KUNCI ILMU
Setiap muslim wajib mencintai Nabi Muhammad SAW . Antara tanda
cinta kepada baginda SAW termasuklah:
1. Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan
menjauhi larangan baginda.
2. Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW.
3. Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi
Muhammad SAW dengan berselawat ke atas baginda.
4. Mencintai ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan
baginda) dan para sahabat (orang beriman yang sempat bertemu
Nabi Muhammad SAW.
63 KEWAFATAN RASULULLAH SAW
TAHUN
Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada
waktu Dhuha hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah, di rumah Saidatina
Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui
penciptanya. Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah
SWT ini menggemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi Muhammad
SAW yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah RA.
IKTIBAR
1. Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin
manusia ke jalan yang benar.
2. Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan
demi ketinggian agama Islam.
3. Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang
menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini.
4. Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad
SAW yang tidak ada tolok banding.
100
SIRAH 2
PELAJARAN 25 : ERA MASYARAKAT
JAHILIAH
MAKSUD JAHILIAH
َُ َج َلJahiliah berasal daripada perkataan Arab ‘ ‘ yang bermaksud tidak
tahu, bodoh atau jahil. Perkataan jahilah ini digunakan dalam al-Quran
melalui firman Allah SWT:
َوقَ ْر َن كِف بُيُوتككُ َّن َو ََل تَ َِ َّب ْج َن تَ َِ ُّب َج الْ َجا كهلكيَّ كة ا ْلُو ََ ٰل
Terjemahan:
Dan hendaklah kamu tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah pada
zaman dahulu..
(Surah al-Ahzab ayat 33)
Kejahilan masyarakat Arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak
berilmu. Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah.
Namun begitu, mereka jahil akidah dan akhlak.
JAHIL AKIDAH JAHIL AKHLAK
Mereka menganut ajaran nabi Ibrahim Mereka banyak melakukan perilaku
dan nabi Ismail AS tetapi mencampur buruk seperti suka menindas
adukkannya dengan penyembahan perempuan dan hamba, berjudi serta
berhala, amalan sihir dan khurafat. minum arak.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD
SAW
DARI SEGI AKIDAH
Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW menganut
banyak agama dan ajaran, antaranya:
1. AGAMA YAHUDI
Agama Yahudi ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran
Nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya. Mereka banyak
memfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW. Mereka
datang dari Palestine ke negara Arab.
101
2. AGAMA NASRANI
Agama Nasrani ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran
Nabi Isa AS mengikut keinginan penganutnya. Mereka mempercayai
Nabi Isa AS sebagai anak Tuhan. Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
Abrahah, raja Nasrani membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk
menyaingi populariti kaabah di Mekah, namun gagal dengan pertolongan
Allah SWT. Kisah ini telah dipaparkan dalam surah Al-Fil.
3. KEPERCAYAAN MAJUSI
Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh
penganut Majusi di Parsi telah padam. Api tersebut tidak pernah padam
selama 1000 tahun sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
4. KEPERCAYAAN ANIMISME
Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan
semangat. Oleh itu, penganut kepercayaan ini menyembah alam seperti
matahari, bintang dan pokok.
5. AGAMA HANIF
Pada mulanya, majoriti masyarakat Arab beragama dengan agama Hanif.
Agama Hanif ialah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
AS. Agama ini agama samawi, sama seperti agama Islam. Buktinya
dapat dilihat pada ciri-ciri kepercayaan agama Hanif yang sama dengan
Islam, seperti:
I. Percaya kepada Allah, Tuhan yang satu.
II. Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati.
III.Percaya kepada dosa pahala.
Ajaran agama Hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam
seperti ibadat korban, ibadat haji dan umrah.
6. AGAMA PENYEMBAH BERHALA
Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru bin Amir bin Luhai, pemimpin
Khuzaah. Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam, lalu
membawa berhala bernama Hubal ke Mekah dan meletakannya di dalam
kaabah. Kemudian, dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah supaya
menyembah berhala tersebut. Agama ini dicampur adukkan dengan
agama Hanif sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan Allah
SWT.
102
Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang
Arab ketika musim haji. Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi
Muhammad SAW, ada sebanyak 360 berhala di sekitar kaabah.
Kesemuanya dimusnahkan oleh baginda dan para sahabat.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD
SAW
DARI SEGI AKHLAK
Masyarakat Arab jahiliah terkenal dengan perilaku buruk. Namun,
mereka juga mempunyai perilaku yang baik. Perilaku baik tersebut
diiktiraf sebagai akhlak mahmudah dalam Islam. Yang berikut merupakan
akhlak buruk dan akhlak baik yang diamalkan oleh masyarakat Arab
jahiliah.
AKHLAK BURUK AKHLAK BAIK
Berjudi dan minum arak Menepati janji
Penzinaan dan pelacuran Berani, kuat dan pantang menyerah
berleluasa kalah.
Mengamalkan bigami (amalan Tidak mengahwini mereka yang ada
beristeri atau bersuami dua) pertalian darah
Pewarisan harta hanya pada lelaki Menjaga kebersihan mulut dan kuku
Membunuh anak perempuan Menghormati tetamu
Mengamalkan tenung nasib Taat kepada pemimpin
Berperang kerana perkara yang Menghormati bulan haram
kecil
PERUTUSAN RASULULLAH SAW KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH
Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliah kerana beberapa
sebab, iaitu:
1. Masyarakat jahiliah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi,
berzina, minum arak serta merendahkan martabat wanita. Selain itu,
mereka juga suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan. Rasulullah
SAW datang membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan yang
benar. Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.
Masyarakat Arab jahiliah lebih mudah dilentur kerana mereka buta huruf.
Hal ini secara tidak langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad
SAW kerana baginda tidak pernah membaca atau mempelajari kitab
agama samawi dan ajaran agama purba.
103
2. Semenanjung Arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada
waktu itu, iaitu Rom, Parsi, Greek dan India. Kedudukan yang strategik
ini menjadikan Islam mudah tersebar ke seluruh tamadun dunia dan
pelbagai bangsa ketika itu.
KUNCI ILMU
Sebab lain Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat Arab ialah:
Adanya kaabah yang dikunjungi untuk tujuan ibadat.
Keistimewaan bahasa dan budaya Arab.
KUNCI ILMU
Tamadun Islam berkembang kerana:
Iman yang tinggi.
Budaya amal soleh.
Ketinggian ilmu dan hikmah.
Perubahan (islah) yang sesuai dengan zaman.
Jihad mempertahankan ketamadunan daripada serangan musuh.
SIRAH 3
PELAJARAN 26 : KEUNGGULAN PERJUANGAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN
RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Khulafa’ ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang
sahabat Rasulullah SAW yang memegang jawatan pemerintah kerajaan
Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW. Mereka ialah:
1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA (632 - 634M / 11 - 13H)
2. Khalifah Umar bin Al-Khattab RA (634 - 644M / 13 - 23H)
3. Khalifah Usman bin Affan RA (644 - 656M / 23 - 35H)
4. Khalifah Ali bin Abu Talib RA (656 - 661M / 35 - 40H)
104
Khulafa’ Ar-Rasyidin merupakan golongan yang terpilih untuk
menyambung gagasan dan kepimpinan Rasulullah SAW. Antara
keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping dengan
Rasulullah SAW sewaktu hidup baginda selain mempunyai hubungan
kerabat dengan baginda. Corak pemerintahan mereka berlandaskan al-
Quran dan as-sunnah serta menitikberatkan konsep ‘syura’ yang diwarisi
daripada Rasulullah SAW. Pemerintahan mereka yang berpusat di
Madinah mengambil masa selama lebih kurang 29 tahun.
BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN
ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA (KHALIFAH PERTAMA)
Nama penuh Abdullah bin Usman bin Amir bin Amru bin Kaab bin Said bin
Tempat dilahirkan Taim bin Murrah bin Kaab
Tahun lahir Di Mekah
Keturunan Tahun 572 masihi, dua tahun selepas kelahiran Rasulullah
Nama ibu SAW.
Gelaran Bani Taim, Quraisy
Ummul Khair Salma binti Sakhar
Meninggal dunia ‘Atiq (bebas daripada api neraka) dan
As-Siddiq (orang yang paling benar dalam kata-katanya)
Pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun. Beliau
dimakamkan di sisi Rasulullah SAW.
UMAR BIN AL-KHATTAB RA (KHALIFAH KEDUA)
Nama penuh Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Tempat dilahirkan Di Mekah
Tahun lahir Tahun 584 masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah
Keturunan SAW
Nama ibu Bani Adi, Quraisy
Gelaran Hantamah binti Hasyim
‘Al-Faruq’ (pemisah antara hak dengan batil)
Meninggal dunia Pada tahun 23 hijrah ketika berusia 63 tahun akibat ditikam
oleh Abu Lukluah Fairuz Al-Farisi (hamba kepada Al-
Mughirah bin Syukbah). Beliau dimakamkan di sisi Saidina
Abu Bakar RA.
105
USMAN BIN AFFAN RA (KHALIFAH KETIGA)
Nama penuh Usman bin Affan bin Abu Al-’As in Umaiyyah bin Abdu Syam
bin Abdu Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Kaab
Tempat dilahirkan
Tahun lahir Di Mekah
Keturunan
Nama ibu 576 masihi
Gelaran
Bani Umaiyyah, Quraisy
Meninggal dunia
Arwa binti Kuraiz
‘Zu an-Nur Ain’ (yang memiliki dua cahaya kerana beliau
berkahwin dengan dua puteri Rasulullah SAW, iaitu
Ruqaiyyah dan Ummu Kulsum)
Pada tahun 35 hijrah pada usia 80 tahun kerana dibunuh
oleh pemberontak dan dimakamkan di perkuburan al-Baqi’.
ALI BIN ABU TALIB RA (KHALIFAH KEEMPAT)
Nama penuh Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu
Manaf.
Tempat dilahirkan
Tahun lahir Di Mekah
Keturunan
Nama ibu 599 masihi
Gelaran
Waktu kecil Bani Hasyim, Quraisy
Fatimah binti As ‘ad
Perkahwinan ‘Abu Turab’ (bapa si tanah)
Wafat Beliau diambil sebagai anak angkat oleh nabi SAW.
Berkahwin dengan Fatimah Az-Zahra’ puteri Rasulullah
SAW.
Syahid kerana ditikam oleh Abdul Rahman bin Muljam pada
malam 17 Ramadan tahun 40 hijrah.
SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Setiap khalifah mempunyai ciri dan sifat-sifat yang penuh kemuliaan.
Keperibadian mereka hampir sama antara satu dengan yang lain, namun
tidak terbanding oleh manusia biasa. Keempat-empat khalifah telah
dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW.
106
1. ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA (KHALIFAH PERTAMA)
Seorang sahabat yang sangat pemurah. Contohnya, beliau membeli
dan memerdekakan setiap hamba yang disiksa seperti Bilal bin Rabah
dan Amar bin Yasir. Sifat beliau yang pemurah ini telah mendapat
pujian Rasulullah SAW dengan sabda baginda: ”Saya tidak tahu,
adakah masih ada orang yang melebihi Abu Bakar dari segi
kemurahan hati”.
Seorang yang berani. Keberanian beliau dapat dilihat ketika beliau
selalu membela Rasulullah SAW yang cuba dibunuh oleh kaum
baginda semasa di Mekah.
Seorang hartawan yang dermawan dan banyak membelanjakan
hartanya ke jalan Allah.
Seorang yang cinta akan kebenaran serta mempunyai semangat
setiakawan yang tinggi.
Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis terutama ketika
membaca al-Quran.
2. UMAR BIN AL-KHATTAB RA (KHALIFAH KEDUA)
Seorang yang berperwatakan keras, suka beradu kekuatan dan
sangat cekap menunggang kuda.
Seorang sahabat yang sangat berani. Contohnya beliau berhijrah
pada waktu siang dan secara terang-terangan.
Memiliki kecerdasan yang luar biasa, sehingga banyak pendapat
beliau yang bertepatan dengan firman Allah SWT.
Seorang yang berpengetahuan tinggi serta cukup agamanya.
3. USMAN BIN AFFAN RA (KHALIFAH KETIGA)
Terkenal sebagai seorang yang sangat pemalu dan lemah lembut
sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat:
”Tidakkah engkau malu kepada lelaki yang malaikat sendiri malu
kepadanya?”
Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah. Buktinya beliau
banyak menderma untuk perang Tabuk, membeli perigi Raumah
untuk kegunaan umat Islam, menderma 1000 ekor unta dengan
muatan kepada umat Islam yang susah.
Suka membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan
khususnya kepada kaum keluarga dan sanak saudara terdekat.
107
4. ALI BIN ABU TALIB RA (KHALIFAH KEEMPAT)
Merupakan panglima perang yang berani dan gagah perkasa.
Contohnya dalam perang Khandak beliau telah berlawan satu lawan
satu dengan pahlawan Quraisy yang lebih berpengalaman iaitu Amru
bin Wid Al- ‘Amiri dan berjaya menewaskannya.
Pandai berpidato, handal bermain pedang, memanah dan
menunggang kuda.
Pandai menulis dan membaca sehingga beliau dilantik menjadi salah
seorang penulis wahyu.
Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, al-Quran, hukum-hukum
syarak, bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan sehingga mampu
menghafaz seluruh al-Quran.
SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
1. Sumbangan Khalifah Abu Bakar AS-Siddiq RA
Politik Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW menghantar pasukan
Agama Usamah bin Zaid ke sempadan negeri Syam untuk memerangi
kerajaan Rom Timur (Byzantine)
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan
yang murtad dan nabi palsu. Khalifah Abu Bakar RA telah
membentuk 11 pasukan angkatan perang untuk menghadapi
kaum murtad yang memberontak di serata pelusuk tanah Arab.
Setelah tamat perang Yamamah, banyak tentera Islam mati
syahid termasuklah para penghafaz al-Quran. Atas nasihat
Saidina Umar bin Al-Khattab RA, Khalifah Abu Bakar RA telah
mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengetuai usaha
menghimpunkan al-Quran yang tertulis pada batu, kulit haiwan,
daun dan hafazan para hafiz. Salinan ayat al-Quran yang
dihimpunkan itu kemudian disimpan oleh Khalifah Abu Bakar,
Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Usman bin Affan dan
Hafsah (isteri Nabi Muhammad SAW).
2. Sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab RA
Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab dianggap
sebagai zaman keemasan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin kerana banyak
pembaharuan dan perubahan telah dilakukan. Zaman pemerintahan
beliau juga merupakan zaman peluasan wilayah Islam.
108
Menubuhkan Majlis Syura.
Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah dan
Politik ditadbir oleh gabenor.
Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan
percukaian dan jabatan perbendaharaan negara.
Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan
Sosial keutamaan dan perjuangan mereka.
Mengasaskan takwim Islam.
Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah.
Menubuhkan Baitul Mal.
Ekonomi Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti jizyah dan kharaj.
Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian.
Mengemaskini anggota tentera.
Ketenteraan Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang.
3. Sumbangan Khalifah Usman bin Affan RA
Khalifah Usman bin Affan RA telah menggariskan beberapa polisi baharu
pemerintahan beliau. Beberapa perubahan yang dilakukan melibatkan
kebajikan rakyat, poltik, ekonomi, ketenteraan dan pembaharuan dari
sudut agama.
Sosial Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi
peluang pekerjaan.
Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran.
politik Mengukuhkan peranan Baitul Mal untuk membiayai
pembangunan negara.
Ketenteraan Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan
tentera laut bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan.
Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-
Quran yang dikenali sebagai ‘Mushaf Usmani’.
Agama Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan mengambil
zakat berdasarkan nilai mata wang.
Membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi.
109
4. Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib RA
Sebaik menjadi khalifah, Saidina Ali bin Abu Talib RA telah berhadapan
dengan krisis dalaman negara sehingga menjejaskan tumpuan kepada
pembangunan negara. Namun, beliau telah melakukan beberapa
tindakan:
Sosial Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
Ketenteraan Membina markaz tentera di Parsi dan sempadan Syria.
Ekonomi Meneruskan kutipan jizyah.
Keempat-empat khalifah ini telah menunjukkan corak kepimpinan yang
bertanggungjawab. Mereka berjuang untuk kemaslahatan dan
kesejahteraan hidup rakyat jelata.
PENGAJARAN
1. Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat
mulia para sahabat agar diredai Allah SWT.
2. Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan
menghapuskan kebatilan yang menyesatkan.
3. Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa untuk
kepentingan agama.
4. Kita perlulah mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam
yang banyak berjasa.
110
AKHLAK 1
PELAJARAN 27: AKHLAK TERPUJI HIASAN
DIRI
AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH
ُخلُ ٌق Dari segi bahasa : Perkataan akhlak berasal daripada perkataan
yang bermaksud budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat.
Dari segi istilah, akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang
mendorong lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa
pertimbangan dan pemikiran yang mendalam.
Akhlak terbahagi kepada dua bahagian, iaitu akhlak mahmudah dan
akhlak mazmumah.
Akhlak Mahmudah Akhlak Mazmumah
Sifat dan tingkah laku terpuji yang Sifat dan tingkah laku keji yang
Maksud terdapat pada diri seseorang terdapat pada diri seseorang yang
yang bertepatan dengan nilai berlawanan dengan nilai dan
dan perakuan syarak. perakuan syarak.
Akhlak kepada Allah SWT
Syukur, sabar, reda, tawakal, zikir Riak, putus asa, sangka buruk dan
dan qanaah. lalai.
Contoh Akhlak dengan Manusia
Tawaduk, menghormati orang Sombong, memandang hina
lain, pengasih, dan pemurah. terhadap orang lain, kasar,
memfitnah, khianat dan bakhil.
Aktiviti: senaraikan contoh akhlak mahmudah mengikut pembahagian
yang berikut:
Akhlak kepada Allah SWT.
Akhlak dengan manusia.
Akhlak dengan haiwan.
Akhlak dengan alam sekitar.
KELEBIHAN BERAKHLAK
Orang yang berakhlak mahmudah mendapat kedudukan yang tinggi dan
mulia di sisi Allah SWT. Kemuliaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW
dalam hadis-hadis berikut.
111
أْْكَ ُل الْ ُم ْؤكم كنينَايَا ًَن: قَا َل َر ُسو ُل اللكه َص ََّل اللُه عَلَ ْي كه َو َسََّل: َع ْن أ كب ُه َرْي َرَة َر ك َض اللُه َعن ُه قَا َل
أ ْح َس ُْنُ ْم ُخلُ ًقا
Terjemahan:
Abu Hurairah R.A. menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.”
َما كم ْن ََ ْش ٍء أثْ َق ُل كِف الْ كم َيا كن كم ْن ُح ْس كن: َع ْن أ كِب الَّد ْر َدا كء َع كن النَّ كِكهب َص ََّل اللُه علي كه َو َسََّل قَا َل
الْ ُخلُ كق
Terjemahan:
Abu Ad-Dardak R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak
ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (di akhirat) daripada keelokan
akhlak”.
أ ْخَلقًا نَُ ْك َأ َحا كس الْ كق َيا َم كة يَ ْو َم َم ْج كل ًسا كم كهَن َوأ ْق َ كربُُ ْك ِا ََ َّل َأ َح كبهُُ ْك كم ْن ِا َّن
Terjemahan:
Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kamu dan paling
dekat kedudukannya dengan-Ku pada hari akhirat ialah orang yang paling baik
akhlaknya.
Cetusan minda: Anas bin Malik R.A. Berkata,” Aku berkhidmat dengan
nabi SAW selama 10 tahun. Baginda tidak pernah berkata kepadaku,
“Oh! Kenapa kamu buat begini?” dan tidak pernah berkata,”Kenapa kamu
tidak buat begini?” (Riwayat Muslim)
Tujuan Memelihara Akhlak
1. Mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni.
2. Mendapat kasih sayang Allah SWT dan sentiasa diberkati.
3. Membentuk hubungan yang baik antara hamba dengan Allah SWT.
4. Sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT.
5. Mendapat syafaat dan rahmat Allah SWT pada hari akhirat.
6. Mewujudkan kestabilan politik dan keamanan Negara.
7. Meningkatkan kualiti modal insan yang amat diperlukan dalam
membina kemajuan dan ketamadunan yang tinggi.
112
Implikasi Tidak Memelihara Akhlak
Wahai anakku yang tercinta, ingatlah pesanan ayah ini:
Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. Hiasilah dirimu dengan akhlak
mahmudah dan peliharalah dirimu daripada akhlak mazmumah.
Sesungguhnya akhlak yang buruk meruntuhkan maruah dirimu dan
menjadikan kamu hina di sisi Allah SWT dan pandangan manusia.
Wahai anakku,
Binalah peribadimu dan jauhilah sifat mazmumah. Ingatlah bahawa sifat
sombong dan bongkak menjadikan kamu dibenci manusia. Sifat riak pula
menjadikan kamu dimurkai Allah SWT.
Wahai anakku,
Janganlah sekali-kali kamu bersikap biadap terhadap gurumu.
Bersopanlah dengan guru kerana amalan ini kunci keberkatan ilmu yang
engkau pelajari.
Wahai anakku,
Hiasilah dirimu dengan sifat amanah, sabar, dan bertanggungjawab.
Dengan ini pasti kamu dihormati, disayangi dan dicontohi serta dapat
memimpin orang ke jalan yang benar. Ingatlah pesanan ini wahai anakku.
Ayahmu,
Haji Zakiuddin
12 Rabiul Awal 1437 Hijrah
IMPLIKASI TIDAK MEMELIHARA AKHLAK:
1. Meruntuhkan maruah diri kerana berakhlak mazmumah.
2. Dimurkai oleh Allah kerana bersikap riak.
3. Dipandang hina oleh Allah SWT kerana melakukan perkara yang
dilarang oleh-nya.
4. Tidak dihormati dan dibenci oleh masyarakat kerana bersikap
sombong dan bongkak.
5. Hilang keberkatan ilmu kerana bersikap tidak sopan terhadap guru.
Kunci Ilmu : Nama Rasulullah SAW ialah Muhammad dan Ahmad
yang bermaksud ‘yang terpuji’ dan ‘sangat terpuji’. Allah SWT
menamakan Rasul-Nya Muhammad dan Ahmad sesuai dengan
akhlak baginda yang terpuji dan bertepatan dengan al-Quran.
113
AKHLAK 2
PELAJARAN 28: AMANAH TUNGGAK
KESEJAHTERAAN
MAKSUD AMANAH
1. Dari segi bahasa: Tunai janji
2. Dari segi istilah: Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan
dalam urusan harta benda, kehormatan, dan kerahsiaan.
DALIL NAQLI
1. Firman Allah SWT:
النَّا كس َأن ََ ْتُُ ُكوا كِبلْ َع ْد كل بَ ْ َي َحَُ ْك ُُت َوكا َذا أ ْه كلهَا ِا ََل َمنَ كت ْا َل تُ َؤ ُّدوْا َأن يَأْ ُم ُرُُ ْك الل َه ِا َّن
Terjemahan:
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menunaikan
segala amanah kepada ahli yang berhak menerimanya, dan apabila
kamu memutuskan hukum antara manusia, (Allah SWT) menyuruh
kamu menghukum secara adil. (Surah An-Nisa’, 4 : ayat 58)
2. Hadis Rasulullah SAW:
َأ كهد: َأ َّن َر ُس ْو َل الله صَل الله عليه وسَل قَا َل: َع ْن َأ كِب ُه َرْي َرَة َر ك َض اللُه َع ْن ُه
ا َل َمانَ َة ِا ََل َم كن ائْىتَ َمنَ َك َو ََل َُ ُت ْن َم ْن َخانَ َك
)(التمذي دان أبو داود
Terjemahan:
Abu Hurairah SAW menceritakan bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi kamu
amanah dan jangan khianat kepada orang yang mengkhianatimu”.
114
KEPENTINGAN SIFAT AMANAH
1. Pengurusan baik dan lancar
Pengurusan yang bersih daripada sebarang rasuah dan penipuan
akan menjimatkan kos pentadbiran. Perkhidmatan dapat diberikan
dengan lebih baik, cekap dan sempurna. Kualiti dan produktiviti
negara juga akan meningkat.
2. Dipercayai dan disenangi
Orang yang amanah mudah mendapat kepercayaan ramai. Hal ini
dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW yang sangat dipercayai dan
disenangi oleh masyarakat Arab jahiliah sejak sebelum kerasulan
baginda. Sekalipun mereka tidak beriman, mereka tetap
mengamanahkan barang berharga untuk disimpan oleh baginda.
3. Tanda orang beriman
Tidak sempurna iman seseorang yang tidak memelihara amanah.
Orang yang mengkhianati amanah tergolong dalam kalangan orang
munafik. Orang munafik dijanjikan siksa azab neraka jahanam oleh
Allah SWT.
4. Mudah melintas titian as-Sirat
Orang yang menjaga amanah mampu melintas titian as-sirat
dengan lancarnya tanpa sebarang halangan.
115
CARA MENGAMALKAN SIFAT AMANAH DAN IMPLIKASI TIDAK
AMANAH
Cara Mengamalkan Sifat Implikasi Tidak Amanah
Amanah
Amanah Terhadap Diri
1. Mematuhi suruhan dan 1. Menjejaskan iman.
larangan Allah SWT. 2. Tidak diredai Allah SWT.
3. Hilang kepercayaan orang
2. Memelihara penampilan
diri. ramai.
3. Berdisiplin dan mematuhi
peraturan.
4. Bersungguh-sungguh dan
rajin.
Amanah terhadap Keluarga
1. Taat kepada ibu bapa. 1. Menjadi anak derhaka.
2. Bertanggungjawab 2. Mencemarkan nama baik
terhadap amanah keluarga.
keluarga. 3. Hubungan kekeluargaan
3. Menyayangi adik beradik.
4. Memastikan adik beradik menjadi renggang.
melaksanakan segala 4. Melahirkan anak yang
perintah Allah SWT
dengan sempurna. tidak mengenang budi ibu
bapa.
5. Dibenci oleh adik beradik.
Amanah Terhadap Masyarakat
1. Menghormati jiran, guru, 1. Masyarakat tidak harmoni.
rakan dan masyarakat 2. Keselesaan awam
sekeliling.
terganggu.
2. Menyertai program
kemasyarakatan.
116
AKHLAK 3
PELAJARAN 29: ILMU CAHAYA KEHIDUPAN
KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
Matlamat utama kehidupan manusia ialah keimanan kepada Allah SWT
di samping melakukan amalan-amalan soleh. Amalan yang didasari
dengan ilmu merupakan syarat diterima Allah SWT. Umat Islam dilarang
melakukan atau mengatakan sesuatu tanpa ilmu. Oleh itu, kita diwajibkan
mendalami ilmu pengetahuan sebagai ubat kejahilan. Kewajipan
menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam telah dijelaskan dalam
hadis berikut:
: قَا َل َر ُسو َل اللكه َص ََّل الله عليه وسَل: َع ْن َأنَ كس ْب كن َماكِ ٍل رض الله عنه قَا َل
َطلَ ُب ال كع َْ كل فَ كريْ َض ٌة عََ َل ُ كهك ُم ْس كَ ٍل
Terjemahan:
Anas bin Malik R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu
wajib kepada setiap orang Islam”
Umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu fardu ain seperti Tauhid, Fekah
dan akhlak sebagai asas untuk menjalani kehidupan berlandaskan
syariat. Selain itu, ilmu fardu kifayah seperti Sains, Ekonomi dan
kedoktoran wajib dipelajari untuk membina kekuatan dan memelihara
maslahat umat Islam. Kedua-dua jenis ilmu ini perlu dikuasai secara
seimbang demi kesejahteraan umat dan kegemilangan Islam.
ADAB MENUNTUT ILMU
Ilmu ibarat cahaya yang menyuluh kehidupan. Untuk mendapatkan ilmu,
kita perlulah mengamalkan adab-adabnya agar ilmu yang diperoleh
diberkati di samping dapat melahirkan ilmuan yang berakhlak mulia serta
mengamalkan ilmunya dengan sempurna.
Antara adab menuntut ilmu ialah:
1. Memuliakan dan menghormati guru.
2. Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT.
3. Memohon doa dan keredaan daripada ibu bapa.
4. Menjauhi maksiat dan kemungkaran.
5. Rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.
6. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
7. Beramal dengan ilmu yang dipelajari.
8. Tidak malu bertanya.
117
Kunci Ilmu:
Doaَيsْe كحbَا كe َّرlلu اmح َمmَ ْرe َأmيَأآuكlَakَح كتaَْ n َرp كنeأآكنmَخ َزbeنlْaكمjaاrَنaلَ ْيnَع: َاللَّ ُه َّم افْتَ ْح عَلَ ْينَا كحُْكَتَ َك َوانْ ُ ْش
Terjemahan:
Wahai Tuhan kami, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan bentangkan
ke atas kami gedung rahmat-Mu,wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
KEPENTINGAN BERADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
1. Mendapat ganjaran pahala kerana megamalkan sunnah Rasulullah
SAW.
2. Ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan kerana menjauhi maksiat
dan kemungkaran.
3. Akan mencapai kejayaan dalam hidup kerana mendapat doa para
malaikat dan guru-guru.
4. Mudah melakukan kebaikan dan ketaatan kerana mempunyai hati
yang bersih dan ikhlas.
5. Hidup kamu menjadi tenang kerana rajin berusaha,berdoadan
bertawakal kepada Allah SWT.
6. Masyarakat juga akan memandang tinggi terhadap kerana
berakhlak dengan akhlak yang mulia.
118
ANIS Kunci Ilmu:
Imam Asy-Syafie pernah berpesan,
Assalamualaikum ustaz, maaf saya ada ilmu tidak dapat diperoleh kecuali
suatu kemusykilan dan ingin bertanya…
اََّّل َك ُءdengan enam perkara:
Waalaikumussalam, kamu 1.
ingin bertanya tentang apa
Anis? (Cerdas)
Saya sedang menyediakan teks syarahan 2. ال كح ْر ُص
agama berkaitan dengan adab-adab menuntut
ilmu dan kelebihannya. (Keinginan yang tinggi)
Bolehkan ustaz jelaskan serba 3. اَل ْج كۡتَا ُد
sedikit tentang kepentingan (ال ُبلْ َغ ُةBersungguh-sungguh)
beradab ketika menuntut ilmu?
4.
Oh, itu mudah sahaja, Anis. Ibarat kata
pepatah buat baik dibalas baik. Sekiranya (ُْ ْص َب ُة ا ُلس تاذKewangan yang cukup)
kamu menuntut ilmu dengan beradab, maka
sudah pasti kamu akan mendapat ganjaran 5.
kebaikan serta memperoleh banyak manfaat.
(Berdamping dengan guru)
Antara kepentingannya termasuklah mendapat
ganjaran pahala manakala ilmu yang dipelajari 6. ُط ْو ُل ال َّزما كن
mendapat keberkatan. Selain itu, kamu akan
mencapai kejayaan dalam hidup serta mudah (Tempoh yang panjang)
melakukan kebaikan dan ketaatan. Hidup
kamu menjadi tenang dan masyarakat juga Akibat Tidak Beradab Ketika
akan memandang tinggi terhadap kamu. Menuntut Ilmu:
Alhamdulillah, saya sudah faham ustaz. 1. Susah mengingati dan
Terima kasih banyak-banyak ustaz atas mengikuti ajaran guru.
penerangan tersebut.
2. Berdosa dan mendapat
kemurkaan Allah SWT.
3. Ilmu yang dipelajari tidak
membawa kebaikan kepada
diri.
4. Mudah terpengaruh dengan
unsur-unsur negatif.
5. Ilmu yang dipelajari tidak
mendapat keberkatan Allah
SWT.
6. Dipandang hina oleh guru
dan rakan.
119
KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU
Allah SWT meninggikan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan
طالُوتorang yang berharta. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Talut (
) yang
dilantik menjadi raja (pemimpin bani Israil) kerana kekuatan tubuh dan
ketinggian ilmunya walaupun dia seorang yang miskin.
Orang yang berilmu (ulamak) menjadi pewaris para nabi dan
pemimpin ke jalan kebaikan. Orang yang beramal dengan ilmunya akan
menjadi contoh teladan dalam masyarakat. Orang yang berilmu yang
menyampaikan ilmunya untuk kebaikan akan didoakan oleh semua
makhluk di langit dan di bumi dan dipermudah baginya jalan ke syurga.
Orang yang keluar dari rumah dengan niat mencari ilmu ibarat berjihad di
jalan Allah SWT.
يَ ْرفَعك اللُه اََّّكلي َن َءا َمنُ ْوا كم ْنُُ ْك َواََّّكلي َن ُأوتُ ْوا ال كعَْ َل َد َر َجا ٍت
Terjemahan:
Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang yang
berilmu antara kamu beberapa darjat.
(Surah Al-Mujadalah, 58 : Ayat 11)
Kunci Ilmu:
Islam telah melahirkan banyak tokoh ilmuan yang terkenal, antaranya
termasuklah:
1. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad
– Feqah.
2. Ibnu Sina – Perubatan.
3. Al-Khawarizmi – Matematik.
4. Al-Farabi – Falsafah.
5. Jabir bin Hayyan – Kimia.
120
AKHLAK 4
PELAJARAN 30 : MARUAH DIRI CERMIN
PERIBADI
MAKSUD MENJAGA MARUAH DIRI
ُم ُرو َء ٌةMaruah berasal daripada perkataan ( ) dalam bahasa Arab yang
bermaksud keelokan peribadi. Maksud menjaga maruah ialah usaha
memelihara diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan perkara
yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga dan masyarakat.
KEWAJIPAN MENJAGA MARUAH DIRI
Kewajipan menjaga maruah ini disebutkan oleh hadis yang diriwayatkan
oleh Saidina Al-Hasan bin Ali R.A. bahawa rasulullah SAW bersabda:
)ِا َّن اللَه ُُ كي ُّب َم َعا كِ َل ا ُل ُمو كر َويَ ْك َرُه َس ْف َسافَ َها (الطِباِن
Terjemahan:
Sesungguhnya Allah SWT suka kepada perkara yang bernilai tinggi dan
mulia serta membenci perkara yang keji.
Ini disokong oleh Saidina Umar bin Al-Khattab R.A. melalui kata-katanya:
.َك َر ُم الْ ُم ْؤكم كن تَ ْق َوا ُه َو كدي ُن ُه َح َس َب ُه َو ُم ُرو َءتُ ُه ُخلُ ُق ُه
)(ماِل
Terjemahan:
Kemuliaan seseorang mukmin terletak pada kekuatannya, agama pada
nilai diri dan maruah pada akhlaknya.
Kedua-dua dalil di atas menjelaskan bahawa muslim yang bermaruah
ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik, menjaga pergaulan
dengan orang lain, mempunyai keperibadian yang mulia dan disenangi
oleh masyarakat.
121
CARA MENJAGA MARUAH DIRI
Penjagaan maruah diri meliputi tiga aspek utama, iaitu penampilan
berpakaian, kesopanan dalam percakapan dan keelokan tingkah laku.
Panduan bagi tiga aspek tersebut adalah seperti yang berikut:
Kunci يIَ lmْ كُه كبuش:َ َْالمُت َو َسََّل عليه الله َص ََّل الل كه َر ُسو ُل لَ َع َن : قَا َل َعن ُه اللُه َر كض َي َع َبّا ٍس ا ْبن َع كن
) (البخاري.ال هكر َجا كل كِبل كنه َسا كء َوالْ ُمتَ َش كُهبَا كت كم َن ال كنه َسا كء كِبل هكر َجا كل
كم َن
Terjemahan:
Ibnu Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
PANDUAN PAKAIAN YANG BERMARUAH
1. Menutup aurat
2. Kemas dan bersih
3. Tidak mencolok mata
4. Tidak mengandungi lambang, gambar dan tulisan
yang dilarang dalam Islam.
5. Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat.
6. Tidak menyerupai pakaian agama lain.
7. Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza.
PANDUAN PERCAKAPAN YANG BERMARUAH
1. Percakapan yang sopan dan tidak keterlaluan.
2. Intonasi dan nada suara yang sesuai dengan suasana dan orang
yang mendengar.
3. Bermanis muka ketika bercakap.
4. Bercakap perkara yang berfaedah.
5. Memanggil orang lain dengan panggilan yang disukai.
6. Menghindari perbuatan bercakap bohong, mengumpat, mengadu
domba, memfitnah dan berkata-kata lucah.
7. Tidak memungkiri janji.
8. Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah.
9. Membudayakan ucapan terima kasih.
122
PANDUAN TINGKAH LAKU YANG BERMARUAH
1. Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram.
2. Meminta izin sambil menundukkan badan apabila lalu di hadapan
orang yang lebih tua.
3. Menzahirkan perasaan belas kasihan kepada orang yang lebih
muda.
4. Mematuhi adab dan undang-undang di jalan raya.
5. Menolong orang yang memerlukan, contohnya orang buta, orang
kurang upaya, orang fakir dan miskin.
6. Menggunakan harta awam dengan bertanggungjawab.
7. Tidak menzalimi haiwan.
8. Menjaga kebersihan alam sekitar.
9. Menggunakan media sosial dengan berhemah.
10. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
CONTOH TINGKAH LAKU BERMARUAH
Saya ucapkan selamat bercuti. Jagalah maruah diri kamu
sebagai murid muslim. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW
kepada kita dalam hadis baginda.
. ُُىْتِاََِّّياوََُُْكرلَّ ُّد َاولْاالَْلم َُّجَجسلُاكلَو َلََ كمسس َوفََأعَأْْمٌََعرلُطكِابوللْ َُّماطْلعُ ُرَّقَرطاوكريككَتفق:َْك ُّص)فَفِاقََاذاا ََلل َأَذبَي:كهُب كقَصا( ََلو.َِكفاالْلنيَََّبكا َس كعي ٍد الْ ُخ ْد كر كهي رضي الله عنه َع كن َع ْن َأ كب
َح َّغَد َُّثض:ََما ِانَّ َمَحا ُّقكِ َاله َّطَم كريَجاككلق ُس؟نَقَاا نََلت.بُ ٌَّدو:َمقااللَونا َا : فَ َقالُوا
.َحقَّهَا
.َوََ ْنىٌى َع كن ْالمُ ْن َك كر
)(البخاري
Terjemahan:
Abu Said Al-Khudri RA berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Janganlah kamu duduk di tepi jalan.” Mereka
berkata, “Kami tidak dapat mengelaknya kerana di situ tempat
kami berbual.” Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya kamu
terpaksa duduk di situ maka tunaikanlah hak jalan.” Mereka
bertanya, ”Apakah hak jalan?” Baginda menjawab,
“Menundukkan pandangan, menahan diri daripada menyakiti
orang lain, menjawab salam, menyuruh membuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran.”
123
َم ْن: قَا َل َر ُسو ُل اللكه َص ََّل اللُه عَلَ ْي كه َو َسََّل:َع ْن ُأ َسا َم َة ْب كن َزيْ ٍد َر كض َي اللُه َع ْن ُه قَا َل
. َج َزا َك اللُه َخ ْ ًيا فَ َق ْد َأبْلَ َغ كفى الثَّنَا كء:ُصن َغ ِالَ ْي كه َم ْع ُرو ٌف فَ َقا َل كل َفا كع ك كل
)(التمزي
Terjemahan:
Usamah bin Zaid RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda,”Sesiapa yang diperlakukan dengan kebaikan lalu dia
mengucapkan kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut
(semoga Allah SWT memberikan balasan yang terbaik kepadamu)
sesungguhnya dia telah mengungkapkan perasaan terima kasih (pujian)
yang terbaik.
DIKIR BARAT “AKIBAT TIDAK MENJAGA MARUAH”
Maruah oh maruah, Tingkah laku harus dijaga,
Mari kita menjaga maruah, Kalau tidak porak peranda,
Tinggal dosa kejar pahala, Seluruh dunia mengeji kita,
Nanti kita disayangi Allah. Alamat kita mendapat petaka.
Tutup aurat jaga maruah, Apatah lagi di akhirat sana,
Jangan kita buat jenayah, Tidak tahan dengan neraka,
Diri susah keluarga susah, Minta jauh daripada siksa,
Orang ramai berkeluh kesah. Jaga maruah selama-lamanya.
Tutur kata budi bahasa, Persembahkan dikir barat dengan
Kalau dijaga semua sejahtera, irama lagu ‘Wau Bulan’ atau lagu
Beramah mesra antara bangsa, lain yang bersesuaian.
Selama-lama keamanan dirasa.
AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH
1. Kehidupan tidak diberkati kerana jauh daripada cahaya petunjuk
Allah.
2. Mendapat dosa kerana melanggar syariat Allah SWT.
3. Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan-rakan dan masyarakat
sekeliling.
4. Mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti rogol dan
sumbang mahram.
5. Melahirkan masyarakat yang kucar-kacir dan negara yang tidak
tenteram serta menyukarkan pembinaan tamadun.
6. Masyarakat akan memandang rendah dan menghina orang yang
tidak bermoral seperti penagih dadah.
124
HIKMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH
1. Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah SWT.
2. Mendapat pahala kerana mengikut syariat Allah SWT.
3. Akan disayangi, disegani dan disanjung oleh rakan dan
masyarakat.
4. Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan
kehancuran negara.
5. Melahirkan masyarakat yang sejahtera, bersatu padu dan negara
yang aman.
125