The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shvzv.hs, 2020-04-20 03:31:10

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Penghasilan Produk

Langkah 2

Menyapu tona kayu pada perumah menggunakan berus.

Info Bestari BAB 2

Membiarkan tona kayu yang telah disapu Berus yang telah
pada perumah kering sepenuhnya. digunakan perlu dicuci
dengan pelarut yang
sesuai. Berus syelek
dicuci dengan spirit
bermetil, berus cat
dicuci dengan turpentin
dan berus lekar dicuci
dengan thinner.
Berus-berus perlu
dibersihkan dengan cara
yang betul supaya berus
tidak rosak atau
menjadi keras.

Gambar foto 2.14 Penggilap Kasut Magik

91

BAB 2 Pembangunan Produk

D Penghasilan produk

Nama produk Penggilap Kasut Magik
Fungsi Pad penggilap akan berputar apabila suis ditekan. Pad penggilap yang berputar
Teknologi akan membersihkan dan menggilap kasut kulit dan kasut PVC dengan mudah,
cepat dan berkesan.
Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal

Kayu dan MDF Wayar lembar tunggal
Motor AT Bateri

BAB 2

Gear taji

Pemegang bateri

Kepingan akrilik Tapak
hitam penggilap
(akrilik)
92
Span

Pad penggilap Suis tekan tutup

Span
Rajah 2.34 Penggilap Kasut Magik

Penghasilan Produk

Nama produk Pengagih Makanan Ikan Automatik
Fungsi Penggetar akan bergetar mengikut masa yang telah diprogramkan pada
Teknologi mikropengawal. Getaran akan melepaskan makanan ikan ke dalam tangki ikan.
Gabungan reka bentuk sistem akuaponik dan reka bentuk elektronik.

Media tanaman Pasu kecil
(hidroton)
Bekas tanaman
Penggetar Botol minuman plastik (Paip PVC besar)
(vibrator)
Makanan ikan Siku 90º

Motor AT Paip PVC BAB 2

Cawan plastik

Set penggetar
makanan ikan

Rangka meja Tangki ikan
sekolah terpakai

Pam air Set mikropengawal

Rajah 2.35 Pengagih Makanan Ikan Automatik

93

BAB 2 Pembangunan Produk

Nama produk Beg Jean
Fungsi Beg yang tahan lasak dan bergaya yang diperbuat daripada seluar jean
Teknologi terpakai. Sesuai digunakan untuk membawa buku dan pelbagai barangan lain.
Butang epoxy resin yang unik menambahkan nilai estetika beg ini.
Gabungan reka bentuk fesyen dan teknologi pembuatan.

Ruang penyimpanan Poket penyimpanan
utama hadapan

Tali beg

BAB 2

Butang epoxy resin Seluar jean
terpakai

Kancing beg Poket penyimpanan
belakang

Rajah 2.36 Beg Jean

Praktis Formatif
1. Jelaskan perbezaan antara produk berfungsi dengan produk berfungsi sebahagian.
2. Nyatakan tiga langkah utama untuk menghasilkan produk berfungsi.

94

Penghasilan Produk BAB 2

2.1.8 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian serta Kesesuaian Produk

Pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah proses terakhir untuk
mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan. Tahap keberkesanan
produk diukur berdasarkan tiga faktor, iaitu:
1. Mematuhi projek brief
2. Memenuhi kehendak pelanggan
3. Ketepatan rupa bentuk

A Pengujian
Peringkat seterusnya dalam penghasilan suatu produk ialah melakukan pengujian.
Sekiranya produk akhir yang dihasilkan dalam bentuk produk berfungsi (prototaip),
pengujian boleh dilakukan untuk menguji aspek kefungsian dan ketahanan.
Setiap pengujian direkodkan untuk tujuan penambahbaikan dan sebagai rujukan pada
masa akan datang. Pengujian terhadap produk yang telah dihasilkan boleh dijalankan
sama ada dengan menggunakan kaedah ujian makmal atau kaedah ujian parameter.
Ujian makmal
Ujian makmal ialah pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau
bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian
dengan jenis produk.
Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal
oleh peralatan di dalam makmal atau bengkel. Antara contoh ujian makmal ialah ujian
kemuluran, ujian kekuatan dan ujian beban.
Ujian parameter
Ujian parameter ialah pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi
dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta
kebolehgunaan produk. Contohnya, Penggilap Kasut Magik digunakan untuk menggilap
kasut kulit dan kasut PVC guru-guru lelaki di sebuah sekolah menengah tertentu yang
telah dipilih.
Contoh pengujian terhadap produk Penggilap Kasut Magik
Pengujian dengan kaedah ujian parameter telah dipilih bagi tujuan menganalisis
kemampuan Penggilap Kasut Magik mencapai kefungsian yang telah ditetapkan. Aspek
ujian parameter yang dijalankan:
• Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan kain lap

untuk membersihkan kasut kulit atau kasut PVC.
• Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan berus kasut

konvensional untuk menggilap kasut kulit atau kasut PVC.
Setiap sesi pengujian hendaklah direkodkan untuk tujuan penambahbaikan dan rujukan
pada masa akan datang.

95

BAB 2 Pembangunan Produk

Jadual 2.17 menunjukkan perbandingan ujian parameter antara penggunaan kaedah
konvensional dan kaedah baharu.

Jadual 2.17 Keputusan perbandingan ujian parameter antara penggunaan kaedah
konvensional dan kaedah baharu

Kasut
sebelum
dibersihkan
dan digilap

Aspek ujian Menggunakan Masa yang Menggunakan Masa yang
Kebersihan kaedah konvensional diambil kaedah baharu diambil

4 min Penggilap 2 min
kasut magik
Kain 4 minit 2 minit

BAB 2

Kegemerlapan Berus kasut
konvensional

6 min Penggilap 2 min
kasut magik
6 minit 2 minit
Keputusan

Kasut
selepas
dibersihkan
dan digilap

Berdasarkan keputusan ujian parameter, dapat dirumuskan bahawa Penggilap Kasut
Magik dapat membersihkan dan menggilap kasut dengan lebih cepat dan mudah
berbanding berus kasut konvensional.

96

Ringan dan Penghasilan Produk
pemegang selesa Reka bentuk menarik dan pad
penggilap boleh dibersihkan.
dipegang.

Saya boleh menggilap dan
membersihkan kasut dengan cepat.

Gambar foto 2.15 Beberapa maklum balas pengguna terhadap Penggilap Kasut Magik
Jadual 2.18 Analisis keputusan ujian parameter terhadap Penggilap Kasut Magik

Aspek produk Kekuatan Kelemahan
3 Putaran motor AT
A Kefungsian 3 Boleh digunakan untuk menggilap dan BAB 2
membersihkan kasut. menjadi perlahan
apabila pad penggilap
3 Hanya mengambil masa selama 4 minit ditekan agak kuat pada
untuk menggilap dan membersihkan permukaan kasut.
sepasang kasut. 3 Bateri perlu diganti
apabila kehabisan kuasa.
B Ergonomik 3 Pemegang produk selesa dipegang.
3 Produk ringan dan boleh dikendalikan −

dengan sebelah tangan. 3 Perumah kayu mungkin
3 Suis untuk ON/OFF produk mudah dicapai. pecah jika terjatuh.
3 Produk sesuai digunakan oleh semua Perumah juga mungkin
reput setelah tempoh
peringkat umur. masa tertentu.

C Reka bentuk 3 Reka bentuk produk ringkas dan menarik. −
dan nilai 3 Tona kayu menyerlahkan tekstur kayu 97
estetika
pada produk.
3 Penggunaan kayu berkualiti tinggi

meningkatkan ketahanan produk.
3 Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk

membasuh span sekiranya kotor.

D Keselamatan 3 Produk selamat digunakan kerana tiada
bahagian yang tajam.

3 Litar terlindung dan ditutup dengan kemas.

BAB 2 Pembangunan Produk

B Penilaian

Penilaian dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh.
Penilaian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan meliputi
aspek kefungsian, ergonomik, reka bentuk dan nilai estetika serta keselamatan bagi produk.

Rajah 2.37 menunjukkan contoh borang soal selidik bagi Penggilap Kasut Magik yang
telah diedarkan kepada 10 orang pengguna kasut kulit dan kasut PVC daripada pelbagai
peringkat umur. Melalui maklum balas di dalam borang soal selidik, keperluan dan
kehendak pengguna dapat difahami dengan lebih jelas.

NAMAN: AMA: Hisham HbisinhaSmalimbin Salim PEKERPJEAKAENR:JAAN: Guru Guru

ArahaAnr:aBhuanla:tkTaanndnBaoOkmaRnbAoBʻN3rOGsʼRkuSaAnOlNatuAGbkLaSmgSOiEeaAnLsLIypDaeStIkEaKkLpBaIrDnoAdIGpKueIk:nBPduAaEnGpNtIua:GktPGamEnINLedAnaGyPGtaeKItraLhAkAaSaPdUnaKTppAeMaSnsAUdpaGTepkIMaKptAraoGndIduKak. yang dinilai.
BAB 2
Aspek produk Ya Tidak
Sangat tidak
bersetujuA KefungsianAspek produk
Tidak
bersetuju 1 2 3 4 35
Tidak pasti 3
Setuju
Sangat
bersetuju
1 Produk boleh digunakan untuk membersihkan kasut.

2 Produk sangat mudah digunakan untuk menggilap kasut.

A 1K23efuB354nPPPgErrrsoorPPPoidadgdrrrunuuooookkkdddnsbbauuuooonlkkklmegehahmrbitidmkonmieglegumeumdahnbapnaehkmuraddsnnieiahgymuknuaannibntbauepkdokaraelnmsnemiuehhmmneketdgbunaeiakgnkrgnsmeiildghnaekapndyagnsnaageinlkpmliaaagkpsseauasknntne.aggsldugektaesi.lsanaugtpddaisapnleaepsmgeaambsnaeagsnlaa.gh4 kmtaainsniutg.tadna. lam m1asa 42 min3it. 4 35

1 23 45
1 23
4 35
B Ergonomik 123
123 3
4 6PrKodeudkumdeumkpaunnysaui pisemOeNga/nOgFyaFngmsueldesaahdidpeigcaanpga. i oleh ibu jari. 123 4 35
5 7 PrPordoukdurinkgabnodleanhbdoliekhednikdeanldiaklaiknanodleenhgasnesmebuelaahpteanrginang.kat umur. 123
6 C RKeedkuaduBkaennstuuiskONd/aOnFFNmiuldaaihEdsictaeptaiikoaleh ibu jari. 45
7 8 PRroedkukabboelenhtduikkenpdraolidkaunkolreihnsgekmausa dpearningmkaet numaruirk. .
3

45
45

3

C Rek9a BKeenmtukasdaannNtoilaniaEskteatyikua sangat sesuai dengan produk. 1 2 3 4 35
RKKTPRRPTPPeeereaeeakrkemodksoaskddkaatepudsbuasbelpktaeruaenunnbekdnkgmtraenittughoyundkigkaanulkastigapatipsuhplrayiakkrolkabnouaanadosgdynuppliauusekldrtkahksbaormanasridodnneieingpilggtunmaaeakaykdndhtabteagsasarsmgeldnkdraeasgaaihiuliepytknmamdanuaaimanenybdbdnneeegueaagnmrnnrgnikagktlkeuarugaauinaaklknthaklm.yikmrptaiuedirkeensotameinmbdnsnuugbgueinkeganirmark.iikstatdui.unuehatknkansauklatnmiseartuhssiinepkaeatman.sinnnul.bakgasoeagimrakisp.nidohnsakeunnasnudtaanslhaapmananpnkrl.ooadmsuakpk.o. nen11111dala222m22
8 10 3 4 3 5 3
3 4 5
9 11 4 3 5
1012 pro3duk. 4 3 5
1113 4 5
3
12 3

13D 3

D K1e4selParmoadtaunk tidak mempunyai bahagian yang tajam. 12 3 4 5
12
11T415u5lisLPLkirittaoaadnrrudkcdaatlaaiddmlaaakmpnmrgoepadmunrkopuaddnniutyudaktiauptpeuednrnejlunitnruguadknyuamknneggemtnaadsajaasmmunp.badayiahtutbitdauaikpktepdrresoenndgtuuahkn. kemas. 3 43 5
ini.
HGausHGniaulaksnkaiaalnkknaapnmnropomdrtouookdtroudArkadTraiTpyraaiypdanaangdgabmambehaemamhnpapunyunanyynyaaaginidgldeaablyeyiahbaihktkailitalhaasashnayyanalannlsgagas~ktati.iknnTG.ggEGuggnRiui anddIkaaMaaknnanAnssbuuKabiissAatetuuSernniIrttHiyuuyakka~nmmnggeebnnboggolaealewhwhaadlldickkicaeealslaasjjsuuseaaemnnmuummlalaootutuononrtr.tu.ukk mmeennjjiimmaattkkaann kkooss..

Rajah 2.37 Contoh borang soal selidik bagi Penggilap Kasut Magik
98

Penghasilan Produk

Jadual 2.19 menunjukkan analisis terhadap maklum balas pengguna yang diterima
melalui borang soal selidik yang telah diedarkan.

Jadual 2.19 Analisis terhadap maklum balas daripada borang soal selidik

Aspek produk %% Kesimpulan
Ya Tidak
A Kefungsian
1 Produk boleh digunakan untuk membersihkan kasut. 100 − Penggilap Kasut Magik
berfungsi sepenuhnya
2 Produk sangat mudah digunakan untuk menggilap 100 − untuk membersihkan
kasut.
dan menggilap kasut
3 Produk boleh membersihkan dan menggilap 100 − dengan mudah,
sepasang kasut dalam masa 4 minit. berkesan dan cepat.

B Ergonomik 90 10 Penggilap Kasut Magik
4 Produk mempunyai pemegang yang selesa dipegang. 80 20 selesa dipegang dan
5 Produk ringan dan boleh dikendalikan dengan boleh dikendalikan
oleh semua peringkat
sebelah tangan. 90 10 umur.
6 Kedudukan suis ON/OFF mudah dicapai oleh ibu jari.
7 Produk boleh dikendalikan oleh semua 90 10

peringkat umur. 90 10 Penggilap Kasut
C Reka bentuk dan Nilai Estetika 100 − Magik mempunyai
8 Reka bentuk produk ringkas dan menarik. reka bentuk yang BAB 2
9 Kemasan tona kayu sangat sesuai dengan produk. 100 − memuaskan hati
1 0 Tekstur kayu sangat menyerlah dan menarik.
1 1 Produk dihasilkan daripada kayu berkualiti tinggi 70 30 pengguna dan bahan
yang digunakan untuk
dan tahan lasak. 90 10 membina perumah
12 Reka bentuk produk seimbang mengikut kesesuaian perlu ditambah baik
mengikut kesesuaian
susunan komponen dalam produk. 90 10 fungsi produk.
13 Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk
100 − Penggilap Kasut
membersihkan span. 100 − Magik sangat selamat
D Keselamatan
1 4 Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam. digunakan.
1 5 Litar dalam produk terlindung dan ditutup

dengan kemas.

C Kesesuaian produk
Kesesuaian ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah
dijalankan terhadap produk. Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk
yang telah dihasilkan menepati keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya.

Contoh: Hasil daripada penilaian, produk didapati dapat berfungsi sepenuhnya seperti
yang dirancang. Produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
untuk membersihkan dan menggilap kasut dengan mudah, berkesan dan cepat.
Oleh itu, Penggilap Kasut Magik amat sesuai digunakan untuk membersihkan
dan menggilap kasut.
99

BAB 2 Pembangunan Produk

D Tahap keselamatan
Memastikan tahap keselamatan produk yang telah dihasilkan adalah amat penting.
Beberapa perkara perlu diambil kira semasa menilai tahap keselamatan sesuatu produk.
Hal ini adalah bertujuan untuk tidak membahayakan pengguna. Berikut adalah beberapa
contoh penilaian yang boleh digunakan berdasarkan produk yang telah dihasilkan.
1. Adakah produk mempunyai bahagian yang tajam?
2. Adakah produk mempunyai manual penggunaan?
3. Adakah produk selesa untuk dikendalikan?
4. Adakah bahagian elektronik pada produk boleh membahayakan pengguna?

Produk Bahagian elektronik Produk tidak
mempunyai produk terlindung mempunyai
dan ditutup dengan
manual bahagian
penggunaan. kemas. yang tajam.

BAB 2 Produk selesa
dipegang dan boleh
dikendalikan dengan

sebelah tangan.

Rajah 2.38 Contoh penilaian tahap keselamatan terhadap Penggilap Kasut Magik

Aktiviti Membuat pengujian PAK-21 EM K

Round Kreativiti dan
Inovasi
Table

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan produk yang berlainan kepada setiap kumpulan bersama sekeping
kad arahan.
3. Setiap ahli kumpulan menguji produk yang diberikan mengikut arahan yang terdapat pada kad.
4. Ahli kumpulan mencatatkan hasil ujian dalam kertas mahjung.
5. Hasil ujian terhadap produk dibentangkan di dalam kelas.

Praktis Formatif

1. Nyatakan aspek-aspek yang dititikberatkan apabila membuat penilaian pada Penggilap
Kasut Magik.

2. Jelaskan secara ringkas perbezaan kaedah pengujian antara ujian makmal dengan
ujian parameter.

100

Penghasilan Produk

2.1.9 Membuat Cadangan Penambahbaikan Produk Berdasarkan Laporan
Keputusan Ujian

Produk yang telah dilakukan pengujian dan penilaian akan dibuat penambahbaikan
sekiranya perlu, berdasarkan laporan pengujian dan penilaian yang diperoleh.
Penambahbaikan bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi
kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilannya. Beberapa perkara utama
yang perlu diambil kira semasa membuat penambahbaikan produk:
1. Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian.
2. Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap

dan efisien.
3. Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna

yang digunakan.
4. Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya.
5. Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna.
6. Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk.

Cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik BAB 2

Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, Penggilap Kasut Magik didapati mampu
berfungsi seperti yang dirancang oleh pereka bentuk dan selamat digunakan oleh
pengguna. Jadual 2.20 menunjukkan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap
Penggilap Kasut Magik.

Jadual 2.20 Beberapa cadangan penambahbaikan
terhadap Penggilap Kasut Magik

Kelemahan yang Cadangan Cabar Minda
dikenalpasti penambahbaikan
Menukar kepada motor AT Seorang pereka
Putaran motor AT menjadi yang mempunyai daya kilas bentuk perlu sentiasa
perlahan apabila pad yang tinggi. memikirkan idea baharu
penggilap ditekan agak kuat untuk menambahbaik
pada permukaan kasut. • Menggunakan bateri produk yang telah
Bateri perlu diganti apabila berkuasa tinggi yang boleh dihasilkannya. Apakah
kehabisan kuasa. dicas semula menggunakan idea baharu yang akan
plag 3 pin atau USB. anda cadangkan untuk
Perumah yang dihasilkan menambahbaik Penggilap
daripada kayu mungkin • Melengkapkan produk Kasut Magik ini?
pecah jika terjatuh. Perumah dengan alat pengecas
juga mungkin reput setelah tanpa wayar. 101
tempoh masa tertentu.
Menggunakan bahan seperti
plastik atau fiber untuk
menghasilkan perumah yang
lebih tahan lasak, ringan,
moden dan mempunyai
ciri-ciri futuristik.

BAB 2 Pembangunan Produk

Suis dan pengawal kelajuan
Tempat sambungan pengecas

Pengecas bateri

Pemegang
dan penutup
ruang bateri

Ruang motor AT

Tapak penggilap

Gear
Pad penggilap

BAB 2 Rajah 2.39 Lakaran cadangan penambahbaikan pada Penggilap Kasut Magik

Praktis Formatif
1. Nyatakan dua perkara yang diambil kira semasa membuat penambahbaikan pada reka

bentuk produk yang telah dihasilkan.
2. Berdasarkan keputusan ujian parameter yang telah dijalankan terhadap Penggilap Kasut

Magik, didapati bahan yang digunakan untuk membina produk adalah tidak tahan lasak.
Cadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap reka bentuk produk.

2.1.10 Menyediakan Dokumentasi Info Bestari
A Pendokumentasian
Perbadanan Harta
Pendokumentasian ialah satu laporan bertulis yang Intelek Malaysia
menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat (MyIPO) ialah badan
daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat yang bertanggungjawab
mock-up atau model produk dihasilkan. Laporan bertulis membangun dan
ini penting sebagai rujukan pada masa akan datang dan menguruskan sistem
merupakan dokumen yang diperlukan dalam proses harta intelek di Malaysia.
pendaftaran paten sesuatu produk.

102

Penghasilan Produk

Kepentingan pendokumentasian Akses

1. Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk Pantas
Pereka bentuk perlu merekodkan semua maklumat carian, kajian dan
lakaran perkembangan idea dalam proses mereka bentuk sebagai
bukti bahawa reka bentuk produk ialah hasil rekaannya sendiri. Perbadanan Harta
2. Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten Intelek Malaysia
Untuk memfailkan permohonan perlindungan paten, pereka bentuk www.myipo.gov.my
perlu mengemukakan borang permohonan dan dokumentasi
Akses

lengkap berserta mock-up atau model produk yang telah Pantas
dihasilkan.
3. Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
Pereka bentuk yang ingin membuat inovasi atau melakukan
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) boleh merujuk maklumat Jenis-jenis
yang terdapat dalam dokumentasi.
Harta Intelek
goo.g1/Joozqn

B Format laporan penghasilan produk
Format laporan adalah aspek yang penting dalam penyediaan laporan penghasilan
produk. Secara umumnya, format laporan penghasilan produk terdiri daripada susunan
bahagian seperti yang berikut.

Muka hadapan BAB 2
Muka hadapan laporan penghasilan produk haruslah dapat menarik minat pembaca.
Muka hadapan laporan hendaklah mengandungi nama produk, nama murid, nombor
kad pengenalan murid, penilai, tarikh dihantar, nama mata pelajaran dan tingkatan.

Penghargaan
Murid lazimnya menggunakan halaman ini untuk memberikan pujian dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan bantuan
sama ada secara langsung dan tidak langsung semasa proses penghasilan produk.

Abstrak
Abstrak ialah ringkasan bagi kandungan keseluruhan suatu laporan. Peranan abstrak
adalah untuk memberikan gambaran awal tentang produk yang telah dihasilkan.
Sebelum membaca kandungan sesuatu laporan penghasilan produk, pembaca lazimnya
akan merujuk kepada abstrak untuk mengetahui keistimewaan sesuatu produk atau
penyelesaian masalah yang membawa kepada terhasilnya produk berkenaan.

Kandungan
Halaman ini mengandungi isi kandungan laporan yang disusun mengikut tajuk dan
subtajuk. Nombor halaman dinyatakan untuk memudahkan pembaca merujuk kepada
tajuk atau subtajuk tertentu ketika membaca laporan yang telah dihasilkan.

103

BAB 2 BAB 2 Pembangunan Produk

1.0 Pengenalan
Halaman ini mengandungi maklumat yang diperoleh daripada situasi permasalahan,
kajian keperluan pelanggan, penyelesaian masalah inventif dan projek brief.
Penghasilan sesuatu produk adalah berdasarkan konsep 5W+1H iaitu:
What : Apakah produk yang dihasilkan?
Why : Mengapakah produk dihasilkan?
Who : Siapakah pengguna sasaran bagi produk?
When: Bilakah produk digunakan?
Where: Dimanakah produk digunakan?
How: Bagaimanakah produk berfungsi?

2.0 Penentuan gabungan teknologi
Bahagian ini menerangkan teknologi yang dipilih untuk digabungkan bagi
menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti. Teknologi yang digabungkan perlu
sesuai dengan penyelesaian masalah inventif yang dipilih. Tujuan penggunaan, fungsi
serta kekuatan dan kelemahan teknologi yang dipilih perlu dijelaskan di dalam laporan
untuk menyokong teknologi yang telah dipilih dan akan digabungkan.

3.0 Perancangan konsep
Perancangan konsep reka bentuk dilakukan dalam bentuk lakaran. Lakaran dapat
menggambarkan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan dengan lebih jelas dan
berkesan. Bahagian ini memuatkan semua lakaran yang dihasilkan, sama ada dalam
bentuk 2D, 3D, hitam putih atau berwarna.

4.0 Lakaran akhir
Lakaran akhir ialah lakaran terbaik yang dipilih daripada beberapa lakaran idea yang
telah dihasilkan oleh pereka bentuk. Lakaran akhir (lakaran bermaklumat) perlu
menyatakan elemen dan prinsip reka bentuk yang digunakan oleh pereka bentuk pada
lakaran yang dihasilkan.
5.0 Jadual kerja
Jadual kerja merupakan penjadualan yang memaparkan anggaran jangka masa yang
ditetapkan bagi menyiapkan projek. Penjadualan boleh dilakukan dalam bentuk
hubungan aktiviti melalui rangkaian atau menggunakan carta Gantt.

6.0 Pengurusan kewangan
Pengurusan kewangan menerangkan perancangan kewangan bagi pasukan kerja.
Konsep SMART digunakan untuk menentukan kos pengeluaran dan harga jualan yang
sesuai bagi produk yang akan dihasilkan. Langkah ini juga dapat menentukan sama ada
produk yang akan dihasilkan sesuai atau tidak untuk dipasarkan.

104

Penghasilan Produk BAB 2

7.0 Penghasilan produk
Bahagian ini memuatkan penerangan bagi setiap peringkat yang terlibat dalam proses
penghasilan produk. Secara umumnya, proses penghasilan produk terbahagi kepada
tiga peringkat, iaitu:
• Mengukur, menanda dan memotong bahan
• Membina dan mencantum bahagian produk
• Membuat kemasan

8.0 Pengujian dan penilaian
Pengujian dan penilaian dijalankan untuk menguji keberkesanan produk yang
telah dihasilkan. Laporan penghasilan produk perlu menyatakan kaedah pengujian
yang dipilih dan keputusan pengujian. Keputusan pengujian akan dinilai dari aspek
kefungsian, ergonomik, nilai estetika, keselamatan dan keberkesanan dengan
menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan kepada pengguna.

9.0 Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan disediakan bertujuan untuk menjadikan produk yang telah
dihasilkan lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif
asal penghasilan produk.

10.0 Penutup
Halaman ini memuatkan harapan pereka bentuk terhadap produk yang dihasilkan
agar mampu mencapai objektif penghasilannya. Turut dimuatkan juga ulasan ringkas
kelebihan produk yang telah dihasilkan.

Bibliografi
Rujukan yang disenaraikan perlu ditulis mengikut format American Psychological
Association (APA).

Lampiran
Semua bahan dan rujukan yang digunakan dalam reka bentuk produk dimasukkan ke
bahagian ini. Antaranya seperti lukisan unjuran ortografik, lukisan isometrik, brosur,
manual pengguna dan sebarang dokumen lain yang tidak diletakkan dalam bahagian
penerangan laporan.

C Persembahan
Persembahan di hadapan guru dan rakan-rakan sekelas bertujuan memperkenalkan
produk kepada umum dari segi kefungsian, reka bentuk dan keistimewaannya. Pereka
bentuk juga dapat memperoleh cadangan penambahbaikan daripada rakan-rakan sekelas
dan guru bagi membaiki kualiti produk yang telah dihasilkan.

105

BAB 2 Pembangunan Produk

Contoh laporan penghasilan produk

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka Bentuk dan

Teknologi Tingkatan 3, Encik/Puan atas tunjuk ajar

dan bantuan beliau bagi saya menyiapkan produk

ini. Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik

dan Puan atas dorongan

dan sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini. Tidak lupa

kepada sahabat saya, iaitu dan

serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

sepanjang tempoh saya menyiapkan produk ini.

BAB 2 ABSTRAK

Produk Penggilap Kasut Magik ini dihasilkan dengan tujuan membersihkan
dan menggilap kasut kulit atau kasut PVC dengan mudah, cepat dan tidak
meletihkan. Pengguna kasut kulit atau kasut PVC didapati menghadapi
kesukaran membersihkan dan menggilap kasut mereka kerana proses
membersihkan dan menggilap kasut mengambil masa yang panjang dan
boleh melenguhkan tangan. Melalui proses penyelesaian masalah secara
inventif, reka bentuk mekanikal dan reka bentuk elektrik telah dipilih untuk
digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik. Reka
bentuk ini membolehkan produk membersihkan dan menggilap kasut kulit
atau kasut PVC dengan mudah, cepat dan tidak meletihkan. Laporan ini turut
memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk. Keputusan yang diperoleh
daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan
bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk juga
mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji
produk ini. Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan
penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan memantapkan kualiti
produk Penggilap Kasut Magik yang akan dihasilkan pada masa hadapan.

1

106

Penghasilan Produk

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK 1

1.0 PENGENALAN 2

1.1 Kajian keperluan pelanggan 3

1.2 Penyelesaian masalah inventif 3

1.3 Borang projek brief 4

1.4 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual 5

2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI

2.1 Teknologi yang dipilih 5

2.2 Tujuan penggunaan teknologi 5

2.3 Fungsi teknologi 6

2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi 6

3.0 PERANCANGAN KONSEP

3.1 Pemilihan konsep reka bentuk 6

3.2 Lakaran perkembangan idea bagi produk 6

4.0 LAKARAN AKHIR BAB 2

4.1 Lakaran bermaklumat 7

4.2 Lakaran ceraian 7

4.3 Analisis lakaran dari aspek elemen reka bentuk 8

4.4 Analisis lakaran dari aspek prinsip reka bentuk 8

5.0 JADUAL KERJA 8

6.0 PENGURUSAN KEWANGAN 9

7.0 PENGHASILAN PRODUK 9

8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN 10

8.1 Pengujian 10

8.2 Analisis keputusan pengujian 11

8.3 Penilaian 11

8.4 Analisis keputusan penilaian 11

8.5 Menilai kesesuaian produk 12

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12

10.0 PENUTUP 12

BIBLIOGRAFI 12

LAMPIRAN 13

2
107

BAB 2 Pembangunan Produk

1.0 PENGENALAN
Kasut yang diperbuat daripada kulit atau PVC merupakan salah satu pilihan untuk

dipakai ke tempat kerja. Berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan yang
diedarkan, pengguna didapati tidak menggemari proses menggilap kasut. Hal ini
disebabkan, proses menggilap kasut menggunakan berus kasut mengambil masa yang
lama dan boleh melenguhkan tangan.
Melalui kaedah penyelesaian masalah inventif, masalah ketika menggilap kasut
menggunakan berus kasut telah dikenal pasti. Penggilap Kasut Magik merupakan
produk inovasi yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi pengguna ketika
menggunakan berus kasut. Penggilap Kasut Magik ini amat mudah digunakan dan
boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira tempat dan masa.

1.1 Kajian keperluan pelanggan

BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

Bahagian A: Maklumat Pelanggan

Nama :

Jantina: Umur:

No. telefon: Email:

Pekerjaan: Pendapatan:

Alamat: Berkeluarga: YA / TIDAK
Tanggungan:
BAB 2
Tempat beli-belah: Kekerapan membeli-belah (sebulan):

Jumlah perbelanjaan bulanan: < RM100 RM300 – RM499
(tandakan 3) RM100 – RM299 > RM500

Bahagian B: Latar Belakang Produk yang Digunakan Sekarang

Nama produk yang digunakan

Ciri produk yang digunakan

Mengapakah produk digunakan?

Kebaikan produk sedia ada

Kelemahan produk sedia ada

Bahagian C: Penambahbaikan

Apakah penambahbaikan yang
perlu ada pada produk yang akan
dihasilkan?

Bahagian D: Lain-lain
(Isikan sebagai maklumat tambahan pelanggan)


3

108

Penghasilan Produk

1.2 Penyelesaian masalah inventif
Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi

pelanggan apabila menggunakan berus kasut.

menggerak kotor
Habuk
memegang
memegang memegang memegang memegang menyingkmiremegangmenyingkir memegang

Tangan Pemegang Rongga Gam Berus Krim Kasut Tangan
berus kasut

menggerak

Air
kotor

Berdasarkan model fungsi, didapati masalah berpunca daripada
. Analisis berantai punca-kesan telah

dijalankan untuk mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah.

1.3 Borang projek brief

Tajuk: Catatan
Kriteria pertimbangan utama
BAB 2
Fungsi
1. Apakah kegunaan produk ini?
2. Di manakah produk ini digunakan?
Persembahan
1. Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan?
Tujuan pasaran
1. Siapakah yang akan menggunakannya?
2. Siapakah pesaing yang wujud?
3. Pelanggan bagaimanakah yang akan menggunakan

produk ini?
Kuantiti
1. Berapakah jumlah yang diperlukan?
Stail/Gaya
1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini?
2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di

pasaran?
Kualiti
1. Bagaimanakah kualiti pembuatannya?
2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan

yang istimewa?
Anggaran kos seunit
1. Berapakah kos untuk menghasilkan seunit produk?
Jangka masa
1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan?

4

109

BAB 2 Pembangunan Produk

1.4 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual

Tajuk:

A Tajuk projek
1. Apakah jenis produk atau perkhidmatan?
2. Apakah kegunaan produk ini?
3. Di manakah produk ini akan digunakan?

B Gambaran keseluruhan projek
1. Siapakah yang akan menggunakannya?
2. Apakah tujuan produk ini dihasilkan?
3. Adakah produk ini diperlukan oleh pelanggan?
4. Bagaimanakah produk ini digunakan atau

dipersembahkan?

C Reka bentuk produk
1. Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang akan

digunakan?
2. Apakah konsep reka bentuk yang ingin diterapkan?
3. Adakah produk ini inovasi daripada produk sedia ada atau

produk yang baharu dibangunkan?

BAB 2 D Perancangan dalam pengurusan projek
1. Pembahagian kumpulan kerja
2. Jadual kerja
3. Kos pengeluaran
4. Kuantiti penghasilan

E Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran
1. Membuat perbandingan dari segi fungsi, persembahan,

tujuan pasaran, kuantiti, kualiti, anggaran kos seunit dan
jangka masa.
2. Adakah produk ini akan mendapat permintaan di pasaran?

F Lakaran idea
1. Bagaimanakah rupa bentuk produk dalam bentuk 2D

dan 3D?

G Penghasilan mock-up atau model
1. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan
mock-up atau model.

2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI

2.1 Teknologi yang dipilih

Saya/Kami telah memilih gabungan reka bentuk

dan reka bentuk untuk digabungkan dalam

penghasilan produk .

2.2 Tujuan penggunaan teknologi

Reka bentuk (teknologi yang dipilih) dan reka bentuk (teknologi yang dipilih) telah

dipilih kerana .

5

110

Penghasilan Produk

2.3 Fungsi teknologi
1. Reka bentuk elektrik: Motor AT berputar menggerakkan gear.
2.

2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi



Aplikasi Komponen Kekuatan Kelemahan
teknologi

3.0 PERANCANGAN KONSEP kerana
3.1 Pemilihan konsep reka bentuk

Saya/Kami telah memilih konsep

Elemen reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah
Prinsip reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah

3.2 Lakaran perkembangan idea BAB 2

Lakaran idea 1 Lakaran idea 2

Suis tekan Bateri Suis tekan
tutup Motor AT tutup

Pad Elemen Pemegang
penggilap - Garisan
- Ruang Pad Penyambung
- Bentuk penggilap motor AT
- Rupa
Prinsip Pandangan - Tekstur Prinsip Pandangan Elemen
- Keseimbangan hadapan - Keseimbangan hadapan - Garisan
- Kesatuan - Kesatuan - Ruang
- Bentuk
- Rupa
- Tekstur

Lakaran idea 3 Lakaran idea 4 3 Lakaran yang dipilih

Pemegang Elemen Pemegang
- Garisan
Pad Suis - Ruang Suis tekan
penggilap tekan - Bentuk tutup
tutup - Rupa
- Tekstur
Prinsip Elemen
- Garisan Pad
- Keseimbangan - Ruang penggilap
- Bentuk
- Kesatuan Pandangan - Rupa Prinsip Pandangan
- Tekstur - Keseimbangan hadapan
hadapan - Kesatuan

6

111

BAB 2 Pembangunan Produk

4.0 LAKARAN AKHIR
4.1 Lakaran bermaklumat

Nama produk: Penggilap Kasut Magik

Penutup atas

Bahan 180 mm 30 mm
• Span tebal
• MDF
• Kayu Pemegang dan
• Bateri tempat bateri

• Motor AT Penutup bateri
• Suis tekan tutup 70 mm
• Set gear taji Suis tekan tutup
• Pemegang bateri Perumah motor AT dan gear

• Wayar lembar tunggal Penutup bawah Elemen
• Skru kayu Pad penggilap ∅ 50 mm - Garisan
25 mm - Rupa
Span - Bentuk
- Warna
Prinsip - Tekstur
- Keseimbangan - Ruang
- Kesatuan

BAB 2 4.2 Lakaran ceraian

Penutup atas Bateri
Motor AT Pemegang bateri
Gear taji
Suis tekan tutup
Perumah Penutup bateri
Skru kayu
Penutup bawah
Pad penggilap
7

112

Penghasilan Produk

4.3 Analisis lakaran produk dari aspek elemen reka bentuk

Elemen Ada Tiada Ulasan

1 Garisan

2 Ruang

3 Rupa

4 Bentuk

5 Tekstur

6 Saiz

7 Warna

8 Nilai

4.4 Analisis lakaran produk dari aspek prinsip reka bentuk

Prinsip Ada Tiada Ulasan
1 Keseimbangan
2 Penekanan
3 Keringkasan BAB 2
4 Pergerakan
5 Pengulangan
6 Kontras
7 Kepelbagaian
8 Kesatuan
9 Harmoni

5.0 JADUAL KERJA

Aktiviti Minggu

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 Penerangan keperluan pelanggan kepada 3
pereka bentuk (Kajian keperluan pelanggan)

2 Perbincangan konsep bersama pelanggan 3
(projek brief)

3 Melakar reka bentuk produk 3

4 Penyediaan mock-up atau model 33

5 Mengukur, menanda, memotong dan 33
memasang produk. Kemasan.

6 Pengujian dan penilaian kefungsian 33

7 Kerja siap. Membuat dokumentasi dan 3
tuntutan bayaran

8

113

BAB 2 Pembangunan Produk

6.0 PENGURUSAN KEWANGAN Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
6.1 Konsep SMART

S Tujuan projek



Nama projek
Tujuan
Bilangan

Sasaran

M Pengagihan kewangan

A Kos bahan

Bahan

Jumlah
B Kos upah = bilangan pekerja × masa × kadar upah sejam × bilangan hari
=

C Kos overhed

Perkara Kos sehari (RM) Bilangan hari Jumlah (RM)

BAB 2 Jumlah
D Jumlah modal = kos bahan + kos upah + kos overhed
=

E Kos jualan = kos pengeluaran seunit produk + peratus keuntungan
=

A Boleh dicapai

Keuntungan = kos jualan - kos pengeluaran seunit produk

=

R Realistik
T Tempoh masa

7.0 PENGHASILAN PRODUK

A Mengukur, menanda dan memotong bahan

1. Ukur dan tandakan ukuran pada kayu dan MDF.

2.

B Membina dan mencantum bahagian produk

1. Sapu komponen produk dengan glu PVA untuk mencantum dan membentuk

perumah.

2. 9

114

Penghasilan Produk

C Membuat kemasan
1. Balut suis tekan tutup dengan menggunakan masking tape.
2.
3.

8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN untuk menguji
Saya/Kami telah memilih kaedah ujian . Aspek ujian yang dijalankan

kefungsian dan kesesuaian produk
ialah

8.1 Pengujian


Kasut sebelum
dibersihkan
dan digilap

Aspek ujian Menggunakan Masa yang Menggunakan Masa yang
Kebersihan kaedah konvensional diambil kaedah baharu diambil

4 min Penggilap 2 min BAB 2
kasut magik
Kain 2 minit
4 minit

Kegemerlapan Berus kasut
konvensional

6 min Penggilap 2 min
kasut magik
6 minit 2 minit

Keputusan

Kasut selepas
dibersihkan
dan digilap

Berdasarkan ujian , dapat dirumuskan bahawa
10

115

BAB 2 Pembangunan Produk

8.2 Analisis keputusan pengujian

Aspek produk Kekuatan Kelemahan

A Kefungsian

B Ergonomik

C Reka Bentuk dan Nilai Estetika

D Keselamatan

8.3 Penilaian PEKERJAAN:


NAMA:

BORANG SOAL SELIDIK BAGI:
Arahan: Tandakan ʻ3ʼ untuk menyatakan pendapat anda terhadap aspek produk yang dinilai.

Aspek produk Ya Tidak

A Kefungsian

BAB 2 B Ergonomik

C Reka Bentuk dan Nilai Estetika

D Keselamatan

Tuliskan cadangan anda untuk menambahbaik produk ini.
~ TERIMA KASIH ~

8.4 Analisis keputusan penilaian

Aspek produk %% Kesimpulan
Ya Tidak

A Kefungsian

B Ergonomik

C Reka Bentuk dan Nilai Estetika

D Keselamatan

11

116

Penghasilan Produk

8.5 Menilai kesesuaian produk
Hasil penilaian terhadap keputusan pengujian, produk _______________________

didapati sesuai digunakan kerana memiliki ciri-ciri yang berikut:
1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu dan span sesuai dengan produk
2.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, produk didapati
mampu berfungsi seperti yang dirancang dan selamat digunakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan pada produk.

Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan

Lakaran cadangan penambahbaikan pada produk

Suis dan pengawal kelajuan Tempat sambungan pengecas
Pengecas bateri

Gear Pemegang dan BAB 2
penutup ruang bateri

Ruang motor AT

Tapak penggilap
Pad penggilap

10.0 PENUTUP
(Nama produk) merupakan reka bentuk produk yang dihasilkan dengan
tujuan untuk memudahkan pengguna (fungsi produk). Harapan saya,
ini akan dapat memenuhi keperluan semua kategori
pengguna. telah direka bentuk dengan
yang selesa. Saiznya yang kecil memudahkan produk ini
dikendalikan dan dibawa ke mana sahaja. Harga produk yang berpatutan menjadikan
produk mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua
pihak yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya sehingga produk

ini berjaya dihasilkan.

BIBLIOGRAFI

Istilah Kejuruteraan: Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Jamil, A.B. & Azra, O. (2017). Reka Cipta Tingkatan 5. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Kaharruddin, I., Azmi, M.Y., Ramli, A. (2002). Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

12

117

BAB 2 Pembangunan Produk

12.0 LAMPIRAN
Lukisan unjuran ortografik sudut ketiga

Lukisan isometrik Lukisan skematik litar

BAB 2

30° 30°

13

Aktiviti Persembahan dokumentasi PAK-21 EM K

1. Sediakan sudut persembahan di bengkel mengikut kumpulan bagi Pembentangan Kreativiti dan
Hasil Inovasi
Sendiri

mempersembahkan dokumentasi dan produk yang telah dihasilkan.
2. Guru dan murid-murid lain bergerak dari satu sudut persembahan ke sudut persembahan
yang lain.
3. Bentangkan hasil dokumentasi dan produk kepada guru dan murid-murid yang lain.
4. Gunakan media persembahan yang bersesuaian mengikut kemahiran sedia ada murid.
5. Jalankan sesi perbincangan bersama guru dan rakan-rakan.
6. Serahkan dokumentasi dan produk kepada guru untuk tujuan pemarkahan.

118

Penghasilan Produk

R UMU S A N

Pembangunan Produk KUIZ Interaktif

Penghasilan Produk goo.gl/LpQTmB

Menyatakan produk yang Kajian keperluan pelanggan
hendak dihasilkan berdasarkan Projek brief
kajian keperluan pelanggan
dan projek brief Justifikasi pereka bentuk semasa
Mengenal pasti asas teknologi memilih teknologi
yang sesuai dengan kehendak Teknologi yang sesuai dengan
reka bentuk produk kehendak reka bentuk produk

Merancang konsep, elemen dan Konsep penghasilan idea
prinsip reka bentuk yang
dipersetujui dalam bentuk lakaran Elemen dan prinsip reka bentuk
Menghasilkan lakaran
produk yang hendak dibuat Lakaran perkembangan idea
Menyediakan jadual kerja
Membuat senarai bahan, Lakaran 3D, lakaran ceraian, lukisan kerja BAB 2
peralatan dan bajet produk
Lakaran reka bentuk produk dari aspek
Menghasilkan produk berfungsi elemen dan prinsip reka bentuk
atau berfungsi sebahagian
Membuat pengujian dan Senarai bahan untuk menghasilkan Penggilap
penilaian kefungsian serta Kasut Magik
kesesuaian produk Senarai peralatan untuk menghasilkan
Membuat cadangan Penggilap Kasut Magik
penambahbaikan produk
berdasarkan laporan Bajet produk
keputusan ujian
Menyediakan dokumentasi Ciri-ciri produk berfungsi dan
produk berfungsi sebahagian

Kepentingan merancang pembinaan produk
berfungsi atau produk berfungsi sebahagian
Langkah-langkah menghasilkan produk
berfungsi Penggilap Kasut Magik

Penghasilan produk

Pengujian, penilaian, kesesuaian produk

Tahap keselamatan

Pendokumentasian
Format laporan penghasilan produk

Persembahan

119

BAB 2 Pembangunan Produk

Latihan Pengukuhan Semak JAWAPAN

Bahagian A goo.gl/LcF2dm
Isikan tempat kosong.
,
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Kriteria utama dalam kajian keperluan pelanggan ialah

dan .

(b) • Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina
• Mengikut skala atau mengikut saiz sebenar
• Dibina menggunakan bukan bahan sebenar
• Tidak berfungsi sepenuhnya

Ciri-ciri di atas merujuk kepada .

(c) Konsep penghasilan idea terbahagi kepada dua, iaitu
dan .

(d) Kaedah pengujian yang boleh dijalankan terhadap suatu produk yang telah

dihasilkan ialah dan .

2. Padankan cara mendapatkan maklumat dengan penerangan yang betul.

Mengenal pasti keperluan pelanggan
Projek brief dan matlamat produk.

Penyelesaian Penyelesaian masalah secara berstruktur
masalah inventif berdasarkan logik, data dan idea yang
dijana melalui prinsip inventif.

Kajian keperluan Proses perbincangan awal yang bertujuan
pelanggan mendapatkan maklumat secara terus
daripada pelanggan tentang produk yang
ingin dibangunkan.

120

Penghasilan Produk

3. Nyatakan nama dan fungsi alatan di bawah.
(a)

Nama alatan:

Fungsi:

(b)

Nama alatan:
Fungsi:

(c)

Nama alatan:
Fungsi:

Bahagian B
Jawab semua soalan.
1. Rajah 1 menunjukkan suatu contoh lakaran produk.

Rantai
penyangkut

5 mm Kayu

60 mm

20 mm Epoxy resin

Rajah 1
(a) Senaraikan elemen dan prinsip reka bentuk yang terdapat pada lakaran produk

pada Rajah 1.
(b) Berdasarkan jawapan anda di (a), huraikan peranan elemen dan prinsip reka

bentuk pada lakaran produk yang ditunjukkan.

(c) Cadangkan dua penambahbaikan yang sesuai dilakukan pada lakaran produk.


2. Apakah garis panduan menyediakan jadual kerja?
3. Senaraikan kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk

berfungsi sebahagian.
121

3Bab Reka Bentuk
dalam Perniagaan

Sesuatu produk yang ingin dipasarkan harus
diiklankan agar dikenali oleh pengguna.
Bagaimanakah reka bentuk pengiklanan boleh
mempengaruhi pemasaran produk?

Reka bentuk pengiklanan merupakan
instrumen penting dalam pemasaran produk.
Pengiklanan berperanan untuk menyampaikan
maklumat tentang produk yang telah
direka bentuk oleh pengeluar kepada
pengguna. Pengiklanan boleh dilakukan
melalui pelbagai medium seperti media
elektronik, media cetak atau media sosial.

Reka bentuk pengiklanan yang dapat Akses Pantas
memberikan impak kepada sasaran pasaran
merupakan iklan yang berkesan. Elemen Penting
122 Pemasaran

goo.gl/y5ceUK

Standard Kandungan

3.1 Reka bentuk sebagai
instrumen pemasaran

123
inStieklraeTnssieedetsmaaakknaadkdnaasp.laaamltubmluiennntgagasen.san

3.1 Reka Bentuk sebagai Instrumen
Pemasaran

Standard Pembelajaran

Murid boleh:
• Menyatakan maksud pemasaran
• Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran
• Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan
• Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk yang dihasilkan
• Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih
• Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk
• Menghasilkan reka bentuk pengiklanan

Pengeluar perlu kreatif dalam membuat perancangan yang Kata Kunci
teliti supaya reka bentuk produk yang dipasarkan
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dengan • pengeluar
demikian, produk yang dihasilkan mampu memberikan • keperluan
keuntungan yang maksimum. • kehendak
• pemasaran
Kita boleh melihat pelbagai pilihan reka bentuk produk • pengguna
di pasaran. Namun, setiap reka bentuk produk tersebut • produk
mempunyai keistimewaan tersendiri pada pandangan • pengiklanan
setiap pengguna.

Gambar foto 3.1 Reka bentuk beg sandang
Gambar foto 3.1 menunjukkan pelbagai pilihan reka bentuk beg sandang yang berada
di pasaran. Pilihan reka bentuk yang berbeza ini penting bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.

124

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

3.1.1 Menyatakan Maksud Pemasaran Info Bestari

Pemasaran ialah aktiviti perniagaan yang menyalurkan Philip Kotler merupakan
barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada salah seorang pakar
pengguna. Menurut Philip Kotler, pemasaran ialah satu pemasaran yang
proses sosial dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan terkemuka di dunia.
kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan Beliau mempunyai
nilai antara satu sama lain. pengaruh yang besar
dalam ilmu pemasaran.
Dengan kata lain, pemasaran ialah proses atau aktiviti Philip Kotler juga
yang dilakukan oleh pihak pengeluar untuk memasar dan telah menulis lebih 60
menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi naskhah buku berkenaan
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sebagai pemasaran seperti
contoh, pengeluar kereta Malaysia, iaitu Proton Holdings Principle of Marketing,
Berhad menyampaikan maklumat tentang kereta terbaharu Marketing an Introduction
kepada pengguna menerusi aktiviti pemasaran. dan banyak lagi.
Buku-buku beliau
Aktiviti pemasaran menjadi rujukan pelajar
dan juga organisasi
yang berkaitan dengan
pemasaran.

Pengeluar

XYZ 123

Pengguna
Rajah 3.1 Aktiviti pemasaran daripada pengeluar kepada pengguna

Keperluan dan Permintaan Produk
kehendak pengguna

Nilai Pertukaran Urus niaga Akses

Pasaran BAB 3
Rajah 3.2 Peta alir dalam bidang pemasaran
Pantas

Elemen dalam
Bidang Pemasaran

goo.gl/R5iym2

125

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

MULA

Pengeluar Pergudangan
Menentukan produk yang hendak Kegiatan menyimpan produk
dikeluarkan bagi memenuhi di dalam gudang. Di sini juga,
keperluan dan kehendak pengguna. aktiviti akhir seperti melabel
dan membungkus dilakukan.

BAB 3 XYZ 123 TAMAT

Pengguna akhir YZX 123
Pengguna yang membeli produk
bagi kegunaan peribadi, keluarga Pengguna organisasi
atau isi rumah. Pengguna yang membeli produk untuk
digunakan dalam kegiatan perniagaan
126 seperti teksi sewa beli.

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Pengangkutan
Aktiviti mengagihkan produk dari satu
tempat ke tempat yang memerlukan.

012-345XXXX (Pegawai Pemasaran Proton)

[email protected]

Jaminan 3 tahun Kadar faedah serendah Jaminan
5 tahun penghantaran
Servis Percuma 2.95%*
pantas

tertakluk kepada terma dan syarat

Promosi
Aktiviti pengiklanan, promosi
jualan, jualan langsung dan
publisiti yang bertujuan untuk
memperkenalkan produk.

Perniagaan
Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Rajah 3.3 Aliran pemasaran produk keluaran Proton Holdings Berhad

Aktiviti Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemasaran
sesuatu produk
1. Senaraikan produk kegemaran anda.
2. Seterusnya, kongsikan pengalaman anda mengenali dan mengetahui tentang produk yang

telah disenaraikan.
3. Nyatakan tempat untuk mendapatkan produk kegemaran anda itu.
4. Kongsikan dengan rakan sebab anda menggemari produk itu.

Praktis Formatif BAB 3
1. Nyatakan maksud pemasaran.
2. Nyatakan aktiviti dalam pemasaran.

127

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

3.1.2 Menerangkan Peranan Reka Bentuk dalam Pemasaran

Produk yang ingin dipasarkan terdiri daripada sesuatu Imbas Semula
barangan atau perkhidmatan. Setiap produk yang dihasilkan
mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ciri-ciri tersebut Reka bentuk ialah
merujuk kepada kualiti yang ada pada produk seperti reka pengetahuan mengenai
bentuk, warna atau saiz produk. Reka bentuk produk yang penyusunan bahan
dipersembahkan dengan baik memainkan peranan penting secara terancang untuk
dalam pemasaran bagi menarik perhatian pengguna. Peranan menghasilkan
reka bentuk dalam pemasaran terbahagi kepada tiga, iaitu: sesuatu produk yang
• Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. memberikan kesan
• Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada kehidupan.

kepada pengguna.
• Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk.

Peranan reka bentuk dalam pemasaran

Memenuhi keperluan Merupakan saluran Mengukuhkan
dan kehendak komunikasi pengeluar penjenamaan sesuatu
pengguna
kepada pengguna produk

• Fungsi produk • Pengenalan diri • Rangkaian perkongsian
• Reka bentuk produk produk teknologi dan produk
• Kekuatan dan
• Rakan strategik
kelemahan produk perniagaan
• Nilai produk
• Trend

BAB 3 Rajah 3.4 Peranan reka bentuk dalam pemasaran

128

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

A Keperluan dan kehendak pengguna Cabar Minda
Produk yang dicipta ialah sesuatu yang boleh ditawarkan
kepada pengguna. Reka bentuk produk yang terdapat di Senaraikan sebanyak
pasaran memainkan peranan bagi memenuhi keperluan dan mungkin produk yang
kehendak pengguna melalui ciri-ciri produk, iaitu: anda gunakan bagi
• Fungsi produk memudahkan urusan
• Reka bentuk produk seharian. Kemudian,
• Kekuatan dan kelemahan produk kategorikan produk
• Nilai produk tersebut sama ada produk
• Trend tersebut merupakan
keperluan atau kehendak.

Fungsi produk Imbas Semula
Pengguna akan membeli dan menggunakan sesuatu produk
untuk memudahkan sesuatu urusan harian mereka. Pengguna Antara kepentingan reka
akan membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan bentuk ialah:
untuk membeli sesuatu produk berdasarkan fungsi produk • Memenuhi kehendak
tersebut. Jadual 3.1 menunjukkan beberapa reka bentuk fail
yang dihasilkan melalui ciri fungsi produk. individu dan
masyarakat
• Memudahkan
urusan kerja melalui
pengubahsuaian

Jadual 3.1 Beberapa reka bentuk fail yang dihasilkan melalui ciri fungsi produk

Reka
bentuk

fail

Fail poket Fail pengurusan Fail sijil BAB 3
Fungsi Menyimpan helaian
Menyimpan helaian Menyimpan sijil-sijil dan
tugasan tugasan mengikut kategori dokumen persendirian

129

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Reka bentuk produk Imbas Semula
Lazimnya, reka bentuk produk yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna akan mudah Peranan reka bentuk
dipasarkan. Namun, produk dengan reka bentuk memberikan penekanan
yang mempunyai nilai tambah seperti menarik, unik kepada beberapa
dan selesa boleh mempengaruhi pasaran bagi produk kelompok sasaran, iaitu
tersebut. Rajah 3.5 menunjukkan beberapa reka individu, masyarakat,
bentuk meja makan yang dihasilkan melalui ciri reka pengeluar dan negara.
bentuk produk.
Cabar Minda

Senaraikan perabot yang
ada di dalam pejabat, di
dalam kelas dan
di dalam rumah.
Kemudian, buat
perbandingan reka
bentuk perabot tersebut
walaupun mempunyai
fungsi yang sama.

• Reka bentuk meja makan
yang ringkas

• Tidak memerlukan ruang
yang besar

BAB 3 • Reka bentuk meja
makan yang eksklusif

• Memerlukan ruang
yang besar

Rajah 3.5 Beberapa reka bentuk meja makan yang dihasilkan melalui ciri reka bentuk produk
130

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Kekuatan dan kelemahan produk
Sesuatu produk yang direka seharusnya mempunyai fungsi yang tersendiri. Prinsip reka
bentuk ialah perkara yang menjadi panduan kepada pengeluar untuk mencipta produk
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Pengguna harus mengetahui produk
yang diperlukan sama ada yang mementingkan kekuatan reka bentuk produk berbanding
fungsi atau mementingkan kekuatan fungsi berbanding reka bentuk produk. Rajah 3.6
menunjukkan beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri kekuatan dan
kelemahan produk.

Reka bentuk kipas

Kekuatan: Kekuatan:
Fungsi kipas mempunyai kuasa putaran Reka bentuk kipas yang menarik
angin yang kuat dan laju Kelemahan:
Kelemahan: Fungsi kipas mempunyai kuasa
Reka bentuk kipas yang kurang menarik putaran angin yang perlahan

Reka bentuk balang makanan

Kekuatan: Kekuatan: BAB 3
Fungsi balang makanan yang kedap Reka bentuk balang makanan
udara membolehkan makanan yang yang menarik
disimpan tahan lebih lama Kelemahan:
Kelemahan: Fungsi balang makanan yang tidak
Reka bentuk balang makanan yang kedap udara menyebabkan makanan
kurang menarik yang disimpan mudah rosak

Rajah 3.6 Beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri kekuatan
dan kelemahan produk

131

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Nilai produk Cabar Minda
Nilai produk bagi pengguna lazimnya wujud berdasarkan
keperluan dan kehendak pengguna. Nilai terhadap sesuatu Senaraikan beberapa
produk dan perkhidmatan akan diperoleh apabila pengguna contoh nilai produk
mendapat faedah daripada penggunaannya. Rajah 3.7 berdasarkan keperluan
menunjukkan beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan dan kehendak pengguna.
melalui ciri nilai produk.

Nilai barang

Reka bentuk radio Reka bentuk radio yang
yang boleh menyokong tidak boleh menyokong
aplikasi Internet aplikasi Internet

Nilai perkhidmatan

BAB 3 Reka bentuk kerusi pada Reka bentuk kerusi pada
perkhidmatan penerbangan yang perkhidmatan penerbangan yang
ditawarkan kepada pengguna ditawarkan kepada pengguna
yang memilih Kelas Perniagaan yang memilih Kelas Ekonomi

Rajah 3.7 Beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri nilai produk
132

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Trend Nilai Murni
Trend ditentukan oleh permintaan dan penawaran ke atas Berhemat ketika
sesuatu produk, perkhidmatan, gaya hidup, teknologi dan membeli-belah. Belilah
sebagainya. Trend berlaku dalam tempoh tertentu dan barangan mengikut
berakhir apabila berlakunya perubahan trend yang lain. keperluan.
Rajah 3.8 menunjukkan beberapa reka bentuk produk yang
dihasilkan melalui ciri trend.

Teknologi: Telefon bimbit

Menu

Berfungsi untuk Seterusnya, kefungsian Kini, telefon pintar mempunyai
menerima panggilan telefon ditambah dengan kemudahan Internet dan
masuk dan keluar sahaja. khidmat pesanan ringkas. pelbagai aplikasi menjadi trend.

Fesyen: Pakaian

Pakaian wanita yang Pakaian wanita yang telah diubah Kini, pakaian wanita moden BAB 3
digunakan pada suai mengikut perkembangsan yang menjadi trend tetapi
tahun 1950-an di semasa, tetapi masih mencirikan masih mencirikan budaya
Asia Tenggara. budaya Asia Tenggara. Asia Tenggara.

Rajah 3.8 Beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri trend

133

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

B Saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
Komunikasi ialah proses untuk menyampaikan maklumat dan perihal mengenai produk
dan perkhidmatan. Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pengeluar dan pengguna.
Reka bentuk sesuatu produk memainkan peranan yang penting sebagai saluran
komunikasi kepada pengguna untuk membeli sesuatu produk.

Setiap produk mempunyai pengenalan diri sebagai identiti. Pengenalan diri sesuatu
produk adalah penting untuk menarik minat pengguna baharu dan mengekalkan
pelanggan yang sedia ada. Pengenalan diri yang dikenali sebagai platform DNA boleh
ditonjolkan pada reka bentuk produk melalui penjenamaan, kesetiaan, boleh diingat,
dikenali dan kebolehpercayaan kepada jenama.

Pengenalan diri produk

Penjenamaan Kesetiaan Boleh diingat Dikenali Kebolehpercayaan
kepada jenama

Rajah 3.9 Jenis-jenis pengenalan diri produk

Penjenamaan
Penjenamaan (branding) menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pemberian
jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan. Penjenamaan menyampaikan maklumat
berkenaan kualiti keluaran dengan menggunakan simbol yang tertentu. Simbol terdiri
daripada nama, lambang, reka bentuk atau kombinasi kesemuanya bagi menjadikan
simbol tersebut berbeza daripada yang lain. Terdapat beberapa jenis penjenamaan
produk, iaitu melalui bentuk nama (brand name), bentuk cap (brand mark), bentuk cap
dagangan (trademark) dan bentuk persendirian (trade character).

BAB 3

Gambar foto 3.2 Contoh produk melalui penjenamaan
134

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

Penjenamaan produk

Bentuk nama Bentuk cap dagangan Info Bestari
(Brand name) (Trademark)
• Mengandungi TM
nombor, perkataan • Cap dagangan dalam bentuk
atau huruf yang boleh perkataan, logo, gambar, Tanda untuk
disebut. nama, huruf, nombor atau trademark dan masih
kombinasi kesemuanya yang belum didaftarkan.
Contoh: mempunyai simbol TM, atau
® atau ©.

Contoh:

Bentuk cap Bentuk persendirian Jenama yang telah
(Brand mark) (Trade character) mendapat kelulusan
• Menggunakan bentuk pendaftaran, mengikut
simbol, reka bentuk • Menonjolkan individu undang-undang untuk
warna atau huruf yang merupakan digunakan oleh penjual
yang unik. pelopor bagi sesuatu
produk tertentu. secara eksklusif.
Contoh:
Contoh: Hak cipta sesuatu
produk.
BAB 3
Cabar Minda

Namakan satu produk
yang anda kenali
dan nyatakan jenis
penjenamaan bagi
produk tersebut.

Rajah 3.10 Jenis penjenamaan produk

135

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Kesetiaan
Kesetiaan pengguna ialah pilihan pengguna untuk
terus kekal dengan produk dan jenama tertentu.
Untuk terus kekal terhadap sesuatu jenama,
pengguna akan memilih kredibiliti, kualiti, reka
bentuk terkini, selamat dan harga yang kompetitif.

Boleh ingat Nilai Murni

Reka bentuk dapat Beli dan sokonglah
menguasai pasaran barangan buatan Malaysia.

kerana produk yang
mempunyai identiti
boleh diingat oleh pengguna. Identiti tersebut
merangkumi fungsi, warna atau bentuk fizikal.

Dikenali
Reka bentuk produk dapat menguasai
pasaran kerana telah dikenali oleh
pengguna. Lazimnya, produk telah lama
berada di pasaran dan boleh dikenali
walaupun hanya melalui bentuk
fizikalnya sahaja.

BAB 3 Kebolehpercayaan kepada jenama
Pengguna akan memilih produk yang mempunyai
jenama yang boleh dipercayai dan mempunyai
ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi, jaminan
keselamatan dan reka bentuk. Ciri-ciri tersebut yang
ada pada sesuatu produk menyebabkan pengguna
mempercayai dan seterusnya memilih produk tersebut
bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

136

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran BAB 3

C Pengukuhan penjenamaan sesuatu produk
Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan keuntungan
adalah dengan melibatkan kegiatan rakan strategik. Gabungan daripada pengeluar
produk dan perkhidmatan yang berbeza memberikan kesan kepada pengukuhan jenama
dan pengurangan kos. Selain itu, reka bentuk dari segi jenama, pemasaran, sumber luar,
perlesenan dan agihan daripada rakan usaha sama dapat digunakan. Terdapat dua jenis
pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik, iaitu:
• Rakan perkongsian teknologi dan produk
• Rakan strategik perniagaan
Rakan perkongsian teknologi dan produk
Rangkaian perkongsian teknologi dan produk bermaksud gabungan teknologi dan produk
daripada pengeluar yang berlainan digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk
baharu. Gabungan ini akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
Contohnya, perjanjian rakan perkongsian teknologi dan produk antara DRB-Hicom Bhd.
(DRB-Hicom) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) pada tahun 2017.

Geely ialah syarikat pengeluar automotif terbaik di China dan antara yang terbaik di
dunia. Manakala, DRB-Hicom Bhd. ialah syarikat Malaysia yang terlibat dalam industri
pembuatan, pemasangan dan pengedaran automotif. Sebelum ini, Proton pernah
membuat perkongsian teknologi dan produk dengan menggunakan teknologi daripada
jenama Mitsubishi dan Honda. Perkongsian teknologi dan produk bersama Mitsubishi
menghasilkan reka bentuk Proton Inspira. Manakala, bersama Honda menghasilkan
reka bentuk Proton Perdana.

XYZ 123

Gambar foto 3.3 Perkongsian teknologi
jenama Mitsubishi
dengan Proton

XY 123

Gambar foto 3.4 Perkongsian teknologi jenama
Honda dengan Proton
137

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan

Rakan strategik perniagaan
Penjenamaan boleh diperkukuhkan dengan mengadakan rakan strategik perniagaan.
Hal ini dapat mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya maju,
berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Contohnya, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai ‘MODENAS’,
selaku sebuah jenama pengeluar motosikal tempatan yang menghasilkan pelbagai model
motosikal. Bagi memperkukuh penjenamaan, ‘MODENAS’ mengeluarkan enam model
terbaharu, iaitu skuter dan streetbike, hasil kerjasama dengan dua rakan strategik
perniagaan, iaitu KYMCO dari Korea dan BAJAJ Auto dari India. Modus operandi
‘MODENAS’ adalah dengan mengambil model yang sedia ada daripada rakan strategik
perniagaan, menjenamakan semula dan memasarkan di negara ini.

Gambar foto 3.5 Contoh reka bentuk produk yang dihasilkan melalui rakan strategik perniagaan

Aktiviti Memahami peranan reka bentuk dalam PAK-21 EM K
mempengaruhi pemasaran produk
Gallery Kreativiti dan
Inovasi
Walk

1. Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
2. Berikan setiap kumpulan gambar foto dua produk yang sama jenis tetapi berlainan jenama.
3. Secara berkumpulan, bandingkan peranan reka bentuk dalam mempengaruhi pemasaran

kedua-dua produk berkenaan.
4. Tuliskan perbandingan dalam bentuk peta i-THINK dan tampalkan di stesen masing-masing.
5. Kemudian, setiap ahli kumpulan bergerak ke stesen yang lain selama 5 hingga 7 minit.

Rekod dan bincangkan maklumat daripada peta i-THINK di setiap stesen yang lain.

BAB 3 Praktis Formatif
1. Senaraikan peranan reka bentuk dalam pemasaran.
2. Nyatakan dua contoh nilai produk bagi pengguna.
3. Senaraikan lima jenis pengenalan diri produk bagi pengguna.
138

Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran

3.1.3 Mengenal Pasti Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan

Bagi memasarkan produk kepada pengguna, promosi perlu
dilakukan bagi menyaingi produk-produk yang sedia ada di
pasaran. Promosi penting untuk memperkenalkan sesuatu Info Bestari

produk kepada pengguna. Jenis promosi yang digunakan Terdapat empat jenis
bergantung kepada jenis produk, pengguna sasaran, luas promosi, iaitu:
pasaran dan sebagainya. Pengiklanan merupakan salah satu 1. Pengiklanan
daripada jenis promosi yang biasa digunakan oleh pengeluar 2. Promosi jualan
bagi memasarkan produk mereka. 3. Jualan langsung

Pengiklanan bermaksud sebarang bentuk persembahan 4. Publisiti

atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan
ditujukan kepada golongan sasaran. Pengiklanan bertujuan untuk mempromosikan,
memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan
atau idea penaja yang tertentu.

A Kaedah reka bentuk pengiklanan
Reka bentuk pengiklanan ialah karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta
disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk. Bagi
memastikan sesuatu pengiklanan berkesan, pengeluar perlu mengetahui kaedah reka
bentuk pengiklanan yang terbaik untuk memasarkan sesuatu produk. Kaedah reka bentuk
pengiklanan ialah cara maklumat tentang sesuatu produk disampaikan oleh pengeluar
kepada pengguna. Rajah 3.11 menunjukkan kaedah dalam reka bentuk pengiklanan.

Kaedah Matlamat produk
reka bentuk Penyampaian fakta
pengiklanan Demonstrasi
Perbandingan
Kiasan atau ibarat BAB 3
Kenyataan merangsang
Gambar pegun

Rajah 3.11 Kaedah reka bentuk pengiklanan

139

BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan Info Bestari

Matlamat produk Kaedah reka bentuk
Iklan menggunakan maklumat produk yang terperinci pengiklanan bagi
dan lengkap untuk memperkenalkan produk kepada matlamat produk dan
pengguna. Pengeluar lazimnya menggunakan kaedah reka penyampaian fakta
bentuk pengiklanan ini bagi memperkenalkan ciri-ciri atau merupakan jenis bagi
keistimewaan produk yang dapat memenuhi keperluan iklan penerangan. Iklan
dan kehendak pengguna. penerangan ialah iklan
yang menyampaikan
maklumat atau
penerangan kepada
orang ramai berkenaan
sesuatu produk tanpa
unsur pujukan.

Penyampaian fakta Deep-fry
Iklan menyampaikan fakta secara tepat
mengenai produk kepada pengguna. Pre-set Yogurt
Lazimnya, fakta yang disampaikan
BAB 3 berkaitan fungsi yang memerlukan
bantuan teknikal dari segi penggunaan
dan pengendalian produk.

140


Click to View FlipBook Version