The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TANG LIH FANG Moe, 2020-07-15 07:15:20

KOLEKSI ESEI Ekonomi Penggal 2

Esei

Keywords: Makroekonomi

17 Terangkan bagaimana dasar kewangan kuantitatif digunakan untuk mengatasi masalah
inflasi. (10)

Cara dasar kewangan untuk mengatasi inflasi:

1. Operasi pasaran terbuka

Bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kpd institusi kewangan dan orang ramai.
Maka keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang, penawaran wang
berkurang , AD berkurang, harga turun. Jadi inflasi dapat diatasi.

2. Bank pusat menaikkan kadar bank/kadar diskaun

Apabila kadar bank dinaikkan, kos meminjam bank perdagangan meningkat. Bank
perdagangan meningkatkan kadar bunga pinjaman kepada orang ramai. Ini
mengurangkankan orang ramai meminjam, penawaran wang berkurang menyebabkan
AD berkurang. Harga akan turun. Jadi inflasi dapat diatasi.

3. Bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun
Apabila nisbah rizab berkanun dinaikkan maka kecairan bank perdagangan berkurang.
keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang. Kesannya penawaran wang
menurun menyebabkan AD menurun. Harga akan turun. Jadi inflasi dapat diatasi.

4. Bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai
Apabila nisbah rizab berkanun dinaikkan maka kecairan bank perdagangan berkurang.
keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman berkurang. Kesannya penawaran wang
menurun menyebabkan AD menurun. Harga akan turun. Jadi inflasi dapat diatasi.

5. Kadar bunga semalaman
Kadar bunga semalaman ditetapkan lebih tinggi drp kadar bunga pasaran. Maka bank
perdagangan akan mengenakan kadar bunga lebih tinggi kpd peminjam. Pinjaman
berkurang, AD berkurang. Harga jatuh.

18 Terangkan bagaimana dasar kewangan kuantitatif digunakan untuk mengatasi masalah
pengangguran / kemelesetan/meningkatkan output / meningkatkan pertumbuhan ekonomi (10)

Cara dasar kewangan untuk mengatasi pengangguran: @...ikut soalan

1. Bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan melalui operasi pasaran terbuka

Bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan drp institusi kewangan dan orang
ramai. Maka keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah, penawaran
wang bertambah , AD bertambah maka Y meningkat dan pengangguran diatasi.

2. Bank pusat menurunkan kadar bank/kadar diskaun

Apabila kadar bank diturunkan, kos meminjam bank perdagangan berkurang. Bank
perdagangan menurunkan kadar bunga pinjaman kepada orang ramai. Ini menambahkan
pinjaman, penawaran wang bertambah menyebabkan AD bertambah maka Y meningkat

51

3. Bank pusat mengurangkan nisbah rizab berkanun
Apabila nisbah rizab berkanun dikurangkan maka kecairan bank perdagangan bertambah.
keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah. Kesannya penawaran wang
bertambah AD bertambah maka Y bertambah.

4. Bank pusat mengurangkan nisbah rizab tunai
Apabila nisbah rizab tunai dikurangkan maka kecairan bank perdagangan bertambah.
keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman bertambah. Kesannya penawaran wang
bertambah AD bertambah maka Y bertambah.

5. Bank pusat menetapkan kadar bunga semalaman lebih rendah drp kadar bunga pasaran
Maka bank perdagangan akan mengenakan kadar bunga lebih rendah kpd peminjam.
Pinjaman bertambah, bekalan wang bertambah,AD bertambah maka Y bertambah.

52

BAB 5 PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA

1 (a) Apakah maksud perdagangan antarabangsa? [2]

Perdagangan antarabangsa ialah perdagangan yang melibatkan eksport dan import barang
dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain. Contoh Malaysia mengeksport
petroleum ke Jepun dan mengimport kereta dari Jepun.

(b) Terangkan empat faktor yang menyebabkan wujudnya / perlunya perdagangan
antarabangsa. (atau mengapa sebuah negara perlu berdagang dengan negara lain[8]

i. Anugerah faktor yang berbeza
Anugerah faktor berbeza bagi setiap negara seperti tanah dan iklim.
Contoh Malaysia, iklim dan tanahnya sesuai untuk menanam kelapa sawit. Manakala
Arab Saudi kaya dengan petroleum. Jadi dengan perdangan antarabangsa sebuah
negara dapat mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan.

ii. Cita rasa masyarakat yang berbeza
Cita rasa pengguna yang menggemari barang import. Contoh rakyat Malaysia suka
kereta import. Jadi perdagangan antarabangsa dijalankan.

iii. Teknologi yang berbeza
Negara yang mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi akan mengkhusus dalam
pengeluaran barang yang berintensifkan modal. Contoh Amerika Syarikat yang
mengeluarkan kapal terbang. Jadi AS dapat mengeksportnya ke negara yang tiada
kepakaran teknologi.

iv. Kemahiran buruh yang berbeza
Perbezaan kemahiran buruh mempengaruhi corak kegiatan ekonomi dan jenis
barang yang dikeluarkan. Contoh buruh Malaysia mahir dalam sektor pertanian dan
mengutamakan pengeluaran hasil pertanian.
Sebaliknya buruh Jepun mahir dalam sektor pembuatan, maka mereka lebih
mengutamakan pengeluaran barang kilang. Maka wujud perdagangan

v. Memenuhi pengeluaran negara yang tidak mencukupi
Pengeluaran sesebuah negara tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk
Cth Malaysia perlu mengimport beras kerana pengeluaran beras tidak cukup. Jadi
wujud perdagangan dengan negara lain.

2. Terangkan lima faedah yang diperoleh daripada perdagangan antarabangsa. [10]

1. Mendapat barang yang tidak dikeluarkan dalam negara

Dapat barang yg tidak dapat dikeluarkan misalnya kerana iklim yg berbeza.Cth rakyat
Malaysia dapat menikmati anggur

2. Meluaskan pasaran

Keluaran tempatan dapat dijual di pasaran luar negeri. Jadi menggalakkan peningkatan
pengeluaran dalam negeri utk dieksport. Guna tenaga meningkat.

3. Membolehkan penggunaan teknologi moden

53

Teknologi moden dari negaran maju dapat diimport dan digunakan dalam proses
pengeluaran. Ini dapat meningkatkan daya produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran.

4. Menikmati faedah drp pengkhususan

Setiap negara dapat mengkhusus dalam pengeluaran yg mempunyai faedah mutlak @
faedah berbanding. Keluaran dapat dihasilkan secara besar-besaran dan menikmati ekonomi
bidangan

5. Menggalakkan pelaburan

Dapat mengadakan pelaburan ke luar negara dan menarik pelaburan asing. Ini dapat
meningkatkan keluaran negara dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

3 Dengan menggunakan contoh, terangkan mengenai teori faedah mutlak dan faedah

berbanding. [6]

Teori faedah mutlak ialah keuntungan yg diperoleh sesebuah negara kerana
mengkhusus dalam pengeluaran barang yg dpt dihasilkan dgn lebih cekap berbanding dgn
negara lain iaitu dgn jumlah factor pglrn yg sama, negara itu dpt menghasilkan lebih byk sesuatu
brg berbanding negara lain.

Manakala faedah berbanding ialah keuntungan yg diperoleh sesebuah negara kerana
negara itu dapat mengeluarkan sesuatu brg pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara
lain dengan menggunakan jumlah factor pengeluaran yg sama byk.

Negara Komputer Kereta Kos lepas seunit Kos lepas seunit
A (unit) (unit) komputer kereta
B 100
50 50/100 = 0.5 100/50 = 2 unit
30 unit kereta computer
30
30/30 = 1 unit 30/30 = 1 unit
kereta computer

Negara A mempunyai faedah mutlak dlm pengeluaran komputer dan kereta berbanding
negara B kerana mampu mengeluarkan lebih byk komputer dan kereta.

Manakala negara B memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran kereta kerana dapat
mengeluarkan kereta pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara A iaitu kos lepas
seunit kereta ialah 1 unit komputer berbanding negara A iaitu 2 unit komputer.

4. Dengan menggunakan contoh terangkan bagaimana teori faedah berbanding akan memberi
keuntungan/laba kepada sesebuah negara apabila melakukan perdagangan dengan negara lain.
[10]

Andaian:
1. Hanya ada dua negara yang berdagang
2. Hanya terdapat dua jenis barang yang dikeluarkan oleh setiap negara
3. Jumlah faktor pengeluaran adalah sama
4. Kedua-dua negara telah mencapai guna tenaga penuh

54

Jadual sebelum pengkhususan (pengeluaran dan penggunaan dalam negara)

Negara Kereta Komputer Kos lepas seunit Kos lepas seunit
A (unit) (unit) kereta komputer
B 60
60 60/60 = 1 unit 60/60 = 1 unit
50 komputer kereta
20
50/20 = 2.5 unit 20/50 = 0.4 unit
komputer kereta

Negara A memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran kereta kerana dapat
mengeluarkan kereta pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara B. Jadi negara A
mengkhusus dalam pengeluaran kereta

Negara B memiliki faedah berbanding dalam pengeluaran komputer kerana dapat
mengeluarkan komputer pada kos lepas yg lebih rendah berbanding negara A. Jadi
negara B mengkhusus dalam pengeluaran komputer.

Jadual selepas pengkhususan

Negara Kereta Komputer
(unit) (unit)
A 120 -
B 100
Jumlah - 100
120

Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 unit kereta = 2 unit komputer
Negara A ingin mengeksport 30 unit kereta.

Jadual selepas perdagangan

Negara Kereta Komputer
(unit) (unit)
A 60
B 90 40
Jumlah 30 100
120

Keuntungan negara A - mendapat tambahan 30 unit kereta
Keuntungan negara B – mendapat tambahan 10 unit kereta

5 Jelaskan lima alasan mengapa sekatan perdagangan (dasar perlindungan) dilakukan oleh

sesebuah negara. [10]

Sekatan perdagangan dilakukan untuk:

i. Melindungi industri muda
Industri tidak mampu bersaing dari segi kos, harga dan kualiti. Perlindungan dapat
meningkatkan pengeluaran dan kecekapan firma.

ii. Melindungi industri strategik

55

Industri ini penting untuk keselamatan negara seperti industri makanan dan
keselamatan. Perlindungan seperti tarif menyebabkan harga relatif barang import
mahal dan kos pengeluaran firma berkurangan dengan pemberian subsidi

iii. Mengatasi defisit imbangan pembayaran
Alat sekatan seperti tarif akan menyebabkan harga import meningkat, import
berkurang dan eksport bersih meningkat.

iv. Menggalakkan penggunaan keluaran tempatan
Sekatan perdagangan akan menyebabkan harga import meningkat, permintaan
import berkurang dan permintaan barang tempatan meningkat.

v. Mempelbagaikan ekonomi negara
Sekatan perdagangan menggalakkan pengeluaran pelbagai sektor ekonomi, supaya
mengurangkan penggantungan import.

6. Jelaskan lima bentuk sekatan perdagangan / alat kawalan import yang dapat memperbaiki

imbangan pembayaran defisit [10]

1. Tarif

Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barang import.
Harga barang import menjadi lebih mahal, import berkurang
Imbangan pembayaran defisit diperbaiki

2. Kuota

Iaitu mengehadkan kuantiti maksimum yang boleh diimport.
Import yang dibawa masuk terhad kepada kuota yang dibenarkan.
Kantiti import berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki.

3. Kawalan pertukaran asing

Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan import.
Kuantiti import berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki

4. Piawaian tertentu atas barang import

Kerajaan menetapkan piawaian tertentu atas barang import bagi tujuan keselamatan dan
kesihatan.
Barang yang tidak memenuhi piawaian dilarang masuk ke dalam negara.
Kuantiti import akan berkurang.
Imbangan pembayaran defisit diperbaiki

5. Devaluasi
Kerajaan menurunkan nilai matawang tempatan.
Harga barang import semakin mahal.
Kuantiti import berkurang. Imbangan pembayaran defisit diperbaiki

56

7. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tarif terhadap ekonomi
sesebuah negara. (10)

Harga Sd

P2 aG Sw + T

P1 b cF Sw

Dd

0 Q1 Q2 Q3 Q4 Kuantiti

Keluk Sd dan Dd ialah keluk permintaan dan penawaran domestik.
Keluk Sw ialah keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa.
Keluk Sw + T ialah keluk penawaran selepas tarif.

Keseimbangan sebelum tarif dicapai di titik F, di mana pada harga 0P1 , penawaran domestik (Sd ) @
pengeluaran tempatan ialah Q1 , manakala permintaan domestik (Dd ) ialah Q4 . Maka kuantiti
diimport ialah Q1 Q4 .

Apabila tarif dikenakan sebanyak P1 P2 seunit keluaran keseimbangan dicapai di titik G, pada harga
0P2 dan kuantiti Q3.
Pada harga P2, Sd ialah Q2 dan Dd ialah Q3. Maka, kuantiti diimport ialah Q2 Q3

Jadi kesan tarif kepada ekonomi negara ialah:

1. Harga telah naik dari P1 ke P2
2. Kuantiti import berkurang dari Q1Q4 ke Q2Q3
3. Pengeluaran/penawaran tempatan (domestik) meningkat dari Q1 ke Q2
4. Penggunaan /permintaan tempatan (domestik) berkurang daripada Q4 ke Q3
5. Imbangan perdagangan/pembayaran semakin baik kerana import berkurang
6. Guna tenaga meningkat @ pengangguran berkurang kerana peningkatan industri tempatan
7. Memberi hasil kepada kerajaan sebanyak abcG yang boleh digunakan untuk pembangunan
ekonomi

8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tarif? [2]

(b) Berdasarkan gambar rajah suntikan-bocoran (J-W), jelaskan kesan tarif / kenaikan kadar tarif

ke atas keseimbangan pendapatan negara. @ bagaimana tarif dapat memperbaiki imbangan

pembayaran/perdagangan/akaun semasa @ bagaimana tariff dapat meningkatkan guna

tenaga/mengatasi pengangguran. [8]

(a) Tarif ialah cukai yang dikenakan ke atas barang yang diimport. Ini menyebabkan harga import
menjadi lebih mahal.

57

(b) E0 E1 W0 = S+T+M0
W1 = S+T+M1
J,W A
Y0 Y1 J=I+G+X
0
Y

Keseimbangan asal pada E0 apabila suntikan = bocoran (J=W) pada pendapatan negara Yo

Apabila kadar tarif dinaikkan, maka harga barang import meningkat, jumlah import jatuh, bocoran
berkurang dan keluk bocoran beralih dari W0 ke W1

Pada Yo wujud lebihan suntikan @ kurangan bocoran sebanyak E0A, stok akan berkurangan, maka
firma akan meningkatkan keluaran

Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baharu di E1 apabila J=W1

Kesannya tingkat pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1 bergantung kepada saiz pengganda

*Kesimpulan ikut kehendak soalan...cth bagaimana tarif baiki imb. pmbyrn defisit...tarif telah
menyebabkan import berkurang, maka imb. pembyrn dpt diperbaiki.

10 Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap matawang asing. [6]

Tiga faktor yg mempengaruhi permintaan terhadap matawang asing ialah:

i. Perubahan harga brg import
Jika harga brg import lebih rendah drp harga brg tempatan, pengguna akan beralih
meminta brg import, maka permintaan terhadap matawang asing akan bertambah.
Sebaliknya jika harga brg import lebih mahal drp harga brg tempatan, permintaan
matawang asing akan berkurang.

ii. Perubahan citarasa masyarakat
Apabila terdapat perubahan citarasa rakyat tempatan yg lebih menggemari brg import,
menyebabkan permintaan terhadap brg import bertambah. Maka permintaan
terhadap matawang asing akan bertambah. Sebaliknya jika rakyat lebih menggemari
brg tempatan, permintaan untuk matawang asing akan merosot.

58

iii.Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
Kdr bunga dan kdr pulgn yg rdh akan menyebabkan modal dlm negeri mengalir keluar
ke negara yg menawarkan kadar lebih tinggi. Jadi permintaan terhadap matawang
asing akan bertambah. Sebaliknya jika kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
dalam negara tinggi, permintaan untuk matawang asing akan merosot.

11. `Peningkatan permintaan terhadap dolar Singapura menyebabkan peningkatan
penawaran Ringgit Malaysia. Berbantukan lima contoh urusniaga antarabangsa, jelaskan
penyataan tersebut [10]

1. Peningkatan import barang dari Singapura oleh rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia akan meminta lebih banyak dolar Singapura (DS) untuk membeli lebih

banyak barang dari Singapura spt pakaian. Maka ringgit Malaysia perlu ditawarkan dengan lebih
banyak.
2. Pelaburan langsung Malaysia ke Singapura bertambah
Maka permintaan terhadap DS oleh pelabur Malaysia meningkat . Contohnya untuk membayar
upah buruh di Singapura. Jadi penawaran RM juga bertambah.
3. Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Singapura
Oleh itu semakin banyak DS diminta, contoh untuk membayar sewa hotel. Jadi penawaran RM
bertambah.
4. Peningkatan bayaran pindahan oleh rakyat Malaysia ke Singapura
Oleh itu semakin banyak DS diminta, contoh menghantar wang biasiswa pelajar Malaysia di
Singapura. Jadi penawaran RM juga meningkat.
5. Peningkatan pendidikan pelajar Malaysia ke Singapura.

Oleh itu semakin banyak DS diminta, contoh untuk membayar yuran pengajian di Singapura
Jadi penawaran RM bertambah.
#Jika soalan ...mengapa rakyat Malaysia meminta DS/matawang asing yg lain, jawapan tak
perlu masukkan peningkatan. Jawab direct, cth...
1. Rakyat Malaysia hendak membeli barang import dari Singapura

Contoh untuk membeli pakaian. Jadi rakyat Malaysia meminta DS bagi membayar pakaian
tersebut.

59

12. Dengan bantuan gambar rajah, bagaimanakah kadar pertukaran matawang asing
ditentukan di bawah sistem pertukaran boleh ubah.
[6]

RM/USD

DS

3.50 E0
3.00
2.50 D
Ktt USD
S

Q1 Qo Q2

Contohnya penentuan kadar pertukaran asing di antara Ringgit Malaysia dgn DolarAmerika(USD).

Keluk DD ialah keluk permintaan USD dan keluk SS adalah keluk penawaran USD di Malaysia.

Keseimbangan kadar pertukaran asing berlaku apabila jumlah permintaan USD = jumlah
penawaran USD pada titik E0. Kadar pertukaran keseimbangan ialah USD1 = RM3.00.

Pada kadar pertukaran USD1 = RM3.50, keseimbangan tidak dicapai kerana berlaku lebihan
penawaran dolar sebanyak Q1Q2. Ini menyebabkan kadar pertukaran turun dan kembali kpd
keseimbangan US$1 = RM3.00.

Pada kadar pertukaran USD1 = RM2.50 , keseimbangan juga tidak dicapai kerana berlaku
lebihan permintaan USD sebanyak Q1Q2. Ini menyebabkan kadar pertukaran naik dan akhirnya
mencapai keseimbangan semula pada USD1 = RM3.00.

60

13 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan konsep susut nilai sesuatu matawang /

susutnilai RM [4]

(b) Nyatakan kesan susutnilai terhadap eksport, import dan imbangan pembayaran sebuah

negara. [6]

(a) RM/USD D1
D
S

3.50 E1

3.00 E0 D1
S D Ktt USD

0 Q0 Q1

Susutnilai ialah kemerosotan nilai matawang sesebuah negara berbanding matawang asing.
Contohnya, kadar pertukaran asal ialah USD1 = RM3.00. Apabila kadar pertukaran berubah kepada
USD1 = RM3.50, Ringgit Malaysia telah mengalami susutnilai kerana semakin banyak Ringgit
Malaysia diperlukan untuk mendapat 1 dolar Amerika.

*jika soalan berkaitan naik nilai sesuatu matawang...terbalikkan fakta dan gambar rajah
lukiskan peralihan keluk permintaan mata wang asing ke bawah dan tulis kdr pertukaran baru
USD1 = RM2.50 (contoh)

(b) Kesan susutnilai sesuatu matawang terhadap:

Eksport
Eksport akan meningkat kerana harga barang eksport secara relatif menjadi lebih murah.

Import
Import akan berkurangan kerana harga barang import secara relatif menjadi lebih mahal.

Imbangan pembayaran
Imbangan pembayaran akan bertambah baik kerana berlaku pertambahan nilai eksport
dan pengurangan nilai import @ eksport bersih meningkat

*kesan naik nilai...terbalikkan kesan susutnilai di atas

61

14 Terangkan konsep terlebih nilai dan terkurang nilai sesuatu matawang dengan bantuan

gambar rajah. [6]

RM/USD

DS

3.50 Terkurang nilai

3.00 E

2.50 Terlebih nilai
S
D
Ktt USD

0 Q0

Terkurang nilai ialah kadar pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara lebih
tinggi drp kadar pertukaran di pasaran iaitu RM semakin murah berbanding USD. Contoh, kdr
pertukaran pasaran ialah USD1 = RM3.00. Kdr pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan ialah USD1 =
RM3.50.

Terlebih nilai ialah kadar pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara lebih
rendah drp kadar pertukaran di pasaran iaitu RM semakin mahal berbanding USD. Contoh, kdr
pertukaran pasaran ialah USD1 = RM3.00. Kdr pertukaran yg ditetapkan oleh kerajaan ialah USD1 =
RM2.50

*Kesan terkurang nilai kpd eksport, import dan imbangan perdagangan sama dgn kesan
susutnilai

*Kesan terlebih nilai kpd eksport, import dan imbangan perdagangan sama dgn kesan naik
nilai.

15 Dengan menggunakan contoh, terangkan mengenai devaluasi. Nyatakan empat kesan

devaluasi terhadap ekonomi negara. [10]

Maksud devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai matawangnya berbanding
matawang asing. Contoh, kerajaan Malaysia mengubah nilai matawangnya dari USD1 = RM2.50
kepada USD1 = RM3.00.

Kesan devaluasi terhadap ekonomi negara:

i. Imbangan pembayaran semakin baik kerana pertambahan eksport dan
pengurangan import. Eksport bertambah kerana harga barang eksport menjadi lebih
murah dan import berkurang kerana harga barang import menjadi lebih mahal.

ii. Ekonomi negara berkembang kerana industri eksport meningkat.

62

iii. Berlaku pertumbuhan ekonomi kerana pendapatan negara meningkat

iv. Pengangguran berkurang kerana lebih ramai tenaga buruh diperlukan kerana
industri eksport meningkat

16 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perkara berikut mempengaruhi
nilai Ringgit Malaysia :

i. Import Malaysia dari Amerika Syarikat meningkat [5]

ii. Pelaburan langsung dari Amerika Syarikat ke Malaysia meningkat. [5]

i. RM/USD D1 S
D

4.00 E1
3.00 Eo

S Q0 Q1 D1
0 D

Ktt USD

Keseimbangan asal ialah pada Eo apabila permintaan wang asing (DD) = penawaran mata
wang asing (SS) dengan kadar pertukaran USD1 = RM3.00.

Apabila import Malaysia dari AS meningkat, maka permintaan utk USD bertambah. Keluk
permintaan USD beralih dari DD ke D1D1.

Pada kadar pertukaran asal berlaku lebihan permintaan permintaan USD. Ini menyebabkan
kadar pertukaran meningkat. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1
apabila D1D1 = SS. Kadar pertukaran baru ialah USD1 = RM4.00. Kesannya RM susutnilai.

ii. RM/USD

DS

S1

4.00 Eo
3.00 E1

S Q0 Q1 D
S1 Ktt USD

0

63

Keseimbangan asal ialah pada Eo apabila permintaan wang asing (DD) = penawaran mata
wang asing (SS) dengan kadar pertukaran USD1 = RM4.00.

Apabila pelaburan asing dari AS meningkat, maka penawaran USD bertambah. Keluk
penawaran USD beralih dari SS ke S1S1.

Pada kadar pertukaran asal berlaku lebihan penawaran USD. Ini menyebabkan kadar
pertukaran menurun. Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan baru di E1 apabila DD
= S1S1

Kadar pertukaran baru ialah USD1 = RM3.00. Kesannya RM naik nilai.

17 Apakah imbangan pembayaran? Dengan menggunakan jadual, terangkan mengenai struktur

imbangan pembayaran Malaysia. (10)

Imbangan pembayaran ialah satu penyata kira-kira yg menunjukkan nilai urusniaga dan
aliran wang yg berlaku antara suatu negara dgn negara lain dlm suatu tahun.

Struktur imbangan pembayaran dpt diterangkan berdasarkan jadual berikut:

Butiran RM juta RM juta

A Barang dan perkhidmatan 300 600
1 Barang 150
Eksport 200
-Import 100 100
2 Perkhidmatan 200 900
Pengangkutan 100 350
Perjalanan 50
Urusniaga kerajaan 50
Perkhidmatan lain 200 1300
100 -1300
B Pendapatan 50
C Pindahan semasa
D Imbangan akaun semasa (A+B+C)
E Akaun Kewangan

1 Pelaburan langsung
2 Pelaburan portfolio
3 Pelaburan lain
F Kesilapan dan ketinggalan
G Imbangan keseluruhan (D+E+F)
H Aset rizab

Perubahan bersih rizab

Imbangan pembayaran terdiri dr dua jenis akaun iaitu akaun semasa dan akaun
kewangan. Disamping itu terdapat satu rekod kewangan iaitu kesilapan dan ketinggalan.

Akaun semasa merekodkan eksport dan import brg dan perkhidmatan, pendapatan
pelaburan spt keuntungan pelaburan dan dividen dan pindahan semasa iaitu pindahan
yg dilakukan oleh kerajaan dan swasta.

Imbangan akaun semasa = Imbangan brg dan perkhidmatan + Pendapatan
Pelaburan + Pindahan semasa

64

Akaun kewangan merekodkan pergerakan modal antara satu negara dgn negara lain
yg meliputi pelaburan langsung, pelaburan portfolio dan pelaburan lain.

Imbangan keseluruhan diperoleh dengan formula berikut:
Imbangan keseluruhan = Akaun semasa + Akaun kewangan + Kesilapan dan

Ketinggalan.
Berdasarkan jadual:
Imbangan keseluruhan = 900 + 350 + 50

= RM1300

65


Click to View FlipBook Version