HIKMAH SOLAT JUMAAT
1. Dapat melaksanakan salah satu ajaran Islam, iaitu solat Jumaat.
2. Dapat menzahirkan syiar Islam pada hari kebesarannya iaitu hari
Jumaat.
3. Saling mengenali dan merapatkan ukhwah antara umat Islam.
4. Menyatukan pandangan umat Islam serta mengaitkan isu semasa
yang berlaku dalam masyarakat dan negara melalui khutbah Solat
Jumaat.
5. Dapat melatih umat Islam supaya bersatu.
UNIT 2 – KHUTBAH JUMAAT
MAKSUD DAN HUKUM KHUTBAH JUMAAT
Maksud Ucapan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang
Hukum mengandungi nasihat, peringatan dan pengajaran mengikut syarat
tertentu.
Wajib dan termasuk dalam syarat sah Jumaat.
SYARAT KHUTBAH JUMAAT
Khatib 1. Khatib berdiri jika mampu dan duduk di antara dua khutbah.
Khutbah 2. Khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.
3. Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab.
4. Khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.
1. Berturut-turut antara rukun khutbah, khutbah pertama dengan
khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.
2. Rukun khutbah didengar oleh 40 jemaah (mastautin) yang wajib
solat Jumaat.
RUKUN KHUTBAH
1. Memuji Allah SWT, sekurang-kurangnya َاإال َاحام ُدااِّ َّل ِال
2. Berselawat ke atas Rasulullah SAW دseح َّمkَ u ُمrاaََّنn ِدg ِّي-سkَ uلاraََ َعnاg ِّلnصyَ aإللَّهُ َّما
3. Memberi nasihat supaya bertakwa.
4. Membaca satu ayat al-Quran pada satu daripada dua khutbah.
5. Berdoa untuk orang Islam pاتاaِ dاaسا ِلا َماkُامhإالu َاوtاbَايah اس ِال ِامkُامeالd ِالuراaاإغا ِفاs َّامeَُّهkلالu إrang-
kurangnya
51
SUNAT KHUTBAH SOLAT JUMAAT
Khatib 1. Berkhutbah di atas mimbar.
Makmum 2. Duduk di atas mimbar sebelum menyampaikan khutbah.
3. Menghadapkan wajahnya ke hadapan tanpa menoleh ke kanan
atau ke kiri.
4. Memberi salam setelah naik ke atas mimbar.
5. Menguatkan suara agar khutbah didengar oleh lebih daripada 40
jemaah (mastautin).
6. Memendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih pendek
daripada khutbah pertama.
7. Memegang tongkat dengan tangan kiri.
1. Mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.
2. Melaksanakan solat sunatsecara ringkas jika khatib sedang
berkhutbah.
ADAB MENDENGAR KHUTBAH
Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksاu.dت:َ افَ َقدالَ َغو,ا َاوإ ِلا َاما ُاماََيا ُطا ُبا,اياَاو َاماإلا ُجا ُام َاع ِةا,ا َأان ِاصتا:ِإا َاذإا ُقاال َتااِال َاصا ِحا ِاب َاكا
“Apabila kamu berkata kepada sahabatmu, “Diamlah” pada hari Jumaat
ketika imam sedang berkhutbah, maka sia-sialah (pahala Jumaatmu).”
Berdasarkan hadis di atas, adab-adab ketika mendengar khutbah
termasuklah:
1. Memberikan fokus kepada isi kandungan khutbah.
2. Diam dan tidak bercakap-cakap.
Hukum bercakap ketika khutbah sedang disampaikan adalah
makruh dan boleh menghilangkan pahala Jumaat.
3. Tidak tidur.
Sekiranya rasa mengantuk, hendaklah berpindah ke tempat yang
lain dengan syarat tidak melangkah orang lain.
4. Tidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan
sebarang gajet seperti telefon bimbit.
52
AMALAN SUNAT HARI JUMAAT
1. Memotong kuku dan misai.
2. Mencabut bulu ketiak.
3. Menggunting bulu ariari.
4. Mandi sunat.
5. Memakai pakaian terbaik serta berwangi-wangian.
6. Bersegera ke masjid.
7. Menunaikan solat tahiyyatul masjid, solat qabliah dan ba’diah.
8. Membanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa.
9. Membaca surah al-Kahfi.
CONTOH KHUTBAH JUMAAT
KKHHUUTTBBAAHHPPEERRTTAAMMAA KKHHUUTTBBAAHH KKEEDDUUAA
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
sekalian, َاإال َاحام ُدااِّ َّل ِالا َار ِّاباإلا َاعلاَ ِام َيا اsekalian, َاإلا َاحام ُاداِّ َّل ِلاا َار ِّبااإال َعاالَ ِام َيا ا
RUKUN 1
اَاوإل َّاص ََال ُةاا َاوإل َّسا ََلا ُمااعاَ ََالا َار ُساو ِلااال ِالا َاواعَ ََلااأِ ِلاا اَاوإل َّصا ََلا ُةاا َاوإل َّاس ََال ُامااعَ ََالا َار ُاسو ِالا ا
RUKUN2 ا,ال ِلاا َاواعَ ََلااأ ِ ِلاا َاو َ اص ِاب ِهاا َاأَ َجا ِعا َياا ا,َاو َ اص ِاب ِهاا َأاَ َجا ِاع َياا
RUKUN3 اإتاَّ ُقاوإاال َال ا,افاَيَااا ِعا َابا َاداال ِالا:َأاا َّامااابَاع ُادا اإتَّ ُقوإاال َلا ا,افَيَاا ِع َبا َداال ِلا:َاأ َّماابَع ُدا
ا
Bersatulah kita atas dasar tauhid. Marilah kita menadah tangan untuk
Dengan itu, kita akan selamat daripada berdoa memohon keampunan daripada
ancaman musuh-musuh Islam seperti Allah SWT: إللَّ ُه َّماإغ ِفراِلل ُمس ِل ِم َيا َوإل ُمس ِل َما ِتا
mana Allah SWT berfirman:
اRUKUN 5
َوإل ُموءا ِم ِن َيا َوإل ُموءا ِمنَا ِتاإْ َلح َيا َءا ِمَّنُما ا
RUKUN فَنَ َّجينَا ُها َوَأه َ ُلا َأَ َج ِع َيا ا ا.اِإنَّ َكا ََ ِسي ُعاإَلعَا ِء,َوإاْ َلم َوإ ِتا
4
Maksud:
Maka Kami selamatkan dia dan
keluarganya serta semua pengikutnya.
ا َأا ُاقو ُلااقاَ او ِلاا َاه َذاإا َاوَاأسا َاتغا ِفا ُاراال َلاا. ُااك.َ َإِلابا ََاعار َِاظكاا َيااا ِل ُالالا ِا َاواللاَاُ َاكاوال.َأا ُقاو ُلاااقَ او ِلاا َاه َاذإا َاوَأاسا َاتغا ِفا ُرااال َالاإال َعا ِظا َايا ِلاا َاولاَ ُاك
53
PELAJARAN 16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI
MAKSUD TAYAMUM
Bahasa Melakukan sesuatu dengan tujuan.
Tayammum Istilah Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan
dengan cara tertentu berserta niat bagi menggantikan wuduk
atau mandi wajib.
DALIL NAKLI TAYAMUM
Firman Allah SWT:
اُ َكوِإا ِمناَن ُكانإلُتغَاائِ ُجنُطِبااأَافوَاا ََّطلهََّم ُرسوإ ُاتُاا َإولِإنِّنَسااكُ َءن ُاتفَ َالَمارََ ِتَ ُداىضوإاأَا َموااءعَاََفَىلتَيَا َّمَسُمفَوإرااأََصو ِعاي َجداإ َءاا َأَطيَِّحبدااا.ن.ِم.
ا...فَام َس ُحوإابِ ُو ُجو ِه ُكا َوأَي ِدي ُكا ِمن ُها ا
Maksud:
…Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau
salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu
menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk wuduk
dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu)
yang bersih, sapulah muka kamu dan kedua-dua tangan kamu dengan
tanah (debu) itu …
(Surah al-Maidah : ayat 6)
SEBAB DIHARUSKAN TAYAMUM
1. Tiada air atau tidak cukup kerana keperluan lain seperti untuk
dimakan atau diminum.
2. Sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan.
3. Tidak dapat menggunakan air kerana penyakit atau sakit seperti
melecur dan lain-lain.
4. Air berada di tempat yang terlalu jauh.
SYARAT TAYAMUM
1. Telah masuk waktu solat.
2. Mencari air selepas masuk waktu solat.
3. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
4. Menggunakan debu tanah yang tidak bercampur dengan bahan lain
seperti tepung atau kapur.
5. Tentukan arah kiblat sebelum bertayamum.
54
RUKUN TAYAMUM
1. Niat.
2. Menyapu debu tanah ke muka.
3. Menyapu debu tanah ke tangan.
4. Tertib.
SUNAT TAYAMUM
1. Membaca basmalah.
2. Merenggangkan jari tangan ketika menepuk debu tanah.
3. Menipiskan debu dengan melaga-lagakan kedua-dua tangan.
4. Mendahulukan sebelah atas muka.
5. Melebihkan sedikit sapuan dari sempadan muka.
6. Mendahulukan tangan sebelah kanan.
7. Melebihkan sedikit sapuan hingga pertengahan lengan.
8. Berturut-turut antara sapuan muka dengan tangan.
9. Berdoa. Niat dalam hati:
CARA BERTAYAMUM نويت التيمم لستباحة فرض Merenggangkan
الصلة ِل تعالى
Membaca basmalah Sahaja aku bertayamum jari tangan ketika
untuk mengharuskan solat menepuk debu tanah
fardu kerana Allah Taala
Menipiskan debu 45 Merenggangkan
dengan melaga-lagakan Menyapu debu jari tangan ketika
kedua-dua belah tangan menepuk debu tanah
tanah ke muka
Menipiskan debu 67 Berturut-turut
dengan melaga-lagakan Menyapu debu antara sapuan muka
kedua-dua belah tangan tanah ke tangan
dengan tangan
Berdoa dengan doa selepas wuduk / tayamum:
ا َوإج َعل ِِنا ِم َناإل ُم َت َط ِهّ ِري َنا,اإللَّ ُه َّماإج َعل ِِنا ِم َناإلتَّ َّاوِب َيا,َأ َّناا ُم َح َّمدإا َعب ُد ُها َو َر ُسو ُ ُلا. َّاصَاوَِأل ِحشهَ َُيداا,اَ َشوهَإ ُدجاَعَأل ِِنانَالِماِإ َنَلااِِإع ََّبلا ِادا َلكُالإال,َأ
Maksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi
Muhammad hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah ya Tuhanku, Jadikanlah aku dalam kalangan
orang yang suka bertaubat, jadikanlah aku orang yang menyucikan diri, dan jadikanlah aku
dalam kalangan hamba-Mu yang soleh.
Tertib Rukun Sunat
55
SPEKTRUM ILMU
Syarat debu yang boleh digunakan untuk tayamum:
1. Tanah yang berdebu dan bukan abu.
2. Suci dan tidak bernajis.
3. Tidak mustakmal.
4. Tidak bercampur dengan bahan lain.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM
1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.
2. Ada air sebelum solat dimulakan.
3. Boleh menggunakan air semula seperti sembuh daripada penyakit
yang menghalang penggunaan air.
HIKMAH DISYARIATKAN TAYAMUM
Umat Islam dapat:
1. Umat Islam dapat menjaga kesucian dan kemuliaan agama kerana
melaksanakan solat dalam apa-apa jua keadaan.
2. Menunjukkan kasih sayang Allah SWT kerana memberi keringanan
untuk melakukan ibadat dalam apa-apa jua keadaan.
3. Memelihara kesihatan badandaripada kemudaratan kerana antara
tujuan tayamum termasuklah untuk mengelakkan penyakit daripada
semakin merebak atau lambat sembuh.
4. Menghindari sebarang bentuk kemudaratan pada anggota badan
kerana menggunakan air ketika cuaca yang terlalu sejuk.
PELAJARAN 17 – RUKHSAH ANUGERAH ALLAH SWT
KONSEP RUKHSAH DALAM SYARIAT ISLAM
Bahasa Mudah dan ringan.
Rukhsah Istilah Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT
kepada seseorang yang mukallaf kerana keuzuran
tertentu.
Contoh rukhsah ialah solat ketika sakit yang diberikan kepada pesakit
yang tidak berkemampuan melaksanakan solat seperti biasa. Apabila
sakitnya sembuh, maka hukum asal solat kekal seperti biasa.
56
HIKMAH RUKHSAH DALAM SOLAT
Umat Islam dapat:
1. Melaksanakan tanggungjawab agama ketika berada dalam
kesulitan.
2. Melaksanakan ibadat mengikut kemampuan masing-masing.
3. Merasai kasih sayang Allah SWT dan Islam sebagai agama yang
mudah untuk dilaksanakan dan tidak membebankan.
4. Mempelajari kaedah membuat keputusan berdasarkan keutamaan
seperti solat secara jamak, qasar dan solat ketika musafir.
UNIT 1 – MENYAPU BALUTAN
MAKSUD MENYAPU BALUTAN
Menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk untuk
membolehkan ibadat seperti solat dilaksanakan. Perbuatan ini untuk
mengelakkan kemudaratan sebelum luka sembuh.
HUKUM MENYAPU BALUTAN
Wajib ketika berwuduk dan mandi wajib sebagai ganti membasuh atau
menyapu anggota wuduk yang sakit.
DALIL MENYAPU BALUTAN
Menyapu balutan dibenarkan oleh syarak bagi menjaga maslahah diri
manusia ketika kesusahan. Hal ini berdasarkan hadis yang menceritakan
kisah seorang sahabat yang luka di kepala. Dia mimpi bersetubuh, lalu
mandi wajib. Perbuatan tersebut menyebabkannya meninggal dunia.
Apabila mendengar kejadian ini, Rasulullah SAW bersabda sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Jabir RA:
ا ُ َّثايَم َس َحاعَلَيَاا َويَغ ِس َلا,ا َأانايَتَيَ َّم َما َويَع ِِ َصا َأوايَع ِص َباعَ ََلا ُجر ِح ِها ِخرقَةا.ِإنََّسَمااِناَََركا َ َنجايََسك ِِفديِه ِاه
Maksud:
Sesungguhnya cukup baginya bertayamum dan membalut luka dengan
perca kain. Kemudian, dia menyapu air atasnya (balutan) dan mandi ke
seluruh badannya (mandi wajib).
57
ANGGOTA WUDUK TIDAK BERBALUT DAN TIDAK BOLEH TERKENA
AIR
Sebahagian Kecil Anggota Wuduk Tidak Boleh Terkena Air
1. Berwuduk seperti biasa.
2. Apabila sampai ke anggota wuduk yang luka, sapu air ke atas luka
itu.
3. Jika luka itu tidak boleh disapu dengan air, elakkan daripada
menyapunya.
4. Tunaikan solat dan solat tidak perlu diqada’ selepas sembuh.
Sebahagian Besar Anggota Wuduk Tidak Boleh Terkena Air
1. Jika sebahagian besar anggota wuduk seperti tangan, kepala dan
kaki tidak boleh dikenakan air, pesakit perlu bertayamum dan
menunaikan solat.
2. Solat tidak perlu diqada’ selepas sembuh.
Seluruh Anggota Wuduk Tidak Boleh Terkena Air
1. Mengangkat hadas dengan tayamum.
2. Jika pegawai perubatan mengesahkan bahawa pesakit tidak boleh
bertayamum, maka solat hendaklah ditunaikan tanpa mengangkat
hadas.
3. Solat tidak perlu diqada’ selepas sembuh.
ANGGOTA WUDUK BERBALUT DAN TIDAK BOLH TERKENA AIR
1. Berwuduk seperti biasa.
2. Apabila sampai ke anggota wuduk yang berbalut, sapu air ke atas
balutan itu.
3. Jika balutan itu tidak boleh disapu dengan air, elakkan daripada
menyapunya.
3. Tunaikan solat dan solat tidak perlu diqada’ selepas sembuh.
UNIT 2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR
Maksud Bahagian Syarat solat Jamak
Solat Jamak 1. Melaksanakan solat mengikut turutan.
Menghimpun Takdim 2. Niat jamak dalam solat
dua solat Menunaikan
fardu dalam kedua-dua solat pertama.Tempohnya dari takbiratul ihram
satu waktu. fardu dalam waktu hingga sebelum selesai salam pertama.
solat yang 3. Bersegera melaksanakan solat kedua
pertama. selepas salam solat pertama. Tidak boleh
58
Solat Jamak diselangi ibadat lain seperti zikir atau solat
Taakhir sunat.
Menunaikan 4. Berkekalan musafir hingga selesai salam
kedua-dua solat solat kedua.
fardu dalam waktu
solat kedua. 1. Niat jamak dalam waktu pertama.
2. Masih bermusafir sehingga selesai solat
ditunaikan.
Solat jamak dapat diringkaskan seperti dalam jadual ini:
Jamak Takdim i) Zohor + Asar dalam waktu Zohor.
ii) Maghrib + Isyak dalam waktu Maghrib.
Jamak Taakhir i) Zohor + Asar dalam waktu Asar.
ii) Maghrib + Isyak dalam waktu Isyak.
MAKSUD DAN SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR
Solat Qasar
Maksud Syarat Diharuskan Solat Qasar
Memendekkan solat 1. Dilakukan ketika sedang bermusafir.
fardu empat rakaat 2. Telah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
kepada dua rakaat. 3. Tidak berniat untuk menetap melebihi tiga hari (tidak
termasuk hari perjalanan pergi dan balik).
4. Tidak mengikut imam yang bermukim.
SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMAK QASAR
1. Mengetahui destinasi yang dituju.
2. Jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer.
3. Bukan untuk tujuan maksiat.
SPEKTRUM ILMU
1. Solat qasar hanya boleh dilaksanakan jika seseorang musafir
berniat untuk tinggal di sesuatu tempat tidak melebihi tiga hari.
2. Jika seseorang telah berniat untuk tinggal di sesuatu tempat
melebihi tiga hari, iaitu empat hari atau lebih, maka dia tidak lagi
dikira sebagai musafir.
3. Dia perlu menunaikan solat seperti biasa apabila sampai ke
destinasi tersebut. Walau bagaimanapun, dia boleh melaksanakan
solat jamak dan qasar ketika dalam perjalanan pergi dan balik.
4. Jika musafir tidak pasti tempoh tinggalnya di sesuatu tempat, maka
dia dibenarkan solat qasar sehingga 18 hari.
59
CARA MENUNAIKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR.
Wajib niat dalam hati dan sunat melafazkannya.
Contoh lafaz niat:
Solat Pertama Solat Kedua
لاا.َ َاتا َماِآاْياُاماوقاَمااِ)ااصإاِاّ َّل َِاملااماتاَُاَوعاعاااَالاِاإا/ ِاهاا ُإإلا َصظ ِّه ِلاارااَفََاجرَعاَاتاَضاق ِاادإلاايَعاِ(ِإا َِاصامااامَااراكا َاع.ا َِامايآاْ ُماااقَوامِا)اصإااِاّ َّلَماِالاما ُاتَاوَاعاعاا َالاِإاالَايا/ُإإال ََعاص ِِّ ُلصااافَََجار ََاعااتَضاقاِادإلاياظااه(ِِاإراَاماا َامارااكاَعا َتا
Waktu Turutan Bilangan
Rakaat
Jamak Dalam waktu Dahulukan solat yang waktunya Dua rakaat:
Takdim pertama, iaitu terdahulu daripada solat yang Zohor, Asar
Zohor atau waktunya terkemudian. dan Isyak.
Jamak Maghrib.
Taakhir Tiga rakaat:
Dalam waktu Maghrib
kedua, iaitu Asar
atau Isyak. Boleh mendahulukan satu
daripada dua solat.
Solat pertama boleh
didahulukan kerana solat
tersebut lebih dahulu dari sudut
turutan waktu.
Solat kedua pula boleh
didahulukan kerana solat
tersebut adalah pemilik waktu.
60
UNIT 3 SOLAT KETIKA SAKIT
MAKSUD SOLAT KETIKA SAKIT
Solat ketika sakit ialah solat yang dilaksanakan oleh pesakit yang tidak
dapat menyempurnakan sebahagian rukun solat dengan sempurna.
Solat ketika sakit boleh dilaksanakan mengikut kemampuan pesakit. Hal
ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husain RA
bahawa beliau menghidap penyakit buasir lalu bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang cara solat.
Baginda bersabda:
ا.اافَ ِانااالَامااتَسا َتا ِاطعااافَ َعا ََالا َجاانَ ابا,افاَ ِاناالاَاماتاَسا َات ِاطعاافاَ َقاا ِاعداإا,َصا ِّالاقاَااِئاماا
Maksud:
Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, maka solatlah dalam
keadaan duduk. Jika tidak mampu, maka solatlah dalam keadaan
mengiring.
SPEKTRUM ILMU
Solat secara duduk yang utama ialah solat duduk di atas lantai. Sekiranya
tidak mampu, maka duduk di atas kerusi.
CARA SOLAT KETIKA SAKIT
1. Solat secara berdiri bagi orang yang tidak mampu rukuk atau sujud.
Berdiri merupakan rukun bagi solat fardu. Oleh itu, tidak sah solat secara
duduk bagi orang yang mampu berdiri.
1. Takbiratul ihram, bacaan al-Fatihah, iktidal dan salam disempurnakan
seperti biasa.
2. Rukuk
Disempurnakan seperti biasa jika mampu.
Jika tidak mampu, dilaksanakan secara
menundukkan badan sehingga dua
tangan dapat mencapai kedua-dua lutut.
61
Jika tidak mampu menundukkan badan, boleh dilakukan dengan
isyarat kepala.
Jika tidak mampu, boleh dilakukan dengan isyarat mata.
Jika tidak mampu, boleh dilakukan di dalam hati.
3. Sujud
Disempurnakan seperti biasa jika mampu.
Jika tidak mampu, hendaklah
dilaksanakan dengan menundukkan badan
melebihi kadar rukuk dan menghampirkan
dahi semampunya ke tempat sujud sama
ada secara berdiri ataupun duduk.
Jika tidak mampu menundukkan badan, boleh dilakukan dengan
isyarat kepala.
Jika tidak mampu, boleh dilakukan dengan isyarat mata.
Jika tidak mampu, boleh dilakukan di dalam hati.
4. Duduk antara dua sujud
Dilaksanakan secara berdiri (bagi yang berdiri) atau duduk di antara
dua sujud yang biasa (bagi yang duduk) atau duduk mengikut
kemampuan seperti bersila.
5. Tasyahhud akhir
Jika tidak mampu duduk, tasyahhud akhir boleh dilaksanakan
mengikut kemampuan pesakit.
2. Solat secara duduk
Solat secara duduk boleh dilaksanakan mengikut kemampuan seperti
yang berikut:
Duduk Iftirasy, iaitu duduk di antara dua sujud.
Duduk di atas kerusi atau di tepi katil.
Duduk dengan kaki berlunjur ke arah kiblat.
Duduk bersila atau cara-cara lain mengikut kemampuan.
1. Mulakan solat dalam keadaan berdiri.
Jika tidak mampu, pesakit boleh mula duduk
mengikut kemampuan.
2. Takbiratul ihram, bacaan al-Fatihah, iktidal,
duduk di antara dua sujud dan duduk tasyahhud
dilaksanakan dalam keadaan badan tegak.
62
3. Rukuk
Dilaksanakan dengan menundukkan
badan sehingga kedudukan dahi
setentang dengan tempat sujud.
Jika tidak mampu, sekurang-kurangnya kedudukan dahi
melepasi paras lutut.
Jika tidak mampu, tundukkan badan sekadar kemampuan.
4. Sujud
Dilaksanakan dengan sujud
seperti biasa jika mampu.
Jika tidak mampu, sekurang-kurangnya tundukkan badan
lebih rendah berbanding rukuk.
Jika tidak mampu, tundukkan sekadarnya.
5. Tasyahhud akhir
Sunat duduk tasyahhud akhir secara tawarruk, iaitu seperti
biasa. Jika tidak mampu, duduklah mengikut kemampuan.
3. Solat secara mengiring
1. Pesakit mengiring badannya di atas rusuk kanan. Jika tidak
mampu, boleh mengiring di atas rusuk kiri. Muka dan dada
dihadapkan ke arah kiblat.
2. Pesakit mengiring ketika bacaan al-Fatihah, iktidal, duduk antara
dua sujud dan duduk tasyahhud.
63
3. Rukuk dilaksanakan dengan menundukkan sedikit kepala.
4. Sujud dilaksanakan dengan menundukkan kepala melebihi kadar
rukuk. Jika tidak mampu, tundukkan sekadar kemampuan.
5. Jika tidak mampu menundukkan kepala, gunakan isyarat mata.
Jika tidak mampu, lakukan solat dalam hati.
4. Solat secara menelentang
1. Pesakit menelentang, kepala diangkat sedikit agar mukanya dapat
menghadap kiblat. Kaki pesakit melunjur ke arah kiblat.
2. Solat dilakukan dengan isyarat kepala.
Rukuk dilakukan dengan menundukkan sedikit kepala.
Sujud dilakukan dengan menundukkan kepala melebihi kadar
rukuk.
3. Jika tidak mampu, gunakan isyarat mata.
Rukuk dilakukan dengan menutup separuh kelopak mata.
Sujud dilakukan dengan memejamkan seluruh kelopak mata.
4. Jika tidak mampu, lakukan solat di dalam hati.
Isyarat mata ketika takbiratul Isyarat mata ketika rukuk Isyarat mata ketika sujud
ihram
64
PELAJARAN 18 – PUASA BENTENG DIRI
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN
1. Bulan diturunkan al-Quran.
Firman Allah SWT:
...َشه ُرا َر َم َضا َناإََِّلياأُن ِز َلا ِفي ِهاإلقُرأ ُناا
Maksud:
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran…
(Surah al-Baqarah: ayat 185)
2. Bulan untuk berpuasa.
Firman Allah SWT:
...افَ َمنا َشهِ َدا ِمن ُكُاإل َّشه َرافَليَ ُصم ُهاا...
Maksud:
… Oleh itu, sesiapa daripada kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada
bulan itu.
(Surah al-Baqarah: ayat 185)
3. Terdapat lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Firman Allah SWT:
لَيََلُاإلقَد ِرا َخيا ِمناأَل ِفا َشهرا
Maksud:
Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadar: ayat 3)
4. Bulan pengampunan.
A)يهbعلuقاHمتفu(rair.aهااhِ ان ِابRا َذAناmا ِامe َماrَّداiwاتَ َاقaااy َماaالاtُ َkاaَارn ُاغ ِفاbاa,اhِباaسااwَ aاح ِتاRَاوإaاsَّناuياَاluا ِإاlانlَaاh َضاSارَماAَ اWاصا َماbَ اeانrs َماabda:
Maksudnya:
Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan
pengharapan (pahala), maka diampuni dosa-dosanya yang telah
terdahulu.
65
MAKSUD, HUKUM DAN DALIL PUASA
Puasa Bahasa Menahan diri.
Istilah Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa,
bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari mengikut
syarat tertentu dan disertai dengan niat.
HUKUM PUASA
Hukum berpuasa pada bulan Ramadan adalah wajib bagi setiap
individu muslim.
DALIL PUASA
1. Firman Allah SWT:
ََقَيبالِأَُُّيكَاالاَإَعََّلَِّليُك َناتاَأتَّ َمقُنُووَإنااكُتِ َباعَلَي ُكُاإل ِّصيَا ُمامَََكاكُتِ َباعَ ََلاإََّ ِلي َنا ِمنا
Maksud:
Wahai orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan kepada orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183)
2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
.ُصاو ُماوإاِلا ُارؤاايَ ِات ِهاا َاوَاأفا ِاط ُاروإااِلا ُارؤاايَ ِتا ِهاا
)(متفقاعليه
Maksud:
Berpuasalah kamu kerana melihat (anak bulan Ramadan) dan
berbukalah (berayalah) kamu kerana melihat (anak bulan Syawal).
SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam, bukan kafir.
2. Baligh, bukan kanak-kanak.
3. Berakal, tidak gila.
4. Tidak uzur syar’ie yang menghalangnya berpuasa.
Haid atau nifas.
Gila walaupun seketika.
Pitam sepanjang hari.
66
5. Tidak uzur syar’ie yang mengharuskannya berbuka puasa.
Musafir
Sakit yang memudaratkan.
Orang tua atau pesakit yang tiada harapan untuk sembuh.
SYARAT SAH PUASA
1. Islam, bukan kafir.
2. Mumayyiz.
3. Tidak uzur syar’ie yang menghalangnya berpuasa.
Haid atau nifas.
Gila walaupun seketika.
Pitam sepanjang hari.
RUKUN DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Rukun Puasa
Niat puasa dalam hati Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa
نَ َوي ُتا َصو َماغَدا َعنا َأ َدإ ِءافَر ِضا Perkara yang membatalkan puasa
َشهرا َرَم َضا َنا َه ِذ ِهاإل َّسنَ ِةاِّ َّل ِلا
1. Makan dan minum 7. Memasukkan
تَ َعا َلا
2. Muntah dengan sengaja sesuatu
Maksud:
Sahaja aku berpuasa 3. Haid atau nifas ke dalam anggota
esok hari kerana
mengerjakan fardu 4. Mengeluarkan air mani badan melalui rongga
Ramadan pada tahun ini
kerana Allah SWT. dengan sengaja terbuka.
5. Pitam sepanjang hari 8. Bersetubuh
6. Hilang akal 9. Murtad
PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
1. Tidur berlebihan pada siang hari 5. Berbekam
2. Merasa makanan di lidah tanpa 6. Mandi secara berlebihan untuk
menelannya. menyegarkan badan.
3. Berkumur atau memasukkan air 7. Melewatkan berbuka
8. Melakukan permulaan
ke hidung secara berlebihan.
4. Mandi wajib selepas fajar. persetubuhan bagi suami isteri.
67
SUNAT PUASA
Ketika Sahur
1. Bersahur
2. Melewatkan sahur
3. Mandi wajib sebelum fajar jika berjunub.
Ketika Berbuka
1. Bersegera untuk berbuka.
2. Mendahulukan kurma, air atau makanan manis ketika berbuka.
3.اM,اeاقmُ وbارaُ ُعاcإالaِتااdoَّاتالaَ اوإباbَ اe,rاbَُماآاuَّاظkلaبااإpَ uهاaَ ذاsَ اa,.ا َاوعاَ ََالا ِاراز ِقا َاكا َاأاف َطاار ُاتا,َإاللاَّهُ َّماا َ َلاا ُصا ُتاا
َاوثاَابَ َاتاإْ َالجا ُاراِإا انا َاشا َاءاال ُال ا
Maksudnya:
Ya Allah ! Kerana-Mu aku berpuasa, dengan rezeki-Mu aku
berbuka, hilang dahaga dan basah urat saraf dan tetaplah pahala
dengan izin-Mu.
4. Menjamu orang lain berbuka puasa walau hanya dengan sebiji
kurma atau seteguk air.
Ibadat Pada Waktu Siang dan Malam
1. Membaca al-Quran
2. Berzikir, berselawat dan berdoa.
3. Bersedekah.
4. Beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
5. Menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat
dan berbohong.
6. Menahan diri daripada perbuatan yang memberahikan seperti
menonton video lucah dan melihat bukan mahram tanpa sebab.
7. Solat terawih dan witir (waktu malam sahaja).
JENIS PUASA
1. Puasa Wajib
Puasa Ramadan
Puasa qada’
Puasa nazar
Puasa kaffarah.
68
2. Puasa Sunat
Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
Puasa selang sehari (puasa nabi Daud AS).
Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijah).
Puasa pada hari tasu’a (9 Muharam) dan ‘Asyura (10 Muharam).
Puasa pada hari putih (Al-Ayyamul Baida’), iaitu 13, 14 dan 15
setiap bulan.
Puasa enam hari pada bulan Syawal selepas Aidil Fitri.
3. Puasa Makruh
Puasa pada hari Jumaat sahaja.
Puasa pada hari Sabtu sahaja.
Puasa pada hari Ahad sahaja.
Puasa sepanjang tahun.
4. Puasa Haram
Puasa pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Puasa pada hari tasyriq, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Puasa selepas nisfu Syaaban (kecuali bagi orang yang biasa
berpuasa dan orang yang wajib berpuasa).
Puasa pada hari syak,iaitu berpuasa pada 30 Syaaban.
GOLONGAN YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA
1. Musafir yang diharuskan syarak.
2. Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan.
3. Orang tua yang tidak mampu berpuasa.
4. Ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang akan
kesihatan diri atau anaknya.
5. Orang yang terlalu lapar atau dahaga sehingga boleh
membahayakan dirinya.
6. Orang yang melakukan pekerjaan berat sehingga boleh
memudaratkan dirinya jika meneruskan puasa.
MAKSUD QADA’, FIDYAH DAN KAFFARAH PUASA
Qada’ Mengganti haripuasa Ramadan bagi setiap hari yang
ditinggalkan.
Memberi makan fakir miskin dengan kadar secupak makanan
Fidyah asasi sesebuah negara bagi sehari puasa yang ditinggalkan.
Secupak bersamaan dengan 675 gram makanan.
69
Denda yang dikenakan kepada suami yang membatalkan
puasa pada bulan Ramadan dengan melakukan
persetubuhan (jimak), mengikut turutan berikut:
Kaffarah 1. Memerdekakan seorang hamba.
2. Jika tidak mampu, berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Jika tidak mampu,memberi makan kepada 60 orang
miskin dengan kadar secupak seorang.
QADA’, FIDYAH DAN KAFFARAH PUASA BAGI GOLONGAN YANG
DIHARUSKAN BERBUKA PUASA.
1 Wajib Qada’
1. Musafir yang diharuskan syarak.
2. Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan.
3. Perempuan haid atau nifas.
4. Ibu yang mengandungatau menyusukan anak yang bimbang akan
kesihatan dirinya.
2 Wajib Fidyah
1. Pesakit yang tiada harapanuntuk sembuh.
2. Orang tua yang tidak mampu berpuasa.
3. Orang yang mati sebelum sempatqada’ puasa,jika tidak diqada’
oleh warisnya.
3 Wajib Qada’ dan Fidyah
1. Ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang
akan kesihatan anaknya.
2. Tidak qada’ puasa tanpa keuzuran sehingga masuk bulan
Ramadan seterusnya.
4 Wajib Kaffarah
1. Suami yang membatalkan puasa pada bulan Ramadan dengan
melakukan persetubuhan (jimak).
HIKMAH PUASA
Umat Islam dapat:
1. Menambah ketaatan kepada Allah SWT kerana melaksanakan
ibadat kepada-Nya dan mengurangkan maksiat.
2. Memelihara kesihatan badan kerana merehatkan sistem
pencernaan dan mengatur diet seimbang.
3. Melahirkan sifat mahabbah dan belas ihsan kepada fakir miskin
kerana merasai pengalaman kekurangan makanan.
70
4. Menjimatkan perbelanjaan kerana puasa dapat mengurangkan
perbelanjaan makanan dan minuman pada siang hari.
5. Mengelakkan diri daripada terjerumus dalam penzinaan kerana
dapat mengawal nafsu syahwat.
KELEBIHAN PUASA DARI SUDUT SAINS
1. Puasa merupakan satu daripada proses detoksifikasi yang baik.
Proses detoksifikasi ialah proses menyucikan dan membersihkan
badan daripada racun dan toksin.
2. Puasa dapat menyembuhkan atau membantu mempercepat proses
penyembuhan seperti penyakit asma, radang sendi, susah tidur,
sakit kulit dan gangguan pada sistem penghadaman.
3. Melewatkan sahur membantu memelihara kesihatan badan dan
mengelakkan risiko seperti kegemukan, sakit jantung, kencing
manis dan kekurangan zat besi yang boleh mengakibatkan penyakit
anemia.
4. Kurma yang digalakkan untuk dimakan ketika berbuka
mengandungi sejenis gula yang mudah diserap oleh badan iaitu
glukosa dan fruktosa serta 23 jenis asid amino yang sebahagiannya
tidak terdapat dalam buah-buahan yang lain.
PELAJARAN 19 SOLAT SUNAT MENAMPUNG
KEFARDUAN
PENGERTIAN SOLAT SUNAT
Solat Rawatib Solat Tarawih Solat Witir
Solat sunat yang
Solat sunat yang Solat sunat dilaksanakan sebagai
penutup bagi solat
mengiringi solat fardu menghidupkan malam malam.
dan waktunya Ramadan.
mengikut waktu solat
fardu.
71
TURUTAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT RAWATIB
2 Rakaat 2 Rakaat 2 Rakaat 2 Rakaat 2 Rakaat
1 Solat Subuh
2 Solat Zohor / Solat Jumaat 3 Solat Asar
2 Rakaat 2 Rakaat
2 Rakaat 5 2 Rakaat 4
Solat Isyak Solat Maghrib
2 Rakaat
2 Rakaat
Solat Fardu Sunat rawatib muakkad Sunat rawatib ghairi muakkad
DALIL SUNAT RAWATIB
"ا َحا ِفاظا ُاتا ِام َاناإلانَّ ِِ ِّابا َاص ََّلااال ُالاعاَلاَيا ِاها َاو َاس ََّالا َاعْ َاشا:اقاَا َلاا,َعا ِاناإاب ِاناُِ َاع َراا َار ِض َيااال ُلاا َاعَّانُ َمااا
ا َاو َار َاك َعا َات ِايا,ا َاو َرا َكا َاع َات ِاياابَعا َاداإلماَاغاِر ِباا ِفااابَيا ِتا ِهاا,ا َاو َرا َكا َعا َتا ِيااابَعا َاد َهااا,َار َاك َعاا اتا َاراك َاع َات ِياااقَاب َلااإلظاه ِارا
ا َاو َرا َكا َعا َتا ِايااقَبا َلاا َصا ََال ِاةاإل اصاب ِاحا"اااااااااااااااا(إلبخاري) ا,باَعا َدااإل ِعا َشاا ِاءا ِفااابَاي ِتا ِاها
Maksud:
Ibnu Umar RA berkata: “Aku menjaga (untuk solat) bersamadengan nabi
SAW 10 rakaat, dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat selepasnya, dua
rakaat selepas Maghrib di rumahnya, dua rakaat selepas Isyak di
rumahnya dan dua rakaat sebelum Subuh.
KAIFIAT / CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
Bilangan rakaat Dua rakaat dengan satu salamatau empat rakaat dengan dua
salam.
Waktu Sebelum solat fardu (qabliah) atau selepas solat fardu
(ba’diah)
Bersendirian / Bersendirian
Berjemaah
Bacaan selepas Rasulullah SAW membaca surah al-Kafirun (rakaat pertama)
al-Fatihah dan al-Ikhlas (rakaat kedua) dalam solat rawatib Subuh dan
Isyak. Dalam solat yang lain tidak ditentukan surahnya.
72
KAIFIAT / CARA MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH
Bilangan rakaat 20 rakaat tetapi boleh dilaksanakan dengan 8 rakaat, mengikut
kemampuan.
Waktu Di antara solat Isyak dan Subuh sebelum solat Witir pada
malam-malam Ramadan.
Bersendirian / Boleh dilakukan bersendirian tetapi berjemaah lebih afdal.
Berjemaah
Bacaan selepas Tidak ditentukan bacaan surah. Sebaik-baiknya imam cuba
al-Fatihah mengkhatamkan bacaan al-Quran dalam masa sebulan.
KAIFIAT / CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR
Bilangan rakaat Dalam bilangan ganjil, iaitu tiga rakaat (2 salam) hingga 11
rakaat (6 salam). Makruh dilaksanakan satu rakaat.
Setiap malam, selepas solat Isyak dan solat-solat sunat yang
Waktu lain sebelum terbit fajar (Subuh). Sunat dilakukan pada akhir
malam.
Bersendirian / Bersendirian (jika ingin bangun malam) atau berjemaah (jika
Berjemaah solat Tarawih bersama-sama dengan imam)
Bacaan selepas Rakaat Rakaat Kedua: Rakaat Ketiga:
al-Fatihah Surah al- Surah al-Ikhlas,
Pertama: Kafirun al-Falaq dan An-
Surah al-A’la
Nas
Qunut Jika solat lebih daripada tiga rakaat, maka diulang bacaan
surah-surah tersebut.
Sunat membaca doa qunut ketika iktidal pada rakaat terakhir
mulai malam ke-16 Ramadan.
HIKMAH SOLAT SUNAT
Umat Islam dapat:
1. Menyempurnakan ibadat kepada Allah SWT kerana solat rawatib
menampung kekurangan yang ada ketika melaksanakan solat
fardu.
2. Membantu pembakaran tenaga yang terhasil daripada makanan
yang dimakan ketika berbuka puasa kerana solat tarawih menyamai
aktiviti senaman sederhana.
3. Menambah kesihatan badan melalui peningkatan aktiviti otot badan,
peningkatan kadar metabolisma badan dan penurunan berat badan.
4. Menambah khusyuk ketika solat fardu kerana solat rawatib
mempersiapkan hati untuk melaksanakan solat fardu.
73
BIDANG SIRAH DAN TAMADUN
ISLAM
PELAJARAN 20 TERBITNYA FAJAR DAKWAH
DAKWAH SECARA SULIT
Misi dakwah Rasulullah SAW bermula apabila turun wahyu daripada Allah
SWT.
Firman Allah SWT:
)٥()ا َوإلرج َزافَاْهُرا٤()ا َوِث َيابَ َكافَ َط ِّهرا۳()ا َو َربَّ َكافَ َك ِّْبا۲()اقُمافَآَن ِذرا۱(ََيا َأُّيَااإل ُم َّدثِّ ُرا
Maksudnya:
Wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan dan
amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebesaran-Nya. Dan bersihkanlah pakaianmu.Dan tinggalkanlah
perbuatan yang keji.
(Surah al-Mudatthir :ayat 1-5)
Rasulullah SAW melaksanakan tugas dakwah secara sulit terlebih
dahulu:
Pada peringkat ini, baginda menyeru individu daripada keluarga
terdekat dan sahabat yang rapat.
Antara orang yang awal memeluk Islam termasuklah Saidatina
Khadijah RA (isteri baginda), Ali bin Abi Talib (sepupu baginda)
dan Zaid bin Harithah (pembantu baginda).
Halini diikuti pengislaman Abu Bakar sahabat baik baginda. Abu
Bakar pula berjaya berdakwah kepada orang yang berpengaruh
dalam masyarakat seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman
bin Auf.
Dakwah secara sulit ini mengambil masa hampir tiga tahun.
Dalam tempoh tersebut, umat Islam berjumpa dan solat secara
bersembunyi di lorong atau di lembah yang jauh daripada
pengetahuan awam.
Pusat penyebaran Islam pada masa itu ialah rumah al-Arqam bin
Abi al-Arqam.
74
DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN
Dakwah Secara Terang-Terangan
Kepada kaum kerabat Kepada masyarakat awam
Dalilnya: Dalilnya:
َوأَن ِذرا َع ِش َيتَ َكاإْلَق َربِ َيا اافَاص َدعابِ َمااتُؤ َم ُرا َوأَع ِرضا َع ِنا ا
ااإل ُمْ ِش ِك َيا
Maksud:
Dan berilah peringatan serta amaran Maksud:
kepada kaum kerabatmu yang Oleh itu sampaikanlah secara
terdekat. berterus terang apa-apa yang
diperintahkan kepada kamu (wahai
(Surah asy-syuara’: ayat 214) Muhammad) dan janganlah engkau
hiraukan bantahan dan tentangan
kaum musyrikin itu.
(Surah al-Hijr: ayat 94)
STRATEGI DAKWAH
Bil Strategi Keterangan
1 Ucapan Baginda naik ke bukit Safa dan mengajak masyarakat
awam Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini hari
akhirat.
Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang
2 Mencari datang ke Mekah pada setiap musim haji. Pertemuan
sokongan dibuat pada waktu malam untuk mengelak gangguan kafir
Quraisy.
Mencari Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam
3 tempat agar berhijrah ke Habsyah. Habsyah negara yang aman
selamat dan mempunyai raja yang baik.
4 Mengadakan Rasulullah SAW menjemput seluruh keluarga bani
jamuan Mutalib ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan
ajaran Islam kepada mereka.
HIKMAH STRATEGI DAKWAH
Dakwah ialah tugas Rasulullah SAW. Melalui dakwah,ajaran Islam dapat
disebarkan kepada seluruh manusia. Dakwah yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW bukan sahaja melalui kata-kata tetapi juga melalui
tingkah laku dan akhlak yang mulia.
75
Rasulullah SAW melaksanakan dakwah secara terancang dan
berstrategi. Antara hikmah strategi dakwah Rasulullah SAW
termasuklah:
Strategi Hikmah
Memantapkan akidah umat Islam yang masih baru
Secara
Sulit dengan ajaran Islam.
Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa
Secara
Terang- gangguan.
terangan Untuk kemaslahatan dan menyelamatkan nyawa umat
Islam yang menjadi penggerak dakwah.
Menyuntik semangat berdakwah dalam diri umat Islam.
Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk
menegakkan syiar Islam.
Kemaslahatan untuk menyelamatkan nyawa umat
Islam yang menjadi penggerak dakwah.
FAKTOR PENENTANGAN KAUM MUSYRIKIN
Faktor penentangan mereka ialah:
Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenekmoyang
Agama mereka, iaitu percaya kepada tuhan yang berbilang. Mereka
menolak keesaan Allah SWT dan menafikan hari
kebangkitan.
Mereka berpegang kuat dengan semangat perkauman dan
Sosial mengamalkan perhambaan. Oleh itu, mereka menolak
persamaan taraf dan keadilan masyarakat yang dibawa oleh
Islam.
Golongan bangsawan dan kaya tidak mahu kehilangan
Politik kuasa. Mereka melihat Islam sebagai ancaman yang
membahayakan kepimpinan mereka.
Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan
Ekonomi ekonomi mereka terjejas. Halini kerana Islam melarang
penyembahan berhala.
76
BENTUK PENENTANGAN YANG DIHADAPI OLEH RASULULLAH SAW
Penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW muncul apabila baginda
mula berdakwah secara terang-terangan. Antara bentuk
penentangannya:
Bertemu Kaum musyrikin cuba mempengaruhi Abu Talib, bapa
Abu Talib saudara Rasulullah SAW agar menghalang usaha
Memburuk- dakwah baginda.
burukkan
Dakwah Memesongkan perhatian masyarakat Mekah daripada
dakwah baginda melalui syair serta memburuk-burukkan
Islam baginda dan umat Islam.
Menyiksa
umat Islam Menyakiti dan menyiksa Rasulullah SAW dan umat Islam.
Para hamba disiksa oleh majikan seperti Bilal bin Rabah
Tawaran dan Sumaiyyah. Para pemuda Islam pula ditentang oleh
anggota keluarga mereka sendiri.
Kompromi Memberi tawaran pangkat, harta dan wanita kepada
Rasulullah SAW, dengan syarat baginda menghentikan
Pemulauan dakwah.
Meminta Rasulullah SAW agar bertolak ansur
Bunuh mengamalkan ajaran Islam dan ajaran mereka secara
bersilih ganti. Hal ini dirakamkan dalam surah al-Kafirun,
ayat 1 – 6.
Memulaukan nabi, keluarga bani Hasyim dan bani Mutalib
serta orang Islam dengan memutuskan segala bentuk
perhubungan dengan mereka.
Mengancam untuk membunuh nabi, sehingga turun
wahyu untuk nabi berhijrah.
SPEKTRUM ILMU
Ucapan Rasulullah SAW kepada Abu Talib:
“Demi Allah, walaupun kamu meletakkan matahari di tangan kananku
dan bulan di tangan kiriku kerana hendak menghalangku daripada
berdakwah, aku tidak akan sama sekali meninggalkannya”.
Sumaiyyah ialah wanita pertama yang mati syahid. Beliau dan
keluarganya di siksa oleh Abu Jahal.
Pembesar Quraisy berkumpul di Darun Nadwah dan memutuskan untuk
membunuh nabi. Cadangan membunuh nabi datang daripada Abu
Jahal.
77
KEADAAN MASYARAKAT ARAB SETELAH MENERIMA DAKWAH
RASULULLAH SAW
Kedatangan Islam telah mengubah struktur masyarakat Arab
berdasarkan prinsip semua sama di sisi Allah SWT. Hanya takwa yang
membezakan kemuliaan seseorang. Perubahan yang berlaku selepas
Islam, termasuklah:
Akidah Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan
Akhlak Allah SWT dan mengakui nabi Muhammad SAW sebagai
Syariat pesuruh Allah.
Hanya Allah sahaja yang disembah dan menjadi tempat
mengharap sesuatu hajat.
Meninggalkan akhlak yang keji kepada berakhlak mulia
dengan menjaga hubungan yang baik dan harmoni dengan
Allah dan makhluk.
Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan
persaudaraan yang menjadikan umat Islam hidup saling
menghormati dan berkasih sayang.
Hidup berlandaskan panduan daripada al-Quran dan
sunnah. Hukum yang diamalkan ini memelihara hak
individu dan masyarakat.
FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH RASULULLAH SAW
Keunggulan Rasulullah SAW mempunyai akhlak yang tinggi dan
akhlak terpuji, sehingga mendapat gelaran ‘al-Amin’, iaitu yang
Rasulullah jujur. Keperibadian yang unggul ini menjadikan
SAW masyarakat Arab tertarik kepada seruan baginda.
Keadilan dan Ajaran Islam yang membawa keamanan dan
persamaan
dalam Islam kesejahteraan. Sebagai contoh, keadilan dan
persaudaraan dalam Islam dapat memelihara hak setiap
individu.
Kebijaksanaan Baginda sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan
Rasulullah kejayaan Islam. Baginda berdakwah secara teratur dan
SAW berstrategi. Kebijaksanaan strategi Rasulullah SAW
berjaya menjadikan Islam berkembang dengan sempurna.
Semangat Umat Islam mempunyai keyakinan dan semangat jihad
jihad yang yang tinggi. Mereka sangat yakin kepada Allah dan hari
tinggi akhirat menyebabkan mereka sanggup menghadapi
pelbagai rintangan untuk mempertahankan akidah.
78
IKTIBAR DARIPADA DAKWAH RASULULLAH SAW DI MEKAH
11. Kewajipan berdakwah.
Umat Islam mestilah berdakwah kerana dakwah ialah sunnah
Rasulullah SAW. Tugas ini perlu dilaksanakan secara bersungguh-
sungguh agar Islam tersebar ke seluruh alam.
2
2. Menunjukkan contoh teladan yang baik.
Umat Islam mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kerana cara
ini merupakan dakwah yang paling berkesan.
33. Memulakan dakwah kepada anggota keluarga.
Setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan anggota
keluarganya daripada kekufuran dan kemaksiatan. Oleh itu, dakwah
mesti bermula daripada rumah sendiri sebelum kepada masyarakat.
44. Merancang strategi dalam berdakwah.
Berdakwah perlu dilakukan secara terancang dan berstrategi dan
bukannya mengharapkan perkara luar biasa berlaku supaya mendapat
hasil yang lebih baik.
SPEKTRUM ILMU
Daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda:
...باَلاِّ ُاغوإا َاع ِِّناا َاوالَوااأياَةاا
(إلبخاري)ااااا
Maksud:
Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat….
SPEKTRUM ILMU
Pepatah Arab ada me ِالnَقااyَامaإالtاaِناkاaساnَ :ِلا َساا ُاناإ الَا ِالا َاأفا َاص ُحاا ِامناا ِلا
Maksud:
Teladan lebih berkesan daripada ucapan.
79
PELAJARAN 21 HIJRAH DETIK BERSEJARAH
MAKSUD HIJRAH RASULULLAH SAW
Bahasa Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari
Hijrah Istilah Mekah ke Madinah atau Yathrib. Peristiwa hijrah ini
berlaku pada tahun ke-13 kerasulan.
SPEKTRUM ILMU
Hijrah juga diertikan sebagai berpindah daripada kehidupan yang buruk
kepada kehidupan yang lebih baik.
Umat Islam berhijrah ke Madinah secara beransur-ansur selepas
menerima arahan daripada Rasulullah SAW. Mereka keluar dari kota
Mekah secara rahsia supaya tidak diketahui oleh kaum musyrikin Mekah.
Tiada seorangpun sahabat yang berani berhijrah secara terang-terangan
kecuali Umar bin al-Khattab.
Setelah hampir dua tahun, para sahabat beransur-ansur berhijrah ke
Madinah barulah Rasulullah SAW berhijrah setelah mendapat isyarat
daripada Allah SWT.
80
FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA HIJRAH
11. Isyarat Allah SWT.
Allah SWT mengisyaratkan Rasulullah SAW supaya berhijrah
sebagaimana firman-Nya:
اااااااا ََووِيإَمذا ُكيَ ُمروُك َُنراابَِويَ َمكاكُإََُّرِلايإَّنَّل ُالكَافَا َُورإوّ َّإلُلالِاُيثَخ ِبتُُيواإَلك َماأَا ِكواِرييَقَناتُلُو َكاأَواَُي ِر ُجو َكاا
Maksud:
Dan ingatlah, ketika orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu
daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau
mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah
menggagalkan tipu daya (mereka) kerana Allah sebaik-baik yang
menggagalkan tipu daya.
(Surah al-anfal:ayat 30)
22. Memelihara akidah.
Umat Islam mengorbankan tanah air dan harta mereka demi
menyelamatkan akidah tauhid yang lebih berharga.
33. Pelawaan penduduk Yathrib.
Sekumpulan penduduk Yathrib telah mempelawa Rasulullah SAW
untuk menjadi pemimpin mereka di Yathrib. Rasulullah SAW
mengadakan Baiah Aqabah Pertama dan Baiah Aqabah Kedua
dengan sekumpulan penduduk Yathrib. Baginda telah menghantar
Mus’ab bin Umair untuk berdakwah dan mengajar al-Quran kepada
penduduk Yathrib.
SPEKTRUM ILMU
Antara orang terawal berhijrah termasuklah Abu Salamah. Beliau tidak
dapat membawa isteri dan anaknya berhijrah bersama-sama kerana
dihalang oleh anggota keluarganya.
ISI KANDUNGAN BAIAH AQABAH PERTAMA
1. Tidak menyekutukan Allah SWT.
2. Tidak mencuri.
3. Tidak berzina.
4. Tidak membunuh anak.
5. Tidak mengada-adakan dusta.
6. Tidak menderhakai perkara yang baik.
81
ISI KANDUNGAN BAIAH AQABAH KEDUA
1. Melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW seperti
melindungi keluarga sendiri.
4
4. Penentangan musyrikin Quraisy semakin kuat.
Musyrikin Mekah melakukan pelbagai bentuk penentangan
termasuklah penyiksaan terhadap umat Islam. Tekanan ke atas
Rasulullah SAW pula semakin hebat, terutamanya selepas kematian
bapa saudara baginda, iaitu Abu Talib.
Kemuncak kepada penentangan mereka ialah mereka berpakat di
Darun Nadwah untuk membunuh Rasulullah SAW.
PAKATAN MEMBUNUH NABI MUHAMMAD SAW DI DARUN
NADWAH
Mesyuarat bersetuju agar seorang pemuda yang gagah daripada setiap
puak dipilih membunuh nabi SAW secara serentak supaya bani Hasyim
tidak dapat menuntut bela atas kematian nabi Muhammad SAW.
PERISTIWA PENTING SEMASA HIJRAH RASULULLAH SAW
1 27 SAFAR – MEKAH
Pada waktu tengah malam Rasulullah SAW keluar bersama-sama
dengan Saidina Abu Bakar. Saidina Ali pula tidur berselimut di tempat
baginda untuk mengelirukan musyrikin Quraisy.
Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menyusuri jalan yang tidak biasa
dilalui oleh orang ramai ke Madinah.
Abdullah, putera Saidina Abu Bakar bertugas meninjau dan melaporkan
situasi yang berlaku diMekah. Asma, puterinya pula bertugas
menyediakan bekalan makanan. Ami bin Fuhairah, hambanya pula
membawa kambing ke pintu gua untuk menyediakan bekalan susu dan
menghilangkan kesan jejak kaki Rasulullah SAW.
Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah SAW.
82
Kelompok Quraisy membuat operasi besar-besaran menjejaki Rasulullah.
Sebahagian daripada mereka telah tiba ke Gua Thur tetapi dengan
bantuan Allah SWT mereka tidak dapat menemui Rasulullah SAW.
Dalam keadaan yang cemas itu, Rasulullah SAW mententeramkan
Saidina Abu Bakar RA sebagaimana yang disebut dalam ayat 40 surah
at-Taubah.
2 GUA THUR
Setelah tiga hari di Gua Thur, mereka menuju ke Madinah bersama-sama
dengan seorang penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraiqit, seorang
musyrikin yang jujur.
3 8 RABIUL AWAL – QUBA’
Rasulullah SAW tiba di Quba’ dan tinggal beberapa hari di sana.
Semasa berada di Quba’, Rasulullah SAW telah membina masjid.
Suroqah bin Malik berjaya menjejaki Rasulullah SAW tetapi apabila
kudanya menghampiri Rasulullah SAW, kuda yang ditunggangnya
terperosok ke dalam pasir sebanyak tiga kali. Rasulullah SAW
memaafkan Suroqah dan memintanya merahsiakan pertemuan mereka
lalu menjanjikan mahkota Kisra untuknya.
4 12 RABIUL AWAL – YATHRIB (MADINAH)
Ketibaan Rasulullah SAW disambut gembira oleh penduduk Yathrib.
Mereka berlumba-lumba merebut tali unta tunggangan Rasulullah SAW
dengan harapan Rasulullah SAW menetap di rumah mereka. Akhirnya
unta Rasulullah SAW berhenti di rumah Abu Ayub al-Ansari.
83
KESAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW KE
MADINAH
Aspek Kesan
Agama Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah dapat
dilaksanakan secara lebih terbuka.
Sosial Kehidupan masyarakat Madinah berubah kepada sistem
hidup yang lebih baik dari segi akidah, syariat dan akhlak.
Politik Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat di
bawah pimpinan Rasulullah SAW.
Ekonomi Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh melalui
sistem ekonomi Islam yang dilaksanakannya.
IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW KE
MADINAH
Umat Islam perlu:
1. Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi sebelum
melakukan sesuatu tindakan.
2. Sentiasa bersikap optimis, yakin bahawa kejayaan pasti bersama-
sama dengan orang yang benar.
3. Mencari teman yang soleh, baik budi pekerti dan ikhlas membantu.
4. Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.
5. Sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan Allah SWT serta
mematuhi segala perintah-Nya.
6. Sentiasa mengutamakan dan memelihara kesucian akidah dan
keselamatan nyawa.
84
PELAJARAN 22 KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI
MADINAH
KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
Pemerintahan kerajaan Islam yang pertama di dunia bermula di Madinah.
Rasulullah SAW telah membina asas negara Islam Madinah yang kuat
dengan cara:
1. Membina masjid.
2. Mempersaudarakan muhajirin dengan ansar.
3. Menggubal piagam Madinah.
4. Membina pusat perniagaan.
Kepimpinan baginda yang hebat ini dapat dilihat dari aspek ibadat,
kemasyarakatan, politik dan ketenteraan.
Kepimpinan Rasulullah SAW
Ibadat Kemasyarakatan Politik Ketenteraan
SPEKTRUM ILMU SPEKTRUM ILMU
Daripada Anas bahawa Rasulullah
Zaman pemerintahan kerajaan
SاAناWَ ا ِماbَةاeَّاكrdِاب َماoااaَام,اااإللاَّ ُه َّمااإجا َعا الاِابال َام ِداياناَ ِةاا ِاضعا َاف اىاا Islam:
اااإال َْ َاب َاك ِةا ا
1. Zaman Rasulullah SAW
)(متفقاعليه 2. Khulafa’ Ar-Rasyidin
3. Umaiyyah
Maksud: 4. Abbasiyyah
Wahai Tuhanku jadikanlah Madinah ini 5. Usmaniyyah
dua kali ganda keberkatan daripada
yang telah Engkau jadikan di Mekah.
85
KEHEBATAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW
1 Pengikat Hubungan Antara Manusia Dengan Allah SWT
IBADAT
Asas dakwah Rasulullah SAW ialah usaha menyeru manusia supaya
menyembah Allah SWT yang Esa.
Kepimpinan Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda menjadi
imam pada setiap solat fardu kecuali ketika baginda sakit.
Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai syiar Islam, tempat
tumpuan masyarakat untuk beribadat, menuntut ilmu dan
menyelesaikan sebarang masalah.
Rasulullah SAW mengutamakan solat fardu kerana hubungan
akidahnya yang rapat dengan Allah SWT.
Rasulullah SAW istiqamah menunaikan solat sunat dan qiamullail
di rumah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.
Kesempurnaan akidah dan ibadat Rasulullah SAW adalah kerana
kesempurnaan akhlak baginda yang mengamalkan perintah Allah
SWT.
SPEKTRUM ILMU
Kesungguhan Rasulullah SAW dalam qiamullail.
Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah RA berkata, Rasulullah SAW
menunaikan solat malam sehingga kelihatan bengkak kedua-dua
kakinya. Maka dikatakan kepada baginda, “Mengapa engkau
menyusahkan dirimu sebegini sedangkan Allah SWT telahpun
mengampunkan dosamu yang lalu dan yang kemudian?” Baginda
menjawab: َأافاَ ََالا َأا ُكاو ُناا َاعبا ادإا َشا ُكاوارإ ا
(متفقااعليه)ااا
Maksud:
“Adakah tidak boleh untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?”
86
2 Ukhwah Teras Kesatuan Umat
KEMASYARAKATAN
Kehebatan kepimpinan Rasulullah SAW telah berjaya menjadikan
masyarakat Madinah hidup harmoni, saling membantu dan bersatu
mempertahankan negara Madinah.
Kemudian terbentuknya sebuah masyarakat Madinah yang baharu
gabungan daripada ansar, muhajirin dan yahudi.
Kejayaan dapat dilihat melalui usaha baginda, antaranya:
Persaudaraan Sesama Islam Jaminan Keselamatan Kaum Bukan
Islam
# Rasulullah SAW mempersaudarakan # Rasulullah SAW mengadakan
muhajirin dan ansar dalam ikatan Islam. perjanjian dengan kaum yahudi dan
Setiap orang ansar mengambil seorang musyrikin yang tinggal di Madinah.
muhajirin sebagai saudaranya serta Mereka perlu bersama-sama menjaga
berjanji untuk membantunya. keselamatan dan keamanan Madinah.
# Orang ansar memberikan pelbagai # Hak kemasyarakatan dan kebajikan
bantuan seperti tempat tinggal dan harta. mereka dijaga dan tidak diceroboh.
SPEKTRUM ILMU
Antara inti pati perjanjian Piagam Madinah berkaitan dengan bukan Islam:
1. Kelompok yahudi diiktiraf sebagai satu umat dan dijamin
keselamatan mereka.
2. Setiap kelompok bebas mengamalkan agama dan pegangan
masing-masing.
3. Orang musyrikin Madinah tidak boleh memberikan bantuan kepada
orang Quraisy Mekah.
87
3 Memacu Keselamatan Negara
POLITIK
Rasulullah SAW bijak menjaga keamanan dan kestabilan negara
Madinah. Strategi politik baginda seperti berikut:
Hubungan Dalaman
1. Rasulullah SAW menggubal piagam Madinah iaitu perlembagaan
negara Madinah secara bertulis. Piagam ini dibina atas dasar
tanggungjawab dan keadilan untuk memastikan hak setiap individu
yang mematuhi piagam ini terpelihara.
2. Rasulullah SAW mengamalkan konsep syura dalam
pemerintahannya. Baginda sentiasa berbincang dengan para
sahabat, meminta pandangan dan menetapkan keputusan secara
bersama.
Hubungan Luaran
1. Rasulullah SAW mengadakan perundingan dengan sebanyak
mungkin kabilah Arab di sekitar Madinah.
2. Rasulullah SAW mengikat perjanjian persahabatan dengan mereka
atau sekurang-kurangnya perjanjian berkecuali supaya mereka
tidak akan menyokong atau berperang untuk mana-mana pihak.
3. Rasulullah SAW sangat patuh kepada syarat-syarat perjanjian
tersebut.
4. Rasulullah SAW mengutus surat kepada kerajaan luar sekitar
Madinah untuk mengajak mereka beriman kepada Allah SWT.
SPEKTRUM ILMU
Antara isi Piagam Madinah:
Sebarang perselisihan dirujuk kepada Rasulullah SAW sebagai
ketua negara.
Setiap pihak yang mengikat perjanjian perlu taat kepada
pemerintahan Rasulullah SAW.
Semua pihak wajib menjaga kesucian kota Madinah daripada
sebarang kezaliman.
88
SPEKTRUM ILMU
Contoh surat undangan untuk beriman:
بِسا ِمااإّ َّل ِالاإل َّارْ َحا ِنااإل َّار ِحا ِيا
Daripada Muhammad hamba dan pesuruh Allah. Kepada Al-Maqauqis
pemeluk agama Kristian yang terkenal.
Selawat dan salam ke atas mereka yang mengikut petunjuk Allah SWT.
Aku menyeru kamu supaya memeluk Islam dan menjadi seorang muslim
4
KETENTERAAN Menjulang Maruah Agama Mempertahankan Nyawa
Kewibawaan Rasulullah SAW dalam aspek ketenteraan dapat menjaga
maruah agama dan keselamatan umat Islam. Antara tindakan Rasulullah
SAW termasuklah:
Umum Strategi Peperangan
Mengutamakan perdamaian Mempelbagaikan strategi
berbanding peperangan. peperangan untuk mengelirukan
Menubuhkan pasukan peronda musuh.
untuk mendapat maklumat Bergerak secara rahsia dan
musuh. pantas sehingga tidak memberi
Memperkuat umat Islam dengan peluang kepada musuh untuk
ilmu dan kemahiran ketenteraan. menyerang balas dan akhirnya
Mengetuai hampir semua musuh menyerah atau melarikan
peperangan dengan kemahiran diri.
yang tinggi dan meminimumkan Melancarkan serangan psikologi
kehilangan nyawa dan harta. untuk melemahkan semangat
Mengamalkan peperangan yang musuh dan dapat mengelakkan
beretika seperti tidak membunuh pertumpahan darah.
orang awam dan tidak Tidak panik walaupun berada
merosakkan tanaman. dalam situasi genting malah terus
bangkit menyusun strategi
baharu.
SPEKTRUM ILMU
Medan Peperangan Uhud
Suasana genting berlaku apabila kumpulan memanah meninggalkan
lokasi mereka sehingga memecahkan barisan tentera Islam. Namun
Rasulullah SAW menyusun strategi baharu dengan membuat pertahanan
di kawasan tinggi di Bukit Uhud. Akhirnya tentera Islam dapat
dikumpulkan semula dan kembali gigih menyerang musuh.
89
IKTIBAR DARIPADA KEPIMPINAN RASULULLAH SAW
1
IBADAT
Mengajak anggota keluarga dan rakan bersama-sama untuk
membudayakan ibadat dalam kehidupan kerana ketaatan kepada
Allah SWT.
Mengimarahkan masjid dengan menyertai aktiviti masjid seperti
solat berjemaah dan majlis ilmu.
2
KEMASYARAKATAN
Menyertai dan menggerakkan aktiviti kemasyarakatan dan
kesukarelawanan seperti gotong-royong dan kenduri-kendara.
Memelihara hubungan baik dan bantu-membantu sesama rakan
tanpa mengira kaum dan agama.
Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi setempat seperti koperasi
sekolah dan keusahawanan kecil.
3
POLITIK
Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan selagi tidak
bercanggah dengan syariat Islam.
Menyumbangkan idea untuk pembangunan kelab atau persatuan
yang disertai.
Tidak bersubahat dengan perlakuan jahat yang boleh
memudaratkan diri, masyarakat, agama dan negara.
4
KETENTERAAN
Menanam sifat cinta akan negara dan patriotism dalam diri serta
sanggup berkorban demi agama dan negara.
Menjaga kekuatan fizikal dan mental dengan menyertai aktiviti
sukan dan kokurikulum.
Menyertai dan menggerakkan badan beruniform.
90
PELAJARAN 23 WANITA SURI TELADAN UMAT
SAIDATINA KHADIJAH RA PERMAISURI HATI NABI SAW
Riwayat Hidup
Nama Sebenar Khadijah binti Khuwailid
Keturunan
Gelaran Bangsawan Quraisy daripada suku bani Asad.
إل َطا ِه َرةAl-Tohirah (
Perkahwinan ) yang bermaksud suci maruah diri.
Kerjaya Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan
Keislaman
Kewafatan dikurniai enam orang cahayamata iaitu Al-Qasim, Abdullah,
Ruqaiyyah, Zainab, Ummu Kulsum dan Fatimah.
Tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya.
Orang pertama yang menerima Islam.
Tahun ke-10 kerasulan pada usia 65 tahun.
SPEKTRUM ILMU
Kata-kata saidatina Khadijah yang menenangkan hati ketika Rasulullah
SAW menerima wahyu yang pertama:
“Bergembiralah ! Demi Allah Dia tidak akan merendahkanmu. Engkau
menjalinkan silaturahim, jujur dan amanah, menanggung anggota
keluarga yang kekurangan, menjamu para tetamu dan membantu orang
yang ditimpa musibah.”
SIFAT UTAMA
1. Saidatina Khadijah seorang yang bijak bertindak.
Beliau merujuk seorang yang berilmu iaitu Waraqah bin
Naufal serta memberikan kata-kata semangat kepada
Rasulullah SAW ketika baginda menerima wahyu yang
pertama di Gua Hira’.
2. Saidatina Khadijah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi.
Banyak hartanya digunakan untuk membantu umat Islam
pada awal Islam, termasuklah keluarga bani Hasyim semasa
dipulau oleh musyrikin Quraisy. Pada saat kematian beliau,
keseluruhan hartanya telah dibelanjakan ke jalan Allah SWT.
91
SUMBANGAN
1. Saidatina Khadijah RA sentiasa bersama-sama dengan suami yang
tercinta. Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan
Rasulullah SAW. Sebagai contoh, beliau menyediakan bekalan
kepada Rasulullah SAW sewaktu di Gua Hira’.
2. Saidatina Khadijah RA menjadi pendorong dan penyokong
perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam.
3. Saidatina Khadijah RA telah membelanjakan semua hartanya untuk
Islam. Beliau membantu orang yang kesusahan dengan hasil
perniagaannya.
IKTIBAR
Kita hendaklah:
Bertindak dengan bijak.
Mendermakan harta di jalan Allah SWT.
Suka membantu.
Istiqamah memperjuangkan agama Islam.
Sentiasa menyokong anggota keluarga yang berdakwah di jalan
Allah SWT.
SPEKTRUM ILMU
Daripada Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik wanita
pada zamannya ialah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”
(Muttafaqun ‘alaih)
SAIDATINA AISYAH RA SERI KANDI ILMU
Nama Sebenar Riwayat Hidup
Keturunan Aisyah binti Abu Bakar.
Gelaran Bangsawan Quraisy daripada suku bani Taimi.
Perkahwinan As-Siddiqah ( )إل ِصا ِّداايقاَةyang bermaksud wanita yang berkata benar.
Kewafatan Al-Humaira’ ( )إال ُاح َام َايإءbermaksud putih kemerah-merahan.
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan Syawal, tiga
tahun sebelum hijrah.
Tahun 58 hijrah pada usia 67 tahun.
92
SIFAT UTAMA
1. Cerdas dan pintar.
Saidatina Aisyah RA mendapat didikan daripada
ayahandanya dan daripada Rasulullah SAW. Beliau rajin
bertanya dan selalu mengikuti majlis ilmu Rasulullah SAW.
Antara ilmu yang dikuasainya termasuklah al-Quran, hadis,
bahasa Arab, syair dan perubatan.
2. Sabar dan tabah.
Apabila difitnah oleh golongan munafik dalam peristiwa
ح ِدي ُث اإلفكhadisul ifki (
ِ َSWT. Akhirnya turun ayat al-Quran membersihkan Saidatina
), beliau berserah diri kepada Allah
Aisyah daripada fitnah tersebut.
3. Pemurah dan lembut hati.
Saidatina Aisyah RA sangat dermawan. Beliau suka
bersedekah apa-apa sahaja yang ada di tangannya. Beliau
pernah memberikan sebiji kurma kepada seorang wanita
bersama dengandua orang anaknya, sedangkan itu sahajalah
makanan yang beliau ada.
SPEKTRUM ILMU
MAlalاakيhsuخmَ dاe:َوm ُهbاeلrsَابihاkُكaَnإالSشaَ iاdُهaوtiُبnسaَ اAََِثتiاsِللy َإaنااhك َاdا ُِمaمبنrَِ iاpسةaََبdَتصaإُعكfاiاtاnَِمكaاhلِإَ َُّنكااإَاَّلِِلي ُ َِّنكااإ َجما ُِءروإئاا ِِِمبَّنُلِافم
Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu ialah segolongan
daripada kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta)
itu buruk bagi kamu, bahkan berita itu baik bagi kamu. Setiap orang
antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang
dilakukannya itu…
(Surah An-Nur: ayat 11)
93
SUMBANGAN
1. Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah SAW
dalam pelbagai bidang.
2. Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan
Rasulullah SAW terutamanya dalam hal kewanitaan dan
kekeluargaan.
3. Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu al-
Quran, hadis, feqah terutamanya feqah kewanitaan, bahasa Arab
dan syair.
IKTIBAR
Kita hendaklah:
Belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar dalam bidang
yang dipelajari.
Bersabar dan berdoa serta berserah diri kepada Allah SWT.
Bersedekah dan suka membantu.
SPEKTRUM ILMU
Urwah berkata kepada Saidatina Aisyah, “Ilmu pengetahuanmu yang luas
tidak menghairankan saya kerana dirimu isteri Rasulullah SAW dan anak
kepada Abu Bakar.”
(Ahmad)
SAIDATINA FATIMAH RA RATU SYURGA
Nama Sebenar Riwayat Hidup
Gelaran Fatimah binti Muhammad SAW.
Perkahwinan إل َزه َرإءAz-Zahra’( ) yang bermaksud putih berseri-seri.
Kedudukan Berkahwin dengan Saidina Ali RA dan dikurniai empat orang
dalam Keluarga cahayamata iaitu Hassan, Husain, Zainab dan Ummu Kulsum.
Keislaman
Puteri bongsu Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah.
Kewafatan
Kanak-kanak perempuan pertama yang menerima Islam.
Enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW pada usia 28
tahun.
94
SIFAT UTAMA
1. Kasih dan taat kepada ayahandanya.
Selain menyokong usaha dakwah, beliau juga mengurus
makan minum ayahandanya selepas kematian ibunya
ُاإماا َاأ ِابياَاsehingga digelar ‘ummu abiha’ (
) yang bermaksud ‘ibu
kepada ayahnya’.
2. Reda dan tabah terhadap perkara yang berlaku kepada anggota
keluarganya.
Saidatina Fatimah reda dengan dugaan yang dihadapi oleh
Rasulullah SAW dan tabah menghadapikehidupan yang
serba kekurangan.
SPEKTRUM ILMU
Pada suatu ketika Saidina ali RA meminta Fatimah RA berjumpa
Rasulullah SAW untuk mendapatkan pembantu rumah. Nasihat baginda,
“Inginkah kamu berdua aku tunjukkan perkara yang lebih baik daripada
pembantu rumah? Maka sebelum tidur bacalah Allahu Akbar,
Subhanallah dan Alhamdulillah sebanyak 33 kali.”
SPEKTRUM ILMU
Sifat cakna Fatimah RA terhadap ayahandanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang sujud menunaikan solat
di kaabah, orang musyrikin telah meletakkan uri unta ke atas badan
baginda. Lalu Fatimah membersihkan baginda daripada kotoran
tersebut.
SUMBANGAN
1. Pendorong kepada Rasulullah SAW ketika ditentang oleh kafir
Quraisy.
2. Mengambil berat terhadap ayahandanya dengan memberi khidmat
bakti dalam menyediakan keperluan harian.
3. Berjaya mendidik anak-anak menjadi muslim yang soleh.
IKTIBAR
Kita hendaklah:
Menjadi anak yang soleh dan solehah.
Berkhidmat kepada ibu bapa di rumah.
Mendorong mewujudkan keluarga yang mentaati Allah SWT.
95
SAIDATINA SUMAIYYAH RA SAIYYIDATUS SYUHADA’
() َسا ِّاي َاد ُاةاإلشاهَ َداإء
PENGHULUWATI PARA SYAHID
Nama Sebenar Riwayat Hidup
Status Sumaiyyah binti Khubbat.
Perkahwinan Bekas hamba kepada Abu Huzaifah Al-Makhzumi.
Kelebihan Berkahwin dengan Yasir bin ‘Amir. Anaknya bernama Ammar.
Keislaman Wanita pertama yang mati syahid.
Kewafatan Keluarga Sumaiyyah antara golongan terawal memeluk Islam.
Disula dengan tombak oleh Abu Jahal.
SPEKTRUM ILMU
Daripada Usman RُاةAَّ َاجانbإلاaاhُدا ُكاaُ wاو ِاعaا َماR َّانaافَ ِاsاu,اluساlِlaِ ياhََ لااSَ أAإاWاصْابbَ اe,rاsابإaْاصbَ da:
Maksud:
“Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempatmu syurga.”
SIFAT UTAMA
1. Kesabaran yang tinggi dalam mempertahankan akidah Islam.
Sumaiyyah dan anggota keluarganya disiksa dengan kejam di
tengah kepanasan padang pasir. Sumaiyyah dan
keluarganya dipaksa untuk kembali kepada agama asal
mereka, tetapi mereka tetap beriman kepada Allah SWT.
Sumaiyyah akhirnya mati disiksa oleh Abu Jahal manakal
suaminya juga syahid akibat disiksa.
Ammar pula terus bertahan walaupun disiksa dengan
pelbagai cara sehingga akhirnya dia terpaksa berpura-pura
mengikut kehendak kafir Quraisy.
SUMBANGAN
1. Menjadi contoh dalam mempertahankan agama Islam.
2. Sanggup menggadaikan nyawanya demi Islam.
3. Memberi imej yang baik dalam memperjuangkan akidah Islam.
96
SPEKTRUM ILMU
Rukhsah dalam penyataan iman ketika ditindas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Seseiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya
kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan
kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman.
(Surah An-Nahl: ayat106)
IKTIBAR
Kita hendaklah:
Menghargai akidah dan iman.
Memelihara iman daripada perkara yang boleh merosakkannya.
Tegas menegakkan kebenaran.
Bercita-cita untuk mati syahid.
97
BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH
PELAJARAN 24 MALU PERISAI IMAN
MAKSUD MALU
Malu Bahasa Kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan.
Istilah Berasa aib atau perasaan tidak selesa untuk
melakukan sesuatu yang buruk kerana tidak mahu
dihina.
DALIL NAQLI BERKENAAN MALU
Firman Allah SWT tentang sifat malu dalam al-Quran:
فََما َجاا َ َءستقَ ُيها ِإَتحالََدنَإاُُهَاااتَم ِِشاعَ ََلاإس تِحيَاءاقَالَتا ِإ َّناأَ ِبايَد ُعو َكالِيَج ِزيَ َكاأَج َرا
Maksud:
Kemudian salah seorang perempuan dua beradik itu datang
mendapatkan Musa dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu malu
sambil berkata, “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas
budimu kerana memberi minum binatang ternakan kami..”
(Surah al-Qasas: ayat 25)
Dalam hadis daripada Anas RA Rasulullah SAW menerangkan:
)ِاإ َّنااِال ُ ِّكاا ِادياناا ُاخالُقااا َاو ُاخالُ ُقااإ ِال اس ََال ِاماإال َحا َايا ُاء (إبناماجه
Maksud:
Sesungguhnya bagi setiap agama itu ada akhlak, akhlak Islam itu adalah
malu.
SPEKTRUM ILMU
Daripada Imran bin Husaiياn َابRِ اAال,َّ ا ِاإRتاaِ ْاآsَايuالاluَ اlَاءlaَيااh َاحSاإالA َّناWِاإ bersabda:
Maksud:
Sesungguhnya malu tidak datang melainkan dengan kebaikan.
98
Dalam hadis Rasulullah SAW menerangkan:
َكع ِباDaripada Busyair bin Ka’bi ( ) dalam kitab al-Hikmah berkata:
)ِإا َّناا ِام َنااإال َاح َياا ِاءا َاواقَاارإا َاوِإا َّناا ِما َاناإال َحا َياا ِاءا َاس ِاكياانَةا (متفقاعليه
Maksud:
Sesungguhnya orang yang mempunyai sifat malu ada kemuliaan dan
ketenangan jiwa.
Daripada Abu Mas’ud al-Ansari al-Badri RA, Rasulullah SAW bersabda:
)افاَا اصناَعاا َمااا ِاشائ َات (إلبحاري,ا ِإا َاذإاالَمااتاَسا َتا اح ِايا...
Maksud:
… Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa-apa yang kamu suka.
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat malu merupakan cerminan maruah
diri seseorang. Jika seseorang telah hilang malu, maka hilanglah maruah
diri dan akan melakukan dosa.
Malu merupakan adab yang baik, mempunyai kelebihan dan
menunjukkan sifat mulia seseorang.
SPEKTRUM ILMU
Daripada Abu Hurairah RA, sabda nabi SAW:
Maksud: .ا َاوإال َحا َياا ُاءا ُشااع َبااةا ِما َنااإ ِلي َما ِنا,إ ِلااي َماا ُنااِبا اضعاا َاو ِساتاو َناا ُشااع َابةاا
Iman itu lebih 60 cabang, dan malu sebahagian daripada cabang iman.
CONTOH SIFAT MALU AMALAN RASULULLAH SAW
SIFAT MALU YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW
Rasulullah SAW melakukan banyak ibadat kerana sifat malu kepada Allah
SWT dan untuk menjadi hamba yang bersyukur.
99
Al-Mughirah meriwayatkan RA meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW
gigih menunaikan solat malam sehingga bengkak kedua-dua belah
kakinya. Apabila ditanya, baginda menjawab:
َأاافَ ََلاا َاأ ُاكو ُانا َاعبا ادإا َشا ُاكوراإ ا
(متفقااعليه)ااا
Maksud:
“Adakah tidak boleh untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?”
SIFAT MALU YANG DITUNTUT
1. Malu melakukan perkara maksiat dan yang haram, contohnya malu
berjudi, mengumpat dan mengutuk rakan.
2. Malu melanggar perintah Allah SWT, seperti tidak menunaikan solat
fardu, makan di khalayak ramai pada siang hari bulan Ramadan.
3. Malu meninggalkan perkara sunat, seperti tidak menunaikan solat
sunat rawatib, tidak menderma ketika rakan ditimpa musibah.
4. Malu melakukan perkara makruh, seperti makan dengan tangan kiri,
berbual kosong dan bercakap tidak sopan.
SIFAT MALU YANG DILARANG
Antara sifat malu yang dilarang adalah seperti yang berikut:
Malu Belajar
Malu berada di hadapan di dalam kelas.
Malu membaca di khalayak ramai.
Malu ke majlis ilmu.
Malu bertanya guru.
Malu mendampingi ulamak.
Malu melakukan perintah agama.
Malu menjadi imam solat.
Malu berucap di hadapan khalayak.
Malumengaku ibu yang tua dan miskin.
Malu melakukan kebaikan.
Malu bertanya.
Malu berada dalam majlis ilmu.
100