PELAN ANTIRASUAH
ORGANISASI 2021-2025
Organizational Anti Corruption Plan
KEMENTERIAN PELANCONGAN,
KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR
(KePKAS)
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
Hak Cipta Terpelihara
@ Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar 2021
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Diterbitkan Oleh:
Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan OACP KePKAS
Rekabentuk dan Cetakan:
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
1
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
AMANAT KEPIMPINAN
YANG BERHORMAT DATUK JAFRY BIN HAJI ARIFIN
MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sabah Maju Jaya
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) berjaya
membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam membangunkan
pelan ini. Ianya merupakan hasrat kita bersama untuk memastikan “Malaysia Dikenali
Kerana Integriti Dan Bukannya Rasuah”. Saya berbesar hati dengan hasil usaha,
komitmen serta kerjasama erat daripada warga Kementerian dan jabatan/agensinya untuk
menyahut seruan kerajaan dalam membenteras gejala rasuah.
Pembangunan pelan ini adalah melalui penyatuan inisiatif-inisiatif serta usaha berkaitan
integriti, tadbir urus dan antirasuah. Justeru itu, adalah diharapkan agar warga Kementerian
serta jabatan/agensinya memberikan komitmen dalam memastikan pelaksanaan setiap
inisiatif yang telah dirancang dan digariskan dalam pelan OACP 2021-2025 KePKAS.
Saya yakin usaha-usaha ke arah pemantauan pelaksanaan semua inisiatif akan dilaksanakan dengan rapi dan penambaikan
dilakukan secara berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih berkesan kepada pemegang taruh, pelanggan
dan masyarakat.
Akhir sekali, saya menyeru semua pihak khususnya warga KePKAS dan jabatan/agensinya untuk berganding bahu bagi menjadikan
negeri ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta berkhidmat dengan profesional dan lebih
berintegriti.
Sekian.
2
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
YANG BERBAHAGIA TUAN JAMILI NAIS, PhD
Setiausaha Tetap
Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya
Pelan Antirasuah Organisasi atau Organizational Anti Corruption Plan (OACP) KePKAS 2021-2025
merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat Kementerian yang bertujuan menangani
permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan membanteras rasuah dalam perkhidmatan
pentadbiran kerajaan.
Selaras dengan penekanan 22 inisiatif daripada 115 inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional
(NACP) 2019-2023, Bidang Keutamaan Strategi 2 Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian
Perkhidmatan Awam no. 2.1.5, jelas mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP).
Maka itu, dengan adanya Pelan Antirasuah Organisasi atau Organizational Anti Corruption Plan (OACP)
KePKAS 2021-2025, ianya menekankan kepada mekanisme bagi mewujudkan kawalan dalaman yang
membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur untuk mengurangkan karenah
birokrasi serta mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Adalah besar harapan saya agar OACP 2021-2025 KePKAS ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua warga kerja
Kementerian dan jabatan/agensi dibawahnya dari peringkat pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat bawah supaya setiap individu dapat
melaksanakan pelan tindakan bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti. Saya percaya pelan yang dibangunkan ini berupaya
melonjakkan imej dan prestasi KePKAS dan jabatan/agensinya dengan menjadikan aspek pengukuhan integriti, governans dan antirasuah
sebagai satu budaya
Akhir kata, setiap warga KePKAS dan jabatan/agensinya perlu menghayati dan memelihara imej perkhidmatan awam sebagai entiti awam
yang perlu menerapkan prinsip amanah, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang berintegriti.
Sekian.
3
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
PERNYATAAN KOMITMEN
PENGURUSAN TINGGI
Pelan Antirasuah Organisasi / Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) 2021-2025
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) merupakan
“living document” antirasuah utama serta milik organisasi yang memaparkan kesungguhan
dan komitmen seluruh warga KePKAS dan jabatan/agensi dibawahnya untuk menolak serta
menghapuskan amalan rasuah dan salahlaku integriti dalam Kementerian.
Komitmen ini bukan sahaja mendukung kepada kehendak Kerajaan sebagaimana
dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) malah turut diperkasakan dengan
kata-kata ulasan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali bahawa “Penjawat
awam perlu berpegang teguh kepada nilai integriti bagi mengelak terbabit dengan gejala
rasuah dan mendapat keberkatan hidup. Hanya nilai integriti, kejujuran dan amanah yang
kukuh dalam diri seseorang dapat menangkis godaan rasuah serta salah guna kuasa”.
Pengurusan Atasan menyedari bahawa tindakan drastik perlu diambil bagi menangani
masalah rasuah yang mungkin sedang berlaku dan bakal akan wujud. Dengan itu, OACP ini
perlu dibangunkan sebagai bukti komitmen dan rujukan kepada seluruh warga Kementerian
dalam menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa yang jelas mencalarkan imej
organisasi.
Dalam membangunkan OACP, aspirasi negara serta visi NACP diambil kira untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah. Hala tuju yang sama juga diterjemahkan
dalam OACP ini, dengan harapan KePKAS dilihat sebagai agensi kerajaan yang bebas
rasuah serta sekali gus merealisasikan dan menyuburkan persepsi positif masyarakat.
4
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
Penghasilan OACP ini telah mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak yang
menyumbang input bagi penilaian risiko, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Unit Integriti Negeri Sabah (UiNS) dan juga Jabatan Audit Negara
cawangan Sabah. S etiap intipati OACP telahpun mengambil kira senario dan punca
permasalahan rasuah daripada dalaman mahupun luaran.
Bagi memastikan kejayaan dan kelestarian OACP ini, telah ditetapkan perancangan yang
seiring dengan keperluan dan kehendak masa akan datang seperti keperluan teknologi
terkini, kesesuaian dengan undang-undang dan dasar Kerajaan serta cabaran-cabaran yang
telah digariskan dalam perancangan senario OACP. Melalui kerjasama dalaman serta
pemegang taruh luaran, adalah menjadi harapan agar setiap pelaku rasuah harus dikenakan
hukuman setimpal berlandaskan undang-undang pencegahan rasuah yang berkuatkuasa.
Bermula dengan usaha ini, masyarakat akan memberi penghormatan tinggi kepada setiap
sumbangan Kementerian serta jabatan/agensinya dalam melaksanakan setiap
tanggungjawab di samping meningkatkan keyakinan masyarakat. Harapan yang diletakkan
ini adalah tinggi dan Kementerian memerlukan sokongan dan komitmen penuh semua pihak
untuk menghentikan sebarang bentuk rasuah.
5
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS
PIN 2004 GTP 1.0 2010 GTP 2.0 2012 NACP 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang pertama yang
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Jun 2018 telah membuat keputusan
untuk merangka dan membangunkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi menggantikan
Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini bertujuan untuk menetapkan sasaran yang praktikal
berdasarkan inisiatif yang akan diambil dalam menangani masalah rasuah, integriti dan
tadbir urus dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.
Bagi mencapai hasrat murni tersebut, segala bentuk usaha pencegahan rasuah sedia ada
sama ada melalui Pelan Integriti Nasional (PIN), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 1.0),
Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0), Pelan Integriti Nasional (PIO) dan sebagainya akan
diambilkira, ditambahbaik, dikaji dan diolah semula berdasarkan kerangka NACP yang lebih
komprehensif dan lebih praktikal. Pelan ini juga perlu dilaksanakan melalui tadbir urus yang
lebih baik manakala sistem arahan pelaksanaan dan pelaporannya juga perlu lebih jelas.
Situasi ini secara langsung akan mendorong setiap peringkat warga KePKAS dan
jabatan/agensinya untuk sama terlibat bagi menjayakan pelaksanaan OACP KePKAS ini.
6
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ini dibangunkan seiring dengan komitmen Kerajaan
dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi mencapai aspirasi agar negara
Malaysia akan dikenali “Kerana Integritinya dan bukannya Rasuah”. Ia merupakan dokumen
penting yang menjadi panduan untuk menangani masalah rasuah, salahguna kuasa,
penyelewengan dan salahlaku dalam sesuatu organisasi penjawat awam.
Keberkesanan OACP bergantung penuh kepada komitmen seluruh warga KePKAS. Justeru
itu, OACP ini turut memberi tumpuan kepada pengamalan nilai tinggi oleh warga KePKAS
melalui pembudayaan nilai-nilai Bersih, Cekap dan Amanah, Ketelusan, Akauntabiliti &
Integriti serta konsep H.I.T iaitu Harmony, Integrity and Target yang mana akan mendukung
dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan usaha-usaha pencegahan rasuah
pada masa hadapan.
Secara dasarnya, OACP KePKAS 2021-2025 dibangunkan dengan objektif:
a) menggariskan kerangka dan hala tuju tindakan pencegahan bagi menangani isu dan
pemasalahan rasuah khususnya di Kementerian dengan lebih jelas dan berkesan ;
b) membudayakan amalan dan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam
pentadbiran ke arah mengurangkan isu-isu berkaitan rasuah, penyelewengan dan
salah guna kuasa ; dan
c) meningkatkan imej serta kepercayaan pemegang taruh serta pelanggan ke atas
perkhidmatan yang diberikan.
7
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BAB 1 9 - 15
PENGENALAN 17 - 34
- Latar Belakang 36 - 57
- Sejarah KePKAS 59 - 64
- Visi, Misi dan Objektif KePKAS 67 - 69
BAB 2
ISU DAN CABARAN
- Senario Masa Hadapan Rasuah dan Salahlaku integriti
- Analisis Persekitaran dan Penilaian Risiko
- Bidang-Bidang Berisiko
BAB 3
MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN
RASUAH KEBANGSAAN
- Keperluan kepada OACP
- Kerangka OACP
- Mengenai Kerangka OACP
BAB 4
TADBIR URUS
- Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan
- Mekanisme Penilaian
BAB 5
KESIMPULAN
- Kesimpulan
- Penghargaan
8
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BAB 1
PENGENALAN
9
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
LATAR BELAKANG
10
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
11
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
12
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
13
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS NASIOANAL
Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu-isu
integriti, governans dan antirasuah di dalam negara terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam. Usaha
dan inisiatif yang dijalankan adalah bagi memastikan masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan
atau pembaziran dana kerajaan dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Hal ini adalah bagi
memastikan imej serta kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan dan akhirnya penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat dan negara secara keseluruhan dapat dipertingkatkan. Melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Bil. 1 Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia pada 08 Jun 2018 telah bersetuju untuk merangka, menggubal serta
membangunkan satu pelan yang strategik dan komprehensif bagi menangani isu-isu integriti dan rasuah
dalam negara yang mana akan menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Maka dari titik tolak tersebut lahirlah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang diterajui oleh Pusat
Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Lanjutan itu, Pelan Antirasuah KePKAS (OACP) 2021-
2025 telah dibangunkan. Pelan ini telah mengenalpasti risiko-risiko sedia ada yang berpotensi untuk berlaku
dan telah menggariskan inisiatif yang relevan serta praktikal untuk dilaksanakan. Pelan ini akan digunakan
bagi membendung dan menangani isu-isu integriti, governans dan rasuah di Kementerian serta
Jabatan/Agensinya bagi tempoh lima tahun akan datang
PELAN INTEGRITI PROGRAM PROGRAM PELAN ANTIRASUAH
NASIONAL TRANSFORMASI TRANSFORMASI NASIANAL (NACP
KERAJAAN (GTP) KERAJAAN (GTP 2.0) 2019-2023)
14
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
15
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BAB 2
ISU DAN CABARAN
16
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
KESAN-KESAN RASUAH KEPADA PENJAWAT AWAM
17
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
18
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
KEPERLUAN UNTUK TANGANI RASUAH
INDEKS CPI MALAYSIA
TAHUN KEDUDUKAN SKOR
2014 51 52
2015 54 50
2016 55 49
2017 62 47
2018 61 47
2019 51 53
19
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
ANALISIS PERSEKITARAN DAN PENILAIAN
RISIKO
Jawatankuasa Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) peringkat Kementerian telah
ditubuhkan di mana diberi tanggungjawab untuk membangunkan Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) 2021-2025 Kementerian.
Penilaian Risiko Rasuah (Corruption Risk Analysis) telah dilaksanakan bagi mengenalpasti
risiko-risiko berkaitan Governans (Tadbir Urus), Integriti dan Rasuah di Kementerian dan
Jabatan/Agensinya yang mungkin menjejaskan operasi dan imej Organisasi. Penilaian Risiko
telah dilaksanakan bagi menentukan bidang-bidang yang perlu diberi tumpuan dalam
tempoh lima (5) tahun ke hadapan melalui sesi perbincangan (brain storming) yang terdiri
daripada Setiausaha Tetap Kementerian, Pegawai-Pegawai Kanan dari setiap Bahagian,
Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai kanan serta khidmat bantuan dari pihak Unit
Integriti Negeri Sabah (UiNS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Data-data berkenaan berbentuk statistik, laporan, kajian, soal selidik dan maklumat-
maklumat berkaitan daripada agensi dan jabatan utama seperti Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Jabatan/Agensi dibawah
Kementerian, Unit Integriti Negeri Sabah dan dokumen-dokumen berkaitan tatatertib dan
aduan.
20
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BIDANG-BIDANG BERISIKO
Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, empat (4) Bidang Utama yang terdedah
kepada risiko GOVERNANS, INTEGRITI dan ANTIRASUAH telah dikenal pasti :
Pentadbiran
Sektor Awam
Penguatkuasaan Penilaian Perolehan Awam
Undang-Undang Risiko
Tadbir Urus
korporat
21
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
SENARIO ANTIRASUAH TAHUN 2030
S1 SENARIO KESINAMBUNGAN (CONTINUATION)
S2 SENARIO KEKANGAN (LIMITS AND DISCIPLINES)
S3 SENARIO PERKEMBANGAN (GROWTH)
S4 SENARIO MERUNDUM (DECLINE AND COLLAPSE)
22
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
S1 S2
SENARIO KESINAMBUNGAN SENARIO KEKANGAN
(CONTINUATION) (LIMITS AND DICIPLINED)
Masa hadapan yang merujuk kepada visi
Masa hadapan yang mempamerkan yang digariskan dalam OACP tidak dapat
kejayaan yang dikecapi melalui dicapai ekoran kekangan dalaman dan
kewujudan OACP tetapi tidak berupaya persekitaran
untuk bertahan atau tidak mapan
S4
S3
SENARIO MERUDUM
SENARIO PERKEMBANGAN (DECLINE AND COLLAPSE)
(GROWTH) Rasuah menjadi kelaziman dalam
masyarakat sekaligus memperlihatkan
Masa hadapan di mana hasil kewujudan sistem sosial runtuh sama sekali tanpa
OACP telah menyebabkan anjakan sebarang jalan penyelesaian
menuju fasa sebuah negara yang
beretika dengan mendokong integriti
yang tinggi dan berteraskan nilai
Penggunaan Perancangan Senario penting sebagai :
i) Alat untuk mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman yang
melangkaui batasan model-model dan data-data lampau.
ii) Instrumen pengurusan risiko yang penting.
23
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
SENARIO TADBIR URUS PENTADBIRAN SEKTOR PEROLEHAN AWAM PENGUATKUASAAN
KORPORAT AWAM 1)Proses perolehan telah UNDANG-UNDANG
S1 1)Kewujudan OACP tidak 1) Undang-Undang telah digubal/
berupaya bertahan mengekang 1)Keberhasilan sesuatu OACP menggunakan teknologi digital dipinda secara komprehensif
SENARIO berlakunya rasuah setiap masa. akan menjurus kepada sepenuhnya agar dapat dan dikuatkuasakan mengikut
KESINAMBUNGAN kejayaan awal tetapi tidak memastikan tiada/kurangnya bidang-bidang di bawah
(CONTINUATION) 2)Pelaksanaan tadbir urus yang berupaya bertahan dan tidak penglibatan manusia. Namun Kementerian.
baik secara berterusan tidak mampan. begitu, ketelusan boleh
menjamin sepenuhnya rasuah dipertikaikan dalam bidang 2) Penyelewengan masih tidak
dan salah laku menjadi 2)OACP tidak mampu dengan tertentu, masih terdapat tender dapat dibendung walaupun
berkurangan sekiranya tiada sepenuhnya untuk mencegah boleh dirunding walaupun laporan rasuah dan salah laku
penghayatan dan dedikasi berlakunya penyelewengan, amalan tender terbuka pegawai telah berkurangan.
sepenuhnya. salah guna kuasa dan rasuah dikuatkuasa. Peranan orang Pelaksanaan OACP diambil
terutamanya dalam aspek tengah dan pengaruh luar mudah/ remeh di peringkat
governan dan integriti. masih wujud dalam proses dan awal dan masih wujud
sistem perolehan. penguatkuasaan terpilih.
S2 1)Tadbir urus terbaik diamalkan 1)Keberhasilan OACP tidak dapat 1)Pembangunan serta aspek 1) Ketidakpatuhan kepada dasar/
namun dalam tempoh jangka dicapai kerana kekangan penggunaan teknologi tidak peraturan masih berlaku
SENARIO panjang, rasuah masih berlaku dalaman dan persekitaran. dapat membanteras rasuah ekoran dari kurangnya
KEKANGAN kerana inisiatif tidak mendapat secara efektif dalam perolehan tindakan punitif dan kawalan
(LIMITS & sokongan dari pelbagai pihak. 2)OACP masih tidak mencapai awam. Teknologi tidak ke atas pelaku yang terlibat
DISCIPLINED) matlamat kerana cabaran menjamin ketelusan dalam dalam salah laku integriti.
2)Pengurusan Tertinggi dan dalaman, luaran serta aspek aspek pemantauan dan
anggota di bawah kawalan persekitaran yang tentunya pencegahan amalan rasuah. 2) Kemunculan teknologi atau
perlu memainkan peranan akan mempengaruhi kekangan modus operandi yang baharu
dengan menghayati dan pelaksanaan NACP. menyebabkan OACP kurang
mengamalkan nilai-nilai integriti berkesan dan tidak selari
yang padu. dengan perkembangan
undang-undang, dasar dan
polisi baharu. Selain itu,
3)Dasar membanteras rasuah OACP tidak mendapat
berjaya dihasilkan tetapi tahap sokongan yang sepenuhnya
pematuhan, pelaksanaan dan daripada pihak Pengurusan
keberkesanan oleh sektor Atasan.
awam dan korporat masih
rendah.
24
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
SENARIO TADBIR URUS PENTADBIRAN SEKTOR PEROLEHAN AWAM PENGUATKUASAAN
KORPORAT AWAM UNDANG-UNDANG
S3 1)Pelaksanaan tadbir urus yang 1) Keberhasilan OACP dapat 1)Kerangka tadbir urus yang 1) Keberkesanan sistem
dicapai kerana kekangan kukuh dan padu bagi menjamin perundangan dapat
SENARIO bermutu tinggi dapat dalaman dan luaran serta proses semak dan imbang. ditingkatkan selaras dengan
PERKEMBANGAN menggalakkan pematuhan persekitaran akan dinilai Peranan Menteri, Pegawai
integriti dan berteraskan nilai. untuk memastikan risiko-risiko Kementerian dan pentadbiran perkembangan teknologi dan
(GROWTH) dapat dilaksanakan dengan peredaran masa serta budaya
2)Penghayatan OACP yang ditangani. teratur bagi mengelakkan integriti yang telah menjadi
ketirisan. Penghayatan nilai amalan anggota kerja.
mendalam di kalangan pegawai 2) OACP akan mencapai integriti oleh pihak luar
dan kakitangan menghasilkan matlamat kerana komitmen dan turutmenyumbang kepada 2) Perkembangan undang-
tadbir urus yang berkualiti. sokongan padu pihak Atasan persekitaran perniagaan yang undang selari dengan dasar
sihat.
hingga ke peringkat anggota dan strategi baharu. OACP
bawahan. Penghayatan dan mendapat sokongan
kesedaran dapat membendung sepenuhnya daripada semua
perkara-perkara berkaitan warga kerja dan pemegang
dengan integriti. taruh.
S4 1)Kurang kerjasama dan 1) Sistem sosial runtuh, rasuah 1)Penyalahgunaan kuasa oleh 1) Rakyat meragui kewibawaan
penghayatan terhadap isi menjadi satu kelaziman dan ahli politik yang memegang perundangan ekoran
SENARIO kandungan OACP adalah punca tiada jalan penyelesaian. kuasa perolehan menjadi penguatkuasaan yang lemah
MERUDUM berlakunya tadbir urus yang semakin berleluasa dan tidak sehingga rakyat hilang
(DECLINE & pincang. 2) OACP diabaikan, tiada terkawal. Ketirisan dan kepercayaan kepada fungsi
COLLAPSE) pemantauan dan tiada penyelewengan berlaku dan peranan organisasi dan
2)Penyalahgunaan kuasa yang penambahbaikan inisiatif. kerajaan semasa.
berleluasa dan nilai integriti
yang rendah menyebabkan 3) Penyelewengan, salah guna 2) Amalan rasuah yang
keruntuhan sistem sosial. kuasa dan rasuah berleluasa berleluasa tanpa
dan tidak terkawal. penguatkuasaan dan tindakan
undang-undang.
25
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
GAMBARAN UMUM MATLAMAT DAN KEBIMBANGAN BERSAMA
MATLAMAT BERSAMA KEBIMBANGAN BERSAMA
(COMMON GOALS) (COMMON CONCERNS)
• kejayaan dalam pembaharuan tadbir • Rasuah berakar umbi, menjadi
urus khususnya berkaitan proses dan kebiasaan dan sebahagian daripada
struktur. budaya.
• usaha membanteras rasuah yang • usaha pembaharuan tidak mampan
mampan dan berterusan. dan tidak dikawal selia.
• pemerkasaan organisasi serta bebas • usaha dan agenda antirasuah
dalam usaha membanteras rasuah. dipandang remeh oleh pihak
berkepentingan.
• kerjasama erat dalam kalangan
agensi penguatkuasa serta • tabdir urus dipersendakan.
penyelarasan yang teratur.
• pemantauan dan penguatkuasaan
• pemupukan nilai intergiti melalui dilihat tidak berkesan kerana tadbir
program kesedaran. urus yang lemah.
• peranan teknologi dalam • pembuatan keputusan yang
meningkatkan ketelusan dan mengelirukan khususnya berkaitan
mengekang rasuah. isu dasar utama.
• ancaman terhadap privasi dan hak
asasi.
26
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
PELUANG DAN KELEBIHAN – Penilaian dan Analisis Senario
Beberapa peluang yang mampu memperkukuhkan inisiatif antirasuah telah dikenalpasti
melalui senario yang dibangunkan:
PELUANG Penilaian
& Risiko dan
KELEBIHAN Profil
YANG ADA
Reformasi
Tadbir
Urus
Penggunaan Pemerhati Indeks
Sistem antirasuah Penilaian
Integriti
Analisis
Pembangunan Perolehan
Modal Insan
27
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
RISIKO YANG TERUNGKAI – menerusi Penilaian Senario.
Senario yang dibangunkan turut mengenal pasti risiko-risiko berikut:
Duri Dalam Manipulasi Arus
Daging Maklumat Perubahan
Peranan RISIKO YANG Digital
NGO TERUNGKAI
lemah Prejudis
Pembudayaan Media
Awal
28
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
dalam pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi
Dengan mewujudkan senario antirasuah pada masa hadapan,
kewujudan "Api Dalam Sekam" atau "Angsa Hitam" dapat
dikesan. Justeru itu, pembuat dasar dapat memberi perhatian
untuk menghadapinya.
Konflik Pelaksanaan OACP Dilihat Penglibatan Sabotaj
Kepentingan Pelan Tidak sekadar "Show "Tangan Ghaib" Terhadap
Peribadi dan Inisiatif
Organisasi Mampan. Peacock" Antirasuah
29
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
Dalam usaha untuk mencegah dan membenteras jenayah rasuah, Kementerian
menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan kekangan untuk memastikan ruang
dan peluang kepada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan
ditangani. Antara isu dan cabaran utama yang sering dihadapi adalah :
1 KELEMAHAN PENGUATKUASAAN DAN
PEMANTAUAN
• Kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan dalam melaksanakan kawalan
antirasuah mengakibatkan banyak inisiatif pencegahan rasuah lewat, perlahan
dan tidak popular untuk dilaksanakan. Ketua-Ketua Jabatan perlu tegas dan
proaktif dalam menjayakan usaha-usaha pencegahan rasuah termasuk dalam
aspek penguatkuasaan dan pemantauan.
2 KELEMAHAN KAWALAN DALAMAN
• Keampuhan sistem kawalan dalaman adalah sangat penting bagi memastikan
setiap anggota dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berintegriti.
Tindakan punitif terhadap anggota yang melanggar peraturan/undang-undang
dan aspek integriti perlu dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh agar
menjadi tauladan/kesedaran kepada anggota yang lain.
30
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
3 KETERBATASAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
DALAM MEMBANTERAS RASUAH
• Seperti negara Denmark dan Norway, teknologi canggih telah digunakan secara
optimum dalam usaha pembanterasan rasuah. Untuk mencontohi kaedah tersebut,
masalah-masalah yang sering dihadapi adalah penyediaan peralatan dan fasiliti
teknologi, kepakaran yang terhad serta kesediaan pelaksana menjadi satu
penghalang serta menghadkan penggunaan teknologi dalam usaha membanteras
rasuah secara berkesan. Bagi merealisasikan usaha tersebut, perhatian perlu difokus
dan dititikberatkan kepada pembangunan teknologi dan latihan intensif khas untuk
mengurus isu-isu integriti.
4 KEPERLUAN MEMANTAPKAN SISTEM
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
• Jangka harap (expentency) daripada pelanggan dalaman/luaran dan pemegang taruh
seringkali sukar dijangkakan terutama dalam penyediaan perkhidmatan. Kementerian
mendapati sebilangan anggota dalam kapasiti kurang mahir, berpengetahuan,
berkeupayaan dan mematuhi perundangan/peraturan. Dengan ini, pihak Pengurusan
Tertinggi perlu mengorak langkah ke hadapan untuk mengenalpasti dan
mengemukakan idea-idea bernas/baharu serta bersesuaian yang boleh dipraktikkan
oleh seluruh anggota dengan tujuan memantapkan budaya kerja dan profesionalisme
anggota.
31
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
5 TAHAP PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
DAN PROSEDUR YANG RENDAH DI
KALANGAN ANGGOTA
• Perundangan dan Peraturan/Prosedur yang disediakan oleh pihak
Pengurusan Tertinggi menjadi sumber rujukan dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab/fungsi. Diperhatikan terdapat anggota yang cenderung
melaksanakan tanggungjawab atas tafsiran sendiri berdasarkan amalan
serta tidak mematuhi proses kerja dan prosedur yang telah digariskan
sehingga menimbulkan impak yang tidak baik kepada organisasi.
6 HUKUMAN YANG KURANG TEGAS DAN
TIDAK KONSISTEN
• Hukuman yang dikenakan kepada pegawai yang didapati bersalah adalah
kurang tegas dan tidak konsisten berdasarkan faktor kekurangan
pembuktian dan pengaruh pihak berkepentingan. Akibatnya persepsi
pegawai terhadap tindakan atau hukuman yang dikenakan tidak memberi
kesan dalam membendung kesalahan tatakelakuan dan rasuah.
32
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
7 KETIDAKTELUSAN DAN MANIPULASI
URUSAN PEROLEHAN
• Ketidaktelusan dan manipulasi urusan perolehan akan menyebabkan kerugian dan pembaziran
sumber kewangan, masa, projek yang dirancang gagal dilaksanakan dan membuka kepada
peluang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa. Ini berpunca daripada wujudnya
percanggahan kepentingan, kebocoran maklumat selain pegawai tidak berintegriti dan tidak
kompeten dalam melaksanakan tugas. Urusan perolehan seharusnya dilaksanakan dengan
adil, cekap dan teratur bagi memastikan value for money,memenuhi ekspektasi dan kehendak
golongan sasar. Kegagalan dan kelewatan sesuatu projek banyak berkisar kepada
ketidakmampuan kontraktor yang dilantik dan akhirnya merugikan agensi.
8 PERSEPSI NEGATIF DAN KURANG
KEYAKINAN OLEH PIHAK LUAR
• Penghayatan nilai-nilai murni termasuk integriti dan antirasuah yang lemah oleh pihak luar juga
merupakan satu isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh organisasi. Usaha penyampaian
perkhidmatan yang telus akan terbantut akibat persepsi dan tanggapan negatif pihak luar
termasuk orang awam yang akan menghakis keyakinan mereka terhadap penyampaian
perkhidmatan yang diberikan organisasi dan seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap
organisasi.
33
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
34
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BAB 3
MEMPERKASAKAN
USAHA PENCEGAHAN
RASUAH
35
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
KEPERLUAN KEPADA KERANGKA
Pelan Antirasuah Organisasi 2021-2025 (OACP)
KePKAS
Tidak dinafikan, Kementerian perlu menangani gejala rasuah dengan segera dan mewujudkan sistem
pentadbiran yang berintegriti tinggi demi kestabilan organisasi dan kesejahteraan pengguna. Hal ini juga
diperakui bahawa rasuah telah membawa banyak kepincangan. Amalan rasuah perlu dihapuskan sepenuhnya
daripada sistem pentadbiran bagi mengembalikan kestabilan dan kepercayaan terhadap KePKAS serta jabatan
dan agensi dibawahnya.
36
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
Ke arah itu, KePKAS telah menetapkan matlamat yang jelas untuk mencapai visi iaitu
melahirkan warga kerja yang bebas salahlaku dan pelanggaran tatakelakuan ke arah agensi
yang bebas rasuah selaras dengan aspirasi nasional untuk Dikenali kerana integriti dan
bukannya rasuah. Bagi mencapai matlamat ini, KePKAS akan mewujudkan dan
menzahirkan usaha pencegahan rasuah yang lestari untuk tempoh lima tahun akan datang.
Penggantian Pelan Integriti Nasional (PIN) dan NKRA- “Membanteras Rasuah”, dengan
NACP yang lebih menyeluruh dan berupaya memberi impak positif yang berkekalan. NACP
diperkenalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai lapisan masyarakat berhubung
isu kebebasan, hak, kesejahteraan dan kestabilan ekonomi negara. Di peringkat
Kementerian, Pelan Antirasuah KePKAS (OACP) akan memacu ke arah peningkatan
ketelusan, dengan menerapkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua
sistem dan prosedur. OACP KePKAS ini juga bertujuan menghapuskan penyalahgunaan
kuasa, mengekang campur tangan politik, menghentikan kronisme dan nepotisme serta
menghapuskan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus. Pelaksanaan dan
penguatkuasaan inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan tahap ketelusan dan integriti
KePKAS sekaligus meningkatkan persepsi pihak berkepentingan.
Beberapa bidang risiko yang terdedah kepada perlakuan rasuah telah dikenalpasti melalui
kajian dan analisis terperinci terhadap data dan hasil kajian daripada pelbagai sumber serta
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan OACP Kementerian. Hasilnya, OACP KePKAS
menggariskan satu kerangka yang menyeluruh dalam memerangi rasuah. Antara inisiatif
yang dirangka termasuklah memastikan setiap pemegang taruh menangani permasalahan
rasuah di Kementerian dan Jabatan/Agensi dibawahnya melalui pembangunan Pelan
Antirasuah Organisasi 2021-2025 (KePKAS Organizational Anti Corruption Plan 2021-2025).
37
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
GARIS PANDUAN ASAS PELAKSANAAN (5A)
Pelan Antirasuah Organisasi 2021-2025 (OACP)
A1 A2 A3 A4 A5
JANGKAAN ADVOKASI PERSEPAKATAN TINDAKAN AKREDITASI
(ANTICIPATION) (ADVOCACY) (ACTION) (ACCREDITATION)
(ALLIANCE)
Diagnosis awal Pembuat Tindakan untuk Akreditasi
masalah, keputusan Kesefahaman menghalang, adalah memberi
hendaklah dan kerjasama mencegah dan
ancaman dan bertanggung- memerangi ganjaran dan
cabaran rasuah jawab terhadap dalam rasuah di semua memperbaiki
menggunakan setiap syor dan pelaksanaan
mengambil peringkat dasar atau
Penilaian tindakan yang dasar berlandaskan aktiviti semasa
Risiko Rasuah bersesuaian membantu
prinsip untuk
(CRA) yang untuk dalam perundangan memastikan
melibatkan mengatasi memastikan dan undang- semua dasar
pengumpulan risiko rasuah penggunaan undang sedia dan peraturan
dan analisis sumber yang telah dipatuhi
maklumat dalam optimum dan ada dalam
daripada organisasi. memastikan dan
pelbagai matlamat dilaksanakan
tercapai. matlamat oleh individu
sumber. antirasuah atau organisasi
terlaksana. yang terlibat.
38
INTIPATI KERANGKA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
INTIPATI KERANGKA OACP KePKAS – mengandungi penyataan Visi, Misi dan
Matlamat Kementerian di mana akan terkait dengan pembinaan Bidang
Keutamaan dan Strategi yang dirumuskan melalui kaedah penilaian risiko (CRM),
analisis kuadran serta penyenaraian inisiatif/pelan tindakan.
VISI
MISI
MATLAMAT
BIDANG
KEUTAMAAN
STRATEGI
39
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
KERANGKA PELAN ANTIRASUAH
KEMENTERIAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR
VISI Ke arah KePKAS dan Jabatan/Agensinya Bebas Rasuah Menjelang 2025
MISI Memantapkan kecekapan, ketelusan Memperkukuhkan moral dan Menegakkan undang-undang
dan akauntabiliti Organisasi dalam nilai-nilai integriti warga pencegahan rasuah
memberikan perkhidmatan
MATLAMAT Meningkatkan kecekapan dan ketelusan perkhidmatan anggota Kementerian dan jabatan/agensinya
ASPIRASI KePKAS dikenali dengan Integritinya dalam sektor awam
KEMENTERIAN
Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus korporat Penguatkuasaan
BIDANG Undang-Undang
KEUTAMAAN
STRATEGI 1) Memperkukuhkan 1) Mempertingkat 1) Memupuk Tadbir Urus Baik 1) Menginstitusi Kredibiliti
Kecekapan Penyampaian Keberkesanan Dan
Perkhidmatan Awam Ketelusan Perolehan Dalam Entiti Korporat Agensi Penguatkuasa
Awam
Undang-Undang
Terdapat empat (4) bidang utama berisiko kepada rasuah yang perlu diberi penekanan iaitu Pentadbiran Sektor
Awam, Perolehan Awam, Tadbir Urus Korporat dan Penguatkuasaan Undang-Undang. Bagi menanganinya
secara holistik, dokumen ini menggariskan sebanyak empat (4) strategi utama yang memayungi 23 inisiatif
secara keseluruhan. Setiap strategi dan pelan tindakan yang dirangka mengambilkira keperluan kepada
pemantapan integriti, pengukuhan governans dan pemerkasaan pencegahan rasuah sama ada melalui
perubahan dasar, penambahbaikan sistem dan teknologi, pengukuhan struktur dan pemantauan mahu pun
pemantapan modal insan.
40
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
VISI Ke arah KePKAS dan
MISI Jabatan/Agensinya Bebas
Rasuah Menjelang 2025
Memantapkan kecekapan, ketelusan
dan akauntabiliti Organisasi dalam
memberikan perkhidmatan.
Memperkukuhkan moral dan
nilai-nilai integriti warga
Menegakkan undang-undang
pencegahan rasuah
41
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
01 - PENTADBIRAN SEKTOR AWAM Risiko Inisiatif 02 - PEROLEHAN AWAM Risiko Inisiatif
1) Kelemahan dalam mengurus aduan awam 1 1 1) Pemalsuan dan pelanggaran syarat 1 3
dengan baik. kontrak dalam proses penyediaan 2
dokumen tender/sebut harga dan 2
pembayaran
7
2) Kebocoran maklumat SULIT dan Terperingkat 1 1 2) Kelemahan dalam pengurusan 1
bagi tujuan kepentingan peribadi seperti surat 1 sebutharga dan tender
dan gambar 1
1 3 2) Kelemahan dalam pengurusan 1
3) Penyalahgunaan harta awam (aset alih dan stor) pemantauan projek pembangunan
untuk kegunaan peribadi 5
2
4) Pemalsuan tuntutan seperti tuntutan perjalanan,
sara hidup, kerja lebih masa 2
5) Pelanggaran waktu bertugas/masalah disiplin/ 9 Jumlah 3
ketidakhadiran bertugas menyebabkan sistem
penyampaian perkhidmatan terjejas
Jumlah
03 - TADBIR URUS KORPORAT Risiko Inisiatif 04 PENGUATKUASAAN UNDANG- Risiko Inisiatif
UNDANG
3
1) Memastikan amalan ketelusan dalam 1 1 1) Penyalahgunaan kuasa dalam 1
pengurusan entiti korporat pengeluaran lesen dan permit
2) Nilai kompaun dikenakan tidak 13
seragam untuk kesalahan-
kesalahan yang sama
Jumlah 1 1 Jumlah 2 6
42
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
ANALISIS MAKLUMAT RASUAH
Berdasarkan analisis terhadap lebih daripada 20,000 maklumat berkaitan rasuah yang
diterima oleh SPRM sejak tahun 2013 hingga 2018, sebanyak Sembilan (9) punca rasuah
yang dikenalpasti. Carta pareto yang mewakili 80/20, memberi penjelasan bahawa lebih
daripada 80% daripada aduan rasuah adalah berpunca daripada empat (4) punca. Empat (4)
punca utama tersebut telah diambilkira dalam membangunkan strategi dan inisiatif Pelan ini.
Kegagalan Pentadbiran (manipulasi Konflik Kepentingan (kuasa
terhadap sistem dan prosedur budibicara), kuasa mutlak dan camput
tangan politik
36.43% Kelemahan Kawalan Dalaman dan
Ketidakpatuhan
33.12% Kurang ketelusan
18.97%
Kelemahan Konflik Kelemahan 6.45% 3.35% 1.21% 0.24% 0.12% 0.12%
Pentadbiran Kepentingan kawalan
dalaman & Kurang Kurang Kerenah Kurang Kurang Kelemahan
ketelusan sokongan birokrasi pengesana usaha penguatkuasaa
ketidakpatuhan mencegah
dan n awal rasuah n undang-
kesedaran rasuah undang
tentang
rasuah
Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
43
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi setiap inisiatif yang
dikenalpasti berdasarkan punca rasuah yang ditemui. Inisiatif-inisiatif ditentukan
berdasarkan analisa tahap impak dan tahap kompleksiti pelaksanaannya.
KUADRAN A KUADRAN B KOMPLEKSITI
Berimpak Berimpak
Tinggi, Tinggi, AB
Kompleksiti Kompleksiti CD
Rendah Tinggi
KUADRAN C KUADRAN D IMPAK
Berimpak Berimpak
Rendah, Rendah,
Kompleksiti Kompleksiti
Rendah Tinggi
KOMPLEKSITI : Kesukaran dan kerumitan dalam
pelaksanaan sesuatu inisiatif
IMPAK : Kesan dan hasil positif yang dicapai
melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif.
44
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
KEUTAMAAN STRATEGI : Penekanan kepada Inisiatif
Ringkasan menunjukkan inisiatif-inisiatif yang telah dikenalpasti dan perlu diberi keutamaan.
Ianya berdasarkan kepada Empat (4) strategi utama berkaitan integriti, ketelusan dan
kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam, perolehan awam, penguatkuasaan
undang-undang dan tadbir urus entiti korporat.
STRATEGI 1 • Memperkukuh Kecekapan Penyampaian
Perkhidmatan Awam
STRATEGI 2 • Mempertingkat Keberkesanan dan Ketelusan
Perolehan Awam.
STRATEGI 3 • Menginstitusikan Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan
Undang-Undang.
STRATEGI 4 • Memupuk Tadbir Urus Baik dalam Entiti Korporat.
45
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
Bagi menghadapi senario yang dinyatakan, Kementerian telah membentuk empat
(4) strategi seperti berikut
01 02 03 04
PENTADBIRAN PEROLEHAN AWAM PENGUATKUASAAN TADBIR URUS
SEKTOR AWAM UNDANG-UNDANG KORPORAT
Mempertingkat
Memperkukuh keberkesanan dan Menginstitusikan Memupuk Tadbir
kecekapan ketelusan Perolehan kredibiliti Agensi Urus Baik dalam
Penyampaian awam Penguatkuasa Entiti Korporat
Perkhidmatan Undang-Undang
46
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BIDANG KEUTAMAAN : PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
STRATEGI 1 : Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 : Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik
BIL. RISIKO/POTENSI RISIKO PUNCA RISIKO KESAN RISIKO INISIATIF/TINDAKAN BAHAGIAN/ TEMPOH
1.1.1 (KELEMAHAN: (TANGANI/ATASI RISIKO) PENERAJU/ PELAKSANAAN
Aduan awam yang Imej dan reputasi PELAKSANA
GOVERNAN, INTEGRITI tidak didaftarkan Organisasi terjejas. Memperkukuhkan
& ANTIRASUAH dan dilaporkan. mekanisme pengurusan Jawatankuasa
Tugas dibuat tidak Kepercayaan aduan awam : Pengurusan
Kelemahan dalam mengikut prosedur umum merosot. Aduan Awam
mengurus aduan awam 1) menubuhkan peringkat
dengan baik Kualiti kerja yang Jawatankuasa Kementerian
dihasilkan tidak Pengurusan Aduan dan Jabatan/
mencapai standard Awam. Agensinya Hingga
yang ditetapkan. Disember 2021
(a) mewajibkan
mesyuarat Sepanjang
Jawatankuasa masa
Pengurusan Aduan
Awam dua (2) kali Sepanjang
setahun untuk masa
penyediaan laporan
kumulatif aduan.
(b) memberi Latihan dan
hands on kepada
Pegawai Aduan Awam
yang dilantik.
47
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BIDANG KEUTAMAAN : PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
STRATEGI 1 : Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 : Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik
BIL. RISIKO/POTENSI RISIKO PUNCA RISIKO KESAN RISIKO INISIATIF/TINDAKAN BAHAGIAN/ TEMPOH
1.1.2. (KELEMAHAN: (TANGANI/ATASI RISIKO) PENERAJU/ PELAKSANAAN
Kepentingan PELAKSANA
GOVERNAN, INTEGRITI peribadi.
& ANTIRASUAH Salah guna Imej dan reputasi 1) Memberi kesedaran Kementerian Sepanjang
teknologi/ICT Organisasi terjejas. dan pemahaman dan Jabatan / tahun 2021-
Kebocoran maklumat Kelemahan melalui edaran Agensinya 2025
SULIT dan Terperingkat integriti Kepercayaan pekeliling berhubung
bagi tujuan umum merosot. pematuhan Akta
kepentingan peribadi Rahsia, Arahan
seperti surat dan Kualiti kerja yang Keselamatan dan
gambar dihasilkan tidak pekeliling-pekeliling
mencapai berkaitan
standard yang
Kecuaian ditetapkan.
Buat Salinan
dokumen tanpa
kawalan
Pelanggaran Aku
Janji dan Etika
Kerja.
48
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2021-2025
BIDANG KEUTAMAAN : PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
STRATEGI 1 : Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 : Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik
BIL. RISIKO/POTENSI RISIKO PUNCA RISIKO KESAN RISIKO INISIATIF/TINDAKAN BAHAGIAN/ TEMPOH
1.1.3 (KELEMAHAN: (TANGANI/ATASI RISIKO) PENERAJU/ PELAKSANAAN
Kepentingan PELAKSANA
GOVERNAN, INTEGRITI peribadi.
& ANTIRASUAH Kelemahan Menaikkan 1) mengadakan Kementerian Sepanjang
integriti perbelanjaan pemantauan dan Jabatan / tahun 2021-
Penyalahgunaan harta berterusan melalui Agensinya 2025
awam (aset alih dan Penyusutan dana JKPAK ke atas pegawai
stor) untuk kegunaan terlibat yang
peribadi Kekerapan untuk cenderung
selenggaran atau menyalahgunakan
Tidak ikut pembaikan harta awam.
peraturan
Kawal selia yang 2) Mengenakan tindakan
lemah punitif yang tegas
kepada pelaku dan
pegawai yang
bertanggungjawab.
3) Menguatkuasakan
peraturan/prosedur
sedia ada bagi
mengawal harta awam
agar tidak disalah
guna.
49