ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA                                  MUKA
                                             SURAT
1 KATA-KATA ALUAN PENGARAH
      KATA-KATA ALUAN KJ JPPI, PENYELARAS 1     4
                                                5
2                                               6
      KATA-KATA ALUAN KJ JHEP, PENYELARAS 2     7
                                                7
3                                               7
      KATA-KATA ALUAN PENGURUSI PROGRAM         8
                                                9
4                                              11
6 PENGENALAN                                   13
7 OBJEKTIF                                      14
8 AHLI JAWATANKUASA INDUK
9 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA                   15
10 ATURCARA PROGRAM                             16
11 ATURACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
12 JADUAL PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN            29
13 JADUAL PEMBENTANGAN INOVASI
14 ABSTRAK PENYELIDIKAN
15 RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                    2
KATA-KATA ALUAN
                                                                    PENGARAH
                                   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
                                   salam sejahtera,, Salam KENT, Kerana Engkau Nama
                                   Terbilang.
                                             Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan
                                   yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
                                   salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad
                                   SAW.
         Saya ingin mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menzahirkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi kerana berjaya mengadakan Kolokium Penyelidikan dan
Pertandingan Inovasi (KoPPI) peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kent secara
maya dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal pelajar.
         Sesungguhnya, Anjuran Kolokium penyelidikan dan Pertandingan Inovasi ini
bukanlah acara yang julung-julung diadakan. Kolokium ini menjadi satu acara yang
dipertandingkan setiap tahun. Bahkan Kolokium ini juga wajib disertai oleh guru
pelatih semester 5 serta terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus kent.
         Saya yakin dengan kekuatan pensyarah dan guru pelatih yang ada di IPG
Kampus Kent dapat memartabatkan kolokium ini dan pastinya meninggalkan
kenangan dalam menyelongkar kekuatan pemikiran yang kreatif dan kritis kepada
semua yang terlibat secara aktif. Penganjuran KoPPI ini telah membuka tirai dan
membuktikan bahawa seluruh warga kent dan guru pelatih IPG Kampus Kent
sentiasa komited dalam menjana ilmu, nilai, kemahiran dan kecekapan dalam bidang
inovasi dan penyelidikan. Dengan adanya anjuran kolokium seperti ini, sudah pasti
dapat melahirkan bakal guru pelatih yang menyerlah bersinar sekali gus berupaya
melakar nama IPG Kampus Kent ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya menjadi
pemangkin dalam merealisasikan visi dan misi IPG Kampus Kent sebagai peneraju
kecemerlangan Institut Pendidikan Guru di Malaysia khususnya.
         Akhir kata, saya berharap agar seluruh warga IPG Kampus Kent terutama
para guru pelatih yang menjadi tunjang kecemerlangan dalam pendidikan negara
dapat menyahut cabaran melalui penyertaan dalam Kolokium Penyelidikan dan
Pertandingan inovasi. Sesungguhnya ilmu dan pengalaman yang diperoleh
sepanjang kolokium ini akan menjadi satu panduan dan nilai tambah dalam
menyelusuri kehidupan menjadi seorang bakal pendidik yang lebih terserlah
keunggulan peribadinya. Saya amat menghargai komitmen anda semua dalam
menyinari kegemilangan IPG Kampus Kent. Moga kita semua akan bersama dalam
membawa IPG Kampus Kent dalam melangkaui ilmu pendidikan di Malaysia.
Salam hormat dan terima kasih.
Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah B.S.K                                                        3
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
KATA-KATA ALUAN
                                                 KETUA JABATAN JPPI
                               Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, Salam KENT;
                               Kerana Engkau Nama Terbilang.
                                           Pertama sekali, saya merakamkan sekalung tahniah
                                 kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kolokium
                                 Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi (KoPPI 2021) yang
                                 dibimbing oleh Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi; Dr Ng
                                 Lee Fong.
         Terima kasih juga kepada warga Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan
Inovasi serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar kerana memantau perjalanan kolokium ini
sehingga dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga juga
kepada pengurusan tertinggi Institut Pendidikan Guru Kampus Kent khususnya
Pengarah; Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah kerana telah memberikan sokongan,
bimbingan dan idea sepanjang perancangan dan pelaksanaan KoPPI 2021.
         Sememangnya, penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan adalah dua aspek
penting yang dapat merangsang pembangunan dan kemajuan dalam pendidikan
semasa. Penyelidikan mampu menjawab banyak persoalan dan permasalahan dalam
pendidikan. Manakala inovasi pula banyak menyelesaikan masalah dalam
penyampaian pengajaran. KoPPI 2021 menjadi medan kepada pelajar untuk
menyerlahkan kemampuan mereka dalam menyelidik dan seterusnya berkongsi hasil
penyelidikan melalui pembentangan. KoPPI 2021 juga menjadi tempat kepada bakal
guru untuk menyemarakkan budaya inovasi dalam setiap pengajaran di bilik darjah.
         Dunia pendidikan semakin mencabar. Negara dan masyarakat mahu melihat
sistem dan hala tuju pendidikan lebih bermakna dan berfokus kepada kemenjadian
murid. Oleh yang demikian, guru pada hari ini perlu menyuburkan budaya membaca,
membuat penyelidikan dan menyelesaikan masalah-masalah dalam bilik darjah
melalui pembinaan bahan, kaedah dan teknik-teknik baharu atau yang ditambahbaik.
Hanya dengan cara ini sahaja guru menjadi relevan dalam sistem pendidikan pada
hari ini. Untuk berada dalam sistem itu juga, guru perlu mahir dalam teknologi
maklumat dan kemahiran-kemahiran lain yang boleh menjadi nilai tambah kepada
kualiti diri seorang guru.
         Akhir kata, saya percaya kejayaan penganjuran Kolokium Penyelidikan dan
Pertandingan Inovasi 2021 (KoPPI) peringkat IPG Kampus Kent ini adalah simbol
kejayaan IPG Kampus Kent dalam membudayakan penyelidikan, inovasi dan kreativiti
dalam pendidikan itu sendiri. Pendekatan ideal melalui pertandingan ini diharap
menjadi asas kukuh untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi sebagai satu
perspektif profesionalisme pendidik IPG Kampus Kent yang dapat dipraktik dan
diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.
Sekian.
Dr. Saimin bin Ginsari                                                                       4
Penyelaras 1
Ketua Jabatan Prancangan , Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
KATA-KATA ALUAN
                                             KETUA JABATAN JHEP
                                Tahniah kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan
                                Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Kent kerana
                                telah berjaya mengadakan satu program Kolokium
                                Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi (KoPPI2021)
                                peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dengan
                                kerjasama pelajar PISMP Ambilan Jun 2019.
         Saya amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan terutamanya kepada pelajar
PISMP Ambilan Jun 2019 ini. Bukti kesungguhan ini dapat dilihat di mana IPG
Kampus Kent berjaya melahirkan graduan serba boleh dalam bidang penyelidikan
dan inovasi pendidikan.
         Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam menonjolkan potensi
diri amat menggalakkan dan memberangsangkan menerusi program seperti KoPPI
yang diadakan setiap tahun. Penglibatan dalam pelbagai aktviti khususnya
penyelidikan dan pertandingan inovasi yang memerlukan pelajar melaksanakan
pembentangan amat digalakkan kerana ia dapat membantu para pelajar lebih
berkeyakinan dan meningkatkan potensi diri dalam pelbagai gaya pengajaran
melalui penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan pendidikan. Ia juga dapat
memberikan satu pengalaman yang baru pada setiap penyertaan penyelidikan dan
pertandingan inovasi yang disertai.
         Terima kasih kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI)
yang telah merancang dan memastikan pelaksanaan KoPPI2021. IPG Kampus Kent
amat bertuah kerana memiliki pensyarah yang berkebolehan dan berdaya saing
dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Tahniah buat para pensyarah yang sentiasa
aktif dalam penyelidikan dan pertandingan inovasi yang telah menjadi suri teladan
kepada pelajar untuk dicontohi.
         Akhir kata, semoga program inovasi seperti KoPPI akan terus menjadi
program tahunan IPG Kampus supaya penyelidikan dan pembangunan inovasi
dalam pendidikan berlaku secara berterusan dari semasa ke semasa di samping
meningkatkan potensi diri dalam bidang kemajuan pendidikan.
Sekian, salam maju jaya untuk semua.
En. Amidy Bin Malagob
Penyelaras 2
Ketua Jabatan Prancangan , Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                                                                                               5
KATA-KATA ALUAN
                                    PENGERUSI PROGRAM
                                     Salam sejahtera, salam Malaysia Prihatin, salam KENT,
                                     Kerana Engkau Nama Terbilang.
                                               Syukur, kerana dengan izin-Nya saya berpeluang
                                     mengabdikan kata alu-aluan dalam buku program
                                     Kolokium Penyelidikan Dan Pertandingan Inovasi Institut
                                     Pendidikan Guru Kampus Kent pada tarikh 10 – 11
                                     November 2021. Syabas dan tahniah kepada semua
                                     pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
         Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah
ilmu menjadi prasyarat kepada permulaan para pelajar bagi pembentukkan pelajar
untuk menjadi generasi pemimpin pada masa hadapan. Dunia semakin maju, bakal
guru jangan buntu. Program Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi yang
dianjurkan oleh institusi ini merupakan satu platform yang amat strategik kepada
para guru pelatih untuk mengasah bakat dalam mencipta sesuatu bagi menyumbang
kepada dunia pendidikan. Penyelidikan mahupun penciptaan inovasi ini bukan
sahaja bermotifkan untuk merangkul kemenangan malah melalui program ini minda
guru pelatih akan lebih terbuka bagi menjana pemikiran kreatif dan inovatif. Hasil
daripada penyelidikan dan inovasi ini turut dapat diaplikasikan dalam kalangan murid
bagi skop yang lebih luas dan memberikan hasil yang memberangsangkan malah
turut dapat dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi.
         Pencapaian dalam Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi ini
bukanlah sebuah pengakhiran bagi para peserta malah melalui program ini dapat
dianalogikan sebagai lampu isyarat bertanda hijau kepada hasil penyelidikan dan
inovasi oleh peserta untuk membawa hasil mereka ke peringkat yang lebih tinggi
lagi. Hasil yang menjulang kemenangan bukan sahaja dapat membanggakan namun
turut dapat memberikan ilham baharu kepada para peserta yang lain. Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Begitulah perumpamaan bagi penglibatan guru pelatih
terhadap program seperti ini di mana setiap peserta dalam sedar atau tidak mampu
membantu antara satu sama lain bagi menjana idea kreatif dan inovatif mereka di
samping bersama-sama meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia selaras dengan
objektif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)
         Sesungguhnya dunia pendidikan semakin hari semakin mencabar. Oleh itu,
bakal-bakal guru pada hari ini harus bersedia dengan sebarang perubahan drastik
dan mampu mendepani cabaran tersebut agar anak-anak didik pada masa akan
datang memperoleh ilmu yang berkualiti dan bermanfaat.
Sekian, terima kasih
Annunciatokade Jude Linggohun
Pengerusi JK Kerja KoPPI 2021
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                                               6
PENGENALAN
Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan (SPIP 2021) adalah
kesinambungan kepada program seminar penyelidikan yang menjadi program
tahunan institut pendidikan guru zon Sabah. Seminar sebegini wajar
diteruskan kerana ia menjadi wadah perkongsian ilmu warga pendidik yang
amat signifikan ke arah pelestarian budaya ilmu berasaskan penyelidikan di
samping meneroka penemuan-penemuan baharu dalam bidang pendidikan.
Usaha ini dilihat sebagai mekanisme yang dapat meningkatkan
profesionalisme ke tahap yang lebih tinggi khususnya dalam kalangan warga
pendidik di Sabah dan Malaysia amnya. Pelaksanaan SPIP 2021 adalah
bertepatan dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang memfokuskan
kepada pembudayaan penyelidikan dan inovasi. Pelaksanaannya juga adalah
selaras dengan inisiatif strategi sekunder iaitu penglibatan aktif pensyarah dan
pelajar dalam penghasilan model, inovasi dan penyelidikan yang dapat
diamalkan untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah.
               OBJEKTIF
a) Mengiktiraf dan menghargai hasil usaha guru pelatih secara formal dalam
    menghasilkan kajian dan bahan inovasi
b) Menggalakkan guru pelatih untuk bersikap kreatif, inovatif sehingga dapat
    memberi sumbangan ke arah pembangunan pendidikan
c) Membudayakan penghasilan bahan inovasi yang bermutu tinggi serta
    memiliki ciri-ciri komersial dalam bentuk ‘kit pembelajaran’ sehingga dapat
    bersaing diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa
d) Menyediakan satu platform yang dapat memberi peluang kepada pelajar
    untuk berbincang dan berkolaborasi bersama pensyarah dan rakan dalam
    menghasilkan bahan inovasi yang berkualiti
e) Menyebar luas maklumat kreativiti dan inovasi bersama warga pendidik
    lain
                                                                                                                                               7
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat    : Dr Hajah Rosmawati binti Hamzah B.S.K
Pengerusi
Penyelaras   : Datin Dr. Rosinah binti Edinin
Sekretariat
Bendahari    : Dr. Saimin Ginsari
Urus setia   : En. Amidy Malagob
             : Dr. Kok Boon Shiong
AJK          : Dr. Ng Lee Fong
             : Puan Salina binti Abdullah Sangguro
             : Dr. Suraya Hani Binti Zakaria
             : Dr. Hjh Rosnah @ Nining Binti Sidek
             : Dr. Maspi Bin Peran
             : Puan Mirin @ Merylene Magabi
             : Puan Fitri Shahwaliah Binti Su’ut
             : Puan Suzana Binti Fadzil
             : Dr. Effendy bin Yusuff
             : Encik Ismail bin Awang Piut
             : Puan Nurul Filza binti Kumil
                                                      8
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
JK Pengumpulan Artikel      1. Nurfaez Farziana Binti Fauzi
Penyelidikan                2. Nurfirza Bt Sapri
                            3. Ranni Gabrieal Yamin
                            4. Ashera Binti Mohd Yahiah
JK Pengumpulan Poster       1. Debbra Dominic
Inovasi dan Laporan Inovasi 2. Dora Madelina Jairy
                            3. Lindaasmiralda Lusian
                            4. Nadhirah Afifah Binti Amidin
JK Pendaftaran dan e-sijil  1. Nellezia Jaimun
                            2. Norina Daimel
                            3. Nur Ain Binti Siman@ Jimin
                            4. Nik Ezatul Nur Nafisa Binti Nik Shamsudin
JK Hadiah dan               1. Ballinda Michael Francis
Cenderamata                 2. Mimi Hasleyanie
                            3. Wan Nur Dalilah Binti Wan Mahadi
JK Streaming Webninar,      1. Muhammad Emir Ikhmal Bin Ismail
Penutupan,                  2. Alia Ilyana Binti Azihar
                            3. Farah Nur Amira Natasha Binti Asmadi
JK Teks Ucapan & Kata       4. Hazniza Binti Rasyid
Aluan Buku Program          5. Mohammad Faisal Bin Abd Nasir
                            6. Muhammad Aiman Hakimi Bin Jais
JK Jemputan VIP dan         7. Muhammad Aizat Shakimi Bin Mazuki
Peserta
                            1. Nur Atiqah Binti Hasbi
                            2. Nur Quratul Nabila Binti Sudiro
                            3. Nursyahirah Binti Mohd Fariq Ariffin
                            4. Siti Nor Anisa Binti Mapan Yuki
                                 Siti Norjulailah
                            1. Chistty Roppilin
                            2. Nursyahirah Binti Mohd Fariq Ariffin
                                                                          9
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
JK Pembentangan Maya           Moderator:
(Pengerusi Sesi & Penjaga      1. Alessandra Domissin
Masa)                          2. Amiza Binti Md. Mustapha
                               3. Elviana Gunong
                               4. Vivie Ester Paulinus
                               5. Stephanie Rayner
                               6. Alvecarlos Bin Kassim
                               7. Mohd Hariz Arip Bin Juhanin
                               8. Chrisconiela Julis
                               9. Jacquelyn Asrin Anak Asin
                               Penjaga masa:
                               1. Adreon Danil
                               2. Bonny Venture Paukin
                               3. Cornelius Sylvester
                               4. Haikal Faiz Bin Abdul Latiff
                               5. Jack Oswald Jude
                               6. Rosenita Zesta Mosus
                               7. Ag Mohd Naim Zahran Bin Ag Hussin
                               8. Joaeen Cham Siew Mei
                               9. Soon King San
                               10. Umar Bin Jefriee
JK Teknikal, Dokumentasi dan   1. Mohd Syafiq Bin Suardi
Persembahan Multimedia         2. Muhammad Yusri Bin Mohd Yusof
                               3. Muhd Akhmal Bin Mohd Hafiz
                               4. Nick Thierrye Nasri
JK Publisiti, Banner dan Website 1. Eiman Hanafi Bin Mohd Effendi
                                                2. Elvis Lee Anthony
                                                3. Emilson Bin Bainsol
JK Buku Program, Senarai       1. Muhammad Haziq Bin Mohd Hashim
Nama,                          2. Safiah Hasyimah Binti Misran
JK Bacaan Doa Penutupan        1. Muhammad Emir Ikhmal Bin Ismail
JK Pengacara Majlis            1. Muhammad Nor Iman Bin Mohd Fadzli
                               2. Norazreen Binti Mohamed Azhar
JK Panel Penilai
(Panel Penilai Penyelidikan &  1. Alfiani Binti Manshur
Panel Penilai Inovasi)         2. Azlinah Nieh Wan
                                                                        10
PANEL PENYELIDIKAN
No Nama                   Institusi
1 Dr Ronald Yusri Batahong, IPGK Kent
2 Dr. Chiam Sun May       IPGK Kent
3 Dr. Jais Abdul Hamid    IPGK Kent
4 Dr Adeline Leong Suk Yee IPGK Kent
5 Dr Sabariah Bahrun      IPGK Kent
6 Dr. Saimin bin Ginsari  IPGK Kent
                                       11
PANEL HAKIM INOVASI
No Nama                                Institusi
1 Cik Lajiwin @ Jovinia Bt Kudun       IPGK Kent, Sabah
2 Encik Benny Kong Tze Loong           IPGK Kent, Sabah
3 Dr. Kok Boon Shiong                  IPGK Kent, Sabah
4 En Santana Rajan Perumale            IPGK Kent, Sabah
5 En Zainudin Bin Ab Ghani             IPGK Kent, Sabah
6 Puan Low Kee Sun                     IPGK Kent, Sabah
7 Encik Vickneswaran A/L Nakar Salapan IPGK Kent, Sabah
8 Encik Syhibin Bin Japar              IPGK Kent, Sabah
9 Puan Zainab binti Hashim             IPGK Kent, Sabah
10 Dr. Effendy bin Yusuff              IPGK Kent, Sabah
11 Puan Shufianah Puteri Yusof         IPGK Kent, Sabah
12 Dr. Khoo Chwee Hoon                 IPGK Kent, Sabah
13 Dr. Caroline Lorena David           IPGK Kent, Sabah
14 Puan Salina binti Abdullah Sanguro  IPGK Kent, Sabah
15 Dr. Ng Lee Fong                     IPGK Kent, Sabah
16 Encik Mohd Fauzi bin Azraii         IPGK Kent, Sabah
17 Encik Mohd Said bin Julpin          IPGK Kent, Sabah
18 Puan Sauzanah binti Sulaiman        IPGK Kent, Sabah
19 En Arun bin Daud                    IPGK Kent, Sabah
20 Puan Dorothea Marukau@Nuratiqah IPGK Kent, Sabah
21 CHIA SIAW YENG                      SJK(C) Pai Sheng, Kunak , Sabah
22 Rexly Fredy                         SK Perancangan, Beluran, Sabah
23 IZRAH BIN JUMDAIL                   SK Merpati Sandakan, Sabah
24 Pui Chaw Min                        Sekolah Kebangsaan Abun Matu, Sarawak
25 Wong Lee King                       SJKC Kuen Cheng 2,
26 Ijrahwati Datu Raslin               PPD Kota Belud
27 PHAN CHEI KUAN                      SJK(C) YUK KWAN
28 Hallsen Justin                      SK Kirokot Ranau
29 LAU YI YI                           SJK(C) KEPONG
                                                                              12
ATURCARA PROGRAM
Tentatif KOLOKIUM PENYELIDIKAN & PERTANDINGAN INOVASI
                                   (KoPPI 2021)
              INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
                   10 November (Rabu)
7.30- 8.00 pagi                              Pendaftaran dan taklimat
8.00-10.00 pagi    Bilik Teratai             Bilik Hibiscus            Bilik Orkid
(Sesi selari 1)    Pembentangan              Pembentangan              Pembentangan
                   Inovasi                   Inovasi                   Inovasi
                   (PISMP Jun 2018)          (PDPP)                    (PDPP)
                   https://meet.google.com   https://meet.google.com   https://meet.google.com/
                   /aeb-svmx-jmj             /ktx-fprv-ttb             zdm-bqfr-jra
10.00-10.30 pagi                             Rehat
10.30-12.30        Bilik Teratai             Bilik Hibiscus            Bilik Orkid
Tengah hari        Pembentangan              Pembentangan              Pembentangan
(Sesi selari 2)    Inovasi                   Inovasi                   Inovasi
                   (PISMP Jun 2018)          (PISMP Jun 2019)          (PISMP Jun 2019)
                   https://meet.google.com/  https://meet.google.com   https://meet.google.com/
                   aeb-svmx-jmj              /ktx-fprv-ttb             zdm-bqfr-jra
12.30 tengah       Bilik Teratai                        Rehat          Bilik Orkid
hari- 2.00 petang  Pembentangan                                        Pembentangan
                   Inovasi                   Bilik Hibiscus            Inovasi
2.00-4.00 petang   (PISMP Jun 2018)          Pembentangan              (PISMP Jun 2020)
(Sesi selari 3)    https://meet.google.com   Inovasi                   https://meet.google.com/z
                   /aeb-svmx-jmj             (PISMP Jun 2019)          dm-bqfr-jra
                                             https://meet.google.com
                                             /ktx-fprv-ttb
                                                                       13
ATURCARA PROGRAM
7.30- 8.00 pagi             11 November 2021 (Khamis)
                                           Pendaftaran dan taklimat
8.00-10.00 pagi   Bilik Teratai                Bilik Hibiscus                Bilik Orkid
(Sesi selari 4)   Pembentangan                 Pembentangan                  Pembentangan
                  Penyelidikan                 Penyelidikan                  Penyelidikan
10.00-10.30 pagi  https://meet.google.com/aeb  https://meet.google.com/ktx-  https://meet.google.com/zdm
                  -svmx-jmj                    fprv-ttb                      -bqfr-jra
                                                          Rehat
10.30-12.30       Tajuk Webinar: Integrasi Teknologi Perentas Arus Pembelajaran
tengah hari       Tanpa Sempadan
(Sesi selari 4)
                  Pengacara:Dr. Rosnah @ Nining binti Sidek
12.30 – 3.00                      (Pensyarah Cemerlang Matematik, DG54),
petang                            Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
3.00 petang
                  Moderator:Dr Kok Boon Shiong
                                 (Pensyarah Cemerlang Teknologi Pendidikan, DG54)
                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                  Panel 1:  Profesor Dr. Zaidatun Tasir
                            Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
                            Universiti Teknologi Malaysia
                  Panel 2:  PM Dr. Johari Surif
                            Pengarah, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan
                            dan Inovasi), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri,
                            Unviersiti Teknologi Malaysia.
                  Panel 3:  Professor Dr. Abd Karim Alias
                            Pengarah, Pusat Pembangunan Kecemerlangan
                            Akademik (CDAE), Universiti Sains Malaysia
                                               Rehat
                                      Majlis Perasmian Penutupan
                  KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI
                                                 (KoPPI 2021)
                                                                                   14
ATURCARA PENUTUPAN
3.00 petang           ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
             KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN PERTANDINGAN INOVASI
                                                (KoPPI2021)
                                          11 NOVEMBER 2021
             ~ Semua peserta masuk ke aplikasi YouTube
             ~ Pengarah, Ketua Jabatan, Pensyarah masuk ke aplikasi YouTube
             ~ Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu IPG
             ~ Bacaan Doa,
                  Encik Kamarulzaman bin Ideres,
                  Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
             ~ Ucapan
                 Annunciatokade Jude Linggohun,
                  Pengerusi KoPPI
             ~ Persembahan Montaj KoPPI2021
             ~ Ucapan Perasmian Penutupan
                  YBrs. Dr. Hajah Rosmawati binti Hamizah B.S.K
                  Pengarah IPG Kampus Kent
             ~ Ulasan Ketua Panel penilai Penilai Penyelidiakan
             ~ Ulasan Ketua Panel Hakim Inovasi
             ~ Persembahan video penhargaan panel
                 1. Pengumuman Anugerah Inovasi (Gangsa, Perak, Emas)
                 2. Pengumuman Pembentang Terbaik mengikut bilik (Best of the Best)
                 3. Pengumuman Inovasi Terbaik
             ~ Bersurai
                                                                                     15
JADUAL PEMBENTANGAN
                                              PENYELIDIKAN
Moderator : Alessandra Domissin                                            BILIK TERATAI
Penjaga Masa : Adreon Danil                                   NAMA PESERTA
Panel Penilai : Dr Saimin Ginsari & Dr Adelina Leong Suk Yee
Link : https://meet.google.com/aeb-svmx-jmj
TARIKH/ MASA                     TAJUK
                     Kajian Tindakan Penguasaan Murid                  AP_03
                   Tahun 4 Dalam Kemahiran Penukaran          Haziq bin Abdul Latif
                         Peratus Ke Perpuluhan Di Sk
                           Pomotodon Kota Kinabalu
                   Kaedah E-Jpm Membantu Murid Tahun          AP_04
                       Lima Meningkatkan Penguasaan
                   Kemahiran Menukar Unit Masa Jam,           Kimberly Chia Dee Na
                                 Minit Dan Saat
                     Penggunaan “Lunch Board” Untuk           AP_05
                   Meningkatkan Kemahiran Penukaran
                     Unit Panjang Dalam Kalangan Murid        Najmuddin Rifaie bin
                   Tahun 4 Di Sekolah Kebangsaan Kuala            Ahmad Shubki
                                  Kubu Bharu Dua
11 November 2021      Penggunaan Pendekatan Inkuiri                     AP_07
   ( 8 – 10 pagi)  Terhadap Tahap Penguasaan Murid            Fatin Nurul Athira binti
                   Dalam Topik Penukaran Unit Ukuran
                                                                         Ismail
                                      Panjang
                   Penggunaan Bahan Bantu Mengajar                      AP_08
                            Dalam Kalangan Guru
                   Praperkhidmatan Matematik Semasa           Norasyikin binti Mohd
                    Pengajaran Dan Pembelajaran Dari                   Zamuri
                                       Rumah                           AP_17
                      Kajian Awal Penggunaan Kamus            Ellis Loison & Andey
                    Bergambar Bahasa Kadazandusun
                   Dalam Pengajaran dan Pembelajaran                    Majik
                                                                                          16
JADUAL PEMBENTANGAN
                                                 PENYELIDIKAN
                                                         BILIK HIBISCUS
Moderator : Amiza binti Md. Mustapha
Penjaga Masa : Bonny Venture Paukin
Panel Penilai : Dr. Chiam Sun May & Dr. Sabariah Bahrun
Link : https://meet.google.com/ktx-fprv-ttb
TARIKH/ MASA       TAJUK                                 NAMA PESERTA
                   Penggunaan Kaedah Kad Berantai        AP_11
                   Membantu Murid Menguasai Kemahiran    Nurul Syazwani binti
                                 Menulis Karangan         Muhamad Yusof &
                                                         Caroline @ Lorena David
                                                                     AP_12
                   Peluasan Sp                           Qistina Athiffah binti
                                                         Ahmad Sabri & Nor
                                                         Shazwaniey binti
                   Meningkatkan Penguasaan Kata Sendi    Mustaffar
                                                          AP_13
                    Nama ‘Dalam’ Dan Frasa Sendi Nama Nur Anthasha binti Alias &
                   ‘Di Dalam’ Menggunakan Teknik Cawan caroline @ Lorena David
                                       Dalam                      AP_14
                       Penggunaan E-Tangon Dalam         Kelly Jimond & Evlina
                     Meningkatkan Pemahaman Murid
                   Terhadap Topik Pembelajaran Dalam          binti Philimon
11 November 2021   Mata Pelajaran Bahasa Kadazandusun
   ( 8 – 10 pagi)
                   Penggunaan Inovasi Kembara BN                      AP_16
                   Dalam Meningkatkan Penguasaan         Shuin Hien Puji@ Lodunis
                                                             & Esthy Anne Singi
                   Murid Tentang Kata Nama Dalam
                   Bahasa Kadazandusun
                    Kaedah Dan Tahap Keberkesanan                   DP_01
                   Pembacaan Iqra’ Dan Al Quran Bagi     Muhammad Firdaus bin
                   Subjek Tasmik Murid Tahun 5 Kreatif
                   Sewaktu Pdpr Berlangsung Dengan                  Sukria
                     Menggunakan Aplikasi Whatsapp                                               17
JADUAL PEMBENTANGAN
                                               PENYELIDIKAN
                                                                      BILIK ORKID
Moderator : Umar bin Jefriee
Penjaga Masa : Cornellius Sylvester
Panel Penilai : Dr. Ronald Yusri Batahong & Dr. Jais bin Abdul Hamid
Link : https://meet.google.com/zdm-bqfr-jra
TARIKH/ MASA                         TAJUK                  NAMA PESERTA
                   Meningkatkan Kemahiran Melabelkan                    AP_01
                    Struktur Gigi Dengan Menggunakan                  Mack Lee
                    Augmented Reality (Ar) Bagi Murid
                                      Tahun 3
                   Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam                AP_02
                    Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 3
                        Bagi Tajuk Proses Pencernaan        Nur Anis Nadia binti
                                                                Mohd Asmadi
                   Konsep Kartun: Meningkatkan                        AP_06
                   Kemahiran Inquiri Murid Tahun 5 Melalui
                   Komunikasi Dalam Membuat Ramalkan Ainin Sofiya binti Mohd
                                     Dan Hipotesis                    Hadi
11 November 2021    Penggunaan LIMI Bagi Meningkatkan                AP_09
   ( 8 – 10 pagi)    Kemahiran Penukaran Unit Liter dan             Joan Ng
                   Mililiter Dalam Kalangan Murid Tahun 4
                                                                     AP_10
                     Kesediaan Guru Matematik Sekolah       Zulaikha binti Mamat
                        Rendah Terhadap Pelaksanaan
                      Pengajaran Dan Pembelajaran Di
                           Rumah (Pdpr) Di Malaysia
                   Keberkesanan QR Koihaanvagu Dalam              AP_15
                      Meningkatkan Kosa Kata Bahasa         Faveyana Linos
                   Kadazandusun Murid Sekolah Rendah
                                                                                  18
JADUAL PEMBENTANGAN
                                                        INOVASI
               10 November 2021 08.00 PAGI - 10.00 PAGI (SESI SELARI 1)
          BILIK                     TAJUK INOVASI                KOD DAN PEMBENTANG
          Bilik Teratai             YOU KNOW WHEN YOU SEE                A_01
Moderator:                               Belajar Tulis Karangan     FAVEYANA LINOS
Alessandra Domissin                               (BETUKAR)
                                                                             A_08
Panel:                              CAPCUT EDITING FOR ONLINE    NURUL SYAZWANI BINTI
1. Puan Low Kee Sun                        LEARNING (CEFOL)
2. Encik Mohd Said bin Julpin                                      MUHAMAD YUSOF
3. Encik Pui Chaw Min
                                                                             A_09
                                                                  NURAMIRAH ATIFAH
                                                                         BINTI AMIR
Penjaga Masa:                              SEGATUS                             A_15
Adreon Danil                               OdriTrello             HAZIQ BIN ABDUL LATIF
Link: https://meet.google.com/aeb-  GAMIFIKASI VOKAL                           A_26
                                                                        AUDRIE SISON
svmx-jmj
              Bilik Hibiscus                                                   D_01
                                                                 ABDUL ADIB BIN ASNAWI
Moderator:                          Kit My IQ Blend                           D_04
Amiza Binti Md. Mustapha                                           JESSICA AVY JUPIOL
Panel:                                                                        D_05
                                                                  FELDENAH BINTI JIPIN
1. Encik Syhibin Bin Japar          PiMs KSSMPK TINGKATAN 5       D_07 ALHAFIZAH BINTI
2. Puan Zainab binti Hashim              MENERUSI ANDROID                 TELEPUDIN
3. Encik Rexly Fredy                APLICATION PACKAGE, APK
                                                                              D_09
Penjaga Masa:                       BELAJAR MELALUI BERMAIN      ARISHA HANANI JOSELY
                                    PERMAINAN "BERGAMBAR
Bonny Venture Paukin                PELENGKAP PIRAMID DALAM
                                    MEMBINA DAN MENULIS AYAT
Link: https://meet.google.com/ktx- TUNGGAL DI KALANGAN
fprv-ttb                            MURID KURANG UPAYA
                                            INTELEKTUAL
                                    GETAH BERNOMBOR
                Bilik Orkid          MISI MENYELAMATKAN                         D_13
                                           HIDUPAN LAUT
Moderator:                                                             NURUL MAZIDATU
Elviana Gunong                            GIGI SI KUNDUR
                                                                 SHAEMAH BINTI MAHMUD
Panel:                                     ROBROD BOX
1. Cik Lajiwin @ Jovinia Kudun         WAQAF GAME BOX                          D_14
2. Puan Sauzanah binti                                               KASRAM BIN ABDUL
                                        GAMIFIKASI KENALI
    Sulaiman                        PENGANGKUTAN AWAM                          KADIR
3. Encik Izrah bin Jumdail
                                                                               D_16
Penjaga Masa:                                                        ROSNE BINTI APING
Cornelius Sylvester
Link: https://meet.google.com/zdm-                                             D_17
bqfr-jra                                                           SITI NURFARAHAIN BINTI
                                                                            SHAHLAN
                                                                               D_18
                                                                    FAUZIAH BINTI MOHD 19
                                                                                JANI
JADUAL PEMBENTANGAN
                                                          INOVASI
       10.30 PAGI -12.30 TENGAH HARI (SESI SELARI 2)
BILIK                              TAJUK INOVASI            KOD DAN PEMBENTANG
             Bilik Teratai                    KoBo KaDus                A_04
                                   PENDAKIAN DaTiRu DiDaRu         ELLIS LOISON
Moderator:
Vivie Ester Paulinus                       INOVASI D-PlaV               A_11
                                                MG-DER       NUR ANTHASHA BINTI
Panel:
1. Dr. Kok Boon Shiong               KAEDAH SeTiA & SeLaSa              ALIAS
2. Encik Zainudin bin Ab                                                A_17
                                           KATA PENGUAT     ZULAIKHA BINTI MAMAT
    Ghani                                  Pe-Ka Penguat
3. Encik Hallsen Justin                                                 A_22
                                   UTARA, TIMUR, BARAT DAN     MOHD NIZAM BIN
Penjaga Masa:                                   SELATAN
Haikal Faiz Bin Abdul Latiff                                          MATUSIN
Link:                                                                   A_29
https://meet.google.com/aeb-
svmx-jmj                                                      VERGEER VOI ANAK
                                                                        PAUL
            Bilik Hibiscus
                                                                         B_10
Moderator:                                                    NURSYAHIRAH BINTI
Stephanie Rayner                                            MOHD FARIQ ARIFFIN
Panel:                                                                   B_23
1. Dr. Effendy Bin Yusuff                                   AZLINA NIEH WAN SHIE
2. Encik Vickneswaran A/L
                                                                BINTI ABBAS NIEH
    Nakar Salapan                                                   ABDULLAH
3. Cik Chia Siaw Yeng                                                    B_24
                                                               ALIA ILYANA BINTI
                                                                       AZIHAR
Penjaga Masa:                             DUSATI TISADU                   B_29
Jack Oswald Jude                         SIAPAKAH SAYA         ASHERA BINTI MOHD
Link: https://meet.google.com/ktx  SCRATCH JOM BELAJAR
-fprv-ttb                                                               YAHIAH
                                           My QRCard                      B_30
              Bilik Orkid                      DEBAS
                                                              NICK THIERRYE NASRI
Moderator:                                   CAKASAR
Alvecarlos Bin Kassim                       SuKaGoku                      B_12
Panel:                                                      JOAEEN CHAM SIEW MEI
1. Dr. Khoo Chwee Hoon
2. Encik Santana Rajan                                                    B_13
                                                               BALLINDA MICHAEL
    Perumale
3. Cik Ijrahwati Datu Raslin                                           FRANCIS
Penjaga Masa:                                                             B_14
Rosenita Zesta Mosus                                           BALLINDA MICHAEL
Link:
https://meet.google.com/zdm-                                           FRANCIS
bqfr-jra
                                                                      B_15
                                                            JACQUELYN ASRIN
                                                                 ANAK ASIN
                                                                      B_21
                                                            MUHAMMAD AIZAT
                                                                   SHAKIMI
                                                                                   20
JADUAL PEMBENTANGAN
                                                          INOVASI
                               2.00 PETANG -4.00 PETANG (SESI SELARI 3)
        BILIK                            TAJUK INOVASI         KOD DAN PEMBENTANG
                Bilik Teratai             GF PANAHANGAN                           A_05
Moderator:                               OSOMBULU PdPr BKD               MARDIANA LINUS
Mohd Hariz Arip Bin Juhanin              JISLIM TRAFIK HAN                A_10
                                                               SITI NORRAIHAN BINTI
Panel:                                   KGG Converter                        A_16
1. Dr. Caroline Lorena David                  AR-LaGi          AHMAD AFIQ BIN AHMAD
2. Puan Shufianah Puteri Yusof
3. Cik Lau Yi Yi                                                             NAZRI
                                                                              A_21
                                                                          MACK LEE
Penjaga Masa:                            ACID ALKALI TELLER    A_27 ELISE WOON SHUEK
                                                                             FENG
Ag Mohd Naim Zahran Bin Ag
Hussin
Link: https://meet.google.com/aeb-
svmx-jmj                                       MORA 1,2                      B_01
               Bilik Hibiscus                    DANUM         LINDAASMIRALDA LUSIAN
Moderator:                               TANGKOB RINUKUT-                    B_02
Chrisconiela Julis                                RUKUT           NUR AIN BINTI SIMAN
Panel:                                         MonoPoBo                      B_03
1. Puan Salina Abdullah                                         DORA MADELINA JAIRY
                                              SUNLAN 2.0
    Sangguro                                                                 B_04
2. Encik Arun bin Daud                                         ANNUNCIATOKADE JUDE
3. Encik Mohd Fauzi bin Azraii
                                                                       LINGGOHUN
Penjaga Masa:                                                                B_07
Joaeen Cham Siew Mei
                                                               ALESSANDRA DOMISSIN
Link: https://meet.google.com/ktx-fprv-
ttb                                           Jam DARADA                     C_01
                 Bilik Orkid                LAUTAN MEMORI       MOHD FAZWAN PANG
Moderator:                                Permainan a,e,I,o,u                C_02
Jacquelyn Asrin Anak Asin                                           PUTRI NURUL AIEN
                                         GAMIFIKASI SCRATCH
Panel:                                     “DUNIA ADJEKTIF”           BINTI ROZHAN
1. Puan Dorothea Marukau @                                                   C_03
                                           BIJAK AIR MUTLAK
    Nuratiqah                                                  ALICELIANITA JEFRISON
2. Dr. Ng Lee Fong                                DROPLET
3. Cik Phan Chei Kuan                                                        C_04
                                                                 NUR ASHILA BINTI MAT
Penjaga Masa:
Soon King San                                                               DAUD
Link:https://meet.google.com/zdm-                                            C_05
bqfr-jra                                                       HUZWANI BINTI ILYASNUR
                                                                             C_06
                                                               BECKY LAU CHUNG XIN
                                                                                         21
ABSTRAK PENYELIDIKAN
    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELABELKAN STRUKTUR GIGI DENGAN MENGGUNAKAN
                               AUGMENTED REALITY (AR) BAGI MURID TAHUN 3
                                                           Mack Lee
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Kent/ PISMP Sains (SK)
                                      [email protected]
                                                            ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi
dengan menggunakan kaedah Augmented Reality (AR). Kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian terdiri
daripada tujuh orang murid Tahun 3 iaitu lima orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946). Saya telah
menggunakan empat instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (pra dan pos),
temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen awal. Intervensi telah dijalankan dengan
menggunakan aplikasi Assemblr Edu bagi meningkatkan kemahiran melabel keratan
struktur gigi dengan betul. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata markah kemahiran
melabel struktur gigi dengan betul adalah sebanyak 94 peratus selepas penerapan AR,
89 peratus bagi tema kemahiran melabel dan 100 peratus dalam tema minat
menggunakan AR. Justeru, AR berjaya membantu murid dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran melabel keratan rentas struktur gigi dengan betul.
Kata Kunci: Augmented Reality, Struktur Gigi, Assemblr Edu, Sains.
    PENGGUNAAN “LUnCh Board” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT
   PANJANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU
                                                         BHARU DUA
                            Najmuddin Rifaie Bin Ahmad Shubki (990413105907)
                        Pismp Matematik(sk) Ambilan Jun 2018 Ipg Kampus Kent
                                                            ABSTRAK
Terdapat murid tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran penukaran unit ukuran
panjang semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara punca utama masalah
ini berlaku adalah kerana mereka tidak mengingati rumus penukaran unit ukuran
panjang. Mereka juga keliru dengan perbezaan nilai seperti milimeter dan sentimeter.
Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid bagi menukar unit
panjang. Sampel diambil daripada murid-murid kelas sederhana dan lemah iaitu 4
Active dan 4 Brilliant di SK Kuala Kubu Bharu Dua. Setelah LUnCh Board digunakan
sebagai bahan intervensi untuk meningkatkan kemahiran penukaran unit panjang, murid
kelihatan seronok untuk menjawab soalan penukaran unit panjang dan mereka
merasakan bahawa penggunaan LUnCh Board membantu mereka untuk menukar unit
panjang. Penyelidikan ini bukan sahaja dilakukan untuk meningkatkan kemahiran unit
ukuran panjang murid malah menggalakkan murid terlibat aktif dan seronok mengalami
pembelajaran.
                                                                                                                                                  22
ABSTRAK PENYELIDIKAN
  KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 3 BAGI
                                                 TAJUK PROSES PENCERNAAN
                       Nur Anis Nadia Binti Mohd Asmadi ([email protected])
                                                   IPG Kampus Kent, Tuaran
                                                               ABSTRAK
Menyedari akan hakikat bahawa subjek Sains memerlukan murid untuk memahami konsep-
konsep sains dan menghafal banyak fakta. Maka pengkaji telah menjalankan sebuah kajian
dengan memasukkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam membantu murid untuk mudah
mengingati konsep sains khususnya tajuk proses pencernaan. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid bagi
tajuk proses pencernaan dalam kalangan murid Tahun 3 Monsopiad (3 M). Rekabentuk kajian
ini adalah secara kualitatif dan kuantitatif. 10 orang murid tahun 3 M dari Sekolah Kebangsaan
Tambalang, telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang
menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan kaedah nyanyian dan
kumpulan kawalan yang menjalani PdP secara konvensional. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan semakan dokumen, pemerhatian dan soal selidik untuk meninjau masalah
murid dalam PdP Sains. Manakala penilaian keberkesanan kaedah nyanyian diperoleh melalui
analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian dan soal selidik. Hasil tinjauan masalah
mendapati murid tidak dapat menguasai tajuk-tajuk sains kerana kegagalan mereka untuk
menghafal fakta serta konsepnya. Hasil analisis data Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan
peningkatan pada nilai min iaitu dari 6.8 kepada 11.4. Berdasarkan analisis borang
pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedah nyanyian dalam PdP Sains berupaya
meningkatkan minat murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah
nyanyian berjaya membantu murid mengingati maksud serta urutan aliran proses pencernaan.
Kata kunci: Keberkesanan, kaedah, nyanyian, meningkatkan, ingatan
 KAJIAN TINDAKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 DALAM KEMAHIRAN PENUKARAN PERATUS KE
                                                            PERPULUHAN
                                                       Haziq Bin Abdul Latif
                         Institut Pendidikan Guru Kampus Kent/ PISMP Matematik (SK)
                                          [email protected]
                                                               ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji dan menyelesaikan isu-isu pengajaran dan pembelajaran
Nombor dan operasi khususnya Tajuk Peratus dengan penggunaan resos Kit Segi Tiga Peratus
(Segatus). Dewasa ini, mudah diperhatikan bahawa murid-murid mengalami kekeliruan dalam
tajuk peratus terutama dalam penukaran perpuluhan ke peratus dan sebaliknya. Oleh sebab
itu, resos Kit Segatus dihasilkan untuk mengatasi masalah ini. Maka kajian ini adalah bertujuan
untuk menunjukkan bahawa keberkesanan resos ini dalam mengatasi masalah ini. Dalam
kajian ini, murid-murid Tahun empat telah menjadi populasi kajian. Selain itu, kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan, kaedah bimbingan dari
mentor dan kaedah rujukan internet.
                                                                                                                                                  23
ABSTRAK PENYELIDIKAN
KAEDAH E-JPM MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENUKAR
                                                 UNIT MASA JAM, MINIT DAN SAAT
                          Kimberly Chia Dee Na ([email protected])
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Penggunaan kaedah e-JPM (Jari Pecahan Masa) merupakan salah satu bahan intervensi yang
diperluaskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam bidang Matematik. Kaedah ini
telah diinovasikan dan digunakan untuk membantu murid dalam masalah penukaran unit jam, minit
dan saat melibatkan pecahan masa. Seramai enam orang murid Tahun Lima di salah sebuah
sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian telah
dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan
kaedah analisis peningkatan peratusan secara deskriptif dalam ujian pra dan ujian pasca bagi
memastikan keberkesanan penggunaan e-JPM dalam PdPR. Selain itu, pengkaji juga
menggunakan kaedah pemerhatian melalui borang senarai semak bagi menyelidik
perkembangkan penguasaan murid dalam penukaran unit masa. Penggunaan borang soal selidik
juga digunakan dalam menilai persepsi murid terhadap penggunaan e-JPM tersebut. Secara
keseluruhannya, kaedah e-JPM ini berjaya membantu murid Tahun Lima meningkatkan
penguasaan kemahiran menukar unit masa, jam dan saat semasa proses PdPR dijalankan.
Kata kunci: Penukaran Unit Masa, kaedah e-JPM
        PENGGUNAAN PENDEKATAN INKUIRI TERHADAP TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM TOPIK
                                               PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG
                        Fatin Nurul Athira binti Ismail ([email protected])
                                                       IPG Kampus Kent, Tuaran
                                                                   ABSTRAK
Pendekatan inkuiri telah digunakan sebagai intervensi untuk menentukan tahap penguasaan murid
dalam mata pelajaran matemarik. Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid Tahun 3 di dalam topik penukaran unit ukuran panjang. Seramai 16 orang
murid Tahun 3 dari salah sebuah sekolah sekitar Segamat dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilakukan melalui pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2021, hasil
kerja murid dan ujian pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak memahami dan mengingati
cara penukaran unit ukuran panjang melibatkan unit meter dan sentimeter. Perancangan Tindakan
difokuskan kepada penggunaan pendekatan inkuiri untuk meningkatkan tahap penguasaan murid
dalam menukar unit ukuran panjang melibatkan meter dan sentimeter. Murid telah didedahkan
kepada penggunaan pendekatan inkuiri selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam
tempoh 5 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan
soal selidik juga menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar topik
penukaran unit ukuran panjang melibatkan meter dan sentimeter melalui penggunaan pendekatan
inkuiri. Kajian ini diharap dapat membantu murid serta guru yang bukan sahaja melibatkan subjek
matematik tetapi juga mata pelajaran lain yang dilihat kritikal. Ia juga diharap dapat membantu
meningkatkan kefahaman murid terhadap topik penukaran unit ukuran panjang.
Kata kunci: Penggunaan, Inkuiri, Penguasaan, Penukaran, Panjang, Matematik
                                                                                                                                                  24
ABSTRAK PENYELIDIKAN
KONSEP KARTUN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN INQUIRI MURID TAHUN 5 MELALUI KOMUNIKASI DALAM
                                               MEMBUAT RAMALAN DAN HIPOTESIS.
                                     Ainin Sofiya Mohd Hadi ([email protected])
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Berdasarkan refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pengkaji dan disokong dengan
pemerhatian terhadap pengajaran guru yang berpengalaman, pengkaji mendapati murid
mempunyai masalah dalam berkomunikasi mengunakan bahasa saintifik bagi melakukan ramalan
dan hipotesis berdasarkan situasi kehidupan harian. Murid juga kurang memberikan respon
terhadap ransangan guru berbentuk penyoalan lisan semata-mata. Pengkaji mendapati murid
memerlukan rangsangan berbentuk visual bagi membantu mereka untuk berkomunikasi. Lantaran
itu, model konsep kartun diperkenalkan bagi menggantikan teknik penyoalan lisan. Seramai 20
orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah sekitar Jitra, Kedah telah terlibat dalam kajian
ini. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah ujian lisan membuat
ramalan dan hipotesis, ujian bertulis membuat ramalan dan hipotesis serta pemerhatian
menggunakan senarai semak. Tatacara menganalisis data bagi hasil ujian lisan dan ujian bertulis
adalah secara analisis kuantitatif. Hasil analisis daripada ujian akan diterjemahkan dalam bentuk
graf agar peningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam membuat ramalan dan hipotesis dengan
menggunakan konsep kartun dapat ditafsir melalui corak graf. Seterusnya data pemerhatian
penglibatan murid dianalisis menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif. Hasil dua intervensi yang
telah dijalankan menunjukkan konsep kartun berjaya meningkatkan kemahiran murid tahun 5
dalam membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan dan bertulis. Trand penglibatan
murid dalam PdPc sepanjnag penggunaan model konsep kartun juga menunjukkan peningkatan.
Secara kesimpulannya, konsep kartun berjaya meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam
membuat ramalan dan hipotesis secara komunikasi lisan dan bertulis serta meningkatkan
penglibatan murid sewaktu PdPc.
                                                                PELUASAN SP
                                                 Qistina Athiffah Binti Ahmad Sabri
                                                   Nor Shazwaniey Binti Mustaffar
                                        Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
                                                                   ABSTRAK
Abstrak kajian ini dihasilkan untuk melihat keberkesanan penggunaan inovasi Peluasan SP yang
dibangunkan terhadap murid-murid sekolah rendah. Kajian ini dihasilkan oleh kerana kelaziman
murid dalam penghasilan ayat yang pendek dan kurang gramatis. Oleh sebab itu, inovasi ini
dibangunkan untuk membantu murid memperluaskan ayat menggunakan teknik dan kaedah yang
betul serta memudahkan mereka untuk memahami konsep peluasan subjek dan predikat dengan
betul. Sehubungan dengan itu, seramai 40 orang murid tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Kuala
Berang, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Wira, Pahang telah terlibat dalam kajian ini sebagai
responden. Proses pengumpulan maklum balas instrumen soal selidik ini dijana secara atas talian
semasa praktikum fasa dua dilaksanakan. Oleh itu, seramai 40 orang murid daripada dua negeri ini
telah memberikan kerjasama dan maklum balas serta terlibat sebagai responden setelah soalan
penyelidikan daripada Google Form disebarkan. Hasil kajian menunjukkan respon yang positif
daripada murid namun masih perlu ditambahbaik untuk masa akan datang. Hasil inovasi serta
persepsi maklum balas ini boleh diguna pakai oleh penyelidik dan diharap dapat dikongsi bersama
untuk menghasilkan murid yang berkualiti.
                                                                                                                                                  25
ABSTRAK PENYELIDIKAN
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PRAPERKHIDMATAN MATEMATIK
                               SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH
                                                    Norasyikin binti Mohd Zamuri
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PdPR) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik. Namun begitu, di
manakah tahap kemahiran guru praperkhidmatan terhadap penggunaan BBM semasa menjalani
praktikum menggunakan kaedah PdPR? Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tajap
penggunaan BBM oleh guru praperkhidmatan matematik semasa PdPR. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti persepsi guru praperkhidmatan matematik terhadap penggunaan BBM serta
kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam penggunaan BBM bagi proses PdPR
matematik. Responden kajian ini terdiri daripada guru praperkhidmatan matematik dari Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi kohort Jun 2018 dan Jun 2019. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan yang melibatkan kerja peninjauan kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi.
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Satu seto borang soal selidik digital
akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan.
Segala data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package
For Social Science (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Secara
kesimpulannya, kajian ini akan menunjukkan bahawa tahap penggunaan BBM dalam kalangan
guru praperkhidmatan matematik adalah penting dan memberi impak yang besar kepada
mereka sebagai persediaan apabila bergelar guru kelak.
 PENGGUNAAN LiMi BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN UNIT LITER DAN MILILITER DALAM
                                                     KALANGAN MURID TAHUN 4
                                            Joan Ng ([email protected])
                                        Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
                                                                   ABSTRAK
Penggunaan alat inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP) sangat penting untuk
mewujudkan suasana kelas yang memenuhi kriteria bagi pendidikan yang berkualiti. Kajian
tindakan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam
penukaran unit liter dan mililiter dengan menggunakan alat inovasi LiMi dan tahap minat murid
terhadap subjek Matematik setelah alat inovasi LiMi digunakan. Responden terdiri daripada 25
orang murid dari Sekolah Kebangsaan Saint Joseph, Miri. Data bagi tahap penguasaan murid
dianalisis secara statistik deskriptif, iaitu menganalisis data dengan mengira peratus, min dan sisihan
piawai bagi data ujian pra dan pos. Data bagi tahap minat murid pula dianalisis dengan mengira
peratus, min dan sisihan piawai untuk membandingkan setiap jawapan murid yang dinyatakan
dalam soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam
penukaran unit liter dan mililiter dengan menggunakan alat inovasi LiMi meningkat. Tahap minat
murid terhadap subjek Matematik setelah alat inovasi LiMi digunakan turut meningkat. Alat inovasi
yang digunakan menunjukkan dapat memudahkan murid memahami cara penukaran unit liter
dan mililiter dengan cara yang unik serta menarik minatnya. Ini secara tidak langsung membantu
memenuhi kriteria bagi pendidikan yang berkualiti.
                                                                                                                                                  26
ABSTRAK PENYELIDIKAN
      KESEDIAAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
                                       PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DI MALAYSIA
                           Zulaikha Binti Mamat ([email protected])
                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah
                                                                   ABSTRAK
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013) bahawa semua murid berhak mendapat pendidikan
yang terbaik bagi membantu mereka mencapai potensi diri. Penularan virus COVID-19 yang
melanda negara kini sedikit sebanyak telah mengubah corak PdP daripada pembelajaran secara
dua hala dan bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Kajian kuantitatif
ini akan dilaksanakan bagi mengenalpasti hubungan antara kesediaan para guru Matematik
terhadap perubahan pelaksanaan corak pendidikan baharu iaitu PdPr. Tahap kesediaan yang
akan difokuskan adalah merangkumi tiga aspek utama iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran
mentaksir guru. Responden bagi kajian ini adalah guru guru Matematik sekolah rendah di Malaysia
iaitu SK, SJKC dan SJKT yang terdiri daripada pelbagai pengalaman mengajar dan kelayakan
akademik. Data kajian akan dikumpulkan melalui edaran borang soal selidik secara atas talian iaitu
google form yang dibina sendiri oleh penyelidik. Data juga akan dianalisis secara statistik deskriptif
dan statistik inferensi berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 26 dan
AMOS. Objektif utama yang digariskan bagi kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmana
kesediaan guru matematik sekolah rendah mempengaruhi pelaksanaan PdPr di Malaysia. Kajian
yang akan dilaksanakan ini berupaya untuk menunjukkan sejauh mana tahap kesediaan guru
Matematik sekolah rendah bagi melaksanakan PdPr dalam tugas seharian mereka merangkumi
aspek pengetahuan, sikap dan juga kemahiran mentaksir.
Kata kunci: COVID-19, pengajaran dan pembelajaran di rumah, pengetahuan, sikap, kemahiran
mentaksir.
       PENGGUNAAN KAEDAH KAD BERANTAI MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS
                                                                 KARANGAN
                           Nurul Syazwani Muhamad Yusof ([email protected])
                                    Caroline @ Lorena David ([email protected])
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Penggunaan kaedah kad berantai merupakan bahan yang dapat membantu murid untuk
membina karangan dengan lebih mudah. Pada awalnya, murid dilihat kurang cekap untuk menulis
karangan kerana kekurangan idea untuk melengkapkan setiap perenggan. Murid juga kurang
keyakinan dan motivasi semasa membuat latihan karangan Bahasa Melayu semasa pengajaran
dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Seramai tujuh orang murid tahun empat yang mempunyai
masalah dalam menghasilkan karangan Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah di Malim
Nawar, Perak terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal melalui beberapa
cara seperti pemerhatian, soal selidik dan pelaksanaan ujian pra untuk mengumpul data.
Pengenalan kaedah kad berantai kepada murid tahun empat juga telah dilakukan. Hasil tinjauan
awal yang telah dilakukan mendapati murid yang terlibat dalam kajian mempunyai masalah
daripada menguasai kemahiran menulis karangan. Antara masalah yang dihadapi murid seperti
kurang idea untuk menulis karangan dan tidak tahu mengembangkan idea berdasarkan isi yang
diperoleh. Secara keseluruhannya, kaedah kad berantai dapat membantu murid menguasai
kemahiran menulis karangan dan meningkatkan motivasi murid semasa proses (PdPR) dijalankan.
                                                                                                                                                  27
ABSTRAK PENYELIDIKAN
 MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA ‘DALAM’ DAN FRASA SENDI NAMA ‘DI
  DALAM’ MENGGUNAKAN TEKNIK ‘CAWAN DALAM’ MELALUI PENULISAN AYAT TUNGGAL
                                               BAHASA MELAYU TAHUN 4
                               Nur Anthasha Alias ([email protected])
                            Caroline @ Lorena David ([email protected])
                                Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
                                                           ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
memahami penggunaan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’
dengan betul. Kajian ini berfokus kepada teknik ‘Cawan Dalam’ yang menggunakan
bahan maujud secara kreatif. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
murid dalam membina ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama ‘dalam’
dan frasa sendi nama ‘di dalam’ dengan betul. Kajian ini juga adalah untuk mengatasi
masalah utama yang dihadapi oleh murid iaitu kekeliruan dalam penggunaan kata
sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’. Kajian ini dapat membantu murid
memahami perbezaan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’
melalui penggunaan teknik ‘Cawan Dalam’. Bahan kajian ‘Cawan Dalam’ yang
dihasilkan tidak memerlukan kos kerana alat yang dihasilkan menggunakan bahan kitar
semula. Dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu data dikutip melalui
pemerhatian dan ujian pra serta ujian pos yang dijalankan ke atas 10 orang murid tahun
4 di SK Kuala Ketil sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 9 orang murid
daripada 10 orang murid yang dipilih mengalami kesukaran dalam membezakan kata
sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’ kerana penggunaannya istilah
tersebut tidak dapat dibezakan dengan jelas oleh murid. Selain itu, murid tidak jelas
terhadap penggunaan kata sendi nama dan frasa sendi nama tersebut dalam ayat
tunggal.. Melalui teknik ‘Cawan Dalam’ dapat menunjukkan bahawa murid boleh
membezakan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’ dengan
mudah dan berkesan. Murid telah berjaya memperoleh skor empat daripada lima
setelah mereka mengaplikasikan teknik tersebut dalam pembinaan ayat tunggal.
Kesimpulannya, kajian ini memberi manfaat kepada para pendidik untuk meningkatkan
keberkesanan dalam pengajaran kata sendi nama.
Kata kunci : Kata sendi nama, frasa sendi nama, ‘Cawan Dalam’
                                                                                                                                                  28
ABSTRAK PENYELIDIKAN
    KEBERKESANAN QR KOIHAANVAGU DALAM MENINGKATKAN KOSA KATA MURID BAGI
                            SUBJEK BAHASA KADAZANDUSUN SEKOLAH RENDAH
                                    Faveyana Linos ([email protected])
                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran
                                                            ABSTRAK
Bahasa Kadazandusun diajar dibawah kategori Bahasa tambahan atau Bahasa etnik
dimana pengajaran bahasa ini tertakluk kepada syarat permintaan 15 orang pelajar
bagi membolehkan PdPc dilaksanakan. Bahasa Kadazandusun merupakan istilah yang
baru diguna pakai dalam masyarakat Kadazan Dusun yang mana ianya merujuk
kepada Bahasa standard bagi rumpun Dusunik yang telah dipersetujui oleh dua
persatuan terbesar di Sabah yang sah mewakili suara masyarakat Kadazan Dusun di
Sabah iaitu Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun
Asociation (USDA) pada 24 Januari 1995. (Rosliah, Wilfred, Benedict & Minah Sintian,2019).
Disebabkan Bahasa Kadazandusun masih lagi baharu dalam bidang pendidikan maka
bahan pembelajaran digital dalam bahasa Kadazandusun masih lagi dalam kategori
terhad. Tambahan pula, murid-murid yang mengambil bahasa Kadazandusun pada
masa kini mengalami kesukaran mempelajari bahasa Kadazandusun walaupun mereka
berbangsa Dusun disebabkan oleh kosa kata yang kurang. Perkara ini telah membawa
kepada pembangunan QR KoihaanVagu 2.0 yang memfokuskan kepada peningkatan
kosa kata murid dalam bahasa Kadazandusun dan juga memperkasakan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Kadazandusun melalui penggunaan bahan pembelajaran
digital. Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid sekolah rendah di dua buah sekolah
di sekitar Tuaran. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Hasil
tinjauan awal yang dilakukan melalui kaedah pemerhatian mendapati bahawa murid
yang terlibat dalam kajian menunjukkan peningkatan kefahaman dan pemerolehan
kosa kata yang memberangsangkan terutama sekali bagi murid yang lemah dalam
penggunaan Bahasa Kadazandusun. Secara keseluruhannya, kaedah QR KoihaanVagu
2.0 telah dapat membantu murid dalam meningkatkan kosa kata dalam pembelajaran
Bahasa Kadazandusun sekolah rendah.
Kata kunci: QR KoihaanVagu, kosa kata, Bahasa Kadazandusun
                                                                                                                                                   29
ABSTRAK PENYELIDIKAN
 PENGGUNAAN E-TANGON DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TERHADAP TOPIK
                PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA KADAZANDUSUN
                            Kelly Jimond ([email protected])
                      Evlina Binti Philimon ([email protected])
                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
                                                            ABSTRAK
Istilah “cerita” bermaksud kisah atau riwayat mengenai seseorang atau sesuatu benda.
Masyarakat kaum Kadazan dan Dusun menggunakan “tangon” atau juga dikenali
sebagai cerita sebagai sumber untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-
kanak. Penggunaan “tangon” ini merupakan salah satu contoh pengajaran tidak formal
yang digunakan oleh masyarakat kaum Kadazan dan Dusun untuk mengembangkan
kognitif kanak-kakak. Inovasi ini menggunakan konsep “tangon” atau cerita dengan
menggunakan Story Jumper untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
pembelajaran yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun.
Pengalaman dan pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak. Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara telah
menyebabkan proses pembelajaran kanak-kanak berlaku secara talian yang juga
dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini menyebabkan
murid terbatas untuk membina pengalaman dan pengetahuan terhadap mata
pelajaran yang dipelajari. Kesannya, murid kurang memahami topik pembelajaran yang
dipelajari kerana proses perkembangan kognitif murid kurang berlaku. Contohnya,
apabila diberikan tugasan, banyak murid yang menjawab tugasan yang diberikan oleh
guru dengan salah. Ini merupakan indikator bahawa murid tidak memahami topik
pembelajaran yang dipelajari. E-Tangon ini berfokus untuk meningkatkan kefahaman
murid. Murid akan membina pengetahuan dengan mempelajari topik pembelajaran
dalam bentuk cerita dengan menggunakan Story Jumper. Selepas itu, murid akan
menjawab tugasan yang diberikan oleh guru. Setelah inovasi dilaksanakan, hampir
semua murid dalam kelas yang diajar menjawab tugasan dengan betul. Ini merupakan
indikator bahawa murid memahami topik pembelajaran yang dipelajari. Penggunaan
konsep cerita dalam inovasi ini dapat membantu meningkatkan kefahaman murid
terhadap topik pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun secara
efektif di samping menanamkan nilai-nilai murni dalam diri murid.
Kata kunci: cerita, kognitif, meningkatkan, kefahaman, Story Jumper
                                                                                                                                                  30
ABSTRAK PENYELIDIKAN
   KAEDAH DAN TAHAP KEBERKESANAN PEMBACAAN IQRA’ DAN AL QURAN BAGI SUBJEK
TASMIK MURID TAHUN 5 KREATIF SEWAKTU PDPR BERLANGSUNG DENGAN MENGGUNAKAN
                                                   APLIKASI WHATSAPP
                         Muhammad Firdaus bin Sukria ([email protected])
                   PDPP Pendidikan Islam Sekolah Rendah Ambilan Oktober 2020
                                                           ABSTRAK
Tasmik merupakan satu satu bidang pengajaran yang penting bagi subjek Al Quran di
sekolah rendah atau pun menengah. Namun sering dikatakan bahawa kebanyakan
pelajar tidak dapat melibatkan diri ketika pasca pandemik wabak coronavirus 2019 ini
yang memyebabkan sekolah terpaksa ditutup untuk satu tempoh yang lama disamping
kekangan talian komunikasi yang tidak mengizinkan. Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan pembacaan Iqra’ dan Al Quran
secara luar talian melalui aplikasi Whatsapp, faktor-faktor yang membantu kemudahan
pembelajaran dilaksanakan. Seramai 12 orang murid tahun 5 Kreatif yang bersekolah di
SK Brumas, Tawau telah terlibat di dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian ini mendapati bahawa murid mampu untuk melaksanakan tugasan Tasmik dan
berada di tahap tinggi. Faktor luaran seperti kerjasama ibu bapa, tahap pemilikan
gadjet dan talian komunikasi yang tidak mengizinkan serta faktor dalaman iaitu faktor
diri sendiri dan psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap pembacaan Al Quran
yang dijalankan. Walaubagaimanapun, faktor kerjasama ibu bapa dan keadaan talian
komunikasi dan internet serta pemilikan gadjet masa kini berada pada tahap yang
sederhana. Manakala, masalah yang paling ketara yang menyebabkan Tasmik kurang
memberangsangkan adalah masalah capaian internet, ibu bapa dan kawasan
kediaman murid yang terletak di kawasan pedalaman.
Katakunci : keberkesanan, persekitaran, komunikasi
                                                                                                                                                 31
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                               YOU KNOW WHEN YOU SEE
                                                       Faveyana Linos
                                                    Queendra Ambrose
                                       Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                            ABSTRAK
You Know When You See ialah satu projek inovasi yang dibangunkan untuk mata
pelajaran sejarah sekolah rendah. Inovasi ini menekankan konsep bermain dalam
pembelajaran sejarah bagi mengubah pandangan murid-murid mengenai pembelajaran
sejarah yang sering dikaitkan dengan aktiviti menghafal, mengingat dan menulis nota.
Konsep bermain sambil belajar diterapkan melalui penggunaan jigsaw puzzle sebagai
bahan utama dalam inovasi ini. Bukan itu sahaja, inovasi You Know When You See juga
dibina bagi membolehkan asas kemahiran pemikiran sejarah (AKPS) iaitu kronologi dan
susunan masa dapat diterapkan dalam pembelajaran sejarah dengan cara yang lebih
menyeronokkan.
Kata Kunci: You Know When You See, You Know, Asas kemahiran pemikiran Sejarah,
Sejarah
                   E-TANGON
                                    KELLY JIMOND
                   Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                   ABSTRAK
Istilah “cerita” bermaksud kisah atau riwayat mengenai seseorang atau sesuatu benda.
Masyarakat kaum Kadazan dan Dusun menggunakan “tangon” atau juga dikenali
sebagai cerita sebagai sumber untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-
kanak. Penggunaan “tangon” ini merupakan salah satu contoh pengajaran tidak formal
yang digunakan oleh masyarakat kaum Kadazan dan Dusun untuk mengembangkan
kognitif kanak-kakak. Inovasi ini menggunakan konsep “tangon” atau cerita dengan
menggunakan Story Jumper untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
pembelajaran yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun.
Pengalaman dan pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak. Situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara telah
menyebabkan proses pembelajaran kanak-kanak berlaku secara talian yang juga
dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini menyebabkan murid
terbatas untuk membina pengalaman dan pengetahuan terhadap mata pelajaran yang
dipelajari. Kesannya, murid kurang memahami topik pembelajaran yang dipelajari kerana
proses perkembangan kognitif murid kurang berlaku. Contohnya, apabila diberikan
tugasan, banyak murid yang salah menjawab tugasan yang diberikan oleh guru. Ini
merupakan indikator bahawa murid tidak memahami topik pembelajaran yang dipelajari.
Inovasi ini berfokus untuk meningkatkan kefahaman murid. Murid akan membina
pengetahuan dengan mempelajari topik pembelajaran dalam bentuk cerita dengan
menggunakan Story Jumper. Selepas itu, murid akan menjawab tugasan yang diberikan
oleh guru. Setelah inovasi dilaksanakan, hampir semua murid dalam kelas yang diajar
menjawab tugasan dengan betul. Ini merupakan indikator bahawa murid memahami
topik pembelajaran yang dipelajari. Penggunaan konsep cerita dalam inovasi ini dapat
membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pembelajaran dalam mata
pelajaran Bahasa Kadazandusun secara efektif di samping menanamkan nilai-nilai murni
dalam diri murid.                                        32
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                               BASAAN KOUBASANAN KU (BaKoKu)
                                                            Debbie Misha Anim
                                               Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                    ABSTRAK
Basaan Koubasanan Ku (BaKoKu) merupakan inovasi yang dihasilkan bagi memperbaharui cara
mengenali pakaian tradisional Masyarakat Kadazan Dusun dengan lebih mudah dan menarik
menggunakan teknologi baharu. Penghasilan inovasi BaKoKu ini bertujuan sebagai pemudahcara
dalam menyampaikan elemen kebudayaan Masyarakat Kadazan Dusun sebagaimana yang
dituntut dalam Dokumen Standard Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kadazandusun di
sekolah. Justeru, penghasilan inovasi BaKoKu ini menjadi bahan yang digunakan bagi membantu
memperkenalkan, menerapkan dan mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan warisan
kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun kepada murid dengan cara penyampaian yang lebih
mudah dan menarik. Basaan Koubasanan Ku (BaKoKu) ini telah dipamerkan dan diedarkan dalam
bentuk QR Kod bagi membolehkan ianya boleh diakses dengan mudah oleh pengguna tanpa
berhadapan dengan proses yang sukar. Hasil daripada penggunaan BaKoKu, murid memberi
respon yang positif keranamurid dapat mengenali dengan lebih terperinci pakaian tradisional
Masyarakat Kadazan Dusun dengan lebih baik dan mudah serta memberi pengetahuan baharu
kepada murid berkaitan budaya Masyarakat Kadazan Dusun. Penggunaan BaKoKu merupakan
inovasi yang dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun
danmempunyai potensi yang baik untuk digunapakai dan dikembangkan.
Kata Kunci: Pakaian Tradisional Masyarakat Kadazan Dusun, Teknologi Baharu, Elemen Kebudayaan,
Pengajaran dan Pembelajaran
KOBO KADUS
         Ellis Loison, Andey Majik
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                    ABSTRAK
Inovasi ini dikenali sebagai KoBo KaDus iaitu singkatan kepada Komiboros Kadazandusun di mana,
ianya merupakan sebuah kamus bergambar digital Kadazandusun yang ringkas namun menarik
dan mudah difahamai, ianya dibuat untuk memudahkan pencarian makna Bahasa Kadazandusun
iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English. Inovasi ini,dibuat kerana kurangnya kosa kata
Bahasa Kadzandusun di kalangan murid-murid tambahan lagi mereka susah mencari makna Bahasa
Melayu dan Bahasa English dalam Bahasa Kadazandusun dan murid kurang meminatikamus tanpa
gambar. Oleh itu, objektif utama inovasi ini adalah menambah kosa kata Bahasa Kadazandusun di
kalangan murid-murid dan dapat menarik minat murid untuk menambah kosa kata mereka dalam
Bahasa Kadazandusun kerana kamus ini dicipta dengan mempunyai gambar dan nama dalam
Bahasa Kadazandusun, Bahasa Melayu dan Bahasa English. Hal ini dapat memudahkan pencarian
makna Bahasa Kadazandusun dalam Bahasa Melayu atau Bahasa English atau makna perkataan
Bahasa Melayu atau Bahasa English dalam Bahasa Kadazandusun Oleh itu, inovasi ini dapat
memudahkan pengguna untuk merujuk dan memahami setiap perkataan dan seterusnya
menambah kosa kata mereka dalam Bahasa Kadazandusun. Maka ianya berkesan untuk menarik
minat pengguna terutamanya di kalangan murid-murid kerana penggunaannya yang mudah untuk
difahami seterusnya mampu menambah kosa kata Bahasa Kadzandusun di kalangan
pengguna.Inovasi ini mampu dikembangkan dan digunapakai bukan sahaja di kalangan murid-
murid namun semua masyarakat yang
berminat untuk mempelajari atau menambah kosa kata dalam Bahasa Kadazandusun.
Kata Kunci: kamus bergambar digital, kosa kata, Bahasa Kadazandusun, murid-murid, ringkas.
                                                                                            33
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                            GF PANAHANGAN OSOMBULU PdPr BKD
                                                              Mardiana Linus
                                             Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                  ABSTRAK
Pentaksiran merupakan satu elemen penting dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) yang bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan PdPc yang telah dilaksanakan.
Objektif utama penghasilan inovasi ini adalah untuk membantu guru menjalankan pentaksiran
menyeluruh bagi subjek Bahasa Kadazandusun sekolah rendah secara atas talian dengan lebih
efisien, mudah dan cepat. Selain itu, inovasi ini juga bertujuan untuk memudahkan murid menjalani
pentaksiran PdPr bagi subjek Bahasa Kadazandusun dengan lebih mudah. Idea penghasilan
inovasi ini tercetus bertunjangkan 3 masalah utama yang dihadapi semasa menjalankan praktikum
secara atas talian di sebuah sekolah rendah kawasan Tuaran. Ini termasuklah masalah ketiadaan
platform atas talian untuk menjalankan pentaksiran terutamanya bagi kemahiran menulis dan
aplikasi KBAT, guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat analisis pentaksiran serta
penghantaran tugasan murid yang sangat kurang kerana faktor kaedah pelaksanaan pentaksiran
yang rumit. Setelah melalui proses pra dan pasca ujian, didapati bahawa inovasi ini berjaya
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pentaksiran subjek Bahasa Kadazandusun.
Peratusan bilangan murid yang menyertai dan menghantar tugasan PdPr turut menunjukkan
peningkatan. Secara keseluruhannya, inovasi ini berjaya meningkatkan kualiti dan keberkesanan
PdPc Bahasa Kadazandusun dengan jumlah kos perbelanjaan yang cukup rendah. Ini
menunjukkan bahawa inovasi GF PANAHANGAN OSOMBULU PdPr BKD berjaya mencapai
matlamat penghasilan dan wajar diberi peluang untuk terus disebarluaskan dalam bidang
pendidikan lebih-lebih lagi dalam keadaan pembelajaran secara atas talian pada masa sekarang
ini.
Kata Kunci: panahangan Bahasa Kadazandusun, panahangan PdPr, Google Form
                                                          POMOINAN TAYAM
                                                  Esthy Anne Singi, Shui Hien Puji
                                             Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                  ABSTRAK
“Pomoinan Tayam” atau “Permainan Haiwan” untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Kadazandusun Tahun 1 dengan teknik belajar melalui bermain. Inovasi yang dihasilkan ialah
“Pomoinan Tayam” bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun Tahun 1 dengan
teknik belajar melalui bermain. Menurut Sharifah Nor Puteh (2011), aktiviti bermain adalah
sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti
bermain, kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam
keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Tujuan penghasilan inovasi
“Pomoinan Tayam“ ini adalah menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun
lebih menarik dan sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Kadazandusun
yang bertajuk haiwan. Selain itu, inovasi ini juga digunakan untuk menguji kefahaman murid
tentang topik haiwan. “Pomoinan Tayam” atau Permainan Haiwan ini dihasilkan dengan
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Inovasi “Pomoinan Tayam’’ ini menggunakan
internet. Dimana murid perlu menggunakan internet untuk bermain permainan ini. Inovasi ini boleh
digunakan oleh guru Bahasa Kadazandusun dalam mengajar tajuk haiwan. Permainan ini
merangkumi 3 subtopik iaitu haiwan liar, haiwan peliharaan dan bahagian badan haiwan. Guru
boleh menggunakan permainan ini sebagai bahan bantu mengajar dalam tema “ Winoun
Susuyan” Bahasa Kadazandusun tahun 1.
                                                                                                                                                  34
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                            KEMBARA BN
                                                            Shui Hien Puji
                                           Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
“Kembara BN” untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kadazandusun Tahun 2 dengan
teknik belajar melalui bermain. Inovasi yang dihasilkan ialah “Kembara BN” bagi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun Tahun 2 dengan teknik belajar melalui bermain.
Menurut Sharifah Nor Puteh (2011), aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan
kanak-kanak dan kanak-kanak bermain dengan pelbagai cara. Melalui aktiviti bermain,
kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif melalui
bermain. Penguasaan terhadap penggunaan “Boros Ngaran” atau “Kata Nama” dalam
bahasa Kadazandusun sentiasa menjadi satu isu bagi para murid. Justeru, penghasilan inovasi
“Kembara BN“ ini adalah bertujuan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Kadazandusun lebih menarik dengan penyediaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran
Bahasa Kadazandusun berkaitan dengan “Boros Ngaran” atau dikenali sebagai “Kata Nama”.
Maka, inovasi “Kembara BN” ini dihasilkan dalam bentuk permainan yang pelbagai dan
disediakan melalui google site. Tambahan pula, bahan bantu mengajar turut disediakan bagi
memastikan murid telah memahami topik berkenaan sebelum menguji minda dengan
pelbagai pemainan yang disediakan mengenai tajuk “Boros Ngaran” dalam bahasa
Kadazandusun tahun 2.
Kata Kunci : Strategi poinlongkod kakamot, Boros Ngaran, Pomoinan, teknik pomoinan boros,
teknik pinludaan
BELAJAR TULIS KARANGAN (BETUKAR)
Nurul Syazwani Binti Muhamad Yusof
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Kemahiran berbahasa seperti kemahiran menulis karangan merupakan salah satu aspek yang
perlu dikuasai murid peringkat sekolah rendah. Susulan itu, inovasi Belajar Tulis Karangan
(BETUKAR) merupakan sebuah aplikasi yang membantu murid sekolah rendah untuk mahir
membina karangan Bahasa Melayu. Objektif projek ini dilaksanakan untuk memudahkan murid
melakukan rujukan dan latih tubi serta meningkatkan pencapaian murid untuk menhasilkan
sebuah karangan yang berkualiti tinggi. Hal ini kerana semasa pengajaran atas talian, murid
dilihat tidak mahir menghasilkan sebuah karangan yang baik kerana kurangnya latih tubi dan
rujukan semasa menghasilkan karangan. Hukum Latihan dalam Teori Pelaziman Operan
Thorndike (1911) diterapkan dalam inovasi ini untuk menyelesaikan masalah dalam
pembelajaran murid sekolah rendah. Inovasi ini juga mengandungi semua maklumat dan
bimbingan yang diperlukan untuk murid melakukan latih tubi membina karangan. Cara kerja
murid juga akan lebih cepat untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti. Murid tidak
akan membazir masa yang lama untuk mencari laman web yang sesuai untuk membimbing
mereka menghasilkan karangan. Hal ini kerana inovasi ini sudah mempunyai maklumat yang
diperlukan. Penggunaan internet juga dapat dikurangkan berbanding sebelum ini kerana
murid
terus mengakses laman web yang mereka inginkan. Bagi murid yang belum mahir membina
karangan juga disediakan pautan khas untuk mereka belajar bermula daripada menyusun
perkataan menjadi ayat. Semasa percubaan penggunaan inovasi ini di dalam kelas, murid
dilihat lebih mudah melakukan rujukan tentang karangan Bahasa Melayu.
Kata Kunci : karangan, pencapaian murid, rujukan, latih tubi, Bahasa Melayu  35
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                  CAPCUT EDITING FOR ONLINE LEARNING (CEFOL)
                                                 Nuramirah Atifah Binti Amir
                                    Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
                                                               ABSTRAK
Inovasi Capcut Editing For Online Learning (CEFOL) dibangunkan bertujuan untuk membantu
para tenaga pengajar khususnya guru bagi menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) dengan mudah dan efektif secara atas talian melalui suntingan video
pengajaran. Inovasi digital ini menggunakan aplikasi Capcut sebagai platform utama dalam
suntingan menyediakan dan meningkatkan keberkesanan pembuatan video pengajaran.
Inovasi ini memerlukan penggabungan beberapa video dan beberapa lapisan bahan
pengajaran interaktif seperti powerpoint, canva atau pinterest bagi satu tujuan pengajaran
dan pembelajaran antara guru dan murid secara atas talian yang lebih menarik. Inovasi ini
membantu memudahkan urusan guru bagi menyampaikan PdPR secara atas talian kerana
memerlukan medium saluran Youtube (Youtube Channel) sebagai saluran menyampaikan
pendidikan kepada seluruh murid di Malaysia. Teknik Skrin Hijau (Green Screen) juga turut
diaplikasikan semasa membuat perakaman video PdPR menggunakan Capcut. Paparan
wajah guru dan nota juga disekalikan semasa menyampaikan PdPR sekaligus dapat dilihat
dan difahami dengan jelas oleh murid. Kesan video seperti transisi, animasi tulisan dan muzik
latar menambahkan lagi daya tarikan murid untuk menonton video pengajaran. Inovasi juga
turut mementingkan penggunaan masa yang singkat namun pengisian pengajaran yang
padat dan begitu menarik minat murid untuk mengikuti CEFOL dari awal sehingga akhir.
Penggunaan inovasi ini dilihat relevan dengan keadaan semasa yang memerlukan ramai
guru menjalankan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang
berlakunya wabak pandemik Covid-19.
Kata kunci: Capcut Editing For Online Learning (CEFOL), Youtube Channel, Green
Screen,Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
TRAFIK HAN
         Siti Norraihan Binti Jislim
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Inovasi yang dihasilkan ialah Trafik Han. Inovasi ini dihasilkan bagi menyelesaikan isu penulisan
ayat bagi murid yang masih keliru tentang penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
ayat. Inovasi Trafik Han dihasilkan kerana segeintir murid tahap 2 yang sepatutnya sudah
menguasai silibus bagi kemahiran menulis masih lagi lemah dan tidak dapat mengaplikasikan
penggunaan huruf besar dan kecil dengan betul dan tepat. Inovasi ini sangat mudah, cepat,
sesuai dan boleh diterima amnya bagi murid dalam kategori aras rendah mahupun
sederhana. Semasa menggunakan inovasi ini, murid akan sentiasa dilatih untuk meletakkan
huruf besar atau kecil pada kedudukan yang sesuai dalam setiap perkataan semasa
membina ayat. Inovasi Trafik Han dapat mengukuhkan kognitif dan ingatan murid berkaitan
isu yang difokuskan dengan menggunakan sifir dan warna trafik pada papan ayat. Inovasi
Trafik Han sudah berjaya dilaksanakan pada peringkat percubaan dan telah mencapai
matlamat seperti yang diperkenalkan.
Kata Kunci: huruf besar, huruf kecil, kognitif, ingatan
                                                         36
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                              PENDAKIAN DaTiRu DiDaRu
                                                 Nur Anthasha Binti Alias
                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
                                                            ABSTRAK
Inovasi ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
memahami penggunaan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’
dengan betul. Objektif inovasi ialah meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal
pasti sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat tunggal yang menggunakan kata
sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’ dengan betul. Masalah utama
yang dihadapi oleh murid ialah kekeliruan dalam penggunaan kata sendi nama ‘dalam’
dan frasa sendi nama ‘di dalam’. Kajian ini mampu membantu murid memahami
perbezaan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’ menggunakan
teknik ‘DaTiRu DiDaRu’. Bahan kajian juga tidak memerlukan kos kerana 100%
pembelajaran atas talian. Dalam inovasi ini, data dikutip melalui pemerhatian dan ujian
pra serta ujian pos yang dijalankan ke atas 10 orang murid tahun 4 di SK Kuala Ketil
sebagai sampel. Dapatan inovasi menunjukkan bahawa 9 orang murid sukar
membezakan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama ‘di dalam’ kerana
penggunaannya seakan-akan sama. Murid tidak didedahkan tentang penggunaan kata
sendi nama dan frasa sendi nama tersebut dengan jelas. Teknik ‘DaTiRu DiDaRu’
menunjukkan murid boleh membezakan kata sendi nama ‘dalam’ dan frasa sendi nama
‘di dalam’ dengan mudah dan berkesan. Sebanyak 90% murid berjaya memperoleh skor
empat daripada lima setelah mereka mengaplikasikan teknik tersebut dalam Pendakian
‘DaTiRu DiDaRu’. Kesimpulannya, inovasi ini memberi manfaat kepada para pendidik
untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran kata sendi nama.
Kata kunci : Kata sendi nama, frasa sendi nama, inovasi digital
                                                                                                                                                  37
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                                KIT PPC
                                                     Kimberly Chia Dee Na
                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Kit PPC atau dikenali sebagai Kit Peti Pertolongan Cemas merupakan satu bahan bantu
mengajar secara digitalisasi dengan mengintegrasikan slaid interatif menggunakan
Powerpoint dan permainan digital iaitu Classpoint. Kit PPC ini adalah direka khusus
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Kesihatan Tahun 6
dengan Standard Kandungan 3.3 mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan
bertindak dengan bijak mengikut situasi dan Standard Pembelajaran 3.3.1 mengenal pasti
kandungan peti pertolongan cemas yang lengkap serta fungsinya. Penggunaan Kit PPC ini
dapat merangkumi pengajaran guru dan penglibatan murid secara aktif dalam kelas maya.
Antara masalah yang sering dihadapi murid adalah kesukaran dalam mengenali dan
mengetahui kandungan peralatan peti pertolongan cemas dan menentukan fungsi dengan
kandungan peti pertolongan cemas dengan betul. Justeru, sebuah inovasi dikenali Kit PPC
telah dihasilkan bagi membantu guru menunjukkan kandungan peti pertolongan cemas
secara visual di dalam kelas maya melalui slaid interaktif dan permainan Classpoint serta
membantu murid mengetahui fungsinya. Selain itu, inovasi ini juga menggalakkan murid
melibatkan diri secara aktif dalam menjawab aktiviti permainan melalui Classpoint.
Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Ujian pra dan
pasca serta maklum balas daripada murid melalui soal selidik telah menjadi instrument penting
dalam pengutipan data. Kaedah interpretasi data yang digunakan adalah berbentuk
deskriptif. Berdasarkan analisis kajian yang dilaksanakan, terdapat peningkatan pencapaian
murid yang dapat dilihat daripada keputusan ujian pra dan pasca. Kit PPC ini juga didapati
mampu menggalakkan penglibatan aktif murid dalam berinteraksi dengan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi di samping memperjelaskan pengajaran dan pembelajaran
dengan kos yang murah. Kesimpulannya, penerimaan murid terhadap penggunaan Kit PPC
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah positif.
Kata kunci : Pendidikan Kesihatan, slaid interaktif, permainan Classpoint, peti pertolongan
cemas, fungsi
                                                               SEGATUS
                                                       Haziq Bin Abdul Latif
                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji dan menyelesaikan isu-isu pengajaran dan pembelajaran
Nombor dan operasi khususnya Tajuk Peratus dengan penggunaan resos Kit Segi Tiga Peratus
(Segatus). Dewasa ini, mudah diperhatikan bahawa murid-murid mengalami kekeliruan dalam
tajuk peratus terutama dalam penukaran perpuluhan ke peratus dan sebaliknya. Oleh sebab
itu, resos Kit Segatus dihasilkan untuk mengatasi masalah ini. Maka kajian ini adalah bertujuan
untuk menunjukkan bahawa keberkesanan resos ini dalam mengatasi masalah ini. Dalam
kajian ini, murid-murid Tahun empat telah menjadi populasi kajian. Selain itu, kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan, kaedah bimbingan dari
mentor dan kaedah rujukan internet.
Kata Kunci : Segitiga, peratus, perpuluhan, penukaran, kemahiran
                                                                                                                                                  38
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                   INOVASI DIGITAL ‘D-PlaV’
                                       Zulaikha Binti Mamat, Nur Izzati Binti Roslah
                                           Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
‘Digit and Place Value’ atau D-PlaV merupakan satu inovasi digital pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ia bertujuan
membantu murid normal dan murid berkeperluan khas (MBK) khususnya lembam atau slow
learner dalam mempelajari topik nilai tempat dan nilai digit dengan lebih mudah berteraskan
aktiviti interaktif dan gamifikasi. Inovasi D-PlaV ini dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 3 dengan Standard Kandungan 1.4 Nilai
tempat. D-PlaV juga menerapkan pendekatan tematik iaitu bertemakan ‘funfair’ dan
kandungannya adalah video tutorial, aktiviti pengukuhan dan kuiz. Perisian yang diaplikasikan
dalam inovasi ini adalah aplikasi ‘Animaker’, ‘PowerPoint 2016’ dan ‘Wordwall’. Antara
masalah yang sering dihadapi murid dalam tajuk nilai tempat adalah murid tidak dapat
membezakan nilai tempat dan nilai digit. Tambahan pula, bagi pelajar MBK khususnya slow
learner, pendekatan yang menarik dan terperinci perlu digunakan agar mereka dapat
memahami isi kandungan suatu pembelajarn dengan baik. Justeru, sebuah kajian berkaitan
keberkesanan penggunaan D-PlaV dalam membantu murid memahami tajuk Nilai Tempat
dan Nilai Digit telah dilaksanakan terhadap 45 orang responden yang terdiri daripada murid,
guru, ibu bapa, pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan institut pendidikan guru (IPG). Kajian ini
dibuat dengan cara menyediakan video penggunaan D-PlaV di media sosial seperti YouTube,
Whatsapp, Facebook dan Instagram. Justeru itu, pengumpulan data telah dibuat dengan
menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen utama yang digunakan bagi mengumpulkan
data dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden setelah
menonton video D-PlaV. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju
dengan keberkesanan inovasi D-PlaV menepati objektif yang digariskan.
Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran, teknologi maklumat dan komunikasi, ‘Digit and
Place Value’, D-PlaV, gamifikasi, interaktif, perisian, ‘funfair’
KGG CONVERTER
Ahmad Afiq Bin Ahmad Nazri, Mohamad Azzrul Hafizs Bin Mokti
                  Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Kemahiran dalam penukaran unit amat penting sebelum murid dapat meneruskan
pembelajaran ke peringkat operasi asas dan bergabung. KGG Converter dihasilkan bagi
membantu murid menyelesaikan penukaran unit dalam jisim. Hal ini kerana didapati murid
tidak dapat melakukan operasi asas melibatkan unit jisim kerana tidak mahir dalam asas
penukaran unit. Kajian rintis telah dilaksanakan menunjukkan peningkatkan signifikan dalam
kemahiran murid menyelesaikan operasi penukaran unit seterusnya meningkatkan motivasi
dan keyakinan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada kajian
yang dilaksanakan, terdapat bukti nyata yang menyumbang kepada perkembangan
konstruktivis apabila murid lebih memahami konsep asas dengan lebih berkesan. Inovasi yang
dihasilkan ini berupaya menjadi satu bahan bantu mengajar (BBM) yang sangat praktikal dan
mampu milik dalam kalangan guru.
Kata Kunci : Matematik, Operasi asas, KCG Converter, Kontruktivisme, BBM
                                                                          39
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                          INOVASI KADEK
                                                       Zulaikha Binti Mamat
                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Kad Dekak atau Kadek merupakan satu resos pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
direka khusus bagi membantu murid untuk memahami konsep operasi asas tambah dan tolak
di bawah bidang Nombor dan Operasi bagi Tahun 2. Resos ini dihasilkan berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 2 dengan Standard
Kandungan yang terlibat adalah 2.1 Tambah dalam lingkungan 1000 dan 2.2 Tolak dalam
lingkungan 1000. Penggunaan KADEK ini merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang
dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif
seterusnya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta interaksi bersama rakan. Antara
masalah yang sering dihadapi murid dalam operasi asas tambah dan tolak adalah murid
memerlukan bahan maujud atau membuat aktiviti secara ‘hands-on’ untuk memahami
operasi asas ini. Terdapat murid yang tidak dapat menggunakan fikiran secara abstrak
dengan baik dan lebih faham menggunakan dekak. Justeru itu, saya telah menggunakan
inovasi ini semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik bersama murid tahun 2 di
Sekolah Kebangsaan Bundung, Tuaran. Resos ini berfokus kepada penggunaan kad visual
KADEK bagi memudahkan murid membuat langkah operasi tambah dan tolak secara ‘hands-
on’ serta menarik minat murid. Justeru itu, keberkesanan inovasi ini dapat dilihat melalui
pencapaian murid sebelum dan selepas menggunakan inovasi ini. Ia dapat dilihat melalui
latihan yang diberikan oleh guru semasa sesi PdP serta pemerhatian yang dilakukan kepada
murid di akhir pengajaran bagi mendapatkan maklum balas daripada para murid. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa kesemua murid telah menunjukkan minat dan maklum balas
positif serta bersetuju KADEK memudahkan pembelajaran mereka khususnya dalam operasi
asas tambah dan tolak.
Kata kunci: resos pengajaran dan pembelajaran, Kad Dekak, KADEK, operasi asas tambah dan
tolak,kad visual, bahan maujud, ‘hands-on’
                                      Kit LiMi
Joan Ng, Nur Izzah Zakiah Binti Majdi
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                      ABSTRAK
Projek inovasi yang dihasilkan iaitu Kit LiMi, di mana tujuan penghasilan Kit LiMi adalah
menyelesaikan masalah penukaran unit yang melibatkan isi padu cecair. Berdasarkan kajian,
masih terdapat murid yang melakukan miskonsepsi apabila melakukan penukaran unit
melibatkan isi padu cecair. Maka Kit LiMi dihasilkan adalah untuk membantu murid- murid
dalam melakukan penukaran unit melibatkan isi padu cecair dengan mudah. Inovasi ini
memberikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana murid dapat
menggunakan inovasi ini dalam melakukan penukaran unit melibatkan isi padu cecair.
Ternyata menggunakan inovasi ini membantu murid melaukan penukaran unit dengan cepat
kerana sudah tersedia dengan kotak-kotak yang melibatkan perkaitan dengan unit mililiter
dan liter. Jadi murid hanya perlu mengisi nombor sahaja pada bahagian kotak yang telah
disediakan. Inovasi Kit LiMi dapat memperjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran bagi
bidang sukatan dan geometri terutamanya bagi isi padu cecair. Dengan kos yang rendah,
murid juga dapat menggunakan inovasi Kit LiMi dalam melakukan penukaran unit di mana
sahaja. Hanya menggunakan sekeping kertas a4 yang terdapat di rumah, murid dapat
menggunakan inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini telah berjaya
dilaksanakan dan diajar kepada murid sekolah rendah semasa kami melaksanakan
                                                40
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                               REWARDS4U DALAM PDPR
                  Mohd Nizam Bin Matusin, Siti Nuraina Binti Abdul Rahim, Mack Lee
                                      Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                            ABSTRAK
Pelibatan murid dalam Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) memainkan
peranan yang penting dalam menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
hendak dinilai. Penilaian ini dapat dilakukan melalui penghantaran tugasan yang
diberikan kepada murid. Akan tetapi, faktor capaian Internet dan juga motivasi memberi
kesan terhadap pelibatan murid sepanjang PdPR. Justeru, inovasi Rewards4U ini telah
diwujudkan bagi mengatasi masalah tersebut. Inovasi ini melibatkan kelas murid yang
diajar oleh guru praktikum di kawasan luar bandar iaitu di negeri Sabah dan Kelantan.
Rewards4U menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam Google Play Store. ‘Points’
akan diberikan kepada murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh guru.
Ganjaran pula akan ditebus oleh murid apabila telah mencapai takat ‘points’ yang
ditentukan oleh guru. Dapatan menunjukkan berlakunya peningkatan dalam
penghantaran tugasan sebanyak 75 peratus dan juga pelibatan murid di sepanjang
PdPR. Oleh itu, inovasi yang diperkenalkan dapat meningkatkan motivasi murid dalam
meningkatkan pelibatan di sepanjang PdPR.
Kata Kunci: PdPR, Motivasi, Ganjaran, Rewards4U, Luar bandar
                                                            AR-LaGi
                                                           Mack Lee
                                      Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                            ABSTRAK
Mata pelajaran sains teras untuk sekolah rendah direka bentuk untuk mengembangkan
literasi sains dengan memberi pengetahuan asas sains kepada murid agar menjadi celik
dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. AR-LaGi merupakan inovasi
untuk meningkatkan kemahiran melabel struktur gigi dengan menggunakan kaedah
Augmented Reality (AR). Inovasi ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang
terletak di daerah Tuaran, Sabah. Seramai tujuh orang murid Tahun 3 iaitu lima orang
murid lelaki dan dua orang murid perempuan telah dilibatkan dalam inovasi ini. Inovasi ini
menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946). Saya telah menggunakan empat
instrumen bagi mengumpul data inovasi iaitu ujian (pra dan pos), temu bual,
pemerhatian, dan analisis dokumen awal. Intervensi telah dijalankan dengan
menggunakan aplikasi Assemblr Edu bagi meningkatkan kemahiran melabel keratan
struktur gigi dengan betul. Hasil dapatan menunjukkan purata markah kemahiran
melabel struktur gigi dengan betul adalah sebanyak 94 peratus selepas penggunaan AR-
LaGi, 89 peratus bagi tema kemahiran melabel dan 100 peratus dalam tema minat AR-
LaGi. Justeru, AR-LaGi berjaya membantu murid dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran melabel keratan rentas struktur gigi dengan betul.
Kata kunci: Augmented Reality, Struktur Gigi, Assemblr Edu
                                                                                                                                                  41
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                      MG-DER
                                          Mohd Nizam Bin Matusin
                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                      ABSTRAK
MG-DER adalah satu inovasi bagi menghasilkan penunjuk asid-alkali yang mesra
alam, mudah diperoleh, kos rendah, mempunyai variasi warna yang luas serta
paling penting tersedia dalam bentuk serbuk ekstrak yang boleh dilarutkan.
Penunjuk asid-alkali yang sering digunakan di sekolah rendah ialah kertas litmus.
Sekiranya kertas litmus tiada maka ekstrak tumbuhan berwarna seperti kubis ungu,
bunga raya dan kunyit digunakan. Kertas litmus dan ekstrak tumbuhan dalam
bentuk cecair hanya mengenal pasti sifat asid dan alkali tanpa mengetahui
tahap kekuatannya. Ia juga tidak dapat mengenalpasti dengan tepat sifat
keasidan dan kealkalian sesetengah bahan seperti serbuk kopi. Tidak cukup
dengan itu, ekstrak dalam bentuk cecair adalah sukar untuk dikendalikan,
dipindah arah malah mudah rosak jika dibiarkan dalam waktu yang lama. Dalam
inovasi ini, larutan penunjuk bunga raya yang dicampur dengan serbuk penaik
digunakan bagi menguji bahan yang dikelaskan sebagai asid kuat dan asid
lemah, neutral, alkali kuat dan alkali lemah dengan merujuk kepada kod warna
yang disediakan dalam kit. Ia juga dapat mengenalpasti keasidan serbuk kopi
dengan mudah. Disamping itu, inovasi ini menghasilkan ekstrak bunga raya dalam
bentuk serbuk yang boleh dilarutkan dengan menambah air ke dalamnya. Oleh
hal yang demikian, ekstrak bunga dapat dibawa kemana-mana saja tanpa risau
cecair akan tumpah, menjimatkan masa pengguna malah juga bertahan lama
serta tidak mudah rosak. Inovasi ini juga dicadangkan untuk aktiviti penggayaan
seperti pameran sudut Sains dan Persatuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan
Matematik (STEM) bagi menarik minat murid sekolah rendah atau sekolah
menengah terhadap pelajaran Sains.
Kata Kunci: Penunjuk asid-alkali, MG-DER, Ekstrak bunga raya, Serbuk, Larutan
                                                                                                                                                   42
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                              ODRITRELLO
                                                             Audrie Sison
                                           Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                ABSTRAK
Trello adalah aplikasi berasaskan web yang berkonsepkan kepada kerangka model Kanban
(visual board) dan ia tersedia pada peranti mudah alih desktop. Aplikasi Trello ini berfungsi
sebagai alat pengurusan maklumat yang sistematik dengan berpaksikan kepada beberapa
fitur menarik, bahkan ia juga boleh dijadikan medium kolaboratif antara dua pihak.
Penggunaan Trello mempunyai peluang baik dalam bidang pendidikan, terutama sekali dalam
pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran murid (PdPR) sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan. Justeru itu, OdriTrello yang merupakan inovasi daripada aplikasi Trello ini
mampu membantu guru dari segi pengurusan bahan PdPR. OdriTrello yang dibangunkan
semasa Praktikum Fasa II ini adalah satu paparan susun atur rapi serta sistematik, yang
membolehkan guru untuk menyusun maklumat dan bahan PdPR dengan dengan teratur.
Berdasarkan kepada pengamatan dan pengalaman, guru boleh memasukan lebih banyak
bahan (PdPR), bahan rujukan, hasil tugasan murid, gambar, butiran tambahan dan membuat
senarai semak penghantaran murid dalam satu kad bagi setiap ruangan papan OdriTrello
secara tersusun. Penggunaan OdriTrello ini ternyata dapat menjimatkan ruang dan masa untuk
mencari bahan PdPR dengan lebih mudah. Selain daripada itu, OdriTrello juga boleh diakses
oleh ibu bapa dan murid. Ibu bapa boleh memantau penghantaran tugasan anak mereka
mengikut tarikh PdPR berkenaan dan kemudiannya memaklumkan anak mereka untuk
menyiapkan tugasan tersebut. OdriTrello disifatkan mempunyai potensi yang baik dalam
memperkembangkan minat STEM murid dari jarak jauh seperti pembelajaran Project Based
Learning (PBL) kerana ia boleh menggalakan perbincangan kolaboratif berlaku dengan baik
antara murid.
Kata Kunci : trello, project based learning, PdPR , OdriTrello, menjimatkan masa
ACID ALKALI TELLER
          Elise Woon Shuek Feng
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                ABSTRAK
Acid Alkali Teller merupakan satu origami yang dibina dengan menyerupai bentuk cootie
catcher. Ia berfungsi untuk membantu murid mengingati perubahan warna kertas litmus bagi
bahan berasid dan bahan beralkali dengan lebih mudah. Ia juga bertujuan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif, mudah dan menarik. Isu utama yang mendorong
penghasilan Acid Alkali Teller ini adalah murid Tahun Tiga mengalami kekeliruan terhadap
perubahan warna kertas litmus terutamanya bagi bahan berasid dan bahan beralkali.
Perubahan warna kertas litmus bagi bahan berasid akan ditunjukkan apabila Acid Alkali Teller
dibuka ke kiri dan ke kanan manakala perubahan warna kertas litmus bagi bahan beralkali
akan ditunjukkan apabila ia dibuka ke atas dan ke bawah. Dengan penggunaan bahan
maujud ini, ia mampu menarik perhatian dan mewujudkan tumpuan murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang isi
pelajaran tersebut. Tambahan pula, Acid Alkali Teller juga dapat diubahsuai dan
dimodifikasikan untuk tajuk lain seperti perubahan warna untuk ekstrak kunyit bagi bahan
berasid dan bahan beralkali serta perubahan warna ekstrak kubis ungu apabila diuji dengan
bahan berasid dan bahan beralkali. Acid Alkali Teller dikatakan mempunyai banyak faedah
kerana ia memberi peluang kepada murid untuk mengingati perubahan warna dengan lebih
mudah, memudahkan pembelajaran murid dan menjadikan proses PdP lebih menarik.
Kata Kunci : Asid dan Alkali, Sains Tahun 3, Perubahan warna kertas litmus  43
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                      e-Hiis
                                   Evlina Binti Philimon
                      Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                ABSTRAK
Terdapat pelbagai jenis puisi turun temurun kaum Dusun seperti sudawil dan taala-ala. Akan
tetapi puisi-puisi ini semakin dilupakan oleh generasi baru, terutamanya yang berbangsa Dusun.
Oleh itu, e-Hiis dihasilkan agar dapat dijadikan satu rujukan untuk guru dan murid di sekolah
mempelajari puisi-puisi kaum Dusun. Seterusnya, guru pelatih Institut Pendidikan Guru yang
mengambil kursus Bahasa Kadazandusun juga boleh menggunakan e-Hiis sebagai rujukan
sepanjang pengajian dan boleh juga digunakan semasa berpraktikum di sekolah sebagai
bahan bantu mengajar. Dalam masa yang sama juga, inovasi ini dapat digunakan oleh
kesemua lapisan masyarakat kaum Dusun dan kaum lain yang berminat untuk mempelajari
puisi kaum Dusun. Seperti yang kita ketahui, walaupun terdapat usaha untuk mengekalkan puisi
ini melalui pengajaran Bahasa Kadazandusn dalam aspek kolumison Boros(kecantikan bahasa)
di sekolah, namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Pengajaran Bahasa
Kadazandusun masih dikira baru dan belum ramai guru yang berkemahiran untuk mengajar
mata pelajaran ini, terutamanya topik-topik yang berkaitan dengan puisi kaum Dusun. Dengan
adanya inovasi ini, mereka mempunyai panduan untuk mengajar topik yang berkaitan puisi
kaum Dusun. Inovasi ini telah pun disebarluaskan dan terdapat banyak komen positif yang
didapatkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada murid, guru, guru
pelatih dan masyarakat berbilang bangsa. Kesemuanya berpendapat bahawa e-Hiis
sememangnya dapat membantu mereka mempelajari puisi Kaum Dusun dengan lebih cekap
dan mudah kerana selain mudah diakses, ia juga mudah digunakan dan lebih menarik kerana
ia berbentuk buku digital beraudio dan bergrafik. E-Hiis merupakan suatu idea terbaik untuk
mempelajari dan mengekalkan puisi tradisi kaum Dusun yang semakin dilupakan oleh generasi
baru.
Kata Kunci : puisi. tradisi, kaum Dusun, kecantikan bahasa, mempelajari puisi
                      KAEDAH SeTiA & SeLaSa
Vergeer Voi Anak Paul, Najmuddin Rifaie Bin Ahmad Shubki, Ronald Chin Chun Hwa
                                  Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                      ABSTRAK
Algebra merupakan antara bidang utama dalam matematik. Namun begitu, konsep algebra
yang bersifat asbtrak menyebabkan kelemahan pelajar dalam mempelajarinya (Nur Syahirah
& Muhammad Syawal, 2020). Algebra mula diperkenalkan kepada murid sekolah rendah
melalui kemahiran menentukan nilai anu bagi ayat matematik. Oleh itu, SeTiA & SeLaSa
merupakan produk inovasi yang dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 5 bagi membantu murid menentukan nilai satu anu bagi
ayat matematik darab melibatkan satu kali pendaraban dan menentukan nilai satu anu bagi
ayat matematik bahagi melibatkan sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit serta
menyelesaikan masalah operasi darab dan bahagi dalam situasi harian melibatkan satu anu di
samping menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan. Produk ini
dibangunkan berikutan masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
Pekan Tamparuli yang dapat saya perhatikan semasa menjalani praktikum fasa 1, iaitu dalam
menentukan operasi yang betul dan menyusun semula ayat matematik untuk menentukan nilai
anu di samping kesukaran dalam mengeluarkan ayat matematik yang betul berdasarkan
masalah operasi darab dan bahagi dalam situasi harian melibatkan satu anu. Oleh itu, saya
telah memperkenalkan kaedah SeTiA & SeLaSa ini untuk membantu murid mengatasi masalah-
masalah yang timbul dalam menentukan nilai anu ini. Keberkesanan dan impak produk inovasi
ini dibuktikan berdasarkan maklum balas daripada murid yang dilakukan menggunakan
borang soal selidik.                                                            44
Kata Kunci: algebra, anu, darab, bahagi, masalah dalam situasi harian
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                           MORA 1,2
                    Lindaasmiralda Lusian, Stephanie Rayner, Rosenita Zesta Mosus
                                 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
                                                            ABSTRAK
Media dalam bentuk video merupakan salah satu media bergerak yang dapat
menghasilkan imej realistik dan sangat bermanfaat untuk menyampaikan maklumat
terutamanya kepada murid. Hal ini kerana, mereka dapat memperoleh maklumat dalam
bentuk teks, grafik, audio, video dan animasi yang mana penerimaan dan penyimpanan
maklumat adalah lebih efektif. Inovasi Mora 1,2 ini merupakan sebuah video pengajaran
yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) bagi
mata pelajaran Bahasa kadazandusun Tahun 2. Antara objektif utama inovasi ini ialah
mengintegrasikan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) selaras dengan KSSR Bahasa Kadazandusun Tahun 2 serta meransang
pelbagai deria murid untuk memberikan tumpuan terhadap maklumat dalam video agar
mereka dapat memahami isi dan idea utama dengan jelas. Isu dan permasalah utama
yang telah mendorong penghasilan inovasi ini adalah bagi membantu murid Tahun 2
untuk mengukuhkan asas sebutan vokal panjang atau (Mora) dalam Bahasa
Kadazandusun. Murid boleh mengakses video ini dengan sangat mudah iaitu melalui
Youtube secara dalam talian dan luar talian dengan memuat turun video inovasi
pengajaran ini. Penggunaan inovasi ini telah memberikan kesan kepada peningkatan
kemahiran murid dan membantu guru menjimatkan masa, tenaga dan kos kerana murid
boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, di mana sahaja secara berulang kali. Tiada
pengeluaran kos perbelanjaan semasa menghasilkan video pengajaran ini.
Kata Kunci: mora 1,2, Bahasa Kadazandusun, EMK, video pengajaran, tahun 2
                                                                                                                                                  45
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                                   DANUM
                                                           Nur Ain Binti Siman
                                             Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                  ABSTRAK
DANUM merupakan satu projek inovasi digital yang bertemakan Bahasa Kadazandusun dalam
pendidikan di mana DANUM akan digunakan bagi tajuk pengiraan nombor dalam mata pelajaran
Bahasa Kadazandusun dengan mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar. Objektif
penghasilan inovasi ini ialah, pada akhir pembelajaran murid dapat mengira nombor satu hingga
dua puluh dalam Bahasa Kadazandusun dengan betul. Semasa menjalani praktikum fasa satu
saya telah mendapati bahawa sebilangan murid Tahun 4 belum menguasai pengiraan nombor
dalam Bahasa Kadazandusun. Hal ini telah menyebabkan murid mengalami kesukaran untuk
menguasai tajuk pembelajaran seperti menulis dan bertutur yang melibatkan pengiraan nombor.
Oleh itu, idea bagi menghasilkan inovasi DANUM ini telah tercetus. Projek inovasi ini dapat memberi
faedah yang jelas kepada peningkatan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
buktinya menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, kaedah
bermain sambal belajar yang diterapkan dalam inovasi ini sudah tentu dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Penggunaan inovasi ini juga
semestinya dapat menyumbang kepada cara berkerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan
mudah dengan penggunaan bahan TMK yang berkos rendah seperti Powerpoint, audio, animasi
dan video sahaja. Melalui percubaan yang telah dilaksanakan inovasi ini telah berjaya mencapai
objektif yang ditentukan di mana murid-murid dapat mengira nombor satu hingga dua puluh
dengan lancar dan betul. Tuntasnya, inovasi ini dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada
murid bagi pengiraan dalam Bahasa Kadazandusun.
                                                      TANGKOB RINUKUT-RUKUT
                                 Chistty Roppilin, Debbra Dominic, Dora Madelina Jairy
                                             Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                  ABSTRAK
Tangkob Rinukut-Rukut menghimpunkan inovasi yang digunakan oleh guru pelatih dalam mata
pelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) Tahun 1 hingga Tahun 6 semasa menjalani praktikum.
Antara kandungan inovasi ini ialah gamifikasi, sticker, nota dan video. Inovasi Tangkob Rinukut-
Rukut ini bukan sahaja memberi faedah kepada murid malahan turut membantu guru dalam
pengajaran. Tangkob Rinukut-Rukut ini menerapkan elemen belajar sambil bermain dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), membantu murid menambahkan kosa kata,
memudahkan guru menyampaikan maklumat serta menerapkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21 di samping digunakan
sebagai pengayaan pengetahuan dan kemahiran murid dalam BKD. Antara masalah yang
mendorong guru pelatih untuk menghasilkan inovasi ini adalah penglibatan murid yang tidak
memberangsangkan dalam PdPR, tidak menguasai kemahiran asas dan BKD bukan bahasa
pertama untuk kebanyakan murid di sekolah. Melalui penggunaan inovasi ini dalam PdPR, dapat
dilihat bahawa penglibatan murid semakin meningkat di mana murid tahu tajuk yang akan diajar,
lebih tertarik mengikuti PdPR dan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
serta murid seronok belajar sambil bermain. Untuk mengetahui kecekapan inovasi Tangkob Rinukut-
Rukut, guru pelatih menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai medium penilaian.
Terdapat perbezaan yang ketara dalam Tahap Penguasaan murid bagi sesuatu Standard
Pembelajaran sebelum dan selepas inovasi digunakan dalam PdPR. Penghasilan Tangkob Rinukut-
Rukut ini tidak menggunakan sebarang kos pelaksanaan dan boleh diakses di mana-mana sahaja
menggunakan telefon dan juga komputer riba. Tangkob Rinukut-Rukut ini telah digunakan di dua
buah sekolah rendah iaitu SK. Sungai Damit, Tuaran dan juga SK. Kelawat, Tamparuli semasa guru
pelatih menjalani Praktikum Fasa 1.
                                                                                                                                                  46
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                                 MonoPoBo
                            Annunciatokade Jude Linggohun, Haikal Faiz Bin Abdul Latiff
                                             Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                  ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran yang menarik adalah sangat penting bagi menarik minat dan juga
perhatian murid di dalam kelas lebih-lebih lagi bagi murid-murid yang berada yang masih berada
di bangku sekolah. Sehubungan dengan itu kami telah menghasilkan satu inovasi yang dinamakan
sebagai Monopoli Pomoinan Boros (MonoPoBo) iaitu inovasi yang lebih kepada konsep belajar
sambil bermain iaitu menggunakan permainan berkonsepkan monopoli. Objektif utama bagi
projek inovasi kami adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas dalam Bahasa
Kadazandusun (BKD) di mana sesuai dengan semua peringkat umur. Objektif secara khususnya
lebih kepada murid-murid tahap 2 di sekolah rendah. Isu atau masalah yang mendorong kami
untuk menghasilkan projek inovasi ini adalah tahap penguasaan kemahiran asas BKD murid-murid
di dalam kelas adalah sangat lemah dan terdapat murid yang langsung tidak mempunyai
kemahiran asas. Oleh yang demikian kami bercadang untuk menghasilkan projek inovasi yang
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas BKD dan juga membina kemahiran asas
tersebut. Pengkaji telah mengedarkan borang penilaian kepada pengguna yang telah
menggunakan permainan MonoPoBo. Melalui penilaian tersebut, inovasi ini memberi faedah yang
jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan inovasi ini terhadap pengajaran dan
pembelajaran di mana penilaian bagi aspek reka bentuk, fungsi dan keberkesanan MonoPoBo
mendapat min yang hampir sama. Melalui percubaan kami mendapati bahawa murid-murid
sangat tertarik dengan cara inovasi ini dijalankan namun yang demikian potensi inovasi ini dapat
ditingkatkan lagi dengan menjadikannya dalam bentuk teknologi digital. Pengkaji tidak
mengeluarkan sebarang kos perbelanjaan semasa menghasilkan projek inovasi ini.
Kata kunci: MonoPoBo, Bahasa Kadazandusun, tahap 2, kemahiran bahasa, belajar sambil
bermain.
MaKeBu
Nadhirah Afifah Binti Amidin, Nellezia Jaimun
     Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                  ABSTRAK
Kami menggunakan aplikasi Scratch untuk menghasilkan sebuah inovasi dengan berpandukan
Standard Kandungan pembelajaran Bahasa Melayu tahap satu. MaKeBu atau nama penuhnya
Mari Kenali Buah yang kami hasilkan berupa sebuah permainan kuiz. Permainan kuiz ini dihasilkan
untuk memberi pengenalan kepada pengguna tentang jenis buah-buahan. Inovasi ini tercetus
hasil daripada masalah murid dimana murid tidak berminat dengan pembelajaran seperti biasa
atau lebih tepatnya menggunakan kaedah lama seperti latihan menjawab lembaran kerja.
Mereka lebih gemar kepada pembelajaran berasaskan permainan. Buktinya, murid tertarik dan
melibatkan diri secara tidak langsung dalam pembelajaran yang dilaksanakan dengan
menggunakan inovasi ini. Lebih banyak murid yang mengakses dan menjawab menggunakan
inovasi ini berbanding dengan kaedah lembaran kerja. Inovasi ini juga dapat diakses ataupun
dijawab dimana-mana sahaja menggunakan telefon bimbit, laptop dan sebagainya tanpa masa
yang terhad dengan menggunakan internet. Sehubungan dengan itu, inovasi ini juga mampu
meningkatkan kecekapan murid berfikir dan menjawab kuiz kerana adanya penetapan masa
yang sesuai mengikut jumlah soalan kuiz yang disediakan. Hasil daripada pelaksanaan yang
dijalankan terhadap beberapa orang murid, murid lebih tertarik dan dapat memberikan jawapan
yang betul sesuai dengan objektif penghasilan inovasi ini.
Kata Kunci : berpusatkan bahan dan murid, bermain, kata nama am, pendekatan induktif
                                                                                      47
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                              KIT PITATO
                                                        Chrisconniela Julis
                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Kanak-kanak yang baru mengenal huruf ini kadangkala tidak dapat membezakan huruf besar
dan huruf kecil. Oleh itu KIT PITATO ini secara umumnya digunakan oleh kanak-kanak untuk
mengenal huruf besar dan juga huruf kecil. Idea penghasilan KIT PITATO ini tercetus apabila
pengkaji menghadapi masalah kanak-kanak yang tidak dapat membezakan penggunaan
huruf besar dan juga huruf kecil dalam penulisan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa
masalah ini timbul akibat kanak-kanak tersebut belum dapat mengenal rupa huruf kecil dan
huruf besar dengan betul. Penghasilan KIT PITATO ini membuktikan bahawa kanak-kanak akan
lebih mudah mengingat bentuk huruf kecil dan juga huruf besar kerana, kanak-kanak berasa
seronok semasa bermain dengan KIT PITATO ini. Selain itu melalui KIT PITATO ini guru juga akan
lebih mudah untuk menerangkan bentuk huruf kecil dan huruf besar. KIT PITATO ini terbukti
dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi kesukaran mengenali huruf kecil dan besar
melalui percubaan KIT PITATO ini terhadap kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut.
Kata Kunci : PITATO, mengenali huruf kecil dan huruf besar, bermain, lebih seronok
SUNLAN 2.0
Alessandra Domissin, Amiza Binti Md Mustapha,
                    Vivie Ester Paulinus
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                               ABSTRAK
Projek inovasi yang akan kami hasilkan merupakan adaptasi daripada aplikasi Kadazan Flash
Card dan Buku Kamus Bahasa Kadazandusun serta merupakan naik taraf daripada inovasi
sebelumnya, iaitu “SunLan” kepada “SunLan 2.0”. Penghasilan inovasi ini bertujuan untuk
memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Kadazandusun di
sekolah rendah. Selain itu, penghasilan “SunLan 2.0” ini adalah berdasarkan kepada beberapa
isu yang timbul seperti kekurangan maklumat dan sumber rujukan bagi subjek Bahasa
Kadazandusun, kelemahan untuk memahami dan menyebut perkataan dalam bahasa
Kadazan dan Dusun serta proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik
perhatian. Antara proses yang terlibat dalam menghasilkan inovasi ini adalah pencarian
maklumat yang berkaitan dengan inovasi di internet, mengenalpasti kelemahan dan
penambahbaikan yang boleh dilakukan, mencari aplikasi yang sesuai dan memasukkan
elemen seni dan pendidikan. Selepas inovasi diperkenalkan, minat kanak-kanak dapat
dipupuk untuk mempelajari asas perkataan dalam Bahasa Kadazandusun serta membantu
mereka untuk mudah memahami suku kata dalam bahasa ini melalui permainan yang
terkandung dalam inovasi. Seterusnya, inovasi ini juga menekankan aspek bermain sambil
belajar. Antara faedah pelaksanaan inovasi ini adalah dapat menambah sumber bahan
rujukan, memudahkan pencarian maksud perkataan dalam Bahasa Kadazandusun,
memberikan keseronokan semasa membaca dan boleh digunakan pada bila-bila masa
sahaja kerana penggunaannya boleh dilakukan secara offline.
Kata Kunci: SunLan, Bahasa Kadazandusun, seni dalam pendidikan
                                                                48
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                             TAYAM POSORILI
                                                 Adreon Danil, Cornelius Sylvester
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Kadazandusun
memainkan peranan penting seiring dengan perkembangan pendidikan terkini. Justeru itu,
penggunaan pelbagai perisian aplikasi dalam PdPc sangat penting bagi menangani isu dan
cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian di rumah (PdPR). Oleh itu, kami telah menghasilkan satu inovasi digital iaitu “Tayam Posorili”
melalui penggunaan perisian aplikasi Scratch. Kajian projek inovasi ini dijalankan bagi meningkatkan
kecekapan kami sebagai guru pelatih yang kini sedang melaksanakan latihan mengajar dengan
mempelbagaikan teknik, kaedah dan strategi pengajaran semasa menjalani PdPR. Selain itu,
inovasi digital ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar terutamanya dalam subjek Bahasa
Kadazandusun melalui Gamifikasi Quiz. Masalah utama yang mendorong kami untuk membuat
inovasi ini adalah disebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian di
rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pandemik Covid-19 sememangnya telah
mengubah landskap sistem pembelajaran di semua institusi pendidikan di Malaysia. Justeru itu, kami
sebagai guru pelatih yang sedang menempuhi fasa latihan mengajar, berhadapan dengan
pelbagai situasi mengajar secara PdPR. Salah satu dapatan kami, terdapat segelintir murid kurang
berminat untuk belajar khususnya subjek Bahasa Kadazandusun semasa PdPR. Hal ini disebabkan,
terdapat murid yang bosan dalam membuat tugasan dalam bentuk Lembaran Kerja. Oleh yang
demikian, sebagai bakal pendidik mestilah memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan selaras
dengan perkembangan pelbagai aplikasi pada masa kini. Secara tidak langsung, dapat
meningkatkan kualiti pendidikan melalui pelbagai bentuk inovasi dan kreativiti bagi menarik minat
murid untuk belajar.
Kata Kunci: Sofware inovasi digital, Pembelajaran Abad-21, PdPR, Guru pelatih, Kaedah pengajaran
                                                                    TiVi BKD
                                                              Elviana Gunong
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.
                                                                   ABSTRAK
Inovasi Tivi BKD ialah singkatan daripada Tinimungan Video Boros Kadazandusun. Objektif projek
inovasi ini adalah untuk supaya video-video tentang sesuatu pembelajaran dikumpulkan supaya
senang dicari. Masalah yang telah dihadapi ialah semasa ingin menjalankan pengajaran, disedari
pengajaran tersebut mempunyai kaitan dengan video yang pernah dibuat sebelum ini tetapi sukar
untuk dicari apabila folder terlalu banyak. Bila video dikumpulkan dan dibuat secara senara semak,
ini memudahkan guru atau murid untuk merujuk sesuatu pengajaran atau pembelajaran tersebut.
Guru atau murid hanya perlu klik pada tajuk yang ingin dirujuk dan video pembelajaran tersebut
akan keluar. Dengan cara ini akan membantu pembelajaran murid di rumah dan akan
memudahkan pencarian maklumat pengajaran guru juga semasa melakukan pengajaran dalam
bilik darjah.
Kata Kunci: Video pdp, TMK, Alat Bantu mengajar, bahasa, pendekatan berasaskan alat
                                                                                                                                                   49
RINGKASAN PROJEK INOVASI
                                                              KATA PENGUAT
                                                Nursyahirah Binti Mohd Fariq Ariffin
                                              Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Penguasaan murid dalam ilmu tatabahasa amat penting. Hal ini adalah kerana tatabahasa juga
merupakan salah satu tunjang kepada pembinaan sesebuah ayat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu,
pengetahuan yang mendalam tentang tatabahasa penting bagi memudahkan murid
menggunakannya dalam binaan ayat dengan betul. Situasi yang mendorong penulis membina
inovasi ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada murid agar mereka lebih cepat faham
dan mudah ingat berkenaan penggunaan kata penguat dalam binaan ayat. Tidak dapat dinafikan
apabila penggunaan kata yang banyak menyukarkan murid mengingati setiap fungsinya. Penulis
telah menggunakan inovasi ini semasa pengajaran Bahasa Melayu bersama murid Tahun 5, SK ST.
Augustine, Meradong. Pemerhatian mendapati murid lebih pantas menjawab dan membina ayat
yang mengandungi kata penguat dengan betul di mana kedudukan kata penguat itu berada
pada tempat yang sesuai berdasarkan fungsinya. Berdasarkan inovasi yang dibina beserta gambar
rajah yang digunakan, murid boleh terus memahami sedikit sebanyak berkenaan kata penguat
walaupun belum \diterangkan oleh guru. Oleh itu, sekiranya murid melihat gambar rajah tersebut
selepas penerangan guru maka murid berkemampuan untuk menerangkan maksud bagi kata
penguat. Kos pembinaan inovasi ini lebih rendah berbanding membuat bahan bantu mengajar. Hal
ini adalah kerana penggunaan idea inovasi ini boleh digunakan secara maya (powerpoint) atau
secara bahan maujud (cetak di atas kertas). Bukti kejayaan pelaksanaan inovasi ini adalah
menerusi pengajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 5.
Kata kunci: inovasi dalam pendidikan, teknologi, reka bentuk gambar rajah
LANCAR JAWI
     Siti Nor Anisa Binti Mapan Yuki
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
                                                                   ABSTRAK
Projek inovasi yang saya bina adalah mengenai kemahiran aspek seni bahasa iaitu pengajaran
tentang seni tulisan jawi dalam bahasa Melayu. Objektif yang ingin dicapai dalam inovasi “Lancar
Jawi” ini adalah untuk murid-murid mengenal huruf tunggal dalam tulisan jawi. Selain itu, untuk
mengecam dan menyebut huruf tunggal dalam tulisan jawi melalui simpulan bahasa. Akhir sekali,
meningkatkan penggunaan aspek kognitif dan psikomotor semasa memainkan perisian inovasi ini.
Permasalahan utama yang dihadapi yang mendorong mencipta inovasi ini ialah murid-murid
kurang mengenali dan mengecam huruf jawi kepada huruf rumi dalam bahasa Melayu.
Kesignifikan inovasi yang saya bina, mendapati murid-murid tidak berasa bosan semasa belajar
tentang tulisan jawi dan dapat meningkatkan kemahiran aspek seni bahasa ini semasa bermain
dalam bentuk cabaran minda. Kecekapan yang dapat dilihat ialah guru dapat menjimatkan masa
untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang banyak kerana hanya memerlukan produk
inovasi ini sahaja. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat meningkatkan kecekapan dalam tulisan jawi
ini dalam bentuk permainan kuiz di mana pengiraan masa diambil. Keberkesanan inovasi ini juga
dapat dilihat di mana murid-murid dapat mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal
dalam tulisan jawi melalui simpulan bahasa dalam inovasi ini sahaja kerana kesemuanya telah
dirangkumkan di dalam inovasi ini. Projek inovasi ini sangat berpotensi disebarluaskan kerana
percubaan pelaksanaan setakat ini memberikan hasil amat memuaskan kerana dapat mencapai
objektif inovasi “Lancar Jawi” ini.
Kata Kunci: Tulisan jawi, simpulan bahasa, cabaran minda, permainan, huruf tunggal
                                                                                    50
