The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irfan Daniel, 2024-03-14 12:43:58

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP 2024

DI SINI BERKUMPUL LAGU-LAGU PENGAKAP Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh, porengeh, emgeh porengeh Perengeh, porengeh, engeh porengeh Aneh, aneh, aneh, aneh, ooi Yip pi ye~ ye~ ye~ (2x) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam LAGU PENGAKAP LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai, taat berguna Bersaudara berbudi, Kasihkan binatang, Menurut perintah Tabah hati, berjimat, Suci fikiran Suci perkataan Suci perbuatan


LAGU-LAGU PATRIOTIK KERANAMU MALAYSIA JALUR GEMILANG Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai. Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya. Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga. Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara. Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara Keranamu Negara Malaysia Malaysia... TERIMA KASIH MALAYSIA! Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang… di bawah naunganmu Jalur gemilang… kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang… megah kami terasa Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah PENGAKAP KLM 34


TANAH PUSAKA Sungguh gemilang negeriku Yang kupuja oh tanah airku Di merata dunia Harum semerbak namamu oh Malaysia Aman makmur kaya-raya Selama-lama hidup maju jaya Kau tanah pusaka Negaraku yang berdaulat dan merdeka Tanah pusaka bertuah Berbagai bangsa didalamnya Hidup aman dan bersama Bersatu kerja untuk Malaysia Musuh melanggarku gempur Sungguh rela kugugur kerana Kau tanah pusaka Biar putih tulang jangan putih mata! UNTUKMU MALAYSIA Sungguh gemilang negeriku Untukmu Malaysia Padamu Malaysia ku berjanji Padamu ku akan berbakti Seluruh jiwa dan raga kuserahkan Demi kejayaan bangsa Aman, makmur, damai sejahtera Akan kujunjung dan kujaga Bersatu rela jujur setia Membela bangsa tercinta Syukur ku selalu kepada Ilahi Atas segala rahmatNya Malaysiaku negara maju jaya Baktiku hanya untukmu! LAGU-LAGU PATRIOTIK


PENGAKAP KLM 34 DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU Kau... Persada indah permai Pepohon menghijau menghias pantai Putera Puteri mu tersenyum riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya Dibawah naungan payung mahkota Ohh... Pertiwi ku perkasa Disanjung di puja setiap masa Berwaspada sentiasa bersemangat waja Satu bangsa satu bahasa satu budaya Malaysia nusaku tercinta Tumpuan.. pelancong Dan juga para peniaga Batik songket tenunan menawan Terkenal merata dunia Kepada mu oh pertiwi Kasih ku abadi Sejati murni Rela ku Berbakti mesti terkorban diri Padamu ku curah sumpah setia dan janji Dirgahayu oh Tanahairku ( 2X ) LAGU-LAGU PATRIOTIK


HORMAT PENGAKAP CARA HORMAT PENGAKAP Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis. Sentuhkan hujung kening. 1. Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan “sedia”, tangan kiri menyentuh tongkat dengan tapak tangan terlingkup. 2. Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh tongkat dengan tangan kiri. 3. Cara hormat pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari iaitu jari telunjuk, jari hantu, dan jari manis dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking. PENGAKAP KLM 34


Kaedah Memberi Persetiaan Hormat pengakap dilakukan apabila: Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 1. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 2. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 3. 4.Lagu Kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. Selesai menaikan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 5. PENGAKAP KLM 34


UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 9. Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) PENGAKAP KLM 34


Istiadat laung agung merupakan satu tradisi yang diamalkan dalam pengakap seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laungan Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. Tujuannya adalah sebagai tanda bermula/berakhir suatu perjumpaan. Istiadat ini juga mampu melahirkan semangat setiakawan dan disiplin kendiri. ISTIADAT LAUNGAN AGONG Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan. Mengingati tradisi attau istiadat bagi PKK di seluruh dunia. Untuk menghormati tetamu yang datang PEK. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin. Menyatakan bahawa PKK membuat sehabis baik. ARAHAN DAN CARA PENGENDALIAN. TUJUAN PENGAKAP KLM 34


PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT LAUNGAN AGONG


PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT LAUNGAN AGONG


PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT LAUNGAN AGONG


PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA Semua pemimpin berbaris mengikut kekanan 3 langkah di belakang tiang bendera. 1. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera. 2. Ahli pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 3. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap. 4. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat. 5. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera” 6. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 7. 8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 30 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain. 9. Selesai memberi hormat pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya. 10. Pemimpin bertugas akan menyebut “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu “Pengakap Malaysia”, Persetiaan Pengakap dan doa. 11. Pemimpin bertugas sekali menghadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas. 12. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap utnuk “senang diri” 13. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan emberi hukum “sedia” kepada ahli pengakap. 14. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugas lain, 15. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 16. 17.Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.


PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa dia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah benerenag seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalan raya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.


PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP Lencana ini dianugerahkan diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah memungut, dan mengumpul sebaganyak 15 jenis benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahu sedikit sebanyak tentang koleksinya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah membuat atau menghasilkan 5 jenis hasil tangan sebagai kraftangan yang boleh dihiasi dan digunakan dengan baik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya. Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanakkanak mestilah lulus lencana keahlian dan satu lencana wajib terlebih dahulu. Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja.


PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasilpeladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratur dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serrta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah melukis dengan minat dan berkebolehan sebagai anak seni dengan hasil yang kemas dan cantik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta megetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah minat kepada membaca atau minat dengan perpustakaan mendatangkan minat membaca sekaligus dapat dijadikan hobi. catatkan secara ringkas mengenai beberapa buku yang dibaca dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasil bacaannya.


PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasilpeladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratu dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serrta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap kanakkanak mestilah lulus lencana keahlian dan satu lencana wajib terlebih dahulu, lencana keris gangsa dan 2 lencana kepandaian (kategori kegemaran) terlebih dahulu. Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja. Lencana keris gangsa perlu ditanggalkan.


PENGAKAP KLM 34 Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengabil bahagian dalam acara seperti berlari, lompat tinggi, melontar pekuru. Penglibatan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang acara yang disertainya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, bola baling, hoki, pingponh, permainan dalaman dan mewakili di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang permainan yang disertai. LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat uji kaji, membuat kamera lubang halus, menyambung wayar, elektro magnet dan sebagainya.


PENGAKAP KLM 34 Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semula jadi seperti memberishkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan tahu menggunakan kompas. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti memberishkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. LENCANA PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam keabakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan APM. Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membalut anduh.


PENGAKAP KLM 34 Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti penyusun atur peralatan pertukangan, memberishkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya. LENCANA PENGAKAP Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemas bilik tidur dan sebagainya.


PENGAKAP KLM 34 Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan pengakap, Rukun Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanakkanak itu mestilah lulus lencana keahlian, satu lencana wajib, lencana keris gangsa, 2 lencana kepandaian (kategori kegemaran), lencana keris perak, 2 Lencana kepandaian (ketegori pengetahuan), dan 2 lencana kepandaian (kategori perkhidmatan) terlebih dahulu. Lencana keris perak perlu ditanggalkan untuk memberi ruang pemaiakan lencana ini. LENCANA PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 Sebuah sekolah hanya boleh munubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa kumpulan. PENGURUSAN KEAHLIAN Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: (i) Borang PPM 8-Pendaftaran Kumpulan (ii) Borang PPM 1A-Pendaftaran Anggota (iii) Borang PPM 1B- Borang Kawalan (iv) Borang PPM 9A-Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong Borang boleh diperoleh dari Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN JENIS BORANG


PENGAKAP KLM 34 PENGURUSAN KEAHLIAN PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendaftaran: (i)Kumpulan: RM30 (Setahun) (ii)Ahli Pengakap: RM5.00 (Setahun) (iii)Pemimpin/Penolong Pemimpin: RM10.00 (Setahun) Kumpulan/anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan mejalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. Gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembnagaan Persekutua Pengakap Malaysia(Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara automatik digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya. (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa penganjur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera.Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. KEGIATAN Semua kegiatan dijalankan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: (i) Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah. (ii) Program latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 (iii) Program latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 (iv) Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar sekolah perlu mendapat kelulusan dan sekongan daripada pengajur (Guru Besar/Pengetua), Ibu bapa/Penjaga dan pemimpin Unit PKK, PM dan PR.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 1 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Makmal Sains 2 Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU: Pada 10 Januari 2024, seramai 48 orang ahli Pengakap telah berkumpul di Makmal Sains 2 bagi perjumpaan kali pertama, yang telah dihadiri oleh pensyarah penasihat, Encik A.Zamri bin Abdul Rahim. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Baharu Induk dan sekawan Pengakap PISMP Jun 2021/2026. Ahli Jawatankuasa Baharu terdiri daripada unit Bahasa Melayu dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pelantikan ini bertujuan untuk menggerakkan pengurusan dan aktiviti Pengakap. Dengan perlantikan kepimpinan baru serta memastikan kelangsungan dan kecekapan keseluruhan kumpulan. PENGENALAN TENTANG MAKLUMAT KURSUS: Pada sesi pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu, penasihat telah memberi taklimat pengenalan tentang maklumat kursus bagi unit beruniform Pengakap, berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang semester ini. Penekanan diberikan kepada ujian amali yang melibatkan kefahaman, kemahiran, dan kebolehan ahli pengakap dalam bidang seperti ikatan dan simpulan, kawad kaki, pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup. Penasihat menetapkan bahawa 60 peratus markah akan diberikan berdasarkan kriteria-kriteria ini. Selain itu, ahli pengakap diminta menyediakan buku log dalam bentuk digital, dengan penekanan pada kreativiti masing-masing. Buku log ini menjadi salah satu tugasan pentaksiran berterusan yang membawa wajaran markah sebanyak 40 peratus. Ahli pengakap juga diarahkan untuk menyertakan rancangan skim latihan Pengakap Kanak-Kanak di sekolah sebagai lampiran dalam buku log digital mereka. Dengan taklimat maklumat kursus ini, diharapkan setiap ahli pengakap dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang semester, serta dapat menyediakan buku log digital yang mencerminkan kreativiti dan pencapaian mereka dalam aktiviti Pengakap.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 1 UNIT-UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Makmal Sains 2 Penasihat: Encik A. Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PENGENALAN TENTANG DASAR DAN TUJUAN KEPENGAKAPAN: Pengakap adalah pertubuhan sukarela yang bebas daripada unsur politik dan terbuka untuk semua tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Ini adalah pergerakan belia internasional tertua di dunia, bersama dengan unit beruniform lain seperti Pandu Puteri. Pengakap menawarkan program penuh cabaran dan keseronokan untuk melatih golongan muda hingga remaja, dengan matlamat pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS). Tujuan Pengakap adalah melibatkan anak muda dalam masyarakat dan menyediakan rancangan latihan progresif yang menyeronokkan dan menarik. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap menjadi asas bagi aktiviti ini, dan kepimpinan dewasa membantu mengarahkan sistem latihan yang disesuaikan dengan umur dan kematangan ahli melalui unit-unit khusus. Dengan prinsipprinsip ini, Pengakap berfungsi sebagai agen pembangunan holistik bagi generasi muda. PENGGAMBARAN AHLI PENGAKAP Pada hari tersebut, telah dijalankan satu sesi penggambaran bersama pensyarah pembimbing mengikut unit untuk tujuan laporan.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 1 Ahli Pengakap Unit 1 Ahli Pengakap Unit 2


Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim & Encik Abdul Ramit bin Sulaiman LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PENGENALAN LENCANA, TABIK HORMAT DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP: Encik A. Zamri bin Abdul Rahim, selaku penasihat, menerangkan maklumat tentang lencana kemajuan Pengakap Muda yang terbahagi kepada tiga kategori: Jaya, Maju, dan Usaha. Beliau juga menjelaskan tanda pangkat Pengakap Muda, termasuk Penolong Ketua Patrol, Ketua Patrol, dan Ketua Kumpulan. Unit-uniform Pengakap dilengkapi dengan lencana kemajuan Pengakap, seperti Keris Emas, Keris Perak, dan Keris Gangsa. Selain itu, Encik A. Zamri menunjukkan cara pengajaran mengenai tabik hormat Pengakap, termasuk cara menjalankan tabik hormat dengan tangan kanan sehingga foredge hat atau bowler hat, serta cara yang betul untuk berinteraksi dengan ahli Pengakap dari negara lain. Maklumat ini penting untuk memahami etika dan protokol dalam komuniti Pengakap, memastikan setiap ahli memahami dan mengamalkan nilai-nilai penghormatan dan saling penghargaan. DEMONSTRASI ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP: Encik A. Zamri bin Abdul Rahim, selaku penasihat, menerangkan maklumat tentang istiadat-istiadat Pengakap yang melibatkan penyertaan bersama-sama sekawan. Istiadat ini dipimpin oleh akela dengan sebutan “pekk, pekk, pekk”. Setiap ahli Pengakap berkumpul di sekeliling akela, membentuk bulatan besar dengan berpegangan tangan. Ketika akela menurunkan tangan, ahli Pengakap lain dikehendaki menjinjit dengan hujung kaki sehingga akela menjatuhkan tangan mereka, sambil menyebut “akela, kita buat sehabis baik”. Setelah itu, sekawan bertugas membalas akela dengan menyebut “kamu buat sehabis baik”. Ahli Pengakap berdiri dengan tegak, melakukan tabik hormat kepada akela, dan mengucapkan “kami buat sehabis baik”. Istiadat-istiadat ini menunjukkan penghargaan, kedisiplinan, dan semangat kebersamaan dalam komuniti Pengakap. PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 2: UNIT BERUNIFORM PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 2


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 3 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim & Encik Abdul Ramit bin Sulaiman LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PENGENALAN KEPADA MANIK KAYU DUA BUTIR Encik A. Zamri telah menyampaikan maklumat mengenai tata cara untuk mendapatkan manik kayu dua butir kepada ahli Pengakap. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui. Peringkat pertama melibatkan kehadiran dalam kursus pengenalan unit beruniform Pengakap. Peringkat kedua memerlukan ahli untuk memuat turun borang makluman pengakap dan mengisinya semasa melaksanakan aktiviti Pengakap ketika menjalani pratikum di sekolah, dengan menitikberatkan pada kemahiran dan kepakaran guru penasihat. Peringkat ketiga melibatkan penyertaan dalam perkhemahan selama 6 hari 5 malam, manakala peringkat keempat memerlukan penyediaan sekurang-kurangnya tiga Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Selepas menyelesaikan kesemua peringkat ini, ahli Pengakap perlu menunggu selama satu bulan untuk menerima sijil dan menghadiri majlis indabar untuk mendapatkan manik kayu dua butir. DEMONSTRASI IKATAN DAN SIMPULAN: Aktiviti ini melibatkan demonstrasi ikatan dan simpulan asas oleh Encik Abdul Ramit bin Sulaiman. Ahli Pengakap diajar cara membuat ikatan seperti buku sila, bunga geti, simpul manuk, dan sebagainya. Keahlian dalam ikatan dan simpulan ini dianggap penting, terutamanya semasa menyertai perkhemahan. Ikatan buku sila digunakan untuk kegunaan seperti mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama saiz, dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Simpulan bunga geti berguna untuk menyambung hujung tali yang berlainan saiz, misalnya, tali sampan dengan tali kapal. Sementara itu, simpulan manuk digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu dan kegunaan lain. Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan ahli Pengakap memahami dan mahir dalam menggunakan ikatan dan simpulan tersebut dalam situasi praktikal.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 3


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 4 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN AKTIVITI DEMONSTRASI BALUTAN LUKA: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman telah menjalankan aktiviti balutan luka bersamasama ahli pengakap mengikut sekawan. Setiap sekawan telah diberi tugasan untuk menunjukkan demonstrasi di hadapan ahli pengakap yang lain. Setiap sekawan telah diberi 2 jenis balutan. Antara jenis balutan yang perlu dibuat ialah balutan luka pergelangan tangan, luka bahu, luka kepala. Semua balutan yang dilakukan hendalkah menggunakan ikatan buku sila. Aktiviti balutan dan anduh ini menggunakan kain skarf ahli pengakap berbanding kain anduh yang sebenar bagi memberi gambaran sebenar jika berlaku kecemasan ketika melakukan aktiviti. TEORI DAN DEMONSTRASI AKTIVITI KAWAD KAKI: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman mengajar teori dan melakukan demonstrasi terhadap aktiviti kawad kaki. Perbarisan asas termasuk arahan seperti "Sedia", "Senang diri", "Rehatkan diri", dan "Ke kanan lurus dan pandang depan". Setiap arahan perlu difahami dan dilaksanakan dengan penuh ketelitian, dengan contoh seperti arahan "Sedia" yang memerlukan ahli untuk berdiri dengan kemas dan rapi, dan arahan "Rehatkan diri" yang memerlukan perubahan posisi tangan di paras pinggang. Latihan berkala diperlukan agar ahli Pengakap menjadi lebih cekap dan responsif terhadap arahan, memastikan kelihatan kemas dan disiplin dalam pergerakan. Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan pemahaman dan pelaksanaan yang betul dalam aktiviti kawad kaki.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 4


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 5 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim dan Encik Abdul Ramit bin Sulaiman LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN NYANYIAN LAGU PENGAKAP: Sekawan biru diberi tugasan untuk memilih dan menyanyikan sebuah lagu Pengakap, yang mereka pilih berjudul "Di Sini Kami Berkumpul". Lagu ini dipilih kerana liriknya merangkumi lima bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, dan Bahasa Jawa, sejajar dengan semangat perpaduan yang terdapat dalam Undang-Undang Pengakap. Semasa menyanyi, ahli Pengakap yang lain boleh menggayakan atau menari mengikut lirik lagu tersebut. AKTIVITI PENGENALAN SEJARAH PENGAKAP DUNIA, MALAYSIA DAN IPG Encik A. Zamri telah memberi taklimat secara ringkas berkenaan sejarah penubuhan pengakap dunia. Aktiviti seterusnya yang perlu dilakukan ialah, setiap sekawan hendaklah membuat satu peta minda menggunakan kertas mahjong yang telah dibekalkan yang mengandungi isi seperti sejarah pengakap dunia, Malaysia dan IPG. Setelah selesai membuat bahan, setiap sekawan hendaklah membentang di hadapan dan sebarang penambahbaikan akan ditambah baik oleh pensyarah pembimbing. DEMONSTRASI KAWAD KAKI: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim melakukan demonstrasi terhadap perlengkapan yang harus digunakan oleh sekawan bertugas semasa istiadat laungan agong. Ini termasuk susunan yang betul, dimulai dari ketua sekawan, Persetiaan Pengakap, Bendera, doa, dan diakhiri dengan penolong ketua sekawan. Ketua sekawan bertanggungjawab menyediakan bendera mengikut warna yang ditetapkan. Kami juga diajar untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki dengan pemeriksaan dan pengawasan oleh Encik A.Zamri. Beliau ingin memastikan bahawa arahan dari ketua sejajar dengan pergerakan ahli semasa melakukan kawad kaki. Pemeriksaan tersebut termasuk penilaian terhadap arahan ketua yang betul, tepat, dan jelas, dengan hasil pentaksiran berterusan individu sebanyak 10%. Ahli Pengakap dibahagikan kepada sekawan dan dinilai bagi penambahbaikan dari semasa ke semasa, dengan tujuan meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti kawad kaki.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 5


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 6 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Tarikh: 21 Februari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: ASTAKA Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN TAKLIMAT KIT JURULATIH PENGAKAP: Encik A.Zamri memberikan taklimat tentang kit jurulatih pengakap. Antara alatan yang terdapat di dalam beg tersebut ialah replika manikayu dua butir saiz besar, set poket pangkat patrol, set bendera kecil patrol, set bendera sedang patrol, set navigasi (kompas/wisel/tali), kit menjahit (jarum/benang/gunting) dan set buku Latihan Pengakap Malaysia. Selain itu, diperkenalkan juga bendera pengakap IPG serta diajar cara untuk memasang bendera sekiranya berlangsung istiadat menaikkan bendera. AKTIVITI KAWAD MENGIKUT SEKAWAN Setiap sekawan dikehendaki menjalankan aktiviti kawad mengikut ketua sekawan masing-masing. Setiap sekawan bebas untuk menjalankan aktiviti kawad di sekitar astaka. Tujuan aktiviti kawad ini dilakukan mengikut sekawan adalah untuk persediaan bagi pentaksiran berterusan bagi ujian kawad. TAKLIMAT PENDAFTARAN KURSUS MANIKAYU PENGENALAN Encik A. Zamri telah mengingatkan kembali berkenaan pendaftaran kursus manikayu pengenalan. Hal ini bagi memastikan semua ahli pengakap perlu memiiki manikayu dua butir. Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM15. Kursus tersebut akan berlangsung dari 25 februari sehingga 30 mac dan kursus ini dijalankan secara atas talian.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 6


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN 7 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Tarikh: 28 Februari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: PULAKO Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN TAKLIMAT AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN: Encik A.Zamri memberikan taklimat tentang malam kebudayaan yang akan diadakan sebagai sebahagian daripada penilaian pentaksiran berterusan. Beliau menunjukkan beberapa contoh video aktiviti malam kebudayaan dari institut lain sebagai inspirasi. Kami memutuskan untuk memilih tema tarian untuk persembahan malam kebudayaan dan sekawan merah akan mengendalikan persembahan tersebut. Selain itu, kami berhasrat untuk menjemput pensyarah dari jabatan lain sebagai juri jemputan untuk menilai persembahan kami. AKTIVITI IKHTIAR HIDUP: Setiap sekawan diberi tanggungjawab untuk menyediakan alatan yang diperlukan untuk aktiviti ikhtiar hidup, seperti kayu api, tin makanan, beras, telur, dan hiasan. Dalam masa 30 minit, kami menjalankan peranan masing-masing, termasuk menanak nasi, merebus telur, menghias, dan menghidupkan api. Kami menghadapi cabaran apabila kawasan untuk menghidupkan api basah akibat hujan semalam, dan kami mengambil tindakan alternatif dengan mengeringkan kayu api dan daun kering. Setelah 30 minit berlalu, Encik A.Zamri menilai masakan kami berdasarkan kriteria seperti masakan nasi yang masak, telur yang direbus dengan baik, dan kebersihan serta kerapihan kawasan memasak. Setiap sekawan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, dan aktiviti ikhtiar hidup berjalan dengan tersusun rapi dan pembahagian tugas yang baik.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 7


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN 8 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP Tarikh: 6 Mac 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Sinar Ria Cafe IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERBINCANGAN MALAM KEBUDAYAAN: Encik A. Zamri memberi taklimat bagi setiap sekawan tentang aktiviti malam kebudayaan yang akan diadakan, dan beliau menekankan perlunya persediaan menyeluruh sebelum acara tersebut. Sekawan merah, yang terdiri daripada 12 orang, mengadakan perbincangan di kafe kampus. Mereka merancang tiga jenis tarian untuk persembahan malam kebudayaan, iaitu tarian India, t. Pemilihan ini bertujuan untuk mencerminkan semangat kepelbagaian dalam Pengakap, di mana keanggotaan tidak mengambil kira bangsa, kaum, atau agama. Kesemua ahli Pengakap bersatu untuk menyusun konsep tarian yang menyentuh hati semua. SUSUN ATUR MALAM KEBUDAYAAN: Sekawan biru menyusun atur persembahan malam kebudayaan dengan merangkumi tiga lagu dalam sebuah video. Mereka memilih tiga lagu untuk tiga jenis tarian yang berbeza: Bollywood (Radha – SOTY) oleh tiga orang untuk tarian India, Tari Zapin Melayu oleh sembilan orang, dan Chinese (Hu Fa Shi Zhe) oleh 12 orang untuk tarian Cina. Jadual latihan tarian telah disusun agar sesuai dengan jadual kuliah dan waktu rehat, menunjukkan koordinasi dan kerjasama dalam perancangan. Selain itu, perbincangan berfokus pada pemilihan busana yang sesuai dengan tema dan lagu yang akan disampaikan, seperti sari, baju Melayu, dan cheongsam. Keputusan perbincangan ini diambil secara kolektif untuk mengelakkan perselisihan dan memastikan setiap anggota merasa terlibat dalam keseluruhan proses persembahan malam kebudayaan.


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN MINGGU 8


PENGAKAP KLM 34 IKHTIAR HIDUP


Click to View FlipBook Version