10 Puan Sahira selamat melahirkan seorang _____ lelaki di Hospital Yan awal pagi
tadi.
A. cahaya sinar
B. cahaya mata
C. cahaya terang
D. cahaya neon
3.4 Pembentukan Kata Nama Ganda
Kata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna
tertentu. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan
kata nama majmuk boleh digandakan.
Terdapat empat jenis penggandaan yang boleh berlaku pada kata dasar nama,
iaitu:
a. Penggandaan penuh
pelajar -----------> pelajar-pelajar
asrama -----------> asrama-asrama
buku -----------> buku-buku
latihan -----------> latihan-latihan
kereta -----------> kereta-kereta
b. Penggandaan separa
laki -----------> lalaki = lelaki
sumbu -----------> susumbu = sesumbu
siku -----------> sisiku = sesiku
jentik -----------> jenjentik = jejentik
pohon -----------> popohon = pepohon
49
c. Penggandaan berentak
Penggandaan berentak pengulangan vokal, konsonan dan bebas:
saki -----------> saki-baki
kuih-----------> kuih-muih
hukum -----------> hukum-hakam
warna -----------> warna-warni
ipar -----------> ipar-duai
saudara -----------> saudara-mara
rempah -----------> rempah-ratus
Contoh Keratan Akhbar:
Contoh1
"Kedua-duanya berasal dari Kampung Langsat, Changlun dan ketika melepasi sebuah kilang
di kawasan berkenaan, kereta-kereta yang dipandu Amirul dipercayai gagal dikawal sebelum
terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.
Penggandaan Penuh
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/11/891414/peniaga-maut-
kereta-rempuh-pokok
Berita Harian, November 24, 2021 @ 3:07pm
Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Penggandaan Penuh dalam surat khabar
atas talian iaitu:
Contoh Kata
Kereta-kereta
50
Contoh 2
IPOH: Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185,
Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley, di sini hari ini.
Penggandaan Separa
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/12/894593/pemandu-lori-mpv-
maut
Berita Harian, Disember 2, 2021 @ 10:34pm
Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Penggandaan Separa dalam surat khabar
atas talian iaitu:
Contoh Kata
Lelaki
Contoh 3
SINGAPURA: Salah maklumat mengenai COVID-19, terutama dalam kalangan rakan dan
saudara-mara adalah antara punca penolakan vaksin di republik ini.
Penggandaan Berentak
Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/10/879238/salah-maklumat-
antara-punca-tolak-vaksin-covid-19
Berita Harian, Oktober 23, 2021 @ 6:07pm
Perkataan di atas menunjukkan penggunaan Penggandaan Berentak dalam surat
khabar atas talian iaitu:
51
Contoh Kata
Saudara-mara
AKTIVITI
1. Guru memaparkan kod QR di atas yang mengandungi video sebagai aktiviti.
2. Murid-murid dipecahkan kepada lima kumpulan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengimbas kod QR yang tersedia untuk
menonton video-video tersebut.
4. Murid-murid dikehendaki menonton video tersebut sehingga tamat secara
berkumpulan.
5. Semasa menonton video tersebut, setiap kumpulan dikehendaki untuk
mengeluarkan perkataan yang mengandungi Pembentukan Kata Nama Ganda dan
dicatatkan di atas sehelai kertas kajang.
6. Selesai menonton video tersebut, wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki
membentangkan hasil dapatan mereka untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang
lain.
7. Guru dikehendaki menyemak jawapan pelajar dan memberikan markah serta
menerangkan serba sedikit tentang Pembentukan Kata Nama Ganda yang sesuai
untuk digunakan dalam kehidupan harian.
52
8. Setelah selesai perbincangan jawapan, guru memberikan hadiah kepada pelajar
yang mendapat markah tertinggi bagi permainan carian Pembentukan Kata Nama
Ganda tersebut.
https://kahoot.it/challenge/01027734?challenge-id=99ebcfdf-2047-4185-ba00-
9bb4ab24f2ce_1638193845061
1. Soalan berkaitan Kata Nama Ganda dibangunkan di dalam aplikasi kahoot.
2. Selepas itu, guru mengedarkan pautan yang mengandungi soalan kuiz kepada
para pelajar.
3. Guru menjelaskan cara permainan secara terperinci kepada para pelajar.
4. Permainan kuiz bermula dengan memerlukan pelajar mencari perkataan Kata
Nama Ganda yang tersembunyi.
5. Guru menetapkan masa menjawab selama 5 minit bagi semua pelajar untuk
menyelesaikan permainan kuiz tersebut.
6. Setelah semua pelajar selesai menjawab, guru membincangkan jawapan kepada
setiap soalan bersama-sama dengan para pelajar.
7. Setelah selesai perbincangan jawapan, guru memberikan hadiah kepada pelajar
yang mendapat markah tertinggi bagi permainan carian Kata Nama Ganda
tersebut.
LATIHAN
A. Soalan Objektif
1) Yang manakah antara berikut, tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar
jenis kata nama?
I. Penggandaan penuh.
II. Penggandaan berirama.
III. Penggandaan separa.
IV. Penggandaan berentak.
53
A. I,II dan III
B. I.III dan IV
C. I,II dan IV
D. II.III dan IV
2) Apakah maksud bagi penggandaan penuh?
A. Sebahagian kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa sebarang perubahan
bentuk.
B. Sebahagian kata dasar jenis kata nama digandakan melibatkan perubahan bentuk.
C. Seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
D. Seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan melibatkan perubahan bentuk.
3) Yang manakah contoh perkataan penggandaan penuh kata nama berimbuhan
dengan akhiran?
A. Kekasih-kekasih.
B. Pencapaian-pencapaian.
C. Keramaian-keramaian.
D. Pakaian-pakaian.
Soalan 4,5 dan 6. Baca petikan tersebut dan jawab soalan yang telah diberikan.
4)
Mereka menjual buku-buku di pondok sekolah.
Perkataan buku-buku di atas merujuk kepada:
A. Penggandaan penuh kata nama tunggal.
B. Penggandaan penuh kata nama berimbuhan.
C. Penggandaan penuh kata nama berimbuhan dengan awalan.
D. Penggandaan penuh kata nama berimbuhan dengan akhiran.
54
5)
Motivasi yang diadakan di sekolah terdiri daripada pelatih-pelatih yang
berpengalaman.
Perkataan pelatih-pelatih di atas merujuk kepada:
A. Penggandaan penuh kata nama tunggal.
B. Penggandaan penuh kata nama berimbuhan.
C. Penggandaan penuh kata nama berimbuhan dengan awalan.
D. Penggandaan penuh kata nama berimbuhan dengan akhiran.
6)
Pelajar lelaki diarahkan untuk solat terlebih dahulu sebelum rehat.
Perkataan lelaki di atas merujuk kepada:
A. Penggandaan penuh.
B. Penggandaan kata nama tunggal.
C. Penggandaan berentak.
D. Penggandaan separa.
7)
Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak
Berikan contoh yang sesuai untuk setiap penggandaan yang diberikan di atas.
A. Tadika-tadika, sesiku, anak-pinak.
B. Lauk-pauk, pepohon, cerpen-cerpen.
C. Gegelang, kuih-muih, persatun-persatuan.
D. Kekura, sesumbu, kayu-kayan.
55
8) Yang manakah antara berikut merupakan Kata Nama Ganda?
I. Debunga-debunga - penggandaan berentak
II. Kenang-kenangan - penggandaan separa
III. Pelatih-pelatih - penggandaan penuh
IV. Suku-sakat - penggandaan penuh
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. Semua yang di atas
9) Yang manakah berikut merupakan contoh penggandaan separa kata nama
berimbuhan?
A. Kekura.
B. Anak-pinak.
C. Sayur-sayuran.
D. Kekasih-kekasih.
10) Yang manakah berikut merupakan contoh penggandaan penuh kata nama
berimbuhan dengan apitan?
A. Keramaian-keramaian.
B. Cadangan-cadangan.
C. Debunga-debunga.
D. Bayang-bayangan.
56
B. Soalan Subjektif
1) Senaraikan contoh setiap jenis penggandaan dengan jawapan yang betul.
Penggandaan penuh. Penggandaan separa. Penggandaan berentak.
2) Padankan jenis penggandaan dengan contoh yang betul.
Penggandaan penuh. Kuih-muih.
Penggandaan separa. Pepohon.
Penggandaan berentak. Buku-buku.
3) Bina ayat dengan menggunakan kata nama ganda yang telah disediakan.
i. Lauk-pauk.
_________________________________________________________________
ii. Lelaki.
_________________________________________________________________
iii. Budak-budak.
_________________________________________________________________
iv. Warna-warni.
_________________________________________________________________
v. Persatuan-persatuan
_________________________________________________________________
57
KESIMPULAN
Kesimpulannya, golongan kata nama bahasa Melayu boleh dikelompokkan
berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama am, kata
nama khas, dan kata ganti nama. Kata nama am hidup manusia ialah kata yang
merujuk kepada orang, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Selain
itu, kata nama am hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk
kepada benda-benda hidup jenis bukan manusia seperti haiwan dan makhluk lain dan
mendukung makna nama am.
Tambahan lagi, kata nama am tak hidup institusi terdiri daripada perkataan
yang merujuk kepada badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung
makna nama am. Kata nama tak hidup bukan institusi konkrit merujuk benda-benda
yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Manakala, kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak berbilang, meruiuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak
hidup bukan institusi dan abstrak sifatnya. Kata nama am tak hidup bukan institusi
absrak tak berbilang merujuk Benda-benda atasa perkara-perkara yang bukan jenis
hidup.
Akhir sekali, kata nama khas dapat didefinisikan sebagai kata yang merujuk
kepada orang, benda, atau tempat yang khusus. Selain itu, kata nama khas ialah
bentuk kata yang merujuk khusus kepada orang, empat, atau benda. Kata nama khas
hidup manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada nama manusia. Kata
nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada
benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia. Kata nama khas tak hidup terdiri
daripada perkataan yang merujuk kepada benda-benda yang khusus tetapi bukan
hidup. Tambahan lagi, kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan
berfungsi seperti nama. Kata ganti nama diri menggantikan kata nama unta orang.
atau orang dalam bentuk tanya.
58
RUJUKAN
Abdul Ghalib Yunus dan Muhammad Norrudin Abdul Aziz. (2017). Rumus
tatabahasa Bahasa Melayu pembentukan kata dan ejaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, Nawi Ismail, & Ton Ibrahim. (2014).
Tatabahasa asas edisi kedua. Selangor: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
Asmah Haji Omar, (2009). Nahu melayu mutakhir edisi kelima. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berita Harian Online. Diperoleh dari https://www.bharian.com.my/.
Bernama. Diperoleh dari https://www.bernama.com/bm/index.php.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran
tatabahasa Bahasa Melayu morfologi dan sintaksis. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
59
Lampiran