Lampiran 2
Gunting dan tampal di tempat yang betul:
(5) REFLEKSI
(6) PERAKUAN DAN ULASAN PENGUJI
1. Dengan ini, diperakui bahawa …………………………………………………..
………………………………………………………………………………………
telah berjaya menjalani semua ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas.
3. Calon ini juga telah menyiapkan modul mengikut syarat-syarat yang
telah ditetapkan.
Ulasan Penguji 1:
Calon ini ……………………………………………………………………
……………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
Tandatangan Penguji 1: …………………………………………………
Nama : …………………………………………………………………….
Jawatan: ………………………………………………………………….
Tarikh: ……………………………………………………………………
Tandatangan Penguji 2: ………………………………………………..
Nama: ……………………………………………………………………..
Jawatan: …………………………………………………………………...
Tarikh: ……………………………………………………………………..
(7)
LAMPIRAN SIJIL PELANTIKAN
Nama: ………………………………..
………………………………………..
Cawangan: …………………………
……………………………………….
1
ARAHAN KEPADA PENGGUNA MODUL:
Kepada calon (Pandu Puteri Tunas):
1. Calon perlu menyiapkan semua tugasan
dalam modul ini.
2. Calon boleh menjawab dengan tulis tangan
dalam modul ini atau menaip dengan komputer.
3. Calon harus menjawab dengan kreativiti sendiri.
4. Calon digalakkan mewarna dan menambah
grafik yang sesuai dalam modul.
Kepada Penguji:
1. Penguji 1 – Menandatangani dan memberi ulasan
di muka surat Perakuan dan Ulasan
Penguji selepas ujian amali.
- Menulis nama, jawatan dan tarikh
dalam ruang yang disediakan.
2. Penguji 2 – Menandatangani dan menulis
nama, jawatan dan tarikh di ruang
yang disediakan selepas
menyemak modul calon.
KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL PERKARA
1. Biodata
2. Syarat-syarat Ujian
3. Laporan Keseluruhan Ujian
4. Pelaksanaan Ujian
5. Refleksi calon
6. Perakuan dan Ulasan Penguji
7. Salinan Sijil
(1)
BIODATA
Gambar dalam uniform
Pandu Puteri
Bersaiz passport Bukan
swafoto
Nama
Tarikh Lahir
No. Kad Pengenalan
Nama Pasukan
No. Keahlian
Tarikh Dilantik
Jawatan Dalam Pandu
Puteri
Alamat Sekolah
No. Telefon
Alamat E-mel
Alamat Rumah
Hobi
Cita-cita
Sebab menjadi ahli
Pandu Puteri Tunas
(2) SYARAT-SYARAT UJIAN
BIL
Kawad dan Istiadat Pandu Puteri Tunas
A. Mengetahui dan melaksanakan istiadat-istiadat berikut:
(i) Lingkungan Pandu Puteri Tunas
(ii) Pow-wow
(iii) Upacara Pelantikan
(iv) Hormat Besar
(3) LAPORAN
Tarikh Ujian:
Masa:
Tempat:
Laporan keseluruhan ujian:
(4)
PELAKSANAAN UJIAN
A. Mengetahui dan melaksanakan istiadat berikut:
(i) Lingkungan Pandu Puteri Tunas
NOTA:
Lingkungan ini diadakan pada setiap permulaan perjumpaan. Semua
pasukan ada satu bendera kecil (pennant) yang menandakan tempat
lingkungan. Bendera kecil ini diletakkan di tengah lingkungan.
Cara Melakukan Lingkungan Pandu Puteri Tunas
Tulis numbor ikut susunan melaksanakan Lingkungan Pandu Puteri Tunas dalam petak-
petak di hadapan setiap ayat berikut:
No. Cara Melakukan Lingkungan Pandu Puteri Tunas
Tiap-tiap kumpulan berenam bergilir-gilir skip ke tengah. Pegang tangan. Skip ke kiri
sekali dan ke kanan sekali sambil menyanyi lagu kumpulannya.Kemudian skip balik
ke lingkungan besar.
Semua ahli baharu skip ke tengah dan duduk bertinggung mengelilingi bendera
kecil.
Semua Pandu Puteri Tunas dan ahli baharu masuk lingkungan dengan cara rekaan.
Semua ahli baharu bangun. Pegang tangan. Skip ke kiri sekali dan ke kanan sekali sambal
menyanyi lagu Ahli Baharu. Kemudian skip dan masuk balik ke kumpulan masing-masing
di lingkungan besar.
Semua Pandu Puteri Tunas pegang tangan. Skip ke kiri sekali dan ke kana sekali
sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas.
Semua Pandu Puteri Tunas pegang tangan. Skip ke kiri sekali dan ke kana sekali
sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas untuk kali kedua.
Semua ahli menunjukkan isyarat TOS.
Gambar-gambar lingkungan:
Ahli baharu duduk bertinggung di tengah lingkungan
Pandu Puteri Tunas pegang tangan dan skip ke kiri sekali
sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas pegang tangan dan skip ke kanan
sekali sambil menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas
AMALI:
Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan Lingkungan
Pandu Puteri Tunas dengan betul dan kemas.
Tarikh: Tandatangan penguji:
Nama:
……………….
(ii) Mengetahui dan melaksanakan istiadat berikut:
● Pow-Wow
Cara melakukan Lingkungan Pow-Wow
Lingkungan ini di adakan untuk menyampaikan berita, berbincang, menilai kerja atau
merancangkan perkara yang khas. Lingkungan ini khas untuk ahli-ahli pasukan
Pandu Puteri Tunas sahaja. Kakak Setia menjadi pengerusi dalam Lingkungan Pow-
Wow.
1. Semua Pandu Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam Lingkungan.
2. Ada isyarat khas untuk Pandu Puteri Tunas jika dia hendak bercakap atau
bertanya, iaitu dengan dua jari tangan kanan diletakkan di lantai di
hadapannya atau dengan isyarat rekaan.
3. Dalam Lingkungan ini Pandu Puteri Tunas juga boleh mengundi. Isyarat
“Undi Rahsia” ialah Pandu Puteri Tunas duduk dengan tangan kanan letak
di belakang, tunjukkan satu jari jika bersetuju atau genggam semua jari jika
membantah atau dengan isyarat rekaan. Siti Setia akan berjalan mengelilingi
lingkungan dan mengira undi.
Gambar-gambar Lingkungan Pow-Wow
Tulis kapsyen di dalam petak di bawah gambar-gambar berikut:
AMALI:
Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan Lingkungan Pow-
Wow dengan betul dan kemas.
Tarikh: ……………………. Tandatangan penguji:
Nama:
(iii) Mengetahui dan melaksanakan upacara berikut:
● Upacara Pelantikan
Lengkapkan ucapan pada masa melaksanakan upacara pelantikan:
1
Tahukah anda bahawa apabila
anda melafazkan Persetiaan
Pandu Puteri, anda selalu mesti
mematuhinya dan mencuba
dengan sedaya upaya untuk
menjalankannya ?
KAKAK SETIA
2
AHLI BAHARU
Mari dekat dengan lambang ini
dan lafazkan Persetiaan anda
sebagai seorang Pandu Puteri.
KAKAK SETIA
Lengkapkan ucapan pada masa melaksanakan upacara pelantikan:
Tulis persetiaan di sini. 3
AHLI BARU
4
(Menyematkan Lencana Tunas Puteri
pada skaf ahli baru). Anda sekarang seorang
Pandu Puteri Tunas dalam Pasukan
………………………………
Saya harap anda akan bekerja
bersungguh-sungguh untuk
kebaikan pasukan ini.
KAKAK SETIA
Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan
Pandu Puteri Tunas. Kemudian Pasukan akan memberi ‘Hormat Besar’
kepada Pandu Puteri Tunas baru itu dan Pandu Puteri Tunas tersebut
membalas dengan tabik hormat kepada Pasukan serta dibawa ke kumpulan
berenamnya.
(iv) Mengetahui dan melaksanakan upacara berikut:
● Upacara Hormat Besar
NOTA
Hormat Besar Pandu Puteri Tunas adalah suatu upacara khas untuk menyambut, mengalu-
alukan atau memberi tahniah kepada orang-orang seperti:
(a) Tetamu atau para undangan khas
(b) Pesuruhjaya dan pemimpin
(c) Ahli baharu yang telah dilantik
(d) Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana-lencana lain.
CARANYA
1. Dimulakan dengan Lingkungan Pandu Puteri Tunas.
2. Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan dengan tangan
dalam bentuk kuntum bunga tertutup.
3. Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri Tunas
dan dibawa ke dalam lingkungan besar.
4. (a) Selepas tetamu khas dibawa ke tengah lingkungan, semua Pandu Puteri
Tunas akan beraksi seperti bunga berkembang besar.
(b) Kemudian, semua bertepuk tangan di atas bahu sebelah kiri
sebanyak empat kali dan ucapkan “Selamat datang”.
(c) Kemudian, bertepuk tangan di atas bahu kanan sebanyak empat
kali dan ucapkan “Selamat datang”.
5. Selepas itu semua berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil
tersenyum.
Gambar Hormat Besar
AMALI:
Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan upacara Hormat Besar
dengan betul dan kemas.
Tarikh: ……………………. Tandatangan penguji:
Nama:
(5)
REFLEKSI
(6)
PERAKUAN DAN ULASAN PENGUJI
1. Dengan ini, diperakui bahawa …………………………………
……………………………………………………………………..
telah berjaya menjalani ujian Kawad dan Istiadat Pandu Puteri
Tunas pada …………………………. ( nyatakan tarikh )
2. Calon ini juga telah menyiapkan modul mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan dan layak memakai Lencana Kawad dan
Istiadat Pandu Puteri Tunas.
Ulasan Penguji 1:
Calon ini
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
Tandatangan Penguji 1: …………………………………………………
Nama : …………………………………………………………………….
Jawatan: ………………………………………………………………….
Tarikh: ………….
Tandatangan Penguji 2:……………………………………………
Nama:………………………………………………………………..
Jawatan: …………………………………………………………………...
Tarikh: ………
(7)
LAMPIRAN SALINAN SIJIL
LEMBARAN KERJA
PENGENDALIAN UJIAN KECEKAPAN
1. Nyatakan empat syarat-syarat ujian prinsip asas menjadi seorang ahli pandu puteri yang
perlu diketahui?
i.
ii.
iii.
iv.
2. Pilih syarat-syarat ujian tersebut mengikut turutan yang betul.
i. Isyarat dan hormat
ii. Berjabat tangan
iii. Persetiaan
iv. Undang-undang
v. Cogan kata
a) i, ii, iii, iv, v
b) ii, iii, iv, i, v
c) iii, iv, v, i, ii
d) v, i, iv, iii, ii
3. Dalam ujian kecekapan lencana kawad dan istiadat, nyatakan empat syarat ujian yang perlu
diketahui dan dilaksanakan oleh Pandu Puteri Tunas.
i.
ii.
iii.
iv.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
MUKADIMAH
Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri
Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan
Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah
disemak pada tahun 1991.
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana
badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak
perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan
membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang
telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah.
PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI
Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.
Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan
Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan
Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan
politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan
mematuhi Undang-Undang Kepanduan.
Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan
iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang
bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
viii. Simbolisme
2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua
kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan
yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.
Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:
Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada
Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa
berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu
Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia.
Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:
Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun
Pandu Puteri Pra-Tunas
Pandu Puteri Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Remaja 6 – 12 tahun
Pandu Puteri Renjer 12 – 15 tahun
Pandu Puteri Kadet 15 – 18 tahun
Pandu Puteri Siswi
Pandu Puteri Dewasa +18 tahun
+18 tahun
+18 tahun
Bahagian Dewasa +18 tahun
Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun
Penolong Pemimpin +18 tahun
Pemimpin +21 Tahun
Jurulatih +24 tahun
Pesuruhjaya +24 tahun
Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun
Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun
Guild Trefoil +24 tahun
Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara
daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar
sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan
dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri
menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat
dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli
Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian
Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta
individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi
memegang waran.
Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan
bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli
Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila
masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang
pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang
diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan
jawatan tersebut.
Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan
yang termaktub dalam Perlembagaan ini.
Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli
yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan
keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad.
PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di
dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.:
a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan
meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas;
b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-
kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak,
kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia;
c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di
dalam Negara dan seluruh dunia;
d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun
dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 – LENCANA
USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah
empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam
bulatan di sekelilingnya.
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya),
bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk
menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran
kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan
melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.
PERKARA 5 – PENAUNG
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan
Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
- menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF
Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan
ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat
Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa
ke semasa.
6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang
tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada
Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Yang Dipertua
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya
Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
Perdana Menteri Malaysia.
Timbalan Yang Dipertua
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk
tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang
Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.
Ketua Pesuruhjaya
Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun.
Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-
Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan
memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh
tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang
sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif
Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada
setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan.
Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan
memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana
pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi
tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.
USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai
di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60
tahun, and 30% di atas umur 60 tahun.
USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga
Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan
di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif
Kebangsaan.
USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
6.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua
Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya
Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada
mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila
korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan
diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan
ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan,
pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri
Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:
i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan;
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk
memastikan pencapaian yang baik;
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan
perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti;
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan
pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program
latihan terancang;
v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan
orang awam;
vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan
dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan
dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 11: PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN
Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan
mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun
ke atas. USUL 3: Tiga (3) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 tahun.
Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat
Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:
Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan:
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari
Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi.
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari
semasa ke semasa:
Tiada hak untuk mengundi.
Wakil Cawangan:
USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi.
USUL 10: Majlis Kejurulatihan:
10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.
Guild Pandu Puteri Raja:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas
(14) undi.
Guild Trefoil:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas
(14) undi.
Guild Mantan Pesuruhjaya:
Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi.
Wakil Kelab Pandu Puteri:
Dibenarkan mengundi.
Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan:
Tiada hak untuk mengundi.
7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung.
Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun
berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya
dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
7.3 Kekerapan Mesyuarat
Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat
dari tarikh 30 Jun.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada
satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
7.4 Korum and Kuasa Pengundian
Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli
yang mengundi.
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum
tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan
ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua
keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan
ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan
Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga
undi majoriti.
USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis
Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar
yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun
tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:
i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu
penting;
iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan;
v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan
vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran
Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;
vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;
viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan;
ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan
undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8 – KEWANGAN
Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:
i.kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan.
ii.derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan
daripada pelaburan.
Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan
sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-
mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang
dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing.
Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa
pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus
dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan
menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua
penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada
penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.
Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh
14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira
serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun
kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.
PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN
Cawangan Persatuan terdiri daripada:
i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu.
ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
iii.iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-
isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.
Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan
Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan
dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap
Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan
Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-
pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap
Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk
diluluskan.
Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang
ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui
undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.
USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif
Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat
belas (14) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
PERKARA 11– PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung
Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua
pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua
pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir.
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset
selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana
yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk
pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai
tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9
Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
LEMBARAN KERJA
PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI
Berdasarkan rajah di atas, sila tandakan (/) bagi bilangan pecahan bintang yang
betul.
a) 10 ( )
b) 18 ( )
c) 14 ( )
d) 20 ( )
Berdasarkan rajah di atas, sila salin semula tugas-tugas dan tanggungjawab
Penaung Diraja dalam ruangan jawapan yang disediakan.
a)
b)
c)
JURU PERTOLONGAN CEMAS
Seorang Juru Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir perlu mempunyai ciri-ciri:
• Tajam Pemerhatian – nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
• Pantas Ikthiar – menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada
sekelilingnya.
• Tidak Kasar – jangan menyakitkan orang yang tercedera
• Berakhlak Budi – tidak menambah kesakitan.
• Bertimbang Rasa – menghiburkan hati orang yang tercedera.
• Sentiasa tersenyum – muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.
Tanggunjawab Juru Pertolongan Cemas
• Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan.
• Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
• Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
• Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.
Tugas Juru Pertolongan Cemas
1. Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit:
2. Menahan pendarahan.
3. Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
4. Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
5. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas.
6. Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
7. Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
8. Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang bersih.
LEMBARAN KERJA
JURU PERTOLONGAN CEMAS
1. Sila tandakan (/) pada jawapan yang betul.
A. Tugas Seorang Juru Pertolongan Cemas
Menahan Mendapat sumber
pendarahan cahaya matahari
Berikan Mendapat alat-
perlindungan di alat permainan
tempat yang teduh
dan selesa
Berikan duit Berikan pemulihan
kepada mangsa pernafasan jika
mangsa tidak
bernafas.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
JALAN SIKAMAT
70400 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM
KEDET PANDU PUTERI MALAYSIA KUMPULAN
PISMP SEMESTER 4
2022
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET PANDU PUTERI
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan merupakan kandungan komuniti manusia yang hidup bersama, iaitu yang
dirancang dalam pendidikan (Meier & Mitchell, 1993). Aktiviti perkhemahan unit beruniform
adalah salah satu aktiviti yang utama dalam kegiatan ko-kurikulum. Berbagai-bagai nilai
dapat diterapkan semasa perkhemahan dijalankan seperti bekerjasama,
bertanggungjawab, tolong-menolong, berdisiplin dan mementingkan bertindak secara
berkumpulan berbanding dengan peribadi. Pelajar akan menghadapi pelbagai jenis cabaran
dan dugaan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan berkeyakinan diri masing-masing. Melalui aktiviti
perkhemahan, pelajar akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Program ini diharap melahirkan guru-
guru yang memiliki sahsiah yang baik dan memantapkan profesion keguruan serta sentiasa
bersedia untuk menghadapi segala cabaran pendidikan berdasarakan pengalaman yang
diperoleh.
2.0 RASIONAL
Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini bertujuan untuk memenuhi syarat tamat kursus
GERKO unit beruniform bagi pelajar Semester 4.
3.0 OBJEKTIF
i. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dalam
pelaksanaan sesuatu aktiviti
ii. Melahirkan pelajar yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam berbagai-
bagai situasi
iii. Meningkatkan keberanian dan keyakinan pelajar
iv. Membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial
v. Memupuk nilai-nilai murni seperti bertoleransi, bertolak ansur, bertanggungjawab
dan menghargai alam sekitar
vi. Melatih pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain
4.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh: 3 Oktober 2022 – 6 Oktober 2022 (Isnin – Khamis)
Masa: 8.00 pagi (Isnin) – 11.00 pagi (Khamis)
5.0 TEMPAT
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
6.0 KUMPULAN SASARAN
Ahli Persatuan Pandu Puteri Semester 4
7.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
8.0 ANGGARAN PEMBELAJARAN Kos Jumlah
Bil Perkara
1. Makanan dan minunan 8 x RM 28.00 RM 224.00
8 x RM 15.00 RM 120.00
Beras 10kg 10 x RM 8.00 RM 80.00
Ayam 8 x RM 4.00 RM 32.00
Telur 4 botol besar x RM RM 100.00
Labu 25.00
Kicap dan sos 2 botol x RM 25.00 RM 50.00
40 x RM 3.00 x 4 RM 480.00
Minyak memasak 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Sarapan pagi 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum pagi 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Makanan tengah hari 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum petang RM 2766.00
Makan malam
10 x RM 13.90 RM 139.00
2. Peralatan 6 x RM 20.00 RM 120.00
Lampu khemah 6 x RM 50.00 RM 300.00
Kuali 6 x RM20.00 RM 120.00
Dapur memasak 6 x RM 12.00 RM 72.00
Gas memasak 6 x RM 10.00 RM 60.00
Pisau 5 pack x 10.00 RM 50.00
Papan pemotong 6 roll x RM 6.00 RM 36.00
Kayu api 16 x RM 1.00 RM 16.00
Tali 6 x RM 5.00 RM 30.00
Kertas Mahjong 6 pack x 15.00 RM 90.00
Masking tape
Marker pen
Tiang kayu 6 x RM 2.00 RM 12.00
Kain putih 6 x RM 5.00 RM 30.00
RM 1075.00
3. Hadiah 3 x RM 70.00
Hadiah pertandingan kumpulan (3 3 x RM 60.00 RM 210.00
acara) 3 x RM 50.00 RM 180.00
- Johan RM 150.00
- Naib johan RM 80.00
- Ketiga RM 30.00
Johan keseluruhan RM 650.00
Cederamata perasmi RM 4491.00
JUMLAH
9.0 AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN
Penaung : Pengarah
Penasihat : Pn. Azibah binti Baharom
Pengerusi : Pn. Erana binti Abdul Saman
Setiausaha : Nurin Alyea binti Latip
Bendahari : Aqilatul Hannan binti Muhammad
Kem Komanden Yusri
: Emmerald Eugenia Anak Ja’au
Pen. Kem Komanden : Nur Annisa Sofia binti Khairul Azam
AJK Pendaftaran : Rithika a/p Sugumaran
Abinaya Bharathi a/p Ramao
AJK Penginapan : Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan
AJK Peralatan dan Khemah : Nur Nabila binti Hussein
Nur Syahirah Goh
AJK Makanan dan : Abhirami a/p Varasingam
Minuman Rutrapriya a/p Permalu
AJK Keselamatan : Nurin binti Hanif Suhairi
Shubashini a/p K Subramanian
AJK Kebersihan : Nur Amalin Aisyah binti Md Haswadi
Alya Qisstina binti Rassidi
AJK Aktiviti : Nursyazwani binti Baharudin
AJK Hadiah dan Nurul Alia Ibtisan binti Abd Aziz
Cenderamata Subharoshini a/p Balakrishnan
AJK Jurugambar dan Raajeswari a/p Selvaraja
Dokumentasi Lee Hew Thung
Amila Faqihah binti Zaidi
: Dasrshanah a/p Tiagarajah
: Wong Xin Yi
10.0 PROGRAM TENTATIF
3 OKTOBER 2022 (ISNIN)
Masa Perkara AJK bertugas
Rithika a/p Sugumaran
7.30 – 8.00 pagi Ketibaan murid, Abinaya Bharathi a/p
Ramao
pendaftaran Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
8.00 – 8.30 pagi Sarapan pagi En. Lim Zi Jun
En. Lim Zi Jun
8.30 – 9.00 pagi Taklimat perkhemahan Nur Nabila binti Hussein
9.00 – 10.00 pg Mendirikan khemah Nur Syahirah Goh
Abhirami a/p Varasingam
10.00 – 10.30 pg Minum pagi Rutrapriya a/p Permalu
10.30 – 11.00 pg Nursyazwani binti Baharudin
11.00 – 12.30 tgh hari ‘Ice breaking’ Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Pembahagian kumpulan Aziz
12.30 – 1.00 ptg
1.00 – 2.00 ptg - aktiviti mencipta Abhirami a/p Varasingam
2.00 – 2.30 ptg slogan dan bendera Rutrapriya a/p Permalu
kumpulan
Ustaz Bahrudin Udzir
Makan tengah hari Pn. Tan Yee Ling
En. Tan Wei Heng
Solat zohor
Taklimat program dan
peraturan keselamatan
2.30 – 4.00 ptg Latihan kawad kaki Nursyazwani binti Baharudin
4.00 – 4.30 ptg Minum petang Abhirami a/p Varasingam
4.30 – 6.00 ptg Rutrapriya a/p Permalu
6.00 – 7.00 ptg Persiapan diri dan mandi
Solat maghrib berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir
7.00 – 8.00 mlm dan kuliah maghrib Pn. Lim Hui Hui
8.00 – 8.30 mlm Slot moral (bukan
8.30 – 11.30 mlm beragama Islam) Ustaz Bahrudin Udzir
11.30 mlm Solat isyak berjemaah Abhirami a/p Varasingam
Makan malam Rutrapriya a/p Permalu
Subharoshini a/p
Persediaan persembahan Balakrishnan
Malam Kebudayaan
Tidur
4 OKTOBER 2022 (SELASA)
Masa Perkara AJK bertugas
5.00 – 6.00 pg Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir
6.00 – 7.00 pg Senamrobik Amila Faqihah binti Zaidi
Raajeswari a/p Selvaraja
7.00 – 7.30 pg Sarapan pagi Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
7.30 – 10.00 pg Pertandingan kawad kaki Nursyazwani binti Baharudin
10.00 – 10.30 pg Minum pagi Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
10.30 – 11.30 pg Aktiviti kumpulan Lee Hew Thung
11.30 – 1.30 ptg Pertandingan memasak Amila Faqihah binti Zaidi
tengah hari dan makan
1.30 -2.00 ptg tengah hari Ustaz Bahrudin Udzir
2.00 – 4.00 ptg Solat zohor Subharoshini a/p
4.00 – 4.30 ptg Pertandingan simpulan Balakrishnan
dan ikatan
Minum petang Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
4.30 – 7.00 ptg Demo pertolongan cemas En. Lim Zi Jun
dan pertandingan Lee Hew Thung
7.00 – 8.00 mlm pertolongan cemas
8.00 – 8.30 mlm Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir
8.30 – 11.30 mlm Makan malam Abhirami a/p Varasingam
11.30 mlm Rutrapriya a/p Permalu
Cooperative Games Nursyazwani binti Baharudin
Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Tidur Aziz
5 OKTOBER 2022 (RABU)
Masa Perkara AJK bertugas
7.30 – 8.00 pagi Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir
8.00 – 8.30 pagi Pemeriksaan Khemah Nur Nabila binti Hussein
8.30 – 9.00 pagi Nur Syahirah Goh
Sarapan pagi Abhirami a/p Varasingam
9.00 – 10.00 pg Rutrapriya a/p Permalu
Splash Water Subharoshini a/p
10.00 – 10.30 pg Balakrishnan
Minum pagi Raajeswari a/p Selvaraja
10.30 – 12.30 ptg Abhirami a/p Varasingam
12.30 – 1.00 ptg Jungle Trekking Rutrapriya a/p Permalu
Lee Hew Thung
1.00 – 2.00 ptg Makan tengah hari Amila Faqihah binti Zaidi
2.00 – 4.30 ptg Abhirami a/p Varasingam
4.00 – 4.30 ptg Solat zohor Rutrapriya a/p Permalu
Survival Skills Ustaz Bahrudin Udzir
4.30 – 6.00 ptg Minum petang En. Tan Wei Heng
6.00 – 7.00 ptg Abhirami a/p Varasingam
Persiapan diri dan mandi Rutrapriya a/p Permalu
7.00 – 8.00 mlm Solat maghrib berjemaah
dan kuliah maghrib Ustaz Bahrudin Udzir
Slot moral (bukan beragama Pn. Lim Hui Hui
Islam)
Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir
8.00 – 8.30 mlm Makan malam Abhirami a/p Varasingam
8.30 – 11.30 mlm Rutrapriya a/p Permalu
11.30 mlm Pertandingan persembahan Nursyazwani binti Baharudin
Malam Kebudayaan
Tidur
6 OKTOBER 2022 (KHAMIS)
Masa Perkara AJK bertugas
5.00 – 6.00 pg Bangun pagi/ solat subuh
6.00 – 7.00 pg Senamrobik Ustaz Bahrudin Udzir
7.00 – 7.30 pg Sarapan pagi Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Aziz
7.30 – 8.00 pg Menurunkan khemah Subharoshini a/p
8.00 – 8.30 pg Minum pagi Balakrishnan
Abhirami a/p Varasingam
8.30 – 9.00 pg Raptai perasmian & penutup
9.00 – 10.00 pg Majlis penutup Rutrapriya a/p Permalu
10.00 – 11.00 pg Sesi bergambar, bersih
kawasan perkhemahan dan Nur Nabila binti Hussein
bersurai
Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan
Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan
Nur Amalin Aisyah binti Md
Haswadi
Alya Qisstina binti Rassidi
Wong Xin Yi
11.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program ini yang dirancang ini dapat melahirkan guru
yang mempunyai jati diri dan sikap bertabah untuk menghadapi segala cabaran dan
dugaan pada masa depan. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan pelajar seperti tolong-menolong, berdikari, bertoleransi dan
sebagainya. Semoga program ini dapat dilaksanakan pada tahun depan mengikut
kesesuaian masa, tenaga dan peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah.
Disediakan oleh,
______________________
(NURIN ALYEA BINTI LATIP)
Setiausaha AJK Perkhemahan Unit Beruniform,
Persatuan Pandu Puteri,
IPG Kampus Raja Melewar.
LEMBARAN KERJA
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PANDU PUTERI
Sila jawab soalan yang berikut.
1. Apakah fungsi kertas kerja?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________
2. Apakah isi kandungan yang perlu ada dalam sesuatu kertas kerja?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________
3. Mengapakah objektif adalah penting dalam sesuatu kertas kerja?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________
4. Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya tidak mempunyai tentatif program?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN KEAHLIAN
1. Pendaftaran Ahli Baru
Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-
masing.
2. Ahli Seumur Hidup
i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)
ii) Yuran: RM250.00 sekali bayar sahaja.
iii) Kelayakan:
a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.
b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM5.00 bagi setiap
tahun sehingga umur 35 tahun.
Contoh: Jika umur 30 tahun
Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00
iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran.
3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula
i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang
PPPM.
ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu
Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.
4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
i) RM2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).
ii) RM5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet/Siswi/Dewasa
/Pemimpin/Guild Trefoil).
iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.
iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.
5. Cara Pembayaran:
i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar
terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Bank: CIMB
Nama Akaun: Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Nombor Akaun: 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan
Pandu Puteri Malaysia).
iv) Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti
pembayaran.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi:
Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu.
59700 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229
SMS:012-2646820 / 012-2646850
Faks: 03-22826579
Alamat Emel: [email protected]