The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi bab Al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah, Sirah dan Akhlak yang ditulis semula dalam tulisan rumi berdasarkan buku teks.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhamisah Md Hassan, 2020-04-15 13:39:37

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Mengandungi bab Al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah, Sirah dan Akhlak yang ditulis semula dalam tulisan rumi berdasarkan buku teks.

HUBUNGAN SIFAT MALU DENGAN IMAN

Orang yang beriman sentiasa malu untuk melakukan larangan Allah SWT
dan meninggalkan suruhan-Nya.

Daripada Abdullah bin Umar, sabda Rasulullah SAW:

Maksud: ‫إل َح َيا ُءا ِم َناإ ِلي َما ِان‬

Malu itu sebahagian daripada iman.

Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa tahap iman seseorang
berkait rapat dengan sifat malu. Malu yang dimaksudkan ialah malu yang
menepati kehendak syarak dan yang membawa kebaikan. Orang yang
beriman sentiasa malu untuk melakukan larangan Allah SWT dan
meninggalkan suruhan-Nya.

Sebaliknya orang yang tidak ada sifat malu akan melakukan maksiat
tanpa segan silu. Oleh itu, keimanan dan ketaatan seseorang itu berkait
rapat dengan sifat malu.

# Keimanan dan ketaatan seseorang itu berkait rapat dengan sifat malu
kerana orang yang beriman sentiasa malu untuk melakukan larangan
Allah SWT dan meninggalkan suruhan-Nya.

KEPENTINGAN SIFAT MALU
1. Malu melakukan maksiat kerana takut dan segan kepada Allah
SWT yang maha melihat. Contohnya, berdua-duaan antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah.
2. Benteng keimanan. Orang yang malu akan menjaga maruah diri
daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral.
3. Berlumba-lumba mentaati perintah Allah dan rasul serta
mengharapkan reda Allah SWT.
4. Sifat malu seseorang menyerlahkan kecantikan akhlak dan
kemuliaan insan.
5. Orang yang pemalu sentiasa terhindar daripada melakukan
maksiat.

101


PELAJARAN 25 MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

MAKSUD KASIH SAYANG (MAHABBAH)

Kasih Bahasa Cinta, kasih, sayang dan kecenderungan diri.
sayang Istilah Kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik.

DALIL NAQLI KASIH SAYANG (MAHABBAH)

1. Firman Allah SWT tentang sifat kasih sayang Allah SWT dalam al-
Quran:

Maksud: ‫ِإ َّناإّ َّل َلاُُ ِيباإل ُمح ِس نِ َيا‬

…Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berusaha

membuat kebaikan.

(Surah al-Maidah: ayat 13)

2. Firman Allah SWT tentang sifat kasih sayang sesama orang Islam.

‫ُم َح َّمدا َر ُسو ُلاإّ َّل ِلاا َوإََِّلي َنا َم َع ُهااأَ ِش َّدإ ُءاعَ ََلاإلكُفَّا ِرا ُرَْحَا ُءابَيََّنُما‬

Maksud:
Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah, dan orang yang
bersama dengannya bersikap tegas terhadap orang kafir (musuh
Islam) dan berkasih sayang sesama sendiri (umat Islam).

(Surah al-Fath: ayat 29)

3. Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

‫ا َحا َّتاا ُُ ِيابااِْ َلا ِخايا ِهاا َاماا ُُ ِيابااِلاانَاف ِسا ِها‬,‫َالاايُاؤِام ُانا َأا َحا ُاد ُكاا‬

)‫(متفقاعليه‬

Maksud:
“Tidak (sempurna) iman seseorang kamu hingga dia kasih kepada
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

102


SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH SAW

Sayang rasul kepada Khadijah tidak terperi, CONTOH KASIH SAYANG NABI:
Baju yang koyak dijahitnya sendiri,
Sifat terpuji rasul wajib diikuti,  Sangat menyayangi isterinya
Amalkan kasih sayang agar diberkati. Khadijah dengan membantu
Khadijah melakukan kerja-
Rasulullah mengucup cucu tersayang, kerja rumah seperti menjahit
baju sendiri.
DDiitjaawnyaabnsyaaha"b‫م‬a‫ح‬tَ ‫ر‬yُ‫ي‬a‫لا‬nَ ‫ا‬g‫حم‬tَ i‫ر‬dَ‫ي‬a‫لا‬kَ ‫ا‬b‫ن‬e‫ َم‬rb"uat demikian,
 Menyayagi cucu-cucunya
Apa yang dilakukan rasul itu ajaran. dengan cara selalu bermain
dengan cucunya dan
Kunjung-mengunjugi, hormat-menghormati, mencium cucunya.
Umat dikasihi, doa dan syafaat diberi,
Menyayangi binatang juga kegemaran nabi,  Menyayangi sahabat-
Sahabat memelihara kucing dipandang tinggi. sahabatnya dengan selalu
mengunjugi sahabat-sahabat
Rasul menyayangi anak tidak berbelah bagi, baginda dan menghormati
Semuanya dilayan dan dikasihi tidak terperi, sahabat-sahabatnya.
Marilah kita semua ikuti sunnah nabi,
Agar hidup ini penuh erti lagi diberkati.  Menyayangi umatnya,
sebagai contoh sentiasa
mendoakan umatnya dan
akan memberi syafaat
kepada umatnya di akhirat.

 Menyayangi bintang seperti
kucing dan memandang
tinggi sahabat yang
membela kucing seperti
Saidina Abu Hurairah RA.

SIFAT KASIH SAYANG YANG DIREDAI ALLAH SWT

Bil Sifat Contoh
 Mendahulukan perintah Allah dan Rasulullah.
1 Mencintai Allah  Menegur perbuatan mungkar.
dan Rasul  Mentaati ibu bapa.
 Mengasihi adik-beradik atas dasar silaturahim.
Mengasihi ibu  Menziarahi sanak saudara dan memenuhi

2 bapa, adik- undangan.
beradik, dan  Mengajak bersama-sama berbuat kebaikan dan

kaum kerabat. mengamalkan perintah Allah SWT.
 Menghormati orang yang lebih tua.
Menyayangi  Mengasihi orang yang lebih muda.
3 saudara  Membantu anak yatim, wanita, orang miskin dan

seagama orang kurang upaya.

103


SIFAT KASIH SAYANG YANG DIMURKAI ALLAH SWT

Bil Sifat Contoh
 Cinta antara lelaki dengan perempuan
1 Cinta yang melampaui
batas syarak ajnabi sehingga mendorong perbuatan zina.
 Cinta kerana rupa paras, harta benda dan
2 Kasih demi kepentingan
kebendaan pangkat.
 Mengutamakan rakan lebih daripada ibu
3 Sayang secara
keterlaluan bapa.

HUBUNGAN SIFAT KASIH SAYANG DENGAN IMAN

Kasih sayang mempunyai kaitan yang rapat dengan iman seseorang.
Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Mak‫ا‬su.‫ا‬d‫ِن‬:‫َمنا َأ َح َّباال ِلا َوَأب َغ َضاال ِلا َوَأع َطىاللِها َو َمنَ َعاال ِلافَ َق ِداإس َتْكَ َلاإ ِلي َما‬

Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi
dan menghalang pemberian kerana Allah, maka sesungguhnya
sempurnalah iman.

Hadis di atas menerangkan bahawa orang Islam perlu berkasih sayang
kerana Allah SWT. Membenci juga hendaklah kerana Allah SWT. Kita
hendaklah membenci perbuatan yang menyalahi syarak yang
dilakukannya, bukan membenci pelakunya.

TUNTUTAN BERKASIH SAYANG

Saya sayang Allah kerana Allah Maha Pemberi rahmat dan

nikmat. Allah memberikan pelbagai nikmat kepada saya

seperti nikmat iman, kesempurnaan tubuh badan,

kesihatan,dan dikelilingi oleh orang yang tersayang.

Firm‫يا‬a‫ ِح‬n‫ َر‬A‫را‬ll‫و‬ahُ‫َف‬:‫َغ‬ ‫ال‬ ‫اإّ َّل َل‬ ‫َّن‬ ‫ا ِإ‬ ‫اا‬ ‫و َه‬ ‫ُص‬ ‫اَُت‬ ‫ا َل‬ ‫اإّ َّل ِل‬ ‫َة‬ ‫َم‬ ‫وإانِع‬ ‫د‬ ‫َ ُع‬ ‫ات‬ ‫ن‬ ‫َو ِإ‬

Maksud:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang

dilimpahkannya kepada kamu) kamu tidak akan dapat

menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah SWT

amat pengampun lagi amat mengasihi.

(Surah an-Nahl: ayat 18)

104


Saya sayang Rasulullah SAW kerana baginda sanggup
menanggung pelbagai ujian ketika menyampaikan dakwah
Islam. Dengan usaha baginda, Islam tersebar sehingga
saya menjadi seorang muslim. Saya berdoa semoga saya
memperoleh syafaat baginda dan dikurniai nikmat syurga.

‫ا‬F‫ا‬i‫ا‬rm‫ ُك‬aَ‫ال‬n‫ر‬Aِ‫ف‬l‫غ‬lَa‫َوي‬h‫ا‬S‫َّل ُل‬Wّ‫اإ‬Tُ‫ك‬:ُ ‫ااااقُُذنُلوبَا ِإُكناااكَُونإ ُّ َّتل ُلاَاُ ِتغَبفُوو َنرااإَرّ َّلَِحلايافَاتَّ ِب ُعو ِناُُي ِبب‬

Maksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu
mengasihi Allah SWT maka ikutilah aku, nescaya Allah
SWT mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu
dan (ingatlah) Allah SWT maha mengampun lagi
mengasihi.

(Surah ali-Imran: ayat 31)

Saya sayang ibu bapa saya kerana ibu saya melahirkan saya dan
ayah saya memberi nafkah kepada saya. Mereka berdua
mengasihi saya dan mendidik saya. Saya juga sayang adik-
beradik saya kerana mereka banyak membantu saya.

‫ا‬F‫ر‬i‫ُك‬rm‫ش‬a‫إ‬n‫ِنا‬Aَ‫أ‬l‫ا‬la‫ ِي‬h SWT: ‫َصا ُ ُل‬ ‫ا َو ِف‬ ‫ن‬ ‫ا َوه‬ ‫نااعَ ََ ىل‬ ‫ا َوه‬ ‫ُه‬ ‫اأُم‬ ‫َت ُه‬ ‫ل‬ َ‫َِولَوا ََّوصلِيَونَإ ِاَ َالإيلِنَك َاسِإا َ ََّلناابِإل َوَمإ ََِِلصي ُِهيااَْح‬

Maksud: ‫ا ِفاعَا َم‬

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya.

Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kepayahan (dari awal

mengandung hingga akhir menyusu) dan tempoh menceraikan susunya adalah

dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan

kepada kedua-dua ibu bapamu. (Ingatlah) kepadaku jua tempat kembali (untuk

menerima balasan).

(Surah Luqman: ayat 14)

105


Saya sayang semua orang Islam kerana mereka saudara seagama

Saya berasa gembira dan selamat berada bersama dengan

masyarakat muslim. Saya juga kasih kepada orang bukan Islam

kerana kehadiran mereka memberi peluang kepada saya untuk

berdakwah dan menambah kebajikan.

Firman A‫ َّك‬lُla‫ا‬h‫ب‬S‫ي‬Wِ ُُ‫ا‬T‫ل‬:َ ‫ا‬ ‫اإّ َّل َل‬ ‫َّن‬ ‫ا ِإ‬ ‫َرحاا‬ ‫ا َم‬ ‫ر ِض‬ َ‫اإْل‬ ‫ا ِف‬ ‫ِش‬ ‫َم‬ ‫ات‬ ‫ا َو َل‬ ‫الِلنَّا ِس‬ ‫َّد َك‬ ‫ا َخ‬ ‫ر‬ ‫ِِّع‬ ‫َو َل اتُ َص‬
‫فَ ُخورا‬
‫ا ُمختَالا‬

Maksud:

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)

kepada manusia, janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong takbur dan

membangga diri. (Surah Luqman: ayat 18)

Saya sayang flora dan fauna. Flora menjadikan hidup saya lebih
indah dan ceria. Fauna pula mengekalkan keseimbangan ekosistem
Flora dan fauna juga membekalkan sumber makanan yang halal dan
berfaedah kepada kesihatan.

CARA MENYUBURKAN SIFAT BERKASIH SAYANG YANG DIREDAI
ALLAH SWT

1. Tolong-menolong ke arah kebaikan dan berpesan dengan
kebenaran.

2. Bersangka baik dan menutup aib orang lain.
3. Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati dan perasaan.
4. Memberi hadiah dan menziarahi anggota keluarga, guru dan rakan.
5. Menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.
6. Merendah diri kepada orang lain.

HIKMAH SIFAT KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN
1. Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW
mengajar umat Islam berkasih sayang. Sebagai muslim kita dituntut
mencintai Allah SWT dan rasul-Nya lebih daripada segala-galanya.
2. Merai perasaan cinta mengikut peraturan dan bimbingan agama.
Contohnya, mencintai harta. Islam telah menggariskan cara
mendapatkan harta dan sumber perolehan harta hendaklah halal
dan digunakan pada jalan yang betul dan baik.

106


PELAJARAN 26 MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN
KELUARGA

DALIL NAQLI KEWAJIPAN BERADAB KEPADA IBU BAPA

1. Firman Allah SWT:

‫اا‬M‫إَِىبب‬a‫نرر‬k‫َقُجو‬s‫ُخل‬u‫بالإ‬dَ‫اا ِِف‬:‫َََوووإإإبلعيَ ُِبنتَااُدإَملوىإَّىسااِب َإيوّإ َّللَِللَما ََاوسََموا َاِكلا َمِايلَتُاكََْوإلِشتكَُجااأوَإيِر َماابِاِذنُ ِه ُيكاااإَلشا ِإيقُئ َّرناااَإىبّاَّالَََلووِِإابلَللََجوااإَُُِِِيرَلايإل ِبن ُاج َمناُ ِإنِحبااَََكَسواإََلناّناَّ ُصماا َوخبِِحتَ ِاذ ِلبي‬

Hendaklah kamu beribadat kepada Allah SWT, janganlah kamu
mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu. Hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang
miskin, jiran tetangga yang dekat dan yang jauh, rakan sejawat, orang
musafir yang terlantar dan hamba sahaya yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong takbur
dan membanggakan diri.

(Surah An-Nisa’: ayat 36)

2. Hadis daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW bersabda:

‫ ا‬.‫ا َاو ََ َسا َطاإل َّار ِّباا ِفاا ََ َسا ِطاإال َاوإَِ ِالا‬,‫ِار َ اضاإل َّار ِّباا ِفاا ِرا َ اضاإلا َاوإَِ ِالا‬

Maksud:
Reda Tuhan (Allah SWT) terletak pada reda ibu bapa dan kemurkaan
Tuhan (Allah SWT) terletak pada kemarahan ibu bapa.

107


CARA BERDAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA

Aspek Cara Beradab
Hati  Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa.

Percakapan Contohnya, sentiasa menjaga hati dan perasaan serta
Tingkah laku
tidak membenci mereka.
 Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya

khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan.
 Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan

memupuk kasih sayang dan membina keluarga bahagia.

Contohnya, selalu ceria dan menunjukkan muka manis di

hadapan mereka.
 Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan

intonasi yang lemah lembut. Contohnya, tidak

meninggikan suara dan marah.
 Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar

dengan penuh perhatian, jika tidak bersetuju dengan apa-

apa yang diperkatakan diam sahaja.
 Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati

dan menjaga perasaan mereka.
 Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal

berasingan. Dengan mengunjungi mereka, dapat

menghilangkan perasaan rindu terhadap anak dan cucu.
 Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat

mengeratkan silaturahim dalam masyarakat.
 Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua.

Contohnya, membawa mereka ke hospital untuk mendapat

rawatan yang sepatutnya.
 Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.

KEPENTINGAN BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA
Umat Islam dapat:

1. Melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul yang menghendaki
setiap orang Islam beradab dengan ibu bapa dan keluarga.

2. Membina kewibawaan diri kerana keluarga yang bahagia dan saling
berkasih sayang dapat membentuk individu yang berjaya di dunia
dan di akhirat.

3. Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab akan
diikuti oleh orang lain.

4. Membina keluarga yang bahagia kerana saling membantu.

108


‫ا‬S:‫ا‬P‫ َّال‬E‫ َاس‬K‫ا َاو‬T‫ِاه‬R‫لاَيا‬Uَ‫اعا‬M‫ال ُال‬IL‫لاا‬Mََّ U‫ا َاسآاَال ُاتاإلناَّ ِِ َّابا َصا‬:‫َعاناا َاعبا ِدااال ِلا اب ِناا َامسا ُعاودا َار ِض َاياال ُلاا َاعان ُهاااقَا َالا‬
‫لياهِب)راا‬:‫ااااُاَّثااا َااأااياااا؟اا(مقَتاف َلقااع‬:‫اااا"اإلااَّاصااََالااُاةااااعاَاََالاااا َااوااق ِِااتَااا"ااااقاَاااَالااا‬:‫ا َاأااَحاااااباااِاإا َااالااااالاِلاااااا؟ااااقَاااَالااا‬..‫ال‬.ِ ‫َأاإل َوياإَِاَإللاي َعاَِناما‬

Maksud:
Abdullah bin Mas’ud RA bertanya kepada Rasulullah SAW,” Apakah
amalan yang dikasihi oleh Allah?” Jawab baginda, “Solat pada awal
waktu.” Lalu dia bertanya lagi, “Kemudian apa pula?” Jawab baginda,
“Berbuat baik kepada ibu bapa…”

AMALAN:

Jadikan doa in‫رإ‬i s‫ َغا‬e‫ص‬bِ ‫ا‬a‫ّن‬gََ‫و‬aَّ‫رب‬iَ ‫ا‬aَ‫ما‬m‫ا َك‬a‫م‬lُ‫ه‬a‫ح‬nَْ‫ر‬h‫َوإ‬a‫ا‬r‫ن‬iَ a‫ي‬n‫َ ِل‬:ِ ‫إللاَّهُ َّمااإ اغ ِافارالَانَاا ُذناُوباَانَاا َوِل َوإ‬

Maksud:

Ya Allah, ampunkan dosa kami dan dosa ibu bapa kami, dan rahmatilah

mereka sebagaimana mereka menjaga kami semasa kecil.

PUNCA PENDERHAKAAN KEPADA IBU BAPA
1. Kurang penghayatan agama dalam kehidupan. Anak tidak dapat
menilai antara baik dengan buruk dari sudut agama. Contohnya,
anak tidak berasa bersalah berbantahan dengan ibu bapa.
2. Kurang menghayati pengajaran agama di sekolah. Tidak
mengamalkan apa-apa yang dipelajari malah hanya belajar sekadar
untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
3. Terpengaruh dengan perlakuan rakan yang negatif. Rakan yang
melakukan perkara yang tidak baik akan mempengaruhi kita supaya
melakukan perkara yang buruk. Contohnya, tidak menghormati dan
tidak mendengar nasihat ibu bapa semata-mata hendak menjaga
hati rakan.

SPEKTRUM ILMU

Jadikan pesan Lukmanul hakim sebagai panduan:

1. Jangan menyekutukan Allah. 5. Bersabar menghadapi musibah.

2. Menunaikan solat. 6. Amar makruf nahi mungkar.

3. Berbuat baik kepada ibu bapa.

4. Tidak sombong.

109


AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah
bin Amru RA:

)‫اااااااااااااااااااااااا(إلنسائي‬.‫َلايَد ُخ ُلاإل َجنَّ َةاعَاقا‬

Maksud:
Tidak masuk syurga anak derhaka.

Aspek Akibat
Individu  Mendapat kemurkaan Allah SWT. Allah SWT

Masyarakat memerintahkan umat Islam supaya berbuat baik kepada
Negara
ibu bapa dan anggota keluarga. Sesungguhnya mereka

yang derhaka kepada ibu bapa bererti melanggar

perintah Allah SWT.
 Disisih dan dipinggirkan oleh ibu bapa dan keluarga.

Anak yang tidak menghormati ibu bapa dan keluarga

akan dibenci.
 Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa

ke nerakan.
 Tidak dihormati oleh masyarakat kerana dianggap tidak

berakhlak.
 Anggota keluarga berpecah dan susah untuk

mendapatkan pertolongan.
 Susah untuk mendapat kawan yang baik kerana orang

yang baik tidak akan berkawan dengan kita. Mereka

menjauhkan diri kerana tidak mahu terpengaruh dengan

orang yang tidak berakhlak.
 Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.
 Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu

padu.
 Berlaku pelbagai gejala social yang menyebabkan

kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang,

tenaga dan masa untuk pemulihan akhlak.

110


PELAJARAN 27 SANTUNI JIRANMU

MAKSUD JIRAN

Bahasa Orang yang berada di sekeliling.

Jiran Istilah Orang yang tinggal berdekatan sehingga empat puluh
buah rumah dari setiap penjuru.

DALIL NAQLI GALAKAN MENGHORMATI JIRAN

1. Firman Allah SWT mewajibkan umat Islam supaya berbuat baik
kepada jiran ialah:

‫اا‬M‫إَِىبب‬a‫نرر‬k‫َقُجو‬s‫ُخل‬u‫بالإ‬dَ‫اا ِِف‬:‫َََوووإإإبلعيَ ُِبنتَااُدإَملوىإَّىسااِب َإيوّإ َّللَِللَما ََاوسََموااَِكلا َمِايلَتُاكََْوإلِشتكَُجااأوَإيِر َماابِاِذنُ ِه ُيكاااإَلشا ِإيقُئ َّرناااَإىبّاَّالَََلووِِإابلَللََجوااإَُُِِِريَلايإل ِبن ُاج َمناُ ِإنِحبااَََكَسواإََلنّناَّ ُصماا َوخبِِحتَ ِاذ ِلبي‬

Hendaklah kamu beribadat kepada Allah SWT, janganlah kamu
mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu. Hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang
miskin, jiran tetangga yang dekat dan yang jauh, rakan sejawat, orang
musafir yang terlantar dan hamba sahaya yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong takbur
dan membanggakan diri.

(Surah An-Nisa’: ayat 36)

2. Tuntutan ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW daripada Abu
Hurairah RA:

.‫َامنااََكا َنااياُاؤِما ُاناِابللِهاا َاوإال َيااو ِاماإْ َال ِاخ ِارافاَلا ُايكااِراما َجا َرُها‬

)‫(مسل‬

Maksud:
Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia
hendaklah memuliakan jirannya.

111


ADAB BERJIRAN AMALAN RASULULLAH SAW
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

.‫َمناََك َنايُؤِم ُناِبللِها َوإل َيو ِماإْل ِخ ِرافَ ََلايُؤ ِذيا َجا َرُها‬

)‫(متفقاعليه‬

Maksud:
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat maka janganlah
menyakiti jirannya.

Contoh adab berjiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW:
1. Melayan jiran dengan baik walaupun bukan Islam.
2. Rasulullah SAW meminta tetamu memberi salam di sisi pintu
supaya tidak ternampak aib di dalam rumah.
3. Rasulullah SAW menyuruh Abu Zar membanyakkan kuah ketika
memasak untuk diberikan kepada jiran.
4. Rasulullah SAW meminta supaya jiran diberi keutamaan dalam jual
beli dengan menawarkan kepadanya terlebih dahulu.
5. Memberikan hadiah dan makanan kepada jiran.

Rasulullah SAW bersabda daripada Anas bin Malik:

Maksud:.‫ا َو ُه َوايَع َ ُلا ِب ِها‬,‫َمااأ َم َنا ِبا َمنا َِب َتا َشب َعاَّنا َو َجا َرُها َجا ِئعا ِإ َلا َجن ِب ِها‬

Tidak beriman denganku sesiapa yang tidur dalam keadaan kenyang
sedangkan dia mengetahui jirannya sedang kelaparan.

112


HAK DAN KEWAJIPAN TERHADAP JIRAN

Terdapat tiga kategori jiran dalam Islam seperti yang berikut:

Kategori jiran Hak Kewajipan terhadap jiran

Muslim dan Tiga hak:  Mendapat ketenangan, keselesaan dan
kerabat  Muslim keselamatan seperti memanggil jiran
 Kerabat dengan suara yang sesuai.
Muslim yang  Jiran
bukan kerabat  Memberi nasihat, mengajak jiran
Dua hak: membuat perkara yang baik dan
 Muslim mencegah perkara mungkar.
 Jiran
 Mengambil berat terhadap penderitaan
Bukan Islam Satu hak: yang ditanggung oleh jiran.
 Jiran
 Tidak mengintai aurat jiran.
 Menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya.

KEWAJIPAN BERJIRAN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM
KEHIDUPAN HARIAN

Antara adab untuk menjaga hubungan baik sesama jiran termasuklah:
1. Bertegur sapa.
2. Menggembirakan jiran dan mengucapkan tahniah apabila
mendapat nikmat.
3. Berbuat baik dan tidak menyakiti.
4. Menjaga harta benda jiran dan meminta izin jika hendak
menggunakannya.
5. Saling memberi hadiah.
6. Menghormati antara satu sama lain.
7. Tidak berhasad dengki dengan kelebihan jiran.
8. Berbicara mengikut keperluan.
9. Menjaga maruah diri dan tidak mengumpat antara satu sama lain.
10. Memastikan jiran selesa dan aman.
11. Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran.

HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERJIRAN DALAM KEHIDUPAN
1. Hidup dalam keadaan aman dan damai kerana masing-masing
telah mengamalkan tanggungjawab yang sewajarnya. Contohnya
membantu ketika diperlukan.
2. Maruah diri dan keluarga terjaga kerana tidak ada sifat bersangka
buruk antara jiran tetangga.

113


3. Sentiasa berasa selamat dan selesa hidup berjiran kerana saling
menghormati dan menjaga keselamatan. Contohnya membuat
rondaan berkala secara bergilir.

4. Kemungkaran mudah dicegah dengan mengukuhkan hubungan
silaturahim antara jiran.

5. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hormat-
menghormati kerana masing-masing menjaga adab berjiran seperti
yang tua dihormati dan yang muda disayangi.

6. Menikmati keamanan dan keharmonian kerana semua rakyat
memahami tanggungjawab masing-masing. Contohnya bertegur
sapa apabila bertemu dan tidak menyebarkan fitnah.

PELAJARAN 28 MASJID DESTINASIKU

MAKSUD MASJID

‫ ََ َس َاد‬.Bahasa Berasal daripada perkataan Arab
Masjid
Tempat yang dibina khusus untuk solat lima waktu
Istilah dan solat sunat bagi orang Islam.

DALIL NAQLI ADAB DI MASJID

1. Firman Allah SWT:

‫َةا َوأ َتاإل َّزََك َةا‬ ‫ََل‬ ‫ّ َّل ِلا َوإليَو ِماإْل ِخ ِرا َوأَقَا َماإل َّص‬ ‫َنا ِِب‬ ‫ِإَنوَّلََممااايَََيع ُمَ ُرشاا َِإم َّلَسااإَِّّجل َلَداااإفَّ َّلَعِل َاَ َم ىسنااأُأاوَلم‬
‫اأَنايَ ُكونُوإا ِم َناإل ُمهتَ ِدي َنا‬ ‫َٰئِ َك‬
Maksud:

Sesungguhnya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah

ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat serta

mendirikan solat dan menunaikan zakat. Tidak takut melainkan kepada

Allah SWT (dengan adanya sifat yang tersebut) maka diharapkan mereka

menjadi golongan orang yang mendapat petunjuk.

(Surah At-Taubat: ayat 18)

2. Daripada Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda:

Maksud: .‫ِإ َذإا َد َخ َلا َأ َح ُد ُكاإل َمس ِج َدافَل َي َكعاا َرك َعتَ ِياقَب َلا َأناََي ِل ِسا‬

Apabila seseorang daripada kamu memasuki masjid, maka tunaikanlah
solat dua rakaat sebelum kamu duduk.

114


SPEKTRUM ‫َّ َل‬IL‫َس‬M‫ا َو‬U‫اعَلَي ِه‬ ‫اال ُل‬ ‫ا َص ََّل‬ ‫اال ِل‬ ‫ا َر ُسو َل‬ ‫ا ََ ِسع ُتا‬ ‫اقَا َل‬ ‫ا َعفَّا َن‬ ‫اب ِن‬ ‫ا ُعث َما ِن‬ ‫َعن‬
‫ ا‬.‫َمس ِجدإاِّ َّل ِلابَ ََناال ُلاا َ ُلا ِفاإل َجنَّ ِةا ِمث َ ُلا‬
‫ايَ ُقو ُلا َمنابَ ََنا‬

Maksud:

Daripada Usman binAffan RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa membina masjid kerana Allah SWT, Allah akan
membina untuknya dalam syurga seumpamanya.”

ADAB DI MASJID

1. Masuk ke masjid.

 Sunat membaca do‫َاك‬a.‫إللَّهُ َّماإفتَحا ِلا َأب َوإ َبا َرْ َح ِت‬

Maksud:
Ya Allah, bukakanlah pintu rahmatmu kepadaku.

 Membaca selawat ketika melihat masjid.
 Mendahulukan kaki kanan.
 Tidak membawa sesuatu yang berbau sehingga mengganggu

keselesaan jemaah yang lain.

2. Berada di dalam masjid.
 Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
 Niat beriktikaf selepas selesai solat sunat tahiyyatul masjid.
 Duduk dengan tertib menghadap kiblat.
 Menjaga ketenteraman masjid.
 Berzikir, membaca al-Quran, menuntut ilmu dan berselawat.
 Memperkatakan sesuatu yang berfaedah.

3. Keluar dari masjid.

 Sunat membaca d‫ال‬oَ aِ:‫إللَّهُ َّما ِإ ِّنا َأسآَا ُ َلا ِمنافَض‬

Maksud:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau
berilah kelebihan kepadaku.

 Memulakan langkah dengan kaki kiri.
 Memberi salam kepada mereka yang berada di dalam atau

berhampiran pintu masjid (mengikut keadaan).

115


Adab di masjid ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW iaitu:

‫ااإلََالاكَّاهَُانَّماااَاإر ُغااسِفاوار ُاالِالااال ُِذالناُاو ِﷺباااِإا َاَوذاإإفااتاَ َدااح َاخا ِ َلالاااإَأالااب ََاماوإساَ ِاباجا ََاادرْاايََحا ُاقِاتو َُاكلااا‬:,‫واِلااقَاالاَال ِالتااا‬,‫ا َِاوإتالا َاَّرساُ َاسَالو ُامِالاااعَاََل ِالالااَار ُﷺاسا‬,‫َعاا"انِابافاَساا ِماِاطا َاما َلاةِلااِاباان‬:
‫ا َاوإافتاَ احا‬,‫اإللاَّ ُه َّمااإاغ ِفاراا ِلاا ُذانُو ِ ابا‬,‫ا َاوإل َّسا ََلا ُامااعَ ََلاا َار ُاسو ِلااال ِلاا‬,‫"ِاب"ساا ِاماال ِلاا‬.‫ا‬:‫الاَاوِاإاَأاباَاذ َإاواإ ََاخ َاباراَافَاجااقَضااِ َلاَاال‬,ِ

Maksud:
Daripada Fatimah binti Rasulullah SAW katanya Rasulullah SAW apabila

m‫ َاك‬e‫ح ِت‬mَ ْ‫ر‬aَ ‫ا‬s‫ب‬uَ k‫وإ‬iَ ‫ب‬m‫لا َأ‬asِ ‫ا‬j‫ح‬idَ‫فت‬m‫َوإ‬e‫ا‬n‫ب‬gِ ‫و‬uُ‫ذن‬cُ ‫ا‬a‫ل‬pِk‫ا‬a‫ر‬n‫غ ِف‬:‫اإللَّ ُه َّماإ‬,‫ا َوإل َّس ََل ُماعَ ََلا َر ُسو ِلاال ِلا‬,‫ِبس ِماال ِلا‬
‫ ا‬d‫ َال‬aِn‫ض‬aَ‫ف‬p‫با‬aَ b‫وإ‬iَla‫ا َأب‬k‫ل‬eِ ‫ا‬lu‫ح‬aَ‫ت‬r‫وإف‬mَ ‫ا‬e,‫ب‬nِg‫و‬uُ‫ُذن‬c‫ا‬a‫لا‬pِ ‫ا‬k‫ر‬a‫ِف‬n‫غ‬:‫اإللَّهُ َّماإ‬,‫ا َوإل َّس ََل ُماعَ ََلا َر ُسو ِلاال ِلا‬,‫ِبس ِماال ِلا‬

HIKMAH BERADAB DI MASJID

1. Dapat menenangkan akal fikiran ketika berada di dalam masjid
kerana semua orang menjaga adab masing-masing.

2. Merasai ketenangan jiwa ketika berada di dalam masjid kerana
masing-masing menunpukan sepenuh hati beribadat kepada Allah
SWT.

3. Mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam dan timbul
perasaan mahabbah kerana memenuhi tuntutan agama.

4. Dapat melaksanakan ibadat dengan selesa dan khusyuk apabila
suasana persekitaran tenteram. Jika semua orang beradab ketika
berada di dalammasjid, kita dapat beribadat dengan khusyuk.

5. Memperkasakan fungsi masjid yang lebih meluas iaitu masjid
digunakan untuk kepentingan umat dan meningkatkan syiar Islam.

6. Kembali kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Baginda membina dan memakmurkan masjid di mana-mana sahaja
baginda berada.

116


CARA MENGIMARAHKAN MASJID

Masjid merupakan syiar dan menjadi hak bersama masyarakat Islam.
Oleh itu, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid.
Antara cara mengimarahkan masjid termasuklah:

1. Menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu dan berazam untuk
datang lagi ke masjid. Solat berjemaah merupakan fardu kifayah
yang menunjukkan pentingnya masjid kepada umat Islam sebagai
satu tempat ibadat.

2. Tempat belajar membaca al-Quran dan tafsir, berzikir dan beriktikaf.
Umat Islam dapat melakukan pelbagai ibadat di dalam masjid
mengikut keperluan dan kemahuan sendiri. Malah, boleh
melakukan pelbagai jenis ibadat dalam satu masa.

3. Mewujudkan bilik bagi musafir. Hal ini menggalakkan lebih ramai
yang datang ke masjid. Di samping memenuhi keperluan semasa.
Usaha ini juga dapat mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadat
setempat dan sejagat.

4. Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik minat semua lapisan
masyarakat seperti sukan dan riadah.

NOTA TAMAT

KSSM

SELAMAT MENGULANGKAJI
SEMOGA NOTA VERSI RUMI INI BERMANFAAT UNTUK ANDA

[email protected]
SMK GOMBAK SETIA
JANUARI 2018
117


AUTOGRAF

118


Click to View FlipBook Version