HIMPUNAN
AKTIVITI
SI KECIL
PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR: BUKAN LOKOMOTOR /
MOTOR HALUS
NURUL ASYIQIN BINTI SUDIN
NANY LEYANA BINTI ZULKIFLI
NUR SYUFIA AIDA BINTI MARZINI
NUR’AINA HUSNA BINTI ZAIN ARIFF
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Azizah binti Zain,
Pensyarah subjek Psikomotor dan Pergerakan Kanak-kanak (KAF 3023) yang telah banyak
memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan
terima kasih juga diucapkan kepada barisan penulis buku ini yang bertungkus lumus
memberikan idea baru dan menarik dalam menghasilkan buku ini serta ahli keluarga yang
banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan buku 40 Himpunan Aktiviti Si
kecil ini. Di harapkan agar buku ini dapat membantu semua pihak yang memerlukan
terutamanya kepada para pendidik serta ibu bapa selaras dengan matlamat Kurikulum Permata
Negara iaitu menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun untuk
mendapatkan pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan
negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang
tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat serta
matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna.. Akhir kata, Sesungguhnya ilmu Allah itu meliputi semua isi, tidak
tersentuh kekeliruan dan tidak memiliki kekurangan sedangkan ilmu manusia terbatas, Selalu
menerima tambahan dan selalu diliputi kesalahan. Terima kasih.
prakata
Alhamdulillah, Segala puji-pujian bagi Allah subhanahu wa Ta’ala yang maha Agung lagi
maha Esa atas kurniaan-Nya dan berkat-Nya sehingga kami dapat menyelesaikan sebuah
buku ini dengan baik. Meskipun banyak kesulitan dalam membuat buku ini, namun dengan
pertolongan dari-Nya, kami dapat juga menyelesaikan sebuah buku ini tepat pada waktunya.
Kami ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas segala kemudahan dan pertolongan
yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada barisan penulis buku ini yang bersama-sama
bertungkus-lumus dan saling membantu.
Buku 40 Himpunan Aktiviti Si Kecil ini dibangunkan sebagai panduan terutamanya
kepada para pendidik dan juga ibubapa bagi menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak dan
buku ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 6 tahun. Buku ini
memberikan serba sedikit beberapa aktiviti cadangan yang dapat dilakukan oleh guru bagi
merangsang perkembangan psikomotor: bukan lokomotor/motor halus secara semula jadi dan
menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Kami mengharakan segala penerbitan melalui
buku ini dapat membantu dan memudahkan untuk guru-guru dan juga ibubapa bagi tujuan
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian. Buku ini juga kami sertakan objektif
dan juga langkah aktiviti sebagai panduan kepada semua. Buku 40 Himpunan Aktiviti Si
Kecil ini menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui bermain atau ‘learning
through play’ dan mengutamakan kepada perkembangan motor halus. Buku ini mudah
difahami gambar dan cara permainan yang dismpaikan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
memberikan sokongan sepanjang kami usaha menerbitkan buku ini terutamanya kepada
barisan penulis buku ini. Akhir kata dari kami barisan penulis, semoga buku ini dapat
membantu dan memberi manfaat yang baik kepada para pembaca. Dengan ini, kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Isi kandungan
Nama Penulis: Nur’Aina Husna Binti Zain Ariff
No Matrik: D20182086008
TAJUK AKTIVITI MUKA SURAT
ISTANA PASIR 1
MINI BOWLING 3
CHOCOLATE SANDWISH 5
MEMANCING IKAN 7
ZIP-ZAP 9
RING TOWER 11
MEMASUKKAN BOLA KE DALAM KOTAK TISU 12
MENGOYAK KERTAS WARNA 13
PUPPET FINGER FAMILY 14
BUKA TUTUP TOMBOL PINTU 15
Nama Penulis: Nurul Asyiqin Binti Sudin
No Matrik: D20182085951
TAJUK AKTIVITI MUKA SURAT
SAIZ TAPAK TANGAN SAYA 16
SKITTLES SAYA!! 19
KUANTITI MENGECAP 21
KOLAJ EPAL 23
TIUP WARNA AIR 25
BISKUT LAMPU ISYARAT 27
MASUKKAN STRAW 28
REBEN SAYA 29
BUTANG BAJU SAYA 30
TANAH LIAT 31
Nama Penulis: Nany Leyana Binti Zulkifli
No Matrik: D20182086026
TAJUK AKTIVITI MUKA SURAT
KRAFT IKAN 32
ABJAD 34
DOT DOT 36
BUTANG SIMBOL 38
LIPATAN KIPAS 40
LAKARAN TEPUNG 42
MENARA BLOK 43
CIPTAAN SAYA 44
TEBUK LUBANG 45
TINGKAT GELAS 46
Nama Penulis: Nur Syufia Aida Binti Marzini
No Matrik: D201820185964
TAJUK AKTIVITI MUKA SURAT
MENYIDAI BAJU 47
MENYAMBUNGKAN TITIK 49
QUIET BOOK 51
WARNA & KIRA 53
CORAK LEGO 55
MINI JAHIT 57
BUTTON LETTERS 58
PAPAN GETAH 59
LEGO NAT 60
SPOONING 61
ISTANA PASIR
OBJEKTIF
1) Dapat meransang imaginasi kanak-kanak membina
bentuk istana pasir.
2) Melatih koordinasi mata dan jari ketika memegang pasir.
3) Meransang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Sediakan alatan untuk membina istana pasir seperti kon kecil, baldi kecil pelbagai
saiz dan penyeduk plastic untuk pasir.
2) Sediakan pasir pantai di Kawasan yang lapang dan selamat untuk kanak-kanak
melakukan aktiviti.
3) Memastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai untuk bermain pasir serta
memakai kasut bertutup untuk langkah keselamatan mereka.
4) Menunjukkan cara membuat istana pasir kepada kanak-kanak.
5) Memastikan kanak-kanak menggunakan alatan membina istana pasir dengan
betul.
6) Memberi galakan dan pujian kepada hasil yang dilakukan oleh kanak-kanak.
1
Nama: Umur:
ARAHAN: Sila warnakan gambar di bawah megikut kreativiti.
2
MINI BOWLING
OBJEKTIF
1) Melatih koordinasi mata kanak-kanak fokus kepada botol pin yang perlu
dijatuhkan menggunakan bola.
2) Melatih tangan untuk memegang dan menggenggam bola dengan posisi
yang betul sebelum dibaling ke arah pin botol yang telah disusun.
3) Meransang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Menyediakan bahan aktiviti seperti pin bowling yang diperbuat daripada botol minuman yang
besar dan dihiaskan menggunakan kertas warna dan cat air serta bola saiz sederhana untuk
dijadikan bola bowling.
2) Mengumpulkan kanak-kanak di Kawasan yang luas dan selamat untuk menjalankan aktiviti.
3) Menyusun botol pin bowling dalam susunan bentuk segi tiga dan disusun mengikut nombor
yang telah ditulis di setiap badan botol tersebut.
4) Menunjukkan kepada kanak-kanak cara bermain iaitu berdiri dibelakang garisan dan jarak 50
meter daripada botol kemudian menunjukkan cara yang betul untuk membaling bola kearah
pin botol serta menyebut nombor botol yang Berjaya dijatuhkan.
5) Memberi galakan dan pujian kepada kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti.
3
Nama: Umur:
ARAHAN: Sila bulatkan gambar yang mempunyai bentuk yang sama dengan bola.
4
CHOCOLATE SANDWISH
OBJEKTIF
1) Menambah keyakinan dalam diri kanak-kanak
ketika melakukan sesuatu tugas seperti
menyediakan bahan untuk memasak.
2) Meransang pengunaan imaginasi dalam diri kanak-
kanak sebagai contoh biarkan mereka menghias
sandwich dengan buah-buahan yang ada mengikut
kreativiti mereka.
3) Menambah baik pengunaan lima deria ketika
melakukan aktiviti seperti melihat, mendengar, bau
dan rasa.
4) Meransang perkembangan menyeluruh kanak-
kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Menyediakan bahan untuk membuat sandwich iaitu roti, jem coklat, buah-buahan seperi
pisang dan strawberi, sudu plastic dan pinggan plastik.
2) Membawa kanak-kanak di tempat yang lapang dan selamat untuk melakukan aktiviti serta
menggunakan meja yang selesa dengan ketinggian kanak-kanak.
3) Memakaikan kanak-kanak apron dan topi memasak sebagai langkah keselamatan untuk
mereka.
4) Menunjukkan cara membuat sandwich iaitu menyapu jem coklat di permukaan roti kemudian
hiaskan ia dengan buah pisang atau strawberi yang telah siap dipotong kepada saiz yang kecil.
5) Memberi galakan dan pujian kepada kanak-kanak ketika sedang dan selepas melakukan
aktiviti.
5
Nama: Umur:
ARAHAN: Sila bulat kan bahan yang betul untuk sandwich cokelat.
6
MEMANCING IKAN
OBJEKTIF
1) Melatih sifat bersabar didalam diri kanak-kanak semasa
menjalankan aktiviti memancing ikan.
2) Dapat mengenal saiz dan bentuk ikan.
3) Dapat mengenal pelbagai jenis warna ikan.
4) Meransang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Menyediakan bahan untuk aktiviti seperti tali pancing
magnet ikan, permainan ikan plastic, baldi kecil dan air.
2) Membawa kanak-kanak di Kawasan yang lapang dan selamat
untuk melakukan aktiviti yang melibatkan air.
3) Menunjukkan cara memancing ikan iaitu meletakkan
permainan ikan didalam baldi yang diisi air kemudian
meletakkan tali pancing didalam baldi dan cuba menangkap
ikan sehingga ia melekat di magnet tali pancing.
4) Menyebut jumlah dan warna ikan yang berjaya ditangkap.
5) Memberi galakan dan pujian ketika dan selepas menjalankan
aktiviti.
7
Nama: Umur:
ARAHAN: Sila padankan dengan gambar yang betul.
8
ZIP-ZAP LANGKAH AKTIVITI
OBJEKTIF 1) Menyediakan bahan aktiviti seperti
kadboard, zip berwarna-warni dan
1) Melatih pergerakan jari untuk gam.
memegang zip kemudian 2) Menampal zip berwarna-warni di atas
cardboard mengikut kreativiti.
menggerakan ia ke atas dan ke bawah
3) Membawa kanak-kanak ke Kawasan
dengan baik. yang lapang dan selamat untuk
melakukan aktiviti.
2) Meransang koordinasi mata dengan
4) Menunjukkan cara untuk melakukan
lebih baik ketika melihat objek dan aktiviti iaitu menarik zip ke atas dan ke
bawah secara perlahan.
pergeakan tangan dengan betul.
5) Membimbing dan memberi galakan
3) Meransang perkembangan kepada kanak-kanak semasa dan
selepas menjalankan aktivti.
menyeluruh kanak-kanak.
9
Nama: Umur:
ARAHAN: Sila sambungkan titik-titik tersebut mengikut anak panah yang diberi kan.
10
RING TOWER
OBJEKTIF
1) Melatih pergerakan jari untuk menggenggam objek dan mata untuk fokus ke arah
objek.
2) Melatih kognitif kanak-kanak untuk menyelesaikan aktiviti seperti contoh “objek
mana dahulu yang perlu diletakkan di dalam tiang ini?”
3) Memupuk sifat percaya pada diri di dalam diri kanak-kanak sepanjang melakukan
aktiviti.
4) Merasansang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Menyediakan “ring tower” seperti kon kecil untuk tiang dan getah rambut warna-warni untuk
cincin.
2) Bawa kanak-kanak ke tempat yang luas dan selesa untuk melakukan aktiviti.
3) Tunjukkan dan perkenalkan objek yang digunakan untuk aktiviti.
4) Tunjukkan cara melakukan aktiviti kepada kanak-kanak.
5) Masukkan cincin ke dalam tiang mengikut turutan saiz yang betul.
6) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan aktiviti ini berulang kali sehingga ia Berjaya dan
gembira.
7) Lakukan soal jawab mengenai aktiviti bersama kanak-kanak seperti “kenapa perlu meletakkan
cincin ini dahulu?” atau “warna apakah cincin ini?”
8) Memberi galakkan dan pujian kepada kanak-kanak setelah tamat aktiviti.
11
MEMASUKKAN BOLA KE DALAM
KOTAK TISU
OBJEKTIF
1) Meransang koordinasi mata ketika sedang
memasukkan bola ke dalam lubang kotak tisu.
2) Menguatkan otot jari kanak-kanak ketika memegang
bola dan menggerakkan ia ke dalam kotak tisu.
3) Melatih kognitif kanak-kanak untuk berfikir seperti
“ bagaimana bola ini boleh keluar daripada kotak ini?”
atau “ kenapa perlu memasukkan bola kedalam
lubang ini?”
4) Meransang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Menyediakan bahan aktiviti seperti kotak tisu, bola kecil dan bekas kecil.
2) Menampal kotak tisu dalam kedudukan menegak di dinding yang bersih.
3) Membawa kanak-kanak ke tempat aktiviti dan menunjukkan cara untuk
melakukan aktiviti.
4) Mengambil satu bola kecil dan memmasukkan ia kedalan kotak tisu itu dan
lihat ia keluar semula dan jatuh ke dalam bekas kecil yang disediakan.
5) Membimbing kanak-kanak serta memberi pujian semasa dan selepas kanak-
kanak menjalankan aktiviti.
12
MENGOYAK KeRTAS WARNA
OBJEKTIF
1) Menguatkan otot jari kanak-kanak ketika memegang
dan menarik kertas warna untuk dikoyakkan.
2) Meningkatkan imaginasi kanak-kanak ketika
mengoyakkan kertas warna dalam pelbagai bentuk.
3) Meransang perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Menyediakan bahan aktiviti iaitu kertas bersaiz A4 dan
berwarna-warni untuk menarik minat dan perhatian
kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.
2) Membawa kanak-kanak ke Kawasan yang lapang dan
selamat untuk melakukan aktiviti.
3) Menunjukkan cara untuk mengoyakkan kertas kepada
kanak-kanak.
4) Memberi ruang kepada kanak-kanak untuk
mengoyakkan kertas mengikut kreativiti sendiri.
5) Memberi galakan dan pujian semasa dan selepas kanak-
kanak melakukan aktiviti.
13
PUPPET FINGER FAMILY
OBJEKTIF LANGKAH AKTIVITI
1) Meransang pergerakan jari kanak- 1) Menyediakan bahan untuk aktiviti seperti
kertas yang telah dilukis gambar haiwan
kanak sedang menjalankan aktiviti. kemudian dipotong dan ditampal di atas
kertas manila yang telah dipotong
2) Meningkatkan keyakinan diri mengikut bentuk dan saiz jari tangan
kanak-kanak.
kanak-kanak untuk melakukan
2) Membawa kanak-kanak di sudut yang
aktiviti. lapang dan selamat untuk mereka atau
bawa ke pentas kecil untuk aktiviti lakonan
3) Melatih kemahiran sosial kanak- sekiranya ada.
kanak untuk berinterkasi bersama 3) Memakai kan boneka patung haiwan di jari
kanak-kanak dan meminta mereka untuk
rakan ketika menjalankan aktiviti. mengeluarkan bunyi bagi setiap haiwan
yang ada di jari secara bergilir-gilir
4) Meransang imaginasi dalam diri kemudian memberi ruang bebas untuk
kanak-kanak bermain boneka jari tersebut.
kanak-kanak seperti memberi
4) Membimbing dan memberi galakan
watak di setiap boneka jari serta semasa dan selepas kanak-kanak
menjalankan aktiviti.
melakar jalan cerita yang ingin
dilakukan.
5) Meransang perkembangan
menyeluruh kanak-kanak.
14
BUKA TUTUP TOMBOL PINTU
OBJEKTIF
1) Meransang jari kanak-kanak untuk memegang dan
menggenggam tombol pintu sebelum dipulas untuk
membuka pintu.
2) Mengawal koordinasi mata serta pergerakan jari semasa
memegang tombol pintu untuk ditolak dan ditutup
dengan baik.
3) Melatih kognitif kanak-kanak untuk berfikir ketika berada
di hadapan pintu seperti contoh “pintu ini perlu ditolak
kehadapan atau ditarik ?”
4) Melatih perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
LANGKAH AKTIVITI
1) Membawa kanak-kanak berdiri di hadapan pintu yang mudah untuk
melakukan aktiviti. Contohnya, pintu kayu bilik.
2) Menunjukkan cara untuk melakukan aktiviti iaitu menunjukkan posisi
tangan dan jari di tombol pintu.
3) Kemudian, menunjukkan cara untuk memulas tombol pintu tersebut dan
menolak pintu kehadapan secara perlahan.
4) Seterusnya, memegang semula tombol pintu tersebut kemudian menarik
semula pintu secara perlahan untuk ditutup.
5) Membimbing kanak-kanak serta memberi galakan dan pujian semasa dan
selepas menjalankan aktiviti.
15
Saiz TAPAK TANGAN SAYA
OBJEKTIF
1) Meransang pergerakan jari kanak-kanak sedang
menjalankan aktiviti.
2) Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti.
3) Melatih kemahiran sosial kanak-kanak untuk
berinterakasi bersama rakan ketika menjalankan aktiviti.
4) Merangsang perkembangan kreatif dan estetika kanak-
kanak semasa memilih warna air.
5) Merangsang kemahiran matematik kanak-kanak dengan
perbandingan saiz tanan dan warna.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menunjukkan cara membacuh warna dengan air dan kanak-kanak membuat
bancuhan warna seperti yang diarahkan.
2) Guru menunjukkan cara mengecop tapak tangan pada kertas lukisan.
3) Kanak-kanak membuat aktiviti mengecop tapak tangan pada kertas lukisan.
4) Guru boleh meminta kanak-kanak membanding tapak tangan sendiri dengan tapak
tangan rakan disebelahnya.
5) Guru juga boleh menggunakan lampiran dibawah supaya kanak-kanak dapat
membezakan antara tangan kiri dan tangan kanan. Guru meminta kanak-kanak
untuk mengecop tangan kiri pada lampiran tangan kiri dan mengecop tangan
kanan pada lampiran tangan kanan.
6) Kanak-kanak diminta menghiaskan gambar corak tapak tangan yang dihasilkan.
7) Kanak-kanak mempamerkan hasil corak tapak tangan masing-masing.
8) Guru boleh melakukan aktiviti mengecop dengan menggunakan daun, ubi kentang,
bawang, pelepah pisang dan sebagainya.
9)
16
LEMBARAN KERJA TANGAN KANAN
NAMA:
KELAS:
ARAHAN: Sila tekapkan tangan yang betul pada gambar rajah.
17
LEMBARAN TANGAN KIRI
NAMA:
KELAS:
ARAHAN: Sila tekapkan tangan yang betul pada gambar rajah.
18
SKITtLES saya!!
OBJEKTIF
1) Merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak ( Matematik dan Sains).
2) Meningkatkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.
3) Meransang pergerakan jari kanak-kanak sedang menjalankan aktiviti.
4) Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.
LANGKAH AKTIVITI
1) Setiap kanak-kanak dibekalkan dengan kertas aktiviti, crayon dan sejumlah
tertentu coklat skittles atau M&M atau mana-mana jenama coklat yang lebih
murah.
2) Minta kanak-kanak mengasingkan coklat tersebut mangikut warna dan menyebut
bilangan warna skittles mengikut warna (Misalnya saya ada 6 biji skittle merah).
3) Minta kanak-kanak mewarnakan bulatan pada kertas aktiviti mengikut bilangan
bilangan warna skittle misalnya sekiranya mereka mempunyai 6 biji skittles
berwarna merah maka mereka akan mewarnakan 6 bulatan dengan warna merah
dan seterusnya.
4) Apabila selesai mewarna, minta kanak-kanak meletakan skittle tersebut pada
ruang yang telah diwarnakan.
5) Guru memastikan semua skittle akan digunakan oleh kanak-kanak dan sekiranya
masih terdapat ruang yang belum diletakkan dengan skittle, minta kanak-kanak
tersebut menyebut ayat seperti “saya memerlukan lagi 3 skittle berwarna merah
dan sebagainya”.
6) Pada akhir aktiviti, guru boleh membenarkan kanak-kanak makan skittle tersebut.
19
LEMBARAN KERJA
NAMA:
KELAS:
ARAHAN: Sila kumpulkan skittle pada belon mengikut bilangan bulatan kecil dalam belon.
20
Kuantiti mengecap
OBJEKTIF
1) Merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak ( Matematik dan Sains).
2) Meningkatkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.
3) Meransang pergerakan jari kanak-kanak sedang menjalankan aktiviti.
4) Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.
LANGKAH AKTIVITI
1) Setiap kanak-kanak dibekalkan dengan kertas aktiviti dan pengecap.
2) Guru menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3) Guru menunjukkan pengecap yang pelbagai bentuk.
4) Guru meminta kanak-kanak mengecap sebanyak nombor yang di sebelah kotak
yang disediakan.
5) Membimbing kanak-kanak serta memberi pujian semasa dan selepas kanak-kanak
menjalankan aktiviti.
21
LEMBARAN KERJA
NAMA:
KELAS:
ARAHAN: Sila capkan dalam kotak kosong mengkiut bilangan nombor di sebalah kotak
kosong.
1
2
3
4
5
22
KOLAJ EPAL
OBJEKTIF
1) Meningkatkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.
2) Meransang pergerakan jari kanak-kanak sedang menjalankan aktiviti.
3) Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.
4) Merangsang koordinasi mata kanak-kanak dengan menampal dalam gambar epal
sahaja.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menyediakan kertas warna, gam dan lembaran aktiviti kepada kanak-kanak.
2) Guru meminta kanak-kanak mengoyakkan dengan tangan kertas warna kepada
cerbisan kecil.
3) Guru meminta kanak-kanak meletakkan gam pada lukisan epal dan segera
menampal cerbisan kertas warna.
4) Guru membimbing kanak-kanak melakukan aktiviti sambil membiarkan kanak-
kanak membuat keputusan sendiri untuk meningkatkan tahap kreativiti kanak-
kanak.
5) Membimbing kanak-kanak serta memberi pujian semasa dan selepas kanak-kanak
menjalankan aktiviti.
23
LEMBARAN KERJA
NAMA:
KELAS:
ARAHAN: Sila tampalkan kertas warna di dalam gambar epal di bawah.
24
Tiup warna air
OBJEKTIF
1) Meningkatkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.
2) Meransang pergerakan jari kanak-kanak sedang menjalankan aktiviti.
3) Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.
4) Merangsang koordinasi mata kanak-kanak dengan meniup warna air dalam
bulatan sahaja.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menyediakan lembaran kerja, warna air dan straw untuk kanak-kanak.
2) Guru menerangkan langkah-langkah aktiviti kepada kanak-kanak serta
menyatakan nama warna kepada warna air yang disediakan.
3) Guru meminta kanak-kanak meletakkan sedikit warna air di dalam kawasan
bulatan dan meniup untuk memenuhi bulatan tersebut.
4) Kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih warna air.
5) Guru meminta kanak-kanak untuk tidak meniup warna air sehingga luar bulatan.
6) Guru membimbing kanak-kanak serta memberi pujian semasa dan selepas kanak-
kanak menjalankan aktiviti.
25
LEMBARAN KERJA
NAMA:
KELAS:
ARAHAN: Sila tipukan warna air dalam Kawasan bulatan di bawah.
26
BISKUT LAMPU ISYARAT
OBJEKTIF
1) Merangsang perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dengan mengendalikan
bahan-bahan dengan teratur dan teliti.
2) Merangsang kreativiti kanak-kanak dengan membuat biskut sendiri.
3) Menanam nilai kesabaran menunggu biskut siap untuk di makan.
4) Merangsang perkembangan matematik dan sains dengan mengetahui warna lampu trafik.
5) Meningkatkan pengetahuan keselamatan diri dengan mengetahu fungis lampu isyarat.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru meminta kanak-kanak untuk berkumpul dimeja yang telah guru sediakan
dengan barang-barang keperluan aktiviti.
2) Guru menunjukkan kepada kanak-kanak biskut yang telah siap dihias oleh guru.
3) Guru membuat demonstrasi cara membuat Biskut Lampu Isyarat kepada kanak-
kanak.
4) Guru menerangkan fungsi warna Coklat M&M yang diletak seperti fungsi warna
pada lampu isyarat.
5) Cara-cara:
1. Gunakan biskut berbentuk segi empat tepat.
2. Sapuan susu coklat atau Nutella sebagai jem pada biskut.
3. Kemudian susun coklat M&M berwarna merah, kuning dan hijau pada
biskut mengikut urutan lampu isyarat.
6) Guru membenarkan kanak-kanak memakan biskut yang dibuat.
27
masukkan straw
OBJEKTIF
1) Merangsang koordinasi mata dan pergerakkan tangan kanak-kanak.
2) Merangsang otot jari kanak-kanak semasa mengambil straw yang bercampur.
3) Merangsan kemahiran berfikir kanak-kanak untuk berfikir cara memasukkan straw
ke dalam botol.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menggunting straw kepada dua bahagian dan meletakkan secara rawak ke
dalam satu bekas.
2) Guru meminta kanak-kanak untuk mengambil satu straw dan memasukkan ke
dalam botol melalui lubang penutup botol.
3) Guru membimbing kanak-kanak untuk memasukkan straw sekiranya perlu.
4) Membimbing kanak-kanak serta memberi pujian semasa dan selepas kanak-kanak
menjalankan aktiviti.
28
Reben saya
OBJEKTIF
1) Merangsang koordinasi mata kanak-kanak semasa memasukkan reben ke dalam
lubang.
2) Merangsang otot tangan dan jari kanak-kanak semasa memegang reben dan
memasukkan reben ke dalam lubang.
3) Merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak untuk memasukkan reben ke dalam
lubang.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menyediakan penapis atau bakul yang berlubang serta reben.
2) Guru memberikan reben kepada kanak-kanak dan memberitahu warna reben
tersebut.
3) Guru mendemonstrasi aktiviti tersebut.
4) Guru meminta kanak-kanak memasukkan reben ke dalam lubang pada bekas.
5) Guru membimbing kanak-kanak dengan membiarkan kanak-kanak memasukkan
urutan lubang dengan kreatif.
29
Butang baju saya
OBJEKTIF
1) Merangsang koordinasi mata kanak-kanak dengan memasang butang baju kemeja dan
membuka butang baju kemeja.
2) Merangsang otot jari tangan kanak-kanak semasa memasang dan membuka butang baju.
3) Merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak dengan mematuhi ajaran guru dan cara
menyelesaikan masalah.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menunjukkan cara memasang dan membuka butang baju kemeja kepada
kanak-kanak.
2) Guru meminta kanak-kanak mencuba sendiri dengan memasang butang baju pada
lubang baju yang betul.
3) Guru membantu kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti.
30
Tanah liat
OBJEKTIF
1) Meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak.
2) Merangsang otot-otot jari dan tangan kanak-kanak semasa menekan, membentuk
dan menggenggam tanah liat tersebut.
3) Meningkatkan perkembangan asas warna dan bentuk dengan menekap tanah liat
dengan penekap.
LANGKAH AKTIVITI
1) Guru menyediakan tanah liat dan penekap yang pelbagai bentuk dan warna.
2) Guru menunjukkan cara melakukan aktiviti.
3) Guru meminta kanak-kanak memegang, menekan dan menekap tanah liat
menggunakkan penekap yang disediakan.
4) Guru memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk membuat apa-apa bentuk
menggunakkan tanah liat.
31
KRAFT IKAN
Objektif
1) Dapat merangsang koordinasi mata dan
tangan dalam memasukkan kertas warna
ke dalam lubang yang telah dipotong.
2) Merangsang kemahiran berfikir kanak-
kanak untuk menyelesaikan aktiviti.
3) Meningkatkan perkembangan menyeluruh
kanak-kanak.
Langkah aktiviti
1) Menyediakan lembaran kerja gambar
ikan dan kertas warna.
2) Terangkan terlebih dahulu aktiviti yang
hendak dijalankan.
3) Kanak-kanak perlu memasukkan kertas
warna yang telah dipotong secara
berselang-seli ke dalam gambar ikan
dengan bimbingan.
4) Ulanginya sehingga selesai dengan
menggunakan kertas warna yang lain.
5) Memastikan kanak-kanak masukkan
kertas warna pada lubang yang tepat.
32
Nama : …………………………………………………………………….
Kelas :……………………………………………………………………..
ARAHAN: Sila masukkan kertas warna yang telah dipotong secara berselang-seli ke dalam
gambar ikan di bawah.
33
ABJAD
Objektif
1) Menguatkan otot jari dengan memegang
berus lukisan.
2) Merangsang koordinasi mata dan tangan
untuk mewarna.
3) Mengekspresikan kreativiti kanak-kanak
dalam memilih warna yang menarik.
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan lembaran kerja huruf abjad
seperti warna air, bekas, kain, dan cawan
yang berisi air.
2) Terangkan aktiviti yang hendak dijalankan
kepada kanak kanak.
3) Letakkan beberapa warna air ke dalam
bekas bulat dengan kuantiti yang sedikit.
4) Ambil berus lukisan dan celup pada warna
yang dipilih oleh kanak-kanak.
5) Bimbing kanak-kanak mewarna didalam
kawan huruf abjad sehingga selesai.
6) Berikan kebebasan kepada kanak-kanak
memilih warna dan melakukan dengan
sendiri.
34
Nama : ………………………………………………………………………….
Kelas : ………………………………………………………………………….
ARAHAN: Sila warnakan huruf abjad di bawah dengan menggunakan warna air.
35
DOT DOT
Objektif
1) Merangsang Koordinasi mata dan tangan
untuk membuat dot dot tanpa terkeluar
daripada garisan.
2) Menguatkan otot jari dengan memegang
putik kapas.
3) Merangsang imaginasi kanak-kanak
untuk mencantikkan bunga dengan
warna-warna pilihan mereka .
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan alatan mewarna iaitu putik
kapas, warna air dan lembaran kerja
gambar bunga.
2) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan kepada kanak-kanak.
3) Ambil salah satu warna mengikut pilihan
kanak-kanak dan celup kedalam warna
tersebut.
4) Mewarna secara dot dot pada gambar
bunga satu persatu tanpa terkeluar pada
garisan.
5) Ulanginya semula dengan menggunakan
warna lain mengikut pilihan kanak-
kanak sehingga selesai.
6) Bimbing kanak-kanak sehingga selesai.
36
Nama : ………………………………………………………………………
Kelas : ………………………………………………………………………
ARAHAN: Sila warnakan gambar rajah secara dot-dot dengan menggunakan putik kapas dan
warna air.
37
Butang simbol
Objektif
1) Menguatkan otot jari untuk
menyusun butang satu persatu
mengikut garisan.
2) Merangsang koordinasi mata dan
tangan untuk menyusun mengikut
garisan.
3) Merangsang kogfnitif kanak-dalam
mengetahui jenis tanda.
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan bahan-bahan seperti
butang baju dan lembaran kerja .
2) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan.
3) Menerangkan tentang tanda yang
ada pada lembaran kerja.
4) Mengambil satu persatu butang
dan susun mengikut garisan.
5) Beri kebebasan pada kanak-kanak
untuk memilih butang mengikut
warna pilihannya.
6) Membimbing kanak-kanak
melakukan aktiviti tersebut
sehingga selesai.
38
Nama : ………………………………………………………………………….
Kelas : …………………………………………………………………………..
ARAHAN: Sila susunkan butang baju di atas garisan di bawah.
39
Lipatan kipas
Objektif
1) Menguatkan otot jari kanak-kanak
dengan menekan dan membuat lipatan
pada kertas.
2) Mengasah kognitif kanak-kanak dengan
mendengar arahan untuk melakukan
aktiviti ‘step by step’
3) Merangsang pergerakan jari kanak-
kanak
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan lembaran kerja atau kertas
a4 berwarna dan gam.
2) Membuat garisan panjang dengan
jaraknya berukuran 2cm.
3) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan kepada kanak-kanak.
4) Meminta kanak-kanak untuk melipat
kertas mengikut garisan secara kedepan.
5) Terbalikkan kertas yang sudah dilipat .
6) Sambung lipat pada bahagian yang
sudah dilipat secara kebelakang
mengikut garisan yang telah dibuat .
7) Ulanginya secara berselang seli dengan
dengan terbalikkan kertas secara
kedepan dan kebelakang sehingga
selesai.
8) Selepas itu, lipat pada bahagian
tengahdan gamkan.
9) Setelah kering,kembangkan bahagian
lipatan yang telah dilipat.
10) Bimbingan diperlukan untuk kanak-
kanak menyelesaikan aktiviti.
40
Nama : …………………………………………………………………………………………
Kelas : ………………………………………………………………………………………….
ARAHAN: Sila lipatkan kertas di bawah mengikut garisan.
Gunting pada bahagian bergaris(……….)
41
Lakaran tepung
Objektif
1) Merangsang sensori deria sentuhan
tentang jenis tekstur tepung .
2) Menguat otot jari untuk melakar
nombor pada tepung.
3) Merangsang kognitif kanak-kanak
untuk meniru nombor yang ada pada
kad imbas.
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan bahan aktiviti seperti
tepung, talam , dan kad imbasan.
2) Menerangkan aktiviti yang hendakl
dijalankan kepada kanak-kanak.
3) Menuangkan tepung ke dalam ta;am
yang disediakan .
4) Memilih salah satu kad imbasan dan
ditunjukkan kepada kanak -kanak.
5) Meminta kanak-kanak meniru nombor
yang tertera pada kad imbasan dan tulis
menggunakan jari pada talam yang
berisi tepung.
6) Setelah selesai, tukarkan kad imbasan
yang lain.
7) Membimbing dan mengulanginya
sehingga selesai.
42
menara BLOK
Objektif
1) Merangsang koordinasi mata dan tangan
dengancara untuk menarik dan menyusuk
blok.
2) Meningkatkan perkembangan kognitif
kanak-kanak untuk membuat pilihan yang
betul.
3) Menguatkan otot jari dan tangan kanak-
kanak untuk menggenggam objek.
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan bahan permainan blok kayu
seperti “Jenga” .
2) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan kepada kanak-kanak.
3) Susun blok kayu secara rawak dengan
susunan meninggi.
4) Setiap tapak menggunakan tiga blok yang
disusun secara berselang-seli.
5) Kanak-kanak perlu membaling dadu terlebih
dahulu .
6) Apabila dadu berhenti begolek , perhatikan
warna apa yang tertera pada bahagian atas
dadu.
7) Kanak-kanak perlu memilih warna yang
telah ditetapkan pada blok kayu secara
rawak.
8) Ulangi langkah seperti berikut sehingga
selesai.
9) Bimbing kanak-kanak sehingga selesai
aktiviti.
43
Ciptaan saya
Objektif
1) Menguatkan otot jari kanak-kanak
untuk memegang objek halus.
2) Meningkatkan kreativiti dan imaginasi
kanak-kanak dalam membentuk
gambaran imaginasi menggunakan
kacang.
3) Merangsang koordinasi mata dan
tangan dalam membentuk kacang
mengikut susunan kreativiti.
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan bahan aktiviti seperti
kekacang yang pelbagai jenis .
2) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan .
3) Beri kebebasan kepada kanak -kanak
untuk menyusun kekacangan di atas
kertas mengikut kreativiti mereka .
4) Memberi galakan dan bimbingan
kepada kanak -kanak untuk
menyelesaikan aktiviti.
44
Tebuk lubang
Objektif
1) Menguatkan otot jari dengan
menggenggam penebuk lubang .
2) Meningkatkan kreativiti kanak-kanak
menebuk lubang mengikut kebebasan.
3) Melatih perkembangan menyeluruh
kanak-kanak
Langkah Aktiviti
1) Menyediakan bahan aktiviti seperti
kertas warna dan penebuk lubang .
2) Menerangkan aktiviti yang hendak
dijalankan.
3) Memastikan kanak-kanak memegang
penebuk lubang dengan betul.
4) Masukkan kertas kedalam muncung
penebuk lubang dan tekan dengan cara
menggenggam.
5) Ulanginya sehingga selesai aktiviti
6) Bimbingan diperlukan oleh kanak-
kanak.
45