The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2021-05-25 12:02:47

MODUL KARANGAN RESPONS TERBUKA

KERTAS 2 BAHAGIAN B BM PT3

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

MODUL RESPONS TERBUKA/ KARANGAN
PANJANG

(KERTAS 2:BAHAGIAN B)

DISEDIAKAN OLEH:
EN.MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @

CHE OTHMAN

IMBAS PUSTAKA SAYA IMBAS BLOG SAYA
1

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

KANDUNGAN

Perkara Halaman
Prakata dan Dedikasi
Tema 1 : Ibu Bapa/Kekeluargaan 5
8
Contoh Tajuk 1: Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak 12
Contoh Tajuk 2: Peranan keluarga dalam pembentukan keperibadian anak-anak 15
Contoh Tajuk 3:Peranan ibu bapa untuk menghidupkan semangat kejiranan 16
18
Contoh Tajuk 4: Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang 19
Contoh Tajuk 5: Peranan anak-anak membahagiakan ibu bapa 23
Contoh Tajuk 6: Usaha-usaha untuk merapatkan hubungan kekeluargaan 25
Contoh Tajuk 7:Peranan anak untuk membahagiakan institusi kekeluargaan
27
Contoh Tajuk 8: Peranan keluarga dalam menangani gejala sosial 29
Latihan 1: Peranan ibu bapa memupuk amalan membaca

Tema 2 : Industri Desa

Contoh Tajuk 1: Usaha -Usaha Memajukan Industri Desa

Contoh Tajuk 2: Potensi dan Cabaran Industri Inap Desa

Tema 3 : Riadah

Contoh Tajuk 1: Faedah/kepentingan/kebaikan beriadah 30

Tema 4: Kemerdekaan 31
34
Contoh Tajuk 1: Kepentingan menyambut hari merdeka
Contoh Tajuk 2: Kebaikan/kepentingan menyambut bulan kemerdekan 37

Tema 5: Belilah Barangan Buatan Malaysia

Contoh Tajuk 1: Kebaikan membeli barangan buatan tempatan

2

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Contoh Tajuk 2: Kebaikan membeli barangan buatan tempatan 38
40
Contoh Tajuk 3: Belilah barangan buatan Malaysia
43
Tema 6: Alam semula jadi-Perhutanan
45
Contoh Tajuk 1: Kesan –kesan penerokaan hutan secara haram terhadap 47
masyarakat dan negara Malaysia 49
54
Tema 7: Karangan Berformat Ucapan/Syarahan & Perbualan
56
Contoh Tajuk 1:Ucapan ketua pelajar (situasi majlis menjelang peperiksaan) 57
Contoh Tajuk 2 :Ucapan ketua pelajar( situasi majlis sambut pengetua baharu)
Contoh Tajuk 3 :Syarahan-Memupuk minat membaca dalam kalangan 58
masyarakat 60
Contoh Tajuk 4 : Perbualan- cara-cara untuk meningkatkan prestasi bagi
menghadapi PT3 hujung tahun ini 62
64
Tema 8 :Kesihatan & Penyakit 65
66
Contoh Tajuk 1: Langkah-langkah awal menangani masalah penyakit berjangkit
Contoh Tajuk 2: Cara-cara menjaga kesihatan diri

Tema 9: kokurikulum (karangan keperihalan)

Contoh Tajuk 1:Pengalaman menyertai perkhemahan
Contoh Tajuk 2: Pengalaman menyertai kem motivasi

Tema 10: Sains dan Teknologi

Contoh Tajuk 1: Faedah-faedah belajar menggunakan komputer

Latihan 2 Tajuk :Kepentingan komputer
Latihan 3 : Contoh soalan Bahagian B( 3 Soalan dikemukakan-pilih 1)
Lampiran

3

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

PRAKATA dan DEDIKASI

Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya saya diberi masa, kekuatan semangat

mengatasi kekangan atau halangan serta minda yang baik untuk menyiapkan penyelenggaraan buku
atau Modul Karangan Respons Terbuka/Karangan Panjang bagi kegunaan subjek bahasa Melayu PT3.
Modul ini mengandungi contoh-contoh karangan lengkap yang dihimpunkan menjadi sepuluh tema.
Tujuan dihasilkan modul ini adalah untuk menjadikan salah satu lagi bahan rujukan dan panduan guru
serta pelajar berkaitan karangan panjang yang lazim disoal dalam kertas 2 bahagian B. Selain itu, modul
ini merupakan usaha saya mengumpul bahan-bahan karangan yang ditulis dalam blog-blog
pendidikan,karangan yang saya hasilkan dalam blog dan juga karangan pelajar.Tema-tema dalam
modul ini diambil dan diubah suai namun masih lagi berpandukan tema utama dalam buku teks BM
KSSM dan ujian mendengar PT3. Modul ini amat bermakna buat para pelajar tingkatan 3 khasnya dan
tingkatan 1 serta tingkatan 2 amnya menggunakan modul ini sebagai bahan bacaan untuk melihat
contoh-contoh menulis karangan panjang.Selain itu, modul ini juga diselitkan dengan beberapa latihan
sebagai menguji kemahiran menulis para pelajar.

Buku atau modul panduan yang dihasilkan ini bukanlah buku rujukan atau modul panduan
yang muktamad. Bahan ini juga mungkin ada kelemahan dan kekurangannya.Wujudnya modul ini
hanya melengkapkan lagi buku-buku panduan dan modul-modul yang sedia ada di luar sana.

Akhir kata, saya mengharapkan para pelajar serta rakan-rakan pendidik mendapat sedikit
manfaat daripada buku ini. Sekian terima kasih.

Dedikasi buat:

Semangat diriku yang masih lagi utuh dalam cabaran bidang pendidikan
anak-anak didikku, ambillah kesempatan ketika menuntut selautan ilmu
sesiapa yang memberi dorongan dan iltizam dalam penghasilan buku ini

... moga Allah memberkati usahaku dalam perkongsian ilmuMu

EN.MOHD.HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN.(MOHAZ)
(MEI 2021 BERSAMAAN 1442-1443 HIJRAH)

4

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

KARANGAN TEMA IBU BAPA

CONTOH TAJUK 1
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat
anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Dalam era globalisasi, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur negatif daripada
media massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar
tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus
dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan
manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus
diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat
merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai
kesedaran tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya adalah dengan
mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu
mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai
contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami
serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi
serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak
masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada
anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-
anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan.
Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan,
ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial
kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya,

5

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu
bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk
turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang
dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi
anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu
bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong,
mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak
akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak
mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri
juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati
ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang
baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna
dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu
bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau
menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong.
Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-
sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni
termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik
dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul.
Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran
globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri.
Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing,
mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai
murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab

6

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan
agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar sebagai insan
bijaksana dan beretika.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh
anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-
anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala
negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu
bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak
harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh
dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau
rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau
bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-
anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin
tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka
kepada jalan kebaikan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak
menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar ,
iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai,
disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan
subur dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka
perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan.
Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan
isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan
melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu
negara untuk merealisasikan Rukun Negara kelima yang berteraskan kesopanan dan
kesusilaan.

7

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

CONTOH TAJUK 2

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-
anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan
keperibadian anak-anak.

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan
universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi
mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan keperibadian anak-
anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu
bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai
kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih
sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih ,
ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya , apakah
peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan keperibadian atau sahsiah
anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti tugas dan peranan yang
boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua keluarga
amat penting dan pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-
anak mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah
anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak
. Pepatah sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya .
Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam
diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta
mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif . Penerapan nilai agama
dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang
akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan
ajaran agama . Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk

8

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang
dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak
yang baik sahsiah dan akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga
mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah
laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah
bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk
sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan
kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal
ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang
mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya.
Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang
baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .
Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca , sudah pasti
anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli
keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa
kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara menjadi
kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh
dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di
peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan
eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak –anak yang sering mencontohi
perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang
boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling
bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia

9

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

.Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anak-
anak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup
untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-
anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah
atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya kemesraan dan kasih sayang sesama ahli
keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan kepada anak-anak
supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan.
Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara dan kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling
bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah
dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk
mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat
melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.

Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan
bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya
anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri
seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari .
Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa
sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak
yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan
nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang
sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja .Anak-anak yang sudah
diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang
sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara.
Anak-anak juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang
berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat
dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana
dan bertanggungjawab .

10

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-
anak khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa
perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui
latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak
lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya
kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak
wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini dikatakan
demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi
akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka
keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku
terhadap anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak
kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah
mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan
mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa
bertindak awal , sudah pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya
,ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat
melahirkan anak yang berperibadi mulia .

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk
melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan
tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap
ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu
keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula
dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih
dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka
kerana mereka merupakan “role model” bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga
merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan
bersahsiah mulia. “Rumahku, Syurgaku”

11

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

CONTOH TAJUK 3

Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Dalam hal ini, ibu
bapa memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat kejiranan agar
menjadi ikutan remaja.

Ulaskan pernyataan ini.

Susun papan satu persatu,
Agar redup dahan rumbia;

Hidup berjiran bantu –membantu,
Agar hidup harmoni bahagia.

Maksud pantun di atas jelas memaparkan kepentingan hidup
berjiran. Amalan bantu-membantu sesama jiran menjamin kehidupan
masyarakat yang harmoni dan bahagia. Namun, pada era globalisasi kini,
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur.Kehidupan
moden yang mementingkan kebendaan telah menghanyutkan
manusia dalam arus kesibukan yang tidak bernoktah sehingga jalinan
hubungan antara jiran tetangga disisihkan. Fenomena ini semakin
membimbangkan sekiranya menjadi ikutan golongan remaja kerana tingkah
laku dan sikap remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang tua
mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur sapa atau
tidak mengenali siapa jiran di sebelah rumah, sudah pasti sikap ini akan
dicontohi oleh anak-anak remaja mereka persis ungkapan bapa borek anak
rintik, bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Siapakah insan yang
pertama menghulurkan bantuan jika kita dilanda musibah kalau bukan jiran
di sebelah rumah. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam
menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda demi
merealisasikan hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni.

Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak-
anak . Oleh itu, tindak tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan
diperhatikan dan dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah yang mengasuh
dan mendidik anak-anak dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah meningkat

12

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

remaja. Umpama sehelai kain putih, anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja
nilai-nilai agama malah nilai-nilai sosial yang murni. Justeru dalam usaha memupuk
semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-anak, ibu bapa sendiri perlu mengorak
langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran tetangga. Contohnya,
ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa mesra dengan jiran, bertegur sapa dan
bertanya khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu apa juga perlu
menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada anak-anak sejak
kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada
kehidupan mereka. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya,
usaha memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran sejak kecil lagi akan
kekal dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka meningkat remaja.

Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam perkara-perkara
yang berkaitan hubungan dengan jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan
sendiri nilai-nilai kejiranan tersebut. Tak kenal maka tak cinta, justeru, amalan
kunjung-mengunjung mesti diamalkan supaya dapat mengenali jiran dengan lebih
dekat dan seterusnya kemesraan dapat diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak
remaja kita terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau
melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana di sekeliling. Contohnya, ibu
bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga ketika sambutan Hari
Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Hal yang sering berlaku setiap kali hari
kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk ibu bapa leka
menonton televisyen kerana banyak program menarik disiarkan. Mereka lebih rela
memerap di rumah untuk menonton program kegemaran menyebabkan budaya
kunjung-mengunjung semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah
fenomena ini , lebih-lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran
kita jatuh sakit atau mengalami masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak
untuk turut sama menziarahi jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam kalangan
remaja.

Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh masyarakat di sesebuah
kawasan kejiranan turut dapat memupuk semangat bantu-membantu, hormat-

13

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

menghormati dan berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan
tersebut. Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan,
aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga, dan sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli
jawatankuasa yang berkenaan. Di kawasan kampung misalnya, aktiviti marhaban
pada Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau majlis perkahwinan, kumpulan
bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti yang sangat penting untuk
memupuk semangat kejiranan ini. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat
penting untuk memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan diri secara
aktif. Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat bekerja dijadikan
alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak mendapat sambutan yang
sewajarnya. Melalui aktiviti ini remaja berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat,
beramah mesra terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati jiran
yang lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari bahawa aktiviti seumpama
ini adalah yang terbaik bagi mengisi masa lapang remaja. Seperti ungkapan
serampang dua mata, aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat
memupuk dan menghidupkan semula semangat hidup berjiran malah dapat
mengurangkan ketaksuban dan kegemaran remaja terhadap aktiviti yang berkaitan
dengan kecanggihan alat teknologi, gajet dan Internet.

Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam
masyarakat pada masa kini. Tanpa hubungan yang baik dengan jiran, kepincangan
sebenarnya telah berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat. Justeru,
sebagai pemimpin keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul dengan jiran akan
meninggalkan gambaran yang mendalam kepada remaja. Natijahnya, ibu bapa yang
prihatin tentang hubungan sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat
hidup berbaik-baik dengan jiran, seterusnya mampu mewujudkan masyarakat
Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni dan bahagia.

14

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

CONTOH TAJUK 4

Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
masyarakat penyayang. Dalam hal ini, media cetak mahupun media elektronik turut
berperanan penting untuk menyedarkan masyarakat. Oleh itu, terdapat pelbagai
langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang
yang secukupnya kepada anak-anak mereka seperti menatang minyak yang
penuh.Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan
kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan
anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka boleh makan dan menonton bersama-
sama anak-anak. Jelaslah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.

Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak semenjak kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang
mengabaikan didikan agama. Mereka beranggapan didikan agama tidak penting
dalam kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama
kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak menghadiri kelas
agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulia. Jelaslah, hasrat
ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan pada
suatu hari nanti.

Malahan, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak mereka.Sebagai contoh,ibu bapa menghantar anak-anak ke
sekolah untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang
sebegini mampu melahirkan generasi muda yang bersifat penyayang .Tegasnya,
pendidikan yang sempurna membolehkan anak-anak membezakan antara perkara
yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk dan tidak
menunjukkan teladan. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik
kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
melawat ke rumah anak yatim atau ke rumah orang tua-tua. Ringkasnya, ibu bapa
wajar menunjukkan contoh teladan yang baik agar dapat melahirkan masyarakat yang
penyayang.

Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan dalam
melahirkan masyarakat yang penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti
mengadakan Hari Keluarga dan membawa anak-anak mereka menziarahi datuk,

15

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

nenek atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk masyarakat yang penyayang.

Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan
masyarakat penyayang. Namun, semua pihak turut bertanggungjawab dalam
mewujudkan budaya masyarakat penyayang.

CONTOH TAJUK 5

PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

ISI-ISI PENTING

1. Menghormati ibu bapa

2.Mendengar nasihat

3.Belajar bersungguh-sungguh

4.Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah

5.Mendoakan kesejahteraan ibu bapa

Setiap orang di dunia ini ada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang penting dalam
kehidupan anak-anak. Tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan lahir ke dunia. Mereka
juga tidak dapat melihat keindahan alam ini. Terdapat pelbagai peranan yang perlu
dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa.

Salah satu peranan anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa adalah
dengan menghormati ibu bapa mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu
bapalah orang yang membesarkan kita sejak kecil. Anak-anak perlu berbudi bahasa
apabila bercakap dengan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, anak-anak tidak
meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. Tegasnya, ibu bapa perlu
dihormati oleh anak-anak demi membahagiakan mereka.

Selain itu, anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa mereka. Hal ini
demikian kerana tujuan mereka adalah untuk kebaikan anak-anak. Anak-anak
mestilah mematuhi segala pesanan yang diberikan oleh orang tua mereka. Sebagai
contoh,,jika ibu bapa menasihati kita supaya berbuat baik kepada orang lain, kita

16

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

perlulah mentaatinya. Jelaslah bahawa, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa
apabila mendengar nasihat mereka.

Di samping itu, peranan anak-anak bagi membahagiakan ibu bapa adalah
dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa akan berasa gembira apabila anak-
anak mereka berjaya. Anak-anak perlu rajin membaca dan membuat ulang kaji setiap
hari. Sebagai contoh, anak-anak menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru
tanpa dipaksa. Oleh itu, anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh demi
membahagiakan ibu bapa mereka.

Seterusnya, anak-anak hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja-
kerja di rumah. Jika anak-anak membantu ibu bapa, segala tugas dapat dilakukan
dengan mudah. Anak-anak membantu ibu bapa mengemas rumah, memasak,
menjaga adik, menyiram pokok bunga dan kerja-kerja rumah yang lain. Kesannya,
rumah akan bersih dan ceria. Jelaslah, ibu bapa akan bahagia apabila anak-anak
membantu mereka.

Akhir sekali, anak-anak mestilah mendoakan kesejahteraan ibu bapa
mereka. Hal ini dikatakan demikan kerana ibu bapa akan mendapat kebaikan daripada
doa yang dipohon. Sebagai contoh, ibu bapa akan dilindungi Tuhan daripada
keburukan seperti ditimpa sakit atau sebarang masalah lain. Pendek kata, anak-anak
dapat membahagiakan ibu bapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk
membahagiakan ibu bapa mereka. Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa ibu
bapa mereka seperti kacang lupakan kulit Anak-anak perlu ingat bahawa syurga itu
terletak di bawah telapak kaki ibu.

17

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

CONTOH TAJUK 6

USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan
keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagai usaha
perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum
keluar rumah. Hal ini dikatakan demikan supaya anak –anak mendapat keizinan
daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini
memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan
dengan siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu
ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah.

Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai pemimpin keluarga. Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-
anak jika ada sebarang masalah. Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan dengan
masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya.
Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan
kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan tangunggjawab mereka dalam
merapatkan hubungan kekeluargaan.

Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan
hubungan kekeluargaan. Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan
temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan
kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa
masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.

Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan
hubungan kekeluargaan. Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat
khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung
melalui telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya

18

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

balik ke kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa
memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Kerajaan pula telah memperkenalkan dasar bahawa setiap hari sabtu
sebagai cuti umum. Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat meluangkan masa
bersama-sama dengan ahli keluarga. Langkah ini akan menjadikan hubungan
kekeluargaan lebih erat. Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga pergi
melancong ke tempat yang menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan Kempen
Cuti-Cuti Malaysia.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan
hubungan kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan kekeluargaan yang baik
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. Seterusnya,
mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan melahirkan rakyat yang penyayang.

CONTOH TAJUK 7

Setiap ahli keluarga memainkan perananan masing-masing untuk menjamin
kebahagiaan keluarga. Selain ibu bapa, setiap anak perlu memikul
tanggungjawab untuk membahagiakan keluarga. Bincangkan peranan anak
untuk membahagiakan institusi kekeluargaan.

Setelah mendepani gelombang globalisasi yang penuh dengan ranjua dan onak duri,
hubungan institusi kekeluargaan semakin renggang. Hal ini turut mencetuskan
pelbagai sindram sosial yang bagai duri dalam daging masyarakat kita, terutamanya
penganiayaan kanak-kanak, lari dari rumah, mat rempit, penagihan dadah dan lain-
lain lagi. Dalam konteks ini, ibu bapa sering diberikan amanah yang berat untuk
memperkukuh ikatan institusi kekeluargaan. Bagiamanapun, bertepuk sebelah tidak
akan berbunyi. Anak yang masih kecil juga perlu memikul tanggungjawab untuk
menjamin kebahagiaan keluarga. Hal ini seiring dengan kata-kata mutiara, “Orang
yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.”

19

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Lantaran itu, anak yang kecil juga perlu dicelikkan peranan mereka dengan mengubah
sikap mereka untuk menjayakan program keluargaku, syurgaku.

Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga
adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana
tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai
persaingan dalam kerjaya mereka. Hal ini selaras dengan peribahasa, “ yang merah
itu saga, yang kurik itu kundi, yang baik itu bahasa, yang indah itu budi.”
Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan
berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut bertengkar dengan
adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung hati ibu bapa, anak
hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta kebenaran daripada
mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat harus sentiasa
tertanam dalam bibir anak, seperti “ terima kasih”, “maafkan saya”, “bolehkah saya”,
“tolong” dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi
anak mereka yang berperangai murni . Tegasnya, tingkah laku anak yang berjati diri
dan berbudi bahasa dapat meningkatkan keharmonian dalam rumah.

Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu
bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa
berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan
sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi
lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga
patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang
disayangi. Sebagai contoh, kita boleh menyapu rantai, mencuci baju dan kasut sekolah
, mengelap tingkap, mencuci kereta malah memasak. Semangat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga. Bagaimanapun,
kebanyakan remaja sekarang meremehkan kerja rumah tangga malah keadaan bilik
mereka berselerakan. Ibu bapa yang penat dan sibuk dengan kerja rumah tangga pasti
tidak mungkin dapat menaruh kasih sayang kepada anak mereka bagai menatang
minyak yang penuh. Dengan kata lain, anak yang sanggaup melakukan kerja-kerka
rumah tangga dapat meningkatkan kualiti kesejahteraan keluarga.

20

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Seterusnya, anak yang bertanggungjawab hendaklah berdisiplin dan menjauhi
kegiatan yang negatif. Sejak kebelakangan ini, ibu bapa sentiasa gelisah dan risau
akan anak mereka yang terlibat dalam pelbagai kemelut sosial, tamsilnya gengsterime,
vandalisme, melepak, mat rempit, merokok bahkan menagih dadah. Silaturahim ibu
bapa dengan anak semakin tegang dan tidak mesra lagi ketika ibu bapa asyik menegur
perbuatan anak mereka yang tidak sihat. Sebelum senario ini terjadi, anak yang
terdidik perlu ada kesedaran diri dan membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Golongan remaja dan belia harus memiliki keimanan sebagai pedoman bagai jauhari
yang mengenal manikam. Ajakan syaitan dan bisikan iblis harus dijauhi dengan
mendalamkan ajaran agama. Ketika menghadapi sesuatu dilema, anak perlu meminta
nasihat daripada ibu bapa atau adik-beradik mereka. Seandainya anak dapat
mengamalkan prinsip yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan,
mereka pasti dapat melepaskan diri daripada kepompong sindrom sosial. Perselisihan
dalam keluarga pasti dapat diminimumkan. Natijahnya, anak yang berdisiplin dapat
memastikan keamanan keluarga mereka.

Di samping itu, salah satu peranan anak adalah menghargai jasa ibu bapa
mereka. Nilai kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai,
“orang yang bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati
segala kurniaan-Nya.” Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala
nikmat yang diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa,
“hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”. Untuk berterima kasih
kepada ibu bapa yang mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita
harus taat dan hormat kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat
kad hari jadi kepada mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan
wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai
kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa
mereka. Ketika Hari Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan
yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka. Natijahnya, anak perlu
menghargai jasa ibu bapa mereka dan berusaha membahagiakan mereka.

21

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Sementelahan, anak berkewajipan untuk belajar dangan bersungguh-sungguh.
Anak yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan dapat mengharumkan
nama keluarga. Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka
mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa senario ini
merupakan impian setiap ibu bapa. Mereka bekerja keras untuk menyekolahkan anak
mereka supaya anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai
pelajar, anak perlu memikul tanggungjawab tersebut dengan belajar bersungguh-
sungguh, ibarat genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. Kepandaian atau
kecerdikan setiap orang adalah berbeza tetapi usaha tangga kejayaan. Jika setiap
anak dapat menelaah pelajaran dengan tekun dan teliti, pelajaran mereka pasti dapat
menuju ke arah kegemilangan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Segala
usaha yang pahit dapat melahirkan buah yang manis. Kecemerlangan anak dalam
pelajaran turut membantu mereka memperoleh biasiswa sehingga meringankan beban
ibu bapa untuk menanggung kos pendidikan anak. Dengan kata lain, anak perlu belajar
dengan tekun untuk mengharumkan nama keluarga.

Secara tuntasnya, anak memainkan peranan yang penting untuk
membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab,
berdisiplin, rajin dan menghargai jasa ibu bpa dapat mencambahkan keluarga yang
sakinat. Walau bagaimanapun, setiap anggota keluarga perlu bermuafakat seperti
peribasasa, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” untuk
mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan
kerjasama setiap anggota keluarga, progaram “Keluargaku, syurgaku” dan
“Semakin Hari Semakin Sayang” baru dapat direalisasikan.

22

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

CONTOH TAJUK 8

PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran
akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat.
Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan
mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit
sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya,
masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari
dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan
keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah
remaja.

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan
agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang
segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri
daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-
anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu
membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji
kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca
dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-
anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah
mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh
luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga
nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja
yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah
rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya,
pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu

23

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-
anak yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua
perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa
mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka
meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan
begitulah kuihnya”. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok,
minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik
merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego,
individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang
berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh
anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang
mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu
sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh,
ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-
anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika
anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan
itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama
keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami
kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka.
Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu
bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu
membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak.
Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa
mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga

24

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa
diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti
gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya
mengeratkan silaturahim sekeluarga.
Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat
kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan
“Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut dihayati oleh seisi
komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.
LATIHAN 1
PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
Rangka karangan
1.Pendahuluan
2.Isi
2.1 Ibu bapa sebagai suri teladan
2.2 Ibu bapa membeli bahan bacaan secara tetap
2.3 Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku,
2.4 Ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak dengan menghadiahkan buku
2.5 Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini
3. Penutup

25

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Karangan lengkap(sila salin dahulu perenggan pendahuluan,isi 1 dan isi 2 di bawah)
Dewasa ini amalan membaca amat kurang dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.
Amalan membaca amat penting dalam melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang
selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju, bak kata pepatah Cina
bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat. Oleh sebab itu, ibu bapa
memainkan peranan penting memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.

Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa memainkan peranan sebagai suri
teladan untuk menarik minat anak-anak membaca buku. Ibu bapa perlu membaca
buku bersama-sama anak-anak semasa berada di rumah, seperti pepatah melayu,
melentur buluh biarlah dari rebung. Anak-anak akan lebih mudah untuk mengikut apa-
apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Aktiviti membaca boleh dilakukan pada hari
cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.
Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap setiap
bulan. Secara tidak langsung anak-anak akan tertarik untuk membaca buku yang baru
dibeli oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang. Misalnya ibu bapa boleh membeli buku-buku terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka serta majalah Dewan Siswa.

SILA SIAP PERENGGAN ISI 3, ISI 4 DAN ISI 5

SILA SIAP PERENGGAN PENUTUP

*SILA SIAPKAN KARANGAN INI.HURAIKAN ISI 3,4 5 DAN PERENGGAN PENUTUP.

26

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Tema : Industri Desa

Contoh Tajuk 1 : Usaha -Usaha Memajukan Industri Desa

Pendahuluan
o Perusahaan untuk menghasilkan sesuatu barangan secara kecil-kecilan.
o Masih menggunakan tangan untuk menghasilkan sesuatu barangan.
o Industri desa seakan-akan telah dipinggirkan. Hidup segan mati tak mahu.
o Mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana sumbangannya kepada
ekonomi negara.
o Ayat persoalan/Ayat Peribahasa ( di mana ada kemahuan , di situ ada jalan)
o Jawab tugasan.( pelbagai pihak mengambil pelbagai usaha untuk
mengusahakan dan memajukan.

Contoh huraian isi dan penutup

Senario hari ini,kebanyakan pengusaha industri desa kekurangan modal untuk
menjalankan perniagaan.Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah memberi sokongan dan
bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai penggerak
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malah kerajaan juga harus
memudahkan pinjaman kewangan kepada pengusaha,memberikan bantuan
teknologi dan nasihat kepakaran.Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui
suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu
menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita.
Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang mampu
memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini dijangka akan
mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan sanggup
menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.

Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus
digantikan dengan konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah
diibaratkan enau dalam belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka mengaut
keuntungan yang banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi
kepada pengusaha-pengusaha di bandar. Oleh itu, industri desa haruslah
bekerjasama dengan badan kerajaan bagai aur dengan tebing bagi menghidupkan
industri desa ini. Sebaik-baiknya, industri ini harus diuruskan oleh anak-anak kampung
yang berpendidikan supaya mereka berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran
mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk mencari nafkah hidup. Oleh hal
yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakan
generasi muda masa ini untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat

27

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

berkembang ke seluruh pelosok dunia dan Malaysia mampu duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang terkenal dengan industri desanya.

Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu
pengetahuan serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand
yang banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita haruslah
bertukar-tukar pendapat dengan negara yang maju dalam industri desa dan mendapat
khidmat nasihat daripada golongan profesional dalam bidang ini untuk meningkatkan
produktiviti industri luar bandar di negara kita. Selain itu,kita harus pandai mengambil
yang jernih dan buang yang keruh dengan menjadikan kejayaan negara-negara lain
dalam industri desa sebagai rujukan untuk menjayakan industri ini di negara kita
sendiri. Industri desa hendaklah ditransformasi kepada pelbagai perusahaan daripada
berbentuk tradisional kepada jenis penghasilan produk yang lebih kreatif dan inovatif
untuk menarik hati dan mengagumkan para pembeli. JIka usaha memajukan industri
desa dilakukan secara sistematik mengikuti prosedur-prosedur yang disediakan, maka
suatu hari nanti industri desa akan mendahului segala industri yang bertaraf
antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta
untuk memaksimumkan hasil pengeluaran industri desa. Kita tidak boleh bergantung
sepenuhnya pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa kerana tepuk
sebelah tangan tidak berbunyi. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk
memperkenalkan produk tradisional secara komersial kepada dunia luar. Mesin yang
lebih canggih harus dibekalkan kepada pengusaha industri desa supaya produk
industri desa seperti kraf tangan yang dihasilkan lebih berkualiti. Bekalan produk yang
bermutu tinggi sememangnya akan mendapat sambutan yang baik daripada para
pembeli di negara kita mahupun pembeli dari negara asing. Penggunaan mesin juga
dapat mempercepat proses pengeluaran produk dan meningkatkan kuantiti barangan
industri desa yang dihasilkan. Dengan ini, hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan
kepada pembeli ataupun para pengusaha secara berterusan.

Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada
masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara.
Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan
luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan
hasil industri desa. Para pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan
paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri desa di negara kita dapat
dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu mengharumkan nama Malaysia di
arena antarabangsa. Malaysia Boleh!

28

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Contoh Tajuk 2 : Potensi dan Cabaran Industri Inap Desa

Industri inap desa sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang
pentingnya kepada pembangunan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa potensi
industri inap desa dan cabaran-cabaran yang dihadapinya.

Antara kepentingan industri inap desa adalah mampu membantu
meningkatkan ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka
keuntungan yang diperoleh daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan
negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali
ganda serta dapat memajukan negara.

Selain itu, industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan
sektor pelancongan negara. Penubuhan industri inap desa di kawasan luar bandar
mampu menarik minat ramai pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini akan
menyebabkan penduduk setempat memperoleh pendapatan yang lumayan berikutan
kehendak pelancong untuk menyewa inap desa. Oleh itu, para pelancong yang ingin
melawat ke kawasan pedalaman tidak perlu bimbang tentang tempat penginapan
kerana terdapat inap desa.

Seterusnya, potensi inap desa pula adalah mampu mewujudkan peluang
pekerjaan. Apabila industri inap desa di bina di kawasan luar bandar maka terdapat
banyak peluang pekerjaan yang tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat
untuk bekerja di inap desa. Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, pekebun,
pengawal keselamatan dan sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak
membuka peluang pekerjaan yang banyak namun mampu membantu golongan
penganggur bagi mencari sumber rezeki.

Antara cabaran yang di hadapi oleh industri inap desa ialah masalah
kekurangan modal. Pengusaha inap desa sering berhadapan dengan masalah
mendapatkan modal untuk kos pengurusan dan membayar gaji pekerja. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengusaha industri inap desa sukar mendapatkan
pinjaman daripada bank berikutan faktor ekonomi mereka yang kurang kukuh. Situasi
ini akan menyebabkan perkembangan inap desa agak perlahan dan terbatas.

Kesimpulannya,semua pihak perlu berganding bahu dalam memajukan industri
inap desa agar terus berkembang dan menjadi salah satu sektor yang menyumbang
kepada pendapatan negara kita, Malaysia.

29

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Tema : Riadah

CONTOH TAJUK 1: FAEDAH/KEPENTINGAN/KEBAIKAN BERIADAH

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Mengikut Kamus Dewan
riadah bermaksud segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk
menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Jika tidak melakukan riadah akan
melahirkan generasi yang tidak sihat, tidak aktif, tidak produktif dan sukar untuk
menyumbang tenaga kepada negara. Justeru,pada pandangan saya aktiviti riadah ini
patut dijadikan amalan mingguan keluarga. Jadi, terdapat beberapa kepentingan
aktiviti riadah yang akan diperoleh oleh masyarakat agar dapat menjalani kehidupan
yang lebih sihat.

Antara kepentingan aktiviti riadah ialah dapat memupuk kasih sayang antara
ahli keluarga. Dengan melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga, hubungan
antara ahli keluarga dapat dieratkan dan dapat mengenali dengan lebih mendalam
lagi antara satu sama lain. Contoh – contoh aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan ialah bermain badminton bersama – sama,berkebun,joging dan
sebagainya. Justeru, kasih sayang antara keluarga dapat dipupuk melaului aktivi
riadah.

Seterusnya, dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang
menyihatkan tubuh badan. Jika masa terluang tidak dipenuhi dengan aktiviti riadah
sudah pasti masa yang terluang tersebut dihabiskan dengan sia – sia. Contohnya,
tidur, bermain permainan video dan sebagainya. Oleh yang demikian, aktiviti riadah
perlu disematkan dalam akktiviti harian untuk menjamin kesihatan kita. Walaupun
pada mulanya agak sukar, lama – kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Bak kata
pepatah, alah bisa tegal biasa.

Selain itu, aktiviti riadah juga dapat mencerdaskan minda. Terdapat ramai
pelajar yang tekun membaca sehingga mengabaikan aktiviti riadah yang
menyebabkan mereka keletihan dan menyebabkan ilmu yang mereka pelajari sukar
untuk dihadam. Ketidakcerdasan minda juga boleh menyebabkan seseorang itu
mempunyai tindak balas yang lambat. Contohnya, bertindak balas dengan
persekitaran, lambat mengelak objek dan sebagainya. Tuntasnya, aktiviti riadah
diperlukan untuk masyarakat untuk menjadikan generasi pada waktu kini lebih sihat.

30

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil tindakan bagi memastikan
masyarakat menyedari akan kepentingan aktiviti riadah. Diharapkan agar rakyat
Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Perkara ini boleh diterapkan
sejak kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi akan datang akan lahir
dan membesar sebagai individu yang sihat dan produktif. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

Tema : Kemerdekaan

CONTOH TAJUK 1: KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI MERDEKA
Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau
Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak
sebelum mencapai kemerdekaan lagi.Segala-galanya bermula daripada pengorbanan
para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan
untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh
generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang
sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan
menyambut hari kemerdekaan di negara kita?

Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita
dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan
untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul
Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang
daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh
kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi

31

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa kepentingan
menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk mengenang jasa tokoh.

Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat
mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini,
terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-
agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat
Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama
Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia
telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga lantaran
tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada
tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama negara di persada dunia.
Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah
satu medium untuk mengukuhkan jati diri.

Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan
India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh,
Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan
dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.
Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan
hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling
menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan

32

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini
bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.

Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan
turut meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah
negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai
pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin
melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan
negara sekali gus menjana ekonomi negara.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kita
perlulah bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah
perak saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara
sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata,
“sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula,” Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi
ini.

33

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

CONTOH 2: KEBAIKAN/KEPENTINGAN MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAN

MERDEKA.. MERDEKA.. Itulah perkataan keramat yang perlu difahami oleh setiap

rakyat Malaysia. Semua mengetahui Malaysia telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setiap tahun telah diadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerajaan juga telah

mengadakan sambutan bulan kemerdekaan yang bermula daripada 16 Ogos sehingga

16 September. Antara pengisian sambutan bulan kemerdekaan ini ialah Program

Kibarkan Bendera, Program Sambutan Ambang Merdeka dan Program Perarakan 31

Ogos. Sebenarnya banyak kebaikan yang diperoleh apabila semua lapisan

masyarakat terlibat dalam sambutan bulan kemerdekaan.

Sambutan bulan kemerdekaan ini amat penting bagi memupuk nilai-nilai murni
dalam kalangan rakyat. Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum amat memerlukan
penghayatan nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang boleh
diterapkan ialah nilai kerajinan, bekerjasama dan rasional. Rakyat diharapkan lebih
peka dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara
sehingga kini. Disamping itu, rakyat diharapkan juga lebih bersedia mempertahankan
kemerdekaan negara dan berwawasan jauh seiring dengan wawasan negara.

Sambutan bulan kemerdekaan juga dapat memberi kesedaran tentang
tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperoleh.
Pemimpin negara sedang mengorak langkah untuk menjadikan Malaysia sabagai
sebuah negara maju dan terkenal di mata dunia. Pelbagai program telah dirancang
oleh kerajaan untuk memajukan negara. Sebagal rakyat yang bertanggungjawab, kita

34

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

hendaklah menyokong semua rancangan yang telah dibuat oleh kerajaan. Oleh itu,
rakyat Malaysla diharapkan akan dapat menyokong segala usaha kerajaan dalam
memajukan negara.

Memantapkan kesedaran patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia juga
merupakan salah satu kepentingan sambutan bulan kemerdekaan diadakan. Hal ini
dikatakan demikian kerana generasi muda hari ini mudah hanyut dan terikut-ikut
dengan budaya Barat. Mereka juga amat mudah meniru dan memandang tinggi
bangsa luar, khususnya bangsa Eropah. Oleh itu, seharusnya golongan muda
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara sendiri. Rakyat
Malaysia juga sewajarnya lebih mementingkan barangan buatan negara sendirl kerana
ia dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Sambutan bulan kemerdekaan ini juga bertujuan memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat. Perpaduan kaum amat penting untuk Malaysia menjadi sebuah
negara maju. Setiap kaum dalam negara seperti kaum Melayu,Cina,India dan lain-lain
mestilah mendahulukan kepentingan negara dalam setiap tindakan mereka.
Sesungguhnya, program sambutan bulan kemerdekaan dapat menyedarkan kaum-
kaum yang terdapat di Malaysia supaya mematuhi semua peraturan dan undang-
undang negara. Bak kata pepatah 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

35

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Akhir sekali,sambutan bulan kemerdekaan juga akan mengingatkan semula
semua rakyat, khususnya generasi selepas kemerdekaan supaya menghargai
pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesungguhnya, jasa-jasa pejuang kemerdekaan tidak
boleh dilupakan dan mesti dikenang terutama sekali pada ulang tahun kemerdekaan.
Pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Rentap, Dato' Onn dan Tunku
Abdul Rahman patut menjadl idola rakyat Malaysia. Malahan tokoh-tokoh ini patut
dijadikan pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus berjuang agar
kemerdekaan negara tidak akan tergugat. Justeru, kemerdekaan negara pada masa
kini harus dipelihara agar negara tidak terjajah lagi.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kita
perlulah bersungguh-sungguh meraikan sambutan bulan kemerdekaan atau hari
kemerdekaan di negara ini. Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan peperangan
yang berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal,
George Santayana pernah berkata, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya semula,” Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai
nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.

36

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Tema : Belilah Barangan Buatan Malaysia

CONTOH TAJUK 1: KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita dengar
sama ada di televisyen atau di radio. Barang buatan Malaysia ialah barang yang
dihasilkan di dalam negara. Antara barang buatan Malaysia adalah seperti kereta
Proton Saga, barangan tembikar, batik lukis dan perabot rotan. Banyak kilang yang
didirikan untuk menghasilkan barangan tempatan. Oleh yang demikian , rakyat
perlulah menjadi pengguna yang bijak dengan membeli barangan tempatan. Pada
hemat saya , terdapat banyak kebaikan membeli barangan buatan tempatan .

Sebagai lontaran idea yang pertama , kebaikan membeli barangan buatan
Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Kita dapat menjimatkan
perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan tempatan lebih
murah berbanding barangan import. Sebagai contoh harga motosikal buatan
tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import. Oleh itu, dengan
membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk
membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk masa depan, bak
kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Seterusnya , dengan membeli barangan buatan tempatan , kita dapat menyemai
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia .Pihak kerajaan sepatutnya
mengadakan Kempen Sokonglah Jenama Malaysia secara berterusan . Dengan cara
ini , kita dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan
seterusnya memupuk perasaan cinta akan negara , bak kata pepatah , tak kenal maka
tak cinta .

Tambahan pula , kebaikan membeli barangan buatan tempatan dapat memajukan
industri tempatan . Pada era globalisasi ini , terdapat banyak industri desa yang
muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Antara contoh industri desa yang
terkenal di Malaysia ialah industri batik , kraf tangan , songket , dan tembikar . Industri
ini dapat membantu rakyat hidup dengan lebih selesa. Oleh itu , rakyat dapat
membantu perkembangan industri tempatan .

Dalam pada itu, kebaikan membeli barangan buatan tempatan dapat
meningkatkan imej negara . Barangan buatan tempatan merupakan barangan yang
bermutu di negara kita . Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan
import . Sebagai contoh barangan daripada kulit , seperti kasut , beg , dan dompet

37

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

menjadi buah tangan pelancong yang datang di negara kita . Malaysia dikenali dalam
kalangan pelancong kerana menghasilkan barangan yang berkualiti sekaligus dapat
menambah pendapatan negara .

Justifikasinya , industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada
pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan.
Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana
barang buatan Malaysia merupakan kebanggaan kita bersama.

CONTOH TAJUK 2: KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

Ledakan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak dan roda pembangunan telah
bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan
paradigma ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik
kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita
iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga
dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu
bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia haruslah
mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan
membeli barangan buatan tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita sebagai
rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan atau faedah bagai menyelam
sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia.Justeru,ayuh
belilah barangan buatan kita. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang
diundang dengan menyokong pembelian barangan buatan tempatan kita sendiri ?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat
menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia.
Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada
barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai
kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai
contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah
mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa
bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan
bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi

38

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang
nama negara Malaysia ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej negara. Di
samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan
kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia.

Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya
sikap sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk
dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman
serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia
khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak
senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan
isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan
import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian,
dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak
kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya “Malaysia
Boleh” yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia
sahaja persis kata-kata mutiara “kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau
sudah betung, tidak terpatah lagi.” Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan
mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
yang keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “membeli barangan buatan
tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam
bidang industri.” Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya
industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat
jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang
terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan
pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang hebatnya. Hal
ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan
barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat
membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita
dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi

39

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

negara industri kita maju sepertimana negara-negara perindustrian yang lain.

Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan
tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh
strata masyarakat bak peribahasa “bagai serampang dua mata” dan “bagai makan
menanak nasi.” Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah
berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli
barangan buatan Malaysia supaya kemasyhurannya sebaris dengan jenama gah
produk buatan negara lain. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan
hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian
nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!

CONTOH TAJUK 3: BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ merupakan salah satu inisiatif kerajaan
untuk melonjakkan barangan Malaysia di pasaran tempatan. Kini, produk tempatan
kurang mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Mereka lebih gemarkan produk
antarabangsa yang dikatakan lebih bergaya dan mengikut trend. Sesetengah
mengatakan orang yang membeli atau memakai produk buatan Malaysia ketinggalan
zaman dan miskin. Ada yang tidak sanggup membeli barangan Malaysia dan sanggup
berhabis wang membeli barangan luar negara tanpa melihat kualitinya. Malah,
barangan luar negara yang mahal itu belum tentu kehalalannya. Oleh itu, kerajaan
telah memperkenalkan konsep ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia ‘ dengan meletak
harga yang murah pada barangan Malaysia dan mengenakan cukai pada barangan
luar negara.

Slogan ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia ’ sesuai diwujudkan. Konsep ini
telah meletak harga murah pada produk Malaysia dan mengenakan cukai pada produk
luar negara. Hal ini akan menyebabkan sebahagian besar masyarakat akan memilih

40

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

untuk membeli barangan Malaysia yang lebih murah. Kelama-lamaan, apabila
masyarakat membeli barangan buatan Malaysia, mereka akan sedar betapa berkualiti
barangan Malaysia daripada barangan luar negara. Hal ini boleh meningkatkan
semangat patriotisme dan cinta akan negara terutamanya terhadap produk buatan
negra kita ini.

Selain itu, ini akan menunjukkan bahawa Malaysia menghasilkan barangan
yang berkualiti malah, lebih kualiti daripada barangan luar negara atau serantau.
Perkara ini juga mengubah tanggapan yang barangan buatan Malaysia tidak berkualiti
atau tidak bergaya dari segi pakaian. Dalam kempen ‘ Belilah Barangan Buatan
Malaysia’, telah diadakan iklan di televisyen untuk mempromosikan barangan
Malaysia. Dengan periklanan ini akan mengambil perhatian hampir semua rakyat
kerana majoriti penduduk Malaysia menonton televisyen. Oleh itu, sesiapa yang
memiliki barangan yang disiarkan di televisyen akan dikatakan ‘trendy’ bagi pakaian
ataupun beg terkini buatan tempatan. Justeru, kempen ini dapat merubah tanggapan
negatif mengenai barangan Malaysia, seterusnya, memupuk rasa bangga akan produk
tempatan yang lebih berkualiti daripada produk luar negara.

Di samping itu,slogan ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ mewujudkan rasa
cinta penduduk kepada produk tempatan seterusnya melahirkan rasa cinta akan
negara. Apabila seseorang membeli produk Malaysia secara berterusan, ia akan
menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi orang itu. Dalam kata lain, membentuk rasa
cinta pada barangan buatan Malaysia. Melalui kesedaran ini, seseorang itu akan
mencuba produk Malaysia yang lain serta lebih mewujudkan rasa cinta akan produk
tempatan. Pada masa yang sama, ini akan melahirkan rasa cinta akan negara.

41

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Melalui kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ akan memberi kesedaran
rakyat Malaysia tentang kepentingan membeli produk tempatan. Kerajaan memastikan
penduduk Malaysia membeli produk tempatan kerana kegiatan ini amat
mempengaruhi ekonomi Malaysia. Jika rakyat membeli barangan buatan luar negara,
untung barangan tersebut lebih kepada negara tersebut. Oleh itu, kerajaan berusaha
untuk menggalakkan pembelian produk tempatan di negara ini. Kemudian, Malaysia
boleh pula mengeksportnya ke negara lain kerana telah mendapat smabutan di negara
sendiri. Apabila produk Malaysia dipasarkan di luar negara, akan wujud perspektif
tentang kemajuan Malaysia. Hal ini akan meningkatkan pengeluaran dan peningkatan
dari segi ekonomi negara. Dalam masa yang sama, ini dapat mempromosi nama
Malaysia dan menggalakkan pelancongan di negara kita. Konklusinya, apabila ramai
pelancong, akan wujud rasa bangga akan negara dan kesedaran untuk membeli
produk Malaysia berbanding produk luar negara.

Selain itu, peningkatan pembelian produk tempatan dalam kalangan rakyat
Malaysia melalui kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ menunjukkan bahawa
produk negara kita setanding dengan barangan China, Eropah mahupun Jepun.
Perkara ini menandakan negara kita setaraf dengan negara lain. Contohnya, rekaan
dan ciptaan kereta Proton serta Perodua juga setanding dengan negara Jepun dari
segi teknologi inovasi dan rekaan uniknya. Malah, kini ramai penduduk lebih membeli
kereta Proton dan Perodua berbanding keluaran baharu negara lain. Jadi sudah nyata
bahawa hal ini juga dapat mewujudkan rasa bangga akan pencapaian negara. Kita
juga akan bersyukur dengan pembangunan negara kita yang optimum yang boleh
dikatakan melepasi tahap miskin dan menghampiri tahap negara maju. Ini berlaku
hanya kerana keprihatinan dan kebijaksanaan rakyat yang membuat pilihan yang
betul. Ini juga mewujudkan rasa bangga dan syukur akan pencapaian negara.

42

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Intihanya,slogan dan kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ jelas
memberi kesan yang amat positif dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga
menyemarakan lagi semangat patriotisme dalam rakyat. Selain itu, kesan daripada
kempen ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara dan menambah pendapatan
negara. Kerajaan memang mengambil tindakan yang baik dengan mengadakan
slogan dan kempen ini. Oleh itu, kempen ini wajar diteruskan dan dipromosikan
dengan lebih giat.

Tema : Alam Semula Jadi-Perhutanan

CONTOH TAJUK 1: KESAN-KESAN PENEROKAAN HUTAN SECARA HARAM
TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA INI
Penerokaan hutan secara haram merupakan isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah membangkitkan kebimbangan dalam
kalangan pencinta alam dan juga masyarakat secara keseluruhannya. Pihak berwajib
telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan penerokaan hutan secara
haram dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Namun demikian, sehingga kini belum
ada jalan penyelesaian yang konkrit untuk memastikan kawasan hutan negara ini
tidak diceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya
penerokaan hutan secara haram sudah pasti akan meninggalkan pelbagai kesan
terhadap masyarakat dan negara.

Antara kesan yang paling ketara yang disebabkan oleh penerokaan hutan
secara haram ialah negara akan kehilangan hasil kayu balak akibat dicuri oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Hasil kayu-kayan merupakan sumber pendapatan
negara yang lumayan. Negara kita mempunyai pelbagai spesies kayu yang tinggi
nilainya. Contohnya, kayu cengal dan meranti merupakan dua spesies kayu yang
terdapat di kawasan hutan negara ini. Kayu jenis ini kini amat sukar didapati kerana
telah dicuri oleh pihak pembalak haram yang mementingkan keuntungan peribadi
semata-mata. Pihak ini tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Golongan peneroka haram ini tidak berhati perut dan sanggup

43

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

meneroka kawasan hutan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Mereka
juga tidak langsung memikirkan kesan perbuatan mereka terhadap alam sekitar kita
yang semakin terancam. Jadi, penerokaan hutan secara haram akan menyebabkan
negara kehilangan hasil kayu yang banyak.

Kesan yang seterusnya ialah alam sekitar akan tercemar akibat penggondolan
kawasan tadahan hujan. Alam sekitar merupakan khazanah yang sangat berharga
kepada manusia. Alam sekitar yang terjaga membawa banyak kebaikan pada setiap
makhluk di dunia ini. Dengan pengekalan alam sekitar keseimbangan alam akan
terus lestari dan kehidupan makhluk sejagat akan sejahtera. Penggondolan kawasan
tadahan sudah pasti akan menjejaskan alam sekitar. Tumbuh-tumbuhan yang
menjadi benteng pertahanan alam musnah akibat aktiviti penggondolan hutan yang
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hal ini tidak ubah seperti meletakkan
garam pada luka. Alam yang semakin terancam sudah pasti menjadi lebih parah
dengan aktiviti penggondolan kawasan tadahan ini. Oleh itu, penerokaan hutan
secara berleluasa menyebabkan alam sekitar tercemar.

Penerokaan hutan secara haram juga akan menyebabkan banjir kilat di
kawasan-kawasan hilir sungai yang rendah kedudukannya. Banjir kilat ialah bencana
alam yang berlaku secara mendadak. Biasanya banjir kilat akan mendatangkan
kesusahan pada masyarakat kerana bencana ini berlaku secara tiba-tiba, justeru
usaha menyelamatkan diri dan harta benda hampir mustahil. Akibatnya bencana
seperti ini akan mengakibatkan kematian dan kehilangan harta benda yang banyak.
Lebih buruk lagi, kawasan yang sering dilanda banjir kilat terletak di kawasan hilir
sungai yang rendah kedudukannya. Sebagai contoh Lembah Kelang merupakan
kawasan pamah yang sering dilanda banjir kilat akibat kerja-kerja penerokaan hutan
di bahagian hulu. Oleh sebab itu, penduduk di Kuala Lumpur sering menerima
tempias apabila berlaku hujan lebat di kawasan tanah tinggi. Hal ini tidak ubah orang
lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya. Oleh yang demikian,
jelaslah penerokaan hutan akan menyebabkan banjir kilat yang serius.

Akhir sekali, penerokaan hutan secara haram juga akan menjejaskan habitat
haiwan yang dilindungi oleh kerajaan. Hutan merupakan habitat semula jadi bagi
kebanyakan haiwan liar. Habitat ini menjadi tempat binatang-binatang mencari
makan, berlindung, dan membiak. Keadaan ini akan memungkinkan spesies haiwan
berkenaan terus wujud dan dapat disaksikan oleh generasi manusia yang akan
datang yang tinggal di negara ini. Haiwan yang dilindungi ialah haiwan yang semakin

44

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

pupus dan sukar ditemukan. Antaranya ialah gajah, tapir, beruang, harimau, dan
pelbagai jenis haiwan lain. Jika kerajaan tidak mengambil langkah untuk melindungi
haiwan ini, ada kemungkinan haiwan-haiwan berkenaan hanya tinggal nama sahaja,
sama keadaannya seperti yang berlaku terhadap dinosaur. Penerokaan hutan yang
rakus akan membantutkan usaha murnia kerajaan umpama yang dikejar tak dapat
yang dikendong keciciran. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan hutan
secara haram akan menyebabkan habitat haiwan terjejas, sekali gus mengancam
kelangsungan hidup haiwan-haiwan yang dilindungi.

Kesimpulannya, penerokaan hutan secara haram dan tidak terancang akan
mendatangkan banyak keburukan pada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, semua
pihak mestilah menggemblengkan tenaga dan buah fikiran untuk memastikan gejala
ini dapat diatasi dengan segera bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. Jika tidak, generasi akan negara ini tidak akan menikmati
keindahan alam dan mengenali spesies haiwan yang ada sekarang. Komitmen dan
kerjasama semua pihak sudah pasti akan mewujudkan negara Malaysia yang hijau
dan harmoni.

Karangan berformat-Ucapan/Syarahan & Perbualan

CONTOH TAJUK 1 :UCAPAN KETUA PELAJAR (situasi majlis menjelang
peperiksaan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera’

Yang saya hormati saudara Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK
Bukit Payong, Yang Dihormati para guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.

Dengan segala hormat dan takzimnya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas
limpah kurnia-Nya, mengizini kita bertemu dalam majlis ini. Saya bersyukur juga
kerana majlis yang telah dirancang sejak sekian lama Berjaya juga akhirnya
berjdilaksanakan. Sebagai alu-aluan, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada pihak sekolah yang telah berusaha keras untuk menjayakan majlis yang
penting dan bermakna kepada kami pelajar-pelajar di sekolah ini..

45

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

Rakan-rakan sekalian,

Setelah lima tahun kita melakar sejarah di SMK Bukit Payong ini, segala-gala
yang dikutip di sini telah terakam dalam sebuah sejarah peribadi masing-masing. Kita
melalui saat-saat suka dan duka semasa dalam proses pembelajaran. Pelbagai
kerenah dan tingkah laku alam remaja telah kita catatkan. Bermula dengan isu
kenakalan remaja, berkenalan dan bercinta, belajar dan berusaha telah menjadi asam
garam bagi setiap pelajar di sekolah. Kita telah menimbulkan pelbagai masalah dan
tidak kurang mengimpakkan pelbagai kejayaan untuk dikongsi kegembiraannya
bersama-sama. Kejayaan yang telah kita lakarkan sama ada dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum, turut menjadi rencah penyeri yang turut mengakrabkan hubungan
kami warga sekolah. Namun, apa-apapun, saya yakin kepada para guru, kitalah racun
dan kitalah penawar. Antara guru dan pelajar ibarat lirik dan melodi, pincang salah satu
tempanglah kedua-keduanya. Namun dengan berkat kesabaran dan sikap berlapang
dada para guru kita akhirnya sampai ke penghujung. Terima kasih, cikgu!

Hadirin sekalian,

Tinggal beberapa hari lagi kita akan berhadapan dengan tanggungjawab hakiki iaitu
menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Sungguhpun demikian, saya penuh yakin
dengan hemah dan bijaksana para guru mendidik serta komitmen kita belajar, tidak
mustahil satu lonjakan berganda dapat kita realisasikan. Saya ingin melahirkan
keyakinan ini kepada semua warga sekolah, bahawa kami anak-anak didik tidak sabar-
sabar untuk menduduki peperiksaan dan menterjemahkan harapan daripada seluruh
warga sekolah, ibu bapa, dan negara amnya. Dalam situasi seperti ini hanya doa dan
restu para guru yang kami harapkan. Kami yakin bahawa percikan liur basah tuan-tuan
dan puan-puan itulah yang bakal menjadi bintang penyinar menyuluh hari depan kami
yang gemilang. Sesungguhnya, jasa dan budi anda akan terus terpahat kukuh di dalam
hati nurani kami sampai bila-bila.

Rakan-rakan sekalian,

Ingatlah anda, guru merupakan penyuluh hidup yang sentiasa membawa sinar
harapan. Namun guru sebagai manusia biasa juga, justeru, kerenah para guru dalam
pelbagai sikap dan perwatakan tidak boleh dijadikan sempadan pemisah antara kita.
Jadikan sikap bengis, garang, pemendam rasa, penyayang, pembimbing, dan senyum
tawa mereka sebagai bekalan untuk kita ‘bertempur’ di dalam dewan peperiksaan.
Tanamlah perasaan hormat dan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada mereka
kerana doa dan restu mereka amat besar ertinya kepada kejayaan kita.

Setelah kita meninggalkan sekolah secara total nanti, janganlah kita berkerat rotan dan
berpatah arang dengan ‘rumah tangga’ yang telah menghamparkan selingkar kisah
hidup kepada kita di sini. Pulanglah ke tempat asal dengan selamat. Rancanglah

46

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

aktiviti yang berfaedah sebelum keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Agar tidak
terputus silaturahim, sentiasalah kita berhubung antara satu sama lain terutama sekali
dengan guru-guru. Pemergian kita merupakan kehilangan kepada para guru. Bagi
seseorang guru, pelajar merupakan jantung dan hati mereka. Oleh itu, janganlah
bersikap seperti kacang lupakan kulit atau bak daun terbang jauh melupakan induk.

Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian,

Menjejaki patah-patah terakhir bicara saya, lidah saya bagaikan kelu untuk melafazkan
selamat tinggal untuk tuan-tuan. Walau apapun demikianlah lumrah alam, berjumpa
dan berpisah sudah menjadi adat manusia biasa. Sebagai kenang-kenangan terimalah
bingkisan pantun daripada saya;

Rumpun halia rumpun pegaga
Tumbuh subur di tepi kali
Kudrat guru menabur jasa
Mendidik pelajar berhati budi
Tenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budimu tuan bertakhta dijunjung.
Sekian terima kasih.

CONTOH TAJUK 2 :UCAPAN KETUA PELAJAR( situasi majlis sambut pengetua
baharu)

Sekolah anda telah menerima pengetua yang baharu. Pihak sekolah telah
mengadakan sambutan khas menyambut ketibaan beliau. Selaku ketua pelajar, anda
telah dijemput untuk menyampakan ucapan bagi pihak pelajar.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.*

Assalamualaikum dan salam sejahtera’

Yang saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK
Ambang Saujana, Tuan Haji Zamirul bin Ramli, Yang Dihormati para guru dan
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Atas limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, saya melafazkan
kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam majlis yang amat besar
ertinya kepada kita warga SMK Ambang Saujana. Kita berasa bertuah dan bersyukur
kerana kekosongan tempat selaku pengemudi sekolah selama enam bulan terisi juga

47

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

akhirnya. Justeru, mewakili warga pelajar, saya mengalu-alukan ketibaan Tuan Haji
Zamirul ke SMK Ambang Saujana. Sesungguhnya, kedatangan tuan memang menjadi
penantian kami, bak pantun;

Kembang seroja kembang setaman
Harum semerbak menyeri pagi
Selamat datang tuan budiman
Ibarat yang pergi isi berganti

Hadirin sekalian,

Tuan Haji Zamirul merupakan putera sulung kepada pasangan Haji Ramli
Mursyid dan Puan Hajah Umi Sarah. Diputerakan sejak 48 tahun yang lalu. Kini telah
berkeluarga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Beliau menerima pendidikan
awal di Tanjung Karang. Di peringkat menengah beliau belajar di SMK Ambang
Saujana dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Fakulti Sains dengan pengkhususan
dalam subjek Kimia dan Matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Atas minat
yang mendalam dalam bidang pendidikan, beliau telah memilih untuk menjadi guru
sebaik tamat pengajian di universiti. Walaupun pada waktu itu, sebagai pelajar sains
beliau mempunyai banyak pilihan untuk menjawat jawatan lain yang lebih baik, namun
beliau tetap memilih bidang perguruan. Sebelum dilantik ke jawatan pengetua di
sekolah ini, beliau telah menjawat jawatan yang sama di beberapa buah sekolah di
negeri Selangor. Oleh hal yang demikian, kedatangan beliau ke sini sebagai
kesinambungan tugas beliau memandangkan beliau sudah mempunyai cukup
pengalaman mentadbir.

Atas kelayakan akademik yang beliau peroleh dan pengalaman mentadbir di
beberapa buah sekolah, diyakini kehadiran beliau ke sini bak sirih pulang ke gagang
kerana kembali kepada ibu kandung. Kehadirannya menggantikan tempat pengetua
yang lalu ibarat patah tumbuh hilang berganti kerana stail dan rentak mereka tidak jauh
berbeza. Oleh itu, kami warga sekolah khususnya dalam kalangan pelajar amat
berbangga dengan kehadiran tuan pengetua. Selamat datang, Tuan Pengetua!
Kedatangan tuan ke sini amatlah kami alu-alukan, bak kecil tapak tangan nyiru kami
tadahkan.

Rakan-rakan sekalian,

Sebagai pengetua yang telah mencipta beberapa kejayaan ketika di sekolah
dahulu, tidak syak lagi tuan pengetua akan melakukan beberapa pengubahsuaian dan
program bersepadu untuk mempertingkatkan lagi lonjakan akademik di sekolah ini.
Sebagai pelajar yang pernah mendapat pendidikan di sini, pasti tuan pengetua
mempunyai sentuhan sentimental untuk dilaksanakan bagi faedah pelajar. Daripada

48

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

peribadi beliau yang berhemah tinggi dan terkenal sebagai pengetua yang berbudi
bahasa, warak dan tegas, kami yakin segala program pembangunan insan di sekolah
ini akan dijuruskan kepada pembentukan akhlak mulia dalam kalangan pelajar.
Keteramplan diri dalam aspek kurikulum, kokurikulum, sahsiah, dan jati diri pelajar
akan menjadi agenda utama tuan pengetua laksanakan nanti.

Dengan kesempatan yang ada ini, saya menyeru rakan-rakan pelajar supaya
menggandakan usaha untuk menempatkan diri kita sebagai antara pelajar yang
cemerlang dalam daerah ini dan sekali gus mengungguli sekolah terbaik bagi negeri
Selangor seperti yang telah dicapai beberapa tahun yang lalu. Marilah bersama-sama
kita menanamkan azam untuk membentuk peribadi yang mulia, menjadi insan yang
patuh akan Tuhannya, matang berfikir, dan aktif dalam setiap aktiviti yang bermanfaat.
Semua pihak sedar, walau sebaik manapun seseorang pentadbir, tanpa komitmen
yang tinggi daripada pelajar-pelajar, hasrat untuk mengulangi kecemerlangan tidak
mungkin menjadi kenyataan. Usaha yang selanjutnya, marilah kita menyimpan azam
yang kuat di samping tidak putus-putus berdoa ke hadrat Illahi supaya usaha kita
diberkati.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sampai di sini ucapan saya sebagai meraikan ketibaan kali pertama tuan
pengetua. Kepada tuan pengetua saya menaruh harapan yang cukup tinggi supaya
didiklah kami, bentuklah kami agar segala laluan yang dirintih menjadi landasan untuk
kami menjadi insan yang berguna terhadap nusa, bangsa, dan agama.

Sekian terima kasih.

CONTOH TAJUK 3 :SYARAHAN

MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-
rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat
Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan
apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang
lepas, saya baharu selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk
mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang
saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah,
saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar

49

RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ

pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya
amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak
sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang
membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau
hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu
semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita
yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia
mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah
buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab
remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk
budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi,
tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah
yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam
masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai
budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan
namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di
Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya
membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah
dibelanjakan untuk membinanya. Selain itu, “Dasar Buku Negara” yang diperkenalkan
oleh kerajaan diharap dapat memwujudkan masyarakat pembaca di negara ini. Secara
tidak langsung pula negara bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan
berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai
kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan
penemuan baharu. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan adanya “Dasar Buku Negara”
yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca
malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan
berkualiti.

50


Click to View FlipBook Version