The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BML3053 (B) KUMPULAN 2 (TUGASAN BERKUMPULAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulazharmanap, 2021-12-20 08:58:34

KATA NAMA

BML3053 (B) KUMPULAN 2 (TUGASAN BERKUMPULAN)

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI

KATA NAMA

NOR FARAH ALIA BINTI ZAILAM | ANJUNAIDAH BINTI MOKHLIS |
MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN MANAPON | MUHAMMAD FITRI BIN OSMAN |

MUHAMMAD AIZAD BIN LUTFI AMER

BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SEMESTER 1 SESI 2021/2022 (A211)

KUMPULAN KULIAH: B
TAJUK TUGASAN:

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI: KATA NAMA

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NOMBOR
MATRIK
1. MUHAMAD FITRI BIN OSMAN D20201093355
2. MUHAMMAD AIZAD BIN LUTFI AMER D20201094284
3. D20201093393
MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN
4. MANAPON D20201093387
5. D20201093386
NOR FARAH ALIA BINTI ZAILAM
AINJUNAIDAH BINTI MOKHLIS

PENSYARAH: DR MOHD RA’IN BIN SHAARI

1.0 PENGENALAN
Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik.
Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus-rumus
bahasa. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan
sintaksis. Pada semester ini, lebih berfokuskan kepada morfologi. Bidang morfologi
mengkaji morfem dan kata. Asasnya, unsur bahasa yang paling kecil dalam nahu ialah
morfem. Contohnya, ber dan ter.

Menurut Asmah Haji Omar, (2015), morfologi sebagai peninjau linguistik
yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem.
Manakala, Abdullah Hassan pula (2005), mentakrifkan bidang morfologi sebagai
salah satu bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini
dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan, dan juga bentuk perkataan yang dihasilkan.

Tuntasnya, dalam aspek morfologi terdapat unsur morfem dan kata. Dalam
tugasan berkumpulan ini, kami diberi tajuk kata nama. Tugasan ini berfokuskan hanya
kepada jenis-jenis kata nama. Contohnya, kata nama am, kata nama khas, kata ganti
nama diri pertama, kedua dan ketiga, dan pembentukan kata nama tunggal, kata nama
terbitan, kata nama ganda dan kata nama majmuk.

1

2.0 KATA NAMA
Tatabahasa Dewan mentakrifkan kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Lazimnya, kata nama ialah kata yang
merujuk perkataan demikian untuk menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau
konsep. Kata nama juga dikenali sebagai kata benda. Kata nama ada yang berbentuk
konkrit dan abstrak. Contohnya, sungai, kerusi, kehendak, tujuan, dan harapan.

Ciri-ciri Kata Nama
Kata Nama, KN dapat dikenali berdasarkan beberapa kriteria, iaitu:
1. Setiap KN dapat diikuti oleh kata tunjuk itu dan ini. Kata tunjuk ini atau itu juga
dikenali sebagai kata penentu dalam binaan frasa kerana kata itu hadir pada akhir
binaan frasa nama. Contohnya seperti ... kereta itu dan ... segala perasaan aneh ini.
2. KN dapat didahului kata bilangan, dengan atau tanpa penjodoh bilangan.
Contohnya seperti tiga buah kereta, kelima-lima orang mahasiswa, kebanyakan
tempat, dan satu pendapat yang memberangsangkan.
3. KN dapat diikuti oleh kata adjektif, sama ada secara langsung ataupun dengan kata
hubung yang. Contohnya seperti buku baharu, buku yang baharu dan nenek tua itu,
nenek yang tua itu.
4. KN boleh didahului oleh kata sendi nama. Contohnya seperti Azhar ke Kedah dan
Pada pandangan saya, dia tidak terdaya melakukannya,
5.Setiap KN dapat berfungsi sebagai subjek, predikat, pelengkap, dan objek dalam
ayat. Contohnya seperti:

Bahaya ada di mana-mana. (Bahaya sebagai subjek)
Tindakannya itu bahaya. (Predikat)
Situasi bertambah bahaya. (Pelengkap)
Jangan mencari bahaya. (Objek)

2

2.1 Kata Nama Am

Kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yang tidak merujuk secara
khusus kepada nama-nama tertentu. Dalam sesebuah penulisan, kata nama am ditulis
dengan huruf kecil. Akan tetapi, apabila di pangkal ayat ditulis dengan huruf besar.

Kata nama am terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup dan kata nama
am tak hidup. Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am hidup
manusia dan kata nama am hidup bukan manusia.

Jadual di bawah merupakan contoh-contoh jenis kata nama am yang diterangkan di
atas.

Contoh

Kata nama am hidup manusia Jururawat, mahasiswa,

Kata Nama Am nelayan, ketua, sahabat.

Hidup Kata nama am hidup bukan Jin, syaitan, bidadari,

manusia unggas, pokok, hantu.

Kata nama am tak hidup institusi Masjid, universiti,

perpustakaan, sekolah,

Kata Nama Am Tak dewan.

Hidup Kata nama am tak hidup bukan Sungai, langit, bandar,

institusi gangguan cadangan,

permintaan. Iklim,

kesungguhan, semangat.

Jadual 1: Contoh Kata Nama Am

3

Contoh Keratan Akhbar:

Contoh1
KUALA LUMPUR: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) membantah kenaikan
yuran sebanyak 80 peratus bagi 'Biomedical Admission Test' (BMAT) yang diwajibkan ke
atas bakal pelajar perubatan.

Kata Nama Am Hidup Manusia

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/892786/kesatuan-
mahasiswa-kesal-yuran-bmat-naik-80-peratus
Berita Harian, November 28, 2021 @ 1:11pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Am Hidup Manusia dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Mahasiswa

Contoh 2
Sehari sebelum kejadian, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut terjatuh
dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, selepas ditinggalkan bersendirian tanpa
pengawasan oleh bapanya dalam keadaan pintu rumah berkunci kediaman jenis itu.Merujuk
kejadian berkenaan, Mohd Farid berkata, tragedi seperti itu kerap dilaporkan media dengan
pelbagai pihak membincangkan dan mengetengahkan pandangan.
\

Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/892870/wajibkan-

jeriji-di-tingkap-pangsapuri-kondominium
Berita Harian, November 28, 2021 @ 4:24pm

4

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Am Tak Hidup Bukan
Institusi dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Pengawasan
Pandangan

Contoh 3
MAKKAH: Jemaah kini boleh mengelak kesesakan ketika mengerjakan umrah atau beribadat
di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah apabila mempunyai pilihan untuk memilih
slot di luar waktu puncak.

Kata Nama Am Tak Hidup Institusi
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/12/894292/penunjuk-berwarna-

eatmarna-tawakkalna-elak-sesak-dua-masjid-suci
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 11:09am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Am Tak Hidup Institusi
dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Masjid

5

Contoh 4
"Waktu ini kita menunggu Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sahaja untuk melengkapkan
pelan pemantauan Sungai Skudai ini.
"Kita di peringkat negeri akan memastikan peruntukan yang disediakan itu dapat mengatasi
masalah yang dihadapi sungai yang diancam pencemaran. Ia termasuk mereka yang duduk
sebagai setinggan di sepanjang sungai ini juga sudah ada pelan perancangan untuk mengatasi
masalah tersebut," katanya.

Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894533/isu-sungai-

dicemari-sampah-akan-diselesaikan-segera-hasni
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 8:24pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata

Sungai

AKTIVITI
"ORANG TAMAK SELALU RUGI" - Free stories online. Create books for kids |
StoryJumper

1. Guru akan menyediakan pautan link seperti di atas yang memaparkan buku cerita
eletronik untuk dijadikan sebagai aktiviti.

2. Kerja dilakukan secara individu. Kemudian murid-murid dikehendaki
menggunakan pautan link tersebut untuk membaca buku tersebut.

3. Semasa membaca buku eletronik tersebut, murid-murid dikehendaki untuk
mengeluarkan perkataan yang mengandungi Kata Ganti Nama Am pengelasan
yang sesuai.

4. Guru dikehendaki menyemak jawapan pelajar dan memberikan markah serta
menerangkan serba sedikit tentang Kata Ganti Nama Am yang sesuai untuk
digunakan dalam kehidupan harian.

6

5. Setelah selesai perbincangan jawapan, guru memberikan hadiah kepada pelajar
yang mendapat markah tertinggi bagi permainan carian Kata Ganti Nama tersebut.

LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang betul .

1. Azlina bermain_________di padang.

A. bola
B. guli

2. Aziq memotong jambu batu menggunakan ___________________.

A. gunting
B. pisau

3. Murid kelas 1 Terbilang mengibarkan ________________Jalur Gemilang.

A. langsir
B. bendera

Kelaskan golongan kata nama berikut mengikut pengelasan yang diberikan.

Manusia
1.nelayan
2.
3.

Tumbuh- tumbuhan
1. kubis
2.
3.

Benda
1. meja
2.
3.

Haiwan
1. gajah
2.
3.

7

Tempat
1.hospital
2.
3.

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang paling sesuai..

1 _________itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.
A. Peniaga
B. Penjaja
C. Petani
D. Nelayan

2 Beberapa ekor ______ bergayut pada sebatang pokok.
A. lipas
B. kera
C. beruang
D. tenggiling

3 Murid-murid sedang bersenam di ______
A. pawagam
B. kilang
C. perputakaan
D. padang

4 ________ baju Shazali tertanggal pada pagi tadi.
A. Suis
B. Kocek
C. Skru
D. Butang

5 Tumbuhan itu mempunyai ____ yang tajam.
A. duri
B. bunga
C. akar
D. kelopak

6 Pavidran telah membeli sebuah ______ di pameran komputer itu.
A. pencetak
B. komputer
C. tetikus
D. disket

7 Beribu-ribu batang pokok getah ditanam di ______ itu.
A. ladang
B. paya
C. kolam
D. tasik

8

8 _____ itu telah mengadili perbicaraan tersebut tanpa berat sebelah.
A. peguam
B. pengawal
C. hakim
D. pegawai

9 Wanita tua itu menuntun ____ di tepi jalan raya.
A. kereta api
B. kapal
C. kereta
D. basikal

10 ______ peliharaan Pak Seman meragut rumput di padang yang luas.
A. zirafah
B. itik
C. kambing
D. ayam

11. Kasut sukan berjenama _____ dijual dengan harga yang berpatutan.
A. Taman Ehsan
B. Singapura
C. Kamus Sari
D. Niko

12. Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
A. si Comel
B. sang kancil
C. sang semut
D. sang rangkok

13. Kakak sulung saya, _____ akan melangsungkan perkahwinan pada minggu
hadapan.
A. Rathika
B. Doktor Ali
C. Mohd Radi
D. Encik Yong

Baca dan garis kata nama am yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.

2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.

3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.

4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.

5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.

9

6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang
begar itu.

7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.

2.2 Kata Nama Khas
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan, undang-undang, pangkat, dan seumpamanya. Dalam penulisan,
huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama
khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Selain itu, kata nama khas hidup juga dapat
dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup
bukan manusia.
Jadual di bawah merupakan contoh-contoh jenis kata nama khas yang diterangkan di
atas.

10

Kata Nama Khas Hidup Contoh
Kata nama khas hidup manusia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Fauziah, Kanang anak Smith, Profesor
Kata nama khas hidup bukan manusia Halim, Senator Bakri.
Si Tompok, Si Belang, Sang Kancil, Sang
Lambri, Pak Belang, Ananas comosus,
Vanda Diana, Nymphaea stellata.

Jadual 2: Contoh Kata Nama Khas Hidup

Kata Nama Khas Tak Hidup Contoh
Benda Piala Malaysia, Proton Saga.
Institusi Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Wisma Putra.
Tempat Tanjung Malim, Perak, Seoul, Itaewon,
Indonesia.
Bahasa Melayu, Urdu, Arab.
Konsep Dasar Ekonomi Baru, Akta Kolej dan
Universiti, Akta Hasutan.

Jadual 3: Contoh Kata Nama Khas Tak Hidup

11

Contoh Keratan Akhbar:

Contoh 1
TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan majlis
sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Kata Nama Khas Tak Hidup Tempat
Kata Nama Khas Hidup Manusia

Kata Nama Khas Tak Hidup Institusi
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893140/sultan-nazrin-

berkenan-lancar-sambutan-100-tahun-upsi
Berita Harian, November 29, 2021 @ 11:52am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Khas dalam surat khabar atas
talian iaitu:

Contoh Kata Kata Nama Khas Tak Hidup Tempat
Tanjung Malim

Sultan Nazrin Shah Kata Nama Khas Hidup Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris Kata Nama Khas Tak Hidup Institusi

Contoh 2

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara digesa mengeluarkan semula pekeliling rasmi

mengulangi arahan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu yang sudah termaktub

kedaulatannya dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, namun dilihat semakin merosot

nilainya di mata rakyat. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad

Saleeh Rahamad dalam satu kenyataan hari ini, berkata audit bahasa pernah dilaksanakan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), namun tidak berkesan kerana tidak disusuli tindakan

sewajarnya. Kata Nama Khas Tak Hidup Bahasa

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893585/kerajaan-
diminta-keluar-pekeliling-rasmi-wajib-guna-bahasa-melayu

Berita Harian, November 30, 2021 @ 1:33pm

12

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Khas Tak Hidup Bahasa dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Bahasa Melayu

Contoh 3
Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) merangkul kejuaraan Piala Malaysia
Selasa lepas menjadi hadiah perkahwinan paling istimewa buat ahli fisioterapi pasukan
berkenaan, P. Renesh.

Kata Nama Khas Tak Hidup Benda
Sumber: https://www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2029394

Bernama, 02/12/2021 @ 03:10 PM

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Khas Tak Hidup Benda dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Piala Malaysia

13

AKTIVITI
https://wordwall.net/play/26189/495/398
1. Guru akan menyediakan pautan link seperti di atas yang memaparkan platform
“wordwall” iaitu aplikasi belajar tanpa tekanan dimana pelajar dapat menguji
kemampuan diri dalam Kata Nama Khas dengan reka bentuk latihan yang berbentuk
permainan video.
2. Aktiviti ini dilakukan secara individu dimana murid perlu mengakses link tersebut
dan menjawab latihan melalui aktiviti tersebut
3. Aktiviti menerusi “Wordwall” tersebut berdurasi lebih kurang 5 hingga 10 minit
bergantung kepada tempoh murid menjawab latihan aktiviti tersebut
4. Aktiviti tersebut mengandungi 5 soalan dan murid perlu menjawab kesemua soalan
tersebut
5. Diakhir aktiviti tersebut, markah individu akan di tunjukkan dan guru akan
memberi ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab soalan tersebut dengan
markah yang tertinggi.

https://youtu.be/mz6ro_DwkG8
1. Sebelum memulakan aktiviti kepada murid, guru akan menyediakan pautan link
kepada murid bagi memudahkn murid untuk mengakses link tersebut dimana link
tersebut berbentuk video di laman “Youtube” .
2. Video tersebut merupakan kisah dongeng Nusantara kanak-kanak yang bertajuk
cerita asal Hang Tuah dan video tersebut berdurasi 3.24 minit.
3. Sebelum kisah tersebut ditonton oleh murid, guru akan memberi soalan terlebih
dahulu . Sepanjang video itu dimainkan, murid perlu mengenal pasti dan
menyenaraikan kata nama khas yang terdapat dalam kisah tersebut.
4. Murid yang mendapatkan kata nama khas yang paling banyak dan paling tepat
5. akan mendapatkan ganjaran daripada guru tersebut.

14

LATIHAN

1. _____ merupakan Bandaraya Bersejarah dalam Malaysia dan merupakan salah
satu pusat pelancongan dalam Malaysia
A. Sabah
B. Melaka
C. Johor Bharu
D. Perlis

2. Devi menjemput semua rakan sekelasnya ke rumahnya pada hari__________
A. Hari Raya Aidilfitri
B. Tahun Baru Cina
C. Hari Pekerja
D. Hari Deepavali

3. Ramai orang beratur untuk membeli tiket bola sepak bagi menyaksikan
perlawanan bola sepak yang berlangsung di ___________
A. Taman Bunga
B. Pasar raya Mydin
C. Stadium Bukit Jalil
D. Zoo

4. Amirah berjya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya . Dalam kata nama khas,
Universiti Malaya merupakan
A. Tak hidup institusi
B. Tak hidup bukan institusi
C. Hidup bukan manusia

5.Singa merupakan haiwan yang paling digeruni oleh haiwan lain di dalam hutan.
Kata nama khas bagi Singa ialah
A. Tidak hidup Institusi
B. Tidak hidup bukan Institusi
C. Hidup bukan manusia

15

Lengkapkan ayat tersebut dengan kata nama khas yang paling tepat

Legoland Pusat Sains India
Negara

6__________ merupakan salah satu negara yang memiliki populasi dan memiliki
rakyat yang paling ramai di dunia.

7.Kami sekeluarga telah membuat perancangan untuk bercuti di_______ iaitu taman
tema yang paling besar di Malaysia.

8.Anis telah menyertai rombongan ke________ bagi melengkapkan tugasan akhir
semester.

2.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama, sama ada
kata nama khas atau kata nama am. Secara ringkasnya, kata ganti nama merujuk
kepada sesuatu nama yang dimaksudkan atau yang ditunjukkannya.

Kata ganti nama dapat digolongkan kepada tiga, iaitu kata ganti nama tunjuk,
kata ganti nama diri dan kata ganti nama tak tentu.

2.3.1 Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjukkan sesuatu
perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama tunjuk dapat dibahagikan kepada tiga,
iaitu kata ganti nama tunjuk umum, kata ganti nama tunjuk tempat dan kata ganti
nama tunjuk hal.
Jadual di bawah merupakan contoh-contoh jenis kata ganti nama yang diterangkan di
atas.

16

Kata Ganti Nama Tunjuk Contoh ayat Penerangan

Umum

itu 1. Itu bangunan bersejarah. 1. KGNTU itu

2. Kawan baik saya hendak berfungsi sebagai

membeli itu. subjek.

2. KGNTU itu

berfungsi sebagai objek.

ini 1. Ini sahabat saya. 1. KGNTU itu

2. Kita tidak akan berfungsi sebagai

membincangkan ini lagi subjek.

2. KGNTU itu

berfungsi sebagai objek.

Jadual 4: Contoh Kata Ganti Nama Tunjuk Umum

Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat Contoh ayat
situ Adik duduk di situ.
sana Afiq pergi ke sana.
sini Kami tinggal di sini.

Jadual 5: Contoh Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat

Kata Ganti Nama Tunjuk Hal Contoh ayat
begini 1. Cadangan saya begini.
2. Pengakhiran filem itu begini.
begitu 1. kata-kata awak memang begitu.
2. Pandangan saya tentang dia begitu.

Jadual 6: Contoh Kata Ganti Nama Tunjuk Hal

17

Tambahan, terdapat kata yakni dan iaitu boleh juga dijadikan kata ganti nama hal
yang berfungsi untuk merujuk kepada sesuatu yang di depan ataupun yang di
belakang. Fungsinya adalah untuk menjelaskan idea sebelum atau selepasnya.
Contohnya:

1. Mahasiswi yang dilantik dalam Majlis Perwakilan Pelajar itu, yakni/iaitu Noor
Najihah merupakan kawan baik saya,

2. Ada dua pihak yang akan rugi jika kita membeli barangan tiruan, yakni/iaitu
pengeluar barangan asli dan pengguna.

Contoh Keratan Akhbar:

Contoh 1
Justeru tegas Izzudin apa yang boleh dilakukan bagi menyambung atau setidak-tidaknya
merapatkan jurang ini adalah melalui penterjemahan karya sastera yang berkualiti.

Kata Ganti Nama Tunjuk Umum
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2021/11/893250/jurang-

bangsa-bahasa-dalam-sastera-malaysia
Berita Harian, November 29, 2021 @ 2:49pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk Umum dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Ini

18

Contoh 2
Justeru, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan sedang meninjau untuk menjadikan Pulau
Carey sebagai pusat maritim dengan menempatkan pelabuhan ketiga di situ ."MOT
menjalankan satu kajian yang agak lama, dua tahun (lalu) untuk menjadikan Pulau Carey
sebagai satu pusat maritim termasuk juga bagaimana kita hendak buat pelabuhan ketiga di
situ," katanya.

Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat
Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/12/894531/pelabuhan-klang-

sibuk-tahun-ini
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 8:14pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata

Situ

Contoh 3
Jumlah keluar mengundi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 65.85
peratus adalah rendah berbanding 86 peratus semasa PRU-14, yakni kekurangan 20 peratus
pengundi. Faktor penyumbang ini adalah kebimbangan kepada situasi COVID-19 di Melaka
dan ramai pengundi luar yang kebanyakannya menyokong PH tidak pulang mengundi.

Kata Ganti Nama Tunjuk Hal
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/11/890916/prn-

melaka-landasan-bn-buktikan-pentadbiran-telus-laksana-manifesto
Berita Harian, November 23, 2021 @ 10:00am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk Hal dalam surat
khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata

Yakni

19

Contoh 4
Tunku Ismail juga mengesahkan JDT akan menjalani latihan pramusim di Emiriyah Arab
Bersatu (UAE) iaitu di Dubai dan Abu Dhabi serta mengadakan aksi persahabatan dengan
kelab tempatan di sana dan juga kelab-kelab Eropah.

Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat
Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/12/894326/tmj-tak-jadi-

rehat-jdt-kembali-berbelanja
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 12:53pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Sana

Contoh 5
KUALA NERUS: Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks
Mengabang Telipot, di sini menjadi yang pertama beroperasi di negeri ini bagi menempatkan
mangsa banjir.

Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894503/banjir-mula-

landa-terengganu
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 7:35pm
Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Sini

20

2.3.2 Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang dapat menggantikan sesuatu benda, perkara atau
manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, yakni kata ganti nama diri orang
dan kata ganti nama diri tanya.

a) Kata Ganti Nama Diri Orang

Kata ganti nama orang ialah kata yang merujuk kepada diri bagi orang yang nama
sebenarnya tidak disebut. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri
sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama
diri orang boleh merujuk kepada jumlah tunggal atau jamak.

Jadual di bawah merupakan contoh-contoh jenis kata ganti nama diri orang yang
diterangkan di atas.

Kata ganti nama diri yang menunjukkan jumlah tunggal.

Jenis kata ganti diri Contoh
1. Orang pertama saya, aku, patik, hamba, beta, daku.
2. Orang kedua kamu, awak, engkau, anda, tuanku,
kalian, tuan hamba, tuan, puan, saudari,
3. Orang ketiga saudara, dikau.
dia, mereka, beliau, mereka, baginda,
tuanku, -nya.

Jadual 7: Contoh Kata Ganti Nama Diri Tunggal

Kata ganti nama diri yang menunjukkan jumlah jamak.

Jenis kata ganti diri Contoh
1. Orang pertama kami, kita, kami semua, kita semua, patik
2. Orang kedua sekalian, hamba semua.
kamu semua, anda semua, awak semua,
3. Orang ketiga tuan-tuan, puan-puan, tuanku sekalian,
saudara-saudari semua.
tuanku sekalian.

21

Jadual 8: Contoh Kata Ganti Nama Diri Jamak
Contoh Keratan Akhbar:

Contoh1
"Patik dan seluruh jentera kerajaan tuanku akan melaksanakan penyelesaian terbaik demi
memastikan setiap sen yang dibelanja memberi nilai pulangan ekonomi yang lebih baik
kepada rakyat dan negara.
"Patik serta barisan Anggota Jemaah Menteri sedang berusaha memerah buah fikiran dan
tenaga untuk memastikan pencapaian kerajaan. Insya-Allah patik akan membentangkan
Laporan Pencapaian 100 Hari kerajaan apabila tiba masanya nanti," katanya. – BERNAMA

Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/886825/usaha-

bendung-covid-19-mula-membuahkan-hasil
Berita Harian, November 13, 2021 @ 1:41pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Patik

Contoh 2
"Alhamdulillah hasilnya terlihat jelas dengan perjalanan urusan di Parlimen yang lancar serta
konstruktif yang merupakan manifestasi muafakat Keluarga Malaysia serta demokrasi
bermusyawarah seperti titah Tuanku," katanya.

Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/886825/usaha-
bendung-covid-19-mula-membuahkan-hasil
Berita Harian, November 13, 2021 @ 1:41pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
dalam surat khabar atas talian iaitu:

22

Contoh Kata
Tuanku

Contoh 3
Beliau adalah salah seorang pemimpin paling lama memerintah dan berkuasa iaitu selama 36
tahun.

Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/12/894555/hun-sen-sokong-
anaknya-ambil-alih-jawatan-pm-kemboja
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 8:54pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata

Beliau

b) Kata Ganti Nama Diri Tanya

Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda, binatang atau orang
dalam bentuk tanya. Terdapat tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu:

Kata ganti nama diri Contoh Contoh ayat

tanya

1. apa Yang merujuk perkara atau 1a. Di dalam bagasi itu ada

binatang apa?

1b. Di dalam bagasi itu ada

pakaian.

2.a Binatang apa itu?

23

2. siapa Yang merujuk orang orang 2.b Singa binatang itu.
3. mana 1a. Lelaki itu siapa?
1b. Lelaki itu sahabat saya.

2a. Yang meminta pena itu

siapa?

2b. Rizalnaim yang

meminta pena itu.

Yang merujuk benda atau 1a. Guru itu orang mana?

orang 1b. Guru itu orang Pekan

Nanas.

2a. Tugasan buatan Deniel
Jasni mana?
2b. Tugasan buatan Deniel
Jasni tugasan ini.

Jadual 9: Contoh Kata Ganti Nama Diri Tanya

Contoh Keratan Akhbar:

Contoh1
"Apa yang penting adalah kita terus fokus pada perlawanan yang akan kita hadapi di
Singapura nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana
Jaya, di sini, hari ini.

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/12/894484/arif-aiman-
kalamullah-dipanggil-perkuat-harimau-malaya
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 6:54pm

24

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya dalam surat
khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Apa

Contoh 2
"Siapakah yang membiayai beliau yang turut dikatakan menjadi saksi dalam majlis
menandatangani memorandum persefahaman membabitkan tiga pihak.

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894536/jaziri-hadir-
expo-2020-dubai-atas-kapasiti-peribadi-tuan-ibrahim
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 8:26pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya dalam surat
khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Siapa

Contoh 3
Buku tulisannya mana?
Buku tulisannya buku ini.

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Sumber: Contoh Tatabahasa Asas Edisi Kedua/
Muka surat 63

25

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya dalam surat
khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Mana

AKTIVITI

1. Guru memaparkan kod QR di atas yang mengandungi video sebagai aktiviti.
2. Murid-murid dipecahkan kepada lima kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengimbas kod QR yang tersedia untuk

menonton video-video tersebut.
4. Murid-murid dikehendaki menonton video tersebut sehingga tamat secara

berkumpulan.
5. Semasa menonton video tersebut, setiap kumpulan dikehendaki untuk

mengeluarkan perkataan yang mengandungi Kata Ganti Nama dan dicatatkan di
atas sehelai kertas kajang.
6. Selesai menonton video tersebut, wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki
membentangkan hasil dapatan mereka untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang
lain.

26

7. Guru dikehendaki menyemak jawapan pelajar dan memberikan markah serta
menerangkan serba sedikit tentang Kata Ganti Nama yang sesuai untuk
digunakan dalam kehidupan harian.

8. Setelah selesai perbincangan jawapan, guru memberikan hadiah kepada pelajar
yang mendapat markah tertinggi bagi permainan carian Kata Ganti Nama tersebut.

https://wordwall.net/resource/25817685

1. Soalan berkaitan Kata Ganti Nama dibangunkan di dalam aplikasi wordwall.
2. Selepas itu, guru mengedarkan pautan yang mengandungi soalan teka silang kata

kepada para pelajar.
3. Guru menjelaskan cara permainan secara terperinci kepada para pelajar.
4. Permainan teka silang kata bermula dengan memerlukan pelajar mencari

perkataan Kata Ganti Nama yang tersembunyi.
5. Guru menetapkan masa menjawab selama 5 minit bagi semua pelajar untuk

menyelesaikan permainan teka silang kata tersebut.
6. Setelah semua pelajar selesai menjawab, guru membincangkan jawapan kepada

setiap soalan bersama-sama dengan para pelajar.
7. Setelah selesai perbincangan jawapan, guru memberikan hadiah kepada pelajar

yang mendapat markah tertinggi bagi permainan carian Kata Ganti Nama tersebut.

LATIHAN

A. Soalan Objektif
1) Yang manakah berikut merupakan perkataan yang boleh digantikan dengan Kata

Nama?
A. Kata terbitan.
B. Kata sendi nama.
C. Kata ganti nama.
D. Kata nama khas.

2) Kata Ganti Nama terbahagi kepada tiga salah satunya ialah
A. Kata ganti nama diri.
B. Kata ganti tanya.
C. Kata ganti nama orang.

27

D. Kata ganti nama khas.

3) Yang manakah berikut merupakan contoh Kata Ganti Nama Tunjuk Umum?

A. Mereka.
B. Aku.
C. Beliau.
D. Ini.

4) Kata Ganti Nama Diri Tanya terbahagi kepada tiga iaitu

I. Apa-apa
II. Sila-sila
III. Siapa-siapa
IV. Mana-mana

A. I,II dan III
B. I,III dan IV
C. I.II dan IV
D. II,III dan IV

Soalan 5,6 dan 7. Baca petikan tersebut dan jawab soalan yang telah diberikan.

5)

Ini karangan saya.

Perkataan ini di atas merujuk kepada:

A. Kata Nama Terbitan.
B. Kata Sendi Nama.
C. Kata Ganti Nama Tunjuk Umum.
D. Kata Ganti Nama Diri Orang

6)

Mereka bermain bola sepak.

Perkataan mereka di atas merujuk kepada:

A. Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga.
B. Kata Nama Khas.
C. Kata Kerja.
D. Kata Sendi Nama.

28

7)

Apa-apa yang ditanya sudah dijawab.

Perkataan apa-apa di atas merujuk kepada:
A. Kata Ganti Nama Tunjuk.
B. Kata Ganti Nama Tak Tentu.
C. Kata Ganti Nama Diri Orang.
D. Kata Tanya.

8)

Berikan contoh setiap perkataan yang mewakili Kata Ganti Nama Diri Orang.
A. Saya, awak, engkau.
B. Beliau, mereka, awak.
C. Kami, mereka, dia.
D. Patik, kamu, baginda.
9) Yang manakah antara berikut padanan Kata Ganti Nama yang betul?
I. Kata Ganti Nama Tunjuk Umum - mana
II. Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua - awak
III. Kata Ganti Nama Tunjuk Tempat - situ
IV. Kata Ganti Nama Tunjuk Hal - ini
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10) Yang manakah berikut merupakan contoh perkataan Kata Ganti Nama Tunjuk

Hal?
I. Begitu
II. Begini

29

III. Situ
IV. Sini
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

B. Soalan Subjektif
1) Bina ayat dengan menggunakan kata ganti nama diri yang disediakan.
i. Kita

ii. Patik

iii. Kamu

iv. Mereka

v. Tuanku

2) Padankan kata ganti nama diri tanya dengan penggunaan yang betul.

Apa Untuk menggantikan nama
Mana orang atau manusia.
Siapa
Untuk menggantikan sesuatu
benda atau orang

Untuk menggantikan nama
benda atau haiwan.

30

3) Isi tempat kosong dengan menggunakan kata ganti nama yang betul.

i. Siapa-siapa pun boleh melawat Muzium Tentera Darat. ____________
ii. Beliau merupakan seorang guru yang rajin. ____________
iii. Rumah yang usang itu terletak di hujung sana. ____________
iv. Kerja sekolah yang diberi harus disiapkan hari ini. ____________

3.0 Pembentukan Kata Nama

Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi
pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Selain itu, berdasarkan
pernyataan di atas, kata nama dapat dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:

1. Kata nama tunggal
2. Kata nama terbitan
3. Kata nama majmuk
4. Kata nama ganda

3.1 Pembentukan Kata Nama Tunggal

Kata nama tunggal ialah kata nama yang mengandungi satu morfem bebas sahaja.
Contohnya:

Jenis kata nama tunggal Contoh

Kata nama am pak, desa, roh, pam, motel, belantara, buluh, kita, busjaket

Kata nama khas Jumaat, Januari, Perodua, Proton, Mekah, IPTAR,

Ramadan

Jadual 10: Contoh Jenis Kata Nama Tunggal

Kata nama tunggal juga merangkumi:

1. Kata nama tunggal jenis akronim
2. Kata nama tunggal sebagai ukuran

31

a) Kata Nama Tunggal Jenis Akronim

Akronim Maksud sebenar dan penerangan
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perhilitan Gabungan huruf awal beberapa perkataan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
tadika Negara
purata Gabungan suku kata beberapa perkataan
cerpen dengan huruf awal perkataan
taman didikan kanak-kanak
Gabungan suku kata dengan suku kata
daripada beberapa perkataan
pukul rata
Gabungan suku kata dengan perkataan
penuh
cerita pendek
Gabungan bahagian-bahagian perkataan
secara bebas

Jadual 11: Contoh Kata Nama Tunggal Jenis Akronim

b) Kata Nama Tunggal Sebagai Ukuran

Contoh Penjodoh bilangan dan kata ukuran yang digunakan untuk

menunjukkan KNT sebagai ukuran

sebelas pintu pintu

kedai

tiga bentuk cincin bentuk

sebiji telur biji

sebelas orang orang

guru

20 kaki payung kaki

21 tandan kelapa tandan

32

Jadual 12: Contoh Kata Nama Tunggal Sebagai Ukuran
Contoh Keratan Akhbar:

Contoh1
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid,
berkata satu laporan berkaitan kejadian itu sudah pun dibuat dan perkara itu kini dalam
siasatan polis.
"Justeru, kita minta pemilik kenderaan atau pemandu kereta jenis PROTON Persona dengan
nombor pendaftaran TAW 9338 atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan polis.

Kata Nama Khas Tunggal
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/12/894251/polis-cari-

pemandu-kereta-masuk-laluan-motosikal
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 10:04am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Khas Tunggal dalam surat
khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
PROTON

33

Contoh 2

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, biro berkenaan akan
ditempatkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(KDNKA) Bukit Aman dalam masa terdekat.

Katanya, PDRM akan turut sama membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (Perhilitan) bagi menyiasat sindiket yang terbabit dalam penyeludupan dan
perdagangan hidupan liar itu.

Kata Nama Tunggal Jenis Akronim

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/11/893708/polis-tubuh-biro-
banteras-penyeludupan-haiwan-liar

Berita Harian, November 30, 2021 @ 5:51pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Tunggal Jenis Akronim dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata Jenis Akronim

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Perhilitan
Negara

Contoh 3
TANJONG MALIM: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham
Muhammad Raihan Mohd Rashid yang meninggal dunia di rumah sewanya akibat sesak
nafas pada Ahad lalu, menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-22 UPSI, di sini,
semalam.
Suasana syahdu menyelubungi sesi terakhir majlis konvokesyen itu apabila abang
Muhammad Raihan, Muhammad Ridzwan, 26, naik ke pentas menerima Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) bagi pihak adiknya yang disampaikan oleh Pro-
Canselor UPSI, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Kata Nama Tunggal Jenis Akronim
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/892418/abang-sebak-

terima-ijazah-adik
Berita Harian, November 27, 2021 @ 11:51am

34

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Tunggal Jenis Akronim dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata Jenis Akronim
Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI

Contoh 4
Selain itu, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 1.2 peratus disumbangkan oleh
harga yang lebih tinggi bagi komoditi buah tandan segar kelapa sawit.

Kata Nama Tunggal Sebagai Ukuran
Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/893589/harga-barang-

pengeluar-terus-melonjakk
Berita Harian, November 30, 2021 @ 1:48pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Nama Tunggal Sebagai Ukuran dalam
surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata

Tandan

35

AKTIVITI

1. Guru memaparkan kod QR di atas yang mengandungi video sebagai aktiviti.
Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengimbas kod QR yang tersedia untuk
menonton video-video tersebut.

3. Murid-murid dikehendaki menonton video tersebut sehingga tamat.
4. Semasa menonton video tersebut, setiap kumpulan dikehendaki untuk

mengeluarkan perkataan yang mengandungi Pembentukan Kata Nama Terbitan
dan dicatatkan di atas sehelai kertas kajang.
5. Selesai menonton video tersebut, wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki
membentangkan hasil dapatan mereka untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang
lain.
6. Guru dikehendaki menyemak jawapan pelajar dan memberikan markah serta
menerangkan serba sedikit tentang Pembentukan Kata Nama Terbitan.
7. Setelah selesai perbincangan jawapan, guru memberikan hadiah kepada pelajar
yang mendapat markah tertinggi bagi permainan carian Pembentukan Kata Nama
Ganda tersebut.

LATIHAN
1. Berikan maksud kata nama tunggal.

2. Nyatakan lima kata nama tunggal akronim.
1.

36

2.
3.
4.
5.
3. Berikan maksud bagi kata nama tunggal di bawah.
1. Berdikari –
2. Pawagam –
3. Kugiran –
4. Debunga –
5. Halaju –

3.2 Pembentukan Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan ialah kata nama yang diterbitkan melalui proses pengimbuhan,
iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata dasar.

Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang dapat berganding dengan lima
jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis
imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.
Berikut merupakan lima jenis atau bentuk kata dasar yang boleh menerima imbuhan
kata nama, iaitu:

a. Kata akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan:
tera -----------> jurutera
tani -----------> petani
tawa -----------> ketawa

b. Kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas:

laut -----------> lautan
syor -----------> pengesyoran
hakis -----------> hakisan

37

c. Kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan:
terbuka -----------> keterbukaan
sinambung-----------> kesinambungan
berhasil -----------> keberhasilan

d. Kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih:
daya serap-----------> daya serapan
ibu bapa -----------> keibubapaan
salah guna -----------> penyalahgunaan

e. Rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua perkataan:
tidak adil -----------> ketidakadilan
tidak sempurna -----------> ketidaksempurnaan
tidak jujur-----------> ketidakjujuran

Contoh Keratan Akhbar:

Contoh1
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata kenaikan
harga itu di luar kawalan MAFI berikutan peningkatan harga pasaran dunia, sekali gus
memberi kesan langsung kepada pengeluaran ditanggung petani.

Kata Akar, Bentuk Morfem Terikat Yang Bukan Imbuhan

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/894441/laluan-
terbabit-tanah-runtuh-ditutup-sepenuhnya /
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 11:33am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Akar, Bentuk Morfem Terikat Yang
Bukan Imbuhan dalam surat khabar atas talian iaitu:

38

Contoh Kata
Petani

Contoh 2
"Pada masa ini, laluan berkenaan tidak selamat untuk semua jenis kenderaan dan masih
dikawal ketat oleh pihak konsesi, Belati Wangsa Sdn Bhd. Puncanya masih dalam siasatan,
namun hujan berterusan menyebabkan hakisan tanah.

Kata Tunggal, Perkataan Yang Dibentuk Oleh Satu Morfem Bebas

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2020/11/24/pemilihan-mpp-usim-secara-atas-
talian/

Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 5:23pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Tunggal, Perkataan Yang Dibentuk
Oleh Satu Morfem Bebas dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Hakisan

Contoh 3
"Adalah diharapkan tindakan strategik ini dapat memberi keberhasilan yang signifikan dalam
memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya," katanya.

Kata Terbitan, Perkataan Yang Dihasilkan Melalui Proses Pengimbuhan

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/886143/jumlah-
harimau-malaya-kurang-200-ekor

Berita Harian, November 11, 2021 @ 1:20pm

39

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Terbitan, Perkataan Yang
Dihasilkan Melalui Proses Pengimbuhan dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Keberhasilan

Contoh 4
KUALA LUMPUR: Pendirian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tidak
menggalakkan syarikat senaraikan awam melantik ahli politik aktif dalam lembaga pengarah
adalah tepat kerana ia menghalang berlakunya penyalahgunaan kuasa dan keputusan
membabitkan kepentingan peribadi.

Kata Majmuk Yang Dibentuk Oleh Dua Morfem Bebas atau Lebih
Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/12/893867/elak-salah-

guna-kuasa-kepentingan-peribadi
Berita Harian, Disember 1, 2021 @ 10:21am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Majmuk Yang Dibentuk Oleh Dua
Morfem Bebas atau Lebih dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Penyalahgunaan

40

Contoh 5
Pernyataan solidariti dengan rakyat Palestin bukan sekadar bermakna kita mengutuk
ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia terburuk yang dilakukan terhadap rakyat
Palestin. Dunia perlu melakukan lebih daripada itu hingga ke tahap menghapuskan ideologi
Zionis yang dijadikan alasan mengizinkan kekejaman terhadap penduduk Palestin sehingga
ke hari ini.

Rangkaian Kata, Bentuk Binaan Sintaksis Yang Terdiri Daripada Sekurang-
Kurangnya Dua Perkataan

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2021/11/893092/solidariti-
berterusan-pastikan-hak-rakyat-palestin-terbela
Berita Harian, November 29, 2021 @ 11:00am

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Rangkaian Kata, Bentuk Binaan
SintaksisYang Terdiri Daripada Sekurang-Kurangnya Dua Perkataan dalam surat
khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Ketidakadilan

41

AKTIVITI

https://quizizz.com/join?gc=25424817
1. Guru akan menyediakan pautan link seperti berikut beserta dengan kod (2542
4817) bagi membolehkan murid untuk mengakses dan menyertai aktiviti melalui
platform “quizizz”. Platform ini merupakan salah satu kaedah baru untuk menarik
minat murid dalam tajuk-tajuk tertentu.
2. Aktiviti yang dilakukan dalam platform “quizizz” adalah aktiviti yang berbentuk
soalan. Soalan dengan ayat yang ringkas dan senang difahami oleh murid dapat
mengurangkan tekanan murid semasa menjawab soalan.
3. Terdapat 6 soalan yang disediakan dan tempoh masa yang agak lama bagi setiap
soalan.
4. Soalan terbahagi kepada dua bentuk iaitu soalan aneka pilihan atau soalan objektif
dan soalan struktur.
5. Murid yang mendapat markah tertinggi akan mendapat hadiah dan kelebihan
dalam kelas akan datang.

https://youtu.be/sxr27sRF5K0
1. Aktiviti bagi tajuk Kata Nama Terbitan ini, guru akan mempersiapkan pautan link
seperti di atas yang memaparkan pautan link video dalam platform “Youtube”
2. Video tersebut merupakan cerita dongeng kanak-kanak yang bertajuk Mat Jenin
dan berdurasi 2.24 minit.
3. Guru akan memastikan semua murid dapat mengakses pautan tersebut dan
memberi arahan kepada murid untuk mengetahui serta menentukan kata nama terbitan
dalam cerita tersebut
4. Murid juga peru mencatat semua perkataan yang mengalami proses kata nama
terbitan dan menunjukkannya kepada guru selepas tamat cerita.

42

5. Di akhir aktiviti ini, guru akan memilih murid yang mencatat kata nama terbitan
yang paling banyak dan tepat dan akan memberikan hadiah kepada murid tersebut.

6. Tujuan pemaparan video diadakan sebagai aktiviti adalah untuk mempelbagaikan
kaedah menimba ilmu. Murid juga akan belajar sambil berhibur.

LATIHAN
1. Hanis dan abangnya terpaksa menjelaskan perkara yang mereka sorokkan setelah
_______ oleh bapa mereka.
A. diminta
B. diarah
C. diperintah
D. didesak

2. Kereta yang dipandu dengan laju itu_______ ke dalam gaung setelah hilang
kawalan.
A. Terhumban
B. Terpelanting
C. Terjatuh
Tersungkur

3. Filem lakonan _________itu diminati oleh seluruh lapisan masyarakat
a) Budiman
b) Seniman
c) Peragawan
d) Karyawan

4. Beberapa orang _______ telah mencipta sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki
ke bulan
A. Budayawan
B. Angkasawan
C. Jutawan
D. Seniman

43

5. Keindahan landskap kawasan pergunungan itu_________pandangan setiap orang
yang melalui kawasan itu\
A. Membuta
B. Mencelik
C. Memukau
D. Memulau

6. _____________ itu telah banyak mendermakan wang dan keperluan kepada rumah
anak yatim dan golongan gelandangan(harta)

7. Tempoh ___________ pada tahun hadapan dijangka berlanjutan dengan
berbekalkan cuti yang sedikit(sekolah)

8. Pihak dari _______ Kesihatan Malaysia telah banyak berkorban kepada masyarakat
sepanjang penularan kes Covid-19(menteri)

9. Pakcik Halim merupakan seorang _______ dan dia mendapatkan hasil tangkapan
ang banyak terutamanya pada musim tengkujuh.(laut)

10. _______ itu berjaya ditangkap oleh pihak polis kerana laporan orang kampung
yang cepat bertindak.(curi)

3.3 Pembentukan Kata Nama Majmuk

Kata nama majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi
membentuk kata nama yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan nama
tertentu.

Selain itu, kata nama majmuk juga boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas:

sapu tangan balai raya
tengah hari rukun tetangga
kapal terbang
urus setia

44

b. Kata majmuk sebagai istilah khusus:

Profesor Diraja telefon dail terus
Timbalan Naib Canselor lut sinar
Menteri Besar medan sinaran

c. Kata majmuk yang membawa maksud kiasan:

anak emas mata petai
duit kopi lipas kudung
kaki bangku buku lima

Contoh Keratan Akhbar:

Contoh 1
"Pemerkasaaan ini turut melibatkan peranan skuad dalam meningkatkan kualiti, keharmonian
dan kesejahteraan komuniti rukun tetangga yang terjejas dengan pandemik COVID-19,
antaranya melalui agihan kotak makanan dan bantuan kebajikan ziarah perpaduan," katanya.

Kata Majmuk Yang Terdiri Daripada Rangkai Kata Bebas

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/887389/faham-
hormat-terima-prinsip-asas-perpaduan-etnik-halimah
Berita Harian, November 14, 2021 @ 5:57pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Majmuk Yang Terdiri Daripada
Rangkai Kata Bebas dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata
Rukun Tetangga

45

Contoh 2
UiTM dalam kenyataan memaklumkan, Prof Dr Norazah Abd Rahman, 55, dilantik sebagai
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) menggantikan Prof Dr Mohd Nazip
Suratman.

Kata Majmuk Sebagai Istilah Khusus

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/11/890981/uitm-
terima-dua-timbalan-naib-canselor-baharu

Berita Harian, November 23, 2021 @ 12:45pm

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Majmuk Sebagai Istilah Khusus
dalam surat khabar atas talian iaitu:

Contoh Kata

Timbalan Naib Canselor

Contoh 3

anak emas mata petai

duit kopi lipas kudung

kaki bangku buku lima

Kata Majmuk Yang Membawa Maksud Kiasan

Sumber: Contoh Tatabahasa Asas Edisi Kedua/
Muka surat 97

Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Kata Majmuk Yang Membawa Maksud
Kiasan dalam surat khabar atas talian iaitu:

46

Contoh Kata
Mata petai
Duit kopi
Lipas kudung
Anak emas
Kaki bangku
Buku lima

LATIHAN
Isi tempat kosong dengan kata majmuk yang betul.

1 _______ yang berkaitan program yang berkaitan dengan Tahun Lima telah
disiapkan oleh Cikgu Malik petang semalam.
A. Kertas nama
B. Kertas turas
C. Kertas kerja
D. Kertas mahjong

2 Hakimi mendapat keputusan yang baik dalam_____ Sains dan Matematik.
A. mata pendidikan
B. mata pelajaran
C. mata ilmu
D. mata bestari

3 _______ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam.
A. Reka bentuk
B. Reka acuan
C. Reka tinggi
D. Reka rupa

47

4______ majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
A. Atur masa
B. Atur sesuai
C. Atur cara
D. Atur susun

5 Kedai yang menjual _____ alat tulis itu dibuka dari pukul 9.00pagi hingga 5.00
petang.
A. alat padam
B. alat pembaris
C. alat pensel
D. alat tulis

7 Emak membeli beberapa bungkus ………... di wanung itu untuk dijadikan sarapan .
A. nasi lemak
B. nasi pinggan
C. nasi putih
D. nasi campur

8 _____ Ani tidak beerfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di
padang.
A. Jam dinding
B. Jam meja
C. Jam randik
D. Jam tangan

9 Cikgu Jamil mahu kami menyusun kerusi dan meja di dalam kelas itu semula seperti
______ .
A. sukarela
B. sukacita
C. dukacita
D. sediakala

48


Click to View FlipBook Version