The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TANG LIH FANG Moe, 2020-07-15 07:15:20

KOLEKSI ESEI Ekonomi Penggal 2

Esei

Keywords: Makroekonomi

KOLEKSI SOALAN ESEI &
JAWAPAN

EKONOMI 2 STPM

1

BAB 1 PENGENALAN

1 Dengan menggunakan carta/gambar rajah aliran pusingan pendapatan/aliran wang,

huraikan aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tiga sektor @ jelaskan peranan

isirumah, firma dan kerajaan dalam ekonomi tiga sektor. [10]

(1) Pendapatan factor pengeluaran (Y)

PASARAN FAKTOR

(5)Tabungan (S) (6)Pelaburan (I)

ISI RUMAH INSTITUSI FIRMA
KEWANGAN

(3) Cukai (T)

KERAJAAN (3) Cukai (T)
(4) Perbelanjaan kerajaan (G)
(4) Perbelanjaan kerajaan (G)

PASARAN BARANG

(2) Perbelanjaan penggunaan (C)

Isirumah:

i. Mendapat pendapatan (Y) iaitu upah, sewa, bunga dan untung kerana menawarkan
faktor pengeluaran kepada firma (aliran 1)

ii. Melakukan perbelanjaan penggunaan (C) iaitu membeli barang dan perkhidmatan
daripada firma (aliran 2)

iii. Membayar cukai kepada kerajaan (aliran 3)

iv. Melakukan tabungan ke dalam institusi kewangan (aliran 5)

Firma:

i. Membayar kepada isi rumah kerana membeli faktor pengeluaran untuk mengeluarkan
barang (aliran 1)

ii. Melakukan pelaburan seperti membeli barang modal (aliran 6)

iii. Membayar cukai kepada kerajaan (aliran 3)

Kerajaan :

i. Melakukan perbelanjaan kerajaan kepada isi rumah dan firma (aliran 4)

ii.Menerima cukai daripada isi rumah dan firma (aliran 3)

# Jika ekonomi 4 sektor/terbuka...tambahkan sekt luar neg (SLN) di bawah sekt
kerajaan, tandakan aliran eksport dari firma ke SLN dan aliran import dari isi rumah
dan firma ke SLN

2

2 Huraikan lima alasan untuk mencapai matlamat ekonomi berikut:
(a) Tingkat guna tenaga penuh [10]
(b) Memperbaiki imbangan pembayaran/imb. pembayaran yang memuaskan /imb.
Pembayaran lebihan [10]
(c) Kestabilan tingkat harga umum [10]
(d) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi [10]

(a) Alasan untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh ialah:
i. Mengurangkan kadar pengangguran hingga kadar 3-4%
ii. Meningkatkan taraf hidup kerana buruh ada pendapatan
iii. Mengelakkan pembaziran sumber
iv. Meningkatkan pendapatan negara/pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara
dapat dimaksimumkan

(b) Alasan untuk memperbaiki imbangan pembayaran ialah:
i. Mengukuhkan kadar pertukaran asing/nilai matawang. Ini kerana permintaan RM
melebihi penawaran RM
ii. Meningkatkan rizab asing/antarabangsa.
Dengan rizab asing yg meningkat maka dapat membayar import tertangguh
iii. Menggalakkan pelaburan asing ke dalam negeri kerana harga stabil menyebabkan
kos pelaburan stabil
iv. Menstabilkan harga dalam negeri di mana penawaran wang tidak bertambah dgn
banyak

(c) Alasan untuk mencapai kestabilan tingkat harga ialah:
i. Mengekalkan kestabilkan kuasa beli.
Ini menstabilkan kos sara hidup/taraf hidup
ii. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Ini kerana perbelanjaan agregat (AE) meningkat maka pendapatan negara
meningkat
iii. Menggalakkan tabungan
Ini kerana penyimpan mendapat pulangan benar yang stabil

3

iv. Menggalakkan pelaburan

Ini kerana kos pelaburan yg stabil

v. Meningkatkan sektor luar

Ini kerana menggalakkan eksport kerana harga eksport stabil dan
mengurangkan import

(d) Alasan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yg tinggi

i. Meningkatkan taraf hidup/taraf kebajikan penduduk

Ini kerana pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan negara maka
pendapatan per kapita meningkat

ii. Meningkatkan guna tenaga/ mengurangkan pengangguran .

Ini kerana pertumbuhan ekonomi mewujud banyak peluang pekerjaan

iii. Meningkatkan pelaburan asing dan domestik.

Ini kerana pertumbuhan ekonomi meningkatkan kuasa beli masyarakat dan ini
menarik pelabur untuk melabur

iv. Meningkatkan hasil/pendapatan kerajaan.

Pertumbuhan ekonomi meningkatkan keuntungan syarikat, meningkatkan
pendapatan pekerja. Maka dapat meningkatkan kutipan hasil cukai syarikat dan
cukai pendapatan.

v. Mencapai kestabilan sosio politik

Ini kerana pertumbuhan ekonomi menyebabkan pendapatan negara meningkat,
kemiskinan berkurang menyebabkan agihan pendapatan semakin seimbang dan
masalah jenayah berkurang.

vi. Mengurangkan hutang kerajaan

Ini kerana dengan pendapatan negara meningkat maka pendapatan kerajaan
meningkat dan dapat membayar hutang kerajaan

3 Takrifkan dan terangkan petunjuk makroekonomi berikut mengukur prestasi ekonomi

sebuah negara

(i) Kadar pengangguran

(ii) Kadar inflasi

(iii) Kadar pertumbuhan ekonomi [10]

(i) Kadar pengangguran

4

Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang aktif mencari kerja tetapi
tidak memperoleh pekerjaan.

Kadar pengangguran = Tenaga buruh – Gunatenaga
x 100

Tenaga buruh
Kadar pengangguran meningkat menunjukkan keadaan ekonomi yang tidak baik
/berada dalam kemelesetan

(ii) Kadar inflasi

Kadar inflasi ialah peratusan kenaikan tingkat harga umum suatu tahun
berbanding dengan tingkat harga umum tahun sebelumnya.

Kadar inflasi = Indeks Harga Pengguna (IHP)t1 - IHP t0

x 100
IHP t0
Kadar inflasi meningkat menunjukkan nilai wang merosot dan mengurangkan AE/
pertumbuhan ekonomi terjejas

(iii) Kadar pertumbuhan ekonomi

Kadar pertumbuhan ekonomi ialah peratus perubahan KDNK benar sesuatu tahun
berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t 1 – KDNK benar t0
x 100

KDNK benar t0

Kadar pertumbuhan ekonomi yang positif/meningkat menunjukkan berlakunya
perkembangan ekonomi .

4 Jelaskan mengapakah isu makroekonomi berikut perlu diatasi/diberi perhatian:

a) pengangguran [5]

b) Inflasi [5]

c) pertumbuhan ekonomi [5]

d) imbangan pembayaran [5]

a) Pengangguran
i. Pembaziran sumber manusia– kemahiran buruh tidak digunakan dan meningkatkan

kos latihan semula

ii. Kemerosotan taraf hidup kerana ramai tiada pekerjaan maka tiada pendapatan

iii. Kadar kemiskinan meningkat dan meluaskan jurang agihan pendapatan

iv. Menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara berkurang/tidak
optimum

v. Masalah sosial meningkat . Tekanan hidup menyebabkan jenayah meningkat

5

b) Inflasi
i. Kos hidup meningkat maka taraf hidup jatuh
ii. Kuasa beli jatuh kerana pendapatan benar jatuh
iii. Aliran modal ke luar negara meningkat kerana kenaikan kos pengeluaran dalam
negara
iv. Tabungan merosot kerana perbelanjaan penggunaan meningkat
v. Pertumbuhan ekonomi terjejas kerana kegiatan pelaburan terjejas

c) Pertumbuhan ekonomi
i. Meningkatkan pelaburan asing dan dalam negeri
ii. Meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat
iii. Meningkatkan peluang pekerjaan kerana aktiviti ekonomi meningkat
iv. Meningkatkan kuasa beli kerana pendapatan per kapita meningkat
v. Mengurangkan masalah kemiskinan kerana banyak peluang pekerjaan

d) Imbangan pembayaran

Jika berlaku imbangan pembayaran kurangan maka
i. Rizab matawang asing merosot dan ini mengurangkan keupayaan untuk membiayai

import
ii. Nilai matawang merosot kerana penawaran RM melebihi permintaan RM
iii. Pelaburan asing berkurang kerana kos pelaburan tidak stabil
iv . Kegiatan ekonomi terjejas kerana pelaburan asing berkurang
v. Pengangguran meningkat /guna tenaga berkurang

5 Jelaskan tiga dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi

semasa inflasi. [10]

i. Dasar fiskal menguncup

Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan , AE turun, Y turun atau Y tetap jika berlaku
gunatenaga penuh, AD turun dan harga turun

Atau
Kerajaan meningkatkan cukai , Yd turun, C turun, AE turun, Y turun, AD turun dan harga

turun.

Atau
Kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai, AE turun, Y turun, AD turun

dan harga turun

ii. Dasar kewangan menguncup

Bank pusat akan mengurangkan jumlah penawaran wang, kadar bunga meningkat,
pelaburan turun, AE turun, AD turun, Y turun dan harga turun.

Atau

6

Menaikkan kadar bunga, kos meminjam meningkat, pinjaman berkurangan, AE turun, AD
turun, Y turun dan harga turun.

iii. Dasar kawalan langsung

Dasar harga maksimum iaitu menetapkan harga yang lebih rendah drp harga pasaran , harga
terkawal, inflasi dapat dikawal

iv. Dasar sebelah penawaran

Menurunkan cukai pendapatan syarikat, keuntungan selepas cukai bertambah ,pengeluaran
meningkat, penawaran agregat bertambah dan harga turun.

6 Jelaskan tiga langkah untuk mengatasi pengangguran. [6]

i. Melaksanakan dasar fiskal mengembang iaitu kerajaan akan menurunkan cukai @
menambahkan perbelanjaan kerajaan. Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Keperluan
buruh meningkat.

ii. Melaksanakan dasar kewangan mengembang iaitu bank pusat akan menambahkan bekalan
wang dan menurunkan kadar bunga. Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Keperluan buruh
meningkat.

iii. Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian

Menambah bilangan institusi kemahiran dan menambah bilangan pelajar untuk keperluan
bidang tertentu spt sains dan teknologi.

7 Jelaskan tiga langkah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. [6]

(a) Membangunkan kemudahan infrastruktur

Kerajaan membangun dan memajukan pelbagai kemudahan infrastruktur. Contoh,
jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang menyeluruh. Lapangan terbang ,
pelabuhan yang memudahkan urusan keluar masuk negara dan perdagangan
antarabangsa. Kemudahan teknologi maklumat juga diperluaskan.

(b) Meningkatkan taraf pendidikan

Menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi.
Penubuhan pelbagai kolej, university dan pusat-pusat kemahiran . Ini untuk melahirkan
tenaga kerja profesional dan buruh mahir yang sangat penting untuk meningkatkan
produktiviti.

(c) Menggalakkan pelaburan asing

Pelaburan asing sangat penting untuk membangunkan sektor-sektor penting spt
perkilangan, industry minyak dan gas. Ini menyumbang kepada penubuhan industry dan
produk baru dan perkembangan teknologi baru. Contoh galakan spt taraf perintis.

7

8 (a) Terangkan tiga alasan mengapa imbangan pembayaran kurangan perlu diatasi. [6]
(b) Jelaskan dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran.[4]

(a) Isu imbangan pembayaran defisit/ kurangan/ kurang memuaskan perlu diatasi kerana:

i. Rizab matawang asing merosot.
Ini mengurangkan kemampuan negara untuk membiayai import

ii. Nilai matawang merosot
Ini kerana penawaran RM melebihi permintaan RM

iii. Pelaburan asing berkurang
Ini kerana kos pelaburan tidak stabil

iv. Kegiatan ekonomi merosot
Ini kerana pelaburan asing berkurang

b) Dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran.

1. Mengurangkan import
Cth - Mengenakan tarif dan kuota. Maka harga import relatif mahal dan permintaan import

berkurang.
2. Meningkatkan eksport dgn galakan fiskal dan kewangan spt subsidi eksport, taraf perintis

Maka kos pengeluaran berkurang, pengeluaran barang eksport bertambah, eksport
meningkat

3. Kawalan pertukaran asing

Mengehadkan penjualan mata wang asing terutama untuk barang import yang kurang
penting. Keutamaan tukaran asing diberi kpd barang mesti dan input-input pengeluaran. Maka
import berkurang.

9 Takrif dan huraikan bagaimana perkara berikut dapat menjelaskan prestasi ekonomi
sesebuah negara.

(a) Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar [5]

(b) Imbangan pembayaran kurangan dan imbangan pembayaran lebihan [5]

(a) KNK potensi ialah tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh ekonomi sesebuah
negara jika semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

KNK sebenar ialah keluaran negara kasar yang sebenarnya dikeluarkan dalam ekonomi

Prestasi ekonomi yg dapat dijelaskan oleh KNK potensi dan KNK sebenar ialah apabila:

i. KNK potensi melebihi KNK sebenar maka ekonomi alami kemelesetan/deflasi

8

ii. KNK potensi kurang drp KNK sebenar maka ekonomi alami inflasi

iii. KNK potensi = KNK sebenar maka ekonomi mencapai guna tenaga penuh

(b) Imbangan pembayaran kurangan ialah keadaan di mana aliran keluar wang ke luar negeri
melebihi aliran masuk wang ke dalam negeri.

Imbangan pembayaran lebihan ialah keadaan di mana aliran masuk wang ke dalam negeri
melebihi aliran keluar wang ke luar negeri.

Prestasi ekonomi dapat dijelaskan iaitu:

Apabila ekonomi megalami imbangan pembayaran kurangan ia merugikan sesebuah negara kerana
rizab antarabangsa bersih bank pusat berkurang. Maka keupayaan negara untuk membiayai import
berkurang dan nilai mata wang merosot.

Sebaliknya apabila ekonomi megalami imbangan pembayaran lebihan ia menguntungkan sesebuah
negara kerana rizab antarabangsa bersih bank pusat meningkat. Maka keupayaan negara untuk
membiayai import meningkat dan nilai mata wang meningkat.

10 Dengan menggunakan gambar rajah kitaran perniagaan, huraikan keadaan ekonomi yang
berikut:

(a) Kemelesetan ekonomi [4]

(b) Pengembangan ekonomi /ekonomi melambung [4]

(c) Kestabilan ekonomi [2]

KNK / Y g Y sebenar

Y potensi/gtp

a e
f c

b d

0 T1 T2 T3 T4 T5 Tahun
(a) Kemelesetan ekonomi
Berlaku antara tahun T2 – T3 (fd)
Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) merosot sehingga berada di bawah pendapatan
negara potensi (Yf).

9

Wujud lompang deflasi, kadar pengangguran tinggi /guna tenaga rendah dan kadar pertumbuhan
ekonomi negatif
(b) Pengembangan ekonomi (ekonomi melambung)
Berlaku antara tahun T4 – T5 atau pada pendapatan negara sebenar eg
Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) meningkat dengan pesat sehingga berada di atas
pendapatan negara potensi (Yf).
Wujud lompang inflasi, kadar pengangguran rendah/guna tenaga tinggi dan kadar pertumbuhan
ekonomi positif/sangat tinggi
(c) Kestabilan ekonomi
Berlaku pada tahun T2 @ T4 atau pada pendapatan negara sebenar f @ e
Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) sama dengan pendapatan negara potensi (Yf).
Guna tenaga penuh berlaku dan kadar pertumbuhan ekonomi stabil/tetap

10

BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
1 Nyatakan perbezaan di antara Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan Keluaran Negara
Kasar(KNK). Dengan memberikan contoh, adakah KDNK sentiasa lebih kecil daripada KNK. [6]

Perbezaan KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN)
KNK = KDNK + PFBLN

KDNK tidak semestinya sentiasa lebih kecil daripada KNK.
Sama ada KDNK sentiasa lebih kecil daripada KNK bergantung kepada nilai PFBLN iaitu
positif atau negative.

Contoh: KDNK = RM1000 juta
i. PFBLN = RM 100 juta
KNK = 1000 + 100 = 1100 juta
- Jika PFBLN positif maka KDNK lebih kecil drp KNK
ii. PFBLN = - RM100 juta
KNK = 1000 + (-100) = 900 juta
- Jika PFBLN negatif maka KDNK lebih besar drp KNK

2. Berikan maksud dan nyatakan perbezaan di antara: [5]
a) Keluaran Dalam Negeri Kasar [KDNK] dengan Keluaran Negara Kasar [KNK]

b) Keluaran Negara harga pasaran(KNhp) dengan Keluaran Negara kos faktor(KNkf) [5]

(a) KDNK ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sebuah negara bagi
tempoh setahun oleh faktor pengeluaran milik negara tersebut atau milik negara asing.

Manakala KNK ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara
dalam tempoh setahun oleh factor pengeluaran milik negara tersebut yang berada di dalam negara
dan di luar negara.

Perbezaan di antara KNK dengan KDNK ialah pendapatan factor bersih luar negeri(PFBLN)

KNK = KDNK + PFBLN

(b) KNhp ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang
dihitung berdasarkan harga pasaran iatu harga yang dibayar oleh pembeli.

Manakala KNkf ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah negara
yang dihitung berdasarkan bayaran kepada factor-faktor pengeluaran.

Perbezaan kedua-duanya ialah cukai tak langsung dan subsidi.
KNKkf = KNKhp – CTL + Subsidi

11

3. Terangkan hubungan antara dua konsep pendapatan negara berikut:

(a) KNK dengan KDNK [3]
(b) KNKhf dengan KNKhp [3]
(c) KNK benar dengan KNK nominal [4]

(a) Hubungan antara KNK dengan KDNK ditunjukkan oleh formula :

KNK = KDNK + Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN)

Jika PFBLN positif, KNK lebih besar drp KDNK
Sebaliknya jika PFBLN negatif KNK lebih kecil drp KDNK

(b) Hubungan antara KNK hf dengan KNK hp ditunjukkan oleh formula :

KNK hp = KNK kf + CTL – Subsidi(B)

Jika CTL melebihi B, KNK hp lebih besar drp KNK kf .
Sebaliknya jika CTL kurang drp B, KNK hp lebih kecil drp KNK kf.

(c) Hubungan antara KNK benar dengan KNK nominal ditunjukkan oleh formula :

KNK benar = Indeks harga to
--------------------- x KNK nominal
Indeks harga t1

Jika indeks harga th semasa (IHt1) kurang dari 100 maka KNK benar lebih besar dari KNK
nominal.

Sebaliknya jika IHt1 lebih dari 100 maka KNK benar lebih kecil dari KNK
nominal.

4 (a) Berikan maksud Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) dan Keluaran

Negara Kasar pada kos factor (KNKkf). [3]

(b) Jelaskan hubungan antara KNKhp dengan KNKkf. [3]

(a) Maksud KNK pada harga pasaran ialah nilai brg akhir dan perkhidmatan yg dihitung berdasarkan
harga yg dibayar oleh pembeli di pasaran.

Maksud KNK pada kos faktor ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yg dihitung
berdasarkan bayaran kepada faktor pengeluaran yg digunakan.

(b) Hubungan antara KNK kos factor dengan KNK hg pasaran ditunjukkan oleh formula :

KNK hp = KNK kf + CTL – Subsidi(B)

Jika CTL melebihi B, KNK hp lebih besar drp KNK kf .
Sebaliknya jika CTL kurang drp B, KNK hp lebih kecil drp KNK kf.

12

5 (a) Beri maksud keluaran negara benar dan keluaran negara nominal. [2]

(b) Bagaimana KNK benar dihitung? [4]

(a) Keluaran negara kasar benar ialah nilai keluaran negara yg dihitung berasaskan harga pd suatu
tahun asas. Keluaran Negara nominal ialah nilai keluaran negara yg dihitung berasaskan harga pada
tahun semasa.

(b) KNK benar dihitung menggunakan formula :

KNK benar th t = IHPt0
------ x KNK nominal th t1
IHPt1

Contoh : IHPt0 = 100

IHPt1 = 105
KNK nominal th t1 = RM 100jt

Maka KNK benar th t1 = 100
------ x 100
105

= RM 95.24 jt

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar per kapita?

Mengapakah KNK benar per kapita dihitung? [2]

(b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup

rakyat sesebuah negara? [4]

(a) KNK benar per kapita ialah pendapatan benar purata bagi setiap penduduk sesebuah
negara.
KNK benar
KNK benar per kapita = -------------------------
Jumlah penduduk

KNK benar per kapita dihitung untuk menentukan taraf hidup rakyat sebuah negara.

(b) Pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah
negara sebab taraf hidup turut bergantung kepada factor berikut:

i. Kadar pertumbuhan penduduk
Jika kadar pertumbuhan penduduk melebihi kadar pertumbuhan ekonomi maka
taraf hidup tidak meningkat.

ii. Corak agihan pendapatan
Jika agihan pendapatan tidak setara iaitu jurang yang besar antara golongan kaya
dengan miskin , maka bukan semua rakyat akan menikmati peningkatan taraf hidup.

13

7 (a) Apakah maksud nilai ditambah? Dengan menggunakan contoh, tunjukkan bagaimana nilai

ditambah dihitung? @ huraikan konsep nilai ditambah. [8]

(b) Berdasarkan jawapan (a) terangkan bagaimana konsep nilai ditambah dapat

menunjukkan sumbangan setiap sector ekonomi. [2]

(a) Nilai ditambah ialah tambahan nilai sesuatu barang dan perkhidmatan setelah melalui
proses pengeluaran. Contoh kayu balak diproses menjadi perabot.

Keluaran Kos Input (RM) Harga keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)

Kayu balak 0 50 50
Papan 50 150 100
Perabot 150 300 150
300 500 200
Kedai perabot - 1000 500
Jumlah

Kayu balak adalah bahan mentah dan papan adalah barang perantaraan untuk
mengeluarkan perabot iaitu barang akhir.

Kegiatan menghasilkan kayu balak mewujudkan nilai ditambah sebanyak RM50-RM0 =
RM50. Kayu balak diproses menjadi papan menghasilkan nilai ditambah sebanyak RM150-RM50 =
RM100. Papan diproses menjadi perabot menghasilkan nilai ditambah RM150. Akhirnya perabot
dijual di kedai perabot dgn harga RM500 dan mewujudkan nilai ditambah sebanyak RM200

Jadi jumlah nilai tambah ialah RM 50+100+150+200 = RM500 yang sama dengan nilai barang
akhir.

(b) Sumbangan sector pertama iaitu kayu balak = RM 50
Sumbangan sector kedua iaitu pembuatan papan dan perabot = RM100+150 = RM250
Sumbangan sector ketiga iaitu jualan runcit perabot = RM200

8 (a) Apakah yang dimaksudkan penghitungan pendapatan negara berdasarkan kaedah

perbelanjaan? [2]

(b) Dengan menggunakan jadual, jelaskan bagaimana Keluaran Negara Kasar @ pendapatan

negara dihitung mengikut kaedah perbelanjaan. [8]

(a) Maksud penghitungan pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan ialah
menjumlahkan nilai perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yg dilakukan oleh sector
isirumah, firma, kerajaan dan sector luar negeri.

(b) RM juta
Butiran (Jenis perbelanjaan)

Perbelanjaan penggunaan isirumah (C) 150
Pelaburan kasar (I) 300
Perbelanjaan kerajaan (G) 250
Perubahan stok 20
Eksport bersih (X – M) 200
Pendapatan faktor bersih luar negeri 50

KNK hp 970

14

KNK hp diperoleh dengan menjumlahkan perbelanjaan berikut :
i. Perbelanjaan penggunaan isi rumah/swasta (C) iaitu perbelanjaan ke atas
barang dan perkhidmatan
ii. Pelaburan kasar (I) iaitu perbelanjaan ke atas barang modal oleh pihak
swasta spt membeli mesin
iii. Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu perbelanjaan penggunaan ke atas barang
dan perkhidmatan dan perbelanjaan ke atas barang modal oleh
kerajaan/awam.
iv. Perubahan stok/inventori iaitu perubahan dlm simpanan barang-barang yg
masih ada pada pengeluar.
v. Eksport bersih (X – M) iaitu perbezaan nilai eksport dgn import.
vi. Pendapatan factor bersih luar negeri (PFBLN) iaitu perbezaan di antara
penerimaan pendapatan factor dari luar negeri dengan pembayaran
pendapatan factor ke luar negeri.

Jadi,
KNK hp = C + I + G + Perubahan stok + X – M + PFBLN

= 150 + 300 + 250 + 20 + 200 + 50
= RM 970 juta

9 Dengan bantuan jadual, terangkan bagaimana pendapatan negara dihitung menggunakan

kaedah pendapatan. [6]

Pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan dihitung dengan menjumlahkan pelbagai jenis
pendapatan factor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Butiran (Jenis pendapatan) RM juta

Gaji dan upah 1000
Sewa 2000
Bunga bersih 500
Keuntungan syarikat 5000
Pendapatan perusahaan persendirian 500
Pendapatan negara (KNB kf) 9000

Pendapatan faktor pengeluaran terdiri drp:

i. Gaji dan upah yg diterima oleh buruh
ii. Sewa iaitu pendapatan kpd pemilik tanah dan bangunan
iii. Bunga bersih iaitu pendapatan kpd modal
iv. Keuntungan syarikat iaitu pendapatan yg diperoleh pengusaha
v. Pend. Perusahaan persendirian iaitu pendapatan yg diperoleh pemilik

perusahaan kecil-kecilan dan sederhana.

Jadi,
Pendapatan negara (KNBkf) = Gaji & upah + Sewa + Bunga bersih + Keuntungan
Syarikat + Pend. Per. Persendirian
= 1000 + 2000 + 500 + 5000 + 500
= RM 9000 juta.

15

10 Dengan menggunakan kaedah keluaran, terangkan bagaimana KDNK pada harga pasaran

diperoleh. [10]

Dalam kaedah keluaran, KDNK pada harga pasaran diperoleh dengan mencampurkan nilai
tambah yang diwujudkan pelbagai sektor ekonomi iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor
ketiga dalam sesebuah negara dalam setahun.

Butiran RM juta

1. Pertanian, perhutanan dan perikanan 500
2. Perlombongan dan kuari 100
3. Pembuatan 700
4. Pembinaan 400
5. Elektrik, gas dan air 600
6. Pengangkutan dan perhubungan 500
7. Perdagangan, hotel dan restoran 300
8. Kewangan dan harta tanah 800
9. Perkhidmatan kerajaan 200
10. Perkhidmatan lain 100
100
(+) Cukai import
4300
Keluaran Dalam Negara Kasar harga pasaran

KDNK harga pasaran diperoleh dengan mencampurkan nilai tambah semua butiran dalam
setiap sektor ekonomi iaitu sektor utama (1 + 2), sektor kedua (3+4) dan sektor ketiga
(5+6+7+8+9+10) dan ditambah cukai import.

KDNK harga pasaran = Sektor utama + Sektor kedua + Sektor ketiga + Cukai import

= RM 4300 juta

11 Terangkan lima masalah yang menyebabkan penghitungan pendapatan negara boleh

menjadi kurang tepat. [10]

Lima masalah yang menyebabkan penghitungan pendapatan negara sebuah negara menjadi kurang
tepat ialah:

i. Masalah pengumpulan maklumat
Masalah ini berkaitan dengan peyimpanan rekod atau maklumat tentang pelbagai kegiatan

ekonomi yang tidak lengkap. Jadi maklumat yang diperoleh tidak tepat kerana data-data mungkin
dibuat secara anggaran sahaja. Ini menyebabkan pendapatan negara tidak menunjukkan nilai yang
sebenar.

ii. Masalah pengiraan dua kali
Masalah ini berkaitan dengan kesukaran menentukan sama ada sesuatu barang adalah

barang perantaraan atau barang akhir semasa pengiraan pendapatan negara. Ini menyebabkan nilai
barang yang dikeluarkan pada setiap tingkat pengeluaran dihitung dua kali iaitu semasa diproses dan
semasa menentukan nilai barang akhir. Masalah ini menyebabkan pendapatan negara menjadi
kurang tepat iaitu lebih tinggi dari nilai sebenar.

16

iii. Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Penghitungan pendapatan negara hanya mengambil kira barang-barang dan perkhidmatan
yang dibayar sahaja. Dalam ekonomi banyak kegiatan produktif yang tidak dibayar. Contohnya
kerja-kerja suri rumah yang jika dijalankan oleh pembantu rumah yang diupah akan dikira. Masalah
ini menyebabkan pendapatan negara menjadi tidak tepat iaitu terkurang nilai daripada yang
sebenar.
iv. Masalah kegiatan produktif yang tidak dipasarkan

Jika hasil keluaaran dari kegiatan produktif tidak dipasarkan maka tidak diambilkira.
Cth, hasil pertanian yang digunakan sendiri oleh petani. Jadi pendapatan negara
menjadi kurang tepat

v. Masalah penentuan harga barang
Nilai keluaran negara dihitung berdasarkan tingkat harga. Tetapi harga berbeza
mengikut kawasan dan masa
Jadi sukar untuk menentukan harga yang digunakan dan ini boleh menyebabkan nilai
pendapatan negara kurang tepat

vi. Masalah menentukan susut nilai
Pengiraan susut nilai yang berbeza antara firma dan tiada maklumat lengkap.
Biasanya hanya ditentukan secara anggaran sahaja. Jadi pendapatan negara menjadi
kurang tepat

12. Terangkan lima aktiviti ekonomi yang tidak diambilkira/tidak dihitung dalam pendapatan
negara [10]

i. Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
Jika hasil keluaaran dari kegiatan produktif tidak dipasarkan maka tidak diambilkira.
Cth, hasil pertanian yang digunakan sendiri oleh petani

ii. Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Jika kegiatan produktif tidak dibayar dgn wang maka tidak diambil kira. Contoh, kerja
yang dilakukan oleh suri rumah /gotong-royong

iii. Kegiatan produktif yang menyalahi undang-undang / yang haram
Jika kegiatan produktif yg menyalahi undang-undang maka tidak diambil kira. Cth
penyeludupan dadah/perjudian

iv. Kegiatan produktif yang dibayar upah bukan wang
Jika tidak dibayar dengan wang iaitu dibayar dalam bentuk barang/lain-lain maka tidak
diambilkira. Contoh pemanjat kelapa diberi upah kelapa.

v. Bayaran pindahan oleh kerajaan
Aktiviti ini tidak produktif kerana tidak menyumbang kepada pengeluaran barang maka
tidak diambilkira. Contoh, bayaran pencen/biasiswa/bantuan kebajikan

vi. Aktiviti produktif yang tidak melibatkan urusan wang
Iaitu pertukaran barang secara sistem barter tidak diambilkira kerana urusniaga tidak
melibatkan wang.

13. Terangkan lima alasan mengapakah pendapatan negara sesebuah negara boleh terkurang
anggar. (menjadi lebih kecil dari nilai sebenar) [10]

...Guna fakta (i), (ii), (iv) di atas , masalah maklumat tidak lengkap dan wujud upah bukan wang

17

14. Jelaskan lima kegunaan data pendapatan negara / mengikut kaedah keluaran. [10]

Kegunaan data pendapatan negara kpd sebuah negara ialah:

i. Mengukur jumlah sumbangan pelbagai sektor ekonomi

Cth: %Nilai keluaran sektor perkilangan = nilai keluaran sekt perkilangan
----------------------------- x 100
Keluaran negara

Jadi kepentingan @ prestasi setiap sector dapat ditentukan. Jika peratusan sumbangan
sektor perkilangan berbanding sektorlain maka sektor ini lebih penting kpd keluaran
negara.

ii. Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi

Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t1 – KDNK benar to
------------------------------------------ x 100
KDNK benar to

Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan dan perkembangan kegiatan
ekonomi dan jika nilainya negatif maka berlaku kemelesetan ekonomi.

iii. Untuk mengukur pertumbuhan setiap sektor ekonomi

Cth – kdr pertumbuhan sektor perkilangan = nilai keluaran sektor t1 – nilai keluaran sektort0
------------------------------------------------ x 100
nilai keluaran sektor t0

iv. Untuk mengukur taraf hidup

Pendapatan per kapita (Ypk) = KDNK / Jum penduduk

Jika Ypk tahun semasa lebih tinggi drp tahun sebelum maka taraf hidup meningkat.

v. Untuk membuat perancangan ekonomi mengikut sector

Berdasarkan data tentang sumbangan dan pertumbuhan setiap sector ekonomi,
kerajaan boleh merancang untuk memajukan sector tersebut.

vi. Untuk mengetahui perubahan struktur ekonomi

Berdasarkan peratusan sumbangan maka dapat mengetahuinperubahan struktur
ekonomi, misalnya drp sector pertanian kpd sector perkilangan

15 Huraikan lima kelemahan menggunakan data pendapatan negara /pendapatan per kapita
untuk membandingkan taraf hidup rakyat antara dua tempoh masa.

[10]
Lima kelemahannya ialah:

i. Perubahan tingkat harga umum
Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kenaikan pendapatan

negara. Tetapi kenaikan harga menyebabkan kuasa beli pengguna akan merosot dan
menaikkan kos hidup.

18

Oleh itu walau pendapatan negara semakin tinggi tetapi taraf hidup rakyat tidak
meningkat.

ii. Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan
Kenaikan harga barang mungkin berpunca daripada peningkatan kualiti

barang dan perkhidmatan yang dihasilkan. Jadi walau harga semakin mahal, taraf
hidup rakyat telah meningkat jika rakyat dapat menikmati barangan yang lebih
berkualiti.
Data pendapatan negara tidak dapat menunjukkan perubahan kualiti tersebut dan
ini menyebabkan ianya kurang tepat untuk membandingkan taraf hidup.

iii. Perubahan komposisi keluaran negara
Perubahan nilai pendapatan negara tidak menunjukkan perubahan dalam

komposisi keluaran negara. Jika kenaikan dalam pendapatan negara berpunca
daripada pengeluaran yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat
misalnya lebih banyak hospital dibina maka taraf hidup rakyat meningkat.
Sebaliknya jika kenaikan tersebut kerana tambahan keluaran yang tidak memberi
faedah kepada pengguna seperti kelengkapan senjata, maka taraf hidup tidak
banyak berubah.

iv. Perubahan saiz penduduk
Tambahan pendapatan negara tidak semestinya diikuti oleh peningkatan
pendapatan per kapita jika kadar pertambahan penduduk lebih tinggi daripada
kadar kenaikan pendapatan negara.
Jadi jika kadar pertambahan penduduk lebih tinggi berbanding kadar kenaikan
pendapatan negara maka taraf hidup tidak meningkat.

v. Perubahan masa rehat
Data pendapatan negara tidak menunjukkan perubahan dalam masa rehat pekerja.
Jika pendapatan negara yang semakin meningkat disebabkan oleh tambahan masa
bekerja yang lebih panjang maka taraf hidup tidak meningkat. Ini kerana pekerja
terpaksa mengorbankan masa rehat yang lebih banyak. Jadi peningkatan
pendapatan negara tidak semestinya menaikkan taraf hidup rakyat.

16 Huraikan lima kelemahan menggunakan data pendapatan per kapita @ data pendapatan

negara untuk membandingkan taraf hidup antara negara. [10]

Lima kelemahannya ialah:

i. Perbezaan agihan pendapatan
Data pendapatan per kapita (PPK) tidak menunjukkan agihan pendapatan

penduduk sesebuah negara. Jadi walau PPK sebuah negara misalnya negara A lebih
tinggi dari negara lain misalnya negara B, taraf hidup tidak meningkat jika agihan
pendapatannya tidak setara. Berbanding negara B walau PPK lebih kecil tetapi taraf
hidup rakyat secara keseluruhannya meningkat apabila agihan pendapatan lebih
setara.

19

ii. Perbezaan tingkat guna tenaga
PPK tidak menunjukkan tingkat guna tenaga dalam sebuah negara. Jadi

walau PPK negara A lebih tinggi berbanding negara B, taraf hidup rakyatnya tidak
meningkat jika kadar penganggurannya tinggi. Berbanding negara B yang PPK lebih
rendah tetapi kadar pengangguran sedikit maka taraf hidup meningkat.
iii. Perbezaan komposisi keluaran negara

Negara yang komposisi keluarannya terdiri daripada barang dan
perkhidmatan yg memberi faedah secara langsung akan meningkatkan taraf hidup
rakyatnya. Berbanding negara lain yang PPKnya lebih tinggi tetapi rakyat tidak
menikmati faedah daripada barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan maka taraf
hidup rakyatnya tidak meningkat.
iv. Perbezaan tingkat harga umum
Kenaikan PPK sebuah negara tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat jika
berlaku kenaikan harga umum yang akan meningkatkan kos hidup rakyat. Sebaliknya
negara lain yang walaupun PPKnya lebih rendah, tetapi tingkat harganya lebih
rendah maka kuasa beli masyarakat lebih besar. Jadi berlaku kenaikan taraf hidup
bagi negara tersebut.
v. Perbezaan masa kerja dan masa rehat.
PPK sebuah negara yang lebih tinggi yang berpunca daripada rakyatnya yang masa
bekerja yang panjang dan hanya sedikit menikmati masa rehat, maka taraf hidup
mereka tidak meningkat. Sebaliknya jika sebuah negara yang PPKnya lebih kecil
tetapi mempunyai lebih banyak masa rehat, maka taraf hidup negara ini lebih tinggi.

*kalau dalam soalan disebut data pendapatan negara, maka jawapan guna pendapatan negara

20

BAB 3 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL

1 (a) Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan isirumah. [6]

Tiga faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan isi rumah ialah:
i. Pendapatan isi rumah

Semakin tinggi pendapatan isi rumah, semakin tinggi keupayaan berbelanja
maka semakin tinggi penggunaan isi rumah. Sebaliknya, semakin rendah
pendapatan isi rumah, semakin kurang keupayaan berbelanja, maka semakin
rendah penggunaan.

ii. Kadar bunga
Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggi kos pinjaman maka penggunaan
merosot. Sebaliknya semakin rendah kadar bunga, semakin kurang kos
pinjaman, jadi penggunaan meningkat.

iii. Kecenderungan mengguna sut (MPC)
Apabila MPC meningkat, menunjukkan bahagian pendapatan yang dibelanjakan
semakin besar. Maka penggunaan isi rumah meningkat. Sebaliknya MPC
merosot, maka penggunaan isirumah merosot.

.

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi penggunaan? Terangkan dua ciri
perbelanjaan penggunaan. [4]

Fungsi penggunaan ialah satu keluk /persamaan yang menunjukkan hubungan antara
perbelanjaan penggunaan isi rumah dengan pendapatan negara.

Fungsi penggunaan (C) = a + bY

Dua ciri perbelanjaan penggunaan ialah:

i. Perbelanjaan penggunaan bergantung kepada pendapatan negara. Semakin tinggi
pendapatan negara semakin tinggi perbelanjaan penggunaan. Sebaliknya semakin
rendah pendapatan negara semakin rendah perbelanjaan penggunaan.

ii. Apabila pendapatan negara meningkat, perbelanjaan penggunaan juga meningkat.
Tetapi pertambahan perbelanjaan penggunaan lebih kecil drp pertambahan
pendapatan negara.

2 `Pelaburan firma dipengaruhi oleh kadar bunga’. Bincangkan. [10]

Pelaburan firma memang dipengaruhi oleh kadar bunga iaitu secara negative. Apabila
kadar bunga naik, kos pinjaman firma meningkat maka pelaburan akan berkurang.
Sebaliknya apabila kadar bunga jatuh kos pinjaman firma berkurang maka pelaburan
bertambah.

Walau bagaimanapun ada lagi faktor lain yang mempengaruhi pelaburan firma seperti:
i. Jangkaan ekonomi masa depan.
Jika ekonomi dijangka bertambah baik @ berkembang maka pelaburan
bertambah. Jika ekonomi dijangka meleset, pelaburan berkurang.

21

ii. Dasar kerajaan.
Jika banyak insentif kerajaan diberikan seperti elaun

pelaburan dan pengurangan kadar cukai syarikat, maka pelaburan bertambah. Jika
sebaliknya kerajaan menjalankan dasar yang tidak merangsang pelaburan maka pelaburan
akan berkurang.

iii. Kemajuan teknologi
Jika teknologi semakin maju, pelaburan bertambah. Jika teknologi usang,
pelaburan berkurang

iv. Kadar pulangan modal
Jika kadar pulangan melebihi kadar bunga iaitu firma mendapat keuntungan
maka pelaburan bertambah. Jika kadar pulangan modal kurang dari kadar
bunga pelaburan merugikan. Maka pelaburan berkurang.

*jika soalan terangkan faktor2 mempengaruhi pelaburan, huraikan 5 faktor (termasuk faktor
kadar bunga)

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [2]

(b) Dengan menggunakan contoh (@ bantuan jadual, terangkan proses penggandaan

dalam ekonomi dua sektor (@ kesan/akibat peningkatan pelaburan oleh firma. [8]

(a) Pengganda ialah ukuran beberapa kali ganda perubahan dalam pendapatan negara kesan
daripada perubahan perbelanjaan agregat, contoh perubahan pelaburan.

(b)

Peringkat ∆Y (RM juta) ∆C (RM juta) ∆S (RM juta)

1 10 8 2
2 8 6.4 1.6
3 6.4 5.12 1.28
. . .
. . . .
. . . .
Jumlah 50 . 10
40

Andaian:
1. Firma menambahkan pelaburan sebanyak RM10 juta
2. Kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.8.

Pelaburan firma sebanyak RM10 juta mewujudkan pendapatan kepada pemilik faktor
sebanyak RM10 juta.
Apabila MPC = 0.8, kesan pertambahan pendapatan RM10 juta akan menambahkan
perbelanjaan penggunaan (0.8 x 10) = RM8 juta dan tabungan (0.2 x 10) = RM2 juta yang
ditunjukkan pada peringkat 1.

Pertambahan pendapatan RM8 juta akan menambahkan perbelanjaan penggunaan (0.8 x
8) = RM6.4 juta dan tabungan (0.2 x 8) = RM1.6 juta, yang ditunjukkan pada peringkat 2.

22

Pertambahan pendapatan RM6.4 juta akan menambahkan perbelanjaan penggunaan
RM5.12 juta dan tabungan RM1.28 juta, yang ditunjukkan pada peringkat 3.

Proses ini berterusan sehingga tiada lagi pertambahan pendapatan untuk dibelanjakan.

Proses penggandaan tersebut menyebabkan pertambahan pendapatan sehingga RM50 juta
iaitu 5 kali ganda pertambahan pelaburan

M (Pengganda) = =5

maka Perubahan Y = 5 x 10 = RM50 juta
Perubahan C = 5 x 8 = RM40 juta
Perubahan S = 5 x 2 = RM10 juta

#Jika proses penggandaan akibat kenaikan perbelanjaan kerajaan (G), tukar pelaburan kpd G

Atau proses penggandaan dengan menggunakan gambar rajah :

AE Y = AE

a b E1 AE1 = C + I1
c AE0 = C + I

△I E0

450 △Y Y
0 Yo Y2 Y1

Keseimbangan asal pada titik E0 pada pendapatan negara Y0 apabila Y = AE

Apabila pelaburan bertambah, AE meningkat, fungsi AE0 beralih dari AEo ke AE1 sebanyak
∆I.

Pada Yo wujud lebihan AE sebanyak aE0 pada Y0. Ini mendorong firma untuk menambahkan
keluaran sehingga mencapai Y2.

Pada Y2 masih wujud lebihan AE sebanyak bc dan firma terus menambahkan keluaran
sehingga Y1 .

Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan AE dan keseimbangan baharu dicapai pada
titik E1 pada pendapatan negara Y1 apabila Y = AE1

Jadi pertambahan pelaburan telah meningkatkan pendapatan negara dari Y0 ke Y1 iaitu
sebesar saiz pengganda.

23

*Jika ekonomi tiga sektor (kesan penggandaan perlu beri contoh perbelanjaan kerajaan.

Proses yg sama sahaja Cuma gantikan pelaburan dgn perbelanjaan kerajaan

4 (a) Terangkan komponen perbelanjaan aggregat ekonomi tiga sektor. [4]

Komponen perbelanjaan aggregat ekonomi tiga sektor ialah:

i. Penggunaan isi rumah ( C) iaitu perbelanjaan isi rumah ke atas barang dan
perkhidmatan

ii. Perbelanjaan pelaburan (I) iaitu perbelanjaan firma ke atas barang modal

iii. Perbelanjaan kerajaan (G) iaitu perbelanjaan penggunaan dan pelaburan kerajaan

(b) Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat(AE)-pendapatan (Y), terangkan

proses penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor. [6]

AE
Y=AE

AE=C+I+G
E0

450 Y
0 Y1
Y0 Y2

Keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor tercapai apabila perbelanjaan
agregat (AE) = pendapatan negara (Y) iaitu pada Y0.

Pada pendapatan negara Y1 keseimbangan Y tidak berlaku kerana wujud lebihan AE.
Stok firma berkurang . Maka firma-firma menambahkan keluaran sehingga AE=Y dan keseimbangan
dicapai pada Y0.

Pada pendapatan negara Y2, keseimbangan Y juga tidak berlaku kerana wujud lebihan
AS / Y. Stok firma berlebihan. Maka firma-firma mengurangkan keluaran sehingga AE = Y semula
dengan keseimbangan pendapatan negara pada Y0.

Jadi keseimbangan pendapatan negara tercapai hanya apabila AE=Y kerana tiada lagi
dorongan untuk firma menambah atau mengurangkan keluaran.

24

5(a) Apakah yang dimaksudkan dengan suntikan dan bocoran? [4]

Suntikan ialah aliran masuk wang ke dalam pusingan pendapatan yang akan menambahkan
pendapatan negara.

Bocoran ialah aliran keluar wang daripada pusingan pendapatan yang akan mengurangkan
pendapatan negara.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana [6]
keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor ditentukan.

Sun,boc

S+T

E0
I+G

0 Y
Y1 Yo Y2

Keseimbangan ekonomi tiga sektor berlaku apabila suntikan = bocoran iaitu pada
titik Eo dan pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y1, keseimbangan tidak berlaku kerana wujud lebihan
suntikan. Stok firma berkurang. Ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran sehingga
suntikan=bocoran dan mencapai semula keseimbangan pada Y0.

Pada pendapatan negara Y2, keseimbangan juga tidak berlaku kerana wujud lebihan
bocoran. Stok firma berlebihan. Ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran sehingga suntikan =
bocoran dan keseimbangan tercapai semula pada Y0.

25

6 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan pelaburan

terhadap keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor mengikut pendekatan

suntikan-bocoran. [6]

Sun, Boc

S+T

E1 I1 + G
Eo I+G
Y
0
Yo Y1

Keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara Yo apabila keluk suntikan
bersilang dengan keluk bocoran. @ suntikan sama dengan bocoran @ I+G = S+T

Apabila pelaburan bertambah, suntikan bertambah. Maka keluk suntikan beralih dari
I+G ke I1+G.

Pada Yo berlaku lebihan suntikan. Maka firma menambahkan keluaran.

Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila I1 +G = S+T

Kesannya pendapatan negara meningkat dari Yo ke Y1. Sebanyak mana peningkatan Y
bergantung pada saiz pengganda.

7 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan perbelanjaan kerajaan
terhadap keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor mengikut pendekatan
perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y) (10)

AE
Y=AE

E1 AE1 = C+I +G1

AE0 = C+I+G
E0

450 Y
Y0 Y1

26

Keseimbangan pendapatan negara asal pada Eo apabila perbelanjaan agregat = pendapatan
dan keseimbangan pendapatan negara Yo.

Apabila perbelanjaan kerajaan meningkat , maka AE bertambah dan fungsi perbelanjaan
agregat beralih ke atas dari AE0 ke AE1.

Pada Yo yang asal berlaku lebihan AE. Ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baharu di E1 apabila Y = AE1.

Kesannya pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 sebesar saiz pengganda.

8. Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), jelaskan
bagaimana penurunan cukai keuntungan syarikat dapat mengatasi masalah pengangguran
dalam negara. [10]

AE Y=AE

E1 AE1 = C0+ I1+ G0
F ∆I AE0 = C0+ I0+ G0
E0

0 Y1 Y

45

0
Yo

Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk perbelanjaan agregat bersilang
dengan Y=AE pada pendapatan negara di Y0.

Apabila cukai keuntungan syarikat diturunkan, pelaburan meningkat, AE meningkat,
keluk AE beralih dari AE0 ke AE1.

Pada pendapatan negara di Y0, berlaku lebihan perbelanjaan agregat sebanyak E0 F, stok berkurangan,
firma meningkatkan keluaran.

Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di titik E1 Y=AE1

Kesannya pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1, Ini menunjukkan peluang pekerjaan
bertambah/ pengangguran diatasi

27

9 Dengan menggunakan gambar rajah AE-Y, jelaskan tentang lompang deflasi dan lompang

inflasi. (10)

Lompang deflasi

AE
Y=AE

Ef AEf

Ea b AEa

450 Yf Y
Ya

Lompang deflasi ialah suatu kurangan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan
negara guna tenaga penuh.

Keluk AEa ialah keluk perbelanjaan agregat sebenar dan keluk AEf ialah keluk AE pada
tingkat guna tenaga penuh. Keseimbangan sebenar dicapai ialah pada pendapatan negara Ya yang
lebih rendah berbanding pendapatan negara guna tenaga penuh Yf. Jadi wujud lompang deflasi
sebesar Efb.

Lompang inflasi Y=AE
AE

c Ea AEa
Ef AEf

450
Y

Yf Ya
Lompang inflasi ialah suatu lebihan perbelanjaan agregat pada tingkat pendapatan negara
guna tenaga penuh.
Keluk AEa ialah keluk perbelanjaan agregat sebenar dan keluk AEf ialah keluk AE pada
tingkat guna tenaga penuh. Keseimbangan sebenar dicapai ialah pada pendapatan negara Ya yang
lebih tinggi berbanding pendapatan negara guna tenaga penuh Yf. Jadi wujud lompang inflasi
sebesar Efc.

28

10. Apakah maksud lompang inflasi dan jurang KNK? Dengan menggunakan gambar rajah Y – AE,
terangkan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang
inflasi dan jurang KNK. [10]

AE Y=AE

c Ea AEa
Ef AEf

450 Y
0

Yf Ya

Lompang inflasi ialah suatu lebihan perbelanjaan agregat (AE) pada tingkat pendapatan negara guna

tenaga penuh.

Jurang KNK ialah perbezaan di antara pendapatan negara guna tenaga penuh dengan pendapatan
negara sebenar.

AEa ialah AE sebenar, AEf ialah AE pada guna tenaga penuh, Ya ialah pendapatan negara sebenar
dan Yf ialah pendapatan negara pada guna tenaga penuh .Saiz lompang inflasi ialah cEf.

Untuk mengatasi lompang inflasi perbelanjaan kerajaan dikurangkan. Jadi AE berkurang, keluk AE
beralih dari AEa ke AEf. Maka lompang inflasi dapat di atasi.

Pada Ya berlaku lebihan Y. Firma mengurangkan keluaran.
Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru dicapai di Ef apabila AEf = Yf.

Kesannya pendapatan negara berkurang dari Ya ke YF. Maka jurang KNK dapat di atasi.

11 [a] Terangkan mengenai alat dasar fiskal berikut: [4]

i. Pemantap automatik

Alat dasar fiskal yang sedia ada dalam ekonomi dan akan berubah secara automatik untuk

menstabilkan ekonomi. Contoh cukai berkadar dan bayaran pindahan kerajaan.

ii. Dasar fiskal budi bicara
Langkah kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mengatasi masalah
kemelesetan dan inflasi.

[b] Terangkan mengenai perkara berikut: [6]

(a) Hasil kerajaan

Merupakan pendapatan kerajaan yang diperoleh dari hasil cukai dan hasil bukan cukai.
Contoh hasil cukai ialah cukai pendapatan individu dan syarikat dan duti import.
Contoh hasil bukan cukai ialah lesen perniagaan, bayaran denda.

29

(b) Perbelanjaan kerajaan

Merupakan perbelanjaan kerajaan yang dibahagikan kepada perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk membayar kos pengurusan dan
Pentadbiran kerajaan. Contoh, emolumen.
Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan pelaburan untuk projek pembangunan
negara. Contoh, perkhidmatan ekonomi.

(c) Hutang negara
Merupakan pinjaman kerajaan dari sumber pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negeri.
Contoh pinjaman dalam negeri, ialah menjual surat jaminan kerajaan.
Contoh pinjaman luar negeri ialah pinjaman pasaran.

12 Dengan bantuan gambar rajah AE-Y, terangkan bagaimana dasar fiskal digunakan untuk

mengatasi masalah pengangguran /pengangguran kitaran/meningkatkan pertumbuhan

ekonomi. (6)

AE

Y=AE

E1 AE1

E0 a AE0

450

Y0 Y1 Y

Dasar fiskal untuk mengatasi pengangguran kitaran / meningkatkan pertumbuhan ekonomi ialah

dasar fiskal mengembang iaitu dengan menaikkan perbelanjaan kerajaan (G) atau mengurangkan

cukai (T).

Keseimbangan asal dicapai pada titik E0, pada pendapatan negara Y0 apabila AE= Y

Apabila perbelanjaan kerajaan (G) dinaikkan atau cukai (T) dikurangkan maka AE bertambah dan
keluk AE beralih dari AE0 ke AE1.

Pada Yo yang asal berlaku lebihan AE maka firma meningkatkan keluaran. Proses ini berterusan
sehingga mencapai keseimbangan baru iaitu pada titik E1 apabila Y = AE1.

Kesannya pendapatan negara bertambah dari Y0 ke Y1.

Pertambahan Y bermakna lebih ramai tenaga buruh digunakan, maka pengangguran kitaran dapat
dikurangkan.

@ Pertambahan Y bermakna berlaku pertumbuhan ekonomi.

*Kesimpulan ikut kehendak soalan

30

13 Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, jelaskan bagaimana dasar fiskal (6)
dapat mengatasi masalah inflasi @ inflasi tarikan permintaan.

P

AS

P0 E0

P1 E1
AD0

AD1

Y benar

Y1 Y0

Dasar fiskal yang digunakan untuk mengatasi inflasi ialah dasar fiskal menguncup iaitu
mengurangkan perbelanjaan kerajaan(G) atau menaikkan cukai (T).

Keseimbangan asal pd titik E0 dgn tingkat hg P0 dan Y bnr pd Y0. Apabila G dikurangkan
atau cukai dinaikkan maka AD berkurang. Keluk AD beralih dr AD0 ke AD1.

Pada Po yang asal berlaku kurangan AD maka firma mengurangkan keluaran. Proses ini
berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pd E1 apabila AD1 = AS..

Kesannya tingkat hg turun dr P0 ke P1 dan Y bnr juga berkurang dr Y0 ke Y1. Penurunan
harga dari P0 ke P1 menunjukkan inflasi dapat diatasi.

14 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana
keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor / ekonomi terbukaditentukan.

[6]

Sun,boc

S+T+M

E0 I+G+X

Y

Y1 Yo Y2

Keseimbangan ekonomi terbuka berlaku apabila suntikan = bocoran iaitu pada titik
Eo dan pendapatan negara Y0.

31

Pada pendapatan negara Y1, keseimbangan tidak berlaku kerana wujud lebihaan
suntikan. Stok firma berkurang. Ini menyebabkan firma meningkatkan keluaran sehingga
suntikan=bocoran dan mencapai semula pendapatan negara keseimbangan pada Y0.

Pada pendapatan negara Y2, keseimbangan juga tidak berlaku kerana wujud lebihan
bocoran. Stok firma berlebihan. Ini menyebabkan firma mengurangkan keluaran sehingga suntikan =
bocoran dan keseimbangan tercapai semula pada Y0.

15 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan kesan pertambahan

eksport bersih kepada keseimbangan pendapatan negara. [6]

Sun,boc

S+T+M

E1 I+G+X1
E0 I+G+X

Y

Y0 Y1

Keseimbangan pendapatan negara yang asal ialah pada titik Eo dan pendapatan negara
pada Y0 apabila suntikan (I+G+X) = bocoran(S+T+M).

Pertambahan eksport bersih misalnya disebabkan kenaikan eksport dan import tidak
berubah. Ini menyebabkan fungsi suntikan beralih ke atas dari I+G+X ke I+G+X1.

Pada Yo berlaku lebihan suntikan. Maka firma menambahkan keluaran.

Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru dicapai di E1 apabila I+G+X1 =
S+T+M

Keseimbangan pendapatan negara yang baru meningkat dari Y0 ke Y1.

16 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan perubahan yang berikut
terhadap keseimbangan pendapatan negara:

(a) Pengurangan perbelanjaan kerajaan [5]

(b) Pertambahan eksport melebihi pertambahan import [5]

32

(a) Pengurangan perbelanjaan kerajaan S+T
Sun, Boc
I+G
E0 I + G1
E1

0 Y
Y1 Y0

Keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara Y0 apabila suntikan = bocoran.

Apabila perbelanjaan kerajaan berkurang fungsi suntikan beralih dari I + G ke I + G1.

Pada Yo yang asal berlaku kurangan suntikan maka firma mengurangkan keluaran. Proses ini
berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila S+T=I+G1.

Kesannya keseimbangan pendapatan negara jatuh dari Y0 ke Y1

(b) Pertambahan eksport melebihi pertambahan import
AE Y=AE
E1 AE1 = C+I +G+X1-M1

AE0 = C+I+G+X-M
E0

450
Y

Y0 Y1
Keseimbangan pendapatan negara asal pada Y0 pada titik Eo apabila pendapatan (Y) = perbelanjaan
agregat(AE)

Apabila pertambahan eksport melebihi pertambahan import, eksport bersih bertambah, AE
bertambah maka keluk AE beralih dari AE0 ke AE1.

Pada Yo yang asal berlaku lebihan AE maka firma menambahkan keluaran. Proses ini
berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru pada E1 apabila Y=AE1.

Kesannya keseimbangan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.

17 Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), terangkan

bagaimana pengurangan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang sama jumlahnya secara serentak

mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara. [10]

33

P
Y=AE
AE0=C0 + I0 + G0

E0
AE2 = C1 + I0 + G1

E2 AE1= C0 + I0 + G1

∆G E1
∆C

450

Y1 Y2 Y0

Keseimbangan asal dicapai dititik E0 dengan pendapatan negara pada Y0 apabila Y = AE.
Apabila perbelanjaan kerajaan (G) berkurang, fungsi perbelanjaan agregat turun dari AE0 ke AE1
sebanyak ∆G. Keseimbangan pendapatan negara yang baru berkurang dari Y0 ke Y1 sebanyak saiz
pengganda iaitu ∆Y = Pengganda x ∆G.

Pengurangan cukai yang sama jumlahnya dengan pengurangan perbelanjaan kerajaan
(∆T = ∆G) akan menyebabkan pendapatan boleh guna meningkat. Ini menyebabkan kenaikan
penggunaan (C) sebanyak ∆C = MPC x ∆T, kurang daripada ∆G. Kesannya fungsi AE naik dari AE1 ke
AE2. Keseimbangan pendapatan negara naik semula dari Y1 ke Y2 sebesar saiz pengganda iaitu ∆Y =
Pengganda x ∆C.

Oleh itu kesan keseluruhan akibat pengurangan G dan T yang sama jumlahnya secara
serentak menyebabkan keseimbangan beralih dari E0 ke E2 iaitu pendapatan negara hanya turun dari
Y0 ke Y2.

18 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk permintaan agregat (AD)? [2]

(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan agregat diterbitkan. [8]

(a) Keluk AD ialah satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga umum dengan
pendapatan negara benar yang diminta oleh pengguna. Apabila tingkat harga naik Y benar

merosot dan jika tingkat harga jatuh Y benar meningkat.

(b) Keluk AD diterbitkan daripada keseimbangan perbelanjaan agregat-pendapatan negara,
seperti gambar rajah di bawah.

34

AE
Y=AE

E0 AE0
E1 AE1

Rajah 1

450 Y
P
Y1 Y0

P1 b Rajah 2
P0 a

AD
Y benar

Y1 Y0

Pada tingkat harga asal P0, perbelanjaan agregat ialah AE0. Keseimbangan dicapai
pada titik E0 pada pendapatan negara Y0 dalam rajah 1. Keseimbangan pendapatan negara benar
ialah pada titik a dengan pendapatan negara Y0 seperti rajah 2.

Apabila harga naik ke P1, kuasa beli pengguna merosot menyebabkan perbelanjaan
agregat berkurang dan keluk AE beralih ke AE1.Keseimbangan baru dicapai pada E1 pada pendapatan
negara Y1. Pendapatan negara benar juga berkurang kepada Y1 seperti titik keseimbangan di titik b.

Dengan menyambungkan titik a dan b, terbentuklah keluk AD yg mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan. Keluk AD menunjukkan hubungan negatif antara tingkat harga dengan
pendapatan negara benar.

35

19. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pendapatan
negara dicapai mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS). [10]

Harga E0 AS
(b)
AD
P1 Y benar
P0
P2

0 Y1 Y0 Y2

Keseimbangan pendapatan negara berlaku di E0 apabila AD =AS iaitu pada harga P0 dan
pendapatan negara Y0

Pada harga P1, berlaku lebihan AS sebanyak Y1Y2, firma mengurangkan keluaran dan harga akan
turun ke P0 sehingga mencapai keseimbangan semula di Eo pada harga P0 dan pendapatan
negara Y0

Pada harga P2, berlaku lebihan AD sebanyak Y1Y2, firma menambahkan keluaran dan harga akan
naik ke P0 sehingga mencapai keseimbangan semula di Eo pada harga P0 dan pendapatan
negara Y0.

20 Dengan bantuan gambar rajah AD-AS, terangkan kesan kejatuhan kadar bunga kepada

tingkat harga dan pendapatan negara benar @pendapatan negara [10]

P AS

P1 E1
P0 E0

AD1

AD0

Y0 Y1 Y benar

Keseimbangan asal dicapai pada titik Eo, pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara
benar Y0 apabila AD=AS.

36

Apabila kadar bunga berkurang, pelaburan bertambah. Ini menyebabkan permintaan
agregat bertambah dan keluk AD beralih dari AD0 ke AD1.

Pada harga Po yang asal, berlaku lebihan AD. Ini mendorong harga naik. Proses ini
berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD1 = AS

Kesannya tingkat harga naik dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar juga bertambah dari
Y0 ke Y1.

21 (a) Apakah maksud keluk penawaran agregat? [2]

Keluk penawaran agregat ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara keluaran negara
benar yang ditawarkan pada setiap tingkat harga.

(b) Terangkan empat faktor yang meningkatkan penawaran agregat / menyebabkan

keluk penawaran agregat beralih ke kanan. [8]

1. Peningkatan teknologi

Peningkatan teknologi seperti penggunaan mesin yang lebih canggih akan meningkatkan
daya produktiviti. Maka AS akan bertambah. (dan keluk AS beralih ke kanan)

2. Kos input berkurang

Contoh kos bahan mentah berkurang. Maka firma dapat menambahkan keluaran. AS
bertambah.

3. Kemahiran buruh meningkat.

Maka produktiviti meningkat maka keluaran meningkat, AS meningkat.

4. Pertambahan sumber

Jika berlaku pertambahan sumber seperti tanah dan buruh . Firma dapat meningkatkan
keluaran. AS bertambah.

22. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan perkara berikut terhadap

pendapatan negara dan tingkat harga.

(a) Pengurangan cukai pendapatan [5]

(b) Kenaikan upah [5]

37

(a) P

AS

P1 E1

P0 E0
AD1

AD

Y benar

Y0 Y1

Keseimbangan asal ialah di Eo.Tingkat harga umum Po dan pendapatan negara Y0 apabila
AD=AS.

Apabila berlakunya pengurangan cukai pendapatan maka pendapatan boleh guna (Yd
)meningkat, C meningkat dan AD pun meningkat. Keluk AD beralih dari AD ke AD1.

Pada harga Po berlaku lebihan AD. Ini mendorong harga naik . Proses ini berterusan hingga
mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD1 = AS

Kesannya harga meningkat dari P0 ke P1 dan Y bertambah dari Y0 ke Y1.

(b)
P

AS1

AS

P1
E1

P0 E0

AD

Y benar
Y1 Y0
Keseimbangan asal ialah di Eo.Tingkat harga umum Po dan pendapatan negara Y0 apabila
AD=AS.

Apabila berlaku kenaikan upah maka kos pengeluaran meningkat. Jadi penawaran agregat
(AS) berkurang. Keluk AS beralih dari AS ke AS1.

Pada harga Po, berlaku lebihan AD. Ini mendorong harga naik hingga mencapai
keseimbangan baru di E1 apabila AD = AS1

38

Kesannya harga meningkat dari P0 ke P1 dan Y berkurang dari Y0 ke Y1.

23 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan peningkatan kemahiran
buruh terhadap keseimbangan tingkat harga dan pendapatan negara. [10]

P AS0
AS1
P0
P1 E0
E1

Y0 Y1 AD
Y benar

Keseimbangan asal pada titik E0 apabila permintaan agregat (AD)= penawaran agregat (AS).
Pendapatan negara keseimbangan ialah Y0 dan tingkat harga P0.

Apabila berlaku peningkatan kemahiran buruh maka produktiviti/daya pengeluaran buruh
meningkat, AS meningkat. Keluk AS beralih dari AS0 ke AS1.

Pada harga Po, berlaku lebihan AS. Ini mendorong harga jatuh. Proses ini berterusan hingga
mencapai keseimbangan baru di E1 apabila AD=AS1

Kesannya tingkat harga jatuh dari P0 ke P1 dan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.

39

BAB 4 WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN

1 Apakah wang? Jelaskan tiga ciri yang perlu ada suatu benda yangdijadikan wang? [6]

Wang ialah suatu benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan
pertukaran barang dan perkhidmatan dalam urusniaga.

Ciri-ciri wang ialah:

i. Diterima umum

Orang ramai menerima dan yakin dengan keupayaan sesuatu benda yang dijadikan wang
untuk digunakan sebagai alat perantaraan pertukaran dalam aktiviti jual beli barang dan
perkhidmatan.

ii. Penawaran terhad

Wang mestilah sukar diperoleh. Ini untuk menjamin kestabilan nilai wang. Jika
penawarannya berlebihan maka nilainya akan jatuh dan tidak akan diterima sebagai alat
perantaraan pertukaran.

iii. Keseragaman

Wang mestilah bersifat seragam misalnya dari segi bentuk, saiz dan warna. Ini
membolehkan iannya mudah dikenali oleh orang ramai dan mudah untuk digunakan.

2 Jelaskan empat fungsi wang dalam ekonomi. [10]

Empat fungsi wang dalam ekonomi ialah:

a. Alat perantaraan pertukaran

Iaitu untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan . Ini dapat mengatasi masalah
kehendak serentak dalam system barter. Semua barang dapat diperoleh dengan mudah
dengan menggunakan wang.

b. Alat pengukur nilai dan unit akaun

Nilai barang dan perkhidmatan dapat ditentukan melalui harga . Jadi nilai barang
dapat ditentukan dengan mudah. Perbandingan nilai barang juga dapat dilakukan dalam unit
ukuran yang sama. Ini dapat atasi masalah sistem barter yang sukar untuk tentukan nilai
barang

c. Alat bayaran tertunda

Barang dapat dijual secara kredit @ ansuran. Ini dapat dilakukan kerana nilai wang
adalah stabil. Ini menggalakkan kegiatan ekonomi secara kredit. Dapat atasi masalah sistem
barter yang tidak dapat melakukan urusniaga kredit kerana kualiti barang akan berubah di
masa depan

40

d. Alat peyimpan nilai

Dapat menentukan kekayaan seseorang kerana wang dapat disimpan untuk jangka
panjang. Ini kerana wang tahan lama dan nilainya stabil. Ini dapat atasi masalah system
barter di mana barang mudah rosak dan perlukan ruang simpanan.

3 Nyatakan dua fungsi wang. Terangkan bagaimana inflasi dapat mempengaruhi fungsi wang

tersebut. [6]

Dua fungsi wang ialah sebagai alat perantaraan pertukaran dan alat bayaran tertunda.

Fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran akan terjejas apabila berlaku inflasi. Ini
kerana kenaikan harga yang pesat dan berterusan menyebabkan nilai wang semakin merosot. Ini
boleh menyebabkan penggunaan semula sistem barter dan mengurangkan penggunaan wang
kerana hilangnya keyakinan masyarakat terhadap penggunaan wang.

Fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda juga terjejas semasa inflasi yang tinggi. Ini kerana
penjual lebih suka harga barang dibayar tunai kerana jualan secara kredit menyebabkan nilai wang
yang akan diterima nanti menjadi semakin kecil. Jadi peniaga akan kerugian dan tidak mahu
menjalankan urus niaga secara kredit.

4 Apakah nilai wang? Dengan menggunakan contoh, tunjukkan bagaimana nilai wang
dihitung.[6]

Nilai wang ialah keupayaan seunit matawang untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Semakin banyak barang yang dapat dibeli dengan sejumlah wang bermakna semakin tinggi
nilai wang. Nilai wang dipengaruhi oleh tingkat harga secara negatif.

Nilai wang dihitung menggunakan rumus:
IH to

Indeks nilai wang (INW) = ------------------100
IH t1

Perubahan nilai wang INWt1 – INWto
=-----------------------------100
Contoh: IHto = 100
IHt1 = 110 100

INW = 100
------- x 100 = 90.91
110

Perubahan nilai wang = 90.91 – 100
--------------- x 100
100

= -9.09
Nilai wang merosot sebanyak 9.09% akibat kenaikan tingkat harga.

41

5 (a) Jelaskan bekalan wang M1 dan M2. [4]

M1 terdiri daripada matawang dalam edaran iaitu wang kertas dan duit syiling yang
dikeluarkan oleh bank pusat dan deposit semasa @deposit permintaan di bank
perdagangan

M2 ialah ialah bekalan wang yang terdiri daripada MI + Separa wang@wang hampir

Separa wang terdiri daripada deposit tabungan dan deposit tetap di bank perdagangan, sijil
deposit boleh niaga dan sijil Bank Negara

(b) Jelaskan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan. [6]

Fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan ialah:

i. Menguruskan akaun kerajaan

Menguruskan perbelanjaan dan pendapatan kerajaan. Bank pusat menerima deposit
untuk hasil kerajaan dan membuat pembayaran dan menjalankan urusniaga
pertukaran asing bagi pihak kerajaan.

ii. Sumber dana kepada kerajaan

Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan untuk membiayai defisit dalam
perbelanjaan kerajaan. Pinjaman ini perlu dibayar balik oleh kerajaan dalam tempoh
tiga bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan.

iii. Mengurus hutang kerajaan

Mengurus hutang dalam negara dan hutang luar negara bagi pihak kerajaan. Bank
pusat menasihati kerajaan tentang syarat dan masa yang sesuai untuk membuat
pinjaman. Bank pusat membuat pembayaran balik pinjaman kerajaan dan
membantu mendapatkan pinjaman dengan menerbitkan bil perbendaharaan dan
bon kerajaan.

6 Jelaskan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kepadabank perdagangan. [6]

Fungsi Bank Pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan ialah:

i. Sebagai penyimpan rizab
Bank perdagangan mesti menyimpan rizab berkanun dan rizab tunai pada kadar
tertentu.
Ini bertujuan untuk digunakan sebagai alat dasar kewangan untuk mencapai
kestabilan ekonomi dan memastikan bank perdagangan mempunyai tunai yang
mencukupi untuk memenuhi tuntutan pelanggan.

ii. Sebagai sumber pinjaman terakhir
Memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang menghadapi masalah
kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan pelanggan.

42

Diberi dalam bentuk mendiskaun bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan
pinjaman bercagar.

iii. Menjelaskan hutang antara bank perdagangan
Bank perdagangan diwajibkan membuka akaun penjelasan di bank pusat. Ini bagi
membolehkan cek dan hutang antara bank diselesaikan. Penyelesaian hutang
melibatkan pemindahan wang dalam akaun penjelasan antara bank-bank.

7 Dengan menggunakan contoh, jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit yang berlaku

dalam sistem bank /sistem banyak bank. [10]

Untuk menerangkan proses penciptaan kredit, andaian berikut diperlukan iaitu:

(a) Nisbah rizab ialah 20%
(b) Semua deposit adalah deposit semasa
(c) Semua lebihan rizab dipinjamkan
(d) Tiada bocoran wang tunai
(e) Deposit semasa asal diterima ialah RM1000

Proses penciptaan kredit bermula apabila seorang pelanggan iaitu A memasukkan wang
sebanyak RM1000 ke dalam Bank 1. Maka kunci kira-kira bank 1 seperti berikut:

Kunci kira-kira Bank 1

Rizab 200 Deposit semasa 1000
Pinjaman 800
------ --------
1000 1000
------ ---------

Bank A menyimpan rizab sebanyak 20% daripada deposit semasa iaitu RM 200. Lebihan
rizab iaitu sebanyak RM800 dipinjamkan contohnya kepada pelanggan B. B memasukkan wang ke
dalam Bank 2. Maka kunci kira-kira bank 2 seperti di bawah:

Kunci kira-kira Bank 2

Rizab 160 Deposit semasa 800
Pinjaman 640
------ --------
800 800
------ ---------

Bank 2 juga mesti menyimpan rizab 20% iaitu RM 160. Pinjaman yang dapat diberikan
kepada pelanggan seterusnya ialah RM640.

Proses ini berterusan sehingga tiada lagi lebihan rizab yang dapat dipinjamkan.

43

Proses penciptaan kredit yang berlaku dapat ditunjukkan melalui jadual berikut: (jadual rumusan
penciptaan kredit)

Bank @ Deposit semasa Pinjaman Rizab
peringkat (RM) (RM) (RM)

Bank 1 1000 800 200
Bank 2 800 640 160
Bank 3 640 512 128

. . . 1000
. . .

Jumlah 5000 4000

Apabila seorang pelanggan A mendepositkan wang RM1000 dalam sebuah bank katakan
bank 1. Bank 1 menyimpan rizab 20% iaitu RM 200. Lebihan rizab (80%) iaitu RM 800 dipinjamkan.

Katakan pinjaman diberi kepada B dan disimpan oleh B di bank 2.
Proses yang sama berlaku di bank 2 iaitu menyimpan rizab sebanyak RM160 dan RM640 dipinjamkan

Katakan pinjaman seterusnya diberi kepada C dan C memasukkannya ke dalam Bank 3.

Proses ini berterusan sehinggan tiada lagi lebihan rizab yang dapat dipinjamkan.

Jumlah deposit yang dapat dicipta ialah 1000 x 5 = RM5000 dan pinjaman ialah RM4000. Ini
bermakna daripada deposit asal RM1000 , bekalan wang bertambah sebanyak RM4000.

8 Apakah maksud nisbah rizab berkanun dan nisbah rizab tunai? Terangkan bagaimana kenaikan

nisbah rizab mempengaruhi penciptaan kredit bank perdagangan. [6]

Nisbah rizab berkanun ialah peratusan daripada jumlah deposit bank perdagangan yang
perlu disimpan di bank pusat.

Nisbah rizab tunai ialah peratusan daripada jumlah deposit bank perdagangan yang perlu di
simpan dalam bentuk tunai atau aset-aset mudah tunai di bank perdagangan itu sendiri, di bank
pusat atau di lain2 bank perdagangan

Kenaikan nisbah rizab akan mengecilkan saiz pengganda wang dan mengehadkan keupayaan

bank perdagangan untuk mencipta kredit. Misalnya nisbah rizab asal ialah 20%. Maka saiz

pengganda wang ialah:

Pengganda wang = 1 1

------------ = --------- = 5

Nisbah rizab 20%

Contoh, jika deposit semasa yang diterima oleh bank ialah RM 100 maka jumlah deposit

semasa di akhir proses penciptaan kredit ialah RM100 x 5 = RM 500.

Tetapi jika nisbah rizab naik kepada 25% maka pengganda wang yang baru ialah:
Pengganda wang = 1

-------- = 4
25%

Maka dengan deposit semasa asal RM100, jumlah deposit semasa diakhir proses penciptaan
kredit berkurang kepada RM100 x 4 = RM 400.

44

Kesimpulannya semakin tinggi nisbah rizab, semakin kurang penciptaan kredit oleh bank
perdagangan.

9 Huraikan lima faktor yang mengehadkan/membataskan/mengurangkan keupayaan bank

perdagangan untuk mencipta kredit. [10]

i. Nisbah Rizab dinaikkan
Semakin tinggi nisbah rizab, semakin banyak rizab yang pelu disimpan, semakin sedikit

pinjaman boleh dilakukan, penciptaan kredit berkurang.

ii. Kebocoran wang tunai
Peminjam tidak semestinya memasukkan semula wang yang dipinjam ke dalam bank.
Mereka lebih suka menggunakan wang tunai berbanding cek. Ini mengurangkan jumlah
deposit semasa di bank, maka penciptaan kredit berkurang.

iii. Dasar bank untuk menjaga keteguhan bank
Bank menyimpan lebih banyak rizab daripada yang ditetapkan oleh bank pusat. Maka
lebihan rizab bank bertambah. Jadi jumlah pinjaman yang diberi kepada pelanggan
semakin kecil. Maka keupayaan mencipta kredit berkurang.

iv. Syarat pinjaman yang ketat.
Misalnya peminjam diperlukan menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman.
Jadi jika ramai yang tidak mampu menyediakan cagaran maka jumlah pinjaman akan
berkurang dan ini mengurangkan penciptaan kredit.

v. Kurang minat meminjam
Pelabur tidak berminat untuk melabur mungkin disebabkan ekonomi dijangka
meleset. Jadi pinjaman berkurang. Ini mengehadkan penciptaan kredit.

10 Terangkan Teori Kuantiti Wang yang dikemukan oleh Irving Fisher? Adakah teori ini berkesan

untuk mengatasi inflasi? [6]

Teori Kuantiti Wang menyatakan bahawa perubahan dalam bekalan wang akan
menyebabkan perubahan dalam tingkat harga umum pada arah dan kadar yang sama. Teori ini
berdasarkan persamaan berikut:

MV = PT

di mana M = bekalan wang
V = halaju edaran wang
P = tingkat harga umum
T = jumlah urusniaga

Teori ini mengandaikan V dan T adalah malar kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga
penuh. Oleh itu apabila bekalan wang (M) naik maka P juga akan naik dengan peratusan yang sama.

Teori ini berkesan untuk mengatasi inflasi iaitu dengan cara kerajaan mengurangkan bekalan
wang sebesar kadar inflasi, maka tingkat harga akan turun, jadi inflasi dapat di atasi.

45

11 Terangkan tiga tujuan permintaan wang dan faktor yang mempengaruhi permintaan wang

tersebut dalam sesebuah ekonomi. [6]

Tiga tujuan permintaan wang dan factor yang mempengaruhinya ialah:

i. Untuk urusniaga
Iaitu untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Permintaan wang untuk urusniaga bergantung kepada pendapatan iaitu secara
positif.
Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi permintaan wang untuk urusniaga.
Sebaliknya semakin rendah pendapatan semakin kurang permintaan wang untuk
urusniaga.

ii. Untuk awasan
Iaitu untuk digunakan semasa kecemasan atau perbelanjaan diluar jangkaan.
Ia bergantung kepada pendapatan secara positif.
Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi wang diminta untuk awasan dan semakin
rendah pendapatan semakin rendah permintaan wang untuk awasan.

iii. Untuk spekulasi.
Wang diminta untuk tujuan mendapat keuntungan dengan membeli bon dan
saham.
Permintaan wang untuk spekulasi bergantung secara negative dengan kadar bunga.
Semakin tinggi kadar bunga (harga bon rendah) wang yg diminta berkurang kerana
wang telah diguna untuk membeli bon kerana menjangka kadar bunga akan jatuh
(harga bon naik)
Sebaliknya semakin rendah kadar bunga (harga bon tinggi) semakin tinggi
permintaan wang untuk spekulasi kerana menunggu peluang untuk membeli bon
apabila harganya jatuh.

12 Dengan bantuan gambar rajah berdasarkan analisis Keynes, jelaskan proses penentuan kadar

bunga di pasaran. [6]

Kadar bunga

Ms

r2 a b

r0 Eo

r1 cd Md

0 M1 M0 M2 Kuantiti wang

46

Kadar bunga keseimbangan berlaku apabila permintaan wang (Md) sama dengan
penawaran wang (Ms). Kadar bunga keseimbangan berlaku pada titik Eo dengan kadar bunga ro dan
kuantiti wang Mo

Pada kadar bunga r1, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak cd. Orang ramai menjual
bon. Harga bon turun dan kadar bunga meningkat sehingga mencapai keseimbangan dititik Eo pada
kadar bunga ro.

Pada kadar bunga r2, berlaku lebihan penawaran wang sebanyak ab. Orang ramai membeli
bon. Harga bon naik kadar bunga turun hingga mencapai keseimbangan di titik Eo pada kadar bunga
ro.

13 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan penawaran wang @

kesan alat2 dasar kewangan yg meningkatkan penawaran wang (cth: penurunan nisbah rizab)

terhadap keseimbangan kadar bunga. [10]

r Ms Ms1

r o Eo
r 1 E1

Md

Mo M1 Ktt wang

Keseimbangan asal ialah pada titik Eo pada kadar bunga ro dan kuantiti wang Mo apabila
penawaran wang (Ms) = permintaan wang (Md).

Apabila berlaku peningkatan penawaran wang, maka keluk Ms beralih dari Ms ke Ms1.
Pada ro yang asal berlaku lebihan penawaran wang. Lebihan penawaran wang akan digunakan untuk
membeli bon. Ini menyebabkan harga bon meningkat. Ini mendorong kadar bunga jatuh.

Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru dicapai di titik E1apabila
Md=Ms1.

Kesannya kadar bunga jatuh dari ro ke r1 dan kuantiti wang bertambah dari Mo ke M1.

47

14 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan permintaan

wang/peningkatan perbelanjaan penggunaan isi rumah (permintaan wang untuk tujuan

urusniaga ) /peningkatan permintaan wang utk awasan / peningkatan permintaan wang utk

spekulasi terhadap keseimbangan kadar bunga. [10]

r Ms

r 1 E1

r o Eo

Md1
Md

Mo Ktt wang

Keseimbangan asal ialah pada titik Eo pada kadar bunga ro dan kuantiti wang Mo apabila
penawaran wang (Ms) = permintaan wang (Md).

Apabila perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat (contoh soalan) maka permintaan
wang untuk tujuan urusniaga meningkat). Permintaan wang bertambah , keluk Md beralih dari Md
ke Md1.

Pada ro yang asal berlaku lebihan permintaan wang, maka masyarakat menjual bon. Maka
harga bon turun dan kadar bunga meningkat.

Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di titik E1 apabila Md1=Ms
Kesannya kadar bunga naik dari ro ke r1 dan kuantiti wang tetap di Mo.

48

15 Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan peningkatan penawaran wang terhadap

kadar bunga, tingkat pelaburan dan pendapatan negara @ terhadap ekonomi (mengikut teori

keutamaan kecairan Keynes) [10]

r r
Ms0 Ms1

r0 Dm I
r1 Ktt wang
Mo M1 I0 I1 Pelaburan
AE Rajah 1 Y=AE Rajah 2

450 C+I1+G
Y0 Y1 C+I0+G
Rajah 3
Y

Keseimbangan asal kadar bunga pada r0. Jumlah pelaburan pada kadar bunga r0 ialah I0. Dengan
pelaburan I0 perbelanjaan aggregate AE0 dengan Y keseimbangan pada Y0.

Pertambahan penawaran wang dari Ms0 ke Ms1 menyebabkan kadar bunga jatuh dari r0 ke r1.
Kesannya pelaburan bertambah dari I0 ke I1 kerana kos pinjaman semakin murah.

Pelaburan bertambah menyebabkan AE bertambah, dari AE0 ke AE1. Kesannya Y bertambah dari Y0
ke Y1

Kesimpulan, pertambahan penawaran wang akan menyebabkan kadar bunga jatuh, pelaburan
bertambah dan pendapatan negara meningkat.

49

16 Dengan menggunakan pendekatan AD-AS, jelaskan bagaimana dasar kewangan

mengembang dapat mengatasi pengangguran /kemelesetan/deflasi/ meningkatkan

output/keluaran negara. [6]

P

AS

P1 E1

P0 E0
AD1

AD0

Y benar

Y0 Y1

Keseimbangan asal ialah pd titik E0 dgn tingkat hg P0 dan Y benar pd Y0.

Dasar kewangan mengembang ialah dasar bank pusat meningkatkan bekalan wang dan
mengurangkan kadar bunga. Kesannya AD bertambah. Keluk AD beralih dr AD0 ke AD1.

Pada Po berlaku lebihan AD, maka harga turun. Proses ini berterusan sehingga mencapai
keseimbangan di E1.apabila AD1 = AS

Kesannya tingkat hg telah naik dr P0 ke P1 dan Y bnr juga bertambah dr Y0 ke Y1.

Peningkatan pendapatan negara ini bermakna lebih ramai tenaga buruh digunakan, maka
pengangguran dapat dikurangkan. / output dapat ditingkatkan.

*kesimpulan mengikut kehendak soalan

*jika soalan mengaitkan dasar kewangan melalui operasi pasaran terbuka untuk atasi
masalah di atas...mesti sebut kerajaan beli sekuriti kerajaan, maka penawaran wang bertambah,
kadar bunga jatuh, pelaburan meningkat maka AD meningkat

*jika soalan mengaitkan dasar kewangan melalui nisbah rizab utk atasi masalah di atas
...mesti sebut bila nisbah rizab diturunkan, maka penawaran wang bertambah, kadar bunga jatuh,
pelaburan meningkat maka AD meningkat

@ alat-alat dasar kewangan yg lain

*jika soalan berkaitan dengan atasi inflasi ... terbalikkan fakta dan huraian/kesan di atas

50


Click to View FlipBook Version