ATURCARA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN 2019 (MAPT'25)
27/9/2019 3.00 pm : Check In di WP HOTEL KL
(Jumaat)
5.00 - 6.00 pm : Mengambil buku MAPT'25 & T-shirt di Tingkat 2
28/9/2019 Free & easy
(Sabtu)
7.45 am : Sarapan pagi (Lemongrass Coffee House)
8.30 am : Pendaftaran Ahli Lembaga Koperasi dan Perwakilan KOPCEL
9.00 am : Ketibaan Para Tetamu Kehormat
9.05 am : Bacan Doa
9.10 am : Ucapan Pengerusi KOPCEL
9.20 am : Ucapan dan Majlis Perasmian oleh wakil dari SKM Wilayah
9.30 am : Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
9.45 am : Minum Pagi
10.15 am : MAPT'25 bermula
1.00 pm : Makan Tengahari (rehat, solat)
2.00 pm : MAPT'25 disambung
5.00 pm : MAPT'25 selesai
: Minum Petang & bersurai
: Free & Easy
Tema Makan Malam "RETRO "
8.30 pm : Berkumpul di Roof Top @ Lemongrass Coffee House
8.15 pm : Kata-kata Aluan daripada Pengerusi KOPCEL
8.20 pm : Kata- kata Aluan daripada wakil Perwakilan
8.30 pm : Makan Malam
8.45 pm : Cabutan bertuah
: Best Dress (King & Queen)
11.00 pm : Majlis bersurai
29/9/2019 8.00 am : Sarapan pagi
(Ahad)
12.00 pm : Free & Easy
: Check out
AGENDA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
TAHUNAN 2019
1.0 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
2.0 Perlantikan jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota Perwakilan dan
empat (4) orang Anggota Lembaga Koperasi untuk pengesahan Draf Minit Mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan 2019 mengikut Undang-Undang Kecil 33(1)(j).
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2018.
4.0 Menimbang dan meluluskan Laporan Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2018.
5.0 Menimbang dan meluluskan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Ketua
Pendaftar (jika ada) ke atas Akaun Teraudit berakhir pada 31/12/2018.
6.0 Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bersama dengan Laporan Juruaudit
bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31/12/2018.
7.0 Meluluskan elaun-elaun kepada Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2020.
8.0 Meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
9.0 Menimbang dan meluluskan Belanjawan Tahunan bagi tahun kewangan 2020.
10.0 Meluluskan satu panel Juruaudit Luaran bagi tujuan pengauditan akaun koperasi bagi Tahun
Kewangan Berakhir 31/12/2019.
11.0 Menimbang dan meluluskan :
11.1 Had dan Skop Pelaburan Lebihan Koperasi Celcom Berhad
11.2 Had dan Skop Keterhutangan Koperasi Celcom Berhad
12.0 Menimbang dan meluluskan akaun pembahagian keuntungan bagi Tahun Kewangan berakhir
pada 31/12/2018.
13.0 Menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) dan Aturan-
Aturan Koperasi (jika ada).
14.0 Memilih Anggota Lembaga Koperasi bagi sesi 2019/2020.
15.0 Mendengar, menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan atau usul yang dikemukakan oleh
Perwakilan dan telah dihantar kepada Koperasi tidak kurang dari 7 hari sebelum MAPT 2019.
MAPT 2019
LAPORAN ANGGOTA LEMBAGA
KOPERASI CELCOM BERHAD
BAGI TAHUN 2018
Tuan / Puan
Anggota Koperasi Celcom Berhad Yang Dihormati,
Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan 2018 bagi Koperasi Celcom Berhad
(KOPCEL) untuk makluman dan perhatian Tuan/ Puan. Laporan ini merangkumi kegiatan dan aktiviti koperasi sepanjang tahun
2018 sahaja. Laporan ini dibentangkan untuk memberi gambaran dan maklumat terkini kepada semua anggota.
1. YANG DIPERTUA DAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
Koperasi ini ditadbir oleh ALK yang telah dipilih oleh Mesyuarat Agung ke-24 pada 29hb September 2018, mereka
terdiri daripada :-
Yang Dipertua / Penaung : Tiada
Anggota Lembaga Koperasi : Tuan Haji Mohd Mudasir Bin Abdullah
Tuan Haji Shuhairy Bin Abdullah
Pengerusi : Puan Mastura Binti Kamaruddin (No. Anggota : 03091)
Encik Hazizi Bin Harun (No. Anggota : 00987)
Naib Pengerusi : Tuan Haji Nik Kamarudin Bin Nik Ka (No. Anggota : 02442)
Encik Azhar Bin Ta’at (No. Anggota : 02741)
Setiausaha : Puan Aza Fazian Binti Asmaon (No. Anggota : 00704)
Encik Hamidon Bin Ismail (No. Anggota : 02676)
Bendahari : Encik Shermann Bin Shamshudin (No. Anggota : 03550)
(No. Anggota : 00317)
Anggota-anggota ALK : (No. Anggota : 04969)
Untuk penggal yang akan datang, ALK yang akan meletakkan jawatan secara bergilir-gilir mengikut UUK 37(1) dan
37(2) adalah :
1- Puan Mastura Binti Kamaruddin (No. Anggota : 02442)
2- Encik Hazizi Bin Harun (No. Anggota : 02741)
3- Encik Hamidon Bin Ismail (No. Anggota : 00317)
Jawatankuasa Audit Dalaman :
Persetujuan sebulat suara telah diperoleh melalui Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi yang kedua pada 26hb
Oktober 2018 untuk melantik tiga (3) orang Jawatankuasa Audit Dalaman KOPCEL untuk sesi 2018/2019.
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) yang dilantik terdiri daripada :-
1- Puan Rozina Binti Zakaria (No. Anggota : 04966)
2- Encik Khairul Ariffin Bin Ahmad Tajudin (No. Anggota : 03985)
3- Tn Hj Md Uslim Bin Hamidon (No. Anggota : 03868)
1
MAPT 2019
2. ANGGOTA KOPERASI
Sehingga 31 Disember 2018, jumlah anggota koperasi adalah seperti berikut :
Jumlah anggota sehingga 31 Disember 2017 2,158 orang
Tambahan sehingga 31 Disember 2018 10 orang
Berhenti sehingga 31 Disember 2018 161 orang
Jumlah anggota sehingga 31 Disember 2018 orang
2,007
3. MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI SEPANJANG TAHUN 2018
Sebagaimana yang diperuntukkan dalam UUK koperasi, anggota lembaga hendaklah mengadakan mesyuarat
sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan. Semua mesyuarat anggota lembaga dipengerusikan oleh Pengerusi
KOPCEL. Bagaimanapun, dalam ketiadaan Pengerusi, Naib Pengerusi boleh menjalankan tugas Pengerusi. Pihak
pengurusan juga turut dijemput hadir dalam mesyuarat ini bagi melancarkan lagi perjalanan mesyuarat.
Senarai kehadiran anggota lembaga dalam mesyuarat lembaga ditunjukkan di dalam jadual berikut :-
BIL TARIKH 2018 2018 2018 2018 2019 2019 2019 2019 2019 2019 2019
09 10 11 12 01 03 03 04 06 07 08 JUMLAH
ANGGOTA 29 26 23 21 25 01 29 26 28 26 23
LEMBAGA
1. Mohd Mudasir √ √ √ √ √ √ √ X √ √ √ 10 11
Bin Abdullah
2. Shuhairy Bin √ √ √ √√√√X√√√ 10
Abdullah
11
3. Mastura Binti √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 11 11
Kamaruddin
4. Hazizi Bin Harun √ √ √ √√√√√√√√ 11
11
5. Nik Kamarudin √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 11 11
Bin Nik Ka
6. Azhar Bin Ta’at √ X √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 11
7. Aza Fazian Binti √ √ √ √ √X √ X √ √ √9 11
Asmaon
8. Hamidon Bin √ X √ √√√√√√√√ 10
Ismail
11
9. Shermann Bin √ √ √ √√√√√√√√ 11
Shamshudin 11
Nota :1.X tidak hadir dengan kebenaran
2
MAPT 2019
4. PENTADBIRAN KOPCEL.
Pengurusan dan Pentadbiran pejabat koperasi adalah di bawah pengawasan dan pemantauan ALK. Ianya diterajui oleh
seorang Pengurus dan dibantu oleh kakitangan koperasi seperti di bawah:-
Bil. Nama Jawatan
1. Shahdan Bin Rasad Pengurus
2. Nor Amira Binti Baharudin Ketua Jabatan Kewangan
Pembantu Kewangan
2.1 Noor Dayana Binti Md Puad Ketua Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
3. Zutiqa Aqilah Binti Yazuli Pembantu Pentadbiran
Pembantu IT
3.1 Tuan Sharifah Ainin Binti Tuan Hussin Pembantu Am cum Despatch
3.2 Mohd Tarmizi Bin Awang Ketua Jabatan Keanggotaan dan Kredit
3.3 Azuwan Bin Azis Eksekutif Keanggotaan
4. Ahmad Zaki Bin Salleh Eksekutif Kredit
4.1 Alifah Binti Hj Dari Eksekutif IT
4.2 Shaiful Anuar Bin Zainuddin Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan
4.3 Mohd Nor Hafizi Bin Nor Rahim Eksekutif Peruncitan
5. Junaidah Binti Ismail Krew KOPCEL Shoppe 1
5.1 Mohd Ridzuan Bin Semail Krew KOPCEL Shoppe 1
Krew KOPCEL Shoppe 2
5.1.1 Nur Amira Binti Azmi
5.1.2 Nur Sabrinah Binti Abdullah
5.1.3 Zafifah Bt Abdul Rahman
5. SUMBANGAN ANGGOTA
5.1 KEMUDAHAN SIMPANAN
Koperasi sentiasa menggalakkan anggotanya supaya menambahkan wang simpanan mereka dalam koperasi
ini. Ini bersesuaian dengan matlamat koperasi untuk meningkatkan taraf hidup anggota-anggotanya.
Kemudahan simpanan yang disediakan adalah dalam bentuk Syer (Saham) dan Yuran bulanan.
5.2 MODAL YURAN
Anggota-anggota sentiasa diberi galakan supaya menyimpan sebanyak yang termampu wang mereka dalam
koperasi. Simpanan yang berbentuk Yuran dilakukan melalui potongan gaji atau tunai terus kepada KOPCEL
(bagi anggota yang telah tamat perkhidmatan di Celcom atau KOPCEL tetapi masih ingin menjadi anggota).
Jumlah Modal Yuran yang terkumpul sehingga 31 Disember 2018 adalah seperti berikut :-
Baki pada 01 Januari 2018 RM 3,472,512.85
Diterima sehingga 31 Disember 2018 RM 294,233.00
TOLAK Anggota berhenti RM (161,549.00)
Baki pada 31 Disember 2018 RM 3,605,196.85
5.3 MODAL SYER (SAHAM)
Jumlah Modal Syer terkumpul sehingga 31 Disember 2018 adalah seperti berikut:-
Baki pada 01 Januari 2018 RM 2,996,696.09
Diterima sehingga 31 Disember 2018 RM 155,034.36
TOLAK Anggota berhenti RM (129,676.14)
Baki pada 31 Disember 2018 RM 3,022,054.31
3
MAPT 2019
6. PRESTASI AKTIVITI KOPCEL SEPANJANG TAHUN 2018
6.1 Prestasi Untung Rugi Koperasi
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, KOPCEL telah mencatatkan peningkatan dalam keuntungan
berjumlah RM71,569.88 berbanding dengan keuntungan pada tahun 2017.
Antara faktor peningkatan keuntungan adalah:
i. Peningkatan jumlah pendapatan sebanyak 24% iaitu daripada RM1,562,991.66 pada tahun 2017
kepada RM1,941,174.04 berbanding peningkatan jumlah perbelanjaan hanya sebanyak 20%.
ii. Peningkatan ketara pendapatan daripada aktiviti pengangkutan iaitu meningkat sebanyak 298%
iaitu daripada RM128,515.20 pada tahun 2017 kepada RM512,085.70 pada tahun 2018.
Jadual berikut menunjukkan prestasi untung rugi koperasi bagi tahun 2018 dan 2017.
Pendapatan 2018 2017 + / (-)
Kos Jualan (RM) (RM)
Lain-lain Pendapatan 1,865,356.92 1,459,942.54 28%
Perbelanjaan 961,599.21 830,333.53 16%
Untung Bersih 75,817.12 103,049.12 (26%)
846,747.75 671,400.93 26%
132,827.08 61,257.20 117%
Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 menyaksikan KOPCEL memperolehi untung bersih sebanyak
RM132,827.08 iaitu meningkat sebanyak 117% berbanding untung bersih tahun kewangan berakhir 31
Disember 2017.
6.2 Jawatankuasa Aktiviti KOPCEL
Untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh KOPCEL, ianya dipantau oleh jawatankuasa yang dilantik dan
dipersetujui oleh ALK.
Sepanjang sesi 2018/2019, sebanyak lima (5) jawatankuasa telah dibentuk untuk mentadbir dan
menguruskan aktiviti. Jawatankuasa ini juga melibatkan anggota yang akan bersama-sama untuk membantu
ALK menjalankan aktiviti dengan lancar.
Berikut adalah jawatakuasa yang dibentuk berdasarkan portfolio dan dipengerusikan oleh ALK yang dilantik:
i) Jawatankuasa Kredit - Encik Azhar Bin Ta’at
Encik Hazizi Bin Harun
ii) Jawatankuasa Keanggotaan - Tuan Haji Nik Kamarudin Bin Nik Ka
dan Modal Insan Puan Mastura Bt Kamaruddin
Puan Aza Fazian Bt Asmaon
iii) Jawatankuasa Hartanah - Tuan Haji Shuhairy Bin Abdullah
iv) Jawatankuasa Perniagaan - Encik Hamidon Bin Ismail
Encik Shermann Bin Shamshudin
v) Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas - Tuan Haji Mohd Mudasir Bin Abdullah
Tuan Haji Shuhairy Bin Abdullah
4
MAPT 2019
7. JAWATANKUASA KREDIT
Jawatankuasa Kredit diterajui oleh Encik Azhar Bin Ta’at dan En Hazizi Bin Harun.
Sepanjang tahun 2018, KOPCEL ada menawarkan tiga (3) jenis perkhidmatan pembiayaan kepada anggota iaitu:
i. Bai Bithaman Ajil (Pinjaman Pengguna)
ii. Al Qardhul Hassan (Pinjaman Tunai Segera)
iii. Tawarruq (Bai Al Inah)
7.1 Laporan Prestasi Aktiviti Kredit
Perkhidmatan pinjaman adalah merupakan aktiviti utama KOPCEL. Sepanjang tahun 2018, KOPCEL telah
meluluskan permohonan pinjaman kepada seramai 80 orang anggota, dan jumlah yang telah diluluskan
adalah sebanyak RM433,702.89
Butiran pinjaman yang telah diluluskan adalah seperti berikut :-
Bil Jenis-jenis Pinjaman 2018 2017 + / (-)
RM RM
1. Bai BithamanAjil 65,992.87 (100%)
(Pinjaman Pengguna) -
75,744.00 (3%)
2. Al Qardhul Hassan (QC) 73,500.00 388,120.00 (7%)
3. Tawarruq (Bai Al Inah) 360,202.89 529,856.87 (18%)
433,702.89
Jumlah
7.2 Kesimpulan
Jumlah pembiayaan yang dikeluarkan kepada anggota KOPCEL bagi tahun 2018 menurun sebanyak 18%
berbanding tahun 2017. Penurunan aktiviti kredit ini disebabkan oleh kurangnya permohonan daripada
anggota Kopcel dan juga disebabkan oleh pemberhentian kakitangan selepas Celcom menawarkan Skim
'Employee Life Plan'. Koperasi sedang berusaha membuat lebih banyak promosi bagi meningkatkan aktiviti
kredit ini. Aktiviti kredit dapat dilakukan dengan lebih giat lagi dengan penambahan modal pusingan melalui
permohonan dana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di masa-masa yang akan datang.
8. JAWATANKUASA KEANGGOTAAN DAN MODAL INSAN
Jawatankuasa Keanggotaan dan Modal Ihsan diterajui oleh Tuan Haji Nik Kamarudin Bin Nik Ka, Puan Mastura Binti
Kamaruddin dan Puan Aza Fazian Binti Asmaon.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan anggota berdasarkan kepada Aturan Koperasi
setelah diluluskan didalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2010.
8.1 Laporan Prestasi Aktiviti Keanggotaan
Analisis Keanggotaan sepanjang tahun 2018 adalah seperti berikut :
Anggota KOPCEL adalah terdiri daripada kakitangan Celcom Axiata Berhad dan kakitangan KOPCEL.
Sehingga 31 Disember 2018, jumlah keanggotaan KOPCEL adalah seramai 2,007, yang terdiri daripada 979
anggota aktif dan 1,028 anggota tidak aktif.
5
MAPT 2019
8.2 Kebajikan Anggota
Sepanjang tahun 2018, KOPCEL telah pun menyumbangkan beberapa bentuk sumbangan kepada anggota
yang memerlukan. Antaranya adalah:
i. Khairat kematian ahli keluarga anggota yang telah meninggal dunia.
Sumbangan kepada empat orang waris anggota dimana setiap waris menerima RM300.
ii. Infaq ramadhan
Agihan bungkusan makanan berbuka puasa melibatkan keseluruhan 13 kawasan.
iii. Bantuan wang ehsan
Sumbangan kepada dua orang anggota yang sakit dan mempunyai masalah kesihatan.
iv. Saguhati kepada anggota
Pemberian T-shirt kepada anggota sebagai tanda penghargaan.
8.3 Kebajikan Pekerja
Bagi menjaga kebajikan kakitangan KOPCEL, beberapa program telah dianjurkan bagi meraikan dan
memberi motivasi kepada kakitangan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Antara
program-program yang telah dianjurkan termasuklah Hari Keluarga Pengurusan KOPCEL dan Majlis
Silaturrahim dan Jamuan Hari Raya Pengurusan KOPCEL yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama
dan perpaduan yang tinggi serta membina ukhwah dan silaturrahim sesama kakitangan dan Anggota
Lembaga Koperasi.
8.4 Program Kemasyarakatan
Sepanjang 2018, KOPCEL telah menganjurkan beberapa program berbentuk kemasyarakatan termasuklah
Program Iftar Bersama Pelajar Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak pada 25hb Mei 2018.
Program yang melibatkan seluruh kakitangan KOPCEL, Anggota Lembaga Koperasi serta 150 orang pelajar
dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan serta memberi sumbangan kepada golongan
kelainan upaya. Pihak KOPCEL turut memberi sumbangan berbentuk pemberian duit raya kepada setiap
pelajar yang disampaikan oleh Tuan Pengerusi KOPCEL di dalam majlis berkenaan.
Program Infaq Air Mineral KOPCEL turut dilaksanakan dengan penglibatan KOPCEL sebagai perantara infaq
anggota dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengagihan air mineral KOPCEL kepada
masjid, pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim sekitar Lembah Klang. Program ini giat dianjurkan dan
mendapat sambutan daripada anggota terutama pada bulan Ramadan.
8.5 Sistem Keanggotaan
KOPCEL telah berjaya menaik taraf sistem keanggotaan koperasi yang bernilai RM15,000.00 seperti yang
telah diperuntukkan pada tahun 2016. Dengan adanya sistem keanggotaan yang sentiasa tersedia dan
dikemaskini dengan baik, pihak pengurusan dapat meningkatkan kecekapan operasi selain dapat
memudahkan anggota untuk menyemak maklumat berkenaan caruman dan pinjaman mereka secara atas
talian. Anggota KOPCEL juga boleh menyemak baki simpanan mereka secara atas talian (on-line) dengan
tersedianya sistem keanggotaan ini.
9. JAWATANKUASA HARTANAH
Jawatankuasa Hartanah diterajui oleh Tuan Haji Shuhairy Bin Abdullah dan dibantu oleh Pengurus KOPCEL, Encik
Shahdan Bin Rasad.
9.1 Sepanjang tahun 2018, pendapatan daripada aktiviti pelaburan hartanah telah meningkat selaras dengan
peningkatan kadar sewaan hartanah di Pending, Sarawak. Sebahagian besar hartanah KOPCEL masih lagi
disewa oleh Celcom Networks Sdn Bhd dan Edotco Malaysia Sdn Bhd dimana perjanjian sewaan
ditandatangani kebanyakannya untuk tempoh lima (5) tahun. Prospek dan hala tuju KOPCEL adalah lebih
kepada tumpuan perniagaan dan aktiviti perniagaan yang dapat memberikan pendapatan yang lebih
menguntungkan untuk tempoh jangka masa panjang.
6
MAPT 2019
Hartanah yang menyumbangkan pendapatan kepada KOPCEL bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :-
BIL NEGERI LOKASI PENYEWA RM/bulan STATUS
4,410.00
Sebidang tanah lot di Bukit Edotco Malaysia Sdn. Bhd. Tarikh tamat
Beruntung (keseluruhan lot tanah) pinjaman:
21/12/2015
1 SELANGOR HS(D) 7572, Lot No. PT 2490
Mukim Serendah, Daerah Hulu
Selangor.
3.1 Edotco Malaysia Sdn. 3,630.00 Tarikh tamat
3,800.00 pinjaman:
2 Sebuah Penthouse Apartment Bhd. 21/09/2016
No. 22401 (PH22/A1), Pahang (Kawasan Dapur)
PAHANG Block, Tingkat 22 Ria
Apartment, Genting Highland. 3.2 Mr Chow Hock Lee
(Keseluruhan apartment)
Sebidang tanah beserta Celcom Networks Sdn. 37,389.00 Tarikh tamat
bangunan 3 tingkat 1223, Bhd. pinjaman:
3 SARAWAK Seksyen 66, KTLD, Pending (keseluruhan 3 per 4 lot 14/10/2018
Industrial Estate Kuching, yang dimiliki)
Sarawak.
9.2 PEJABAT KOPERASI
Pejabat urusan dan operasi KOPCEL adalah bertempat di RUMAH KOPCEL yang beralamat No.4, Jalan Kent 5,
Off Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur. Rumah banglo ini telah diubahsuai menjadi pejabat dan disewa
dengan kadar RM5,000 sebulan bermula pada 1hb November 2018 hingga 31hb Oktober 2021 iaitu untuk
tempoh perjanjian sewaan selama tiga (3) tahun.
10. JAWATANKUASA PERNIAGAAN
Jawatankuasa Perniagaan diterajui oleh Encik Hamidon Bin Ismail dan Encik Shermann Bin Shamshudin.
10.1 KOPCEL Shoppe
Sepanjang tahun 2018, semua aktiviti perniagaan KOPCEL Shoppe berjalan di dua buah KOPCEL Shoppe (KS)
yang mana setiap satu beroperasi selama lima (5) hari seminggu.
Lokasi setiap KS adalah seperti berikut:
a) KOPCEL Shoppe 1 – Tingkat 5, Menara Celcom (ditamatkan operasi pada 31 OKTOBER 2018)
b) KOPCEL Shoppe 2 – Tingkat 1, Wisma Celcom
Kopcel telah menerima tawaran dari Jabatan Fasiliti Celcom Axiata Berhad untuk menjalankan perniagaan
kedai serbaneka atau Mini Mart yang akan beroperasi di Ibu Pejabat Celcom yang baru di Petaling Jaya.
Selaras dengan perancangan Kopcel untuk membuka cawangan baru Kopcel Shoppe, kerja-kerja
pengubahsuaian dan persediaan bagi pembukaan cawangan baru ini telah giat dilaksanakan bermula
Disember 2018. Kopcel Shoppe ini akan diberikan penjenamaan baru dengan reka bentuk kedai yang moden
dan terkini, susun atur yang baik dan suasana yang selesa sekaligus menarik minat pelanggan dalam kalangan
kakitangan Celcom untuk berbelanja di Kopcel Shoppe baru ini.
7
MAPT 2019
Laporan pendapatan tahunan bagi setiap KOPCEL Shoppe adalah seperti berikut:
JUMLAH PENDAPATAN (RM)
KAKITANGAN
SHOPPE 2018 2017 + / (-)
2
KOPCEL Shoppe 1 1 RM RM (15%)
KOPCEL Shoppe 2 2 44%
KOPCEL Shoppe 3 5 101,221.60 118,715.95 (100%)
(23%)
JUMLAH 57,022.20 39,703.60
- 46,932.65
158,243.80 205,352.20
Perniagaan KOPCEL Shoppe (1 & 2) sepanjang tahun 2018 telah menjana pendapatan sebanyak
RM158,243.80 iaitu mengalami penurunan pendapatan sebanyak 23% berbanding 2017 (RM205,352.20).
10.2 Pengangkutan/Logistik
Bermula dari April 2016, KOPCEL telah bekerjasama dengan syarikat NZR Legasi Lagenda Enterprise untuk
menyediakan perkhidmatan logistik kepada Celcom.
Laporan pendapatan tahunan adalah seperti berikut :
TAHUN PENDAPATAN KOS KEUNTUNGAN PERATUS
RM RM RM KEUNTUNGAN %
2017 90,186.34
2018 128,515.20 38,328.86 30%
372,431.09
512,085.70 139,654.61 27%
11. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS
Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas pula diterajui oleh Tuan Pengerusi, Tuan Haji Mohd Mudasir Bin Abdullah dan
dibantu oleh Tuan Haji Shuhairy Bin Abdullah.
Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk menerokai peluang-peluang perniagaan bersama pihak pengurusan
Celcom dan menangani sebarang permasalahan yang mungkin timbul melibatkan perkara-perkara yang di luar skop
Jawatankuasa yang lain. Penglibatan jawatankuasa ini antara lain adalah melalui penyertaan di dalam gerakan koperasi
seperti Menghadiri Seminar Khas dan Bicara Eksekutif yang dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan
juga memenuhi apa jua jemputan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Angkasa. Jawatankuasa ini juga
bertanggungjawab untuk memastikan hubungan baik di antara KOPCEL dan Pengurusan Celcom Axiata Berhad
berterusan di dalam apa jua bentuk, samada peluang perniagaan dan urusan-urusan keanggotaan.
12. PERANCANGAN MASA HADAPAN
KOPCEL sentiasa mengkaji dan mengambil kaedah yang terbaik di dalam memperkasakan kakitangan dan anggota
KOPCEL. Ini dapat direalisasikan melalui proses pengambilan tenaga kerja profesional dan berkelayakan yang
bersesuaian dengan keupayaan semasa.
Fokus dan keutamaan KOPCEL adalah menyediakan aktiviti kredit, perdagangan, penyelenggaraan dan perkhidmatan
keanggotaan secara online lantas memenuhi visi KOPCEL iaitu MENJADI KOPERASI YANG BERDAYA SAING DI MALAYSIA
DAN BERKEUPAYAAN MENJANA NILAI TAMBAH KEPADA ANGGOTANYA.
8
MAPT 2019
Kami percaya dengan peningkatan dalam aktiviti ini mampu untuk meningkatkan pendapatan KOPCEL bagi
memastikan pulangan dividen yang lebih baik untuk tahun-tahun akan datang.
Berikutan daripada nilai keuntungan yang kurang memberansangkan bagi cawangan KOPCEL Shoppe 1 dan KOPCEL
Shoppe 3, pihak pengurusan dan ALK perlu mengambil langkah-langkah drastik untuk memulihkan keadaan semasa.
Walau bagaimana pun pihak pengurusan melalui Anggota Lembaga Koperasi telah bersetuju untuk menamatkan
operasi Kopcel Shoppe 3 yang berpangkalan di Kolej Consist di Ulu Klang Selangor, bagi mengelakkan kerugian yang
berterusan. KOPCEL juga akan mengambil initiatif untuk membuka cawangan di bangunan Ibu Pejabat Celcom di
Petaling Jaya.
Penambahbaikan bagi Kopcel Shoppe 1 & 2 perlu dilaksanakan dan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pelanggan
antaranya termasuklah :
1) Membuat susun atur kedai mengikut keadaan semasa dan terkini.
2) Memperbanyakkan aktiviti promosi barangan melalui medium yang sedia ada seperti Facebook,
whatapps, Instagram, laman sesawang dan juga promosi jualan, dari masa ke semasa.
3) Mempelbagaikan produk mengikut selera pelanggan, salah satunya ialah minuman panas, dengan
membeli mesin pembancuh kopi secara layan diri.
4) Menyediakan pakaian seragam yang lebih sesuai.
Pada 31 Oktober 2018 Kopcel Shoppe 1 telah ditamatkan operasi dengan rasminya setelah perpindahan ibu pejabat
Celcom ke Ibu Pejabat baru di Petaling Jaya. ALK dan pengurusan bercadang untuk membuat penjenamaan baru bagi
memberikan nilai tambah ke atas produk Kopcel yang sedia ada.
13. PENGHARGAAN
Akhir kata, saya bagi pihak semua ALK dan Pengurusan KOPCEL mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua anggota dan perwakilan khususnya diatas sokongan tidak berbelah bahagi,
dedikasi dan usaha kuat serta sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam memajukan dan menaikkan
nama KOPCEL.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam taufik dan hidayahNya. Segala usaha ikhtiar kita memperoleh Rahmat
dari sisiNya. Inshaa Allah kemenangan dan kejayaan KOPCEL di masa hadapan akan menjadi milik kita.
KOPERASI KITA, KOMITMEN KITA!
Saya bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi
KOPERASI CELCOM BERHAD
……………………………………......................................……
Tuan Haji Mohd Mudasir Bin Abdullah (No. Anggota : 03091)
Pengerusi
9
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
KOPERASI CELCOM BERHAD
AUDIT BAGI TEMPOH
01 JANUARI 2018 SEHINGGA 31 DISEMBER 2018
PROSES PEMULANGAN CARUMAN ANGGOTA DAN KESAN
KEDUDUKAN KEWANGAN KOPCEL BERDASARKAN PEMBERHENTIAN
KEANGGOTAAN
Disediakan untuk:
Anggota-anggota Koperasi Celcom Berhad
Disediakan oleh:
Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman
Tarikh laporan pada:
02 Ogos 2019
1. PENDAHULUAN
Laporan audit ini disediakan untuk memenuhi keperluan undang-undang Kecil UUK
Koperasi Celcom Berhad 2009 Bahagian V, perkara 50 untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2019 yang ke 25.
Pendekatan yang diguna pakai dalam penyediaan laporan audit ini meliputi:
a. Senarai anggota Kopcel yang menamatkan perkhidmatan di Celcom untuk tahun
2018.
b. Jadual pembayaran balik tuntutan caruman anggota Kopcel yang menamatkan
perkhidmatan di Celcom.
c. Laporan kewangan bulanan Kopcel 2018.
2. OBJEKTIF AUDIT
Lanjutan dari penamatan perkhidmatan sejumlah bilangan kakitangan Celcom pada tahun
2018, sebahagian daripada mereka memohon untuk menamatkan keanggotaan Kopcel.
Penamatan keanggotaan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada aliran tunai dan
simpanan kewangan Kopcel.
Diantara objektif audit adalah untuk:
a. Memastikan setiap tuntutan diselesaikan oleh pihak Kopcel mengikut jadual yang
ditetapkan dan di dalam tahun kewangan semasa.
b. Memastikan kedudukan kewangan Kopcel berada didalam keadaan terurus dan
baik.
3. SKOP AUDIT
Bagi memastikan aktiviti audit yang baik dan berkesan, beberapa aspek telah digunapakai.
Skop audit meliputi:
a. Senarai anggota Kopcel yang menamatkan tugas di Celcom untuk tahun 2018.
b. Jadual pembayaran balik tuntutan caruman anggota Kopcel.
c. Kedudukan akaun bulanan Kopcel (aliran tunai) untuk 2018.
4. HASIL PENEMUAN AUDIT
a. Seramai 230 ahli koperasi telah menamatkan perkhidmatan dengan Celcom pada
2018 dan seterusnya memohon untuk mendapatkan balik caruman dari Kopcel.
b. Pembayaran balik bulanan caruman untuk anggota yang menamatkan tugas
adalah bersumberkan dari bayaran bulanan yang diterima dari ahli Kopcel. Kadar
bayaran balik bulanan berjumlah antara kira-kira RM 20,417 sehinggalah RM
2
32,671 setiap bulan (jumlah RM 333,723 untuk 2018). Bayaran RM 32,671 adalah
jumlah yang tertinggi sepanjang 2018.
c. Kedudukan akaun bulanan (aliran tunai) Kopcel pula didapati mengalami
penurunan hampir 37% (dari Januari sebanyak RM 543,538.00 ke Disember
sebanyak RM 342,769.00). Ini adalah kesan secara langsung dari pembayaran balik
caruman kepada ahli yang menamatkan keanggotaan mereka dengan Kopcel.
5. KESIMPULAN DAN PANDANGAN
a. Pihak pengurusan telah dapat membuat bayaran balik caruman ahli didalam tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2018 seperti yang dijadualkan iaitu dalam masa
enam bulan dari tarikh permohonan anggota.
b. Walaubagaimanapun pembayaran balik caruman sepanjang 2018 juga telah
mengakibatkan penurunan kedudukan kewangan (balance sheet) sebanyak kira-
kira 37% (dari Januari ke Disember 2018) yang agak “membimbangkan” sekiranya
keadaan berterusan selepas 2018.
c. Penggunaan bayaran pemulangan bulanan yang diterima oleh ahli untuk
membayar kembali caruman anggota yang menamatkan tugas di Celcom
sepatutnya tidak digunapakai secara berterusan. Kesan penurunan kedudukan
kewangan seperti dilaporkan di atas boleh mengakibatkan kedudukan yang
semakin membimbangkan.
d. Pihak pengurusan sepatutnya mengadakan dan mengusahakan kaedah berlainan
yang berterusan yang boleh membawa keuntungan kepada semua pihak untuk
memastikan kedudukan akaun bank bulanan (aliran tunai) yang lebih kukuh dan
stabil.
6. PENGHARGAAN
a. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan pengurusan
Kopcel yang sedia membantu mendapatkan maklumat-maklumat untuk
penyediaan laporan audit ini. Dedikasi mereka telah membantu mempercepat
dan melancarkan penghasilan laporan audit ini
Sekian, laporan saya
MD USLIM HAMIDON
Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman Kopcel
3
KOPERASI CELCOM BERHAD
(Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta Koperasi 1993)
LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2018
.
KOPERASI CELCOM BERHAD
(Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta Koperasi 1993)
LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
31HB DISEMBER 2018
Kandungan Muka Surat
MAKLUMAT KORPORAT 2
LAPORAN JURUAUDIT
LAPORAN BERKANUN LEMBAGA 3-6
PENYATA KEWANGAN 7-8
Kunci Kira-Kira 9 - 10
Akaun Pembahagian Keuntungan 11
Akaun Untung Rugi
Penyata Aliran Tunai 12 - 13
Nota-nota kepada Penyata Kewangan 14 - 15
16 - 33
1
KOPERASI CELCOM BERHAD
(Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta Koperasi 1993)
MAKLUMAT KORPORAT
AHLI LEMBAGA KOPERASI : HAJI MOHD MUDASIR BIN ABDULLAH (Pengerusi)
HAJI SHUHAIRY BIN ABDULLAH (Timbalan Pengerusi)
MASTURA BINTI KAMARUDDIN (Setiausaha)
HAZIZI BIN HARUN (Bendahari)
SHERMANN BIN SHAMSHUDIN
HAJI NIK KAMARUDIN BIN NIK KA
AZHAR BIN TA’AT
HAMIDON BIN ISMAIL
AZA FAZIAN BINTI ASMAON
ALAMAT PERNIAGAAN : NO. 4, JALAN KENT 5
OFF JALAN MAKTAB
54000 KUALA LUMPUR
JURUAUDIT : HISHAM & CO (AF1491)
AKAUNTAN BERTAULIAH (MALAYSIA)
NO. 12 (ROOM A), 1ST FLOOR
JALAN SUASANA 2/7
BANDAR TUN HUSSEIN ONN
43200 CHERAS
SELANGOR
BANK UTAMA : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(CAWANGAN JALAN TUN RAZAK)
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
(CAWANGAN AMPANG)
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
(CAWANGAN TAMAN MELAWATI)
HONG LEONG BANK BERHAD
(CAWANGAN RAJA LAUT)
KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD
(CAWANGAN KUALA LUMPUR)
2
KOPERASI CELCOM BERHAD
Laporan Juruaudit (Samb.)
Maklumat selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit
Ahli Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab ke atas maklumat lain. Maklumat lain terdiri daripada
Laporan Berkanun Lembaga, tidak termasuk penyata kewangan Koperasi dan Laporan Juruaudit.
Tanggungjawab Ahli Lembaga Koperasi ke atas Penyata Kewangan
Ahli Lembaga Koperasi bertanggungjawab dalam penyediaan penyata kewangan yang memberikan
gambaran yang benar dan saksama menurut GP23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan
Koperasi dan kehendak Akta Koperasi 1993 di Malaysia. Ahli Lembaga Koperasi juga
bertanggungjawab terhadap kawalan dalaman yang ditentukan oleh Ahli Lembaga Koperasi yang perlu
untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan Koperasi yang bebas daripada salah nyata fakta
yang penting, sama ada disebabkan oleh fraud atau kesilapan.
Dalam menyediakan penyata kewangan Koperasi, Ahli Lembaga Koperasi bertanggungjawab menilai
keupayaan Koperasi untuk meneruskan sebagai satu usaha berterusan, mendedahkan, sekiranya
berkenaan, perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas usaha
berterusan perakaunan, melainkan Ahli Lembaga Koperasi berkeinginan untuk membubarkan atau
menghentikan operasi Koperasi, atau tiada alternatif lain selain dari melaksanakannya.
Tanggungjawab Juruaudit terhadap Penyata Kewangan
Objektif kami adalah untuk memperolehi jaminan yang munasabah sama ada penyata kewangan
Koperasi secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada
disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi
pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah tahap munasabah yang tinggi, tetapi bukan satu
jaminan bahawa audit yang dijalankan mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan
Piawaian Pengauditan Antarabangsa akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara apabila ia
wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap memberi kesan ketara
jika, secara individu atau dalam agregat, mereka semunasabahnya dapat dijangkakan untuk
mempengaruhi keputusan ekonomi diambil oleh pengguna berdasarkan penyata kewangan ini.
Sebagai sebahagian daripada audit mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan
Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan
keraguan profesional di sepanjang pengauditan. Kami juga:
a) mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara dalam penyata kewangan Koperasi,
sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merancang dan melaksanakan prosedur
audit yang responsif kepada risiko berkenaan, dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi
dan bersesuaian untuk memberikan asas yang munasabah bagi pendapat kami. Risiko tidak
mengesan salah nyata yang ketara yang terhasil daripada penipuan adalah lebih tinggi
daripada yang terhasil daripada kesilapan, kerana penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit,
pemalsuan, pengecualian disengajakan, salah nyata atau mengatasi kawalan dalaman.
b) memperoleh pemahaman mengenai kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit untuk
merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk
menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Koperasi.
4
KOPERASI CELCOM BERHAD
Laporan Juruaudit (Samb.)
Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Penyata Kewangan (Samb.)
c) menilai kesesuaian dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran
perakaunan dan pendedahan yang berkaitan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Koperasi.
d) membuat kesimpulan mengenai kesesuaian penggunaan asas perakaunan usaha berterusan
oleh Ahli Lembaga Koperasi, dan berdasarkan bukti audit yang diperolehi, sama ada
ketidaktentuan ketara wujud yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang boleh
menimbulkan keraguan yang ketara ke atas keupayaan Koperasi untuk terus sebagai satu
usaha berterusan. Jika kami membuat kesimpulan bahawa ketidaktentuan ketara wujud, kami
dikehendaki untuk menarik perhatian dalam laporan juruaudit kami ke atas pendedahan
berkaitan dalam penyata kewangan atau, jika pendedahan tersebut tidak mencukupi,
mengubahkan pendapat kami. Kesimpulan kami adalah berdasarkan pada bukti audit yang
diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Walau bagaimanapun, peristiwa atau
keadaan masa depan boleh menyebabkan Koperasi berhenti untuk terus sebagai satu usaha
berterusan
e) menilai keseluruhan persembahan, struktur dan kandungan penyata kewangan Koperasi,
termasuk pendedahan, dan sama ada penyata kewangan merupakan asas urus niaga dan
peristiwa-peristiwa dalam cara yang mencapai persembahan yang saksama.
Kami telah berkomunikasi dengan Ahli Lembaga Koperasi berkenaan, antara perkara lain, skop dan
masa audit yang telah dirancang dan penemuan audit yang penting, termasuk sebarang kekurangan
yang ketara dalam kawalan dalaman yang kami kenalpasti sepanjang pengauditan kami.
Laporan atas Lain-lain Keperluan Perundangan dan Peraturan:
Menurut keperluan dalam Akta Koperasi, 1993 di Malaysia, kami juga melaporkan yang berikut:
a) Rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya, telah disimpan dengan sempurna
menurut peruntukan Seksyen 58 Akta;
b) Penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset-aset
Koperasi dalam tahun kewangan berakhir 31hb Disember 2018 adalah menurut peruntukan
Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi, 2010 di Malaysia dan peraturan-peraturan dan Undang-
undang Kecil Koperasi; dan
c) Aset-aset dan liabiliti-liabiliti, di dalam semua aspek yang material, dinyatakan dengan saksama
menurut dasar-dasar perakaunan.
5
KOPERASI CELCOM BERHAD
(Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta Koperasi 1993)
LAPORAN BERKANUN LEMBAGA MENGIKUT AKTA
KOPERASI 1993 SEKSYEN 59(1)(C)
Kami bagi pihak Ahli Lembaga Koperasi dengan sukacitanya membentangkan Laporan Berkanun dan
Penyata Kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31hb Disember 2018. Sesuai dengan
kehendak Akta Koperasi 1993 dan kaedah-kaedah yang diperbuat di bawahnya, kami bagi pihak Ahli
Lembaga Koperasi melaporkan bahawa:
a) Perjalanan Koperasi tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang abnormal mengikut takrif Seksyen
59(4).
b) Koperasi bercadang mengeluarkan dividen sebanyak 2% ke atas modal syer anggota berjumlah
RM60,441.09. Peruntukan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pendaftar.
c) Koperasi juga bercadang membuat peruntukan honorarium kepada Ahli Lembaga Koperasi pada
tahun ini sebanyak RM13,500.00. Peruntukan ini juga adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua
Pendaftar.
d) Tiada hal-hal berbangkit yang menjadikan cara menilai aset dan liabiliti Koperasi yang digunakan
sekarang mengelirukan atau tidak sesuai.
e) Dalam jangkamasa yang diliputi oleh Akaun Untung Rugi tiada liabiliti kontingen yang disanggupi
oleh Koperasi yang belum diselesaikan.
f) Ahli Lembaga Koperasi juga berpendapat bahawa jumlah aset semasa yang ditunjukkan di Kunci
Kira-Kira adalah munasabah.
7
KOPERASI CELCOM BERHAD NOTA 2018 2017
RM RM
(Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993)
6 26,764.50 37,469.50
KUNCI KIRA-KIRA
6 21,640.01 25,597.69
PADA 31HB DISEMBER 2018
6 2,103.62 2,385.28
HARTA TANAH, LOJI DAN PERALATAN
Kenderaan 6 115,180.83 73,932.51
Peralatan Komputer
Perabot dan Kelengkapan Pejabat 165,688.96 139,384.98
Aset-Aset Lain
7 15,150.75 14,070.00
ASET BUKAN SEMASA
Pelaburan dalam Syer Tak Siar Harga 8 3,236,878.00 3,236,878.00
Pelaburan Hartanah
Pinjaman Anggota 9 899,525.32 855,021.00
ASET SEMASA 4,151,554.07 4,105,969.00
Inventori
Penghutang Perdagangan 10 24,920.30 31,173.65
Pinjaman Anggota
Pelbagai Penghutang, Deposit dan Pendahuluan 11 190,271.70 119,391.09
Wang di Bank
Wang di Tangan 9 203,238.35 192,485.77
LIABILITI SEMASA 12 190,486.03 204,584.12
Pemiutang Perdagangan
Pinjaman Luar 13 345,001.91 576,726.25
Pinjaman dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia 14 8,452.65 10,331.30
Pinjaman dari Lain-lain Institusi Kewangan
Pemiutang Sewa Beli 962,370.94 1,134,692.18
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi 15 13,222.55 9,281.21
Dividen dicadangkan
Honorarium Anggota Lembaga Koperasi 16 12,774.96 17,110.22
Pelbagai Pemiutang dan Akruan
17 - 279,592.78
ASET SEMASA BERSIH
18 8,282.26 7,649.39
Sila lihat nota-nota kepada penyata kewangan
19 3,141.11 3,141.11
20 1,569.90 1,569.90
21 60,441.09 -
22 13,500.00 -
23 755,642.86 654,963.13
868,574.73 973,307.74
93,796.21 161,384.44
4,411,039.24 4,406,738.42
9
KOPERASI CELCOM BERHAD NOTA 2018 2017
RM RM
(Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993)
24 3,022,054.31 2,996,696.09
KUNCI KIRA-KIRA
25 3,605,196.85 3,472,512.85
PADA 31HB DISEMBER 2018 (SAMB.)
26 255,795.70 255,795.70
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota (12,124,901.31) (12,164,928.99)
Modal Yuran Anggota
Akaun Rizab Modal (5,241,854.45) (5,439,924.35)
Akaun Untungrugi Terkumpul
KUMPULAN WANG ANGGOTA 27 3,317,560.08 3,297,636.02
Kumpulan Wang Rizab Statutori 16 5,901.09 18,676.05
LIABILITI BUKAN SEMASA 17 6,305,117.43 6,497,753.37
Pinjaman Luar
18 24,315.09 32,597.33
Pinjaman dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Pinjaman dari Lain-lain Institusi Kewangan 6,335,333.61 6,549,026.75
Pemiutang Sewa Beli
4,411,039.24 4,406,738.42
Sila lihat nota-nota kepada penyata kewangan
10
KOPERASI CELCOM BERHAD
(Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993)
AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2018
NOTA 2018 2017
RM RM
KEUNTUNGAN BERSIH TAHUN INI 132,827.08 61,257.20
Tolak: PEMBAHAGIAN BERKANUN (15%) 27 19,924.06 9,188.58
Kumpulan Wang Rizab Statutori - 15% (2017: 15%) 19 - -
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
Kumpulan Wang Amanah 20 - -
19,924.06 9,188.58
Pembangunan Koperasi
KEUNTUNGAN SELEPAS PEMBAHAGIAN BERKANUN 112,903.02 52,068.62
Tolak: LAIN-LAIN PEMBAHAGIAN 21 60,441.09 -
Dividen dicadangkan ke atas modal syer anggota - 2% 22 13,500.00 -
Honorarium Anggota Lembaga Koperasi -
73,941.09
BAKI KEUNTUNGAN YANG BELUM DIBAHAGI-BAHAGIKAN 38,961.93 52,068.62
PELARASAN BUKAN OPERASI: - 3,700.00
Elaun Juruaudit dalam terlebih peruntuk
Pelaburan dalam syer tak siar harga 1,065.75 -
- (5,445.00)
yang tidak diambilkira tahun lalu -
Deposit sewa yang diterima tidak diambil kira tahun 2014 - 273.67
Pelarasan ke atas pelbagai pemiutang bagi tahun sebelumnya - (129,823.94)
Pelarasan ke atas penghutang perdagangan bagi tahun sebelumnya
Pembiayaan berjangka yang terlebih nyata tahun sebelumnya 36,400.92
1,065.75 (94,894.35)
KERUGIAN TERKUMPUL PADA AWAL TAHUN (12,164,928.99) (12,122,103.26)
KERUGIAN TERKUMPUL PADA AKHIR TAHUN (12,124,901.31) (12,164,928.99)
Sila lihat nota-nota kepada penyata kewangan
11
KOPERASI CELCOM BERHAD NOTA 2018 2017
RM RM
(Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993)
28 158,843.80 205,352.20
AKAUN UNTUNG RUGI
396,538.00 478,317.04
BAGI TAHUN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2018
797,889.42 647,758.10
PENDAPATAN
Pendapatan daripada aktiviti 512,085.70 128,515.20
Pendapatan daripada aktiviti perdagangan
Pendapatan daripada kegiatan keanggotaan 37,164.89 62,216.37
Pelaburan hartanah 1,058.73 155.15
Pengangkutan 31,309.71
6,283.79 35,800.16
Pendapatan Am 4,877.44
Pendapatan tertunda 1,941,174.04
Keuntungan atas pelaburan 1,562,991.66
Komisyen diterima
Lain-lain Pendapatan 28 154,034.58 221,010.45
391,300.00 464,378.62
JUMLAH PENDAPATAN 43,833.54 54,758.12
372,431.09 90,186.34
PERBELANJAAN
Kos Jualan / Kos Aktiviti 7,200.00 7,200.00
Perbelanjaan daripada aktiviti perdagangan 6 34,375.74 32,773.97
Perbelanjaan daripada kegiatan keanggotaan 15,209.55
Pelaburan hartanah 27,588.60
Pengangkutan 402.34 678.74
5,115.25
Perbelanjaan Am 15,617.08 3,243.48
Fi audit luar 2,610.63
Susutnilai harta tanah, loji dan peralatan -
Perbelanjaan keanggotaan 300.00 3,351.48
Faedah atas pinjaman (TMP-JPK) 8,575.61 26,700.00
Faedah atas pinjaman berjangka 29 27,900.00 31,337.51
Faedah atas pinjaman sewa beli 32,292.61 31,580.98
Elaun juruaudit dalaman 34,892.65
Perbelanjaan Mesyuarat ALK 40,681.04 -
Elaun Mesyuarat ALK 1,194,035.51 987,524.49
Peruntukan hutang lapuk
Perbelanjaan Mesyuarat Agung
Perbelanjaan Mesyuarat Agung Kawasan
Baki perbelanjaan dihantar ke hadapan
Sila lihat nota-nota kepada penyata kewangan
12
KOPERASI CELCOM BERHAD NOTA 2018 2017
RM RM
(Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993)
1,194,035.51 987,524.49
AKAUN UNTUNG RUGI
8,002.32 7,483.49
BAGI TAHUN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2018 (SAMB.) 10,917.94 10,613.66
1,020.78
Baki perbelanjaan dibawa daripada hadapan 999.48 25,997.91
28,037.88 306,737.16
Pelbagai perbelanjaan 392,506.12 14,964.58
Alatulis dan cetakan 10,482.64
Belanja pejabat 460.00
Caj bank 100.00 43,260.30
Elektrik, air, telefon dan faks 52,376.65 1,706.51
Gaji, elaun dan bonus 1,550.01 6,342.32
Keraian 2,535.00 3,661.10
Kursus dan seminar 2,704.70
KWSP dan Perkeso 4,003.47 160.00
Penyelenggaraan kenderaan 9,060.00 6,239.10
Penyelenggaraan pejabat 1,684.52 1,775.12
Penyelenggaraan sistem komputer 1,493.80 2,936.31
Perjalanan dan penginapan 7,613.70 4,820.88
Perubatan 60,000.00 58,510.00
Petrol dan tol 19,243.22 16,520.75
Pos dan setem 1,000.00 1,000.00
Sewa mesin photostat
Sewa pejabat 1,808,346.96 1,501,734.46
Yuran guaman
Yuran perkhidmatan agen cukai 132,827.08 61,257.20
JUMLAH PERBELANJAAN
KEUNTUNGAN BERSIH
Sila lihat nota-nota kepada penyata kewangan
13
KOPERASI CELCOM BERHAD NOTA 2018 2017
RM RM
(Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993)
132,827.08 61,257.20
PENYATA ALIRAN TUNAI
34,375.74 32,773.97
BAGI TAHUN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2018 1,065.75 -
32,292.61
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI 31,337.51
Keuntungan bersih sebelum cukai - 14,204.30
Pelarasan ke atas perkara-perkara yang tidak 18,630.05 9,037.47
melibatkan pergerakan tunai: 219,191.23 148,610.45
Susutnilai harta tanah, loji dan peralatan
Pelarasan bukan operasi 6,253.35 (8,798.45)
Peruntukan hutang lapuk (55,256.90) (189,545.12)
Cukai keuntungan harta tanah (90,238.81) (69,185.00)
Kos kewangan
1,163.68 (1,709.89)
Keuntungan operasi sebelum perubahan modal kerja 3,941.34 (5,037.40)
100,679.73 (62,977.87)
Inventori
Pinjaman anggota 185,733.62 (188,643.28)
Penghutang perdagangan
Pelbagai Penghutang, Deposit dan Pendahuluan - 1,000,000.00
Pemiutang Perdagangan
Pelbagai Pemiutang dan Akruan 6 (60,679.72) (12,510.00)
Aliran tunai bersih dijanakan /
(digunakan untuk) aktiviti operasi (1,080.75) (13,000.00)
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN (61,760.47) 974,490.00
Penjualan pelaburan hartanah
Tambahan aset perniagaan
Tambahan dalam pelaburan
Aliran tunai bersih (digunakan untuk) /
daripada aktiviti pelaburan
Sila lihat nota-nota kepada penyata kewangan
14