The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izwandi, 2023-05-06 10:03:34

Buku Panduan WIM Edisi 2020

Buku Panduan WIM Edisi 2020

0 SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS/ WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS (WIM) EDISI 2020


1 SENARAI AKRONIM CIAST - Centre For Instructor And Advanced Skills Training CoCU - Curriculum of Competency Unit COPTPA - Code of Practice for TVET Programme Accreditation CP - Competency Profile CPC - Competency Profile Chart CU - Competency Unit DKM - Diploma Kemahiran Malaysia DLKM - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran JPW - Jadual Pembahagian WIM JSU - Jadual Spesifikasi Ujian MSIC - Malaysian Standard Industrial Classification NCS - National Competency Standard NOSS - National Occupational Skills Standard PB - Pusat Bertauliah PC - Partial Certification PKK - Penilaian Kerja Kursus SKKM - Sistem Kredit Kemahiran Malaysia SKM - Sijil Kemahiran Malaysia SLaPB - Sistem Latihan Program Bertauliah SP - Standard Practice SPKM - Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia TVET - Technical and Vocational Education and Training WIM - Written Instructional Materials


2 TAFSIRAN Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut: “Aktiviti pembelajaran kendiri” ertinya aktiviti pembelajaran tanpa pengawasan daripada pengajar. Contohnya, aktiviti ulangkaji (pembacaan dan persediaan untuk penilaian), tugasan dan penulisan laporan. “Aktiviti terpandu / bersemuka” ertinya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersemuka di antara pelatih dan Pegawai Penilai. Contohnya aktiviti di dalam kelas (pembelajaran teori), bengkel (pembelajaran amali), aktiviti penyediaan projek dan latihan industri. “Assessment Criteria” ertinya elemen penting yang perlu dinilai atau dihasilkan dari kemahiran untuk mencapai kompetensi aktiviti. “Attitude/ Safety/ Environment” ertinya boleh dilihat dan diukur serta berkaitan dengan aktiviti kerja dan kemahiran. “Compentency Weightage” ertinya jumlah peratusan masa yang ditetapkan bagi keseluruhan jam latihan kemahiran. “Competency Unit (CU)” ertinya kombinasi kitaran aktiviti kerja lengkap, dapat dilihat, atau diukur yang menyumbang kepada kriteria prestasi untuk menghasilkan suatu nilai (produk, perkhidmatan atau keputusan) “Core Abilities” ertinya satu dokumen yang menggariskan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan. “Delivery Mode” ertinya mod penyampaian berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.


3 “Items” ertinya senarai peralatan, kelengkapan dan bahan yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit kompetensi dengan jayanya. “Kemahiran” ertinya suatu kebolehan yang diperolehi dan yang diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan cekap. “Kurikulum Unit Kompetensi (Curriculum of Competency Unit - CoCU)” ertinya kurikulum yang dibangunkan berasaskan Competency Profile (CP) bagi sesuatu CU yang mengandungi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap serta tempoh latihan dan nilai kredit kemahiran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. “Latihan Industri” ertinya pendedahan industri dalam bidang pekerjaan berkaitan di organisasi yang menyediakan peluang kepada pelatih bagi mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari semasa latihan berkaitan dengan kerjaya/profesion mereka dalam suasana persekitaran kerja yang sebenar. Pelajar mempelajari tentang set kemahiran yang diperlukan, keperluan industri dan etika kerja. Mereka dilatih untuk menjadi pekerja terlatih bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. “Latihan Kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugasan atau kerja dengan berkesan, cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja. “Modul Penyedia TVET” ertinya satu unit pembelajaran atau latihan yang dilengkapkan oleh pelajar yang merangkumi sebahagian daripada kursus dan dianggap sebagai satu komponen yang membentuk kompetensi bagi bidang kemahiran sesuatu pekerjaan. Ia merupakan satu kumpulan kompetensi berkaitan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang refleks kepada sesuatu bidang pekerjaan dan pelatih layak diberikan kredit di atas pencapaiannya. Modul ini merupakan modul tambahan yang ditawarkan


4 oleh institusi sebagai nilai tambah kepada pelatih dan hendaklah dibangunkan berdasarkan pilihan berikut: a) Mana-mana Competency Unit (CU) elektif dalam kumpulan MSIC yang sama; b) Kombinasi Work Activities (WA) daripada beberapa CU NOSS dalam kumpulan c) MSIC yang sama; d) Mana-mana NCS yang berkaitan dengan program yang ditawarkan; e) Modul keusahawanan; atau f) Mata pelajaran umum. “National Occupational Skills Standard (NOSS)” ertinya satu dokumen yang menggariskan keterampilan yang perludimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut. “Pembelajaran Kendiri” ertinya pembelajaran tanpa pengawasan daripada pengajar seperti ulangkaji, tugasan dan penulisan laporan. “Ratio” ertinya nisbah yang sesuai di antara TEM dan pelatih. “References” ertinya nisbah yang sesuai di antara TEM dan pelatih. Senarai rujukan seperti berikut: Buku Manual Standard Operation Procedure Laman Web Bahan Audio Visual Akta dan Peraturan “Related Knowledge “ertinya pengetahuan yang diperlukan bagi menyempurnakan aktiviti kerja.


5 “Related Skills” ertinya kemahiran yang diperlukan bagi menyempurnakan aktiviti kerja. “Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diwujudkan di bawah Bahagian V Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan [Akta 652]. “Terampil” ertinya kebolehan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, keselamatan dan sikap yang dipelajari bagi melaksanakan sesuatu tugasan diberikan. “Training Duration” ertinya tempoh latihan yang minima untuk memastikan pelatih memperolehi pengetahuan dan kemahiran bagi mencapai hasil pembelajaran. “Training Hours” ertinya jumlah masa bagi pengajaran meliputi masa teori dan amali. “Work Activities” ertinya proses kerja lengkap dari permulaan hingga akhir yang menghasilkan samada produk, perkhidmatan atau keputusan.


6 SENARAI RAJAH NO. RAJAH NAMA MUKA SURAT 1 Rajah 1: Carta Alir Proses Pembangunan WIM 20 2A CPC bagi NOSS H512-001-3:2019 Drone Mission Commanding 21 2B CP bagi NOSS H512-001-3:2019 Drone Mission Commanding 22 2C 23 3 Hasil Analisis WA C332-001-4-2018-C01 bagi Electronic Automation Technology System Development 28


7 SENARAI JADUAL NO. JADUAL NAMA MUKA SURAT 1 TVET Profile for Malaysian Skills Certification System 29 1A Jadual Pembahagian WIM (Teori) bagi H512-001-3:2019-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation 43 1B Jadual Pembahagian WIM (Amali) bagi H512-001-3:2019-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation 43 2 Curriculum Structure 30 3 Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Setiap Tahap Bagi Pelaksanaan Kredit Melalui Kaedah SlaPB 33 4 Penjajaran Tempoh Latihan Minimum Kemahiran Mengikut COPTPA Bagi Pelaksanaan Program Latihan Mengikut Tahap 35 5 Penjajaran Masa Latihan Kemahiran Minimum Mengikut COPTPA Bagi Pelaksanaan Program Latihan Tahap Tunggal 35 6 Competency Weightage For H512-001-3:2013-C03 Fixed Wing Drone Post- Flight Operation 36


8 NO. JADUAL NAMA MUKA SURAT 7 Contoh Kiraan Jam Berdasarkan Weightage 37 8 Julat Peratusan Masa Pembelajaran Bersemuka, Pembelajaran Kendiri Dan Penilaian 39 9 Jadual Penetapan Masa Aktiviti Pembelajaran Dan Penilaian H512-001-3:2013-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation 40 10 Pembahagian Masa Pembelajaran Bersemuka H512-001-3:2013-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation 41


9 SENARAI LAMPIRAN NO. TAJUK MUKA SURAT 1 LAMPIRAN 1 – CONTOH WIM (BAHASA MELAYU) 59 2 LAMPIRAN 2 – CONTOH WIM (BAHASA INGGERIS) 60 3 LAMPIRAN 3 – CONTOH WIM (BAHASA MELAYUNOSS DESCUM) 61


10 KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. SENARAI AKRONIM 1 2. TAFSIRAN 2 3. SENARAI RAJAH 5 4. SENARAI JADUAL 7 5. SENARAI LAMPIRAN 9 6. PRAKATA 12 7. KATA ALUAN 13 8. PENDAHULUAN 15 9. LATAR BELAKANG 15 10. BAHAN PENGAJARAN BERTULIS 16 11. PEMBANGUNAN WIM 19 12. CARTA ALIR PROSES PEMBANGUNAN WIM 20 13. LANGKAH 1 : TENTUKAN PROGRAM LATIHAN 21 14. LANGKAH 2 : KENALPASTI CoCU 24 15. LANGKAH 3 : MURNIKAN CoCU 24 16. LANGKAH 4 : SEDIAKAN JADUAL PEMBANGUNAN WIM 29 17. LANGKAH 5 : BANGUNKAN WIM 44 18. DOKUMENTASI WIM 52 19. PEMAKAIAN 53 20. PEMBATALAN 53 21. PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS/ WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS (WIM) ATAS TALIAN 53 22. PEMATUHAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) MAJLIS KESELAMATAN NEGARAN (MKN) 53 23. TARIKH KUAT KUASA 54 24. RUJUKAN 55


11 BIL. PERKARA MUKA SURAT 25. SENARAI JAWATANKUASA PEMBANGUN BUKU PANDUAN 56 26. LAMPIRAN 1 59 27. LAMPIRAN 2 60 28. LAMPIRAN 3 61


12 PRAKATA Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Buku Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis / Written Instructional Material (WIM) ini berjaya diterbitkan. Buku Panduan ini memberi gambaran secara menyeluruh kepada pengguna tentang pembangunan WIM mengikut keperluan semasa sepertimana ketetapan JPK. Gabungan pembangunan WIM teori dan amali diterangkan dengan terperinci bagi memberi panduan sebenar kepada pengguna untuk menghasilkan WIM yang menepati CU di dalam dokumen NOSS. Ia juga telah mengambil kira keperluan COPTPA dan garis panduan pentauliahan JPK yang sedang berkuatkuasa. Penghasilan buku ini adalah diharapkan dapat memudahkan pengguna membangunkan WIM yang memenuhi standard kemahiran bagi menghasilkan graduan lepasan persijilan PC/ SKM/ DKM/ DLKM yang berkualiti dan memenuhi kehendak industri. Bagi pihak JPK, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan panduan ini. Adalah diharapkan buku panduan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak. Sekian, terima kasih


13 KATA ALUAN KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga JPK atas kejayaan menerbitkan Panduan Pembangunan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) yang sungguh bermakna ini. Bagi menjayakan transformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2050, Transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan satu suntikan penerokaan minda tenaga kerja tempatan dalam menghidupkan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Bidang TVET menyediakan pembelajaran pendidikan dan latihan kemahiran yang komprehensif dan pemangkin ke arah pembangunan tenaga mahir negara. Pembangunan WIM yang sistematik merangkumi pembelajaran serta pengajaran teori dan amali yang mampu untuk menghasilkan tenaga mahir kompeten dan berdaya saing di peringkat global. TVET perlu dilihat sebagai satu pendekatan pendidikan yang mengiktiraf seseorang supaya mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran psikomotor. Graduan TVET dilihat mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal mampu menjana keperluan industri masa kini. Kualiti pendidikan aras tinggi dan penyelidikan teknikal boleh meningkatkan pendidikan dan pembangunan kurikulum TVET pada peringkat nasional dan global. Transformasi digital perlu diperkenalkan bertujuan mempersiapkan graduan TVET bagi pasaran kerja dalam pengeluaran pintar. Bahan pembelajaran dan pengajaran yang kompehensif dapat melahirkan graduan teknikal yang dinamik, progresif, berketerampilan, berimej versatil dan berkemahiran bagi mewarnai landskap TVET yang profesional.


14 Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua pemegang taruh industri TVET. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga JPK serta terus bersama-sama mengarusperdanakan Latihan Kemahiran negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang berkemahiran tinggi. ‘Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu’ Ts. HJ ZAIHAN BIN SHUKRI KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


15 1) PENDAHULUAN Panduan ini bertujuan memberi penerangan mengenai tatacara pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM) berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS). Objektif panduan ini adalah untuk: 1.1) memandu arah personel PB dalam membangunkan WIM; dan 1.2) memastikan WIM yang dibangunkan memenuhi keperluan NOSS. 2) LATAR BELAKANG Bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan latihan kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah melakukan transformasi terhadap standard pekerjaan sedia ada kepada NOSS format baharu yang lebih fleksibel, dinamik dan responsif agar dapat memenuhikeperluan dan kehendak industri serta perubahan teknologi. Pembangunan NOSS yang terkini inimenggunakan kaedah Developing Standard and Curriculum (DESCUM). Pendekatan ini telah menghasilkan pakej NOSS yang dilengkapi dengan Standard Practice, Standard Content (Competency Profile Chart - CPC dan Competency Profile - CP) dan Curriculum of Competency Unit (CoCU). Justeru itu, pembangunan WIM juga perlu berubah mengikut keperluan perubahan pembangunan NOSS ini agar kandungan latihan yang disampaikan kepada pelatih di PB adalah selaras dengan keperluan dan kehendak industri. Ini adalah penting kerana WIM merupakan komponen utama dalam melaksanakan latihan kemahiran di PB.


16 Bagi melengkapkan sesi pengajaran dan pembelajaran, WIM perlu diwujudkan berdasarkan kurikulum latihan. Dalam konteks ini, WIM merupakan dokumen utama yang dibangunkan berdasarkan CoCU di dalam pakej NOSS. Selaras dengan keperluan tersebut, PB bertanggungjawab membangunkan WIM yang berkualiti serta memenuhi keperluan NOSS bagi melahirkan pekerja yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak industri dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. 3) BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS – WIM) WIM ialah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar dan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan WIM adalah untuk: a) menjadi bahan pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran; b) memastikan Learning Outcome di dalam Competency Unit (CU) yang ditetapkan tercapai; dan c) membantu pengajar membina keyakinan diri dan bersedia untuk melaksanakan sesi pengajaran. WIM boleh dikelaskan kepada dua (2) kategori, iaitu: 3.1) Bahan Pengajaran Dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dokumen ini terdiri daripada Pelan Mengajar Teori dan Amali (Theory and Practical Lesson Plan). Pelan mengajar ini mengandungi perkara penting yang disusun


17 secara sistematik mengikut apa yang hendak disampaikan agar tajuk sesuatu pengajaran teori dan amali memenuhi skop yang hendak diajar. 3.2) Bahan Pembelajaran Dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pembelajaran. Terdapat tiga (3) komponen bahan pembelajaran, iaitu: a) Kertas Penerangan (Information Sheet) i) Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori. Dokumen ini dibangunkan merujuk kepada related knowledge yang terkandung di dalam CoCU; ii) Bertujuan untuk menjelas serta menambah lagi pemahaman dan pengetahuan pelatih dengan menekankan “Mengapa” kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan “Bagaimana” kemahiran itu dilaksanakan; dan iii) Kertas Penerangan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu: Jelas, tepat dan mudah difahami; Memenuhi keperluan keseluruhan aktiviti kerja (work activity – WA) dalam CU berkaitan; Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi semasa; dan Bilangan Kertas Penerangan tidak semestinya mengikut bilangan aktiviti kerja (Work Activity – WA) dalam CU.


18 b) Kertas Tugasan (Assignment Sheet) i) Helaian tugasan yang mengandungi pelbagai bentuk soalan sebagai latihan kepada pelatih untuk merangsang minda, menguji pemahaman dan mengaplikasikan pengetahuan pelatih berdasarkan teori yang telah dipelajari; ii) Kertas Tugasan adalah diambil kira sebagai PKK; dan iii) Kertas Tugasan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu: Bilangan Kertas Tugasan mengikut bilangan Kertas Penerangan; dan Soalan disediakan merujuk kepada Kertas Penerangan dengan menggunakan pelbagai bentuk soalan dan kaedahkaedah lain yang bersesuaian dengan tugasan. c) Kertas Kerja (Work Sheet) i) Helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi membimbing pelatih untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan dengan merujuk WA dan kemahiran berkaitan iaitu Related Skills dalam CoCU; ii) Sebagai latihan kepada pelatih sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir; iii) Kertas Kerja tidak diambilkira sebagai penilaian kerja kursus; dan iv) Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara lisan sama ada sebelum, semasa atau selepas latihan amali dilaksanakan.


19 4) PEMBANGUNAN WIM Pembangunan WIM yang berkualiti mempunyai hubungkait yang rapat dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan hendaklah berdasarkan kepada CoCU yang terdapat dalam pakej NOSS yang digunakan. Terdapat lima (5) langkah utama dalam membangunkan WIM, iaitu: a) tentukan program latihan; b) kenalpasti CoCU; c) murnikan CoCU; d) sediakan Jadual Pembangunan WIM; dan i) Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran; ii) Jadual Pembahagian Masa Pembelajaran Bersemuka; dan iii) Jadual Pembahagian WIM. e) bangunkan WIM. Rajah 1 menunjukkan carta alir proses pembangunan WIM dan pelaksanaan penilaian dalam latihan kemahiran.


20 CARTA ALIR PROSES PEMBANGUNAN WIM Rajah 1: Carta Alir Proses Pembangunan WIM a) Program, Tahap, CPC dan CP a) Review Work Activites (WA) b) Review & Refine Related Knowledge; Related Skills; Attitude/Safety/Environment; Training Hour; Delivery Mode; Assessment Criteria; Tools, Equipments And Materials TEM; dan Core Abilities. a) Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran Dan Penilaian b) Jadual Pembahagian Masa Pembelajaran Bersemuka c) Jadual Pembahagian WIM (Teori) d) Jadual Pembahagian WIM (Amali) Tentukan Program Latihan Kenalpasti CoCU Murnikan CoCU Mula Memenuhi ??P&P Sedia Jadual Pembangunan WIM Tamat Tidak Ya Bangunkan Bahan Pengajaran Bertulis a) Pelan Mengajar Teori b) Kertas Penerangan c) Kertas Tugasan d) Pelan Mengajar Amali e) Kertas Kerja


21 4.1) LANGKAH 1: TENTUKAN PROGRAM LATIHAN Tatacara dalam menentukan program latihan adalah seperti berikut, iaitu: a) Pilih program kemahiran yang akan dibangunkan berdasarkan Daftar NOSS; b) dapatkan NOSS berkaitan; dan c) kaji kandungan NOSS dengan merujuk perkara berikut : i) Tahap kemahiran; ii) Carta Profil Kompetensi(Competency Profile Chart - CPC); dan iii) Profil Kompetensi (Competency Profile - CP). Rajah 2A, 2B dan 2C menunjukkan contoh CPC, CP dan CoCU bagi NOSS H 512-001-3:2019 Drone Mission Commanding. Rajah 2A: CPC bagi NOSS H512-001-3:2019 Drone Mission Commanding


22 Rajah 2B: CP bagi NOSS H512-001-3:2019 Drone Mission Commanding


23 Rajah 2C: CoCU bagi NOSS H512-001-3:2019 Drone Mission Commanding


24 4.2) LANGKAH 2: KENALPASTI CoCU Setelah program latihan yang hendak dilaksanakan ditentukan, PB atau personel pentauliahan hendaklah mengenalpasti CoCU. Bagi memastikan learning outcome tercapai, personel PB hendaklah mengkaji komponen yang terdapat dalam CoCU seperti berikut: a) Work Activity; b) Related Knowledge; c) Related Skills; d) Attitude/ Safety /Environmental; e) Training Hours/ Training Duration; f) Delivery Mode; g) Assessment Criteria; h) Skills Credit / Credit Hours; i) Employability Skills; j) Tools, Equipments And Materials – TEM; dan k) References. 5) LANGKAH 3: MURNIKAN CoCU (CoCU Review & Refine) Proses review & refine dilakukan untuk menyemak dan menyusun WA, related knowledge, related skills, attitude/safety/environmental, training hours / training duration, delivery mode, tools, equipments and materials, assessment criteriadan core abilities supaya WIM yang dibangunkan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan learning outcomes sesuatu CoCU tercapai. Tujuan analisis WA adalah untuk: a) Menyusun semula WA mengikut turutan kerja dari mudah ke kompleks dan sebagainya bergantung kepada keperluan NOSS berkaitan; dan


25 b) Menambah pernyataan hanya pada related knowledge dan related skills sekiranya didapati WA sedia ada tidak lengkap. Tujuan pemurnian adalah untuk: a) Mengelakkan pengulangan, mengenalpasti dan menambah perkara yang tertinggal untuk melengkapkan satu (1) CU yang mengandungi perkara berikut bagi menghasilkan sama ada produk, perkhidmatan atau keputusan, iaitu i) Related Knowledge; ii) Related Skills; iii) Attitude / Safety / Environmental; iv) Training Hours / Training Duration; v) Delivery Mode; vi) Assessment Criteria; vii) Tools, Equipments and Materials– TEM;dan viii)Core Abilities. b) Membangunkan WIM yang sistematik dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran serta memenuhi semua kriteria penilaian Tatacara dalam melakukan pemurnian adalah seperti berikut: a) Analisis WA dengan menyusun semula WA mengikut turutan kerja dari mudah ke kompleks bergantung kepada keperluan latihan bagi NOSS berkaitan. b) Tambah pernyataan pada related knowledge dan related skills sekiranya didapati WA sedia ada tidak lengkap. Lakukan pemurnian pada: Related Knowledge; Related Skills; Attitude / Safety / Environmental;


26 Training Hours/ Training Duration; Delivery Mode; Assessment Criteria; Tools, Equipments and Materials – TEM; dan Core Abilities. c) Senaraikan dan susun WA selepas pemurnian mengikut turutan pembelajaran yang lengkap supaya dapat memudahkan pembelajaran dan pengajaran bagi CU berkenaan. Perubahan susunan WA tidak akan mengubah nombor asal yang terdapat pada WA. Rajah 3 menunjukkan contoh hasil analisis WA bagi NOSS C332-001-4-2018-C01 Electronic Automation Technology System Development. Walaubagaimanapun, tiada perubahan susunan WA pada contoh ini. Tetapi terdapat penambahan pernyataan pada related knowledge.


WORK ACTIVITIES RELATED KNOWLEDGE RELATED 1. Plan electronic automation technology project 1.1 Management method Man Machine Material Method 1.2 Risk duringproject Safety precaution Risk management 1.3 Planning tools and technique Checklist Ganttchart 1.4 Cost evaluation method Fixedcost Variablecost Breakevenpoint 1.5 Task delegation and man hour estimation method Project Organization Structure Estimated Project Duration 1.1 Obtain pro frame and technicalre 1.2 Analyse p 1.3 Establish p contingenc 1.4 Produce p andschedu 1.5 Determine 1.6 Allocate p resources 1.7 Prepare pr 2. Organize electronic automation technology project 2.1 Meeting management Meeting call Meeting objectives andactivities Role and responsibility of chair and minute takers Preparing meeting minutes 2.1 Conduct pr meeting 2.2 Delegateta 2.3 Allocate pr resources 2.4 Prepare pro progression


27 SKILLS ATTITUDE/ SAFETY/ ENVIRONMENT ASSESSMENT CRITERIA oject budget, time d equirements rojectrisks project cyplan roject activities ule e projectcost project workload and roject planningreport ATTITUDE: Accurate in project reporting, objective in delegating tasks and resources SAFETY: Enforce safety & health rules and regulations duringplanning ENVIRONMENT: Initiate environment considerationsduring project planning 1.1 Project budget, time frame and technical requirements listed accurately according to requirements 1.2 Project risks analysed according to risk management policy 1.3 Project contingency plan established based on company policy 1.5 Project activities and schedule produced using project management tools 1.6 Project cost determined according to projectallocation 1.7 Project workload and resources listed according torequirements 1.4 Project planning report presented according to standard format roject sks roject oject nreport ATTITUDE: Punctual in adhering meetingschedule Accurate in preparing minutes ofmeetings Objective in delegating tasks andresources SAFETY: Nil 2.1 Meeting minute is documented accurately based on standard format 2.2 Task delegation presented in accordance with project planning 2.3 Project resources allocated in accordance with project planning


WORK ACTIVITIES RELATED KNOWLEDGE RELATED 3. Control electronic automation technology project 2.2 Leadership and management skill Definition Principals Responsibilities of leaders and manager Project Management 2.3 Resource planning 3.1 Performance metric including project time and projectcost. Data collection method Comparison method 3.2 Critical thinking 3.3 Creative thinking and problemsolving 3.4 Management guidelines 3.5 Project reportwriting Project Overview Work Breakdown Structure (WBS) For Main Schedule Plan Action Plan Gantt Chart-Project Planning Software Project Budget Closing 3.1 Compare a performan plan 3.2 Identify pr problems 3.3 Modify pla unexpecte 3.4 Reorganiz activities 3.5 Updatepro progressio Rajah 3: Hasil Analisis WA C332-001-4-2018-C01 bagi


28 SKILLS ATTITUDE/ SAFETY/ ENVIRONMENT ASSESSMENT CRITERIA actual project nce against the project roject an to solve d project problem ze project oject on report ENVIRONMENT: Practice paperlessoffice Practice recyclepoli ATTITUDE: Accurate in preparing report. Objective in concluding performancecomparison. SAFETY: Nil ENVIRONMENT: Practice paperlessoffice Practice recyclepolicy 2.4 Project progression report prepared according to standard format 3.1 Project performance analysis reported accurately in accordance to standardformat 3.2 Project problems identified according to project specifications 3.3 Project plan modified tosolve unexpected problem 3.4 Project activities reorganized based on latest findings 3.5 Project progression report updated according to standard format Electronic Automation Technology System Development


29 6) LANGKAH 4: SEDIAKAN JADUAL PEMBANGUNAN WIM Jadual 1 : TVET Profile for Malaysian Skills Certification System Qualification/ Level Student Learning Time (Hour) (Max. 8 Hours Per Day – Inclusive Of Face-To-Face, Non-Face-ToFace, SelfLearning And Assessment) Minimum Credits (1 Credit = 40 Notional Hours) Normal Duration Certificate / Level 1 600 15 6 months Certificate / Level 2 1200 30* 12 months Certificate / Level 3 2400 60** 24 months (2 years) Diploma / Level 4 3600 90*** 3 years Advanced Diploma / Level 5 1600 40 1 year


30 Jadual 2: Curriculum Structure Qualification / Level Curriculum Structure Credits Percentage (%) Certificate / Level 1 1. Compulsory Modules (Core Abilities/Social Skills and Values + TVET Provider’s modules) 2. Discipline Core Modules (70% of which must be practical oriented including Industrial Exposure) 1 – 2 13 – 14 7 – 13 87 – 93 15 100 Certificate / Level 2 1. Compulsory Modules (Core Abilities/Social Skills and Values + TVET Provider’s modules) 2. Discipline Core Modules (70% of which must be practical oriented including Industrial Exposure) 2 – 4 26 – 28 7 – 13 87 – 93 30 100


31 Qualification / Level Curriculum Structure Credits Percentage (%) Certificate / Level 3 1. Compulsory Modules (General Studies / (MPU) / Core Abilities / Social Skills and Values + TVET Provider’s modules) 2. Discipline Core Modules (70% of which must be practical oriented) 3. Industrial Training (3 – 6 months) 6 – 9 39 – 48 6 – 12 10 – 15 65 – 80 10 – 20 60 100 Diploma / Level 4 1. Compulsory Modules (MPU / Core Abilities / Social Skills and Values + TVET Provider’s modules) 2. Discipline Core Modules (60% of which must be practical oriented including final project) 3. Industrial Training (6 months) 9 – 15 63 – 75 12 10 – 17 70 – 83 13


32 Qualification / Level Curriculum Structure Credits Percentage (%) 90 100 Advanced Diploma / Level 5 1. Compulsory Modules (MPU / Core Abilities / Social Skills and Values + TVET Provider’s modules) 2. Discipline Core Modules (60% of which must be practical oriented including final project) 3. Industrial Training (6 months) 8 – 11 17 – 26 12 20 – 28 43 – 65 30 40 100


33 Jadual 3 : Struktur Kurikulum dan Nilai Kredit Setiap Tahap Bagi Pelaksanaan Kredit Melalui Kaedah SlaPB Kelayakan / Tahap Struktur Kurikulum Kredit Minimum Tahap Tunggal Mengikut Tahap Sijil / Tahap 1 1. Modul Wajib (Core Abilities + Modul Penyedia TVET) - 1 + 1 2. Modul Teras (70% daripadanya mesti berorientasikan praktikal) 13 3. Pendedahan Industri 0 JUMLAH 15 Sijil / Tahap 2 1. Modul Wajib (Core Abilities + Modul Penyedia TVET) 2 + 2 1 + 1 2. Modul Teras (70% daripadanya mesti berorientasikan praktikal) 26 13 3. Pendedahan Industri 0 0 JUMLAH 30* 15 Sijil / Tahap 3 1. Modul Wajib (Core Abilities + Modul Penyedia TVET) 4 + 2 2 + 2 2. Modul Teras (70% daripadanya mesti berorientasikan praktikal) 48 20 3. Latihan Industri ( 3-6 bulan) 6 6 JUMLAH 60* 30


34 Kelayakan / Tahap Struktur Kurikulum Kredit Minimum Tahap Tunggal Mengikut Tahap Diploma / Tahap 4 1. Modul Wajib (Core Abilities + Modul Penyedia TVET) 6 + 3 2 + 2 2. Modul Teras (60% daripadanya mesti berorientasikan praktikal termasuk projek akhir) 79 (71 + 8) 23 (15 + 8) 3. Latihan Industri (6 bulan) 12 12 JUMLAH 100* 40 Diploma Lanjutan/ Tahap 5 1. Modul Wajib (Core Abilities + Modul Penyedia TVET) - 2 + 6 2. Modul Teras (60% daripadanya mesti berorientasikan praktikal termasuk projek akhir) 20 (12 + 8) 3. Latihan Industri (6 bulan) 12 JUMLAH 40 *kumulatif


35 Jadual 4: Penjajaran Tempoh Latihan Minimum Kemahiran Mengikut COPTPA Bagi Pelaksanaan Program Latihan Mengikut Tahap Jadual 5: Penjajaran Masa Latihan Kemahiran Minimum Mengikut COPTPA Bagi Pelaksanaan Program Latihan Tahap Tunggal Masa (Jam) Tahap Tempoh Latihan Minimum Kemahiran (P) Modul Wajib (Q) Modul Teras (NOSS) (R) Projek Akhir (S) Latihan Industri (T) Core Ability Modul Penyedia TVET 1 - - - - - - 2 1200 80 80 1040 0 0 3 2400 160 80 1920 0 240 4 4000 240 120 2840 320 480 5 - - - - - - Masa (Jam) Tahap Tempoh Latihan Minimum Kemahiran (P) Modul Wajib (Q) Modul Teras (NOSS) (R) Projek Akhir (S) Latihan Industri (T) Core Ability Modul Penyedia TVET 1 600 40 40 520 0 0 2 600 40 40 520 0 0 3 1200 80 80 800 0 240 4 1600 80 120 600 320 480 5 1600 80 240 480 320 480


36 Contoh Pengiraan Masa Bagi Modul Teras (NOSS) Program Latihan Mengikut Tahap Masa (Jam) Tahap Tempoh Latihan Minimum Kemahiran (P) Modul Wajib (Q) Modul Teras (NOSS) (R) Projek Akhir (S) Latihan Industri (T) Core Ability Modul Penyedia TVET 3 1200 80 80 800 0 240 R = P – Q – S – T = 1200 – 160 – 0 – 240 = 800 Jam 800 Jam Ialah Masa Yang Diperuntukkan Bagi Pembelajaran Modul Teras (NOSS) Jadual 6 : Competency Weightage For H512-001-3:2013-C03 Fixed Wing Drone Post- Flight Operation CU CODE COMPETENCY UNIT TITLE COMPETENCY UNIT WEIGHTAGE (S) WORK ACTIVITIES WORK ACTIVITIES WEIGHTAGE (V) H512-001- 3:2019-C03 Fixed Wing Drone PostFlight Operation 10% 1. Verify data collection. 30% 2. Check fixed wing drone abnormalities. 30% 3. Dismantle fixed wing drone parts. 25% 4. Record post-flight log. 15%


37 Contoh Pengiraan Jam bagi CU di dalam NOSS (Rujuk kepada jadual 5 & 6) CU weightage (S) = 10% Jumlah jam pembelajaran (J) = S (Jadual 6) x R (Jadual 5) = 10 % x 800 jam modul teras tahap 3 (mengikut tahap) = 80 jam Contoh Pengiraan Jam bagi WA di dalam NOSS WA Weightage (V) = 30% J = 80 jam Jumlah jam pembelajaran (L) = V x J = 30 % x 80 jam = 24 jam Pengiraan Jam Teori Pengiraan Jam Amali 30% X 24 Jam = 7 Jam 70% X 24 Jam = 17 Jam Jadual 7 : Contoh Kiraan Jam Berdasarkan Weightage CU Weightage(%) Hours C03 10 80 Work Activity Weightage(%) Hours Teori (30%) Amali (70%) WA1 30 24 7 17 WA2 30 24 7 17 WA3 25 20 6 14 WA4 15 12 4 8 JUMLAH 80 24 56


38 6.1) JADUAL PENETAPAN PERATUSAN MASA AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN Jadual yang digunakan untuk menetapkan peratusan masa aktiviti pembelajaran dan penilaian bagi setiap CU untuk diguna pakai di semua Pusat Bertauliah (PB). Pelaksanaan adalah merangkumi perkara-perkara asas dan julat penetapan peratusan masa aktiviti pembelajaran dan penilaian. Tempoh latihan mengikut tahap hendaklah merujuk kepada panduan berkaitan yang sedang berkuatkuasa. Komponen-komponen penilaian setiap program merangkumi penilaian kerja kursus, penilaian akhir, modul Core Abilities, modul penyedia TVET, projek akhir dan pendedahan / latihan industri. PB hendaklah mematuhi penetapan julat peratusan masa yang ditetapkan seperti dalam pelaksanaan SPKM. Penetapan julat peratusan masa hendaklah: a) Julat peratusan yang digunakan adalah berdasarkan kepada masa yang ditetapkan dalam CU; dan b) Jumlah julat peratusan tempoh pembelajaran hendaklah bersamaan 100% apabila ketiga-tiga komponen dijumlahkan (bersemuka + penilaian + kendiri = 100%). Contoh pengiraan bagi penetapan masa aktiviti pembelajaran dan penilaian adalah seperti Jadual 8.


39 Jadual 8: Julat Peratusan Masa Pembelajaran Bersemuka, Pembelajaran Kendiri Dan Penilaian TAHAP BERSEMUKA KENDIRI PENILAIAN JUMLAH KESELURUHAN (%) (Bersemuka + Penilaian + Kendiri) 1 60 – 95 0 – 20 5 – 20 100 2 60 – 95 0 – 20 5 – 20 100 3 60 – 90 5 – 25 5 – 15 100 4 35 – 60 10 – 50 10 – 30 100 5 35 – 50 10 – 60 10 – 30 100 Program Persijilan Tahap Tunggal (Single-Tier) Bagi program Persijilan Tahap tunggal (Single-Tier), penetapan peratusan masa aktiviti pembelajaran dan penilaian adalah merujuk kepada tahap bagi CU yang diambil di dalam kumpulan program bertauliah (band). Program Modular Bagi program modular, penetapan peratusan masa aktiviti pembelajaran dan penilaian adalah merujuk kepada tahap bagi CU yang diambil manakala bagi Program Tahap 4 dan 5, tempoh latihan adalah merangkumi projek akhir. 6.2) TATACARA PENYEDIAAN JADUAL PENETAPAN PERATUSAN MASA DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN Tatacara menyediakan Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran Dan Penilaian:


40 a) Tentukan julat peratusan masa pembelajaran bersemuka, pembelajaran kendiri dan penilaian (rujuk Jadual 8) berdasarkan proses pembelajaran dan pengajaran; b) Bangunkan Jadual 9 dengan memasukkan Jumlah Jam (Y) berdasarkan Contoh Pengiraan Jam bagi CU di dalam NOSS seperti di atas; dan c) Lengkapkan mengikut format yang ditetapkan. Jadual 9: Jadual Penetapan Masa Aktiviti Pembelajaran Dan Penilaian H512-001-3:2013-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation 6.3) TATACARA PENYEDIAAN JADUAL PEMBAHAGIAN MASA PEMBELAJARAN BERSEMUKA Tatacara menyediakan Jadual Pembahagian Masa Pembelajaran Bersemuka: a) Tentukan tempoh masa pembelajaran bersemuka bagi Pelan Mengajar teori dan Pelan Mengajar amali mengikut kesesuaian sama ada gabung, pecah atau kekal WA dengan merujuk kepada Jadual 9; Kod CU Jumlah Jam (Y) Pecahan Masa (%) Pecahan Masa (Jam) Bersemuka Kendiri Penilaian Jumlah Bersemuka Kendiri Penilaian (A) (B) (C) (A/100 x Y) (B/100 x Y) (C/100 x Y) C01 168 60 25 15 100 101 42 25 C02 312 60 25 15 100 187 78 47 C03 80 60 25 15 100 48 20 12 C04 168 60 25 15 100 101 42 25 C05 72 60 25 15 100 43 18 11


41 b) Pastikan jumlah keseluruhan bagi pelan mengajar teori dan pelan mengajar amali adalah sama dengan Jadual 9; dan c) Bangunkan Jadual 10 mengikut format yang telah ditetapkan. Jadual 10: Pembahagian Masa Pembelajaran Bersemuka H512-001-3:2013-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation Aktiviti Kerja Pelan Mengajar Teori Masa Bersemuka (Teori) Pelan Mengajar Amali Masa Amali (Amali) 1. Verify data collection. H512-001-3:2019- C03/KP(1/4)PM (PENGESAHAN DATA TERKUMPUL) 4 H512-001-3:2019- C03/KK(1/3)PM (URUS DATA TERKUMPUL) 10 2. Check fixed wing drone abnormalities. H512-001-3:2019- C03/KP(2/4)PM (PEMERIKSAAN KEABNORMALAN DRON BERSAYAP) 4 H512-001-3:2019- C03/KK(2/3)PM (PERIKSA KEABNORMALAN DRON BERSAYAP) 10 3. Dismantle fixed wing drone parts. H512-001-3:2019- C03/KP(3/4)PM (PELERAIAN BAHAGIAN DRON BERSAYAP) 4 H512-001-3:2019- C03/KK(3/3)PM (LERAI BAHAGIAN DRON BERSAYAP) 15 4. Record post-flight log. H512-001-3:2019- C03/KP(4/4)PM (PENGREKODAN LOG POSPENERBANGAN) 1


42 6.4) JADUAL PEMBAHAGIAN WIM (JPW) – TEORI & AMALI Bagi memudahkan pembangunan WIM, JPW perlu disediakan selepas aktiviti pemurnian sesuatu CoCU selesai dilaksanakan. JPW adalah suatu jadual yang digunakan bagi membantu pengajar dalam menentukan bilangan dan tajuk pelan mengajar teori, pelan mengajar amali, kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas kerja berdasarkan CoCU bagi sesuatu CU. Bilangan pelan mengajar teori dan amali, kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas kerja tidak semestinya sama dengan bilangan WA. Jadual 1A dan 1B menunjukkan Jadual Pembahagian WIM Teori/ Amali bagi H512-001- 3:2013 Drone Mission Commanding Tatacara dalam menyediakan JPW adalah seperti berikut: a) Tentukan pilihan Bahasa penulisan yang akan digunakan dalam pembangunan WIM (Bahasa Melayu/ Bahasa Ingeris); b) Tentukan tajuk WIM yang berkaitan berdasarkan JPW yang telah disediakan. i) Tajuk bagi Pelan Mengajar Teori, Kertas Penerangan dan Kertas Tugasan hendaklah ditulis dalam bentuk Kata Nama. Contoh: Pemeriksaan Keabnormalan Dron Bersayap. ii) Tajuk bagi Pelan Mengajar Amali dan Kertas Kerja hendaklah ditulis dalam bentuk Kata Kerja. Contoh: Periksa Keadaan Bateri Kenderaan c) Lengkapkan jadual pembahagian WIM mengikut format yang ditetapkan. Contoh: Kod penulisan WIM H512-001-3:2019-C03/KP(2/4)


43 Jadual 1A: Jadual Pembahagian WIM (Teori) bagi H512-001-3:2019-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation Jadual 1B: Jadual Pembahagian WIM (Amali) bagi H512-001-3:2019-C03 Fixed Wing Drone Post-Flight Operation


44 7) LANGKAH 5 : BANGUNKAN WIM 7.1) Tatacara membangunkan Pelan Mengajar Teori adalah seperti berikut: a) Rujuk Jadual Pembangunan WIM; b) Tentukan kandungan pengajaran merujuk kepada related knowledge yang telah dikenal pasti; c) Tentukan tajuk pengajaran; d) Tentukan tujuan pengajaran; i) Bilangan minimum tujuan pengajaran ialah 2 dan maksimum ialah 5 perkara. ii) Ayat yang digunakan adalah berbentuk kata tugas (active verb). Contoh (nyatakan/ terangkan/ huraikan/ jelaskan); e) Tentukan alat bantuan mengajar; f) Tentukan tempoh masa pengajaran berpandukan masa latihan yang terdapat di dalam CoCU; i) Tempoh untuk pelan mengajar teori tidak melebihi 8 jam sehari (tidak termasuk waktu rehat) atau mana-mana tempoh yang diluluskan oleh KPPK. g) Huraikan aktiviti pengajaran berdasarkan 4 Steps Pattern Method of Instruction seperti berikut : i) Persediaan (Preparation); ii) Penyampaian (Presentation); iii) Penggunaan (Application); dan iv) Pengesahan (Confirmation). h) Bangunkan pelan mengajar mengikut format penulisan yang ditetapkan iaitu: i) Kod Pelan Mengajar Teori ialah: PM – HURUF BESAR (Bahasa Melayu) LP – HURUF BESAR (Bahasa Inggeris)


45 ii) Format Pelan Mengajar Teori adalah seperti berikut: PELAN MENGAJAR – TEORI: Font – Arial bold, saiz 18 THEORY LESSON PLAN: Font – Arial bold, saiz 18 Keseluruhan dokumen: Font – Arial, saiz 12, line spacing – 1.5 Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Melayu, perkataan selain daripada Bahasa Melayu tersebut hendaklah dicondongkan (italic) Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Inggeris, perkataan selain daripada Bahasa Inggeris tersebut hendaklah dicondongkan (italic). Logo dan alamat mengikut Pusat Bertauliah. Warna kertas yang digunakan ialah KUNING. Contoh penulisan: H512-001-3:2019-C03/KP(1/4)PM(Bahasa Melayu) H512-001-3:2019-C03/IS(1/4)LP (Bahasa Inggeris) ● Format penulisan turutan nombor: 1) Tajuk Isi Kandungan 1.1) Kandungan a) Sub Tajuk i) Pecahan Sub Tajuk Perincian Sub Tajuk


46 7.2) Tatacara membangunkan Pelan Mengajar Amali adalah seperti berikut: a) Rujuk Jadual Pembahagian WIM; b) Tentukan kandungan pengajaran merujuk kepada tajuk/WA/RS yang telah dikenal pasti; c) Tentukan tajuk pengajaran; d) Tentukan tujuan pengajaran; i) Bilangan minimum tujuan pengajaran ialah 2 dan maksimum ialah 5 perkara. ii) Ayat yang digunakan adalah berbentuk kata tugas (active verb). Contoh: (pasang/ ukur/ potong/ uli). e) Tentukan alat bantuan mengajar; f) Tentukan tempoh masa pengajaran berpandukan masa latihan yang terdapat di dalam CoCU; i) Tempoh untuk pelan mengajar amali tidak digalakkan melebihi 8 jam sehari. Walaubagaimanapun ini adalah bergantung kepada bidang masing-masing. g) Huraikan aktiviti pengajaran berdasarkan 4 Steps Pattern Method of Instruction seperti berikut: i) Persediaan (Preparation); ii) Penyampaian (Presentation); iii) Penggunaan (Application); dan iv) Pengesahan (Confirmation). h) Bangunkan pelan mengajar mengikut format penulisan yang ditetapkan; i) Kod Pelan Mengajar Amali ialah: PM – HURUF BESAR (Bahasa Melayu) LP – HURUF BESAR (Bahasa Inggeris)


47 ii) Format Pelan Mengajar Amali adalah seperti berikut: PELAN MENGAJAR – AMALI: Font – Arial bold, saiz 18 THEORY LESSON PLAN: Font – Arial bold, saiz 18 Keseluruhan dokumen: Font – Arial, saiz 12, line spacing – 1.5 Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Melayu, perkataan selain daripada Bahasa Melayu tersebut hendaklah dicondongkan (italic) Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Inggeris, perkataan selain daripada Bahasa Inggeris tersebut hendaklah dicondongkan (italic). Logo dan alamat mengikut Pusat Bertauliah. Warna kertas ialah KUNING. Contoh penulisan: H512-001-3:2019-C03/KK(1/4)PM (Bahasa Melayu) H512-001-3:2019-C03/WS(1/4)LP (Bahasa Inggeris) Format penulisan turutan nombor: 1) Tajuk Isi Kandungan 1.1) Kandungan a) Sub Tajuk i) Pecahan Sub Tajuk Perincian Sub Tajuk


Click to View FlipBook Version