48 7.3) Tatacara membangunkan Kertas Penerangan adalah seperti berikut: a) Rujuk Pelan Mengajar yang telah dibangunkan; b) Huraikan setiap sub tajuk yang ada: c) Masuk dan labelkan rajah/jadual sekiranya perlu; d) Bangunkan sekurang-kurangnya dua (2) soalan yang berkaitan topik; e) Senaraikan sumber rujukan yang berkaitan: f) Bangunkan Kertas Penerangan mengikut format penulisan yang ditetapkan; i) Kod Kertas Penerangan ialah: KP – HURUF BESAR (Bahasa Melayu) IS – HURUF BESAR (Bahasa Inggeris) ii) Format Kertas Penerangan adalah seperti berikut: KERTAS PENERANGAN – TEORI: Font – Arial bold, saiz 18. INFORMATION SHEET: Font – Arial bold, saiz 18 Keseluruhan dokumen: Font – Arial, saiz 12, line spacing – 1.5 Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Melayu, perkataan selain daripada Bahasa Melayu tersebut hendaklah dicondongkan (italic). Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Inggeris, perkataan selain daripada Bahasa Inggeris tersebut hendaklah dicondongkan (italic). Logo dan alamat mengikut Pusat Bertauliah. Warna kertas yang digunakan ialah PUTIH. Contoh penulisan: H512-001-3:2019-C03/KP(1/4) (Bahasa Melayu)
49 H512-001-3:2019-C03/IS(1/4) (Bahasa Inggeris) Format penulisan turutan nombor: 1) Tajuk Isi Kandungan 1.1) Kandungan a) Sub Tajuk i) Pecahan Sub Tajuk Perincian Sub Tajuk 7.4) Tatacara membangunkan Kertas Tugasan adalah seperti berikut: a) Kenal pasti pengetahuan utama bagi menguji pemahaman pelatih; b) Tentukan bentuk dan bilangan soalan tugasan merujuk kepada Kertas Penerangan; c) Bangunkan soalan mengikut format penulisan yang ditetapkan: i) Kod Kertas Tugasan ialah: KT– HURUF BESAR (Bahasa Melayu) AS – HURUF BESAR (Bahasa Inggeris) ii) Format Kertas Tugasan adalah seperti berikut: KERTAS TUGASAN: Font – Arial bold, saiz 18 ASSIGNMENT SHEET: Font – Arial bold, saiz 18 Keseluruhan dokumen: Font – Arial, saiz 12, line spacing – 1.5 Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Melayu, perkataan selain daripada Bahasa Melayu tersebut hendaklah dicondongkan (italic) Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Inggeris, perkataan selain daripada Bahasa Inggeris tersebut hendaklah dicondongkan (italic).
50 Logo dan alamat mengikut Pusat Bertauliah. Warna kertas yang digunakan ialah MERAH JAMBU. Contoh penulisan: H512-001-3:2019-C03/KT(1/4) (Bahasa Melayu) H512-001-3:2019-C03/AS(1/4) (Bahasa Inggeris) Format Penulisan Turutan Nombor 1) Tajuk Isi Kandungan 1.1) Kandungan a) Sub Tajuk i) Pecahan Sub Tajuk Perincian Sub Tajuk 7.5) Tatacara membangunkan Kertas Kerja adalah seperti berikut: a) Rujuk Pelan Mengajar Amali yang telah dibangunkan; b) Masuk dan labelkan rajah/jadual sekiranya perlu; c) Senaraikan peralatan/kelengkapan dan bahan mengikut nisbah yang sesuai; d) Huraikan setiap langkah kerja yang ada; e) Bina sekurang-kurangnya dua (2) soalan yang berkaitan dengan kerja yang dilakukan dan ditanya secara lisan; f) Buat senarai semak bagi menilai pencapaian pelatih terhadap kerja yang dilakukan merangkumi proses kerja, hasil kerja, sikap, keselamatan dan persekitaran; i) Proses Kerja merupakan langkah kerja yang telah dilakukan. ii) Hasil Kerja merujuk kepada produk, perkhidmatan dan keputusan serta masa yang ditetapkan. Ianya merangkumi samada ketepatan, kualiti dan masa.
51 iii) Sikap, Keselamatan dan Persekitaran merujuk kepada CoCU. g) Bangunkan Kertas Kerja mengikut format penulisan yang ditetapkan: i) Kod Kertas Kerja ialah: KK – HURUF BESAR (Bahasa Melayu) WS – HURUF BESAR (Bahasa Inggeris) ii) Format Kertas Kerja adalah seperti berikut: KERTAS KERJA: Font – Arial bold, saiz 18 WORK SHEET: Font – Arial bold, saiz 18 Keseluruhan dokumen: Font – Arial, saiz 12, line spacing – 1.5 Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Melayu, perkataan selain daripada Bahasa Melayu tersebut hendaklah dicondongkan (italic). Sekiranya penulisan WIM dalam Bahasa Inggeris, perkataan selain daripada Bahasa Inggeris tersebut hendaklah dicondongkan (italic). Logo dan alamat mengikut Pusat Bertauliah. Warna kertas yang digunakan ialah BIRU. Contoh penulisan: H512-001-3:2019-C03/KK(1/4) (Bahasa Melayu) H512-001-3:2019-C03/WS(1/4) (Bahasa Inggeris) Format penulisan turutan nombor 1) Tajuk Isi Kandungan 1.1) Kandungan a) Sub Tajuk i) Pecahan Sub Tajuk Perincian Sub Tajuk
52 8) DOKUMENTASI WIM Dokumentasi WIM terbahagi kepada dua (2) bahagian, iaitu: a) Muka Hadapan i) Logo Pusat Bertauliah; ii) Bahan Pengajaran Bertulis; iii) Kod & Nama Program; iv) Kod & Nama Unit Kompetensi; v) Nama Pusat Bertauliah; vi) Kod Pusat Bertauliah; vii) Alamat Pusat Bertauliah; dan viii) Edisi Terbitan. b) Kandungan i) Isi Kandungan; ii) Ahli Jawatankuasa Pembangunan; iii) Carta Profil Kompetensi; iv) CoCU; v) CoCU baharu (jika berlaku perubahan- selepas proses review & refine); vi) Jadual Pembahagian WIM, iaitu Teori; dan Amali. vii) Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran Dan Penilaian; viii) Jadual Pembahagian Masa Pembelajaran Bersemuka; ix) Set WIM Teori, iaitu Pelan Mengajar Teori; Kertas Penerangan; dan Kertas Tugasan.
53 x) Set WIM Amali, iaitu Pelan Mengajar Amali; dan Kertas Kerja. 9) PEMAKAIAN Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) ini digunapakai bagi NOSS yang dibangunkan bermula tahun 2011 dan Tatacara Pembangunan Manual Latihan Edisi Ke-2 Tahun 2012 masih diguna pakai bagi NOSS yang dibangunkan sebelum tahun 2011. 10) PEMBATALAN Dengan berkuat kuasa Panduan ini maka Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Edisi 2017 adalah terbatal. 11) PANDUAN PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS/ WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS (WIM) ATAS TALIAN Panduan ini dibaca bersama-sama Manual Penggunaan Sistem MySPIKE yang sedang berkuatkuasa bagi tujuan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis/ Written Instructional Materials (WIM) di dalam sistem tersebut. Manual tersebut boleh dicapai di pautan https://www.myspike.my dan klik pada menu Panduan. 12) PEMATUHAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) Pelaksanaan Bengkel/ Mesyuarat Kerja Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis/ Written Instructional Materials (WIM) hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang sedang berkuatkuasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menghalang penularan penyakit berjangkit.
54 13) TARIKH KUAT KUASA Panduan ini berkuat kuasa mulai Januari 2021 dan hendaklah dibaca bersama Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Kredit Kemahiran Kebangsaan yang sedang berkuat kuasa. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA OKTOBER 2020
55 RUJUKAN 1. JPK (2017), Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) 2. JPK/700/5 JLD.41 (55), Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Berasaskan Kredit. 3. MQA (2019), Code Of Practice For TVET Programme Accreditation (COPTPA), MQA & JPK. 4. JPK (2012), NOSS Development Guideline. 5. JPK (2011), Tatacara Pembangunan Manual Latihan.
56 SENARAI JAWATANKUASA PEMBANGUN BUKU PANDUAN PEMBANGUNAN WIM 2020 BAHAGIAN NOSS 1. Dr. Hj. Ghalip Bin Spahat A.M.N 2. Dr. Zool Hilmi Bin Mohamed Ashari 3. Pn. Nurul Zanariah Binti Kolan 4. Pn. Salbiah Binti Hussein 5. En. Shaharizal Bin Shaharudin 6. En. Yusni Amir Bin Dahlan 7. Tn. Hj Faizal Bin Abd Majid 8. En. Mohd Ghazali Bin Mohd Daud 9. Pn. Kartini Binti Hamzah 10.Pn. Dayana Binti Daiman 11.Pn. Haniza Binti Lokmanal Hakim BAHAGIAN MOSQ 1. Tn. Hj. Mohd Nor Bin Dollah 2. Pn. Masni Binti Mahat 3. Pn. Zaitun Binti Karim 4. Pn. Nor Aini Binti Abdullah 5. Pn. Fazlynda Binti Abdul Halim 6. En. Mohamad Uzair Bin Mat Deris 7. En. Nadzron Bin Abd Hamid 8. En. Mohd Erwan Bin Abu Hanafiah BAHAGIAN P&KS 1. Cik Edayu Binti Abidin CIAST 1. Pn. Marsita Binti Abd Kadir 2. En. Helmi Bin Haron 3. En. Mohd Noor Bin Menhad
57 4. En. Mohd Ozahir Bin Mat Palal 5. En. Salim Bin Amil 6. En. Mohd Yusri Bin Pardi 7. Pn. Ramaizai Binti Ramli 8. En. Ibrahim Bin Osman
58 LAMPIRAN
59 LAMPIRAN 1
60 LAMPIRAN 2
61 LAMPIRAN 3