The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nilai Masyarakat Malaysia merupakan kursus yang ditawarkan
kepada semua pelajar bukan Islam di politeknik seluruh Malaysia
khususnya di POLIMAS. Kursus ini membincangkan aspek sejarah
pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama, adat resam dan budaya
masyarakat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat mempelajari
tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam
kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia.

E-Book yang dihasilkan ini mengkhususkan kepada Course Learning
Outcome (CLO) 2 kursus ini iaitu menerangkan etika dan
profesionalisme terhadap konsep perpaduan bagi meningkatkan
semangat patriotisme masyarakat Malaysia. Tajuk yang akan dikupas
dalam e-Book ini adalah Konsep Nilai Dan Perpaduan Masyarakat
Malaysia.

Seiring peredaran zaman era globalisasi kini, ternyata satu
keperluan mendesak kepada penerbitan e-book seperti ini yang
membantu pelajar mudah membawanya ke mana-mana,
mengurangkan kos percetakan dan penjimatan kertas serta tenaga. E-book yang dihasilkan ini disusun dengan sangat menarik secara
infografik dan penggunaan teks yang minimum untuk mempengaruhi
pelajar memahami isi kandungan topik dengan lebih pantas.

Diharapkan semua pelajar dan pembaca mendapat manfaat berguna
dengan penerbitan e-book ini sekaligus membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran sepanjang mengikuti kursus Nilai
Masyarakat Malaysia.

Wallahua'lam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by humairaimtiyaz, 2022-06-13 01:53:22

KONSEP NILAI & PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

Nilai Masyarakat Malaysia merupakan kursus yang ditawarkan
kepada semua pelajar bukan Islam di politeknik seluruh Malaysia
khususnya di POLIMAS. Kursus ini membincangkan aspek sejarah
pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama, adat resam dan budaya
masyarakat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat mempelajari
tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam
kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia.

E-Book yang dihasilkan ini mengkhususkan kepada Course Learning
Outcome (CLO) 2 kursus ini iaitu menerangkan etika dan
profesionalisme terhadap konsep perpaduan bagi meningkatkan
semangat patriotisme masyarakat Malaysia. Tajuk yang akan dikupas
dalam e-Book ini adalah Konsep Nilai Dan Perpaduan Masyarakat
Malaysia.

Seiring peredaran zaman era globalisasi kini, ternyata satu
keperluan mendesak kepada penerbitan e-book seperti ini yang
membantu pelajar mudah membawanya ke mana-mana,
mengurangkan kos percetakan dan penjimatan kertas serta tenaga. E-book yang dihasilkan ini disusun dengan sangat menarik secara
infografik dan penggunaan teks yang minimum untuk mempengaruhi
pelajar memahami isi kandungan topik dengan lebih pantas.

Diharapkan semua pelajar dan pembaca mendapat manfaat berguna
dengan penerbitan e-book ini sekaligus membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran sepanjang mengikuti kursus Nilai
Masyarakat Malaysia.

Wallahua'lam.

Keywords: PERPADUAN,NILAI MASYARAKAT MALAYSIA,NILAI-NILAI PERPADUAN,NILAI PATRIOTISME,RUKUN NEGARA,PATRIOTISME,KONSEP RUKUN NEGARA,MALAYSIA

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KONSEP NILAI
& PERPADUAN
MASYARAKAT

MALAYSIA

NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN
NAJIAH BINTI MOHD KHOLID
SABARIAH BINTI MD. YUSSOF

KONSEP NILAI
& P E R P
A D U A N
MASYARAKAT

MALAYSIA

NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN
NAJIAH BINTI MOHD KHOLID
SABARIAH BINTI MD. YUSSOF

PENAFIAN

Hak Cipta Terpelihara. E-book ini adalah
hasil karya penulis. Tidak boleh mengulang
mana-mana bahagian buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun

sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau apa sahaja tanpa
kebenaran dan izin bertulis daripada pihak
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Terbitan Pertama: JULAI 2022
@Hak Cipta Terpelihara 2022
e-ISBN
Nama Penerbit:
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
(POLIMAS)
06000 JITRA, KEDAH.

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian milik Allah, selawat dan
salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Terima kasih yang tidak terhingga buat Ketua
Jabatan Pengajian Am (JPA), Ustaz Mohd Farid
Hafidz bin Ahmad dan rakan taulan JPA, yang
sentiasa memberikan inspirasi, sokongan dan doa

dalam menghasilkan eBook ini.



Buat keluarga kami, terima kasih atas sokongan dan
doa yang tidak putus-putus untuk kami terus
berkarya di dunia digital ini.



Akhir kata, semoga naskah kecil ini menjadi sumber
pahala dan manfaat berpanjangan buat semua
pembaca.


Sekian.

i
i

PENULIS

NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN

Ijazah Sarjana Pengajian Islam
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
dengan Kepujian
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pensyarah
Jabatan Pengajian Am, Polimas
[email protected]

NAJIAH BINTI MOHD KHOLID

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam
Universiti Malaya
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Am, Polimas
[email protected]

SABARIAH BINTI MD. YUSSOF

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam
Universiti Malaya
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Am, Polimas
[email protected]

iii

PRAKATA

Nilai Masyarakat Malaysia merupakan kursus yang ditawarkan
kepada semua pelajar bukan Islam di politeknik seluruh Malaysia
khususnya di POLIMAS. Kursus ini membincangkan aspek sejarah
pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama, adat resam dan budaya
masyarakat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat mempelajari
tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam
kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia.

E-Book yang dihasilkan ini mengkhususkan kepada Course Learning
Outcome (CLO) 2 kursus ini iaitu menerangkan etika dan
profesionalisme terhadap konsep perpaduan bagi meningkatkan
semangat patriotisme masyarakat Malaysia. Tajuk yang akan dikupas
dalam e-Book ini adalah Konsep Nilai Dan Perpaduan Masyarakat
Malaysia.

Seiring peredaran zaman era globalisasi kini, ternyata satu
keperluan mendesak kepada penerbitan e-book seperti ini yang
membantu pelajar mudah membawanya ke mana-mana,
mengurangkan kos percetakan dan penjimatan kertas serta tenaga.
E-book yang dihasilkan ini disusun dengan sangat menarik secara
infografik dan penggunaan teks yang minimum untuk mempengaruhi
pelajar memahami isi kandungan topik dengan lebih pantas.

Diharapkan semua pelajar dan pembaca mendapat manfaat berguna
dengan penerbitan e-book ini sekaligus membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran sepanjang mengikuti kursus Nilai
Masyarakat Malaysia.

Wallahua'lam.




iv

ISI KANDUNGAN

KONSEP NILAI PENGENALAN 01
& PERPADUAN MASYARAKAT
MALAYSIA KONSEP PATRIOTISME DAN
RUKUN NEGARA
i PENAFIAN
ii PENGHARGAAN 02 KONSEP PATRIOTISME
iii PENULIS
iv PRAKATA Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
menyedari bahawa patriotisme
09 penting dalam ketahanan nasional
bagi menghalang sebarang bentuk
Rakyat Malaysia ancaman sama ada dari dalam atau
Mendukung luar negara.
Prinsip Rukun
Negara 07 KONSEP RUKUN NEGARA

NILAI-NILAI PERPADUAN “Rahsia kesempurnaan Rukun Negara,
ialah pada amalannya. Tanpa
16 NILAI-NILAI PERPADUAN amalan, Rukun Negara akan menjadi
secebis dokumen yang tidak
Kepercayaan kepada Tuhan mempunyai makna”.
Cintakan Negara
Kesetiaan kepada Pemimpin -Tun Abdul Razak-
Mematuhi Undang-undang Negara
Integrasi Nasional 24 "Muafakat Membawa
Menghormati antara Satu Sama Lain Berkat" - Teras Perpaduan
Toleransi Negara
Bekerjasama
Kasih-sayang
Budi Bahasa

PENUTUP 26

PENGENALAN

Perpaduan yang diterapkan dalam diri masyarakat
Malaysia turut menekankan aspek patriotisme dan
penghayatan kepada Lima Prinsip Rukun Negara.
Kedua-dua aspek ini merupakan tonggak kepada
pembentukan jati diri yang cintakan negara dan
sanggup berkorban demi negara. Nilai patriotisme
mendesak seseorang itu melakukan apa sahaja untuk
mempertahankan kedaulatan negara secara tidak
langsung mengikis sikap penting diri dan
individualistik. Seterusnya, memupuk nilai bersatu dan
mementingkan keharmonian antara pelbagai kaum di
Malaysia.




Pada masa yang sama, terdapat banyak nilai-
nilai perpaduan yang mesti dihayati oleh setiap
rakyat Malaysia bagi memastikan keutuhan
hubungan antara kaum. Dengan mengetahui dan
memahami setiap nilai perpaduan seperti kasih-
sayang, bekerjasama, toleransi dan banyak lagi
mampu menjadikan Malaysia sebuah negara
yang masyhur dan menjadi contoh kepada
negara-negara lain yang turut sama berusaha
ke arah perpaduan kaum.




01

KONSEP
PATRIOTISME

Konsep Patriotisme

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang
bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang
bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara.

Ini membawa pengertian
individu atau kumpulan
yang berada di hadapan
dalam usaha membela
tanah air.

Patriot dikatakan P
sebagai seorang yang A
cintakan negaranya dan T
R
akan membuat apa I
sahaja untuk O
T
mempertahankannya.
Patriot juga
Patriot bermaksud orang bererti orang
yang mempertahankan
(memperjuangkan) yang cinta
kebebasan atau hak tanah airnya
tanah air atau pembela
negara (Kamus Dewan dan akan
dan Oxford English melakukan apa
Dictionary).
saja demi
untuknya (New

Webster's
Dictionary).

03

Sebagai rakyat Malaysia, Kegiatan Belia (Program Rakan Muda,
kita perlu menyedari Seminar atau kursus patriotik belia)
Media Massa (komik/ cerpen dan filem)
bahawa patriotisme penting berbentuk patriotik.
dalam ketahanan nasional Media Elektronik (lagu=lagu patriotik
bagi menghalang sebarang dan dokumentari tokoh-tokoh
bentuk ancaman sama ada perjuangan negara.
Kegiatan sukan, seni dan budaya.
dari dalam atau luar Usaha pihak kerajaan dan NGO -
negara. memperbanyak program-program
berbentuk patriotisme dan aktiviti
Kerajaan perlu menjadikan kesukarelaan seperti membantu mangsa
patiotisme sebagai agenda bencana alam atau peperangan di
negara kerana patriotisme dalam atau luar negara.

adalah tunjang kepada
perpaduan nasional dan

pembinaan bangsa
bermaruah.

Justeru, beberapa aspek perlu
diberikan penekanan yang

sewajarnya. Pertamanya melalui
pendidikan. Semangat patriotisme

ini mampu disuburkan melalui
pendidikan sejarah, sivik dan

kenegaraan Malaysia.

Perbincangannya perlu
diperluaskan lagi dengan
menekankan kepada perkembangan
dan sumbangan tokoh-tokoh dalam
membebaskan tanah air dari
penjajahan dan membangunkan

negara.

04

Sudut
Pandang
Patriotisme

Generasi muda khususnya yang lahir

selepas merdeka kurang memahami

kepentingan semangat patriotisme.

Dengan adanya program-program

yang menjurus kepada mewujudkan

semangat patriotisme seperti

sambutan Bulan Kemerdekaan ianya Malaysia terkenal sebagai sebuah
negara yang aman dan pesat
pasti dapat memberi kesedaran membangun.
Negara Malaysia dapat membangun
kepada generasi muda. dengan pesat kerana wujudnya
semangat patriotisme yang tinggi di
Selain itu, generasi muda yang kalangan rakyat.
Oleh itu, tidak hairanlah negara
mempunyai semangat patriotisme Malaysia telah menjadi contoh
kepada negara lain dalam
tidak akan melibatkan diri dengan menerapkan semangat patriotisme di
kalangan rakyat.
perkara negatif seperti gejala sosial Malaysia juga telah beberapa kali
menjadi orang tengah dalam
dan vandalisme. menyelesaikan konflik kaum dan
agama di beberapa buah negara
Sesungguhnya, mata pelajaran jiran.

Sejarah yang diajar di sekolah

adalah baik kerana dapat

memberikan pengetahuan dan

pengajaran tentang sejarah negara

kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotisme

di kalangan rakyat juga dapat

menaikkan imej negara.

05

NILAI-NILAI
PATRIOTISME

Berbangga Bseertsieamnaenggaarta keBmerergcaun jdianygaan
sebagai
rakyat
Malaysia

Berdisiplin Berpusroadhaukdtiaf n bangsa akan kekal
kukuh selagi akhlaknya
06
masih utuh, jika
akhlaknya sudah
runtuh maka mereka
pun akan lenyap.

KONSEP
RUKUN
NEGARA

KONSEP
RUKUN
NEGARA

Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan
ini adalah dibentuk berdasarkan acuan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
dan juga agama. Prinsip-prinsip yang
terbina ini adalah bagi memperkukuhkan
perpaduan kaum.
Oleh itu menurut Tun Abdul Razak:

“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah
pada amalannya. Tanpa amalan Rukun
Negara akan menjadi secebis dokumen yang
tidak mempunyai makna”.

“.... adalah mustahak Rukun Negara bukan
sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga
diamalkan dengan sepenuhnya dan segala
hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-
tiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu
benar-benar menjadi darah daging.”

08

Kepercayaan Kesetiaan
kepada Tuhan kepada Raja
dan Negara

Kesopanan Keluhuran
dan Perlembagaan

kesusilaan Kedaulatan
undang-
undang

PRINSIP RUKUN NEGARA

09

Agama dijadikan pegangan utama rakyat
Malaysia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang,
sesuatu bangsa dan juga negara.
Pegangan yang kukuh terhadap agama
akan dapat menahan seseorang itu
daripada melakukan jenayah dan juga
kejahatan.

KekTpeuephraacandyaaan

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

PRINSIP RUKUN NEGARA

10

kKedepasanedtNiaaeagRnaajraa Malaysia mengamalkan Sistem
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara dan sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri,
dan Yang di-Pertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak
beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang di-Pertua
Negeri adalah merupakan
lambang perpaduan rakyat.

Maka setiap warganegara

hendaklah menumpukan

sepenuh taat setia, jujur

dan ikhlas kepada Seri

Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong. Di

peringkat negeri pula,

rakyat dikehendaki

menumpukan taat setia

kepada raja yang

memerintah negeri tempat

mereka bermastautin tanpa

mengurangkan taat setia

kepada Yang di-Pertuan

Agong.

PRINSIP RUKUN NEGARA

11

Keluhuran
Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya

rakyat menerima, mematuhi dan

mempertahankan keluhuran atau

kemuliaan Perlembagaan

Negara. Perlembagaan Negara

adalah sumber perundangan

yang tertinggi. Fungsinya untuk

memberi perlindungan kepada

setiap rakyat negara ini akan

hak dan keistimewaan mereka

sebagai warganegara.

Setiap warganegara Malaysia

dikehendaki menghormati,

menghargai, serta memahami

maksud dan kandungan serta

latar belakang sejarah

pembentukan Perlembagaan

Negara.

PRINSIP RUKUN NEGARA

12

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa.

Tuntutan kepada prinsip

keempat ini adalah supaya

kita sama-sama menghormati

undang-undang dan

berusaha menyokong

penguatkuasaannya serta

memelihara kedaulatannya.

Kedaulatan
Undang-
undang

PRINSIP RUKUN NEGARA

13

Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk
warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesopanan
dan

kesusilaan

PRINSIP RUKUN NEGARA

14

OBJEKTIF
PENGGUBALAN
RUKUN NEGARA

(a) Untuk mencipta satu
masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil
dan saksama.

(b) Untuk memelihara cara (d) Untuk membentuk satu
hidup demokratik. sikap yang liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang kaya
(c) Untuk mencapai dan berbagai-bagai corak.

perpaduan yang lebih erat (e) Untuk membina sebuah
masyarakat progresif dengan
dalam kalangan seluruh menggunakan sains dan
teknologi moden.
masyarakat.

15

NILAI-NILAI
PERPADUAN

NILAI-NILAI PERPADUAN

NILAI

Jules Henry (1975), mentakrifkan nilai

sebagai sesuatu yang dikira baik

seperti kasih-sayang, baik hati,

keseronokan, kepuasan hati, kejujuran,

kesopanan, ketenangan dan

kesederhanaan.

Raths, et al. (1980) merumuskan
bahawa nilai ialah garis panduan
umum terhadap tingkah laku.

PERPADUAN

Perpaduan menurut Kamus Dewan (2005) ialah
penggabungan, persesuaian dan perihal
berpadu.
Perpaduan merupakan satu keadaan yang
menunjukkan bahawa masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia bersatu dan menerima
antara satu sama lain.
Perpaduan tidak mungkin dicapai jika
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia tidak
mengamalkan nilai-nilai ke arah
perpaduan.

17

NILAI-NILAI
PERPADUAN

Toleransi

Kepercayaan kepada Tuhan

Bekerjasama

Cintakan Negara

Kesetiaan kepada Pemimpin

Integrasi Nasional

Mematuhi undang-undang

Hormat
Kasih-sayang

Budi bahasa

18

Kepercayaan Nilai ini merupakan satu
kepada Tuhan panduan dan pedoman

mtmeMagusayrunmahiprykaueakpamnaagtegdnbdjaaeaimardnpjaiiaekl.aargind-ananigllaaim kepada individu dan
masyarakat.

Pegangan ini mendorong manusia
bertindak sebagai seorang yang

bertanggungjawab, sentiasa
menjaga keharmonian dan
menjauhi perkara yang
mengundang perbalahan.

19

CPeinrtadamsibsaekeemanemregtpnaameaiinrankdapgdaijakuegalmykkluranabaainemantnkggepgyknjacaaueaeriwanilgamgamblaeapbiarldgaaenaiuhra.ldnniunrtgakuad.lkanamn Cintakan
Negara

Kesetiaan
kepada
Pemimpin

Kesetiaan kepada pemimpin merupakan nilai
asas dalam membentuk keharmonian dan
keamanan.
Seseorang yang taat kepada pemimpin akan
patuh kepada arahan daripada ketuanya.
Rakyat perlu menunjukkan kesetiaan dan
ketaatan kepada pemerintah supaya tidak
berlaku perbalahan, demonstrasi dan huru-
hara.

20

Undang-undang PaUtunhdakenpga- da
yang digubal undang
Negara
mestilah dipatuhi
oleh semua rakyat Mesej utama
undang-undang
Malaysia. digubal adalah
untuk menjamin

keadilan dan
memastikan semua
orang mendapat hak

masing-masing.

Oulenmhdenyaimtialunabsn,geiegp-syrueaiahknbtaanduugnrhaamnkmkhoegeannhpimieiaaddpglduaauapalhraaamn.

21

Integrasi
Nasional

Integrasi nasional merupakan satu

agenda kerajaan membentuk

perpaduan dalam kalangan rakyat

pelbagai kaum di Malaysia.

Penggabungan antara pelbagai kaum

di negara ini mewujudkan

persefahaman dan keharmonian yang

melahirkan satu bangsa beridentiti

yang sama, iaitu identiti Malaysia.

Toleransi

Toleransi ialah sikap sabar, bertolak-
ansur serta menerima dan menghormati
pendapat, fikiran dan kepercayaan
orang lain.
Sikap toleransi telah meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara
contoh dalam penyatuan dan
perpaduan antara pelbagai kaum.
Tanpa toleransi, negara kita mudah
dikuasai musuh kerana rakyatnya yang
tidak bersatu hati dan enggan
menerima kelebihan dan kekurangan
orang lain.

22

Hormat
antara

satu
sama
lain

Hormat

didefinisikan

sebagai perbuatan

yang menunjukkan

rasa khidmat atau

takzim kepada

seseorang, memberi

penghargaan dan

bersopan-santun.

Dengan adanya rasa hormat, hidup

aman dan harmoni akan terjamin

kerana setiap rakyat memahami

batas-batas yang perlu dijaga.

Contohnya, kita perlu menjaga

sensitiviti agama, hormat kepada

pemimpin dan layanan yang sama

kepada semua orang.

Sekiranya tiada rasa hormat dalam

diri seseorang, negara akan menjadi

huru-hara disebabkan oleh

perselisihan sehingga

mengakibatkan perpecahan dalam

kalangan masyarakat.

23

Bekerjasama

Manusia tidak mungkin dapat hidup
bersendirian tanpa bantuan dan
kerjasama orang lain.
Dunia hari ini semakin mencabar dan
kita memerlukan antara satu sama lain
bagi memenuhi keperluan hidup sama
ada dari segi material mahupun
spiritual.
Contohnya, menjaga alam sekitar
memerlukan kerjasama daripada
seluruh anggota masyarakat.
Bentuk kerjasama meliputi pelbagai
aspek seperti perhubungan sosial,
ekonomi dan politik tanpa mengira
bangsa.

Kasih-sayang merupakan

Kasih-sayang fitrah manusia.

Kasih-sayang menjadi titik

permulaan kepada hubungan murni

sesama manusia.

Dengan adanya rasa kasih-sayang,

perasaan kasihan dan simpati

terhadap nasib orang lain akan

wujud, maka, timbullah rasa

tanggungjawab untuk membantu

dan membela nasib orang yang

memerlukan.

24

Budi bahasa yang baik merangkumi Budi Bahasa
pekerti, akhlak, watak dan tingkah
laku yang baik, sopan dan
sebagainya.
Tujuan amalan berbudi bahasa
adalah untuk mewujudkan suasana
aman, makmur, kerjasama, kasih-
sayang dan sejahtera.

Pada 11 Januari 2005,

kerajaan telah

melancarkan Kempen

Budi Bahasa sebagai

usaha untuk melahirkan

rakyat Malaysia yang

berbudi pekerti dan

bersopan-santun.

25

PENUTUP

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling
hormat-menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan
akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan
mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan
politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan
demokratik.

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah
antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia.
Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari
kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah
besar. Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya
kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi
majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan
keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi
bagi sesetengah rakyat negara asing.

Kita harus sedar kepelbagaian keturunan, etnik, warna kulit, agama,
bahasa, kebudayaan dan adat resam yang dimiliki rakyat Malaysia
adalah satu rahmat dan anugerah buat kita. Negara kita seringkali
disebut sebagai negara masyarakat plural yang berjaya dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Justeru, setiap rakyat
mestilah tidak lupa mengamalkan nilai-nilai perpaduan bagi
mengekalkan persefahaman dan toleransi antara kaum agar negara
kita kekal harmoni dan sejahtera.

26

Uji Minda

Konsep Patriotisme Imbas QR Code
berikut untuk

menjawab soalan
pengukuhan.

Konsep Rukun Negara

Nilai-nilai Perpaduan

Victory
Success

Champion

2022 by JPA POLIMAS
All rights reserved.


Click to View FlipBook Version