RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna
hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-
tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan
desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat
sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian
juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau
circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan
menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori
oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar
terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh
itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu
masyarakat kita membudayakan membaca.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat
membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan
mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa
turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara
yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang
terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program
BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular
di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara
bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti televisyen, radio, Internet dan juga usaha
sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. Televisyen UK,
misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang
tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi
buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual
buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang
tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca televisyen
kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program
51
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
televisyen realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita
menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng
tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah
satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya
membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I
have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu,
tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan
kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar
masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda.
Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang
untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang,
mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah
melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk
berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma
mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku.
Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita,
terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan
memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini,
kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda
kelas pertama.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka
membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca,
seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat
atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa
dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi
52
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu
menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai
permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila
usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk
menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang
tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika
ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku
dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat.
Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia
dengan tahap keilmuan yang tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari?
Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini
bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak
mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di
planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu
hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda
memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang
ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika
tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan
ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan
dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai
budaya membaca dalam kalangan rakyat supaya Malaysia dapat melahirkan
masyarakat yang berfikiran kreatif dan kritis.
Sekian, terima kasih.
53
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
CONTOH TAJUK 4 :PERBUALAN
Sementara menunggu ayah menjemput pulang, saya berpeluang berbual
dengan Daud tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi bagi menghadapi
PT3 hujung tahun ini.
Afiq : Assalamualaikum Daud. Apa khabar ? Kenapa melamun saja?
Daud : Walaikumussalam. Khabar baik. Fikiran saya asyik memikirkan PT3 pada tahun
ini.
Afiq : Kita bakal menduduki peperiksaan PT3 hujung tahun ini, banyak yang akan kita
pelajari. Sekiranya kita leka, susahlah untuk kita memperoleh keputusan yang
cemerlang. Apabila kita membuat ulang kaji, bukan sekadar apa yang guru telah
ajar akan kekal dalam ingatan, tetapi apa juga soalan bakal kita hadapi dengan
mudah.
Daud :Saya kagum dengan pendirian kamu. Selain itu, bagi saya ketika dalam kelas ,
kita perlu menumpukan apa-apa yang guru ajar. Saya dapati banyak rakan kita
yang tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran yang guru ajar. Sesetengah
pelajar pula berbual-bual dan ada yang mengelamun. Saya percaya guru-guru
akan merasa kecewa melihat sikap sesetengah daripada rakan kita yang asyik
berbual-bual ketika guru mengajar. Jika sikap ini diamalkan, pasti ilmu yang
guru ajar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Afiq : Kata-kata kamu memang benar. Pada pendapat saya, buku-buku rujukan yang
terdapat di pasaran amat berguna sebagai latihan untuk kita memperkukuh
pemahaman apa-apa yang diajarkan oleh guru. Menerusi latihan yang kita buat,
secara tidak langsung dapat mengukur sejauh mana kita memahami sesuatu
isi kandungan yang telah diajar.
Daud :Betul Afiq. Lebih baik ibu bapa kita membeli buku rujukan daripada
menghabiskan duit membeli barang-barang yang tidak perlu seperti pakaian
baharu atau permainan. Afiq, apakah persediaan yang telah kamu buat untuk
menjamin kecemerlangan dalam PT3 nanti?
Afiq : Mengikut nasihat guru kaunselor, saya telah menyediakan jadual waktu belajar
di rumah dengan teratur. Oleh itu, saya dapat merancang pembelajaran di
rumah dengan lebih efektif. Namun kita mesti mematuhi jadual yang kita buat,
kalau tidak sia-sia sahajalah jadual waktu itu.
Daud : Nampaknya saya pun mesti menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Apa
kata kita tubuhkan kumpulan belajar? Kita perlu mencari rakan-rakan yang rajin
54
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
dan gigih agar kumpulan belajar kita berkesan kerana bimbang nanti takut
menjadi rakan sembang sahaja.
Afiq: Bagus benar cadangan awak, bolehlah kita tubuhkan kumpulan belajar secepat
mungkin.
Daud :Selain itu, kita juga mesti sentiasa berdoa kepada Tuhan agar usaha-usaha
yang kita laksanakan akan mendapat keberkatan dan seterusnya mencapai
impian untuk cemerlang dalam PT3 tahun ini.
Afiq : Satu perkara yang penting yang sering kita lupakan ialah keberkatan dalam
mencari ilmu. Untuk itu, kata-kata guru hendaklah didengar dan jangan sesekali
melawan cakap guru, yang boleh mengguris hati mereka. Jika kita menghormati
guru, sudah tentu apa-apa yang diajar akan mudah difahami. Begitu juga
dengan ibu bapa kita, mintalah mereka mendoakan kita supaya memperoleh
keputusan yang cemerlang. Oleh itu, kita akan dilimpahi ketenangan semasa
belajar.
Daud : Ya, kita tidak boleh menganggap kejayaan itu usaha kita semata-mata, tetapi
banyak juga dipengaruhi oleh doa ibu bapa dan guru kita. Sesungguhnya setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya. Segala-galanya bergantung kepada sikap
kita. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Afiq :Nampaknya kita bercakap panjang sehingga tidak perasan bapa kita sudah
membunyikan hon kereta. Mari kita pulang.
Daud : Mari!
55
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
Tema:Kesihatan dan Penyakit
CONTOH TAJUK 1: LANGKAH-LANGKAH AWAL UNTUK MENANGANI
MASALAH PENYAKIT BERJANGKIT
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh wabak penyakit Covid-19. Sungguhpun
penyakit berjangkit ini masih dapat dikawal di negara kita, namun kita harus
senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Jelaskan langkah-langkah awal yang dapat diambil untuk menangani masalah
penyakit berjangkit ini.
Penyakit berjangkit merupakan penyakit yang amat berbahaya. Hal ini demikian
kerana lazimnya sesuatu penyakit berjangkit amat sukar dikawal dalam jangka
pendek. Pada peringkat serius, penyakit berjangkit boleh menyebabkan kematian.
Sekiranya langkah-langkah awal tidak diambil, penyakit ini dapat menjadi wabak atau
membawa bencana. Antara penyakit berjangkit yang dimaksudkan termasuklah
demam denggi, AIDS, taun, influenza A H1N1 dan yang terbaharu Covid-19.
Salah satu langkah awal yang perlu diambil untuk menangani penyakit
berjangkit ini ialah senantiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Pastikan kita
mencuci tangan hingga bersih dengan sabun atau pencuci sanitasi tangan selepas
menyentuh sesuatu benda dan sebelum makan. Seterusnya sampah sarap tidak harus
dibiarkan bermalam atau bersepah di merata-rata tempat. Hal ini akan memudahkan
lipas, lalat, tikus, jentik-jentik dan sebagainya membiak dan merebakkan kuman atau
virus yang akhirnya menjangkiti manusia.
Dalam pada itu, kita juga harus bertindak segera untuk mengawal penyakit
berjangkit itu daripada terus merebak. Sentiasalah mengamalkan dan mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.Misalnya bagi menghindar
penyakit Covid-19, kita perlulah mengambil langkah selamat dengan memakai topeng
penutup hidung dan mulut apabila berada di khalayak ramai dan sentiasa
mengamalkan penjarakkan fizikal ketika berada di sesuatu tempat. Oleh itu, mencegah
lebih baik daripada mengubati. Langkah ini perlu bagi memastikan penduduk di
56
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
sesuatu kawasan tidak terkena penyakit yang berbahaya ini. Dengan cara ini kita dan
masyarakat akan terselamat daripada terkena jangkitan virus yang berbahaya.
Langkah seterusnya memastikan makanan dan minuman telah dimasak
dengan sempurna. Hal yang demikian amat penting untuk membunuh kuman yang
bertanggungjawab menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Contonya pada musim
banjir, air untuk diminum mesti dimasak terlebih dahulu agar dapat mengawal penyakit
seperti taun dan cirit-birit daripada merebak.
Seterusnya pihak kerajaan mestilah menyiarkan cara-cara pencegahan dan
bahaya penyakit berjangkit ini kepada semua masyarakat melalui semua media massa
agar masyarakat sedar akan bahaya penyakit dan mengambil langkah pencegahan
secepat mungkin. Selain media massa, Jabatan Kesihatan juga harus memainkan
peranan penting menyebarkan dan bekerjasama dengan masyarakat untuk
menangani wabak penyakit berjangkit daripada terus meresahkan semua pihak serta
menyarankan pengambilan vaksin.
Dengan adanya langkah-langkah pencegahan daripada pelbagai pihak, sudah
tentu penyakit berjangkit dapat dikawal. Orang ramai dinasihati supaya bergantung
sepenuhnya kepada kerajaan dan agensi-agensinya dalam usaha membanteras
penyakit. Sementara itu, badan-badan bukan kerajaan dan pihak swasta perlu sama-
sama berganding bahu bagi menangani masalah penyakit berjangkit ini.
CONTOH TAJUK 2: CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap
individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun
begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan
kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah
dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang
seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya
mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan
membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Di samping
itu, kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat
penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.
Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian
57
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan
tahap kecergasan fizikal.
Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-
kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan
berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan
mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal
sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.
Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang
cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar
diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus
berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih
dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur
yang cukup amat diperlukan.
Akhir sekali, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat
awal lagi. Sesungguhnya, kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai. Oleh
itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita.
Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
Tema:Kokurikulum (karangan keperihalan)
CONTOH TAJUK 1:PENGALAMAN MENYERTAI PERKHEMAHAN
Baru-baru ini anda telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.
Ceritakan pengalaman anda sepanjang menyertai perkhemahan tersebut.
Pada minggu yang lepas,saya telah berpeluang mewakili pasukan Kadet Bomba untuk
menyertai satu perkhemahan perdana unit beruniform. Pasukan unit beruniform yang
terlibat ialah pasukan Pengakap, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pandu Puteri dan Bulan
Sabit Merah. Perkhemahan itu diadakan di padang sekolah dan dijalankan selama tiga
hari dua malam.
58
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
Pada petang Jumaat itu, kami semua berkumpul di padang sekolah.Kami
mendengar taklimat daripada Komandan Kem iaitu Cikgu Ramli.Selepas itu, kami
diagihkan mengikut pasukan uniform masing-masing.Kami kemudian dibekalkan
dengan khemah dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing sebelum
malam menjelang tiba. Pada sebelah malamnya, kami diarahkan bergotong-royong
menyediakan juadah untuk dimakan.
Pada awal pagi kami sudah bangun. Kami diarahkan solat Subuh secara
berjemaah bagi yang beragama Islam. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang
diketuai oleh Cikgu Makhtar.Selepas bersarapan kami diarahkan mengemaskan
khemah masing-masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik
dan kemas.Khemah pasukan Kadet Bomba telah diumumkan sebagai
pemenang.
Selepas itu,satu pertandingan memasak telah diadakan.Semua bahan telah
disediakan oleh guru-guru penasihat .Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan
menggoreng ikan dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakar.Pemenang dikira
berdasarkan keenakan dan susun atur serta hiasan.Kali ini kumpulan saya telah
muncul sebagai johan.
Selepas makan malam,persembahan malam kebudayaan diadakan.Setiap
persembahan mengikut unit uniform masing-masing.Antara persembahan adalah
seperti nyanyian,tarian,lakonan dan sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi
johan dengan persembahan boria yang menarik.
59
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
Keesokan harinya,kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak
perkhemahan dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Penyampaian
hadiah dan sijil turut diadakan kepada para pemenang. Saya telah dinobatkan sebagai
peserta terbaik individu.Perkhemahan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari.
Selepas itu,saya dan rakan-rakan pulang dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap dapat menyertai lagi perkhemahan seperti ini pada masa akan datang.
CONTOH TAJUK 2: PENGALAMAN MENYERTAI KEM MOTIVASI DIRI
Andaikan bahawa anda terlibat dalam suatu kegiatan kem motivasi
anjuran Kelab Rekreasi di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda sepanjang
menyertai kem motivasi tersebut.
Aku merupakan salah seorang ahli Kelab Rekreasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Payong. Pada cuti penggal yang lepas, kelab ini telah mengadakan
Kem Motivasi Diri di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu. Kem motivasi selama tiga hari dua
malam disertai oleh 40 orang peserta bersama-sama 5 orang fasilitator. Kami tiba di
tempat itu pada pukul 9.00 pagi. Inilah pengalaman pertama aku menyertai program
seperti ini.
Ketua fasilitator yang bertugas, iaitu Encik Mohd Hazli telah memberikan
taklimat ringkas kepada para peserta tentang atur cara kem motivasi itu. Para peserta
diingatkan agar senantiasa mematuhi arahan fasilitator yang bertauliah demi
keselamatan masing-masing.Para peserta dilarang sama sekali merayau-rayau di
hutan lipur itu tanpa keizinan petugas.Peserta yang mengingkari arahan akan
60
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
dikenakan tindakan tatatertib. Arahan itu dikeluarkan supaya para peserta tidak
melakukan sesuatu sehingga boleh membahayakan diri mereka.
Sepanjang kem motivasi ini yang bermula pada pukul 9.30 pagi para peserta
telah didedahkan kepada beberapa aktiviti lasak. Aktiviti ini memerlukan
kerjasama,ketabahan,keyakinan diri,serta ketahanan mental dan fizikal.Antaranya
termasuklah ’Flying Fox’ yang menghendaki para peserta menyeberangi arus sungai
yang deras dengan menggunakan tali yang direntang. Aku tahu sahabat-sahabatku
yang lain juga gementar sepertiku. Setiap peserta mencuba bersungguh-sungguh
apabila tiba giliran masing-masing.Aku menguatkan semangat untuk melakukan
aktiviti ini. Aku yakin aku mampu berbuat demikian seperti orang lain. Aku bersyukur
kerana akhirnya aku telah berjaya melepasi halangan ini.
Selain itu , pada hari berikutnya pula para peserta diberi tunjuk ajar cara
menuruni tebing batu yang curam. Gementar rasa hatiku apabila melihat jurang
sedalam kira-kira 30 meter itu yang perlu aku turuni.Sebelum aktiviti diadakan,kami
diberikan seutas tali untuk diikatkan pada badan masing-masing. Kami dinasihatkan
agar senantiasa berwaspada dan memberikan tumpuan ketika memijak batu.Jika kami
tersilap langkah,padah akibatnya. Berkat ketabahan dan keyakinan diri,hampir
kesemua peserta kem motivasi dapat mengatasinya tanpa mengalami sebarang
kecederaan.
Manakala untuk pengisian rohani pula,sepanjang kami berada di sini,kami telah
diminta mendirikan solat secara berjemaah pada setiap kali masuk waktu solat. Kami
juga dikehendaki mendengar takzirah selepas solat Subuh dan Maghrib yang
61
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
disampaikan oleh Ustaz Alias dan Ustaz Wan Hassan secara bergilir-gilir. Pada pukul
4.00 pagi pula kami dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Qiamulail. Aktiviti berakhir
jam 6.30 pagi selepas solat Subuh
Ternyata Kem Motivasi Diri itu telah berjaya menyemaikan nilai-nilai positif
dalam diri kami. Kami telah mematuhi arahan fasilitator yang mengendalikan kem itu
walaupun ada dalam kalangan fasilitator yang umur mereka sebaya dengan kami. Kem
motivasi ini juga dapat menyedarkan kami tentang kepentingan penghayatan
agama,disiplin, semangat setia kawan,bersatu hati,bekerjasama dan tidak
mementingkan diri apabila bergerak dalam satu kumpulan.
Tema:Sains dan Teknologi
CONTOH TAJUK 1: FAEDAH-FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER
Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan
sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru
semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai
dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer seperti kata
kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar
menggunakan komputer.
Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat
berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan-
rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara
dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun
bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu, belajar menggunakan
komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.
62
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan
aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana
setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau program interaktif
yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan atau kerja yang diberikan secara
langsung dalam talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer
menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.
Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah dapat menjimatkan
masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan
disediakan terlebih dahulu oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau
latihan pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran
bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah belajar
menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi
akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak
informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya,
pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dalam subjek tertentu. Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh
meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha Tangga
Kejayaan. Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa belajar menggunakan komputer
akan memudahkan pelajar berjaya dalam pelajaran.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan
menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di
samping menjadikan generasi yang celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan
banyak faedah. Hal ini bertepatan dengan keperluan penggunaan teknologi pada
masa kini apatah lagi ketika negara berhadapan dengan penularan wabak Covid-
19,yakni sudah tentu pembelajaran banyak menggunakan peranti seperti komputer
atau pun telefon bimbit serta Internet untuk tujuan pembelajaran di rumah (PdR).
63
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
LATIHAN 2 TAJUK :KEPENTINGAN KOMPUTER
Berdasarkan rangka jawapan yang diberikan di bawah sila tulis karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
Isi-isi penting,
Operasinya cepat dan pantas,
a. Menjimatkan masa pengurusan.
b. Banyak maklumat dapat disimpan dalam disket yang kecil.
c. Penting untuk bidang pentadbiran dan perniagaan.
Mempertingkat pengurusan kerja.
a. Mudah memproses data.
b. Mempertingkat produktiviti pengurusan melalui urusan persuratan, penyimpanan
dan pengesanan.
c. Penting untuk pejabat-pejabat kerajaan.
Untuk menggerakkan robot.
a. Mudah melaksanakan kerja-kerja teknikal.
b. Sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja yang berbahaya.
c. Boleh bertindak tepat dan pantas seperti dilaksanakan di Jepun.
Penggunaan dalam bidang perdagangan,
a. Mengurus penyimpanan, pengeluaran wang secara automatik.
b. Dapat menjimatkan penggunaan tenaga manusia.
c. Kerja cepat dan pantas.
Digunakan bagi kerja-kerja mengesan penyakit.
a. Merawat penyakit dengan laser.
b. Berguna untuk penyelidikan tenaga nuklear dan satelit.
c. Berguna untuk kawalan lalu lintas udara, kaji cuaca dan penerokaan angkasa
lepas.
64
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
LATIHAN 3 BAHAGIAN B (30 markah)
Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah ini.
Kemudian pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan panjangnya karangan anda
hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
Tema:
SAINS DAN TEKNOLOGI
(iii) Anda telah berpeluang untuk menyertai Karnival Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi di tempat anda.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai karnival tersebut.
(ii) Belakangan ini, penggunaan Internet semakin meningkat dalam kalangan remaja
khususnya pelajar.
Bincangkan kesan-kesan positif penggunaan Internet dalam kehidupan seharian.
(iii) Kelab Komputer sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Pameran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) berhampiran dengan tempat tinggal anda.Sebagai
setiausaha Kelab Komputer, anda diminta menyediakan laporan tentang lawatan
tersebut.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
65
RESPONS TERBUKA/KARANGAN PANJANG(BHG.B) BMPT3/MOHAZ
LAMPIRAN
Tema yang dibina dalam modul telah diubah suai dan disesuaikan dengan tema
utama dalam buku teks KSSM tingkatan 1,2 dan 3 serta tema ujian mendengar PT3.
TEMA MODUL TEMA BUKU TEKS
Tema 1 : Ibu Bapa/Kekeluargaan i)Tema 17 (ms198)buku teks ting.1
Tema 2 : Industri Desa ii)Tema ujian mendengar PT3
Tema 3 : Riadah i)Tema 10(ms116) buku teks ting.1
Tema 4: Kemerdekaan ii) Tema 10(ms122)buku teks ting.2
iii)Tema 13(ms168) buku teks ting.3
i) Tema 12(ms136)buku teks ting.1
ii) Tema 9(ms111) buku teks ting.2
iii)Tema 3(ms28,29,30&32)buku teks ting.3
Tema 5(ms56,57&65) buku teks ting.3
Tema 5: Belilah Barangan Buatan Malaysia i) Tema 10 buku teks ting.2
Tema 6: Alam semula jadi-Perhutanan ii) Tema 14 buku teks ting.3
Tema 7: Karangan Berformat Ucapan/Syarahan & Perbualan iii)Tema ujian mendengar PT3
i) Tema 7 buku teks ting.1
Tema 8 :Kesihatan & Penyakit ii)Tema 11(ms 132)&(ms143)buku teks ting.3
Tema 9: kokurikulum (karangan keperihalan) i)Tema 2(ms18)&tema4(ms42) buku teks ting.2
ii)Tema 1(ms1&11)&Tema 5 (ms59)buku teks
ting.3
i) Tema 1(ms4) buku teks ting.1
ii) Tema 1(ms9)buku teks ting.2
iii)Tema 2(ms 20)&Tema 4(ms 50) buku teks tg.3
Tema 5(ms52) buku teks ting.1
Tema 10: Sains dan Teknologi i)Tema 6 buku teks ting.1
ii)Tema 10 buku teks ting.3
66