The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wswinnie0720, 2022-06-13 09:10:44

Mengejar Cita-cita

Mengejar Cita-cita

Untuk mendapatkan ilmu atau pelajaran, kita
mestilah berguru. Kamu semua memang bertuah
kerana pada hari ini sekolah-sekolah telah dibina oleh
kerajaan. Kamu boleh menuntut ilmu dengan mudah.

Akan tetapi kamu juga mesti sedar ada
ketikanya kamu perlu berjumpa dengan guru untuk
mendapatkan nasihat. Contoh mudah ialah kalau
kamu ingin tahu rahsia kejayaan orang-orang yang
berjaya kamu harus berjumpa kaunselor atau guru
bimbingan. Kamu bertuah kerana di sekolah kita ada
guru bimbingan sepenuh masa untuk kamu berjumpa
dan mendapatkan khidmat. Jangan malu atau segan
untuk berjumpa dengannya.

Kata-kata guru besar semasa perhimpunan
pagi itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Kata-
kata guru besar itu menambahkan lagi semangatnya
untuk meneruskan hajatnya agar menjadi pelajar yang
baik.

Kalau beberapa bulan dahulu dia selalu
ponteng sekolah bersama-sama Dali dan Man. Tetapi
sekarang dia sudah insaf.

46

Lokman dan Badri juga telah menjadi kawan
baiknya sejak pulang dari kem motivasi. Peristiwa
ketika meredah hutan di Hutan Simpan Templer
tempoh hari membuka lembaran baru di antara
Lokman, Badri dan Aidil. Lokman juga telah
memberitahu rahsia tentang bagaimana dia boleh
berjaya.

“Aku selalu berjumpa dengan Cikgu Yahya.
Cikgu Yahya tu banyak ilmu. Dia akan membantu kita
bagaimana menjadi murid yang berjaya dalam
pelajaran. Dia akan tunjukkan caranya. Pergilah
berjumpa dengannya,” kata Lokman. Sebab itulah Aidil
ingin berjumpa dengan Cikgu Yahya petang itu.

Selepas waktu persekolahan tamat, awal-awal
lagi Aidil sudah menunggu Cikgu Yahya di hadapan
bilik kaunseling. Dia sudah mengatur temujanjinya
dengan Cikgu Yahya beberapa hari yang lalu.

Maklumlah, Cikgu Yahya kini bukan saja
popular di kalangan murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin, tetapi juga kepada mereka yang
mahu meningkatkan kualiti peribadi dan kualiti
pelajaran.

47

Kalau mula-mula dahulu ramai murid-murid
enggan berjumpa dengan Cikgu Yahya, tetapi
sekarang ramai yang berlumba-lumba. Mereka
percaya Cikgu Yahya boleh membantu menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi. Cikgu Yahya juga
setanding dengan kaunselor di luar sana.

Aidil masih lagi duduk di bangku di hadapan
bilik bimbingan. Cikgu Yahya belum tiba lagi. Cikgu
Yahya akan masuk lambat sedikit kerana ada hal lain
yang perlu dilakukannya.

Aidil memandang di sekitar sekolah SK Sri
Bahagia. Dari jauh kelihatan beberapa orang murid
sedang berjalan ke arahnya. “Mungkin mereka juga
ingin berjumpa dengan Cikgu Yahya,” teka Aidil.

“Lama kamu menunggu?” tanya Kamalia.

“Bila Cikgu Yahya akan sampai?” tanya Kamalia
lagi.

“Lama tu tidaklah. Tetapi kalau kamu rasa
tempat duduk saya ni agak panas juga,” jawab Aidil.

48

49

“Selalunya dia akan menepati jadualnya. Ke
mana dia agaknya. Lewat pula hari ini nampaknya,”
kata Salmi pula.

“Yalah. Mungkin ada masalah dalam
perjalanan agaknya,” kata Hadi pula.

“Sabarlah. Selalunya Cikgu Yahya akan
menepati masa. Dia tidak akan lambat tanpa sebab,”
kata Kamalia.

“Tengok di sana. Dah datang pun,” kata Aidil
sambil menunjukkan ke arah seseorang yang sedang
menunggang motosikal. Cikgu Yahya baru sahaja
memasuki pekarangan sekolah.

Apa yang dikatakan oleh Aidil itu benar. Cikgu
Yahya kini sedang menongkatkan motosikalnya di
bangsal motosikal.

“Mengapa pula dia menunggang motosikal.
Selalunya dia memandu kereta,” kata Aidil kepada
beberapa orang rakannya yang sedang menunggu
di hadapan bilik kaunseling.

“Lama kamu menunggu?” sapa Cikgu Yahya
apabila sampai di hadapan biliknya.

50

“Tidaklah cikgu. Adalah dalam sepuluh minit,”
kata Kamalia.

Cikgu Yahya kemudiannya memberitahu ada
orang meminjam keretanya pada petang itu.
Terpaksalah dia menaiki motosikal. Tetapi tayarnya
panict pula di pertengahan jalan. Terpaksalah dia
membaikinya dahulu di bengkel berdekatan.

Cikgu Yahya mempelawa Aidil dan rakan-
rakannya yang lain masuk. Aidil, Kamalia, Hadi dan
Salmi segera masuk. Mereka duduk di kerusi yang
tersedia di situ. Mereka duduk di kerusi yang sudah
disusun dalam bentuk bulatan. Cikgu Yahya duduk di
suatu sudut.

“Kamu tahu, ciri-ciri untuk berjaya sudah pun
ada pada kamu sendiri. Kamu semua mempunyai
sifat-sifat fizikal yang sempurna. Kenapa kamu tidak
seperti murid-murid lain?” kata Cikgu Yahya
memulakan sesi bimbingannya kepada Aidil, Hadi,
Salmi dan Kamalia.

“Saya kurang jelas apa maksud cikgu,” tanya
Aidil.

“Ya, memang kamu tidak faham maksud cikgu.

51

Contohnya begini. Saya menarik seekor kuda ke tepi
kolam, tetapi saya tak mampu untuk memaksa kuda
itu untuk minum. Kuda itu sendiri yang akan
menentukan sama ada ia hendak minum atupun
tidak,” kata Cikgu Yahya.

Aidil, Hadi, Salmi dan Kamalia mengangguk-
anggukan kepala mereka. Mereka sudah faham akan
maksud Cikgu Yahya tadi. Maksudnya kalau ingin
berjaya usaha itu mestilah datang dari diri sendiri,
bukan dari orang lain. Kalau datang dari orang lain
ianya tidak akan berkekalan.

“Sudah jelaskan? Kalau ingin berjaya, kita
sendiri mesti berusaha lebih. Cikgu-cikgu di sekolah
ini cuma menjadi pembantu sahaja,” terang Cikgu
Yahya lagi.

“Takkan cukup dengan usaha macam kuda
tadi sahaja cikgu. Mesti ada lagi rahsia lain untuk
berjaya,” tanya Aidil.

“Memang benar. Untuk berjaya dalam
pelajaran, kamu kena cukup bahan-bahan bacaan
yang berkaitan. Dengan bahan itu kamu akan dapat
cukup bahan untuk menghadapi peperiksaan. Mereka
yang berjaya memiliki itu semua.”

52

“Kami yang serba kekurangan ini nampaknya
tidak berpeluanglah cikgu?”

“Tidak juga. Banyak pilihan yang boleh kamu
cari. Kamu boleh ke perpustaakan. Pinjam bahan-
bahan itu atau buat rujukan.”

“Selain daripada bahan-bahan bacaan dan
rujukan, apa lagi yang kami perlukan untuk berjaya?”

“Kamu perlukan latihan yang kerap atau orang
sebut latih tubi. Kamu mungkin tahu sendiri, kalau
kamu ingin pandai menunggang basikal, apa kamu
akan buat? Pastinya kamu akan berlatih berulangkali,
betulkan?”

“Betul apa yang cikgu katakan itu. Dahulu saya
tidak tahu menunggang basikal. Berkat latihan yang
berterusan, saya pun berjaya menunggang basikal.
Apabila saya pandai menunggang tidaklah saya
terbabas lagi ke dalam longkang,” terang Hadi.

Aidil, Kamalia dan Salmi tertawa apabila
mendengar kata-kata Hadi yang pernah masuk
longkang kerana berlatih menunggang basikal.

“Sekarang kamu dah mahir menunggang
basikal, bukan? Begitu juga dengan pelajaran kamu.

53

Kalau kamu berlatih dan terus berlatih tanpa mengira
penat dan jemu, cikgu yakin kamu pasti boleh berjaya.
Kamu mesti ingat dengan slogan semangat Malaysia
Boleh. Dengan semangat Malaysia Boleh itulah ada
anak Malaysia yang sudah berjaya mendaki Gunung
Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar
secara solo, dan macam-macam lagi. Gunakan
semangat itu untuk memajukan diri sendiri,” kata Cikgu
Yahya.

Selepas itu Cikgu Yahya memberitahu lagi.
“Untuk berjaya, jangan lupa berdoa kepada Allah. Apa
sahaja usaha kita, kalau Allah tidak izinkan, ia tidak
akan terjadi.

Kita jangan kedekut untuk berdoa. Sebakhil-
bakhil manusia adalah orang yang tidak mahu berdoa
kepada Allah. Berdoa kepada Allah tidak memerlukan
wang ringgit. Kita boleh lakukannya sendiri.”

54

Aidil, Hadi, Salmi dan Kamalia mengangguk-
anggukkan kepala. Pada ketika itu mereka
terbayangkan Cikgu Yahya itu seperti seorang ustaz
yang selalu berceramah di masjid di taman
perumahan tempat tinggal mereka.

Mereka kemudiannya meninggalkan bilik
bimbingan. Cikgu Yahya juga keluar. Aidil segera
meningglkan kawasan sekolah. DIa mengaturkan
langkahnya untuk pulang ke rumah.

55

6

Cabaran Lagi.

Petang itu Aidil bermain badminton bersama kakaknya
di hadapan rumah. Mereka tidak menggunakan
gelanggang yang sebenar. Sekadar meletakkan
seutas tali di hadapan sebagai tanda sempadan
permainan. Mereka berdua bermain untuk
memanaskan badan dan mengeluarkan peluh sahaja.
Mereka sedar kalau tidak bersenam tubuh badan
mereka tidak akan sihat dan mungkin juga
menyebabkan badan mereka menyimpan banyak
lemak.

56

Selepas penat bermain, mereka berdua duduk
berehat di hadapan rumah. Kemudian mereka
terdengar bunyi telefon berbunyi. Nadi segera masuk
ke dalam rumah.

“Hello, Nadia bercakap. Siapa di sana?”
“Saya Puan Zainab, jururawat dari Hospital
Universiti.”

“Ada apa yang boleh saya bantu?”
“Ini rumah Puan Salbiahkah?”
“Ya, betul. Ini rumah Puan Salbiah. Tapi emak
saya tiada di rumah.”

“Adik ini anaknyakah?”
“Ya, mengapa?”
“Emak adik sekarang berada di hospital. Dia
kemalangan. Sekarang dia sedang dirawat di wad
kecemasan.”

“Baiklah, saya akan datang segera.” Kata Nadia
lalu meletakkan gagang telefon.

Dia keluar memberitahu adiknya. “Ibu
kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital
Universiti.

57

“Ayah tak tahukah ibu kemalangan?”
“Mungkin ayah tak tahu lagi sebab pihak
hospital yang menghubungi kita.”
“Kita tunggu ayah balik dulu.” Kata Nadia. Aidil
mengangguk

Nadia dan Aidil masuk ke rumah kembali.
Mereka membersihkan diri masing-masing. Kemudian
mereka duduk di ruang tamu. Tidak lama kemudian
ayah mereka pulang dari kerja. Pak Kamil terkejut
apabila mendengar berita kemalangan isterinya.

Tanpa berlengah Pak Kamil, dan anak-anaknya
segera ke hospital. Di hospital, Puan Salbiah sudah
pun sedarkan diri. Dilihatnya kaki Puan Salbiah sudah
pun berbalut simen putih. Kakinya digantungkan ke
atas.

“Kaki ibu patah?” detik hati Aidil.
Pak Kamil mahu bertanya sesuatu tetapi
dilihatnya Puan Salbiah masih kelihatan lemah. Dia
menangguhkan niatnya itu.

Nadia dan Aidil duduk di sisi katil tempat ibu
mereka berbaring. Dia merenung wajah ibunya yang
sudah berumur lebih daripada empat puluh tahun.
Sesekali mereka melihat kekusutan wajah ayahnya

58

yang berasa sedih dengan musibah yang menimpa
diri ibu mereka.

Puan Salbiah memandang Pak Kamil,
kemudian beralih kepada Nadia dan Aidil. Dia cuba
untuk membuka mulut tetapi dia masih berasa lemah.
Dia hanya melihat ahli keluarganya yang berada di
sisinya ketika itu.

Lama juga Puan Salbiah ditahan di hospital
untuk rawatan. Setelah beberapa minggu barulah dia
dibenarkan keluar. Dia telah diberikan kerusi roda.
Kakinya yang patah menyebabkan dia tidak boleh
berjalan seperti biasa sehingga lebih dua bulan.

“Dugaan lagi buatku,” detik hati Aidil. “Aku akan
membantu ibu di rumah. Aku perlu menyorong ibu
sekiranya ibu hendak bergerak ke sana ke mari.” Aidil
berkata kepada dirinya sendiri.

Minggu demi minggu berlalu. Puan Salbiah
hanya menghabiskan masanya di rumah sehingga
kakinya benar-benar sembuh. Setiap kali hendak
bergerak dia akan menggunakan kerusi roda atau
kadang-kadang menggunakan tongkat.

59

Di waktu petang, Aidil dan kakaknya banyak
membantu. Sekiranya ingin bersiar-siar di hadapan
rumah pada waktu petang, Puan Salbiah akan
meminta bantuan anak-anaknya. Pada suatu hari, Aidil
menemui Cikgu Yahya tentang kemusykilan yang
dihadapinya.

“Sejak kebelakangan ini saya berasa sedikit
terganggu.” Adu Aidil.

“Apa yang mengganggu kamu?”
“Ibu saya.”
“Mengapa dengan ibu kamu?”
“Dia banyak menyusahkan saya.”

“Pelik juga rungutan kamu kali ini. Sepanjang
pengalaman saya menjadi kaunselor selama ini tidak
ada orang yang merungut atau mengadu tentang ibu
yang menyusahkan anaknya.”

“Ya, cikgu. Ibu saya benar-benar menyusahkan
saya.”

“Apa yang ibu kamu lakukan?”
“Dia selalu meminta saya melakukan itu dan
ini. Jika dia perlukan apa-apa, dia akan meminta
bantuan saya.”
Cikgu Yahya termenung sebentar. “Betulkah

60

61

apa yang dikatakan oleh Aidil ni? Apa pula masalah
yang dihadapinya sekrang,” fkir Cikgu Yahya. “Bukan
semua ibu baik kepada anak-anak. Ada juga ibu yang
kurang baik.” Ciikgu Yahya kemudiannya terfikirkan
sesuatu.

“Apa yang ibu kamu minta?” Cikgu Yahya
bertanya kepada Aidil.

“Dia minta diangkat, minta makanan, minta
dibawa keluar rumah.”

“Apa sebenarnya masalah ibu kamu?”

“Ibu saya kemalangan beberapa minggu yang
lalu dan menyebabkan kakinya patah. Dia tidak boleh
berjalan seperti biasa. Dia terpaksa menggunakan
kerusi roda.”

“Hmm, patut lah,” kata Cikgu Yahya.
Cikgu Yahya berfikir lagi. Pada fikirannya ini
semua bukanlah salah Puan Salbiah. Aidil sendiri yang
bersalah. Aidil memang sepatutnya memberikan
bantuan kepada ibunya yang sakit.

Cikgu Yahya kemudiannya menceritakan kisah
Si Tanggang yang derhaka. Dahulu Si Tanggang
merupakan anak orang kampung yang miskin. Setelah

62

sekian lama mengembara dia menjadi kaya dan
berkahwin dengan anak raja. Kerana telah menjadi
kaya, dia enggan mengaku ibunya yang miskin.
Akibatnya, dia disumpah menjadi batu.

“Mengapa cikgu ceritakan kisah itu kepada
saya? Saya bukan anak derhaka macam Si
Tanggang,” komen Aidil.

“Memang betul kamu bukan anak derhaka.
Tetapi kalau dibiarkan kamu merungut, kamu boleh
jadi macam Si Tanggang juga. Dengan ibu bapa kita
tidak boleh sama sekali berkata ‘ah’ atau meninggi
suara. Kamu pernah melakukan itu?”

“Tak pernah cikgu.”
“Tetapi saya dengar tadi kamu merungut
tentang ibu kamu. Apa jadi kalau dia terdengar
rungutan itu. Pastinya dia rasa tersinggung. Pernah
kamu merungut di depannya?”

“Tak pernah cikgu.”
“Kalau begitu baguslah.”

Aidil kemudiannya memandang wajah Cikgu
Yahya. Cikgu Yahya ada menyimpan sedikit janggut.

63

“Jadi apa yang patut saya lakukan sekarang
cikgu?”

“Kamu mestilah banyak-banyak bersabar.
Kamu banyakkan berdoa agar ibu kamu cepat
sembuh. Beri bantuan kepada ibu kamu yang sangat-
sangat memerlukan bantuan kamu. Jangan merungut
lagi.”

Aidil mengangguk tanda setuju. Dia
kemudiannya meninggalkan bilik kaunseling. Dia
berasa lega setelah mendapat nasihat daripada Cikgu
Yahya. Dia sedar kini bahawa pengorbanannya sangat
penting untuk ibunya.

Ketika pulang ke rumah, sepanjang perjalanan
itu Aidil teringatkan cerita Ustaz Halim, guru
agamanya. Dia pernah bercerita tentang seorang anak
yang menuntut ilmu tanpa izin ibunya.

Pada suatu ketika, anaknya itu telah ditimpa
bencana. Rumah tempat tinggalnya telah dimasuki
perompak. Perompak itu telah memotong kaki dan
tangannya serta mencungkil biji matanya.

Ibunya teringin sangat berjumpa kembali
dengan anaknya itu. Setiap hari dia berdoa. Takdir
Yang Maha Kuasa telah menentukan si ibu tadi telah

64

berjaya menemui kembali anaknya. Dia begitu terkejut
dengan keadaan anaknya ketika itu.

Si ibu bertanya kepada seorang yang alim,
kenapa anaknya jadi begitu.

“Itulah balasan anak yang derhaka. Biarpun
untuk menuntut ilmu, si anak perlu meminta izin orang
tuanya terlebih dahulu,” kata orang alim itu.

Aidil mengangguk-anggukkan kepala sambil
berjalan pulang ke rumah.

“Dah balik pun Angah. Tolong ambilkan air
untuk ibu,” kata Puan Salbiah sebaik sahaja Aidil
masuk ke rumah.

“Baik ibu. Tunggu Angah ambilkan.”
Setelah beberapa ketika berada di dapur, Aidil
kembali ke ruang tamu. Dia menghulurkan air yang
diminta.

“Kamu ke mana tadi? Risau ibu dibuatnya,”
kata Puan Salbiah.

“Apa yang ibu risaukan?”
“Ibu mana yang tak risaukan anaknya.
Sekarang ni macam-macam boleh berlaku kalau jika
tidak selalu beringat.”

65

“Angah kan anak lelaki. Tahulah Angah
menjaga diri.”

“Betul kata Angah tu. Tetapi takdir Tuhan siapa
yang tahu.” Jawab ibunya.

Puan Salbiah memandang anaknya. Anak
keduanya kini sudahpun berumur dua belas tahun.
“Sudah besar rupanya anak lelakiku ini. Mudah-
mudahan bila dewasa nanti dia akan menjadi orang
yang berguna. Berguna kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara,” bisik hati Puan Salbiah.

Aidil memandang ibunya. Ibunya kelihatan
sedih dan mengalirkan air mata.

“Kenapa ibu menangis?” tanya Aidil yang
terkejut apabila ibunya menangis dengan tiba-tiba.

Puan Salbiah segera mengesat air mata yang
meleleh di pipinya.

“Ibu bukannya menangis, Angah. Mata ibu
masuk habuk,” dalih Puan Salbiah.

“Ibu sembunyikan sesuatu dari Angah ya..”
cungkil Aidil. Aidil tahu selalunya ibu akan merasa
sedih dan menangis apabila teringatkan Syamsul,
adiknya yang sudah meninggal dunia.

66

Syamsul, anak ketiga Puan Salbiah iaitu adik
Aidil telah meninggal dunia dalam satu kemalangan
jalan raya ketika bermain basikal beberapa tahun yang
lalu. Dia sendiri turut terlibat dalam kemalangan itu.

“Ibu teringatkan adik ya..”

“Tidaklah Angah. Ibu hanya memikirkan masa
depan Angah. Belajarlah rajin-rajin sehingga ke
universiti. Jadilah orang berilmu.”

“Baik ibu. Harapan ibu itu akan Angah tunaikan.
Doakan semoga Angah berjaya.”

Puan Salbiah mengangguk-anggukkan
kepalanya. Dia sememangnya sering berdoa agar
anak-anaknya berjaya. Setiap kali selepas solat dia
tidak lupa untuk berdoa. Dia mahu Aidil dan Nadia
berjaya di dunia dan akhirat.

Tidak lama kemudian, Pak Kamil pulang dari
kerja.

“Apa yang dibincangkan kamu dua beranak
ni?” tanya Pak Kamil sebaik sahaja melabuhkan
punggungnya di ruang tamu.

67

“Tak ada apa-apa. Kami cuma berbual-bual
kosong. Sementara menanti Nadia menyiapkan
minuman petang,” kata Puan Salbiah.

Tidak lama kemudian, Nadia keluar dari dapur.
Dia membawa satu jag air teh kosong dan sepiring
pisang goreng yang masih panas lagi. Mereka
berempat kemudiannya minum petang bersama-
sama.

68

7

Kertas Jawapan

Sekolah Kebangsaan Sri Bahagia baru sahaja
mengadakan Peperiksaan Percubaan UPSR. Setelah
dua minggu berlalu, guru mata pelajaran
memulangkan semula kertas-kertas jawapan
peperiksaan itu kepada semua murid tahun enam.

Boleh dikatakan hampir semuanya berasa
gembira dengan keputusan yang mereka terima
kecuali Aidil. Selepas menerima kertas peperiksaan
Matematik dan Penulisan, dia terdiam. Markah yang
diperolehinya agak mengejutkan.

69

“Cikgu, saya rasa tak percaya dengan markah
yang saya perolehi ini. Saya fikir ada sesuatu yang
tidak kena dengan kertas jawapan ini,” kata Aidil
kepada Cikgu Hamidah, guru matematiknya.

Cikgu Juriah menyemak semula kertas
jawapan Aidil. “Tidak ada apa-apa yang salah.
Semuanya saya sudah tandakan dengan betul,” kata
Cikgu Hamidah.

“Cikgu, tulisan di kertas jawapan ini bukan
tulisan saya. Bagaimana ini boleh terjadi?” komen Aidil.

“Nama yang tertulis di atas kertas jawapan itu
nama kamu. Jadi, tentulah ini kertas jawapan kamu,”
balas Cikgu Hamidah lagi.

Selepas itu Aidil berjumpa pula dengan Cikgu
Juriah iaitu guru Bahasa Melayunya. “Saya dapati
kertas jawapan saya ini ada yang tidak kena cikgu.
Tulisan di kertas jawapan ini bukan tulisan saya.
Macam telah disabotaj orang seseorang,” kata Aidil
kepada Cikgu Juriah.

“Berani kamu menuduh ada orang yang
melakukan sabotaj. Seumur hidup cikgu tak pernah
melihat ada orang nak sabotaj kertas jawapan orang
lain. Kalau nama kamu tercatat di kertas jawapan ini,

70

pastilah kertas jawapan ini kamu yang punya,” kata
Cikgu Juriah.

Aidil merasa sungguh kecewa selepas
aduannya tidak dilayan oleh guru-guru berkenaan.

“Macam mana hal ini boleh berlaku.
Mungkinkah ada orang di dalam kelas ini yang ingin
membuat aniaya kepada aku,” bisik Aidil.

Sejak kejadian itu, Aidil asyik termenung. Hal
ini disedari oleh Lokman dan Badri.

“Kami lihat kau selalu termenung dan muram
saja, mengapa?” tanya Lokman semasa waktu rehat.

“Entahlah. AKu betul-betul tak faham. Aku
belajar bersungguh-sungguh tetapi markah
peperiksaan percubaan UPSR aku tidak begitu
menggalakkan,” cerita Aidil.

“Kau banyak melakukan kesilapan dalam
jawapan tak?” tanya Badri.

“Setahu aku, apa yang aku jawab dalam
peperiksaan itu aku jawab dengan betul. Jawapan
matematik yang aku tanda dalam kertas soalan masih
aku simpan. Ianya tak sama dengan kertas jawapan
yang aku terima kelmarin. Pelik sungguh,” cerita Aidil.

71

72

“Kau syak ada sesuatu yang berlaku?” duga
Lokman.

“Ya. Tetapi aku tak tahu bagaimana ini boleh
berlaku,” kata Aidil pula.

“Apa yang kau syakkan itu?” tanya Badri.
“Ada seseorang yang telah menukarkan kertas
jawapan aku.”

“Pelik bunyi tuduhan kau tu. Tak pernah dibuat
orang. Ini melibatkan maruah seseorang.”

“Orang kalau nak buat sesuatu yang tidak baik,
tidak akan pedulikan apa-apa lagi.”

“Kau yakin dengan apa yang kau cakapkan
ini? tanya Lokman.

“Ya. Aku yakin sekali.” Jawab Aidil pula.
“Kau ada syak sesiapa yang melakukan hal
ini?” tanya Badri.
“Aku tidak mengesyaki sesiapa. Tapi aku boleh
tunjukkan buktinya.”

Lokman dan Badri termenung memikirkan
masalah yang dihadapi oleh Aidil. Mereka tahu

73

prestasi pelajaran Aidil semakin meningkat. Tetapi
mereka kurang pasti dengan apa yang berlaku
sekarang.

Mereka berdua kemudiannya melihat kertas
jawapan mata pelajaran Matematik dan Penulisan
Aidil. Mereka agak terkejut dengan tulisan nama di
atas kertas jawapan Aidil. Mereka tahu tulisan di atas
kertas jawapan itu bukannya tulisan Aidil tetapi tulisan
orang lain.

“Kamu sudah adukan hal ini kepada Cikgu
Hamidah dan Cikgu Juriah?”

“Sudah. Tetapi Cikgu Hamidah dan Cikgu Juriah
tidak percaya kepada aku. Mereka kata kalau nama
di kertas itu tertulis nama aku, maka kertas itu aku
yang punya.”

“Betul juga kata cikgu tu.”
“Masalah ini nampaknya agak rumit.”
Aidil termenung. Begitu juga dengan Lokman
dan Badri.

“Aku dapat satu akal. Kita jumpa dengan Cikgu
Yahya.”

Kemudian Aidil, Lokman dan Badri ke bilik
bimbingan.

74

“Kami menghadapi masalah yang agak rumit,
cikgu.” Beritahu Lokman.

“Aidil mengadu kepada kami yang kertas
jawapannya seperti telah ditukar oleh seseorang. Dia
meminta cikgu menyelesaikan masalah ini.”

“Ada bawa kertas jawapan tersebut?”
“Ini dia cikgu. Tulisan nama calon di kertas
jawapan itu bukan tulisan saya. Saya syak ada orang
yang telah menukarkan kertas jawapan saya.”

“Berat tuduhan ini. Ini melibatkan maruah
seseorang.” Kata Cikgu Yahya.

Cikgu Yahya termenung. Dia memikirkan
sesuatu. Sementara itu dia memandang ke sekeliling
arah bilik tempatnya memberikan khidmat bimbingan
kepada semua murid di sekolah itu.

“Beginilah. Kertas jawapan ini kamu berikan
kepada cikgu. Cikgu akan berjumpa dengan guru
besar untuk menyelesaikan masalah ini.”

Aidil dan rakan-rakannya keluar meninggalkan
bilik Cikgu Yahya. Cikgu Yahya keluar dan terus ke
bilik guru besar. Lama juga dia berbincang dengan
guru besar.

75

Dalam tempoh setengah jam, Cikgu Hamidah
dan Cikgu Juriah dipanggil ke bilik guru besar. Tidak
lama kemudian, Cikgu Hamidah dan Cikgu Juriah pun
keluar dari bilik guru besar.

Aidil, Lokman dan Badri kini berada di kelas
mereka, 6 A. Sebentar kemudian Cikgu Juriah masuk
ke kelas mereka.

“Saya ingin mengumpul semula kertas
jawapan Penulisan dan Matematik. ” Kata Cikgu Juriah.
“Kumpulkan sekarang.”

Kebetulan pada masa itu, semua murid 6 A
masih lagi menyimpan kertas-kertas jawapan
peperiksaan percubaan UPSR di dalam beg masing-
masing. Mereka pun mengeluarkannya dan
menyerahkan kepada Cikgu Juriah.

“Terima kasih atas kerjasama semua.” Kata
Cikgu Juriah lalu beredar. Dia segera ke bilik guru
besar. Cikgu Ramlan pun ikut sama. Pada waktu itu
Cikgu Yahya pun masih berada di bilik guru besar.

“Cuba kita selidik apa yang tidak kena dengan
kertas-kertas jawapan peperiksaan percubaan UPSR

76

yang lalu. Tak pernah perkara begini berlaku dalam
sejarah peperiksaan kita,” kata Encik Malik, guru besar
sekolah.

“Saya rasa ada seseorang yang telah menukar
nama-nama calon pada kertas jawapan beberapa
orang murid.” Cikgu Yahya mengulangi kata-katanya
yang sebelum itu telah dikemukakan kepada guru
besar.

Cikgu Juriah dan Cikgu Hamidah membelek-
belek kertas jawapan murid-murid tahun 6 A yang
baru dikumpulkan tadi.

“Mungkin ada di antara cikgu-cikgu semua
yang mengenali tulisan Aidil. Cuba cari yang mana
satu kertas jawapannya yang telah ditukar namanya,”
arah Encik Malik.

“Saya rasa kita perlu memanggil dan rakan-
rakannya untuk mengesahkan yang mana satu kertas
jawapannya. Saya dan Cikgu Ramlan tidak dapat
mengingati bentuk tulisan Aidil itu,” kata Cikgu
Hamidah.

Aidil, Lokman dan Badri dipanggil masuk ke
bilik guru besar. “Cuba kamu camkan kertas jawapan
kamu. Yang mana satu kertas jawapan kamu.”

77

Aidil terus membelek-belek kertas jawapan Penulisan
kertas jawapan asalnya.

“ini dia cikgu,” kata Aidil menunjukkan kertas
jawapan Penulisan dan Matematiknya.

“Kamu pasti?”

“Ya cikgu. Di sudut kiri bawah kertas jawapan
ini ada saya catatkan nama saya,” kata Aidil kepada
guru besar.

Guru besar mengangguk-anggukkan kepala.
Bijak budak Aidil ni. Mereka yang melakukan sabotaj
ini telah terperangkap.

“Pergi panggil Jali dan Judin,” arah guru besar
kepada Lokman dan Badri.

Tidak lama kemudian, Jali dan Judin berada
di bilik guru besar. Mereka kelihatan takut apabila
berada di bilik guru besar.

“Kenapa kamu berdua nampak takut? Macam
orang yang telah melakukan kesalahan sahaja
nampaknya?” uji Encik Malik.

“Maafkan kami cikgu. kami berjanji takkan buat
lagi,” kata Jali dan judin mengaku salah.

“Cepat betul kamu mengaku. Saya belum tanya

78

apa-apa lagi kamu sudah mengaku salah,” perli Encik
Malik.

“Mengapa kamu melakukan kerja begini?”
tanya Cikgu Yahya pula.

“Kami ingin dapat markah lebih dalam
peperiksaan percubaan itu. Jadi, kami mencuri kertas
jawapan Aidil dan menukarkan namanya pada kertas
jawapan dengan nama kami,” jelas Jali.

“Betul apa yang Jali katakan itu Judin?”
“Betul cikgu.”
“Apa yang kamu lakukan itu adalah satu
penganiayaan. Kalau dalam peperiksaan UPSR yang
sebenar, keputusan peperiksaan kamu boleh
dibatalkan, kamu tahu?” kata Encik Malik.

“Kami tahu cikgu.”
“Kalau tahu mengapa kamu buat juga?”

“Kami takut dengan ibu bapa kami. Mereka
sangat garang. Mereka inginkan markah peperiksaan
kami naik. Itu saja cara yang kami boleh buat untuk
mendapat markah yang lebih.”

Tidak lama kemudian, Jali dan Judin diarah
mengikut Cikgu Yahya ke bilik bimbingan. Guru besar

79

sudah mengarahkan agar mereka berdua diberikan
bimbingan.

“Kes sudah selesai cikgu. Kita kena lebih
berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku lagi pada
masa depan,” kata Encik Malik kepada Cikgu Hamdan
dan Cikgu Juriah.

Sekembalinya dari sekolah tengahari itu, Aidil
berjalan dengan cepat menuju ke pintu pagar sekolah.
Akan tetapi Lokman dan Badri mengejarnya dari
belakang.

“Aidil mengapa jalan cepat sangat? Tunggulah
kami.”

“Apa yang nak ditunggukan. Perut aku dah
lapar ni. Kakak aku mesti dah sediakan makanan
tengahari,” kata Aidil.

“Mengapa kamu berdua mengejar aku?” tanya
Aidil.

“Tak sangka ada orang dengki dan khianat
kepada kawan sendiri kerana mementingkan diri
sendiri,” kata Lokman sambil berjalan bersaingan.

“Itulah yang dinamakan manusia. Kalau dah
terdesak, kawan sendiri pun akan dimakannya,” kata
Badri pula.

Setelah sampai di rumah, Aidil meminta diri
untuk masuk. Lokman dan Badri pula meneruskan
perjalanan ke rumah mereka. Rumah mereka cuma
beberapa blok sahaja dari rumah Aidil.

80

8

Jangan Dipedulikan

Ketika berjumpa dengan Cikgu Yahya di bilik
bimbingan, Jali dan Judin menceritakan bagaimana
mereka menukarkan nama mereka berdua pada
kertas jawapan peperiksaan Aidil. Mereka berdua
mencuri masuk ke bilik guru semasa guru-guru
sedang berehat. Mereka memadamkan nama Aidil
dan menggantikannya dengan nama mereka.

“Mengapa kamu buat kerja bodoh begini?”
tanya Cikgu Yahya.

81

82

“Kami ingin mendapat markah yang tinggi
dalam peperiksaan,” jelas Jali.

“Tidakkah kamu tahu bahawa perbuatan ini
salah?”

“Kamu tahu, cikgu.” Kata Judin.
“Kalau dah tahu mengapa kamu buat juga?”
Jali dan Judin terdiam. Mereka merasa malu
dengan perbuatan mereka.

“Semasa di bilik guru besar tadi kamu katakan
kamu lakukan ini semua kerana ibu bapa kamu mahu
lihat kamu mendapat markah yang tinggi. Betulkah
apa yang kamu katakan itu?”

“Betul, cikgu.”
“Tetapi adakah mereka menyuruh kamu
menipu?”

“Tidak, cikgu. Mereka menyuruh kami belajar
betul-betul dan perbaiki kelemahan dalam pelajaran
kami,” jelas Jali.

Cikgu Yahya mengangguk-anggukkan kepala.
“Kalau begitu, mengapa kamu berdua sanggup
menceroboh masuk ke bilik guru, mencuri kertas
jawapan dan menukar nama?” soal Cikgu Yahya lagi.

83

Jali dan Judin tidak mampu lagi menjawab
pertanyaan Cikgu Yahya itu. Mereka tahu mereka telah
melakukan kesalahan berat.

“Tak bolehkah kesalahan kami ini dimaafkan,
cikgu?” tanya Jali.

“Yang salah tetap salah. Kamu pun sudah
mengaku kesalahan kamu. Terpulanglah kepada
lembaga disiplin sekolah untuk memutuskannya.
Tugas saya di sini hanya untuk memberi bimbingan
kepada kamu berdua.”

Jali dan Judin tunduk merenung karpet di bilik
bimbingan itu. Sesekali mereka memandang dinding
di bilik itu dan memandang wajah Cikgu Yahya.

Jali dan Judin kemudiannya diberikan sepucuk
surat untuk diberikan kepada kedua ibu bapa mereka.
“Sila berikan surat ini kepada ibu bapa kamu,” kata
Cikgu Yahya sambil menyerahkan sepucuk surat
kepada Jali dan Judin.

“Cikgu nak berjumpa dengan ibu bapa kami
kah?” tanya Jali.

“Itu tak perlu cikgu nyatakan. Tugas kamu
berdua ialah menyampaikan surat ini kepada mereka.”

84

“Tapi, cikgu..”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Surat itu tidak
menyatakan apa-apa kesalahan kamu. Cikgu cuma
meminta mereka hadir ke sekolah dan berjumpa
dengan cikgu sahaja.’

Jali dan Judin memandang Cikgu Yahya.
“Mengapa, kamu berdua tidak percaya dengan
cikgu kah?”
“Bukan begitu cikgu,” kata Jali dan Judin
serentak.

“Kalau begitu, sampaikan surat ini kepada ibu
bapa kamu,” kata Cikgu Yahya lagi.

Dengan hati yang berat, Jali dan Judin keluar
meninggalkan bilik bimbingan. Kesalahan yang
mereka lakukan telah menimbulkan masalah besar
kepada mereka sendiri.

Beberapa hari selepas itu, Aidil telah disindir
oleh beberepa orang murid berikutan kes tersebut.
Geram sungguh di hati Aidil.

“Aku tak percayalah perkara ini boleh berlaku.
Orang kalau nak markah tinggi akan buat macam
dakwaan. Pelik juga, bagaimana cikgu-cikgu boleh

85

percaya dengannya. Anak emas cikgu agaknya,” itulah
kata-kata yang didengarinya.

Aidil hanya memandang wajah Semaun, Eman
dan Farid serta beberapa orang rakan sekelas yang
menyindirnya. Dia tidak mahu bertindak kerana dia
tahu dia berada di pihak yang benar. Guru besar dan
beberapa orang guru lain telah mengesahkan
kebenaran dakwaannya. Orang yang melakukan
kesalahan itu telah pun membuat pengakuan.

Sejuk hati Aidil apabila Razi, ketua kelas mereka
membidas sindiran mereka yang tidak berasas itu.
“Kalau nak cakap, cakaplah berdasarkan fakta,
berdasarkan bukti. Jangan main cakap saja.”

Terdiam mereka apabila Razi membelanya.
Tetapi semasa balik dari sekolah tengahari itu, Aidil
terdengar lagi sindiran yang menyakitkan hati.

“Jaga-jaga, dia itu anak emas cikgu. Jangan
usik nanti cikgu marah.” Dia terdengar kata-kata itu
diluahkan. Aidil menoleh ke arah suara itu. Dia
mendapati Lamin yang menyindirnya. Bersama-sama
Lamin ketika itu ialah Jali dan Judin.

“Jali dan Judin sudah menyebarkan fitnah
agaknya. Dia tidak puas hati dengan aku,” detik hati

86

Aidil ketika sedang berjalan balik ke rumah. Sepanjang
petang dia termenung sendirian.

Sebaik sahaja Puan Salbiah pulang dari kerja
petang itu, Aidil mengadu kepada ibunya.

“Mengapa? Kamu bergaduh di sekolahkah
pagi tadi?” tanya Puan Salbiah.

“Bukan bergaduh ibu. Kes ini sebenarnya
sudah selesai. Mereka berdua telah menipu guru-guru
di sekolah. Mereka telah menukar nama pada kertas
jawapan Angah kepada nama mereka. Angah adukan
hal ini kepada Cikgu Yahya. Selepas disiasat, mereka
berdua akhirnya telah mengaku yang mereka telah
menukarkan nama di kertas jawapan Angah dengan
nama mereka,” jelas Aidil.

“Siapa mereka berdua yang Angah
maksudkan?”

“Jali dan Judin. Mereka menceroboh bilik guru.
Mereka ambil kertas jawapan Angah kemudian
mereka tukarkan kepada nama mereka.”

“Sampai begitu sekali?”
“Ya, ibu.”
“Habis, apa yang Angah risaukan?”

87

“Tetapi sekarang mereka buat fitnah pula.
Mereka kata Angah ni anak emas cikgu.”

“Kalau Angah di pihak yang benar, tiada apa
yang perlu Angah risaukan. Pedulikan saja mereka,”
kata Puan Salbiah.

“Apa yang dibincangkan ni? Dari luar lagi
abang dengar gamat saja bunyinya.” Celah Pak Kamil
yang baru saja tiba.

“Angah ni. Rakan-rakan sekolahnya buat hal
pula. Sudahlah hari itu kertas jawapan peperiksaannya
dicuri, hari ini dia diejek pula, dikatakan anak emas
cikgu. Entahlah apa nak jadi dengan budak-budak
sekolah sekarang ni,” kata Puan Salbiah.

“Kes curi itu dah selesaikah?” tanya Pak Kamil.

“Dah selesai. Sebab itulah Angah dituduh anak
emas cikgu.”

Pak Kamil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Macam-macam hal budak sekolah zaman sekarang
ni.” Kata Pak Kamil pula.

88

“Abang nak minum?” tanya Puan Salbiah
kepada Pak Kamil.

“Boleh juga. Haus pula rasanya. Maklumlah dah
lama tak hujan.”

“Angah pergi ke dapur sekejap, tengok Kak
Lomg dah siapkan air atau belum.”

Aidil bangun dan terus ke dapur. Tidak lama
kemudian dia keluar dengan seteko air teh bersama
dengan sepiring kuih yang dibeli oleh ibunya semasa
pulang dari pejabat tadi. Mereka berempat minum
petang bersama.

89

9

Peperiksaan

Ibu bapa Jali dan Judin sudah pun berjumpa Cikgu
Yahya. Mereka agak terkejut dengan kelakuan Jali
dan Judin.

“Tak sangka Jali sanggup buat begitu. Buat
busuk nama emak dan ayah saja,” kata Pak Kasim.

“Apa nak jadi dengan kau ni Judin. Kau buat
perkara yang ayah dan cikgu tak ajar,” kata Pak Dolah.

Cikgu Yahya diam sahaja mendengar kata-kata
Pak Kasim dan Pak Dolah. Jali dan Judin cuma tunduk
kerana malu dengan sikap mereka. Mereka

90

sedar mereka telah melakukan kesalahan besar. “Kami
berjanji akan menjadi orang baik-baik selepas ini cikgu,
ayah,” kata Jali dan Judin selepas itu.

Walaupun perkara itu telah selesai, tetapi Aidil
tetap digelar anak emas cikgu.

“Apa yang saya buat selama ini adalah benar.
Saya cuma menuntut hak saya,” kata Aidil kepada
Cikgu Kamariah.

Cikgu Kamariah bersimpati dengan masalah
yang dihadapi oleh Aidil. Semasa mengajar di kelas
6A, dia menyebut perkara yang diadukan oleh Aidil.

“Saya sungguh kesal dengan perbuatan
segelintir pelajar. Dalam kes yang berlaku baru-baru
ini, apa yang dilakukan oleh Aidil adalah benar. Dia
berhak berbuat demikian. Orang yang bersalah mesti
dihukum dan mereka telah pun membuat pengakuan.”

Semua murid di kelas 6A memandang ke arah
Jali dan Judin. Mereka berdua pula hanya tunduk
memandang meja.

“Jangan tengok kepada orang lain. Tengoklah
dalam diri sediri. Jangan buat apa-apa yang tidak

91

betul di sisi undang-undang. Orang yang bersalah
sudah pun mengakui kesalahannya. Kes itu sudah
selesai.”

“Tapi kini timbul pula kes baru yang
menyatakan Aidil anak emas cikgu. Perkara begitu
tidak berlaku. Cikgu-cikgu di sekolah ini cuma
menunaikan tanggungjawabnya. Itu sahaja.”

“Tuduhan yang dilemparkan tidak betul sama
sekali. Saya harap perkara ini tidak disebut-sebut lagi.
Faham semua?”

Semua murid menganggukkan kepala
mendengar kata-kata Cikgu Kamariah. Sejak hari itu,
tiada sesiapa lagi yang mengatakan Aidil anak emas
cikgu.

Hari demi hari berlalu. Murid-murid tahun enam
sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan
UPSR yang bakal menjelang dua minggu lagi.

“Cikgu, boleh tolong saya tak? Soalan ini saya
kurang faham. Puas saya mencuba tapi masih tak
dapat cari penyelesaiannya,” kata Aidil kepada Cikgu
Hamidah.

Ketika waktu rehat, ramai guru berada di kantin
sekolah kecuali Cikgu Hamidah dan Cikgu Sahak.

92

93

Cikgu Hamidah membaca soalan yang dikemukakan
oleh Aidil. Dia kemudiannya memandang Aidil sambil
tersenyum.

“Soalan ini meminta kamu mencari luas
kawasan yang tidak perlu dipasang permaidani,
betulkan?”

“Ya. Tetapi saya masih keliru dengan langkah-
langkah mengiranya.”

“Pertama sekali kamu mesti mengira luas lantai
bilik. Kemudian, kira luas permaidani yang akan kamu
pasang. Bagaimana setakat ini, faham tak?”

“Faham, cikgu.”
“Kemudian kamu tolakkan luas lantai dengan
luas permaidani. Itulah langkah-langkah untuk
mengiranya,” Cikgu Hamidah menamatkan
penerangannya.

“Terima kasih, cikgu. Saya sudah faham
sekarang.”

Aidil meninggalkan bilik guru. Dia ke kantin
sekolah. Setelah membeli makanan dan minuman dia
mencari bangku kosong.

“Kau ke mana tadi? Kalau masa rehat, rehatlah.

94

Tapi kau pula sibuk mencari cikgu,” kata Lokman
sambil menyuap bihun goreng ke mulutnya.

“Betul tu, rajin betullah kau ni. Kalau ya pun
berehatlah dulu. Lepas makan nanti barulah jumpa
cikgu.”

“Aku jumpa Cikgu Hamidah. Ada soalan yang
aku tak faham. Kalau lambat-lambat nanti takut Cikgu
Hamidah ada kelas lain pula.” Terang Aidil.

“Sebagai kawan tentulah aku risaukan kau.
Nanti kalau tak makan kau dapat sakit gastrik baru
tahu.” Kata Lokman pula.

“Baiklah, lain kali aku akan makan dulu
sebelum jumpa dengan cikgu, ok!” kata Aidil sambil
tersenyum.

Loceng tamat rehat telah berbunyi. Semua
murid kembali ke kelas 6A. Sedar tak sedar waktu
persekolahan hari itu telah tamat. Semua murid segera
pulang ke rumah masing-masing.

Petang itu, Aidil sibuk mengulangkaji pelajaran
hingga ke malam. Pak Kamil dan Puan Salbiah
tersenyum gembira melihat kesungguhan Aidil.

“Alhamdulillah. Kita berharap dia akan berjaya

95


Click to View FlipBook Version