The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 336-12-abhirami, 2022-09-16 13:02:51

1 BUKU LOG PANDU PUTERI

BUKU LOG PANDU PUTERI

ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI KADET

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui
Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan
terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang
membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.
Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:

1. Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)
2. Untuk pasukan besar

Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)

Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya,
Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan
seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan
taklimat

(Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut) Kapten
memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda. Istiadat menaikkan panji-
panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.

Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan
memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan
pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang Pembaca Doa
1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri
Renjer.

LEMBARAN KERJA
ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI KADET

Salin semula petikan tersebut dengan tulisan yang kemas.

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui
Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan
terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang
membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. Terdapat 2 cara bagi
Pembentukan Ladam Kuda.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
______________________________________________________

ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS
Lingkungan Tunas
Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia/Siti Setia) setiap
kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara
ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu
dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan.
Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng PP Tunas.

• Lagu Pandu Puteri Tunas

Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan

• Lagu Ahli Baharu
Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas

• Lagu kumpulan

ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di
tengahtengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya
tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil
kumpulan untuk masuk satu persatu.

Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan
kumpulan….

Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan
kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk seteah enam kumpulan
mengambil tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua
ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai
skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas.

Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan

SKIP KE KIRI SKIP KE KANAN KUMPULAN BERENAM

Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli
membentuk satu lingkungan besar

Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan
‘humming’ lagu kumpulan “na na na na……”, ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil
di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu
kumpulan. Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke
lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan
besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan.

Setelai selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua
ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan
menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri
Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. Pemimpin: akan
sebut perkataan “T.O.S” tiga kali.

Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali
Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah
seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam,
membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang
diguna dalam ladam kuda.

Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu
• Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu
akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.

• Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri
berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambil skip ke kiri dan kanan. Ahli
baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka.
• Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri
Tunas.

Penutupan Perjumpaan Mingguan

Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan
lagu. Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup
perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar.
Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari
lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar
baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga
secara rekaan.

Istiadat Pow Wow
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi,
membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin.

Cara melaksanakan
• Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan
memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang
kali.
• Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut.
• Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin
memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari).
• Semasa ahli inginn memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk
isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh
bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Wow
semua ahli boleh berdiri dan bersurai.



LEMBARAN KERJA
TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS

(ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS)

Sila suaikan gambar Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas yang telah diberikan dengan
jawapan yang telah disediakan.

Skip ke
kanan

Tema
kenderaan

Masuk
secara
rekaan

Skip ke kiri

Kumpulan
berenam

Tema
Haiwan

ISTIADAT BENDERA

Naik/ Cara Penjagaan Pelupusan
turun melipat bendera bendera
Bendera bendera

Naik/Turun Bendera

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.
Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan
memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan
dijalankan pada hari tersebut)

1. Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki
kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda).

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang pembaca doa
1 orang penyampai kata-kata hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk
Pandu
Puteri Ranjer Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan
atau majlis).

2. Kapten akan memberikan arahan seperti berikut:

Ahli membentuk ladam kuda

Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !
Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !
Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !
Cara melipat Bendera

Selepas bendera ditarik dan berkibar, Lagu Dunia akan dinyanyikan Pelbagai bentuk
tiang bendera besi atau kayu boleh digunakan mengikut kesesuaian.
Penjagaan bendera

● Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

● Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di
tempat yang tertentu.

● Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup
sesuatu.

● Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur
dan tidak sepatutnya dikibarkan.

● Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan
rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat.

Pelupusan Bendera

Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan
kerana dianggap sebagai bendera yang uzur. Pengibarannya menunjukkan rasa tidak
hormat kepada bendera tersebut. Bendera yang sedemikian tidak boleh dibuang di
dalam tong sampah sebaliknya perlu dimusnahkan dengan cara yang sopan seperti
dibakar secara tertutup dan bukan dilakukan di tempat-tempat awam.

LEMBARAN KERJA
ISTIADAT BENDARA
Nama: ____________________________
Kelas:_____________________________
Rajah di bawah menunjukkan cara melipat bendera pandu puteri. Label setiap rajah dengan
turutan melipat bendera dengan betul.

1

IKATAN DAN SIMPULAN

Simpul
manuk

Simpul Buku
Belit sila

Simpulan

Simpul Tindih
balak kasih

Bunga
geti

1. Simpulan Manuk
• Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula

mengikat ada kayu atau sebagainya.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan

selamat.
Teknik simpul manuk:
I. Mulakan simpul pada kayu.
II. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

III. Tarik hujung tali

2. Simpul Buku sila
• Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kaun oembalut luka atau kain anduh,

menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan.

• Ikatan ini direka agar kedua – dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

Teknik Simpul Buku Sila:
I. Letakkan hujung A di atas hujung B.

II. Masukkan hujung A dibawah B.

III. Kemudian lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

3. Simpul Tindih Kasih
• Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut

atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.
• Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja – kerja menyelamat seperti menyelamatkan

mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Teknik Simpul Tindih Kasih:

• Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
• Kemudian masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
• Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan

tersebut.

4. Simpul Bunga Geti
• Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar

saiznya. Sebagai contohnya, menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
• Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
Teknik Simpul Bunga Geti:

• Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul.

• Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

5. Simpul Balak
• Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban

seperti tongkol kayu dan sebagainya.
Teknik Simpul Balak

I. Menggunakan tali mengelilingi kayu.
II. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

6. Simpul Belit.
• Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang

kerana cara begini mudah dibuka atau tidak mudah tanggal ikatannya.
Teknik Simpul Belit:

Jenis – jenis ikatan:

Ikatan Ikatan
lilit seraya

kacang

Ikatan
serong

1. Ikatan Seraya

• Digunakan untuk mengikat kayu, atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,
tiang bendera dan lain – lain.

2. Ikatan Serong
• Untuk merapatkan dan mengikut dua batang kayu bersilang.

3. Ikatan Lilit Kacang.
• Digunakan untuk mengikat batang – batang kayu atau bukuh bagi membuat lantai

untuk sesuatu projek.
• Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga.

LEMBARAN KERJA

IKATAN DAN SIMPULAN

Padankan ikatan dan simpulan berikut berdasarkan gambar yang disediakan.

Ikatan dan Simpulan Gambar

1. Simpul Manuk

2. Simpul Buku Sila

3. Ikatan Seraya
4. ikatan Serong

PERKHEMAHAN
1.0 KONSEP

Aktiviti bagi memenuhi
masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran

Aktiviti yang boleh PERKHEMAHAN Penghidupan diluar
dilakukan seperti sama ada di hutan,
mendaki gunung, pantai bukit, gunung

berbasikal, dan sebagainya.
berkayak,
bersampan dan
berakit di sungai

Berkait rapat dengan ikhtiar
hidup secara individu atau

berkumpulan.

2.0 OBJEKTIF

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

•Melatih kadet untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba
kekurangan.
•Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh
tanggungjawab.
•Memberi pendedahan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar.
•Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet.
•Menanam sikap bekerjasama dalam kadet.
•Memberi peluang kepasa pelajar dalam mempraktikkan segala kemahiran
dan kecekapan yang ada pada mereka.

3.0 JENIS KHEMAH
1. Ridge Tent

2. Dome Tent

3. Frame Tent

4. Bell Tent

5. A-Frame
6. Hoop
7. Khemah Awan
8. Wedge

9. Pyramid

4.0 PEMILIHAN KHEMAH

a. Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.

b. Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.

c. Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.

d. Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.

e. Ukuran
- Mengikut bilangan orang.

5.0 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN
a. Tapak atau tanah rata.
b. Berhampiran punca air.
c. Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hamper dengan punca air.
d. Mudah mendapat bahan bakar.
e. Keselamatan kawasan.
f. Sesuai dengan bilangan peserta.
g. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika perlu.
h. Jauh daripada dahan mati.
i. Terlindung daripada angin.
j. Pandangan persekitaran menarik.
k. Mendapat sumber cahaya matahari.
l. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi tujuan
kecemasan.

6.0 KEMUDAHAN KECEMASAN

a. Khemah yang sesuai.
b. Beg galas.
c. Dapur.
d. Pelita.
e. Bahan penyala api
f. Kotak pertolongan cemas.
g. Lain-lain.

7.0 GAJET PERKHEMAHAN





LEMBARAN KERJA
PERKHEMAHAN

1. Sila tandakan (/) jawapan yang betul dalam pemilihan kawasan perkhemahan.

Tapak rata Jauh daripada Mudah
punca air mendapat
bahan bakar

Dikelilingi Mendapat Pandangan
dahan-dahan sumber cahaya persekitaran

mati matahari menarik

2. Selain itu, tapak perkhemahan juga perlulah sesuai.
Apakah sebab bagi pernyataan ini?

________________________________________________________

GEJET

Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu gejet bermaksud alat atau mesin yang kecil.
Gajet merupakan binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan
dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di
tapak perkhemahan.

Gejet dapur Gejet Gejet
pertolongan perkhemahan

cemas

1.Gejet Dapur

=-
Rajah 1.0 Gejet Meja Makan

Rajah 2.0 Gajet Dapur Pelbagai

Rajah 3.0 : Gajet dapur
2.Gejet Pertolongan Cemas
Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:

1. plaster - berbagai saiz dan bentuk 11. gunting hujung tumpul
2. dressing sterill - berbagai saiz 12. penyepit
3. kapas 13. pin penyelamat
4. kasa sterill serta swab kasa 14. kertas tisu
5.dressing khas untuk kes terbakar 15. losyen antiseptik
6. bandage 3 segi 16. losyen kalamin
7. bandage crepe penggulung 17. beberapa jenis bat seperti panadol, pil-pil
rawatan
8. pita lekat 18. lampu suluh
9. pad mata 19. pensil dan kertas
10. termometer

3.Gejet Perkhemahan

LEMBARAN
KERJA GAJET
1. Namakan jenis gajet di bawah.

2. Apakah fungsi gajet di bawah?

3. Berikan tiga jenis gajet selain di atas.
4. Senaraikan lima gajet alatan dalam peti pertolongan cemas.

KRAF GEJET
Bahan yang diperlukan semasa membina Gajet

- Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdiri daripada bahan-
bahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan.

- Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan
sebagainya.

- Kita juga memerlukan alatan yang sesuai untuk memotong, membelah dan
meraut bahan-bahan di atas.

- Antaranya ialah parang, gergaji dan pengali.
- Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut.
- Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan-bahan

semula jadi tersebut menjadi gajet.

Bahan-bahan Semula Jadi

Buluh

Bemban
Rotan
Bertam
Nibong

Enau
Alatan untuk Memotong, Membelah dan Meraut

Parang

Pisau
Gergaji

Bahan Pengikat

Tali Rotan
Jenis Ikatan yang Digunakan pada Gajet

Simpulan buku sila
- Untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar
saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang.

Simpul manuk
- Digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.
- Untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.

Ikatan seraya
- Untuk mengaitkan kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, menara,
gajet, tiang bendera dan lain-lain.

Ikatan serong

- Untuk mengikat dua tiang atau palang yang bersilang dan juga berguna untuk
membuat jambatan, menara dan lain-lain.

Lilik balak
- Merupakan ikatan sementara untuk mengikat tali ke batang kayu atau papan
dan juga boleh digunakan untuk mengikat kayu bulat atau papan.

Ikatan bunga keti
- Digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama saiznya.

LEMBARAN KERJA
KRAF GEJET

Jawab soalan-soalan berikut

1. Di manakah bahan yang diperlukan untuk membina gajet dapat diperolehi?

2. Nyatakan 3 bahan yang digunakan untuk membina gajet.
-
-
-

3. Nyatakan 3 alatan untuk memotong, membelah dan meraut.
-
-
-

4. Nyatakan 3 jenis ikatan yang digunakan pada gajet.
-
-
-

PERMAINAN PANDU PUTERI

Permainan Luas

Cara Pelaksanaan
● Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental
● Aktiviti permainan berstesen (station game)
● Mengandungi jalan cerita yang menarik
● Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan

Kebaikan
● Mempelajari ilmu yang baharu
● Meningkatkan ilmu pengetahuan Pandu Puteri
● Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

Permainan Kim

Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’
Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu yang dilihatnya. Kepandaian
beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk
melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh badan manusia. Permainan Kim ini melatih
seseorang menggunakan semua pancaindera sepeti mata dan ingatan, telinga dan
pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Cara-cara permainan

1) Stesen satu: Deria mata dan ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, botol minyak
dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat
barang-barang tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat barang-barang
tersebut. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan
menulis semua barang-barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingat
barang-barang dikira sebagai pemenang.

2) Stesen dua: Deria sentuh

Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh
barang. Contohnya jam, lilin, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa
dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan
kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan barang
dengan tepat dikira pemenang.

3) Stesen tiga: Deria rasa
Beberapa larutan disediakan seperti air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain
dikehendaki menutup
mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasainya. Pemain yang
paling banyak menyenaraikan larutan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

4) Stesen 4: Deria bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang
putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini
dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
Kemudian, mereka perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain yang dapat
menyenaraikan dengan banyak serta tepat dikira sebagai pemenang.

5) Stesen 5: Deria mata dan ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap
kumpulan diberi masa satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set
daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang berjaya
membawa daun-daun yang tepat dikira sebagai pemenang.

GARISKAN LEMBARAN KERJA
PERMAINAN
ASAL USUL .
. DERIA BAU
STESEN SATU . . DERIA RASA
. DERIA MATA&INGATAN
STESEN DUA . . DERIA SENTUH
. KIMBALL O’HARA
STESEN TIGA .
STESEN EMPAT .

STESEN LIMA .

NYANYIAN PANDU PUTERI

1. LAGU DUNIA

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;

Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;

Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

2. LAGU TAPS SIANG

Kami puji
Nikmat diberi
Matahari, bintang-bintang, langit biru
Mana pergi, Hidup kami
Tuhan saksi

Thanks and prise
For the day

Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky
As we go

This we know
God is nigh

3. LAGU TAPS MALAM

Malam datang
Siang hilang
Dari laut, dari gunung dari langit
Semua selamat
Sihat rehat
Berkat tuhan

Day is done
Gone the sun
From the sea, From the hills
From the sky

All is well
Safely rest
God is nigh

Nama: LEMBARAN KERJA
NYANYIAN PANDU PUTERI

Kelas:

LENGKAPKAN LAGU DUNIA PANDU PUTERI DI BAWAH

LAGU DUNIA
Arah kita jelas ke _________
Bendera berkibar
Tidak __________ di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk ___________
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada

Akan _______ lagu ini (2x)

KAWAD ISTIADAT LADAM KUDA

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. Melalui
Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan
terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang
membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain.

Arahan semasa kawad kaki bagi ahli pandu puteri yang tidak melebihi 20 orang :

1. Membentuk ladam kuda (cara pertama)

1. Pasukan
2. panji-panji, masuk baris!
3. Pasukan, masuk baris!
4. Pasukan, sedia!
5. Pasukan hentak kaki......... Hentak!
6. Pasukan ke ladam kuda, sepat jalan!
7. Pasukan, berhenti!
8. Ke dalam, pusing!
9. Pasukan panji-panji, jalankan tugas :
10. Pasukan panji-panji, masuk baris
11. Pasukan panji-panji, cepat jalan
12. Berhenti
13. Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.
14. Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
15. Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
16. Pasukan panji-panji, ke belakang pusing- cepat jalan ! berhenti !
17. Ke belakang / dalam pusing !

2. Membentuk ladam kuda (cara kedua)

1. Pasukan !
2. Ketua, masuk baris !
3. Pasukan, masuk baris !
4. Pasukan, sedia !
5. Pasukan hentak kaki......... Hentak !
6. Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan !
7. Pasukan, berhenti !
8. Ke dalam, pusing !
9. Pasukan panji-panji,keluar baris :
10. Pasukan panji-panji, sedia !
11. Cepat jalan !
12. Berhenti !
13. Ke kanan / ke kiri pusing !
14. Pembawa panji-panji akan mengibarkan bendera selepas lagu dunia dinyanyikan.

Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang.
15. Pasukan panji-panji, hormat bendera....hormat !
16. Pasukan panji-panji, ke kanan / ke kiri pusing !
17. Cepat jalan !
18. Berhenti !
19. Keluar baris!

3. Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.

1. Pasukan !
2. Ketua, masuk baris !
3. Ketua, bilang !
4. Ketua, ke kiri pusing !
5. Ketua bilang (mula dengan 0)
6. Dua langkah ke hadapan, gerak !
7. Pasukan, masuk baris !
8. Pasukan, sedia !
9. Ke kanan, lurus !
10. Pandang, depan !
11. Ketua, ambil kedatangan !
12. Kumpulan melur............... Senang diri !
13. Pasukan sedia !
14. Pasukan ke kanan, pusing !
15. Ketua, lapor !
16. Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

4. Pelantikan pandu puteri (setelah ahli membentuk ladam kuda)

1. Pasukan panji-panji, keluar baris !
2. Pasukan panji-panji, cepat jalan !Berhenti !
3. Ke kiri / ke kanan pusing !
4. Pasukan panji-panji, ke belakang, pusing !
5. Cepat jalan ! (apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan :

pasukan,hormat bendera, hormat ! )
6. Berhenti !
7. Ke dalam, pusing !
8. Ketua kumpulan .......(nama kumpulan) bawa ahli baru ke hadapan untuk dilantik

!Ahli baru, masuk baris !
9. Ahli baru, cepat jalan !.......berhenti !
10. Ke kanan / ke kiri pusing !
11. Ahli baru, ke kanan pusing !
12. Hormat bendera, hormat !
13. Ke kiri pusing ! .......hormat bendera, hormat !
14. Ke belakang pusing .....hormat pasukan, hormat !

15. Ke kanan / kiri pusing !
16. Cepat jalan .......... Berhenti !.....ke kanan / ke kiri pusing !
17. Masuk baris !
18. Ke dalam / belakang, pusing

5. Setelah selesai istiadat pelantikan:

1. Pasukan panji-panji, jalankan tugas !
2. Pasukan panji-panji, cepat jalan !
3. Berhenti !
4. Ke kanan / ke kiri pusing !
5. Cepat jalan !
6. Berhenti !
7. Pasukan ! .... Keluar baris !

6. Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau majlis )

1. Ahli membentuk ladam kuda
2. Pasukan panji-panji, keluar baris !
3. Pasukan panji-panji, sedia !
4. Cepat jalan !Berhenti !
5. Ke kanan / ke kiri pusing !
6. Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
7. Ke kanan / kiri pusing !
8. Cepat jalan !
9. Berhenti !
10. Keluar baris !
11. Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
12. Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
13. Pasukan bersurai !

NAMA : LEMBARAN KERJA
KAWAD ISTIADAT LADAM KUDA

UNIT:

Tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

1. Pilih jawapan dengan turutan yang tepat.

a) Arahan untuk istiadat mengambil kedatangan.

I. Ketua, ambil kedatangan !
Kumpulan bunga ............... Senang diri !

II. Ketua bilang (mula dengan 0)
Dua langkah ke hadapan, gerak !
Pasukan, masuk baris !
Pasukan, sedia !
Ke kanan, lurus !
Pandang, depan !

III. Pasukan sedia !
Pasukan ke kanan, pusing !
Ketua, lapor !
Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan !

IV. Pasukan !
Ketua, masuk baris !
Ketua, bilang !
Ketua, ke kiri pusing !

A. I,III,IV,II
B. IV,II,I,III
C. IV,I,II,III
D. I,IV,III,II

b) Istiadat menurunkan panji-panji dan taps (selepas selesai perjumpaan atau
majlis)

I. Ahli membentuk ladam kuda
Pasukan panji-panji, keluar baris !
Pasukan panji-panji, sedia !
Cepat jalan !Berhenti !
Ke kanan / ke kiri pusing !

II. Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten.
Pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !
Pasukan bersurai !

III. Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat !
Ke kanan / kiri pusing !
Cepat jalan !
Berhenti !
Keluar baris !


Click to View FlipBook Version