The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN 2024-2025 SMK SERI KERAMAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD SAFIAN BIN MOHD SAYOTI KPM-Guru, 2024-03-07 03:33:01

BUKU PENGURUSAN 2024-2025 SMK SERI KERAMAT

BUKU PENGURUSAN 2024-2025 SMK SERI KERAMAT

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 Ikrar Guru 4 2 Sekapur Sirih Pengetua 5 3 Barisan Pentadbir 6 4 Visi, Misi dan Moto 7 5 PPPM 2013 – 2025 : GELOMBANG KE – 3 (2021 – 2025) 8 – 9 6 Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 10 – 12 7 Strategi PLC 13 8 Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) 14 9 Korelasi Kerangka Konsep PAK21 Dengan SKPMg2 (Standard 4) 15 10 Model SKPM Kualiti@Sekolah (Pengurusan & Pencapaian) 16 – 17 11 Pelan Strategik Organisasi Induk 2021 – 2025 SMK Seri Keramat 18 10 Ciri-ciri Guru dan Murid Abad ke – 21 19 11 Dasar SMK Seri Keramat 20 – 43 12 PENGURUSAN 44 13 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran 45 14 Carta Pelaksana Komponen Pengurusan Sekolah 46 – 47 15 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Transformasi Sekolah TS25 48 16 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Eco – Schools 49 17 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 50 18 Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Sekolah 50 19 Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan 50 20 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 51 21 Jawatankuasa Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) / PLC 52 22 Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu 52 23 Jawatankuasa ICT / DELIMa Sekolah 53 24 Jawatankuasa Pengurusan Aduan Pelanggan 53 25 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah 53 26 Jawatankuasa Pengurusan Peperiksaan, Penilaian dan Pentaksiran 53 27 Jawatankuasa Pengurusan PBPPP 54 28 Jawatankuasa Pengurusan SKPMg2 / PPPM / SKPM Kualiti@Sekolah 54 29 Jawatankuasa Kajian Tindakan / Lesson Study / Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) / KBAT / PAK - 21 / Intervensi 55 30 Jawatankuasa TS25 55 31 Jawatankuasa Pengurusan Prasarana / Bilik Khas 55 32 Jawatankuasa Petugas Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 57 33 Jawatankuasa Mesyuarat Guru / Bicara Profesional / Dialog Prestasi 60 34 Jawatankuasa PIBG / PIBKS (e - Sarana) / KSIB 60 35 Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) 61 36 Jawatankuasa Tajaan dan Sumbangan Program Sekolah 61 37 Jawatankuasa Majlis Persaraan Guru dan Staf Sekolah 62 38 Jawatankuasa Orang Asal / Rumah Kebajikan 62 39 Jawatankuasa Kerja Melindungi Masa Instruksional (MMI) 62 40 Jawatankuasa Perancangan Strategik Organisasi (PSO) 62 41 Jawatankuasa Induk Pengurusan Majlis dan Program Sekolah 62 42 KURIKULUM 66 43 Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 67 – 68 44 Jawatankuasa Induk Kurikulum 69 45 Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah (PSS) 69 46 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik 70 47 Jawatankuasa Pengurusan Jadual Waktu dan Guru Ganti 71


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 2 48 Jawatankuasa Highly Immersive Programme (HIP) 71 49 Jawatankuasa Dual Language Programme (DLP) 71 50 HAL EHWAL MURID 73 51 Carta Organisasi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 74 – 75 52 Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 76 53 Jawatankuasa Pengurusan Kelas 77 54 Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan 77 55 Jawatankuasa Pendaftaran / Pertukaran / Berhenti Sekolah 77 56 Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah 78 57 Jawatankuasa Kantin / Kedai Buku 79 58 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks 80 59 Jawatankuasa Program Pencegahan Dadah (PPDa) 81 60 Jawatankuasa Program Pencegahan Denggi (PPDe) 81 61 Jawatankuasa Amalan Guru Penyayang 81 62 Jawatankuasa Induk Disiplin 82 63 Jawatankuasa Pengurusan Pengawas 82 64 Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah 83 65 Jawatankuasa Induk 3K 83 66 Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan 83 67 Jawatankuasa Kesihatan Murid 84 68 Jawatankuasa Keselamatan 84 69 Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling 86 70 KOKURIKULUM 87 71 Carta Organisasi Jawatankuasa Kokurikulum 88 – 90 72 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 91 73 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 91 74 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Tambahan 92 75 Jawatankuasa Pengurusan Badan Beruniform 93 76 Jawatankuasa Pengurusan Kelab dan Persatuan 94 77 Jawatankuasa Pengurusan Sukan dan Permainan 96 78 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 97 79 Jawatankuasa Sukan Tahunan Sekolah 98 80 Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat 102 81 PENDIDIKAN KHAS 106 82 Carta Organisasi Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 107 83 Carta Kerja Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 108 84 Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Khas 109 85 Jawatankuasa Kurikulum Pendidikan Khas 112 86 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas 114 87 Jawatankuasa Kokurikulum Pendidikan Khas 117 88 LAMPIRAN 118 89 Pelan Sekolah dan Kelas 119 90 Pelan Kebakaran Sekolah 120 91 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 121 92 Minggu Persekolahan Sesi 2024/2025 122 93 Cuti Perayaan Sesi 2024/2025 & Takwim Peperiksaan Dalaman 123 94 Headcount 124 95 Pakej Mata Pelajaran 124 96 Pakej Mata Pelajaran PPKI 125 97 Senarai Nama Guru & Staf 2024/2025 126 – 127 98 Senarai Guru Tingkatan Sesi 2024/2025 128 99 GKMP, Ketua Panitia, Penolong Ketua Panitia & Penyelaras 129 100 Jadual Guru Bertugas/Guru Penyayang Mingguan (Sesi Pagi) 130 – 131


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 3 101 Jadual Guru Bertugas/Guru Penyayang Mingguan (Sesi Petang) 132 – 133 102 Jadual Guru Bertugas/Guru Penyayang Mingguan (PPKI) 134 – 135 103 Jadual Bertugas Pentadbir Sesi 2024/2025 136 Senarai PYD di Bawah Seliaan Pegawai Penilai (PBPPP) 137 – 138 104 Jadual Pencerapan dan Pemudahcaraan (PdP) 139 105 Jadual Penyemakan Hasil Kerja Murid 140 106 Jadual Penyemakan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Pelajaran Harian 141 108 Takwim Aktiviti Kokurikulum 142 109 Contoh Penulisan Keberhasilan (Guru Akademik Biasa) 143 110 Contoh Penulisan Keberhasilan (Guru PPKI) 144 111 Contoh Borang Keberhasilan (Penilaian Penuh Satu Sesi Akademik) 145 112 Jadual Waktu Persekolahan Sesi Pagi 2024/2025 146 113 Jadual Waktu Persekolahan Sesi Petang 2024/2025 147 114 Takwim Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat 148 – 167


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 4


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 5


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 6


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 7


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 8 Gelombang 1 (2013-2015) Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama Gelombang 2 (2016-2021) Memacu peningkatan sistem Gelombang 3 (2021-2025) Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains) Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning) Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh Memupuk budaya kecemerlangan professional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard professional Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu SJK yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning) Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN PPM 2013 - 2015 : GELOMBANG KE-3 2021 - 2025


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 9 Gelombang 1 (2013-2015) Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama Gelombang 2 (2016-2021) Memacu peningkatan sistem Gelombang 3 (2021-2025) Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan Mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih penglibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor swasta TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 10 TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui : Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi Komitmen komuniti yang padu


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 11


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 12 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 13 STRATEGI PLC


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 14 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah dilancarkan pada 2013 telah mengariskan pelaksanaan District Tranformation Program (DTP). Salah satu inisiatif yang harus dilaksanakan di semua PPD adalah Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL). PILL mengariskan lima langkah yang perlu diikuti untuk menetapkan intervensi yang sesuai bagi sesuatu masalah. Melalui PILL, sekolah boleh mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di sekolah dan meletakkan keutamaan kepada masalah yang serius. Dengan kaedah ini warga sekolah akan dapat gambaran dan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL) PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL)


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 15 KORELASI KERANGKA KONSEP PAK21 DENGAN SKPMG2 (STANDARD 4)


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 16 MODEL SKPM KUALITI@SEKOLAH (PENGURUSAN & PENCAPAIAN)


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 17


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 18 PELAN STRATEGIK ORGANISASI INDUK 2021 - 2025 SMK SERI KERAMAT


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 19 CIRI GURU & MURID ABAD KE-21


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 20 1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.1 KEHADIRAN GURU 1.1.1 Isnin – Khamis Guru sesi pagi : masuk 7.20 pagi dan keluar 2.00 petang. Guru sesi petang : masuk 12.30 tengah hari dan keluar 6.40 petang. 1.1.2 Jumaat Guru sesi pagi : masuk 7.20 pagi dan keluar 12.30 tengah hari. Guru sesi petang : masuk 2.20 petang dan keluar 6.40 petang. 1.1.3 Kehadiran guru mesti dirakam dalam Kad Perakam Waktu dan ditulis dalam Buku Kehadiran. Kelewatan 3 kali minimum sebulan Kad Perakam Waktu akan ditukar warna bermula dengan warna hijau dan seterusnya merah. 1.1.4 Borang Cuti Rehat Khas hendaklah diserahkan ke pejabat sekurang-kurangnya tiga hari daripada tarikh yang dipohon setelah disokong oleh PK / PK Petang (Borang Putih). 1.1.5 Cuti Kecemasan hanya diberi setelah mendapat kebenaran Pengetua (Borang Merah). 1.1.6 Cuti Sakit (MC) mestilah diserahkan kepada kerani (PT Perjawatan) sehari selepas bercuti. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta tidak melebihi 15 hari setahun. 1.1.7 Ketidakhadiran guru mesti dimaklumkan sebelum pukul 7.00 pagi untuk guru sesi pagi dan pukul 11.30 pagi untuk sesi petang. 1.1.8 Ketidakhadiran guru juga mesti direkodkan dalam Buku MMI yang berada di pejabat. 1.1.9 Guru-guru yang ingin menguruskan hal peribadi perlu memastikan waktu yang digunakan tidak mengganggu PdP. Sekiranya tidak dapat dielakkan sila buat pertukaran waktu dengan rakan yang lain. 1.1.10 Kebenaran untuk keluar perlu mendapat kelulusan Pengetua dan tertakluk kepada tempoh tiga jam sahaja dan perlu mengisi Borang Urusan Bukan Rasmi. Guru perlulah memastikan kad perakam waktu ditandatangani oleh pentadbir. 1.1.11 Temujanji hospital / klinik perlu ada “time-slip” dan tertakluk kepada tempoh 3 jam sahaja. Jika lebih perlu, ambil MC atau CRK. 1.1.12 Guru tidak dibenarkan menggunakan waktu PdP untuk menguruskan tugas-tugas lain. 1.2 PENGURUSAN PEJABAT DAN STAF SOKONGAN 1.2.1 Urusan jual beli tidak dibenarkan di sekolah kecuali melalui koperasi sekolah. 1.2.2 Urusan jual beli tidak dibenarkan dalam waktu bekerja. 1.2.3 Dilarang makan dan minum dalam pejabat. 1.2.4 Pastikan pejabat berada dalam keadaan yang bersih, kemas, teratur dan kondusif. 1.2.5 Pastikan kaunter sentiasa ada pegawai operasi kecuali waktu rehat. Waktu rehat : a. Isnin – Khamis : 1.00 – 2.00 petang b. Jumaat : 12.30 – 2.45 petang 1.2.6 Pengumuman hanya boleh dibuat oleh guru bertugas mingguan dan pengawas serta perlu direkodkan dalam Buku Pengumuman. Waktu pengumuman hanya boleh dibuat pada :- Sesi pagi : Waktu rehat dan 10 minit sebelum tamat sesi persekolahan. Sesi petang : Waktu rehat sahaja. 1.2.7 Ketua Pembantu Tadbir mesti mengagihkan tugas kepada semua staf sokongan secara adil. 1.2.8 Kerja-kerja peribadi yang tidak mendesak tidak dibenarkan dilakukan dalam waktu pejabat. 1.3 PROGRAM SEKOLAH / MESYUARAT 1.3.1 Semua aktiviti yang melibatkan murid / guru mesti dimaklumkan kepada murid / guru terlibat sekurangkurangnya sehari sebelum pelaksanaan aktiviti. 1.3.2 Program / aktiviti tersebut mestilah dicatatkan dalam Buku Program Aktiviti Sekolah. 1.3.3 Setiap program sekolah perlu ada seorang Penyelaras Program. 1.3.4 Ketidakhadiran mesyuarat / program sekolah mesti memberi Surat Tunjuk Sebab sehari selepas aktiviti / program. 1.3.5 Semua guru mesti turun ke tapak perhimpunan setiap hari mengikut sesi masing-masing dan mencatat kehadiran dalam Buku Kehadiran Perhimpunan. 1.3.6 Kehadiran mesyuarat atau program rasmi mestilah mematuhi syarat-syarat berikut: a. Berpakaian rasmi DASAR SMK SERI KERAMAT


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 21 b. Menepati masa c. Tidak boleh memakai “jeans” dalam kawasan sekolah 1.3.7 Sekiranya ingin meninggalkan mesyuarat / program mesti mendapat kebenaran pengerusi terlebih dahulu 1.4 GURU BERTUGAS MINGGUAN 1.4.1 Guru Bertugas Harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu persekolahan bermula (7.00 pagi / 12.15 tengah hari) dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sesi sekolah berakhir (2.15 petang / 7.00 malam). Guru Bertugas Harian hendaklah meronda kawasan bagi memerhatikan kawasan bilik darjah dan pergerakan murid. 1.4.2 Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu, sampah sarap dibuang, lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi persekolahan. Tindakan segera perlu diambil terhadap kelaskelas yang tidak mematuhi peraturan. 1.4.3 Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil. 1.4.4 Menghubungi ibu bapa murid-murid sekiranya berlaku kecemasan dan sakit. 1.4.5 Mengurus dan mengendalikan Perhimpunan Rasmi dan harian untuk : a. Memastikan murid beratur dengan kemas mengikut kelas. b. Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakan. c. Memastikan tempat duduk guru disediakan pada hari Isnin untuk Perhimpunan Rasmi. 1.4.6 Menjalankan tugas menilai Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas. 1.5 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) / BENGKEL / MESYUARAT / TAKLIMAT LUAR 1.5.1 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua dan SU LDP 3 hari selepas mesyuarat untuk tindakan seterusnya. Guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri dalam tempoh sebulan. 1.5.2 Semua Program Perkembangan Staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat, masa, sasaran, tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar. 1.6 JADUAL WAKTU 1.6.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 (Minima = 32 petak dan maksima = 34 petak seminggu bagi guru akademik biasa). 1.6.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum. 1.6.3 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti Guru. Guru yang bercuti, mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti dan diletakkan di rak MMI. 1.6.4 Jadual Waktu Penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh Guru Penyelaras Bilik-bilik Khas. Bilik-bilik Khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH, Surau Darul Hikmah, Bilik Pendidikan Islam, Dewan Bestari, Bilik PSV, Makmal Komputer dan Makmal Bahasa. 1.7 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 1.7.1 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik. 1.7.2 Penglibatan HEM, Guru Kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik. 1.7.3 Mengiktiraf murid yang mendapat sekurang-kurang 3A ke atas dan lulus dalam ujian penilaian dan peperiksaan / pentaksiran mengikut aliran dengan Anugerah Pengetua. 1.7.4 Penempatan murid dalam kelas berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan / pentaksiran tertakluk kepada mata pelajaran yang diambil. 1.8 PENTAKSIRAN, PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 1.8.1 Penggubalan dan penyediaan kertas soalan peperiksaan / pentaksiran dan ujian hendaklah mematuhi format dan standard Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). 1.8.2 Pentaksiran Sekolah ataupun Peperiksaan / Pentaksiran Dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 – pindaan (rujuk lampiran kurikulum 4) yang memperincikan bilangan peperiksaan / pentaksiran 2 kali dan 1 ujian penilaian dalam setahun.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 22 1.8.3 Guru Pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum memulakan peperiksaan / pentaksiran) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu masing-masing untuk mengelakkan murid daripada berkeliaran di sekitar sekolah. 1.8.4 Pada setiap hari peperiksaan / pentaksiran, Guru Pengawas waktu pertama dikehendaki memastikan kelas bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan / pentaksiran. 1.8.5 Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas jawapan murid (Peperiksaan / Ujian) atau kerja latihan murid atau membaca apa-apa bentuk bahan bercetak dan menggunakan telefon bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan / pentaksiran. 1.8.6 Guru bertugas menjaga SPM di sekolah diwajibkan berada di sekolah 45 minit lebih awal sebelum kertas peperiksaan / pentaksiran bermula. 1.8.7 Guru Pengawas waktu akhir wajib melengkapkan Borang Kawalan Peperiksaan / Pentaksiran dan menyerahkannya sendiri bersama dengan kertas jawapan murid dalam Bilik Kurikulum. 1.8.8 Guru Mata Pelajaran mesti akur untuk mengisi markah dengan tarikh akhir yang ditetapkan oleh SU Peperiksaan. 1.8.9 Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun menghadap ke bahagian depan kelas manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas. 1.8.10 Guru Mata Pelajaran 1, 2, 3 mesti melaksanakan PBD berdasarkan PPPM dan menyelenggara Borang Transit pada setiap masa. 1.8.11 Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil : 1. Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan / pentaksiran. 2. Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan menyerahkan laporan bersama-sama bukti penyelewengan kepada PK HEM. 3. Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan. 1.8.12 Jika murid disahkan melakukan penyelewengan : 1. Guru Mata Pelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi memberi markah kosong kepada murid berkenaan. 2. Guru Disiplin memberi markah penalti atas kesalahan meniru. 1.8.13 Murid tidak hadir peperiksaan / pentaksiran kerana mewakili sekolah : Murid boleh mengambil peperiksaan / pentaksiran dan kertas peperiksaan / pentaksiran akan diuruskan oleh Guru Mata Pelajaran pada hari yang yang lain. 1.8.14 Murid tidak hadir peperiksaan / pentaksiran kerana sakit atau masalah peribadi : Markah murid untuk mata pelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan peperiksaan / pentaksiran. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan ditanda oleh guru mata pelajaran tetapi murid akan diberi markah kosong untuk mata pelajaran berkenaan dalam pengiraan markah purata. 1.8.15 Penilaian Kerja Kursus atau Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah harus diulangi oleh guru sehingga murid melepasi TP 3 dalam mata pelajaran berkenaan atau mengikut ketetapan PPPM. 1.8.16 Semua murid wajib menduduki 1 penilaian (Feb / Mac) dan dua peperiksaan / pentaksiran (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan PT3 / SPM). 2 KURIKULUM 2.1 UMUM 2.1.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan Sistem Arus Perdana dan Dasar Pendidikan Kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan PPD Gombak. 2.1.2 Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik. 2.1.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa. 2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH 2.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun. 2.2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan dan mengikut standard SPSK. 2.2.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan. 2.2.4 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa. 2.2.5 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran beserta Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya. 2.2.6 Melantik dan mewujudkan Ketua Panitia dan Penyelaras Panitia untuk sesi petang bagi mengendalikan


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 23 / menyelenggara kerja-kerja panitia pada sesi petang termasuk mengemaskini Fail Panita. Penyelaras Panitia juga adalah merangkap sebagai pencatat minit setiap kali Mesyuarat Panitia. 2.3 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN – KETUA PANITIA 2.3.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986 dan akur dengan prosedur SPSK 01. 2.3.2 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia. 2.3.3 Pengurusan panitia secara on line atau web based / Google Classroom mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman Google Classroom panitia mestilah sentiasa dikemas kini. 2.3.4 Semua Mesyuarat Panitia mata pelajaran akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas Mesyuarat Kurikulum. 2.3.5 KP hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod kehadiran dan edaran yang berkaitan dengan diselia oleh Pentadbir dan GKMP. Penolong Ketua Panitia mencatat dan menyediakan minit dalam tempoh satu minggu dan maklumbalas dalam tempoh 2 minggu selepas minit mesyuarat dikeluarkan. 2.3.6 KP mata pelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan mata pelajaran masingmasing bagi setiap tingkatan mengikut takwim sekolah semasa sebelum sesi persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada hari pertama sesi persekolahan baru. 2.3.7 KP mata pelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat kali Mesyuarat Panitia dalam satu tahun persekolahan. 2.3.8 KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru panitia masing-masing selewatlewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru bermula. 2.3.9 KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan untuk penilaian dan peperiksaan / pentaksiran dalam satu tahun persekolahan pada Mesyuarat Panita kali pertama. Satu salinan agihan tugas menggubal soalan-soalan penilaian dan peperiksaan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing selewat-lewatnya seminggu selepas Mesyuarat Panitia kali pertama diadakan. 2.3.10 KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran pada Mesyuarat Panitia kali pertama dan menggunakan PILL dalam pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran. Keberkesanan dan penambahbaikan Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran. 2.3.11 KP mata pelajaran dikehendaki membentangkan Pelan Taktikal, bilangan buku latihan, bilangan buku nota serta jumlah dan jenis latihan bersama guru-guru panitia pada Mesyuarat Panitia kali pertama. 2.3.12 KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskinikan Fail Stok Bahan Bantu Mengajar dari masa ke semasa. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti diedarkan kepada semua guru panitia masingmasing pada Mesyuarat Panitia kali pertama. 2.3.13 KP mata pelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu sesi kursus dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing pada setiap penggal persekolahan. Jika ada guru mata pelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPNS dan KPM, guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian LDP panitia. 2.3.14 KP mata pelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru panitia mata pelajaran. 2.3.15 KP mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan Dialog Prestasi mata pelajaran untuk setiap ujian / peperiksaan / pentaksiran dan membentangkan pada Mesyuarat Dialog Prestasi peringkat sekolah. 2.3.16 KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia dalam Mesyuarat Panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan & Akaun Sekolah. Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh Pengetua mesti diserahkan kepada GKMP. KP dikehendaki mengisi Borang Senarai Perbelanjaan Panitia setiap kali pembelian. 2.3.17 KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskini semua Fail Panitia dan stok masing-masing dari semasa ke semasa. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia untuk menyelesaikan kerja mengemas kini fail panitia pada waktu cuti akhir tahun sekiranya didapati fail-fail panitia tidak dikemas kini dengan sempurna. 2.3.18 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Satu rekod latihan dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh Ketua Panitia mata pelajaran tersebut. 2.3.19 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan diterima dalam Mesyuarat Panitia kali pertama. 2.4 SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 24 2.4.1 SP, DSKP, RPH dan PPPM adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada setia akhir tahun untuk kegunaan tahun baru berikutnya. RPT yang disediakan hendaklah mengikut aras murid dan perlu mengikut takwim semasa sekolah. 2.4.3 Salinan keempat-empat dokumen ini yang telah disahkan oleh GKMP mestilah dilampirkan bersamasama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk. 2.4.4 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan: 1. TAJUK – Standard Kandungan 2. OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN / KEMAHIRAN 3. AKTIVITI – Untuk PBD Tahap Penguasaan mesti dicatatkan 4. BBM 5. REFLEKSI – Bilangan murid yang menguasai / jumlah murid 2.4.5 Semua guru mestilah menyediakan RPH berdasarkan RPT tahun semasa mengikut takwim sekolah di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap kali ada kelas. 2.4.6 Menghabiskan sukatan pelajaran adalah seperti berikut: Tingkatan Lima – sukatan dilengkapkan pada bulan Oktober. Tingkatan Satu, Dua, Tiga Empat – sukatan dilengkapkan pada bulan November. 2.4.7 Pelaksanaan Pendekatan Bertema melibatkan Tingkatan Satu, Dua dan Tiga yang dilaksanakan setahun sekali / satu sesi persekolahan sekali. Ketetapan tarikh pelaksanaan pendekatan bertema bergantung kepada perbincangan pihak sekolah. 2.5 GURU MATA PELAJARAN 2.5.1 Semua Guru Mata Pelajaran mesti melengkapkan fail atau Buku Rekod Mengajar pada hari pertama persekolahan. 2.5.2 Pencerapan setiap guru mata pelajaran akan dikendalikan sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua-ketua Panitia. Peratus guru mencapai Tahap Minimum Kualiti Guru iaitu sebanyak 80% - SKPMg2 Standard 4 untuk PdP adalah 100%. 2.5.3 Penyemakan Hasil Kerja Murid akan dikendalikan oleh Pengetua, semua Penolong Kanan dan Guruguru Kanan Mata Pelajaran. 2.5.4 Untuk Guru Mata Pelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi atau peribadi, bahan relief mesti disediakan dan diserahkan kepada AJK MMI. 2.5.5 Semua Guru Mata Pelajaran Sains dan Sains Tulen wajib mengendalikan kelas amali di makmal Sains mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan. 2.5.6 Semua Guru Mata Pelajaran dikehendaki menanda Buku Latihan murid dan memulangkan semula secara berkala. 2.6 PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 2.6.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT). 2.6.2 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Google Classroom digalakkan dan akan diperluaskan. 2.6.3 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada Kemahiran Generik, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa PdPc. 2.6.4 Ketua-ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-bilik Khas supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk PdPC di optimumkan. 2.7 BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN 2.7.1 Buku Teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam setiap mata pelajaran. 2.7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaanya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 02 Oktober 1991. 2.7.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. 2.8 PERATURAN AM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN MAKMAL 2.8.1 Buku penggunaan makmal mesti dilengkapkan setiap kali oleh guru yang menggunakan makmal. 2.8.2 Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik persediaan. 2.8.3 Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 25 selepas penggunaan makmal. 2.8.4 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. 2.8.5 Beg murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. 2.8.6 Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum. 2.8.7 Dilarang makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan. 2.8.8 Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi. 2.8.9 Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi. 2.8.10 Jangan menjadikan stor makmal sebagai tempat menyimpan bahan peribadi. 3 HAL EHWAL MURID 3.1 PERNYATAAN DASAR AM Dasar Sekolah merupakan satu garis panduan atau polisi sekolah untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua warga sekolah khususnya di kalangan guru, jurulatih dan murid-murid sekolah ini. Dasar sekolah yang digubal ini mengambilkira semua aspek yang berkaitan dengan akta Pendidikan, Surat-surat Pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Antara fokus Unit HEM adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid yang tinggi dalam pembangunan sahsiah murid (Sumber : Dimennsi IV: Kemenjadian Murid dalam SKPM). Diharapkan murid dapat memperlihatkan sikap dan perlakuan yang positif dengan : a. Menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. b. Berkomunikasi secara sopan dan berbudi bahasa. c. Menghormati rakan, guru dan orang dewasa. d. Menepati masa dan arahan tugas. e. Menjaga kebersihan dan kekemasan diri. f. Menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran sekolah. g. Menjaga keselamatan harta benda diri, sekolah dan kemudahan awam. h. Mematuhi peraturan sekolah. i. Memberi khidmat dan sumbangan kepada kemajuan sekolah. j. Memberi khidmat dan sumbangan kepada masyarakat. k. Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi. l. Menunjukkan sikap berterima kasih yang tinggi. 3.2 PERNYATAAN DASAR PEMBANGUNAN KEMENJADIAN MURID Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat akan memberi peluang yang sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya dalam konteks pemantapan sahsiah semua murid tanpa membezakan bangsa dan agama demi kecemerlangan kecemerlangan kemenjadian murid dan sekolah. Sekolah menetapkan dasar pembangunan sahsiah murid untuk : a. Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk memegang jawatan. b. Merekod jawatan dan tanggungjawab yang dipegang oleh setiap murid. c. Memberi latihan, bimbingan serta peluang kepada semua pemegang jawatan. d. Menilai tahap penglibatan dan pencapaian murid dari masa ke semasa. e. Melakukan penambahbaikan atau value added hasil dari penilaian yang dibuat. f. Memberi nasihat, teguran/hukuman yang setimpal dengan sesuatu perlakuan negatif. g. Memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan positif dan kejayaan. 3.3 PERNYATAAN PELAKSANAAN DASAR HAL EHWAL MURID Seluruh warga sekolah akan membudayakan kerja cemerlang dan membina persekitaran sekolah yang kondusif ke arah melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing. Dalam usaha melaksanakan dasar KPM (pengurusan disiplin) dengan jayanya, pihak sekolah mengurus mengikut Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Antara prinsip-prinsip pengurusan HEM secara berkesan ialah : a. Mengenalpasti latar belakang keluarga, status sosio-ekonomi dan bakat murid. b. Memberi bantuan dan perhatian sama rata kepada semua permasalahan murid. c. Merancang program hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran. d. Mengelolakan sumber manusia (guru/murid) dan kewangan yang ada dengan cekap. e. Melaksanakan program yang dirancang dengan kerjasama semua pihak. f. Memantau pelaksanaan program secara bersepadu dan terancang.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 26 g. Menilai impak program dengan mengenalpasti kelemahan dan ancaman. h. Memastikan keberkesanan program dengan melaksanakan penambahbaikan. i. Menjalin permuafakatan dengan ibu bapa/ penjaga serta komuniti. 3.4 JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID Pengerusi: Pengetua Timbalan Pengerusi: Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 1: Penolong Kanan Petang Naib Pengerusi 2: Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 3: Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha: AJK: Jawatankuasa Pengurusan HEM a) Pengurusan Kelas b) Pembangunan Modal Insan c) Pendaftaran Murid d) Bantuan dan Kebajikan e) Kantin / Kedai Buku f) Skim Pinjaman Buku Teks g) PPDa h) PPDe i) Amalan Guru Penyayang Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Murid a) Pengurusan Disiplin b) Pengurusan Pengawas c) Lembaga Disiplin Sekolah Jawatankuasa 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) a) Pengurusan 3K b) Kebersihan dan Keceriaan c) Kesihatan d) Keselamatan i. Keselamatan Diri Murid ii. Keselamatan Bangunan dan Pencegahan Kebakaran Jawatankuasa Pengurusan Bimbingan Kaunseling a) Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling b) Pembimbing Rakan Sebaya 3.5 PENGURUSAN KELAS 3.5.1 SISTEM e-KEHADIRAN (APDM) / FAIL LAPORAN KEDATANGAN MURID 3.5.1.1 Rekod kehadiran murid dicatat setiap hari persekolahan berdasarkan takwim persekolahan. 3.5.1.2 Kehadiran murid hanya direkod menggunakan Sistem APDM (e-Kehadiran). 3.5.1.3 Guru mata pelajaran waktu pertama hendaklah melaporkan kehadiran murid melalui aplikasi Telegram (Grup APDM). Guru Kelas hendaklah mengemaskini kehadiran murid setiap hari sebelum pukul 12.00 tengahari (Sesi Pagi) dan sebelum pukul 5.00 petang (Sesi Petang). 3.5.1.4 Setiap akhir bulan, guru kelas hendaklah mengesahkan dan mencetak Laporan Kedatangan Murid. Satu salinan laporan kedatangan murid hendaklah disimpan di dalam Fail Laporan Kedatangan di bilik PK HEM / PK Petang. Laporan akan disemak oleh penyelaras tingkatan pada setiap hujung bulan. 3.5.2 FAIL PERIBADI MURID 3.5.2.1 Semua murid PPKI, Tingkatan 1 - Tingkatan 5 wajib mempunyai fail peribadi. 3.5.2.2 Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan Nama Guru Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar terkini murid. 3.5.2.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, mykad, keputusan Pentaksiran Dalaman dan lain-lain disimpan dalam fail ini. 3.5.2.4 Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan juga perlu disimpan di dalam fail peribadi. 3.5.2.5 Guru Tingkatan perlu mengemaskini segala maklumat murid mengikut tahun semasa dalam


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 27 sistem APDM dan mencetak (jika perlu dan disimpan di dalam Fail Peribadi Murid). 3.5.2.6 Slip Keputusan Pentaksiran Murid yang diuruskan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman juga akan dimasukkan dalam Fail Peribadi Murid. 3.5.2.7 Laporan PAJSK setiap tahun juga perlu dimasukkan dalam Fail Peribadi Murid. 3.5.2.8 Fail Peribadi Murid yang telah lengkap perlu disimpan di bilik Fail HEM. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila telah tamat persekolahan atau bertukar sekolah. 3.5.3 FAIL KELAS / TINGKATAN 3.5.3.1 Unit HEM akan menyediakan satu fail khas untuk Guru Tingkatan. 3.5.3.2 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat perakuan ibu bapa / penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini. 3.5.3.3 Salinan surat tindakan disiplin seperti amaran , ponteng dan surat gantung / buang sekolah juga perlu disimpan dalam fail ini. 3.5.3.4 Bagi murid yang mewakili sekolah,guru penasihat perlu menyediakan satu surat pengesahan , jika tiada murid dikira ponteng sekolah. 3.5.4 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS 3.5.4.1 Melantik AJK Kelas : Ketua Tingkatan / Penolong Ketua Tingkatan Bendahari Setiausaha AJK Kebersihan AJK Keceriaan 3.5.4.2 Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut : PAPAN KENYATAAN BAHAGIAN HADAPAN : SEBELAH KIRI - PAGI SEBELAH KANAN - PETANG Carta Organisasi Kelas : Jadual Waktu Jadual Bertugas * Manual dan Pelan Laluan Kecemasan sewaktu kebakaran. * Misi & Visi KPM dan Sekolah, Moto Sekolah * disediakan oleh Unit HEM Pelan Kedudukan Kelas Inventori Kelas *disediakan oleh Unit HEM PAPAN KENYATAAN BAHAGIAN BELAKANG SEBELAH KIRI - PAGI SEBELAH KANAN - PETANG Sudut Program Pencegahan Dadah (akan disediakan oleh UBK) Sudut Bacaan Kelas Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa Sudut Kokurikulum 3.5.4.3 Memastikan sebarang maklumat tidak ditampal di bahagian dinding yang bercat. Penggunaan kertas dinding (wall paper) juga tidak dibenarkan di bahagian tersebut. 3.5.4.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi. 3.5.4.5 Mengeluarkan mana-mana perabot yang rosak. 3.5.4.6 Kebersihan kelas : Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru masa pertama yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum memulakan PdPc. Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir PdPc, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak. 3.5.4.7 Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. 3.5.4.8 Memasukkan kerusi di bawah meja (jika kerus kayu) atau meletakkan kerusi di atas meja


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 28 (jika kerusi plastik). 3.5.4.9 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut : Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot / Guru Keselamatan) dan mengisi Buku Laporan Kerosakan di pejabat. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut: a. Bahan-bahan keceriaan kelas. b. Perbelanjaan luar jangka kelas / jamuan akhir tahun, dan lain-lain. 3.6 PENGURUSAN DISIPLIN 3.6.1 SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM) 3.6.1.1 SSDM berasaskan web bertujuan untuk merekodkan salah laku murid dan amalan baik murid. 3.6.1.2 Semua guru boleh merekodkan salah laku murid atau merekodkan amalan baik muriddalam sistem. 3.6.1.3 Penyelaras SSDM bertangungjawabuntuk merekodkan salah laku berdasarkan kepada salah lakuyang dicatatkan di dalam Buku Kawalan Kelas atau mana-mana laporan salah lakuyang diterima. 3.6.1.4 Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid sepatutnya digalakkan melakukan amalan baikuntuk meningkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan amalan ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin. 3.6.1.5 Melalui sistem ini juga, murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin akan dibantu oleh GBKSM (Kaunselor). 3.6.1.6 Rekod salah laku dan amalan baikakan dicetak apabila diperlukan untuk kegunaan sekolah. 3.6.1.7 Rekod disiplin akan dikemaskinisetiap minggu oleh Penyelaras SSDM dan dilaporkan setiap bulan. 3.6.2 MURID TIDAK HADIR (POTENG SEKOLAH) 3.6.2.1 Guru tingkatan hendaklah sentiasa menyemak bilangan kehadiran murid. Tindakan segera harus diambil apabila murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab (ponteng sekolah). 3.6.2.2 Guru tingkatan hendaklah hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut : TINDAKAN TIDAK HADIR BERTURUT TIDAK HADIR BERKALA / TIDAK BERTURUT-TURUT Amaran 1 Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 (Hari ke-11) 10 hari selepas Surat Amaran 1 (Hari ke-20) Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 (Hari ke-18) 20 hari selepas Surat Amaran 2 (Hari ke-40) Buang Sekolah 14 hari selepas Surat Amaran 3 (Setelah cukup 31 hari) 20 hari selepas Surat Amaran 3 (Setelah cukup 60 hari) Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari *Buang Sekolah 60 hari *Buang Sekolah 3.6.2.3 Guru Tingkatan hendaklah mengisi ketidakhadiran di dalam SSDM dan menjana Surat amaran dari sistem tersebut. 3.6.2.4 Surat Amaran 1,2,3 dicetak dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh Pengetua : Salinan 1 : Pos Berdaftar Salinan 2 : Serahkan kepada murid Salinan 3 : Simpanan Guru Kelas Salinan 4 : Simpanan Unit HEM Salinan 5 : Fail Peribadi Murid 3.6.2.5 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 Salinandan terus hantar kepada PK HEM untuk


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 29 tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua. Catatan : Satu salinan Surat Amaran 1,2 dan 3 dilampirkan bersama-sama surat Buang Sekolah yang dihantar kepada PPD dan diisi dalam SSDM. Surat Buang Sekolah dihantar ke PPD mestilah sama tarikh dengan murid dibuang sekolah. 3.6.2.6 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi : Selepas Surat Amaran 1 : Murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa / penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Guru Kelas. Selepas Surat Amaran 2 : Murid hendaklah membawa surat jawapan ibu bapa / penjaga dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu. Selepas Amaran Ketiga / Terakhir, murid mestilah datang ke sekolah bersamasama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua. Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuashati dengan jaminan yang diberi ibu bapa/penjaga melalui Surat Akur Janji. Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPNS.Penyelaras Tingkatan mendaftrakan mereka dengan nombor pendaftaran asal. Murid yang diberhentikan sekolah, sekiranya membuat rayuan bersekolah semula dan mendapat kelulusan PPD/JPNS hendaklah didaftarkan dengan nombor pendaftaran yang baharu oleh Penyelaras Tingkatan. 3.6.2.7 Semua surat doktor atau surat daripada ibu bapa/penjaga mesti disimpan / difailkan dengan baik oleh guru untuk rujukan.Sila pastikan juga tandatangan ibu bapa (bukan tiruan) dan jika tidak pasti sila hubungi ibu bapa / penjaga dengan segera. 3.6.2.8 Memaklumkan kepada PK HEM / PK Petang sekiranya murid telah tidak hadir ke sekolah selama 60 hari berkumpul atau 30 hari berturut-turut dan mengisi SSDM murid. 3.6.2.9 Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mengambil tindakan berikut terhadap muridmurid yang tidak hadir ke sekolah setelah menerima Salinan surat tidak hadir ke sekolah : Membuat lawatan ke rumah murid (Ziarah Cakna). Menghantar laporan murid kepada PK HEM / PK Petang setelah selesai 3 kali sesi kaunseling bersama murid atau ibu bapa. 3.6.3 KESALAHAN MEROKOK 3.6.3.1 Hukuman murid merokok di sekolah adalah seperti berikut : Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (Selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah 3.6.3.2 Akta Tembakau diuar-uarkan kepada murid dan oleh digunapakai sebagai tindakan disiplin. Rujukan : SPI Bil 4/1997-Hukuman murid merokok Surat Siaran KPM Bil 17/2015- Larangan Penggunaan Rokok Elektronik 3.6.4 KESALAHAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT 3.6.4.1 Murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. 3.6.4.2 Sekiranya didapati membawa telefon bimbit, pihak sekolah berhak mengambil dan menyimpan telefon bimbit murid. Ibu bapa / penjaga perlu hadir ke sekolah ke sekolah untuk proses pemulangan kembali telefon bimbit tersebut. 3.6.4.3 Telefon bimbit hanya boleh dituntut semula oleh ibu bapa / penjaga murid selepas 2 minggu melalui PK HEM dan menandatangani Surat Akur Janji. 3.6.5 LEWAT 3.6.5.1 Murid yang masuk ke sekolah selepas 7.30 am (sesi pagi) dan selepas 1.10 pm (sesi petang) adalah dikira Lewat. 3.6.5.2 Tindakan disiplin yang dikenakan berdasarkan porsedur yang telah dipersetujui oleh Lembaga Disiplin Sekolah adalah seperti berikut : KEKERAPAN LEWAT TINDAKAN / HUKUMAN Kekerapan 1-5 kali Amaran lisan


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 30 Kekerapan 6-13 kali Amaran lisan, diisi nama dalam SSDM, rotan 1 kali, kaunseling kelompok Kali ke-14 Amaran bertulis dan panggilan telefon ibu bapa / penjaga, rotan 2 kali dan kaunseling individu Kekerapan 21 kali Gantung sekolah dan panggilan telefon ibu bapa / penjaga, kaunseling dan perjanjian Kekerapan 25 kali Surat Pertuduhan Buang sekolah Selepas 2 minggu tempoh rayuan 3.6.6 PONTENG KELAS 3.6.6.1 Ponteng kelas pembelajaran,perhimpunan atau sekolah dengan sengaja seperti kerap ke tandas, ke kantin, atau tempat lain termasuklah ponteng peperiksaan, ujian dan sebagainya. 3.6.6.2 Tindakan disiplin yang dikenakan berdasarkan porsedur yang telah dipersetujui oleh Lembaga Disiplin Sekolah adalah seperti berikut : KEKERAPAN PONTENG TINDAKAN / HUKUMAN Kekerapan 1-5 kali Amaran lisan Kekerapan 6-13 kali Amaran lisan, diisi nama dalam SSDM, rotan 1 kali, kaunseling kelompok Kali ke-14 Amaran bertulis dan panggilan telefon ibu bapa / penjaga, rotan 2 kali dan kaunseling individu Kekerapan 21 kali Gantung sekolah dan panggilan telefon ibu bapa / penjaga, kaunseling dan perjanjian Kekerapan 25 kali Surat Pertuduhan Buang sekolah Selepas 2 minggu tempoh rayuan 3.6.7 KEKEMASAN DIRI 3.6.7.1 Pemakaian uniform sekolah adalah mengikut pekeliling yang telah ditetapkan oleh KPM. 3.6.7.2 Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, memakai pakaian PJPK yang longgar dan tidak menampakkan susuk badan. 3.6.7.3 Semasa aktiviti Kokurikulum, murid perlu memakai pakaian kokurikulum yang telah ditetapkan. 3.6.7.4 Tidak dibenarkan memakai kasut selain daripada kasut sekolah. 3.6.7.5 Berambut panjang di bahagian depan, belakang dan tepi atau berfesyen tidak dibenarkan. 3.6.7.6 Tidak dibenarkan berkuku panjang, berwarna atau mengilatkannya. 3.6.7.7 Memakai barang-barang perhiasan adalah dilarang termasuklah bersolek, mencabut bulu kening dan memakai maskara. 3.6.7.8 Kegagalan murid mematuhi peraturan kekemasan diri seperti yang terdapat dalam Buku Panduan Peraturan sekolah akan menyebabkan tindakan disiplin diambil terhadap mereka. 3.7 PENDAFTARAN MURID 3.7.1 SENARAI NAMA MURID DALAM KELAS (AWAL) 3.7.1.1 Penyelaras Tingkatan akan menyediakan senarai nama murid mengikut kelas. Senarai ini akan diberikan kepada guru-guru tingkatan pada hari pendaftaran kelas. 3.7.2 MURID YANG TIDAK MELAPORKAN DIRI 3.7.2.1 Guru tingkatan hendaklah mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit. 3.7.2.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 3.7.3 PENDAFTARAN MURID BAHARU 3.7.3.1 Penyelaras tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid telah dilengkapkan oleh ibu bapa / penjaga. Jika murid membawa bersama Borang Maklumat Murid dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. 3.7.3.2 Penyelaras Tingkatan juga memastikan murid baharu mengisi Buku Profil Murid dan dokuman peribadi murid serta menyerahkan dokumen seperti Laporan Disiplin, PBD dan lain-lain berkaitan kerja kurusus dari sekolah terdahulu. 3.7.3.3 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan dan perlu mengisi butiran murid dengan lengkap dalam Buku Daftar Agung serta mengemaskini data kelas di APDM secara online.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 31 3.7.3.4 Murid warga asing dibenarkan berada di sekolah atau berada di kawasan sekolah walaupun tidak menjelaskan bayaran LEVI (RM 240.00), yuran sekolah (RM 33.50), yuran PIBG (RM 50.00). Walaubagaimanapun Penyelaras Tingkatan perlu memastikan perkara di atas telah dipenuhi dengan segera untuk menerima kemasukan murid berkenaan. . 3.7.3.5 Guru Data akan memasukkan data murid baru dan mengemaskini data kelas dalam APDM secara online. 3.7.3.6 Guru Tingkatan perlu menyemak jika ada murid yang pernah menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 3.7.3.7 Guru Penyelaras mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM. 3.7.3.8 Guru Tingkatan menyemak latar belakang setiap murid untuk mengenal pasti anak yatim / pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM. 3.7.3.9 Dokumen iringan seperti Laporan Disiplin, PBD, PAJSK lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah perlu diserahkan kepada Guru Tingkatan / Penyelaras. 3.7.3.10 Kutipan yuran PIBG adalah berdasarkan kepada Satu Per Keluarga yang mana kutipan hanya kepada murid / anak yang paling muda bersekolah di sekolah yang sama. 3.7.4 MURID KELUAR / MASUK SEKOLAH 3.7.4.1 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima. 3.7.4.2 Mencatatkan maklumat / butiran dalam fail murid. 3.7.4.3 Prosedur pertukaran murid ke sekolah Swasta / MARA : Memastikan semua buku teks dipulangkan. Merekodkan senarai buku yang dipulangkan dan menyerahkan satu salinan kepada Guru SPBT. 3.7.4.4 Prosedur pertukaran murid ke Sekolah Menengah Kebangsaan : Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru. (Sila guna borang khas di pejabat). Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT. 3.7.4.5 Guru Tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid-murid yang akan melanjutkan pelajaran ke SBP, MRSM dan Sekolah Teknik. Memastikan surat tawaran telah diterima. 3.7.4.6 Guru Tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid Tingkatan 5 yang tamat belajar di SMK Seri Keramat. 3.7.4.7 Segala dokumen perlu diserahkan kepada murid mengikut kesesuaian masa. 3.7.4.8 Guru Penyelaras memastikan murid telah mengisi Senarai Semak Masuk Sekolah yang lengkap sebelum diserahkan kepada guru tingkatan. 3.8 DISIPLIN MURID 3.8.1 PENGURUSAN DISIPLIN MURID 3.8.1.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. 3.8.1.2 Murid perempuan tidak boleh dikenakan hukuman rotan. Hukuman / denda berbentuk wang adalah dilarang. 3.8.1.3 Hukuman rotan di khalayak ramai adalah tidak dibenarkan. 3.8.1.4 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mendapati seseorang murid itu melanggar / melakukan kesalahan disiplin. 3.8.1.5 Guru-guru mestilah memaklumkan kes salahlaku disiplin murid yang berat dengan segera kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM. 3.8.1.6 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 3.8.1.7 Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu kes salah laku yang dilakukan. 3.8.1.8 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. 3.8.2 TANGGUNGJAWAB GURU 3.8.2.1 Guru mestilah bersikap penyayang. Justeru, seharusnya guru mengenali nama setiap muridnya. 3.8.2.2 Guru hendaklah mengenal pasti mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal, kes ini perlu dirujuk kepada kaunselor.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 32 3.8.2.3 Jangan mulakan proses PdPc jika murid tidak memberi tumpuan, membuat bising dan bercakap sesama sendiri. 3.8.2.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan membuat bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 3.8.2.5 Sebelum memulakan PdPc guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera. 3.8.2.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian yang lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini dalam BKK. 3.8.3 DASAR UMUM DISIPLIN 3.8.3.1 Setiap murid wajib memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari. 3.8.3.2 Setiap murid wajib memiliki buku catatan kecil dan dibawa bersama sewaktu perhimpunan. 3.8.3.3 Pada awal tahun sesi persekolahan, murid-murid akan diberi penjelasan dan penerangan terperinci tentang peraturan sekolah dan bentuk tindakan disiplin yang dikenakan jika melanggar peraturan melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah. 3.8.3.4 Pemeriksaan Gempar / “Sport Check” boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa. 3.8.3.5 Guru disiplin / guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan dengan disaksikan oleh murid berkenaan. (Pengawas yang dilantik perlu diberi penerangan dan mengangkat sumpah). 3.8.3.6 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan. 3.8.3.7 Barang larangan akan dilabel dan disimpan di dalam bilik PK HEM. 3.8.3.8 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut semula oleh ibu bapa/penjaga murid selepas 2 minggu melalui PK HEM dan menandatangani Surat Akur Janji. 3.8.3.9 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas 3 bulan akan dilupuskan setelah dibawa ke Mesyuarat Lembaga Disiplin. 3.8.3.10 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. 3.8.3.11 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru dan guru harus mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan jika menjalankan aktiviti di luar waktu persekolahan. 3.8.3.12 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika hari cuti, melainkan bersama guru. 3.8.3.13 Semua murid adalah dilarang berada di kawasan sekolah selepas pukul 7.00 malam untuk apa-apa jua aktiviti. 3.8.3.14 Aktiviti bersama yang melibatkan murid lelaki dan perempuan adalah DILARANG kecuali yang berkaitan PdPc dibawah pengawasan guru. 3.8.3.15 Sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti berdua-duaan lelaki dan perempuan, berpakaian mencolok mata , merokok, merempit, melepak dan sebagainya walaupun dilakukan di luar kawasan sekolah dianggap telah menjatuhkan nama baik sekolah dan boleh disabitkan sebagai kes salahlaku berat. 3.8.3.16 Menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes salah laku dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua. 3.8.3.17 Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh semua murid dan menjadi kesalahan jika diingkari. 3.8.3.18 Penggunaan padang permainan, peralatan dan kemudahan fizikal perlu mendapat keizinan dari pihak pengurusan sekolah. 3.8.4 PENGURUSAN PERHIMPUNAN 3.8.4.1 Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin. 3.8.4.2 Perhimpunan rasmi mesti di pantau dan dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan dan dibantu oleh Guru Disiplin dan Guru Pengawas. 3.8.4.3 Bacaan Surah Yassin / Surah Al-Kahfi (ayat 1-10 dan ayat 100-110) / Tazkirah Pagi diadakan pada setiap pagi Jumaat (7.20 – 8.05 pagi). Diuruskan oleh Guru Bertugas Mingguan dan dibantu oleh AJK Pembangunan Modal Insan. 3.8.4.4 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan Isnin dan Jumaat setiap minggu. 3.8.4.5 Murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran. 3.8.4.6 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 33 3.8.4.7 Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti atau apa-apa perlakuan yang boleh menganggu perjalanan majlis. 3.8.4.8 Semua maklumat yang disampaikan di dalam perhimpunan rasmi mesti dicatat di dalam Buku Laporan Perhimpunan Rasmi dan Buku Laporan Bertugas Mingguan. 3.8.5 BUKU KAWALAN KELAS (BKK) 3.8.5.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai Buku Kawalan Kelas (BKK) setiap hari. 3.8.5.2 Ketua tingkatan dikehendaki mengambil BKK pada waktu pertama di Bilik Disiplin dan memulangkannya semula selepas tamat sesi persekolahan. 3.8.5.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan / Penolong dan diserahkan kepada guru mata pelajaran yang masuk pada setiap waktu untuk ditanda. 3.8.5.4 Guru diminta mencatat bilangan murid yang berada di dalam kelas pada waktu tersebut. Nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk / ponteng kelas juga perlu dicatat. 3.8.5.5 Guru perlu memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK. 3.8.5.6 BKK adalah dokumen sulit Unit Disiplin. Tindakan tegas akan diambil kepada kelas sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau penyelewengan. 3.8.6 PAS KELUAR KELAS 3.8.6.1 Setiap guru akan dibekalkan dengan dua pas kebenaran keluar oleh Unit HEM pada awal sesi persekolahan. Pas ini adalah di bawah tanggungjawab setiap guru. 3.8.6.2 Satu pas kebenaran keluar hanya boleh digunakan oleh seorang murid sahaja dalam satusatu masa. 3.8.6.3 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa / dipanggil guru, urusan peribadi dan sebagainya WAJIB memakai pas berkenaan. 3.8.6.4 Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas sekiranya murid gagal menunjukkan pas berkenaan apabila diminta. 3.8.6.5 Murid yang keluar kelas tanpa menggunakan pas boleh dianggap keluar tanpa kebenaran dan ponteng kelas. 3.9 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3.9.1 GBKSM mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya. 3.9.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja. Campur tangan daripada pihak ketiga adalah dilarang dan menyalahi etika. 3.9.3 GBKSM boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. 3.9.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling haruslah memainkan peranan aktif dalam merancang,mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada murid. 3.9.5 GBKSM harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. 3.9.6 GBKSM mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolahdan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan untuk tindakan susulan. 3.9.7 Guru Disiplin / Guru Tingkatan perlu merujuk kepada GBKSM murid yang telah dikenakan tindakan disiplin dan perlu menjalani sesi kaunseling. 3.9.8 GBKSM mesti sentiasa cakna berkaitan keciciran murid dan saling berkerjasama dengan guru kelas dan melakukan program Ziarah Cakna bersama guru kelas dan pentadbir. 3.9.9 Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisia dan dibuat pembaikan dari semasa ke semasa. 3.10 PENGURUSAN BANTUAN DAN KEBAJIKAN 3.10.1 BIASISWA 3.10.1.1 Penyelaras biasiswa akan memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran akan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibu bapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 34 3.10.1.2 Penyelaras Biasiswa juga perlu memaklumkan kepada murid berkaitan biasiswa semasa perhimpunan. 3.10.1.3 Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Sekiranya menerima lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. 3.10.1.4 Bagi penerima bantuan Baitulmal / Pusat Zakat , Penyelaras Biasiswa hendaklah mengenal pasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah. 3.10.1.5 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan semasa di sekolah rendah, mereka mesti memperbaharui permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan baru. 3.10.1.6 Guru biasiswa perlu menyimpan semua butiran peribadi penerima biasiswa serta rekod prestasi akademik bagi memantau perkembangan dan memastikan mereka tidak ketinggalan. 3.10.1.7 Murid-murid penerima Biasiswa Kecil Persekutuan hendaklah sentiasa memastikan pencapaian akademik berada di tahap cemerlang. 3.10.2 KEBAJIKAN MURID 3.10.2.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat tentang bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada guru kebajikan. 3.10.2.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM / Penolong Kanan Petang sekiranya ada pada kalangan murid kelasnya yang menghidap penyakit yang mudarat atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya. 3.10.2.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri. 3.11 PENGURUSAN SPBT 3.11.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan SPBT. Murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan SPBT. 3.11.2 Memastikan semua murid yang layak telah menerima buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya pada hari pertama sesi persekolahan bermula. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17 Mac 2008). 3.11.3 Murid dan waris dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta memperakui butiran yang terkandung di dalamnya. 3.11.4 Buku-buku yang tidak digunakan (tamat tempoh / rosak / edisi tidak digunakan / dll) perlu dilupuskan segera apabila surat kebenaran pelupusan diterima. Guru SPBT dikehendaki memohon untuk membuat pelupusan buku-buku yang tidak boleh digunakan lagi. 3.11.5 Guru SPBT dikehendaki menyelenggara fail-fail SPBT dari semasa ke semasa dan menguruskan Bilik SPBT dengan baik. 3.11.6 Semua buku teks yang diterima oleh murid mesti dibalut kemas dan ditulis nama. 3.11.7 Guru Tingkatan hendaklah memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke sekolah swasta, SBP atau sekolah-sekolah di bawah anjuran MARA memulangkan buku teks yang dipinjam dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Buku teks boleh dibawa ke sekolah baru sekiranya bertukar ke sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia. 3.11.8 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semua buku teks yang dipinjam pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai semakmurid yang tidak memulangkan buku teks. 3.12 PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH 3.12.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga persekitaran kawasan kantin. 3.12.2 Guru AJK Kantin perlu memantau dan membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. 3.12.3 Membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. 3.12.4 Menasihatkan murid-murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan mereka membeli makanan daripada jurujual di luar kawasan sekolah. 3.12.5 Guru Bertugas Mingguan mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. 3.12.6 Memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng tamatnya waktu rehat dibunyikan. 3.12.7 Murid DILARANG membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 3.12.8 Guru AJK Kantin menyediakan kotak aduan pelanggan bagi mendapatkan maklum balas tentang


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 35 perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha kantin. 3.12.9 Papan Kenyataan Kantin hendaklah sentiasa dikemaskini dan mengandungi info-info berguna berkaitan pemakanan dan kesihatan. 3.13 PENGURUSAN 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN) 3.13.1 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH 3.13.1.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. 3.13.1.2 Guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 3.13.1.3 Guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar sentiasa kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan melancarkan proses PdPc. 3.13.1.4 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar. 3.13.2 PENGURUSAN MURID SAKIT 3.13.2.1 Sekiranya ada murid yang sakit, mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah dan Guru Bertugas Mingguan. 3.13.2.2 Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar ke klinik, berehat di Bilik Rawatan atau menghubungi ambulans / warisnya. 3.13.2.3 Kunci Bilik Rawatan (sekolah) akan disimpan setiap satu oleh Guru Bilik Rawatan dan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis dalam buku pergerakan kunci. Murid lelaki perlu diasingkan daripada murid perempuan. 3.13.2.4 Guru Bertugas / Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga murid berkenaan untuk menjemputnya di sekolah sekiranya perlu. 3.13.2.5 Guru Bertugas / Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. 3.13.2.6 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan. Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulans sekiranya berlaku kecederaan serius yang memerlukan rawatan segera. 3.13.2.7 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid. 3.13.2.8 Guru Bertugas hendaklah merekod butiran bagi murid yang dimasukkan ke Bilik Rawatan dan menandatangani borang masuk ke Bilik Rawatan (1 salinan simpan di dalam fail di Bilik Rawatan) 3.13.2.9 Guru bertugas perlu memastikan murid yang sakit tidak berada di Bilik Rawatan melebihi satu masa PdPC sahaja. Jika sakit berlarutan ibu bapa perlu dihubungi untuk membawa murid pulang. 3.13.2.10 Memastikan tiada murid yang ponteng kelas di dalam Bilik Rawatan. 3.13.2.11 Memastikan tiada murid di dalam Bilik Rawatan selepas waktu persekolahan. 3.13.3 LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN 3.13.3.1 Melaksanakan latihan kebakaran (fire drill) sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. 3.13.3.2 Satu taklimat ringkas tentang sesi latihan kebakaran dan laluan kecemasan hendaklah disampaikan kepada semua murid. 3.13.3.3 Mengadakan demonstrasi memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil. 3.13.3.4 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik. 3.13.3.5 Pelan kecemasan mesti ditampal di semua kelas , bilik khas dan papan kenyataan sekolah. 3.13.3.6 Guru AJK Keselamatan memastikan tanda arah laluan kecemasan telah dilabel dengan sempurna dan betul. 3.13.3.7 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, melalui laluan yang ditetapkan secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. 3.13.3.8 Guru-guru dibantu AJK Kelas memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas telah ditutup sebelum keluar. 3.13.3.9 Fail Laporan Kehadiran Murid (APDM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul. 3.13.3.10 Guru Tingkatan mestilah mengambil Fail Laporan Kehadiran Murid kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid yang ada dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir / Guru AJK Keselamatan dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 36 3.13.4 POLISI SEKOLAH SELAMAT 3.13.4.1 Pihak sekolah mengamalkan empat polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah : Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah Polisi Keselamatan Pelajar Perempuan- Gangguan Seksual Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum Polisi Keselamatan Di Jalan raya 3.13.4.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 3.13.5 KENDERAAN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH 3.13.5.1 Hanya guru dan kakitangan sekolah sahaja yang dibenarkan meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah. Kenderaan pelawat / ibu bapa perlu mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan. 3.13.5.2 Kenderaan guru dan kakitangan sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. 3.13.5.3 Guru-guru dan kakitangan sekolah diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 3.13.5.4 Ibu bapa / penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah untuk mengelak kesesakan kecuali ibu bapa / penjaga murid PPKI. 3.13.6 PONDOK KAWALAN KESELAMATAN 3.13.6.1 Guru-guru / warga sekolah hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 3.13.6.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti lapor diri di pondok pengawal dengan menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 3.13.6.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi etika berpakaian dan carta alir keselamatan seperti yang dipamerkan di pondok kawalan keselamatan sekolah. 3.13.6.4 Jurujual adalah DILARANG sama sekali memasuki kawasan sekolah kecuali pembekal yang telah diberi kebenaran / berurusan rasmi dengan pihak sekolah. 4 KOKURIKULUM 4.1 JAWATANKUASA KOKURIKULUM 4.1.1 Pengetua melantik Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa Kelab & Persatuan, Jawatankuasa Sukan & Permainan, Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah, Jawatankuasa Sukan Tahunan Sekolah, Jawatankuasa Koperasi Sekolah, Jawatankuasa Rumah Sukan dan Jawatankuasa e-Buletin. 4.1.2 Pengetua akan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah sebanyak EMPAT kali setahun dan minit mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan. Sekiranya ketiadaan pengetua, PK Kokurikulum akan mempengerusikan mesyuarat. 4.1.3 Merancang program, projek dan aktiviti sekolah (Rancangan jangka pendek dan panjang). 4.1.4 Memastikan 100% murid mendaftar dalam ketiga-tiga aktiviti kokurikulum. 4.1.5 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi bidang kokurikulum. 4.1.6 Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti kokurikulum sekolah. Buku Pemantauan Aktiviti disediakan. 4.1.7 Melaksanakan penambahbaikan ke atas program, projek dan aktiviti kokurikulum. 4.1.8 Memberi pengikhtirafan kepada guru dan murid yang telah menunjukkkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing dengan pemberian sijil serta penganugerahan pada Majlis Anugerah Permana Citra yang diadakan pada bulan JANUARI / FEBRUARI setiap tahun. 4.1.9 Pelaksanaan kokurikulum dan sukan dibuat dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah. 4.2 TENAGA PENGAJAR 4.2.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran Guru Penasihat. 4.2.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut : Persatuan / Kelab Badan Beruniform Sukan dan Permainan 4.2.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu : Merancang, mengurus dan melaksanakan program / aktiviti kokurikulum dengan baik dan


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 37 mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Mengamalkan budaya kerja secara sepasukan. Mengamalkan semangat ”espirit de corp”. Menyediakan dokumentasi/laporan untuk program / aktiviti yang dijalankan Membuat penilaian. Semua guru terlibat dengan aktiviti kokurikulum. 4.3 PENYERTAAN PELAJAR 4.3.1 Semua murid Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut : Persatuan / Kelab Badan Beruniform Sukan dan Permainan 4.3.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan bidang yang ditawarkan oleh sekolah. 4.3.3 Pendaftaran akan dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan. Pendaffaran akan menggunakan Borang Pendaftaran Kokurikulum (BPK) dan akan diedarkan kepada pelajar melalui Guru Tingkatan bersama dengan ’softcopy’ borang data kokurikulum (BDK). Borang yang lengkap diisi diserahkan kepada Guru Tingkatan masing-masing untuk dibuat rumusan. Hasil rumusan hendaklah diserahkan secara ’softcopy’ kepada S/U kokurikulum/PK Kokurikulum selewat-lewatnya 3 hari selepas pendaftaran. 4.3.4 Selepas ‘softcopy’ rumusan dikumpul, Setiausaha kokurikulum akan mengedarkan ‘Masterlist’ pendaftaran rasmi, mengikut tingkatan kepada semua tingkatan untuk ditampal di dalam kelas sebagai makluman kepada murid. 4.3.5 Senarai rasmi pendaftaran mengikut kelab/persatuan/unit beruniform akan diserahkan kepada ketuaketua guru penasihat. 4.3.6 Guru Tingkatan juga diwajibkan mengemaskini maklumat kokurikulum dalam data HEM / SMM. 4.3.7 Agihan Ahli Rumah Sukan adalah berdasarkan nombor pendaftaran sekolah murid. Nombor pendaftaran yang berakhir dengan nombor : a) 1, 5, 00, 10, 19, 50, 59 - Merah b) 2, 6, 09, 20, 29, 60, 69 - Hijau c) 3 , 7, 90, 30, 39, 70, 79 - Kuning d) 4 , 8, 99, 40, 49, 80, 89 - Biru Guru Tingkatan diminta menyediakan 4 salinan senarai nama terbaru ahli rumah sukan a) 1 salinan simpanan guru tingkatan b) 1 salinan ditampal di hadapan kelas c) 1 salinan kepada Setiausaha Sukan d) 1 salinan kepada PK Kokurikulum Sebarang pertukaran Unit Uniform, Persatuan/Kelab, Sukan dan Permainan TIDAK DIBENARKAN kecuali dengan izin Penolong Kanan Kokurikulum. 4.4 PENJADUALAN KEGIATAN 4.4.1 Takwim dan aktiviti kokurikulum perlulah merujuk Takwim Kokurikulum dalam Buku Pengurusan. 4.4.2 Kegiatan akan dijalankan mengikut jadual berikut : HARI MASA ISNIN / SELASA / RABU / KHAMIS / JUMAAT 10.00 PG -1.00 PTG (SESI PETANG) 1.00 PTG - 4.00 PTG (SESI PAGI) SABTU (MINGGU 2 & 4) 8.00 PG - 10.00 PG HARI LATIHAN RUMAH SUKAN SIDANG PAGI SIDANG PETANG 3.00 PTG – 5.00 PTG 8.00 PG – 10.00 PAGI MENGIKUT TAKWIM BIRU PADANG SMK LEMBAH KERAMAT MERAH HIJAU KUNING 4.4.3 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut : Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 38 Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah Atas arahan Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum 4.5 PERJUMPAAN MINGGUAN / LATIHAN 4.5.1 Kedatangan guru/jurulatih wajib sepanjang sesi perjumpaan dan latihan berjalan. (Diisi dan ditandatangani dalam Rekod Kehadiran Guru Penasihat) 4.5.2 Guru penasihat mengendalikan perjumpaan / latihan mengikut perancangan mengawas, mengawal, mengurus dan menyelia aktiviti dan keselamatan pelajar. 4.5.3 TIADA AKTIVITI / LATIHAN TANPA GURU. 4.5.4 Laporan dibuat menggunakan borang yang disediakan untuk setiap aktiviti / latihan yang dijalankan. 4.5.5 Sebarang pembatalan perjumpaan MESTI dimaklumkan kepada jurulatih dan murid. 4.5.6 Tarikh dan masa perjumpaan (masa bermula dan masa berakhir) dipatuhi. 4.5.7 Kehadiran pelajar direkodkan dan Buku / Kad Kokurikulum murid ditandatangani oleh guru penasihat. 4.5.8 Aktiviti kokurikulum hendaklah diadakan mengikut jadual yang ditetapkan dan aktiviti tambahan boleh dilaksanakan pada masa dan tempat yang sesuai dengan dipantau oleh guru. 4.5.9 Setiap aktiviti dilaksanakan berdasarkan matlamat, objektif persatuan dan keupayaan murid bagi mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari serta perlu mengambilkira sahsiah murid. 4.5.10 Bagi badan beruniform, setiap unit mesti mempunyai sukatan pelajaran dan perlembagaan badan beruniform. 4.5.11 Aktiviti yang dilaksanakan hendaklah menarik dan mampu meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum. 4.5.12 Penggunaan khidmat kepakaran ibu bapa / komuniti setempat secara berterusan untuk meningkatkan kehadiran dan kualiti kemahiran belajar murid dialu-alukan tetapi mesti mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah. 4.5.13 Setiap kali perjumpaan guru penasihat dikehendaki mengambil fail unit masing-masing dari bilik gerakan kokurikulum dan disimpan kembali selepas perjumpaan dijalankan. 4.5.14 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian / prestasi murid disediakan dan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. 4.6 PELAKSANAAN PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 4.6.1 Berterusan dalam tempoh persekolahan. 4.6.2 Program ini boleh dilaksanakan semasa waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan waktu aktiviti kokurikulum dijalankan. 4.6.3 Perlaksanaan program boleh dilaksanakan melalui pendekatan : a) Program Sukan Umum seperti merentas desa, sukantara dan kejohanan balapan dan padang sekolah. b) Kelab Sukan & Permainan seperti latihan pelbagai permainan dan ”modified sport” selama 90 minit seminggu.Jadual perlaksanaan adalah seperti berikut: Pertandingan dalaman seperti Pertandingan antara rumah. Pertandingan luaran seperti MSSD GOMBAK, MSSN, MSSM dan sebagainya. Pengajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Latihan dalaman seperti latihan rumah sukan. 4.6.4 Kehadiran murid mesti diambil setiap kali perjumpaan diadakan. 4.6.5 Program 1M1S akan diuruskan oleh guru penasihat Kelab Sukan Dan Permainan. 4.6.6 Murid yang terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan MSSD GOMBAK dan MSSM tidak perlu terlibat dalam Latihan Kelab Sukan & Permainan di sepanjang tempoh latihan intensif dijalankan dengan syarat latihan tersebut dijalankan setiap minggu sehingga hari pertandingan. 4.7 ETIKA BERPAKAIAN 4.7.1 Semua murid dan guru amat digalakkan memakai uniform pada setiap hari Rabu dan Isnin minggu ketiga setiap bulan.Bagi pentadbir dan tidak mempunyai unit beruniform digalakkan memakai uniform Kadet Remaja Sekolah. 4.7.2 Semasa perjumpaan murid dibenarkan memakai t-shirt pasukan uniform masing-masing / t-shirt rasmi sekolah bersama track suit bagi aktiviti luar sahaja. Jika aktiviti yang dijalankan berbentuk dalaman, murid dibenarkan memakai uniform sekolah lengkap. 4.7.3 Mulai bulan April , diharap semua murid dapat memakai uniform lengkap pada setiap hari Rabu. 4.7.4 Semua guru penasihat unit beruniform perlu memakai uniform lengkap seperti mana yang ditetapkan oleh unit masing-masing.Guru-guru lain boleh memnilih uniform unit mengikut kesesuaian. Pemakaian


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 39 uniform lengkap, akan dicatat dalam buku pemantauan pemakaian uniform guru. 4.7.5 Bagi guru yang mengandung lima bulan ke atas dikecualikan memakai uniform. 4.8 PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM 4.8.1 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan diadakan pada hari seperti ketetapan mengikut PPD dan ketetapan unit yang mempengerusikannya (disertakan kemudian oleh PK Kokurikulum). 4.8.2 Perhimpunan ini dikendalikan sepenuhnya oleh murid dengan bantuan guru bertugas dan Guru Penasihat. 4.8.3 Penyelaras Unit Beruniform bertanggungjawab memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik. 4.8.4 Semua guru dan pelajar wajib memakai uniform lengkap pada hari tersebut. 4.8.5 Pengacara majlis, 3 orang penaik bendera dilantik dari kalangan ahli pasukan badan beruniform yang bertugas. 4.8.6 Aturcara untuk perhimpunan kokurikulum cuma berkaitan dengan hal-hal kokurikulum sahaja seperti pemberian hadiah, persembahan murid, taklimat berkaitan kokurikulum dan tidak boleh dicampur dengan hal-hal lain. 4.9 PENYERTAAN SEKOLAH DALAM KEGIATAN LUAR 4.9.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat zon atau negeri tertakluk kepada kelulusan pihak sekolah, persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan. 4.9.2 Sekolah akan memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan program sasaran, iaitu : Bola Jaring, Bola Baling, Bola Sepak, Badminton, Catur, Olahraga, Memanah, e-Sport dan Sepak takraw. Robotik, Rero, Choral Speaking, Bicara Berirama, Spelling Bee, Pantun, Pidato, Bahas Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris, Koperasi Sekolah, Protune, Seni Batik dan Kebudayaan dan Pertandingan Kitar Semula. Aktiviti Unit Beruniform daerah / negeri / kebangsaan - Kawad Kaki, Perkhemahan, Kursus kenaikan pangkat. 4.9.3 Guru-guru penasihat / jurulatih berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi melalui : Latihan yang sistematik Kelengkapan yang sempurna Pertandingan dalaman Penyertaan yang aktif 4.9.4 Laporan pencapaian dan penglibatan hendaklah dibuat dalam format yang ditetapkan dan mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum selewat-lewatnya 2 minggu selepas program/pertandingan dijalankan. 4.10 MEMBAWA PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI LUAR / PERTANDINGAN 4.10.1 Patuhi prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 4.10.2 Guru perlu perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris. 4.10.3 Pakaian semasa menyertai pertandingan sukan ialah t shirt sekolah / sukan berkolar dan track suit serta BERKASUT. Selipar tidak dibenarkan sama sekali. 4.10.4 Guru perlu memakai pakaian yang bersesuaian misalnya pakaian sukan. 4.10.5 Pakaian semasa menyertai pertandingan bagi aktiviti kelab / persatuan / unit uniform ialah uniform sekolah / uniform pasukan yang lengkap. 4.10.6 Pakaian semasa lawatan adalah uniform sekolah semasa bertolak dari sekolah dan ke tempat-tempat lawatan yang melibatkan agensi luar. 4.10.7 Sebarang jenis pakaian berbentuk JEANS ADALAH DILARANG. 4.10.8 Jersi pertandingan / t shirt pertandingan dipakai semasa di tempat perlawanan dijalankan. 4.10.9 Pelajar Islam DILARANG memakai seluar pendek sahaja tanpa thight. 4.10.10 Penerapan nilai–nilai agama dan moral merentas kokurikulum perlu ditekankan kepada semua murid. 4.10.11 Guru penasihat perlu memastikan soal ibadat khususnya sembahyang lima waktu dan soal aurat tidak diabaikan oleh murid yang beragama Islam. 4.10.12 Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri, peraturan jalanraya perlu dipatuhi. Kebenaran bertulis membawa kenderaan sendiri perlu diperoleh daripada pengetua. 4.10.13 Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam sesebuah kenderaan. 4.10.14 Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada jumlah 10 orang murid untuk seorang guru bagi aktiviti yang tidak melibatkan air dan 5 orang murid untuk seorang guru bagi aktiviti yang melibatkan air. 4.10.15 Bagi aktiviti air, sila rujuk dan patuhi pekeliling yang sedia ada. 4.10.16 Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru perempuan hendaklah mengiringi murid tersebut.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 40 4.11 KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN MURID SEMASA AKTIVITI / LATIHAN / AKTIVITI LUAR 4.11.1 Rancang langkah-langkah keselamatan dan kebajikan semasa latihan / aktiviti seperti makan, minum dan rawatan murid. 4.11.2 Ambil tindakan segera bagi kes-kes kemalangan Hubungi waris Hantar ke hospital / klinik 4.11.3 Guru-guru mesti ada kemahiran asas memberi rawatan untuk kes seperti pengsan, pitam, luka, cedera ringan dan sebagainya. 4.11.4 Murid yang mempunyai penyakit kronik seperti kepatahan, ashma, semput, masalah jantung dan sebagainya tidak boleh dibenarkan / tidak boleh dipaksa mengambil bahagian. 4.11.5 Bagi semua aktiviti lasak, murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. 4.11.6 Lapor kepada pihak berwajib sekiranya ada gangguan dari luar. 4.11.7 Siasat hubungan murid lelaki dan murid perempuan yang terlalu intim semasa aktiviti kokurikulum. 4.11.8 Siasat hubungan murid perempuan dengan orang luar yang menemani murid untuk aktiviti / latihan. 4.11.9 Pastikan terlebih dahulu peralatan yang digunakan adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan semasa aktiviti. 4.11.10 Kawasan latihan / permainan juga perlu dipastikan dalam keadaan baik, terurus dan selamat untuk digunakan. 4.11.11 Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk dan ada kilat atau petir. 4.11.12 Semua muridr akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995) 4.11.13 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulurm atau pentadbir dengan segera. 4.11.14 Semua kemalangan yang berlaku semasa aktiviti kokurikulum hendaklah direkodkan. Antara maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam pelaporan berkenaan adalah seperti : Nama murid dan individu yang terlibat Tarikh, tempat dan mas kecederaan / kemalangan berlaku. Bentuk kecederaan pada murid Nama guru yang membuat pelaporan Tahap kecederaan dan kemalangan Tindakan lanjut oleh guru berkenaan Tandatangan dokumen pelaporan Pengesahan pelaporan oleh Pengetua 4.12 KEHADIRAN AKTIVITI 4.12.1 Kehadiran murid akan diambil oleh guru penasihat dan direkodkan. 4.12.2 Rekod kehadiran akan dimasukkan ke dalam Fail unit masing-masing. 4.13 PENILAIAN KOKURIKULUM 4.13.1 Berterusan dalam tempoh persekolahan dan markah dalam bentuk CGPA mengikut ketetapan dan garis panduan LPM / KPM. 4.13.2 Unsur yang diberi penilaian : Kehadiran Jawatan yang disandang Penglibatan Pencapaian 4.13.3 Penilaian dibuat secara berasingan dalam ketiga-tiga bidang yang disertai. 4.13.4 Markah purata diberi pada hujung tahun untuk tentukan gred dengan menggunakan Borang penilaian Kokurikulum. 4.13.5 Penilaian berdasarkan 2 markah unit tertinggi daripada 3 unit kokurikulum. 4.13.6 Guru penasihat dikehendaki memastikan jawatan yang dipegang oleh murid untuk markah bonus bagi murid. 4.13.7 Guru penasihat juga dikehendaki merekodkan ekstra kokurikulum bagi setiap murid. 4.13.8 Sijil Pencapaian Kokurikulum hanya diberi kepada semua murid pada penghujung tahun sahaja. Senarai markah mengikut tingkatan akan dipaparkan pada papan kenyataan. 4.13.9 Salinan slip dan Rumusan Pencapaian akan difailkan dan disimpan dibilik PK Kokurikulum sebagai rujukan. 4.14 FAIL KOKURIKULUM 4.14.1 Sentiasa berada di bilik PK Kokurikulum dan perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa. 4.14.2 Fail kokurikulum mestilah lengkap. 4.14.3 Setiap unit mempunyai SATU FAIL LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM untuk tujuan merekodkan


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 41 aktiviti kokurikulum yang dijalankan mengikut unit. 4.14.4 Pergerakan fail akan sentiasa dipantau oleh Setiausaha & Penolong Setiausaha Kokurikulum, Penyelaras Persatuan / Kelab & Sukan / Permainan & Unit Beruniform. Bil Perkara Fail Lokasi 1 Surat Permohonan Penubuhan - Draf Perlembagaan - Draf Aktiviti Utama - Senarai J/K Penaja S/U Kokurikulum Bilik Gerakan Kokurikulum 2 Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua 3 Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat Fail Tadbir Urus PK Kokurikulum 4 Minit Mesyuarat Agung penubuhan Fail Unit Bilik Gerakan 5 Kokurikulum Perlembagaan yang disahkan oleh PengetuA 6 Senarai Jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua 7 Fail Pengurusan PK Kokurikulum Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua 8 Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleb Pengetua 9 Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Penasihat / Pemimpin Fail unit Bilik Gerakan Kokurikulum 10 Surat permohonan Bendahari mengutip derma keahlian daripada Setiausaha kepada Pengetua (jika ada) 11 Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua (jika ada) 12 Akaun kewangan / belanjawan yang disahkan 13 Fail Pengurusan PK Kokurikulum Surat permohonan, Surat kelulusan & surat penerimaan untuk menjadi ahli gabungan daripada persatuan melalui Guru Pemimpin kepada Pengetua. (jika ada) 14 Minit-minit mesyuarat guru yang diadakan 15 Surat-surat Pekeliling berkaitan daripada KPM/JPN/PPD/Sekolah Fail Jawatankuasa Kokurikulum Pejabat 16 Laporan setiap aktiviti Fail Unit Bilik Gerakan 17 Laporan Tahunan Kokurikulum 18 Daftar penilaian bagi setiap ahli Sistem PAJSK 19 Surat penyerahan kembali kuasa dan pelantikan sebagai Guru Pemimpin daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua Fail Tadbir Urus PK Kokurikulum 20 Stok dan inventori Fail S/U Sukan S/U Sukan 21 Pelan Strategik Organisasi (PSO) Fail PSO PK Kokurikulum 22 Program Pembangunan Kokurikulum - Kertas kerja - PDCA /OPPM - Senarai nama murid terlibat - Laporan - Sijil Penghargaan Fail Pembangunan Kokurikulum PK Kokurikulum 23 Contoh Sijil / Surat Penghargaan Fail Laporan Pencapaian PK Kokurikulum 4.15 PEMANTAUAN AKTIVITI KOKURIKULUM


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 42 4.15.1 Pemantauan aktiviti hendaklah dibuat setiap kali aktiviti dijalankan (rujuk jadual pemantauan) oleh JK Pemantauan Kokurikulum Sekolah. 4.15.2 Pemantauan fail kelab / persatuan / unit beruniform akan dijalankan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali setahun oleh penyelaras-penyelaras kokurikulum. 4.15.3 Rekod pemantauan dimasukkan kedalam Fail Pemantauan yang mengandungi : Jawatankuasa Pemantauan Rekod kehadiran murid / guru Laporan aktiviti mingguan Borang pemantauan oleh penyelaras dan pentadbir 4.16 MESYUARAT KOKURIKULUM 4.16.1 Mesyuarat akan diadakan sebanyak 4 kali. (Sila rujuk Takwim Pengurusan SMK SERI KERAMAT) 4.16.2 Minit mesyuarat kokurikulum, mesyuarat penyelaras dan mesyuarat jawatankuasa mesti dibuat dalam 4 salinan dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum 1 minggu selepas mesyuarat dilaksanakan. 1 salinan untuk fail sekolah 1 salinan untuk penolong kanan kokurikulum 1 salinan untuk fail penyelaras 1 salinan untuk fail unit masing-masing 4.17 KEHADIRAN MESYUARAT / TAKLIMAT KOKURIKULUM 4.17.1 KEHADIRAN WAJIB. 4.17.2 Bagi guru, sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua secara bertulis sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat / taklimat dan hendaklah menghantar wakil / pengganti ke mesyuarat tersebut. 4.17.3 Ketidakhadiran sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan diberi surat penjelasan / tunjuk sebab. 4.17.4 Menyediakan laporan aktiviti / perjumpaan/latihan yang telah dilaksanakan. 4.17.5 Patuhi protokol menghadiri mesyuarat sepenuhnya. 4.17.6 Bagi guru yang terlibat dengan mesyuarat diluar sekolah yang berkaitan kokurikulum sila buat minit curai 3 hari setelah menghadiri mesyuarat. 4.17.7 Setiausaha hendaklah menyediakan minit mesyuarat selewat-lewatnya 1 minggu selepas tarikh mesyuarat diadakan. 4.18 MENGHADIRI KURSUS / MESYUARAT / TAKLIMAT / SEMINAR / BENGKEL ANJURAN PPD / JPN / KPM 4.18.1 KEHADIRAN WAJIB bila diarahkan kecuali atas sesuatu sebab yang dibenarkan. 4.18.2 Sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pengetua sekurangkurangnya sehari sebelum tarikh kursus / taklimat / seminar / bengkel anjuran PPD / JPN / KPM dan hendaklah diganti. 4.18.3 Sila sediakan minit curai sekembalinya daripada kursus / mesyuarat / bengkel untuk makluman dan tindakan pihak pentadbiran dan serahkan dalam masa 3 hari dari tarikh kursus / mesyuarat / taklimat / seminar / bengkel. 4.18.4 Bahan-bahan kursus hendaklah diserahkan / dimaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 4.18.5 Sila isi borang kehadiran kursus / mesyuarat untuk tindakan / makluman. 4.18.6 Buku rekod mengajar hendaklah disediakan seperti biasa. 4.18.7 In-House training perlu disediakan selepas menghadiri kursus. 4.18.8 Guru guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran / surat siaran / pekeliling sekolah terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan pengurusan pentadbiran sekolah. 4.19 PENGGUNAAN PERUNTUKAN WANG KOKURIKULUM 4.19.1 Permohonan penggunaan wang peruntukan kokurikulum hendaklah dibuat menggunakan nota minta dan perlu mematuhi prosedur kewangan yang sedia ada. 4.19.2 Permohonan penggunaan wang hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum sebarang aktiviti dijalankan dan serahkan kepada ketua kerani sekolah.Sebarang permohonan yang dilakukan selepas aktiviti berjalan tidak akan dibuat pembayaran. 4.19.3 Permohonan penggunaan wang kokurikulum mesti melalui Setiusaha Kokurikulum dan Penolong Kanan Kokurikulum. 4.19.4 Pastikan semasa membuat permohonan, kepilkan bersama kertas kerja, surat panggilan / jemputan program, senarai nama pelajar yang terlibat.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 43 4.19.5 Dapatkan invois daripada pembekal dalam tempoh 7 hari untuk tujuan pembayaran invois yang lewat diterima (selepas 7 hari) dari tarikh perlaksanaan aktiviti tidak akan dibuat pembayaran. Guru yang terlibat perlu bertanggungjawab sepenuhnya diatas pembayaran tersebut. 4.19.6 Dapatkan resit dari pembekal sebagai bukti pembayaran telah dibuat dan serahkan kepada kerani kewangan/ketua kerani selepas pembayaran dibuat. 4.19.7 Bagi program / aktiviti yang melibatkan pakej, sila dapatkan sebut harga dari pembekal semasa membuat tuntutan. 4.20 PERKEMBANGAN SUMBER MANUSIA 4.20.1 Pengurusan Unit Kokurikulum sekolah merancang dan melaksanakan program perkembangan sumber manusia di dalam bidang kokurikulum mengikut kesesuaian dan kepentingan sekolah. 4.20.2 Profil dan rekod penglibatan guru dalam program kokurikulum sekolah / daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa disimpan dan dikemaskini untuk membantu penyesuaian agihan tugas guru penasihat. 4.20.3 Guru-guru penasihat diwajibkan mengikuti kursus / program kejurulatihan / kepegawaian kokurikulum anjuran PPD, JPN dan KPM dan penglibatan dikira sebagai LADAP. 4.20.4 Guru-guru penasihat digalakkan mengikuti kursus dan mengambil bahagian dalam program kokurikulum dan sukan anjuran NGO, Kesatuan-kesatuan Sukan, badan-badan berkanun dan pihak swasta, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. 4.20.5 Guru-guru penasihat yang telah mengikuti kursus atau berkemahiran tinggi dalam kokurikulum digalakkan mengadakan In-house training atau klinik untuk warga sekolah. 4.21 PENDOKUMENTASIAN PROGRAM / AKTIVITI KOKURIKULUM / LAPORAN AKHIR TAHUN Mesti mengandungi : 4.21.1 Kertas Kerja Program / aktiviti / Borang Laporan akhir tahun. 4.21.2 Surat panggilan mesyuarat untuk program. 4.21.3 Minit-minit mesyuarat pra-program yang terlibat/minit mesyuarat jawatankuasa. 4.21.4 Surat-surat masuk dan surat-surat keluar. 4.21.5 Borang Laporan aktiviti. 4.21.6 Senarai nama murid (ikut pecahan jantina). 4.21.7 Laporan ringkas setiap aktiviti beserta gambar pegun(setiap aktiviti perlu ada gambar). 4.21.8 Senarai penyertaan (jika pertandingan). 4.21.9 Senarai keputusan (jika pertandingan). 4.21.10 Rumusan keputusan (jika pertandingan). 4.21.11 Minit mesyuarat post mortem. 4.21.12 Laporan setiap jawatankuasa (bagi laporan program sahaja). 4.21.13 Borang soal selidik program (bagi laporan program sahaja). 4.21.14 Rumusan program (hasil mesyuarat dan soal selidik) / rumusan aktiviti. 4.21.15 Lampiran-lampiran : Pemplet program Contoh banner (gambar dalam A4) Contoh sijil Resit-resit Gambar sepanjang program Lain-lain yang difikirkan relevan 4.22 PAPAN KENYATAAN KOKURIKULUM / LALUAN TANGGA KOKURIKULUM 4.22.1 Setiap unit kokurikulum akan memiliki satu ruang untuk unit masing-masing seperti yang ditetapkan. 4.22.2 Setiap unit mesti menceriakan ruang maklumat untuk unit masing-masing mengikut kreativiti masingmasing. 4.22.3 Pastikan ruang maklumat mengandungi struktur organisasi, perancangan tahunan unit, notis perjumpaan, isu-isu semasa, maklumat-maklumat berkaitan dengan unit masing-masing dan sebagainya yang difikirkan sesuai. 4.22.4 Semua bahan atau maklumat mesti dalam bentuk A4 sahaja. Penggunaan manila kad tidak digalakkan. 4.22.5 Bahan-bahan yang dipamerkan mestilah boleh menambah pengetahuan murid tentang unit masingmasing. 4.22.6 Penilaian papan kenyataan akan dinilai setiap bulan oleh jawatankuasa papan kenyataan sekolah menggunakan borang yang disediakan. 4.22.7 Papan kenyataan yang paling ceria, kraetif dan inovatif akan diberi pengiktirafan. 4.22.8 Mulai tahun 2023 setiap kelas juga diwajibkan mengadakan sudut kokurikulum dan sudut yang terbaik akan diberi pengiktirafan.


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 44


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 45


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 46


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 47


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 48


Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2024 49


Click to View FlipBook Version