The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vicneasm, 2023-07-30 21:02:12

Buletin MPP PSAS Edisi 7

Buletin MPP PSAS Edisi 7

PROGRAM PSIKO-SOSIAL 3.0 15, 22, 26, 27, 29 MAC & 2 - 3 APRIL 2022 KAFETERIA KAMSIS DAN KELAS Program ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi. Ia dikendalikan oleh kaunselor pelatih UPPsi dan dibantu oleh ahli kelab pembimbing rakan siswa politeknik. Ahli PRSP yang terlibat bertindak sebagai CoFasilitator. Penglibatan PRSP ini merupakan sesi latihan dan tugasan kepada mereka agar dapat merasai bimbingan kelompok yang dijalankan. Program Kelompok yang dianjurkan ini mensasarkan pelajar semester 1 yang baru berada di kampus. Tujuan program ini adalah untuk membantu mereka beradaptasi dengan suasana dan persekitaran di Politeknik Sultan Azlan Shah seterusnya dalam mendalami keadaan emosi mereka. Selain itu, program ini bertujuan untuk meneroka keadaan emosi serta tahap kesediaan pelajar semester 1 dalam menjalani pembelajaran di kampus. Dalam pada itu, program ini boleh memberikan semangat serta motivasi agar pelajar celik akal dan membentuk aura positif dalam diri para pelajar. Peranan PRSP dalam kelompok tersebut adalah sebagai pembantu kepada ketua fasilitator bagi mewujudkan suasana teraputik dalam kalangan ahli kelompok. Mereka juga membantu mengendalikan beberapa aktiviti sebelum sesi psiko-sosial dimulakan seperti pengurusan program, senamrobik dan energizer. Kesimpulannya, ahli PRSP berjaya memanfaatkan platform ini untuk menambah ilmu, mendekati pelajar dan mendapatkan pengalaman baru ketika program psiko-sosial sedang berlangsung. OLEH: MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD (PLANNER EXECUTIVE PRSP) 39


YOUTH LEADERSHIP PROGRAMME 3.0 1 - 2 APRIL 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Youth Leadership 3.0 ini adalah program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dan dikendalikan oleh Barisan Exco Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi 2 2021/ 2022. Program ini bertujuan untuk melahirkan peserta yang berpotensi dan berbakat untuk memimpin dan menjadi ahli Pembimbing Rakan Siswa PSAS. Program ini juga menerapkan elemen disiplin, tanggungjawab dan kerjasama antara satu sama lain. Objektif utama program ini adalah membina keyakinan diri para peserta. Selain itu, peserta juga dilatih untuk berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah. Program ini telah berlangsung di Dewan Muallim. Program dimulakan dengan pencarian dan pemilihan peserta Youth Leadership pada seminggu awal dan peserta yang terpilih adalah layak untuk mengikuti program kepimpinan ini. Proses pemilihan sehingga akhir program ini disusun dan dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator iaitu Exco Kelab Pembimbing Rakan Siswa dengan pantauan dan persetujuan penasihat. Program ini dirasmikan oleh Penasihat Utama juga Ketua Unit Pengurusan Psikologi iaitu Puan Shahiran Binti Ibrahim dan turut hadir bersama Penasihat II Kelab PRS, Puan Nor Hidayah Binti Ab Wahab. OLEH: MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD (PLANNER EXECUTIVE PRSP) 40


04 JUN 2022 DEWAN KULIAH UTAMA, PSAS Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pelajar dan dikendalikan oleh peserta Youth Leadership 3.0 sebagai ahli jawatankuasa program. Fokus utama program ini adalah latihan pengurusan majlis dan program kepada ahli batch YL 3.0. Pengalaman ini mencabar fizikal, intelektual dan emosi mereka dalam memastikan program yang dijalankan berjalan lancar. Ia juga menerapkan nilai disiplin, tanggungjawab, komunikasi serta kerjasama antara satu sama lain. Pengisian program yang dilaksanakan adalah berkonsepkan “Hari Mesra” yang mana bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli-ahli serta dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan Pembimbing Rakan Siswa di PSAS. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengarah program yang merupakan penghulu bagi batch YL 3.0 dan kemudian dirasmikan oleh penasihat kelab PRSP iaitu Puan Shahiran Binti Ibrahim. Kemudian majlis diteruskan dengan aktiviti persembahan dan permainan yang diuruskan oleh jawatankuasa dari batch YL 3.0. Kejayaan program ini menggambarkan kemampuan jawatankuasa dari batch YL 3.0 mampu menguruskan program dan mempunyai bakat kemampuan tersendiri. OLEH: MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD (PLANNER EXECUTIVE PRSP) HARI MESRA OHANA DAY 41


YOUTH LEADERSHIP PROGRAMME 4.0 14 - 15 OKTOBER 2022 DEWAN MUALLIM, PSAS Program Youth Leadership 4.0 ini adalah program yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dan dikendalikan oleh Barisan Exco Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi 1 2022/ 2023. Program ini bertujuan untuk melahirkan peserta yang berpotensi dan berbakat untuk memimpin dan menjadi ahli Pembimbing Rakan Siswa PSAS. Fokus program ini adalah untuk memberi latihan kepada peserta agar menjadi Pembimbing Rakan Siswa yang berbakat, berketrampilan dan berpengetahuan. Program ini juga dapat membantu melahirkan pembimbing yang berpotensi serta berilmu dalam membimbing rakan siswa. Selain dari itu, antara objektif lain adalah peserta dapat mengenali diri sendiri dan rakan lain agar dapat mewujudkan suasana komunikasi yang harmoni sesama ahli PRSP. Penggerak utama program ini adalah barisan Exco BEXEC PRSP sesi 1 2022/ 2023. Seramai 19 orang fasilitator telah menguruskan program ini bermula dengan promosi, pemilihan, pembangunan modul dan mengendalikan program YL 4.0. Seramai 40 orang terpilih bagi menyertai program yang telah dianjurkan ini. Setiap program YL, ianya mempunyai kelainan tersendiri terutama dari segi objektif yang ingin disasarkan pada kumpulan peserta tersebut. Program ini dirasmikan oleh penasihat Kelab PRSP iaitu Puan Shahiran Binti Ibrahim dan Puan Nor Hidayah Binti Ab Wahab. OLEH: MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD (PLANNER EXECUTIVE PRSP) 42


19 OKTOBER 2022 KANTIN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Program Intervensi Kaunseling telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) kerjasama dengan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik PSAS. Program ini telah diadakan bagi menyambut Bulan Kaunseling Kebangsaan (BKK) 2022 yang disambung sepanjang bulan Oktober bagi meningkatkan kesedaran kepada warga PSAS mengenai perkhidmatan kaunseling profesional yang merupakan sistem sokongan penting dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga PSAS tentang kelebihan mengambil ujian psikologi terhadap diri dan mengenalpasti tentang warga PSAS yang memerlukan perkhidmatan psikologi kaunseling berdasarkan dapatan ujian yang telah dibuat semasa program. Program ini dimulakan dengan perasmian pelancaran bulan psikologi yang telah dirasmikan oleh Puan Shahiran Binti Ibrahim iaitu penasihat PRS PSAS dan diiringi dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti ujian psikologi ringkas, ujian minda dan permainan interaktif. Setiap peserta yang mengikuti salah satu dari aktiviti yang diadakan akan mendapat button badge UPPsi. Di akhir program tersebut telah diadakan sesi bergambar bersama kaunselor pelatih UPPsi dan ahli aktif Pembimbing Rakan Siswa PSAS. OLEH : NURUL IZZATY NAJWA BINTI MOHD ZAILANI (INTERACTIVE MEDIA EXECUTIVE I) PROGRAM INTERVENSI KAUNSELING #funwithpsychology 43


HARI MESRA PRSP ACADEMIA 03 DISEMBER 2022 KANTIN PSAS Program ini telah oleh kelab Pembimbing Rakan Siswa pelajar, dan dikendalikan oleh peserta Youth Leadership 4.0 sebagai ahli jawatankuasa program. Fokus utama program ini adalah latihan pengurusan majlis dan program kepada ahli batch YL 4.0. Pengalaman ini mencabar fizikal, intelektual dan emosi mereka dalam memastikan program yang dijalankan berjalan lancar. Ia juga menerapkan nilai disiplin, tanggungjawab, komunikasi serta kerjasama antara satu sama lain. Program yang bertemakan “Academia” ini berkonsepkan Hari Mesra dan Hari Apresiasi kepada ahli kelab PRSP di PSAS. Selain program ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, ia juga dijadikan platform bagi menyampaikan penghargaan kepada ahli semester akhir, ahli aktif, barisan BEXEC serta anugerah-anugerah lain yang diwujudkan dengan tujuan menghargai jasa ahli sepanjang berada dalam keluarga PRS PSAS. Program ini walaupun ianya sederhana, namun sangat bermakna kepada penganjur serta ahli keluarga PRSP yang hadir. OLEH: MOHAMAD AMIRUL BIN AHMAD (PLANER ECECUTIVE PRSP) 44


46 Carta Organisasi 47 Santuni Kasih Bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS PSAS 48 Ceramah Motivasi dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Semester 49 Jualan Sempena Kuliah Maghrib RAKAN PUSAT ISLAM (RAPI)


CARTA ORGANISASI RAKAN PUSAT ISLAM PSAS SESI 2022/2023


47 SANTUNAN KASIH BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PSAS 15 OKTOBER 2022 PUSAT ISLAM, PSAS Bertempat di Pusat Islam, Politeknik Sultan Azlan Shah pada 15 Oktober 2022 telah berlangsungnya Santunan Kasih bersama kanak- kanak Tabika Kemas PSAS yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Khidmat Sosial, Rakan Pusat Islam (RAPI). Program ini terdiri daripada 30 orang Ahli Jawatankuasa RAPI dan 32 orang peserta dalam kalangan kanak kanak Tabika Kemas PSAS. Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah berganding bahu dan bekerjasama dalam menjayakan program ini untuk mencapai objektif. AJK yang terlibat telah diterangkan dengan skop tugas yang perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran program ini. Peserta yang terlibat dibahagikan dengan beberapa pecahan kumpulan mengikut bilangan yang sama banyak. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti mewarna bersama-sama ahli kumpulan dan pihak AJK menceritakan sedikit sebanyak kisah Rasul. Program ini bertujuan menerapkan sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak seperti yang telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang tanpa sempadan oleh pelbagai pihak. Kanak-kanak ini merupakan modal insan penting kepada negara. Selain itu, mereka akan rasa dihargai dan masalah yang dihadapi olehnya sekurang-kurangnya dapat diselesaikan. Justeru, objektif bagi program ini adalah menerapkan sikap bekerjasama dalam kumpulan antara kanak-kanak dari kecil lagi supaya mempunyai sikap kepimpinan apabila dewasa kelak. Tanggungjawab ini bukan sahaja terpikul di bahu ibu bapa dan keluarga terdekat sebaliknya kesedaran komuniti serta masyarakat juga. Program seperti ini dapat melahirkan nilai tanggungjawab dan kempimpinan tinggi apabila mereka mencapai umur yang lebih matang. OLEH : SITI NORFARHANI AYUNA BINTI SURYADI (LAJNAH KEBAJIKAN & KHIDMAT SOSIAL)


48 CERAMAH MOTIVASI DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 01 DISEMBER 2022 PUSAT ISLAM, PSAS Pusat Islam - Program Ceramah Motivasi dan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir Semester merupakan program tahunan Rakan Pusat Islam (RAPI) dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam (JKPI), Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah, Rakan Pusat Islam yang bertempat di Pusat Islam, PSAS. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hasbi. Tujuan utama program ini diadakan adalah salah satu usaha pihak RAPI dan JKPI dalam samasama membantu para pelajar sebelum menduduki peperiksaan pada bulan Disember. Justeru, objektif bagi program ini melahirkan rasa keinsafan sebagai hamba Allah yang lemah, lantas berusaha untuk mendekatkan diri dan memohon ke hadrat Allah SWT agar memperkenankan hajat setelah berusaha. Seterusnya, mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini amat bertepatan sekali dengan konsep tawakal yang disarankan oleh ajaran Islam seperti mana Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 159, maksudnya: “Maka apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah” Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita konsep tawakkal (menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT). OLEH : NOR SHAZRINA BINTI SHAMSUHIR (LAJNAH TARBIYYAH)


49 JUALAN SEMPENA KULIAH MAGHRIB SETIAP ISNIN DAN KHAMIS PUSAT ISLAM, PSAS Program Jualan Sempena Kuliah Maghrib ini dianjurkan oleh Lajnah Ekonomi, RAPI selepas tamat Kuliah Maghrib yang bertempat luar Pusat Islam. Diadakan dua hari dalam seminggu pada Isnin dan Khamis setiap minggu, ia bermatlamat dan usaha untuk menarik para pelajar untuk menghadiri Kuliah Maghrib dan solat berjemaah serta menjadikan Pusat Islam sebagai rumah kedua mereka. Objektif jualan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi RAPI selain daripada melatih diri Ahli RAPI dalam urusan jual beli mengikut panduan Islam. Kuantiti makanan dan harga yang ditawarkan adalah cukup dan berpatutan. Dalam pada itu, makanan yang dijual adalah roti sosej yang berharga RM1.00 segulung. Makanan yang disediakan seperti ini adalah bersesuaian dengan cita rasa pelajar dengan mengutamakan kepuasan kepada mereka secara berterusan. Difahamkan, aktiviti penjualan melibatkan seramai 18 orang Ahli Jawatankuasa RAPI. Berkenaan dengan aktiviti jualan ini, ia dapat merapatkan ukhuwah antara Ahli RAPI untuk bekerjasama dalam melakukan program berkala seperti ini. OLEH: AZRANURDARIN AFANIN BINTI AZIRULAZMAK (LAJNAH EKONOMI)


POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, 35950 Behrang, Perak Darul Ridzuan Tel: 05-454431 | Faks: 05-4544993 Email: [email protected] https://www.psas.edu.my mp p p s a s 1 5 @ gma i l . c om p s a s o f f i c i a l @mp p p s a s


Click to View FlipBook Version