POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH mp p p s a s 1 5 @ gma i l . c om p s a s o f f i c i a l @mp p p s a s BULETIN MPP EDISI 7
IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN I. Sidang Redaksi II. Kata Alu-Aluan Pengarah PSAS III. Sekapur Sireh Seulas Pinang Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IV. Info Santai Penasihat MPP V. Visi Dan Misi Majlis Perwakilan Pelajar VI. Carta Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Sesi II : 2021/ 2022 VII. Carta Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Sesi l : 2022/ 2023 VIII. Galeri MPP IX. Penulisan Kreatif - Seloka MPP X. Penulisan Kreatif - Sajak MPP 1. Pilihan Raya Kampus PSAS Tahun 2022 2. Program Derma Darah Bil. 1 Politeknik Sultan Azlan Shah 3. YTL Foundation 4. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar 5. CSR Polysport 6. Kiosk Grand Opening Majlis Perwakilan Pelajar 7. Malam Pengenalan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar 8. Forum Challenges in Technology vs PSAS Graduate 9. Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah Kali ke-18 10.‘Malaysian Youth As Peace Ambassadors’ 2022 11. Program Jamuan Hurry Raya 12. Hari Bertemu Pelanggan Bil. 1/ 2022 Bersama Warga PSAS 13. Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Pelajar Kamsis 14. Karnival Sukan Antara Jabatan Politeknik Sultan Azlan Shah 2022 (SUPSAS) 15. Misi Green Summer Volunteer Campaign, Yayasan Sukarelawan Siswa, Vietnam 2022 16. Kem Kepimpinan Dan Pemerkasaan MPP PSAS 2022 17. Minggu Transformasi Siswa Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi I: 2022/ 2023 18. Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) with Institution of Higher Education (IHE) @ PSAS 19. Misi Yayasan Sukarelawan Siswa Beluran, Sabah 2022 20. Malaysian Colourful Run 2022 21. Merdeka Got Talent 22. Kem Badan Kepimpinan Pelajar MRSM Felda Trolak 23. Program Derma Darah Bil.2 Politeknik Sultan Azlan Shah 24. Hari Bertemu Pelanggan Bil. 2/ 2022 Bersama Warga PSAS 25. Carnival Polypreneurship with Prime Star Event 26. Lawatan Penandaarasan Kolej Vokasional Kerian ke Politeknik Sultan Azlan Shah 27. Penyerahan Peranti Siswa Fasa Kedua 28. Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah Kali ke-19 29. Program Kunjung Hormat Politeknik 30. Minggu Transformasi Siswa Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi ll: 2022/ 2023 JPKK 32. Carta Organisasi JPKK Sesi 2022/ 2023 33. Stand Up with Warden 34. Ramadan Mubarak PRSP 36. Carta Organisasi PRSP Sesi II : 2021/ 2022 37. Carta Organisasi PRSP l : 2022/ 2023 38. Bengkel Kepimpinan Mainboard PRSP 39. Program Psiko-Sosial 3.0 40. Youth Leadership Programme 3.0 41. Hari Mesra Ohana Day 42. Youth Leadership Programme 4.0 43. Program Intervensi Kaunseling #funwithpsychology 44. Hari Mesra PRSP Academia RAPI 46. Carta Organisasi RAPI Sesi 2022/ 2023 47. Santunan Kasih Bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS PSAS 48. Ceramah Motivasi Dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Semester 49. Jualan Sempena Kuliah Maghrib
I SSIIDDAANNGG RREEDDAAKKSSII PENAUNG MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD. HANIFAH PENASIHAT MOHD SYAHNAN BIN MD ZAIN KETUA EDITOR CIK NORDIN BIN NAYAN PENOLONG KETUA EDITOR HERDAWATI BINTI AHMAD NOR HIDAYAH BINTI AB WAHAB EDITOR & PEREKA GRAFIK NURANISA ATHIRA BINTI MOHD MOKHLIS NUR ELINAH IZZAZI BINTI JAAFAR PENULIS ABDUL HADI BIN ABD MOKTI HERDAWATI BINTI AHMAD NURIN DARWISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN NURANISA ATHIRA BINTI MOHD MOKHLIS SITI AISHAH BINTI MUSA NUR ELINAH IZZAZI BINTI JAAFAR MUHAMMAD ULUL AZMI BIN MOHD FADZLI NUR QISTINA SAFA BINTI ZAWALKAFLI NORFAZILA BINTI MD NOH MOHAMMAD HAFIZ NAJMI BIN MOHD SYARIFF MUHAMMAD ZUL'AIMAN BIN HAIRUL NIZAM ATHIRAH AUNI BINTI AHMAD ARIFFIN RAFIQAH HANUM BINTI KHAIRUL NIZAM MUHAMMAD AMIRUL AKMAL BIN MOHD ROSLAN FAHMI BIN BAZLI NURIN JASNINA BINTI ROHAIDI SITI NATASHA BINTI SHAHARUDDIN AYUNI WARDATI BINTI PABIL MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD FAIZAL HURUL AINI BINTI ZULKEFLI MUHAMMAD FADZRIN BIN OTHMAN CHEN SHAHLINI SHARMEEN NABILA BINTI SALMI MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD NURUL IZZATY NAJWA BINTI MOHD ZAILANI SITI NORFARHANI AYUNA BINTI SURYADI NOR SHAZRINA BINTI SHAMSUHIR AZRANURDARIN AFANIN BINTI AZIRULAZMAK
PENGARAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH II Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, sepenuh rasa kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Buletin Majlis Perwakilan Pelajar Edisi ke-7 telah berjaya diterbitkan. Kejayaan penerbitan naskhah ilmiah ini adalah hasil usaha keras dan komitmen penuh yang dicurahkan oleh pihak Sidang Redaksi yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Buletin MPP ini adalah wadah rasmi Majlis Perwakilan Pelajar dalam menterjemahkan hasil usaha mereka sepanjang tempoh kepimpinan mereka iaitu selama setahun. Buletin ini merupakan bukti bahawa Majlis Perwakilan Pelajar telah melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat kepada warga PSAS. Selain itu, pelbagai program yang dirakam di dalam buletin ini membuktikan bahawa pelajar PSAS bukanlah pelajar yang pasif tetapi aktif dalam pelbagai program. Dengan adanya buletin ini, kita dapat melihat pelbagai idea dan perancangan baik yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Mutakhir ini, kemenjadian pelajar bukan hanya diukur berdasarkan kejayaan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi aspek aktif di dalam pelbagai aktiviti yang disertai. Pelajar haruslah seimbang ketika di dalam kelas mahupun di luar kelas. Akhir kata daripada saya, semoga para pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah dapat menggunakan platform MPP sebagai suatu nilai tambah kepada diri, masyarakat, bangsa dan agama. Sekian, terima kasih. KKAATTAAAALLUU--AALLUUAANN MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD. HANIFAH PENGARAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
KETUA HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur Alhamdulillah, setinggi-tingginya kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan inayah-Nya jua, dapat kita saksikan sebuah penerbitan buletin ini akan menjadi rujukan kepada para pelajar PSAS. Selain itu, ia juga dapat dijadikan rujukan buat Majlis Perwakilan Pelajar yang akan datang dalam melaksanakan programprogram di bawah MPP. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan, penghormatan dan sekalung tahniah kepada semua penasihat MPP dan team redaksi buletin MPP atas pencapaian untuk menerbitkan buletin ini . Selepas berada dalam situasi yang agak mencabar akibat pandemik dan endemik COVID-19, penghasilan Buletin Edisi ke-7 MPP PSAS 2022/ 2023 tetap dijayakan dengan merekodkan pelbagai aktiviti atau program MPP sepanjang tahun 2022. Semestinya akan menjadi tatapan kenangan dan memori yang indah bagi mereka yang bersusah payah menjayakan program sepanjang tahun ini berlangsung. Dengan keadaan sedemikian, saya selaku penasihat Buletin MPP Edisi Ke-7 dan mewakili team sidang redaksi 2022/ 2023 ingin memohon kemaafan andainya ada bicara serta terdapat kelemahan atau kekurangan dalam menghasilkan buletin ini. Semoga dengan penghasilan Buletin Edisi ke-7 ini dapat memberi faedah dan pengetahuan yang luas untuk generasi akan datang kepada semua warga PSAS. Sekian, terima kasih. III SSEEKKAAPPUURRSSIIRREEHHSSEEUULLAASSPPIINNAANNGG MOHD SYAHNAN BIN MD ZAIN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR PSAS
III CIK NORDIN BIN NAYAN NOR HIDAYAH BINTI AB WAHAB HERDAWATI BINTI AHMAD IINNFFOO SSAANNTTAAII PPEENNAASSIIHHAATT MMPPPP "Orang yang hebat sentiasa menjaga adab dan rendah diri dengan orang lain" "Bunga mawar tidak pernah mempropagandakan harumnya, namun keharumannya sendiri menyebar melalui sekitarnya" "Leaders must be close enough to relate to others, but far enough ahead to motivate them" --John C. Maxwell
MEMBENTUK MODAL INSAN BERSAHSIAH TINGGI DAN MENJADI PENGGERAK UTAMA DALAM ASPEK KEILMUAN DAN KEBAJIKAN MISI VISI MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR DARI ASPEK PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, TEKNIKAL DAN INSANIAH KE ARAH MENJADI MODAL INSAN YANG BERETIKA DAN PROFESSIONAL UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH mp p p s a s 1 5 @ gma i l . c om p s a s o f f i c i a l @mp p p s a s IV
CARTA ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PSAS SESI II : 2021/ 2022 V
VI CARTA ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PSAS SESI I : 2022/ 2023
VII GGAALLEERRII MMPPPP
PPEENNUULLIISSAANN KKRREEAATTIIFF ((SSEELLOOKKAA MMPPPP)) Berlesung pipit kecil orangnya, Jawatan disandang tugasan diselesaikan, Jawatan digalas Exco Akademik & Kerjaya, Fazila namanya empunya diri. Kacak bergaya menjadi tumpuan, Setelah dikenal sifatnya nakal, Nama diberi Muhammad Afiq Khan, Memegang jawatan Exco Mekanikal. Sungguh peramah tetapi tegas, Mengambil gambar tugasan diberi, Anisa & Elinah bertugas ikhlas, Kini tinggal secebis memori. Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat dan bertenaga, Sukan membentuk semangat waja, Nurin dan Ulul Exco Sukan namanya. Athirah Auni nama disulam, Tegas, peramah dan penuh inspirasi, Jawatan disandang Exco Kejuruteraan Awam, Tugasan digalas penuh dedikasi. Bunga mawar indah sekali, Terpancar indah sinaran suar, Orangnya tinggi kurus sekali, Itulah Shahrul Exco Kediaman Luar. Menyebarkan memo kepada pelajar, Merupakan tugasan Exco Korporat, Zul'Aiman dan Rafiqah merupakan pelajar, Tugasan yang disandang tidaklah berat. IX Jika merenung bintang di langit, Jangan dilupakan rumput di bawah, Jika teringat kenangan yang menggamit, Jangan dilupakan Hafiz senang dan susah. Assalamualaikum siapa disini, Sentiasa senyum manis orangnya, Nama diberi Ayuni Wardati, Sukarelawan dan kolaborasi itulah tugasnya. Orangnya tampan dan juga berani, Tegas dan peramah tidak kurangnya, Amirul Akmal nama diberi, Exco disiplin dan keselamatan lah jawatannya. Berkaca mata comel orangnya, Sentiasa tersenyum serta menghiburkan, Jualan di kiosk itu tugasnya, Itulah Aina si Exco Jabatan Perdagangan. Senyuman manis cantik orangnya, Bertanggungjawab atas tugas yang diberi, Qistina Safa itulah namanya, Exco Kelab PSAS jawatan diberi. NYDP kita segak orangnya , Fahmi Bazli diberi nama , Maju negara kerana siswanya , Harapan bangsa tiang agama. Manis manis si anak dara, Bunga tunggal didalam keluarga, Nurin Darwisyah diberi nama, Setiausaha 1, tanggungjawab digalasnya. IX
FirmanNya sudah termaktub Telah tersurat serta tersirat Tiada daya yang bisa melawan ketentuanNya Ditakdir menjadi pejuang Perwira.. Yang mengangkat pena Yang menyumbang buah fikiran Yang memerah kudrat Demi kesejahteraan pelajar Landskap dihiasi gunung bukit Ditiupkan angin sepoi bahasa Dihirupnya udara segar Pemandangan yang pastinya dirindui Tenang atma saat mengenangkan Lena diulit mimpi indah Usaha sekeras batu Hasilnya seindah berlian Jauh dari hutan konkrit Itulah kataNya Kurnia Ilahi Yang tiada tandingannya Hanya kita Yang tidak mengerti Sudahi segala perkara Dengan panjatkan kesyukuran Merai umpama merdeka Tapi tak melihat di depan Permulaan yang.. Penuh badai ombak Umpama kita pelayar Yang mulakan pelayaran Di sini kita membina kapal Untuk melabuhkan layar Untuk mula berlayar Apapun, Yang mampu berusaha Doa Ikhtiar Dan tawakkal Buang penyakit hati Untuk Terus maju ke depan Moga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT NUKILAN : ABDUL HADI BIN ABD MOKTI (EXCO RAKAN PUSAT ISLAM) PPEENNUULLIISSAANN KKRREEAATTIIFF ((SSAAJJAAKK)) X SEGULUNG PERJALANAN
1 PILIHAN RAYA KAMPUS PSAS TAHUN 2022 24 MAC 2022 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS - Pilihan Raya Kampus (PRK) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Tahun 2022 telah diadakan pada 24 Mac 2022 dan pelaksanaan PRK ini berlangsung secara serentak di seluruh politeknik Malaysia. Proses pembuangan undi telah dilaksanakan secara dalam talian melalui portal Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) PSAS di menu Pilihan Raya Pelajar bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. PRK ini diadakan bertujuan untuk memilih Majlis Tertinggi dan Exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS bagi tahun 2022. Seramai 42 orang calon telah bertanding bagi kerusi umum dan kerusi jabatan serta 27 orang yang mendapat undian tertinggi akan dilantik sebagai MPP. Proses penamaan calon, pengumuman calon layak bertanding, berkempen dan pengundian telah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Pengumuman keputusan PRK PSAS Tahun 2022 kepada calon yang terpilih berdasarkan undian telah disampaikan oleh Pengurus PRK PSAS, En. Cik Nordin bin Nayan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah PSAS, En. Muhammad Zubir bin Mohd. Hanifah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang berjaya memenangi kerusi dalam PRK bagi meneraju kepimpinan baharu MPP. OLEH : HERDAWATI BINTI AHMAD (PENASIHAT MPP)
2 30 - 31 MAC 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS PSAS - Program Derma Darah Bil.1 Politeknik Sultan Azlan Shah telah dijalankan selama dua hari bermula 30 Mac 2022 (Rabu) sehingga 31 Mac 2022 (Khamis), bertempat di Dewan Muallim, PSAS. Program Derma Darah ini juga telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Hospital Slim River dan Hospital Teluk Intan. Terdapat beberapa aktiviti selain derma darah yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung, antaranya seperti cabutan bertuah. Antara kebaikan yang boleh didapati dari program ini ialah ianya dapat memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Selain itu, menderma darah juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma. Secara keseluruhannya, seramai 30 orang jawatankuasa dari Majlis Perwakilan Pelajar telah terlibat dan seramai 206 orang jumlah penderma telah menderma darah pada kedua-dua hari tersebut. OLEH : NURIN DARWISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN (SETIAUSAHA AGUNG) PROGRAM DERMA DARAH BIL.1 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
3 13 APRIL 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS PSAS – YTL Foundation & Pemberian Simkad YES Percuma kepada warga PSAS 2022 ini telah diadakan pada 13 April 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah yang dianjurkan oleh YTL FOUNDATION & YES. Seramai 30 orang Majlis Perwakilan Pelajar, Politeknik Sultan Azlan Shah telah bertugas pada program tersebut. Program ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Shahnan bin Md Zain, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSAS. Setiap pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Azlan Shah yang datang ke program ini diberikan simkad YES secara percuma daripada pihak YES sendiri. Ahli jawatankuasa program telah ditugaskan untuk membimbing dan memberi tunjuk cara mendaftar simkad kepada pelajar. Secara keseluruhannya, sebanyak empat kaunter pemberian simkad percuma dari YTL Foundation & YES kepada warga PSAS berjalan dengan lancar dan jayanya mengikut perancangan yang telah dibincangkan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada 11 April 2022. Diharapkan agar program yang memberi manfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. OLEH : NURANISA ATHIRA BINTI MOHD MOKHLIS (EXCO MULTIMEDIA & PENERBITAN l) YTL FOUNDATION
15 APRIL 2022 DEWAN KULIAH UTAMA, PSAS PSAS – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bagi sesi 2022/ 2023 telah berlangsung pada 15 April 2022 di Dewan Kuliah Utama (DKU). Dalam majlis ini juga, barisan kepimpinan baharu yang diterajui oleh Yang Dipertua (YDP), saudara Muhammad Hafiz Najmi bin Mohd Syariff telah melafazkan bacaan ikrar di hadapan barisan pengurusan PSAS. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada barisan MPP yang baru dibentuk selepas Pilihan Raya Kampus (PRK) PSAS sesi 2022/ 2023 yang telah diadakan pada 24 Mac 2022. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah PSAS, Encik Muhammad Zubir bin Mohd. Hanifah. Dalam ucapan beliau, Encik Muhammad Zubir menzahirkan sejuta harapan agar para MPP yang dilantik dapat menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform untuk membina jati diri sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan bergerak lebih maju ke hadapan. Di akhir majlis tersebut, Encik Muhammad Zubir bin Mohd. Hanifah telah menyampaikan watikah pelantikan kepada MPP PSAS sesi 2022/ 2023. Dengan pelantikan secara rasmi dan bacaan ikrar ini, diharapkan semoga barisan MPP PSAS lebih bersemangat dan mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. OLEH : SITI AISHAH BINTI MUSA (NAIB SETIAUSAHA AGUNG) MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 4
CSR POLYSPORT 09 MEI 2022 POLYSPORT, PSAS PSAS - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan program CSR Polysport yang bertempat di Polysport PSAS. Program ini bermula dari pukul 8.30 pagi dan disertai oleh 31 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan 7 orang Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) Exco Sukan. Program ini diadakan bertujuan bagi mengemas semula Polysport yang telah tidak beroperasi sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Selain daripada bertujuan untuk membersihkan Polysport, aktiviti gotong-royong ini juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara Majlis Perwakilan Pelajar dan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja yang berat boleh menjadi mudah jika dilakukan bersama-sama. Ketika program ini dijalankan, pelbagai barangan yang berada di dalam Polysport telah dibersihkan antaranya ialah almari, meja dan kerusi. Terdapat juga barangan yang terpaksa dibuang kerana sudah reput dan berkarat seperti sudu, garfu dan bekas makanan. Sebelum program berakhir, makanan ringan dan air minuman juga telah diberikan kepada Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar yang menyertai program ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Program CSR Polysport ini diakhiri dengan aktiviti swafoto bersama Majlis Perwakilan Pelajar dan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar. OLEH : MUHAMMAD ULUL AZMI BIN MOHD FADZLI (EXCO SUKAN & REKREASI l) 5
6 14 MEI 2022 HADAPAN BANGUNAN HEP, PSAS PSAS – Kiosk grand opening Majlis Perwakilan Pelajar telah diadakan pada 14 Mei 2022 yang bertempat di Hadapan Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Bermula jam 6.00 petang para pelajar telah hadir untuk membeli juadah makanan. Seramai tujuh orang ahli Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP), Exco Keusahawanan turut membantu dalam menjual juadah makanan yang ditawarkan. Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah movie night. Exco Multimedia MPP membantu dalam memasang layar untuk persiapan movie night. Dalam masa yang sama, untuk menarik pelajar bersama-sama lagi memeriahkan aktiviti ini, MPP turut menguar-uarkan poster di dalam media sosial seperti WhatsApp dan Instagram. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara wakil pelajar dan pelajar. Pada akhir aktiviti, semua MPP dan SMPP bersama-sama mengemas kiosk. Selepas itu, kami bergambar sebagai kenang-kenangan. OLEH : NUR ELINAH IZZAZI BINTI JAAFAR (EXCO MULTIMEDIA & PENERBITAN ll) KIOSK GRAND OPENING MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
16 MEI 2022 PUSAT ISLAM, PSAS Program Malam Pengenalan Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar telah berlangsung pada 17 Mei 2022 yang bertempat di Pusat Islam, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Exco Kelab Dan Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar. Seramai 108 orang pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah telah terpilih untuk menyertai sebahagian daripada Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP). Malam pengenalan ini memberi peluang kepada ahli baharu Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) mengenali lebih rapat dan mengeratkan hubungan dengan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Malam pengenalan ini juga memberi pendedahan tentang kelebihan mereka menyertai SMPP dan tugas mereka pada setiap exco yang telah dipilih dan juga memberi peluang kepada ahli SMPP untuk menunjukkan sikap kepimpinan yang ada di dalam diri mereka. Antara kelebihan utama pelajar menyertai sebahagian daripada Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) adalah dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti diri pelajar dan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman dalam aspek kepimpinan dan juga pengurusan. OLEH : NUR QISTINA SAFA BINTI ZAWALKAFLI (EXCO KELAB & PERSATUAN) MALAM PENGENALAN SAHABAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 7
8 26 MEI 2022 DEWAN KULIAH UTAMA, PSAS PSAS – Forum Challenges in Technology VS PSAS Graduate yang dianjurkan oleh Unit CISEC PSAS ini berlangsung pada 26 Mei 2022 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Forum ini juga dihadiri oleh 2 orang tetamu terhormat iaitu Adj. Prof. Kamaruzaman bin Jahidin (Associate Director K6 Tech Sdn Bhd) bersama Prof. Ts Dr Mohammad Sattar Rasul (Pusat Kajian Pembangunan STEM, UKM) dan seramai 200 orang pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Forum ini dijalankan bertujuan untuk menambah ilmu mengenai cabaran teknologi yang dihadapi oleh graduan PSAS dan pendidikan berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Perasmian forum ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Puan Siti Marlina binti Mohammad Amin. Dalam ucapan beliau, Puan Siti Marlina berkongsi tentang pengalaman beliau semasa teknologi berkembang dari masa ke semasa. Oleh itu, beliau berharap forum yang dijalankan ini dapat sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai teknologi yang akan dihadapi generasi masa hadapan dan untuk kemajuan negara. Di akhir majlis tersebut, para panel mengajukan beberapa soalan berkaitan perkongsian sebentar tadi kepada peserta. Setelah itu peserta yang berjaya menjawab akan diberikan hadiah. Dengan itu tamatlah program tersebut dan diharapkan agar ia memberikan impak yang positif kepada para peserta. OLEH : NORFAZILA BINTI MD NOH (EXCO PENDIDIKAN DAN KERJAYA) FORUM CHALLENGES IN TECHNOLOGY VS PSAS GRADUATE
9 28 - 31 MEI 2022 DEWAN MUALLIM, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS - Istiadat Konvokesyen PSAS kali ke-18 telah berlangsung selama empat hari. Seramai 80 orang ahli jawatankuasa Istiadat Konvokesyen PSAS kali ke-18 telah bertugas pada hari tersebut. Konvokesyen pada kali ini berlangsung bermula 28hb sehingga 31hb Mei 2022 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Pada majlis ini, jawatankuasa pelajar daripada MPP juga turut terlibat bagi menjayakan Konvokesyen PSAS kali ke-18 ini. Tugas AJK diagihkan kepada beberapa bahagian antaranya Jawatankuasa Protokol, Jawatankuasa Pentas, Jawatankuasa Dewan dan lain-lain lagi AJK yang ditugaskan bagi memastikan kelancaran majlis tersebut. Penglibatan pelajar sebagai jawatankuasa majlis ini bukan sahaja dapat menambah pengalaman semasa berada di politeknik, tetapi dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan komited dalam melaksanakan tugas. Kesimpulannya, objektif utama konvokesyen adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan para graduan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bagi menghargai usaha mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma. OLEH : MOHAMMAD HAFIZ NAJMI BIN MOHD SYARIFF (YANG DI-PETUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KALI KE-18
01 – 05 JUN 2022 HOTEL OLYMPIC MALAYSIA, KUALA LUMPUR Seramai 10 orang Majlis Perwakilan Pelajar PSAS telah menyertai Program Malaysian Youth As Peace Ambassadors yang bertempat di Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur selama lima hari. Program Malaysian Youth As Peace Ambassadors 2022 merupakan program anjuran bersama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kementerian Luar Negeri bagi memberi kesedaran serta mendidik pelajar yang terpilih tentang perkembangan memerangi keganasan, menanamkan bantahan keras terhadap ekstrimisme, membina identiti kumpulan melalui nilai toleransi dan kepelbagaian yang dikongsi serta memilih duta Malaysian Youth As Peace Ambassadors. Di samping itu, program ini bertujuan untuk mengurangkan impak ekstrimisme dari luar Malaysia yang boleh menjejaskan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk makluman, program ini merupakan satu agenda utama kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Luar Negera melalui agensi Southest Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT), kepimpinan, pengurusan pemahaman budaya dan tamadun daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sehubungan itu, MyKampus Radio (MKR) selaku setiausaha kerja program juga menjemput 10 orang Majlis Perwakilan Pelajar daripada 12 politeknik yang terpilih untuk menyertai Program Malaysian Youth As Peace Ambassadors 2022. OLEH : MUHAMMAD ZUL’ AIMAN BIN HAIRUL NIZAM (EXCO KOMUNIKASI KORPORAT l) ‘MALAYSIAN YOUTH AS PEACE AMBASSADORS’ 2022 10
11 PROGRAM JAMUAN HURRY RAYA 10 JUN 2022 DEWAN MUALLIM PSAS Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersamasama Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah bertungkus lumus berganding bahu membuat persiapan bagi memastikan Program Jamuan Hurry Raya pada tahun 2022 berjalan dengan lancar. Program ini juga telah berlangsung pada 10 Jun 2022 di Dewan Muallim, PSAS. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada semua warga kelab utama PSAS berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Puan Siti Marlina binti Mohammad Amin. Dalam ucapan beliau, Puan Siti Marlina juga rencana dengan terlaksananya aktiviti seperti ini dapat menguatkan lagi ikatan antara kita semua sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Di kesempatan itu, beliau juga menyelitkan sedikit nasihat agar sama-samalah memberi kemaafan antara satu sama lain. Program Jamuan Hurry Raya ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan silat, persembahan nyanyian, sesi cabutan bertuah dan permainan “Dahiku Dahimu Jua” yang dijayakan oleh peserta program tersebut. Sebelum majlis bersurai, kami sempat berswafoto beramai-ramai untuk mengabadikan kenangan sebagai tanda kejayaan program ini. OLEH : ATHIRAH AUNI BINTI AHMAD ARIFFIN (EXCO JABATAN KEJURUTERAAN AWAM)
16 JUN 2022 KANTIN, PSAS PSAS – Hari Bertemu Pelanggan Bil.1/ 2022 Politeknik Sultan Azlan Shah Bersama Warga PSAS ini berlangsung pada 16 Jun 2022 yang bertempat di Kantin, Politeknik Sultan Azlan Shah. Kaunter aduan pelanggan telah dibuka oleh MPP dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Program ini dianjurkan oleh Exco Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Pelajar PSAS bersama Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat. Turut dihadiri oleh Encik Muhammad Farhan Farhani bin Serif, Pegawai Perhubungan Awam PSAS bersama para pelajar MPP yang bertugas bagi meninjau keadaan semasa. Hari Bertemu Pelanggan adalah satu pendekatan yang holistik dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra bersama pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Azlan Shah. Selain itu, Hari Bertemu Pelanggan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan cadangan dengan mengumpulkan aduan yang dibuat oleh warga PSAS di Politeknik Sultan Azlan Shah. Semua pandangan serta cadangan yang diberikan ini juga akan digunakan bagi sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan menepati kehendak semasa warga PSAS. Para pelajar dan kakitangan PSAS tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memberikan pandangan dan cadangan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di PSAS. Bagi 10 orang yang terawal telah mendapat cenderahati daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai tanda terima kasih. OLEH : RAFIQAH HANUM BINTI KHAIRUL NIZAM (EXCO KOMUNIKASI KORPORAT ll) HARI BERTEMU PELANGGAN BIL. 1/ 2022 BERSAMA WARGA PSAS 12
16 JUN 2022 DEWAN MUALLIM , PSAS PSAS – Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Pelajar Kamsis ini berlangsung pada 16 Jun 2022 yang bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Unit Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang dibantu oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini dihadiri oleh dua orang tetamu kehormat iaitu AF Ustaz Hafez Rezal bin Abd Manan (Penyelaras Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Encik Kamarul Beharim bin Lasa (Ahli Majlis MDTM, Pengerusi Persatuan Penduduk BB2020, Pengerusi KRT BB2020) selaku penceramah pada program ini. Seramai 620 orang pelajar kamsis telah berjaya menghadiri program ini dengan jayanya. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat awal mengenai kawasan kejiranan yang berpontensi untuk dihuni oleh pelajar ini sekiranya mereka tidak mendapat penempatan di kolej kediaman. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) En. Arman bin Hj Ahmad Sapawi. Dalam ucapan beliau, beliau berucap berkenaan betapa pentingnya menerapkan nilai disiplin dalam diri seseorang pelajar untuk melahirkan generasi yang baik budi pekerti dan tinggi tingkah lakunya. Oleh itu, beliau berharap program sahsiah diri ini dapat memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar yang menyertai program ini. Objektif program sahsiah diri ini adalah mengelakkan aktiviti tidak bermoral dan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Selain itu, memberi pendedahan dan maklumat awal mengenai kawasan kejiranan kepada pelajar-pelajar kamsis bagi menghadapi semester akan datang sekiranya tidak layak untuk mendapat penempatan di kolej kediaman. Akhir sekali objektif yang dapat disampaikan oleh penceramah adalah memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkah laku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh. Kesimpulannya, Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Pelajar Kamsis ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. OLEH: MUHAMMAD AMIRUL AKMAL BIN MOHD ROSLAN (EXCO DISIPLIN DAN KESELAMATAN) PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN PELAJAR KAMSIS 13
18 – 19 JUN 2022 KEMUDAHAN SUKAN SEKITAR PSAS Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Karnival Sukan Antara Jabatan Politeknik Sultan Azlan Shah yang bertempat di kawasan sukan sekitar PSAS. Program ini telah berlangsung pada 18 Jun sehingga 19 Jun 2022 di sekitar kawasan sukan PSAS. Program ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar PSAS untuk mengembangkan lagi bakat dalam sukan yang dipertandingkan. Selain mewujudkan semangat kesukanan dan daya juang tinggi, Karnival Sukan SUPSAS 2022 ini bertujuan memilih peserta yang berpotensi untuk mewakili PSAS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan di peringkat PSAS. Sebanyak 10 permainan yang dipertandingkan, antaranya futsal, badminton, sepak takraw dan bola jaring di mana para pemenang setiap kategori menerima pingat. Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Arman bin Haji Ahmad Sapawi. Beliau berkata, PSAS sentiasa bersedia menganjurkan pelbagai kejohanan membabitkan pelbagai jenis sukan menarik sama ada pada peringkat PSAS atau Politeknik. Insiatif seperti ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai kejohanan sukan yang lebih kompetitif. Oleh itu, beliau berharap program seperti ini akan tetap menjadi tradisi di Politeknik Sultan Azlan Shah di samping membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar PSAS. OLEH : NURIN JASNINA BT ROHAIDI (EXCO SUKAN & REKREASI ll) KARNIVAL SUKAN ANTARA JABATAN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2022 (SUPSAS) 14
09 JULAI - 11 OGOS 2022 DISTRICT 12, HIEP THARN WARD, VIETNAM Program Yayasan Sukarelawan Siswa Green Summer Volunteer Campaign 2022 telah diadakan pada 09 Julai sehingga 11 Ogos 2022. Seramai lebih kurang 100 mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPT telah berkampung di Vietnam bagi menjalankan misi sukarelawan ini. Objektif bagi misi Sukarelawan Siswa Vietnam pada kali ini adalah menitikbertakan semangat bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat kampung setempat. Sukarelawan siswa ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terpilih. Seorang pelajar dari PSAS iaitu Fahmi bin Bazli telah terpilih dalam menjalankan misi ini dan ditempatkan di District 12, Hiep Thanh Ward, Vietnam bagi menjayakan misi sukarelawan tersebut. Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang misi ini berlangsung antaranya adalah kelas ICT, program Friendship House bersama komuniti ASEAN DAY, program kesihatan dan membaiki jalan raya yang berlubang. Mahasiswa sukarelawan yang terpilih telah menunjukkan semangat kesukarelawan dan kerjasama yang tinggi serta saling bantu membantu antara satu sama yang lain bagi menjayakan misi ini. Majlis penutupan misi Yayasan Sukarelawan Siswa, Vietnam ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa iaitu Prof Emirita Tan Sri Dato' Seri Dr Mazlan. Pada akhir program kesemua sukarelawan yang terlibat dianugerahkan sijil penghargaan dan nombor alumni sebagai simbolik menjadi sebahagian daripada alumni Sukarelawan Siswa Malaysia. OLEH : FAHMI BIN BAZLI (NAIB YANG DIPERTUA l MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) MISI GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN, YAYASAN SUKARELAWAN SISWA, VIETNAM 2022 15
16 09 - 11 OGOS 2022 PURNAMA BEACH RESORT, PULAU PANGKOR Kem Kepimpinan dan Pemerkasaan MPP PSAS yang telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bermula 9 Ogos 2022 (Selasa) sehingga 11 Ogos 2022 (Khamis) bertempat di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor. Kem ini juga turut dibantu oleh para penasihat MPP dan mantan MPP sebagai fasilitator. Kem Kepimpinan ini melibatkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah yang baru dilantik. Kem Kepimpinan dan Pemerkasaan MPP PSAS ini bertujuan untuk memupuk dari aspek kepimpinan dan kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang perlu ada dalam kalangan Majlis Perwakilan Pelajar. Seterusnya, membina jalinan kerjasama dan ukhuwah serta semangat berpasukan yang jitu dalam kalangan mereka. Aktiviti yang dilaksanakan di dalam kem ini juga membantu para MPP untuk berfikir dengan pantas dalam menghadapi segala masalah dan rintangan yang berlaku di luar jangkaan pada program atau masa yang akan datang. Ringkasannya, pengisian program kem ini dapat menanamkan ciri-ciri kepimpinan dan karisma para MPP untuk menjadi pemimpin yang unggul dan mampu bekerjasama secara berkumpulan dalam membentuk sesebuah organisasi yang mantap khususnya dalam pelaksanaan sesuatu program. OLEH : NURIN DARWISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN (SETIAUSAHA AGUNG) KEM KEPIMPINAN DAN PEMERKASAAN MPP PSAS 2022
17 MINGGU TRANSFORMASI SISWA POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI 1 : 2022/2023 20 - 21 OGOS 2022 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, PERAK PSAS - Program Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Transformasi Siswa Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi 1 : 2022/ 2023 telah berlangsung selama 2 hari iaitu 20 dan 21 Ogos 2022 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Program Minggu Transformasi Siswa ini telah melibatkan pihak pengurusan PSAS serta wakil pelajar yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar iaitu saudara Muhammad Izzat bin Saad dan dibantu saudari Hurul Aini binti Zulkefli. Dalam program ini, penglibatan seramai 70 orang pelajar PSAS yang terdiri dalam kalangan MPP, JPKK, PRSP, RAPI dan SMPP sebagai Rakan Transformasi Siswa yang berperanan sebagai jawatankuasa pelajar bagi menjayakan kelancaran program ini. Pelaksanaan pendaftaran pengajian dan jabatan pelajar baharu telah diadakan pada 15 Ogos 2022 (Isnin) secara dalam talian mengikut jabatan masing-masing iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP). Pada 20 Ogos 2022 (Sabtu), telah dilaksanakan pendaftaran kolej kediaman untuk para pelajar JKA dan JKM manakala pada 21 Ogos 2022 (Ahad) dikhususkan untuk pelajar JKE dan JP. Program MTS dan Program Bersama Jabatan telah berlangsung mengikut tentatif yang ditetapkan pada 16 hingga 18 Ogos 2022. Objektif program MTS ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar baharu melalui aktiviti orientasi bagi mengenali, memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru sebagai persediaan menempuhi sesi pengajian dan kehidupan di kampus. Secara keseluruhannya, untuk kemasukan pelajar baharu sesi 1 : 2022/ 2023 ini seramai 560 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar PSAS bagi 14 program pengajian di peringkat diploma yang ditawarkan. OLEH : HERDAWATI BINTI AHMAD (PENASIHAT MPP)
26 - 28 OGOS 2022 HOTEL IMPIANA, IPOH, PERAK. Unit Sukarelawan YES! PSAS dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) with Institution Of Higher Education (IHE) @ PSAS selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad. Seramai 50 orang peserta dari Politeknik Sultan Azlan Shah telah mendaftar dan menyertai bengkel ini. Bengkel ini bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak yang turut dihadiri oleh Pengarah Negeri Pejabat MCMC Negeri Perak, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah dan Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti. Terdapat beberapa slot taklimat yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung seperti, taklimat pengenalan program MIV, taklimat mengenai etika ICT, sesi perkongsian ilmu tentang kemahiran teknikal, pengenalan kepada inisiatif KPB serta aktiviti secara dalam kumpulan. Pihak penganjur juga mengajar dan menerapkan asas kesukarelawan kepada peserta melalui program-program yang telah dilaksanakan. Selain itu, bengkel ini juga telah memberi banyak manfaat berkaitan dengan pendedahan tentang aktiviti pengurusan ICT serta cara untuk menggunakannya ke arah yang lebih baik. Justeru, para pelajar yang menghadiri bengkel ini telah mempelajari kaedah untuk menguruskan platform ICT dengan betul. Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur mengikut tentatif yang dibuat. Pihak penganjur juga telah memberikan tugasan kepada semua pelajar PSAS yang terlibat untuk melaksanakan satu aktiviti kesukarelawan bagi mendapatkan sijil. Tempoh masa yang diberikan kepada pelajar adalah selama dua bulan bermula dari tarikh tugasan diberikan sehingga akhir Oktober 2022. OLEH : AYUNI WARDATI BINTI PABIL (EXCO KESUKARELAWAN DAN KOLABORASI) BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) WITH INSTITUTION OF HIGHER EDUCATION (IHE) @ PSAS 18
29 OGOS - 13 SEPTEMBER 2022 BELURAN, SABAH Program Yayasan Sukarelawan Siswa Kudat, Tuaran, Beluran, Sabah 2022 telah diadakan pada 29 Ogos sehingga 13 September 2022. Seramai lebih kurang 100 mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPT telah berkampung di Sabah bagi menjalankan misi sukarelawan ini. Objektif bagi misi Sukarelawan Siswa Sabah pada kali ini adalah menitikberatkan semangat bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat kampung setempat. Sukarelawan siswa ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di beberapa buah kampung yang terpilih. Salah seorang pelajar dari PSAS iaitu Mohammad Hafiz Najmi bin Mohd Syariff telah terpilih untuk ditempatkan di Kampung Kabuluh, Beluran bagi menjalankan misi sukarelawan tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang misi ini berlangsung antaranya kelas ICT, program semak kesihatan bersama komuniti, malam kebudayaan, program kesihatan dan menambak lopak air di hadapan sekolah. Sukarelawan yang terlibat telah menunjukkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dan saling membantu antara satu sama lain dalam menjayakan misi tersebut. Majlis penutup misi Yayasan Sukarelawan Siswa, Sabah pada kali ini telah disempurnakan oleh mantan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Dato' Dr Noraini binti Ahmad. Pada akhir program, kesemua sukarelawan terlibat dianugerahkan sijil penghargaan dan nombor alumni sebagai simbolik menjadi sebahagian daripada alumni Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia. OLEH : MOHAMMAD HAFIZ NAJMI BIN MOHD SYARIFF (YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) MISI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA BELURAN, SABAH 2022 19
20 MALAYSIAN COLOURFUL RUN 2022 31 OGOS 2022 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS – Program Malaysian Colurful Run dianjurkan oleh Exco Sukan Dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar buat julung kalinya sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun yang bertempat di sekitar Politeknik Sultan Azlan Shah telah berjaya menarik lebih 300 penyertaan dalam kalangan pelajar PSAS. Program ini bertujuan bagi menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam aktiviti kesukanan. Program seperti ini memberi peluang kepada pelajar PSAS untuk menyertai aktiviti riadah sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. Selain itu, dalam program Malaysian Colourful Run ini urusetia program memberikan sedikit serbuk pewarna kepada setiap peserta sebagai memenuhi konsep warnawarni. Sementara itu, program larian seperti ini merupakan satu aktiviti fizikal atau riadah yang amat popular di negara kita. Dalam masa yang sama, program ini juga dapat memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar. Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh En. Cik Nordin bin Nayan selaku penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan diiringi saudara Muhammad Izzat bin Saad selaku penasihat pelajar MPP PSAS. Sambutan yang diberikan oleh para peserta terhadap program seperti ini sememangnya memberikan suntikan semangat kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk menganjurkan program seumpama ini pada tahun-tahun yang akan datang. OLEH: NURIN JASNINA BT ROHAIDI (EXCO SUKAN & REKREASI ll)
02 SEPTEMBER 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS PSAS – Program Merdeka Got Talent ini dianjurkan oleh Exco Kebudayaan dan Warisan Majlis Perwakilan Pelajar sempena hari kemerdekaan kali yang ke-65 yang bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Beberapa kategori yang dipertandingkan seperti nyanyian merdeka, tarian merdeka, deklamasi syair dan video pendek merdeka. Gimik perasmian Program Merdeka Got Talent ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah PSAS, En. Muhammad Zubir bin Mohd Hanifah yang diiringi oleh En. Cik Nordin bin Nayan selaku penasihat MPP dan En. Arman bin Ahmad Sapawi selaku Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Program ini bertujuan melahirkan para pelajar yang seimbang dari aspek semangat patriotik. Selain itu, program ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang aktif dalam penglibatan di PSAS. Objektif program Merdeka Got Talent ini dilaksanakan untuk mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar dalam meraikan kepelbagaian kaum di PSAS yang sejajar dengan aspirasi KELUARGA MALAYSIA. Pada awal program, para pelajar disajikan dengan persembahan tarian daripada kelab tarian Warisan Seni PSAS. Seterusnya, kategori talent’s night juga dipertandingkan pada malam tersebut. Deklamasi syair yang dipersembahkan oleh saudari Nurul Wahida dan Nurliyana Nabiha telah mendapat tempat pertama di hati juri dan Tuan Pengarah, En. Muhammad Zubir bin Mohd Hanifah. Di samping itu, video pendek juga turut ditayangkan pada malam tersebut. Penyertaan untuk semua kategori yang dipertandingkan telah mendapat sambutan dalam kalangan para pelajar. Pada akhir program, penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang oleh pengarah. MPP berharap agar program seperti semangat patriotik ini dapat diteruskan lagi pada semester yang berikutnya. OLEH : SITI NATASHA BINTI SHAHARUDDIN (EXCO KEBUDAYAAN DAN WARISAN II) MERDEKA GOT TALENT 21
22 KEM BADAN KEPIMPINAN PELAJAR MRSM FELDA TROLAK 23 - 25 SEPTEMBER 2022 GELANGGANG BOLA TAMPAR, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS - Kem Badan Kepimpinan Pelajar (BKP), MRSM Felda Trolak telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari iaitu pada 23 September 2022 (Jumaat) sehingga 25 September 2023 (Ahad) bertempat di gelanggang bola tampar, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini melibatkan para pelajar dari MRSM Felda Trolak yang terdiri daripada Barisan Kepimpinan Pelajar (BKP). Seramai 10 orang dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSAS telah terlibat sebagai fasilitator sepanjang program ini berlangsung. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti Badan Kepimpinan Pelajar, MRSM Trolak dalam bidang kepimpinan. Seterusnya, mencungkil potensi kemahiran pelajar untuk memimpin serta memberi arahan kepada orang lain. Selain itu, melatih pelajar-pelajar memperkembangkan lagi bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Akhir kata, program Kem BKP MRSM Trolak ini dapat mendidik barisan kepimpinan pelajar dalam menjadi pemimpin yang berkaliber sekaligus dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Justeru, menjadi pemimpin yang unggul dan sentiasa bekerjasama bersama ahli kumpulan untuk membentuk sebuah organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang berkualiti. OLEH : NURIN DARWISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN (SETIAUSAHA AGUNG)
23 PROGRAM DERMA DARAH BIL.2 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 28 - 29 SEPTEMBER 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS PSAS – Program Derma Darah Bil. 2 Politeknik Sultan Azlan Shah telah dijalankan selama dua hari bermula 28 September 2022 (Rabu) sehingga 29 September 2022 (Khamis) yang bertempat di Dewan Muallim, PSAS. Program Derma Darah ini juga telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Hospital Slim River dan Hospital Teluk Intan. Terdapat beberapa aktiviti selain derma darah yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung, antaranya seperti cabutan bertuah. Antara impak program ini adalah ianya dapat memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Selain itu, menderma darah juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma. Secara keseluruhan, seramai 28 orang jawatankuasa dari Majlis Perwakilan Pelajar telah terlibat dan sebanyak 321 jumlah penderma telah menderma darah sepanjang dua hari program ini berlangsung. OLEH : MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD FAIZAL (EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL ll)
24 29 - 30 SEPTEMBER 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS PSAS – Hari Bertemu Pelanggan Bil.2/ 2022 Politeknik Sultan Azlan Shah Bersama Warga PSAS ini berlangsung pada 29 September 2022 sehingga 30 September 2022 bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Kaunter aduan pelanggan telah dibuka oleh MPP dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini dianjurkan oleh Exco Komunikasi Korporat, Majlis Perwakilan Pelajar PSAS bersama Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat. Turut dihadiri, Encik Muhammad Farhan Farhani bin Serif, Pegawai Perhubungan Awam PSAS bersama 3 orang pelajar AJK daripada Sahabat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) yang bertugas di kaunter aduan pelanggan. Hari Bertemu Pelanggan adalah satu pendekatan yang holistik dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra bersama pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Azlan Shah. Selain itu, Hari Bertemu Pelanggan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan cadangan dengan mengumpulkan aduan yang dibuat oleh warga PSAS di Politeknik Sultan Azlan Shah. Semua pandangan serta cadangan yang diberikan ini juga akan digunakan bagi sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan menepati kehendak semasa warga PSAS. Para pelajar dan kakitangan PSAS tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memberikan pandangan dan cadangan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di PSAS. Selain itu, bagi 20 orang terawal yang membuat aduan telah mendapat cenderahati dari pihak penganjur. OLEH : MUHAMMAD ZUL’AIMAN BIN HAIRUL NIZAM (EXCO KOMUNIKASI KORPORAT l) HARI BERTEMU PELANGGAN BIL. 2/ 2022 BERSAMA WARGA PSAS
25 12 - 15 OKTOBER 2022 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS - Program Carnival Polypreneurship anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Prime Star Event telah berlangsung dengan jayanya selama empat hari bermula 12 Oktober 2022 (Rabu) sehingga 15 Oktober 2022 (Sabtu) yang bertempat di tempat parkir motosikal Politeknik Sultan Azlan Shah. Antara aktiviti yang turut dilaksanakan sepanjang program ialah aktiviti cabutan bertuah dan basikal berlampu. Program ini juga merupakan satu program yang diadakan bagi memberi peluang dan menggalakkan pelajar aktif dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Di samping itu, program ini juga memberi peluang kepada para pelajar mempunyai minat yang cenderung ke arah keusahawanan. Selain itu, Carnival Polypreneurship ini telah membuka peluang kepada usahawan luar untuk berniaga di dalam kawasan Politeknik Sultan Azlan Shah. Secara ringkasnya, program Carnival Polypreneurship dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam bidang keusahawan sekaligus membantu usahawan tempatan meraih pendapatan melalui program ini. OLEH : NURIN DARWISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN (SETIAUSAHA AGUNG) CARNIVAL POLYPRENEURSHIP WITH PRIME STAR EVENT
26 LAWATAN PENANDAARASAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 19 OKTOBER 2022 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah mengadakan Program Lawatan Penandaarasan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Kerian (KV Kerian). Program ini dilaksanakan secara bersemuka di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Program ini disertai oleh 15 orang wakil dari MPP PSAS dan 3 orang Penasihat MPP PSAS serta 23 orang wakil dari MPP KV Kerian serta 3 orang pengiring. Majlis ini berlangsung pada jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang. Majlis ini berlangsung bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak. Program diteruskan dengan sesi pengenalan yang dimulai dari barisan MPP PSAS yang diketuai oleh Muhammad Hafiz Najmi Bin Mohd Syariff selaku YDP MPP PSAS. Setelah selesai pengenalan dari barisan MPP PSAS seterusnya dari barisan MPP KV Kerian yang diketuai oleh Muhammad Naqiyudin Bin Aziz selaku YDP MPP KV Kerian. Dalam pada itu, tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan pertukaran dan cetusan idea antara MPP PSAS dengan MPP KV Kerian bagi menambah baik mutu pelaksanaan program di IPT masing-masing. Selain itu, hal ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara MPP PSAS dan MPP KV Kerian supaya dapat membangunkan sahsiah siswa siswi IPT. Justeru itu, isu yang dibangkitkan juga telah diselesaikan. Pelbagai pendapat dan penambahbaikan yang diberikan untuk menangani isu yang berbangkit ketika majlis ini berlangsung. Salah satu isu yang telah diselesaikan adalah berkenaan cara MPP PSAS menguruskan kewangan dengan mengadakan jualan di KIOSK MPP dan kutipan bulanan sebanyak RM5. Seterusnya, program ini juga dapat memperluaskan pandangan berkaitan pengurusan di IPT masing-masing. OLEH : AYUNI WARDATI BINTI PABIL (EXCO KESUKARELAWAN DAN KOLABORASI)
10 NOVEMBER 2022 DEWAN KULIAH UTAMA, PSAS PSAS - Program Penyerahan Peranti Siswa Fasa Kedua anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 November 2022 (Khamis). Pengagihan peranti siswa telah dijalankan secara berasingan pada hari yang sama mengikut jabatan masing masing. Bagi pelajar JKA di Dewan Kuliah JKA, JKM di Dewan Kuliah JKM, JKE di Dewan Kuliah JKE dan JP di pula bertempat di Dewan Kuliah Utama. Program Penyerahan Peranti Siswa ini disempurnakan oleh En. Muhammad Zubir bin Mohd Hanifah, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah bertempat di Dewan Kuliah Utama, PSAS. Penyerahan peranti siswa ini bertujuan membantu proses pembelajaran siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital serta merapatkan jurang antara semua kelompok. Oleh itu, MPP merupakan pengantara dalam proses penyerahan peranti siswa kepada pelajar PSAS yang layak menerimanya. Seramai 651 orang pelajar daripada Politeknik Sultan Azlan Shah termasuk pelajar Latihan Industri layak menerima peranti siswa. OLEH : MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD FAIZAL (EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL ll) 27 PENYERAHAN PERANTI SISWA FASA KEDUA
28 26 - 27 NOVEMBER 2022 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS – Istiadat Konvokesyen kali ke 19 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah selama 2 hari pada 26 – 27 November 2022. Upacara Istiadat Konvokensyen ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat yang hadir pada setiap sidang yang telah ditetapkan. Majlis ini diadakan bagi meraikan graduan yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran secara teori dan praktikal di Politeknik Sultan Azlan Shah bagi peringkat Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda mengikut jabatan masing-masing. Antara jabatan yang terlibat bagi majlis ini adalah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Penangguhan Istiadat Konvokesyen kali ke 19 ini telah diisytiharkan oleh Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah iaitu Encik Muhammad Zubir bin Mohd Hanifah di akhir majlis ini berlangsung. Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke 19 ini adalah merupakan hari yang bersejarah kepada graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Kejayaan itu turut dikongsi oleh ibu bapa yang telah berkorban dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Sumbangan jasa para pendidik juga tidak harus sama sekali dilupakan kerana tidak jemu dalam berkongsi ilmu dan mendidik pelajar sehingga berjaya ke takah tertinggi dalam proses pencarian ilmu di peringkat politeknik ini. Kejayaan dalam menganjurkan Istiadat Konvokesyen kali ke 19 ini sekaligus telah membuktikan bahawa Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan salah satu institusi yang berwibawa untuk muncul sebagai sebuah institusi yang berdaya maju dan berdaya saing di Malaysia. Dalam suasana persaingan pendidikan tinggi yang rancak, Politeknik Sultan Azlan Shah berusaha melahirkan graduan yang berdisiplin dan berkemahiran tinggi samaada dalam bidang teori mahupun bidang praktikal. Ini jelas membuktikan bahawa Politeknik Sultan Azlan Shah juga merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi yang berdaya maju, dinamik dan berkemampuan lebih jauh ke hadapan sebagai lambang Institusi Pengajian Tinggi contoh di negara ini. Kepada semua graduan, syabas dan tahniah diucapkan. OLEH : HURUL AINI BINTI ZULKEFLI (NAIB YANG DIPERTUA II AKADEMIK) ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH KALI KE-19
03 JANUARI 2023 MICROSOFT TEAMS Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah mengadakan Majlis Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sandakan Sabah (PSS). Program ini dijalankan secara maya menggunakan platform Microsoft Teams. Program ini disertai barisan oleh barisan MPP PSAS, MPP PSP serta MPP PSS. Majlis ini berlangsung pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Majlis ini berlangsung bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku dan nyanyian Lagu Politeknik Malaysia. Sesi pengenalan antara barisan MPP PSAS dan tayangan video korporat yang diketuai oleh Muhammad Hafiz Najmi Bin Mohd Syariff selaku YDP MPP PSAS. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi pengenalan barisan MPP PSP yang diketuai oleh Muhammad Bin Kamardin selaku YDP MPP PSP dan tayangan video korporat dari mereka serta diikuti sesi pengenalan dari MPP PSS dan tayangan video korporat MPP PSS yang diketuai oleh Muhammad Mukmin Bin Nusril selaku YDP MPP PSS. Dalam pada itu, tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk membawa dan membincangkan isu yang tidak dapat diselesaikan di pihak pengurusan yang dihadapi oleh pelajar politeknik. Terdapat beberapa isu yang telah diketengahkan iaitu bagaimana cara mengatasi masalah kesesakan ketika program transformasi siswa di setiap politeknik dan isu mengenai penglibatan siswa siswi dalam aktiviti yang dijalankan sama ada dari pihak pengurusan ataupun MPP sendiri. Justeru itu, isu yang dibangkitkan juga telah dapat diselesaikan. Pelbagai pendapat dan penambahbaikkan yang diberikan untuk menangani isu yang berbangkit ketika majlis ini berlangsung. Antara isu yang telah diselesaikan adalah berkenaan masalah kesusahan yang berlaku ketika Minggu Transformasi Siswa adalah dengan mengawal dan mengehadkan pengumpulan kenderaan di tempat pelajar turun untuk pendaftaran. Hal ini dapat memberikan sedikit impak positif kepada pelajar dan ibu bapa yang lain. Seterusnya, majlis ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara MPP PSAS bersama MPP PSP dan MPP PSS. OLEH : AYUNI WARDATI BINTI PABIL ( EXCO KESUKARELAWAN DAN KOLABORASI) 29 PROGRAM KUNJUNG HORMAT POLITEKNIK
30 30 JANUARI - 4 FEBRUARI 2023 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PSAS – Program Minggu Transformasi Siswa Sesi ll : 2022/ 2023 ini berlangsung selama 6 hari iaitu pada 30 Januari 2023 sehingga 4 Februari 2023, bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Program Minggu Transformasi Siswa Sesi II: 2022/2023 telah melibatkan pihak pengurusan PSAS serta Rakan Transformasi Siswa (RTS) yang diketuai dari Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Muhammad Fadzrin bin Othman dan dibantu oleh Muhammad Aizat bin Faizal. Program Minggu Transformasi Siswa Sesi II : 2022/ 2023 melibatkan seramai 80 pelajar PSAS yang terdiri daripada MPP, JPKK, PRSP, RAPI dan SMPP. Semua AJK yang terlibat turut hadir ke PSAS pada 26 Januari untuk persiapan awal demi memastikan kelancaran program supaya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, pelajar baharu diberikan pendedahan dan maklumat berkenaan program pengajian yang ditawarkan, halatuju dan kerjaya serta kemudahan yang disediakan di PSAS. Di samping itu, pelajar juga didedahkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pada bahagian malam pula pelajar baharu diberikan pendedahan berkaitan kem yang membawa modul komunikasi, ikatan dan kepimpinan yang diwakili seramai 20 fasilitator yang terdiri daripada Rakan Transformasi Siswa (RTS) yang dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan sepanjang persiapan program Minggu Transformasi Siswa Sesi II : 2022/ 2023. Jelaslah bahawa komitmen daripada semua pihak dapat melancarkan program ini. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan PSAS serta wakil pelajar dalam menjayakan Program Minggu Transformasi Siswa Sesi II: 2022/ 2023. Program tersebut memberikan impak yang positif kepada wakil pelajar dari segi menjayakan sesuatu program. OLEH : MUHAMMAD FADZRIN BIN OTHMAN (BENDAHARI KEHORMAT) MINGGU TRANSFORMASI SISWA POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI II : 2022/2023
JAWATANKUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN (JPKK) 32 Carta Organisasi 33 Stand Up With Warden 34 Ramadhan Mubarak
STAND UP WITH WARDEN 22 MAC 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Stand Up With Warden ini berlangsung pada 22 Mac 2022 yang bertempat di Dewan Mualim, Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK). Program ini diiringi oleh Encik Norhasmawi Bin Hassan (Ketua Warden), Puan Normala Binti Abdulllah (Penasihat JPKK) dan Felo-Felo Kolej Kediaman PSAS. Program ini bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke Politeknik Sultan Azlan Shah. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi penerangan tentang pengurusan asrama yang lebih teliti. Selain itu, untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dan felofelo kolej kediaman serta menyemai sikap perpaduan sesama pelajar. Disamping itu, bagi melahirkan siswasiswi penghuni kolej kediaman yang sentiasa berinovasi dan sedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan serta berdisiplin. Peserta yang terlibat ialah semua penghuni kamsis PSAS seramai 600 orang pelajar. Seterusnya, daripada program ini juga, pelajar kamsis telah diberikan banyak penerangan tentang info keselamatan dan cara penggunaan sistem IKK. Justeru, kami AJK JPKK telah diberikan Sijil Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) daripada Ketua Warden dan Penasihat JPKK. Di akhir Program Stand Up With Warden ini, diakhiri dengan aktiviti swafoto antara ahli JPKK dan juga dengan para pelajar kamsis. OLEH : CHEN SAHLINI (BIRO 4K) 33
16 - 17 APRIL 2022 KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program Ramadhan Mubarak ini merupakan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) PSAS bersama-sama dengan kelab yang lain iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Rakan Pusat Islam (RAPI) dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP). Program ini dijalankan pada 16 dan 17 April 2022 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad di gelanggang bola keranjang, Kolej Kediaman PSAS. Program Ramadhan Mubarak ini dianjurkan bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana kamsis di bulan Ramadhan. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim di antara penghuni kamsis serta mengasah bakat mereka di dalam acara yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan. Banyak aktiviti yang dianjurkan antaranya jualan gerai antara setiap organisasi. Objektif program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara penghuni kamsis. Selain itu, memupuk semangat Ihya’ Ramadhan dalam diri penghuni kamsis. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat memeriahkan suasana puasa di kamsis. Peserta yang terlibat ialah seluruh penghuni kamsis PSAS iaitu seramai 644 orang pelajar. Di akhir program tersebut, terdapat sesi mengambil gambar bersama semua ahli kelab yang terlibat iaitu MPP, JPKK, RAPI dan PRSP serta aktiviti mengemas tapak jualan. OLEH : SHARMEEN NABILA BINTI SALMI (BIRO KEUSAHAWANAN) RAMADHAN MUBARAK 34
36-37 Carta Organisasi 38 Bengkel Kepimpinan Mainboard PRSP 39 Program Psiko-Sosial 3.0 40 Youth Leadership Programme 3.0 41 Hari Mesra Ohana Day 42 Youth Leadership Programme 4.0 43 Program Intervensi Kaunseling #funwithpsychology 44 Hari Mesra PRSP Academia PEMBIMBING RAKAN SISWA POLYCC (PRSP)
BENGKEL KEPIMPINAN MAINBOARD PRSP 18 - 20 MAC 2022 KALUMPANG RESORT, SELANGOR Bengkel ini adalah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dan disertai oleh Barisan BEXEC Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Sesi 2 2021/2022 bagi merancang hala tuju PRSP bagi tahun 2022. Dalam masa yang sama untuk memberi latihan berkaitan pengurusan program dan melaksanakan gerak kerja program sepanjang tahun 2022. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan silibus atau aktiviti program yang boleh membangunkan kelab PRSP. Dalam pada itu, bengkel kepimpinan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli majlis utama kelab PRSP dalam bersama-sama membantu menaikkan nama kelab PRSP dan membina institusi kekeluargaan yang kukuh dan erat dalam organisasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini diadakan di Kalumpang Resort, Hulu Selangor. Antara pengisian bengkel ini adalah perbincangan hala tuju Kelab PRSP 2022, pembentangan skop tugas setiap exco dan aktiviti serta modul Program Youth Leadership. Di samping itu juga, elemen semangat kerja berpasukan serta kesediaan psikologi mental juga turut di laksanakan. Beberapa aktiviti dilaksanakan antaranya, team buiding, sesi muhasabah diri dan lain-lain. Aktiviti sebegini mampu membina daya fikiran yang cerdas dan cergas sebagai persediaan memacu organisasi Kelab PRSP bagi tahun 2022. OLEH: MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD (PLANNER EXECUTIVE PRSP) 38