POINtalUkCingApPoinAtN
50
Tajuk Menarik
di Dalam!
Penghargaan :
PISMP Pendidikan Islam
Ambilan Jun 2020 IPGKBA
Suntingan dan Susunan :
Muhammad Amirul Bin Mohamad Noh
ISI KANDUNGAN 3
4
1. GAYA HIDUP SIHAT 5
2. SOPAN SANTUN 6
3. HORMAT-MENGHORMATI 7
4. MOTIVASI DIRI 8
5. CITA-CITA 9
6. TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN 10
7. TOLONG-MENOLONG 11
8. HOBI 12
9. KESELAMATAN JALAN RAYA 13
10. KEBAKARAN 4
11. SUKAN 15
12. MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA 16
13. PATUHI S.O.P. MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19 17
14. PERCUTIAN 18
15. AMALAN MENABUNG 19
16. PERPADUAN KAUM 20
17. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI 21
18. TANGANI DEMAM DENGGI 22
19. MEMBACA JAMBATAN ILMU 23
20. KESIHATAN MENTAL 24
21. RUMAHKU SYURGAKU 25
22. TAAT IBU BAPA 26
23.SAINS DAN TEKNOLOGI 27
24. KELUARGA BERHEMAH 28
25. HARI KEMERDEKAAN 29
26. KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU 30
27. SEKOLAHKU SYURGAKU 31
28. SAYANGI GURU 32
29. AKTIVITI KOKURIKULUM 33
30. JAUHI GEJALA NEGATIF 34
31. MENJAGA ALAM SEKITAR 35
32. ADAB DALAM MAJLIS & PERHIMPUNAN 36
33. ISU VANDALISME 37
34. BUDAYA SENYUM & MEMBERI SALAM 38
35. MASA ITU EMAS 39
36. RASULULLAH SAW IKUTAN SEPANJANG ZAMAN 40
37. ADAB BELAJAR 41
38. ALATAN KESELAMATAN 42
39. KEBERSIHAN BILIK DARJAH 43
40. TANGGUNGJAWAB TERHADAP OKU 44
41. PERPISAHAN GURU 45
42. AKTIVITI HUJUNG MINGGU 46
43. SAHABAT SEJATI 47
44. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN 48
45. RAMADAN BULAN TARBIYAH 49
46. BUDAYA BERTERIMA KASIH 50
47. HARI GURU 51
48. KELUARGA BAHAGIA 52
49. RIADAH UNTUK KESIHATAN
50. HIDUP BERBAKTI
GAYA HIDUP SIHAT
(NUR SAFIAH BINTI MOHD TALHA)
1) Pendahuluan
- Beri salam
- Bertanya khabar
- Wujudkan topik utama “Kebelakangan ini, saya lihat ramai anak murid yang
lesu semasa dalam kelas. Justeru, kita perlu amalkan gaya hidup sihat.”
2) Isi
- Minum Air Secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin
dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori
dalam badan
Diet yang Sihat
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar
dan berhenti sebelum kenyang.
Jangan Merokok
Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10
minit sehari.
Tangani Stres
Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah
muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.
- Tidur Berkualiti
Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.
- Terapi Aromaterapi
Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai
jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.
- Penjagaan Kulit
Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama
malam). Kulit juga perlu bernafas.
3) Penutup
- Gaya hidup sihat amat penting kerana akan menjamin kesejahteraan
mental, fizikal, dan emosi yang seimbang dan sihat.
- Oleh itu, saya berhartap agar semua murid dan guru dapat mengamalkan
gaya hidup sihat.
- Sekian, terima kasih. Beri salam
3
SOPAN SANTUN
(NURNABILA SHAHIRA BINTI ABDUL HAJID)
Pendahuluan:
Kata alu-aluan
Perkenalkan diri sebagai guru bertugas.
Mukadimmah kepada tajuk sopan santun: generasi muda masa ini kurang
menghayati nilai sopan santun dalam diri mereka
Cara yang dapat membantu memupuk nilai murni ini dengan lebih berkesan
Isi 1: Peranan Ibu bapa
Ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan membimbing anak-anak
mereka
Bak kata pepatah,‘Melentur buluh biar dari rebungnya’.
Nilai berbudi bahasa dan bersopan santun dapat diterapkan dalam diri anak-anak
sekaligus menjadikan mereka insan yang berperibadi mulia
Ibu bapa merupakan pihak yang berperanan penting dalam membentuk sahsiah
anak-anak mereka.
Isi 2: Peranan pihak sekolah
Pihak sekolah juga boleh mewujudkan Bulan Berbudi Bahasa bagi menyemai nilai
sopan santun kepada para pelajar.
Kebanyakan pelajar sekolah tidak lagi mengamalkan nilai kesopanan dalam
pergaulan seharian mereka.
Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.
Pihak sekolah boleh menayangkan video, mengadakan ceramah dan sebagainya
mengenai nilai kesopanan
Pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengarahkan setiap sekolah mengadakan
Bulan Berbudi Bahasa ini.
Isi 3: Peranan pemimpin
Pemimpin-pemimpin negara kita sendiri perlulah mengamalkan nilai-nilai
kesopanan ini dalam pentadbiran negara sekaligus menjadi suri teladan kepada
generasi muda ini.
Objektif kerajaan untuk memupuk nilai-nilai murni akan berlaku pada diri remaja
tersebut dapat dicapai.
Pemimpin-pemimpin negara ini perlulah mengamalkan budaya bersopan santun ini
agar diteladani oleh rakyat khususnya generasi muda dan disegani oleh pemimpin
luar negara.
Kesimpulan
Amalan sopan santun semakin terhakis dalam diri generasi muda.
Masyarakat juga haruslah menganjurkan aktiviti yang berteraskan amalan bersopan
santun dalam aktiviti setempat.
Pelbagai alternatif perlu diambil untuk memastikan amalan ini tidak terhakis dalam
generasi muda kini, persis kata mutiara,‘Budi Bahasa Budaya Kita’.
4
HORMAT-MENGHORMATI
(NURUL AZWA IZZATI BINTI MOHD ISA)
Pendahuluan:
Kata alu-aluan
Perkenalkan diri sebagai guru bertugas.
Isi:
Isu semasa (hormat-menghormati)
{pelajar tidak hormat guru / ibu bapa / petugas sekolah}
Definisi hormat
Istilah ‘hormat’ membawa maksud pandangan yang tinggi terhadap
seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan dan berhemah
kepadanya. Sikap hormat-menghormati ini adalah antara ciri-ciri
menampilkan seseorang yang berakhlak mulia.
Contoh-contoh sifat saling hormat-menghormati itu ialah:
memberi layanan mesra dan sopan, saling bekerjasama, saling
menghargai antara satu sama lain dan menghargai budi serta jasa orang
lain.
,dalam pergaulan seharian, kita juga dituntut untuk berakhlak mulia seperti
baik dalam bertutur kata,
“
Orang yang perlu dihormati
kedua ibu bapa, orang yang lebih tua, jiran tertangga, tetamu yang hadir,
guru, dan seorang pemimpin. Perlu juga hormat kepada kepercayaan dan
adat resam pelbagai keturunan.
Cara hormat- menghormati
mendengar perkataan yang disampaikan sambil pandang muka dia, selalu
mengucapkan terima kasih kepada mereka, berperilaku sopan terhadap
siapa pun, senyum, beri salam dan saling bantu orang jika lihat orang dalam
kesusahan.
Penutup:
Kesan
Sekiranya kita mengamalkan nilai hormat-menghormati, kita dapat
mengeratkan hubungan tanpa mengira bangsa dan agama serta dapat
elakkan daripada sebarang pergaduhan dan kita hidup dengan aman damai.
Seru untuk amalkan sikap hormat-menghormati.
Pantun
Puteri ceria menanti bonda,
Halwa dihirup terasa nikmat,
Hormati tua sayangi muda,
Bahagia dunia akhirat.
Sekian, terima kasih 5
MOTIVASI DIRI
(NUR AMALIA BT ABD RASHID)
Pendahuluan
- ucapan aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Haji Radzi bin Omar (Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Berangan 1), barisan penolong kanan, guru-guru, serta
anak-anak didik.
Isi 1 (Keperluan Motivasi Diri)
-setiap murid perlu tingkatkan motivasi diri
-motivasi diri sangat penting untuk setiap murid bagi memastikan mereka sentiasa
bersemangat untuk menuntut ilmu
- tanpa motivasi, murid akan merasakan terbeban untuk datang ke sekolah setiap
hari.
- jika murid tidak ada motivasi yang tersendiri, usaha setiap guru akan menjadi sia-
sia kerana kunci utama kejayaan setiap murid adalah terletak pada keinginan dan
usaha murid itu sendiri
Isi 2 (Cara Meningkatkan Motivasi Diri)
-murid perlu cari satu tujuan kenapa mereka menuntut ilmu (untuk bahagiakan
ibu bapa/untuk sambung pelajaran ke tahap yang tinggi/ nak capai cita-cita dll.)
-jadikan tujuan tersebut sebagai pemangkin untuk mereka terus belajar
-carilah rakan-rakan yang dapat menolong dalam pembelajaran/ elakkan
berkawan dengan rakan-rakan yang tidak memberi faedah
-sentiasa berhubung dengan guru jika tidak faham akan sesuatu topik
pembelajaran
-jangan pendam/ rasa tidak pandai (sentiasa bertanya kepada guru&rakan)
Isi 3 (Tanggungjawab Guru)
-Banyak teknik yang dapat dipergunakan guru untuk meningkatkan motivasi murid
dalam belajar.
-betapa pentingnya memberikan alasan-alasan kepada murid mengapa mereka
harus belajar dengan sungguh-sungguh dan berusaha untuk berprestasi sebaik-
baiknya.
-murid perlu mengetahui tujuan jangka pendek dari pelajaran yang sedang
diikutinya
-Jauhilah perkara-perkara yang dapat menimbulkan keengganan murid untuk
belajar, sama ada yang merupakan ketidak-selesaan secara fizikal mahupun yang
menyebabkan hilangnya harga diri pelajar.
Penutup
-harapan agar guru dan murid dapat bekerjasama dengan baik agar prestasi
murid dapat ditingkatkan disamping mengangkat nama sekolah
-jika sebelah pihak sahaja yang bersungguh, maka objektif dan matlamat sekolah
melahirkan murid yang seimbang tidak dapat dicapai
6
CITA-CITA
(MUHAMMAD FAWWAZ IMAN BIN MOHD SOBRI)
Pendahuluan
Setiap orang mempunyai cita-cita
Ia adalah pendorong dan inspirasi kepada seseorang untuk terus berusaha dalam hidup
Cita-cita merujuk kepada harapan/hasrat/keinginan untuk menjadi pekerjaan apa apabila
dewasa kelak
Penting untuk setiap daripada kamu memiliki cita-cita.
Isi 1
jadikan cita-cita kamu (pelajar) sebagai sasaran/objektif untuk kekal berusaha
menghalang daripada mudahnya hilang tumpuan belajar dan gigih dalam mencapainya
tanpa mudah berputus asa
mampu menjadi motivasi yang berterusan untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam
hidup
Isi 2
dengan adanya cita-cita, kamu dapat melihat dengan lebih jelas perancangan hidup kamu
apakah keperluan untuk kamu mencapainya?/ apakah pencapaian akademik yg diperlukan?
Apakah pengetahuan yang perlu kamu ada?
Jangan pula jadikan cita-cita itu sebagai rantai/kekangan yang menutup peluang kamu
(seperti sesuatu yang tidak berkait dengan cita-cita tidak diendahkan), sebaliknya timbalah
pengalaman/pengetahuan sebanyak mungkin untuk perkembangan kendiri kamu
Isi 3
Cita-cita itu adalah milik kamu bukan sesiapa
apakah kamu ingin peroleh di masa depan? Apa harapan kamu? Kenapa kamu mahukannya?
jadikan cita-cita kamu jelas, supaya kamu benar-benar tahu apa yang kamu inginkan
walaupun cita-cita itu milik kamu, berbincang juga dengan ibu bapa untuk lebih pencerahan
dalam hal yang menjadi penentu hidup kamu
mereka lebih kenal kamu dan memiliki pengalaman yg lebih banyak untuk dikongsi dengan
kamu
Isi 4
jika kamu masih belum ada cita-cita, jangan resah atau gelisah
tidak apa jika kamu tiada cita-cita, ambil masa untuk fikir-fikirkannya (kamu masih muda)
libatkan diri dalam pelbagai aktiviti, buka pandangan kamu seluasnya
teroka dan kenal pasti kelebihan atau kekurangan kamu dan cari minat/kecenderungan
kamu terhadap sesuatu
jadikan cita-cita itu sebagai sesuatu yang seronok atau sesuatu yang kamu tidak sabar untuk
merealisasikannya (baik kerana minat atau untuk mencapai objektif tertentu (seperti
keluarga dan kesenangan hidup/duit)
Penutup
maka, teruslah usaha untuk menggapai cita-cita kamu
tanpa usaha, kamu tidak akan peroleh apa-apa
jika kamu hadapi sebarang masalah, rujuklah kepada ibu bapa atau kepada kami (guru-guru
kamu)
kami, sebagai guru akan cuba membantu kamu, untuk mendengar dan memberi nasihat
berguna kepada kamu.
Pintu kami sentiasa terbuka
7
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
(NUR ALYA IRDINA BT SHAMSUL BAHRI)
Pendahuluan
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka
telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan
Melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan
digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya
Isi 1
Persiapan awal
Mulakan hari anda seawalnya supaya anda ada masa bertenang dan ulang
kaji
Isi 2
Kurangkan gangguan
Kekalkan fokus
Jauhkan diri daripada perkara yang menganggu tumpuan
Isi 3
Tetapkan matlamat
Tetapkan matlamat atau sasaran iaitu apa yang kita mahu dapat untuk
peperiksaan kali ini
Ini bagi memboleh kan anda melihat pencapaian dan kemajuan anda
Isi 4
Rehat dan makan secukupnya sepanjang peperiksaan
Mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam
Makan makanan berkhasiat, minum banyak air kosong yan
Tidur dan rehat yang mencukupi
Kelesuan boleh mempengaruhi kemampuan befikir dan emosi seseorang
Isi 5
Bertenang dan ambil nafas
Kawal pernafasan sekiranya gemuruh
Sewaktu peperiksaan, anda boleh meregangkan badan pada waktu rehat
supaya tubuh anda tidak letih
Penutup
Mestilah bijak mengurus stress dan tekanan
Melakukan apa yang termampu
Semua keputusan adalah rezki terbaik yang tuhan berikan kepada kita
Usaha, doa, tawakkal
8
TOLONG-MENOLONG
(NUR AMIRA LIANA BINTI ZAKARIA)
Pendahuluan
Kata alu-aluan
Sikap saling peduli dan tolong menolong menjadi salah satu ciri khas dalam
budaya Islam
Hal ini lantaran Allah secara langsung mengamanatkannya dalam dalil Alquran
kepada seluruh umat manusia
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya)” [Al-Maidah: 2]
Isi 1
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, amalan tolong menolong penting dan
tidak seharusnya dipandang perbezaan agama, bangsa, keturunan mahupun
pangkat dan harta
Masyarakat negara ini memang terkenal dengan semangat prihatin dan sudah
lama mengamalkan sikap bantu membantu antara satu sama lain hingga
merentas sempadan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan
rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat bersama berkorban tenaga,
wang ringgit, nyawa dan masa untuk menghulurkan bantuan
Isi 2 (KEPENTINGAN TOLONG MENOLONG)
sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah - berganding bahu ibarat
aur dengan tebing
menjimatkan belanja - jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-
royong (tolong-menolong), tidak perlu membayar upah pekerja, katering atau kos
penyediaan makanan, kos pembinaan balai raya/surau di kawasan kediaman
dapat dijimatkan jika penduduk saling menolong membinanya.
Isi 3
mewujudkan perpaduan kaum - masyarakat hidup harmoni - saling membantu
tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama
meringankan beban orang lain - golongan yang senang akan membantu golongan
yang susah - kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan.
Isi 4
memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan - belajar bekerjasama, bertoleransi
dan bergaul mesra dengan anggota masyarakat
menjimatkan masa dan tenaga - kerja yang dilakukan cepat siap
Penutup
Sekiranya semua orang dapat mengamalkan amalan ini pasti masyarakat dapat
hidup dalam suasana yang aman damai
Menyeru supaya lebih ramai mengamalkan sikap tolong menolong dalam
masyarakat. Amalan perlu dimulakan di sekolah antara murid dengan murid,
murid dengan guru dan murid dengan warga sekolah
Sekian terima kasih. 9
HOBI
(NURUL AFIFAH MAISARAH BINTI MD SALEH)
Definisi hobi:
Kegemaran yang dilakukan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang
utama. Ia mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan kepada
seseorang. Tidak dapat dinafikan hobi juga dilakukan mengikut minat
masing-masing serta dipengaruhi oleh peredaran masa dan persekitaran.
Kepentingan mempunyai hobi:
1. Hobi dapat menenangkan fikiran – meminimumkan stres yang dihadapi.
2. Hobi dapat memanfaatkan masa lapang dengan kerja yang berfaedah -
mengelakkan diri daripada terlibat dalam kancah sosial atau aktiviti sia-sia
yang lain.
3. Hobi dapat menambahkan ilmu seseorang – melalui pencarian,
mengasah kemahiran sedia ada atau mencungkil bakat terpendam.
4. Hobi dapat menyihatkan badan seseorang – aktiviti yang melibatkan
pergerakan badan akan mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
5. Menjana pendapatan – ramai yang menjadikan hobi sebagai sumber
pendapatan terutamanya pada masa sekarang.
Contoh hobi yang bermanfaat:
-membaca
-memancing
-melukis
-mengumpul setem atau barangan antik
-bersukan
-berkebun
-memasak
-dan banyak lagi
Penutup:
Setiap orang haruslah mencari dan mempunyai hobi agar dapat mengisi
masa dengan perkara yang berfaedah. Hobi juga dapat membentuk diri
seseorang ke arah yang lebih baik serta hidup dengan bermatlamat.
10
KESELAMATAN JALAN RAYA
(MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHAMAD NOH)
Pendahuluan
Lafaz salam dan selamat sejahtera
Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis
Kata-kata Aluan kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan
murid-murid
Memberitahu tajuk ucapan
Isi-isi Penting
Isi 1 : Pejalan Kaki
Menggunakan laluan Zebra untuk melintas jalan
Menggunakan jejantas yang telah disediakan
Memandang ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan
Pimpin tangan orang dewasa semasa melintas
Tidak bermain berhampiran jalan raya
Berjalan secara melawan arus - dapat melihat kenderaan di hadapan
Pakai pakaian cerah - waktu malam - mudah dilihat
Isi 2 : Berbasikal
Memastikan kondisi basikal berada dalam keadaan baik - brek, tayar, lampu
reflector
Gunakan pelindung kecederaan - topi keledar, pelindung lutut
Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan di sebelah kiri
Sentiasa pegang handle dan kaki berada di atas pengayuh
Isi 3 : Menaiki Kenderaan (kereta/motosikal)
Memakai tali pinggang keledar/topi keledar
Mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan
Mematuhi papan tanda jalan
Memastikan kondisi kenderaan berada dalam keadaan baik - brek, tayar, enjin
Menyelenggara kenderaan mengikut jadual
Tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau mengantuk
Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu
Memandu secara berhemah
Isi 4 : Menaiki Bas
Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak
Beratur sebelum menaiki bas
Duduk atau berdiri diam-dia semasa di dalam bas
Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas bergerak
dahulu sebelum melintas
Menunggu bas di perhentian bas yang disediakan
Penutup 11
Mohon mengundur diri
Serangkap pantun
“Pandu cermat, jiwa selamat”
Ucapan terima kasih
KEBAKARAN
(NURUL IZZAH BT AHMAD FAUZI)
PENDAHULUAN
-Manusia mengguanakan Api dalam kehidupan seharian
-Pelbagai tujuan.
-Api juga ada yang bahayanya
-Langkah keselamatan mencegah dan semasa kebakaran
Mencegah Kebakaran
ISI 1
-Jauhkan mancis daripada kanak
-Simpan di tempat yang tinggi
-Nak guna dengan bimbingan ibu bapa
ISI 2
-Periksa kabel elektrik
-Rosak ganti
-Cabut wayar elektrik di dapur setelah digunakan
ISI 3
-Elakkan tong gas berdekatan api.
-Jauhkan lilin dan sumber api dari bahan mudah terbakar.
Semasa Kebakaran
ISI 1
-Kejutkan penghuni lain.
-Tutup semua laluan mengurangkan merebaknya asap dn api
-Jangan pentingkan diri.
-Membasahi kain dengan air dan tutup dibahagian hidung dan mulut.
-Merangkak dibawah kepulan asap.
ISI 2
-Telefon sentiasa di tangan
-Hubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat(999).
ISI 3
-Jika ada pemadam api, gunakannya yang betul.
-Dengan kerjasama sekeliling, gunakan air untuk meredakan api
PENUTUP
-Keselamatan adalah tanggungjawab bersama
-Bersiap sedia dalam kebakaran.
12
SUKAN
(AHMAD MUSTAQIM BIN MUHAMAD RASHID)
Definisi: Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan
sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan
ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Jenis-jenis Sukan:
Lumba:
Dibantu manusia: berbasikal, mendayung
Tenaga manusia: lumba lari, renang
tenaga luar: perahu layer, formula 1
Lawan:
pasukan: bola sepak, hoki
gelanggang: tenis, badminton
kombat: gusti, judo
Pencapaian
pertunjukkan: bina badan, gimnastik
kekuatan: angkat berat, lempar cakera
sasaran: menembak, memanah
Gabungan semua:
olahraga
Faedah Sukan untuk Individu:
1.mengurangkan stress
2.menjamin kesihatan
3.mampu menjadi kerjaya seseorang
4.memupuk semnagat setiakawan dan berpasukan
Kepentingan Sukan kepada Negara
1.menjana ekonomi negara
2.mengukuhkan hubungan antara negara
3.memupuk perpaduan sesama kaum
4.meningkatkan imej negara 13
MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
(AMMAR ZIKRY BIN ABU SAMAH)
Pendahuluan
Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di
Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Hal ini kerana,
makanan tradisional juga merupakan identiti kaum di Malaysia. Terdapat
pelbagai makanan tradisional mengikut kaum yang pelbagai di Malaysia.
Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat
antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Makanan tradisional dapat dibahigikan kepada
dua iaitu makanan harian dan perayaan.
Isi
Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum.
Melayu - Makanan: Nasi Lemak, Lemang, rendang, Ketupat, belacan,
laksa, cencaluk dll, Manisan dan kuih: Dodol, bahulu, tapai, kuih muih dll
Cina - yong tau fu, char kuey teaw, mee sizzling, yee sang, chee cheong
fan, kuih bulan, tang yuan, kuih bakul, kuih kapit
India - tosai, capati, nasi daun pisang, nasi kandar, kuah dal, muruku,
putu mayam, masalodeh
(Terdapat pelbagai lagi makanan tradisional sama ada drpd kaum yang
dinyatakan atau kaum lain yg tidak dinyatakan)
Kepentingan Makanan tradisional
Mengekalkan jati diri negara dan kaum di Malaysia
Perlu dikekalkan agar generasi akan datang terus mengenalinya
Merangsang industri makanan melalui penjualan makanan tradisional
secara komersial
Mempelbagaikan pilihan sajian masyarakat Malaysia
Menjadi tarikan pelancong
Kesimpulan
- setiap budaya di Malaysia mempunyai nilai yang tersendiri
- rakyat Malaysia perlulah hargai
- Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri yang bangga dengan Malaysia, siapa lagi
akan melaksanakannya.
14
PATUHI S.O.P.
MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19
(NURUL ZAHRAH BINTI ZABIDI)
Tanggungjawab Majikan di Tempat kerja
Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
Pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa
Amalan penjarakkan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter
termasuk di ruang kerja dan ruang makan;
Elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit (confined space)
Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place)
Amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation)
Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar, terutamanya di
ruang guna sama
Tangggungjawab majikan ditempat penginapan
Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;
Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakkan sekurang-
kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain
Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai;
Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan;
Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang
sama
Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan
persekitarannya sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan
pembersihan.
Tanggungjawab pekerja
Memakai pelitup muka
Tidak bersembang dekat
Menjaga kebersihan tempat makan dan fasiliti guna sama
Memanta gejala
Jika bergejala
Maklumkan kepada majikan
Elakkan datang bertgas
Dapatkan pemeriksaan segera
15
PERCUTIAN
(WAN MUHAMMAD IHSANUDDIN BIN WAN MOHD ARIFFIN)
Pendahuluan:
Cuti sekolah sudah hampir tiba
Cuti sekolah semestinya dinantikan oleh murid
Namun, dalam keseronokan bercuti. Kita mestilah mengisinya dengan
aktiviti yang bermanfaat.
Isi
Terdapat banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang cuti sekolah
antaranya:
Aktiviti 1: melancong ke pusat peranginan atau tempat bersejarah
Terdapat banyak pusat peranginan di negara ini. (Berikan contoh)*
Selain itu, kita juga boleh melawat tempat bersejarah
Di samping melancong, dapat tingkatkan pengetahuan.
Aktiviti 2: menziarahi keluarga dan saudara mara
Melawat datuk dan Nenek di kampung.
Dapat merapatkan hubungan di antara ahli keluarga
Aktiviti 3: melakukan hobi yang bermanfaat
Seperti membaca buku (dan contoh-contoh lain)
Aktiviti 4: meningkatkan kemahiran kendiri
Seperti memasak, menjahit dll.
Boleh dipelajari ketika membantu ibu bapa
Aktiviti 5: beriadah
Lakukan aktiviti riadah seperti jogging, sukan seperti bola sepak dsbg.
Penutup
Kesimpulannya, gunakan cuti yang ada dengan sebaiknya
Elakkan daripada menghabiskan cuti dengan perkara yang tidak
berfaedah
Jaga keselamatan diri semasa bercuti.
Semoga cuti kali ini dapat dimanfaatkan dengan baik untuk berehat dan
melakukan aktiviti berfaedah.
Sekian terima kasih.
16
AMALAN MENABUNG
(SITI NUR ASYEERA BINTI MAZLAN)
Menabung- simpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada
masa hadapan.
Contoh: kumpul lebihan wang perbelanjaan untuk disimpan di bank
sebagai tabungan.
Faedah menabung
1. Membantu pada masa diperlukan.
Contoh: menggunakan wang tabungan untuk membeli barang keperluan
sekolah.
2. Memupuk amalan berjimat cermat.
- Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan
dapat disimpan.
3. Mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul
tanpa diduga.
Contoh: kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui
dengan menggunakan wang simpanan.
4. Mengelakkan pembaziran.
- Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana
mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang
perbelanjaan.
5. Membolehkan kita membantu orang lain.
Contoh: Boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk
bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita
memerlukannya.
Pepatah melayu ada mengatakan sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain. Peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan sesuatu itu
sedikit demi sedikit, lama-kelamaan sesuatu yang kita lakukan itu menjadi
banyak. Secara tersiratnya peribahasa ini mengajak kita mengamalkan
sikap suka menabung.
17
PERPADUAN KAUM
(SAIDATUL NISYA BINTI MAT HASSAN)
Pendahuluan
Perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara
saling bekerjasama
Usaha-usaha yang efektif dan proaktif perlu dilakukan oleh
setiap pihak bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia.
Cara Memupuk Perpaduan
Setiap rakyat perlu bersikap toleransi dalam diri
Hal ini dapat mengelakkan daripada berlaku pergaduhan atau
perselisihan faham.
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai
murni dalam kalangan anak-anak
Contohnya Kerjasama dan saling bantu-membantu.
Menggalakkan anak-anak berkawan dengan rakan daripada
pelbagai kaum
Aktiviti kemasyarakatan - Contohnya merancang program yang
melibatkan pelbagai kaum seperti gotong-royong. Hal ini dapat
memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing dalam
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitakan.
Peranan media massa dalam menyampaikan mesej-mesej
perpaduan kaum melalui pelbagai iklan.
Penutup
Hubungan yang baik antara kaum merupakan penawar yang paling
mujarab dan berkesan bagi menyemarakkan lagi keakraban dan
perpaduan kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung
bulat manusia kerana muafakat.
18
KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI
(ZHAHIDAH HAWANI BINTI HASSAN)
Tips menjaga kebersihan diri:
Berus gigi selepas makan dan sebelum tidur
Mandi dua kali sehari
Sentiasa menjaga kebersihan rambut
Sentiasa basuh tangan dengan sabun
Sentiasa potong kuku dan bersihkan kuku
Cuci kaki selepas keluar rumah
Menjaga kebersihan pakaian seharian
Menjaga kebersihan hidung dan telinga
Memilih makanan yang bersih
Tips menjaga kekemasan diri:
Menjaga kebersihan diri
Memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai
Pakaian hendaklah digosok dan bersih
Menyikat rambut supaya kelihatan kemas
Menggunakan minyak rambut
Memakai wanigan untuk menjaga bau badan
Memakai stokin baru pada setiap hari
Kasut digilap dengan kiwi
19
TANGANI DEMAM DENGGI
(PUTERI AINA HUDA BINTI MIOR HUSSIN)
Pengenalan
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui
gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata
dunia setiap tahun.
Faktor
Gigitan nyamuk aedes
Air bertakung - pembiakan nyamuk aedes
Pembuangan sampah di tempat awam dan kawasan perumahan
Gejala demam denggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan
nyamuk seperti:
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam
Langkah pencegahan demam denggi
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-
kurangnya seminggu sekali
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
Mencegah pembiakan nyamuk aedes
3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan
nyamuk seperti
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutuo
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan
nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang
sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan
tertutup 20
MEMBACA JAMBATAN ILMU
(NURANISA ZAHIRA BINTI LANHAWARI)
Membaca ialah satu aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah
kepada semua - Melentur buluh biarlah dari rebung, oleh itu aktiviti
membaca hendaklah dipupuk sejak kita kecil lagi - Membaca
mempunyai banyak kepentingannya kepada pembaca.
Isi
Meluaskan ilmu pengetahuan - Membaca jambatan ilmu -
Membaca membolehkan kita mengetahui isu-isu semasa yang
berlaku di dalam negara dan luar negara.
Dapat memperbaiki Bahasa - membaca kita dapat melatih diri kita
untuk menggunakan Bahasa dengan betul - dapat mengenalpasti
kesalahan penggunaan Bahasa pada bahan bacaan yang kita baca
Mengisi masa lapang - boleh membaca bahan bacaan lain yang
berbentuk hiburan seperti novel, komik ataupun majalah - bahan
hiburan pada masa lapang - mengurangkan para remaja melakukan
aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah - Kadar masalah dalam kalangan
remaja juga akan menurun
Meningkatkan kreativiti - dapat mengembangkan lagi pemikiran
kita - sel-sel otak kita banyak memainkan peranan - berimaginasi
tentang apa yang kita baca - membuatkan aktiviti seseorang itu
berkembang
Penutup
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan
positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh
merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif,
kritis dan mempunyai wawasan.
21
KESIHATAN MENTAL
(NUR ATIYYAH FARIHIN BT MUKTI)
Kesihatan mental
Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu
menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik,
dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini
bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan
kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif. Kesihatan mental adalah
ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam
pelbagai tekanan dan tuntutan hidup
Kesihatan mental merujuk kepada:
Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak
Cara kita menghadap masalah dan mengatasinya
Cara kita berinteraksi dengan orang lain
Antara masalah kesihatan mental adalah:
Kemurungan
Kecelaruan dan kebimbangan umum
Kecelaruan panik
Kecelaruan obsesif kompulsif
Gangguan tidur
Perkara yang mempengaruhi kesihatan mental:
Cara/ corak asuhan
Tahap pendidikan
Budaya hidup
Pengaruh persekitaran(rakan, keluarga guru dll)
Keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang
Kesihatan fizikal
Cara menjaga kesihatan mental:
Sentiasa berfikir positif pada diri (saya boleh, saya yang terbaik, tahniah atas
usaha)
Belajar menjadi diri sendiri(buang perasaan semua orang perlu suka kita)
Belajar menghargai kelemahan dan keistimewaan diri sendiri(what the world need
is not them but me )
Pilih persekitaran yang baik(have a good friend, have a good peer, surround
yourself with good people because you’re good person too)
Melazimi diri untuk beriadah dan bersenam
Kepentingan kesihatan mental yang baik:
Asas kepada kesejahteraan hidup
Dapat bekerja dengan produktif
Mampu mengharungi cabaran hidup dengan berhemah
22
RUMAHKU SYURGAKU
(MUHAMMAD NURHELMI BIN MOHAMED TERMIZI)
Konsep dan falsafah “Rumahku Syurgaku”
Berasaskan kepada syariat Islam yang merangkumi segenap aspek
kehidupan. Di antara aspek-aspek yang ditekankan ialah membina
kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, mewujudkan suasana
penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan
kesihatan, mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah,
mengamalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina
sifat penyayang dan toleransi di kalangan anggota keluarga.
Kepentingan
Mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam keluarga
Mengekalkan kedamaian dan Kerukunan rumah tangga
Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga
Mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah tangga
Memupuk kasih sayang dalam keluarga
Penutup
Rumahmu Syurgaku adalah satu wawasan negara yang
berteraskan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Rumah tangga sebagai satu komponen utama dalam
pembentukan sesebuah masyarakat mestilah disempurnakan
melalui piawai yang bersesuaian dengan ajaran Islam yang
mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani manusia.
Bagi mencapai maksud syurga bagi sesebuah rumah tangga,
maka semua petunjuk dan ajaran yang disebutkan perlulah
diikuti dan dipatuhi dengan sebaik mungkin.
Hal ini memerlukan perancangan yang rapi dan sikap yang positif
di mana sesiapa yang gagal memenuhi disiplin dan peraturan-
peraturan tersebut, maka rumahtangganya belum berjaya
mencapai tahap kebahagiaan sebagaimana yang dituntut oleh
Islam.
23
TAAT IBU BAPA
(MUHAMMAD IZZUDDIN BIN ZAINOL ABIDIN)
Sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, setiap anak mempunyai
pelbagai tanggungjawab yang boleh dikategorikan kepada dua
tanggungjawab iaitu semasa hidup dan selepas kematian ibu bapa
Semasa hidup
Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara di hadapan
mereka
Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu
Taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka
Sentiasa berdoa kepada mereka
Selepas kematian
Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT
seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya
Langsaikan hutang-hutang ibubapa yang telah pergi kepada manusia
setakat yang mampu
Sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang
soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak
terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas.
Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibubapa. Agama kita amat
menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim
dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja
Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka
Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik
Kesimpulan
Ibu bapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan. Justeru itu,
menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka dan
memberi khidmat yang terbaik. Ini kerana, dosa orang yang menderhakai
kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia lagi Akhirnya,
semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta
anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada
semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.
24
SAINS DAN TEKNOLOGI
(AMNA HAWA BINTI ISHAK)
Pengenalan
Era modenisasi kini mengetengahkan penggunaan sains dan teknologi – maklumat dihujung
jari – sains adalah pangkalan atau asas pengetahuan yang sistematik – pelbagai cabang sains
seperti fizik, kimia dan biologi – mementingkan analisis, membincangkan teori dan penemuan
– melibatkan eksperiman dan pemerhatian – teknologi ialah penerapan pengetahuan saintifik
untuk tujuan praktikal – melibatkan penggunaan alat dan pengetahuan sains – lebih
mementingkan sintesis reka bentuk – kombinasi sains dan teknologi tidak dapat dipisahkan
dan sering beriringan -
Kelebihan Sains dan Teknologi
Melindungi negara daripada serangan musuh - teknologi pertahanan
Memudahkan proses komunikasi dan perhubungan manusia - teknologi maklumat
Melicinkan pengendalian sistem operasi sama ada secara atas talian atau tidak
Memajukan banyak bidang antaranya industri kejuruteraan makanan (bioteknologi)
Meningkatkan hasil produktiviti sektor perindustrian dan perladangan
Kemudaratan Sains dan Teknologi
Meningkatkan penggodaman dan pencerobohan maklumat sulit dan data peribadi
Isu penyalahgunaan pengklonan untuk tujuan tidak baik
Penurunan keperluan tenaga kerja disebabkan banyak kebergantungan kepada teknologi
– kehilangan pekerjaan
Pengasingan sosial semakin meningkat, manusia banyak menghabiskan masa
menggunakan rangkaian sosial atas talian
Pengurangan kreativiti dan perubahan dalam pemikiran – pergantungan kepada alat
moden – contohnya mengira meggunakan kalkulator.
Cara Memupuk Budaya Sains dan Teknologi
Menerapkan minat sejak bangku sekolah dalam mata pelajaran sains dan reka bentuk
teknologi
Membuka peluang kepada orang ramai menceburi bidang sains dan teknologi
Mendedahkan asas ilmu penerokaan berkaitan sains dan teknologi melalui pelbagai
platform
Pihak berautoriti dan bertanggungjawab mengambil inisiatif menganjurkan program sains
dan teknologi yang boleh disertai oleh orang ramai
Galakan yang tinggi dan hadiah lumayan untuk mempersembahkan dan menonjolkan
bakat serta minat dalam bidang sains dan maklumat melalui program dan pertandingan
yang dianjurkan
Penutup
Sains dan teknologi sememangnya memberikan kemaslahatan yang banyak, namun perlu
berhati-hati dengan kesan buruknya – galakan menceburkan diri dalam bidang sains dan
teknologi – penerokaan ilmu yang meluas – menjaga batas-batas yang dibenarkan oleh syara’
– membangun agama, bangsa dan negara melalui kemahiran dan kepakaran dalam bidang
sains dan teknologi – mewujudkan negara maju bertaraf global
25
KELUARGA BERHEMAH
(SITI NOR MUKARRAMAH BT MOHD NOOR)
Pendahuluan
Keluarga terdiri daripada ayah, ibu, anak lelaki dan anak
perempuan yang tinggal dalam satu rumah
Keluarga merupakan sekolah yang pertama untuk anak-
anak
Isi penting
Tanggungjawab bapa- mencari rezeki untuk menyara
keluarga dan mendidikan dan memberi tunjuk ajar
Tanggungjawab ibu- Mengasuh anak-anak sehingga
menjadi manusia yang berguna
Tanggungjawab anak-anak- membantu meringankan tugas
ibu bapa
-Keluarga yang berhemah merupakan keluarga yang setiap
ahlinya sentiasa bekerjasama dalam misi mewujudkan syurga
di dunia.
Kesimpulan
Keluarga berhemah akan tercapai apabila setiap ahli keluarga
memainkan peranan masing-masing .
26
HARI KEMERDEKAAN
(NUR HANNANI BINTI ZULKIFLI)
Pendahuluan:
Salam dan ucapan aluan.
Menyanyikan rangkap lagu, “Negaraku” dan menerangkan maksud
rangkap tersebut.
Lagu tersebut melambangkan satu cita, hasrat dan harapan rakyat
Malaysia untuk bersatu padu dan maju. Lagu tersebut mendidik rakyat
Malaysia agar sentiasa bersyukur dengan keadaan aman dan harmoni
yang dikecapi sehingga kini.
Isi ucapan:
Memperkenalkan tema Hari Kemerdekaan kali ke-64.
Keharmonian negara yang dicapai hari ini seharusnya dijaga kerana ianya
menjadi tanggungjawab setiap warganya.
Peranan rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian negara:
Berbincang jika terdapat perbalahan.
Menjaga nama baik negara.
Sentiasa mengikuti arahan Raja dan Pemerintah.
Memperingati perjuangan tokoh-tokoh pejuang dalam memerdekakan
negara seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan lain-lain. Kesusahan yang
dialami oleh masyarakat terdahulu dalam membebaskan negara dari
penjajahan perlu diambil iktibar.
Kemerdekaan menjadi bukti perjuangan pahlawan dalam mendepani
penjajah.
Menyenaraikan aktiviti kemerdekaan yang dapat diikuti untuk
menunjukkan sifat patriotisme:
Aktiviti menghias rumah.
Aktiviti Deklamasi Sajak.
Aktiviti Peragaan Pakaian.
Menginatkan rakyat agar sentiasa mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara
yang menjadi tunjang kewarganegaraan individu.
Penutup:
Kemerdekaan negara seharusnya menjadi sejarah terpenting yang
seharusnya disematkan dalam diri generasi kini agar tak hilang ditelan zaman.
27
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU
(SITI NADIA BINTI MOHD HERMIN)
Ucapan alu-aluan
- Lafaz salam dan selamat sejahtera
- Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis
- Kata-kata Aluan kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan
murid-murid
- Memberitahu tajuk ucapan
Pendahuluan
- Ilmu pelita hidup
- kata-kata tokoh: Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa belajar atau menuntut
ilmu sangatlah penting serta menilainya sebagai perbuatan yang terpuji
- Persoalan: Apakah kepentingan ilmu kepada individu, masyarakat dan negara.
Isi 1: Kepentingan ilmu kepada individu
- Melahirkan individu yang bermoral
- Contoh mata pelajaran yang memfokuskan kepada perkembangan sikap positif
pelajar
- Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik
- Contoh semasa yang menunjukkan golongan berilmu ditawarkan pekerjaan
yang baik
Isi 2: Kepentingan ilmu kepada masyarakat
- Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
- Bukti masyarkat yang berilmu boleh membawa perubahan kepada orng
sekeliling: Penciptaan perlatan berasaskan keperluan masyarakat semasa
Isi 3: Kepentingan ilmu kepada negara
- Membolehkan negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara maju
- Memperkenalkan nama negara di persada antarabangsa
Kesimpulan
- Cakna bahawa ilmu memberi manfaat kepada ramai pihak
- Harapan agar semua pihak mampu menggunakan masa yang ada dengan
menuntut ilmu
28
SEKOLAHKU SYURGAKU
(AHMAD HAFIZUDIN BIN AHMAD NIZAL
PENDAHULUAN
Ungkapan ‘Sekolahku Syurgaku’ merupakan suatu konsep yang
melambangkan bahawa sekolah (tempat menimba ilmu) merupakan
tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya.
Konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ kini bertentangan dengan situasi sebenar
alam persekolahan kerana berlaku pelbagai masalah sosial seperti buli,
vandalisme, memukul guru dan sebagainya.
Murid merupakan antara pihak yang bertanggungjawab memainkan
peranan penting agar konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat menjadi
kenyataan.
ISI-ISI PENTING
Antara peranannya adalah membantu pihak sekolah menjaga kawasan
persekitaran sekolah agar sentiasa bersih. (Aktiviti gotong royong secara
berkala)
Membantu pihak sekolah mengadakan taman bunga di sekolah.
(Mengadakan “Program Sekolah dalam Taman” agar persekitaran sekolah
lebih nyaman dan berudara segar)
Membantu pihak sekolah mengecat bangunan sekolah semula. (Boleh
meningkatkan kecerian sekolah, pelajar juga akan berasa seronok untuk
datang ke sekolah yang berseri-seri)
Cogan kata ‘Sekolahku Syurgaku’ perlu ditulis pada bangunan sekolah
supaya murid-murid sentiasa membaca dan menyedari tanggungjawab
mereka untuk menjadikan sekolah sebagai syurga dan bukannya neraka
untuk mereka.
Konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat dicapai sekiranya sesebuah sekolah
itu tidak mempunyai sebarang kes disiplin yang melibatkan pelajar seperti
kes buli, ponteng kelas, vandalisme, gangsterisme dan banyak lagi.
Murid berusaha untuk tidak melibatkan diri dalam masalah sosial di
sekolah dan sentiasa berdisiplin kerana disiplin merupakan tunjang
kepada keharmonian serta kejayaan sesebuah sekolah.
KESIMPULAN
Pihak sekolah juga berperanan penting untuk menjayakan konsep
‘Sekolahku Syurgaku’ supaya iklim kawasan sekolah lebih menarik dan
kondusif untuk meningkatkan prestasi murid-murid sama ada dalam
bidang kurikulum atau kokurikulum.
Semua pihak perlulah berganding bahu untuk menjayakan konsep
‘Sekolahku Syurgaku’. Marilah kita bersama-sama menjayakan konsep
‘Sekolahku Syurgaku’. 29
SAYANGI GURU
(NOR NAFIS ZAYANI BINTI AHMAD MERI)
Kata alu-aluan
Lafaz doa alu-aluan
Memberi salam dan ucapan salam sejahtera
Perasaan syukur kerana diberi kesempatan bersama
Ucapan terima kasih kepada pengurusi majlis dan kata-kata aluan buat warga
sekolah (Guru Besar, Pen, Kanan, PK. Hem, PK. KO, Guru-guru dan murid-
murid)
Memberitahu tajuk ucapan “Sayangi Guru”
Pendahuluan
Topik Idea- Definisi Guru, maksud Guru, maksud istilah “Sayangi Guru”
Huraian idea- Buktinya Guru ibarat lilin yang membakar diri demi memberi
didikan yang terbaik kepada murid.
Persoalan- Bagaimanakah cara untuk menyanyangi guru ?
Isi 1
Idea- Berbudi bahasa dan sopan santun terhadap guru
Huraian- dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama guru
Contoh – apabila berselisih, beri salam, bantu guru dengan membawa
barang2 nya
Kesimpulan-Dapat meringankan tugas guru dan menyenangkan hati mereka .
Isi 2
Idea-Memberi hadiah atau penghargaan kepada guru
Huraian-dapat meningkatkan sikap prihatin kepada guru
Contoh-memberi hadiah sempena hari guru
Kesimpulan- guru dan murid akan semangat untuk pdp
Isi 3
Idea- Menziarahi guru
Huraian- sebagai manusia , wajarlah akan menghadapi sesuatu masalah
Contoh-kemalangan
Kesimpulan- frasa' guru jasamu dikenang, budimu disanjung”
Kesimpulan
Akhir kata- Kesimpulannya, sayangi guru kita
Tindakan- Hargailah guru kita dengan penuh kasih sayang.
Kesan- pembelajaran akan mudah dan berkat
Harapan- Semoga kita semua diberi kesedaran untuk menghargai dan
menyayangi guru.
30
AKTIVITI KOKURIKULUM
(MUHAMMAD ANWARUL HAKIM BIN AZAHAR)
Pendahuluan
Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan
seperti pada waktu petang selepas masa pembelajaran dan pemudahcaraan.
Semua aktiviti kokurikulum ini akan memberi pelbagai kepentingan dan kebaikan
kepada pelajar demi masa depan mereka.
Isi-Isi Penting
Antara kepentingannya ialah:
para pelajar dapat mengisi masa senggang mereka yang selalu tidak
dimanfaat dengan aktiviti yang lebih memberikan kebaikan. Sesuailah dengan
kata cendekiawan yang mengatakan bahawa masa itu emas. Natijahnya, murid
dapat menggunakan masa yang diperuntukkan kepada mereka dengan
menyihatkan tubuh badan dan menajamkan akal fikiran mereka.
para pelajar dapat menyemaikan semangat kerjasama sesama pelajar
juga sesama guru dan pelajar. Hal kerana sesama melakukan aktiviti
kokurikulum mereka perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
memudahkan kerja mereka.
kita dapat melatih diri menjadi pemimpin. Hal ini disebabkan oleh setiap
badan beruniform atau kelab dan persatuan memerlukan seorang pemimpin
yang berwibawa bagi mengetuai mereka. Untuk mendapatkan seorang
pemimpin yang diinginkan undian perlu dibuat bagi mendapat kata sepakat.
dapat menyihatkan tubuh badan. Tubuh badan kita akan sihat jika
berpeluh. Aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan menggalakkan
murid bersukan kerana telah seharian memerah otak pada pagi hari.
Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang
pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui
kegiatankokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan
membentuksahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang
berdisiplin. .
dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar.
Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negar ayang aman damai.
Kesimpulan
Aktiviti kokurikulum memberi banyak kepentingan kepada para pelajar. Para
pelajar pasti akan dapat menggunakan manfaat yang diperoleh sesama aktiviti
kokurikulum untuk digunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya, otak yang
cerdas datangnya daripada tubuh badan yang sihat.
31
JAUHI GEJALA NEGATIF
(NURUL IZZAH BINTI KAMID)
Ucapan alu-aluan
Memberi ucapan salam kepada para hadirin.
Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
Kata-kata aluan kepada yang berusaha tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan,
guru-guru dan murid-murid.
Menyatakan tajuk iaitu Jauhi Gejala Negatif.
Pengenalan
Menyatakan pengertian gejala negatif
Pelbagai jenis gejala negatif yang berlaku pada hari ini.
Gejala negatif ini lebih berleluasa dalam kalangan remaja.
Menimbulkan persoalan: Apakah gejala negatif yang sering berlaku pada zaman ini
dan cara untuk mengatasinya?
Isi 1: Buli Siber
Idea utama: Pengenalan kepada buli siber- merupakan satu perkara yang paling
dekat dengan kehidupan manusia pada hari ini.
Huraian: memberikan contoh yang berkaitan seperti menggunakan media sosial
untuk membuat imej negatif tentang seseorang
Menyatakan kesan/ akibat daripada buli siber ini.
Isi 2: Penagihan dadah
Idea utama: Pengenalan kepada penagihan dadah dalam kalangan remaja
Huraian: memberikan contoh kes terbaru seperti penagihan dadah pada masa kini
semakin berleluasa di kalangan masyarakat terutama remaja
Menyatakan kesan/ akibat daripada gejala penagihan dadah ini.
Isi 3: Peranan ibu bapa
Ibu bapa haruslah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran
agama yang sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi remaja yang
bermoral dan berakhlak mulia.
Memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang bahayanya gejala negatif ini.
Isi 4: Peranan kerajaan
Menjalankan kempen untuk memberi pendedahan kepada masyarakat
Menguatkuasakan undang-undang
Isi 5: Peranan media massa
Menyiarkan program-program yang boleh memberi kesedaran kepada remaja
terutama dalam usaha remaja mencari jati diri mereka
Penutup
Semua pihak memainkan peranan penting bagi mengatasi gejala negatif ini dalam
kalangan masyarakat.
Golongan remaja khususnya perlu mengambil pengajaran daripada perkongsian ini.
Harapan: berharap agar isu ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa dan
semua pihak perlu bersatu padu untuk mencapai negara yang bebas daripada
sebarang gejala negatif. 32
MENJAGA ALAM SEKITAR
(MUHAMAD AKIF AKBAR BIN ABDULLAH)
Pendahuluan
Antara kurniaan tuhan yang paling berharga kepada kesejahteraan
adalah alam sekitar.
Kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan selesa apabila alam
sekitar tidak tercemar.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang
segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai
kepada kehidupan manusia.
Isi
Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah
dengan menggalakkan tanaman hijau. Alam sekitar yang hijau dapat
memberikan udara yang nyaman dan segar kepada penghuninya
sekaligus dapat menghijaukan alam sekitar.
Selain itu, penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam
sekitar. Sungai yang bersih dapat menjamin kesihatan yang baik di
samping dapat menjaga alam sekitar daripada berlakunya bencana
alam seperti banjir kilat.
Langkah yang praktikal ialah mengamalkan kitar semula barang
terpakai. Kita dapat menyelamatkan alam sekitar seperti pokok dan
dapat pula mengurangkan kos sumbertenaga serta menambah
pendapatan keluarga.
Kesimpulan
Pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan pelbagai
langkah yang diambil oleh pelbagai pihak kerana memelihara alam
sekitar merupakan tanggungjawab bersama.
Sesungguhnya alam sekitar ini merupakan harta paling berharga yang
perlu dijaga kepentingannya.
Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat melestarikan
keindahan alam sekitar menjadi platform kepada kesihatan warrga
negara kita. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata ‘Negara Bersih,
Rakyat Sihat’.
33
ADAB DALAM MAJLIS & PERHIMPUNAN
(MOHAMAD FATIH BIN MOHAMAD RAEZI)
Kata-kata aluan
Ucapan salam dan selamat sejahtera
Kata-kata penghargaan kepada tuan pengerusi
Ucapan alu-aluan kepada tetamu kehormat, guru besar, pk pentadbiran, pk ko, pk
hem dan guru-guru serta pelajar
Pengenalan tajuk yang ingin disampaikan
Pendahuluan
-di manakah kita berada sekarang?
-Seperti kita maklum bahawa kita sedang berada dalam majlis atau perhimpunan yang
mengumpulkan kita di bawah satu bumbung atau satu tempat.
-tahukah kalian semua tentang apakah adap yang perlu kita jaga dan patuhi ketika
majlis dan perhimpunan.
-antara adab yang perlu kita jaga adalah:
Isi 1
diam ketika orang bercakap
murid diam dan mendengar apa yang sedang diucapkan oleh penceramah atau
guru-guru yang sedang berucap dihadapan
diam dari segi perilaku dan tutur kata
Isi 2
fokus kepada pergerakan dan atur cara majlis.
Tidak melanggar prosedur atau aturcara yang telah ditetapkan.
Memberi kerjasama yang baik kepada majlis.
Isi 3
Mencatat isi penting
Menulis nota atau mencatat isi kandungan ucapan yang diberikan
Menyimpan catatan dengan cara yang baik selepas majlis tamat
Penutup
Majlis merupakan satu tempat yang mulia untuk kita duduki, terutamanya majlis
ilmu yang memberi manfaat kepada kita.
Dalam hadis Rasulullah SAW, malaikat menaungi majlis ilmu dan mendoakan
kepada tetamu yang hadir sehingga tamat majlis.
Oleh itu penting kita menjaga adab dan perlakuan kita ketika majlis atau
perhimpunan ini.
Akhir kata, segala apa yang baik datang dari allah, dan apa yang kurang itu datang
dari saya sendiri, hakikatnya semua dari allah dan allah tempat kita kembali
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraka tuh
34
ISU VANDALISME
(HAIZATUL AQILAH BINTI HASMADI)
Ucapan alu-aluan
Lafaz salam dan selamat sejahtera
Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis
Kata-kata Aluan kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-
guru dan murid-murid
Memberitahu tajuk ucapan
Isi-isi Penting
Pendahuluan :
Topik idea - Pengenalan kepada isu remaja
Huraian topik idea – bukti / kes / contoh isu vandalisme
Persoalan - tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani
masalah ini?
Isi 1 : Peranan ibu bapa
Topik idea - Didikan agama dan nilai moral yang sempurna / memantau
aktiviti-aktiviti anak-anak dan mengetahui latar belakang rakan-rakan
mereka / memberi amaran tegas kepada anak-anak sekiranya terlibat
Isi 2 : Peranan pihak masyarakat
Topik idea - tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme
‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan / mengadakan
mesyuarat dengan para ibu bapa / mengenakan tindakan seperti denda
berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam
vandalisme
Isi 3 : Peranan pihak kerajaan
Topik idea - mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala
vandalisme / menyebarkan keburukan vandalisme melalui stesen
televisyen dan radio tempatan / mengenakan bayaran kompaun yang
setimpal / penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak
berwajib
Kesimpulan
semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat
kesan tidak mengambil tindakan terhadap isu vandalisme - memberi
impak yang besar kepada negara / Imej negara tercalar
Harapan penulis - Ayuhlah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala
ini dan ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.
35
BUDAYA SENYUM & MEMBERI SALAM
(ARIFAH NAJIHAH BINTI OMAR FIKRI)
Ucapan alu-aluan
Lafaz salam dan selamat sejahtera
Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Majlis
Kata-kata Aluan kepada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-
murid
Memberitahu tajuk ucapan
Pendahuluan
Senyum dan salam merupakan budaya hidup di dalam syurga
Dalam Islam, iman dan kasih sayang saling berkait rapat
Iman yang tinggi juga akan melahirkan kasih sayang yang tinggi dalam diri seseorang
Senyum itu indah dan salam itu mudah
Isi 1
Mereka yang akrab hubungannya dengan Allah SWT akan melahirkan hubungan yang
rapat dengan manusia lain
Iman di dalam hati dapat menggerakkan pemiliknya menyebarkan kasih sayang sesama
manusia
Rasulullah SAW bersabda ‘Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walau
sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman)’
(Riwayat Muslim)
Isi 2
Terdapat 2 jenis senyuman
Pertama adalah senyum kerana gembira dan kedua adalah senyum untuk
menggembirakan orang lain
Orang beriman terkesan dengan senyum yang kedua kerana itulah senyuman yang
dinilai sebagai sedekah mengeratkan ukhuwah
Sabda Rasulullah SAW ‘Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, amar makruf
dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian
menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.’ (Riwayat al-Tirmizi dan
Abu Dzar)
Isi 3
Budayakan amalan ahli syurga yang sentiasa senyum dan saling memberi salam
Kini sudah jarang orang memberikan senyum dan salam apabila berjumpa
Senyum kini digantikan dengan simbol tangan yang pelbagai bentuk meniru gaya barat
Salam yang mulia pula diganti dengan ucapan seperti ‘hai’, ‘hello’ dan sebagainya
Ucapan salam dalam kalangan sesetengah remaja dianggap sebagai ketinggalan zaman
dan tidak mengikut ‘trend’ terkini
Mereka menganggap hanya orang alim agama sahaja yang biasa memberi salam
Penutup
Alangkah ruginya apabila senyum dan salam ini tidak dibudayakan lagi dalam
kehidupan
Manusia akan kian renggang dan sibuk dengan kerja masing-masing
Itu pentanda iman rapuh, ukhuwah lumpuh
Tanpa salam dan senyum, maka tanduslah budi dan pupuslah bahasa
36
MASA ITU EMAS
(AISYAH SUERAYA BINTI MUHAMMAD HILMY)
Kata alu-aluan
Lafaz doa alu-aluan
Memberi salam dan ucapan salam sejahtera
Perasaan syukur kerana diberi kesempatan bersama
Ucapan terima kasih kepada pengurusi majlis dan kata-kata aluan buat warga
sekolah (Guru Besar, Pen, Kanan, PK. Hem, PK. KO, Guru-guru dan murid-murid)
Memberitahu tajuk ucapan “Masa Itu Emas”
Pendahuluan
Topik Idea- Maksud masa, maksud emas, maksud istilah “masa itu emas”
Huraian idea- Buktinya setiap masa yang berlalu tidak akan kembali lagi
Persoalan- Bagaimanakah cara untuk memanfaatkan masa dengan baik?
Isi 1
Idea- Menolong ibu bapa di rumah
Huraian- dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga
Contoh-mengemas rumah, memasak, membasuh kereta, menanam pokok
Kesimpulan-Dapat meringankan tugas ibu bapa dan mengeratkan hubungan
kekeluargaan
Isi 2
Idea-Membaca buku
Huraian-dapat meningkatkan ilmu pengetahuan/memenuhi masa lapang
Contoh-membaca buku ilmiah, membaca buku cerita, mengulang kaji pelajaran
Kesimpulan-Masa lapang dapat diisi dengan perkara berfaedah
Isi 3
Idea- Melakukan aktiviti beriadah
Huraian- menjaga kesihatan diri “akal yang sihat dari badan yang sihat”
Contoh-berbasikal, berjoging, berjalan di taman, bermain bola
Kesimpulan- manfaatlah masa yang ada untuk melakukan aktiviti beriadah
Kesimpulan
Akhir kata- Kesimpulannya, masa amat berharga
Tindakan- Hargailah masa demi kehidupan yang lebih sempurna.
Kesan- Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang
tidak sia-sia
Harapan- Semoga kita semua diberi kesedaran bahawa bernilainya masa itu
walaupun sesaat
37
RASULULLAH ﷺIKUTAN SEPANJANG ZAMAN
(HAZEEQ ZARKASHI BIN MOHD ZAK)
Pengenalan
Adalah seorang yang berpewatakan yang mulia sejak kanak-
kanak lagi
Dipercayai dan diakui keperibadiannya oleh semua musyikirin
Mekah
Tidak pernah berbohong mahupun berbuat khianat
Rajin dan bersungguh-sunguh dalam setiap pekerjaan
Isi
Setelah menerima wahyu dan mula menyebarkan dakwah
kepada ahli keluarga terdekat, hidup baginda mula ditekan
Sebahagian keluarganya mula mencaci baginda
Tetap bersabar dan yakin pada Allah
Membalas keburukan manusia dengan kebaikan baginda
Menangis setiap malam supaya diberikan hidayah oleh Allah
kepada kaum musyirikin
Baginda Nampak apabila manusia tidak menyembah Allah
sehingga mereka mati, maka mereka akan kekal di dalam
neraka selama-lamanya.
Tiada Lorong yang tidak dilalui, tiada rumah yang tidak
dikunjungi, tiada orang yang tidak dijumpai; semuanya baginda
berdakwah supaya beriman kepada Allah
Penutup
Merupakan ikutan yang terbaik
Tiada yg lebih baik dijadikan ikutan melainkan baginda
Baginda lebih unggul berbanding tokoh-tokoh yang kita pelajari
Bagaimana kita lihat satu bangsa Arab yang mengalami
kemunduran berupaya muncul menjadi kuasa besar yang
ditakuti oleh empayar Rom dan Parsi berkat daripada
ketokohan baginda.
Tiada satu pun kerugian sekiranya kita mengikuti jejak Langkah
baginda.
38
ADAB BELAJAR
(TENGKU ISKANDAR ZULKARNAIN BIN TGK AZIS)
Pendahuluan:
Bagi salam
Apa itu adab belajar ?
Hadis berkaitan adab belajar
Kewajiban mengamalkan adab belajar
Isi-isi: Cara Mengamalkan Adab Belajar
Mempunyai niat yang betul dalam menuntut ilmu
Pelajar perlu mempunyai niat yang betul dan ikhlas dalam menuntut ilmu.
Pelajar juga perlulah mempunyai kefahaman tentang kepentingan ilmu dalam
mencorakkan kehidupannya pada masa akan datang.
Niat yang betul dan kefahaman yang jelas tentang perkara ini akan memberi
kesan langsung terhadap kesungguhan pelajar tersebut dalam menuntut ilmu.
Memberikan nilai-nilai positif seperti istiqamah, kuat semangat, sabar dan tidak
mudah putus asa dalam menghadapi cabaran menuntut ilmu.
Memulakan belajar dengan berdoa
Doa merupakan harapan dan manifestasi kebergantungan seseorang individu
dengan Allah SWT.
Berdoa pada setiap kali sebelum mula belajar sepatutnya dijadikan sebagai
amalan bagi memperoleh keberkatan, ilmu yang bermanfaat, ketenangan,
kemudahan serta kefahaman yang baik
Dijauhkan daripada sifat lupa.
Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran
Rasa kesedaran dan tanggungjawab sendiri
Menghargai pengorbanan yang diberikan oleh guru mereka dengan
memberikan kerjasama dan tumpuan sepenuhnya
Jangan melakukan perkara lain yang tiada kaitan dengan pembelajaran
Akan membuatkan guru tersinggung dan menghalang penerimaan ilmu.
Penutup:
Islam amat menyanjung tinggi setiap usaha yang dilakukan untuk menuntut
ilmu. Namun begitu ianya perlulah dilakukan dengan cara yang beradab.
ilmu dan adab sama sekali tidak boleh dipisahkan bahkan ia adalah saling
lengkap melengkapi antara satu sama lain.
39
ALATAN KESELAMATAN
(SITI MAISARAH BINTI ZULKIFLE)
Pendahuluan
Ucapan salam dan kata alu-aluan
Pengenalan kepada keselamatan dan alatan keselamatan
Isi 1: Kepentingan menjaga keselamatan
Keselamatan penting dijaga walau dimana kita berada.
Di sekolah murid-murid dilarang berkejar-kejaran di sekolah
Mendengar arahan guru ketika di dalam bengkel, di padang dan
sebagainya.
Pengawasan penggunaan api dan barang-barang elektrik
Jangan bermain peralatan tajam
Berhati-hati ketika berada di jalan raya dan selalu menggunakan
kemudahan lalu lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang
Isi 2: Peralatan keselamatan
Pemadam api
Alat pemadam api ringan disediakan untuk menjaga keamanan
daripada kebakaran yang besar
Lampu kecemasan
Lampu kecemasan berperanan memberi pencahayaan ketika elektrik
terputus.
Penggera kebakaran
Berfungsi sebagai pengesan dan pemberitahuan kehadiran asap, api,
karbon monoksida atau ancaman lain.
Peti pertolongan cemas
Berfungsi sebagai bantuan segera yang bersifat sementara untuk
diberikan kepada mangsa kecederaan ringan atau sebelum
mendapatkan rawatan yang lebih sempurna.
Penutup
Setiap orang harus prihatin dan berhati-hati di mana-mana pada bila-
bila masa.
40
KEBERSIHAN BILIK DARJAH
(SITI ADIBAH ADAWIAH BT MOHAMMAD ZAMAN)
Pengenalan
Ucapan alu-aluan
merupakan tempat murid-murid belajar
menjaga kebersihan adalah penting, banyak mendatangkan faedah dan
impak yang positif
Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai tanggungjawab untuk
menjaga kebersihan. Kebersihan tidak boleh dipandang ringan kerana
kebersihan akan memberi kesan pada kehidupan kita
Isi-Isi (Kepentingan Kebersihan Bilik Darjah)
Menerapkan nilai bertanggungjawab
-selalu memastikan bilik darjah mereka bersih dan ceria
-melahirkan generasi yang bertanggungjawab
Mewujudkan suasana pembelajaran selesa
-akan menjadi lebih fokus semasa guru mengajar
-belajar dalam bilik darjah yang selesa
-menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan
Mengharumkan nama baik
- meningkatkan imej kelas
-menjadi teladan kepada murid-murid yang lain
Menjamin kesihatan
-mengelakkan penyakit berjangkit
-Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak
terhadap orang lain
-dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran
-mengikutipelajaran dengan baik
Penutup
Murid-murid perlu menjaga kebersihan -marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita.
Kebaikan diri dan semua dan adalah tanggungjawab bersama-
Ucapan terima kasih
Memberi salam
41
TANGGUNGJAWAB TERHADAP OKU
(SITI AISYAH BINTI MOHAMAD HUSNI)
PENGENALAN
OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang
dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera
apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat
melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat
Walaubagaimanapun, kekurangan mereka bukanlah alasan untuk melayan
mereka seperti hamba abdi.
Oleh itu , masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu golongan
OKU menjalani kehidupan seperti orang lain.
ISI-ISI
Setiap individu perlulah menunjukkan nilai-nilai murni dan mencerminkan etika
sebagai seorang mukmin.
Pihak kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan
kepada mereka termasuklah kemudahan fasiliti, peluang pendidikan, peluang
pekerjaan dan sebagainya.
Pihak kerajaan perlulah memperbanyakkan infrastruktur atau kemudahan
awam kepada mereka. Hal ini adalah untuk memudahkan OKU bergerak
dengan selesa.
Pihak kerajaan perlu sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan
supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya.
Pihak kerajaan haruslah menyediakan program pendidikan buat mereka.
Pengecualian bayaran yuran haruslah diberi bagi mengurangkan bebanan buat
mereka.
Pengecualian daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran
wad kelas tiga.
KESIMPULAN
OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat.
Oleh itu, mereka mempunyai keseksamaan hak dan peluang untuk menjalani
kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.
Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar
digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan mereka.
Oleh itu, masyarakat serta pihak kerajaan perlu bersatu padu bagi memberi
peluang kepada golongan OKU dalam menjalani kehidupan harian seperti
manusia biasa.
42
PERPISAHAN GURU
(QAWIEM BIN ABDUL SATAR)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
salam sejahtera
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi
peluang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis ini
Saya mewakili guru-guru ingin menyatakan perasaan
sedih dan berat hati untuk berpisah dengan _____
_____ akan menjalankan tugas sebagai pendidik di
sekolah baharu iaitu _____
_____ merupakan seorang guru yang bertanggungjawab
dan berdedikasi
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar
kepada pihak sekolah
Jasa dan pengorbanan _____ kepada kami tidak ternilai
harganya
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada _____
Kami amat menghargai segala usaha dan jasa cikgu
Kami juga ingin meminta maaf daripada cikgu atas
segala kesilapan
Kami berdoa agar cikgu gembira bertugas di sekolah
baharu
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
43
AKTIVITI HUJUNG MINGGU
(NUR ATASYHA ILYANA BINTI MOHD ISMADI)
Pendahuluan ;
Beri salam
Kata-kata aluan : ucapan terima kasih atas jemputan
Pengenalan kepada topik : “Aktiviti Hujung Minggu”
Isi 1 : Berkelah
Bersama keluarga atau rakan
Pantai atau tasik
Menyediakan makanan dan minuman
Menikmati alam sekitar / hirup udara segar
Membaca buku / mendengar muzik
Tenangkan fikiran / merehatkan minda / release tension
Dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan atau keluarga
Meluangkan masa dengan yang tersayang
Isi 2 : Berada di rumah
Membantu ibu bapa membersihkan kawasan rumah
Menyapu / mengemop / mengemas / memasak / mencuci kereta / menanam
pokok
Beristirahat
Berinteraksi sesame ahli keluarga
Berkongsi masalah dan pendapat
Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga
Memupuk nilai-nilai murni
Mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni
Isi 3 : Beriadah
Bersenam
Berjogging / berbasikal / memancing
Dapat menyihatkan tubuh badan
Otak cergas, minda cerdas
Penutup
Kepentingan dan kelebihan menjalankan akitiviti hujung minggu
Menenangkan fikiran dan merehatkan minda
Menghilangkan stress
Meluangkan masa dengan yang tersayang
Membentuk diri dan suasana positif
Mengeratkan hubungan silaturrahim
44
SAHABAT SEJATI
(NUR ALYA IWANI BINTI SHARI)
Pendahuluan:
Ucapan salam dan kata-kata aluan
Perkenalkan diri
Pengenalan kepada tajuk ucapan: Hubungan persahabatan berperanan
dalam membentuk personaliti individu.
Isi 1: Pentingnya bersahabat
Sahabat boleh menentukan corak hidup.
Berkawan dengan penjual minyak wangi akan mendapat harumannya.
Dapat meluahkan perasaan.
Dapat mengembangkan kepercayaan diri.
Mudah untuk berinteraksi dengan masyarakat.
Isi 2: Ciri-ciri sahabat sejati dalam Islam
Sanggup bersusah payah dan berkongsi duka bersama-sama.
Jika ditimpa musibah, dia akan berusaha meringankan kesusahan.
Jika dia mendapatkan bantuan daripada kamu, dia akan menghargai atau
menyebut kebaikan kamu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan
menutupnya.
Sering memperingati kewajipan terhadap Allah dan makhluk.
Isi 3: Hindari atau tinggalkan sahabat yang tidak membawa
kebaikan
Sahabat yang tamak haloba
Sahabat yang hipokrit
Sahabat yang pemboros dan suka hiburan
Sahabat yang cenderung kepada kemaksiatan
Penutup:
Jika hendak bersahabat, jangan segera percaya kepadanya; ujilah mereka
sama ada mereka setia.
Hargai sahabat selagi mereka masih ada.
Ucapan penutup dan terima kasih
45
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
(MUHAMMAD ZUL'ARIF ROHIZAT BIN MOHD ZAM ZAM)
PENGENALAN
sediakan payung sebelum hujan bermaksud bersedia atau
berwaspada dalam menghadapi segala perkara atau
kemungkinan yang dating khususnya kemungkinan yang tidak
dirancang.
contohnya: persediaan sebelum menghadapi peperikasaan.
ISI
Pertama: fokus di dalam kelas
Membuat sedikit bacaan berkaitan topik yang akan
dipelajari sebelum kelas
Sediakan nota semasa guru mengajar
Bertanya kepada guru apabila tidak faham
Kedua: sediakan jadual persendirian
membahagikan masa untuk belajar, main dan tidur
jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar
menguruskan masa secara berkesan
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji
pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia
untuk menghadapi peperiksaan.
Ketiga: melakukan ulangkaji
fokuskan kepada subjek yang perlukan penambahbaikan
berbincang dengan kawan berkaitan topik yang tidak
difahami
membuat latihan menjawab soalan peperiksaan yang lepas
PENUTUP
persediaan awal sangat penting untuk mencapai kejayaan
46
RAMADAN BULAN TARBIYAH
(MUHAMAD FARIS IKHWAN BIN ABU BAKAR)
Pendahuluan
Bagi salam
Kata-kata aluan
Pengenalan kepada topik Ramadan bulan tarbiyah
Baca hadis atau ayat al-Quran berkenaan bulan ramadhan
Isi 1: Apa yang di maksudkan dengan Ramadan bulan tarbiyyah
Ramadan yang bakal kita tempuhi ini adalah bulan tarbiah yang mendidik jiwa
kita, melatih peribadi, jasmani dan rohani ke arah menjana iman dan takwa
serta menghindari perkara-perkara maksiat, mungkar dan sia-sia.
Di samping itu, bulan ini menjadi lebih istimewa dengan keagungan al-Quran
yang diturunkan padanya, sekali gus menjadi sumber kekuatan dan panduan
sepanjang zaman kepada kita semua.
Tarbiah Ramadan akan memandu kita meningkatkan takwa melalui amalan
fardu atau sunat, membudayakan diri ke masjid, membaca dan memahami
ayat-ayat al-Quran, bertaubat, berdoa dan berzikir.
Bulan yang penuh dengan keberkahan dan yang mempunyai keupayaan
untuk mentarbiah manusia dengan sifat-sifat keihsanan yang murni dan
ihsan
Isi 2 : Bulan Ramadhan dapat mendidik umat islam
Mendidik sifat sabar
Puasa mendidik seseorang untuk belajar sabar, sabar menahan nafsu, sabar
menahan lidah ketika marah.
Bila ada sifat sabar pada diri, maka manusia tidak akan tergesa-gesa
membuat keputusan yang merugikan atau yang membawa pada pergaduhan
Sebagai contoh sabar ketika membeli makanan di bazar atau sabar dengan
ujian-ujian yang menguji fizikal dan mental.
Mendidik umat islam menjadi lebih berdisiplin
Menepati masa untuk sahur dan berbuka
Solat diawal waktu tanpa melengah-lengahkannya.
Tidur pada masa yang sesuai
Baca al-Quran dengan bertajwid
Penutup
Memberikan kesimpulan mengenai tajuk Ramadhan bulan tarbiah
Nasihat dan galakkan
Ucapan terima kasih dan memberi salam
47
BUDAYA BERTERIMA KASIH
(BASIRAH BINTI ABDUL HALIM)
Pengenalan
Berterima kasih bermaksud mengenang rahmat yang kita nikmati,
bersyukur, dan menghargai segala yang kita terima.
Ucapan ini beranggapan bahawa segala yang kita hadapi sepanjang
kehidupan adalah suatu anugerah, sentiasa mengambil peduli
betapa bertuahnya kita disebabkan semua yang ada di sekeliling.
Ucapan “Terima Kasih” merupakan salah satu perkataan yang mulia
bagi mencerminkan kesopanan dan kesusilaan masyarakat Malaysia
ini. Amalan berterima kasih mestilah dipupuk sejak kecil lagi supaya
tidak dilupakan oleh setiap insan.
Isi penting (kepentingan)
Dapat memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat majmuk
Dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara satu sama
lain
Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada seseorang
Menjadikan tubuh badan lebih sihat kerana dapat megurangkan
stress
Isi penting (keburukan)
Dapat menyebabkan pertelingkahan dan salah faham antara kaum
Tidak dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama sendiri
Sentiasa hidup dalam keadaan kerisauan dan tidak menyenangkan
Menimbulkan persekitaran yang negatif
Kesimpulan
Ucapan terima kasih mendatangkan banyak faedahnya jika
diamalkan oleh setiap insan.
Sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, amalan berterima kasih
perlu diamalkan agar kehidupan akan menjadi lebih harmoni. Tidak
berat untuk mengucapkan ucapan itu kerana hanya dituturkan dan
tidak perlu di bayar.
48
HARI GURU
(ABDUL WAFI AL WALI BIN ABDUL HADI)
Pendahuluan :
Hari guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun di negara kita.
Setiap tahu, di setiap sekolah mahupun rendah atau menengah, hari guru pasti
akan disambut dengan meriah.
Guru haruslah disanjung kerana guru merupakan pembimbing dalam
mencorakkan manusia.
Guru merupakan insan yang mulia dan guru juga merupakan seorang yang
tabah dalam menagajar serta mendidik murid tanpa mengira erti kepenatan.
Isi 1 :
Tujuan sambutan hari guru adalah bagi menghargai jasa guru
Selain itu, ia juga untuk mengenang budi guru yang banyak memberi didikan
Di sekolah, guru merupakan penjaga kepada para pelajar
Ia juga boleh dikatan sebagai ibu bapa yg kedua buat para pelajar
Ia juga dapat memberi kesadar kepada murid tentang pengorbanan seorang
guru
Isi 2 :
Selain itu, sambutan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru
dan pelajar
Pelajar akan mengenang jasa guru dengan memberikan pelbagai
penghaargaan seperti hadiah atau kata kemaafan.
Hal ini akan mendidik sifat rendah diri seorang murid terhadap guru mereka
Ia dapat mengekalkan kemesraan antara guru dan murid.
Isi 3 :
Peranan seorang guru adalah sangat besar.
Guru merupakan pengasas kepada mencorak bentuk pelajar
Melalui guru jugalah pelajar akan dapat menentukan hala tuju mereka.
Guru melahirkan ramai tenaga kerja yang Berjaya
Tidak kira dalam apa jua bidang, semua bermula daripada asuhan seorang
guru di sekolah.
Tanpa adanya guru, kehidupan seorang pelajar tidak akan terurus
Penutup :
Sambutan hari guru disambut akan memberi seribu makna kepada semua
Sebagai seorang pelajar, perlu untuk kita mengenang segala jasa guru
Kerana tanpa guru, siapalah kita yang sekarang
Akhir kata, guru merupakan peneraju kepada masa depan sesebuah negara
49
KELUARGA BAHAGIA
(MUHAMMAD AZMEER SHAFIQ BIN MOHD NORAZMI)
Pendahuluan:
Ucapan salam dan kata-kata aluan
Perkenalkan diri
Pengenalan kepada tajuk ucapan: Keluarga Bahagia
Isi 1: Menghormati ahli keluarga makan,
Menggunakan panggilan yang baik dan sopan
Selalu tolong menolong di antara satu sama lain
Tolak ansur sesama adik beradik
Menghargai satu sama lain seperti belanja
memberikan hadiah dan sebagainya
Isi 2: Punca tidak merasakan bahagia di samping keluarga
Hubungan sesama ahli keluarga yang sangat renggang
Kurang bersosial dan sering bergaduh dengan ahli keluarga
yang lain
Meletakkan kesalahan ke atas adik beradik yang lain
Selalu berharap agar ahli keluarga yang lain akan menyiapkan
tugasan rumah
Kurang perhatian daripada ibu bapa
Penutup:
Keluarga perlu diutamakan dalam apa-apa jua keadaan
Hormati keluarga yang lain penting kerana ia merupakan salah
satu perkara yang dititikberatkan
Ucapan penutup dan terima kasih
50