The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-49164033, 2022-11-15 16:19:59

BAHASA MELAYU TAHUN 6

BM TAHUN 6

Tatabahasa

Kurangkan Batuk Berkahak

Izzah teruja membaca petua mengurangkan batuk berkahak. Dia telah bulat
hati untuk berkongsi petua ini dengan ibunya.

Cara Mengurangkan Batuk Berkahak

1. Hiris halia dan 2. Masukkan hirisan 3. Masukkan madu
lemon bulat-bulat tersebut ke dalam setinggi lapisan
balang bersaiz lemon dan halia
secara sederhana yang tinggi. hingga lapisan itu
tenggelam.
perlahan-lahan.

6. Campuran ini mampu 5. Simpan balang 4. Ulang langkah
bertahan selama tiga di dalam peti sejuk. itu untuk beberapa
hingga empat bulan Minum madu itu dua lapisan sehingga
jika disimpan kali sehari pada waktu balang itu penuh.
di dalam peti sejuk. pagi dan petang.

Aktiviti

Kenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian, tulis perenggan untuk
menyampaikan pesanan.

Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif dalam bahan.

5.1.3 • Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif.

42 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina

EMK: Sains dan teknologi

Pemulihan

Lengkapkan Peta Alir dan janakan idea.

Penjagaan dan Penggunaan Kanta Sentuh

“Saya pengguna kanta sentuh setelah mendapat“
nasihat daripada ahli optik. Beliau menyarankan
penjagaan dan penggunaan kanta sentuh yang
betul.
Mula-mula, saya perlu membersihkan tangan.
Kemudian, barulah saya menggosok kanta sentuh
dengan jari secara perlahan-lahan dengan cecair
khas sebelum melekapkannya pada mata.
Jika tidak menggunakannya, saya akan
menyimpan kanta sentuh di dalam bekas khas. Bekas
ini diisi dengan cecair pencuci khas. Saya menukar
cecair di dalamnya setiap kali menyimpannya.
Selepas lapan jam penggunaan kanta sentuh,
saya akan menanggalkannya. Penggunaannya
yang terlalu lama boleh menjejaskan mata. Saya
akan menggantikan kanta sentuh yang baharu
selepas sebulan. Kanta sentuh membolehkan saya
melakukan aktiviti sukan.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Cara Penjagaan dan Penggunaan Kanta Sentuh

membersihkan _____ _____
tangan

_____ _____ _____

Kanta sentuh perlu ditanggalkan sebelum tidur. Jelaskan.

3.2.3

43

Pengayaan
Baca, fahami, dan taakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan.

Jam Pintar Pemantau Kesihatan

Jam pintar terkini ini dilengkapi fungsi kesihatan. Semasa kita
melakukan aktiviti fizikal, jam ini akan mengukur kadar nadi
kita dan menyatakan jumlah kalori yang telah dibakar. Jam
ini juga dapat mengetahui kadar rehat pemakainya. Fungsi
ini dapat memastikan kita mendapat rehat yang cukup.

Jam pintar ini turut mempunyai aplikasi aktiviti kecergasan
yang boleh kita pilih untuk dilakukan pada setiap hari. Aktiviti
tersebut adalah sebagai cadangan untuk mencapai kesihatan
yang ideal.

Kesimpulannya, jam ini akan menggalakkan kita cakna
akan kesihatan kita. Maklumat kesihatan yang ditunjukkan
dapat membantu kita merancang gaya hidup yang sihat.
Bagaimanakah jam ini dapat membantu kita mengekalkan
tahap kesihatan? Ramalkan fungsi-fungsi lain jam ini pada
masa akan datang.

2.2.1

44

Pengukuhan

Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan.

Selamatkan Gigi Kekal

Izzah dan ibunya, Puan Zurina, ke klinik pergigian. Di sana, mereka berbual
sambil melihat poster tentang selamatkan gigi kekal.

Izzah: Ibu, semasa di sekolah, seorang rakan saya telah tercabut
giginya. Disebabkan dia cemas, dia tidak sempat
menyelamatkan giginya.

Puan Zurina: Kasihan rakan kamu. Jika dia mengikut langkah-langkah
dalam poster itu, pastinya _____.

Izzah: Betul, ibu. Jika gigi kekal tidak diselamatkan, _____.

Pegang bahagian korona gigi.

Cari gigi tersebut.

Basuh gigi selama 10 saat.

Sekiranya tidak GIGI TERCABUT
berjaya, simpan JANGAN PANIK

gigi di dalam Gigi kekal boleh
susu segar. diselamatkan jika
bertindak pantas sejurus
Cuba masukkan gigi
ke dalam soket. gigi tercabut.

Segera berjumpa dengan doktor. 45
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

1.2.1

Penilaian

Baca teks dan lakukan aktiviti yang terdapat di bawah.

Kasih Ibu

Puan Aini termenung sendirian. Hatinya sedih mengenangkan berita yang baru
diterimanya. Beliau teringat kembali saat-saat bertemu dengan Doktor Siti di klinik
untuk membuat pemeriksaan awal.

“Saya berharap agar puan tenang menerima berita ini. Saya mengesyaki
Aidil menghidapi diabetes,” jelas Doktor Siti.

“Bagaimanakah Aidil boleh mendapat penyakit ini, doktor? Selama ini
pemakanannya normal. Berat badannya juga normal,” kata Puan Aini dengan
sedikit nada protes.

“Begini, puan. Diabetes berlaku apabila paras gula dalam darah adalah
tinggi. Saya akan merujuk kes anak puan ke hospital. Nanti, doktor di sana akan
menerangkan perkara ini lebih lanjut,” jelas Doktor Siti.

Sebelum beredar, Puan Aini meminta maaf daripada Doktor Siti. Dia sedar dia
terlalu emosional ketika itu. Namun begitu, dia berterima kasih kepada Doktor
Siti kerana memaklumkan hal itu kepadanya.

Tibalah hari janji temu di hospital. Puan Aini membawa Aidil untuk membuat
pemeriksaan lanjut. Hasilnya, ternyata anaknya memang menghidapi penyakit
diabetes. Menurut doktor, diabetes yang dihidapi oleh Aidil ialah diabetes jenis
satu. Puan Aini perlu membawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar dan
pakar nutrisi.

“Puan, mulai sekarang, puan perlu menjaga pemakanannya. Aidil juga
mungkin perlu bergantung pada insulin. Jika Aidil kerap membuang air kecil
dan cepat berasa dahaga, itu adalah antara gejala diabetes. Dia perlu dirawat
sebelum menjadi parah,” terang Doktor Anding.

Puan Aini mengangguk. Beliau reda akan hal itu. Beliau bertekad untuk
menjaga Aidil selagi termampu.

Tugasan Berkumpulan
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari perkataan yang
berwarna merah.
3. Bincang dan catat usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membantu
pesakit diabetes. Kemudian, tulis kesan daripada usaha-usaha tersebut
dalam Peta Pelbagai Alir.
4. Bentangkan hasil perbincangan dan minta ahli kumpulan lain berhujah.

1.2.2

46 2.1.2

3.2.3

TEMA KESELAMATAN

3

Bercerita tentang gambar.

47

UNIT Sentiasa Peka

7

UNMITen1dengar dan Bertutur

Kempen Rumah Selamat

Keluarga Irfan, Faris dan Robin ingin melancong ke Pulau Langkawi selama
seminggu. Mereka telah menyertai Kempen Rumah Selamat sebelum meninggalkan
rumah.

Sebelum bertolak

Keluarga Irfan Sebelum meninggalkan rumah, Mengapakah kita
ayah ingin mengisi borang secara perlu mengisi borang
dalam talian untuk menyertai tersebut, ayah?
Kempen Rumah Selamat dengan
pihak Polis Diraja Malaysia.

Kita perlu mengisi
borang tersebut untuk
memberitahu pihak polis
tentang ketidakberadaan
kita di rumah.

Keluarga Faris Keluarga Robin

Ayah memberitahu jiran Ayah sudah memaklumkan
tentang percutian kita percutian kita ini kepada
ke Pulau Langkawi pada pengawal keselamatan.
hujung minggu ini. Robin, sudahkah kamu
mengunci pintu?

48

Di Pulau Langkawi Ayah saya menyertai
kempen tersebut untuk
Irfan, mengapakah ayah keselamatan rumah kami.
kamu menyertai Kempen
Rumah Selamat?

Bagaimanakah Faris, bagaimanakah
kempen tersebut dapat keluarga kamu memastikan
memastikan rumah keselamatan rumah semasa
kamu selamat? kamu bercuti di sini?
Mengapakah ayah kamu
berbuat demikian?

Ayah saya hanya Robin, bolehkah kamu jelaskan
memberitahu pengawal tujuan ayah kamu memberitahu
keselamatan sebelum pengawal keselamatan sebelum
datang ke sini. bercuti di sini?

Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran

Bertutur untuk menghujahkan maklumat tersurat dan tersirat dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

1.2.2 • Bimbing murid mengenal pasti pmearkkaluramdaet ntegrasunramtednagngtuenrsaikraatnU. niditea yang kritis dan kreatif.
• Bimbing murid menghujahkan

Strategi PdP: Kecerdasan Pelbagai KBAT: Menilai – Membahas 49

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

nota guru laman halaman rangsangan

Membaca

Jangan Jadi Mangsa

Faris dan Robin ke rumah Irfan. Mereka membaca maklumat yang diperoleh
daripada surat khabar dan majalah. Kemudian, mereka cuba membuat rumusan
dan ramalan.

Waspada Pembelian Secara dalam Talian BATAL

PULAU PINANG, 10 Jun – Kes penipuan berkaitan dengan urus Hentikan urusan
niaga dalam talian semakin meningkat. Nilai kerugian melebihi pembelian.
RM1 juta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebanyak 130 kes penipuan dilaporkan sejak 18 Mac hingga maklumat
19 Mei lalu. Pihak berkuasa juga telah menahan sebanyak meragukan
13 individu yang terlibat dalam kes penipuan ini terutamanya
menerusi media sosial.

Terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan atas sikap tidak prihatin masyarakat
terhadap keselamatan transaksi elektronik. Selain itu, permintaan
tinggi terhadap sesuatu barangan dan tawaran murah yang
diberikan juga menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh.

Orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati ketika
membuat pembelian secara dalam talian. Mereka perlu membuat
semakan akaun atau aplikasi yang digunakan.

Di samping itu, orang ramai dinasihati agar tidak sesekali
membenarkan individu lain mengakses maklumat perbankan.
Sesiapa yang mempunyai aduan atau ingin mendapatkan
keterangan lanjut boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil, Polis Diraja Malaysia.

(Sumber: https://www.hmetro.com.my)

PANDUAN Pilih barangan Semak maklumat
KESELAMATAN yang ingin dibeli. peniaga dan kaedah

PEMBELIAN BATAL pembayaran.
DALAM
TALIAN (Sumber: https://www.kpdnhep.gov.my)

Pilih laman sesawang
yang dipercayai.

50

BATAL

BATAL

Dapatkan butiran Bayar secara
peribadi peniaga. dalam talian.

Simpan semua resit
dan bukti pembelian.

Bayar waktu terima.

maklumat Robin, mengapakah
sahih kita perlu berhati-hati
semasa membeli
barangan secara Faris, bolehkah kamu nyatakan cara
dalam talian? yang selamat jika ingin membeli
sesuatu barangan secara dalam talian?

Irfan, minta kamu ramalkan kesannya
jika murid-murid sekarang diberi
pendidikan tentang keselamatan
penggunaan media sosial.

Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
51
Baca dan fahami maklumat daripada teks berita dan infografik.

Kemudian, buat rumusan dan ramalan.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

• Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul Umnaitklumat.

2.2.1 • Bimbing murid membuat rumusan dan ramalan berdasarkan maklumat.

Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menilai – Meramalkan

EMK: Nilai Murni – Keprihatinan nota guru laman halaman rangsangan

Menulis

Jago Kampungku

Irfan menulis catatan tentang pengalamannya di kampung. Semasa di sana,
Irfan seronok kerana banyak pemuda kampung yang mempelajari silat daripada
datuknya. Irfan berhasrat untuk turut serta.

Sabtu, 10 Mac 20
8:00 pagi
Pada pagi ini, aku sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Kami ingin menziarahi
datuk dan nenek. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Aku
sangat teruja kerana akan berpeluang melihat datuk dan pak usu mengajarkan silat
di pekarangan rumah.

Aku dan keluarga selamat tiba di kampung. Ketibaan kami telah disambut mesra
oleh datuk dan nenek. Kami bertanyakan khabar mereka sambil berbual-bual mesra.

banyak menjaga berjalan dengan pak usu
faedahnya keselamatan diri beritahu orang kampung

Isnin, 12 Mac 20
10:00 pagi
Kami bersarapan dengan datuk
dan nenek. Selepas itu, kami
bersalam-salaman dengan mereka.
Kami pun bertolak pulang. Aku pasti
akan menziarahi datuk dan nenek
lagi kerana banyak pengalaman
yang aku peroleh.

pak usu digelar jago Munsyi Cilik
menangkap kampung
Koheren merupakan kesinambungan idea yang
terdapat dalam sesebuah wacana.

Aktiviti Kohesi ialah ciri wacana yang membawa pertautan
hubungan antara suatu perkataan, frasa, atau ayat
Hasilkan penulisan catatan secara dengan perkataan, frasa, atau ayat lain dalam
koheren dan kohesi. wacana yang sama.
Contoh: aku sekeluarga – kami, kampung – sana

Nota Guru

• Bimbing murid menganalisis bahan.

3.3.1 • Bimbing murid menulis catatan secara koheren dan kohesi.

52 Strategi PdP: BCB – Mencatat KBAT: Mencipta – Membina
EMK: Nilai Murni – Keberanian

Seni Bahasa

Pandu Cermat

Dayang Afni tertarik akan keunikan papan tanda jalan dan papan iklan yang
bertulisan Jawi semasa berkunjung ke Kelantan. Satu daripadanya memaparkan
kata-kata hikmat pandu cermat jiwa selamat. Dia telah menulisnya semula
dalam bentuk huruf tunggal tulisan Jawi pada sekeping poster.

Aktiviti

Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal mengikut tulisan Jawi. Kemudian,
persembahkannya.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal, mengecam, dan menyebut huruf tunggal tulisan Jawi.

4.4.1 • Bimbing murid menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dan

mempersembahkannya. 53

Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menunjukkan

EMK: Bahasa

Tatabahasa

Melintas dengan Selamatnya

Julius dan keluarganya berkereta dari Kota Bharu, Kelantan ke Gerik, Perak semasa
melancong ke Semenanjung Malaysia. Mereka telah melihat pemandangan
yang menarik. Julius juga dapat membaca papan tanda yang berkaitan dengan
keselamatan haiwan di jalan raya.

Julius: Ayah, hati-hati! Ada sekawan gajah di sana.

Ayah: Baik, Julius. Ayah pun sudah nampak papan tanda gajah melintas tadi. Ayah
akan memandu kereta dengan berhati-hati supaya kita dan gajah itu selamat.

Julius: Bukan mudah untuk kita melihat gajah liar di tepi jalan raya. Pengalaman
ini baharu bagi saya.

Ibu: Benar, Julius. Selama ini, kita hanya melihat gajah dalam televisyen. Pada
hari ini, kita cukup bertuah ______ dapat melihat gajah dengan lebih
dekat. Namun begitu, ibu berasa takut pula ______ melihat sekawan
gajah ______ besar itu.

Ayah: Kita selamat jika berhati-hati. Ayah ada membaca rencana tentang AWAS
laluan khas untuk gajah melintas lebuh AraWyAaS GdAeJnAgHan selamatnya.
Rencana itu juga menerangkan bahawa kMitEaLIdNiTlaArSang memasang KAWASAN LINTASAN
lampu ______ terserempak dengan gajah pada waktu malam. Selain HIDUPAN LIAR
itu, tindakan membunyikan hon ______ berbuat bising juga tidak wajar.
Perbuatan tersebut akan menakutkan gajah.

Julius: Oh, begitu! Bolehkah saya rakam situasi ini ______ bercakap ______ dijadikan
kenangan?

Ayah: Untuk Julius merakam video agak sukar di sini. Bagaimanapun, cubalah Julius
rakamnya ______ berhati-hati.

yang sambil dengan serta kalau

kerana apabila untuk

Aktiviti Munsyi Cilik

Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua
ayat atau lebih. Dua jenis kata hubung ialah:
1. kata hubung gabungan
2. kata hubung pancangan

– relatif – komplemen – keterangan

Kenal pasti dan lengkapkan teks dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal pasti kata hubung.

5.1.4 • Bimbing murid melengkapkan teks dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
54 EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

UNIT Sentiasa Berhati-hati

8

UNMITen1dengar dan Bertutur

Info Talian Kecemasan 999

Encik Nabil membawa anak-anaknya ke Majlis Hari Terbuka Polis Diraja Malaysia.
Mereka melihat pelbagai pameran yang diadakan. Irfan tertarik akan poster
yang dipamerkan.

MENDIDIK MENGENAL PASTI MENGUNCI PAPAN
kes kecemasan KEKUNCI
kanak-kanak
cara dan masa 2 4POLIS telefon bimbit
perlu untuk JAM agar tidak terdail
membuat nombor 999
panggilan 999 999

TIDAK TIDAK MEMBUAT TIDAK
MENGHUBUNGI PANGGILAN PALSU, MEMBIARKAN
MAIN-MAIN, DAN
999 jika tiada 999 kanak-kanak
kecemasan SENYAP bermain telefon
bimbit tanpa
kerana boleh pengawasan
membahayakan
nyawa orang lain

Ayah, mengapakah kanak-kanak (Sumber: https://999.gov.my/mers-999/fungsi-mers-999/)
perlu dididik cara membuat
panggilan talian kecemasan 999? Kanak-kanak perlu dididik
cara membuat panggilan
talian kecemasan 999 supaya
mereka tahu kepentingan fungsi
talian kecemasan tersebut.

kandungan info qr code standard Aarpcoadekah yang dapat Irfan
pembelajaran rumuskan daripada maklumat
Aktiviti pada poster ini?

Bersoal jawab untuk membuat rumusan.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

• Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan bahan.

1.2.3 • Bimbing murid membUunait rumusan. KBAT: Menilai – Menjanakan 55
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

nota guru laman halaman rangsangan

Membaca

Utamakan Keselamatan

Robin dan Irfan membaca cerpen di sudut bacaan kelas. Tiba-tiba, loceng berbunyi
menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Mereka tidak sempat menghabiskan
bacaan. Sewaktu berjalan pulang, mereka meramalkan kesudahan cerpen tersebut.

Cerpen Bacaan Robin

Seperti biasa, Alif berjalan pulang dari sekolah
kerana ayahnya bertugas di luar kawasan.
Setibanya di rumah, Alif menikmati makanan
tengah hari dengan ibunya. Alif memerhatikan
ibunya yang tidak berselera untuk makan.
Timbul perasaan kasihan terhadap ibunya yang
sedang sarat mengandung.

“Ibu, kenapakah ibu makan sedikit sahaja? Ibu tidak sihat?” tanya Alif.
“Perut ibu sakit. Selepas makan nanti, Alif, tolong panggil jiran kita,
Pak Cik Akob dan Mak Cik Limah,” pinta ibu.
Selepas makan, Alif terus ke rumah Pak Cik Akob tetapi jirannya itu tiada
di rumah. Alif sangat risau akan keselamatan ibunya yang keseorangan
di rumah. Demi keselamatan ibunya, Alif segera berlari pulang. Rumah mereka
terletak jauh sedikit dari rumah penduduk kampung tersebut.
“Ibu, Pak Cik Akob tiada di rumah. Apa kita nak buat ibu? Kita mesti bertindak
pantas demi keselamatan ibu,” kata Alif.
Alif terus mencapai telefon bimbit ibunya ... .

pulang dari sekolah menikmati makanan perut ibu sakit
tengah hari
ke rumah jiran tetapi mencapai telefon
jiran tiada segera berlari pulang bimbit

56

Cerpen Bacaan Irfan

“Aiman, jom balik dengan kami,” ajak Afifi
dan Gobi.

Aiman mengangguk lalu dia menggalas
beg sekolahnya mengikut Afifi dan Gobi.
Di pertengahan perjalanan, Afifi mengajak
Aiman dan Gobi menggunakan jalan pintas
untuk sampai ke rumah mereka kerana jalan
utama terlalu sibuk. Mereka risau akan keselamatan diri dan pengguna jalan
raya yang lain.

“Nasib baik kita pilih jalan ini, kurang sikit kenderaan. Tambahan pula, laluan
ini ada laluan pejalan kaki. Kita akan lebih selamat,” kata Aiman.

“Eh, cuba kamu lihat di sana! Ada semak terbakar. Kebakaran itu boleh merebak
dengan cepatnya kerana cuaca panas,” kata Afifi.

“Mari, ikut saya! Saya hendak beritahu pak cik di sana,” kata Gobi sambil
menunjukkan arah seorang pak cik yang sedang menggunakan telefon.

Mereka bertiga terus berlari untuk mendapatkan pak cik itu dan memberitahukan
kebakaran semak ... .

Irfan, saya tidak sempat menghabiskan bacaan cerpen tadi. Ceritanya
menarik. Esok, saya akan sambung pembacaannya. Namun begitu,
saya dapat meramalkan tindakan Alif. Bagi saya, sudah pasti Alif akan
menelefon talian kecemasan 999 dan melaporkan situasi cemas yang
dihadapinya. Kemudian, ambulans pasti akan tiba.

Apakah pula ramalan kesudahan
cerpen yang kamu baca?

Aktiviti kandungan info IRFAN standard ar code
pembelajaran
qr code 57

ROBIN

Baca cerpen. Kemudian, analisis cerpen bacaan Irfan dengan IZAH

menggunakan Peta Alir untuk membuat ramalan.

Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat

• Bimbing murid membaca dan menganalisis kandungaUnnciterpen.
• Bimbing murid membuat ramalan.
2.3.1
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis – Meramalkan

EMK: Nilai Murni – Keprihatinan nota guru PAK-21: Giliran Robin

laman halaman rangsangan

Menulis

Konvoi Berbasikal Selamat

SK Seri Permai telah menganjurkan Program Konvoi Berbasikal Selamat.

Pendahuluan:
Pada 23 Mac 20 yang lalu, SK Seri
Permai telah menganjurkan Program
Konvoi Berbasikal Selamat. Program
tersebut telah disertai oleh murid
tahun 6 bersama dengan ibu bapa
masing-masing. Program itu turut
mendapat kerjasama daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Isi 1:

Tujuan Program Konvoi Berbasikal Selamat
1. mendidik murid cara-cara menunggang

basikal dengan selamatnya
2. menyemai dan memupuk kesedaran

menjadi pengguna jalan raya yang
selamat
3. mempraktikkan Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya (PKJR)
4. mengamalkan budaya selamat

Isi 2:

1. mula-mula – mendaftarkan diri
2. kemudian – berkumpul di dewan
3. ucapan guru besar
4. seterusnya – merasmikan program

58

Isi 3: Taklimat Keselamatan
1. basikal
• brek
• lampu pemantul cahaya

2. penunggang
• topi keledar
• pad siku
• pad lutut
• berkasut

Isi 4:

Penutup: 1. berkumpul di sekolah kembali
2. harapan

Aktiviti 59

Hasilkan karangan keperihalan secara koheren dan kohesi.

Nota Guru
• Bimbing murid memahami bahan.

3.3.1 • Bimbing murid menghasilkan karangan secara koheren dan kohesi.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Seni Bahasa

Hati-hati, Ayah

Dayang Afni telah mahir menulis huruf tunggal tulisan Jawi. Kini, dia cuba menulis
perkataan dalam tulisan Jawi pula. Dia telah menghasilkan poster yang mengandungi
kata-kata hikmat, pandu cermat jiwa selamat untuk ditunjukkan kepada ayahnya.

EDIT WARNA PAPAR

Aktiviti

Persembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.

Nota Guru • Bimbing murid mempersembahkan seni tulisan Jawi menerusi kata-kata hikmat

4.4.2 dalam pelbagai bentuk.

60 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan

EMK: Bahasa

Tatabahasa

Bergembira dengan Waspadanya

Irfan dan keluarganya berkunjung ke sebuah taman tema.
Irfan suka bermain permainan Kid’s Power Tower di situ. Demi
keselamatan, dia mesti memakai tali pinggang keledar semasa
bermain. Sebaik-baiknya, sarung tangan perlu dipakai juga.

“Adik-adik, silalah beratur dan jangan tolak-menolak.
Ingat, pernah seorang kanak-kanak hampir terjatuh ketika
bertolak-tolakan,” pesan seorang pekerja kepada kanak-kanak
yang sungguh teruja untuk bermain.

“Ketika bermain, adik-adik mesti mengutamakan keselamatan.
Ingat, malang tidak berbau. Apa-apa pun boleh berlaku jika kita
kurang berhati-hati,” nasihat pekerja yang tinggi lampai itu.

Irfan dan ibu terpaksa beratur panjang untuk menaiki The
Dragon, iaitu roller-coaster. Tiba-tiba, Irfan terdengar perbualan
seorang pekerja dengan pengunjung di situ.

“Mengapakah kami tidak boleh bermain permainan ini?”
tanya seorang lelaki.

“Maaf, tuan. Anak tuan belum cukup umur untuk bermain
permainan ini. Ketinggian anak tuan tidak mencapai tahap yang
dibenarkan,” kata pekerja itu.

“Isteri tuan memang tidak dibenarkan menaiki permainan
tertentu kerana beliau sedang mengandung,” kata pekerja itu
lagi. Pengunjung yang kelihatan kecewa itu berjalan pantas
ke tempat lain pula.

“Kasihan mereka,” kata Irfan kepada ibu.
“Keselamatan lebih utama, Irfan,” balas ibu.
Irfan mengangguk. “Ya, keselamatan sentiasa nombor satu.”

Munsyi Cilik Kata Tugas

Kata penegas ialah kata yang memberikan penekanan Kata Penegas Kata Adverba
pada bahagian tertentu dalam ayat. _____________ _____________
Contoh: jua, –tah, sahaja _____________ _____________
Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata nama, _____________ _____________
kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh: lewat malam, bertiup kencang, kurang pedas

Aktiviti

Kenal pasti kata penegas dan kata adverba. Kemudian, bina ayat mengikut

konteks.

Nota Guru

5.1.4 • Bimbing murid memahami kata penegas dan kata adverba berdasarkan bahan.
• Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata penegas dan kata adverba
61
mengikut konteks.
Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Berhati-hati

Tatabahasa

Waspada di Belantara

Irfan telah menghasilkan komik. Setelah siap separuh, Irfan ketandusan idea.
Bantu Irfan menyiapkan komiknya.

Sebermula masuklah Hang Tuah lima bersaudara ke dalam hutan dengan

mahaguru mereka, Aria Putera. Hatta di dalam hutan itu, Aria Putera pun

memberikan banyak nasihat. Bukan semua tumbuhan

Arakian bertuturlah dengan di dalam hutan boleh kita makan.
kata-kata yang baik di dalam Adapun buah yang dimakan oleh
hutan ini. Jangan sesekali monyet itu boleh dimakan oleh
bercakap besar. Sebaliknya, manusia juga. Cuba rasa buah
hendaklah kita berhati-hati ini. Rasanya enak.

dan berwaspada selalu. Ya, rasanya

enak sekali,
mahaguru.

Kalakian setelah lama berjalan, Alkisah Hang Tuah lima bersaudara
mereka tiba di lereng bukit yang pun meneruskan perjalanan dengan
berbatu. Keadaan di situ licin mahaguru mereka. Adapun Aria Putera
kerana malam tadi hujan. terus memberikan beberapa panduan.

Maka adalah lebih • berjalan dalam kumpulan
baik kita daki laluan
ini walaupun terpaksa • berwaspada terhadap keadaan
berpaut pada ranting di sekeliling
dan akar.
• pilih laluan mengikut keupayaan
Benar, laluan ini kumpulan
lebih selamat.
• membawa orang yang arif
tentang hutan bersama-sama

Munsyi Cilik

Aktiviti Kata pangkal ayat ialah kata yang hadir
di bahagian hadapan ayat yang menjadi
Sambung cerita dengan menggunakan penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
kata pangkal ayat dan kata pembenar
mengikut konteks. Contoh: maka, hatta, alkisah, sebermula, arakian,
dan adapun.

Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan
sesuatu penyataan. Contoh: ya, benar, dan betul.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal pasti kata pangkal ayat dan kata pembenar.

5.1.4 • Bimbing murid menyambung komik dengan menggunakan kata pangkal ayat dan
kata pembenar.
62 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan

EMK: Bahasa

UNIT Waspada Fenomena

9 Alam

UNMITen1dengar dan Bertutur

Kepala Air

Encik Nabil bercadang untuk membawa Sebelum kejadian Semasa kejadian
keluarganya berkelah di kawasan air terjun.
Bagaimanapun, anaknya, Irfan, pernah Tanda-tanda Awal Kejadian Kepala Air
terbaca maklumat tentang fenomena
kepala air dalam Internet. Oleh itu, mereka
berbincang untuk membuat keputusan.

1. Perubahan arus air daripada perlahan

Prihatin Pasti Selamat kepada deras dan deruan air yang
Pengunjung perlu: kuat berlaku walaupun tiada hujan.

1. prihatin terhadap perubahan 2. Air sungai berbuih dan meningkat
cuaca ketika seronok bermain air. secara tiba-tiba.

2. meninggalkan kawasan air dan 3. Banyak daun kering dan ranting
tebing sungai dengan segeranya. kayu hanyut.

3. berkumpul di tempat letak 4. Siren amaran akan berbunyi.

kenderaan. Lokasi Kes Disebabkan Kepala Air

4. bertindak dalam tempoh

10 hingga 15 minit sahaja untuk 4 MAUT
menyelamatkan diri. daripada
6 kes
5MAUT
Ayah, ini antara maklumat yang daripada Kedah
saya peroleh tentang lokasi 9 kes
perkelahan yang kita rancang. 3MAUT Kelantan 5MAUT
daripada daripada
6 kes 6 kes

Terengganu

Perak

Wah, bagus Irfan! 30 MAUT Pahang 7 MAUT
Maklumat ini dapat daripada daripada
membantu kita nanti. 16 kes Selangor 7 kes

Jadi, apakah pendapat 11MAUT Kuala Lumpur Negeri 3MAUT
Irfan? Jelaskan sama daripada Putrajaya Sembilan daripada
ada kita mahu 9 kes 5 kes
teruskan atau batalkan
rancangan kita. 1MAUT Johor
daripada
1 kes 24MAUT
daripada
42 kes

Aktiviti [Sumber: Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (2016-2020)]

Bersoal jawab untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

Nota Guru

• Bimbing murid menganalisis bahan.

1.2.3 • Bimbing murid bersoal jawab untuk membuat keputusan.

Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Membuat keputusan 63

EMK: Nilai Murni – Keselamatan

Membaca

Langkah Selamat

Semasa banjir, keluarga Faris dan Irfan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara
(PPS). Mereka membaca risalah yang diberikan oleh petugas keselamatan. Mereka
terfikir jika langkah-langkah keselamatan diabaikan, sesuatu akan ... .

Tindakan Tindakan Tindakan
sebelum Banjir semasa Banjir selepas Banjir

Pastikan saliran Jauhi tempat yang Elakkan penyakit
longkang tidak dilanda banjir. berjangkit bawaan
tersekat. air banjir.
Segera berpindah
Dapatkan ke PPS apabila diarahkan Awasi kehadiran
maklumat oleh pihak berkuasa. haiwan berbisa.
tentang lokasi Seelok-eloknya
PPS berhampiran. berpindah pada Periksa struktur
waktu siang. rumah sebelum
Simpan segala memasuki rumah.
dokumen Matikan semua punca
penting dengan bekalan elektrik apabila Faris, apakah bahaya
selamatnya. berpindah. yang mungkin berlaku jika
kita mengharungi banjir?
Sebab Jangan hampiri atau
sentuh kabel elektrik
saliran yang terjatuh
longkang di kawasan banjir.
tidak tersekat
Kesan

pengaliran
air longkang

lancar

Tindakan
sebelum

Banjir

Aktiviti (Sumber: https://www.civildefence.gov.my)

Baca risalah dan lengkapkan Peta Pelbagai Alir. Kemudian, buat ramalan.

Nota Guru

• Bimbing murid membaca dan menganalisis bahan.

2.3.1 • Bimbing murid membuat ramalan.
Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis – Menerangkan
64 EMK: Nilai Murni – Keprihatinan

Menulis

Cuaca Panas Melampau

Irfan dan Faris berjalan pulang dari sekolah. Sambil berjalan, mereka berbual-bual.

“Faris, marilah kita berpayung bersama-sama. Cuaca pada hari ini sangat panas
dan amat berbahaya bagi kesihatan badan kita,” kata Irfan.

Faris dan Irfan pun berjalan dengan menggunakan payung yang di bawa oleh
Irfan. Dapatlah Faris dan Irfan melindongi badan mereka daripada sinaran terik
cahaya matahari pada waktu tersebut.

“Irfan, mengapakah cuaca panas seperti ini bahya bagi badan kita?” tanya Faris.
“Badan kita yang terdedah kepada cuaca yang sangat panas ini boleh
menyebabkan kita terkena strok haba Punca berlakunya strok haba ini apabila
suhu badan meningkat kepada 41 darjah celsius atau lebih dalam masa yang
singkat. punca lain yang menyebabkan strok haba adalah kurang minum air yang
akan menyebabkan dihidrasi badan. Tindakkan memakai pakaian yang tebal
dan ketat akan menghalang haba keluar semasa penyejatan atau penggeringan
peluh,” kata Irfan.
“Wah, bijaknya kamu. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan saya.
Bolehkah kamu ceritakan tanda-tanda seseorang mengalami strok haba kepada
saya,” tanya Faris.
“Boleh, Faris. Tanda-tanda awal seseorang mengalami strok haba ialah mangsa
akan berasa sakit kepala, lemah tumpuan, pening, kekajangan otot, berasa mual,
atau muntah?” jelas Irfan.
Amboi, kamu bercakap seperti seorang pakar
perubatan pula! usik Faris sambil tersenyum
ke arah Irfan.
Irfan hanya ketawa kecil apabila
mendengar usikan Faris itu. Mereka
terus berjalan menuju ke rumah
masing-masing yang terletak
bersebelahan sahaja.

(Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)

Aktiviti

Edit dan murnikan teks dari aspek
ejaan dan tanda baca.

Nota Guru

3.3.2 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan ejaan dan tanda baca.

• Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks. 65

Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Mengesan

EMK: Nilai Murni – Pendidikan kesihatan

Seni Bahasa

Bahaya Tsunami

Pada minggu lalu, Irfan dan keluarganya menonton filem animasi “Hero Cilik”.
Filem tersebut mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang suka membantu dan
menyelamatkan orang ramai yang ditimpa musibah.

Cepat, Mat, malang tidak berbau. Kita mesti bersatu hati. Nyawa
Kita mesti cari jalan menyelamatkan pengunjung bagai telur di hujung
pengunjung di pantai. Tsunami akan tanduk. Mari kita beritahu mereka
melanda pantai tidak lama lagi. agar segera tinggalkan pantai.

Lihat di sana. Ada pengunjung Pengunjung semua, bergerak
yang keras kepala. Turunkan pantas seperti lipas kudung
saya di sini. Adi, ikut saya. ke bukit di sana. Tsunami akan
melanda pantai ini tidak lama lagi.

Adi, kamu dukung budak itu, dia Terima kasih tuan kerana ambil
berjalan lambat seperti siput. Saya berat tentang keselamatan kami.
tidak mahu ada yang mati katak.

Aktiviti Baik, Kapten Syam. Syukurlah, kita
telah selamat.

Bercerita dan ujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang
santun dalam bentuk persembahan.

Nota Guru

• Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa

4.1.1 dan bahasa yang santun.

66 • Bimbing murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

EMK: Nilai Murni – Keprihatinan

Tatabahasa

Eh, Tanah Runtuh!

Irfan sedang membaca berita secara dalam talian menggunakan tablet
di pekarangan rumahnya.

BERITA SENSASI

IPOH, 28 Mac – Kejadian tanah runtuh berasa gelabah dan geletar. Dengan lutut dan
telah berlaku di sebuah taman rekreasi telapak tangan yang luka, beliau berpatah
di Taman Seri Permai, Ipoh. Kejadian tersebut balik ke tempat yang selamat. Kemudian,
dipercayai berlaku pada awal pagi semalam. beliau menelefon talian kecemasan 999
Kelihatan banyak batu besar dan untuk melaporkan kejadian tersebut.
tanah berlumpur bertaburan di atas jalan. Pihak polis juga menasihati orang ramai
Tumbuh-tumbuhan serta pokok-pokok agar tidak menggunakan laluan joging dan
besar di lereng bukit itu yang bergelongsor gelanggang bola keranjang berhampiran
dan tumbang ke laluan joging menjadikan dengan lereng bukit tersebut. Cerucuk dan
kawasan tersebut berselerak. Saliran tembok penahan kelihatan telah retak dan
longkang serta saliran paip air telah berbahaya. Pihak berkuasa tempatan berjanji
pecah. Keadaan bertambah buruk apabila akan membaik pulih kawasan kejadian
kabel-kabel elektrik berselirat setelah seberapa segera demi keselamatan orang
beberapa batang tiang elektrik tumbang. ramai.
“Saya berjoging di taman ini pada pukul
6:00 pagi tadi. Semasa melalui laluan joging
di sana, saya terkejut apabila melihat tanah
mulai runtuh dan diikuti bunyi bergemuruh
dari atas bukit,” kata Encik Osman, 60 tahun,
pengunjung awal di taman rekreasi tersebut.

Menurut Encik Osman, setelah terjatuh
di kawasan berbatu yang bergerigi, beliau

Kata Berimbuhan Munsyi Cilik
awalan akhiran apitan sisipan
Terdapat empat kategori kata berimbuhan, iaitu:
Aktiviti
Berimbuhan Contoh Perkataan

awalan berlumpur, melihat, dikawal,
peronda

akhiran saliran, laluan, selamatkan, jauhi
apitan bertaburan, membersihkan,
kejadian, dihubungi

sisipan gementar, keredip, kelopak,
sinambung

Kenal pasti dan kategorikan kata berimbuhan. Kemudian, bina ayat mengikut
konteks.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata berimbuhan.

5.2.1 • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan pelbagai kata berimbuhan mengikut konteks.

Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan 67
EMK: Nilai Murni – Keprihatinan

Pemulihan

Teliti senarai semak. Kemudian, berikan hujah tentang senarai semak dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan maklumat tersurat
dan tersirat.

Selamatkah Adik?

Irfan memberikan borang senarai semak tentang panduan pemilihan pengasuh
kepada ibunya. Irfan berbuat demikian kerana ibunya mencari pengasuh untuk adik
Irfan yang berusia dua tahun. Ibu bapa hendaklah memastikan aspek keselamatan
sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh.

Senarai Semak Panduan
Pemilihan Pengasuh

PERSEKITARAN PERIBADI PENGASUH
Berpenampilan bersih
Bersih dan selamat
Ruang aktiviti yang luas Bertanggungjawab dan penyayang

PENGALAMAN DAN KELAYAKAN PENGASUH

Mempunyai latihan dan kelayakan Tahu menggunakan

talian kecemasan

AHLI ISI RUMAH TINGGAL BERSAMA

Mengenali ahli keluarga pengasuh Bilangan ahli keluarga pengasuh
yang tinggal bersama

PERKHIDMATAN PENGASUH SEDIA ADA
Jagaan tidak melebihi tiga orang kanak-kanak termasuklah anak sendiri

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada http://kpwkm.gov.my)

Irfan, nyatakan panduan
pemilihan pengasuh yang
kamu peroleh.

Irfan, mengapakah
persekitaran rumah
pengasuh penting dalam
pemilihan pengasuh?

1.2.2

68

Pengayaan

Tulis catatan berdasarkan bahan rangsangan.

Kempen Sekolah Selamat

KEMPEN SEKOLAH SELAMAT 9:30 pagi

Tarikh: 4 April 20 Perasmi: Encik Ramli bin Abu, 1 PERTANDINGAN PENDIDIKAN LALU LINTAS
Hari: Rabu Guru Besar SK SERI PERMAI
Masa: 9:00 pagi SK Seri Permai
Tempat: Dewan Seri Permai

RAMLI

Rabu, 4 April 20 2 pertandingan pendidikan
9:00 pagi 3 lalu lintas
11:00 pagi
KANTIN Khamis, 5 April 20
9:00 pagi
NALINI
PAMERAN ALAT
KESELAMATAN

Program Kantin Selamat 4 pameran alat keselamatan
5
10:00 pagi MAJLIS PENUTUPAN
KEMPEN SEKOLAH SELAMAT

latihan kecemasan 6

3.3.1 11:30 pagi

69

Pengukuhan

Baca dan rumuskan. Kemudian, ramalkan.

Informasi Gempa Bumi

PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sebelum Gempa Bumi Semasa Gempa Bumi Selepas Gempa Bumi

• Pelajari risiko dan langkah Lakukan langkah berikut: • Bawa kit kecemasan dan
keselamatan tentang
gempa bumi. tinggalkan bangunan

• Sediakan pelan dengan menggunakan
kecemasan.
tangga.
• Sediakan kit kecemasan.
• Sediakan alat Tunduk Berlindung Bertahan • Pergi ke kawasan lapang
yang selamat.
pemadam api.
• Ketahui cara menutup Ketika di dalam Bangunan: • Periksa jika ada
kecederaan. Dapatkan
bekalan elektrik, • Bertenang dan jangan atau berikan bantuan
air, dan gas. panik. kecemasan.
• Ketahui nombor talian
kecemasan 999. • Lindungi kepala dan muka. • Jika terbau gas, buka
• Kenal pasti laluan keluar tingkap dan tutup injap
yang selamat sama ada • Jauhi diri dari tingkap atau utama. Jangan gunakan
di rumah, di sekolah, atau objek mudah jatuh. mancis atau api.
di pejabat.
• Pastikan semua pintu
atau laluan keluar tidak

terhalang.

(Sumber: https://www.met.gov.my)

Irfan, apakah rumusan yang
dapat kamu buat berdasarkan
informasi gempa bumi ini?

2.2.1 Faris, bolehkah kamu ramalkan
apakah yang akan terjadi jika
70 tiada persediaan dan latihan untuk
menghadapi bencana gempa bumi?

Penilaian

Baca petikan. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya.

Demi Keselamatan Murid

IRFAN FARIS

“Wah, cantiknya bas baharu pak cik! Bau wangian pun semerbak,” kata Irfan
kepada Pak Cik Samad, pemandu bas sekolahnya.

Pak Cik Samad hanya tersenyum memandang Irfan dan rakan-rakannya beratur
menaiki bas. Mereka terus duduk di kerusi paling hadapan. Irfan dan Faris lebih
suka duduk di kerusi itu kerana senang untuk mereka turun apabila sampai nanti.

“Cuba Irfan perhatikan betul-betul. Inilah bas yang biasa Irfan dan rakan-rakan
naiki. Cuma, bas ini baru dibaik pulih. Kemudian, pak cik menghantar bas ini untuk
diservis dan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
atau PUSPAKOM,” kata Pak Cik Samad.

Irfan terus memerhatikan sekeliling bahagian bas tersebut. Kelihatan kerusinya
telah dibalut dengan kain baldu yang lebih menarik dan empuk. Cat yang pudar
dan terkelupas pada badan bas pun sudah kelihatan berkilat.

“Kenapakah bas ini perlu dihantar ke PUSPAKOM, pak cik?” tanya Irfan.
“Di PUSPAKOM, pemeriksa kenderaan terlatih akan memeriksa setiap bahagian
penting pada kenderaan. Pemeriksaan rapi dan bersinambungan pada setiap
enam bulan pasti akan menjadikan bas ini dapat digunakan dengan selamatnya,”
kata Pak Cik Samad.

A. Tugasan Berkumpulan

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Buat rumusan dan ramalan tentang kebaikan menggunakan pengangkutan

bas sekolah yang disenggarakan dengan baiknya.
3. Bentangkan hasil perbincangan dan berhujah dengan ahli kumpulan lain

secara kritis dan kreatif.

B. Berdasarkan petikan, senaraikan kata berimbuhan awalan, akhiran, apitan, dan
sisipan. Kemudian, bina ayat.

1.2.2 71
2.2.1
5.2.1

MULIHAN BACAAN LUAS

Bacaan Luas

Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli

Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Hendrop,
Gua Musang, Kelantan berada di kawasan pedalaman
negeri Kelantan. Mereka telah berjaya menubuhkan
tiga buah Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli yang
pertama di Kelantan. Penubuhan pasukan bomba ini
hasil kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) Kelantan. Pihak JBPM Kelantan juga telah
membantu usaha memantapkan pasukan bomba ini. Mereka
telah diberi latihan lebih komprehensif oleh JBPM. Mereka dilatih
untuk mengendalikan dan mengawal kejadian kebakaran
serta membantu operasi menyelamat sewaktu kecemasan.

Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli adalah
sebagai penggerak awal jika berlakunya sesuatu kes
kecemasan di kawasan penempatan Orang Asli. Misalnya,
dalam kes kebakaran dan penyelamatan. Pasukan bomba
ini dapat melakukan tindakan awal pencegahan sekiranya
ketibaan pihak JBPM sedikit lewat disebabkan jarak perjalanan
yang jauh dan keadaan faktor muka bumi berbukit. Kawasan
penempatan Orang Asli ini tidak mempunyai kemudahan asas.
Oleh hal yang demikian, tindakan awal pasukan bomba ini dapat
mengawal kebakaran daripada merebak. Selain itu, pasukan bomba ini
berperanan untuk menyebarkan khidmat nasihat kepada masyarakat
setempat tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan
kebakaran.

Ahli pasukan bomba ini juga diajar cara menggunakan radio amatur bagi
mendapatkan bantuan melalui udara. Dalam konteks ini, pihak JBPM akan
menghantar Unit Udara Bomba yang berada di Pangkalan Udara Bomba
Subang. Unit Udara Bomba ini akan menyertai operasi penyelamatan
di kawasan penempatan Orang Asli seperti menghantar bantuan bekalan
makanan, membawa murid sekolah yang terperangkap semasa banjir,
dan membawa Orang Asli yang sakit ke Hospital Gua Musang.

JBPM Kelantan mengalu-alukan masyarakat Orang Asli lain untuk
menyertai pasukan bomba ini. Pengalaman suasana di dalam hutan yang
dimiliki oleh masyarakat Orang Asli ini secara turun-temurun telah banyak
membantu jabatan ini.

(Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

72

TEMA PERPADUAN

4

Berdasarkan gambar, cipta slogan yang berkaitan dengan perpaduan.

73

UNIT Langkah Perpaduan

10

UNIMTen1dengar dan Bertutur

Minggu Citra Malaysia

Persatuan Rukun Negara hendak mengadakan Minggu Citra Malaysia. Izzah
telah membentangkan lima kegiatan untuk program tersebut.

Pameran Tokoh Perpaduan

mempamerkan tokoh-tokoh yang
menjadi inspirasi perpaduan

Malam Kebudayaan Pertandingan Melukis Sepanduk

mempersembahkan tarian tradisional melukis sepanduk yang
dan nyanyian pelbagai kaum menggambarkan perpaduan

Larian Amal Perpaduan Karnival Perpaduan
melibatkan penyertaan murid
memaparkan permainan
pelbagai kaum tradisional pelbagai kaum

74

Selepas itu, Izzah dan rakan-rakannya berbincang tentang program tersebut.

Izzah: Daripada lima kegiatan untuk program Minggu Citra Malaysia, kita akan
membuat keputusan tentang kegiatan yang sesuai untuk program
tersebut. Sekarang, rakan-rakan boleh memberikan pandangan atau
pertanyaan.

Molly: Apakah persembahan yang akan kita adakan dalam program Malam
Kebudayaan?

Faris: Kita boleh mempersembahkan tarian tradisional daripada pelbagai
kaum seperti tarian zapin, tarian kipas, dan tarian kathak. Selain itu,
kita juga boleh membuat persembahan nyanyian lagu-lagu bertemakan
perpaduan.

Amna: Mampukah murid sekolah kita mengadakan persembahan tersebut?

Molly: Pada pandangan saya, ____.

Prasad: Siapakah yang akan menyediakan bahan-bahan lukisan untuk
Pertandingan Melukis Sepanduk?

Faris: _____

Amna: _____

Molly: _____

Prasad: _____

Amna: _____

Molly: _____

Izzah: Rumusan daripada perbincangan ini, ____. Keputusannya, kita akan
_____

kandungan info qr code standard ar co
pembelajaran

Aktiviti

Bersoal jawab berdasarkan bahan untuk membuat rumusan dan keputusan. kbat
minda aktif laman kreatif uji minda

Nota Guru Unit

• Bimbing murid bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.

1.2.3 Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat keputusan

EMK: Nilai Murni – Rasional nota guru laman halaman rangsangan 75

Membaca

Sereban Tidak Sebulu

Cikgu Nurul meminta murid-muridnya membaca cerita binatang.
Cerita itu tentang hubungan dua kumpulan ayam yang semakin
renggang.

Di sebuah reban, tinggal dua kumpulan ayam. Ayam tukung unik
kerana tidak berbulu pada bahagian ekor. Ayam pelung pula
mempunyai ekor dan balung yang cantik. Ayam ini juga berkokok
dengan suara yang merdu.

Mereka bersepakat dan tolong-menolong. Ayam tukung
bertanggungjawab mencari makanan. Ayam pelung pula menjaga
kebersihan reban. Oleh itu, bekalan makanan senantiasa ada dan
reban juga bersih.

Ayam pelung juga memerhatikan musuh yang menghampiri reban. Mereka
akan berkokok jika melihat musuh seperti helang. Kokokan ayam pelung akan
menakutkan musuh untuk mendekati reban. Dengan itu, keselamatan mereka
di reban terpelihara.

Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah. Pada suatu hari, Si Jalak
daripada kumpulan ayam pelung telah mengejek Si Bereng daripada kumpulan
ayam tukung.

“Si Bereng berjalan terkedek-kedek, ekornya pendek,” berlagu Si Jalak.
Kawan-kawannya pula mentertawakan Si Bereng.

Si Bereng menangis dan mengadu kepada kawan-kawannya. Mereka berpakat
untuk membalas perbuatan Si Jalak. Apabila tiba giliran mereka untuk mencari
makanan, mereka telah menghidangi Si Jalak dan kawan-kawannya setongkol
jagung. Si Jalak dan kawan-kawannya sangat marah kerana mereka tidak makan
jagung.

Keadaan semakin meruncing, bagai retak menanti belah. Ayam tukung dan
ayam pelung saling bermusuhan. Hal ini telah dapat dihidu oleh Sang Helang.
Dia dan kawan-kawannya mula berlegar-legar di sekitar reban menanti peluang
yang sesuai.

Perpecahan yang berlaku disedari oleh penghulu reban, Tuk Merah. Beliau
mengarahkan semua ayam di reban berkumpul.

“Kabilah tukung dan kabilah pelung, dengarlah nasihat tuk ini. Janganlah kita
bermusuhan sesama kabilah, kelak buruk
padahnya, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,
pecah semuanya,” kata Tuk Merah.

76

Daripada kisah tersebut, Cikgu Nurul meminta murid-muridnya menulis
kata-kata tentang perpaduan dalam bentuk poster. Izzah telah menghasilkan
poster tersebut.

Bmeresbempebrakakawat.ta Janganlah debnegrabnaAirykau-kbhaa,nik!
kita
berpecah belah.

ADAM

AFNI

Bearmbuadlai bnakhitaas.a betersmaJpmaagata-skaitma a. Hormati
perbezaan
antara kita.

Sebab Kisah Dua Kesan
ayam tukung mencari Kumpulan Ayam bekalan makanan

makanan mencukupi
____ ____

____ ____

____ ____

Apakah yang

akan terjadi jika

perpaduan wujud?

kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran

Aktiviti

Baca dan analisis teks untuk membuat ramalan. kbat
minda aktif laman kreatif uji minda

Nota Guru Unit

• Bimbing murid membaca dan menganalisis kandungan teks untuk membuat ramalan.

2.3.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Meramalkan
EMK: Nilai Murnnoi t–a gPureurpadualanman halaman rangsangan
77

Menulis

Bermula di Bangku Sekolah

Izzah mendapati teks pidato yang ditulisnya mengandungi kesalahan penggunaan
imbuhan dan kata. Dia mahu membetulkannya.

Selamat pagi dan salam sejahtera, guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Tampilnya
saya dalam arena pidato pada pagi ini ialah
untuk berbicara tajuk “Perpaduan Bermula dari
Sekolah”.

Sidang dewan yang saya hormati,
Perpaduan mesti dipupuk dalam sesebuah

negara untuk mengekalkan kestabilan juga
keharmonian. Sesebuah negara akan hancur
jika rakyatnya berpecah belah. Oleh itu, usaha
untuk memupuk perpaduan mestilah mula sejak
bangku sekolah lagi.

Tingkah laku dan sikap seseorang lebih
mudah dibentuk ketika beliau masih kanak-kanak. Oleh yang demikian,
ibu bapa perlu mengalakan anak-anak mereka supaya bergaul dengan
rakan yang berbagai kaum. Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa
melentur buluh biarlah waktu rebungnya.

Di sekolah, guru hendaklah mendidik tiap murid agar bergaul tanpa
mengira kaum. Guru dapat melakukannya di dalam atau di luar bilik
darjah melalui kegiatan kokurikulum. Misalnya, guru menganjurkan
kegiatan seperti pekhemahan, acara sukan, dan pementasan drama.

Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, usaha membentuk rakyat Malaysia yang bersatu

padu hendaklah dimulakan daripada awal lagi. Sekiranya usaha ini
kita abaikan, hasrat untuk mensatukan rakyat Malaysia akan menjadi
sukar. Akhir sekali, kita berharapkan semoga negara yang sejahtera dan
harmoni dapat dibina. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian, terima kasih.

Aktiviti

Edit dan murnikan teks pidato dari aspek penggunaan imbuhan dan kata.

Nota Guru

• Bimbing murid mengedit dan memurnikan kesalahan bahasa dari aspek penggunaan

3.3.2 imbuhan dan kata.

78 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan

EMK: Nilai Murni – Perpaduan

Seni Bahasa

Satu Arah Satu Suara Audio seloka

Izzah dan rakan-rakannya akan membuat persembahan dalam majlis perasmian

Bulan Kemerdekaan. Mereka akan mempersembahkan seloka.

Seloka Peribahasa Perpaduan

Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Hal yang kecil jangan dibesar-besarkan
Balah yang panjang hendaklah dipendekkan.

Yang berat sama kita pikul
Yang ringan pula sama kita jinjing

Andai kita boleh bekerjasama
Kerja yang sukar menjadi mudah.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Susah senang dihadapi bersama
Jika ada perselisihan faham
Bawa berbincang agar seia sekata.

Jangan menangguk di air keruh
Menahan lukah di pergentingan
Rakan yang susah hendaklah kita tolong
Bersama-sama hulurkan bantuan.

Bersatu mari kita bersatu
Sebelum retak menanti belah

Berpadu mari kita berpadu
Sebelum perpaduan menjadi debu.

Nukilan: Arrian M.Y

Aktiviti 79

Lafazkan dan lagukan seloka serta nyatakan pengajarannya.

Nota Guru
• Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta

4.32.1 menyatakan pengajarannya.
Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mengaplikasi – Melagukan
EMK: Nilai Murni – Toleransi

Tatabahasa

Karya Perpaduan

Izzah dan rakan-rakannya berminat untuk menyertai Peraduan Video Pendek
Perpaduan yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah. Mereka meneliti iklan yang
dipaparkan dalam laman Facebook sekolah.

PERADUAN Hadiah Pemenang

VIDEO PENDEK Hadiah Pertama
RM250.00

Tarikh tutup #PerpaduanKita Hadiah Kedua
penyertaan RM150.00
27 Mei 20 Anjuran
Panitia Sejarah 2 Hadiah Ketiga
Maklumat Peraduan SK Seri Permai RM100.00

6 Hadiah Sagu Hati
RM50.00

• Peraduan ini terbuka kepada semua murid SK Seri Permai.

• Peserta peraduan mestilah berkumpulan untuk menggalakkan murid
bekerjasama.

• Sediakan video pendek yang berdurasi empat hingga lima minit sahaja.

• Hasilkan video pendek yang menggambarkan perpaduan dengan memilih
salah satu tajuk yang berikut:

Ikatan Cemerlang Gemerlap Harmoni Kesinambungan
Negara Gemilang Gelanggang Muhibah Perpaduan

• Muat naik video tersebut ke akaun Facebook sekolah dengan meletakkan
tanda pagar #PerpaduanKita.

• Daftarkan penyertaan anda dengan menggunakan borang Google
menerusi pautan http:bit.ly/perpaduankita.

Pemilihan Pemenang
• Pemenang ditentukan berdasarkan kriteria yang berikut:

– kreativiti semasa mempersembahkan video pendek
– kebolehan ketika mengetengahkan karya yang asli

Ayuh, hasilkan mahakarya Jika ada ketidakfahaman atau pertanyaan
anda! Kami menantikannya. tentang peraduan ini, hubungi Cikgu Rizal

(010-3456789)

Aktiviti

Cam dan kategorikan pelbagai kata berimbuhan. Kemudian, bina dialog
dengan menggunakan kata tersebut.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata berimbuhan.

5.2.1 • Bimbing murid membina dialog dengan menggunakan pelbagai kata berimbuhan.

80 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan

EMK: Nilai Murni – Perpaduan PAK-21: Satu Tetap Tiga Lilau

UNIT Gema Perpaduan

11

UNMITen1dengar dan Bertutur

Kafe Salam

Izzah dan keluarganya sering bersarapan di Kafe Salam. Pada suatu pagi,
Pak Cik Ah Seng telah bercerita tentang sejarah pembukaan kafe tersebut.

Bapa saya mewariskan sebuah kedai kepada saya. Kedai
tersebut terbiar setelah bapa saya meninggal dunia. Saya tiada
idea untuk mengusahakan kedai itu. Pada suatu hari, … .

12

• Abu dan Raju datang • mengeluarkan modal
• cadangan membuka bersama-sama

kafe • mengubah suai kedai

34

• mencipta logo kafe
• melambangkan

semangat setia kawan

Aktiviti • dikunjungi pelanggan
Sampaikan cerita. pelbagai kaum

• semakin maju

Nota Guru

• Bimbing murid menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan

1.3.1 ekspresi yang sesuai.

Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menjanakan 81

EMK: Nilai Murni – Kerjasama

Membaca

Irama yang Menyatukan Kita

Encik Faizal membelikan Izzah buku cerita yang mengandungi kisah perpaduan.
Antara kisah yang terdapat dalam buku tersebut adalah tentang muzik sebagai
alat penyatuan kaum.

Dari jauh Pak Cik Adi Johan melihat
sekumpulan kanak-kanak bernyanyi dengan
gembiranya. Dinesh menggunakan baldi
sebagai gendang. Izwan pula beraksi
mengetuk tin-tin susu dengan sebatang kayu.
Mei Lin dengan bergayanya meniup batang
buluh yang dijadikan serunai. Pak Cik Adi
Johan menghampiri mereka.

Ilmu tentang alat muzik.
Terdapat bahan terpakai
di persekitaran yang boleh
dijadikan seperti alat muzik.

“Wah, nampaknya kamu semua begitu gembira!
Mahukah pak cik ajar kamu semua bermain alat
muzik yang sebenar?” tanya Pak Cik Adi Johan.

Mereka bertiga berhenti bermain dan memandang
Pak Cik Adi Johan seolah-olah tidak percaya.

“Pak cik sebenarnya seorang guru muzik. Kalau
kamu semua mahu, boleh pak cik ajar kamu bertiga
bermain angklung,” kata Pak Cik Adi Johan lagi.

Pelawaan Pak Cik Adi Johan diterima oleh mereka
dengan hati yang gembira. Mereka tidak menyangka
bahawa ada yang memerhatikan mereka selama ini.

Selepas ini, mereka akan mempelajari muzik
secara formal. Walau bagaimanapun, pengalaman
bermain muzik dengan bahan terpakai tidak akan
dilupakan oleh mereka.

Nilai baik hati ditunjukkan oleh Pak Cik Adi
Johan yang mahu mengajar kanak-kanak
bermain muzik.

82

Menurut Pak Cik Adi Johan, muzik
antara medium untuk memupuk semangat
perpaduan. Beliau menjadikan penyanyi
Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad
sebagai contoh. Allahyarham membawa
mesej perpaduan dalam persembahannya.
Beliau mahu mereka mencontohi sikap
yang ditunjukkan oleh penyanyi tersebut.

“Angklung dibuat daripada buluh. Alat muzik ini
dikategorikan sebagai idiofon, iaitu muzik yang terhasil
daripada bunyi getaran. Dengan angklung, kita boleh
mempersembahkan pelbagai jenis lagu dengan
harmoninya,” jelas Pak Cik Adi Johan.

Mereka bertiga belajar bermain angklung dengan
bersungguh-sungguh. Pada mulanya, mereka tidak
begitu mahir tetapi mereka tidak berputus asa.
Lama-kelamaan, mereka dapat bermain angklung
dengan mantapnya.

Setelah mereka benar-benar mahir bermain,
Pak Cik Adi Johan telah membawa mereka membuat
persembahan di serata tempat. Dalam persembahan,
mereka membawakan lagu-lagu pelbagai kaum
di Malaysia. Persembahan mereka amat menghiburkan.

Info

Ilmu bermaksud segala jenis pengetahuan atau kepandaian
mengenai dunia, akhirat, dan sebagainya.
Nilai bermaksud amalan baik yang boleh dijadikan panduan.

Aktiviti

Baca teks cerita, kemudian nyatakan ilmu dan nilai daripada cerita tersebut.
Persembahkannya dalam pelbagai bentuk.

Nota Guru 83

• Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai yang terkandung dalam teks cerita.
2.3.2 • Bimbing murid mempersembahkan teks cerita dalam pelbagai bentuk.

Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
EMK: Nilai Murni – Kesungguhan

Menulis

Mari Bersyair

Audio syair

Izzah telah mendendangkan syair bertemakan perpaduan. Dia mahu menulis
syair tersebut dalam bentuk tulisan berangkai.

Bersatu Padu Teguh Tujuan

uhai rakan teman sejati, Bersatu padu tiada pilihan,
dengarlah pesanan sakti, Jika semua mahu bertahan,
Bersikap degil cetus bantahan,
Jagalah adab budi pekerti, Hubungan rapuh punca kelemahan.
ari bersama mencurah bakti.

Hendaklah ikhlas bersatu hati, Bersatu padu sahut seruan,
Bukan mengharap pulangan nanti, Bersihkan minda tentu haluan,
Bangsa yang kuat itu yang pasti, egara bangsa teguh tujuan,
Persada dunia orang hormati. alaysia jaya jadi tumpuan.

arilah kita duduk berunding, Nukilan: Ghazali Lateh

Lebih dan kurang jangan dibanding,
enang dan kalah bukan bertanding,
engatur langkah tangan berganding.

Aktiviti

Tulis syair dalam bentuk kad ucapan dengan menggunakan tulisan berangkai.

Nota Guru
• Bimbing murid menulis syair dengan tulisan berangkai.

3.1.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan

84 EMK: Nilai Murni – Perpaduan PAK-21: Jalan Galeri

Seni Bahasa

Hidup Harmoni

Format berbalas pantun

Persatuan Bahasa Melayu SK Seri Permai menganjurkan Hari Puisi. Pada hari
tersebut, terdapat acara berbalas pantun yang bertemakan perpaduan.

Buah delima manis terasa, Ke kota lama di hujung desa,
Di dalam peti di tepi pintu; Bersama teman menjelang Sabtu;
Kita tak sama budaya bangsa, Walau tak sama budaya bangsa,
Mengapakah mesti hidup bersatu? Demi keamanan mesti bersatu.

Pakai terendak meskipun redup, Mengelek buyung ke tepi terusan,
Ditutup tingkap hendak berjalan; Setelah lama penat terasa;
Jika hendak muhibah hidup, Bergotong-royong segala urusan,
Apakah sikap menjadi amalan? Bekerjasama sepanjang masa.

Anak dara menangkap kelisa, Nasi lemuni beli di kota,
Di Tasik Bera dengan joran; Makan berempat elok berpakat;
Dalam negara berbilang bangsa, Kekal harmoni sesama kita,
Bagaimanakah cara hidup berjiran? Jiran sepakat membawa berkat.

CB A

1 23

Aktiviti

Persembahkan pantun dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.

Nota Guru

• Bimbing murid mempersembahkan acara berbalas pantun dengan penuh penghayatan dan

4.2.2 gaya bahasa.

Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Mempersembahkan 85
EMK: Nilai Murni – Perpaduan

Tatabahasa

Balai Raya Muhibah

Sebagai setiausaha persatuan penduduk, bapa Izzah telah menulis sepucuk
surat untuk memohon sumbangan kewangan.

Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya,
234, Jalan Mengkuang,
31200 Ipoh,
_P_ER__A_K__D_A_R_U__L _R_I_D_Z_U__A_N_.______________________________________________________
Pengarah Urusan,
Syarikat Limau Kesturi,
Jalan Merah Saga,
31200 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN. 15 MEI 20 .

Tuan,

Permohonan Sumbangan Kewangan Pembinaan Balai Raya Muhibah

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Idaman
Jaya berhasrat untuk membina sebuah balai raya. Kemudahan ini akan dibina di tanah
wakaf, hak milik seorang penduduk tempatan. Beliau yang berjiwa besar berharap agar
pembinaannya dapat memperkukuh semangat perpaduan.

3. Pihak persatuan memerlukan balai raya ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti
perpaduan yang melibatkan pelbagai kaum. Antaranya termasuklah mesyuarat, rumah
terbuka hari perayaan, dan urus niaga persatuan.

4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan bermurah hati untuk menghulurkan
sumbangan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan pihak
urus setia pembinaan balai raya, Encik Ismail bin Zakaria, melalui talian 012-3456789.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahulukan
ucapan terima kasih.

Sekian. Munsyi Cilik

Yang benar, Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
(i) kata majmuk rangkai kata bebas
Faizal
Contoh: alat tulis, biru laut, jam tangan
(FAIZAL BIN OSMAN) (ii) kata majmuk istilah khusus
Setiausaha, Contoh: darah panas, segi tiga, urus setia
Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya. (iii) kata majmuk kiasan
Contoh: kaki ayam, buah tangan, manis mulut
Aktiviti

Senaraikan pelbagai kata majmuk yang terdapat dalam surat. Kemudian,
bercerita dengan menggunakan kata tersebut.

Nota Guru

• Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata majmuk.

5.2.2 • Bimbing murid membuat persembahan cerita dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.

86 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan

EMK: Nilai Murni – Murah hati PAK-21: Persembahan

UNIT Semarak Perpaduan

12

UNMITen1dengar dan Bertutur Video dokumentari

Juadah Perpaduan

Pada malam itu, Izzah sekeluarga telah menonton dokumentari tentang selera rakyat
Malaysia. Mereka tidak menyangka bahawa makanan juga boleh menyatukan
rakyat Malaysia.

bazar Ramadan

bukan hanya
dikunjungi oleh
penganut Islam

tempat hari
menjamu selera perayaan

menjadi tempat
pertemuan
masyarakat

berbilang kaum

pelbagai prihatin
juadah tentang
makanan
yang tidak
dimakan oleh
sesuatu kaum

Aktiviti terdapat makanan yang
Dengar dan tonton dokumentari. telah menjadi identiti
Kemudian, ceritakannya semula. masyarakat Malaysia

Nota Guru

• Bimbing murid mendengar dan menonton dokumentari.

1.3.2 • Bimbing murid menceritakan perkara yang didengar dan ditonton dengan sebutan yang

betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. 87

Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menerangkan

EMK: Nilai Murni – Perpaduan

Membaca

Perpaduan melalui Kokurikulum

Amna telah membaca sebuah rencana dan berita dalam sebuah majalah tentang
perpaduan melalui kegiatan kokurikulum.

Rencana

Pupuk Perpaduan melalui Kegiatan Kokurikulum

Perpaduan antara kaum di sekolah dapat dipupuk melalui kegiatan kokurikulum
dengan cara yang berikut:

1. Bekerjasama dalam Kegiatan Kokurikulum
Murid daripada pelbagai latar belakang akan
bekerjasama dalam kegiatan kokurikulum.
Amalan ini secara tidak langsung dapat
memupuk perpaduan.
2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa kelab, persatuan,
dan unit beruniform hendaklah melibatkan
semua kaum. Oleh itu, murid daripada
pelbagai kaum dapat berpadu tenaga
merancang kegiatan kokurikulum.
3. Sikap Prihatin
Semasa merancang kegiatan kokurikulum, ahli
jawatankuasa perlu peka akan sensitiviti kaum
lain. Sebagai contoh, juadah yang dihidangkan
dalam acara jamuan mestilah boleh dimakan
oleh semua ahli.
4. Kegiatan dengan Sekolah Lain
Pihak sekolah boleh mengadakan kegiatan
kokurikulum yang melibatkan murid pelbagai kaum dari sekolah lain.
Kegiatan ini dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan murid.

Buletin Murid

88

Berita Borneo

Menyemai Semangat Perpaduan melalui Perkhemahan

KUDAT, 26 Jun – Usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, budaya,
dan agama di Malaysia tidak mudah dicapai dalam masa yang singkat. Sebaliknya,
hasrat ini memerlukan proses yang panjang dan berterusan, menurut Encik Shaarani
bin Mahmud, Guru Besar SK Bitara Jaya.

Menurut beliau, Sabah menunjukkan contoh semangat perpaduan melalui
32 suku kaumnya. Dalam hal ini, rakyat Sabah menerima dan menghargai
kepelbagaian yang wujud. Seterusnya, rakyat Sabah menjadikannya sebagai
asas bagi menjanakan kekuatan untuk kepentingan bersama.

“Hidup harmoni, muhibah, dan toleransi dalam suasana perpaduan tidak akan
membuatkan kita kehilangan identiti. Perpaduan memerlukan keikhlasan untuk
kita menikmati pembangunan tanpa rasa syak wasangka,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform, SK Bitara Jaya. Perkhemahan yang melibatkan murid
pelbagai kaum itu diadakan selama tiga hari dua malam di Kem Semangat Waja.

Antara kegiatan dalam perkhemahan tersebut termasuklah merentas hutan,
turun cenuram, luncur keluang, dan kembara berpandu arah. Kegiatan ini
bermatlamat untuk menerapkan keyakinan, semangat sepasukan, dan sikap
kerjasama.

Aktiviti

Baca teks dan nyatakan ilmu dan nilai daripada teks tersebut. Kemudian,
persembahkannya dalam pelbagai bentuk.

Nota Guru

• Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai yang terkandung dalam bahan.

2.3.2 • Bimbing murid mempersembahkan bahan dalam pelbagai bentuk.

Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir 89

EMK: Nilai Murni – Kegigihan

Menulis

Sukan Wadah Perpaduan

Prasad melayari Internet. Dia terjumpa beberapa maklumat yang menggambarkan
perpaduan melalui sukan.

Pasukan badminton negara menjuarai
Piala Thomas pada tahun 1992.

Perpaduan dalam kalangan kami, Pasukan bola sepak negara
pemain bola sepak, pada ketika pada tahun 70-an.
itu bukan sahaja wujud di padang.
Semangat ini telah lama wujud, Pemain Pelbagai kaum
iaitu sejak kami kanak-kanak lagi, Penyokong
terutamanya ketika di bangku sekolah. Berlatih
Oleh itu, apabila kami dipanggil bersama-sama
untuk beraksi demi negara, kami Pelbagai kaum
tidak menghadapi masalah untuk
membentuk keserasian. Matlamat kami Sokongan tanpa
pada ketika itu hanyalah bermain demi mengira kaum
lencana pada dada.

Perpaduan
melalui Sukan

Khalid bin Ali, Kemudahan Gelanggang untuk
Bekas pemain semua kaum
bola sepak negara
Berkongsi
Aktiviti peralatan sukan

Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif.

Nota Guru

• Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis

3.2.1 dan kreatif daripada bahan multimedia.

90 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat

EMK: Nilai Murni – Rasional PAK-21: Tikar Perpaduan

Seni Bahasa

Perpaduan Teras Kejayaan

Izzah hendak menulis sajak yang akan dipersembahkannya di dalam kelas.

hidup sentosa mesranya
maju negara perhubungan

mengorak bersatu hati
langkah hidup sepakat

ikatan bersama-sama
keakraban menuju cita

satu gagasan seperti
satu harapan seberkas lidi tak
mudah patah

tak kira bangsa meski budaya
berpadu tenaga kita berbeza

Aktiviti

Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun. Kemudian, persembahkannya.

Nota Guru

• Bimbing murid menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan

4.3.1 bahan rangsangan.

• Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan gaya yang kreatif. 91

Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menghasilkan

EMK: Nilai Murni – Kasih sayang


Click to View FlipBook Version