bahagian Audit Dalam
Pn. Noorulazian binti Mohd Razalli
Bahagian Keselamatan
Pn. Nailah binti Mustaffa
023U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
PENGETUA
Kolej Aminuddin Baki
Dr. Syed Sofian bin Syed Salim
Kolej Ungku Omar
Dr. Bazrul bin Bahaman
Kolej Za’ba
Dr. Mohd Zahuri bin Khairani
Kolej Harun Aminurrashid
Dr. Syed Ismail bin Syed Mohamad
Unit Kediaman Luar Kampus
En. Khairul Azam bin Bahari
PENOLONG PENDAFTAR
Bahagian Pengangkutan
En. Muhammad Yusmin bin Yusoff
PEGAWAI SAINS
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
En. Rozdi bin Mohamed Noor
024 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ
UNIVERSITI 1971
P.U. (A) 133/1997
025U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
CARTA ORGANISASI UNIVERSITI
LEMBAGA PENGARAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Senat Naib
Canselor
Canselori Pendaftar Timbalan Timbalan
Naib Canselor Naib Canselor
• Bahagian Perancangan • Bahagian Sumber Akademik & Hal Ehwal Pelajar
Korporat Manusia Antarabangsa & Alumni
• Bahagian Audit Dalam • Bahagian Hal Ehwal • Bahagian • Bahagian Hal Ehwal
Akademik Pembangunan Pelajar
• Pusat ICT Akademik & Kualiti
• Bahagian Govenan (BPAQ) • Pusat Perhubungan
• Muzium Pendidikan Alumni
Nasional (MPN) • Bahagian Komunikasi • Fakulti Bahasa &
Korporat Komunikasi (FBK) • Pusat Kebudayaan
• Pusat Islam
• Bahagian • Fakulti Sains & • Pusat Kesihatan
• Pusat Pembangunan Pengangkutan Matematik (FSM)
Keusahawanan & • Pusat Sukan
Kepenggunaan • Bahagian Keselematan • Fakulti Pendidikan &
Pembangunan • Pusat Transformasi
• Pusat Keselamatan & Manusia (FPPM) Pelajar dan Komuniti
Kesihatan Pekerjaan
• Fakulti Muzik & Seni • Kolej Aminudin Baki
Persembahan (FMSP)
• Kolej Harun
• Fakulti Seni, Aminurrashid
Komputeran & Industri
Kreatif (FSKIK) • Kolej Za’ba
• Fakulti Pengurusan & • Kolej Ungku Omar
Ekonomi (FPE)
• Unit Kediaman Luar
• Fakulti Sains Kampus
Kemanusiaan (FSK)
• Fakulti Sains Sukan &
Kejurulatihan (FSSK)
• Fakulti Pendidikan
Teknikal & Vokasional
(FPTV)
• Institut Pengajian
Siswazah (IPS)
• Pusat Kokurikulum
• Pusat Program Luar
• Bahagian Hal-Ehwal
Antarabangsa
• Pusat Latihan
Mengajar & Industri
• Akademi Pendidikan
(Sekolah Makmal)
026 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Timbalan Bendahari Ketua Pustakawan Pengarah JPPHB
Naib Canselor • Bahagian Pengurusan • Bahagian Perolehan • Bahagian Pengurusan
Penyelidikan
& Inovasi Akaun, EIS & Bajet • Bahagian Projek
Pengkatalogan
• Pusat Pengurusan • Bahagian Pengurusan • Bahagian Pengurusan
Penyelidikan dan Perolehan & Kontrak • Bahagian Fasiliti
Inovasi (RMIC) Pembangunan &
• Bahagian Aset, Pengurusan Koleksi • Bahagian Kontrak &
• Pejabat Karang Kewangan Kakitangan, Ukur Bahan
Mengarang Kumpulan Wang & • Bahagian Pengurusan
Pembangunan Perkhidmatan & • Bahagian Landskap
• Institut Peradaban Maklumat
Melayu (IPM) • Bahagian Pembayaran • Bahagian Pentadbiran
• Bahagian Pentadbiran Kewangan & Harta
• Pusat Penyelidikan • Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia Benda
Perkembangan & Teknologi Maklumat
Kanak-kanak Negara
• Kursi Za’ba
• Kursi Tun Ghafar Baba
• Makmal Penyelidikan
Pendidikan
027U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
LAPORAN
NAIB
CANSELOR
LAPORAN
NAIB CANSELOR
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahi Robbil’alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya’i
Wal Mursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.
Terlebih dahulu, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia, hidayah dan izin-Nya jua
saya diberi ruang, kesempatan dan kesihatan yang baik untuk terus
menerajui kepimpinan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selawat dan Salam
buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Saya berharap dan mendoakan
agar seluruh warga UPSI sentiasa berada dalam kesihatan yang baik serta
mendapat redha Allah SWT atas setiap usaha yang dilakukan.
Alhamdulillah, tahun 2014 ini genaplah 18 tahun usia Universiti Pendidikan
Sultan Idris dalam menerajui arena pendidikan negara. Selaku pemimpin
universiti yang telah diberikan amanah untuk menerajui satu-satunya universiti
pendidikan di Malaysia ini, saya turut berbangga kerana telah banyak kejayaan
dan kecemerlangan yang dicapai oleh warga UPSI, khususnya pada tahun
2014 yang terangkum di dalam niche utama UPSI iaitu “Pendidikan”. UPSI
sentiasa melangkah kehadapan dan menjuarai tujahan-tujahan utama dalam
pendidikan termasuklah aspek pengajaran dan pembelajaran, 4P (penyelidikan
dan inovasi, perundingan, penerbitan dan pengkomersialan), dan turut
disokong dengan kekuatan dari aspek governan dan tadbir urus, pembangunan
pelajar yang holistik serta pembangunan kampus yang mampan.
030 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
UPSI sentiasa melangkah kehadapan dan
menjuarai tujahan-tujahan utama dalam
pendidikan termasuklah aspek pengajaran
dan pembelajaran, 4P (penyelidikan dan
inovasi, perundingan, penerbitan
dan pengkomersialan)
“Memartabatkan Kesarjanaan, Memperkasakan Pengantarabangsaan”
Pada tahun 2014, UPSI masih meneruskan gerak kerja dalam mencapai hala
tujunya untuk menjadi “Peneraju Universiti Pendidikan” (Leading Education
University) di Asia Tenggara pada tahun 2015 dan menjelang tahun 2020 di
Asia. Menjadi “Peneraju Universiti Pendidikan” ini bukanlah bermaksud UPSI
patut berada di kedudukan pertama, tetapi yang penting sentiasa berada dalam
kelompok yang teratas dan dirujuk oleh universiti-universiti pendidikan di Asia.
Bagi merealisasikan hala tuju ini, UPSI menggagaskan tema yang utuh
sepanjang tahun 2014, iaitu “Memartabatkan Kesarjanaan dan Memperkasakan
Pengantarabangsaan”. Tema ini turut diselarikan dengan hasrat pemegang
taruh UPSI, khususnya di peringkat kementerian yang telah menetapkan
sasaran pencapaian cemerlang dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) YAB
Menteri Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia.
Demikian juga, tidak ketinggalan UPSI turut mempertaruhkan untuk mencapai
sasaran bagi KPI-KPI yang telah ditetapkan dalam tujuh Teras Pelan Strategik
UPSI (2012-2015) yang sentiasa dipantau secara konstruktif di peringkat UPSI
dan dilaporkan kepada Lembaga Pengarah (LPU) UPSI dari semasa ke semasa.
031U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
Akademik dan Pengantarabangsaan
Dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan, pada tahun 2014 sebanyak
22 program baharu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) telah dikemukakan
oleh fakulti dan dua program di peringkat sarjana. Program-program baharu ini
tidak termasuk 64 program sedia ada di peringkat ISM/ISMP dan diploma yang
sedang ditawarkan. Manakala jumlah pensyarah yang memiliki Ph.D pula telah
mencapai 65 peratus, iaitu seramai 381 orang berbanding jumlah keseluruhan
pensyarah seramai 589 orang (tidak termasuk pensyarah sementara, guru
dan tutor). Pencapaian ini melebihi sasaran kementerian, iaitu sebanyak 40
peratus yang ditetapkan. Daripada jumlah kakitangan akademik ini, seramai
521 orang pensyarah telah memperoleh penilaian 80 peratus ke atas. Data ini
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UPSI berpuas hati dengan pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik kuliah.
Enrolmen keseluruhan pelajar pada tahun 2014, telah mencapai jumlah
seramai 28,753 orang pelajar daripada semua peringkat pengajian temasuk
pelajar antarabangsa. Jumlah pelajar di peringkat pascasiswazah telah
melebihi 4,000 orang iaitu seramai 3,859 orang di peringkat sarjana dan 715
orang di peringkat Ph.D. Pada tahun 2014 hanya tujuh orang calon berjaya
bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan, namun UPSI sentiasa berusaha
dengan lebih gigih bagi memastikan pelajar sarjana dan Ph.D bergraduat dalam
tempoh yang ditetapkan. Sehingga tahun 2014 jumlah pelajar luar negara
yang belajar di UPSI ialah seramai 284 orang, jauh tidak menepati sasaran
yang ditetapkan iaitu seramai 400 orang.
Pada tahun 2014, UPSI telah mengadakan 12 perjanjian persefahaman
dengan agensi dalam dan luar negara, dan seramai 195 kakitangan UPSI telah
menghadiri dan membentang kertas kerja dalam persidangan-persidangan
di peringkat antarabangsa.
032 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Pelajar-pelajar UPSI turut terlibat dalam program mobiliti luar negara, di mana
pada tahun 2014 sahaja, seramai 37 pelajar UPSI telah terlibat dalam program
pengantarabangsaan (outbound) di luar negara. Antaranya melalui program
International Student Exchange Programme (ISEP), di mana seramai 18
pelajar UPSI telah terlibat ke beberapa buah universiti di Amerika Syarikat dan
Korea Selatan, seperti di Agnes Scott College Georgia, Whitworth University
Washington, Truman State University Missouri, University of North Georgia,
Alfred University Newyork, University of Tennessee Knoxville, Fort Hays
University, University of Southern Indiana, Keiumyung University dan Busan
University of Foreign Studies dan Korea University, Korea Selatan. Manakala
bagi program mobiliti pelajar ke luar negara, seramai 11 pelajar program
ISMP Bahasa Arab telah mengikuti program Latihan Mengajar di Universitas
Darussalam (UNIDA), Gontor, Indonesia dan lapan orang di Sultan Qaboos
University, Oman mulai 27 Oktober 2014 hingga 27 Januari 2015.
UPSI juga berjaya menganjurkan Seminar Antarabangsa Memartabatkan
Bahasa Melayu Asean Kedua pada 25-27 Oktober 2014 di Pattani Thailand
menerusi kerjasama dengan Universiti Fatoni Thailand dan Kementerian
Pelajaran Thailand serta mengadakan Seminar Antarabangsa UPI-UPSI pada
25 hingga 26 Jun 2014 bertempat di Bandung, Indonesia.
4P (Penyelidikan dan inovasi, Perundingan,
Penerbitan dan Pengkomersilan)
Bagi aspek penyelidikan dan inovasi, perundingan, penerbitan dan
pengkomersilan, dalam tahun 2014, geran penyelidikan yang diterima UPSI
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (FRGS, NRGS, LRGS dan RAGS)
adalah berjumlah RM8,375,923.00 melalui 35 projek penyelidikan. Manakala
geran luar daripada pihak lain dan juga antarabangsa adalah berjumlah
RM1,079,286.00.
033U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
Sebanyak 11 produk penyelidikan berjaya dikomersilkan dengan janaan
pendapatan sebanyak RM1,512,707.10. Produk ini yang didaftar di bawah
RMIC dan juga UPSI Holdings. Sebanyak 15 produk telah didaftarkan di bawah
perlidungan hak harta intelek yang terdiri daripada 12 produk hak cipta, 1
produk reka bentuk industri, 1 patent filing dan 1 cap dagang. Terdapat 23
projek perundingan (yang didaftar di RMIC) dan 11 Program Pemindahan Ilmu
(Knowledge Transfer Programme) berjumlah RM2,732,585.31.
Manakala dari segi penerbitan, sebanyak 85 judul penerbitan dalam perlbagai
genre berjaya dihasilkan oleh pensyarah UPSI dalam tahun 2014. Sejumlah
129 artikel diterbitkan dalam jurnal yang diindeks oleh SCOPUS dan 84
dalam ISI. Jumlah ini berjaya meletakkan UPSI pada nisbah 0.22 penerbitan
artikel berindeks menghampiri sasaran yang ditetapkan sebanyak 0.25. Walau
bagaimanapun, jumlah ini masih kecil berbanding dengan jumlah pensyarah
UPSI.
Dari segi kecemerlangan penyelidikan dan inovasi, pensyarah dan penyelidik
UPSI telah memenangi 15 pingat emas dalam pelbagai pameran dan
pertandingan penyelidikan dalam dan luar negara. Antaranya:
i. Memenangi lapan Pingat Emas di 25th International Invention, Innovation
and Technology Exhibition 2014 (ITEX 2014) yang telah berlangsung di
KLCC pada 8-10 Mei 2014. Pingat emas yang dimenangi adalah bagi
produk/projek berikut: (1) Artificial Seeds of Some Economical Important
Crops Fortified with Bio-Organic Wastes yang diketuai oleh Dr. Nor
Azlina Hasbullah (FPTV), (2) Teaching And Learning Mathematics Using
Ti-Nspire Cx yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris (TNCPI),
(3) InterViz: Hardware-Software Interfacing Visualizer yang diketuai
oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (FSKIK), (4) Screen
Paste yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Saedon (FSKIK),
034 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
(5) TRIZzle: Learning Theory of Inventive Problem Solving Through a
Mobile Puzzle Game yang diketuai oleh Dr. Tan Wee Hoe (FSKIK), (6)
Business Excellence Plan Applications (BEPA) Entrepreneur Solution
and Improvement Tool yang diketuai oleh Dr. Nurul Fadly Habidin (FPE),
(7) E-Admission yang diketuai oleh Pn. Farah Shafill Mohamad Kasim
(IPS), dan (8) Natural Hydroxypatite As Calcium Source In Water Filter
Applications yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ismail Zainol (FSM).
ii. Memenangi dua Pingat Emas di Invention, Innovation & Design
Exposition 2014 (IIDEX2014) yang telah berlangsung di UiTM Shah Alam
pada 27-30 April 2014. Pingat emas yang dimenangi adalah bagi produk
PINGO (Play It n Get Outcome) dan produk Checker’s Sport yang kedua-
duanya diketuai oleh En. Mohd Izwan Shahril (FSSKj).
iii. Memenangi dua Pingat Emas di Korea Creative Invention Contest 2014
(CIC2014) yang telah berlangsung pada 16 Ogos 2014 di Seoul Korea.
Pingat emas yang dimenangi adalah bagi produk/projek berikut: (1)
A New Model On Disaster Preparedness yang diketuai oleh Dr. Jane
Teng Yan Fang (FPE) dan (2) Eco-Green Lean Six Sigma Performance
Improvement Tool (EGLSSPI) For Automotive Industry yang diketuai oleh
Dr. Nurul Fadly Habidin.
iv. Memenangi dua Pingat Emas di Pertandingan Rekacipta & Innovasi
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (PERINTIS) 2014 pada 10 September
2014 bertempat di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur. Pingat emas
yang dimenangi adalah bagi produk/projek berikut: (1) IQ Sticks Games
yang diketuai oleh En Mohd Izwan Shahril (FSSKj) dan (2) CAP-Color
Interactive yang diketuai oleh Dr. Norkhalid Salimin.
035U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
v. Menerima satu Pingat Emas di Korea Inventor Award Festival 2014 (KIAF
2014) pada 4 November 2014 di Seoul, Korea, melalui pertandingan
inovasi atas talian bagi produk E-Mosque Accounting Systems:
Integrated Islamic Engineering And Islamic Economic Practices yang
diketuai oleh Dr. Nurul Fadly Habidin.
vi. Menerima satu Pingat Emas di Bio Innovation Awards@Biotechnology
Asia 2014 melalui produk Natural Hydroxyapatite for Halal Filter
Aplications yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ismail Zainol (FSM).
vii. Menerima pengiktirafan Science Education Award daripada Malaysia
TORAY Science Foundation, melalui Profesor Dr. Rosly Jaafar, Dr. Mohd
Ikhwan Hadi Yaacob dan Dr. Shahrul Kadri Ayop. Ketiga-tiganya daripada
Fakulti Sains dan Matematik.
viii. Menerima geran NRGS (Skim Geran Penyelidikan NIC) bernilai RM5
juta melalui Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi) UPSI bagi tempoh penyelidikan lima tahun mulai
tahun 2014, di bawah tajuk: “Development of a Teacher Education Model
for Preparing Quality Teachers for the Future”.
ix. Membangunkan bahan Hidroksi Apatit daripada sisik ikan sebagai bahan
alternatif kepada bahan Hidroksi Apatit berasaskan tulang haiwan,
yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ismail Zainol. Hasil penyelidikan ini
telah menarik minat Syarikat Hijrah Water Sdn. Bhd. untuk bekerjasama
dengan UPSI bagi mengkomersialkan Hidroksi Apatit berasaskan sisik
ikan untuk digunakan di dalam sistem penapis
air terbaharu mereka iaitu
Hijrah Bio Marine.
036 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Governan dan Tadbir Urus
UPSI turut cemerlang dalam aspek governan dan tadbir urus, di mana
beberapa kejayaan yang dicapai telah memberi nilai tambah kepada UPSI.
Antaranya adalah seperti berikut:
i. UPSI telah mendapat keputusan TIER 5 (Cemerlang) bagi Penarafan
Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2013 (SETARA’13), meningkat daripada
TIER 4 dalam pencapaian SETARA’11 sebelum ini.
ii. Penjimatan elektrik yang digerakkan oleh Jabatan Pembangunan dan
Pengurusan Harta Benda (JPPHB). Pada tahun 2014 menerusi kempen
penjimatan yang dilaksanakan, UPSI telah memperoleh penjimatan
tenaga sebanyak 4.92% atau 1,171,896.94kwh bagi tempoh Januari
sehingga Oktober 2014. UPSI juga telah menikmati pelan penjimatan
melalui skim Off Peak Tarif Rider (OPTR) untuk Kampus Sultan Abdul
Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah. Pelan diskaun ini telah
membenarkan UPSI menikmati diskaun 20% daripada penggunaan
tenaga elektrik pada waktu bukan puncak “off peak hours” (10.00pm
hingga 8.00am) setiap hari atau pengurangan lebih kurang RM14,000.00
sebulan. Bagi Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, telah berjaya menikmati
penjimatan Skim OPTR berjumlah RM132,393.38 atau 2.79 peratus.
Manakala untuk Kampus Sultan Azlan Shah pula penjimatan adalah
sebanyak RM115,159.03 atau 2.43%.
iii. Dari segi pendapatan kewangan janaan dalaman menunjukkan satu
kejayaan yang baik. Pada tahun 2014, UPSI mensasarkan jumlah
pendapatan yang dijana sendiri ialah sebanyak 12 peratus, tetapi
UPSI berjaya memperoleh lebih daripada sasaran, iaitu 17.83 peratus
pendapatan yang dijana sendiri.
iv. Dari segi liputan berita tentang UPSI dalam media arus perdana, pada
tahun 2014, sejumlah 403 berita berkait UPSI telah diterbitkan dalam
pelbagai media berbanding 205 berita dalam tahun 2013. Liputan berita
ini amat penting bagi menggilap dan meletakkan nama UPSI dalam
pandangan dan pengetahuan masyarakat.
v. Produk sistem kewangan MyFIS UPSI telah memenangi Johan bagi
kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan di Majlis Anugerah
Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014 pada 11 Oktober 2014 dengan
membawa pulang wang tunai berjumlah RM300,000.00.
037U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
vi. UPSI telah menerima anugerah kecemerlangan 4 bintang bagi
pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti tahun 2013 oleh
Jabatan Audit Negara. Hanya empat buah universiti yang mendapat
empat bintang ini iaitu, UiTM, UPM, USIM dan juga UPSI.
vii. Pusat ICT telah berjaya memenangi pingat EMAS dalam pertandingan
Invention, Innovation & Design On e-Learning (IIDEL) di Karnival
E-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCEL 2014) pada
14-15 November 2014 melalui produk Virtual Campus Learning System
(VCLS). Produk ini turut memenangi anugerah produk terbaik “best of the
best” dalam pertandingan tersebut dan turut memenangi booth terbaik
pada karnival tersebut. UPSI melalui Pusat ICT juga telah menerima
Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Pengurusan Keselamatan Maklumat
(ISMS) daripada SIRIM Berhad bagi tahun 2014.
viii. Kumpulan KIK Mesmerize daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik telah
menerima Anugerah Emas di 20th Asia Pacific Quality Conference
(APQC) 2014 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre
bermula dari 24 hingga 26 November 2014 melalui projek inovasi
bertajuk Difficulties in Selecting Nominees for Student Excellent
Awards during the UPSI Graduation Ceremony”. Kumpulan ini juga,
telah mewakili Malaysia dan meraih anugerah Perak di International
Convention on QC Circles (ICQCC) di Colombo, Sri Lanka yang diadakan
pada 11 hingga 16 Oktober 2014.
038 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
ix. Kumpulan KIK Galaxy daripada Bahagian Governan telah mendapat
tempat pertama/Johan Anugerah YAB Menteri Besar Perak di KIK
Perkhidmatan Awam ke-27 (Kategori Pengurusan) Peringkat Negeri
Perak pada 12 September 2014. Kumpulan yang sama ini juga telah
memenangi Anugerah Emas dalam Regional ICC Convention 2014
anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 3-4 Jun 2014,
dan telah meraih Anugerah Emas 3 Bintang di National Innovative
and Creative Circle (ICC) Convention 2014 yang berlangsung di Kuala
Lumpur Convention Centre bermula dari 24 hingga 26 November
2014 dengan projek kreatif dan inovatif bertajuk Kelewatan Meluluskan
Tuntutan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih (AKMA).
x. UPSI turut mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui ISEP dengan
dikurniakan geran Tony Adams Fund, Professional Development In
International Education Grant 2014 bernilai USD1000 kepada wakil
UPSI Pn. Azzah Abdul Latiff dari Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI.
Anugerah ini diberikan kepada 14 buah universiti yang terpilih daripada
330 buah universiti yang mewakili 52 buah negara di seluruh dunia yang
menyertai ISEP.
xi. Pensyarah UPSI, iaitu Dr. Clare Chan Suet Ching daripada Fakulti Muzik
dan Seni Persembahan telah menerima pengiktirafan Great Women of
Our Time 2014 daripada The Malaysian Women’s Weekly in Arts and
Media, pada bulan Ogos 2014.
xii. Pensyarah UPSI, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Yusuf Hassan daripada
Institut Peradaban Melayu telah memenangi Anugerah Buku Negara
2014 bagi Buku Umum Terbaik kategori Peradaban yang berjudul Minda
Melayu Global, sempena Persidangan Buku Antarabangsa 2014 yang
berlangsung di PWTC.
039U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
xiii. Pro-Canselor UPSI iaitu YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Yahaya Ibrahim
telah menerima Anugerah Merpati Putih sempena Majlis Anugerah
Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA 2014) pada 14 Disember 2014,
dan YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato Sri Dr. Zakri Abdul Hamid,
telah menerima Hadiah Antarabangsa Alam Sekitar Zayed 2014 yang
berpengkalan di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu.
xiv. Staf pentadbiran UPSI, En. Nordin Yahya telah menjuarai Grand Final
Kejohanan Jelajah Komuniti Golf 2014 Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
(CDC) yang telah berlangsung di Banyan Golf Course, Hua Hin, Thailand.
xv. Pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah bersetuju meluluskan
pensijilan MS ISO 9001:2008 diberikan kepada UPSI berkuat kuasa 29
Disember 2014 hingga 28 Disember 2017, dan yang terakhir,
xvi. UPSI turut terlibat dalam misi kemanusian membantu mangsa-mangsa
banjir terutama di kawasan yang kritikal seperti di Kuala Krai, Kelantan
termasuk juga di Temerloh dan Jerantut, Pahang, Kuala Kangsar dan
Kg .Gajah di Perak. Untuk operasi banjir ini, UPSI telah membelanjakan
sebanyak lebih kurang RM250,000.00 dalam misi bantuan kemanusiaan
ini sama ada melalui hasil sumbangan warga UPSI dan masyarakat
sekeliling mahupun juga daripada kewangan universiti sendiri.
Keperihatinan dan keupayaan pasukan sukarelawan UPSI membantu
telah mendapat perhatian banyak pihak, termasuk penghargaan daripada
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia atas
inisiatif sukarelawan banjir daripada UPSI yang turun membantu mangsa
banjir khususnya di Hospital Kuala Krai, Kelantan mulai 24 Disember
2014 yang lalu, dan diteruskan sebanyak empat kali lagi selepas itu
dalam operasi pasca banjir termasuk membersihkan hospital itu sendiri.
040 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Pembangunan Pelajar yang holistik
Dari segi pembangunan pelajar, beberapa aspek penting yang terkandung
dalam KPI Menteri antaranya ialah kebolehpasaran dan penempatan
graduan dalam pasaran pekerjaan. UPSI mencapai kedudukan 73.6 peratus
menghampiri sasaran 80 peratus yang ditetapkan dalam KPI YAB Menteri.
Walau bagaimanapun, baki yang belum bekerja adalah termasuk mereka yang
sedang menunggu penempatan guru. Ini bermakna graduan UPSI berjaya
mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan di negara ini. Bagi program yang
berteraskan University Community Engagement (UCE) yang dilaksanakan oleh
seluruh IPTA, UPSI telah berjaya melaksanakannya dan mencapai sasaran 3
program yang ditetapkan oleh pihak kementerian pada tahun 2014.
Dalam Istiadat Konvokesyen UPSI ke-16 pada tahun 2014, daripada 2,520
keseluruhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, seramai 632 orang
graduan atau 25% mendapat Ijazah Kelas Pertama, 1,883 orang Kelas Kedua
Atas dan bakinya lima orang Kelas Kedua Bawah. Pencapaian 25% graduan
mendapat Ijazah Kelas Pertama ini adalah pencapaian yang terbaik antara
IPTA pada tahun ini.
Dalam aspek sukan dan rekreasi, pada 5 hingga 13 April 2014, UPSI telah
diberi kepercayaan menjadi tuan rumah bagi Penganjuran Karnival Sukan
MASUM 2014 Fasa 1 yang melibatkan 20 Instituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Malaysia. Ia merupakan satu karnival sukan yang besar melibatkan lebih kurang
5000 orang atlit dan pegawai dari seluruh IPTA Malaysia. Alhamdullilah UPSI
berjaya menjadi Juara Keseluruhan dengan memperoleh 14 pingat emas,
9 perak dan 10 gangsa menerusi 11 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu
Pencak Silat, Bola Baling, Catur, Takraw, Sofbal, Hoki Dewan, Bola Jaring,
Ragbi, Petanque, Ping-Pong dan Badminton. Di peringkat antarabangsa
sembilan orang pelajar UPSI telah mewakili Malaysia ke Sukan Universiti Asean
2014 di Palembang dan berjaya memperoleh lima pingat gangsa. Pelajar-
pelajar UPSI juga turut memenangi pingat emas dan menduduki tempat
pertama/Johan dalam beberapa acara dan pertandingan sukan yang lain,
antaranya Johan Petanqeu Terbuka Pra Pulau Pinang, Johan Kejohanan Bola
Keranjang Terbuka Sultan Azlan Shah 2014, Johan Orienteering 1 Malaysia Edisi
Ke-4, Juara Keseluruhan Orienteering Asean Cup Grand Finale, mendapat
lima pingat emas di Kejohanan Kenu Kebangsaan 2014, lima pingat emas
di Sukan Antara IPT (SUKIPT) 2014, satu pingat emas di Kejohanan Softball
Terbuka UUM 2014, satu pingat emas di MASUM Rowing, satu pingat emas
di Kejohanan Petanqeu KPT Piala KSU, dua pingat emas di Kejohanan Pencak
Silat Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2014, dua pingat emas di Kejohanan
Taekwondo jemputan UTeM 2014, satu pingat emas di SUKAN MASUM FASA
2, satu pingat emas di Liga sofbol IPT (PST) 2014 dan satu pingat emas di
Kenoboi International River Challenge 2014.
41U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
Dalam aspek kesenian dan kebudayaan, pelajar-pelajar UPSI turut mencipta
beberapa kejayaan cemerlang dalam tahun 2014. Antaranya (1) Cik Siti
Zulaiha binti Mat Hassan, telah menjadi Johan Chef Sarjana Festival Makanan
1 Malaysia (FESTIMA) MAKUM 2014, (2) Kumpulan dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris telah menjadi Johan dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak
RM 3,000.00 berserta Sijil Penyertaan dalam program Rentak Bitara 2014
anjuran MAKUM dan UPSI, (3) Kumpulan “The Rendezvous” di bawah pimpinan
Pusat Kebudayaan telah berjaya menjadi Johan sekaligus membawa pulang
wang tunai berjumlah RM3,000.00 di Karnival Genexter 2014 anjuran Seksyen
Kesenian Universiti Malaya dan Pak Ngah Production.
Pegawai-pegawai kadet PALAPES UPSI seramai 76 orang, turut dilibatkan
dalam Istiadat Pentauliahan DiRaja PALAPES IPTA Kali Ke-33 pada 23 Ogos
2014. UPSI telah diamanahkan menjadi tuan rumah dalam istiadat kali ini.
Istiadat pentauliahan yang dijalankan dengan penuh tertib dan adat istiadat
ketenteraan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku
Panglima Besar Kedah Brigedier Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku
Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahli Jemaah
Pemangku Sultan Kedah.
Penglibatan pelajar UPSI dalam operasi membantu mangsa banjir yang
melanda negara khususnya di Kelantan, Pahang dan Perak pada akhir tahun
2014 juga telah membuktikan bahawa mahasiswa/i UPSI mempunyai jati diri
yang tinggi dan serba boleh. Dianggarkan seramai 3,000 orang pelajar telah
digerakkan menyertai misi Bantuan Banjir ini di bawah kelolaan Jabatan Hal
Ehwal Pelajar & Alumni serta Fakulti Sains Kemanusiaan.
042 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Pembangunan Kampus
Sejajar dengan matlamat UPSI untuk menjadi sebuah universiti terunggul dalam
bidang pendidikan di Asia menjelang tahun 2020, UPSI terus mempergiatkan
usaha menyediakan keperluan prasarana yang dapat memerkasakan
tranformasi universiti. UPSI bakal membangunkan sebuah lagi kampus
cawangan di Teluk Intan seluas 80 ekar sebagaimana yang telah diumumkan
oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Jun 2014, bagi menempatkan Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Peruntukan 40 juta telah disediakan oleh
kerajaan dan kerja-kerja awal pembangunan sudah dimulakan. Pembangunan
kampus baharu ini sudah pasti membuka lebih banyak ruang dan peluang
untuk UPSI melebarkan peranannya dalam pendidikan negara.
Manakala di Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City, terdapat tiga projek
pembangunan fizikal yang sedang berjalan dan bakal menampilkan wajah
baharu UPSI, iaitu; Pertama: sebuah Kompleks Sukan yang mengandungi
stadium, dewan gelanggang serbaguna, kolam renang, rumah sukan air dan
kerja-kerja infrastruktur luaran di kampus Sultan Azlan Shah. Projek ini dijangka
siap pada bulan Jun tahun 2015. Insya-Allah kompleks ini bakal menjadi
destinasi atlet sukan Sukma tahun 2016 nanti. Kedua: Sebuah Kompleks
Makmal Penyelidikan Pendidikan. Makmal yang sudah hampir siap sepenuhnya
dan boleh digunakan dalam masa terdekat. Makmal ini mengandungi tiga
`sayap` yang menempatkan tiga bidang fokus penyelidikan, iaitu Pengajaran
dan Pembelajaran, Inovasi dan Instrumentasi. Ketiga: Sebuah Pusat Latihan
Hospitaliti UPSI. Projek ini akan menjadi asas mentranformasikan program
pendidikan kemahiran hidup, penjanaan kewangan menerusi khidmat
perhotelan, penganjuran seminar dan kursus dan sebagainya. Kita berharap
penghujung tahun 2015 kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya. Tiga
buah projek mega ini merupakan projek yang dapat mengupayakan UPSI,
memerkasakan transformasi dan menyokong serta melengkapkan hasrat
membitarakan kecemerlangan universiti ini.
04433U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
Di samping itu, prasarana sedia ada di kompeks NCDRC UPSI yang sudah
beroperasi sejak Januari 2013 akan terus diperkasakan menerusi kegiatan
penyelidikan, penerbitan jurnal, program perkembangan pendidikan kanak-
kanak menerusi PERMATA, perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak,
perundingan dan sebagainya, tambahan lagi disemarakkan dengan geran
penyelidikan bernilai RM9,146,453.00 yang diluluskan pada akhir Disember 2014.
Selain daripada tiga projek yang dinyatakan, terdapat juga projek pembangunan
Kampus yang dinamakan sebagai projek Rolling Plan 1 (tahun 2016-2017) RMK-
11 yang telah dibentang dan diperakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Projek-projek yang telah diperakukan ialah: Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional di Teluk Intan, Kompleks Pusat Kesihatan, Garaj
Kenderaan, Pejabat JPPHB, Perpustakaan, Kompleks Fakulti Sains Kemanusian,
Kompleks Perkasa (yang menggabungkan PALAPES, SUKSIS, SISPA dan Unit-
Unit Kokurikulum), dan menaik taraf infrastruktur dan infostruktur ICT. Walau
bagaimanapun, kelulusan awal ini masih tertakluk kepada Unit Perancang
Ekonomi (EPU). Jika diluluskan di peringkat ini, barulah projek-projek tersebut
boleh dilaksanakan dengan dana yang diperuntukkan.
Penutup
Akhir kata, saya berdoa agar setiap kecemerlangan yang dicapai, sama ada yang
sudah berlalu mahupun yang akan datang terus subur dengan kecemerlangan
yang lebih manis dan mematangkan pengalaman UPSI untuk mencapai hala
tujunya menjadi Peneraju Universiti Pendidikan di Asia menjelang tahun 2020.
Semua kejayaan yang tercoret dan juga peristiwa yang berlaku sepanjang
tahun 2014 akan terus menjadi kenangan dan mencipta suatu sejarah baharu,
terpahat di dalam ingatan keseluruhan warga UPSI. Saya mendoakan semoga
UPSI akan terus cemerlang pada tahun-tahun mendatang.
Sekian, wassalam.
PROFESOR DATO’ DR. ZAKARIA BIN KASA
Naib Canselor
044 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
PENCAPAIAN
PETUNJUK
PRESTASI
UTAMA
PENCAPAIAN PETUNJUK
PRESTASI UTAMA (KPI) CAP’S
Pada tahun 2014, UPSI telah menetapkan 31 KPI berbanding pada tahun
2013 sebanyak 32 KPI. 12 daripada KPI yang disenaraikan merupakan
KPI baharu menggantikan KPI tahun 2013. KPI baharu ini didapati
lebih mencerminkan prestasi dan keupayaan universiti. Pencapaian paling
ketara adalah pada CAPs Akademia - Bilangan Ahli Akademik Yang Terlibat
Sebagai Pakar Rujuk/Penasihat Di Peringkat Kebangsaan/ Antarabangsa
(93.3%), Pembelajaran dan Pengajaran - Bilangan Projek Pemindahan Ilmu
dan Akademik dengan kerjasama Industri/Komuniti (20 berbanding 1 pada
tahun sebelum). Universiti turut menyasarkan sejumlah RM 450,000.00
untuk KPI Penyelidikan dan Pembangunan - Jumlah penjanaan pendapatan
R&D&C daripada: i) Harta Intelek (IP) ii) Perundingan (konsultansi) iii) Khidmat
Knowledge Transfer, walau bagaimanapun, jumlah penjanaan adalah sebanyak
907,386.76 iaitu pencapaian melebihi 100%.
44% 48%
56% 52%
2013 2014
Capai Sasaran Tidak Capai Sasaran
Rajah 1 Perbandingan pencapaian KPI CAP’s PSPTN UPSI 2013 dan 2014.
046 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
Secara keseluruhan, sebanyak 15 KPI (48.39%) mencapai sasaran manakala
16 KPI (51.61%) tidak mencapai sasaran. Walau bagaimanapun, terdapat
peningkatan sebanyak 4.73% berbanding tahun sebelumnya. Rajah 1
menunjukan peratus pencapaian KPI 2014 dan dibanding dengan tahun 2013.
Jadual 1 Pencapaian KPI CAP’s PSPTN UPSI pada tahun 2014.
CAP KPI Sasaran Pencapaian
Akademia
Bilangan Penerbitan yang Dihasilkan Secara Perkongsian 65 74
dan Berpasukan
Bilangan Ahli Akademik yang Mendapat Penganugerahan 47 25
di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Bilangan Ahli Akademik Yang Dilantik Menjadi Profesor 4 5
Adjung/ Profesor Pelawat
Bilangan Ahli Akademik Yang Terlibat Sebagai Pakar 60 116
Rujuk/Penasihat Di Peringkat Kebangsaan/ Antarabangsa
Pembelajaran dan Bilangan program yang melaksanakan sekurang- 35 27
Pengajaran kurangnya 5 amalan pembelajaran berimpak tinggi yang 3000 20,000
menyokong HSD.
Jumlah bajet penyelidikan universiti yang diperuntukkan
bagi penyelidikan dan inovasi dalam P&P.
e-Learning Bilangan kursus IPTA dalam Mod Blended Learning. 459 195
Bilangan produk R&D yang dikomersilkan pada tahun 1 2
semasa
Jumlah dana penyelidikan yang diperolehi IPT dari pihak 300,000 11,662
antarabangsa pada tahun semasa
Jumlah dana penyelidikan yang diperolehi IPT dari pihak 340, 909 20,000
swasta pada tahun semasa
Penyelidikan dan Bilangan harta intelek (IP) yang difailkan 7 15
Pembangunan (R&D) 138 123
Bilangan penerbitan oleh universiti dalam jurnal yang
diindeks
Jumlah kumulatif sitasi dalam tempoh 5 tahun ke 245 845
belakang
Jumlah penjanaan pendapatan R&D&C daripada: i) Harta 450,000 907,386.76
Intelek (IP) ii) Perundingan (konsultansi) iii) Khidmat
Knowledge Transfer
47U N I V E R S I T I P E N D I D I K A N S U L T A N I D R I S
CAP KPI Sasaran Pencapaian
Jumlah staf akademik antarabangsa di IPTA 29 32
Pengantarabangsaan Enrolmen mahasiswa pasca siswazah antarabangsa di 280 136
IPT (IPTA/ IPTS)
Enrolmen mahasiswa antarabangsa di IPT (IPTA/ IPTS) 400 651
Bilangan mahasiswa PhD (warganegara dan bukan 10 8
warganegara, sepenuh masa dan separuh masa) yang
bergraduat dalam tempoh yang sepatutnya di IPTA
MyBrain15 Bilangan mahasiswa PhD (warganegara, sepenuh masa 25 8
dan separuh masa) yang digraduatkan oleh IPTA 360 377
Bilangan Staf Akademik berkelayakan PhD dan setaraf
(warganegara dan bukan warganegara) di IPTA
Enrolmen mahasiswa PhD dan setaraf di IPTA 480 651
(warganegara)
Bilangan Projek Pemindahan Ilmu dan Akademik dengan 1 20
kerjasama Industri/Komuniti
Pembelajaran Bilangan peserta yang menyertai Program PSH (Program 2000 12,028
Sepanjang Hayat (PSH) PSH formal) – IPTA 40 36
Bilangan Program PSH di IPTA
Bilangan peserta yang menyertai Program PSH (Program 550 470
PSH tidak Formal) IPTA
Pembangunan Holistik Bilangan pemimpin yang berketerampilan di kalangan 10 3
Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 3 3
Bilangan program berteraskan University Community
Engagement (UCE) yang dilaksanakan oleh IPTA di
seluruh Malaysia
Industri – Akademia Peratus pendapatan yang dijana IPTA 12 % 23.87 %
Bilangan siswazah/lulusan IPT menceburi bidang 20 15
perniagaan selepas tamat pengajian
Keusahawanan Bilangan pelajar ijazah pertama dan diploma sepenuh
masa (tidak termasuk pascasiswazah) terlibat dalam
aktiviti pendedahan/ pembudayaan keusahawanan selain 8900 10,024
daripada kurikulum.
Kebolehpasaran Peratus Siswazah yang mendapat pekerjaan semasa 80 73.5
Siswazah konvokesyen
048 L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 4
CAP KPI Sasaran Pencapaian
Program Pemindahan Bilangan Amalan Terbaik dalam Pemindahan Ilmu yang 2 2
Pengetahuan diterima pakai oleh Komuniti dan inovasi yang diterima 2 2
oleh Industri, masing-masing.
Bilangan projek pemangkin/ ‘Flagship’ Pemindahan
Ilmu dan Akademik yang dilaksanakan mengikut Bidang
Tumpuan Utama (KRAs) Industri dan Komuniti
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN