The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

365.panduan aktiviti.kanak2 pra

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diqmanic, 2023-03-29 22:40:14

365 aktiviti pra

365.panduan aktiviti.kanak2 pra

Dr Mahani Razali


ISI KANDUNGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Menguasai kemahiran prabaca BM 2.1.2 : Mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku : i. Judul ii. Gambar/ilustrasi iii: Pengarang BM 2.1.3 : Mengemalkan cara membaca yang betul: i. Dari kiri ke kanan ii. Dari atas ke bawah iii. Jarak antara mata dengan buku Iv: Teknik memegang buku BM 2.1.4 : Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul BM 2.1.5 : Membaca secara olol-olok Mengenal huruf abjad BM 2.2.3 : Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar Membina dan membaca suku kata dan perkataan BM 2.3.1 : Membunyikan suku kata terbuka BM 2.3.2 : Membunyikan suku kata tertutup BM 2.3.3 : Membaca perkataan dengan suku kata terbuka BM 2.3.4 : Membaca oerkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup Membaca dan memahami frasa dan ayat BM 2.4.1 : Membaca frasa yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka BM 2.4.2 : Membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka BM 2.4.3 : Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup BM 2.4.4 : Membaca dan memahami ayat mudah dengan sebutan yang betul Membaca dan memahami bahan bacaan BM 2.5.1 : Membaca bahan bacaan mudah BM 2.5.2 : Membaca dan menceritakan semula daripada bahan bacaan yang dibaca Memupuk bacaan luas BM 2.6.1 : Memilih bahan bacaan yang digemari BM 2.6.2 : Mengenal dan menamakan gambar dalam buku BM 2.6.5 : Membaca bahan bacaan secara berkongsi dengan rakan BM 2.6.6 : Membaca bahan bacaan dengan sendiri BM 2.1 BM 2.2 BM 2.3 MA 2.4 BM 2.5 BM 2.6


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 20 minit Umur : 4 tahun Standard Kandungan : BM 2.1 menguasai kemahiran prabaca. Standard Pembelajaran : BM 2.1.2 mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku (judul, gambar/illustrasi,pengarang). BM 1.5.1 menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Mengecam dan menyebut ciri-ciri fizikal buku. 2) Bercerita tentang buku melalui pemerhatian yang dilakukan. Standard Prestasi : Boleh mendengar, memahami dan memberi pelbagai respon dengan bertatasusila. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Set induksi - Guru membawa sebakul berisi buku ke dalam kelas. 2) Guru mengarahkan murid-murid untuk membuat bulatan. Mengelilingi guru dan guru mula bertanya kepada murid-murid apakah yang mereka faham atau tahu dengan buku. 3) Guru meminta murid-murid mengambil dan memilih buku yang mereka minati dari dalam bakul tersebut. 4) Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai perkara-perkara berikut: - Tajuk buku - Pengarang buku - Bentuk buku - Saiz buku - Warna buku - Gambar gambar yang terdapat pada kulit buku 5) Secara berkumpulan guru meminta kanak-kanak menganalisa buku berdasarkan ciri ciri yang telah dibincangkan di atas. 6) Kanak-kanak menganalisa buku secara berkumpulan dan kemudian guru meminta ketua kumpulan membuat pembentangan tentang ciri ciri buku tersebut. 7) Guru membantu kanak-kanak membuat pembentangan.


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 20 minit Umur : 4 tahun Standard Kandungan : BM 2.1 menguasai kemahiran prabaca. Standard Pembelajaran : BM 2.1.2 mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku (judul, gambar/illustrasi,pengarang). BM 1.5.1 menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Mengecam dan menyebut ciri-ciri fizikal buku. 2) Bercerita tentang buku melalui pemerhatian yang dilakukan. Standard Prestasi : Boleh mendengar, memahami dan memberi pelbagai respon dengan bertatasusila. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Set induksi - Guru membawa sebakul berisi buku ke dalam kelas. 2) Guru mengarahkan murid-murid untuk membuat bulatan. Mengelilingi guru dan guru mula bertanya kepada murid-murid apakah yang mereka faham atau tahu dengan buku. 3) Guru meminta murid-murid mengambil dan memilih buku yang mereka minati dari dalam bakul tersebut. 4) Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai perkara-perkara berikut: - Tajuk buku - Pengarang buku - Bentuk buku - Saiz buku - Warna buku - Gambar gambar yang terdapat pada kulit buku 5) Secara berkumpulan guru meminta kanak-kanak menganalisa buku berdasarkan ciri ciri yang telah dibincangkan di atas. 6) Kanak-kanak menganalisa buku secara berkumpulan dan kemudian guru meminta ketua kumpulan membuat pembentangan tentang ciri ciri buku tersebut. 7) Guru membantu kanak-kanak membuat pembentangan.


Bahagian Buku Labelkan bahagian-bahagian buku: RI.K.5, RI.K.6 Nama: Tajuk Penulis Pelukis Binaan Tulang Muka Hadapan Muka Belakang Pelukis: Mary Smith Dari Tom Smith Contoh Lembaran Kerja


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 5 Tahun Standard Kandungan : BM 2.2 Mengenal huruf abjad Standard Pembelajaran : BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar. BM 2.2.5 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Mengelaskan huruf kecil dan huruf besar. 2) Menulis huruf kecil dan huruf besar. 3) Menyebut huruf kecil dan huruf besar. Standard Prestasi : 1) Boleh mengecam dan menyebut sebahagian abjad. 2) Boleh mengecam dan menyebut huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru menunjukkan ‘slide’ huruf kecil dan huruf besar dan meminta kanak- kanak menyebut huruf yang dipaparkan pada ‘slide’. 2) Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan. 3) Guru memberi kanak-kanak beberapa keping kad huruf kecil dan huruf besar dan meminta kanak-kanak untuk mengasingkan kad huruf tersebut mengikut kategori huruf kecil dan huruf besar. 4) Kanak-kanak mendengar arahan guru dan mengasingkan kad huruf mengikut kategori dengan betul. 5) Guru memberikan kanak-kanak lembaran kerja menulis abjad iaitu huruf kecil dan huruf besar. 6) Kanak-kanak menulis abjad huruf kecil dan huruf besar dengan betul.


Contoh Lembaran Kerja Tulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul: Ayam Baju


Contoh Lembaran Kerja Tulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul: Cawan Daun


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 30 minit Umur : 4 Tahun Standard Kandungan : BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan. Standard Pembelajaran : BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka. BM 1.3.1 Mendengar dan menyebut abjad. BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Membunyikan 5 suku kata terbuka. 2) Mendengar dan menyebut abjad dalam satu suku kata terbuka. 3) Menulis huruf kecil 5 suku kata terbuka dengan cara yang betul. Standard Prestasi : 1) Kanak-kanak dapat menyebut 5 satu suku kata terbuka dengan betul. 2) Kanak-kanak dapat menulis 5 satu suku kata terbuka dengan betul. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru menyembunyikan kad huruf yang terdiri daripada satu huruf vokal dan satu huruf konsonan pada setiap kad huruf di sekeliling kelas dan meminta kanak-kanak mencari kad-kad tersebut. Kanak- kanak bergerak di sekeliling kelas mencari kad-kad huruf yang disembunyikan oleh guru. 2) Guru menulis lima satu suku kata terbuka di hadapan kelas dan meminta kanak-kanak mencantumkan kad-kad huruf yang mereka jumpa berpandukan suku kata tersebut. Kanak-kanak mencantumkan kad-kad huruf yang mereka jumpa berpandukan contoh yang diberi. 3) Guru meminta kanak-kanak menulis semula lima satu suku kata yang telah dicantumkan oleh mereka di dalam buku. Kanak-kanak menulis lima satu suku kata yang telah dicantumkan mengikut arahan guru. 4) Guru membunyikan kelima-lima satu suku kata terbuka yang telah kanak-kanak tulis dan meminta kanak-kanak membunyikan selepas guru. Kanak-kanak membunyikan lima satu suku kata terbuka dengan bimbingan guru. 5) Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menilai tahap kefahaman kanak-kanak tentang satu suku kata terbuka yang telah dipelajari. Kanak-kanak menjawab lembaran kerja mengikut pemahaman mereka.


a m b i c e d u s o Contoh Lembaran Kerja Gabung dan tuliskan suku kata di bawah, kemudian bunyikan suku kata tersebut.


qe


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 5 Tahun Standard Kandungan : BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan. Standard Pembelajaran : BM 2.3.2 Membunyikan suku kata tertutup. BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan menyebut perkataan. BM 3.2.3 Menyalin perkataan. Objektif : DI akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Menyambung huruf menjadi suku kata tertutup dengan betul. 2) Membunyikan suku kata tertutup dengan tepat. 3) Menyalin suku kata tertutup dengan betul. Standard Prestasi : Melihat sama ada kanak-kanak boleh membunyikan suku kata tertutup. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru memperkenalkan dan menyebut kad perkataan suku kata tertutup kepada kanak-kanak seperti kek, pen, jam, bas, dan gam. 2) Kanak-kanak menyebut kad perkataan suku kata tertutup tanpa melihat gambar. 3) Guru menunjukkan contoh gambar bagi setiap perkataan yang telah diperkenalkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak menyebut nama gambar tersebut. 4) Kanak-kanak memadankan kad perkataan suku kata tertutup dengan gambar secara berkumpulan. 5) Guru mengedarkan bahan cetakan seperti majalah dan surat khabar. 6) Secara berkumpulan kecil kanak-kanak diminta mencari perkataan dari sukukata tertutup 7) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang perkataan yang ditemui dalam Bahan bercetak tersebut 8) Kanak-kanak menyalin semula suku kata tertutup di dalam buku latihan mereka.


Contoh Lembaran Kerja


kek pen jam gam bas Contoh Lampiran Kerja


Contoh Lembaran Kerja Suku kata tetutup .. .. Gambar


tos ton


ai au tapai aurat konvoi boikot surau pantai oi Contoh Lampiran Kerja Diftong Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan dalam satu hembusan nafas iaitu au, ai dan oi


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 30 minit Umur : 4 tahun Standard Kandungan : BM 2.4 Membaca dan memahami frasa dan ayat. Standard Pembelajaran : BM 2.4.2 Membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka. BM 1.4.2 Berinteraksi menggunakan ayat mudah untuk: - Meluahkan perasaan. - Menyatakan permintaan. BM 3.2.4 Menyalin perkataan. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Murid dapat membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka dengan betul. 2) Murid dapat berinteraksi menggunakan ayat mudah untuk meluahkan perasaan dan menyatakan permintaan dengan betul. 3) Murid juga dapat menyalin perkataan dengan betul. Standard Prestasi : Murid dapat membaca ayat mudah mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka dengan betul. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Murid menonton tayangan video dan bersama sama menyanyikan lagu suku kata terbuka. 2) Guru memberi arahan kepada murid untuk duduk dalam semi bulatan. 3) Guru mengeluarkan satu kotak dan meletakkan di hadapan murid tersebut. Guru meminta setiap murid untuk mengambil satu kad di dalam kotak tersebut. 4) Kad tersebut mengandungi cerita pendek dengan menggunakan suku kata terbuka. 5) Guru memanggil setiap seorang murid untuk kehadapan bagi membaca kad yang mereka dapat. Murid membaca dengan bimbingan guru. 6) Guru meminta murid bercerita berdasarkan daripada cerita pendek yang mereka dapat.


7) Guru bertanya semula kepada murid tentang cerita pada kad tersebut dan menceritakan perasaan mereka. 8) Guru meminta murid untuk menyalin semula perkatan suku kata terbuka pada kad yang mereka dapat. 9) Guru mengedarkan lembaran kerja suku kata terbuka kepada murid.


Contoh Lembaran Kerja Antara Contoh Kad Imbasan Yang Mengandungi Suku Kata Terbuka Dan Ayat. Baba ada bola. Bola baba baharu. Baba ada bola biru. Caca suka cili Caca suka ceri Caca suka cili padi


Contoh Lembaran Kerja


Contoh Lembaran Kerja


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 5 tahun Standard Kandungan : BM 2.6 Memupuk bacaan luas. Standard Pembelajaran : BM 2.6.6 Membaca bahan bacaan dengan sendiri. BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat : 1) Bercerita dan memberi respon kepada guru. 2) Mereka sebuah cerita berdasarkan sumber yang diberi. Standard Prestasi : 1) Kanak-kanak dapat membaca dan mencerita semula apa yang di baca secara beradab. 2) Kanak-kanak dapat mendengar, memahami dan memberi respon dengan bertatasusila. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru memberi bahan bacaan bergambar kepada kanak-kanak. 2) Kanak-kanak membaca bahan bacaan sehingga selesai. 3) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang bahan bacaan yang diberi. 4) Kanak-kanak bercerita dan memberi respon kepada guru. 5) Guru memberikan gambar dan kanak-kanak diminta untuk mereka sebuah cerita. 6) Pada akhir waktu pelajaran, kanak-kanak diminta menceritakan cerita yang mereka telah cipta.


Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik. “Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. “Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya. Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati. Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit. Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya. Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan. Contoh Lembaran Kerja


ISI KANDUNGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA INGGERIS Listen to and respond appropriately BI 1.2.6 : Listen to and recite poems and rhymes Show appropriate book handling skills BI 2.1.1 : Handle books carefully BI 2.1.2 : Recognise the basic features of a book BI 2.1.3 : Read print in the correct manner i. Left to right ii. Top to bottom iii. Distance between eyes and the book BI 2.1.4 : Show awareness that print conveys meaning by doing pretend reading Apply sounds of letters to recognise words BI 2.2.1 : Recognise letters of the alphabet by their: i. Shape ii. Name BI 2.2.2 : Recognise small letters of the alphabet BI 2.2.3 : Recognise capital letters of the alphabet BI 2.2.4 : Name letters of the alphabet BI 2.2.5 : Recognise and sound out letters of the alphabet BI 2.2.6 : Recognise and sound out initial, medial and ending sounds in a word BI 2.2.7 : Blend phonemes (sounds) to form single syllable words Demonstrate understanding of a variety of texts in the form of print and non print materials BI 2.3.3 : Recognise and read high frequency/sight words Develop interest in reading independently for information and enjoyment BI 2.4.1 : Recognise and name objects or people in pictures Develop writing skills BI 3.2.1 : Write recognisable letters BI 3.2.2 : Copy and write small letters legibly BI 3.2.3 : Copy and write capital letters legibly BI 3.2.4 : Copy familiar words in legible print BI 1.2 BI 2.1 BI 2.2 BI 2.3 BI 2.4 BI 3.2


LESSON PLAN Rain, Rain, Go Away! Duration : 50 minutes Age : 5 Years Content Standard: BI 1.2 Listen to and respond appropriately Learning Standard: BI 1.2.2 Listen to and sing songs Learning Objectives : Students will be able to recite the rhyme Rain, Rain, Go Away and identify a rhyming pair of words. Lesson Steps : 1) Introduction (10 minutes) Ask students if they know any rhyming words and if they could name them. Explain that rhyming words have the same ending sound. For example: coat and boat, can and man. Show that both words have the same sound at the end of the word, while the first letter changes. Write the rhyming pair on a whiteboard and circle the similar endings and underline the first letter of each word. Contrast this rhyming pair with a pair of words that end with the same letter, but don't rhyme. For example: cat, pot. Write down the pair of non rhyming words on the board and circle the last letter of each word. Ask your students if they can hear the difference. 2) Explicit Instruction/Teacher Modeling (10 minutes) Continue to model rhyming pairs, writing down pairs, circling endings and underlining the first letter. Great examples of rhyming pairs include: ring and king, pear and bear. Give another example of a pair of words that end with the same letter, but don't rhyme. This will allow your students the opportunity to hear the difference between ending in the same letter versus ending with the same sound. For example: dog and king versus ring and king. Write the rhyme "Rain, rain, go away. Come again another day" on the whiteboard. Recite the rhyme aloud to the class. Repeat rhyme again, asking children to join in with you this time. Point to the words written on the board as you say the rhyme. Ask students to identify the pair of words that rhyme. 3) Guided Practice/Interactive Modeling (10 minutes) Pass out a rhyming picture card to each student. Ask one student to identify their picture. Ask the rest of the class to identify the matching card. Continue process until all of the cards have been matched. Repeat this process with all the rhymes on the cards, pointing to each picture as you say the word.


4) Independent Working Time (15 minutes) Tell students that they are going to make a picture to go along with Rain, Rain, Go Away. Give each student a paper to draw an umbrella and the materials for coloring. Ask students to color the umbrella. Have students copy the rhyme you have written and make fingerprint raindrops around the umbrella. 5) Review and Closing (5 minutes) Review the rhyme with the students. To help keep kids engaged in learning, you could sing the rhyme or play a video of the song. Extensions Of Learning : Differentiation Enrichment: Have students to spell out "Rain, rain, go away," or add the the third line "Little (student's name) wants to play". Support: Ask the student to recite the rhyme again, identifying the rhyming pair. Have the student identify another word that rhymes with day and away. Great answers include: play, say, hay, way.


-


LESSON PLAN “I Am Thankful For…” Duration : 40 minutes Age : 5 Years Content Standard: BI 2.2 Apply sounds of letters to recognize words. Learning Standard: BI 2.2.6 Recognize and sound out initial, medial and ending sound in a word Learning Objectives : Students will be able to identify sounds in words and form the corresponding letter. Lesson Steps : 1) Introduction (10 minutes) Call students together. Read aloud book about thankful. While reading, encourage students to raise their hand if they also feel thankful for things in the book, have students guess what the author wrote based on the illustrations, and take time to sound out words and point out letter shapes. 2) Explicit Instruction/Teacher Modeling (5 minutes) Ask students if they know of a holiday coming up that focuses on being thankful (they should say Thanksgiving). Encourage students to help sound out the word 'Thanksgiving' by following a process that includes: Hearing the next sound, thinking about what letter makes that sound,then writing that letter. Ask students if they can think of any animals associated with Thanksgiving (they should say turkey). Once again, students should be encouraged to help sound out the word 'turkey' by using the same method as 'Thanksgiving'. Tell students that today they will be making turkeys that show what they are thankful for. 3) Guided Practice/Interactive Modeling (5 minutes) Hand each student a piece of colored paper. Ask if anyone knows how to trace his or her hand. Have them demonstrate this to the class. Have students trace their own hand or separate into partners to have someone else trace their hand. Pass out one turkey feather strip to each student. As a class, come up with one thing people are thankful for (explain that this should be one word). Demonstrate how to sound out and spell the word on the feather strip and glue it to a turkey. Break students up into small groups or partners to practice with one more feather strip. After checking-in to make sure that everyone understands how to complete feathers, pass out five more feather strips to each student. Before sending students off to work, remind them of any independent work rules (i.e. only speaking in a whisper, raising hands for needs, etc.


4) Independent Working Time (15 minutes) While students are working on their turkey feathers, any adults in the room should be circulating, answering questions, and assessing student abilities to identify the sounds in words and write the corresponding letters. Playing quiet music in the background can help to set a good working mood and keep conversations to a minimum. Encourage early finishers to create another turkey to bring home! 5) Review and Closing (5 minutes) Call students back together. Give students the opportunity to share what they have written. Ask: Did other students identify the same sounds and letters? What were some of the sounds they heard most often? Were any letters hard or easy to write? Post students' creations in the classroom. For an interesting wall decoration, create a paper tree with students’ names on it and put the turkeys under it. Extensions Of Learning : Differentiation Enrichment: Encourage students to write full sentences instead of single words on the turkey feathers and leaves. Determining the right punctuation can add an extra level of difficulty, too! Support: Working with a partner can help to scaffold this activity. For students unable to write letters, the students may draw a picture on each turkey feather or tree leaf. (Students will practice drawing the different types of lines they can turn into letters in the near future).


Attachment


Attachment Word rimes


Attachment Word rimes


Attachment 1 2 3 4 1st Read 2nd Read 3rd Read


Attachment 1 2 3 4 1st Read 2nd Read 3rd Read


Attachment 1 2 3 4 1st Read 2nd Read 3rd Read


ISI KANDUNGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK Memadankan objek MA 1.1.2 : Memadankan objek berpasangan yang tidak sama MA 1.1.3 : Memadankan dua kumpulan objek yang mempunyai bilangan yang sama. Membuat seriasi MA 1.3.1 : Menyusun objek mengikut kriteria berikut: nipis ke tebal dan sebaliknya Mengecam dan membina pola MA 1.4.1 : Mengecam dan menyatakan pola di persekitaran MA 1.4.4 : Menghasilkan pola mengikut kreativiti sendiri. MA 1.4.4 : Menghasil pola mengikut kreativiti sendiri. Memahami nombor 1 hingga nombor 10 MA 2.1.3 : Memadankan angka dengan nama nombor MA 2.1.9 : Menyusun kumpulan objek mengikut tertib menaik dan menurun Memahami nombor 11 hingga 20 MA 2.3.1 : Membilang terus dari 11 hingga ke 20 MA 2.3.2 : Membandingkan 12 dengan 13 MA 2.3.2 : Membandingkan: i. 11 dengan 12 (12 adalah lebih 1 daripada 11) ii. 12 dengan 13 (13 adalah 1 lebih daripada 12) Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 18 MA 3.1.2 : Menyatakan hasil tambah berdasarkan situasi yang diberi dengan menggunakan objek MA 3.1.4 : Menulis dan menyatakan ayat matematik dengan menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=) MA 3.1.6 : Menyelesaikan masalah operasi tambah Mengecam dan menggunakan wang yang berlainan nilai. MA 4.1.2 : Menyusun nilai wang mengikut urutan MA 4.1.3 : Menggunakan wang dalam pelbagai aktiviti Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian MA 5.1.2 : Menyusun peristiwa mengikut urutan masa MA 5.1.4 : Menyebut waktu dalam jamdengan menggunakan jam analog MA 5.1.6 : Menghubungkaitkan waktu dengan peristiwa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan dilakukan. Mengetahui kedudukan objek dalam ruang MA 6.1.1 : Menyatakan kedudukan sesuatu objek dalam ruang MA 6.1.2 : Meletakkan objek pada kedudukan tertentu Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk yang biasa dijumpai di persekitaran. MA 6.2.3 : Mengecam bentuk kuboid, kubus, piramid, dan sfera. MA 6.2.1 : Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan segitiga MA 6.2.1 : Mengecam bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan MA 6.2.4 : Menghasilkan bentuk baru dari gabungan bentuk tiga dimensi Membuat Pelbagai Binaan Mengikut Kreativiti MA 6.3.1 : Membina Satu Lingkungan Yang Lengkap Dan Menceritakannya MA 6.3.2 : Membina penghubung antara dua objek atau binaan dan menceritakannya MA 6.3.3 : Membuat binaan menggunakan pelbagai bahan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti dan menceritakannya. MA 1.1 MA 1.3 MA 1.4 MA 2.1 MA 2.3 MA 3.1 MA 4.1 MA 5.1 MA 6.1 MA 6.2 MA 6.3


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 30 minit Umur : 4 tahun Standard Kandungan : MA 1.1 Memadankan objek Standard Pembelajaran : MA 1.1.2 Memadankan objek berpasangan yang tidak sama. SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek- objek mengikut satu ciri. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Memadankan objek berbeza dengan warna yang sama. 2) Mengelas warna yang sama dengan objek berbeza. 3) Mengaplikasi pelajaran lepas dalam aktiviti ini. Standard Prestasi : 1) Boleh memadankan objek berdasarkan ciri-ciri tertentu. 2) Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru membawa color wheel ke dalam kelas. 2) Guru menampal gambar flash kecil di atas klip baju kayu dibantu oleh kanak-kanak. Kanak-kanak bergilir-gilir membantu guru. 3) Guru meletakkan klip baju bertampal gambar flash kecil di dalam bakul besar dengan jarak yang jauh antara satu sama lain. Setiap warna di color wheel akan mempunyai 3 gambar flash kecil. 4) Guru pada awalnya, mengukuhkan ingatan mereka mengenai pengajaran lepas berkaitan warna dengan mengaitkan dengan aktiviti pada kali ini. 5) Kemudiannya, Guru menjelaskan aktiviti yang akan dilakukan sebentar nanti. Kanak-kanak mendengar penjelasan guru dengan baik. 6) Setiap kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil antara 5 kanak-kanak satu kumpulan. 7) Setiap kanak-kanak perlu memadankan warna pada color wheel dengan warna gambar flash kecil yang ada di dalam bakul sehingga siap dengan bimbingan sedikit dari guru.


8) Aktiviti berlangsung sehingga selesai dengan setiap kumpulan. 9) Guru mengakhirkan aktiviti dengan sesi soal jawab dan refleksi Kanak-kanak. Contoh Lampiran Kerja


Contoh Lembaran Kerja


Click to View FlipBook Version