Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 1 AmazingT1 ISI KANDUNGAN BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.1.1 Amanat Guru Besar 4 1.1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5 1.1.3 Ikrar Integriti Penjawat Awam 6 1.1.4 PPPM dan Kerangka TS25 7 1.2 Hala Tuju dan Maklumat Sekolah 1.2.1 Nilai SK LKTP Tenggaroh 1 11 1.2.2 Slogan dan Budaya Kerja TOPS 13 1.2.3 Profil Sekolah 15 1.2.4 Sejarah Dan Lokasi Sekolah 16 1.2.5 Poliisi Dan Hala Tuju TOPS 17 1.2.6 Lencana Dan Lagu Sekolah 22 1.2.7 Pelan Sekolah 23 1.2.8 Pelan Kecemasan Dan Kebakakaran 24 1.2.9 Ikrar Kementerian Pendidikan 25 1.2.10 Dasar Dan Peraturan 33 1.2.11 Panduan Guru TOPS Dalam Pencapaian Kecemerlangan 49 1.2.12 Senarai Guru Dan Warga TOPS 139 1.2.13 Matapelajaran Dan Peruntukan Waktu 141 1.3 Takwim Persekolahan, Surat dan Akuan Penerimaan Tugas Rasmi 1.3.1 Kalender Akademik Kementerian Pendidikan-Lampiran A 142 1.3.2 Hari Kelepasan Am Negeri Johor dan Hari kebesaran Islam 143 1.3.3 Cuti Perayaan Sesi 2023/2024 – Lampiran C 144 1.3.4 Takwim Sekolah 2023/2024 145 1.3.5 Program Sekolah 158 1.3.6 Minggu Persekolahan 161 1.3.7 Jadual Guru Bertugas Mingguan 162 1.3.8 Jadual Giliran Berucap Pentadbir Dalam Perhimpunan Rasmi 165 1.3.9 Senarai Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas 166 1.3.10 Surat Pelantikan Rasmi 167 1.3.11 Akuan Penerimaan 168
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 2 AmazingT1 BAB 2 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2.1 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran 170 2.2 Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran 171 2.3 Carta Organisasi Program Transformasi Sekolah TS25 182 2.4 Senarai Jawatan Kuasa dan Tugas Program Transformasi Sekolah TS25 183 BAB 3 : PENGURUSAN KURIKULUM 3.1 Carta Organisasi Unit Kurikulum 188 3.2 Jawatankuasa Kurikulum 189 3.3 Jadual Pencerapan PdPc 196 3.4 Jadual Penghantaran E-RPH 197 3.5 Jadual Pemantauan Hasil Kerja Murid 198 3.6 Jadual Pemantauan Pengurusan Fail Panitia 200 3.6 Jadual Pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Takwim Aktiviti Kurikulum 201 BAB 4 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 4.1 Carta Organisasi Unit HEM 203 4.2 Jawatankuasa HEM 204 4.3 Takwim dan Tempat Perjumpaan Kelab HEM 210 BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM 5.1 Carta Organisasi Unit Kokurikulum 212 5.2 Jawatankuasa Kokurikulum 213 5.3 Pengurusan Pasukan Sekolah 221 5.4 Takwim Kejohanan Sukan MSSD dan MSSj 222 5.5 Takwim Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 223
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 3 AmazingT1 BAB 6 : PENGURUSAN PRASEKOLAH 6.1 Pengenalan 225 6.2 Carta Organisasi Prasekolah 232 6.3 Peraturan dan Penubuhan Prasekolah 233 6.4 Piawaian Kelas dan Bangunan 235 6.5 Bidang Tugas Pentadbir 239 6.6 Bidang Tugas Guru Prasekolah 240 6.7 Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah 245 6.8 Jadual Tugas Harian Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah 250 6.9 Pelaksanaan Menu Standard 251 6.10 Pengurusan Fail dan Rekod Prasekolah 252 6.11 Pengurusan Kewangan Prasekolah 254 6.12 Insurans Takaful Prasekolah 257 6.13 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 258 6.14 Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 259 6.15 Pecahan Waktu Perincian Isi Kandungan 260 6.16 Pentaksiran Prasekolah 261 6.17 Takwim Aktiviti Tahunan Prasekolah 296 CATATAN 297
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 4 AmazingT1 AMANAT GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1 PEMBUKA BICARA السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Buku Pengurusan merupakan suatu inisiatif untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan kerjaya guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsan LKTP Tenggaroh 1 dalam merealisasikan usaha ke arah mempertingkatkan pengetahuan guru- guru dalam bidang pengurusan sekolah dan tugasan guru-guru dan kakitangan. Tugas dan tanggungjawab guru kini amat menarik dan mencabar. Ia menarik kerana memberi ruang dan peluang kepada seseorang individu untuk menabur khidmat dalam satu kerjaya yang disifatkan amat murni nilai baktinya. Sekali bergelar guru selamanya kekal sebagai guru atau ‘cikgu’ kepada anak murid yang suatu hari mungkin memegang pelbagai peranan dan kedudukan penting dalam masyarakat. Sehubungan itu, kerjaya ini semakin mencabar dan amat dinamik dari segi pelaksanaan tugasnya dan amat kompleks dari aspek ekspektasi masyarakat terhadap peranannya. Sudah menjadi lumrah, dalam inisiatif untuk kita menggapai sesuatu yang murni pastinya menagih pelbagai komitmen yang jitu dan padu daripada semua pihak. Pelbagai pendekatan diaplikasi dalam menjana kecemerlangan ini. Oleh itu, saya berharap agar semua guru dan pihak yang terlibat dapat merujuk buku pengurusan ini dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan lancar untuk menjana kecemerlangan sekolah ini dalam semua bidang selaras dengan pertambahan prasarana yang memerlukan kualiti kerja dan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan program memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan masyarakat serta ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan.Justeru, program-program yang kemaskini dan mampan seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 serta sub-NKRA (National Key Result Areas) perlulah diteliti oleh setiap pentadbir dan warga pendidikan iaitu memperkasakan prasekolah dan kemahiran 3M setiap program di sekolah,Sekolah Berprestasi Tinggi serta Tawaran Baru Pengetua/ Guru Besar (Baiah) Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1. Marilah kita sama-sama memohon petunjuk daripada Allah S.W.T, mudah-mudahan usaha murni yang kita lakukan bagi mencapai visi dan misi sekolah ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredhaanNya jua. Kita hanya mampu berusaha tetapi kejayaan adalah milik-Nya. Akhir kata, kepada semua guru dan staf Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1 “ Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas Dan Dedikasi ” "MALAYSIA MADANI” "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, AMINAH BINTI NAWAS Guru Besar, Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1, Mersing, Johor.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 5 AmazingT1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 6 AmazingT1 IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut: Pertama : Berusaha Memupuk Dan Mengamalkan Nilai-Nilai Membenci Rasuah; Kedua : Menutup Semua Ruang Dan Peluang Yang Mendedahkan Kepada Amalan Rasuah; Ketiga : Bertindak Tegas Terhadap Mereka Yang Melanggar Undang-Undang, Peraturan Dan Etika Jabatan; Keempat : Bekerjasama Sepenuhnya Dengan Mana-Mana Pihak Untuk Memerangi Sebarang Perlakuan Jenayah Rasuah; Kelima : Bertindak Tegas Terhadap Mereka Yang Mencuba Menggugat Integriti Dan Imej Pegawai Awam; Dan Keenam : Mematuhi Sepenuhnya Kod Etika Jabatan Dan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Yang Berteraskan Ajaran Agama Dalam Melaksanakan Tugas. SURAT AKU JANJI Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apaapa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: (i) akan sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; (ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; (v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; (vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; (vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Saya yang menjalankan Amanah Saksi ( ) ( )
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 7 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 8 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 9 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 10 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 11 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 12 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 13 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 14 AmazingT1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 15 AmazingT1 PROFIL SEKOLAH Alamat Sekolah : Jalan Leban,86810, Mersing, Johor. Lokasi : Luar Bandar. Kod Sekolah : JBA 4022. Gred Sekolah : Gred A. Taraf Sekolah : Bantuan Penuh. Sesi Persekolahan : Pagi. Nombor Telefon : 07 – 7913406. Nombor Faks : 07 – 7913406. Laman Blog Rasmi Sekolah : http//sktenggaroh 1.blogspot.com Email Rasmi Sekolah : [email protected] Tarikh Dibuka : 12 September 1982. Nombor Lot : 190. Keluasan Tanah : 8 Ekar. Kawasan Parlimen : P119 (Mersing). Kawasan Dun : J10 (Tenggaroh). Bangunan : Sendiri. 3 Blok Bangunan Sekolah. 1 Bangunan Pusat Sumber. 1 Bangunan Kantin. Guru Besar : 1. Allahyarham En. Atan Bin Endot (12 September 1982 hingga 30 April 1996) 2. En. Dzulkifli Bin Haji Jaafar (1 Mei 1996 hingga 30 Jun 2003). 3. En. Mohd Rashidi Bin Mat Jalil (1 Julai 2003 hingga 1 Julai 2010). 4. Pn. Hajah Khalijah Binti Attan (1 Oktober 2010 hingga 28 Februari 2011) 5. En. Saidan Bin A. Jalal (1 Mac 2011 hingga 30 September 2011) 6. Pn. Hajah Norsiah Binti Idris (1 Oktober 2011 hingga 31 Julai 2013) 7. Pn. Azimah Binti Md Zin (1 Ogos 2013 hingga 31 November 2014) 8. En. Abd Rashid Bin Amat (1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2016) 9. Pn.Rizana Binti Mat Jelis ( 1 Januari 2017- 30 Jun 2018 ) 10. En.Zapriudin Bin Bujang ( 1 Julai 2018- 31 Mei 2022 ) 11. Pn.Aminah Binti Nawas ( 1 Jun 2022- sekarang )
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 16 AmazingT1 SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1 Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1 ditubuhkan pada 12 September 1982 dengan menggunakan bangunan sementara iaitu bangunan Sekolah Agama yang masih belum digunakan lagi pada masa itu. Pentadbirannya di bawah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing di bawah penyeliaan Encik Harun bin Senawi. Tenaga pengajarnya pada ketika itu ialah seramai tiga orang dan bilangan pelajar seramai 49 orang. Bilik darjah yang dibuka hanya tiga buah bilik darjah iaitu dari darjah satu hingga darjah tiga. Pada 16 Oktober 1983 bangunan Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1 telah pun siap dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan. Sekolah yang baru ini mempunyai dua buah bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan kantin. Pada hari yang sama juga bangunan ini telah digunakan. Guru Besar pertama bagi sekolah ini ialah Encik Atan bin Haji Endot. Beliau berasal dari daerah Mersing. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Pada Disember 1992, sebuah lagi bangunan telah diserahkan kepada pihak sekolah (Bangunan Pusat Sumber). Bangunan ini dimuatkan dengan kemudahan bilik perpustakaan, bilik tayangan dan bilik menyimpan bahan pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung bangunan Pusat Sumber ini telah menjadi tempat rujukan guru-guru dan pelajarpelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada murid Felda Tenggaroh 1, Risda Sungai Ambat, Felcra Sri Mersing dan kawasan sekitarnya. LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 17 AmazingT1 POLISI KUALITI STAF KAMI, WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1, MERSING ADALAH PENYEBAR ILMU YANG SENTIASA BERUSAHA MELAKSANALKAN TANGGUNGJAWAB KAMI DENGAN PENUH ILTIZAM, DEDIKASI, PROAKTIF DAN INOVATIF UNTUK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK DIDIK KAMI, DEMI KEBERKATAN DARI ALLAH SUBHANAHUWATAALA SEBAGAIMANA TERMAKTUB DALAM PRINSIP STAF YANG BERIKUT: SIDDIQ Kami sentiasa mengamalkan etika yang benar dan yang dibenarkan dalam tanggungjawab kami. Kami menyampaikan ilmu yang benar. Kami berkata benar. Kami berbuat benar dan sentiasa mengelak daripada perkara dan perbuatan yang tidak benar. Dengan siddiq, kami akan dapat melahirkan generasi yang berilmu. TABLIGH Kami sentiasa menyampaikan ilmu tanpa banyak kerenah. Kami sentiasa bertukar fikiran dan mendidik dengan jujur dan ikhlas kepada yang berhak. Dengan tabligh, kami akan melahirkan generasi yang berilmu. AMANAH Kami sentiasa bersikap amanah kepada pengurusan kami, kepada anak murid kami dan sesama kami. Kami amanah terhadap masa: mula dengan ketepatan, berhenti dengan ketetapan. Kami amanah terhadap tanggungjawab: berkerja bermatlamat, orientasi proses menjadi amalan. Kami amanah terhadap harta: kami gunakan untuk yang berhak, kami laksanakan dengan penuh cekap. Dengan amanah, kami akan dapat melahirkan generasi yang dipercayai. FATANAH Kami sentiasa berusaha untuk menambah ilmu kami. Kami mengamalkan budaya ilmu dan sentiasa mempelbagaikan strategi P&P kami. Melalui ilmu yang tinggi, kami akan lebih yakin dan akan diyakini oleh anak murid kami. Perkara negatif kami tidak berminat, berfikiran positif terlalu amat Dengan fatanah, kami akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang. PRINSIP STAF ADALAH POLISI KUALITI KAMI PRINSIP STAF ADALAH HAK MURID KE ATAS KAMI PRINSIP STAF ADALAH MARUAH KAMI PIAGAM PELANGGAN KAMI WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1 AKAN BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN PERKARA – PERKARA BERIKUT TERCAPAI DEMI KEPUASAN PELANGGAN KAMI: 1. Prasarana pembelajaran yang selesa untuk murid bermula daripada hari pertama persekolahan mereka. 2. Perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkesan. 3. Pendidikan yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4. Menjadi staf yang berdedikasi, penyayang dan prihatin dengan masalah pelanggan. 5. Melaksanakan pengurusan berwibawa dan cacat sifar. 6. Sentiasa berkongsi pendapat dengan pelanggan kami. 7. Bersedia menerima cadangan dan teguran pelanggan demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan sekolah ini.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 18 AmazingT1 HALA TUJU SEKOLAH Kecemerlangan ilmu ke arah gemilang dan terbilang. Keunggulan kepimpinan dan pengurusan. Kemantapan sahsiah. Cinta akan negara. Menjalinkan hubungan di peringkat antarabangsa MOTO SEKOLAH Bersatu melestarikan kecemerlangan akademik ,sahsiah dan kokurikulum SKT1 VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. MATLAMAT Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1 akan : 1. Mencapai gred purata sekolah 1.50 dan perutus kelulusan keseluruhan 100% dalam UPSR. 2. Mencapai tempat pertama dalam pertandingan yang disertai sama ada di daerah dan negeri. 3. Mempunyai barisan guru dan kakitangan yang berkualiti dari aspek sikap, keilmuan dan kemahiran.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 19 AmazingT1 OBJEKTIF BIDANG PENTADBIRAN 1. Melahirkan guru dan kakitangan yang memahami peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan. 2. Mewujudkan hubungan yang produktif antara sekolah dengan masyarakat. 3. Melahirkan guru dan kakitangan yang berkualiti dari segi sikap, ilmu dan kemahiran. BIDANG KURIKULUM 1. Meningkatkan gred purata sekolah 1.50, peratus pencapaian kelulusan UPSR kepada 100% dan sekurang – kurangnya 10 orang mendapat 6A. 2. Meningkatkan bilangan murid yang boleh menguasai 3M dan sifar LINUS. 3. Melahirkan lebih ramai murid yang boleh mengenali ICT. BIDANG HAL EHWAL MURID 1. Melahirkan murid bersahsiah dan berdisplin tinggi. 2. Melahirkan murid yang sifar salahlaku dan ponteng. 3. Mewujudkan nilai – nilai murni dan patriotisme dalam diri murid. 4. Program Penyayang. BIDANG KO-KURIKULUM 1. Mencapai tempat pertama dalam pertandingan yang disertai sama ada di daerah dan negeri. 2. Melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam apa jua aktiviti yang disertai. 3. Melahirkan murid yang berkepimpinan, kebolehan dan berkemahiran. 4. Memberi lebih banyak ruang kepada murid menyertai apa-apa pertandingan ke peringkat negeri dan kebangsaan ISU UTAMA SEKOLAH Imej dan Watak Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1 Bilik Guru Yang Kondusif Kepimpinan dan murid bermaklumat. Kualiti akademik dalam peperiksaan awam. Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif. Penambahbaikan prasarana sekolah. Penglibatan dan kegiatan cergas dalam kokurikulum. Pembinaan insan dan sahsiah murid. Kualiti semua mata pelajaran. PSS yang bermaklumat, mantap dan berkualiti. Pusat akses ala siber kafe. FOKUS SEKOLAH KURIKULUM 1. Penyeliaan dan pemantauan dalam urusan kurikulum melibatkan: Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum. Mesyuarat Panitia. Pencerapan Berfokus. Pemeriksaan kerja bertulis murid. 2. Mengamalkan Penyelarasan, Pementoran, Pemantauan dan Penilaian dalam PBS melibatkan: Program LINUS dan pemulihan khas kepada murid yang lemah
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 20 AmazingT1 Program peningkatan prestasi akademik dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Keputusan 100 % lulus keseluruhan dalam peperiksaan UPSR Keputusan 34% cemerlang 6A dalam peperiksaan UPSR. Mensifarkan masalah penguasaan numerasi dan literasi di Tahap Satu. KOKURIKULUM 1. Berusaha memecahkan rekod MSSD dalam olahraga. Penglibatan semua murid tahun tiga dan tahap dua dalam kegiatan permainan, pasukan beruniform, persatuan dan kelab. Mengambil bahagian dalam acara tertentu sukan dan permainan, pasukan beruniform di peringkat kawasan dan negeri seterusnya di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Memastikan setiap murid mencapai tahap kesihatan dan kecergasan fizikal mental dan sosial yang sempurna. Berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap pertandingan HAL EHWAL MURID ( HEM ) KECERIAAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN Menjadikan kawasan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan bermaklumat. Mewujudkan pengurusan kesihatan yang lebih bersistematik dan berkesan. PEMBANGUNAN INSAN, SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID 1. Mewujudkan sekolah bebas daripada masalah salah laku. 2. Meminimumkan masalah disiplin murid. 3. Melahirkan murid beriman dan bertaqwa serta seimbang antara rohani dan jasmani. 4. Melahirkan murid-murid beradab dan berakhlak mulia. 5. Memastikan bantuan diberikan kepada murid-murid yang layak. 6. Memastikan murid-murid berada dalam keadaan selamat, kondusifdan harmoni. PENGLIBATAN MENYELURUH 1. Mewujudkan budaya kerja berpasukan. 2. Menjadikan sekolah sentiasa terurus dan warga sekolah yang prihatin 3. Memastikan pencapaian kecemerlangan dalam semua bidang. 4. Mewujudkan perasaan tanggungjawab serta empunya. PENGURUSAN KEWANGAN 1. Mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang bersistem, kemas dan berkualiti. 2. Mewujudkan sistem pemantauan. 3. Memastikan penyata kewangan dan bajet sentiasa disediakan dengan lengkap. 4. Memastikan akaun sekolah sentiasa ‘BERSIH’ dan SIFAR teguran TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. Memastikan murid-murid menguasai Teknologi Maklumat. 2. Melengkapkan sekolah dengan kemudahan teknologi maklumat dari semasa ke semasa. 3. Memberi latihan kepada staf untuk menguasai teknologi maklumat dari semasa ke semasa. 4. Pembestarian sekolah.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 21 AmazingT1 HARAPAN GURU BESAR 1. Sistem pengurusan sekolah yang kemas ,unggul dan efektif. 2. Guru komited mengajar dan murid responsif belajar. 3. Keputusan peperiksaan UPSR yang gemilang. 4. Budaya dokumentasi dalam semua urusan. 5. Sekolah dan persekitaran yang ceria dan menarik. 6. Persaudaraan, kerja berpasukan dan permuafakatan dalam kalangan kakitangan sekolah. 7. Hubungan yang mesra dengan Jabatan Pelajaran Negeri, PIBG, masyarakat dan pelbagai agensi. 8. Mewujudkan jalinan di peringkat antarabangsa.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 22 AmazingT1 Lencana Sekolah SK LKTP Tenggaroh 1 KETERANGAN REKA BENTUK LENCANA SEKOLAH 1. Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan penting dalam semua lapangan. 2. Kelapa Sawit : Melambangkan hasil utama penduduk Felda Tenggaroh 1. 3. ‘BERILMU DAN BERJASA’ : Adalah slogan dan motto yang menjadi peransang kepada kecemerlangan murid dan sekolah. 4. Bulatan Merah Dilingkungi Warna Kuning : Melambangkan cahaya menyinari alam. WARNA 1. Putih : Melambangkan kesucian dan kesabaran. 2. Hijau : Melambangkan kesucian Agama Islam. 3. Merah : Melambangkan ketabahan dan keteguhan semangat 4. Kuning : Melambangkan sinaran cahaya suria yang memberikan harapan cerah dimasa hadapan. LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH1 KAMI SUKA KE SEKOLAH SEKOLAH TENGGAROH SATU RAMAI KAWAN DI SEKOLAH BERLUMBA INGIN MAJU DI SEKOLAH KAMI BELAJAR ILMU PENGETAHUAN DITUNJUK AJAR MEMBACA, MENULIS, DAN MENGIRA AGAMA ISLAM JUGA UTAMA SEKOLAH KAMI TENGGAROH SATU TEMPAT KAMI TUNTUT ILMU SEKOLAH KAMI TENGGAROH SATU TEMPAT KAMI TUNTUT ILMU BIDANG LAIN JUGA DILATIH SUPAYA KAMI TURUT SERTA WALAU KAMI TIDAK TERPILIH TAPI ILMU PENUH DI DADA.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 23 AmazingT1 PELAN SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 24 AmazingT1 PELAN KECEMASAN & KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 1
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 25 AmazingT1 KAMI WARGA KEMENTERIAN PELAJARAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara; Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan; Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latarbelakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaikbaiknya; Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan; Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana; Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi; komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif; Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang; Memastikan Kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan- keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan. KAMI WARGA KEMENTERIAN BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANGKAN APA JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA KEMENTERIAN BERKAITAN DENGAN PERLAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN INI
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 26 AmazingT1 TONGGAK 12 1. MENGHARGAI MASA AMALAN POSITIF Menepati masa Menyegerakan tugas Mempunyai perancangan waktu Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Berbual-bual kosong Tidak menyegerakan tugas Tidak ada sence of ungency Tidak merancang perniagaan Tidak ada priority Melayan tetamu yang tidak berkenaan Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi Membuat kerja peribadi di pejabat Berniaga di waktu pejabat Membuat kerja yang tidak mustahak Ke kantin dalam masa bertugas Tidak peka kepada pembaziran 2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN AMALAN POSITIF Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar Rajin dan sentiasa berusaha Tekun dalam menjalankan tugas Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan Berdisiplin dalam setiap pekerjaan Berpandangan jauh Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi Sanggup berkorban Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas Tidak patah semangat Bercita-cita tinggi
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 27 AmazingT1 AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Mudah tersinggung Kurang berdisiplin Mudah berputus asa Tidak tekun Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan kena marah Tidak ada inisiatif Tidak kreatif Suka bertangguh Disuruh buat, baru buat 3. KESERONOKAN BEKERJA AMALAN POSITIF Menganggap kerja sebagai ibadah Mempunyai inisiatif sendiri Menghasilkan sesuatu yang berfaedah Mempunyai komitmen terhadap kerja Sedia memberi kerjasama AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Menganggap kerja sebagai beban Tidak komited Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua Tidak diberi masa yang mencukupi Kerja tidak diiktiraf Hanya menunggu arahan Tidak berdisiplin Tidak suka menolong Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Tiada peluang untuk meningkat Tidak dipercayai dan selalu dicurigai 4. KEMULIAAN DAN KESEDERHANAAN AMALAN POSITIF Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat Bersifat pemaaf dalam pergaulan Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Menepati janji Sedia menerima cadangan dan nasihat Jujur dan ikhlas Merendah diri
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 28 AmazingT1 Bijaksana dalam membuat pertimbangan Bermaruah dan berhemah tinggi Berjimat cermat Cermat dalam kata-kata Tidak memperagakan kemewahan Mesra dalam pergaulan Senang didampingi oleh semua pihak AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Menonjol-nonjolkan diri Bercakap menggunakan perkataan bombastic Berkelakuan mengada-ngada Sombong dan meninggi diri Menyukarkan persoalan yang mudah Memperbesar-besarkan perkara kecil Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisi Berlebih-lebihan mengampu ketua Memperagakan kemewahan dan kedudukan Membazir dan merosakkan harta kerajaan Kerap menghias diri di pejabat Cepat membuat kritikal 5. KETINGGIAN PERIBADI AMALAN POSITIF Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan Menyempurnakan tugas dengan amanah Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab Berilmu dan berpengetahuan luas Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan Sedia berkorban Berlumba-lumba membuat kebajikan Kemas dalam berpakaian, pemikiran dan tindakan Bersifat penyayang Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran Bertimbang rasa tetapi tegas Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan Taat setia dan patuh kepada arahan Bersyukur dan menghargai kebaikan Bersih daripada sifat dengki Berani dan berpendirian teguh Bertanggungjawab dan sedia berbakti Jimat cermat dalam segala aspek Tertib dan baik budi bicara Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas Cekal menghadapi cabaran Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 29 AmazingT1 AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Selalu berpura-pura dalam tindakan Bersifat sombong dan suka menunjuk-nunjuk Sukar untuk membuat kebajikan Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat 6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI AMALAN POSITIF Bersopan santun setiap masa Pemaaf dan berhemah tinggi Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain Ikhlas dan bertimbang rasa Pemurah dalam usaha kebajikan Mudah mesra dan bekerjasama Merendah diri Berbudi mulia Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Sedia menerima cadangan AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Kasar dan kurang sopan Berdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuan Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat Tidak bertimbang rasa Mementingkan diri sendiri Sombong, bongkak dan membesar-besarkan diri Bermuka-muka Cepat menghukum tanpa siasatan Cepat menuduh tanpa siasatan Suka mencaci Suka menghina orang lain Tidak boleh menerima kritikan 7. PENGARUH TELADAN AMALAN POSITIF Sentiasa berkelakuan baik Tidak tamak kepada harta dan kedudukan Bermoral dan berakhlak tinggi Tertib dan beradab sepanjang masa Rajin dan kuat bekerja Amanah dan bertanggungjawab Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri Berpandangan jauh Berdisiplin dalam semua tindakan Sanggup berkorban setiap ketika Bekerjasama untuk kebaikan
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 30 AmazingT1 Sederhana dalam tindakan dan tutur kata Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran Berbudi mulia serta merendah diri Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat Bersih hati dan fikiran AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Buruk perangai dan tingkah laku Jahil dan tidak suka membaca Hasad dengki dan buruk sangka Mempersendakan agama Kedekut dan bakhil Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab Suka mengumpat dan mengadu domba Terlalu sensitif dan cepat marah Tidak kenal budaya sendiri Hipokrit serta pura-pura Tidak berpandangan jauh 8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS AMALAN POSITIF Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan Tekun dan sabar menjalankan tugas Selalu mempunyai inisiatif sendiri Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas Mementingkan kualiti Cergas dan pantas bekerja Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara Accountable Sentiasa belajar daripada kesalahan Bersikap profesional dan cekap AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab Tidak boleh diharap Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas Tidak taat kepada arahan Tidak bersungguh-sungguh Suka bertangguh Mengelak daripada tanggungjawab Tidak peka kepada kualiti Menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri Bekerja sambil lewa Tidak cermat dengan harta kerajaan Sentiasa membuat kesilapan kerja Tidak mengikut peraturan Mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar Tidak suka membantu rakan sejawat Berniaga di waktu pejabat
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 31 AmazingT1 9. KEUTAMAAN KESABARAN AMALAN POSITIF Tenang menghadapi masalah rumit Mempunyai perhitungan jauh Tahan menerima cabaran Tidak berputus asa Pemaaf dan berhemah tinggi Cermat dalam tutur kata AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Selalu mengubah pendirian dan keputusan Tidak sanggup berkorban Takutkan cabaran Lekas mengalah Berpandangan sempit Tidak tahan menghadapi kesusahan Tidak bertanggungjawab 10. PENINGKATAN BAKAT AMALAN POSITIF Memberi dorongan terhadap kreativiti Memberi pengiktirafan kepada usaha-uasaha original Memberi galakan kepada pemikiran baru Berani mencuba idea-idea baru Mengenal bakat-bakat yang ada Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif Menggalakkan percambahan fikiran Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea- idea kreatif AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Menyekat pemikiran baru Tidak menggalakkan percubaan Takut mencuba sesuatu yang baru Tidak menghargai bakat yang ada Memperkecilkan usaha-usaha original Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti Berpuas hati dengan tahap bakat yang ada 11. NIKMAT MENCIPTA AMALAN AMALAN POSITIF Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan Sentiasa berada dalam cabaran intelektual Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah Over-zealous dengan pekerjaan Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah dalam pentadbiran Senang bermain dengan idea dan berani mencuba
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 32 AmazingT1 AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada Takut menerima kegagalan Memandang remeh usaha orang lain Pemikiran tidak dinamik Mempertahankan status quo secara membuta tuli Tidak suka pembaharuan Tidak sabar dalam penciptaan baru 12. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT AMALAN POSITIF Berhati-hati bila berbelanja Accountable Tidak membezakan antara keperluan dengan kemewahan Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan Mengadakan sistem kewangan yang berkesan Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat AMALAN NEGATIF DAN DILARANG Boros dan suka membazir Memperagakan kehebatan dan kemewahan Suka bermewah dengan harta kerajaan Tidak cermat dengan harta kerajaan Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 33 AmazingT1 DASAR DAN PERATURAN KOMITMEN GURU Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah : 1. Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila Profesion Perguruan hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru 2. Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut 3. Guru adalah satu profesion dan berusahalah menjaga imejnya. 4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan,kejujuran dan bertanggungjawab. 5. Anggaplah murid-murid yang diajar dan dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru. 6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas. 7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya. 8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah dengan sedia bekerjasama dengan semua anggota masyarakat sekolah dan luar sekolah. SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. 2. Surat arahan / salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya.Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah. 3. Apabila diarah melaksanakan sesuatu tugas, guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya. 4. Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, GB / wakilnya hendaklah diberitahu secara bertulis.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 34 AmazingT1 5. Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh GB seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya. 6. Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh GB dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu. WAKTU HADIR BERTUGAS 1. Guru bertanggungjawab hadir dan bersedia memulakan PdP di sekolah pada jam 7.30 pagi. 2. Guru bertanggungjawab merakam waktu kehadiran guru semasa datang dan semasa balik. 3. Guru bertugas perlu hadir selewatnya 7.10 pagi untuk menguruskan aktiviti ‘Sekolah Penyayang’ dan urusan perhimpunan awal pagi atau apa-apa program dan aktiviti pagi yang telah diputuskan di peringkat sekolah. PAKAIAN DAN PERSONALITI 1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/850) serta melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan. 2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas disekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 3. Memakai pakaian sukan atau baju-T semasa mengajar PJK. 4. Guru lelaki digalakkan memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel. 5. Pakaian dan personaliti guru termasuk rambut hendaklah sentiasa keadaan kemas supaya menjadi contoh yang baik kepada murid. 6. Pada hari Khamis, guru lelaki Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan lengkap. URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN 1. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan Dan Penjawatan) yang meliputi aspek pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya. 2. Guru bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam Sistem Pengurusan Sekolah dan lain-lain e-sistem.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 35 AmazingT1 KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 1. Guru dan AKP tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu seperti arahan daripada PPD / JPN atau hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. 2. Guru dan AKP yang perlu keluar dalam masa bertugas hendaklah memaklumkan sendiri kepada GB/wakilnya untuk mendapatkan kebenaran. 3. Setelah mendapat kebenaran, guru dan AKP perlu mengisi maklumat dalam aplikasi Hrmis melalui menu Pengurusan cuti- Fungsi kebenaran keluar pejabat-isikan maklumat pada permohonan keluar pejabat dan akhir sekali tekan hantar. Pemohonan keluar dalam waktu bertugas akan disokong oleh GPK 1 dan disahkan oleh GB. Surat sokongan seperti surat panggilan mesyuarat mestilah dimuatnaik (jika ada). 4. Permohonan keluar pejabat ini hanya diisi pada hari guru dan AKP yang ingin keluar. URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan / pekelilingpekeliling berkaitan kebenaran berbagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas. 2. Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil cuti rehat 15 hari dengan syarat pemohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal dengan mengemukakan borang pemohonan cuti rehat dan mendapat kebenaran GB/wakilnya. 3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan menyerahkan sijil sakit yang sah dari klinik / hospital kerajaan / swasta kepada GB / wakilnya sebaik sahaja masuk bertugas . 4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan, guru mesti menghubungi sendiri GB dan PK Pentadbiran (urusan jadual ganti) melalui telefon dengan segera sebelum 6.30 pagi. 5. Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa rekod dari pihak yang memberikan cuti itu untuk pengesahan GB / wakilnya dan mengemukakan borang cuti tanpa rekod yang telah dilengkapkan. Maklumat cuti tersebut perlu dihantar ke bahagian BRP, PPD. 6. Bagi guru wanita yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki :
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 36 AmazingT1 Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas-kertas nota / latihan / latih tubi untuk diberikan kepada murid dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada GPK untuk tindakan. Memberitahu GB / setiausaha peperiksaan dalaman jika cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti kertas soalan, skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan. Memberitahu GB / wakilnya tentang Guru Pengganti jika menjadi Guru Kelas. [ Maklumat lanjut tentang cuti, sila rujuk Pekeliling ] PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa menggunakannya di sekolah. 2. Penggunaan/pinjaman alatan/harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan pinjaman/penggunaan/pulangan hendaklah direkodkan. 3. Alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/diguna hendaklah dipulangkan dengan segera. 4. Guru mesti memaklum dan mengganti/membaiki kerosakan alatan/harta benda sekolah yang dipinjam/digunakan. 5. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan/harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. 6. Kunci bilik darjah dan bilik khas hendaklah sentiasa dipulangkan ke pejabat dan disimpan dalam peti kunci. Sila catat pengambilan dan penghantaran kunci. MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MESYUARAT 1. Guru wajib menghadiri taklimat / mesyuarat yang diadakan oleh PGB / wakilnya / jawatan kuasa-jawatan kuasa diperingkat sekolah. 2. Jika tidak dapat menghadiri taklimat / mesyuarat atas sebab tertentu, guru perlu memberitahu GB dengan mengemukakan alasan bertulis. 3. Semua mesyuarat diperingkat sekolah hendaklah dijalankan secara profesional dan teratur. ORANG LUAR BERJUMPA GURU/STAF 1. Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru, staf dan murid tanpa mendapat kebenaran GB. 2. Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau murid mendapat kebenaran GB terlebih dahulu jika kebenaran belum diperolehi.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 37 AmazingT1 3. Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Menandatangani rekod pelawat dan memakai tag pelawat yang disediakan dipondok pengawal keselamatan. REKOD PENGURUSAN GURU 1. Rekod Pengurusan Guru adalah penting berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah. 2. Maklumat-maklumat seperti di bawah hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa dan maklumat ini hendaklah disediakan dalam fail Rekod Pengurusan Guru masing-masing. Butiran diri Jadual minggu persekolahan Surat pekeliling ikhtisas bil 3/1999 Jadual waktu persendirian / kelas Sukatan pelajaran dan Rancangan harian. Senarai nama murid Rekod semakan hasil kerja Keputusan ujian / peperiksaan / GPMP / PBD Borang keberhasilan PBPPP Rekod transit PBD Rekod perbincangan/tarikh pencerapan/tt pencerap@pemantau dan lain-lain. Slip guru ganti Lain-lain yang perlu 3. Penghantaran e-RPH hendaklah mengikut masa yang ditetapkan iaitu sehari sebelum pdp dijalankan melalui tapak yang disediakan. 4. Rekod Pengurusan Guru akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan pengajaranpemudahcaraan di bilik darjah. 5. Surat amaran akan dikeluarkan setelah tiga kali berturut-turut tidak menghantar e-RPH. 6. Jika guru bercuti dan tidak melaksana PdP(cuti sakit/CRK/kursus dan tugasan rasmi lain) yang tidak melebihi 3 hari, maka e-RPH perlu dihantar seperti biasa. 7. Manakala bagi guru yang bercuti dan tidak dapat laksana PdP dalam tempoh melebihi 3 hari, maka e-RPH tidak perlu dihantar sepanjang tempoh tersebut.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 38 AmazingT1 PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan jadual waktu. 2. Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar seperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 3. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar, bermain gajet dan sebagainya dalam masa pengajaran dan pemudahcaraan. 4. Guru tidak boleh meninggalkan kelas dan murid kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti dipanggil oleh GB. 5. Guru bertanggungjawab memastikan dan mendapatkan maklumat kehadiran semua murid sebelum memulakan pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. 6. Guru bertanggungjawab memastikan murid tidak keluar dari kelas semasa pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan kecuali atas sebab-sebab yang penting. 7. Keselamatan murid dalam waktu pengajaran dan pemudahcaraan adalah tanggungjawab guru. 8. Guru mesti sentiasa ingat bahawa waktu luang (free period) adalah masa bekerja dan perlu digunakan dengan cara yang betul seperti memeriksa buku latihan murid. 9. Pengajaran dan pemudahcaraan berkesan seperti kelas dan pdpc abad 21 hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk mengoptimumkan kecemerlangan murid. 10. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pemudahcaraan yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT) 11. Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah . 12. Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Google Classroom. 13. Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. 14. Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 39 AmazingT1 membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya . 15. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik, kemahiran berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. 16. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti . 17. Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid, dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid. 18. ’Selected Study Skills’ perlu dikenal pasti dan murid digalakkan untuk menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajaran. 19. Keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan mestilah boleh dinilai oleh guru mata pelajaran, murid dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pemudahcaraan berdasarkan standard 4 SKPM KUALITI@SEKOLAH. 20. Proses pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill , language skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan. 21. Guru mata matapelajaran dan Ketua Panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran. Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata Pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru. 21. Pengajaran dan pemudahcaraan menggunakan stesen-stesen pengajaran dan pemudahcaraan di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan terutama Tahun 1, 2 dan 3 menggunakan PBD agar PdPc lebih menarik dan berkesan. 22. Proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 40 AmazingT1 23. Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan mencapah ataupun HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT. 24. Ketua-Ketua Panitia/ Penyelaras mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pemudahcaraan dioptimumkan. JADUAL GURU GANTI ( RELIEF ) 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Guru Besar atau wakilnya. 2. Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses PdPc jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran. 3. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdPc hendaklah direkodkan dalam Buku/fail Rekod Mengajar. 4. Slip guru ganti perlu di tandatangan dan catat aktiviti dan dimasukkan ke dalam Fail Rekod Pengurusan Guru. PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PENYELIAAN BUKU TULIS/HASIL KERJA MURID 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD berkaitan dengan pencerapan PdPc dan penyeliaan buku tulis/hasil kerja murid. 2. Pencerapan dan penyeliaan dilaksanakan oleh GB, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. 3. Pencerapan PdPc akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pencerapan spontan boleh dilakukan oleh Guru Besar sahaja atau individu yang telah diberi kuasa oleh GB/PPD/JPN/KPM. 4. Penyeliaan buku tulis/hasil kerja murid dibuat secara berjadual. Guru diminta menyerahkan buku tulis/hasil kerja murid pada masa ditetapkan kepada penyemak seperti dalam jadual semakan hasil kerja murid.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 41 AmazingT1 PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID Penolong Kanan HEM/Guru kelas bertanggungjawab: 1. Merekodkan kemasukan dan semua butiran murid dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan Register kelas. 2. Menyemak semua dokumen murid dan maklumat yuran disertakan dari sekolah asal. Kemukakan surat kepada Guru Besar sekolah asal melalui Guru Besar sekolah jika dokumen dan maklumat yuran tidak disertakan / tidak lengkap. 3. Guru kelas / SU Peperiksaan perlu memastikan maklumat peperiksaan jika murid berada di Tahun 6. Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk tindakan selanjutnya. PENDAFTARAN PERTUKARAN MURID 1. Penolong Kanan HEM/Guru kelas bertanggungjawab memastikan bahawa: Pengesahan pertukaran hanya diterima atas permintaan ibu bapa/penjaga yang datang sendiri membuat permohonan ke sekolah. Guru kelas hendaklah menyediakan dokumen pertukaran, dokumen-dokumen murid, maklumat bayaran yuran dan maklumat peperiksaan. Guru kelas hendaklah memaklumkan perihal pertukaran murid kepada setiausaha peperiksaan dan guru SPBT bagi diambil tindak ikut selanjutnya jka terdapat perkaraperkara yang belum selesai. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Guru Besar/wakilnya dan dicap “untuk kegunaan sekolah” dipenjuru atas sebelah kanan. 2. Melaksanakan arahan Guru Besar/wakilnya dari semasa ke semasa berhubung kemasukan pertukaran murid. BILIK DARJAH / KELAS 1. Sebelum memulakan pengajaran, guru bertanggungjawab menentukan dahulu bilik darjah bersih dan ceria dengan kerusi meja murid tersusun rapi. 2. Susunan meja murid hendaklah disusun dalam keadaan berkumpulan bagi menggalakkan murid melaksanakan aktiviti secara kolaboratif dan koperatif. 3. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan pintu bilik darjah ditutup selepas tamat waktu persekolahan.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 42 AmazingT1 4. Guru waktu terakhir bertanggungjawab memastikan kipas dan lampu ditutup, meja dan kerusi tersusun rapi selepas tamat waktu persekolahan. PUNGUTAN YURAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS 1. Perlu ada permohonan untuk mengutip yuran daripada pendaftar. 2. Perlu ada surat penurunan kuasa untuk memungut yuran. 3. Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit dan perlu diselia oleh PK Kokurikulum. 4. Guru penasihat / unit hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan unit berkenaan. 5. Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru dan tidak boleh disimpan oleh murid. BUKU TEKS DAN SEMAKAN BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN 1. Buku teks hendaklah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid . 2. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991. Buku kerja ini juga hanya digunakan untuk tahap 2 dan perlu dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan murid di rumah sahaja sebagai langkah mengurangkan beg berat murid. 3. Buku Rekod Amali jika ada mestilah digunakan dalam pdpc sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen. Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah, graf dan sebagainya. Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan. 4. Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc dalam bilik darjah . 5. Guru mata pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan dan disemak oleh guru mengikut jadual yang telah ditetapkan/serah segera kepada murid selepas disemak. 6. Guru hendaklah mengarahkan murid membuat pembetulan kepada kesalahan yang dlakukan dan hendaklah disemak semula oleh guru.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 43 AmazingT1 7. Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. 8. Guru hendaklah mencatatkan tandatangan, tarikh, markah/gred/kata-kata perangsang/ nasihat atau komen. 9. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia . 10. Khusus bagi Tahun Enam, kerja rumah berfokus hendaklah dilaksanakan iaitu bagi subjek BM Pemahaman dan Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan sahaja. 11. Ketua panitia hendaklah mencerap buku latihan dan buku kerja murid sekurangkurangnya tiga kali dalam setahun(Mei, Ogos dan November). PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996. 2. Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berdasarkan pekeliling dan peraturan semasa seperti Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAJSK, SEGAK dan Ujian Psikometrik. 3. Pentaksiran Sumatif PBD (2 kali setahun) bagi semua murid hendaklah diadakan mengikut jadual dan jangka masa yang ditetapkan. Pentaksiran ini adalah sebagai nilai tambah dalam membuat penilaian kepada murid terhadap apa yang telah dipelajari. 4. Guru mata pelajaran sendiri yang merancang format yang akan dibuat, dan boleh juga selaraskan mengikut panitia masing-masing. 5. Guru subjek hendaklah memeriksa dan markah/skor hendaklah diisi dalam rekod masing-masing. 6. Guru kelas hendaklah mencetak keputusan dan analisis peperiksaan serta memberi cadangan aktiviti dan program yang boleh membantu kecemerlangan murid kelasnya kepada JK Kurikulum. 7. JAWATAN KUASA ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan pentaksiran dengan mengkaji ’Take Off Value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam dan peperiksaan berasaskan sekolah. Termasuk menyemak dan membincangkan maklumat EWS. 8. Ujian diagnosti untuk tahun 4 pada bulan April jika perlu sebagai TOV tahun semasa.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 44 AmazingT1 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 1. Semua guru diwajibkan hadir pada perhimpunan rasmi sekolah. 2. Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Ahad 7.30 pagi hingga 8.00 pagi di tempat yang ditetapkan (tertakluk pada perubahan). 3. Tentatif perhimpunan secara umum: Loceng dibunyikan dan semua berkumpul ditempat perhimpunan. Nyanyian tiga buah lagu iaitu dimulai Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Doa dan Ikrar Ucapan guru bertugas Ucapan Guru Besar/PK Aktiviti atau penyampaian hadiah jika ada Bersurai 4. Guru bertugas pada minggu tersebut bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan. 5. Guru bertugas minggu lepas hendaklah memberikan laporannya semasa perhimpunan (jika perlu). 6. Perhimpunan rasmi kokurikulum diadakan pada hari Ahad minggu ketiga setiap bulan. Semua guru diwajibkan hadir. 7. Semua perhimpunan hendaklah dikendalikan oleh murid. Bagi perhimpunan rasmi kokurikulum, guru dan murid dikehendaki memakai pakaian unit uniform masingmasing. 8. Laporan harian guru bertugas hendaklah diisi dalam rekod laporan yang disediakan.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 45 AmazingT1 PANDUAN AM WARGA SK LKTP TENGGAROH 1 Arahan Am Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi. Perintah Am tersebut. • Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. • Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara. • Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. • Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. • Sentiasa mengamalkan kepimpinan berkesan dan dinamik serta menjalankan tugas. Kedatangan Ke Sekolah • Jadual waktu mengajar harus dipatuhi seperti diluluskan oleh Guru Besar. • Guru perlu merakamkan kedatangan semasa sampai dan balik sekolah. • Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. • Guru bertugas mingguan perlu datang lebih awal iaitu pukul 7.00 pagi. • Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru hendaklah memaklumkan sebelum pukul 6.00 pagi bagi melancarkan pengurusan sekolah. • Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat selepas waktu sekolah kecuali dalam kecemasan. • Guru hanya boleh balik selepas pukul 1.30 petang. Semua Guru bertugas hanya akan balik selepas semua murid balik.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 46 AmazingT1 Keluar Waktu Mengajar • Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada JPN / PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada guru besar / penolong kanan. • Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan tuliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan guru besar / penolong kanan. • Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui guru penolong kanan. Cuti • Cuti rehat / cuti penggal Mengikut surat pekeliling KPM KP (PP) 0046 SJ / A / (30) bertarikh 24.12.1993 : guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh guru besar tidak melebihi ½ daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. Cuti sakit • Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. • Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh lebih 14 hari dalam setahun. • Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan KPM untuk menentukan pembayaran gaji. • Guru perlu memaklumkan kepada GPK bagi menggelakkan sebarang kesulitan berlaku sepanjang ketiadaan guru di dalam kelas mahupun sekolah. Cuti Tanpa Gaji • Mengikut Perintah Am Bab C cuti Tanpa Gaji boleh diambil di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. • Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. • Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. • Cuti Tanpa Gaji ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. • Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh KPM. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 47 AmazingT1 Cuti Rehat Khas • Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh iaitu 10 hari setahun. • Cuti ini boleh dikumpul untuk tujuan ganjaran waktu bersara iaitu 150 hari sepanjang perkhidmatan. • Cuti ini hanya diluluskan oleh guru besar. Guru hendaklah memohon cuti ini sebelum guru bercuti. (7 hari sebelum) • Cuti ini bukanlah cuti hak. Guru besar hanya meluluskan cuti ini setelah mengambil kira ia tidak menjejaskan perkhidmatan atau keperluan perkhidmatan. Pakaian • Guru hendaklah berpakaian kemas, bertali leher dan tanda nama sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. • Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. • Guru lelaki mempunyai potongan rambut yang pendek dan guru perempuan yang berambut panjang hendaklah disisir dan diikat dengan kemas. Perhubungan sesama guru • Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tuturkata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. • Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun murid atau staf. • Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali di sekolah. Peraturan Bilik guru • Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru. • Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru hendaklah gunakan waktu ini untuk perkara-perkara yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran sahaja. • Guru tidak boleh membenarkan murid berada di dalam bilik guru. • Guru yang berada di dalam bilik guru hendaklah menjaga bilik guru dalam suasana kondusif dan aman tanpa menganggu guru-guru lain.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 48 AmazingT1 Tugas Dan Tanggungjawab Guru • Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan HEM serta tugas-tugas khas. Guru hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan penuh dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. • Jika guru diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan daripada JPN / PPD / KPM, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain untuk melaksanakan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Surat-surat yang diterima • Surat-surat yang diberi kepada guru daripada JPN / PPD / KPM perlu diambil tindakan segera oleh semua guru yang terlibat. • Surat yang tercatat atas nama guru atau salinan melalui guru besar boleh disimpan oleh guru. • Sekiranya surat itu berkaitan daripada JPN / PPD • failkan surat-surat tersebut di dalam fail panitia. • mengambil tindakan yang segera. Urusan ke jabatan atau pendidikan daerah • Guru tidak digalakkan ke JPN atau PPD atas urusan peribadi. • Semua surat rasmi hendaklah diserahkan kepada guru besar untuk dihantar dengan membuat “surat lampiran” Penggunaan alat-alat Bantu mengajar • Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. • Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok. • Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. • Jika rosak laporkan dengan segera kepada ketua panitia. Kunci • Semua kunci perlu disimpan di pejabat. • Guru hanya boleh membuat salinan kunci atas kebenaran Guru Besar. • Semua kunci salinan hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum guru balik ke kampung. • Guru yang memiliki kunci bertanggungjawab menjaga dengan baik. Sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan barang,guru tersebut boleh diambil tindakan.
Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 49 AmazingT1 PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN SK LKTP TENGGAROH 1 1. PENDAHULUAN Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan SK LKTP Tenggaroh 1 di tahap cemerlang, dihormati dan disegani. Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas kurikulum, kokurikulum dan memantapkansahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran. Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusimasyarakat. Sehubungan itu, risalah ringkas ini diharap dapat menerangkan secara ringkas mengenai pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketua-ketua Panitia, GuruKaunseling, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa bersedia membantu. Polisi kita adalah telus dan terbuka. Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah, BukuPanduan Pelajar, Prosedur-prosedur Kerja dan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia agar kita sentiasa berada di landasan yang betul. 2 SIKAP GURU Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus menganggap bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam banyak bidang. Terpulang kepada guru untuk mencungkil potensi mereka. Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden curriculum’ Kita adalah ‘rolemodel’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid.Nilai-nilai murni keagamaan,moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah. Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan. Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima pendidikan - pendidikan untuk semua. 3 KEMAHIRAN GURU Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah pakar untuk menjadikan pelajar kita ‘leaners for life’(mengajar atau mendidik). Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara objektif dan berkesan. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak belajar kita perlu bertanya kenapa. Barangkali kita penyebabnya. Oleh itu kita perlu membetul, perbaiki, menyusun dan mempelbagaikan kaedah, misalnya:-