Pada waktu yang sama, Pendekar Mustar sedang berlatih bersilat dirumahnya dan isterinya
menjenguk ke ruang tamu lalu menyuruh Pendekar Mustar untuk pergi mandi. Pendekar
Mustar berjalan dari ruang tamu menuju ke luar rumahnya. Akan tetapi langkahnya terhenti
apabila melihat keadaan di luar rumah yang agak kucar kacir. “Ikh… ikh… ikh… siapa pulak
bikin rosak bunga-bunga ini. Hemmm budak- budak ke siapa ini? Alah ini ada yang pecah lagi.
Ikh...”, sedang Pendekar Mustar leka melihat pasu-pasunya yang pecah, tiba-tiba sekumpulan
samseng menyerang hendap dari belakang dan memerangkap Pendekar Mustar dengan jaring
dan memukulnya. Sementara itu ketua samseng menuju ke rumah Pendekar Mustar dan telah
menculik Ros. “Tolong… lepaskan aku…”, Ros meronta-ronta kerana di tarik oleh Ketua
Samseng. Ros telah diculik oleh Ketua Samseng dan dibawa ke rumahnya melalui tanah
perkuburan orang mati dibunuh.
Berdasarkan adegan di atas, kita perlulah berpendirian teguh dalam
melakukan sesuatu seperti tiga pendekar bujang lapok itu yang bertekad
untuk bertapa tanpa menghiraukan sebarang gangguan. Selain itu, kita
perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa pekerjaan supaya dapat
menghindarkan perkara yang tidak di ingini berlaku seperti Pendekar
Mustar yang terlalu asyik melihat pasunya yang pecah sehingga ditangkap
oleh penjahat.
ADEGAN 15/16/17
DI TANAH PERKUBURAN
Seorang samseng membawa Ros keluar dari rumah dan berlari pergi lalui kawasan kampung.
Orang kampung mendengar jeritan yang dikeluarkan oleh Ros tetapi tidak mampu membuat
apa-apa. Samseng itu kemudiannya melalui di sebuah kawasan tanah perkuburan, dimana
ketiga bujang lapok sedang bertapa sambil membaca mentera. “Eh… ada curi orang…”, tegur
Aziz selepas melihat seorang samseng menculik seseorang yang lalu dihadapan mereka.
Walaubagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak menghiraukan kejadian itu dan menganggap
itu sebagai satu cubaan untuk mengalir pandangan mereka untuk fokus bertapa.
“Abang…Ramli, Abang…Sudin… tolong… tolong… Abang ramli”, jerit Ros dengan
lantang meminta tolong kepada Ramlee, Aziz dan Sudin. Mereka berhenti membaca mantera
dan menoleh kearah samseng. “Cobaan… hai mambang tanah… mambang air, mambang api,
mambang angin…”, mereka sambung membaca mantera dan tidak menghiraukan apa yang
terjadi.
Falsafah yang dapat kita pelajari di dalam adegan ini ialah kita hendaklah berpijak di bumi
nyata. Janganlah kita sesekali terlupa dan lalai dengan kehidupan hinggakan kita merasa
begitu terasing dengan kehidupan yang sedang kita lalui. Ini kerana akan memberikan kesan
negatif kepada diri sendiri dan orang lain seperti adegan ini ketiga bujang lapok itu lalai
sehingga membiarkan samseng-samseng membawa lari Ros. Maka kita hendaklah selalu
fokus dengan keadaan sekeliling agar tidak terlena dibawa arus kelalaian.
untuk meneruskan kehidupan kita.
ADEGAN 18
DI RUMAH PENDEKAR MUSTAR
Aini yang baru pulang dari pasar terkejut melihat keadaan Pendekar Mustar yang diikat. Lalu
dengan segera dia bertindak melepaskan ikatan Pendekar Mustar yang sedang meronta-ronta
meminta tolong. Aini juga bergegas naik keatas dan menghampiri makcik. “Aini !!! tolong!”,
makcik meminta tolong kepada Aini lalu Aini melepaskan ikatan pada makcik. Pendekar
Mustar dengan segera menyuruh Aini mengambil baju dan parang lalu bersiap dengan perasaan
marah. “Hem… mari sini budak-budak nak kenal pendekar mustar. Kalau mau kenal… inilah
pendekar mustar ya”, dengan berani Pendekar Mustar berkata. Makcik menyuruh Aini untuk
menutup pintu rumah dan bersama-sama mencari gerangan yang membuat onar di rumah
mereka. Mereka berjalan dengan tergesa-gesa dan melalui kawasan perkuburan. Mereka
melihat Ramlee, Aziz dan Sudin sedang terus menentang percubaan. “Hei! Anak-anak. Anak
pakcik di bawak lari orang”, tegur Pendekar Mustar kepada mereka bertiga. “Cobaan…”, jawab
mereka menganggap itu hanya satu percubaan untuk menggagalkan mereka. “Ini bukannya
cobaan. Ini betul-betul. Di bawak lari orang”, kata Pendekar Mustar dengan nada bersungguh-
sungguh. Tetapi mereka tetap berdegil tidak mendengar kata-kata Pendekar Mustar dan terus
membaca mantera. Pendekar Mustar tetap berkeras untuk menyakinkan mereka bertiga tetapi
mereka juga tetap berkeras meneruskan membaca mantera. Pendekar Mustar buntu tidak tahu
berbuat apa sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kemudiannya, Pendekar Mustar
didatangi Makcik dan Aini lalu mengadu kepada isterinya itu. “Eh eh… dengar sini. Anak aku
si Ros yang korang gila-gilakan tu, dah dibawak lari orang.”, kata Makcik dengan nada tegas
kepada mereka bertiga. Selepas mendengar kata-kata Makcik yang mendalam, mereka pun
mula percaya, “Kenapa tak cakap dari tadi… Eh lekas-lekas”, Ramlee mengajak Aziz dan
Sudin untuk pergi mencari Ros. Mereka bertiga berlari meninggalkan tempat itu dan menuju
ke rumah Ketua Samseng untuk menyelamatkan Ros. “Ha… ha… ha… Nasib baik kau datang.
Kalau tidak sampai besok pagi pun bilang cobaan-cobaan saja”, kata Pendekar Mustar kepada
isterinya dengan nada yang lega dan Makcik pun mengajak Pendekar Mustar untuk pulang ke
rumah.
Dalam adegan ini, seseorang itu sepatutnya lebih
bertimbang rasa dan bersikap realistic mengikut
kepada keadaan. Sebagai contoh, Ketiga-tiga
pendekar bujang lapok itu seharusnya mempercayai
kata-kata Pendekar Mustar yang hampir menangis
kerana anaknya diculik penjahat
ADEGAN 19
DI KAWASAN RUMAH/ DI DALAM RUMAH KETUA SAMSENG
Ramlee, Aziz dan Sudin menyelinap di sebalik pokok-pokok di kawasan pagar rumah ketua
samseng. “Ini barangkali rumahnya. Kau tengok samseng-samsengnya tu. Sekarang begini.
Kita pergi naik ke rumah sama-sama ya. 1…2…3…”, kata Ramlee lalu mereka bertiga terus
merempuh masuk ke rumah tersebut dan kedengaran bunyi bising di luar rumah membuatkan
ketua samseng merasa hairan. “Apa yang bising-bising tu?”, tanya Ketua Samseng setelah
bunyi bising lalu seorang samseng menyejukkan hati ketua samseng dengan memberitahu
semua bising itu perkara yang biasa berlaku. Lalu Ramlee, Aziz dan Sudin menyerbu masuk
ke bilik ketua samseng dengan Ros yang diikat diatas katil. “Hoi!!!”, jerit Ramlee dan terus
menumbuk ketua samseng itu lalu dia jatuh tersungkur ke lantai. Ketua samseng terkejut denga
napa yang terjadi. “Sekarang aku pakai bedak banyak-banyak cantik … tak?”, kata Ramlee
dengan nada perli kepada Ketua Samseng itu selepas ditumbuk dimuka. “Can… tik…”, jawab
Ketua Samseng yang dalam kesakitan. Namun pergelutan mereka tidak terhenti disitu. Ramlee
dan seorang samseng terus berbalas tumbukan antara satu sama lain. Samseng itu bangun dan
membalas tumbukan lalu Ramlee terhempas ke dinding. Ramlee membalas dengan
memukulnya dengan pasu bunga yang kecil dan kepalanya terhantuk ke dinding. Lalu dia jatuh
terduduk dan pengsan. Aziz dan Sudin juga turut membantu memukul samseng-samseng yang
lain sehingga kesemuanya tewas. Selepas semuanya selesai, Ros dilepaskan ikatannya dan
berasa gembira dirinya terselamat. “Abang Ramli...!”, Ros kegembiraan dan malu-malu
terpancar di wajah Ros yang ayu jelita itu. Aziz dan Sudin tersentak dan cemburu melihat
gelagat Ros dan Ramlee sedangkan mereka juga berjuang menyelamatkan Ros. “Eh kau fikir
kau boleh menjadi menantu pendekar yah? Huh!”, kata Sudin dengan nada sinis kepada
Ramlee. Dan Aziz pun meluat dengan kelakuan Ramlee dan mengajak mereka semua untuk
pulang ke rumah Pendekar Mustar.
Falsafah yang terdapat dalam adegan 19 ini adalah keberanian
diri.Ramli,Ajis dan Sudin memberanikan diri mereka untuk
menyelamatkan Ros yang diculik oleh ketua samseng.Sikap bekerjasama
mereka menghasilkan kesan yang baik kepada orang ramai.Ini adalah
contoh baik yang ditunjukkan dalam adegan 19.
ADEGAN 20
DI LUAR RUMAH PENDEKAR MUSTAR
Terpancar kesedihan di wajah Pendekar Mustar, isterinya dan kak aini yang duduk di
tangga rumah menunggu kepulangan anak perempuannya. Ros dan tiga bujang lapok tergerak
pulang dan tiba dirumah melihat keluarga Pendekar Mustar sedang menunggu kepulangan
mereka di depan rumah. “Mak!!!”, jerit Ros dengan ada yang tinggi dan gembira. Makcik
terdengar suara Ros yang memanggilnya terus berasa gembira dan terus meluru ke arah Ros
lalu terus memeluk anaknya itu. “Terima kasih encik-encik semua. Kalua tidak kerana encik-
encik semua. Tentulah saya kehilangan anak. Mari kita tukar baju ya nak”, Makcik berasa
bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Ramlee, Aziz dan Sudin kerana
menyelamatkan anaknya dan membawa Ros masuk ke rumah. Pendekar Mustar terus bangun
sambil tersenyum dan bersalaman bersama mereka bertiga sebagai tanda terima kasih yang tak
terhingga. “Terima kasih Sudin… terima kasih Ramli… terima kasih Aziz. Pakcik berasa
bangga di atas kau punya keberanian. Dari mula ini hari kau bertiga. Aku gelarkan kamu bertiga
Pendekar Bujang Lapok. Ya sudah pergi mandi”, kata Pendekar Mustar kepada mereka bertiga
dengan rasa bangga atas kejayaan mereka menyelamatkan Ros. Ramlee, Aziz dan Sudin
berbangga dengan diri mereka dan mereka pun tersenyum dan menundukkan kepala.
Dalam adegan 20 terdapat falsafah menghargai jasa orang lain.Keluarga
Pendekar Mustar berterima kasih kepada ketiga-tiga pendekar yang telah
menolong menyelamatkan anak mereka.adegan 20 ini juga mengajar kita
untuk menghargai perbuatan baik yang telah dilakukan oleh orang lain
kepada kita.
KESIMPULAN
Berdasarkan karya yang telah dihasilkan, diadaptasi daripada Pendekar Bujang Lapok, falsafah
yang dapat diambil daripada karya adalah pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan. Hal ini
kerana, tiga sahabat iaitu Ramli,Aziz dan Sudin adalah mereka yang berperwatakkan dungu
dan tidak mahir dalam ilmu pertahanan diri serta buta huruf. Akan tetapi, kelemahan mereka
tidak menjadi penghalang bagi mereka kerana mereka bertiga amat gigih dan bersungguh-
sungguh untuk mencari guru yang boleh mengajar mereka ilmu persilatan dalam pertahanan
diri. Kegigihan dan usaha mereka tidak mengkhianati hasil kerana akhirnya mereka dapat
menuntut ilmu persilatan dengan pendekar yang hebat dan handal. Selain itu, mereka juga telah
mengikuti pembelajaran di sekolah oleh kerana mereka buta huruf dan tidak tahu membaca.
Sikap yang ditunjukkan oleh tiga sahabat tersebut patut dicontohi kerana mereka tidak malu
untuk mencari ilmu. Seterusnya, nilai falsafah dalam karya ini adalah beradab. Sebagai
contohnya, tiga sahabat tersebut berusaha untuk meminta maaf daripada Cikgu Ros untuk
menebus kesilapan yang telah mereka lakukan. Disamping itu, mereka juga sangat beradab
apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Mereka tidak menggunakan bahasa yang kesat
apabila bercakap dengan tuan rumah. Hal ini dapat menjaga hati tuan rumah serta menepis
tanggapan buruk tuan rumah terhadap mereka bertiga. Oleh kerana Pendekar Mustar
mengizinkan mereka tinggal di rumahnya, mereka juga rajin membantu Pendekar Mustar untuk
mengemas dan membersihkan halaman rumah. Akhir sekali, nilai yang dapat dicontohi
daripada karya juga adalah keberanian menentang musuh. Hal ini kerana, Ramli, Aziz dan
Sudin berani membantu Pendekar Mustar menyelamatkan anak perempuannya yang diculik
oleh samseng-samseng. Sikap keberanian mereka telah dapat mengembalikan Ros ke pangkuan
keluarganya. Hal ini dapat disimpulkan bahawa, pengamalan nilai-nilai murni penting dalam
kehidupan dan diri seseorang untuk lahirkan mausia yang berbakti kepada orang lain.