KUMPULAN 3
PENDEKAR BUJANG LAPOK
MANUSKRIP WATAK PERWATAKAN
DITERBITKAN OLEH
KUMPULAN 3
DIBINTANGI
NURADILAH BINTI IMRAN MUHAMMAD MUHAMMAD HANIS
KAMARULZAMAN BIN ZULKORNAIN BIN SATAR
(AZIZ) (SUDIN)
(RAMLEE)
DENGAN KERJASAMA
NUR ALIYA AMIRA ABDUL MALIK AL
BINTI AZIZAN FARHAN
(CIKGU ROS)
BIN ISMAIL
NUR AINA (AINI/ MOHAMMAD
FARHANAH AZIEF
BINTI AZIZ KETUA PEROMPAK)
(MAKCIK) BIN ADNAN
(PENDEKAR
MASTUR)
DIBANTU OLEH
NUR ATHIRAH MUHAMMAD ARIF HAFIZI ARNISYA BINTI
MOHD NAWI BIN ARIF AFIZUDDIN ZULKPLI
(PENULIS SKRIP) (PENULIS MANUSKRIP)
(PENGARAH ARTISTIK)
NUR AINA FARHANAH
BINTI AZIZ
(PENGARAH TEKNIKAL)
MUHAMMAD LUQMAN
BIN ZULKARNAIN
(PENGARAH)
DEDIKASI
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga kami menyiapkan tugasan Karya Philo-
Sophia yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk "Drama Virtual Pendekar Bujang Lapok".
Tugasan ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada
kerja kursus subjek.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah kami iaitu Dr. Nur Sofurah binti Mohd Faiz kerana
memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan projek ini. Selain itu, kami juga amat
menghargai jasa pensyarah kami kerana banyak memberikan bimbingan serta penerangan yang jelas
kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Jasa beliau sudah tentunya akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan
yang padu kepada kami sepanjang projek ini disiapkan. Mereka juga banyak menyokong kami dari
segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan tugasan ini. Kerjasama kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan karya
dan curahan idea yang bernas amat membantu dalam memastikan tugasan ini siap tepat pada
masanya.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara lansung atau tidak
lansung sepanjang tugasan kami dijalankan. Harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar
dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-
sama dapat menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya.
ISI KANDUNGAN
ADEGAN 1: SUASANA DI JETI PENAMBANG SUNGAI KEMUNTING
ADEGAN 2: DI JALAN RAYA
ADEGAN 3: BERDEKATAN JAMBATAN KAYU
ADEGAN 4: KAWASAN SEKOLAH / BERDEKATAN DENGAN PAGAR SEKOLAH
ADEGAN 5: KAWASAN TALI AIR
ADEGAN 6: HALAMAN RUMAH PENDEKAR MUSTAR
ADEGAN 7: DALAM RUMAH PENDEKAR MUSTAR
ADEGAN 8: DI HADAPAN PINTU BILIK AINI
ADEGAN 9: DI RUANG TAMU RUMAH PENDEKAR MUSTAR
ADEGAN 10: DI SEKOLAH/DI DALAM BILIK DARJAH
ADEGAN 11: HALAMAN RUMAH PENDEKAR MUSTAR/BELAJAR SILAT
ADEGAN 12: DI SERAMBI LUAR RUMAH
ADEGAN 13: DI DALAM RUMAH
ADEGAN 14: DI KAWASAN KUBUR
ADEGAN 15: DI RUANG TAMU
ADEGAN 16: DI LUAR RUMAH
ADEGAN 17: DI TANAH PERKUBURAN
ADEGAN 18: DI RUMAH PENDEKAR MUSTAR
ADEGAN 19: DI KAWASAN RUMAH/ DI DALAM RUMAH KETUA SAMSENG
ADEGAN 20: DI LUAR RUMAH PENDEKAR MUSTAR
ADEGAN 1
SUASANA DI JETI PENAMBANG SUNGAI KEMUNTING
Kelihatan 3 rakan baik iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin menyaksikan kehebatan seorang
lelaki tua yang bernama Pendekar Mustar yang telah menewaskan dua orang samseng yang
bekerja di jeti penambang sampan di Sungai Kemunting. Selepas kejadian itu, mereka bertiga
pergi mencarinya sehingga sampai di sebuah kampung iaitu Kampung Pinang Sebatang kerana
tujuan mereka bertiga ini adalah untuk belajar silat dengan Pendekar Mustar.
ADEGAN 2
DI JALAN RAYA
“La la la la la la la 2x, Pok,Pok, Pok, Bujang Lapok, Ada mancis tak ada rokok, Jalan
jauh tesengguk-sengguk, Tumit melecet hai duduk teringkuk Pok Pok Pok Bujang Lapok,
Poket kosong hai penuh habuk, Tak ada nasi hanya mencaluk, Sampai sini terlupa cebok”,
Ramlee, Aziz dan Sudin mencari kampung pinang sebatang sambil bergerak sekata, lalu ketiga-
tiga mereka mula bernyanyi riang sambil diikuti rentak kaki.
Falsafah yang diperoleh dari adegan ini adalah 3 sahabat
bernyanyi riang untuk menghiburkan hati walaupun tidak
mengetahui tempat yang hendak dituju. Dalam bab ini
menunjukkan kita tidak seharusnya cepat berputus asa walapun
terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Kita mestilah teguh
berpegang pada matlamat yang diletakkan dan tempuh cabaran
dengan hati yang terbuka dan tenang.
ADEGAN 3
BERDEKATAN JAMBATAN KAYU
Di sebuah jambatan yang sesak dengan orang ramai yang lalu lalang disitu. Mereka
bertiga berdiri berlatar belakangkan sebuah papan yang bertulis, Jalan Kg Pinang Sebatang.
“Hei… mana punya kampung kita sudah sampai ha?” tanya Ramlee sambil menoleh kiri dan
kanan terlihat kearah papan tanda. “Ha… Ha…Ha… apa di tulis ini ha?” tanya Ramlee lagi.
Kemudiannya, “Jalan Sekapur Sireh…Road Da…”, jawab Sudin seorang yang tidak pandai
membaca menoleh dan menunding jarinya lalu berkata. “Alamak, kita mau cari Kampung
Pinang… sudah jumpa Sireh, salah kampung…” balas Ramlee dengan nada mengeluh. Aziz
pula menyejukkan hati mereka dengan berkata “Hei ini kali kita jumpa sireh... lain jalan kita
jumpa Pinang barangkali…” lalu Ramli dan Sudin bersetuju dengan kata-kata Aziz dan kedua-
duanya menuding jari, kemudian Ramlee menunjukkan ke satu arah. Setelah mereka besetuju,
“Ha, itu rumah apa yang besar … ha?”, tanya Ramlee yang ternampak sebuah rumah dan “Mari
kita tengoklah….”, Aziz membalasnya. “Mari…”, Sudin pun mengajak mereka bertiga beredar
dari situ menuju ke tempat yang ditunjukkan.
Dalam adegan ketiga ini falsafah yang diperolehi ialah sifat Aziz yang
bersangka baik bahawa selepas jumpa Jalan Sekapur Sireh mungkin akan
berjumpa dengan Kampung Pinang Sebatang. Hal ini dapat dikaitkan
dengan kehidupan kita bahawa sikap bersangka baik ini dapat membantu
dalam tidak menjadikan kita seorang yang mudah berputus asa untuk
meneruskan kehidupan kita.
ADEGAN 4
KAWASAN SEKOLAH / BERDEKATAN DENGAN PAGAR SEKOLAH
Mereka berjalan menghampiri pagar sekolah dan berhenti disitu dan memerhati
keadaan sekeliling situasi di dalam sekolah yang terlihat ramai orang kerana mereka bertiga
buta huruf untuk membaca papan tanda. Ramlee menunjukkan kearah papan tanda dan
bertanya, “Hei, Sudin… ini bacanya apa macam? Bacanya?”. Dengan bersahaja Sudin
menjawab “Alif, Min, Wau, Alif tendang Wau…. “Sarkes””. Aziz dengan segera
menyampuk kata-kata Sudin, “Apa da “Sarkes” …”. Ramli memandang Aziz dan Sudin
kehairanan dan berkata, “Hish… tulis sikit punya panjang bacanya sikit, “Sarkes””. “Itu yang
panjang bunga sahaja yang sikit tula …. “Sarkes”, tak reti?”, jawab Sudin dengan nada yakin.
“Tulis pun pakai bunga?”, tanya Ramlee ragu-ragu. “Habis takkan hutang je pakai bunga…”,
jawab Sudin dengan nada selamba. “EH… ini barangkali sekolah da …” kata Aziz
menyampuk perbualan Ramlee dengan Sudin. “Ye la… sekolah da…” kata Ramlee sambal
memandang Aziz dengan penuh yakin. Sudin berkata “Sekolah apanya engkau, kau tak
tengok ini satu-satu semua orang tua-tua” sambil mengayakan tangannya dan berkata lagi,
“Sekolah budak-budak kecik… ini mereka belajar dengan rimau …”. Ramlee dengan hairan
berkata, “Jadi tak boleh balik la…”. “Tak boleh baliklah, duduk diam di situ” jawab Sudin
sambil menunjukkan kea rah sekolah tersebut dan berkata lagi, “Tengok rumah seperti
kendang” dan loceng berbunyi menandakan habis waktu sekolah. Mereka bertiga memerhati
murid-murid yang keluar dari rumah itu. “Ape da… kau bilang mereka makan tidur di sini,
mana mereka nak pergi ni?” tanya Ramlee dengan marah. “Ini “Sarkes” dah jinak… dah
berapa lama mereka Training”, jawab Sudin. “Ini sekolah da…” kata Aziz.
“Ye la…” jawab Ramlee setuju kata Aziz. “Eh… dah tua-tua dah semua…” pertikaian dari
Sudin. “Alamak, tak usah peduli… mau cari Pendekar Mastur punya rumah… da…” kata
Ramlee agar rakan-rakannya kembali focus. “Apa da … Mastur… Mustar da…” jawab Aziz
dan Sudin membetulkan kata Ramlee. “Cari yang muda-muda tanya ha…” Ramlee menyuruh
rakan-rakannya. Kemudiannya, “Eh Ramli, itu yang muda” kata Aziz sambil menunjukkan kea
rah Cikgu Ros. “Hei berapa punya manis da…” kata Ramlee semasa melihat Cikgu Ros. Lanjut
“Kita kejar ha…” sepakat mereka berkata sambil tersenyum dan mereka pun mengekori Cikgu
Ros.
Falsafah yang terdapat dalam adegan ini adalah sifat Sudin yang
berkeyakinan tinggi ketika mereka baru tiba di kampung Pinang Sebatang
dan melintasi sebuah sekolah khas bagi orang orang buta huruf yang
dikatakan itu adalah sebuah sarkas. Hal ini kerana, keyakinan diri adalah
amat penting untuk membantu kita supaya menjadi lebih berjaya dalam
kehidupan peribadi dan profesional ianya juga penting bagi kesejahteraan
kesihatan psikologi kita.
ADEGAN 5 & 6
KAWASAN TALI AIR DAN HALAMAN RUMAH PENDEKAR MUSTAR
Cikgu Ros berjalan kaki pulang ke rumah melalui sebuah tali air sambil diekori oleh
Ramlee, Aziz dan Sudin. Cikgu Ros berprasangka mereka bertiga adalah pencuri lalu berlari
menuju ke rumahnya. Cikgu Ros menjerit kepada bapanya untuk meminta tolong. “Bapak
tolong pak! ... ada tiga orang pencuri kejar Ros dari sekolah tadi” jerit Cikgu Ros kepada
bapanya untuk meminta tolong. “Mana dia…?” kata Pendekar Mustar dengan nada yang marah
kerana anaknya diganggu. “Itu…” jawab Cikgu Ros sambil menunjukkan ke arah mereka
bertiga. “Ha… pergi naik masuk sana…” Pendekar Mustar menyuruh anaknya masuk ke rumah
dan dia pun mula membuka langkah silatnya dan mencabar tiga orang bujang lapok untuk
berlawan dengannya tetapi langkahnya terhenti apabila dihalang oleh Ramlee, Aziz dan Sudin.
“Hei … Apa ini … apa ini… macam mana aku nak buka langkah?” Pendekar Mustar berasa
hairan dengan tindakkan mereka bertiga. “Kami bukan pencuri pakcik, kami dating nak belajar
silat pakcik…” kata Aziz menjelaskan tujuan mereka datang ke kampung tersebut untuk belajar
silat dengan Pendekar Mustar. “Tadi kami lihat pakcik bersilat di Penambang tu sungguh
hebat.” puji Sudin kepada Pendekar Mustar untuk mengambil hati Pendekar Mustar untuk
mengajarkan mereka bersilat. “Kenapa kau tak mau cakap… sampai aku punya langkang
sumbang semuanya. Hah mari naik atas ya…”, jawab Pendekar Mustar dengan senang hati.
“Hah! mengada-ngada…” kata Cikgu Ros dengan nada marah kerana prasangka dengan
mereka bertiga yang mengekorinya pulang ke rumah.
Falsafah yang terdapat di dalam adegan 5 ini ialah kita tidak sepatutnya menilai atau
menghukum seseorang tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu. Sebagai contoh
di dalam bab ini , semasa perjalanan pulang ke rumah, Cikgu Amira telah menuduh
tiga orang pendekar bujang lapok iaitu Aziz, Ramli dan Sudin sebagai pencuri
apabila di ekori oleh ketiga -tiga pemuda tersebut. Hal ini menyebabkan salah faham
berlaku sehinga hampir menyebabkan pergaduhan.Seterusnya, falsafah yang terdapat
di dalam bab 6 pula ialah Ilmu perlu di cari dan di pelajari walaupun umur sudah
meningkat tua. Jika di lihat di dalam bab tersebut, ketiga–tiga pendekar bujang lapok
tidak dapat membaca surat dan terpaksa meminta tolong Kak Aini untuk
membacakanya.Hal ini jelas bahawa ilmu amat penting di dalam kehidupan agar
tidak mudah di tipu.
ADEGAN 7
DI DALAM RUMAH PENDEKAR MUSTAR
Cikgu Ros dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakkan bapanya
membawa mereka bertiga yang tidak dikenali ke dalam rumah. “Bencilah bapak! Asal jumpa
orang sahaja bawak naik ke rumah… asal jumpa orang sahaja bawak naik ke rumah”. kata
Cikgu Ros dengan perasaan tidak berpuas hati dengan tindakkan bapanya. Di samping itu, mak
kepada Cikgu Ros dan isteri kepada Pendekar Mustar iaitu Makcik berasa hairan sambil
menoleh kepada anaknya Ros dan berkata, “Eh… eh… kenapa kau ni Ros tahu-tahu nak
mengajuk sahaja.”. “Bapak tu lah… bujang lapok itu bertiga, kejar Ros dari sekolah bila sampai
di sini sahaja bapak ajak naik… benci…” Cikgu Ros mengadu kepada maknya apa yang
berlaku kepadanya dan sikap Pendekar Mustar yang membenarkan mereka bertiga naik ke
rumah. “Ha… nanti mak tengok” kata Makcik sambil berjalan keluar dari bilik menuju ke
ruang tamu lalu membuka tirai untuk melihat siapakah tiga orang yang diperkatakan oleh
anaknya. “Anak ini nama apa?” tanya Pendekar Mustar dengan ramah sambil memandang ke
arah Ramlee yang duduk berhampirannya. “Nama saya Ramli bin nya Putih…”, jawab Ramlee.
“Yang ni?” tanya lagi Pendekar Mustar kepada Aziz sambil memandangnya. “Nama saya Aziz
bin Satar”, jawab Aziz pula. “Yang ini pula?” Pendekar Mustar bertanyakan nama Sudin pula
sambil memandangnya. “Nama saya Shamsudin bin Dali”, jawab Sudin ringkas. Setelah
bertanyakan nama mereka bertiga, “Errrr... kalau begitu kau orang bertiga ni bukan saudara,
agaknya sahabat sahaja… ya?” tanya Pendekar Mustar kepada mereka kerana berbeza nama
bapa kepada ketiga-tiga mereka.
“Iya pakcik …”, jawab ketiga-tiga dengan tegas. “Dulu kerja apa nak?” tanya Pendekar Mustar
kepada mereka bertiga. “Ooo… kerja kita bukan main teruk pakcik … siang malam tak dapat
tidur…”, jawab Ramlee dengan nada yang yakin. “Kerja apa tu nak Ramli?” tanya Pendekar
Mustar dengan hairan. “Kira bulu kambing …”, jawab Ramlee. “Ikh … ikh … ikh… tak terkira
itu nak … Aziz?” tanya lagi Pendekar Mustar kepada Aziz. “Kerja saya berat sekali Pakcik …
siang malam tak boleh baring… kerjanya menunggu ayam jantan bertelur pakcik…”, jawab
Aziz pertanyaan Pendekar Mustar. “Ikh…ikh…ikh… entah berapa lama itu nak … kamu pula
Sudin?”, Pendekar Mustar bertanyakan Sudin pula perkerjaannya. “Kerja saya merbahaya
pakcik… siang malam berjaga-jaga sahaja… kerja saya sambung ekor beruang pakcik …”
jawab Sudin pula kepada Pendekar Mustar. Setelah selesai pertanyaan Pendekar Mustar, “Apa
boleh buat pakcik … nasib badan …” jawab ketiga-tiga mereka dengan nada mengeluh lalu
mereka berbual-bual sambil makan malam dan mendengar cerita daripada Pendekar Mustar.
Selepas selesai makan malam, Aini iaitu pembantu di rumah Pendekar Mustar berkata, “Encik
tempat tidur sudah siap”, memberi tahu kepada majikan, Pendekar Mustar. “Ha… ini bilik tidur
untuk anak-anak ya…” pelawa Pendekar Mustar kepada mereka bertiga untuk masuk ke bilik
tidur. Tiba-tiba Makcik mengadu kepada Pendekar Mustar “Pak eh… pak! Cuba tengok si Ros
tu… makan tak mahu... apa pun tak mahu... asyik mengarut sahaja…” kata Makcik dengan
nada yang kuat akan perangai anak daranya itu. “Kamu kenapa Ros?”, tanya Pendekar Mustar
kepada anaknya itu dengan nada memujuk.Ros yang merajuk dan melontarkan suara yang kuat,
“Ros tak suka cara bapak… Orang-orang itu pencuri bapak tau …kalau orang itu taknak pindah
dari sini, biar Ros sahaja yang pindah bapak... mereka bukan hendak belajar silat… tapi hendak
mencuri” tegas Ros berkata kepada ibu bapanya itu. Lalu Pendekar Mustar mengajak makcik
untuk beredar dari pandangan Ros kerana malas hendak melayan bebelannya. Ramlee, Aziz
dan Sudin mencuri dengar perbualan antara Pendekar Mustar dengan Ros di dinding bilik
mereka, “Ini macam memang tak boleh jadi lah ya… kita mesti minta maaf dekat anak pakcik.
Kalau tak, tak sedap tinggal di sini…”, mereka berbincang untuk meminta maaf kepada Ros
bagi memulihkan keadaan kerana mereka berhutang budi dengan Pendekar Mustar yang telah
tumpangkan mereka dirumahnya. “Huh pencuri!” kata Ros sambil mengejek mereka bertiga
semasa Ros keluar dari bilik dan berjalan di depan bilik mereka bertiga. Selepas kejadian itu,
mereka bertiga memikirkan cara bagaimana hendak meminta maaf dengan Ros, “Ha… kita
nyanyi.” Lalu Ramlee memberikan ideanya untuk menyanyi dan mereka bersetuju dengan idea
itu. Ketiga-tiga mereka mengambil alat muzik masing-masing untuk dimainkan dan Ramlee
memulakannya dengan meniup seruling dan ikuti Sudin dan Aziz.
“Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maaf … kan … kami.
Wahai cik adik, jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapok
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kami rela hati… kena ketuk
Nandung… nandung… dayang si nandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Kalau cik adik
Tak mahu maafkan
Kami nak pindah tanjong rambutan
Wahai… cik adik
Tidakkah kasihan
Kami nak mati berderai badan
Nandung… nandung… dayang si nandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Wahai cik adik
Jangan marah sangat
Sedangkan nabi ampunkan umat
Kalau cik adik… mukanya kelat
Ke lubang jendela kami nak lompat
Nandung… nandung… dayang si nandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Maafkan kami… 12x”
Mereka pun mula bernyanyi, kedengaran irama muzik dan suara yang merdu oleh mereka di
rumah Pendekar Mustar pada malam itu. Selepas Ros mendengar nyanyian mereka bertiga,
Ros pun terbuka hati untuk menulis sepucuk surat dan perlahan-perlahan menuju ke depan bilik
mereka lalu meletakkan surat tersebut di bawah pintu bilik mereka lantas Ros lari kembali
menuju ke biliknya. Mereka bertiga masih menyanyi, tetapi Aziz ternampak sepucuk surat di
bawah pintu lalu pergi mengambilnya.
“Eh … ini ada surat da …” kata Aziz kepada rakan-rakannya sambil membuka surat itu.
Ramlee dan Sudin pun datang kepada Aziz untuk mengetahui isi kandungan surat itu. Tapi
malang sekali mereka bertiga buta huruf dan tidak tahu membaca. Sebagai keputusan mereka
meminta tolong Kak Aini untuk membaca surat tersebut.
Falsafah yang terkandung dalam adegan ini kita mestilah sentiasa berbuat baik
terhadap semua orang contohnya seperti pendekar yang tidak teragak-agak untuk
menumpangkan dan memberi tunjuk ajar dalam ilmu persilatan kepada tiga
sahabat ini. Selain itu, kita juga perlulah memaafkan setiap kesalahan orang lain
seperti anak gadis pendekar tersebut yang memaafkan tiga sekawan ini setelah
mereka meminta maaf terhadapnya keatas salah faham yang berlaku.
ADEGAN 8
DI HADAPAN PINTU BILIK AINI
Ramlee, Aziz dan Sudin menujukan bilik Kak Aini bagi meminta bantuan untuk
membaca isi surat yang mereka terima tadi. Mereka bertiga pun mengetuk pintu bilik Kak Aini.
“Ya… siapa tu?”, tanya Kak Aini setelah kedengaran pintu biliknya diketuk orang sambil
melipat pakaian. “Saya … jangan marah haa…”, jawab mereka bertiga bersama-sama dan Kak
Aini pun menuju ke pintu biliknya untuk membuka pintu. “Aik buat apa ini dating malam-
malam?”, tanya Kak Aini kerana hairan mereka ke biliknya pada lewat malam. “Kami nak
minta tolong kak Aini tolong bacakan surat.”, kata Ramlee kepada Kak Aini bagi memberitahu
tunjuan mereka datang ke biliknya. “Eh … eh… dalam tiga-tiga orang ini satupun tak pandai
baca?”, jawab Kak Aini dengan hairan kerana ketiga-tiga mereka tidak pandai membaca pada
umur yang sudah dewasa. “Bukan takt ahu baca kak Aini. Saya baca bunyi arab, Aziz baca
bunyi syair, Ramli baca tak bunyi langsung…”, Sudin menjelaskan keadaan yang berlaku
kepada Kak Aini. Dengan pantas Kak Aini mengambil surat itu dan Kak Aini membacakan
surat dari Ros untuk mereka bertiga sehingga habis.
Falsafah yang diperoleh dari adegan ini ialah, kita mestilah menanamkan sifat tidak
malu untuk bertanya jika mengalami kesusahan atau kekeliruan. Contohnya seperti tiga
sahabat ini yang tanpa segan dan berani meminta tolong Aini iaitu pembantu rumah
pendekar untuk membaca surat mereka. Bukan itu sahaja, ini juga menunjukkan kita
mestilah mempunyai ilmu tidak kira apapun pangkat dan darjat kita.
ADEGAN 9
DI RUANG TAMU RUMAH PENDEKAR MUSTAR
Pada suatu pagi, sekumpulan samseng sedang berlegar di sebuah kawasan. Mereka
mengenalpasti nama kawasan tersebut dan mereka ternampak sebuah papan tanda yang bertulis
nama kawasan itu iaitu Kampung Pinang Sebatang. Kemudiannya, mereka pun bergerak pergi
ke sebuah rumah yang kelihatan di dalam rumah itu terdapat Ramlee, Aziz dan Sudin yang
sedang membersihkan kawasan rumah Pendekar Mustar. Kumpulan samseng itu memerhati
rumah Pendekar Mustar tapi akhirnya diperhatikan oleh Sudin. Kumpulan samseng itu dihalau
oleh mereka bertiga lalu kesemuanya berlari bertepiaran melarikan diri. Selepas kejadian itu,
Ros keluar dari rumah pergi ke sekolah untuk mengajar. Ramlee, Aziz dan Sudin terpikat
melihat Ros yang cantik berbaju kurung disertai senyumannya. Ketiga-tiga mereka tidak
keruan membuat kerja memberikan rumah sehingga Sudin yang sedang menyiram pokok telah
tersiram air kepada Pendekar Mustar kerana terpegun melihat kecantikan Ros.
Pendekar Mustar berasa hairan kerana tiada angin atau ribut tetapi tiba-tiba cuaca hujan.
“Ramli, Aziz, Sudin! Jangan main hujan, nanti demam. Ah mari anak-anak duduk.”, panggil
Pendekar Mustar setelah masuk ke dalam rumah. Sudin berkata kepada rakan-rakannya yang
dia tidak sengaja menyiram Pendekar Mustar itu. “Hujan lebat, Pakcik”, kata Sudin setelah
masuk ke rumah dipanggil Pendekar Mustar. “Tapi bagus juga hujan. Kita boleh belajar silat.
Nah ini kertas”, kata Pendekar Mustar bersangka baik sambil mengambil kertas dan pencil lalu
menghulurkan kepada bujang lapok. Mereka bertiga sudah bersedia untuk tulis apa yang
dikatakan oleh Pendekar Mustar. “Dah sedia. Apa yang pakcik kata, tulis ya? Hai… mambang
tanah, mambang air, mambang api, mambang angin. Mambang berasal dari gunung si
mambang…”, Pendekar Mustar membaca menteranya dengan kuat dan jelas sambil berdiri
memandang mereka bertiga menulis. “Eh, apa banyak mambang mau tulis… da?”, tanya Ramli
dengan nada mengeluh kepada Pendekar Mustar. “Ai… jangan cakap. Tulis ha!”, jawab tegas
Pendekar Mustar kepada Ramli yang mengeluh dengan mentara yang dibacakan tadi.
“Berdampinglah denganku wahai si mambang. Hanya itulah pesanku… mambang. Itu sajalah
isim-isimnya ya nak.. cuba baca Encik Aziz” sambung Pendekar Mustar dengan menteranya
serta menyuruh Aziz membaca mentera itu semula. “Baik pakcik, saya bacakan ya. Hai…
mambang tanah. Hai… mambang tanah, mambang pokok, mambang buah, mambang panjang,
mambang pendek, mambang bujur, mambang melintang, mambang gemuk, mambang kurus,
mambang tua,mambang…”, Aziz membaca apa yang ditulisnya dengan nada yang yakin serta
senyuman di wajahnya. Ramli dan Sudin memandang Aziz dengan hairan semasa dia
membacakan mentera yang ditulisnya. Pendekar Mustar yang juga hairan terus merampas
kertas tulisan Aziz itu. “Apa yang kau baca dan apa yang aku ajar? Aku tak ajar ni mambang
bujur,mambang pendek,mambang persegi,mambang melintang, Ah… Aziz minta sini kertas
kau apa yang kau tulis?”, tanya Pendekar Mustar kepada Aziz sambil melihat apa yang ditulis
lalu Pendekar Mustar terkejut kerana melihat kertas itu hanya ada contengan sahaja. “Betul kau
ni buta huruf. Aziz… Aziz… Aziz… hmm Ramli cuba kau baca”, kata Pendekar Mustar
dengan nada sabar akan karenah Aziz lalu menyuruh Ramli pula membaca kertasnya. “Kalau
saya baca kena berdiri pakcik Hem… hai mambang kuning, mambang merah, mambang putih,
mambang biru, mambang coklat, mambang hitam, mambang biru air lau…”, Ramli sambil
berdiri membaca kertasnya dengan intonasi suara yang bersahaja. Sekali lagi, Pendekar Mustar
pun berdiri dan mengambil kertas Ramli dengan garang. “Pakcik tak ajar mambang
kuning,mambang biru,mambang coklat,mambang hijau. Ini apa yang kau tulis?”, kata Pakcik
dengan nada marah sambil memandang kepada kertas yang ditulis Ramli. Pendekar Mustar
menyuruh Ramli duduk semula dan memanggil Sudin untuk membaca semula apa yang
ditulisnya. “Hai mambang tanah,mambang air,mambang api,mambang angin…”, baca Sudin
kertasnya. “Bagus”, kata Pendekar Mustar sambil mengangguk kepalanya mendengarkan apa
yang dibaca oleh Sudin. “Mambang mabuk minum brandy…”, sambung Sudin dengan
pembacaan menteranya yang mula merapu. “Hei… apa ini kau… gambar orang-orang ni?”,
Pendekar Mustar terkejut lagi melihat kertas Sudin. “Hmm, rupanya kau bertiga ni semuanya
buta huruf,buta kayu. Sekarang pakcik perintah,kau mesti belajar sekolah tiga-tiga ha?”,
sambung lagi Pendekar Mustar supaya ketiga-tiga mereka pergi ke sekolah untuk belajar
membaca.
Falsafah yang terdapat dalam adegan 9 adalah kepentingan ilmu
mempertahankan diri bagi seseorang individu seperti yang diajar oleh
Pendekar Mustar kepada Ramli, Aziz dan Sudin. Perkara ini dapat
melindungi diri daripada ancaman fizikal serta mampu menjamin
keselamatan diri dan juga orang sekeliling,
ADEGAN 10
DI SEKOLAH/DI DALAM BILIK DARJAH
Pada keesokkan harinya, Aziz, Ramli dan Sudin berjalan menuju ke kelas dan
kedengaran guru-guru mengajar dari luar kelas. Kemudian mereka bertiga mengetuk pintu
kelas. Guru besar menyapa mereka bertiga dan bertanya apakah hajat mereka? Mereka
menyatakan hasrat untuk belajar. Lalu guru besar menyuruh mereka untuk memasuki kelas
yang diajar oleh Cikgu Ros. Cikgu Ros mengajar murid-murid dengan mengenal huruf jawi.
Mereka bertiga pun duduk di hadapan Cikgu Ros untuk belajar menyebut huruf jawi. “Ha…
sekarang murid-murid yang baru pula baca sendiri.”, Cikgu Ros menyuruh mereka bertiga iaitu
murid baru untuk membaca sendiri tanpa pertolongan cikgu. “Alif, Ba, Ta,Se”, jawab Ramli,
Aziz dan Sudin dengan nada yakin dan bersemangat kerana mereka bertiga sudah menghafal
empat huruf jawi itu. Setelah Cikgu Ros melihat semua murid telah faham apa yang
diajarkannya, “Hmm… sekarang murid-murid sudah faham huruf itu. Kita akan pindah ke
huruf-huruf yang baru ya.”, kata Cikgu Ros kepada murid-muridnya untuk meneruskan
pembelajaran. “Baik cikgu.”, jawab Ramli, Aziz dan Sudin mengikut kata Cikgu Ros lalu sesi
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah diteruskan.
Falsafah yang didapati dalam adegan ini adalah kepentingan menuntut ilmu
contohnya ilmu membaca iqra dalam babak ini. Hal ini kerana, apabila
seseorang itu tahu membaca barulah dapat meneroka lebih banyak ilmu
dalam kehidupan. Oleh sebab itu, semua anggota masyarakat hendaklah
menggunakan masa untuk memenuhkan ilmu di dada
ADEGAN 11
HALAMAN RUMAH PENDEKAR MUSTAR/BELAJAR SILAT
Pada malam hari, Ramli, Aziz, Sudin dan Pendekar Mustar berkumpul duduk bersila di
hadapan rumah untuk belajar silat. Sebelum bermulanya pembelajaran untuk belajar bersilat,
Pendekar Mustar bertanyakan kepada mereka bertiga, sudahkah mereka sudah menghafal
mentera yang diajarkannya? Mereka pun menjawab bahawa mereka sudah menghafalnya. Lalu
Pendekar Mustar meminta untuk mereka bertiga membacakannya. “Hai… mambang tanah
mambang air, mambang api, mambang angin. Mambang berasal dari gunung si mambang…
Berdampinglah denganku wahai si mambang. Hanya itulah pesanku…”, baca mereka dengan
bersahaja dan bersemangat dihadapan Pendekar Mustar. “Bagus! Bagus! Ah sekarang mulalah
kita belajar penchak ya? Mari bangun ikut pakcik. Mau bukak langkah pasang kuda-kuda.”,
jawab Pendekar Mustar dengan senang hati selepas mendengarkan mereka bertiga membaca
mentera dengan jelas dan lancar sambil mengajak mereka bertiga untuk berdiri dan mengikut
pergerakkan yang dilakukan oleh Pendekar Mustar. Pendekar Mustar mengajar mereka posisi
bersedia dalam bersilat iaitu posisi kaki kuda-kuda. Mereka meneruskan belajar ilmu persilatan
dengan Pendekar Mustar pada malam itu. Akan tetapi suasana yang tenang telah diganggu oleh
sekumpulan samseng di Penambang yang menyerbu rumah mereka untuk menuntut ganti rugi,
“Pakcik!!!”, tegas Sudin memanggil Pendekar Mustar sambil memandang kepada samseng-
samseng itu di hadapan rumah Pendekar Mustar. “Apa kau mahu datang sini?”, tanya Pendekar
Mustar dengan nada yang tinggi.
Ketua samseng itu datang mendekati Pendekar Mustar, Ramli dan rakan-rakan. “Nak minta
ganti rugi … huh.”, kata ketua samseng sambil mengeluarkan kertas dari poket bajunya.
“Sebuah sampan hilang RM100, 2 buah sampan hanyut RM200, duit sewa sampan hilang
RM300, beli ubat-ubat orang pengsang RM50.50, beli ubat 8 orang bengkak-bengkak
RM73.71, jumlah semuanya RM724.71. Di minta bayar sekarang juga!”, ketua samseng
membaca kertas itu dengan nada marah untuk meminta ganti rugi semasa peristiwa yang
berlaku di jeti penambang sampan di Sungai Kemunting tempoh hari. Dengan tegas Ramli
menjawab untuk tidak mahu membayar ganti rugi itu tetapi ketua samseng tetap bertegas untuk
meminta duit ganti rugi sehingga Pendekar Mustar membayar duit itu sambil bersila di hadapan
rumah Pendekar Mustar. Ros yang mengetahui kehadiran ketua samseng itu, dia terus keluar
rumah dan pergi ke bapanya untuk memberitahu yang ketua samseng itu adalah penjahat di
penambang. Setelah Ros keluar dari rumah, ketua samseng itu menanya siapakah perempuan
itu? Lalu Pendekar Mustar menjawab perempuan itu adalah anaknya. Ketua samseng itu
memuji kecantikan Ros dan membuat perjanjian untuk menjadikan Ros sebagai isterinya bagi
menyelesaikan ganti rugi. Ros mendengar kata-kata ketua samseng itu dengan keras menolak
permintaan ketua samseng itu. “Pak cik saya habiskan diorang pakcik”, Ramli dengan tegas
meminta izin Pendekar Mustar untuk berlawan dengan samseng-samseng itu dan dia membuka
langkah silatnya di hadapan ketua samseng untuk menakut-nakutkan dia. “Tak apa… tak apa.
Nanti korang terima pembalasan.”, kata ketua samseng itu melihat langkah-langkah yang
ditunjukkan oleh Ramli dengan rasa takut dan mereka perlahan-lahan bangun dan beredar dari
situ. Semasa perjalanan pergi dari rumah Pendekar Mustar, seorang samseng memlemparkan
sebiji batu sambil berjalan lalu terkena ke kepala Aziz. Aziz pun mengadu kesakitannya kepada
Pendekar Mustar dan mereka pun masuk kedalam rumah.
Falsafah yang terkandung dalam adegan ini kita mestilah sentiasa berusaha
untuk memperbaiki diri kita menjadi lebih baik seperti tiga sahabat ini
yang sudah mahir membaca setelah belajar daripada gurunya. Bukan itu
sahaja, kita juga perlulah berani untuk menegakkan kebenaran dan tidak
akur kepada kesalahan yang dilakukan oleh orang yang lebih berada
daripada kita.
ADEGAN 12
DI SERAMBI LUAR RUMAH
Pada satu malam Jumaat, Pendekar Mustar dan tiga bujang lapok berkumpul dan duduk
bersila di serambi luar rumah untuk meneruskan pengajian ilmu silat. “Ha anak-anak, ini
malam, malam jumaat. Malam pengasah ilmu. Ha kamu bertiga mesti pergi ke tempat yang
sunyi untuk menentang percubaan. Aziz pergi ke tempat perigi buta. Sudin pergi ke tempat
rumah yang kosong. Rumah yang sudah ditinggalkan orang. Ramli di atas kubur orang yang
mati dibunuh”, kata Pendekar Mustar kepada mereka bertiga apa yang perlu dibuat pada malam
itu. Mereka bertiga berwajah ketakutan mendengar suruhan Pendekar Mustar, tetapi tetap patuh
mengikut arahan sambil bersalam tangan meminta izin untuk pergi. Sebelum mereka pergi,
“Oiii… Eh nanti. Nanti. Nanti. Kalua ada apa-apa yang datang ha jangan takut dan jangan lari.
Itu semua hanya cobaan…”, Pendekar Mustar mengingatkan mereka supaya jangan takut dan
jangan lari apa-apapun terjadi. Mereka pun berangkat berjalan menuju ke tempat masing-
masing yang ditetapkan oleh Pendekar Mustar. Akan tetapi mereka bertiga gagal pada malam
itu kerana tidak menahan cobaan pada kali pertama lalu mereka bertiga berlari pulang ke
rumah.
Falsafah yang diperoleh dari adegan ini ialah, kita mestilah berani
dalam melakukan sesuatu perkara seperti tiga sahabat ini. Mereka
atur dengan arahan guru mereka untuk ketempat-tempat yang
menyeramkan tanpa membantah untuk bertapa disana.
ADEGAN 13
DI DALAM RUMAH
Selepas pelbagai kejadian yang berlaku semasa mereka bertiga bertapa, Ramlee berlari
lintang pukang pulang kerumah lalu segera menutup pintu. Pada masa itu, Aziz dan Sudin
sudah pun pulang kerumah dan duduk bersama Pendekar Mustar. “Ai, kenapa ramli? Kau lari
jugak?”, tanya Pendekar Mustar kepada Ramlee yang pulang kerumah dengan wajah yang
cemas. “Ya pakcik. Saya tak tahan pakcik. Hantu bawak geng nak pukul saya. Entah geng
berapa pun saya tak tau, saya ingat bukan geng 606… geng hantu jepun bansai…”, jawab
Ramlee memberitahu apa yang terjadi kepada dirinya sambil tersenyum ketakutan. Pendekar
Mustar mahu juga mereka meneruskan pembelajar mereka. “Ikh… ikh… ikh… Ha korang
bertiga tau tempat orang mati dibunuh?”, Pendekar Mustar menyuruh mereka untuk pergi
bertapa di sebuah tempat orang mati dibunuh pada keesokkan harinya kerana mereka gagal
untuk malam itu. Ketiga-tiga mereka tetap tidak putus asa lalu bersetuju untuk menturuti kata-
kata Pendekar Mustar.
Dalam adegan ini, pendekar bujang lapok
menunjukkan semangat juang mereka yang
tinggi dalam menuntut ilmu, Mereka sanggup
untuk menerima tugasan oleh Pendekar Mustar
walaupun sudah diganggu dengan dahsyat.
ADEGAN 14
DI KAWASAN KUBUR
Pada keesokkan harinya, mereka bertiga meneruskan pembelajar mereka ke tempat yang
dikatakan oleh Pendekar Mustar. Mereka duduk di bawah pokok yang besar berhampiran
dengan kubur dan berazam untuk tidak takut dan tidak lari. “Ini kali biar apa pun datang, jangan
takut, jangan lari haa… Itu semua…. Cobaan…”, kata Ramlee dengan bersemangat kepada
dua rakan yang lain untuk terus kuatkan semangat walau apapun berlaku. Mereka pun bertapa
bersama-sama di tempat itu dengan tenang tanpa ada sebarang gangguan.