BIDANG TUGAS
Menyelaras segala dasar unit HEM sekolah.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
Memastikan setiap unit HEM mempunyai rancangan tahunan.
Menyelaras dan menetapkan mesyuarat unit masing-masing.
Merangka takwim unit-unit HEM sepanjang tahun.
Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program HEM seperti ceramah,
bengkel, lawatan, pameran dan peneguhan nilai-nilai agama, motivasi dan
sebagainya.
Melaksanakan Post Mortem terhadap perkembangan program unit HEM yang
telah dijalankan.
Menentukan anggaran perbelanjaan bagi setiap program unit HEM.
Memastikan setiap perancangan tahunan dilaksanakan dengan jayanya.
Membantu Pengetua / PK HEM membuat pemantauan dan penyeliaan unit
masig-masing.
Membantu Pengetua /PK HEM menyelia aktiviti pengukuhan disiplin, nilai-
nilai agama dan akhlak yang terpuji.
Merancang program berdasarkan perancangan tahunan, takwim, pelan
taktikal dan pelan operasi.
Menyediakan laporan tugas tahunan setiap unit HEM.
DASAR PENGURUSAN UNIT HEM
1.0 DASAR AM DISIPLIN
1.1 Murid diberi Buku Peraturan Sekolah
1.2 Murid WAJIB bawa buku catatan
1.3 Murid diberi penerangan tentang peraturan dan tindakan disiplin
1.4 Pemeriksaan gempar / Spot check
1.5 Penerangan tentang kaedah mengatasi disiplin kepada guru dan murid
150
2.0 DASAR AM PENGURUSAN PERHIMPUNAN
2.1 Perhimpunan Rasmi pada setiap hari Ahad dan perhimpunan pagi pada
setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
HARI AKTIVITI TINDAKAN
Ahad Perhimpunan Rasmi / PK HEM
Isnin SUMUR
Selasa
Rabu PKP dan GKMP Bahasa
Khamis MBMMBI
PKKO
Kokurikulum
PKKO
KGB Cergas
PK HEM
Bacaan Yasin dan Tazkirah
2.2 Setiap perhimpunan diuruskan oleh Jawatankuasa Perhimpunan, Guru
Bertugas Mingguan, Badan Pengawas dan Guru Tingkatan.
2.3 Mengikut aturcara perhimpunan dan protokol.
2.4 Perhimpunan Mingguan (Ahad) bermula 7.25 pagi hingga jam 8.15
pagi.
Pada hari – hari lain perhimpunan bermula jam 7.25 pagi hingga 7.45
pagi.
2.5 Kehadiran pelajar diambil di dataran perhimpunan kecuali hari Selasa.
2.6 Setiausaha Perhimpunan dan Guru Bertugas bertanggung jawab
mencatat isi ucapan dan maklumat semasa dalam perhimpunan dan
dimasukkan dalam Buku Log khas.
3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1 PENGURUSAN SPBT
3.1.1 Memastikan semua murid warganegara mempunyai buku teks
pada hari pertama sesi persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan murid bersama buku teks.
151
3.1.3 Melakukan ‘spot check’ secara berkala bagi menangani masalah
murid meninggalkan buku teks di dalam kelas selepas waktu
persekolahan tamat.
3.1.4 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang
diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama sebenar.
3.1.5 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada
akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan dan menyediakan
senarai nama murid yang gagal memulangkan buku teks.
3.1.6 Murid bukan warganegara TIDAK LAYAK menerima buku
teks.
3.2 BKP / BYT / LAIN-LAIN BANTUAN
3.2.1 Memastikan murid yang layak mengisi Borang Permohonan
Biasiswa.
3.2.2 Meminta murid yang berjaya menerima surat tawaran membuka
akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN).
3.2.3 Buku simpanan hendaklah disimpan oleh Guru Penyelaras BKP
dan mengawal pengeluaran wang agar tidak disalahgunakan.
Seorang murid hanya boleh menerima SATU tawaran biasiswa
sahaja.
3.2.4 Berkuatkuasa tahun 2010, murid dibekalkan denag kad ATM dan
pengeluaran wang maksimum hanya RM150 dalam tempoh 2
bulan daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu
dihantar kepada pihak penaja.
3.2.5 Murid-murid berkenaan mestilah cemerlang akademik,
kokurikulum dan sukan.
3.2.6 Borang permohonan hendaklah dihantar setiap tahun.
3.2.7 Guru Tingkatan boleh mengenalpasti murid yang layak
menerima berdasarkan pendapatan isi rumah kurang daripada
RM1500 sebulan.
3.2.8 Guru Biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid
penerima biasiswa.
3.2.9 Murid ‘Bukan Warga Negara’ (BWN) tidak layak menerima
biasiswa.
152
3.3 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3.3.1 Kaunselor mesti memberi galakan, motivasi dan merangsang
minat murid terhadap akademik di samping membantu serta
membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah yang
dihadapinya.
3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling diuruskan mengikut etika
demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah
SULIT dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang
berkaitan sahaja.
3.3.3 Kauselor boleh mambantu murid-murid dengan memberi
bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.
3.3.4 Kaunselor memainkan peranan aktif dalam merancang,
mengelola dan menjalankan program-program motivasi,
kepimpinan, akademik dan kemahiran – kemahiran belajar
kepada murid.
3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam menentukan pilihan
kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM untuk
pemilihan kursus pengajian di IPTA atau IPTS.
3.3.6 Kaunselor mestilah mengatur masa khidmat kaunseling kepada
murid yag telah diberi surat ponteng Amaran Pertama, Kedua
dan Ketiga.
Bagi murid yang telah digantung atau dibuang sekolah dan
diterima sekolah semula, sesi kaunseling perlu dilaksanakan
selama enam (6) bulan dan laporan hendaklah dihantar setiap
bulan kepada PK HEM.
3.3.7 Guru Disiplin mahupun guru tingkatan boleh merujuk murid
yang memerlukan bantuan kaunseling atau murid yang
menghadapi masalah disiplin kepada kaunselor.
3.3.8 Mulai tahun 2013 semua murid Ting 1, 2 dan 3 wajib menjalani
ujian psikometrik sebagai komponen penilaian dalam PBS.
3.4 KEBAJIKAN MURID
3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai
bilangan anak yatim atau murid miskin (Social Economic Status)
untuk diberi bantuan.
3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM jika
terdapat murid berstatus OKU, menghidap penyakit kronik atau
153
penyakit mudarat yang lain atau murid yang mendapat
kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3 Derma kilat akan dilakukan oleh unit kebajikan sekiranya
berlaku kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat
(ibubapa) atau diri sendiri.
3.4.4 Unit ini juga perlu proaktif mencari dana untuk mengisi tabung
kebajikan murid melalui peruntukan zakat koporat / orang
perseorangan dan lain-lain sumber yang difikirkan sesuai.
3.5 KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
3.5.1 Memperkasakan sambutan hari kebesaran Islam dengan cara
yang kreatif dan menarik.
3.5.2 Melestarikan amalan solat dengan program solat zohor
berjemaah dan kem bestari solat.
3.5.3 Program bacaan al Quran pada setiap perhimpunan pagi
dihidangkan dalam bentuk yang benar-benar dapat dihayati oleh
murid.
3.5.4 Amalan Surah Al Kahfi sebelum memulakan sesi PdPc sebagai
usaha kerdil yang berterusan untuk membina watak murid.
3.5.5 Kempen ‘Jauhi Zina’ dipelbagaikan dalam bentuk yang mampu
memberi keinsafan dan kesedaran berpanjangan kepada murid.
3.6 APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM)
3.6.1 Sistem ini perlu sentiasa dikemaskini kerana melibatkan
pelbagai jenis bantuan KPM.
3.6.2 Mengurangkan ralat dalam sistem seperti tiada kad pengenalan
dan jumlah pendapatan yang memberi kesan langsung kepada
kebajikan murid.
3.6.3 Memberi kemudahan kepada semua pihak yang memerlukan
data murid dengan segera, tepat dan boleh dipercayai.
154
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN & KESIHATAN
4.1 REKOD KESIHATAN MURID
4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap murid tingkatan 1
hingga 3 mempunyai buku rekod kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan (BRK) ini selalunya diperolehi sewaktu
murid berada di sekolah rendah dan akan dibawa dan diteruskan
penggunaannya di sekolah menengah.
4.1.3 Sekiranya BRK ini hilang atau murid tidak memilikinya, mereka
boleh dapatkannya daripada Guru Unit Kesihatan.
4.1.4 BRK wajib dimiliki oleh setiap murid kerana ia diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dilakukan atau semasa suntikan
imunisasi ATT (Tingkatan 3 sahaja) diberikan oleh pegawai
kesihatan.
4.1.5 BRK wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah
dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
4.2 REKOD PERGIGIAN MURID
4.2.1 Kad pergigian dibekalkan setiap tahun kepada murid
terutamanya murid tingkatan 1.
4.2.2 Guru Tingkatan mesti memastikan kad ini diedarkan kepada ibu
bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi
menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang
berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada suatu tempoh
yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.
4.3 SURAT RAWATAN MURID
4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa
mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau
Penolong Kanan.
4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan
khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
155
4.4 MURID SAKIT
4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin terhadap murid kelasnya yang
sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
4.4.2 Jika murid berkenaan meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas
/ Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa/penjaga berkenaan
untuk menjemputnya di sekolah setelah mengisi borang
berkaitan.
4.4.3 Guru Bertugas / Tingkatan tidak boleh membenarkan murid
pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran
sekolah. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat mengambil
anaknya, murid tersebut perlu kembali semula ke kelas.
4.4.4 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas
mestilah menghubungi ibu bapa/ penjaga dan menghantar murid
berkenaan, jika ibu bapa / penjaga / waris tidak dapat dihubungi.
4.4.5 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang
dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan mengisi
slip Rekod Keluar Murid.
4.5 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
4.5.1 Guru bertanggungjawab memastikan murid-murid menjaga
kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan
dan kawasan sekolah.
4.5.2 Guru-guru tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif
untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur,
ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses
PdPc.
4.5.3 Guru-guru tingkatan dan guru matapelajaran bertanggungjawab
memastikan kelas dibersihkan setiap hari.
4.5.4 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas
atau bilik khas dibersihkan sebelum murid dibenarkan keluar.
4.5.5 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada
bila-bila masa sepanjang minggu bertugas.
4.5.6 Kelas paling bersih diberi penghargaan berbentuk sijil dan
insentif kewangan.
156
4.5.7 Kelas paling kotor perlu didenda seperti membersihkan kawasan
sekolah selepas perhimpunan dan diawasi oleh guru tingkatan/
guru matapelajaran dll.
4.5.8 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang
tahun boleh diberi penghargaan setimpalnya (akan diputuskan
oleh Pengetua).
4.6 KANTIN SEKOLAH
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan pengusaha
kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan
dan menjaga seluruh kawasan kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat pemantauan dan memastikan
pengusaha kantin mengisi Borang Pemeriksaan Kendiri Kantin.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau
pentadbir lain jika berlaku kes keracunan di kantin sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid-murid
supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak
menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar
kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin bersama Guru Bertugas Harian mesti berada di
kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal
disiplin murid semasa rehat.
4.6.6 Guru Disiplin bersama Guru Bertugas Harian mesti memastikan
murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk
semula ke kelas apabila tamat waktu rehat pertama dan kedua.
4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar
waktu rehat kecuali dengan atau bersama guru.
4.6.8 Pembelian makanan dan minuman daripada warung luar sekolah
adalah DILARANG sama sekali.
157
5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (Fire Drill) dijalankan
sekurang-kurangnya sekali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila
berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan
berfungsi.
5.1.4 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan
kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila
isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU
hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
5.1.5 Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan
elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Rekod e-kehadiran murid dibawa keluar dari pejabat oleh staf
pejabat ke tempat berkumpul.
5.1.7 Guru tingkatan mestilah mengira bilangan murid dengan segera.
Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada
Pentadbir serta-merta.
5.2 POLISI SEKOLAH SELAMAT
5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan lima (5) polisi utama dalam aspek
keselamatan sekolah :
I. Polisi Keselamatan Aktiviti Murid
II. Polisi Keselamatan dan Bencana Alam
III. Polisi Keselamatan Fizikal dan Bangunan Sekolah
IV. Polisi Keselamatan Sosial
V. Polisi Persekitaran dan Lokasi
5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-
polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi
mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua
warga sekolah.
158
5.3 KENDERAAN GURU DAN MURID
5.3.1 Guru-guru mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat
yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu
kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan
sebarang kemalangan.
5.3.2 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka
memiliki lesen memandu, insurans kenderaan bermotor dan
memakai topi keledar bagi murid yang menggunakan motosikal.
5.3.3 Kenderaan bermotor murid hendaklah diletakkan ditempat yang
dikhaskan dalam kawasan sekolah sepanjang masa
persekolahan. Sebarang kehilangan berkaitan kenderaan murid
adalah tanggungjawab murid sendiri.
5.4 PONDOK KAWALAN KESELAMATAN
5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah
sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang
bertugas di pintu pagar sekolah.
5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana
pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti
menandatangani Buku Rekod Pelawat dan diiringi ke pejabat.
5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat berurusan dengan
pejabat sekolah terlebih dahulu untuk sebarang urusan.
5.5 MENANGANI BENCANA ATAU BANJIR
5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan
penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.
5.5.4 Melibatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam /
banjir.
5.5.5 Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah.
159
5.6 AMALAN GURU PENYAYANG
5.6.1 Suatu amalan membangun sahsiah diri melalui budaya amalan
penyayang dengan mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan
murid.
5.6.2 Menjalankan program Usrah sebagai aktiviti rasmi sekolah
semasa perhimpunan rasmi, waktu kokurikulum dan selepas
waktu persekolahan.
5.6.3 Mengaplikasikan modul pelaksanaan Usrah yang mengandungi :
I. Modul Bahasa
II. Modul Jati Diri
III. Modul Penampilan Diri
IV. Modul Mutaddayyin
160
KETETAPAN KOKURIKULUM SMK KOMPLEKS GONG BADAK
Pelaksanaan kegiatan Kokurikulum di semua sekolah adalah WAJIB “Seksyen 18, Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550)”
1. PENDAFTARAN
1.1.1. Setiap murid diwajibkan menyertai setiap satu aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan di sekolah ini bagi ketiga-tiga bidang berikut*:
1. Badan Beruniform
2. Kelab dan Persatuan
3. Sukan Permainan(1M1S)
1.1.2. Setiap murid diwajibkan menyertai salah satu Rumah Sukan yang ditawarkan
di sekolah ini* :
1. Rumah Abu Bakar
2. Rumah Umar
3. Rumah Uthman
4. Rumah Ali
*Borang pendaftaran disediakan oleh Unit Kokurikulum sekolah
1.1.3 Semua guru diwajibkan melibatkan diri dalam setiap satu bidang Kokurikulum
yang ditawarkan disekolah ini(Perkara 5.2 dalam SPI Bil.1/1985) iaitu:
1. Badan Beruniform
2. Kelab dan Persatuan
3. Sukan Permainan(1M1S)
2. PERJUMPAAN (SPI Bil 2/2007)
2.1 Perjumpaan bagi Unit Beruniform dan Kelab Persatuan akan diadakan pada
hari Selasa yang telah ditetapkan mulai pukul 1.00 petang ke 4 .00 petang.
2.2 Perjumpaan bagi Sukan Permainan 1M1S akan diadakan pada hari Rabu
yang telah ditetapkan mulai pukul 1.00 petang ke 4 .00 petang.
2.3 Aktiviti juga boleh dilaksanakan pada setiap hari mengikut keperluan dan
keadaan semasa.
2.4 Bilangan perjumpaan
Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah
a. Sukan dan permainan 1M1S - 12 kali perjumpaan
b. Unit beruniform - 12 kali perjumpaan
c. Kelab dan persatuan - 12 kali perjumpaan.
2.5 Kod pakaian semua murid
2.5.1 Hari Rabu- Aktiviti sukan dan permainan(1M1S).
-Baju T Rumah sukan dan seluar trek berwarna hitam/biru gelap
-Bagi murid perempuan hanya tudung sekolah sahaja yang
dibenarkan
2.5.2 Hari Selasa -Aktiviti unit beruniform dan Kelab Persatuan pada hari
Selasa
-Pakaian seragam lengkap unit uniform masing-masing
161
2.6 Kod Pakaian Guru
-Hari Selasa - Pakaian Unit Beruniform Lengkap bagi Badan uniform
masing-masing
-Hari Rabu – Pakaian Sukan/Baju T, seluar trek dan berkasut sukan
2.7 Perhimpunan Kokurikulum pada setiap hari Selasa
a. Pakaian unit uniform lengkap
b.Dikendalikan oleh murid sepenuhnya dan diselaraskan oleh Guru
Penasihat Badan Beruniform yang telah ditetapkan oleh Unit
Kokurikulum sekolah
c. Guru Penasihat Badan Beruniform masing-masing akan memeriksa
etika pemakaian yang lengkap Badan Beruniform dan mencatat nama
murid-murid yang gagal mematuhi kod etika pemakaian Badan
Beruniform yang lengkap tanpa sebab yang manasabah.
d. Guru-guru mesti memakai pakaian unit beruniform yang lengkap bagi
Unit masing-masing
3.0 PENGHARGAAN
Pihak sekolah akan memberi pelbagai bentuk penghargaan kepada semua murid
yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum
berbentuk:
3.1 Medal
3.2 Hamper dan barangan sukan
3.3 Sijil Pencapaian dan Penghargaan
3.4 Markah PAJSK
3.5 Jamuan
3.6 Hari Anugerah/apresiasi Kokurikulum
3.7 Pengumuman di Perhimpunan Harian dan Mingguan sekolah
3.8 Mengantung Banting Murid-murid yang mengharumkan nama sekolah
Pihak sekolah juga akan memberi pelbagai bentuk penghargaan kepada semua
guru penasihat Unit Kokurikulum yang mengharumkan nama sekolah melalui
pelbagai kegiatan kokurikulum yang dipimpin oleh mereka seperti:
3.9 APC dan Sijil
3.10 Hari Anugerah / Apresiasi Kokurikulum
3.11 Sambutan Hari Guru
3.12 Jamuan Akhir Tahun
4.0 PENUBUHAN
4.1 Sekolah-sekolah digalakkan menubuh persatuan dan kelab yang boleh
mendatangkan faedah kepada murid. Ia juga berasaskan kepada kemudahan yang ada
dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan.
4.2 Penyertaan setiap murid sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan mestilah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu gerak kerja pakaian seragam
(Badan Uniform), satu kelab/Persatuan dan satu sukan /permainan(Rujuk Subperkara 5.1
Surat pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29)-2 Jan 1985.
162
4.3 Subperaturan 4(d) Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah 1998 –
Perlunya Guru Besar/Pengetua sekolah setelah menerima permohonan secara bertulis –
menubuhkan PPS di sekolah masing-masing
4.4 PPS, Kelab/Persatuan, Persatuan Sukan mesti mematuhi peraturan pelajaran
(persatuan sekolah) 1998 –Warta Kerajaan
4.5 Perlu didaftarkan sebagai unit gabungan. Sesuatu pasukan yang ditubuhkan
berasaskan sesuatu akta yang telah diluluskan oleh Parlimen.
Prosedur Penubuhan
a) Persatuan yang tidak mempunyai Badan Induk di luar
institusi - Ditubuhkan di sekolah sahaja. Tidak perlu mendaftar secara
rasmi dengan persatuan di peringkat negeri atau kebangsaan. Hanya
rundingan antara Pengetua dengan guru yang terlibat sebagai Guru
Penasihat sahaja. Perlu menyediakan:
-Surat Penubuhan
-Visi dan Misi
-Perlembagaan dan undang-undang
-Rancangan tahunan
-Struktur Organisasi
-Borang keahlian dan pengambilan ahli.
-Senarai keahlian / rekod kehadiran ahli
-Mesyuarat agung dan pemilihan JK Kerja
-Merancang dan melaksanakan aktiviti
-Membuat Pelaporan setiap aktiviti
-Laporan pencapaian /Kejayaan ahli
-Laporan tahunan
-Surat menyurat
-Minit-minit mesyuarat
-Rekod Kewangan
b) Persatuan yang mempunyai Badan Induk di luar institusi
Pendidikan. Sekolah yang ingin menubuhkan persatuan perlu terlebih
dahulu berunding dengan badan induk persatuan berkenaan.
-Murid menubuhkan JK Penaja
-Serah kertas cadangan penubuhan dan mengemukakan permohonan
kepada Pengetua
-Pengetua menerima permohonan, mengkaji,menyokong
-Pengetua mendapat sokongan daripada Badan induk terdekat
-Pengetua mengemukakan permohonan penubuhan ke Jabatan
Pendidikan Negeri
- Jabatan Pendidikan Negeri menerima, mengkaji, menyokong
-Jabatan Pendidikan negeri mengemukakan permohonan penubuhan
kepada Badan Induk berkenaan
-Badan Induk menerima, mengkaji dan mempertimbangkan
permohonan
-Badan Induk menghantar dokumen kelulusan dan nombor
pendaftaran ke Jabatan Pendidikan negeri
-Jabatan Pendidikan negeri menghantar dokumen kelulusan dan
nombor pendaftaran ke pejabat pendidikan daerah dan sekolah yang
163
memohon.
Setiap Unit GERKO di sekolah perlu menyediakan fail masing-masing. Isi kandungan mesti
mempunyai perkara-perkara berikut :
i. Perlembagaan dan Peraturan yang ditetapkan oleh badan Induk
ii. Nama dan alamat pertubuhan
iii. Visi dan Misi
iv. Perlembagaan
v. Cogan kata @ Moto Persatuan
vi. Lencana dan Logo Pertubuhan
vii. Rancangan Tahunan
viii. Struktur Organisasi /Jawatankuasa(bilangan, tugas & lain-lain)
ix. Surat penubuhan persatuan
x. Senarai keahlian / rekod kehadiran ahli
xi.
xii. Laporan setiap aktiviti
xiii. Laporan pencapaian /kejayaan ahli
xiv. Rekod penilaian ahli
xv. Laporan Tahunan
xvi. Surat –menyurat
xvii. Minit-minit mesyuarat
xviii. Rekod kewangan bulanan
xix. Penyata kewangan tahunan
xx. Laporan aktiviti
Perlantikan /pemilihan Ahli Jawatankuasa. Ada 2 cara pemilihan:
-Dilantik dengan kuasa pihak tertentu
-Pemilihan di peringkat mesyuarat agung
Di peringkat sekolah, jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK dipilih atau
dilantik dalam kalangan murid. Pengetua bertindak sebagai Penaung.
xxi. Bidang Tugas AJK
-Pengetua/Penaung – Membuat pemantauan secara keseluruhan
mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah
persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan
undang-undang KPM
-PK Kokurikulum/Penasihat - Membuat pemantauan secara
keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan
sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan
dan undang-undang KPM
-Pengerusi –
*Mengurus dan mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan.
*Melaksanakan keputusan mesyuarat agung dan mesyuarat
jawatankuasa kecil.
*Mempengerusikan mesyuarat pertubuhan
*Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti pertubuhan
*Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan.
-Setiausaha –
*Menyimpan pendaftaran keahlian
164
*Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan
luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan
*Menjemput dan mengedar surat panggilan semua jenis
mesyuarat.
*bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus
pertubuhan
*Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan
-Bendahari –
*Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan
*Memungut yuran dan menyimpan penyata keluar masuk wang
*Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan
*Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira
* Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan.
Peranan Guru Penasihat- Memainkan peranan yang penting untuk menjamin unit
berkenaan bergerak aktif. Antara peranan Guru Penasihat ialah:
*Memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada
jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan melaksanakan
aktiviti
*Melaksana dan menentukan polisi KPM, Pejabat Pendidikan
Negeri dan Daerah, sekolah agar dijalankan tugas dengan
berkesan.
*Menghadiri dan memberi nasihat dalam meyuarat agung dan
mesyuarat jawatankuasa.
*Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan murid
*Berperanan aktif memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli
5.0 KEAHLIAN
Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan(1976) memberi
perakuan:
“Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan dan kelab yang boleh
mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan dan kelab yang hendak
ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dan kesesuaian
dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan”
-Murid / Pelajar WAJIB menyertai tiga bidang Gerko di sekolah(Warta Kerajaan
bertarikh 31 Disember 1997) –Badan Uniform, Kelab Persatuan & Sukan 1M1S
-Manakala tugas sebagai guru penasihat, guru sukan atau sebagai jurulatih Gerko
dianggap sebagai tugas rasmi guru.
165
6.0 LAIN-LAIN
- Mesyuarat Pengurusan sekolah bertarikh 23 Disember 2019 telah bersetuju
menjadikan unit-unit di bawah dimasukkan sebagai Program Kebitaraan Sekolah
bagi tahun 2020: -Kadet Polis
i. Badan Beruniform
ii. Kelab Persatuan -Kelab Kesenian/Gamelan
iii Ko Akademik -Persatuan Bahasa Inggeris
iv Sukan -Lompat Tali Untuk Jantung
- Setiap Guru Penasihat mesti menghantar satu salinan Perancangan unit masing-
masing beserta Pelan Taktikal dan Pelan Operasi kepada GPK Kokurikulum untuk
semakan.
- Setiap kali selesai perjumpaan/aktiviti kokurikulum dijalankan, guru penasihat atau
JK Dokumentasi unit berkenaan mesti menghantar gambar-gambar aktiviti yang
dijalankan pada hari berkenaan dalam Telegram khas kokurikulum yang telah
diwujudkan oleh Unit Kokurikulum sekolah.
- Setiap program / aktiviti kokurikulum mesti dibuat satu laporan lengkap
bergambar(Salinan keras) selewat-lewatnya 1 minggu selepas program
berlangsung.
- Setiap murid mesti mempunyai buku kokurikulum sebagai rekod kehadiran dalam
aktiviti kokurikulum
- Buku kokurikulum yang dibawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum mesti
diserahkan kepada guru penasihat untuk ditandatangani selepas aktiviti
dijalankan.
- Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku
kokurikulum maka guru penasihat perlu ada rekod kehadiran ahli yang tepat dan
lengkap bagi setiap perjumpaan agar penilaian dalam dilaksanakan dengan adil
dan saksama.
- Pengurusan dan pengelolaan aktiviti di dalam dan di luar sekolah mestilah
mengutamakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai mengikut standard
operating procedures (SOP )
- Setiap Guru penasihat dikehendaki membuat analisis dan post mortem unit
masing-masing dan membuat tindakan susulan
- Setiap Guru Penasihat unit Kokurikulum mestilah menyerahkan maklumat
penglibatan murid kepada Guru kelas selewat-lewatnya sebelum berakhir bulan
Februari 2020
- Setiap Guru kelas mesti mengemaskini rekod penglibatan murid-murid dalam
sistem PAJSK sebelum bulan April(Apabila Sistem PAJSK dibuka)
- Setiap Guru kelas mesti memasukkan markah PAJSK murid-murid dalam sistem
PAJSK apabila arahan mengisian markah telah diterima sebelum 30 November
2020.
Sekian, terima kasih.
(SYED AB RAHMAN HILMI BIN SYED ZAIN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Kompleks Gong Badak
Kuala Nerus
166
167