PEMETAAN NDVI DI
ALOR SETAR, KEDAH
MUHAMMAD SYAHMI MUHAIMIN BIN HASIM
MOKHTAR JAAFAR
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
PROGRAM GEOGRAFI
PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL DAN PERSEKITARAN (SEEDS)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PEMETAAN NDVI DI ALOR SETAR, KEDAH
Penulis:
MUHAMMAD SYAHMI MUHAIMIN BIN HASIM
MOKHTAR JAAFAR
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
i
Cetakan Pertama / First Printing 2021
Hakcipta / Copyright Penerbit-Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan
cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any
form, electronics or mechanical including photocopy, recording or any information storage
and retrieval system, without permission in writing from Geography Programme, Center for
Research in Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
e-mel: http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
PEMETAAN NDVI DI ALOR SETAR, KEDAH / Muhammad Syahmi Muhaimin bin Hasim,
Mokhtar Jaafar, Rosniza Aznie Che Rose
e-ISBN xxxxxxxxxxxxxxxxx
1. Pemetaan NDVI
2. Kawasan Hijau
3. Stok Karbon
I. Muhammad Syahmi Muhaimin bin Hasim
II. Mokhtar Jaafar
III. Rosniza Aznie Che Rose
ii
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL iv
SENARAI RAJAH v
SENARAI KEPENDEKAN vi
PRAKATA viii
Mukasurat
Bab 1 : PENDAHULUAN BERKAITAN KAWASAN HIJAU DAN PEMETAAN 1
NDVI
Bab 2 : SENARAI KONSEP BERKAITAN DENGAN STOK KARBON DAN 7
PEMETAAN NDVI
Bab 3 : ULASAN KARYA PENGKAJI TEMPATAN DAN PENGKAJI 13
ANTARABANGSA BERKAITAN STOK KARBON
Bab 4 : LATAR BELAKANG ALOR SETAR DARI PERSPEKTIF GEOGRAFI 17
FIZIKAL
Bab 5 : METOD KAJIAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MENULIS 56
Bab 6 : PETA NDVI & GUNA TANAH ALOR SETAR 61
Bab 7 : CADANGAN LANGKAH MELESTARIKAN ALOR SETAR SEBAGAI
USAHA MENAMBAH STOK KARBON 66
Bab 8 : RUMUSAN 72
RUJUKAN 76
PENYUMBANG MAKALAH 80
INDEKS 81
iii
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk ms
Jadual 4.1 19
Jadual 4.2 Keluasan Daerah-Daerah Negeri Kedah 20
Jadual 6.1 63
Jadual 6.2 Penduduk Mengikut Daerah Pentadbiran 64
Jadual 7.1 Kedah 2018-2019 66
Jadual 7.2 67
Data Guna Tanah RTD Kota Setar 2020
Jadual 7.3 71
Perbandingan Keluasan Tanaman untuk Guna
Tanah Pertanian di Kedah
Konsep Bandar Pintar di Malaysia dan
Inisiatifnya kepada Alam Sekitar
Jumlah Terkumpul Kenderaan Darat
Mengikut Negeri Tahun 2020 Berbanding
Tahun 2019
Pelan Mengenai Alam Sekitar yang
Terkandung di dalam RSNK 2002-2020
iv
No. Rajah SENARAI RAJAH ms
Rajah 4.1 18
Rajah 5.1 Tajuk 60
Rajah 6.1 Peta Kawasan Kajian (Alor Setar) 62
Kerangka Konseptual Kajian
Peta NDVI Alor Setar, Kedah
v
SENARAI KEPENDEKAN
ACD aboveground carbon density
AGB aboveground biomass
BEF biomass expansion factor
Covid-19 Coronavirus disease 2019
DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DDF dry dipterocarp forest
DEB Dasar Ekonomi Baru
DF disturbed forest
DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia
DPN Dasar Pembangunan Nasional
DWN Dasar Wawasan Negara
et al. et alia/and others
FORIG Forestry Research Institute of Ghana
FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
GIS Geographic Information System
KDNK Keluaran Dalam Negeri Kasar
KKTP Kawasan Kesediaan Tanah Pembangunan
KPTU Kawasan Tumpuan Pembangunan Utama
LiDAR Light Detection and Ranging
MBAS Majlis Bandaraya Alor Setar
MDF mixed deciduous forest
MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
MOT Kementerian Pengangkutan Malaysia
MoU memorandum persefahaman
vi
NDVI Normalized Difference Vegetation Index
PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
PKP Perintah Kawalan Pergerakan
RSNK Rancangan Struktur Negeri Kedah
RTD Rancangan Tempatan Daerah
SPSS Statistical Package for Social Sciences
USGS United States Geographical Survey
UTM Universiti Teknologi Malaysia
vii
PRAKATA
Buku ini merupakan kajian mengenai pemetaan NDVI di Kota Setar, Alor Setar,
Kedah. Kepadatan penduduk yang tinggi dan taburan guna tanah pertanian yang luas
di Alor Setar menimbulkan persoalan untuk mengekalkan dan menambah kawasan
hijau. Kawasan hijau ialah kawasan simpanan stok karbon yang penting. Guna tanah
yang paling besar di kawasan ini adalah pertanian terutamanya pertanian padi. Tujuan
kajian ini adalah untuk memetakan kawasan hijau di kawasan bandar Alor Setar
menggunakan teknik NDVI. Rujukan data statistik, pemerhatian di lapangan, data
sekunder daripada USGS dan maklumat atas talian antara metod yang digunakan di
dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa kawasan hijau di Alor Setar masih
banyak walaupun di kawasan bandar. Hal ini dibuktikan dengan majoriti kawasan
bandar dan daerah Kota Setar ditandakan dengan hijau dan kuning selain sedikit
warna merah. Kebanyakan kawasan merupakan kawasan pertanian padi dan
penanaman sayuran selain kawasan hijau seperti Taman Merdeka bersebelahan
Stadium Darul Aman, Taman Jubli Perak selain sepanjang jalan di kebanyakan tempat
di dalam bandar. Kawasan Alor Setar mempunyai sedikit tompok-tompok merah di
seluruh bandar. Warna sebegini menandakan kawasan kediaman, penempatan, awan
dan tanah. Ini kerana jasad-jasad tersebut tidak mempunyai pigmen klorofil untuk
dipantulkan semasa pemetaan NDVI. Tumbuhan mati juga ditandakan merah di dalam
pemetaan NDVI. Selain itu, kawasan yang bertanda merah juga mewakili jasad air
seperti sungai dan laut seperti di bahagian barat dan barat daya Alor Setar. Secara
kesimpulannya, pemetaan NDVI di kawasan Alor Setar ini adalah sebagai indikator
pemetaan stok karbon. Hal ini kerana kawasan hijau yang ditandakan tersebut adalah
mewakili kawasan yang mempunyai tumbuhan. Penghargaan kepada Geran
Penyelidikan FRGS/12019/SS07/UKM/02/2 kerana membiayai penerbitan ini.
Muhammad Syahmi Muhaimin bin Hasim
Dr. Mokhtar Jaafar
Dr. Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
viii
BAB I
PENDAHULUAN BERKAITAN KAWASAN HIJAU DAN PEMETAAN NDVI
PENGENALAN
Salah satu isu semasa alam sekitar global yang sering diperbincangkan adalah
pemanasan global. Antara punca utamanya ialah kitaran karbon melalui pelepasan gas
rumah hijau, bertambahnya jumlah kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan
aktiviti pembakaran. Menurut Nurun Nadhirah (2018), kawasan hutan tropika
mengandungi 40 peratus karbon daratan dunia. Ini menunjukkan kawasan hutan atau
kawasan hijau adalah penting dalam keseimbangan kitar karbon. Menurut Kanniah et
al. (2014), paras kenaikan suhu menjelang 2100 akan berlaku dalam sekitar 1.5-4.50C.
Menurut MyMetro (2018), data terbaru mengikut model baharu Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan peningkatan purata suhu sebanyak 70C
menjelang 2100.
Antara kawasan yang menerima kesan pemanasan global yang paling teruk
ialah bandar. Ini adalah kerana bandar ialah pusat tumpuan manusia untuk
menjalankan pelbagai aktiviti sama ada kegiatan politik, sosial, pendidikan,
penempatan dan kegiatan ekonomi. Menurut Berita Harian Online (2018), kadar
peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar ialah 55 peratus dan dijangka
akan meningkat sehingga 68 peratus menjelang 2050. Kepadatan penduduk bandar
sudah pasti akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan sektor pengangkutan yang
mengundang pelepasan gas rumah hijau (Kanniah et al. 2014). Keadaan sebegini
sudah pasti akan memberi kesan kepada kawasan hutan.
Seperti yang telah dijelaskan di awal tadi, kawasan hijau ialah kawasan
simpanan stok karbon yang penting. Jika berlaku gangguan di kawasan ini, sudah
pasti kitar karbon tidak akan seimbang dan mendorong kepada pelbagai kesan negatif.
1
Di Malaysia, tempias pemanasan global juga tidak terkecuali untuk berlaku.
Menurut Astro Awani (2017), banjir yang berlaku adalah kesan langsung akibat
perubahan iklim kesan dari pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia.
Mengikut rekod Jabatan Meterologi Malaysia pada 2016 telah merekodkan beberapa
kawasan telah mencapai 400C. Fenomena panas yang luar biasa ketika itu ialah
merupakan salah satu impak El Nino. Ditambah pula dengan jerebu yang sering
melanda dengan tahun 2015 mencatat tahun yang paling teruk kesannya kepada
manusia dan alam sekitar.
Menurut Astro Awani (2017), Malaysia ialah pengeluar gas rumah hijau utama
dunia pada kedudukan 26. Fasa tersebut adalah semasa penjajahan, fasa Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan fasa Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan
Negara. Perubahan guna tanah seperti aktiviti pembandaran dan perindustrian yang
pesat sejak 1970-an telah memberi kesan kepada kitar karbon. Ia akan mengurangkan
jumlah stok karbon di sesuatu tempat terutamanya di kawasan hutan. Di Malaysia,
terdapat sejumlah bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan
mempunyai pelbagai tarikan ekonomi, sosial dan politik. Antaranya ialah Alor Setar,
Kedah.
Kawasan bandar Alor Setar ini sejak sekian lama menerima limpahan daripada
pembangunan sama ada dari segi kepadatan penduduk, kegiatan ekonomi, kemajuan
infrastruktur, perhubungan dan pengangkutan. Namun begitu, masalah yang hadir
selepas kegiatan pembandaran yang rancak ialah masalah kenaikan suhu kesan
daripada pembangunan tidak terancang sehingga menggugat kitar karbon seterusnya
stok karbon. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa kawasan hijau di sana mempunyai
kawasan bukan padi dalam bilangan yang kurang. Perincian tentang perkara ini akan
dijelaskan di bahagian seterusnya..
2
ISU & PERMASALAHAN KAJIAN
Alor Setar sebagai sebuah kawasan yang masih mengekalkan kehijauan dalam
kawasan yang luas telah dipilih sebagai tempat kajian analisis stok karbon ini
dilakukan. Ini kerana Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah menyebabkan kawasan
ini mempunyai taburan kepadatan yang tinggi di dalam negeri dan kemajuan
infrastruktur tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan kehijauan kawasan.
Guna tanah yang paling besar di kawasan ini adalah pertanian terutamanya pertanian
padi. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut pada Bab VI nanti. Tumbuhan
padi bersifat kecil berbanding dengan tumbuhan lain dan biasanya dituai dua tahun
sekali. Oleh itu, peranan padi sebagai stok karbon boleh diabaikan.
Kawasan Alor Setar juga antara kawasan yang sering dilanda cuaca panas
hampir saban tahun. Antaranya ketika Mac 2021 yang lalu, Kota Setar telah
diletakkan sebagai kawasan yang berada di Tahap 1 iaitu berjaga-jaga menurut
MetMalaysia (Astro Awani 2021). Keadaan panas ini merupakan antara situasi yang
melanda semasa fasa akhir Monsun Timur Laut (Utusan Malaysia 2021). Situasi ini
adalah berkaitan dengan guna tanah pertanian padi yang luas dan juga proses
pembandaran di kawasan Kota Setar ini. Apabila kurangnya tumbuhan yang
berdiamater besar di kawasan ini, kawasan tersebut cenderung mempunyai suhu yang
panas. Ini kerana pokok berperanan sebagai peneduh dan penyejuk kawasan. Oleh
sebab itu, kajian ini menumpukan Alor Setar sebagai kawasan kajian menegenai
adakah kekurangan tumbuhan hijau adalah salah satu penyebab berlakunya cuaca
panas di kawasan Alor Setar ini.
3
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat 2 persoalan kajian berdasarkan objektif khusus kajian iaitu:
i. Bagaimanakah rupa taburan guna tanah di Alor Setar?
ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berwajib seperti Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri dalam usaha pengekalan stok
karbon yang mampan?
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan stok karbon di kawasan bandar Alor Setar
menggunakan pendekatan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Objektif khusus kajian
ini pula adalah untuk:
i. Memetakan guna tanah di Alor Setar menggunakan kaedah NDVI.
ii. Mencadangkan langkah untuk melestarikan zon bandar bagi menambah stok
karbon
SKOP KAJIAN
Oleh sebab penularan pandemik Covid-19 dan sekatan pergerakan menerusi Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) selain Proklamasi Darurat 2021, ianya tidak
memungkinkan kajian pengiraan biojisim tumbuhan dilakukan sepertimana kajian-
kajian yang terdahulu. Data yang diperoleh hanyalah imej yang diambil pengkaji
sendiri, imej satelit daripada Landsat 8 dan penggunaan perisian ArcGIS versi 10.8.
4
KEPENTINGAN KAJIAN
Isu suhu yang panas di kawasan Kota Setar khasnya dan Kedah amnya walaupun
disebabkan oleh peralihan monsun, kekurangan tumbuhan hijau juga menjadi
penyebab kawasan ini mengalami suhu yang panas hampir setiap tahun. Perkara ini
menjadi persoalan akan taburan tumbuhan hijau di kawasan Alor Setar ini dalam
mengawal suhu yang panas sebegini.
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah bertujuan untuk menganalisis
stok karbon di kawasan bandar Alor Setar menggunakan pendekatan Sistem
Maklumat Geografi (GIS). Kaedah yang digunakan ialah berdasarkan pemetaan
NDVI yang merupakan salah satu cara untuk mengetahui potensi stok karbon di
sesuatu kawasan berdasarkan indeks vegetasi.
Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji dapat mengetahui akan faktor
taburan tumbuhan yang menggambarkan potensi stok karbon. Hal ini membolehkan
pengkaji mengetahui serba sedikit mengenai pola taburan tumbuhan hijau dan dapat
membandingkan dengan taburan guna tanah di kawasan Alor Setar. Perkara ini akan
menjelaskan mengapa taburan tumbuhan hijau pada Bab IV nanti dapat dijelaskan
faktornya.
Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar
(MBAS) selaku pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab di kawasan Alor
Setar. Mereka boleh menjalankan usaha dan memastikan bandar raya ini mempunyai
jumlah stok karbon yang tinggi selain kelestarian bandar raya terpelihara.
5
KESIMPULAN
Kesimpulannya, menerusi kajian ini pengkaji dapat mengetahui akan potensi stok
karbon di kawasan Alor Setar menerusi pemetaan NDVI. Kawasan yang tidak
mempunyai stok karbon yang mencukupi cenderung untuk mempunyai masalah
berkaitan alam sekitar. Kaedah pemetaan sebegini adalah kerana berlakunya kekangan
yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini dapat dicapai melalui penentuan metod yang
akan dijelaskan pada Bab III nanti. Jumlah stok karbon dan pemetaan NDVI berkaitan
dengan tumbuhan hijau. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu MBAS
selaku PBT dalam mengekalkan kawasan yang mempunyai jumlah stok karbon yang
tinggi selain memelihara kawasan yang berpotensi.
6
BAB II
SENARAI KONSEP BERKAITAN DENGAN STOK KARBON DAN PEMETAAN
NDVI
PENGENALAN
Hutan, pokok atau kawasan hijau mempunyai keupayaan untuk menyimpan karbon.
Hutan mempunyai stok karbon lebih besar daripada tumbuhan renek, sampah dan
litupan tanah yang lain (Oviantari et al. 2018). Hutan mempunyai stok karbon yang
lebih tinggi daripada kawasan agroperhutanan dan ladang monokultur (Normah et al.
2020). Tapak disturbed forest (DF) mempunyai tahap stok karbon yang lebih tinggi
daripada tapak dry dipterocarp forest (DDF) (Vicharnakorn et al. 2014).
Bahagian ini membincangkan keterangan konsep yang digunakan dalam
penulisan ini yang berkaitan dengan penganggaran stok karbon di kawasan bandar.
Konsep sangat penting untuk difahami agar matlamat dan objektif kajian ini dapat
dicapai.
7
KETERANGAN KONSEP
Stok Karbon
Peningkatan suhu dunia atau perubahan iklim adalah berlaku disebabkan antara lain
ialah kesan rumah hijau (Deng et al. 2011). Kesan rumah hijau berlaku kerana sesuatu
ruang tertutup menyebabkan pelepasan haba tidak boleh berlaku. Hal ini kerana,
tindakan manusia yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau (Helmy 2018).
Taburat spatial stok-stok karbon yang berada di sesuatu tempat dapat mengurangkan
kesan rumah hijau. Menurut Deng et al. (2011) lagi, dunia pada masa itu mempunyai
anggaran stok karbon daratan sebanyak 2,477 bilion tan dan 1,150 bilion tan daripada
jumlah tersebut terkandung dalam tumbuhan atau vegetasi sebanyak 19 peratus dan
tanah sebanyak 81 peratus.
Maklumat mengenai stok karbon dapat dimanfaatkan oleh pihak pengurusan
dan pihak pembuat dasar dalam merangka satu strategi yang komprehensif dan
menyeluruh dalam usaha menjadikan Bumi ini satu tempat yang sihat dan selamat.
Stok karbon itu mempunyai tafsiran yang luas mengikut tafsiran dan kajian yang
dilakukan pengkaji. Kajian ini mengambil kira pelbagai definisi yang diberikan
melalui kajian literatur sama ada kajian dalam negara dan luar negara.
Antara definisi stok karbon adalah stok karbon meliputi stok karbon vegetasi,
stok karbon tanah, stok karbon sampah dan stok karbon haiwan. Oleh itu, sistem tanah
dianggap sebagai takungan karbon terbesar. (Deng et al. 2011). Stok karbon ialah
hasil nilai setara karbon yang diseragamkan dengan koordinat plot. Antara sumbernya
ialah biojisim atas tanah (AGB), biojisim bawah tanah, kayu mati, bukan pokok,
sampah dan bahan organik tanah. (Donkor et al. 2016). Perkara sama diterangkan oleh
Vicharnakorn et al. (2014) iaitu stok karbon ialah jumlah biojisim atas tanah (AGB)
untuk pelbagai jenis litupan tanah.
8
Stok karbon ialah ungkapan terpadu yang terhasil dari pelbagai proses yang
bermula dari pertumbuhan tanaman dan kematian sehingga kepada gangguan
semulajadi dan antropogenik (manusia). Taburan spatial kepadatan karbon atas tanah
(ACD) diukur dalam unit megagram (Mg = tan metrik) karbon per hektar. Ia nya
dipengaruhi pelbagai faktor pemboleh ubah spatial seperti iklim, biodiversiti, corak
dan gangguan seperti pembalakan dan kebakaran. (Asner et al. 2018)
Stok karbon ialah hasil persamaan alometrik dan sampah dan tumbuhan renek
dianggarkan menggunakan persamaan faktor pengembangan biojisim (BEF).
Kandungan karbon organik dalam sampel tumbuhan yang diukur dengan Kaedah
Walkley and Black. (Oviantari et al. 2018). Tambahan pula, stok karbon ialah stok
karbon semulajadi di persekitaran yang berbeza. Antaranya ialah lautan, simpanan
bahan bakar fosil, sistem daratan dan atmosfera. Seperti disebutkan sebelumnya,
antara salah satu stok karbon daratan ialah tumbuhan yang berperanan
mengasingkan/mengeluarkan karbon dari atmosfera semasa fotosintesis. (Nurun
Nadhirah 2018)
Guna Tanah
Menurut Hairy et al. (2010) guna tanah adalah perubahan aktiviti seperti perumahan,
bandar, perindustrian dan lain-lain. Hal ini kerana, guna tanah akan berubah mengikut
keperluan dan kehendak manusia. Landskap persekitaran juga akan berubah sekaligus
mewujudkan perubahan kesan samada kesan positif mahupun negatif. Oleh sebab itu,
aktiviti guna tanah perlu dikawal supaya kelestarian alam sekitar terus terjamin.
Tambahan pula, menurut Shaharudin, Lim dan Abdul Samad (2004),
perubahan pembangunan akan menyebabkan perubahan guna tanah berlaku.
Permintaan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat menyebabkan perubahan guna
tanah berlaku dari kawasan hutan kepada bukan hutan.
9
Sebagai contohnya, kawasan hutan akan ditebang untuk aktiviti perumahan
demi menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat. Perubahan guna tanah
yang berlaku boleh dikenalpasti dengan menggunakan penderiaan jauh atau Sistem
Maklumat Geografi (GIS). Dengan adanya penggunaan teknologi satelit ini
pembalakan haram juga dapat diatasi.
Bandar
Bandar merupakan sesuatu kawasan yang mempunyai penghuni. Pembentukan bandar
akan membawa perubahan dari segi saiz penduduk. Hal ini kerana, pembukaan bandar
akan membawa kesan kepada persekitaran bandar seiring dengan peningkatan jumlah
penduduk. Bandar juga dianggap lebih penting dalam pembentukan manusia
berbanding dengan alam sekitar. Oleh sebab itu, bandar akan dikaitkan dengan
pertambahan penduduk yang bergabung untuk membentuk bandar (Syahidah & Nor
Zalina 2018).
Teknologi Penderiaan Jauh
Teknologi penderiaan jauh atau Remote Sensing Technology menghasilkan data jarak
jauh yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian aktiviti ekonomi negara.
Contohnya, untuk mengesan suhu permukaan laut dari satelit atau mengira jumlah
ozon di atmosfera akan menggunakan teknologi penderiaan jauh. Menurut Saiful
(2020), kaedah ini sangat efektif terutaamnya dalam kajian yang berskala besar. Oleh
sebab itu, data jarak jauh daripada sensor yang berbeza, pemetaan dan pemodelan
sumber alam sekitar dapat diperolehi.
Menurut Hua (2015), remote sensing merupakan satu alat yang digunakan
untuk cerapan maklumat. Sinaran elektromagnet dapat menghasilkan gambar atau
imej dengan bantuan daripada teknologi satelit. Antara proses cerapan maklumat
adalah menangkap imej dan sensor akan menghasilkan data.
10
Penggunaan warna dalam objek atau imej yang ditangkap merujuk kepada
aplikasi dalam kehidupan seharian. Teknologi penderiaan jauh juga terbahagi kepada
dua jenis iaitu penderiaan pasif dan penderiaan aktif. Penderiaan pasif bergantung
kepada tenaga matahari dan hanya berfungsi pada waktu siang untuk mengukur
gelombang electromagnet daripada sasaran. Manakala, penderiaan aktif pula
memancarkan gelombang elektromagnet ke objek sasaran dan berfungsi pada waktu
siang mahupun malam (MOSTI 2021).
GIS
Menurut Esri (2019), Geographic Information System atau Sistem Maklumat Geografi
(GIS) adalah perisian yang mempunyai banyak kegunaan yang boleh digunakan di
dalam pelbagai bidang ilmu. Antaranya ialah pendidikan, alam sekitar dan
infrastruktur. Ini kerana GIS menggunakan prinsip analisis data dalam bentuk spatial
dan boleh menghasilkan banyak bentuk data. Oleh sebab itu, GIS melibatkan beberapa
langkah iaitu perancangan, pemerhatian, pengumpulan, penyimpanan, pengurusan dan
penganalisian data supaya sesuatu keputusan dapat diperolehi.
Menurut Wan Yusryzal (2008), GIS boleh digunakan dalam perancangan
pembangunan lestari terutamanaya berkait dengan aspek alam sekitar yang menangani
data spatial (ruangan) dan data atribut (bukan ruangan). Membolehkan pembuatan
keputusan dapat dilakukan dengan lebih pantas kerana mampu mengenadilkan dan
mengintegrasikan pelbagai data yang berbeza untuk senario dapat dihasilkan mengikut
beberapa kriteria pengguna.
11
NDVI
Normalized Difference Vegetation Index atau Indeks Perbezaan Vegetasi (NDVI)
menggunakan prinsip spektrum electromagnet dan pemantulannya oleh tumbuhan dan
boleh digunakan untuk menganalisis pelbagai tempat yang dipantau oleh satelit-satelit
yang menghasilkan imej cahaya merah dan inframerah (Up42 2020). Ianya digunakan
baik oleh petani dan penyelidik dalam memastikan kelestarian dan mengawasi
perubahan ekosistem. Pemantauan ini perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan
rumah hijau akibat aktiviti manusia.
Menurut Bayat (2011), NDVI ialah indeks vegetasi yang digunakan untuk
menganggarkan biojisim vegetasi hijau dengan meningkatkan pemantulan klorofil
dalam nisbah cahaya merah dan infra merah. NDVI ini boleh menghadapi kesukaran
apabila berlakunya ketepuan di kawasan yang mempunyai bijoisim yang tinggi. NDVI
membolehkan penganggaran seberapa hijau di sesebuah kawasan dan memberikan
perbandingan yang baik ketika perubahan musim berlaku di dalam pertumbuhan dan
aktiviti vegetasi.
12
BAB III
ULASAN KARYA PENGKAJI TEMPATAN DAN PENGKAJI ANTARABANGSA
BERKAITAN STOK KARBON
PENGENALAN
Bahagian ini membincangkan kajian ulasan karya yang digunakan dalam penulisan ini
yang berkaitan dengan penganggaran stok karbon di kawasan bandar. Ulasan karya ini
sangat penting untuk difahami agar matlamat dan objektif kajian ini dapat dicapai.
Ulasan karya yang dilakukan adalah berasaskan kajian lepas antarabangsa dan
dalam negara yang dihasilkan oleh ahli akademik daripada internet. Bahan-bahan ini
diperolehi dari laman web yang bersifat akademik. Melalui pemerhatian ini, pengkaji
dapat melihat akan hasil kajian penyelidik terdahulu dan seterusnya dapat menilai
kelemahan dan kekurangan kajian mereka.
13
ULASAN KARYA
Kajian Lepas Antarabangsa
Menurut Deng et al. (2011), ekosistem hutan menghasilkan sebanyak 1.34 juta tan
karbon yang bernilai sebanyak 1,369.40 juta Yuan. Ini kerana ekosistem hutan di sana
adalah seluas 1,423.8 km2 dan mempunyai lima kawasan hijau dan satu taman negara.
Perkara ini menunjukkan hubungan yang jelas antara keluasan kawasan hijau dan
jumlah stok karbon. Kajian itu mendapati stok karbon yang terhasil daripada
ekosistem di Tiantai, Wilayah Zhejiang, China adalah mempunyai potensi dalam
perniagaan karbon atau carbon trading dan telah dikira melalui pengiraan integrasi
antara kaedah biojisim dan penggunaan aplikasi GIS.
Menurut Vicharnakorn et al (2014) pula, penyelidik mendapati bahawa
kawasan hutan campur atau mixed deciduous forest (MDF) di Savannakhet, Laos
mempunyai jumlah stok karbon yang paling tinggi. Jumlah karbon di kawasan
tersebut ialah 151.80 Mt dengan purata 120 t/hektar. Perkara ini terjadi kerana MDF
adalah kawasan yang mempunyai jumlah tumbuhan besar yang banyak dan keluasan
kawasan yang besar berbanding kawasan kajian yang lain.
Donkor et al. (2016) dalam kajiannya yang menggunakan perisian GIS dan
kajian lapangan untuk menentukan pemetaan stok karbon telah mendapati jumlah stok
karbon di kawasan kajian ialah di antara 2,236,938.90 – 2,865,148.33 tan. Jumlah
yang besar ini adalah kerana kawasan kajian itu sendiri merupakan Hutan Bosomkese,
Ghana yang mempunyai jumlah taburan tumbuhan yang besar berbanding guna tanah
yang lain.
Kajian yang dilakukan oleh Oviantari et al. (2018) di Kota Singaraja, Bali,
Indonesia adalah bertujuan untuk menentukan stok karbon di bandar pelabuhan yang
juga kabupaten Buleleng. Hasil dapatan mendapati bahawa purata stok karbon pada
14
pokok di sana ialah 30.750 tan per hektar. Pokok di sana merupakan penyimpan stok
karbon yang terbesar berbanding tumbuhan renek dan sampah di atas tanah.
Shen et al. (2020) mendapati bahawa purata ketumpatan stok karbon di Bandar
Shanghai bagi tahun 2005-2015 ialah 17.5 tan per hektar. Jumlah ini boleh dikatakan
sebagai besar kerana status bandar raya itu yang merupakan antara bandar terbesar di
China. Terdapat peningkatan jumlah stok karbon pada 2011-2015 dan 92 peratus stok
karbon di bandar tersebut terletak di kawasan pinggir bandar.
Kajian Lepas Dalam Negara
Menurut Kanniah et al. (2014), kawasan hutan bandar di Iskandar Malaysia, Johor
adalah sebanyak 70 t C ha-1 sebagai purata. Kajian ini menumpukan akan analisis
jumlah stok karbon di kawasan kajian dan menilai peranan tumbuhan di hutan bandar.
Perkara ini berlaku kerana kawasan Iskandar Malaysia masih mempunyai kawasan
hijau yang banyak dan agenda alam sekitar berada di dalam perancangan bandar
moden tersebut.
Kepadatan stok karbon di kawasan tidak dibalak dan kawasan yang dibalak
adalah sebanyak 200-500 Mg C ha-1 dan 60-140 Mg C ha-1 masing-masing (Asner et
al. 2018). Kawasan hutan di Sabah mempunyai pelbagai potensi alam semulajadi dan
kebanyakan kawasan telah diterokai terutamanya untuk pembalakan dan pertanian.
Kajian ini boleh digunakan untuk menentukan kawasan hutan di Sabah yang perlu
dipelihara pada masa akan datang.
Hutan Simpan Paya Laut Matang atau Hutan Bakau Matang mempunyai
jumlah stok karbon sebanyak 3.04 juta t C pada 1991 dan 2.15 juta t C pada 2011
(Hamdan et al. 2013) Kawasan di sekitar hutan paya laut terbesar di dalam negara
yang berkeluasan kira-kira 41,000 hektar telah mengalami kemodenan dan
pembangunan yang pesat. Banyak kawasan telah ditebusguna tanah. Keadaan ini
secara langsung menjelaskan terdapatnya pengurangan yang ketara akan jumlah
kawasan stok karbon di sana.
15
Matthew et al. (2018) mendapati bahawa jumlah simpanan stok karbon di
Hutan Dipterokarp Campuran Endau Rompin ialah sebanyak 281 Mg(C) ha-1 dan
bernilai $7,280 t CO2 ha-1. Hasil kajian ini menunjukkan potensi stok karbon di
kawasan kajian dan tindakan kelestarian perlu dititikberatkan oleh pihak berkuasa.
Keadaan ini akan dapat mengatasi masalah pelepasan gas rumah hijau di kawasan
sekitar.
Kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam telah dijadikan kawasan kajian untuk
menilai fizikal dan nilai wang biojisim hutan dan karbon stok. Menurut Ismariah &
Ahmad (2007), jumlah stok karbon di kawasan rekreasi yang terletak di Puchong,
Selangor itu adalah sebanyak 104 – 111 tan per hektar. Nilai stok karbon juga
dianggarkan bernilai antara RM 1,654 – RM 20,800 per hektar. Hasil ini dapat
digunakan dalam mengukur nilai ekonomi kawasan hutan tersebut dan kawasan hutan
lain. Pembangunan dapat dikawal dan kelestarian alam sekitar dapat dijaga selain
dapat digunakan untuk tujuan rekreasi dan tadahan hujan di negeri Selangor itu.
16
BAB IV
LATAR BELAKANG ALOR SETAR DARI PERSPEKTIF GEOGRAFI FIZIKAL
PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan mengenai kawasan kajian. Kawasan kajian merupakan
had kedudukan dan sempadan lokasi kajian. Kawasan kajian mempunyai nama,
sempadan, poligon tertutup dan kedudukan. Dalam konteks kawasan kajian ini ialah di
kawasan Alor Setar, Kedah. Pengkaji akan menerangkan mengenai latar belakang,
demografi penduduk, topografi & guna tanah dan aktiviti sosioekonomi.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang dipilih adalah bandar raya Alor Setar, Kedah. Alor Setar
merupakan sebauh bandar yang terletak di dalam daerah Kota Setar. Bandar ini
berfungsi sebagai ibu daerah dan ibu negeri bagi Kedah pada masa yang sama.
Kedudukan Alor Setar adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.
Secara geografinya, kedudukan bandar raya ini mempunyai kedudukan latitud
6.124800 dan longitud 100.367821. Manakala Alor Setar pula ialah berkedudukan di
antara 6011’0.2”U, 100015’31.2”T dan 605’25.2”U, 100026’48.5”T.
17
Rajah 4.1: Peta kawasan kajian (Alor Setar)
18
Sultan Mohamad Jiwa telah membina bandar ini pada 31 Disember 1735 dan
kekal menjadi ibu negeri Kedah sehingga kini. Bandar ini telah diberikan status
bandar raya pada 21 Disember 2003. Kota Setar atau Alor Setar mempunyai 34
mukim dan bekeluasan 66,541 hektar (Draf RTD Kota Setar 2020). Alor Setar berada
di dalam daerah Kota Setar yang mempunyai keluasan sebanyak 432.9 kilometer
persegi seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Keluasan daerah-daerah negeri Kedah
DAERAH KELUASAN (km2)
Kota Setar 423.9
Kuala Muda 926.5
Kubang Pasu 950.2
Langkawi 479.3
Kulim 764.0
Baling 1,541.8
Padang Terap 1,356.7
Pendang 588.2
Sik 1,657
Yan 246.4
Bandar Baharu 270.2
Pokok Sena 242.8
KEDAH 9,447
Sumber: Diubahsuai daripada portal rasmi Kit Perkhidmatan Awam Negeri Kedah 2021
19
Demografi penduduk
Menurut Draf RTD Kota Setar 2020 (2009), penduduk di dalam daerah Kota Setar
pada 2000 adalah seramai 372,292 dan bertambah kepada 417.8 ribu orang pada 2019
seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.2.
Menurut DOSM (2020), penduduk terkini di kawasan Kota Setar adalah
seramai 417.8 ribu dan berkepadatan sebanyak 982 orang/km2. Indeks perumahannya
pula adalah kedua tertinggi selepas daerah Kuala Muda iaitu sebanyak 107,430 unit
perumahan dan 85,499 isi rumah.
Jadual 4.2: Penduduk mengikut daerah pentadbiran Kedah 2018-2019
Daerah Penduduk pada 2018 (‘000) Penduduk pada 2019 (‘000)
Kuala Muda 514.4 521.2
Kota Setar 412.3 417.8
Kulim 325.6 329.8
Kubang Pasu 250.5 254.2
Baling 154.1 156.4
Langkawi 109.8 111.5
Pendang 108.2 109.9
Yan 77.6 78.8
Sik 77.0 78.2
Padang Terap 71.9 73.0
Pokok Sena 56.6 57.5
Bandar Baharu 47.9 48.6
Sumber: Diubahsuai daripada Portal Rasmi Kit Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
20
Topografi & guna tanah
Alor Setar mempunyai bentuk muka bumi yang agak rata dan rendah. Ini kerana
bandar raya ini terletak di dalam Dataran Kedah-Perlis yang landai dan memanjang
sehingga ke Pulau Pinang. Selain itu, tanah di Kota Setar juga mempunyai saliran
yang baik dan jarang menghadapi banjir apabila hujan yang lebat turun.
Sungai utama di Alor Setar ialah Sungai Kedah yang merentasi ke tengah
bandar raya dan mempunyai batang anak sungai ke kawasan hulu di kawasan
pedalaman Kedah. Antaranya ialah Sungai Besar, Sungai Tajar dan Sungai Pendang.
Aktiviti utama di dalam kawasan kajian ialah pertanian. Hal ini dicirikan oleh
bilangan sawah padi yang luas terbentang baik di dalam Kota Setar mahupun di
Kedah. Perkara ini akan dilanjutkan dengan lebih lanjut di dalam Bab VI akan datang.
Sterusnya guna tanah kediaman di mana penduduk membina rumah atau tempat
kediaman selain guna tanah perindustrian dan perniagaan.
Aktiviti sosioekonomi
Langgar, Tandop, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Alor Mengkudu merupakan
kawasan penempatan utama di kawasan kajian. Perniagaan juga berkembang bagi
memenuhi keperluan penduduk setempat.
Aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dibina untuk
aktiviti penerbangan domestik. Aktiviti pengangkutan keretapi juga wujud di Pusat
Bandaraya Alor Setar (Pihak Berkuasa Tempatan 2021). Terdapat banyak pusat
membeli belah dan kemudahan lain di dalam Alor Setar. Antaranya ialah Lebuhraya
Sultanah Bahiyah, Pasar Seberang Jalan Putra, Hospital Sultanah Bahiyah, klinik
kesihatan daerah, Aman Central Mall, Alor Setar Mall, Star Parade, Mydin Taman
Saga.
21
Pelan Pembangunan Kedah 2035 akan dibincangkan dan diselaraskan dengan
keperluan masyarakat di Kedah supaya pembangunan ekonomi dan sosiobudaya dapat
distabilkan (Sinar Harian Online 2020). Antara sektor yang menjana Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) Kedah ialah pembinaan, pelombongan & perkuarian,
pembuatan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.
22
BAB V
METOD KAJIAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MENULIS
PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan metod yang digunakan. Metod kajian pula merupakan
pendekatan, kaedah atau cara yang digunakan oleh para pengkaji untuk mencapai
matlamat dan objektif kajian. Tambahan pula, metod kajian menjadikan kajian yang
dilakukan lebih teratur, sistematik dan menjamin perjalanan kajian dengan lebih
terarah dalam mencapai objektif kajian. Antara metod utama yang digunakan ialah
penggunaan perisian ArcGIS versi 10.8.
KAEDAH
Rujukan data statistik
Rujukan data statistik diperlukan untuk mengetahui akan keluasan sebenar mengenai
guna tanah di kawasan kajian dan juga peratusan daripada kawasan keseluruhan. Data
statistik ini diperolehi dalam dokumen Rancangan Struktur Negeri Kedah (RSNK)
2002-2020 dan Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Kota Setar 2020. Data-data
ini digunakan untuk menyokong hasil analisis Bab VI nanti. Ini kerana pengiraan
biojisim di lapangan tidak dapat dilakukan semasa waktu pandemik ini.
23
Pemerhatian di lapangan
Pemerhatian yang dilakukan bagi mengenalpasti jenis guna tanah di lapangan. Kaedah
ini digunakan untuk mengambil gambar terkini di bandar Alor Setar dengan
mengambil gambar di sekitar kawasan hijau bandar ini. Hasil pemerhatian mendapati
banyak kawasan hijau di bandar ini termasuk pokok-pokok yang ditanam di sekitar
jalan selain kawasan tumbuhan yang dibiar tumbuh di sekitar Sungai Kedah selain
taman rekreasi yang ditanami tumbuhan berdiameter besar.
Data sekunder
Data sekunder merupakan data yang diperolehi oleh hasil kajian sedia sama ada
penulisan ilmiah dan juga artikel yang berkenaan. Ianya mudah dicapai melalui
kemudahan internet yang bersifat langit terbuka.
Oleh sebab penggunaan data primer hanyalah pemerhatian di lapangan,
penggunaan data sekunder yang besar adalah diperlukan dalam menjayakan kajian ini.
Ini termasuklah dengan meneliti dokumen dan penulisan ilmiah terdahulu selain imej
satelit daripada United States Geographical Survey (USGS).
USGS & ArcGIS
Data imej satelit yang digunakan juga bersifat data sekunder. Ini kerana imej yang
terhasil oleh satelit Landsat 8 adalah daripada pihak USGS. Pemilihan kaedah ini
merupakan kaedah yang disyorkan oleh penyelia sendiri untuk mendapatkan data
yang boleh digunakan di dalam pemetaan Normalized Difference Vegetation Index
(NDVI) di dalam perisian ArcGIS versi 10.8.
24
Sebagai permulaan, imej satelit Landsat 8 telah diperolehi daripada laman web
United States Goelogical Survey (USGS). Pemilihan imej adalah berdasarkan
kawasan kajian dan juga tarikh yang tidak menampilkan imej berawan yang banyak.
Tarikh imej satelit yang dipilih adalah 5 Mei 2021. Setelah selesai memilih tarikh,
pengkaji memuat turun imej itu dalam format penuh sebelum mengekstraknya kepada
fail-fail yang lebih ringkas. Hasil ekstrak tersebut akan digunakan di dalam perisian
ArcGis versi 10.8. Penggunaan formula NDVI adalah ditunjukkan di bawah.
NDVI = Normalized Difference Vegetation Index
PIR = Near-Infrared Spectral Band
R = Red Spectral Band
B4 = Band 4
B3 = Band 3
Imej yang terhasil selepas pemetaan akan dianalisis akan faktor terjadinya
keadaan peta sedemikian dan juga cadangan untuk mengekalkan dan menambah
kawasan yang mempunyai jumlah stok karbon yang banyak di kawasan kajian.
25
Kajian atas talian
Oleh sebab tidak dapat hadir ke perpustakaan kerana faktor pandemik dan sekatan
pergerakan, maka pengkaji menggunakan pendekatan yang lebih sesuai dan selari
dengan perkembangan teknologi. Pendekatan yang dimaksudkan ialah kajian atas
talian.
Pengkaji mencari kajian yang berkaitan di laman web ilmiah seperti Academia,
Google Scholar, UKM e-Journal System, ResearchGate selain penggunaan Google
Earth dan Google Maps. Selain itu, sumber akhbar elektronik juga turut digunakan.
Antaranya ialah Berita Harian Online, My Metro dan Sinar Harian Online.
Pemetaan ini seperti mana yang diterangkan di dalam Bab III. Segala proses
yang digunakan ialah berdasarkan pemerhatian dan penelitian berdasarkan video-
video di dalam Youtube yang bertajuk ‘How to download Landsat 8 or any satellite
data from USGS Earth Explorer’, ‘How to download (GIS) data for any country
especially shapefile (boundaries) and DEM’ dan ‘How to calculate NDVI using
ArcGIS’.
Penggunaan kaedah ini adalah untuk menambah input kepada hasil kajian dan
sebagai penguat hujah akan cadangan yang akan dikemukakan di dalam Bab VII
nanti. Hasilnya, objektif kajian akan lebih mudah dicapai melalui kaedah ini.
26
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual ialah sebuah aliran kerangka yang menerangkan akan bentuk
kajian, hala tuju dan fasa dalam kajian secara ringkas. Pembinaan kerangka sebegini
menyebabkan grafik yang mudah difahami dapat dihasilkan dan menerangkan secara
ringkas mengenai kajian ini. Rajah 5.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian ini.
Rajah 5.1: Kerangka konseptual kajian
27
BAB VI
PETA NDVI & GUNA TANAH ALOR SETAR
PENGENALAN
Bab ini akan menjelaskan dapatan kajian mengenai pemetaan NDVI di Alor Setar,
Kedah dan kaitannya dengan guna tanah di kawasan kajian.
PETA NDVI DAN GUNA TANAH ALOR SETAR
Hasil pemetaan NDVI bagi kawasan Alor Setar adalah ditunjukkan pada Rajah 6.1.
Peta ini menggambarkan pola dan taburan indeks vegetasi di kawasan kajian.
Pemetaan ini adalah berdasarkan pemantulan gelombang elektromagent kepada
struktur klorofil di sesuatu tempat.
Kawasan berwarna hijau adalah mewakili kawasan yang mempunyai
tumbuhan yang sihat. Perkara ini berbeza dengan kawasan warna kuning dan merah
yang mewakili tempat yang tidak mempunyai taburan klorofil. Antaranya ialah
kawasan kediaman, jalan raya, sungai, laut dan tanah.
28
Rajah 6.1: Peta NDVI Alor Setar, Kedah
29
Peta NDVI yang telah dihasilkan menunjukkan beberapa perkara yang
menarik. Antaranya ialah kawasan hijau yang masih banyak walaupun di kawasan
bandar. Majoriti kawasan bandar dan daerah Kota Setar ditandakan dengan hijau dan
kuning selain sedikit warna merah. Tandaan warna hijau ini dibuktikan dengan
perbandingan kawasan Alor Setar pada 2003 dan 2020 yang tidak ketara
perubahannya menurut Timelapse Google Earth.
Ini berlaku mungkin kerana banyak kawasan merupakan ialah kawasan
pertanian padi dan penanaman sayuran selain kawasan hijau yang ditanam oleh
tumbuhan besar. Antara kawasan hijau di bandar yang mempunyai bilangan pokok
yang berdiameter besar ialah Taman Merdeka bersebelahan Stadium Darul Aman,
Taman Jubli Perak selain sepanjang jalan di kebanyakan tempat di dalam bandar.
Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri dan Majlis
Bandaraya Alor Setar (MBAS), guna tanah pertanian merupakan guna tanah yang
terbesar. Ini dibuktikan dengan nilai 73.32 peratus keluasan kawasan Kota Setar (Draf
RTD Kota Setar 2020) adalah diklasifikasikan sebagai kawasan pertanian termasuklah
sawah padi yang luas terbentang di daerah ini. Perkara ini ditunjukkan pada Jadual
6.1.
Jadual 6.1: Data guna tanah RTD Kota Setar 2020
Guna Tanah Draf RTD Kota Setar 2020
Keluasan (hektar) Peratus (%)
Pertanian 48,823.59 73.32
Kediaman 5,813.42 8.73
Perindustrian n/a 0.46
Perniagaan 215.71 0.32
Sumber: Diubahsuai daripada Draf RTD Kota Setar 2020
30
Dalam guna tanah pertanian tersebut, tanaman padi adalah jenis tanaman
kedua terluas di dalam kategori guna tanah pertanian di Kedah menurut RSNK 2002-
2020. Padi banyak ditanam di dalam daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan
Yan. Jumlah keluasannya adalah sebanyak 135,300.55 hektar (14.4%). Perkara ini
ditunjukkan di Jadual 6.2.
Jadual 6.2: Perbandingan keluasan tanaman untuk guna tanah pertanian di Kedah
Pertanian 515,182. 93 hektar
Tanaman Keluasan (hektar) Peratus (%)
Getah 229,990.12 24.3
Padi 136,300.55 14.4
Kelapa sawit n/a n/a
Sumber: Diubahsuai daripada RSNK 2002-2020
Peta guna tanah di daerah Kota Setar yang majoritinya kawasan penanaman
padi dan getah serta hutan di bahagian timur laut dan timur. Ini selaras dengan peta
hasil kajian pada Rajah 6.1 yang menunjukkan kebanyakan kawasan yang dipetakan
telah ditanda dengan warna hijau yang mewakili tumbuhan pada peta NDVI tersebut.
Perkara dan bukti di atas menunjukkan bahawa warna hijau di dalam peta tersebut
adalah berkait rapat dengan guna tanah pertanian yang paling luas di kawasan kajian.
Oleh sebab pemetaan NDVI melibatkan pemantulan kepada klorofil yang
terdapat pada tumbuhan yang sihat, kawasan yang tidak mempunyai klorofil telah
ditandakan dengan warna merah dan kadang kala kuning.
Berdasarkan Rajah 6.1, kawasan Alor Setar mempunyai sedikit tompok-
tompok merah di seluruh bandar. Kawasan kediaman dan penempatan juga ditandakan
dengan warna merah. Ini kerana bangunan-bangunan tersebut tidak mempunyai
pigmen klorofil untuk dipantulkan semasa pemetaan NDVI.
31
Kawasan merah yang majoritinya terletak di kawasan timur laut adalah besar
kemungkinan gabungan awan dan tanah kosong yang belum ditanami sawah atau
kawasan penempatan. Tumbuhan mati juga ditandakan merah di dalam pemetaan
NDVI. Selain itu, kawasan yang bertanda merah juga mewakili jasad air seperti
sungai dan laut seperti di bahagian barat dan barat daya Alor Setar.
Perkara ini kerana di kebanyakan tempat di Alor Setar, banyak tumbuhan
dibiarkan tumbuh meliar ataupun ditanam oleh pihak MBAS di sepanjang jalan
utama. Kebanyakan tempat di pinggir bandar juga digunakan sebagai sawah padi.
Pemetaan Kawasan Tumpuan Pembangunan Utama (KPTU) di dalam RSNK 2002-
2020. Perkara ini disahkan oleh pengkaji sendiri apabila turun membuat pemerhatian
di lapangan. Oleh sebab itu, kawasan bandar mempunyai kurang kawasan yang
bertanda merah dan hanya bersifat tompok-tompok yang berterabur.
Ini menyebabkan data yang spesifik dan hasil kajian yang lebih terperinci tidak
dapat dilakukan oleh pengkaji. Oleh sebab itu, kawasan yang bertanda hijau adalah
dianggap sebagai kawasan yang mempunyai kawasan stok karbon yang tinggi.
Perkara ini berlawanan dengan kawasan yang bertanda merah iaitu kawasan yang
mempunyai terlalu sikit atau langsung tiada. Kawasan yang bertanda kuning pula
ialah kawasan yang dianggap ditumbuhi tumbuhan renek atau tumbuhan sakit.
32
BAB VII
CADANGAN LANGKAH MELESTARIKAN ALOR SETAR SEBAGAI USAHA
MENAMBAH STOK KARBON
PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan mengenai usulan langkah yang boleh dilakukan oleh
pihak berkuasa dalam usaha menambah stok karbon di kawasan kajian.
CADANGAN LANGKAH
Konsep bandar pintar
Pihak kerajaan negeri dan pihak MBAS perlu memperkenalkan konsep bandar pintar
yang lestari baik kepada daya tahan ekonomi dan juga kepada daya tahan alam sekitar.
Perkara ini tidak menjadi sesuatu yang perlu dihairankan apabila pihak berkuasa
tempatan (PBT) di kawasan lain sudah merancang dan ada yang mula menggerakkan
usaha mencapai matlamat bandar pintar. Antaranya dibuktikan pada Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Konsep bandar pintar di Malaysia dan inisiatifnya kepada alam sekitar
Konsep bandar pintar Inisiatif dengan alam sekitar
Smart Selangor Smart agro
Smart development infrastructure
Cyberjaya Smart & Low Carbon City Teras ke 3
2025 Improving standard of environmental sustainability
Iskandar Malaysia Smart City Smart environment
Framework Smart mobility
Sustainable Putrajaya 2025 Prinsip pertama
Green: Green city, reduces carbon emission, green
business and green lifestyle
Sumber: Diubahsuai daripada Norzita (t.th.)
33
Selain pengawalan pencemaran yang lebih sistematik, konsep bandar pintar
dalam konsep alam sekitar juga berperanan menggalakkan penghuninya agar tidak
melakukan aktiviti yang melepaskan karbon yang banyak.
Antara aktiviti yang menghasilkan karbon yang banyak ialah pelepasan bahan
api fosil. Petrol dan diesel dilepaskan oleh sektor pengangkutan dan industri. Di
kawasan yang mempunyai kawasan perindustrian, pihak industri perlu diminta untuk
mengurangkan aktiviti pelepasan karbon dioksida yang mengancam bekalan oksigen
selain berperanan dalam pulau haba bandar. Pertambahan kenderaan pengangkutan
darat di Kedah sebanyak 1.30 peratus (MOT 2021) seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 7.2 juga menyumbang kepada pelepasan karbon dan juga partikel cemar yang
dapat mengundang jerebu. Sudah pasti sebagai bandar yang berstatus pusat
pentadbiran negeri dan antara bandar terbesar di wilayah Utara, Alor Setar tidak
terkecuali dalam menerima penambahan 1.30 peratus tersebut.
Jadual 7.2: Jumlah terkumpul kenderaan darat mengikut negeri tahun 2020 berbanding tahun 2019
NEGERI Jumlah bilangan Jumlah bilangan Peratus
kenaikan (%)
Perlis pada 2019 pada 2020
Kedah 3.06
Pulau Pinang 122,502 126,247 1.30
Perak 0.88
Kelantan 1,447,077 1,465,960 1.07
Terengganu 0.76
Pahang 2,748,124 2,772,378 2.18
Selangor 1.44
W.P. Kuala Lumpur 2,330,175 2,355,378 1.35
W.P. Putrajaya 1.20
Negeri Sembilan 921,996 929,033 0.31
Melaka 1.08
Johor 682,210 697,083 0.83
Sarawak 0.95
W.P. Labuan 1,103,833 1,119,780 1.68
Sabah 2.51
3,042,922 3,084,059 1.66
MALAYSIA 3.73
6,444,245 6,521,419
157,897 158,379
998,941 1,009,778
884,033 891,355
3,734,722 3,770,117
1,873,794 1,905,235
75,321 77,208
1,302,170 1,323,753
31,214,772 32,378,174
Sumber: Diubahsuai daripada MOT 2021
34
Selain itu, langkah kelestarian alam sekitar atau kawalan penghijauan kawasan
juga turut menjadi antara intipati konsep pembangunan bandar pintar seperti mana
yang telah ditunjukkan pada Jadual 7.1. Antaranya pembangunan sektor pertanian
pintar yang berintegrasi dengan teknologi agar tidak mencemarkan alam sekitar selain
menambah jumlah stok karbon di kawasan berkenaan.
Oleh sebab itu, penghuni bandar dan juga PBT di kawasan bandaraya ini
diminta merancang konsep bandar pintar kepada Bandaraya Alor Setar ini dalam
usaha untuk melestarikan bandar selain menambah jumlah stok karbon di bandar ini.
Penanaman pokok
Berkaitan dengan 7.2.1 di atas, konsep bandar pintar yang lebih meluas konsepnya
dapat dikecilkan kepada aktiviti yang spesifik. Aktiviti spesifik yang dimaksudkan
ialah penanaman pokok.
Menurut Astro Awani (2013), sebanyak 100,000 batang pokok telah
disasarkan untuk ditanam di Greater Kuala Lumpur dan juga pemeteraian
memorandum persefahaman (MoU) antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). MoU ini bertujuan untuk
mengenalpasti jenis pokok yang sesuai untuk ekosistem bandar dan juga mampu
hidup subur selepas ditanam.
Perkara di atas merupakan perkara yang perlu dicontohi oleh pihak MBAS dan
kerajaan negeri. Ini kerana pokok-pokok yang akan ditanam bukan sahaja akan
berperanan untuk menambah bekalan oksigen dan stok karbon di bandaraya ini selain
penapis pencemaran semulajadi, bahkan juga dapat dijadikan stok hasil perhutanan
pada masa akan datang.
35
Perkara ini telah menjadi keutamaan oleh pihak PLUS Expressway Berhad
yang menanam beribu-ribu pokok jati di tempat-tempat tertentu di sepanjang Lebuh
Raya Utara-Selatan. Antara kawasannya ialah di antara Gurun-Sungai Petani di
Kedah. Oleh itu, penanaman pokok jati dan juga pokok balak yang lain perlu ditanam
di dalam kawasan bandaraya ini. Ianya boleh ditanam di sepanjang jalan di dalam
bandar.
Di Alor Setar, terdapatnya pokok tecoma yang kerap menjadi perhatian
penduduk setempat dan juga pelancong apabila mengeluarkan bunga berwarna merah
jambu seolah-olah sakura di Jepun. Pihak berkuasa perlu menambah lagi pokok jenis
ini untuk dapat dijadikan sumber pelancongan kepada bandaraya ini selain menambah
stok karbon di bandaraya ini.
Konsep pelancongan hijau
Di Malaysia, antara kawasan pelancongan hijau yang terkenal ialah Taman Tasik
Titiwangsa, FRIM dan taman-taman yang banyak di Putrajaya seperti Taman Saujana
Hijau. Perkara ini dapat ditiru oleh MBAS dalam mengindahkan Taman Merdeka dan
Taman Jubli Perak selain melakukan perancangan untuk membina taman yang
berkonsepkan alam sekitar seperti Taman Saujana Hijau di Presint 11, Putrajaya.
Bukan menjadi rahsia lagi kepada penduduk di kawasan sekitar Putrajaya, Kajang dan
Bandar Baru Bangi bahawa kawasan taman tersebut menjadi kawasan fotografi yang
kerap dikunjungi baik dalam kalangan pelajar mahupun penduduk.
Menurut Hamzah et al. (2014), kawasan hijau mempunyai beberapa manfaat
kepadas alam sekitar dan juga manusia. Antaranya ialah zon penampan dalam
menghadapi pembangunan, mempengaruhi suhu dan persekitaran agar lebih nyaman
dan medan pertemuan sosial masyarakat & keluarga. Impak pembinaan kawasan hijau
sebagai tujuan rekreasi dan tarikan pelancongan juga dapat dimanfaatkan oleh
penduduk setempat untuk menjalankan kegiatan sosial mereka. Perkara ini dibuktikan
melalui kajian Hamzah et al. (2014).
36
Mereka dapat beramah mesra dan sesama komuniti dan juga antara keluarga
mereka masing-masing. Konsep pelancongan hijau dapat dimanfaatkan oleh pihak
MBAS selain mempromosikan sawah padi yang menjadi trademark kepada negeri.
Perkara ini akan mendorong perkembangan Alor Setar yang hijau dan melestarikan.
Pematuhan langkah yang ditetapkan di dalam RTD dan RS
Di dalam setiap rancangan tempatan daerah dan rancangan struktur yang dirangka
oleh pihak berkuasa, terdapat pembahagian berkenaan alam sekitar. Pelbagai langkah
cadangan dan penentuan kawasan telah ditetapkan sebagai sasaran untuk melestarikan
alam sekitar. Perkara ini ditunjukkan di dalam Jadual 7.3 dan Kawasan Kesediaan
Tanah Pembangunan (KKTP). Di dalam RSNK 2002-2020, kawasan rekreasi, taman
awam, kawalan pembangunan dan kawasan pengekalan dan pemuliharaan menjadi
keutamaan kerajaan negeri dalam usaha melestarikan bandar raya dan juga seluruh
negeri.
Pihak MBAS khasnya dan kerajaan negeri perlu melaksanakan perkara yang
dinyatakan di dalam rancangan-rancangan pembangunan ini untuk memastikan
kelestarian alam sekitar di bandar ini. Ini akan secara langsung menyebabkan jumlah
pokok dan kawasan hijau di bandaraya ini bertambah dan jumlah stok karbon akan
meningkat.
37
Jadual 7.3: Pelan mengenai alam sekitar yang terkandung di dalam RSNK 2002-2020
DS10-2 Semua Taman Bandar dan Taman Tempatan Perlu Diwartakan dan Diselenggarakan
Langkah Pelaksanaan (L) Agensi Pelaksana
DS10-2L1 Langkah-langkah pewartaan perlu disegerakan dan PBN, PBT, JPBD, PTD
dipermudahkan
DS10-2L2 Memastikan semua pemaju yang telah mendapat PBT, PTD
kelulusan pelan perancangan menyerahkan tapak
yang diluluskan untuk tujuan taman bandar dan
taman tempatan
DS10-2L3 Meningkatkan aspek penguatkuasaan dan PBT
pemantauan di setiap daerah bagi memastikan
penggunaan taman bandar dan taman tempatan
selaras dengan peruntukan Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Sumber: Diubahsuai daripada RSNK 2002-2020
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Alor Setar mempunyai jumlah stok karbon yang tinggi. Hal ini
dibuktikan dengan pemetaan NDVI yang menjadi indikator. Majoriti kawasan peta
adalah berwarna hijau. Kawasan hijau yang ditandakan tersebut adalah mewakili
kawasan yang mempunyai tumbuhan dan mempunyai jumlah stok karbon yang tinggi.
Situasi ini berlainan dengan kawasan yang bertanda kuning dan merah yang dianggap
sebagai kawasan yang mempunyai tumbuhan sakit dan kawasan yang langsung tidak
mempunyai tumbuhan seperti kawasan kediaman, tanah dan jasad air.
Pengkaji juga mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh
PBT di kawasan kajian ini untuk terus melestarikan kawasan seliaan mereka ini. PBT
yang bertanggungjawab di bandaraya ini ialah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
Pihak kerajaan negeri juga disarankan bekerjasama dengan MBAS dalam memastikan
kawasan bandaraya ini bebas daripada pencemaran dan terus kekal hijau selain
tumbuhan berdiamater besar ditanam sebagai tanaman peneduh dan penapis
semulajadi.
38
BAB VIII
RUMUSAN
PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan rumusan hasil dapatan kajian yang dilakukan. Selain
itu, kekangan dan cadangan penambahbaikan juga diletakkan di dalam bab ini. Ini
adalah untuk menilai dan memberi panduan kepada penyelidik akan datang
terutamanya dalam bidang kajian yang dilakukan. Oleh sebab itu, bab ini akan
membincangkan rumusan hasil penemuan kajian yang telah diperoleh daripada
objektif kajian yang telah dilaksanakan.
RINGKASAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memetakan kawasan bertumbuhan di kawasan bandar raya
Alor Setar, Kedah. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah menggunakan
perisian GIS dan data sekunder baik dari USGS mahupun RTD Kota Setar dan RSNK
2002-2020.
Peta NDVI menunjukkan bahawa jumlah taburan kawasan hijau masih banyak
di kawasan Alor Setar. Perkara ini adalah kerana guna tanah pertanian yang besar di
kawasan kajian selain kurangnya jumlah awan dan pembangunan. Ini dibuktikan
dengan kawasan yang bertanda hijau masih banyak apabila pemetaan NDVI
dilakukan.
Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) selaku Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) yang bertanggungjawab mestilah memastikan bahawa kawasan sedia ada
mestilah dikekalkan dan kawasan hijau seperti taman rekreasi mesti ditambah. Ini
memastikan bahawa moto MBAS iaitu Bandaraya Warisan dalam Taman dapat
direalisasikan. Ketiga-tiga objektif dalam kajian ini juga dipenuhi.
39
CABARAN/KEKANGAN KAJIAN
Kajian dilakukan semasa penularan wabak Covid-19 menyebabkan penyelidik tidak
boleh turun ke lapangan untuk melakukan kajian pengiraan biojisim atas-tanah.
Penyelidik juga menghadapi kekangan masa kerana tidak boleh terlalu lama di
lapangan menyebabkan kajian di lapangan perlu dilakukan dalam kadar segera. Hal ini
kerana, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditetapkan oleh kerajaan. Oleh
sebab itu, penyelidik terpaksa mengubah lokasi kajian daripada Bandar Ampang,
Selangor kepada Bandar Alor Setar, Kedah.
Selain itu, kekangan yang dihadapi oleh penyelidik adalah untuk mendapatkan
data yang penting. Hal ini menyebabkan, penyelidik tidak dapat memperoleh
maklumat data yang lengkap dan mencukupi. Selain itu, pengkaji juga sukar untuk
mendapatkan kedai yang mempunyai akses GIS. Hal ini kerana tidak semua kedai
menyediakan akses GIS. Pengkaji perlu pergi ke beberapa kedai menyebabkan kos
pengangkutan juga meningkat.
Imej satelit juga tidak boleh diperincikan dengan lebih jelas. Hal ini
menyebabkan, penyelidik sukar untuk menjelaskan imej satelit yang sebenar.
Tambahan pula, kajian ini bergantung sepenuhnya dengan imej satelit.
Penyelidik tidak dapat turun ke makmal di kampus untuk membuat kajian imej
satelit dengan lebih jelas. Ini kerana kekangan yang dihadapi semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu penyelidik tidak dibenarkan menggunakan makmal
untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19.
Penyelidik hanya bergantung kepada Landsat 8 dari United States Geological
Survey (USGS). Hal ini menyebabkan, penyelidik tidak dapat membezakan kawasan
bertanda hijau sama ada tumbuhan besar seperti yang dikehendaki atau
rumput/belukar (tidak dikira) mahupun padi.
40
Imej yang kurang jelas menyukarkan penyelidik kerana penyelidik perlu
menggunakan imej satelit yang sebenar di makmal untuk menjalankan kajian. Apabila
penelidik tidak dapat membezakan kawasan bertanda hijau, penyelidik akan
menghadapi gangguan untuk mengenal imej yang sebenar.
Akhir sekali, kekangan yang dihadapi juga adalah kekangan masa bersama
penyelia. Hal ini kerana, penularan wabak Covid-19 ini menyebabkan penyelidik
hanya menjalankan kajian dari rumah dan hanya menggunakan platform media massa
seperti Whatsapp dan Google Meet untuk mengadakan perjumpaan bersama penyelia
Latihan Ilmiah. Justeru itu, kajian dilakukan sepenuhnya bergantung dengan
penggunaan media massa.
CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG
Memandangkan kajian ini dilakukan semasa penularan wabak Covid-19, berlakunya
kekangan masa yang menyebabkan kajian yang tidak menyeluruh dalam jangka masa
yang lebih panjang. Oleh itu, kajian yang selanjutnya boleh mempertimbangkan
jangka masa yang lebih untuk mendapat keputusan yang lebih baik.
Penyelidik memerlukan kajian yang perlu penyelidik untuk turun ke lapangan
supaya data yang lebih terperinci dapat diperolehi. Data yang diperolehi di lapangan
akan lebih jelas dan lebih dipercayai berbanding data yang diperolehi di laman web.
Penggunaan metod yang lebih terperinci seperti pengiraan biojisim tumbuhan.
Penggunaan metod ini perlu dilakukan di masa hadapan sekiranya ingin mendapatkan
hasil kajian yang jelas.
Penyelidikan mesti dilakukan di kawasan yang mempunyai jumlah tumbuhan
besar misalnya kawasan sekitar Gunung Jerai, Kedah dan kawasan Baling dan Sik.
Hal ini kerana, stok karbon akan lebih mudah dilihat di kawasan yang mempunyai
banyak jumlah tumbuhan besar berbanding di kawasan bandar.
41