The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

365.panduan aktiviti.kanak2 pra

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diqmanic, 2023-03-29 22:40:14

365 aktiviti pra

365.panduan aktiviti.kanak2 pra

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 4 tahun Standard Kandungan : MA 1.1 Memadankan objek. Standard Pembelajaran : MA 1.1.3 Memadankan dua kumpulan objek yang mempunyai bilangan yang sama. SA 1.1.1 Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat : 1) Membezakan objek yang mempunyai bilangan yang berlainan. 2) Mengelaskan objek yang mempunyai bilangan yang sama dengan betul. 3) Memahami dan bertindak balas terhadap arahan. Standard Prestasi : Boleh memadankan objek berdasarkan ciri-ciri tertentu Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru masuk ke dalam kelas sambil membawa sebuah bakul yang dipenuhi dengan replika buah-buahan serta sebuah balang yang mempunyai cabutan nombor di dalamnya dan meminta murid mencabut nombor. 2) Setiap murid mencabut cabutan nombor didalam balang. 3) Guru meminta pula murid untuk mengambil objek yang terdapat di dalam bakul mengikut bilangan cabutan nombor sebentar tadi. 4) Murid mengambil objek di dalam bakul tersebut mengikut bilangan nombor yang telah mereka cabut. 5) Selepas itu, guru meminta murid menyusun objek yang telah diambil di atas meja masing-masing dan meminta murid mencari rakan mereka yang mempunyai bilangan objek di atas meja yang sama dengan mereka. 6) Murid bergerak dan mencari rakan yang mempunyai objek dengan bilangan yang sama dengan mereka .


7) Guru meminta murid menyatakan bilangan objek yang samamasing-masing. 8) Murid dan rakan menyatakan objek yang mereka ada mempunyai bilangan yang sama. Bakul buah-buahan


Contoh Lembaran Kerja Padankan jenis objek yang sama


Contoh Lembaran Kerja Padankan bentuk yang sama


ISI KANDUNGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS AWAL Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni SA 1.1.1 : Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama Membuat pemerhatian menggunakan kelima-lima deria SA 2.1.1 : Memerhati persekitaran menggunakan deria SA 2.1.3 : Memerhati persekitaran menggunakan gabungan tiga atau lebih deria. Mengelaskan objek SA 2.2.3 : Mengumpul objek mengikut ciri yang dikenal pasti. SA 2.3.4 : Menimbang objek menggunakan unit bukan piawai Membuat pengukuran SA 2.3.2 : Mengukur panjang atau tinggi objek menggunakan satu unit bukan piawai. MA 2.1.9 : Menyusun kumpulan objek mengikut tertib menaik dan menurun Membuat inferens SA 2.4.1 : Membuat andaian yang mudah dan munasabah berdasarkan pemerhatian Berkomunikasi SA 2.6.1 : Menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan SA 2.6.2 : Menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan SA 2.6.3 : Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup SA 3.1.1 : Membezakan benda hidup dan bukan hidup SA 3.3.3 : Mengecam bunyi haiwan SA 3.3.5 : Mengenal pasti tempat tinggal haiwan Membuat Penerokaan Ke Atas Haiwan SA 3.3.2 : Menamakan bahagian tubuh haiwan SA 3.3.4 : Memerhati dan meniru pergerakan haiwan Membuat penerokaan ke atas tumbuh-tumbuhan SA 3.4.2 : Membandingkan bahagian tumbuhan SA 3.4.4 : Menyatakan keperluan tumbuhan untuk hidup melalui pemerhatian Meneroka sifat bahan SA 4.1.2 : Memerihalkan proses perubahan keadaan air SA 4.1.3 : Menyiasat bahan yang boleh larut dalam air SA 4.1.4 : Menyiasat bahan yang boleh menyerap air SA 4.1.5 : Menyiasat tindakan magnet ke atas pelbagai objek. Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian. SA 5.1.1 : Menyatakan pelbagai sumber cahaya SA 5.1.3 : Menyiasat kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan seharian Memerhati dan menceritakan keadaan cuaca yang berbeza SA 5.4.1 : Memerhati dan menceritakan keadaan cuaca yang berbeza SA 1.1 SA 2.1 SA 2.2 SA2.3 SA 2.4 SA 2.6 SA 3.1 SA 3.3 SA 3.4 SA 4.1 SA 5.1 SA 5.4.


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 4 Tahun Standard Kandungan : Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni. Standard Pembelajaran : SA 1.1.1 Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama. BM 1.1.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Menunjukkan sikap ingin tahu dengan pertanyaan. 2) Memberi respon degan cerita yang didengar. Standard Prestasi : Kanak-kanak boleh menunjukkan sikap yang positif dengan ransangan. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru masuk ke kelas dengan membawa patung Lebah dan sebuah buku cerita bersaiz besar bertajuk ‘Si Lebah Sahabat Sejati’. Kanak-kanak melihat patung dan buku cerita tersebut serta tertanya- tanya apa yang guru akan lakukan. 2) Guru meminta kanak-kanak untuk meneka apa aktiviti yang akan dilakukan oleh guru berdasarkan patung dan buku cerita yang dibawa masuk tadi. Kanak-kanak mula memberi respon yang positif dengan menunjukkan rasa minat dan meneka apa aktiviti yang akan dilakukan. 3) Guru meminta kanak-kanak untuk duduk dalam bulatan menghadap guru untuk mula sesi bercerita. Di setiap perjalanan buku cerita tersebut, guru bertanya kepada kanak-kanak tentang watak yang ada di dalam buku cerita seperti lebah. Kanak-kanak mendengar cerita yang disampaikan oleh guru dan mula berkongsi pendapat tentang watak binatang dalam cerita tersebut. 4) Guru meminta kanak-kanak untuk menyatakan ciri-ciri lebah berdasarkan pengetahuan mereka. Kanak-kanak bekerjasama memberi respon dengan menyatakan ciri-ciri lebah dengan betul . 5) Guru memberi lembaran kerja tentang lebah kepada setiap individu kanak-kanak. Kanak-kanak menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.


Contoh Lembaran Kerja Warnakan Kapal Terbang 1 2 3 4 5 6 1 1 1 1 1 2 4 5 3 3 1 6


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 4 tahun Standard Kandungan : SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-lima deria. Standard Pembelajaran : SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria : 1) Penglihatan 2) Pendengaran 3) Sentuhan 4) Bau 5) Rasa Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat : 1) Menggunakan deria dengan betul. 2) Menentukan deria anggota badan dengan betul. 3) Memadankan deria badan dengan betul. Standard Prestasi : Murid dapat menggunakan kelima-lima deria. Langkah-langkah Pelajaran: 1) Guru menayangkan video lagu “ Deria “ kepada kanak-kanak Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan. Sumber video Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=PVY77qOBczA) 2) Guru menunjukkan sebuah buku cerita tentang kisah monyet dan mula bercerita tentang kisah tersebut. Kanak-kanak mendengar kisah monyet yang diceritakan oleh guru. 3) Guru bersoal jawab tentang apa yang diperolehi daripada kisah tersebut dan menekankan kegunaan deria tersebut sebagai contoh “Monyet melihat apa?” “Monyet menghidu apa?” dalam kisah itu dan kanak-kanak menjawab soalan yang diberikan. 4) Guru menyuruh kanak-kanak untuk memadankan gambar dengan deria yang betul.


Contoh Lembaran Kerja Kisah monyet Pada suatu hari, seekor monyet sedang berjalan-jalan di sebuah kebun Tiba-tiba monyet lapar lalu makan sebiji pisang yang terdapat pada sebuah pokok di tepi jalan. Monyet meneruskan perjalanan lalu terhidu sekuntum bunga yang sangat wangi iaitu bunga ros Kemudian monyet terdengar suara burung yang sangat merdu Monyet terjumpa sebatang pokok kaktus dan memegangnya. “Ouch” monyet mengadu kesakitan kerana pokok kaktus itu sangat tajam Akhirnya waktu malam pun tiba. Monyet melihat bulan yang menyinar di langit. lalu monyet pulang ke rumah kerana takut dimarihi oleh ibunya 1 2 3 4 5 6


Contoh Lembaran Kerja Padankan anggota badan dengan deria yang betul.


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 45 minit Umur : 5 tahun Standard Kandungan : SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-lima deria. Standard Pembelajaran : SA 2.1.3 Memerhati persekitaran menggunakan gabungan tiga atau lebih deria. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat : 1) Kanak-kanak dapat memerhati persekitaran menggunakan 4 deria iaitu melihat, mendengar, menyentuh dan menghidu. Standard Prestasi : Kanak-kanak dapat memerhati dan meneroka persekitaran menggunakan deria masing-masing. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru masuk ke dalam kelas sambil membuat aksi orang buta yang membawa tongkat dan meminta kanak-kanak meneka apakah masalah deria yang dialaminya. 2) Guru menerangkan mengenai fungsi deria yang terdapat pada manusia seperti mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, jari untuk menyentuh, dan hidung untuk menghidu. 3) Guru membawa kanak-kanak berjalan-jalan di taman dan meminta mereka memerhati persekitaran menggunakan deria masing-masing. 4) Guru memilih kanak-kanak secara rawak dan meminta mereka menerangkan mengenai apa yang mereka lihat, dengar, sentuh dan bau semasa aktiviti penerokaan di taman. 5) Guru memberikan lembaran kerja sebagai latihan kefahaman kepada murid serta guru membuat kesimpulan terhadap pembelajaran sebentar tadi.


Contoh Lembaran Kerja Berdasarkan pemerhatian sebentar tadi, sila lengkapkan apa yang kamu perolehi mengikut deria-deria yang digunakan dengan betul. Deriaderia Melihat Menyentuh Menghidu Mendengar


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 25 minit Umur : 5 tahun Standard Kandungan : SA 2.2 Mengelaskan objek Standard Pelajaran : SA 2.2.3 Mengumpul objek mengikut ciri yang dikenal pasti. FK 1.1.2 Menunjukkan koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor halus melalui pelbagai aktiviti. KE 2.1.1 Melakonkan watak menggunakan imaginasi. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Mengelas buah mengikut ciri yang dikenal pasti seperti ciri bentuk, saiz, tekstur dan berat. 2) Mewarna buah mengikut ciri yang dikenal pasti. 3) Bercerita kepada guru dan kelas mengenai buah mengikut ciri yang dikenal pasti. Standard Prestasi : Boleh mengumpulkan objek mengikut dua ciri. Langkah-langkah Pelajaran: 1) Guru masuk ke dalam kelas dengan tangan kanan membawa bakul yang mengandungi pelbagai buah manakala tangan kiri membawa radio. 2) Guru menunjukkan buah ciku dan buah kiwi dan menerangkan mengikut ciri yang dikenal pasti kemudian guru memberi arahan kepada kanak-kanak untuk membuat kumpulan kecil dan bergerak dalam kumpulan. 3) Kanak-kanak memberi respon terhadap arahan guru dan mula bergerak mengikut kumpulan kecil masing-masing. 4) Guru memberi arahan kepada kanak-kanak untuk mereka cerita berdasarkan dua ciri iaitu mengenai bentuk dan tekstur buah yang mereka dapat. 5) Kanak-kanak mula berkomunikasi antara mereka dan kanak-kanak mula berimaginasi cara untuk bercerita mengenai buah tersebut. 6) Guru memanggil kanak-kanak dan meminta kanak-kanak bercerita kepada kelas. 7) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai pelajaran pada hari ini dan kanak-kanak memberi respon yang positif.


Contoh Lembaran Kerja = Siapa saya? Warnakan jenis buah mengikut ciri yang dikenal pasti NENAS EPAL KIWI DURIAN CEMPEDAK PISANG Saiz yang Sederhana Berat Tekstur Kulit yang Berduri


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Masa : 30 minit Umur : 6 tahun Standard Kandungan : S.A 2.2 Mengelaskan objek. Standard Pembelajaran : SA 2.2.4 menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat. BM 1.1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi. Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1) Menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan guru seperti jenis kenderaan air, perbezaan kenderaan air dengan kenderaan darat. 2) Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila dengan rakan-rakan dan guru. Standard Prestasi : Boleh mengumpulkan objek dan menyatakan ciri sepunya bagi setiap pengelasan yang dibuat. Langkah-langkah Pelajaran : 1) Guru memasang power point dan menunjukkan gambar-gambar pelbagai jenis kenderaan air dan darat. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipaparkan tadi untuk mengetahui setakat mana kefahaman murid ke atas penjelasan yang diberikan. 2) Guru mengeluarkan dua kotak dimana ia dilabelkan dengan kenderaan air dan darat. Guru mengeluarkan beberapa kad bergambar kenderaan air dan darat. 3) Kemudian mereka diminta mengelaskan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak yang dilabelkan kenderaan air dan darat. 4) Guru mengedarkan kertas berwarna kepada murid-murid bagi aktiviti origami. Kemudian mengajar murid membuat origami berbentuk perahu. 5) Guru membawa murid keluar dan pergi ke kolam hiasan dan melepaskan perahu itu ke atas air. Guru menyuruh murid untuk menyanyikan lagu “Row, row, row your boat” ketika melepaskan perahu ke atas air. 6) Guru menyimpulkan dan bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah dipelajari.


Contoh Lampiran Kerja


"Ramai guru yang mengadu pening nak buat RPH hari-hari. Banyak benda sangat nak kena buat. Nak kena cari idea la, nak kena tulis lagi dan macam-macam lagi. lepas tu yang saya stress lagi bila aktiviti yang saya buat langsung tak dapat perhatian anak murid. Dorang cakap tak seronok lah, susah lah, tak paham dan macam-macam lagi. Arghhhh!" Dan ramai ibubapa yang berminat untuk mengajar anak anak kecil di rumah tapi tercari cari apa yang nak di ajar dan bagaimana nak ajar sendiri anak anak di rumah mengikut silibus yang betul MEMPERKENALKAN BUKU 365 PANDUAN AKTIVITI PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK OLEH DR MAHANI RAZALI Apakah yang bagusnya buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh DR.Mahani Razali Langkah demi langkah untuk mengajar kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun dengan secara lengkap dan komprehensif. Merangkumi semua tunjang mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu Perkembangan Fizikal dan Estetika, Kemanusiaan, Keterampilan diri, Sains dan teknologi, Kerohanian sikap dan nilai, dan komunikasi. Mengandungi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Awal Matematik, Awal Sains, seni dan kreativiti, kemanusiaan dan ketrampilan diri serta elemen sivik Sesuai digunakan oleh ibu ayah untuk mengajar anak-anak dirumah kerana panduan yang sangat lengkap, langkah demi langkah dan bergambar. Sesuai digunakan oleh usahawan yang bercadang untuk membuka kelas atau pusat tuisyen untuk kanak-kanak prasekolah kerana modul yang sangat lengkap dan komprehensif. Sesuai digunakan oleh pengetua tadika, guru-guru tadika yang memerlukan panduan yang lengkap untuk membuat aktiviti bersama pelajar.


Kesimpulannya, buku ini sangat bagus dan WAJIB dimiliki oleh setiap ibubapa, guru dan usahawan yang berminat untuk mendalami ilmu Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.. Dengan kandungan buku yang sangat lengkap ini, harga yang sepatutnya diletakkan bernilai Ribuan ringgit kerana ini adalah modul yang sangat berharga..tetapi, oleh kerana kami mahu membantu ibu bapa dan guru memiliki KITAB WAJIB yang sangat bernilai ini, maka hari ini kami buka tawaran harga preorder iaitu hanya RM69 sahaja untuk satu buku yang sangat lengkap.Pastikan anda PREORDER HARI INI JUGA‼ Jangkaan tarikh pengeposan ialah 2 December 2019..Sekiranya lebih awal atau terlewat kami akan maklumkan


Pre-Order Sekarang!! Harga Asal RM79 Harga Pre-Order RM69


Mahani Razali (PhD) merupakan anak kelahiran Kuala Pegang, Baling Kedah. Seorang pendidik yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun mengajar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak daripada University of Glasgow Scotlond, UK. Minat penulis adalah dalam kajian-kajian yang berkaitan dengan psikologi tingkahlaku, perkembangan sosio-emosi dan kemahiran berfikir secara kreatif dalam kalangan awal kanak-kanak. Terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak seperti Kursus KSPK, Kursus Pendidik PERMATA, program Keibubapaan, bengkel Pengurusan Tingkahlaku Kanak-kanak, Bengkel Pemikiran kreatif Kanak-kanak dan aktif dalam membentangkan kertas kerja samada di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Penulis juga merupakan penulis buku Psikologi Pendidikan : Pendekatan Kontemporari (2002), Psikologi Pendidikan: Satu Panduan (2004), Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak (2007) dan Perkembangan Sosial Emosi Kanak-kanak (2008). Mendapatkan Anugerah Pingat Emas di peringkat Antarabangsa dalam penghasilan produk Go Green, Act Green dalam International Technology Exhibition 2012 di Kuala Lumpur dan SAAFK (Safety Awareness Activities For Kids) dalam Korea International Genius Invention Fair 2012 di Seoul, korea Selatan. Masih terus berusaha untuk menambahkan kepakaran dalam bidang PAKK dan InshaAllah akan terus memberi sumbangan di dalam dunia PAKK. DITERBITKAN DAN DIEDARKAN OLEH : MOMMY HAPPY GROUP SDN BHD ( 1322601-P) mommyhappygroup.com


Click to View FlipBook Version