The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wswinnie0720, 2022-06-13 09:10:44

Mengejar Cita-cita

Mengejar Cita-cita

dengan cemerlang dalam peperiksaannya,” kata Pak
Kamil.

“Harap-harap dia akan mendapat 5A seperti
yang diidamkannya dan masuk ke sekolah berasrama
penuh,” sambung Puan Salbiah.

Hari terus berlalu. Peperiksaan UPSR sudah
pun tiba. Semua murid tahum enam termasuklah Aidil,
Lokman dan Badri hadir ke sekolah pada awal-awal
pagi seperti yang diarahkan oleh guru besar.

Pada jam 7.50 pagi, semua murid sudah pun
memasuki dewan peperiksaan. Ketua pengawas
membacakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
oleh semua calon UPSR.

Selang beberapa minit kemudian, ketua
pengawas mengedarkan kertas soalan dengan
bantuan beberapa orang guru pengawas yang lain.
Semua calon sudah menerima kertas soalan Bahasa
Melayu Kefahaman.

Tidak lama kemudian, murid-murid mula
membuka dan membaca kertas soalan. Ketua
pengawas dan guru pengawas peperiksaan sekali-
sekala berjalan memerhatikan murid-murid yang
sedang menjawab soalan.

96

Masa terus berlalu. Peperiksaan UPSR telah
pun tamat.

“Lega rasanya. Kalau tidak berat rasa kepala
aku ni hendak mengingati semua pelajaran,” kata Aidil
sebaik sahaja keluar dari dewan pada hari ketiga.

“Aku pun sama,” kata Lokman.
Badri cuma mengangguk sahaja apabila
mendengar kata-kata Aidil dan Lokman. Memang
benar pun kata-kata mereka berdua itu.

“Bagaimana dengan peperiksaan Angah, boleh
jawab?” tanya Pak Kamil semasa duduk di ruang tamu
pada malam itu.

“Insya-Allah, ayah. Angah yakin dengan semua
jawapan Angah.”

“Harap-harap begitulah.” Kata Puan Salbiah.
“Kalau dapat 5A, Angah fikir nak ke mana?”
“Kalau boleh biarlah ke sekolah berasrama
penuh,” kata Aidil dengan harapan yang tinggi.

“Baguslah kalau Angah fikir begitu. Tapi
sekarang ni bukan senang nak masuk sekolah
berasrama penuh, banyak persaingan. Hanya yang
terbaik saja yang akan berjaya,” celah Nadia pula.

97

“Betulkah begitu Nadia?” tanya Puan Salbiah.
“Betul ibu. Bukan semua orang akan mendapat
tempat di sekolah berasrama penuh. Mereka yang
cemerlang dan anak-anak orang luar bandar saja
selalunya yang berjaya masuk ke sana.” Jelas Nadia
lagi.

“Kalau begitu, Angah nak ke mana kalau tak
dapat masuk ke sekolah berasrama penuh?” tanya
ibunya.

“Angah yakin Angah akan dapat. Kata cikgu
sekolah, kalau markah kita paling cemerlang
berbanding orang lain, peluang ke asrama penuh
adalah cerah,” hujah Aidil.

Aidil sebenarnya begitu berharap akan
mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan
UPSR. Dia telah berusaha bersungguh-sungguh tanpa
rasa jemu dan penat.

“Aku yakin aku akan berjaya. Aku yakin aku
akan dapat masuk ke sekolah berasrama penuh,” kata
Aidil semasa berbaring di katil sebelum melelapkan
matanya.

98

10

Mengecapi Kejayaan

Sebulan berlalu, kini tibalah masa yang dinanti-
nantikan. Semua murid tahun enam menanti
keputusan peperiksaan yang akan diumumkan
sebentar lagi dengan penuh debaran.

Pagi tadi guru besar sekolah telah ke Jabatan
Pendidikan Negeri untuk mengambil keputusan
peperiksaan UPSR sekolah.

“Sabarlah. Beri sedikit masa untuk guru-guru
membuat persiapan terakhir sebelum menyerahkan
keputusan peperiksaan kamu semua,” kata Cikgu

99

Hamidah apabila Razi, ketua kelas 6A bertanyakan
bilakah keputusan peperiksaan akan diumumkan.

Semua murid 6A duduk di kelas masing-
masing. Mereka menunggu dengan sabar. Razi selaku
ketua kelas 6A menyabarkan rakan-rakan sekelasnya.

“Sabar. Keputusan sudah ada di tangan guru
kelas. Sebentar lagi Cikgu Hamidah akan masuk ke
kelas kita,” kata Razi.

“Aku pasti kau akan dapat 5A,” kata Aidil
kepada Lokman dan Badri.

“Mana kau tahu?”

“Sejak hari peperiksaan dahulu aku tengok kau
berdua tenang sahaja. Tiada riak yang menunjukkan
kau tidak dapat menjawab dengan baik,” kata Aidil.

“Terima kasih aku ucapkan. Kata-kata kau itu
merupakan doa satu. InsyaAllah, Allah akan
makbulkan,” kata Lokman.

“Tapi aku rasa kau juga akan dapat 5A. Aku
tengok kau berusaha bersungguh-sungguh. Dalam
peperiksaan percubaan yang lalu, bukankah kau juga
mendapat 5A?” kata Badri.

“Itu peperiksaan percubaan.” Kata Aidil sambil
tersengih.

100

Aidil sebenarnya berharap agar apa yang
dikatakan oleh rakan-rakannya tadi benar-benar akan
menjadi kenyataan dan apa yang dicita-citakannya
akan tercapai.

Cikgu Hamidah masuk ke kelas 6A. Dia
membawa satu sampul surat besar. Sampul surat
besar itu diletakkan di atas meja. Semua murid
memandang ke arah sampul surat besar itu.

“Kenapa senyap saja?” soal Cikgu Hamidah
kepada murid-murid 6A. Dia memandang ke sekeliling
kelas. Dia melihat wajah anak-anak muridnya sambil
tersenyum.

“Ada yang tidak hadirkah hari ini, Razi?” tanya
Cikgu Hamidah.

“Semua hadir, cikgu.”
“Tetapi mengapa dua kerusi di sana tu
kosong?” tanya Cikgu Hamidah lagi.

“Mereka berdua ke tandas, cikgu. Sakit perut
agaknya.” Kata Badri.

“Tak patut kamu ketawakan orang yang ke
tandas. Ke tandas itu adalah satu keperluan. Kalau

101

kamu tak buang air selama sehari, kamu akan tahu
betapa seksanya hidup ini,” nasihat Cikgu Kamariah.

Tidak lama kemudian, Marina dan Zila masuk
semula ke kelas. Mereka kemudiannya mengambil
tempat duduk masing-masing.

“Tahniah atas kejayaan kamu semua. Semua
murid kelas ini lulus dengan cemerlang. Tahniah.” Kata
Cikgu Hamidah. Cikgu Hamidah kemudiannya
memanggil murid-murid kelas itu seorang demi
seorang untuk mengambil slip keputusan peperiksaan
UPSR.

Tidak lama kemudian, tibalah giliran Aidil
dipanggil ke hadapan.

“Aidil,” kata Cikgu Hamidah.

Aidil segera ke hadapan kelas. “Tahniah, Aidil.
Keputusan 5A kamu sungguh membanggakan cikgu,”
kata Cikgu Hamidah.

“Terima kasih, cikgu. Itu semua adalah hasil
tunjuk ajar cikgu juga,” kata Aidil. Cikgu Hamidah
tersenyum mendengar kata-kata Aidil.

“Lokman,” kata Cikgu Hamidah pula. “Tahniah
Lokman. Kamu juga mendapat 5A.”

102

“Terima kasih, cikgu. Tanpa didikan cikgu,
mungkin saya tidak akan mencapai kejayaan ini,” kata
Lokman lalu kembali ke tempat duduknya.

Selepas itu beberapa orang lagi yang
mendapat 5A dipanggil ke hadapan kelas. Antaranya
ialah Jali, Zila dan Jasmin.

Cikgu Hamidah kemudiannya beredar
meninggalkan kelas 6A. Dia ke bilik guru kerana ada
beberapa tugas lagi yang perlu diselesaikan.

“Tahniah Aidil. Memang aku sudah jangkakan
kau akan berjaya. Kau memang boleh,” kata Lokman
memberikan ucapan tahniah.

“Tahniah juga untuk kau Lokman.” Jawab Aidil.
Aidil kemudiannya memeluk Lokman.

“Kaulah kawanku. Kau banyak membantuku
dalam kejayaan aku pada hari ini selain daripada
cikgu-cikgu di sekolah ini,” kata Aidil.

“Kau juga banyak membantu aku dalam
mengenal erti persahabatan,” balas Lokman. Ketika
itu dia teringat akan beberapa peristiwa yang berlaku
antaranya dengan satu ketika dulu.

“Tahniah Aidil. Kau telah berjaya dalam
mengejar cita-cita kau,” kata Jali. Aidil sudah pun

103

104

pun memaafkan apa yang dilakukan oleh Jali
terhadapnya beberapa bulan dahulu.

“Terima kasih. Aku juga ucapkan tahniah
kepada kau,” kata Aidil.

Masa persekolahan hari ini cepat berlalu. Aidil
segera pulang ke rumah. Sekembalinya Puan Salbiah
dan Pak Kamil ke rumah, Aidil segera menyerahkan
keputusan peperiksaannya.

“Ini hadiah buat ibu dan ayah,” kata Aidil
kepada Puan Salbiah dan Pak Kamil.

“Tahniah Angah. Alhamdulillah, doa kau sudah
dimakbulkan Allah.” Kata Pak Kamil.

“Nampaknya, tahun depan Angah akan ke
asrama penuhlah agaknya,” kata Puan Salbiah.

“InsyaAllah ibu. Doakan agar ia menjadi
kenyataan,” kata Aidil tersenyum gembira.

105

~Soalan~

1.Ke manakah Aidil pergi semasa ponteng sekolah?
2.Kenapa Lokamn dan Badri berdendam dengan

Aidil?
3.Mengapa Cikgu Yahya memainkan klip video Sang

Semut menolong burung?
4.Apakah yang terjadi kepada Lokman semasa di

hutan?
5.Mengapakah Aidil berjumpa dengan Cikgu Yahya?
6.Mengapakah Puan Salbiah menangis pada suatu

petang?
7.Mengapakah Jali dan Judin cuba menipu kertas

jawapan?
8.Apakah cita-cita dan harapan Aidil?
9.Siapakah sebenarnya yang membantu kejayaan

Aidil?
10.Apakah tanggungjawab setiap guru di SK Sri

Bahagia?

106

~Glosari~

1. Lesap – hilang
2. Selidik – siasat
3. Intipati – intisari
4. Terseliuh – tergeliat
5. Bakhil– kedekut
6. Menyorong – menolak
7. Syak – duga
8. Jemu – bosan
9. Diumumkan – diisytiharkan
10. Memerut - membuang air besar
11. Jaminan - kepastian
12. Perselisihan - pertikaian
13. Mengerang - merintih
14. Popular - terkenal
15. Derhaka - tidak taat
16. Meluat - menyampah
17. Uji - duga
18. Pelik - aneh
19. Mentah - belum dewasa
20. Pinggir - tepi

107


Click to View FlipBook Version