KONSEP NILAI & PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA
Nilai Masyarakat Malaysia merupakan kursus yang ditawarkan
kepada semua pelajar bukan Islam di politeknik seluruh Malaysia
khususnya di POLIMAS. Kursus ini membincangkan aspek sejarah
pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama, adat resam dan budaya
masyarakat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat mempelajari
tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam
kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk
masyarakat Malaysia.
E-Book yang dihasilkan ini mengkhususkan kepada Course Learning
Outcome (CLO) 2 kursus ini iaitu menerangkan etika dan
profesionalisme terhadap konsep perpaduan bagi meningkatkan
semangat patriotisme masyarakat Malaysia. Tajuk yang akan dikupas
dalam e-Book ini adalah Konsep Nilai Dan Perpaduan Masyarakat
Malaysia.
Seiring peredaran zaman era globalisasi kini, ternyata satu
keperluan mendesak kepada penerbitan e-book seperti ini yang
membantu pelajar mudah membawanya ke mana-mana,
mengurangkan kos percetakan dan penjimatan kertas serta tenaga. E-book yang dihasilkan ini disusun dengan sangat menarik secara
infografik dan penggunaan teks yang minimum untuk mempengaruhi
pelajar memahami isi kandungan topik dengan lebih pantas.
Diharapkan semua pelajar dan pembaca mendapat manfaat berguna
dengan penerbitan e-book ini sekaligus membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran sepanjang mengikuti kursus Nilai
Masyarakat Malaysia.
Wallahua'lam.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload