The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraturan, Maklumat dan Jadual Perlawanan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazrul79, 2019-06-21 00:10:13

Peraturan, Maklumat dan Jadual Perlawanan

Peraturan, Maklumat dan Jadual Perlawanan

KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN
BAWAH 16 TAHUN
&
BAWAH 14 TAHUN

PIALA PENGETUA INTEJ
(INTEJ 7’S)
2019

“PERATURANPERTANDINGAN”

PERATURAN KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN
BAWAH 16 TAHUN DAN BAWAH 14 TAHUN
PIALA PENGETUA INTEJ
(INTEJ 7’S)
2019

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-undang permainan ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa
(variasi bawah umur 19 tahun) yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia dan MSSM.

2. KELAYAKAN PEMAIN

2.1 Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari 2003 (Bawah Umur 16 Tahun) dan 1 Januari 2005
(Bawah Umur 14 Tahun) dan selepasnya sahaja yang boleh didaftarkan untuk kejohanan ini. Semua
peserta mestilah pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah (kecuali pasukan kelab)
yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan. (Rujuk Peraturan 3.1.1.4,
Peraturan Am MSSM)

2.2 Hanya kad pengenalan diterima sebagai bukti umur. Peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad
pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang kad
pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar daripada pejabat Pendaftaran
Negara (borang JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua sekolah peserta
berkenaan.

3. BILANGAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar 12 (dua belas) pemain

4. PENDAFTARAN PEMAIN

Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan pemain di dalam borang pendaftaran yang telah diedarkan.
Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum pertandingan bermula.

5. SISTEM PERTANDINGAN (Kedua-dua Kateogri Umur Bawah 16 dan 14 Tahun)

5.1 Pusingan Pertama

5.1.1 Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu A, B, C, dan D.
5.1.2 Kedudukan pasukan dalam kumpulan ditentukan oleh pihak pengelola.
5.1.3 Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pasukan.
5.1.4 Perlawanan awal akan dijalankan secara liga satu pusingan.

2
INTEJ 7’s

5.2 Pusingan Kedua

5.2.1 Rank 1 hingga rank 8 akan bermain dalam pusingan suku akhir cup/plate .

Pemenang suku akhir cup/plate akan bermain di perlawanan separuh akhir kategori cup,
manakala pasukan yang kalah akan bermain di perlawanan separuh akhir kategori plate.

5.2.2 Rank 9 hingga rank 12 akan bermain dalam pusingan separuh akhir bowl/shield

Pemenang separuh akhir bowl/shield akan bermain di perlawanan akhir kategori bowl, manakala
pasukan yang kalah akan bermain di perlawanan akhir kategori shield.

5.2.3 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

6 KEDUDUKAN DALAM LIGA / RANKING / KALAH MATI

6.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

6.1.1 Menang : 3 mata
6.1.2 Seri : 1 mata
6.1.3 Kalah : 0 mata

6.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:

6.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang;

6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang;

6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan;

6.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan (i) Try, (ii) Gol Penalti dan (iii) Drop Goal akan diambil
kira.

6.3 Kedudukan ranking 1 – 12 akan ditentukan berdasarkan jumlah perbezaan skor

6.4 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu perlawanan,
langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang.

6.4.1 Pasukan yang try dahulu dikira pemenang. (Jika ada skor)
6.4.2 Jika seri tanpa skor, pemenang akan ditentukan dengan tambahan masa 5 minit ”any
score”.
6.4.3 Jika masih seri tanpa skor, pemenang akan ditentukan dengan sepakan penalti 22 meter

6.4.4 (best of three).

Jika masih seri tanpa skor, pemenang akan ditentukan dengan lambungan syiling (best

of three).

3
INTEJ 7’s

7 PERLAWANAN AKHIR
7.1 Peraturan 6.4 diguna pakai.

8 MASA PERLAWANAN

8.1 Masa perlawanan bagi pusingan awal (liga dalam kumpulan) akan dijalankan selama 12 minit
sehala.

8.2 Masa perlawanan bagi pusingan kedua dan pusingan kalah mati akan dijalankan selama
7 minit – 1 minit – 7 minit

8.3 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tertentu dan jika
perlawanan itu telah dijalankan melebihi 10 minit (pusingan awal), keputusan pada masa
perlawanan itu diberhentikan diambil kira.

9 PERTUKARAN PEMAIN
9.1 Semaksimum lima (5) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan.
9.2 Pertukaran secara “Rolling Substitution’ dibenarkan.

10 MASA PASUKAN MELAPOR DIRI

10.1 Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.

10.2 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk memulakan
perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan
skor 15 – 0.

10.3 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 3 minit selepas masa yang ditentukan,
perlawanan tersebut akan dibatalkan.

10.4 Pasukan yang memberikan kemenangan percuma tanpa sebab yang munasabah akan

digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan ragbi anjuran INTEJ 7’S Piala Pengetua
Intej pada tahun hadapan.

11 BANTAHAN

11.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pihak pengurusan pasukan iaitu ”guru sekolah”
berkenaan sahaja dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa satu (1) jam selepas
tamatnya perlawanan yang berkenaan.

11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah
15 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit
Malaysia tiga ratus Sahaja.

11.4 Wang itu tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

4
INTEJ 7’s

12 JURI RAYUAN
Semua bantahan / rayuan akan diputuskan oleh Lembaga Rayuan yang terdiri daripada Pengerusi
Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi, Setiausaha Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha,
Pengerusi Teknik Ragbi MSSNS atau wakilnya dan dua orang Pengurus Pasukan yang berkecuali.

13 PENGADIL
Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

14 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Peraturan
Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD.

(MAZRULHISHAM MAHMUD)
JK Teknikal INTEJ 7’s 2019

5
INTEJ 7’s

6
INTEJ 7’s

7
INTEJ 7’s

8
INTEJ 7’s

9
INTEJ 7’s

10
INTEJ 7’s

KEJOHANAN RAGBI SENTUH 7 SEPASUKAN
PEREMPUAN BAWAH 16 TAHUN
PIALA PENGETUA INTEJ
(INTEJ 7’S)
2019

“PERATURANPERTANDINGAN”

PERATURAN KEJOHANAN RAGBI SENTUH 7 SEPASUKAN
BAWAH 16 TAHUN

PIALA PENGETUA INTEJ
(INTEJ 7’S)
2019

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-undang permainan ragbi sentuh Lembaga Ragbi
Antarabangsa yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia dan MSSM.

2. KELAYAKAN PEMAIN

2.1 Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari 2003 (Bawah Umur 16 Tahun) dan selepasnya
sahaja yang boleh didaftarkan untuk kejohanan ini. Semua peserta mestilah pelajar yang
didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah (kecuali pasukan kelab) yang bergabung dengan
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan. (Rujuk Peraturan 3.1.1.4, Peraturan Am MSSM)

2.2 Hanya kad pengenalan diterima sebagai bukti umur. Peserta hendaklah bersedia menunjukkan
kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang peserta yang hilang
kad pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar daripada pejabat
Pendaftaran Negara (borang JPN 1/11) dan salinan sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua
sekolah peserta berkenaan.

3. BILANGAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar 12 (dua belas) pemain

4. PENDAFTARAN PEMAIN

Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan pemain di dalam borang pendaftaran yang telah diedarkan.
Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum pertandingan bermula.

5. SISTEM PERTANDINGAN (Kedua-dua Kateogri Umur Bawah 16 dan 14 Tahun)

Perlawanan awal akan dijalankan secara liga dua pusingan.

6 KEDUDUKAN DALAM LIGA / RANKING

6.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

6.1.1 Menang : 3 mata
6.1.2 Seri : 1 mata
6.1.3 Kalah : 0 mata

2
INTEJ 7’s

6.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
6.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang;
6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang;
6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan;
6.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan Try akan diambil kira.

6.3 Kedudukan ranking 1 – 5 akan ditentukan berdasarkan jumlah perbezaan skor.
Jika ada perbezaan skor yang sama, kedudukan pemutus ranking akan ditentukan dengan
lambungan syiling (best of three).

7 MASA PERLAWANAN
7.1 Masa perlawanan bagi liga 2 pusingan ialah selama 10 minit sehala.
7.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tertentu dan jika
perlawanan itu telah dijalankan melebihi 7 minit keputusan pada masa perlawanan itu
diberhentikan diambil kira.

8 PERTUKARAN PEMAIN
8.1 Semaksimum lima (5) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan.
8.2 Pertukaran secara “Rolling Substitution’ dibenarkan.

9 MASA PASUKAN MELAPOR DIRI
9.1 Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.
9.2 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk memulakan
perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan
skor 15 – 0.
9.3 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 3 minit selepas masa yang ditentukan,
perlawanan tersebut akan dibatalkan.
9.4 Pasukan yang memberikan kemenangan percuma tanpa sebab yang munasabah akan digantung
daripada menyertai mana-mana pertandingan ragbi anjuran INTEJ 7’S Piala Pengetua Intej pada
tahun hadapan.

3
INTEJ 7’s

10 BANTAHAN

10.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pihak pengurusan pasukan iaitu ”guru sekolah”
berkenaan sahaja dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa satu (1) jam selepas

tamatnya perlawanan yang berkenaan.

10.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah
10.3 15 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit
Malaysia tiga ratus Sahaja.

10.4 Wang itu tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

11 JURI RAYUAN
Semua bantahan / rayuan akan diputuskan oleh Lembaga Rayuan yang terdiri daripada Pengerusi
Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi, Setiausaha Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha,
Pengerusi Teknik Ragbi MSSNS atau wakilnya dan dua orang Pengurus Pasukan yang berkecuali.

12 PENGADIL
Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

13 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Peraturan
Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD.

(MAZRULHISHAM MAHMUD)
JK Teknikal INTEJ 7’s 2019

4
INTEJ 7’s

5
INTEJ 7’s

6
INTEJ 7’s


Click to View FlipBook Version