The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU KALI 3 - 2019 - pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORMIE BINTI SANUSI -, 2019-11-21 00:15:30

MESYUARAT GURU BIL.4 2019

MINIT MESYUARAT GURU KALI 3 - 2019 - pdf

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-3 2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INANAM, KOTA KINABALU, SABAH.

Tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Bilik Sri Ledang, SMK Inanam
Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Kehadiran :

Hadir

1. Mozidah Hamzah (Pengetua)
2. Pahawana A/P Nai Win (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Mohd Daud Bin Sari (Penolong Kanan HEM)
4. Jumilah @ Jamilah Jaaffar (Penolong Kanan KOKUM)
5. Paul Gindong(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
6. Wadwia Binti Larawiki (Penyelia Petang)
7. Ann A. Lojitan (Ketua Bidang Sains Dan Matematik)
8. Fadzilah Aini Bt. Abd. Lait (Ketua Bidang Bahasa)
9. Zakiah Binti Kiamin (Ketua Bidang Kemanusiaan)
10. Rohbiah Bt. Hj. Baharom (ketua Bidang VOTEK)
11. Normie Binti Sanusi (Setiausaha)
12. A'esyah Binti Abd Rahman
13. Ahmad Johari B. Yadi
14. Alifuddin B. Yousof @ Usop
15. Amin Bin Yunus
16.Anitah Bte Ansim
17. Anizan Bin Mohd Haris
18. Arnella Binti Matdin
19. Asrizal Bin Aldin
20. Azlin Binti Matussin
21. Azlinah Binti Ispal
22. Azmi Shah Bin Juri
23. Chong Woon Cheng
24. Chung Oi Lin
25. Darius Mudin
26. Darmawan @ Zainah Bte Ismail
27. Edwina Wina John
28. Evelyn Binti Joseph
29. Faznim Bt Ismail
30. Hudayana Binti Sapri
31. Jacqueline Poh
32. Janet Jukini Ikun
33. Jenit Binti Majanim
34. Juslidi Bin Rosmin
35. Kamisah Binti Ariffin @Enduny
36. Kartinah Binti Jamil
37. Liew Wei Fiun
38. Madzlan Bin Kanan
39. Mazhair Shahroz Muhasip
40. Maznah Bt. Adnan
41. Melissa Joannes
42. Mery Yohanis
43. Mohamad Bin Abd Rahman

44. Mohd Kamal Bin A Hamid
45. Mohd Nor Fadly B. Johari
46. Mohd Shahrol Bin Othman
47. Muhammad Izzuddin Bin Julang
48. Muhd Jefry Azri Bin Anuar
49. Nadiah Azat Abdullah@Mernie Azat
50. Nelson Llames
51. Ng Keam Kee
52. Noor Aini Binti Mustafa
53. Noorfarjila Binti Kamoruddin
54. Noorhasnidah Binti Mohd Kassim
55. Nor Azita Binti Yacob
56. Norbi Hj Sadi
57. Norhaini Binti Abd. Ghani
58. Norlida Abdullah
59. Norreziana Binti Reping
60. Norsuhada Binti Yahya
61. Noryuzaini Bt Zalkarnal
62. Nur Ain Binti Nor Azme
63. Rabiatul Adawiah Binti Lamsil
64. Rahel @ Ralyn Binti Sarah
65. Rizah Binti Rundah
66. Rohaida Binti Suleman
67. Rohaidah Binti Paimin
68. Rosleyziana Binti Yahya
69. Rubiah Binti Alli
70. Ruzita Binti Mickey
71. Sapiah Bte Sadat
72. Sarimah Binti Yusof
73. Selmah Abdul Rahman
74. Siti Aishah Bt Kasim
75. Siti Alifah Aziz
76. Siti Khadijah Binti Ismail
77. Sitti Nur Affira Binti Ismail
78. Stephenie Patrick Dayu
79. Sujih @ Suzie Bt Sekit
80. Suriana Binti Mandai
81. Veronica Gom Amin
82. Veronica Taingin
83. Wan Sanoni Wan Ibrahim
84. Wasnie Binti Jamion
85. Yong Hie Chuo
86. Zainab Binti Badron
87. Zamry Bin Edwin
88. Zita Louis

Tidak hadir
Tiada

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK INANAM

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustad Mazhair Sharoz Muhasip.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru Kali ke-3 tahun

2019.

2.0. PENGESAHAN MINIT

Pn. Ruzita Binti Mickey telah mengesahkan minit mesyuarat bil. 2/2019 dan telah disokong
oleh Pn. Zita Louis.

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara bangkitkan.

4.0 PENGURUSAN SEKOLAH

4.1 Puan pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi sesi Mesyuarat Guru kali
ke-3/2019. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengajak semua
guru muhasabah diri tentang keikhlasan menjalankan tugas dan tanggungjawab
sepanjang tahun 2019 demi masa depan pelajar.

4.2 Puan pengetua mengingatkan semua guru supaya tidak ‘punch card’ guru-guru lain.
‘Punch card’ akan ditukar warna hijau atau merah sekiranya pegawai atau kakitangan
yang masuk dan keluar dari sekolah tidak mengikut waktu tugas masing-masing.

4.3 Puan Pahawana menegaskan kepada semua guru dan AKP ,mesin ‘punch card’ sekolah
sudah berfungsi dengan baik. Perlu diingatkan bahawa punch masuk dan ‘punch’ keluar
tidak boleh ditulis mengggunakan pen di kad tersebut.Sekiranya guru-guru lewat masuk
ke sekolah kerana ada urusan seperti ke klinik, kereta rosak atau lain-lain sebab yang
munasabah,guru perlu ‘punch’ masuk dan buat catatan sebab lewat hadir. Guru juga
boleh jumpa pengetua atau mana-mana Penolong Kanan untuk dapatkan tandatangan.
Sekiranya guru-guru ke kursus atau hadir aktiviti rasmi,guru-guru boleh menulis catatan
pada hari yang terlibat. Kerjasama semua guru dan AKP amatlah diperlukan.

4.4 Berkaitan dengan cuti Cuti Rehat Khas, guru-guru hendaklah mengisi borang dengan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Borang yang telah diisi hendaklah diletakkan
di atas meja pengetua untuk mendapat kelulusan terlebih dahulu.

4.5 Puan pengetua menegaskan bahawa cuti sakit adalah tidak digalakkan kecuali sakit yang
serius. Surat cuti sakit hendaklah ditampal bersama borang yang telah disediakan dan
diserahkan di pejabat .

4.6 Sekiranya cuti sakit telah diluluskan oleh pengetua, guru perlu memaklumkan kepada
Penolong kanan Pentadbiran Pn Pahawana A/P Nai Win untuk sidang pagi dan semua
sidang petang pula hendaklah memaklumkan kepada Penolong Kanan Petang.

4.7 Guru-guru yang keluar dalam waktu pejabat perlu meminta kebenaran dan tandatangan
daripada Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan serta mengisi borang keluar dan
hantar kepada kerani di pejabat.

4.8 Guru-guru juga diingatkan agar tidak menggunakan komputer atau printer yang
terdapat di pejabat kerana akan mengganggu kerja-kerja pentadbiran di pejabat.

4.9 Guru-guru perlu mendapat kelulusan dan tandatangan daripada pentadbir sekolah
sekiranya mahu mencetak bahan yang diperlukan. Bahan-bahan Kurikulum (PK
Pentadbiran), bahan-bahan HEM (PK HEM) dan bahan Kokurikulum (PK KOKUM)

5.0 PENGURUSAN KURIKULUM

5.1 Pn Pahawana menegaskan agar guru perlu merancang dan melaksanakan program
intervensi yang lebih berfokus. Penggunaan latihan dari negeri-negeri lain serta modul-
modul yang dibekalkan oleh JPN dan PPD adalah digalakkan. Guru-guru perlu
mengaplikasikan pengajaran berbeza berdasarkan perbezaan individu setiap pelajar
dalam pembelajaran. Guru-guru perlu membimbing pelajar agar mereka boleh
menyusun atur strategi dan memilih kaedah pembelajaran yang lebih berkesan untuk
menghadapi peperiksaan.

5.2 Pn Pahawana menegaskan akademik adalah teras kita. Faktor tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan adalah kerana PdPc guru masih belum mencapai standard yang
ditetapkan di mana PdPc masih berada di tahap sederhana. Semua guru harus sedar
bahawa proses PdPc memberi kesan kepada kualiti pelajar. Peranan dan komitmen guru
amat diperlukan. Kualiti guru merupakan faktor penentu keberhasilan murid. Semua
guru haruslah berganding bahu meningkatkan kualiti PdPc. Perancangan PdPc guru
haruslah memberi impak kepada pembelajaran pelajar.

5.3 Puan Pahawana juga menegaskan bahawa Erph online masih diteruskan dan diharapkan
guru dapat melengkapkan Rancangan Pengajaran Tahunan, dan mestilah ada dalam
simpanan yang telah dicetak.

5.4 Semua guru subjek PT3 dan SPM diminta memastikan kerja kursus telah dilaksanakan
dengan sempurna. Guru subjek berkenaan harus merancang dan menyediakan jadual
agar pelajar yang bermasalah ini dapat menyiapkan kerja kursus mereka berdasarkan
jangka masa yang telah ditetapkan.

5.5 Guru-guru diminta memberi perhatian dan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk
mempertingkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-akademik pada masa akan
datang.

6.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM

6.1 Puan Jamilah menegaskan, Buku rekod PAJSK adalah dokumen rasmi pelajar dan
hendaklah dipantau serta diuruskan oleh guru kelas. Buku tersebut perlu dikembalikan
kepada murid sekirannya murid berpindah.

6.2 Beliau memberitahu bahawa papan kenyataan masih ada yang belum lengkap dan perlu
dilengkapkan dan diubah mengikut Ahli Jawatankuasa yang terbaru serta dipamerkan.

6.3 Fail Kokurikulum yang lama masih boleh digunakan dan isikan maklumat yang terbaru
dan dikeluarkan maklumat lama.

6.4 Beliau memberitahu lagi, kehadiran aktiviti kokurikulum hendaklah diisi dan
dilengkapkan.

7.0 PENGURUSAN HEM

7.1 Penolong Kanan HEM menegaskan kehadiran, maklumat murid dalam APDM
hendaklah sentiasa dikemaskini. Data murid yang ingin dipadam perlu berhubung
dengan Setiausaha HEM, Pn Ruzita Mickey.

7.2 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah untuk semua guru. Sistem ini digunakan
untuk melaporkan kes-kes salahlaku murid secara ‘online’. Sekiranya kes-kes telah
dimasukkan ke dalam sistem, ia akan disemak oleh guru disiplin dan guru
kaunseling.Guru Disiplin akan menyemak dan akan mengambil tindakan yang
sewajarnya. Kesemuanya akan ‘link’ dengan Aplikasi Pangkanlan Data Murid
(APDAM).

8.0 PENGURUSAN PENOLONG KANAN PETANG

8.1 Puan Wadwia Larawiki mengucapkan terima kasih kepada semua guru sidang petang
di atas kerjasama dan mengharapkan agar guru boleh menjalankan tugas dengan lebih
baik berbanding tahun lepas.

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Guru Data Puan Melissa Joannes mohon agar semua guru mengemaskini data e-operasi
bagi memudahkan guru-guru menguruskan kenaikan pangkat kelak.

9.2 Penyelaras Hari Graduasi En. Zamry Edwin menegaskan bahawa pada 19 Oktober
2019 merupakan hari graduasi yang akan diadakan di Auditorium Kompleks
Pentadbiran Perseketuan Negeri Sabah.

9.3 Beliau memaklumkan bahawa hari graduasi tersebut akan dirasmikan oleh Prof. Madya
Datuk Dr Hj. Abdul Kadir Bin Rosline, Rektor UiTM. Semua guru diharapkan agar
menyemak semula tugas masing-masing agar perjalanan majlis akan berjalan dengan
lebih lancar.

9.4 Setiausaha SPLG Pn. Rosleyziana Yahya mengingatkan semua guru agar melengkapkan
maklumat yang diperlukan untuk memudahkan beliau memasukkan data dalam sistem
SPLG bagi sebarang jenis kursus/bengkel/taklimat/perkongsian ilmu yang di anjurkan
oleh pihak dalaman sekolah di dalam telegram SPLG sekolah. Sekiranya ia melibatkan
guru-guru daripada pihak luar perlu sertakan nombor kad pengenalan mereka.

9.5 Guru-guru dan AKP boleh mengetahui jumlah hari latihan setakat hari ini melalui sistem
splkpm dengan ‘id’ menggunakan nombor kad pengenalan individu dan kata laluannya
ialah empat digit terakhir nombor kad pengenalan.

9.6 Beliau memberitahu lagi bahawa bermula tahun ini semua guru perlu mencapai 42 mata
kredit dalam setahun melalui MyPPB dan mengingatkan bahawa MyPPB adalah
tanggungjawab masing-masing untuk mencapainya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

____________________________ _____________________________

NORMIE BINTI SANUSI MOZIDAH BINTI HAMZAH A.D.K
Setiausaha Mesyuarat Guru Pengetua Cemerlang
SMK Inanam SMK Inanam


Click to View FlipBook Version