The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL SYAKIRAH BINTI SULAIMAN KPM-Guru, 2024-03-06 18:13:45

BUKU PENGURUSAN TOPS 2024-2025

BUKU PENGURUSAN TOPS 2024-2025

Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 50 AmazingT1 Teknik bahasa merentas kurikulum Teknik P&P ‘brain storming’ STRUM/PPAS Teknik berasaskan ‘research’/Kajian Tindakan Teknik Putaran (ajar-uji-ajar semula-uji semula) Teknik ‘pear-group’/rakan sebaya Penggunaan ABM yang menarik dan berkesan Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI) 4 PROFESIONALISME GURU Iklim : ‘High Expectations dan low stress’ - Best learning (Study Hard,Study Smart) Suasana yang supportif/mendorong/kondusif -Pujian untuk kejayaan Pengurusan berhikmah : - Memahami matlamat sekol - Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan menepati masa. - Menyelesaikan tugas menepati waktu. - Semua tugas yang diserahkan hendaklah diambil tindakan dengan segera. - Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk tindakan seterusnya . - Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan. - Menyertai/menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan kesemua aktiviti kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang. Penampilan : - Cara pakaian yang kemas dan lengkap. - Guru yang mengajar pendidikan jasmani.Kasut, tanda nama, tali leher dan pemakaian aksesori minimum. - Gaya komunikasi bahasa ilmu,terang,mudah difahami Tiada slanggah / loghat kenegerian lembut tiada labeling - Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri. Kerahsiaan : - Segala maklumat yang dibincang oleh/dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. - Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di tempat-tempat umum seperti kantin,tempat letak kereta,di tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan kepada/dengan yang tidak berkenaan.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 51 AmazingT1 Etika Guru : - Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan langsung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. - Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini. Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. - Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waku rehat dan waktu tidak mengajar. 5 TUGAS GURU Guru Bertugas Masa Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan Pagi (7.15pg) dan pergerakan murid (senyap dan tersusun). Tugas Pada waktu rehat suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin hendaklah dipastikan diikuti Murid beratur (tertib,senyap dan tidak berebut-rebut) semasa membeli makanan. Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib. Masukkan pinggan,mangkuk,sudu garpu ke dalam tempat yang disediakan. Pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih dan ceria. Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan duduk dalam kelas). Bangunan Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain- lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan.Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan). Guru Kelas Guru kelas adalah orang yang paling tepat mendisiplinkan murid dalam kelasnya. Kenali semua murid anda. Ketahui latar belakang, kemampuan dan masalah mereka. Cuba terangkan dengan baik visi dan aspirasi sekolah agar mereka dapat memahami dan menjadi supportif.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 52 AmazingT1 Laporkan masalah murid anda kepada mereka yang berkenaan-guru kaunseling, badan kebajikan,GPK HEM/Guru Besar. Galakkan mereka membina ‘self respect’ dan ‘respect for other’. Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi P&P- membuat kerja rumah, tabiat kerja baik dan kemas. Galakkan murid-murid aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian sekolah. Galakkan murid berbincang mengenai masalah P&P dengan kawan-kawan dan guru. Pastikan penampilan diri menepati peraturan sekolah. Siasat ketidakhadiran murid & ambil tindakan sewajarnya. Pastikan murid-murid menceria dan membersihkan kelas serta persekitaran kelas setiap ketika. Suarakan ‘expectation’ anda kepada murid berkaitan kemajuan,pencapaian pelajaran,tingkah laku dan nilai murni (kaitan dengan pengalaman semasa). Contohnya:- Cara penjimatan air dan bekalan elektrik sekolah,budaya memberi salam,menjaga harta benda sendiri dan orang lain. Anda harus tegas, rasional, berhemah, berwibawa dan berketrampilan pada setiap masa. Guru Subjek Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas/Gunakan BBB secara berkesan Menepati masa,riang,tegas dan adil. Murahkan pujian. ‘Class control’. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera setiap masa. Waktu lapang/ free period – pekeliling Bil 3/1981 6 PENGURUSAN TUGASAN GURU Rutin Harian Waktu 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari ialah waktu persekolahan rasmi . Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan bagi menjana ‘core business’. Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu pertama (7.20 pagi). Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar. Buku kedatangan/ perakam waktu hendaklah ditandatangani/diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 53 AmazingT1 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama pengawas bertugas,untuk:- 1. Doa,ikrar,lagu (Sekolah/BangsaJohor/Negaraku) (Senaman Ringkas). 2. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat). 3. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan. 4. Tindakan-tindakan disiplin/Peringatan terhadap pelanggaran disiplin. Guru hanya dibenarkan pulang paling awal 30 minit selepas waktu balik murid untuk menyiapkan /membuat persiapan/melaksanakan tugas arahan pengurusan. Buku kedatangan/perakam waktu guru hendaklah ditandatangani/ diketik pada waktu balik. Perhimpunan Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap minggu iaitu pada hari Ahad (7.30 -8.00 pagi) Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Perhimpunan ,Guru Bertugas dan Pengawas. Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru.Sila lapor kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut. Guru bertugas bertanggungjawab memastikan:- a. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal. b. P.A Sistem,Muzik Iringan,Pembaca Doa,Susuncara (pastikan ucapan Guru Besar pada susunan yang terakhir). c. Semua guru wajib hadir. d. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Bertugas, GPK,Guru Besar. e. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan senyap dan tersusun. Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas, GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya. Cuti/Guru Tidak Hadir. Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akaun doktor kerajaan/doktor swasta (tidak melebihi2 hari). Cuti Rehat Khas (CRK) dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan menjadi suatu hak pemohon). Cuti tanpa rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang dipohon. Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru dekat jika anda kerana sakit/kursus/bertugas diluar sekolah/kecemasan dengan SEGERA (telefon).


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 54 AmazingT1 Pastikan tugasan disedia/diberi kepada anda.Setiap lembaran kerja atau tugasan kepada murid hendaklah di serahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti berserta rekod mengajar. Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru Besar. Kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi jika guru ingin keluar dari kawasan sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar. *** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta. Kehadiran hari Sabtu *** Hari Sabtu ke-2, ke-4 dan ke-5, merupakan hari bekerja. Guru diwajibkan hadir untuk menjalankan tugas seperti berikut:- a. Kelas Tambahan. b. Aktiviti Kokurikulum. c. Pertandingan. d. Kursus, Mesyuarat, Taklimat. e. Gerakerja Kemasyarakatan,Kerja-kerja Sosial,Gotong-royong dan lain-lain. Alasan/Surat Sokongan/Surat Cuti Sakit yang kukuh hendaklah diberi sekiranya tidak dapat hadir. Pakaian Baju Korperat Dan Baju Kurung Johor Pakaian Baju Korperat dan Baju Kurung Johor,Merujuk Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil.5 Tahun 2018 – bertarikh 23 September 2018,Rujukan SUKJ.BKP.100- 1/7/1 Jld.2 ( ) menghendaki semua pegawai awam negeri Johor memakai baju korperat atau baju kurung Johor bagi perempuan setiap hari Ahad. Keputusan ini tidak terpakai kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam. 7 TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU Pentadbiran Kewangan Pungutan yuran Serah terus wang kepada yang berkenaan. Jangan simpan. Isi resit untuk murid dengan segera dan serah kepada pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul. Pastikan yuran dipungut selewat-lewatnya sehingga 25 Mac. Pembelian Keperluan P & P


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 55 AmazingT1 Setiap pembelian Keperluan untuk tujuan P & P, panitia matapelajaran mestilah dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK, akan menentukan pesanan dan pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan). Disiplin Dan Pergerakan Murid. Galakan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang melanggar peraturan /bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti memastikan muridmurid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 10 minit sebelum balik. Guru tidak dibenarkan menghukum,mendera menggunakan kata- kata kasar dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan HEM/ GPK Ko- Kurikulum. Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah, bilik Pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains/RBT). Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas jalan raya. Murid yang dikenal pasti mengidap penyakit seperti semput/lelah,gila babi, jantung berlubang (surat doktor/permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJK/Sukan. Jika terdapat murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar. Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum. Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas keluar’. Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan). Buku Rekod Kedatangan Murid Hanya guru sahaja dibenarkan menanda dan mengisi butiran dan kedatangan murid. Kehadiran murid mesti tanda pada awal pagi setiap hari persekolahan. Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemaskini dan dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak,lengkapkan dan tutup buku kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 56 AmazingT1 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 9 pagi. Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar), sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya. Buku Rekod Persediaan Mengajar • Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme, mutu kerja serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar • Guru bertanggungjawab menyelia,menyusun,mengisi serta merekod segala maklumat berkaitan P&P yang diajar. • Maklumat asas seperti surat-surat pekeliling iktisas,tatasusila profesion, tugas-tugas guru, sukatan pelajar. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru. • Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahun P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru/pencapaian pencapaian/peringkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan pencapaian murid mesti dilengkapkan dengan kemas mengikut garis panduan yang diberi. Rancangan Kerja Tahunan boleh di fotokopi (mesti jelas untuk dilekatkan dengan kemas. Walau bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, komputer,taip amat digalakkan. Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/Penyelia Petang pada setiap Jumaat sebelum balik. Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 Penyediaan Rekod pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pelajaran tahunan. Rancangan pelajaran harian. Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki … *** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00 / 3 bulan penjara / kedua- duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/ 3 bulan penjara/kedua-duanya.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 57 AmazingT1 Menghadiri Mesyuarat Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran. Surat pemberitahuan/panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan mesyuarat/kehadiran mesti dicatat. Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Guru Besar. Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK/ Guru Besar dalam laporan Minit Curai (format laporan disediakan). Kursus-kursus Profesionalisme Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan profesion,yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan- jabatan,PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu salinan minit curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian. 8 PENTADBIRAN Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon/Kemudahan Hanya untuk urusan rasmi. 8.2.1 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir. Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut : penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti- aktiviti sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 58 AmazingT1 Bilik Rehat Guru Bilik Rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kemas,ceria,menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta berfungsi dengan cekap,tepat,telus dan tegar. 8.2.1 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan dan keceriaan dan mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja. Keselamatan/Pelawat Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat. Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta malaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah. Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK. ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke bilik guru, lain-lain bilik di bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK. Kenyataan Media Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar. Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian Pelajaran mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 9. PENUTUP Riasalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK LKTP Tenggaroh 1.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 59 AmazingT1 KOD TATAKELAKUAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kod Tatakelakuan Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini untuk memastikan kelakuan mereka semasa dan selepas bertugas adalah sentiasa selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan semasa. Dengan ini imej dan reputasi mereka sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang berintegriti tinggi dan berwibawa sentiasa terpelihara. Kod Tatakelakuan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut: PERCANGGAHAN KEPENTINGAN Seseorang warga Kod Tatakelakuan Kementerian Pelajaran Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa: • Mengadakan hubungan samada secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pembekal atau kontraktor yang berurusan dengan Jabatan bagi mendapat faedah seperti komisen, diskaun, hiburan/keraian dan sebagainya untuk kepentingan peribadi atau yang boleh menimbulkan rasa curiga orang ramai. • Membiarkan diri atau anggota keluarganya berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kepentingan tugas rasmi Jabatan. • Terlibat dalam membuat sebarang keputusan atau berurusniaga dengan syarikat yang mana ahli keluarganya memiliki kepentingan (samada sebagai pengarah, rakan perkongsian, pemegang saham atau penama) di dalam syarikat-syarikat tertentu yang berurusniaga dengan Jabatan. • Menjalankan apa-apa urusniaga peribadi dalam waktu pejabat kecuali mewakili persatuan yang dibenarkan oleh pihak pengurusan Jabatan. • Manyalahgunakan kedudukan dan pangkatnya sebagai pegawai/staf Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat layanan istimewa atau keuntungan kewangan daripada manamana Kementerian, jabatan, firma, syarikat dan orang perseorangan.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 60 AmazingT1 PEKERJAAN LUAR Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa membuat pekerjaan luar yang memberi imbuhan kewangan semasa atau selepas waktu pejabat,walaupun pekerjaan itu tidak bersangkut-paut dengan Jabatan.Walau bagaimanapun,Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran bertulis kepada seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat pekerjaan luar dengan syarikat mereka mematuhi perkara berikut: • Pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa waktu pejabat. • Pekerjaan tersebut tidak boleh menghalang pegawai berkenaan menjalankan/melaksanakan tugas rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah oleh majikannya. • Pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan Jabatan. KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah pada bila-bila masa: • Menentukan semua maklumat dan dokumen terpenting sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat yang selamat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Arahan Keselamatan Kerajaan. • Tidak berkelakuan cuai sehingga boleh membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen terperingkat • Tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara jua kepada manamana orang yang tidak berhak memperolehinya samada semasa atau selepas beliau berkhidmat kepada kementerian ini. • Tidak membuat salinan atau menggunakan mana-mana dokumen terperingkat dengan apa cara jua pun untuk kepentingan peribadi kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan bersara dikehendaki menyerahkan semua dokumen terperingkat yang ada padanya kepada Ketua Jabatan selaras dengan kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 tanpa menunggu arahan untuk berbuat demikian.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 61 AmazingT1 MEMBUAT PERNYATAAN AWAM DAN PERHUBUNGAN DENGAN MEDIA MASSA Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia pada bila-bila masa tidak boleh: • Membuat atau menghebahkan apa-apa pernyataan awam secara bertulis atau lisan mengenai perkara- perkara terperingkat Jabatan melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. • Menerbitkan apa-apa maklumat atau bahan terperingkat di dalam mana-mana media cetak atau elektronik seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, radio, televisyen dan sebagainya melainkan setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. • Membuat pernyataan awam atau membincangkan perkara terperingkat dengan apa cara jua pun sehingga boleh menjejaskan imej/reputasi Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dan perkhidmatan awam amnya. PENERIMAAN HADIAH ATAU KERAIAN Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia pada bila-bila masa: • Tidak boleh menerima atau memberi dan tidak boleh membenarkan suami/isteri, ahli-ahli keluarga atau mana-mana orang menerima atau memberi bagi pihaknya secara langsung atau tidak langsung, apa- apa bentuk hadiah/keraian jika penerimaan atau pemberian hadiah/keraian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya. • Menerima hadiah/keraian sekiranya penerimaan hadiah/keraian tersebut tidak ada sebarang emolumen bulanannya atau 500.00 yang mana lebih rendah. • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang berasa ragutentang nilai hadiah yang diterima, bolehlah menerima hadiah itu dahulu tetapi beliau hendaklah mengemukakannya kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan. KESUSAHAN BERAT KERANA HUTANG DAN MEMINJAM WANG • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia tidak boleh pada bila-bila masa meminjam wang atau barang berharga daripada pegawai/staf di bawah penyeliaannya sehingga bolehmeletakkan dirinya di bawah sesuatu obligasi kepada orang atau pihak yang mempunyai kaitan rasmi atau urusan rasmi dengan pegawai/staf itu. • Seseorang warga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh menjadi penjamin kepada mana- mana orang sehingga boleh meletakkan dirinya di bawah sesuatu beban atau kesusahan kewangan yang berat. • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia dianggap berada dalam keadaan berat kerana hutang yang serius jika:


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 62 AmazingT1 • Agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar melebihi sepuluh kali emolumen bulanannya. • Beliau adalah seorang penghutang penghakiman. MENYARA HIDUP MELEBIHI PENDAPATAN RASMI • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia pada bila-bila masa tidak boleh memperlihatkan gaya hidup yang melebihi punca pendapatan rasminya. • Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada mana-mana warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang menunjukkan gaya hidup (termasuk penguasaan dan pemilikan harta benda) Di luar kemampuannya dari segi pendapatan/emolumen rasmi, tentang bagaimana beliau mendapat sumber-sumber kewangan untuk menyara gaya kehidupan tersebut. PENGISYTIHARAN HARTA • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengisytiharkan secara bertulis dengan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan (jika perlu) mengenai segala aset yangdipunyai olehnya,atau suami/isteri atau anaknya atau mana-mana orang bagi pihaknya atau isteri/suami atau anaknya kepada Ketua Jabatan apabila dilantik sebagai pegawai/staf Kementerian Pelajaran Malaysia. • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia dikehendaki mengisytiharkan apaapaperolehan harta benda atau pelupusan harta benda sedia ada samada yang dimiliki oleh dirinya sendiri,isteri/suami atau anaknya secepat mungkin selepas perolehan atau pelupusan harta benda itu. KEGIATAN JENAYAH • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dilarang daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang/peraturan-peraturan negara yang digunapakai atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah seperti berikut: • Terlibat dalam perlumbaan haram. • Bergiat dalam pelaburan haram. • Menyertai kumpulan yang mengancam keselamatan negara dan menggugat perpaduan di antara kaum. • Terlibat dalam manipulasi, pemalsuan, penipuan atau pengubahan rekod-rekod atau dokumen. • Terlibat dalam kegiatan pelacuran. • Menyertai mogok haram dan sebagainya


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 63 AmazingT1 KEGIATAN POLITIK • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari larangan yang terkandung di dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Larangan dalam kegiatan politik yang dimaksudkan termasuklah seperti berikut: • Menghasut seseorang supaya benci kerajaan yang memerintah. • Mengadakan ceramah, perbincangan dan perbahasan yang mempunyai unsur membenci serta anti kerajaan. • Mempelihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti kerajaan dengan pelbagai cara,baik secara langsung mahupun tidak langsung samada berbentuk lisan atau tulisan ataupun melalui perhimpunan mingguan,perbualan,ceramah di surau,semasa kaunseling dan sebagainya. • Walau bagaimanapun,seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh bertanding atau dilantik memegang jawatan dalam suatu pertubuhan politik,semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha. Sungguhpun begitu,warga Kementerian Pendidikan Malaysia dari Kumpulan Sokongan boleh bergiat aktif dalam pertubuhan politik setelah mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha. KEGIATAN KEAGAMAAN Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pada bila-bila masa ditegah menganut, mengikut dan mengamalkan ajaran sesat serta menyertai atau menyokong kegiatan-kegiatan yang merbahayakan ketenteraman awam DADAH DAN MINUMAN KERAS Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pada bila-bila masa ditegah: • Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengedaran dadah. • Menggunakan atau mengambil dadah (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971). • Memiliki,menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 64 AmazingT1 Pihak Jabatan berhak memeriksa pada bila-bila masa mana-mana warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang disyaki: • Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. • Memiliki,menjual atau mengedar dan meminum minuman keras di premis bekerja. MENYALAHGUNAKAN ASET DAN PERSONAL Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia adalah pada bila-bila masa: • Dikehendaki menggunakan aset Jabatan untuk tujuan rasmi secara cermat dan bertanggungjawab tanpa mendatangkan kerosakan atau kerugian kepada Jabatan. • Tidak boleh menggunakan aset atau personal Jabatan untuk kepentingan peribadi kecuali dengan kebenaran pehak pengurusan Jabatan.Pihak Jabatan boleh menuntut gantirugi daripada mana- mana warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang didapati telah menyalahgunakan aset Jabatan sehingga menyebabkan ia rosak atau tidak boleh dibaiki lagi. KEKERASAN DAN PENGGUNAAN BAHASA KESAT SERTA DISKRIMINASI • Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia semasa berhubung dengan mana-mana pegawai/orang awam pada bila-bila masa ditegah: • Membuat ugutan fizikal atau lisan. • Menggunakan bahasa kesat seperti bodoh, bangang,tolol dan seumpamanya yang boleh menjatuhkan air muka dan maruah seseorang. • Menggunakan bahasa isyarat lucah. • Seseorang Kementerian Pelajaran Malaysia pada bila-bila masa tidak boleh menunjuk dan mengamalkan sikap diskriminasi dengan memberi layanan yang berbeza kepada seseorang kerana pangkat dan kedudukannya dalam jabatan atau masyarakat, perkauman, seks, keturunan, perbezaan fahaman politik dan sebagainya. PAKAIAN Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mematuhi Garis Panduan Pakaian semasa bekerja sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana Pekeliling Perkhidmatan atau Surat Pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: • Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa menjalankan tugas rasmi kecuali untuk melaksanakan tugas tertentu.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 65 AmazingT1 • Tidak boleh berpakaian menjolok mata dan boleh mendatangkan anggapan negatif seperti penampilan pegawai menghadiri pesta atau perkelahan. KETIDAKHADIRAN BERTUGAS Seseorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah hadir bertugas pada setiap hari bekerja melainkan; • Setelah mendapat kelulusan cuti rehat/tidak berekod daripada Ketua Jabatan atau kelulusan Sijil Cuti Sakit daripada pengawai perubatan. • Setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan kerana kematian ahli keluarga, kemalangan sehingga mengalami kecederaan, bencana dan sebagainya. Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Tarikh:Mac 2003 10. Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 1/1972- Peraturan – peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959 (Corporal punishment guru besar). SPI Bil 5/1977 – Tugas-tugas guru dalam cuti penggal (Tidak melebihi separuh). SPI Bil 4/1984 – Perhimpunan Sekolah masa dan aturcara. Bukan tempat untuk menjalankan hukuman memalukan. SPI Bil 3/1981 – Penggunaan waktu tidak mengajar/ waktu luang (Free Period) oleh guru- guru. Waktu tidak mengajar adalah waktu bekerja. SPI Bil 12/1988 – Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah -Sekolah. SPI Bil 8/1988 – Keselamatan diri pelajar di Sekolah. SPI Bil 13/1988- Pendaftaran Murid/Pelajar Baru dan Hari Pertama Persekolahan. SPI Bil 1/1995 – Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan Jasmanidan Kokurikulum. SPI Bil 4/2002 – Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. SPI Bil 2/2003 – Ke arah membudayakan nilai beretika. 11. Surat Pekeliling SPI Bil 12/1999 - Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan Aktiviti yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SPI Bil 8/1999 – Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah. SPI Bil 6/2000 – Menangani masalah keselamatan , dadah dan samseng. SPI Bil 13/1998 – Program membina minat membaca. SPI Bil 3/1979 & 6/1985 – Pakaian Guru PJ. SPI Bil 3/1983 & 8/1985 – Pakaian murid. SPI Bil 3/1999 – Penyediaan Rekod pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pelajaran tahunan.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 66 AmazingT1 Rancangan pelajaran harian. Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki *** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00 / 3 bulan penjara / kedua- duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/ 3 bulan penjara/kedua- duanya.** SPI Bil 5/1985 – Rancangan mencantik dan mengindah sekolah dan kawasannya. SPI Bil 4/1985 Peraturan pakaian guru di sekolah. SPI Bil 3/1979. SPAM BIL 1 TAHUN 2004 - Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di bawah Agensiagensi Kerajaan. TERAS PERKHIDMATAN Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan Bekerja kearah kemajuan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara Berpegang teguh kepada ajaran agama WAWASAN 2020 Negara Bersatu Masyarakat Berjiwa Maju Demokrasi Yang Matang Masyarakat Bermoral dan Beretika Masyarakat Liberal dan Bertolak ansur Masyarakat Saintifik dan Progresif Masyarakat Penyayang Masyarakat Adil Masyarakat Makmur WAWASAN PENDIDIKAN Perpaduan Stail Pengurusan dan Kepimpinan Perkhidmatan Penyayang Pengupayaan (Empowerment) Sistem Pengesanan Yang Efektif Budaya Ilmu Sekolah Penyayang Budaya Cemerlang Ketiadaan Kegagalan (Zero Defect)


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 67 AmazingT1 PEKELILING IKHTISAS PENTADBIRAN Pekeliling Ikhtisas : Pentadbiran 2011 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2011 Garis Panduan Penglibatan Pihak Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2011 Pelaksanaan Pengajaran Bible Knowledge Kepada Murid- murid Beragama Kristian Di Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan Selepas Waktu Persekolahan 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2011 Pemberitahuan Kuota 10 Peratus Untuk Pemilihan Dan Penempatan Murid Ke sekolah Mubaligh Kepada Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Mubaligh. Pekeliling Ikhtisas : Pentadbiran 2010 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.14/2010 Pindahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bayaranbayaran Tambahan Persekolahan 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/2010 Pelaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2010 Bidang Kuasa Pengurusan Penempatan dan Pertukaran Guru di Bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) Pekeliling Ikhtisas : Pentadbiran 2009 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2009 Pindaan Yuran Makan Asrama (YMA) 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2009 Langkah-langkah Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Menerusi Pemantapan Pengurusan dan Pengendalian Khidmat Pelanggan di Sekolah- sekolah Pekeliling Ikhtisas : Pentadbiran 2008 1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/2008 PERSEDIAAN MENGHADAPI SESI PENGGAL PERSEKOLAHAN BARU 2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/2008 MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 68 AmazingT1 PEKELILING IKHTISAS KURIKULUM Pekeliling Ikhtisas : Kurikulum 2011 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Bilangan 12 2011 2. Lampiran 1 (Warna) Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Bilangan 12 2011 3. Lampiran 1 (Hitam Putih) Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Bilangan 12 2011 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2011 Mewujudkan Galeri/Sudut Sejarah Di Sekolah-Sekolah 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2011 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Pendidikan Khas Tahap Satu Mulai 2011 Pekeliling Ikhtisas : Kurikulum 2010 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2010 Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 4. Surat Pekeling Ikhtisas Bil.2/2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Pekeliling Ikhtisas : Kurikulum 2008 1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/2008 KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN DWIBAHASA BAGI MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK 2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/2008 PERTUKARAN STATUS MATA PELAJARAN ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY (EST)


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 69 AmazingT1 PEKELILING IKHTISAS HEM Pekeliling Ikhtisas : Hal Ehwal Murid 2011 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2011 Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standart Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2011 Peraturan Berkenaan Rambut Dan Pemakaian Steel Bangle (KARA) Oleh Murid-Murid Keturunan Sikh Pekeliling Ikhtisas : Hal Ehwal Murid 2010 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2010 Pemansuhan Sewaan Kedai/Premis Koperasi Sekolah Malaysia Mulai tahun 2011 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010 Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2010 Pelaksanaan Program Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) Kebangsaan Untuk Murid Perempuan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan, Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa Seluruh Negara 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2010 Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid di Sekolahsekolah 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah Pekeliling Ikhtisas : Hal Ehwal Murid 2009 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2009 Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan di Luar Waktu Persekolahan 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2009 Penubuhan Jawatankuasa Bencana di Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah Pekeliling Ikhtisas : Hal Ehwal Murid 2007 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2007 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 70 AmazingT1 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2007 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007 PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MEMINJAM BUKU TEKS DI BAWAH SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007 Garis Panduan Lawatan Murid PEKELILING IKHTISAS KO KURIKULUM Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2011 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2011 Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah- Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2010 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2010 Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2009 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah Pekeliling Ikhtisas : Kokurikulum Tahun 2008 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2008 Panduan Pengurusan dan Pelaksanaan Program Bumi Hijau Sekolah 2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2008 STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 71 AmazingT1 Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran ialah 01. Mengkaji sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun; 02. Memastikan perancangan dilaksanakan oleh setiap ahli panitia; 03. Menyelaras perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penilaian tahunan bagi mata pelajaran berkenaan. 04. Mencadangkan buku-buku rujukan dan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah; 05. Menyelaras ujian dan penilaian berasaskan sekolah bagi mata pelajaran berkenaan. 06. Mengkaji dan menganalisis keputusan berasaskan sekolah dan keputusan UPSR serta mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran; 07. Mengadakan mesyuarat panitia untuk membincangkan cara meningkatkan prestasi mata pelajaran dan isu- isu berkaitan dalam pelaksanaan kurikulum; dan 08. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan panitia mata pelajaran dari sekolah yang berhampiran atau daerah yang sama. 09. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Guru Mata Pelajaran 01. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran yang berkaitan. 02. Memahami dan memenuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap kelas. 03. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada guru besar setiap hari KHAMIS untuk disemak dan disahkan. 04. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal / seminggu / harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. 05. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan dan menunjukkan buku latihan murid kepada guru besar pada masa yang dikehendaki. 06. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Merekodkan keputusan ujian di dalam Buku Rekod Mengajar. 07. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan pemulihan dan bimbingan. 08. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 09. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM / JPN/ PPD BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 72 AmazingT1 10. Memastikan keselamatan murid di makmal / bilik-bilik khas dan di bengkel KH. 11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkaitan sama ada dikelolakan oleh KPM/ JPN dan PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama [ buat minit curai]. 12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran. 13. Melaporkan kepada Ketua Panitia Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 14. Menjaga keselamatan peralatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan;memastikan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan secara meluas. 15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran di dalam kelas-kelas yang diajar. 16. Membina,mengumpul,menjilid dan menguruskan bank soalan. 17. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan guru disiplin. 18. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Guru Kelas 01. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah, bendahari, AJK Kebersihan, AJK Keceriaan dan menyediakan langsir serta alas meja jika perlu. 02. Menentukan perkara berikut ada di dalam kelas; (b) jadual waktu (c) jadual tugas murid (d) kerusi – meja murid dan guru, almari dan papan tulis diiventorikan (e) moto kelas (f) alatan kebersihan kelas mencukupi dan diselenggara dengan baik 03. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 04. Melaporkan kerosakan perabot dan alatan elektrik kepada pentadbir. 05. Membimbing organisasi kelas yang dibentuk menjalankan tugas. 06. Menanda jadual kedatangan murid dan kad e-Ponteng serta menyimpan buku daftar kedatangan murid di pejabat. 07. Mencatatkan semua butiran murid yang dikehendaki di dalam buku daftar kedatangan murid. 08. Memastikan murid memberi data terkini peribadi,keluarga dan alamat. 09. Memastikan setiap murid mempunyai buku adab belajar dan kad 001. 10. Mengisi markah dan membuat pelaporan kemajuan akademik, kokurikulum dalam kemajuan murid bagi setiap penggal. 11. Menyedia dan mengisi borang markah peperiksaan yang diberi oleh setiausaha peperiksaan. 12. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 73 AmazingT1 13. Sentiasa peka terhadap masalah murid. 14. Melaporkan kepada guru bimbingan kauseling jika terdapat kemerosotan pelajaran dikalangan murid. 15. Melaporkan kepada guru disiplin sekiranya murid melanggar peraturan sekolah. 16. Mengeluarkan 2 salinan borang ponteng sekolah dan amaran kali ke-1, ke-2 dan ke-3 kepada ibu bapa murid. 17. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada murid yang layak menerima dan bukubuku tersebut disampul dengan baik oleh murid [ikut surat pekeliling KPM]. 18. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa. 19. Mengenalpasti murid yang layak untuk menerima segala bentuk bantuan yang lain kepada guru kebajikan. 20. Mengutip wang tambahan sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bagi mengurangkan bebanan keluarga. 21. Mengutip wang sumbangan PIBG pada bayaran yang dipersetujui mesyuarat PIBG. 22. Menerima kemasukan murid baru. 23. Mendaftar nama murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan dapatkan nombor pendaftaran murid baru dari buku kemasukan murid atau hubungi GPK HEM. 24. Menentukan rumah sukan dan kegiatan kokurikulum murid. 25. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. 26. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin. 27. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Guru Bertugas Harian / Minguan 01. Guru bertugas harian hendaklah datang ke sekolah awal sebelum persekolahan bermula dan pulang setelah kesemua murid pulang. 02. Memantau setiap bilik darjah telah disapu dan dibersihkan oleh murid-murid yang bertugas. 03. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan; sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah; jika perlu. 04. Mengawasi kebersihan tandas dan sekitar kawasan sekolah. 05. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin. 06. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereke ke klinik, hospital atau rumah. 07. Mengeluarkan surat kebenaran ke klinik dan merekodkan nama murid yang keluar dari kawasan sekolah. 08. Menguruskan hal-hal yang bersabit kehilangan barang. 09. Menentukan keselamatan murid sepanjang mereka berada di dalam kawasan sekolah. 10. Membuat catatan yang penting berkaitan perkara yang berlaku setiap hari persekolahan di dalam Buku Laporan Bertugas. 11. Perhimpunan rasmi sekolah (a) memastikan semua murid dan guru menghadiri perhimpunan rasmi sekolah


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 74 AmazingT1 (b) memastikan bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru disediakan. (c) Memastikan setiap murid beratur dalam keadaan kemas dan senyap (d) Menyediakan agenda perhimpunan rasmi dengan baik dan pastikan ia berjalan lancar. (e) Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Guru Jadual Waktu 01. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 02. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 03. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 04. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 05. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti waktu jadual anjal. 06. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar. 07. Memastikan jadual waktu induk dan anjal disediakan pada waktu yang ditentukan. 08. Membuat pindaan jika perlu. 09. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada guru besar dan dipaparkan untuk semua. 10. Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu. 11. Berperanan membuat pindaan bagi tugas-tugas yang berkaitan denga jadual waktu. 12. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Setiausaha Peperiksaan 01. Merancang dan menyediakan jadual ujian dan peperiksaan sekolah. 02. Menyediakan jadual pembinaan soalan dan skema jawapan. 03. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan. 04. Memastikan nama-nama murid didaftar bagi calon UPSR. 05. Menyediakan analisis, data setiap peperiksaan dan meyimpan di dalam fail peperiksaan sekolah. 06. Menyimpan salinan sijil UPSR dengan baik 07. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan murid. 08. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 75 AmazingT1 Peranan Guru Data 01. Mengumpul data guru, staf sokongan dan murid 02. Memastikan setiap data guru sentiasa dikemaskini pada setiap bulan 03. Menghantar data e-operasi setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh PPD 04. Memasukkan dan memadamkan data guru dan staf yang baru dan berpindah. 05. Membuat back up data bagi mengatasi masalah yang tidak dijangka akan timbul. 06. Memastikan guru mempunyai kemahiran ICT dan penggunaan versi yang terkini. 07. Bertanggungjawab menguruskan pelbagai data dan maklumat. 08. Merekod serta mengemaskinikan segala data dan maklumat. 09. Bertanggungjawab mengumpulkan segala dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perkembangan sekolah dengan tujuan untuk memperkayakan bank sejarah sekolah sekolah seperti berita sekolah, kegiatan murid, pencapaian murid tua, sumnbangan guru-guru dan juga gambar fotonya. 10. Bertanggungjawab untuk menjilidkan semua dokumen yang dikumpulkan dengan mengikut tajuknya supaya ianya mudah disimpan / dijaga dan dirujuk. 11. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Guru Aliran 01. Menjadi penghubung antara pentadbir dengan guru-guru dalam aliran. 02. Menyampaikan maklumat yang perlu kepada guru-guru aliran masing-masing 03. Memantau kegiatan aliran. 04. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Jawatankuasa Takwim Sekolah 01. Mendapatkan maklumat daripada ketua-ketua unit. 02. Menyediakan takwim sekolah dan mengedarkan kepada semua guru pada setiap 28hb (untuk takwim bulan berikutnya). 03. Memaparkan maklumat aktiviti semasa sekolah di board yang sesuai. 04. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Jawatankuasa Audit akademik 01. Menyediakan jadual pemantauan bulanan bagi setiap guru. 02. Menyediakan jadual pemeriksaan buku kerja dan buku tulis. 03. Memaparkan jadual pemeriksaan dan pemantauan guru. 04. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 76 AmazingT1 Peranan Ketua Unit Bilik Sumber Dan Bilik-Bilik Khas 01. Bertanggungjawab untuk mentadbir, menjaga dan mengawal kesempurnaan dan keselamatan semua alat membantu mengajar. 02. Membimbing guru-guru mencipta dan membina alat-alat bantuan mengajar yang sesuai. 03. Bertanggungjawab untuk menjaga dan menyimpan bahan-bahan yang ada kaitan dengan pembinaan alat bantuan mengajar. 04. Bertanggungjawab untuk menyemak dan mengemaskinikan buku-buku Rekod Stok alat Bantuan Mengajar. 05. Bertanggungjawab untuk memperbaiki dan menampal alat-alat bantuan mengajar yang tidak begitu sempurna. 06. Bertanggungjawab untuk menetapkan peraturan-peraturan peminjaman dan pemulangan alat-alat bantuan mengajar. 07. Bertanggungjawab untuk menentukan tarikh dan seterusnya menjalankan mesyuarat serta menyimpan rekod minit-minit mesyuarat, Buku Rekod Stok, alat bantuan mengajar dan lain-lain dokumen. 08. Memastikan Bilik Sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. 09. Bertanggungjawab untuk membuat cadangan kepada sekolah supaya mutu perkhidmatan Bilik Sumber dan Bilik-bilik khas dapat dipertingkatkan. 10. Merancang serta melaksanakan program untuk meningkatkan penggunaan alat bantuan mengajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 11. Mengadakan kursus, seminar atau demonstrasi untuk memberi pendedahan kepada guruguru berkaitan dengan cara pemakaian sesuatu alatan. 12. Bertanggungjawab untuk menyusun jadual pengagihan waktu bagi setiap kelas. 13. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Ketua Unit Perpustakaan 01. Bertanggungjawab untuk merekod serta menyimpan bahan-bahan bacaan dan bahanbahan rujukan. Sekiranya kehilangan atau kerosakan berlaku, hendaklah melaporkannya kepada Guru Besar dengan segera serta mengambil tindakan yang sewajarnya. 02. Bertanggungjawab untuk memilih dan membeli bahan-bahan bacaan yang munasabah. 03. Merancang program dan aktiviti untuk menggalakkan penggunaan buku-buku perpustakaan oleh murid- murid supaya sikap gemar membaca dapat dipupuk dan diperkembangkan. 04. Merancang serta menghiasi untuk menjadikan bilik perpustakaan sebagai suatu tempat membaca yang selesa. 05. Membantu Guru Darjah mewujudkan perpustakaan mini di dalam setiap bilik darjah. 06. Membantu Guru Darjah untuk mengelola serta menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan peminjaman dan pemulangan buku-buku perpustakkan oleh muridmurid.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 77 AmazingT1 07. Hendaklah menetapkan peraturan-peraturan untuk mengawal keselamatan buku-buku perpustakaan supaya ianya tidak dibawa ‘lari’ oleh murid-murid. 08. Bertanggungjawab untuk menyimpan segala rekod peminjaman. Pelbagai carta mengenai penggunaan buku-buku perpustakaan hendaklah dicipta. 09. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. Peranan Ketua Bilik Tayang 01. Bertanggungjawab untuk merekod serta menjaga / menyimpan semua alat pandang dengar, supaya keselamatan dan kesempurnaannya dapat dijamin. 02. Mengumpul serta mengedarkan nota-nota / jadual siaran mengenai Rancangan Pendidikan Radio dan TV yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. 03. Mencadangkan kepada Guru Besar mengenai jenis alat pandang dengar yang perlu ditambah. 04. Menjalankan kursus, seminar atau demonstrasi bagi melatih guru-guru lkain supaya memahami cara pemakaian alat pandang dengar jenis tertentu. 05. Bertanggungjawab untuk merakankan bahan-bahan atau kandungan siaran pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran bagi kegunaan kemudian hari. 06. Membantu serta memimpin guru-guru lain untuk membina bahan-bahan pandang dengar bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran. 07. Bertanggungjawab untuk menyusun jadual pengagihan waktu baagi setiap kelas supaya setiap orang guru dan murid dapat mengikuti siaran Rancangan Pendidikan Radio dan TV. 08. Bertanggungjawab untuk merekodkan segala penggunaan yang telah dilakukan dan membuat cartanya untuk dilaporkan kepada pihak berkenaan. 09. Bertanggungjawab untuk membuat cadangan kepada Guru Besar supaya mutu perkhidmatan Bilik APD dapat dipertingkatkan. 10. Bertanggungjawab untuk mengumpul serta menyimpan pelbagai jenis kertas soalan yang digunakan oleh peperiksaan dalaman. Kertas soalan berkenaan dijilidkan mengikut mata pelajarannya supaya mudah disemak dan dirujuk. 11. Bertanggungjawab untuk mengumpul serta menyimpan kertas soalan peperiksaan atau kertas soalan yang diasakan khas untuk pertandingan akademik yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pertubuhan Swasta. Kertas soalan berkenaan hendaklah dijilidkan. 12. Setelah meneliti dan menyelidikan soalan-soalan yang dikumpulkan, membuat cadangan kepada sekolah supaya mutu soalan yang dina bagi kegunaan sekolah dapat dipertingkatkan. 13. Segala kertas soalan yang dikumpulkan dan disimpan itu adalah untuk kegunaan sekolah saja dan ianya tidak boleh digunakan untuk kepentingan individu / perseorangan. Bertanggungjawab untuk merancang serta membuat cadangan kepada sekolah supaya mutu perkhidmatan Bank Soalan dapat dipertingkatkan 14. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 78 AmazingT1 JAWATANKUASA DISIPLIN Bidang Tugas: 1. Mengadakan mesyuarat Lembaga Disiplin Murid sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 2. Memastikan Code Of Conduct disebarkan kepada murid dan dipatuhi. 3. Mengambil tindakan disiplin terhadap murid-murid mengikut prosedur yang telah ditetapkan (Consequeences) 4. Memanggil mesyuarat guru-guru disiplin untuk mengambil sesuatu keputusan jika berlaku sesuatu masalah besar dan melaporkannya kepada Guru Besar. 5. Menggubal undang-undang disiplin sekolah 6. Menyediakan buku aduan murid /aduan ibu bapa 7. Menghantar laporan STUDM setiap bulan pada atau sebelum 5 haribulan ke PPD 8. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa 9. Memastikan Code Of Conduct dan Consequeences dipraktikkan oleh warga sekolah. JAWATANKUASA MAJLIS KEPIMPINAN MURID Bidang Tugas 1. Mendapatkan senarai nama calon. 2. Menyediakan keriteria calon yang diperlukan 3. Mengadakan mesyuarat ajk 3 kali setahun 4. Menyediakan garis panduan untuk setiap tugas yang perlu dilaksanakan murid. 5. Memantau pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh murid . 6. Memastikan pelaksanaan tugas berdasarkan visi dan misi sekolah dsn berprinsipkan Code Of Conduct. 6. Mengadakan perjumpaan sebulan sekali. 7. Menerima arahan daripada Guru Besar dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING Bidang Tugas 1. Menyediakan program orientasi murid baru Tahun 2 hingga Tahun 6. 2. Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) . 3. Membantu dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan & kaunseling. 4. Menyelaras hubungan dengan jabatan adan agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat 5. Menjalankan soal selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah 6. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah seperti, murid ponteng sekolah,masalah pembelajaran, datang lewat ke sekolah ,murid yang terlibat dengan salahlaku dan yang melanggar peraturan sekolah. 7. Membantu menjalankan ujian khas bagi mengesan potensi, minat dan sahsiah murid. 8. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 79 AmazingT1 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Bidang Tugas 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 4 kali setahun 2. Pembahagian tugas AJK 3. Mengadakan Taklimat untuk semua guru kelas 4. Menyediakan Buku Stok tahun semsa 5. Menetapkan jadual pengedaran /pemulangan Buku Teks dalam takwim sekolah 6. Menyediakan laporan buku rosak/ hilang 7. Menubuhkan ‘pasukan Bertugas” SPBT dikalangan murid 8. Mengedarkan Borang Permohonan SPBT kepada ibubapa murid untuk disahkan Penerimaannya dan dikumpulkan oleh guru kelas untuk difailkan sebagai rujukan 9 Membuat pesananbuku pertengahan tahun ke Biro Buku Teks 10. Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya 11. Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut waktu yang ditetapkan. 12. Pengurusan Rekod dan Dokumen: • Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis • Rekod buku stok yang kemaskini ( ikut tahun ) • Senarai tugas guru –pengedaran / pengumpulan • Menyimpan rekod hapuskira, rosak dan hilang • Pengurusan Keselamatan Buku • Memastikan bilik BOSS beroperasi dengan baik • Mengurus Buku SPBT dengan sistematik • Menyediakan peraturan penggunaan bilik BOSS • Memastikan setiap SPBT dibalut dengan kemas • Melaporkan kepada Guru Besar/GPK HEM tentang buku rosak / hilang/lebihan dan kekurangan • Pengurusan Stok dan Inventori • Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran Jika ada • Menyimpan invois , bil dan pengesahannya • Melengkapkan buku Stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat • Mengemaskini inventori SPBT • Mengisi borang maklumat kekurangan /lebihan buku ke PPD • Menyediakan senarai Buku Teks bagi setiap kelas untuk dipamerkan


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 80 AmazingT1 JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH Bidang tugas 1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pelajaran / Kesihatan 2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. 3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mematuhi syarat perjanjian Kantin 4. Senarai harga makanan dan minuman hendaklah dipamerkan 5. Memastikan semua bahan masakan yang digunakan adalah halal dan selamat digunakan 6. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan 7. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria 8. Memastikan pengusaha dan pekerja kantin sekolah telah menjalani pemeriksaan kesihatan danmemiliki kad kesihatan yang sah 9 Memastikan pihak pengusaha kantin berada dipremis supaya mudah dihubungi 10. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 11. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/ kain maslin/disimpan dalam bekas yang bertutup. 12. Memaklumkan kepada pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan. 13. Memastikan makanan yang disediakan untuk murid dan guru adalah mencukupi . 14 Memastikan pengusaha kantin melengkapkan Laporan Kendiri setiap hari bekerja Manakala Laporan Kendiri 1A/1B/2 ) hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke PPD dan Pejabat Kesihatan pada sebelum 5 haribulan setiap bulan. 15. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun. 16. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra. 17. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. JAWATANKUASA PROGRAM 3K (KEBERSIHAN/KESIHATAN/KESELAMATAN) KESIHATAN Bidang Tugas 1. Menetapkan kenyataan Polisi Kesihatan – melalui pemerhatian, maklumbalas komuniti (sekolah setempat) dan kesihatan sekolah dan kajian pihak sekolah dan agensi yang berkaitan 2. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan- merancang pelan tindakan dan memaklumkan kepada AJK tentang pelan tindakan yang hendak dilaksanakan 3. Mengadakan mesyuarat AJK Kesihatan 3 kali setahun dan menghubungi pihak pejabat kesihatan untuk mendapatkan tarikh lawatan dan pemeriksaan ke atas murid-murid bagi sesi 2012 supaya tidak bertembung dengan program sekolah


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 81 AmazingT1 4. Meningkatkan pemeriksaan keatas tempat-tempat berisiko tinggi pembiayakan nyamuk aedes dengan meletakan ubat pembasmi nyamuk aedes/ponjut yang disarankan oleh pejabat Kesihatan sebulan 2 -3 bulan sekali mengikut keperluan 5. Menyediakan laporan menggunakan Borang PBSS1/KD1 ( rekod sekolah ) KD2 Laporan Ke Pejabat Kesihatan Daerah dan salinan hendaklah difailkan. 6. Memastikan murid dan persekitaran sekolah BEBAS DENGGI. 7. Mengurus dan memastikan bilik rawatan sentiasa beroperasi dengan baik 8. Peti ubat ada dan mencukupi. 9. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan dengan jelas. 10. Mengurus kad kesihatan dengan bantuan guru kelas. 11. Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan. 12. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah kesihatan, pameran tayangan dan lain- lain lagi. 13. Mengurus murid yang memerlukan rawatan. 14. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. KEBERSIHAN Bidang Tugas 1. Membantu pihak sekolah mengawal dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa 2. Merancang pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah antaranya:- • Kempen Kebersihan sekolah • Pertandingan kebersihan kelas • Ceramah Kebersihan • Pertandingan Poster kebersihan • Pertandingan essei kebersihan • Menanam pokok/bunga di kawasan sekolah 3. Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan dengan agensi luar bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah 4. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan memantau kerja-kerja pembersihan 5. Menyediakan pelan tindakan dan melaksanakan bersama AJK yang dilantik 6. Mengadakan mesyuarat AJK 3 kali setahun 7. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 82 AmazingT1 JAWATANKUASA KESELAMATAN Bidang Tugas 1. Membaca , memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan dan PPD 2. Merancang Program Keselamatan Sekolah seperti:- Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Polis/ Polis Trafik/Bomba/JKR dan JKR elektrik 3. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada /insurans 4. Memastikan semua sistem dan alat melawan kebakaran mencukupi dan berfungsi Memastikan telah mendapat pemeriksaan dari pihak Bomba 5. Memastikan semua pergerakan lalulintas di kawasan sekolah dan persekitaran selamat 6. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah 7. Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada masa majlis rasmi sekolah 8. Mendapatkan bantuan daripada pegawal keselamatan untuk membantu murid-murid menyeberang jalan 9. Mengadakan mesyuarat AJK 3 kali setahun 10. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun 11. Menyediakan peraturan keselamatan untuk bilik darjah,dan bilik-bilik khas ditampal supaya boleh dibaca. 12. Meletakkan tanda amaran “BAHAYA” di tempat-tempat yang merbahaya 13. Menjaga keselamatan Murid dan sekolah tanggungjawab bersama 14. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. JAWATANKUASA KEBAJIKAN Bidang Tugas 1. Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus Seperti :- • Murid Miskin • Kemalangan • Rawatan berterusan (penyakit kronik ) • Kematian • Kecemasan /bencana 2. Mendapatkan senarai nama murid yang layak menerima bantuan berdasarkan keutamaan 3. Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di samping meningkatkan keperihatinan pelajar terhadap kebajikan 4. Mengadakan tabung kutipan hari Jumaat secara sukarela 5. Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid berminat untuk menabung 6. Menguruskan simpanan murid- murid dengan baik . 7. Mengadakan mesyuarat AJK 3 kali setahun dengan penyediaan kepelbagaian aktiviti sepanjang tahun 8. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 83 AmazingT1 JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN Bidang Tugas 1. Menyediakan maklumat murid layak bantuan KWAPM untuk tahun semasa 2. Mengedarkan borang permohonan KWAPM kepada murid layak berdasarkan pendapatan isi rumah dengan perkapita RM160 3. Menyediakan laporan bergambar penyerahan bantuan KWAPM ke GPK HEM 4. Menerima arahan daripada Guru Besar dari masa ke semasa. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Bidang Tugas 1. Menyediakan senarai nama murid yang layak menerima RMT melalui SMM 2. Mengurus murid –murid RMT semasa makan 3. Menyediakan tag nama bagi murid RMT 4. Mengukur ketinggian dan merekodkan tumbersaran murid-murid RMT pada awal Tahun dan akhir tahun 5. Penyediaan Laporan murid RMT di awal dan diakhir tahun ( 2 kali ) 6. Merekodkan pencapaian pembelajaran murid RMT di akhir tahun 7. Mengadakan buku rekod RMT untuk dicatat setiap hari selepas Waktu rehat 8. Memastikan pengusaha kantin akur dengan menu RMT yang diarahkan oleh Kementerian/sekolah hasil perbincangan bersama 9. Mengadakan mesyuarat 3 kali setahun 10. Memastikan murid diberi mqakan mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan. 11. Sebarang kekeliruan boleh berbincang dengan pegawai Kewangan sekolah JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) Bidang tugas 1. Mengadakan mesyuarat AJK 3 kali setahun 2. Menyediakan Laporan bergambar setiap aktiviti yang dijalankan 3. Menghubungi Pegawai Polis Trafik/ Pegawai Narkotik untuk memberi ceramah dan pameran perkara yang berkaitan 4. Mengadakan Program 5 minit mengenai bahaya Dadah dan salahlaku jenayah. dalam perhimpunan mingguan 5. Mengadakan pelan tindakan untuk dilaksanakan tahun semasa. JAWATANKUASA SMM / e-KEHADIRAN/ SPS 1. Menyemak maklumat murid dalam sistem dan mengemaskini data dengan maklumat yang terkini. 2. Mengurus pendaftaran kelas dan murid dalam sistem dan jadual kehadiran. 3. Memastikan maklumat murid dalam sistem benar dan betul serta terkini. 4. Memastikan kehadiran murid dilaporkan setiap hari dalam SPS LITE pada awal pagi. 5. Memaklumkan kepada GPK HEM jika terdapat murid hadir tanpa sebab.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 84 AmazingT1 JAWATANKUASA PENDAFTARAN TAHUN 1 1. Mengurus keperluan pendaftaran tahun 1 2. Memastikan pengagihan murid mengikut keseimbangan yang ditetapkan oleh Guru Besar. 3. Menerima murid baru pada hari pendaftaran dan hari pertama sekolah. 4. Bertanggungjawab memastikan aktiviti pada hari pendaftaran murid Tahun 1 menepati kehendak kurikulum dan 3P 1M. SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS Ketua Guru Bertugas Mingguan perlu mengagihkan guru-guru di bawahnya sepanjang hari bertugas. • Mula bertugas dari hari Ahad hingga hari Khamis • Guru bertugas perlu berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum sekolah bermula dan pulang selepas semua murid balik ke rumah. • Persediaan rapi perlu dibuat pada hari perhimpunan mengikut agenda. • Mengawas kebersihan bilik darjah, bilik-bilik khas, tandas, kantin dan kawasan sekolah. • Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang, masa rehat dan masa pertukaran guru. • Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera Guru bertugas membuat catatan di dalam buku laporan mingguan dan harian seperti:- a) Kedatangan pelajar dan guru b) Lawatan Pelawat c) Keadaan kebersihan di kantin, tandas dan bilik darjah dan Kawasan sekolah d) Ucapan / Pengumuman dalam perhimpunan • Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah • Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang • Ketua terlantik secara turutan mengikut giliran mingguan. • Guru bertugas bertanggungjawab menguruskan segala perkara berkaitan murid. Jika perlu hantar ke rumah. (hubungi ibu bapa murid) • Sekiranya ketua tidak hadir guru dibawahnya akan mengambil alih tugas ketua dan ketua akan menjalankan tugas pada minggu berikutnya.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 85 AmazingT1 • PERHIMPUNAN a) Memastikan semua pelajar dan guru menghadiri perhimpunan b) Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan c) Memastikan pelajar telah beratur dengan tersusun dan rapi Pengagihan tugas sepanjang minggu bertugas; • Pintu Pagar A (pondok keselamatan)/ Pintu Pagar B (pondok menunggu) • Kantin • Rondaan keceriaan kelas dan kebersihan kawasan sekolah setiap hari • Kecemasan dan keselamatan • Laporan perhimpunan mingguan dan catatan harian guru bertugas • Ucapan Perhimpunan Rasmi Sekolah • Penyelenggaraan PA Sistem • Semua guru bertugas perlu balik lewat, iaitu setelah semua murid balik.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 86 AmazingT1 Bidang Tugas 1. Menjalankan tugas-tugas guru besar semasa ketiadaan guru besar dan Penolong Kanan (HEM). 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan guru besar. 3. Bertanggungjawab kepada guru besar dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum termasuk sesi petang. 4. Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum di sekolah. 5. Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sesi petang. Senarai Tugas A. Kokurikulum 1. Sukan dan Permainan Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan. Menyelia kegiatan sukan dan permainan. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah. 2. Pasukan Beruniform Merancang kegiatan pasukan beruniform. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan beruniform. Menyelia kegiatan pasukan beruniform. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan pasukan beruniform di dalam dan di luar sekolah. 3. Persatuan dan Kelab Merancang kegiatan persatuan dan kelab. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah. B. Pentadbiran 1. Menyusun / menyelaras kegiatan kokurikulum. 2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. 3. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum telah diambil. 4. Membantu dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum. 5. Bertanggungjawab tantang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah. 6. Menyelaras pembahagian pelajar-pelajar ke dalam kelab/persatuan/pasukan beruniform dan sebagainya. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 87 AmazingT1 7. Menentukan penglibatan semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. 8. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum. 9. Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggarakan. 10. Mengenal pasti guru-guru dan pelajar-pelajar yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka. C. Tugas-tugas Lain 1. Merancang kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk murid-murid semasa cuti sekolah. 2. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa seperti diarahkan oleh guru besar dari semasa ke semasa. 3. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh guru besar dari semasa ke semasa. BIDANG TUGAS GURU PENGURUSAN MUSOLLAH 1. Merancang dan melaksana program menceriakan dan mengindahkan Musollah. 2. Merancang penggunaan musollah secara maksimum. 3. Menyediakan jadual tugas dan penggunaan musollah. 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan meningkatkan penggunaan musollah. 5. Mengarahkan para pelajar membersihkan musollah sekiranya perlu. 6. Memastikan kemudahan asas dalam keadaan baik dan mencukupi. 7. Memastikan musollah dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 8. Menyediakan perpustakaan kecil dalam musollah untuk rujukan pelajar 9. Memastikan musollah digunakan untuk beribadat, melaksanakan pendidikan islam dan aktiviti peningkatan sahsiah pelajar. 10. Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan guru besar dari semasa ke semasa. GURU RUMAH SUKAN 1. Menyelaras kegiatan sukan dan permaianan Rumah 2. Menyusun jadual bertugas guru-guru penolong sukan dan permainan Rumah 3. Mengendalikan Mesyuarat Agong Tahunan Rumah untuk melantik Kapten Rumah, AJK dan ketua- ketua permainan pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah diawal tahun akademik. 4. Menentukan jadual kedatangan pelajar dicatat tepat pada waktunya dan pakaian ahliahli Rumah mematuhi peraturan. 5. Menentukan latihan sukan dan permaianan Rumah berjalan dengan teratur dan sistematik. 6. Menentukan jurulatih untuk permainan rumah serta ketua-ketua pasukan untuk tiaptiap permainan. 7. Menentukan pemilihan pemain-pemain yang sesuai untuk mewakili Rumah 8. Menyimpan rekod-rekod tentang keputusan permainan Rumah 9. Menentukan semua ahli Rumah diberi kesempatan untuk bermain 10. Menjadi AJK Majlis Sukan Sekolah


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 88 AmazingT1 11. Menentukan laporan setiap latihan Rumah dicatat dalam Buku Laporan Rumah dan Laporan Tahunan disediakan mengikut format yang ditetapkan 12. Menentukan alat-alat yang diperlukan adalah lengkap untuk Latihan Rumah serta menjaga dan menyimpannya dengan baik selepas digunakan 13. Mengemaskinikan nombor peserta untuk semua acara yang terlibat 14. Mengutip yuran rumah sukan jika perlu 15. Menyedia dan melatih pasukan perbarisan lintas hormat rumah sukan 16. Menghias rumah sukan masing-masing 17. Berusaha mewujudkan semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang dan displin sekolah. 18. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh guru besar dari semasa kesemasa. GURU PERMAINAN 1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang ditugaskan 2. Membentuk, melatih dan membuat penilaian pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka. 3. Berusaha mendapatkan seberapa ramai pelajar yang berminat menganggotai pasukan dan menentukan pelajar-pelajar yang berkebolehan menjadi pemain pasukan sekolah 4. Berusaha mendapatkan khimat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan itu 5. Menentukan undang-undang permainan dan pertandingan untuk perlawanan antara Rumah 6. Mengajurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin 7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat izin ibubapa dan memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans. 8. Mengumpulkan pasukan sebelum satu-satu pertandingan untuk mendengar taklimat khas oleh guru besar/Penolong Kanan 9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat sekolah. 10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu 11. Memastikan pelajar-pelajar sekolah memiliki semangat kesukanan dan selamat untuk digunakan 12. Menentukan peralatan/gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan 13. Merancang dengan guru-guru Rumah mengenai aktiviti-aktiviti tahunan di awal penggal 14. Membentuk pasukan kedua (pelapis) sekolah untuk mengambil alih pasukan pertama pada tahun berikutnya 15. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan 16. Bertindak sebagai pengurus pasukan 17. Menentukan laporan setiap latihan dicatat dalam Buku Laporan Pasukan dan Laporan Tahunan disediakan mengikut format yang disediakan 18. Memastikan ada kira-kira wang keluar dan masuk sekiranya pengurusan pasukan ada melibatkan Persetujuan guru besar mesti diperolehi dahulu


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 89 AmazingT1 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh guru besar dari semasa kesemasa. GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB 1. Menentukan dan memetapkan objektif persatuan selaras dengan objektif sekolah tercapai 2. Memastikan persatuan akademik mempunyai Perlembagaan yang diluluskan oleh Guru Besar 3. Menggalakkan seberapa ramai pelajar menjadi ahli dan menyimpan salinan nama ahliahli persatuan 4. Mengadakan mesyuarat agong tahunan sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh sekolah 5. Menyimpan dan memastikan laporan tiap-tiap mesyuarat/kegiatan dan Laporan Tahunan disediakan dalam buku Pelaporan Persatuan/ kelab mengikut format yang ditetapkan 6. Buku Laporan Persatuan/Kelab hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan (HEM)/ guru besar pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan untuk disemak 7. Memastikan ada kira-kira wang masuk dan keluar sekiranya pengurusan persatuan/kelab ada melibatkan wang Persetujuan guru besar mestilah diperolehi terlebih dahulu 8. Mengawasi setiap perjumpaan/kegiatan dan menentukan bahawa setiap jumlah/kegiatan tersebut adalah sihat dan tidak menyalahi undang-undang 9. Melaporkan kepada guru besar tentang perlembagaan persatuan/kelab dari semasa kesemasa 10. Berkerjasama dengan badan-badan lain iaitu luar dan dalam sekolah dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat sekiranya dijemput berbuat demikian Persetujuan guru besar mestilah diperolehi terlebih dahulu. 11. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui guru besar yang melibatkan gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan lawatan sambil belajar. Di samping itu, hasil lawatan atau pertandingan hendaklah dilaporkan kepada guru besar 12. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan elakkan dari di salahgunakan. 13. Menentukan dan memastikan tidak ada unsure-unsur subversif disebar/tersebar dikalangan ahli-ahli persatuan 14. Menentuakan setiap persatuan/kelab membuat program berserta carta Gannt untuk aktiviti sepanjang tahun 15. Mengadakan perjumpan bersama dengan Ketua Penasihat Persatuan/Kelab lain dan Penyelaras Persatuan/Kelab dari semasa kesemasa mengenai isu-isu berbangkit 16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari semasa kesemasa


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 90 AmazingT1 GURU PEMIMPIN PASUKAN BERUNIFORM A. Pada keseluruhannya Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan kemajuan pertubuhan B. Keahlian 1. Semua murid tahun 4 hingga 6 digalakkan menganggotai salah satu daripada pertubuhan pakaian seragam yang diiktiraf oleh sekolah 2. Guru pemimpin pasukan pakaian seragam bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota- anggota pasukannya dari kalangan pelajar-pelajar baru setiap awal tahun sebagai tambahan kepada anggota-anggota pasukan yang sedia ada 3. Satu polisi umum tentang pembahagian keahlian di antara pertubuhan-pertubuhan pakaian seragam patutlah dirujuk sebelum pemilihan ahli-ahli dilakukan. 4. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod C. Latihan 1. Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan sekolah 2. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang ditetapkan itu tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas terlebih dahulu daripada guru besar 3. Latihan tambahan pada hari-hari lain selain daripada itu bolehlah diatur dan guru besar hendaklah dirujuk untuk maksud itu 4. Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam dikehendaki menyusun rancangan latihan yang tetap sepanjang tahun. Rancangan ini mestilah melibatkan ujian-ujian tertentu yang menghasilkan sijil- sijil ataupun tanda-tanda kemajuan 5. Satu salinan rancangan kegiatan sepanjang tahun hendaklah disampaikan kepada Guru Besar pada awal tahun, tidak lewat daripada minggu kedua setelah diumumkan latihan Pasukan Pakaian Seragam bermula 6. Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam hendaklah memastikan segala bentuk latihan dan pertandingan bagi semua peringkat dijalankan berlandaskan prosedur yang telah ditetapkan dalam perlembagaan pasukan 7. Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam hendaklah juga memastikan aspek keselamatan sentiasa diambil kira dan terjamin dalam apa jua aktiviti dan pertandingan D. Jurulatih 1. Sejauh yang boleh, Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam adalah jurulatih pasukannya. Guru- guru lainyang berkenaan boleh dirundingkan untuk membantu 2. Jika perlu, jurulatih dari luar boleh diuruskan dan pihak sekolah bersedia menimbangkan bayaran yang patut untuk jurulatih luar itu (bergantung kepada kemampuan sekolah). Guru pemimpin hendaklah mendapatkan Persetujuan guru besar terlebih dahulu sekiranya memerlukan jurulatih luar yang melibatkan bayaran


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 91 AmazingT1 3. Bagi pasukan-pasukan yang mempunyai jurulatih yang disediakan oleh Badan Induk masing- masing maklumat tentang jurulatih, skim latihan, dan sebagainya hendaklah dimaklumkan kepada guru besar 4. Guru pemimpin sebagai jurulatih dikehendaki memakai pakaian seragam didalam semua aktiviti dan pertandingan yang melibatkan pasukannya E. Peralatan/ Keperluan/Pakaian 1. Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertangguangjawab menentukan apa-apa juga keperluan/peralatan yang dikehendaki bagi pertubuhannya 2. Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli-ahli persendirian Guru Pemimpin adalah bertanggungjawab menyelenggara simpanannya dan menyediakan rekod untuk rujukan dan pemeriksaan. F. Urusan-urusan 1. Guru Pemimpin Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butir/maklumat dan sebagainya yang berkaitan dengan pertubuhan berkenaan 2. Memastikan Pasukan Pakaian Seragam masing-masing mempunyai Perlembagaan yang diluluskan oleh guru besar dan Badan Induk Pasukan yang berkenaan 3. Mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan untuk melantik atau mengesahkan perlantikan pemimpoin- pemimpin dan AJK dan membentangkan program tahunan pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah 4. Segala laporan, rekod kehadiran, penyata kewangan (jika ada) dan lain-lain maklumat hendaklah dicatat/direkod dalam Buku Laporan Pasukan mengikut format yang ditetapkan 5. Mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga apabila diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah 6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh guru besar dari semasa kesemasa


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 92 AmazingT1 SOP KEHADIRAN MURID 1. Murid-murid yang hadir ke sekolah sebelum 7.15 pagi dibenarkan meletakkan beg di dalam kelas. 2. Murid yang hadir selepas 7.15 pagi hendaklah meletakkan beg di kawasan tapak perhimpunan. 3. Semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan untuk aktiviti pagi pada pukul 7.20 * 4. Murid yang hadir selepas 7.20 pagi hendaklah beratur di kawasan yang berikut: Tahap 1- Di hujung sebelah kanan tapak perhimpunan Tahap 2- Di hujung sebelah kiri tapak perhimpunan 5. Murid yang hadir selepas pukul 8.00 pagi dikategorikan LEWAT. 6. Murid yang hadir selepas pukul 9 pagi tanpa kenyataan di kategorikan TIDAK HADIR. 7. Waris kepada murid yang tidak hadir mestilah menghubungi sekolah samada melalui panggilan telefon, whatsapp, telegram dll 8. Dokumen ketidakhadiran hendaklah diserahkan kepada guru kelas secepat mungkin. 9. Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau lebih tanpa sebarang kenyataan, akan diberi surat AMARAN 10. Pemberian surat amaran dari unit HEM oleh guru kelas berkaitan ketidakhadiran muridadalah seperti berikut; *Sumber daripada buku kecil “SALAH LAKU DISIPLIN MURID- HUKUMAN DAN KESAN KPM” 11. Ibu bapa atau penjaga perlu memberi maklum balas kepada pihak sekolah selepas menerima surat amaran tersebut. *tertakluk kepada keadaan Surat Bilangan hari tidak hadir berturut-turut Bilangan hari tidak hadir tidak berturut-turut Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua Tujuh hari selepas amaran pertama Sepuluh hari selepas amaran pertama Amaran Terakhir Tujuh hari selepas amaran ke-2 20 hari selepas amaran ke2 Rujuk murid ke Unit Kaunseling 14 hari selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran terakhir


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 93 AmazingT1 SOP PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS 1. Semua murid perlu memastikan pergerakkan ke bilik-bilik khas telah mendapat kebenaran guru. 2. Pastikan semua murid beratur di hadapan kelas terlebih dahulu. Pergerakkan ke bilikbilik khas mesti dalam keadaan teratur, senyap dan di dalam satu barisan. 3. Amalkan Code Of Conduct dalam pergaulan dengan rakan-rakan. 4. Tidak dibenarkan memasuki bilik-bilik khas jika guru tiada di dalamnya walaupun sudah mendapat kebenaran guru. 5. Pastikan beg, makanan dan minuman diletakkan di luar bilik dan disusun dengan kemas. 6. Pastikan kasut sentiasa tersusun kemas di atas rak kasut yang telah disediakan. 7. Semua murid perlu duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan guru. Tidak perlu berebut- rebut dan jangan alihkan kerusi dan meja tanpa kebenaran guru. 8. Setiap murid perlu menjaga kebersihan bilik. Dilarang membuang sampah merata-rata. 9. Semua peralatan yang terdapat di dalam bilik-bilik khas merupakan tanggungjawab semua murid untuk memastikan peralatan tersebut digunakan dengan baik dan disimpan ke tempat asal setelah digunakan. 10. Peralatan yang berbahaya seperti peralatan yang terdapat di Makmal Sains dan Bilik Reka Bentuk & Teknologi perlu dikendalikan dengan pemantauan guru. 11. Murid perlu menggunakan pas kebenaran keluar kelas jika ingin ke tandas dan bilik-bilik lain dengan kebenaran guru. 12. Pastikan suis elektrik dipadamkan sebelum meninggalkan bilik-bilik khas. 13. Semua murid perlu beratur terlebih dahulu sebelum pergerakkan ke kelas. 14. Pastikan semua murid peka kepada loceng kecemasan. Bergerak mengikut laluan yang telah ditentukan dengan segera ke tempat lapang atau tempat yang telah ditetapkan. Bawa barang yang penting sahaja.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 94 AmazingT1 SOP PENGGUNAAN TANGGA 1. Terdapat 6 arah laluan tangga di SK LKTP Tenggaroh 1. • Tangga A: Berhadapan dengan Tapak Perhimpunan. • Tangga B: Berada di antara Bilik Data dan Bilik Mesyuarat. • Tangga C: Berhadapan dengan Kelas Prasekoah. • Tangga D: Berhadapan dengan Bilik Kebitaraan Catur ( bangunan 3 tiingkat ) • Tangga E: Berada di tengah-tengah Bangunan 3 tingkat. • Tangga F: Bersebelahan dengan Bilik Darjah Tahun 2 Penggunaan Tangga Naik 1. Tangga A hanya digunakan untuk semua guru,staf dan pelawat sahaja. 2. Tangga B digunakan untuk semua murid ke kelas dan bilik-bilik khas. 3. Tangga C digunakan untuk murid tahun 6 ke kelas masing-masing. 4. Tangga D digunakan untuk murid ke bilik-bilik khas seperti Bilik Kebitaraan Sains dan Bengkel RBT. 5. Tangga E digunakan untuk laluan murid ke bilik-bilik khas seperti Makmal ICT dan Bilik Muzik. 6. Tangga F digunakan untuk laluan murid ke bilik-bilik khas seperti Surau dan Bilik SPBT 7. Pastikan setiap murid menggunakan laluan tangga yang betul sepanjang masa ketika berada di sekolah ini. 8. Setiap murid perlu beratur satu barisan ketika naik dan turun ketika menggunakan laluan tangga. 9. Setiap murid perlu berjalan dan tidak dibenarkan berlari. 10. Amalkan Code Of Conduct pada setiap masa ketika menggunakan laluan tangga ini. 11. Ketika kecemasan, ikut arah laluan tangga yang telah ditetapkan ketika turun ( rujuk laluan kecemasan ). SOP PEPERIKSAAN SEBELUM PEPERIKSAAN 1. PENGUBAL SOALAN Ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia. 2. PENYEDIAAN KERTAS SOALAN Guru-guru perlu berbincang mengikut aliran bagi menentukan topik-topik yang akan diuji. Pembinaan soalan berdasarkan kepada Jadual Penentuan Item (JPI) dengan nisbah soalan 50:30:20. 50 untuk item sederhana, 30 untuk item mudah dan 20 untuk item yang sukar. Guru perlu memilih margin narrow untuk menaip kertas soalan. Kertas soalan perlu bertaip Tahap I - Century Gothic, Saiz Font 13 dan 1.5 spacing. Tahap II – Arial, Saiz Font 10 dan 1.5 spacing.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 95 AmazingT1 Guru-guru diharap dapat memaksimumkan penggunaaan ruang pada kertas soalan. Soalan perlu mengikut format soalan yang sebenar. Tahap 1 - Tahap II – Soalan perlu mengikut format soalan yang terkini Format muka hadapan bagi kertas soalan boleh diperolehi dari unit peperiksaan. Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur-unsur menghasut, menghina, berbau politik atau yang boleh dipertikaikan. Pastikan tidak ada ralat semasa menyediakan soalan. Sekiranya terdapat ralat pastikan pembetulan hendakalah dibuat sebelum peperiksaan dijalankan. Draf soalan, JPI dan skema jawapan hendaklah disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Guru Penolong Kanan. Kertas soalan hendaklah dihantar untuk dicetak sekurang-kurangnya dua minggu sebelum peperiksaan. Semua guru penyedia kertas soalan ujian/peperiksaan DIINGATKAN supaya : i. Tidak melibatkan mana-mana murid untuk membantu dalam menaip soalan ujian / peperiksaan. ii. Tidak melibatkan mana-mana murid untuk membantu dalam menyusun, mengkokot dan membungkus kertas soalan. Kertas soalan hendaklah diklip dan disusun di bilik peperiksaaan mengikut kelas. Kertas soalan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul beserta borang pengesanan perjalanan peperiksaan. Kertas soalan yang telah disampul hendaklah diletakkan di bilik peperiksaaan. 3. KERTAS JAWAPAN PELAJAR Kertas OMR, kertas kajang dan kertas graf boleh diperolehi daripada setiausaha peperiksaan dalaman. Kertas OMR hanya digunakan sekiranya kertas soalan tersebut melebihi 30. Sekiranya kurang daripada itu, diharap guru dapat menyediakan ruangan jawapan pada kertas soalan. Pastikan bilangan kertas jawapan disediakan mencukupi dan tidak berlaku pembaziran. Kertas jawapan yang lebih hendaklah dipungut selepas habis peperiksaan tersebut. Skrip jawapan mesti dihantar ke unit peperiksaan pada hari peperiksaan tersebut. Guruguru perlu menandatangani borang penyerahan skrip jawapan.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 96 AmazingT1 4. SEMASA PEPERIKSAAN DIJALANKAN Guru perlu menandatangani borang pengambilan soalan semasa mengambil soalan peperiksaan. Guru perlu memastikan kertas soalan mencukupi mengikut bilangan murid di dalam kelas tersebut. Guru pengawas peperiksaan mesti berada di dalam kelas lima minit sebelum peperiksaan bermula. Guru perlu memastikan dan mengarahkan murid untuk meletakkan beg dan peralatan yang tidak diperlukan di luar atau di belakang kelas. Guru hendaklah memastikan tiada penyelewangan semasa peperiksaan sedang berlangsung. Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku. Sebarang penangguhan ujian / peperiksaan adalah tidak dibenarkan kecuali bagi murid yang mewakili sekolah di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PPD / JPN / KPM atau mengikut budi bicara guru besar. Guru pengiring / guru penasihat / guru penyelaras adalah bertanggungjawab untuk memastikan murid tersebut menjawab soalan ujian / peperiksaan mengikut masa yang diperuntukkan di bawah pengawasan guru pengiring / penyelaras itu sendiri. Murid yang tidak menduduki ujian/peperiksaan atas kebenaran pihak pentadbir sekolah atas sebab-sebab yang diterima dibenarkan menduduki peperiksaan di luar jadual peperiksaan. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tidak dibenarkan sama sekali menduduki ujian / peperiksaan tersebut. 5. SELEPAS PEPERIKSAAN Guru hendaklah wajib menanda / menyemak semua kertas jawapan murid. Semua guru tidak dibenarkan melibatkan mana-mana murid untuk membantu dalam menyemak dan menanda kertas soalan yang telah dijawab. Marlah murid hendaklah dimasukkan oleh guru dalam system online SAPS mengiktu kelasyang diajar. Guru hendaklah mencetak slip peperiksaan dan dihantar ke pejabat dalam tempoh dua minggu selepas peperiksaan. Slip peperiksaan yang telah ditandatangani oleh Guru Besar dan guru kelas hendaklah diserahkan kepada murid Slip peperiksaan hendaklah dikutip semula daripada murid untuk penyimpanan guru. Post Mortem 1, 2 dan 3 hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 97 AmazingT1 SOP PERGI BALIK SEKOLAH Berjalan kaki di kawasan awam. 1. Gunakan kaki lima di sebelah kiri. 2. Jika tiada kaki lima gunakan bahu jalan sebelah kanan. 3. Jangan jalan bergandingan. Melintas jalan 1. Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan. 2. Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan. 3. Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar. 4. Ikut arahan trafik warden. 5. Apabila hendak melintas jalan, lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan. Dihantar oleh ibu bapa/penjaga/kereta/van/bas sekolah dan motosikal. 1. Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna sebelum kenderaan bergerak. 2. Gunakan tali pinggang keledar/topi keledar. 3. Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak. 4. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan. 5. Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan sebelum melintas jalan. Tatacara berbasikal ke sekolah 1. Mahir menggunakan basikal. 2. Pastikan basikal berkeadaan baik. 3. Brek basikal hendaklah berfungsi. 4. Tidak boleh membawa pembonceng. 5. Jangan berlumba. 6. Jangan bergurau senda. 7. Mengayuh dengan cermat. 8. Elakkan bersaing-saing /bergandingan. 9. Patuh peraturan lalu lintas di kawasan sekolah. 10. Susun basikal di tempat yang telah disediakan. 11. Gunakan baju pantulan cahaya ketika menunggang basikal. Apakah tindakan anda jika tertinggal kenderaan pulang ke rumah? 1. Jangan bertindak sendiri. 2. Berjumpa guru. 3. Memberitahu pengawal keselamatan. 4. Segera ke pejabat sekolah. 5. Hubungi ibu/bapa/penjaga


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 98 AmazingT1 SOP KESELAMATAN PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN Definisi Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa juga keadaan, ketika menggunakan padang dan gelanggang permainan. Tatacara Murid • Menggunakan padang atau gelanggang permainan dengan kebenaran guru serta dengan kehadiran guru. • Memastikan alatan sukan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. • Sebarang aktiviti di padang permainan atau gelanggang mesti berada di bawah pengawasan guru yang berkenaan. • Meletakkan kembali alatan sukan yang digunakan semasa aktiviti di padang ke tempat yang sepatutnya. • Tidak menggunakan alatan sukan tanpa kebenaran daripada guru di padang atau di gelanggang permainan. Tatacara Guru 1. Mengetahui dan memahami aspek-aspek keselamatan dan peraturan permainan semasa menjalankan aktiviti di padang dan gelanggang permainan. 2. Mengawasi murid yang menggunakan padang atau gelanggang permainan sepanjang mereka menggunakannya. 3. Sentiasa membuat pemantauan atau pemeriksaan bagi mengenalpasti sebarang masalah atau kerosakan yang berlaku. 4. Menyelenggara peralatan yang rosak semasa digunakan. 5. Merekodkan dan memaklumkan sebarang masalah atau kerosakan yang berlaku dengan segera. 6. Jika berlaku kemalangan, patuhi peraturan yang telah ditetapkan.


Manual Pengurusan SK LKTP Tenggaroh 1,Jalan Leban Felda Tenggaroh 1, 86810 Mersing, Johor. 99 AmazingT1 KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM Definisi Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa juga keadaan, ketika menggunakan padang untuk melaksanakan aktiviti di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran yang merangkumi aktiviti sukan / permainan, unit beruniform dan, kelab atau persatuan. Tatacara Murid Sukan dan Permainan • Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan taraf kesihatan kepada guru yang berkenaan seperti sakit jantung, lelah dan lain-lain. • Melaporkan taraf kesihatan sekiranya berasa ketidakselesaan sewaktu menjalani aktiviti. • Tidak menjalankan aktiviti sukan / permainan tanpa kebenaran guru atau pengawasan guru yang berkenaan terutama aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal. • Hendaklah bergerak ke padang dengan arahan guru dan dalam keadaan berbaris. • Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti di padang supaya selesa dengan aktiviti yang dijalankan. • Melakukan aktiviti di dalam kawasan yang dibenarkan sahaja dan di kawasan yang selamat. • Sekiranya berasa tidak selesa ketika melakukan aktiviti di padang, laporkan segera kepada guru yang berkenaan dan berhenti melakukan aktiviti. • Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kerosakan pada alatan sukan yang digunakan dan tidak boleh digunakan lagi. • Sekiranya berlaku kemalangan , segera melaporkan kepada guru. • Bergerak keluar dari padang dalam barisan selepas tamat menjalani aktiviti. Unit Beruniform 1. Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan taraf kesihatan kepada guru yang berkenaan seperti sakit jantung, lelah dan lain-lain. 2. Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan. 3. Melaporkan kehadiran kepada guru penasihat. 4. Ahli yang tidak dapat hadir mesti dilaporkan segera kepada guru. 5. Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah dengan arahan guru penasihat badan beruniform. 6. Sentiasa mendengar arahan guru penasihat. 7. Memastikan alatan yang hendak digunakan tidak rosak dan sekiranya rosak, jangan menggunakannya dan segera melaporkannya kepada guru. 8. Sekiranya berlaku kemalangan, lapor segera kepada guru.


Click to View FlipBook Version